Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )
Showing posts with label ULASAN SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ULASAN SEMASA. Show all posts

Lanun : Malaysia Sedia Bantu AS

by AURA JIHAD

PUTRAJAYA 11 MEI - Malaysia bersedia berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan Amerika Syarikat (AS) dalam menangani kegiatan pelanunan di perairan negara khususnya Selat Melaka. Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berkata, selain kepakaran sendiri, Malaysia juga sedia membantu AS membina jaringan komunikasi yang mantap dengan negara-negara jiran dalam perkara itu. ‘‘Kita ada pengalaman dan kepakaran berharga yang boleh dikongsi bersama dalam menyelesaikan masalah pelanunan selain mewujudkan kerjasama dengan negara-negara jiran. ‘‘Perkongsian itu penting kerana kita melihat ancaman lanun boleh memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi global,’’ katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan selama setengah jam dengan Duta AS ke Malaysia , James R. Keith di sini hari ini. Sehubungan itu, Anifah berkata, beliau berharap usaha itu akan disusuli dengan perbincangan secara mendalam oleh agensi atau jabatan berkaitan dari kedua-dua negara. ‘‘Saya menganggap pertemuan hari ini akan membuka pintu yang luas kepada agensi dan jabatan berkaitan untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenainya,’’ katanya.

[Utusan Malaysia: 12/05/09]

Selat Melaka merupakan laluan strategik di rantau ini. Ia antara laluan kapal yang paling sibuk di dunia. Dari segi ekonomi, ia menghubungkan operasi perdagangan Timur-Barat. Persaingan perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China menyebabkan AS sentiasa mencari peluang untuk menguasai laluan di Selat Melaka. Kejahatan yang dilakukan lanun-lanun di selat Melaka itu (jika ada) tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan kejahatan yang bakal dilakukan oleh AS ke rantau ini. Sudah tentu lanun mesti dihapuskan tetapi jangan sekali-kali membenarkan AS menguasai laluan Selat Melaka. Kita jangan lupa dengan kejahatan yang telah dilakukan oleh AS kepada umat Islam di Afghanistan, Iraq, Palestin dan bahagian dunia yang lain. Darah umat Islam masih merah mengalir di tangan pengganas no. 1 di dunia itu. Lalu, apa perlunya kita menjalinkan perkongsian dengan mereka? Janganlah kita menjadi pengkhianat kepada umat Islam dengan bermanis muka dan menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan mereka kerana merekalah lanun sebenar yang paling ganas dan merbahaya yang mesti dihalau keluar daripada rantau ini. Mengapa kita perlu takut? Hanya kepada Allah SWT tempat kita berlindung dan meminta pertolongan. FirmanNya:

”mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)". padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”. [TMQ Al Munaafiquun (63) :8]

Perubahan UMNO Satu Keperluan

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 11 MEI - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perubahan terhadap parti itu bukan lagi satu pilihan tetapi sudah menjadi satu keperluan yang tidak boleh dipandang ringan. Sehubungan itu katanya, UMNO perlu berani membuat perubahan jika parti keramat orang Melayu itu mahu terus kekal relevan terutama di kalangan generasi muda hari ini. “UMNO tiada pilihan, kalau ingin menjadi parti relevan, parti yang teras pada pemerintahan, UMNO mesti merupakan parti berani buat perubahan, menerajui pembaharuan, berada di saf hadapan untuk menunjukkan hala tuju baru bagi negara kita secara keseluruhan.” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan 63 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini. “Saya mengajukan perubahan kerana mana-mana parti yang tidak berani buat perubahan, walaupun parti itu banyak jasa, akhirnya jasa itu akan tinggal dalam lipatan sejarah,” katanya. Tambah beliau, UMNO perlu menyemai budaya-budaya baru yang berpaksi pada semangat sanggup berkhidmat dan meletakkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan lain. “Budaya yang tawaduk, merendah diri, suka menyusur bersama-sama dengan rakyat mestilah budaya yang kita pupuk di kalangan ahli-ahli parti,” katanya. “Jangan ingat khidmat kita yang ikhlas itu tidak akan diperhatikan dan dihargai oleh rakyat, dan akhirnya sebagai orang Islam, kita percaya Allah SWT adalah penilai yang sebaik-baiknya kepada kita,” jelas beliau.

