Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )
Showing posts with label KEHANCURAN KAPITALISME. Show all posts
Showing posts with label KEHANCURAN KAPITALISME. Show all posts

Lanun : Malaysia Sedia Bantu AS

by AURA JIHAD

PUTRAJAYA 11 MEI - Malaysia bersedia berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan Amerika Syarikat (AS) dalam menangani kegiatan pelanunan di perairan negara khususnya Selat Melaka. Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berkata, selain kepakaran sendiri, Malaysia juga sedia membantu AS membina jaringan komunikasi yang mantap dengan negara-negara jiran dalam perkara itu. ‘‘Kita ada pengalaman dan kepakaran berharga yang boleh dikongsi bersama dalam menyelesaikan masalah pelanunan selain mewujudkan kerjasama dengan negara-negara jiran. ‘‘Perkongsian itu penting kerana kita melihat ancaman lanun boleh memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi global,’’ katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan selama setengah jam dengan Duta AS ke Malaysia , James R. Keith di sini hari ini. Sehubungan itu, Anifah berkata, beliau berharap usaha itu akan disusuli dengan perbincangan secara mendalam oleh agensi atau jabatan berkaitan dari kedua-dua negara. ‘‘Saya menganggap pertemuan hari ini akan membuka pintu yang luas kepada agensi dan jabatan berkaitan untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenainya,’’ katanya.

[Utusan Malaysia: 12/05/09]

Selat Melaka merupakan laluan strategik di rantau ini. Ia antara laluan kapal yang paling sibuk di dunia. Dari segi ekonomi, ia menghubungkan operasi perdagangan Timur-Barat. Persaingan perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China menyebabkan AS sentiasa mencari peluang untuk menguasai laluan di Selat Melaka. Kejahatan yang dilakukan lanun-lanun di selat Melaka itu (jika ada) tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan kejahatan yang bakal dilakukan oleh AS ke rantau ini. Sudah tentu lanun mesti dihapuskan tetapi jangan sekali-kali membenarkan AS menguasai laluan Selat Melaka. Kita jangan lupa dengan kejahatan yang telah dilakukan oleh AS kepada umat Islam di Afghanistan, Iraq, Palestin dan bahagian dunia yang lain. Darah umat Islam masih merah mengalir di tangan pengganas no. 1 di dunia itu. Lalu, apa perlunya kita menjalinkan perkongsian dengan mereka? Janganlah kita menjadi pengkhianat kepada umat Islam dengan bermanis muka dan menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan mereka kerana merekalah lanun sebenar yang paling ganas dan merbahaya yang mesti dihalau keluar daripada rantau ini. Mengapa kita perlu takut? Hanya kepada Allah SWT tempat kita berlindung dan meminta pertolongan. FirmanNya:

”mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)". padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”. [TMQ Al Munaafiquun (63) :8]

Pembangkang Perlu Patuh Perlembagaan

by AURA JIHAD

IPOH 10 Mei - Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah menasihatkan pemimpin pakatan parti pembangkang agar bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang jika ingin mendapatkan kembali kuasa bukannya mencetuskan kekecohan seperti bangsa tidak bertamadun. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata, bangsa bertamadun yang maju adalah mereka yang bergerak dan hidup berteraskan kepada perlembagaan dan undang-undang. ''Kita harus bertindak mengikut konsep perlembagaan dan undang-undang kerana mengambil tindakan di luar batasan akan menyebabkan negara menjadi tidak stabil," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang anjuran Pusat Pendidikan dan Pembangunan Sri Murugan di sini hari ini. Beliau menambah, pembangkang boleh melihat konteks Amerika Syarikat semasa bekas Presiden George W. Bush menentang Al Gore ketika pemilihan Presiden negara itu pada 2000.

Ketika itu, katanya, pemilihan undi Presiden ditentukan menggunakan sistem elektronik di mana berdasarkan sistem tersebut mengesahkan Bush menang pada pertandingan tersebut. ''Al Gore bagaimanapun membantah kemenangan itu kerana kiraan tangan secara manual menunjukkan majoriti Bush makin lama makin kurang sehingga berbeza hanya 300 undi. ''Bush kemudian membawa kes pertikaian itu ke Mahkamah Supreme dan mahkamah memutuskan kiraan manual perlu dihentikan dan kemenangan Bush melalui kiraan secara elektronik adalah sah. ''Keputusan tersebut dihormati rakyat Amerika Syarikat dan ini membuktikan mereka mempunyai ciri-ciri bangsa bertamadun tinggi," katanya. Ahmad Husni berkata, sebagai rakyat, semua pihak mesti patuh kepada sistem tersebut kerana perjalanan Malaysia masih jauh untuk menuju negara maju.

[Utusan Malaysia: 11/05/09]

Tuntutan untuk patuh kepada perlembagaan dan undang-undang itu adalah sesuatu yang baik, persoalannya adalah; perlembagaan dan undang-undang yang bagaimana perlu kita taati dan patuh? Apakah perlembagaan dan undang-undang ciptaan manusia seperti yang ada pada hari ini ataupun perlembagaan dan undang-undang yang diturunkan oleh Allah SWT? Yang mana mesti kita patuhi? Undang-undang apa yang wajib kita laksanakan, kufur ataupun Islam? Islam menjelaskan bahawa sifat orang-orang yang beriman itu adalah mereka tunduk kepada perlembagaan dan undang-undang Allah SWT dan menolak undang-undang taghut.

Firman Allah SWT

”Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada kitab Allah dan sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat": Dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan”.
[TMQ An Nuur (24) : 51].

” dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan rasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. [TMQ Al Ahzab (33) : 36].

Apabila merujuk isu ini kepada kes di Amerika Syarikat (AS), ia mestilah berdasarkan kaedah yang betul. Memanglah tidak salah kalau kita mengagumi kehebatan sains dan teknologi ciptaan barat seperti apa yang dapat kita saksikan seperti hari ini. Ini adalah kerana, sains dan teknologi adalah suatu bentuk kebendaan(madaniah) yang bersifat neutral dan tidak terkait dengan mana-mana aqidah. Tetapi jika kitu turut mengakui AS dan rakyatnya mempunyai ciri-ciri bangsa bertamadun tinggi, maka ini adalah pandangan yang bertentangan dengan Islam bahkan dengan realiti yang dipaparkan. Apakah kayu ukur yang kita gunakan di dalam menentukan tahap ketinggian tamadun sesuatu bangsa itu? Realitinya hari ini, rakyat AS secara umumnya dan para pemimpin mereka khususnya serta para kapitalisnya adalah golongan yang menjadikan undang-undang rimba ciptaan manusia untuk menjajah dunia hari ini. Ketika ini, AS telah dilabel oleh masyarakat dunia sebagai negara pengganas nombor satu. Apakah sesuatu bangsa itu dikatakan bertamadun apabila membunuh ratusan ribu orang awam secara terang-terangan atas alasan memerangi pengganas?

Lihatlah betapa jauhnya tersasar pemikiran seorang pemimpin umat Islam pada hari ini di dalam menilai sesuatu realiti yang ada. Inilah kesannya apabila umat Islam itu memakai cermin mata Kapitalisme di dalam melihat dan memahami dunia hari ini. Akibatnya, mereka cenderung berkiblatkan kepada barat di dalam mengatur sistem/hukum-hakam kehidupan. Sudah tibalah masanya untuk umat Islam itu kembali menggunakan cermin mata Islam agar mereka dapat menilai dunia ini berdasarkan sudut pandangan Islam yang sebenarnya. Ketahuilah bahawa kemuliaan itu hanya milik Allah dan RasulNya. Firman Allah SWT

”mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)". Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”
[TMQ . Al Munaafiquun (63) : 8].

Usah Terlalu Bernostalgia - Najib

by AURA JIHAD

PEKAN 10 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO supaya tidak terlalu bernostalgia terhadap jasa-jasa besar parti itu pada masa lalu. Sebaliknya, Perdana Menteri mahu mereka berusaha melakukan perubahan supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus relevan. Beliau yang juga Presiden UMNO menegaskan, pemimpin dan ahli parti perlu menyedari bahawa semakin ramai pengundi masa kini terdiri daripada golongan pasca merdeka dan tidak pernah melalui peristiwa penting yang berjaya ditangani oleh UMNO dan BN. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan secara berkelompok mesyuarat 140 cawangan UMNO Bahagian Pekan di Bangunan UMNO di sini hari ini. Golongan muda kini juga, jelas beliau, mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan maklumat menerusi media alternatif seperti laman web dan blog. Sambil menyifatkan golongan muda sebagai 'kain putih', beliau mahu pemimpin dan ahli UMNO mencari kaedah terbaik mendekati mereka dan menyalurkan maklumat tanpa dipengaruhi anasir negatif. ''Cara kita (UMNO) berbicara dalam media alternatif adalah penting. Generasi baru mendapat maklumat melalui media alternatif dan bukan media arus perdana. ''Terpulang kepada kita, kalau mereka (golongan muda) mendapat maklumat yang betul, mereka akan sokong, kalau kita gagal, mungkin mereka akan terpengaruh walaupun maklumat yang diperoleh tidak benar," katanya.


[Utusan Malaysia: 11/05/09]


Nampaknya kegelisahan Najib tentang kemerosotan sokongan rakyat kepada UMNO tidak dapat disembunyikan lagi sehingga dalam ucapannya selepas merasmikan mesyuarat berkelompok 140 cawangan UMNO Bahagian Pekan, beliau meminta ahli-ahli UMNO tidak terlalu bernostalgia terhadap jasa-jasa besar parti itu pada masa lalu. Besar sangatkah jasa UMNO sehingga dilalaikan oleh nostalgianya sehingga hari ini? Yang pastinya, di antara jasa-jasa besar UMNO adalah perjuangan mereka mengekalkan sistem kufur yang ditinggalkan oleh penjajah sejak 52 tahun yang lalu dan masih terus bertahan sehingga hari ini.

Perkembangan mutakhir ini memperlihatkan kepada kita bahawa UMNO berada di dalam keadaan terdesak kerana semakin ramai rakyat menolak mereka terutamanya daripada golongan muda pasca pilihanraya umum yang ke 12 yang lalu. UMNO yang didakwa oleh Najib mencecah usia 63 tahun[ ”yang mana satu? UMNO lama atau UMNO baru”] nampaknya ibarat rumah usang yang sedang dimakan oleh anai-anai. Kecanggihan teknologi telah membuka minda rakyat menjadikan mereka lebih terbuka dan celik serta bersikap lebih kritis terhadap sesuatu isu. Kita juga dapat melihat bagaimana umat Islam mula kembali kepada Islam untuk menyelesaikan persoalan yang mereka hadapi. Inilah yang menyebabkan Najib semakin gusar dengan sikap dan sokongan rakyat kepada UMNO. Najib nampaknya terpaksa lebih kreatif untuk memikirkan apakah cara yang terbaik untuk mengekalkan dan meraih kembali sokongan rakyat kepada UMNO. Antara syor yang beliau kemukakan adalah dengan meminta ahli-ahli UMNO supaya lebih mendekati rakyat dengan harapan usaha itu akan memulihkan talian hayat UMNO yang nampaknya semakin menipis.