[Utusan Malaysia 12/05/09]

Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum jemu-jemu mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya mereka melakukan perubahan. Bagi Islam, perubahan itu adalah sesuatu yang perlu dan sewajarnya dilakukan oleh umat Islam sekiranya berlaku penyimpangan dan kerosakan di dalam masyarakat dan negara. Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat arab jahiliyyah dengan tujuan untuk merubah masyarakat jahiliyyah itu kepada masyarakat Islam.

Firman Allah SWT:

“Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyyin, seorang rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (Al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata” [TMQ Al Jumu'ah (62) : 2].

FirmanNya lagi “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”. [TMQ Ar Ra'd (13) :11]

Inilah makna perubahan yang sebenar. Wahai umat Islam! Jika kita melihat UMNO tetap tidak mengubah dasarnya iaitu masih tetap dengan dasar assabiyyah dan terus melaksanakan sistem sekular maka menjadi tanggungjawab setiap umat Islam termasuklah mereka yang selama ini menyokong UMNO segera mengubah sokongan dan dokongan mereka. Berubahlah kepada Islam. Apa yang pasti, daripada seruan Najib itu, peru bahaan yang diinginkannya hanyalah perubahan penampilan dan cara ahli UMNO mendekati rakyat supaya mereka dapat menawan hati rakyat agar mereka terus menyokong UMNO. Ini bukan perubahan yang sebenar. Ia hanyalah satu perubahan di dalam strategi meraih undi dan lebih bersikap pragmatik bagi memastikan UMNO terus dapat memerintah dan menjalankan sistem sekular Kapitalisme yang ditinggalkan oleh penjajah. Kesimpulannya, perubahan sebenar yang UMNO perlu lakukan adalah dengan membuang dasar assabiyyah sekularnya dan mengambil dasar Islam di dalam merealisasikan slogan dan laungan perubahannya. Selagi ini tidak dilakukan maka slogan-slogan untuk berubah itu hanyalah satu muslihat politik untuk memenangi hati rakyat. Apa yang pasti ialah umat Islam pada ketika ini mahu kembali kepada Islam dan jika UMNO terus menentang arus perubahan itu, nescaya ia akan rebah.

Pembangkang Perlu Patuh Perlembagaan

by AURA JIHAD

IPOH 10 Mei - Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah menasihatkan pemimpin pakatan parti pembangkang agar bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang jika ingin mendapatkan kembali kuasa bukannya mencetuskan kekecohan seperti bangsa tidak bertamadun. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata, bangsa bertamadun yang maju adalah mereka yang bergerak dan hidup berteraskan kepada perlembagaan dan undang-undang. ''Kita harus bertindak mengikut konsep perlembagaan dan undang-undang kerana mengambil tindakan di luar batasan akan menyebabkan negara menjadi tidak stabil," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang anjuran Pusat Pendidikan dan Pembangunan Sri Murugan di sini hari ini. Beliau menambah, pembangkang boleh melihat konteks Amerika Syarikat semasa bekas Presiden George W. Bush menentang Al Gore ketika pemilihan Presiden negara itu pada 2000.

Ketika itu, katanya, pemilihan undi Presiden ditentukan menggunakan sistem elektronik di mana berdasarkan sistem tersebut mengesahkan Bush menang pada pertandingan tersebut. ''Al Gore bagaimanapun membantah kemenangan itu kerana kiraan tangan secara manual menunjukkan majoriti Bush makin lama makin kurang sehingga berbeza hanya 300 undi. ''Bush kemudian membawa kes pertikaian itu ke Mahkamah Supreme dan mahkamah memutuskan kiraan manual perlu dihentikan dan kemenangan Bush melalui kiraan secara elektronik adalah sah. ''Keputusan tersebut dihormati rakyat Amerika Syarikat dan ini membuktikan mereka mempunyai ciri-ciri bangsa bertamadun tinggi," katanya. Ahmad Husni berkata, sebagai rakyat, semua pihak mesti patuh kepada sistem tersebut kerana perjalanan Malaysia masih jauh untuk menuju negara maju.