Sebagai seorang pemimpin Islam maka menjadi kewajiban bagi Najib kembali mengambil Islam sebagai dasar perjuangannya untuk mengurus dan mengatur kehidupan rakyat yang berada di bawah kekuasaannya. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang menjadi asas cara berfikir UMNO selama ini. Tinggalkan perjuangan assabiyyah yang masih menjadi roh batang tubuh UMNO kerana jika tidak ia akan pasti menjadi suatu penyesalan kepada dirinya sebagai seorang pemimpin di akhirat kelak. Padamkanlah nostalgia lama yang pernah dimiliki oleh UMNO dahulu dengan cara mengembalikan nostalgia kegemilangan Islam yang pernah menyinari dunia selama 1400 tahun di mana kekuasaan Islam telah terbukti berjaya mengeluarkan manusia dari kegelapan syirik dan kufur kepada cahaya keimanan. Simpan dan bungkuslah nostalgia UMNO itu sebagai suatu lipatan sejarah di mana kita sebagai umat Islam dapat mengambil pengajaran bagaimana barat mencetak umat Islam yang bersama-sama dengan UMNO sebagai umat Islam yang ditipu dan tertipu oleh barat. Samada sedar ataupun tidak, mereka telah menjadi mata rantai bagi mengerakkan mesin sekular yang menghasilkan produk yang berjenama Kapitalisme sehingga hari ini. Sampai bilakah UMNO akan sedar dari nostalgia penipuan barat ini?

Sidang DUN Kelam-Kabut

by AURA JIHAD

• Raja Nazrin tunggu lima jam rasmi persidangan
• Ganesan dilantik Speaker ganti Sivakumar

IPOH: Mesyuarat pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam kecoh lebih lima jam dan terpaksa ditangguhkan dua kali sebelum majlis perasmian dapat disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Kekecohan bermula sebaik saja Raja Nazrin selesai memeriksa kawalan kehormatan dan menuju ke Kamar Diraja, apabila bekas Speaker, V Sivakumar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang bergegas memasuki Dewan terlebih dulu serta menukar tempat duduk ke sebelah kanan Speaker, yang ditetapkan untuk pihak kerajaan. Mereka juga mengalihkan kertas tanda nama ke sebelah kanan serta mengoyak dan membuang tanda nama Adun Barisan Nasional (BN). Adun pembangkang, yang diketuai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kemudian duduk di kerusi Menteri Besar dan Exco, manakala Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Exconya terpaksa duduk di tempat pembangkang.

Keadaan bertambah kecoh apabila Sivakumar mengarahkan Zambry serta enam Ahli Exco negeri dan tiga Adun Bebas, keluar Dewan dengan alasan keanggotaan mereka masih digantung. Beliau turut berkeras tidak akan memulakan sidang selagi 10 Adun terbabit tidak meninggalkan Dewan tetapi tidak diendahkan Zambry dan Adun berkenaan. Zambry kemudian berdiri dan membuat usul untuk memecat Sivakumar selaku Speaker, disokong oleh 27 Adun BN serta tiga ahli Bebas dengan cara mengangkat tangan tetapi ditolak oleh Sivakumar dengan alasan Zambry tidak boleh mengemukakan usul kerana telah digantung.

Sepanjang kekecohan itu, Raja Nazrin yang dijadual merasmikan sidang pada jam 10 pagi, terpaksa menunggu dalam Kamar Diraja. Persidangan semalam adalah yang pertama sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Februari lalu dan Zambry dilantik sebagai Menteri Besar.

Kekecohan semakin tidak terkawal apabila ahli Dewan saling mencemuh antara satu sama lain. Zambry kemudian mengulangi membuat usul yang sama dengan disokong oleh Adun BN dan tiga ahli Bebas. Sivakumar bagaimanapun tidak berganjak dan mengarahkan Bentara Dewan membawa keluar 10 Adun itu, tetapi Zambry menegaskan Sivakumar telah dipecat.

Kira-kira jam 10.48 pagi, Timbalan Speaker, Hee Yit Foong (Bebas-Jelapang) mengambilalih sidang daripada tempat duduk Adun, manakala Sivakumar terus duduk di kerusi Speaker. Zambry kemudian mengemukakan usul melantik bekas Adun Sungkai, Datuk R Ganesan sebagai Speaker yang baru dan disokong oleh semua Adun BN serta ahli Bebas.

Selepas usul pelantikan Speaker baru diluluskan, Hee menjemput Ganesan memasuki Dewan dan dipakaikan jubah Speaker oleh Dr Zambry. Ganesan kemudian mengangkat sumpah jawatan di bahagian tempat duduk ahli Dewan dan mengambilalih tugas daripada Hee. Ketika itu, Adun Pakatan Rakyat hanya memerhati sambil membuat bising tetapi Ganesan meneruskan sidang tanpa menghiraukan gangguan pembangkang.

Beliau menerima empat usul pelantikan ahli jawatankuasa yang baru, iaitu Jawatankuasa Perintah Tetap, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) serta usul tidak mengiktiraf 'Sidang DUN Bawah Pokok' pada 3 Mac lalu.

Semua usul dibentang oleh Datuk Hamidah Osman (BN-Sungai Rapat) dan disokong oleh Datuk Shaarani Mohammad (BN-Kota Tampan) serta diluluskan tanpa bahas oleh Adun BN dan Bebas dengan cara mengangkat tangan.

Ketika Ganesan mengumumkan usul pertama diluluskan, Adun Pakatan Rakyat dan Sivakumar menjerit mengatakan 'haram'. Keadaan tenang seketika apabila Ganesan mengumumkan penangguhan sidang selama sejam bermula 11.15 pagi.

Selepas sesi bermula pada jam 12.20 tengah hari, Sivakumar yang tidak bergerak dari tempat duduk Speaker, mengarahkan Ganesan keluar dari Dewan hingga mencetuskan semula pertikaman lidah antara Adun BN dan Pakatan Rakyat.

Beberapa Adun pembangkang turut mengelilingi Ganesan bagi mendesaknya keluar Dewan dan berlaku tolak-menolak sehingga memaksa Speaker baru itu mengumumkan sidang ditangguhkan selama sejam lagi bermula jam 1 petang.

Semua Adun mematuhi arahan itu dan keluar makan tengah hari, tetapi Sivakumar masih terus tidak bergerak dari kerusi Speaker. Apabila persidangan disambung semula kira-kira jam 2 petang, kekecohan sekali lagi tercetus apabila beberapa Adun pembangkang cuba menarik keluar Ganesan secara kasar.

Berikutan itu, polis terpaksa campur tangan pada jam 2.20 petang kerana keadaan menjadi tidak terkawal dan bertambah agresif dengan ada insiden tolak-menolak dan pergaduhan di kalangan Adun.

Bentara juga dikasari sebanyak tiga kali oleh Adun pembangkang sehingga cedera di kaki ketika beliau cuba mengosongkan kerusi Speaker yang masih diduduki Sivakumar. Kekecohan itu berakhir pada jam 2.40 petang apabila Sivakumar diiring keluar oleh anggota polis sebelum Raja Nazrin yang menunggu lebih lima jam dalam Kamar Diraja, memasuki Dewan bagi merasmikan sidang itu.

Baginda menyampaikan titah ucapan perasmian kira-kira setengah jam bermula 3.15 petang dan sebelum berangkat pulang, Raja Nazrin berkenan berbual mesra dan bersalaman dengan semua Adun.

Persidangan Dewan ditangguhkan ke satu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Berita Harian: 07/05/09

Demokrasi Telah Memuntahkan Kebusukannya

Inilah keburukan dan kerosakan sistem demokrasi yang diciptakan oleh akal-akal manusia. Persidangan Dun Perak yang kelam kabut dan kecoh semalam merupakan muntahan pembohongan yang ada di dalam sistem demokrasi. Perebutan kuasa di kalangan pihak kerajaan dan pembangkang yang dilabelkan“halal” dan “haram” dapat disaksikan oleh seluruh dunia. Barat dan musuh-musuh Islam sudah pasti terbahak-bahak ketawa dengan gelagat lakonan yang ditunjukkan oleh wakil-wakil yang telah dipilih oleh rakyat di pilihanraya yang lepas itu. Majoriti rakyat secara amnya juga dapat menyaksikan teater lawak yang paling hebat di alaf ini, dengan para pelakonnya yang terdiri dari wakil-wakil rakyat yang mereka pilih sendiri. Kekecohan yang berlaku bukanlah untuk mempertahankan hukum Allah SWT tetapi sebaliknya “pertempuran” ini hanyalah kerana untuk merebut jawatan dan kedudukan. Faktanya, sesiapa sahaja yang memerintah samada PR mahupun BN kita sebagai umat Islam telah dapat menyaksikan bahawa Islam tetap tidak diterapkan malah terus dipinggirkan. Apa yang lebih malang lagi ialah, ada di kalangan umat Islam yang telah termakan racun kufur demokrasi dengan merasakan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN), tempat di mana berlakunya teater lawak tersebut, adalah tempat yang paling mulia! Hakikatnya, secara syar’i, DUN tempat berlangsunganya drama teater lawak tersebut adalah tempat yang paling hina di sisi Islam kerana di sinilah manusia yang sombong dan angkuh menggubal undang-undang sendiri dengan mengenepikan hukum Allah SWT.

Wahai umat Islam, ketahuilah bahawa demokrasi yang sedang berjalan di negeri-negeri umat Islam saat ini adalah merupakan anak kandung idea kufur sekularisme. Justeru itu, wahai umat Islam, tinggalkan dan campakkanlah jauh-jauh demokrasi yang pasti akan membawa sesalan bagi kalian di hari akhirat kelak. Sekiranya kalian berselisih mengenai apa jua perkara maka kembalilah kalian kepada hukum Allah dan rasulNya. Sumber hukum untuk menyelesaikan apa jua perselisihan yang berlaku adalah dengan al-Quran dan as-Sunnah bukannya menggunakan akal-akal dan hawa nafsu manusia! Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”. [TMQ An Nisaa' (4) :59].

Persoalannya kini apakah kedua-dua pihak yang saling bersandiwara itu mahu berhukum dengan al-Quran dan as-Sunnah?

Bantu polis perangi ragut: Musa

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, meminta orang ramai membantu polis memerangi jenayah ragut yang kini berada pada tahap membimbangkan sehingga mengakibatkan kematian.
"Kerjasama orang ramai mampu mengurangkan gejala ini dengan bertindak membantu polis memantau perkara di sekeliling mereka.

"Walaupun baru-baru ini kita sudah mengadakan operasi bersepadu secara besar-besar bagi menangani gejala jenayah termasuk isu mat rempit, perkara seperti ini tidak akan berakhir kerana apabila kita memberi tumpuan di satu tempat, penjenayah mengambil kesempatan di kawasan lain," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Bahagian Komunikasi, di sini, hari ini. Semalam, seorang ibu mengandung dua bulan di Johor Bahru, Johor, meninggal dunia selepas koma selama tiga hari selepas terjatuh dari motosikal akibat beg tangan direntap dua lelaki.

Manakala hari ini di Kota Bharu, Kelantan, seorang ibu mengandung tiga bulan maut selepas tercampak dari motosikal dan dirempuh sebuah kereta akibat diragut dua lelaki bermotosikal. Di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, seorang nenek berusia 86 tahun pula meninggal dunia selepas kepalanya terhantuk ke dinding akibat ditumbuk seorang lelaki yang meragut rantai emas anaknya di rumah mereka Kampung Besar, kira-kira jam 12 tengah hari semalam. Tom Salleh yang ditumbuk di mata kanannya, dikejarkan ke Hospital Kepala Batas tetapi meninggal dunia pada jam 10.40 malam.