[Utusan Malaysia: 11/05/09]

Tuntutan untuk patuh kepada perlembagaan dan undang-undang itu adalah sesuatu yang baik, persoalannya adalah; perlembagaan dan undang-undang yang bagaimana perlu kita taati dan patuh? Apakah perlembagaan dan undang-undang ciptaan manusia seperti yang ada pada hari ini ataupun perlembagaan dan undang-undang yang diturunkan oleh Allah SWT? Yang mana mesti kita patuhi? Undang-undang apa yang wajib kita laksanakan, kufur ataupun Islam? Islam menjelaskan bahawa sifat orang-orang yang beriman itu adalah mereka tunduk kepada perlembagaan dan undang-undang Allah SWT dan menolak undang-undang taghut.

Firman Allah SWT

”Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada kitab Allah dan sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat": Dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan”.
[TMQ An Nuur (24) : 51].

” dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan rasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. [TMQ Al Ahzab (33) : 36].

Apabila merujuk isu ini kepada kes di Amerika Syarikat (AS), ia mestilah berdasarkan kaedah yang betul. Memanglah tidak salah kalau kita mengagumi kehebatan sains dan teknologi ciptaan barat seperti apa yang dapat kita saksikan seperti hari ini. Ini adalah kerana, sains dan teknologi adalah suatu bentuk kebendaan(madaniah) yang bersifat neutral dan tidak terkait dengan mana-mana aqidah. Tetapi jika kitu turut mengakui AS dan rakyatnya mempunyai ciri-ciri bangsa bertamadun tinggi, maka ini adalah pandangan yang bertentangan dengan Islam bahkan dengan realiti yang dipaparkan. Apakah kayu ukur yang kita gunakan di dalam menentukan tahap ketinggian tamadun sesuatu bangsa itu? Realitinya hari ini, rakyat AS secara umumnya dan para pemimpin mereka khususnya serta para kapitalisnya adalah golongan yang menjadikan undang-undang rimba ciptaan manusia untuk menjajah dunia hari ini. Ketika ini, AS telah dilabel oleh masyarakat dunia sebagai negara pengganas nombor satu. Apakah sesuatu bangsa itu dikatakan bertamadun apabila membunuh ratusan ribu orang awam secara terang-terangan atas alasan memerangi pengganas?

Lihatlah betapa jauhnya tersasar pemikiran seorang pemimpin umat Islam pada hari ini di dalam menilai sesuatu realiti yang ada. Inilah kesannya apabila umat Islam itu memakai cermin mata Kapitalisme di dalam melihat dan memahami dunia hari ini. Akibatnya, mereka cenderung berkiblatkan kepada barat di dalam mengatur sistem/hukum-hakam kehidupan. Sudah tibalah masanya untuk umat Islam itu kembali menggunakan cermin mata Islam agar mereka dapat menilai dunia ini berdasarkan sudut pandangan Islam yang sebenarnya. Ketahuilah bahawa kemuliaan itu hanya milik Allah dan RasulNya. Firman Allah SWT

”mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)". Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”
[TMQ . Al Munaafiquun (63) : 8].

Usah Terlalu Bernostalgia - Najib

by AURA JIHAD

PEKAN 10 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO supaya tidak terlalu bernostalgia terhadap jasa-jasa besar parti itu pada masa lalu. Sebaliknya, Perdana Menteri mahu mereka berusaha melakukan perubahan supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus relevan. Beliau yang juga Presiden UMNO menegaskan, pemimpin dan ahli parti perlu menyedari bahawa semakin ramai pengundi masa kini terdiri daripada golongan pasca merdeka dan tidak pernah melalui peristiwa penting yang berjaya ditangani oleh UMNO dan BN. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan secara berkelompok mesyuarat 140 cawangan UMNO Bahagian Pekan di Bangunan UMNO di sini hari ini. Golongan muda kini juga, jelas beliau, mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan maklumat menerusi media alternatif seperti laman web dan blog. Sambil menyifatkan golongan muda sebagai 'kain putih', beliau mahu pemimpin dan ahli UMNO mencari kaedah terbaik mendekati mereka dan menyalurkan maklumat tanpa dipengaruhi anasir negatif. ''Cara kita (UMNO) berbicara dalam media alternatif adalah penting. Generasi baru mendapat maklumat melalui media alternatif dan bukan media arus perdana. ''Terpulang kepada kita, kalau mereka (golongan muda) mendapat maklumat yang betul, mereka akan sokong, kalau kita gagal, mungkin mereka akan terpengaruh walaupun maklumat yang diperoleh tidak benar," katanya.