Berita Harian: 06/05/09

Terapkan Syariah! Inilah Bantuan Yang Diperlukan Oleh Polis

Agak pelik saranan dari Ketua Polis Negara. Kebiasaannya masyarakat yang meminta bantuan kepada polis tapi kini dunia sudah terbalik apabila pihak polis pula meminta bantuan dari orang ramai. Di manakah silapnya? Nampaknya kejadian jenayah ragut yang melibatkan kematian kepada mangsanya semakin menjadi-jadi. Bermula dari Johor beberapa hari yang lepas sehinggalah ke pantai timur dan seterusnya ke utara. Esok entah ke mana pula sasarannya.

Penularan jenayah ini menyebabkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan merayu orang awam untuk membantu pihak polis memerangi kejadian ragut ini yang nampaknya semakin ganas dan membimbangkan. Pihak pemangsa nampaknya semakin berani bertindak ganas. Secara tidak langsung, ini memberikan gambaran bahawa masyarakat kini, yang diacu dengan acuan kehidupan Kapitalisme telah semakin rosak syakhsiyyah dan jatidirinya sebagai seorang muslim khususnya dan manusia secara amnya. Inilah sebahagian dari hasil dari penerapan idealogi Kapitalisme di Malaysia.

Pihak polis terpaksa menggutip buah-buah busuk yang gugur dari pokok Kapitalisme yang ditanam oleh Lord Reid sejak lebih dari 50 tahun yang lepas di mana pokok ini masih lagi dijaga, dibaja dan disayangi oleh pemerintah umat Islam kita hari ini. Renungilah firman Allah SWT:

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". [TMQ Thaahaa (20) :124].

Pihak pemangsa juga nampaknya tidak takut dengan undang-undang yang diguna pakai pada hari ini. Kejadian dan statistik kadar jenayah yang semakin menggerunkan ini sepatutnya menyedarkan dan membuka minda pemimpin negara dan pihak berkuasa bahawa sudah sampai masa dan saatnya untuk pihak pemerintah umat Islam hari ini menerapkan Islam di dalam mengatur kehidupan individu, masyarakat dan negara. Firman Allah SWT:

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka”. [TMQ Al Hadiid (57) :16].

Wahai pemimpin umat Islam dan juga pihak yang menjaga keamanan saat ini! Campakkanlah sistem sekular yang ditinggalkan oleh penjajah kepada kalian sejak 52 tahun yang lepas. Terapkanlah syariah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam masyarakat ini!

Memadaikah Dengan Hanya Merotan?

by AURA JIHAD

BATU PAHAT 9 MEI - Hukuman rotan akan diperkenalkan semula ke atas pelajar yang didapati melanggar disiplin, terlibat dalam kes pergaduhan dan buli di sekolah.Bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, hukuman tersebut hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat persetujuan Peguam Negara. Katanya, hukuman rotan itu juga jika diluluskan kelak, tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya. Guru-guru yang hendak merotan pelajar, tegas beliau, perlu mematuhi garis panduan dan prosedur yang ditetapkan oleh Peguam Negara. Langkah berhati-hati itu, katanya, untuk mengelak pihak sekolah atau guru disaman oleh ibu bapa. ‘‘Kita berharap cadangan yang telah dikemukakan kepada Peguam Negara itu mendapat maklum balas sebelum akhir tahun ini. Beliau berkata, walaupun sebelum ini majoriti ibu bapa menyokong agar hukuman merotan dikuatkuasakan semula namun ada beberapa pihak termasuk golongan peguam yang membantahnya. Ia adalah antara penyelesaian yang telah dicadangkan berhubung kejadian seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera Tongkang Pechah Batu Pahat cedera di lutut kiri selepas diserang dan dibelasah sekumpulan 12 pelajar ketika di dalam kelas, baru-baru ini.

[Mingguan Malaysia 10/05/09].

Kehidupan masyarakat yang berasaskan kepada prinsip kebebasan seolah-olah memberikan lesen kepada para remaja yang masih bersekolah untuk melakukan apa sahaja yang mereka ingini. Disebabkan masih mentah di dalam kehidupan, kebanyakan mereka akan mencuba-cuba dan akhirnya ramai dari kalangan mereka yang terlibat dengan kegiatan yang bertentangan dengan Islam seperti kaki buli, samseng, pergaulan bebas, melepak, merempit dan sebagainya.

Sistem kufur yang melingkungi kehidupan kita pada hari ini telah menyebabkan budaya sedemikian terus subur kerana tidak ada undang-undang di dalam sistem sekular ini yang menghalang para remaja melepak dan bergaul-bebas antara lelaki dan perempuan. Jadi, bolehkah hukuman rotan ini menyelesaikan masalah sosial para pelajar sekiranya persekitaran di luar sekolah sentiasa merangsang dan mempengaruhi minda para pelajar setiap kali mereka melangkah ke sekolah? Pihak sekolah mungkin boleh menutup segala ruang kejahatan yang ada di dalam kawasan sekolah, tetapi apabila para pelajar ini berada di luar sekolah, di dalam ruang lingkup masyarakat yang sekular, ruang kejahatan terbuka dengan seluas-luasnya. Hanya apabila Syariat Islam diterapkan, barulah ruang kejahatan yang luas ini akan dapat ditutup serapat-rapatnya.

Keputusan kes model 20 Julai

by AURA JIHAD

KUANTAN 5 Mei - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menangguhkan sehingga 20 Julai ini keputusan kes seorang model sambilan dari Singapura yang mengaku bersalah atas tuduhan minum minuman keras di sebuah pusat hiburan di sini tahun lalu. Hakim syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pegawai pendakwa syarie, Saiful Idham Sahimi menyediakan hujah balas terhadap rayuan Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, bagi meringankan hukuman. Rayuan tersebut dikemukakan melalui peguam syarie, Mohd. Zuki Che Muhamad Ghani. Terdahulu, Saiful Adham meminta mahkamah memberi masa kepadanya untuk meneliti rayuan yang dikemukakan oleh Kartika kerana beliau baru menerima salinan rayuan itu semalam. Hakim Abdul Rahman berkata, tempoh yang diberikan itu agak panjang bertujuan membolehkan pihak pendakwa syarie menyediakan hujah balas berhubung kes berkenaan. Pada 12 Januari tahun lalu, Kartika didakwa bersama Noorazah Baharuddin, 22, yang berasal dari Selangor atas tuduhan minum minuman keras di sebuah pub di Jalan Gambut di sini. Kedua-dua mereka ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira pukul 1.20 pagi, 12 Julai 2008. Noorazah yang mengaku bersalah telah dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan sebatan enam kali. Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum di bawah Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987. Enakmen tersebut turut memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun. Pelaksanaan hukuman sebat dibuat mengikut Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002.

Utusan Malaysia: 06/05/09


Mahkamah Tinggi Syariah Meninggikan Hukum Siapa?


Pelik tetapi benar. Kenapa ianya pelik tetapi benar? Kerana telah berlaku suatu tindakan yang benar kerana menangkap peminum arak, tetapi pelik kerana hukuman yang dijatuhkan bukan dalam bentuk yang sebenarnya, bahkan tersasar jauh darinya... Inilah kesimpulan awal yang dapat kita tanggapi tentang keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang mengenai hukuman yang dikenakan terhadap kesalahan meminum arak.

Bentuk hukuman yang dijatuhkan oleh pihak mahkamah ini jauh bertentangan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Meminum arak adalah satu kesalahan yang termasuk di dalam kesalahan hudud di mana bentuk hukumannya telah ditentukan oleh Islam.

Wahai pegawai Mahkamah Tinggi Syariah Pahang! Bukankah hukuman hudud ini adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam al-Quran dan Hadis? Bukankah hukuman hudud ini adalah hukuman Allah yang tidak boleh ditukar ganti dan tidak boleh diubah suai dan dipinda? Bukankah di dalam Islam seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib RA, “Rasulullah SAW telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat dan Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah SAW. Dan ini yang lebih aku sukai”.[HR Muslim].

Apakah hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah terhadap kesalahan meminum arak, iaitu hukuman denda RM5,000 dan sebatan enam kali itu datang dari dalil syara’ ataupun dari akal manusia? Apakah kita sebagai umat Islam masih lagi mahu berhukum dengan hukuman taghut (meskipun disolek sebagai 'undang-undang Islam')sedangkan secara terang kita sebagai umat Islam telah diperintahkan untuk mengkufurinya. Firman Allah SWT:

“Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh”
. [TMQ an-Nisaa’ (4) :60]. FirmanNya lagi

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah”. [TMQ al-Maaidah (5) :50]

Pemimpin Dunia Iktiraf 1Malaysia! Bagaimana Dengan Allah?

by AURA JIHAD

altDATUK Seri Najib Razak berkata, konsep 1Malaysia yang menjadi teras pentadbiran baru negara turut mendapat perhatian negara asing yang menyifatkannya sebagai amat bersesuaian bagi mencerminkan hasrat Malaysia untuk terus maju pada masa depan. Perdana Menteri berkata, pendekatan 'Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' yang menjadi antara teras 1Malaysia juga dilihat negara asing sebagai asas untuk Malaysia memperkukuhkan negara, khususnya dalam konteks memupuk perpaduan mantap antara kaum. "Saya berasa bangga apabila mengetahui pemimpin Brunei contohnya, amat mengikuti rapat setiap perkembangan terkini yang berlaku di Malaysia. Saya juga amat tersentuh apabila mereka juga boleh menghafal slogan "Satu Malaysia-Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan".

"Mereka juga memberitahu saya bahawa slogan itu amat bersesuaian bagi menggambarkan pelbagai usaha kerajaan untuk terus maju pada masa depan, khususnya dalam konteks hubungan antara kaum," katanya berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Malaysia di sini, pagi semalam. Majlis ramah mesra yang dihadiri kira-kira 250 rakyat Malaysia yang menetap, bekerja dan berniaga di sini adalah acara terakhir dalam program lawatan kerja dua hari Perdana Menteri ke negara ini. Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim; Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Kelmarin, Perdana Menteri yang turut diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan delegasi Malaysia diraikan dalam satu majlis santapan diraja oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman sejurus selepas kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan empat mata selama lebih sejam.

Dalam ucapannya, Najib juga memberitahu rakyat Malaysia di sini, bahawa hubungan Kuala Lumpur-Bandar Seri Begawan kini berada pada tahap yang sangat baik dan meminta mereka turut berganding bahu dengan kerajaan untuk terus memperkukuhkannya. "Jika kita mampu menunjukkan kekuatan dalaman kita, maka potensi Malaysia sebagai sebuah negara amat besar," katanya sambil menyeru sektor swasta kedua-dua negara supaya mengorak langkah membentuk kerjasama yang boleh memanfaatkan sebagai menyambut baik isyarat kerajaan yang mahu meningkatkan lagi hubungan dua hala itu. Perdana Menteri berkata, sebagai jiran akrab sesama Asean, adalah penting untuk kedua-dua negara mengekalkan hubungan baik.

Sumber : Berita Harian, 01/05/09

Pemimpim Dunia Iktiraf 1Malaysia! Bagaimana Dengan Allah?


Ya, kadang-kadang manusia suka syok sendiri. Diiktiraf kerana perjuangan ashobiyyah negara bangsa. Mereka rasa bangga dengan pengiktirafan yang diberikan oleh manusia tetapi jarang melihat adakah apa yang mereka lakukan itu mendapat redha Allah SWT ataupun tidak. Bagi seorang muslim dan yang mengaku beriman kepada Allah SWT, matlamat yang paling utama dari matlamat-matlamat yang lain adalah mendapatkan keredhaan disisiNya. Setiap apa yang dilakukan itu perlulah senantiasa mendapat redhaNya bukan murkaNya. Kerana itulah Rasulullah SAW mengingatkan setiap dari kita dengan sabdanya,

“Barang siapa yang beramal bukan di atas petunjuk kami, maka amalan tersebut tertolak.” [Muttafaqun alaihi, dari lafazh Muslim].

Justeru itu, perjuangan 1Malaysia ini perlulah dilihat dari sudut Islam. Apakah ianya sesuatu yang selari dengan perintah Allah SWT ataupun tidak. Lihatlah kepada apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika membawa Islam dan menegakkan Islam di dalam sirah kehidupan baginda SAW itu sendiri. Rasulullah SAW datang di tengah-tengah masyarakat jahiliyyah untuk menghapuskan fahaman ashobiyyah dan menyatukan manusia atas dasar aqidah Islam. Baginda menegakkan Negara Islam di Madinah di atas dasar aqidah Islam. Nabi SAW tidak memperjuangkan negara ashobiyyah, tidak sebagaimana negara-negara umat Islam saat ini yang asasnya berdiri di atas dasar ashobiyyah. Ini termasuklah seruan 1Malaysia yang pada hakikatnya adalah seruan berbentuk asobiyyah yang sepatutnya ditinggalkan oleh umat Islam walaupun ribuan pemimpin dunia mengiktirafnya. Selayaknya, Najib yang saat ini sedang memegang amanah kekuasaan mempromosikan idea 1Khilafah untuk menyatukan dunia umat Islam di bawah naungan Khilafah bagi meraih keredhaan disisiNya. Jika inilah yang dilakukan oleh Najib insyaAllah usaha-usahanya akan mendapat pengiktirafan dari Allah SWT dan juga rasulNya.

Artis Dijulang, Guru & Doktor Dicemuh!

by AURA JIHAD

ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda. Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million. Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.

Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku. Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua. Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara. Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia. Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu. Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.

Sumber : Sebahagian petikan tulisan rencana daripada Utusan Malaysia, 06/05/09


Artis Dijulang, Guru & Doktor Dicemuh!

Penulis patut dihargai kerana cuba mencetuskan kesedaran umum tentang pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh para doktor, guru, anggota pasukan keselamatan dan polis yang seolah-olah tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya berbanding sumbangan seorang artis yang mendapat penghargaan dan ganjaran yang adakalanya mencecah nilai jutaan ringgit. Namun, penulis tidak pula menjelaskan bagaimanakah bentuk penyelesaian sebenar yang harus dilakukan. Corak kehidupan yang memberi pengiktirafan kepada industri hiburan dan sukan seperti di atas adalah satu manifestasi atau terhasil daripada penerapan sistem kapitalis. Kehidupan yang dihasilkan akibat penerapan sistem tersebut menjadikan keseronokan dan kenikmatan dunia (budaya hedonistic) sebagai tujuan hidup sehingga sanjungan dan ganjaran yang diberikan kepada golongan artis dan ahli sukan adalah keterlaluan dan sebaliknya golongan yang sepatutnya mendapat sanjungan dan ganjaran telah dicemuh dan ditohmah.

Jika dibandingkan ganjaran dan peruntukkan kepada industri hiburan dan sukan serta pembangunannya dengan peruntukkan dan dana yang disalurkan kepada sektor Kajian dan Pembangunan (Research and Development atau R&D) seperti di dalam bidang Sains, Perubatan, Kejuruteraan dan lain-lain, jumlahnya adalah tidak berbaloi. Pada satu masa peruntukan dan sumbangan samada daripada pihak kerajaan, separuh kerajaan dan swasta kepada bidang hiburan dan sukan adalah terlalu banyak. Bayangkan jika kesemuanya atau setidak-tidaknya sebahagian besar sumbangan itu disalurkan kepada bidang R&D, sudah tentu ia akan menghasilkan impak yang besar di dalam innovasi dan pembangunan yang seterusnya dapat memberikan pulangan yang besar kepada masyarakat.

Di dalam Islam, pembinaan tamadunnya amat bergantung kepada sumbangan para ilmuan, doktor, saintis, tentera, polis, qadhi, mufti, pegawai kastam dan guru. Golongan selainnya seperti artis dan ahli sukan tidak bertanggungjawab di dalam perlaksanaan, penyebaran dakwah dan perlindungan mabda Islam di dalam Daulah Islam. Disebabkan itulah kita tidak pernah mendengar para sejarawan menukilkan nama-nama artis atau ahli sukan Islam pada Zaman Keemasan dan Ketinggian Tamadun Islam dahulu berbanding nama-nama pemimpin dan saintis Islam yang mahsyur seperti Khalifah Umar ibn Aziz, Ibn Sina, Ibn Khaldun dan lain-lain lagi. Kalau ada pun, siapalah mereka jika dibandingkan dengan para pemimpin dan saintis Islam pada masa itu.

Jadi, masyarakat seharusnya bertanyakan apakah sumbangan para artis dan ahli sukan terhadap pembangunan negara? Adakah sumbangan mereka kepada pembangunan dan kemajuan negara setanding dengan sumbangan guru, pensyarah, doktor, tentera, polis, mufti, qadhi, saintis sehingga mereka boleh dijadikan idola masyarakat yang patut disanjungi? Atau apakah ada nas atau dalil yang menyatakan kerjaya artis hiburan dan ahli sukan akan dibalas pahala sehingga boleh meraih syurga di hari akhirat nanti?

Sistem sekular yang sedang diterapkan pada hari ini telah menghasilkan budaya yang hanya menjadikan keseronokan dan kenikmatan sebagai tujuan hidup telah menjadikan masyarakat leka dengan melihat dunia hiburan dan sukan itu sebagai sesuatu yang bernilai padahal ianya tidak lebih hanya sekadar mengasyikkan dan tidak mempunyai nilai apapun di dalam Islam.

Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“ Termasuk dalam kebaikan Islamnya seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak penting baginya.” [HR Tirmizi dan Ibn Majah]

JAMIL KHIR PERTAHAN 1 MALAYSIA

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeluarkan garis panduan mengenai konsep 1Malaysia sebagai panduan kepimpinan negara, bagi mengelak salah tafsiran dan tanggapan negatif masyarakat mengenainya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, kepimpinan negara memerlukan garis panduan khusus mengenai konsep itu supaya apa yang diucapkan dapat difahami rakyat. Katanya, sehingga kini rakyat belum dapat memahami konsep tersebut secara mendalam kerana matlamat dan gagasan 1Malaysia sering diputar belit pihak tertentu untuk kepentingan sendiri. "Sebelum konsep ini dipolemikkan dengan lebih parah oleh pihak berkepentingan, kita perlu menyediakan panduan supaya gagasan ini dapat diperjelaskan dengan lebih terperinci supaya ia berupaya membangunkan agama, bangsa dan negara," katanya selepas merasmikan Persidangan Meja Bulat mengenai Konsep 1Malaysia di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini. Jamil Khir berkata, garis panduan itu akan dirangka berdasarkan resolusi yang akan dihasilkan semasa persidangan meja bulat tersebut. Beliau berkata, garis panduan itu akan terkandung dalam buku kecil yang akan disebarkan ke seluruh negara agar semua pihak memahami hasrat baru kepimpinan negara. Beliau menyarankan pihak media turut memainkan peranan mereka dengan menyebarkan resolusi itu.

Persidangan sehari itu dihadiri oleh Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim; Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz; Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin; bekas penasihat, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Muhammad Uthman Al-Muhammady.

[Berita Harian 05/05/09]

Konsep 1Malaysia (One Malaysia) yang akan terus menerapkan sistem sekular kini sedang cuba dipertahankan bermati-matian oleh para ulama yang dilantik oleh kerajaan diketuai oleh Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom. Sebagai orang-orang agama yang paling dekat dengan pemimpin No.1 negara, mereka sepatutnya melakukan muhasabah kepada pemimpin negara supaya berubah dan segera melaksanakan seluruh syariat Islam bukannya terus bersekutu di dalam meneruskan agenda 1Malaysia. Sebagai seorang Islam kita dituntut untuk menyatakan kebenaran walaupun ia selalunya pahit. Konsep dan slogan 1Malaysia yang mempunyai matlamat bertentangan dengan Islam seharusnya dihapuskan dan diganti dengan Syariat Islam sepenuhnya. Kini, bukan setakat mempertahankan, malah mereka kini menjadi mata tombak untuk menyebarkannya ke seluruh negara dengan merancang untuk menerbitkan buku kecil dan diagih-agihkan ke seluruh Negara.

Jika dahulu slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang terpapar di papan-papan tanda, akhbar dan media, kini slogan 1Malaysia pula bakal menghiasi semuanya itu. Walaupun 1001 macam slogan mahupun penampilan dibuat, namun selagi ia masih berteraskan konsep sekularisme dan mewarisi perlembagaan yang dicipta dan digubal oleh manusia, semuanya itu tidak ada nilainya di sisi Allah Azza wa Jala. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang beramal satu amalan yang bukan diatas perintah kami, maka ianya tertolak”. [HR. Muslim].

Tindakan para ulama kerajaan berkumpul untuk mempertahankan 1Malaysia itu pasti akan menerima nasib yang sama dengan Islam Hadhari iaitu ia tetap akan menemui kegagalan. Firman Allah SWT:

“Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah kebatilan; sesungguhnya kebatilan itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".[TMQ al-Israa’ (17) : 81].

Ayat ini menjelaskan dengan terang dan nyata bahawa walaupun seluruh kekuatan dikumpulkan untuk mempertahankan kebatilan, nescaya ia tetap akan dilenyapkan oleh Allah SWT. Jadi perancangan dan tindakan yang dilakukan oleh para ulama kerajaan itu adalah perbuatan yang sia-sia bahkan merugikan masa, tenaga dan wang ringgit.

Ketahuilah bahawa sekiranya semua negara umat Islam termasuk Malaysia ingin berjaya sepertimana yang pernah dicapai oleh para Sahabat dan tabiin, maka Allah SWT telah memperjelaskannya di dalam Surah al-A’raaf (7), ayat ke-96 yang bermaksud:

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. Mana mungkin umat Islam ini akan dapat mencapai nilai ketakwaan jika tidak menjadikan al-Quran sebagai petunjuk di dalam kehidupan mereka. Firman Allah SWT: “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”. [TMQ al-Baqarah (2) : 2].