[Utusan Malaysia: 11/05/09]


Nampaknya kegelisahan Najib tentang kemerosotan sokongan rakyat kepada UMNO tidak dapat disembunyikan lagi sehingga dalam ucapannya selepas merasmikan mesyuarat berkelompok 140 cawangan UMNO Bahagian Pekan, beliau meminta ahli-ahli UMNO tidak terlalu bernostalgia terhadap jasa-jasa besar parti itu pada masa lalu. Besar sangatkah jasa UMNO sehingga dilalaikan oleh nostalgianya sehingga hari ini? Yang pastinya, di antara jasa-jasa besar UMNO adalah perjuangan mereka mengekalkan sistem kufur yang ditinggalkan oleh penjajah sejak 52 tahun yang lalu dan masih terus bertahan sehingga hari ini.

Perkembangan mutakhir ini memperlihatkan kepada kita bahawa UMNO berada di dalam keadaan terdesak kerana semakin ramai rakyat menolak mereka terutamanya daripada golongan muda pasca pilihanraya umum yang ke 12 yang lalu. UMNO yang didakwa oleh Najib mencecah usia 63 tahun[ ”yang mana satu? UMNO lama atau UMNO baru”] nampaknya ibarat rumah usang yang sedang dimakan oleh anai-anai. Kecanggihan teknologi telah membuka minda rakyat menjadikan mereka lebih terbuka dan celik serta bersikap lebih kritis terhadap sesuatu isu. Kita juga dapat melihat bagaimana umat Islam mula kembali kepada Islam untuk menyelesaikan persoalan yang mereka hadapi. Inilah yang menyebabkan Najib semakin gusar dengan sikap dan sokongan rakyat kepada UMNO. Najib nampaknya terpaksa lebih kreatif untuk memikirkan apakah cara yang terbaik untuk mengekalkan dan meraih kembali sokongan rakyat kepada UMNO. Antara syor yang beliau kemukakan adalah dengan meminta ahli-ahli UMNO supaya lebih mendekati rakyat dengan harapan usaha itu akan memulihkan talian hayat UMNO yang nampaknya semakin menipis.

Sebagai seorang pemimpin Islam maka menjadi kewajiban bagi Najib kembali mengambil Islam sebagai dasar perjuangannya untuk mengurus dan mengatur kehidupan rakyat yang berada di bawah kekuasaannya. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang menjadi asas cara berfikir UMNO selama ini. Tinggalkan perjuangan assabiyyah yang masih menjadi roh batang tubuh UMNO kerana jika tidak ia akan pasti menjadi suatu penyesalan kepada dirinya sebagai seorang pemimpin di akhirat kelak. Padamkanlah nostalgia lama yang pernah dimiliki oleh UMNO dahulu dengan cara mengembalikan nostalgia kegemilangan Islam yang pernah menyinari dunia selama 1400 tahun di mana kekuasaan Islam telah terbukti berjaya mengeluarkan manusia dari kegelapan syirik dan kufur kepada cahaya keimanan. Simpan dan bungkuslah nostalgia UMNO itu sebagai suatu lipatan sejarah di mana kita sebagai umat Islam dapat mengambil pengajaran bagaimana barat mencetak umat Islam yang bersama-sama dengan UMNO sebagai umat Islam yang ditipu dan tertipu oleh barat. Samada sedar ataupun tidak, mereka telah menjadi mata rantai bagi mengerakkan mesin sekular yang menghasilkan produk yang berjenama Kapitalisme sehingga hari ini. Sampai bilakah UMNO akan sedar dari nostalgia penipuan barat ini?