PM seru berbaiah?

by AURA JIHAD

PUTRAJAYA 4 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam mewujudkan satu bentuk perhubungan berasaskan ikatan janji kesetiaan dan komitmen padu bagi mengukuhkan pencapaian sektor berkenaan. Perdana Menteri berkata, perhubungan berasaskan konsep al-wa‘ad dan al-bai‘ah itu adalah lebih kukuh berbanding konsep perkongsian kerana ia mampu mewujudkan suasana kerja yang lebih baik dan tenteram. Beliau menjelaskan, konsep tersebut bukan bermaksud satu sistem pengarahan kerja bersifat satu hala iaitu ‘suruh itu dan ini’ daripada pihak atasan, sebaliknya anggota pentadbiran turut berperanan menjaga kebajikan para penjawat awam.

‘‘Di atas bahu para anggota pentadbiran untuk menjaga penjawat awam agar mendapat kepuasan kerja, skim perkhidmatan yang boleh kita perbaiki dan menentukan latihan pembangunan kerjaya dilakukan dengan tersusun dan menjaga perasaan serta hati mereka dengan mengeluarkan arahan kerja secara bersopan dan berhemah. ‘‘Apabila kita dapat mengasaskan hubungan iaitu penjawat awam membuat kerja dengan komitmen dengan kesetiaan tidak berbelah bagi dan pentadbiran kerajaan menjaga kepentingan kebajikan penjawat awam, saya percaya akan wujud satu hubungan yang sangat baik dan tenteram dalam kalangan kita,” katanya.

Beliau berucap pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana di sini hari ini. Turut hadir timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri-Menteri Di JPM, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Datuk Jamil Khir Baharom serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. Dalam ucapan pertamanya pada majlis perhimpunan bulanan JPM sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu, Najib turut mengelak daripada menggunakan istilah ‘kakitangan kerajaan’ sebaliknya lebih selesa memakai perkataan penjawat awam. Perdana Menteri berkata, tujuan mewujudkan perhubungan yang lebih kukuh dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam adalah bagi memastikan rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan awam berasaskan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan.

‘‘Rakyat yang berpuas hati dengan kerajaan itulah rakyat yang akan bersama-sama dengan kerajaan, insya-Allah,” katanya. Katanya lagi, anggota pentadbiran dan penjawat awam harus sedar bahawa penanda aras muktamad ialah sejauh mana rakyat melahirkan rasa puas hati mereka terhadap kerajaan. ‘‘Kadang kala dalam rutin kerja, kita lupa sebenarnya analisis akhir ditentukan oleh rakyat. Di sebalik KPI, saya sebenarnya mengajak anda semua untuk sentiasa ingat bahawa penanda aras muktamad ialah memberikan kepuasan hati rakyat sama ada dari segi perkhidmatan, usaha menambah kekayaan dan selesaikan masalah.

‘‘Mudah-mudahan dengan usaha ini, kita akan beri tumpuan kepada cara-cara bagaimana kita boleh menambahkan lagi indikator kepuasan hati rakyat,” katanya. Perdana Menteri juga menekankan tentang pendekatan menggabungkan nilai produktiviti, inovatif dan kreativiti bagi memastikan sektor awam mampu mencapai lonjakan berganda dalam pelbagai bidang. ‘‘Kita tidak mungkin dapat menonjolkan Malaysia sebagai negara yang berjaya kalau kita tidak dapat membudayakan pemikiran inovatif dan kreatif. ‘‘Pendekatan ini mesti bermula dari sistem persekolahan kita, saya tahu Muhyiddin sedang mengkaji perkara ini,” katanya. Katanya, inovatif dan kreativiti bukan sahaja perlu ada dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagaimana yang dilakukan sektor swasta malah ia turut membabitkan sektor awam iaitu membentuk proses kerja dan penyelesaian masalah yang lebih inovatif. ‘‘Bila adunkan produktiviti dan kreativiti, kita akan dapat lonjakan berganda dari segi prestasi dan pencapaian untuk negara,” kata beliau.

Sumber : Utusan Malaysia, 05/05/09


Apakah PM Faham Tuntutan Perkataan Bai’ah Yang Dilafazkannya Itu?

Bai’ah adalah suatu perkataan yang mempunyai makna bahasa dan juga makna syara’ dan merupakan istilah yang memiliki banyak makna. Satu kaedah penting yang mesti kita fahami adalah bahawa setiap perkataan yang datang dari Allah dan Rasul-Nya mesti kita fahami dengan makna syar’i dan bukannya dengan makna bahasa. Jika kita perhatikan Rasulullah SAW yang pernah melafazkan perkataan tersebut dan para sahabat yang pernah melakukan perbuatan bai’ah itu sendiri, maka kita akan dapati dengan jelas bahawa bai’ah itu adalah merupakan istilah yang terkait dengan makna syara’. Bai’ah itu adalah merupakan satu-satunya metode syara’ (Islam) dalam rangka memilih dan mengangkat seorang pemimpin (khalifah) yang dilakukan oleh umat. Umat memberikan bai’ahnya kepada khalifah agar menjalankan pemerintahan menurut apa yang diturunkan oleh Allah SWT iaitu menjalankan pemerintahan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Persoalan bai’ah ini telah banyak tercantum didalam al-Quran dan al-Hadis. Di antaranya ialah,

“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan perkara itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar” [TMQ Al Fath (48): 10].

Terdapat juga hadis Rasulullah SAW dari Ubadah bin Shamit yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang bermaksud,

“Kami telah membaiat Rasulullah SAW agar senantiasa mendengar dan menaatinya baik dalam keadaan yang kami senangi mahupun yang tidak kami senangi; agar kami tidak merebut kekuasaan dari orang yang berhak; dan agar kami senantiasa mengerjakan atau mengatakan yang haq dimana sahja kami berada tanpa takut kerana Allah SWT kepada celaan orang-orang yang suka mencela”.

Justeru itu, bila kita melihat PM mengeluarkan dan menggunakan perkataan bai’ah dalam menekankan persoalan hubungan di antara anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam, maka sesungguhnya ini adalah merupakan penggunaan yang tersasar dari makna yang telah ditentukan oleh syara’. Apa yang wajar adalah, sekiranya Najib ingin menggunakan istilah bai’ah itu, maka adalah wajib bagi beliau untuk mengistiharkan dirinya sebagai seorang khalifah bagi umat Islam dan meminta umat Islam untuk membai’ah dirinya dan seterusnya menjadi kewajiban bagi beliau untuk menerapkan hukum Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunah dan mencampakkan undang-undang sekular tinggalan penjajah yang selama ini masih berakar di dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara seperti apa yang kita saksikan saat ini.

Siang Kerja, Malam Pun Kerja Hanya Untuk Mu BE END!!!!

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR, 27 April - Ketua Penerangan UMNO yang baru, Ahmad Maslan berjanji akan bekerja siang dan malam demi membantu memperkukuhkan kembali UMNO. Katanya, komitmen yang jitu diperlukan bagi memastikan UMNO terus relevan di mata dan hati rakyat. "Saya berjanji untuk melakukan yang terbaik dan mahu memastikan UMNO memainkan peranan bagi membantu Barisan Nasional (BN) menang lebih dua pertiga majoriti dalam pilihan raya umum akan datang," katanya pada sidang akhbar pada hari pertama beliau memasuki pejabatnya di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

Ahmad, 43, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dilantik menjawat jawatan Ketua Penerangan menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib. Selain itu, Ahmad juga adalah Ketua Penerangan paling muda dalam sejarah UMNO. Katanya, antara usaha terpenting memperkukuhkan UMNO yang difikirkan ialah memperkenalkan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi jentera penerangan semua peringkat. "Saya cadangkan Ketua Penerangan mempunyai KPI daripada segi jumlah program penerangan yang dibuat terutamanya oleh UMNO cawangan, bahagian, negeri dan pusat," katanya. Jelas Ahmad, pihaknya akan bermesyuarat bagi menentukan jumlah aktiviti penerangan yang perlu dipenuhi oleh jentera penerangan UMNO di semua peringkat bagi memastikan ia menepati KPI yang dikehendaki. Katanya, aktiviti penerangan di negeri-negeri yang kini dikuasai oleh pembangkang akan dipertingkatkan dengan lebih banyak lagi.

Bagi mendekatkan diri dengan para ahli UMNO pula, katanya, beliau akan memikirkan beberapa kaedah yang luar biasa seperti bermalam di rumah-rumah peneroka setiap minggu. "Saya ingin membuat kaedah-kaedah yang mungkin difikirkan remeh oleh orang lain," jelas Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian itu. Namun katanya, kaedah-kaedah biasa seperti seminar, kursus, ceramah dan sebagainya tetap akan diteruskan kerana ia juga penting. Beliau juga bercadang untuk memberikan penekanan terhadap empat aspek media iaitu media bersemuka, media elektronik, bercetak dan maya. "Saya mahu menjadikan kawasan yang gelap kepada samar dan kemudiannya terang," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia, 28/04/09

Kerja Siang Malam Untuk Apa?

Biasalah bila dapat jawatan baru yang sebelum ini mungkin tidak pernah diimpikan. Seperti mendapat tenaga baru, Ketua Penerangan UMNO yang baru ini nampaknya sanggup memberikan komitmen yang agak luar biasa apabila beliau berjanji akan bekerja siang dan malam untuk UMNO. Sayangnya komitmen beliau itu diberikan untuk memperkukuhkan UMNO yang ashobiyyah. Alangkah baiknya kalau Ketua Penerangan baru itu bekerja siang dan malam untuk mengubah UMNO dari sebuah parti politik ashobiyyah kepada parti politik yang berasaskan Islam. Sewajarnya, Ketua Penerangan baru UMNO itu cuba merenungi pengajaran dari kisah dakwah nabi Nuh kepada kaumnya, di mana baginda telah melakukan dakwah siang dan malam tanpa rasa jemu untuk menyeru kaumnya agar tunduk dan taat kepada perintah Allah SWT, firmanNya,

“(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman)”. [TMQ Nuh (71): 5].

Renungilah juga komitmen dan pengorbanan yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW ketika melakukan dakwah untuk mengubah masyarakat arab jahiliyyah ketika awal Islam seorang diri hingga berjaya menzahirkan Islam mengatasi seluruh sistem kehidupan kufur saat itu. Baginda tanpa rasa jemu dan penat, siang dan malam, memikul tugas dakwah ini semata-mata untuk meraih keredhaan di sisi Allah SWT.

Miskin Tegar Hapus Tahun Depan?

by AURA JIHAD

LANGKAWI, 28 April - Perkembangan pesat ekonomi negara sejak beberapa dekad lepas telah membantu Malaysia mengurangkan kadar kemiskinan daripada 58.7 peratus pada 1970 kepada 7.1 peratus sahaja pada 2007 manakala kadar kemiskinan tegar kini hanyalah 1.4 peratus. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Malaysia berazam menghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun depan. "Cabaran utama ialah membina asas dan infrastuktur yang kukuh untuk meletakkan sosio-ekonomi golongan itu pada landasan yang betul," katanya ketika berucap pada dialog serantau mengenai pembasmian kemiskinan di luar bandar di sini hari ini. Shafie berkata, tindakan itu dilaksanakan berasaskan tiga konsep iaitu memastikan mereka mendapat pendidikan berkualiti termasuk latihan vokasional dan memperbanyakan peluang latihan semula. Konsep kedua ialah dengan melihat cara lebih inovatif bagi menggalakkan aktiviti ekonomi untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, dan ketiga, ialah memperluaskan skim bantuan termasuk bidang kecil yang sensitif khususnya berkaitan pinjaman kewangan. Shafie berkata, pelaksanaan program secara bersepadu dan mempelbagaikan bidang sosio-ekonomi untuk lebih 30,000 golongan miskin tegar menjadi pilihan kerajaan bagi menangani krisis ekonomi global. - BERNAMA

Sumber : Utusan Malaysia, 29/04/09

Yakinlah! Hanya Sistem Ekonomi Islam Sahajalah Yang Mampu Untuk Menghapuskan Kemiskinan Tegar


Azam yang ditunjukkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal untuk menghapuskan kemiskinan tegas menjelang tahun depan adalah sesuatu yang baik. Tetapi yakinlah bahawa azam ini akan hanya tinggal azam sekiranya penerapan sistem Kapitalisme seperti yang sedia ada terus diperpanjangkan. Rekod dan sejarah telah membuktikan betapa sistem Kapitalisme yang menguasai dunia saat ini tetah gagal untuk membawa kesejahteraan kepada manusia sejagat. Hatta kuasa terbesar dunia Kapitalisme saat ini, Amerika Syarikat sendiri telah gagal untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang mereka dihadapi. Justeru itu kita menyeru kepada para pemimpin umat Islam agar kembali kepada penyelesaian Islam untuk menyelesaikan apa sahaja persoalan dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam khususnya dan umat manusia umumnya. Ini termasuklah untuk menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan kemiskinan yang ada hubung kaitnya dengan sistem ekonomi. Islam sebagai suatu sistem kehidupan yang lengkap dan sempurna dari Allah SWT, Tuhan yang menciptakan manusia, alam dan kehidupan telah mempunyai bukti dan catatan yang memanifestasikan kemampuannya sebagai penyelesai kepada persoalan dan masalah yang dihadapi oleh manusia termasuklah yang berkaitan dengan masalah kemiskinan. Apakah kita lupa bagaimana di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz tidak terdapat seorang pun yang layak untuk menerima zakat.

Ini sebagaimana diungkapkan oleh Yahya bin Sa’id, seorang petugas amil zakat pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau berkata, "Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengutusku untuk mengumpulkan zakat orang Afrika. Lalu aku menariknya dan aku minta dikumpulkan orang-orang fakirnya untuk kuberi zakat. Tapi ternyata tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang mengambilnya. " [Ulwan, 1985:2, As-Siba'i, 1981:392].

Inilah kehebatan sistem Islam. Nah! Bilakah lagi para pemimpin umat Islam akan mengambil sistem Islam yang dijamin oleh Allah SWT sebagai rahmat kepada seluruh alam?

”Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. [TMQ Al Anbiyaa' (21) : 107]

CUEPACS

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 3 Mei - Isteri lari, anak terpaksa berhenti sekolah dan hutang keliling pinggang! Itu antara aduan yang diterima oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) saban hari sejak kebelakangan ini. Aduan seumpama itu diterima daripada kakitangan awam yang diberhentikan kerja atau ditamatkan kontrak sejak kegawatan ekonomi melanda dunia yang turut memberi kesan kepada majikan dalam negara. Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, ramai ahli yang kehilangan pekerjaan meminta bantuan kongres untuk membantu mengatasi masalah mereka.

Sehubungan itu, katanya, mulai minggu depan CUEPACS akan mengadakan lawatan untuk meninjau permasalahan ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan sambil menghulurkan sumbangan. Katanya lagi, mereka akan diberikan bantuan wang dan barang-barang makanan. Beliau berkata, sejak 2008, sejumlah 3,000 ahlinya yang terdiri daripada kakitangan awam di seluruh negara telah ditamatkan kontrak atas alasan kegawatan ekonomi. Daripada jumlah itu, seramai 425 orang merupakan kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan dan 113 pula petugas di JPN Terengganu.

Ulasan

Ramai telah sedia maklum, berita sebegini kerap diketengahkan tatkala sesebuah negara mengalami kemerosotan ekonomi. Statistik yang dilaporkan bukanlah suatu angka yang menyeluruh, bahkan sebenarnya mereka yang terlibat adalah lebih dari itu. Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah negara sekular yang mengamal dan menerapkan sistem ekonomi Kapitalisme yang kufur, maka terbuka luaslah lompong-lompong yang mengakibatkan kesengsaraan dan kesempitan hidup. Antara lain kelompongan ini adalah kurangnya keperihatinan negara terhadap sektor pekerjaan yang menyebabkan peningkatan pengangguran sehingga lahir pula pelbagai masalah sosial yang cukup banyak dilaporkan hari ini.

Akibat dari permasalahan ini, muncul idea yang cuba menutup kelompongan ini dengan penubuhan kesatuan kebajikan pekerja seperti CUEPACS agar kerosakan sistem itu diperbaiki. Namun apa yang berlaku adalah, konsep ‘check and balance’ seperti yang ‘dilakonkan’ oleh CUEPACS dan kerajaan Malaysia selama ini ternyata tidak banyak memihak kepada rakyat, bahkan lebih mirip kepada menampung ‘political mileage’ orang-orang tertentu sahaja.

Hakikatnya, CUEPACS hanyalah merupakan serpihan dari kumpulan rakyat yang melakukan tugas-tugas pembaikan, bukan pencegahan mahupun perawatan. Ia hanya mampu memilih dan memulihkan sebahagian kecil kesan kerosakan akibat dari sistem yang diterap, yakni Kapitalisme. Ini terbukti apabila mereka hanya memilih untuk membantu ahli yang benar-benar kronik sedangkan bilangan mereka yang kronik ini adalah jauh lebih besar dari yang ditanggapi dan merangkumi jauh lebih luas dari ahli CUEPACS..

Punca utama permasalahan ini bukanlah datang dari isu pekerjaan semata-mata, namun hakikatnya, ia berakar dari sistem ekonomi, sistem pemerintahan (politik) dan sistem-sistem kehidupan yang lainnya yang diterap dan digunapakai di Malaysia (dan di negara lain). Penerapan sistem-sistem kufur inilah yang menjadikan umat manusia sengsara, putus asa, teraba-raba dalam terang dan hilang pedoman. Umat manusia terus terlupa bahawa mereka merupakan makhluk Allah, yang diciptakan oleh Allah untuk semata-mata tunduk kepadaNya (yakni tunduk kepada sistem yang diciptakanNya – Islam).

Sistem ekonomi Islam mempunyai polisi yang amat berbeza dengan Kapitalisme (mahupun Sosialisme). Islam memastikan bahawa setiap individu (baik muslim mahupun bukan muslim) dapat memenuhi keperluan-keperluan hidupnya, termasuklah peluang-peluang pekerjaan. Negara dipertanggungjawabkan untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang sesuai bagi rakyat disamping memastikan hak mereka dalam mendapat kehidupan yang sempurna. Islam tidak membenarkan sekelompok dari umat manusia menubuhkan badan seperti CUEPACS untuk menjalankan aktiviti kebajikan kerana itu merupakan tanggungjawab hakiki negara.

Namun hari ini, kita melihat kejahilan dan kelalaian umat dalam menerapkan Islam menyebabkan berlaku kerosakan, kesengsaraan, kehinaan, kecelakaan dan kemunduran menimpa kita. Persoalannya, masihkah kita mengharapkan sistem-sistem ciptaan manusia seperti kapitalisme, sosialisme dan selainnya sedangkan kerosakan yang disebabkan oleh sistem-sistem ini jelas terpampang di hadapan kita? Masihkah kita berharap kepada sistem sekular sekarang yang terus menerus menjadikan kehidupan kita semakin buruk dari hari ke hari?

Wahai kaum muslimin, kita sudah terlalu lama tersasar dari kehidupan Islam dan kesan tragis darinya sudah terlalu lama kita alami. Ingatlah bahawa kesempurnaan sistem Islam mampu menyelamatkan kita dari malapetaka ini. Yakinlah bahawa Islamlah satu-satumya tempat untuk kita rujuk dalam menjalankan jehidupan ini. Yakinlah bahawa petunjuk dari Allah (Al-Quran) merupakan jalan keluar dari kehidupan yang penuh kesesatan dan kemaksiatan ini. Kembalikanlah kehidupan Islam dengan mengembalikan semula institusi Khilafah agar kita dapat menempa semula kegemilangan hidup serta menggapai redha Allah di atas muka bumi ini.

Pemain Judi Ditangkap! Taukey Judi? Pemberi Lesen Judi?

by AURA JIHAD

KUANTAN, 26 April - Cukup memalukan apabila melihat gelagat sekumpulan orang Melayu beragama Islam lari bertempiaran dan sanggup mengasari pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ketika ditahan kerana membeli nombor ekor di sebuah premis perjudian di sini semalam. Lebih menyedihkan apabila rata- rata yang bertempiaran lari dan diberkas pada serbuan operasi yang dilakukan pada kira-kira pukul 5.40 petang itu adalah di kalangan orang Melayu yang lanjut usia, malah ada di antaranya hampir dikategorikan sebagai warga emas. Timbalan Pengarah JAIP, Ghazali Abd. Aziz berkata, operasi itu adalah bersempena arahan yang dikeluarkan pada 30 Disember tahun lalu dan mula dikuatkuasakan pada 12 Mac 2009 iaitu melarang umat Islam terlibat dengan kegiatan judi dan mengunjungi premis perjudian di sini. ''Seramai enam lelaki ditahan oleh JAIP dalam operasi yang pertama kali diadakan di dua premis nombor ekor bagi membanteras penglibatan judi nombor ekor di kalangan orang Islam. ''Semua lelaki terbabit berumur antara 29 hingga 54 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987). ''Sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Ghazali berkata, pada serbuan sama, terdapat dua lelaki Melayu berjaya melarikan diri selepas bergelut dengan pegawai JAIP. Katanya, salah seorang yang diberkas berusia 54 tahun didapati membelanjakan hamper RM189 setiap minggu semata-mata untuk tujuan berjudi nombor ekor.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya akan terus mengadakan operasi yang sama pada masa akan datang. Katanya, ia akan diadakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk menampal notis larangan berjudi terhadap orang Islam di premis-premis nombor ekor dan lain-lain pusat judi di sini. ''Kita juga berharap pengusaha premis judi akan memberi kerjasama dalam membantu JAIP menguatkuasakan larangan ini. ''Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi JAIP di talian 09-5179346 bagi membanteras kegiatan judi di kalangan orang Islam," jelasnya. Dalam perkembangan lain, kata Ghazali, pihaknya menahan tiga lelaki berusia 30-an serta dua wanita berusia 23 dan 30 tahun kerana dipercayai melakukan maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Datuk Wong Ah Jang di sini awal pagi ini. Menurutnya, wanita berusia 23 tahun itu didapati membawa bersama bayi lelakinya yang baru berusia enam bulan dan seorang lagi wanita berumur 30 tahun membawa anak lelaki berusia enam tahun ketika serbuan itu. ''Mereka ini akan didakwa mengikut Seksyen 145 enakmen yang sama dan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,'' tegas Ghazali.

Sumber : Utusan Malaysia, 27/04/09

Pemain Judi Ditangkap! Bagaimana dengan Kedai Judi , Pusat Judi Dan Juga Pemberi Lesen Judi?

Takkan 6 orang sahaja yang dikambing hitamkan? Bagaimana pula dengan tuan punyai kedai judi, tauke besar pusat judi Genting dan mereka yang memberikan lesen kebenaran untuk kedai-kedai dan pusat judi boleh beroperasi?

Ya, judi adalah haram di sisi Islam. Keharaman ini adalah qat’i. Maka apa-apa yang menyangkut dan yang boleh membawa ke arah keharaman itu secara pasti juga adalah haram. Al Wasilah ila al haram, haram (perkara yang membawa kepada keharaman adalah haram). Oleh kerana itu, pihak yang berkenaan sewajibnya melakukan pencegahan terhadap aktiviti haram ini dari A sehingga Z, bukan seperti yang ada pada hari ini, hanya pemain-pemain kecilan sahaja yang ditangkap namun pihak yang lebih besar keterlibatannya dibiarkan begitu sahaja Realiti hari ini juga telah menyaksikan bagaimana operasi judi yang diberikan lesen oleh pihak yang berkenaan boleh beroperasi dengan bangganya dan mengaut keuntungan yang begitu besar. Inilah manifestasi kehidupan secular di mana Islam tidak ada peranan di dalam kehidupan bermasyarakat mahupun negara. Inilah wajah buruk demokrasi yang diberikan oleh Barat kepada kita umat Islam. Secara ‘demokrasi’ judi dibenarkan beroperasi dengan diberikannya lesen ‘halal’. Bagi mereka ini, keharaman judi yang ditetapkan oleh Allah boleh ‘dibeli’ dengan keuntungan jutaan ringgit dari aktiviti judi.

Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. [TMQ Al Maa-idah (5):90].

Jika pihak agama mengatakaan inilah sahaja bidang kuasa mereka iaitu hanya boleh menangkap orang Islam yang berstatus "bilis" sahaja, maka keterbatasan kuasa mereka ini seharusnya menggerakkan mereka untuk berusaha bagi mengembalikan kuasa Islam yang sebenarnya dengan tertegaknya Khilafah. Khilafah Islam akan mendaulatkan dan menzahirkan hukum Allah di dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Sampai bilakah mereka yang zalim dan jahil mahu mempermain-mainkan hukum Allah SWT?

Dalam Bas Pun Tak Selamat...

by AURA JIHAD

altKUALA LUMPUR – Kes-kes jenayah seperti ragut, seluk saku dan samun (tanpa senjata) yang melibatkan penumpang bas awam di ibu negara ini kini menunjukkan peningkatan yang agak membimbangkan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, berdasarkan statistik sepanjang Januari sehingga Disember 2008, pihaknya menerima lebih 24 kes membabitkan kejadian jenayah tersebut. “Malah dalam tempoh tiga bulan ini saja, iaitu dari Januari hingga Mac, sebanyak 12 kes yang dicatatkan dan ini menunjukkan peningkatan yang agak membimbangkan. “Pihak polis memandang serius peningkatan tersebut. Walaupun terdapat beberapa tangkapan dilakukan namun kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan kes itu dapat dikurangkan dari semasa ke semasa,’’ katanya selepas melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah dan Rakan Cop antara Polis Kuala Lumpur dan RapidKL di sini, semalam. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif RapidKL, Suffian Baharuddin dan wakil Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, William Lee. Muhammad Sabtu bagaimanapun memberitahu, kadar tersebut dapat dikurangkan jika masyarakat sentiasa menjadi `mata dan telinga’ pihak polis dengan melaporkan sesuatu kes jenayah.

Sumber : KOSMO, 29/04/09

Dalam Bas Tak Selamat

Inilah realiti yang melanda masyarakat Kuala Lumpur. Sehinggakan penumpang di dalam bas pun berada dalam keadaan yang senantiasa berisiko tinggi diragut, disamun dan seumpamanya. Di manakah keadaan yang selamat agaknya? Kadar statistik jenayah ini menunjukkan bahawa masyarakat kini semakin ganas daan jahat. Undang-undang yang ada saat ini sebenarnya tidak mampu untuk mencegah dan menghalang manusia dari melakukan kejahatan. Sebagai seorang muslim kita seharusnya nampak ini adalah suatu petanda bahawa sistem yang diterapkan hari ini adalah sistem yang gagal dan akan pasti terus gagal membawa keamanan kepada masyarakat. Dari pemerhatian ini dapat dibuat kesimpulan bahawa sistem yang ada hari ini telah gagal untuk mendisiplinkan masyarakat dan telah gagal untuk melahirkan individu dan masyarakat yang bertakwa. Apa lagi system yang benar-benar boleh melahirkan individu, masyarakat dan yegara yang mulia kalau tidak Islam? Tunduklah wahai manusia kepada sistem yang unggul ini!

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah”. [TMQ Al Maa-idah (5) : 50]

PDRM - Merawat Lebih Baik Daripada Mencegah?

by AURA JIHAD

RM362 juta biaya penambahbaikan logistik PDRM

JOHOR BAHRU 24 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan penambahbaikan logistik yang melibatkan peruntukan sejumlah RM362 juta untuk memperkukuhkan lagi organisasi berkenaan pada masa akan datang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ia melibatkan peruntukan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan baru-baru ini berjumlah RM250 juta bagi fasa pertama dan RM112 juta bagi fasa kedua. Beliau berkata, keutamaan akan diberikan kepada kerja-kerja menaik taraf balai dan berek polis di seluruh negara selain beberapa perolehan peralatan pengoperasian.

Inilah kos yang dipaksa (bukan terpaksa) untuk ditanggung oleh sistem kapitalisme kufur akibat dari segala jenayah dan kemaksiatan yang berpunca dari gaya hidup bebas dari Al-Quran. Bila syariat Islam tidak diterapkan, maka kemungkaranlah yang akan bermaharajalela. Ini bertambah buruk dengan sikap para penguasa dan pemelihara keamanan yang terus merasakan, "merawat itu lebih baik dari mencegah". Kos 'rawatan' ini merupakan alasan bagi mereka untuk terus mengenakan tekanan dan intimidasi ke atas rakyat. Pada masa yang sama, jenayah semakin menggusarkan rakyat. Kesan dari itu, usaha 'merawat, jenayah terus berkembang subur. Apa yang diharapkan adalah jangan sampai jenayah bermula dari 'dalam'. Nanti harapkan pagar, pagar makan padi.

Tukar Posisi Pemain Adalah Pembaharuan?

by AURA JIHAD

altKUALA LUMPUR, 24 April – Datuk Seri Najib Tun Razak terus komited untuk melakukan pembaharuan dalam UMNO apabila melakukan perubahan pucuk pimpinan di lapan negeri. Malah lima daripada lapan negeri terbabit menyaksikan pelantikan barisan kepimpinan tertinggi parti sebagai Pengerusi Badan Perhubungan.

Presiden UMNO itu sendiri mengetuai Badan Perhubungan UMNO Selangor manakala timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin UMNO Wilayah Persekutuan. Semua tiga Naib Presiden UMNO buat pertama kali turut diberi tanggungjawab menerajui UMNO negeri dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memimpin Terengganu bagi menggantikan Datuk Ahmad Said. Ahmad dilantik sebagai timbalan. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula mengambilalih teraju Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sementara Datuk Seri Shafie Apdal diberi tanggungjawab untuk mengemudi UMNO Kedah. Tiga lagi negeri iaitu Kelantan diterajui oleh Datuk Mustapa Mohamad, Perak oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Perlis oleh Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.

Pengumuman yang dibuat oleh Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO buat pertama kali selepas pemilihan parti Mac lalu itu sekali gus menyaksikan beberapa nama digugurkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. Mereka ialah Datuk Seri Shahidan Kassim di Perlis, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Kedah), Tan Sri Muhammad Muhd. Taib (Selangor) dan Tan Sri Annuar Musa (Kelantan).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang dikatakan akan digugurkan pula kekal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu. Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu berkata, pelantikan barisan kepimpinan tertinggi parti sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri bukan bermakna parti tersebut ketandusan pemimpin. “Naib Presiden layak jadi Pengerusi Badan Perhubungan. Kalau dia jadi Naib Presiden tak kan dia tak boleh jadi pengerusi perhubungan? “Itu ikut atas pertimbangan saya, ada keperluan dilantik Naib Presiden, kita lantiklah,” jelasnya.

Pada sidang akhbar itu, Najib turut mengumumkan pelantikan 12 ahli MT termasuk masing-masing satu wakil
daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri. Antara yang kembali dilantik menganggotai MT ialah bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz. Turut di lantik ialah Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menjadi satu-satunya Menteri Besar yang dilantik ke jawatan MT. “Menteri Besar yang tidak dilantik akan dijemput hadir sebagai antara yang turut hadir dalam mesyuarat MT,” jelas Najib.
Najib turut mengekalkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung dan melantik Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai Bendahari Agung yang baru menggantikan Datuk Seri Abdul Azim Zabidi. Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan pula dilantik Ketua Penerangan UMNO bagi menggantikan Muhammad. Mengenai pelantikan semula Rafidah dan Shahidan, Najib berkata: “Mereka boleh beri sumbangan pada parti, jadi kita ada kesinambungan dan kita ada pembaharuan.”

Sumber : Utusan Malaysia, 25/04/09

Hanya tukar posisi pemain. Itukah pembaharuan namanya?

Apakah ini dikatakan suatu pembaharuan? Hakikatnya UMNO masih sama. Akar perjalanan UMNO masih sama.Apakah rakyat boleh mengharapkan sesuatu yang baru dengan hanya pertukaran posisi pemain sahaja namun corak permainan dan sistemnya masih sama? Masyarakat yang rasional akan nampak jawapannya! Seharusnya, asas sesebuah parti politik yang dianggotai oleh orang Islam, seperti UMNO, mestilah Islam dan aktivitinya juga mestilah merupakan aktiviti yang berlandaskan kepada Islam sesuai dengan firman Allah SWT:

”Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”. [TMQ Ali 'Imran (3) : 104].

Malangnya sehingga ke hari ini UMNO yang ahlinya terdiri dari majoritinya orang Islam masih lagi menjadi parti
yang mendokong dan mempertahankan undang-undang sekular kufur Lord Reid sejak 52 tahun yang lalu di mana kita sebagai seorang Islam telah dapat menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri bagaimana undang-undang ciptaan manusia itu masih kukuh dipertahankan oleh UMNO dan sekutu-sekutunya. Kita boleh menyaksikan sendiri hasil penerapan sistem kufur ini sehingga saat ini - 1001 satu macam masalah berlaku di dalam masyarakat. Keadaan semakin kronik hari demi hari dan akan terus berkekalan selama mana sistem busuk ini masih diterapkan. Apakah para pemimpin UMNO dan para ulama yang berada di dalam UMNO itu tidak memahami perintah Allah SWT :

”Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”. [TMQ Al Baqarah (2) :208].

”Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah”. [TMQ Al Maa-idah (5) :49-50].

Terlalu banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang secara qat’i memerintahkan umat Islam khususnya para pemerintah umat Islam untuk menerapkan Islam di dalam kehidupan secara individu, masyarakat dan negara. Untuk itu UMNO akan hanya layak dikatakan melakukan pembaharuan jika asas perjuangannya ditukar kepada Islam dan asas lamanya, ashobiyyah, dicampakkan jauh-jauh.

Selepas melakukan semua ini, barulah boleh diharapkan agar pembaharuan yang diinginkan oleh UMNO itu akan benar-benar berlaku dan mereka akan termasuk ke dalam golongan yang akan mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.

BIDAAH BESAR MASA KINI

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meminta peminat memberi masa kepadanya untuk memakai tudung sepenuhnya. Siti Nurhaliza, 29, mengakui sejak pulang menunaikan ibadat haji pada 27 Disember lalu, peminat amat berharap dia memakai tudung, bukan sekadar selendang untuk menutup rambut. “Saya harap beri sedikit masa kerana saya masih aktif dalam bidang ini (industri hiburan).

Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) itu berkata, mungkin ada peminat membuat anggapan negatif mengenai tindakannya yang hanya memakai selendang. “Saya akui selesa memakai selendang kecuali untuk disesuaikan dengan persembahan tertentu yang perlu memakai tudung. “Ini kerana saya tidak mahu perubahan drastik. Insya-Allah, saya akan lakukan perubahan ini secara perlahan-lahan dan harap peminat bersabar,” katanya.

Ahad lalu, seorang peminat menegur Siti Nurhaliza menerusi ruangan i-Metro dalam Metro Ahad mengatakan penyanyi itu tidak konsisten memakai tudung kerana dalam video klip, rambut ditutup, tetapi leher terdedah. Peminat terbabit turut menegur rambut penyanyi wanita nombor satu negara itu terdedah pada waktu santai. Perkara itu juga pernah dibangkit beberapa peminat lain yang memberi pendapat jika fesyen Siti Nurhaliza sebegitu, lebih baik membuka terus tudung atau selendang kerana imej dulu lebih cantik.

Siti Nurhaliza sebelum ini pernah menyatakan dia bersedia menerima apa saja maklum balas daripada peminat mengenai penampilannya sekarang sama ada positif atau negatif. Dia berkata, tidak mahu melakukan perubahan drastik, sebaliknya dilakukan secara perlahan-lahan.

Sumber : Metro, 21/04/09

Perlaksanaan Hukum Allah SWT Secara Beransur-Ansur Merupakan Suatu Bidaah Besar Masakini.

Inilah kesan daripada kekalahan pemikiran umat Islam kepada serangan fikrah yang dilakukan oleh Barat ke atas Islam. Kekalahan ini mengakibatkan umat Islam secara sedar ataupun tidak telah menerima idea sekular untuk menjadi landasan berfikir bagi menjalani kehidupan dunia mereka di saat ini. Lihatlah persoalan pemakaian tudung oleh artis popular di atas yang ditanggapi oleh ramai pihak dengan pandangan yang berbeda-beda termasuklah oleh si empunya diri. Malahan si empunyai diri juga mengeluarkan kenyataan yang tersasar dari Islam sebenarnya. Apakah memakai tudung secara sempurna itu dianggap sesuatu yang drastik? SubhanAllah. Sebagai seorang Muslim kita perlu memahami bahawa Islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW untuk mengatur kehidupan manusia denganNya (aqidah dan ibadah), dengan dirinya sendiri (makanan, minuman,a khlak dan pakaian) mahupun dengan manusia yang lain (‘uqubat dan muamalat) telah mewajibkan umatnya untuk terikat sepenuhnya dengan hukum syara’ tanpa membeza-bezakan dan menangguh-nangguh perintah Allah SWT.

“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [TMQ Al Baqarah (2) :208].

Ketahuilah bahawa sesuatu yang wajib itu akan tetap wajib hukumnya tanpa ada konsep tadarruj di dalam perlaksanaannya. Begitu juga bagi sesuatu keharaman itu akan tetap haram hukumnya tanpa ada konsep beransur-ansur dalam meninggalkannya. Sebagai contoh, bolehkah kita melaksanakan solat zhuhur 1 rakaat pada permulaan perlaksanaannya kemudian ditambah menjadi 2 rakaat untuk tahun yang seterusnya , 3 rakaat untuk tahun yang selepas itu sehinggalah akhirnya sempurna 4 rakaat. Sudah pasti kita mengetahui jawapannya.

Ya, kita mengakui bahawa al-Quran turun secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun kepada Rasulullah SAW tetapi perlu diingat bahawa kini al-Quran telah sempurna turunnya dan hukum Islam itu tidak boleh dilaksanakan secara beransur-ansur sebagaimana beransur-ansurnya al-Quran itu diturunkan. Contohilah generasi sahabat yang dibina oleh Rasulullah SAW yang bersedia menjadi umat yang bersegera tunduk kepada perintah Allah SWT:

“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. "[TMQ An Nuur (24) :51].

Para sahabat Rasulullah SAW di dalam kehidupan mereka senantiasa bersegera melaksanakan perintah Allah SWT dan rasulNya tanpa ada alasan untuk menangguhkan perintah dan larangan tersebut. Terlampau banyak kisah para sahabat yang kehidupan mereka senantiasa bersegera melaksanakan perintah Allah SWT dan rasulNya. Mereka memahami firman Allah SWT:

“Dan bersegeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa” [TMQ Ali 'Imran (3) :133].

Suatu renungan untuk artis di atas, hayatilah kepatuhan dan ketundukan muslimah awal Islam dahulu yang telah bersegera untuk melaksanakan perintah Allah SWT yang mewajibkan khimar dan jilbab kepada mereka: “Imam Bukhari meriwayatkan dari ‘Aisyah ra berkata: ‘Semoga Allah merahmati kaum wanita yang berhijrah pertama kali ketika Allah menurunkan firmanNya, “Dan hendaknya mereka menutup kain tudungnya sampai ke dadanya…[TMQ An Nuur (24) :31]” maka kaum wanita itu mengoyakkan kain sarung mereka (untuk dijadikan tudung) dan menutup kepala mereka dengannya.'

Bilakah lagi kita bidaah ini akan ditinggalkan?

Bidaah Besar Masa Kini

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meminta peminat memberi masa kepadanya untuk memakai tudung sepenuhnya. Siti Nurhaliza, 29, mengakui sejak pulang menunaikan ibadat haji pada 27 Disember lalu, peminat amat berharap dia memakai tudung, bukan sekadar selendang untuk menutup rambut. “Saya harap beri sedikit masa kerana saya masih aktif dalam bidang ini (industri hiburan).

Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) itu berkata, mungkin ada peminat membuat anggapan negatif mengenai tindakannya yang hanya memakai selendang. “Saya akui selesa memakai selendang kecuali untuk disesuaikan dengan persembahan tertentu yang perlu memakai tudung. “Ini kerana saya tidak mahu perubahan drastik. Insya-Allah, saya akan lakukan perubahan ini secara perlahan-lahan dan harap peminat bersabar,” katanya.

Ahad lalu, seorang peminat menegur Siti Nurhaliza menerusi ruangan i-Metro dalam Metro Ahad mengatakan penyanyi itu tidak konsisten memakai tudung kerana dalam video klip, rambut ditutup, tetapi leher terdedah. Peminat terbabit turut menegur rambut penyanyi wanita nombor satu negara itu terdedah pada waktu santai. Perkara itu juga pernah dibangkit beberapa peminat lain yang memberi pendapat jika fesyen Siti Nurhaliza sebegitu, lebih baik membuka terus tudung atau selendang kerana imej dulu lebih cantik.

Siti Nurhaliza sebelum ini pernah menyatakan dia bersedia menerima apa saja maklum balas daripada peminat mengenai penampilannya sekarang sama ada positif atau negatif. Dia berkata, tidak mahu melakukan perubahan drastik, sebaliknya dilakukan secara perlahan-lahan.

Sumber : Metro, 21/04/09

Perlaksanaan Hukum Allah SWT Secara Beransur-Ansur Merupakan Suatu Bidaah Besar Masakini.

Inilah kesan daripada kekalahan pemikiran umat Islam kepada serangan fikrah yang dilakukan oleh Barat ke atas Islam. Kekalahan ini mengakibatkan umat Islam secara sedar ataupun tidak telah menerima idea sekular untuk menjadi landasan berfikir bagi menjalani kehidupan dunia mereka di saat ini. Lihatlah persoalan pemakaian tudung oleh artis popular di atas yang ditanggapi oleh ramai pihak dengan pandangan yang berbeda-beda termasuklah oleh si empunya diri. Malahan si empunyai diri juga mengeluarkan kenyataan yang tersasar dari Islam sebenarnya. Apakah memakai tudung secara sempurna itu dianggap sesuatu yang drastik? SubhanAllah. Sebagai seorang Muslim kita perlu memahami bahawa Islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW untuk mengatur kehidupan manusia denganNya (aqidah dan ibadah), dengan dirinya sendiri (makanan, minuman,a khlak dan pakaian) mahupun dengan manusia yang lain (‘uqubat dan muamalat) telah mewajibkan umatnya untuk terikat sepenuhnya dengan hukum syara’ tanpa membeza-bezakan dan menangguh-nangguh perintah Allah SWT.

“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [TMQ Al Baqarah (2) :208].

Ketahuilah bahawa sesuatu yang wajib itu akan tetap wajib hukumnya tanpa ada konsep tadarruj di dalam perlaksanaannya. Begitu juga bagi sesuatu keharaman itu akan tetap haram hukumnya tanpa ada konsep beransur-ansur dalam meninggalkannya. Sebagai contoh, bolehkah kita melaksanakan solat zhuhur 1 rakaat pada permulaan perlaksanaannya kemudian ditambah menjadi 2 rakaat untuk tahun yang seterusnya , 3 rakaat untuk tahun yang selepas itu sehinggalah akhirnya sempurna 4 rakaat. Sudah pasti kita mengetahui jawapannya.

Ya, kita mengakui bahawa al-Quran turun secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun kepada Rasulullah SAW tetapi perlu diingat bahawa kini al-Quran telah sempurna turunnya dan hukum Islam itu tidak boleh dilaksanakan secara beransur-ansur sebagaimana beransur-ansurnya al-Quran itu diturunkan. Contohilah generasi sahabat yang dibina oleh Rasulullah SAW yang bersedia menjadi umat yang bersegera tunduk kepada perintah Allah SWT:

“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. "[TMQ An Nuur (24) :51].

Para sahabat Rasulullah SAW di dalam kehidupan mereka senantiasa bersegera melaksanakan perintah Allah SWT dan rasulNya tanpa ada alasan untuk menangguhkan perintah dan larangan tersebut. Terlampau banyak kisah para sahabat yang kehidupan mereka senantiasa bersegera melaksanakan perintah Allah SWT dan rasulNya. Mereka memahami firman Allah SWT:

“Dan bersegeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa” [TMQ Ali 'Imran (3) :133].

Suatu renungan untuk artis di atas, hayatilah kepatuhan dan ketundukan muslimah awal Islam dahulu yang telah bersegera untuk melaksanakan perintah Allah SWT yang mewajibkan khimar dan jilbab kepada mereka: “Imam Bukhari meriwayatkan dari ‘Aisyah ra berkata: ‘Semoga Allah merahmati kaum wanita yang berhijrah pertama kali ketika Allah menurunkan firmanNya, “Dan hendaknya mereka menutup kain tudungnya sampai ke dadanya…[TMQ An Nuur (24) :31]” maka kaum wanita itu mengoyakkan kain sarung mereka (untuk dijadikan tudung) dan menutup kepala mereka dengannya.'

Bilakah lagi kita bidaah ini akan ditinggalkan?