Kepimpinan Ulama Dikekalkan

by AURA JIHAD

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas baru-baru ini memutuskan bahawa pemilihan dua jawatan tertinggi parti itu akan meneruskan keputusan yang telah dibuat pada Muktamar Agung Pas 1982. Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, keputusan muktamar itu ialah Pas akan mengamalkan dasar kepimpinan ulama. Menurut beliau, keputusan ketetapan itu, telah diterima sebulat suara dan diamalkan dalam pelantikan pemimpin Pas sehingga kini. Serentak dengan itu beliau menegaskan bahawa Presiden, Timbalan Presiden dan ahli jawatankuasa pusat parti akan dipandu oleh Majlis Syura Ulama.

Sebagai sebuah parti Islam, sudah seharusnya barisan kepimpinan mereka mencerminkan imej Islam sambil diperkukuh dengan latar belakang pendidikan yang juga daripada aliran agama Islam. Namun, sebagai manusia, setiap pemimpin yang dilantik tidak kira samada daripada kalangan ulama atau tidak, semuanya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Justeru, walaupun yang memimpin itu ulama, mereka mestilah dinasihati apabila melakukan kesilapan. Maka, bagi setiap ahli yang dipimpin, mereka wajib menegur dan memperbetulkan kepimpinan ulama jika berlaku sebarang kesilapan atau penyimpangan daripada Al Quran dan As Sunnah. Ini adalah kerana kepimpinan yang mutlak bagi umat Islam adalah dengan berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.


Al-Quran adalah petunjuk (al-huda) yang bermaksud ia adalah ‘pemimpin’ umat Islam. Ertinya, daripada aspek pembahasan mabda, umat dipimpin oleh Al-Quran dan itulah yang sepatutnya berlaku. Al-Quran mesti dijadikan sebagai kepimpinan berfikir(qiyadah fikriyah) bagi seluruh umat Islam. Di dalam hal ini, persoalan siapa yang memimpin tidak menjadi isu kerana setiap pemimpin wajib mengikuti petunjuk atau dipimpin dengan mabda Islam.


Firman Allah yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (penguasa yakni khalifah) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” [TMQ An-Nisa’ (4): 59]

Sidang DUN Kelam-Kabut

by AURA JIHAD

• Raja Nazrin tunggu lima jam rasmi persidangan
• Ganesan dilantik Speaker ganti Sivakumar

IPOH: Mesyuarat pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam kecoh lebih lima jam dan terpaksa ditangguhkan dua kali sebelum majlis perasmian dapat disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Kekecohan bermula sebaik saja Raja Nazrin selesai memeriksa kawalan kehormatan dan menuju ke Kamar Diraja, apabila bekas Speaker, V Sivakumar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang bergegas memasuki Dewan terlebih dulu serta menukar tempat duduk ke sebelah kanan Speaker, yang ditetapkan untuk pihak kerajaan. Mereka juga mengalihkan kertas tanda nama ke sebelah kanan serta mengoyak dan membuang tanda nama Adun Barisan Nasional (BN). Adun pembangkang, yang diketuai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kemudian duduk di kerusi Menteri Besar dan Exco, manakala Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Exconya terpaksa duduk di tempat pembangkang.

Keadaan bertambah kecoh apabila Sivakumar mengarahkan Zambry serta enam Ahli Exco negeri dan tiga Adun Bebas, keluar Dewan dengan alasan keanggotaan mereka masih digantung. Beliau turut berkeras tidak akan memulakan sidang selagi 10 Adun terbabit tidak meninggalkan Dewan tetapi tidak diendahkan Zambry dan Adun berkenaan. Zambry kemudian berdiri dan membuat usul untuk memecat Sivakumar selaku Speaker, disokong oleh 27 Adun BN serta tiga ahli Bebas dengan cara mengangkat tangan tetapi ditolak oleh Sivakumar dengan alasan Zambry tidak boleh mengemukakan usul kerana telah digantung.

Sepanjang kekecohan itu, Raja Nazrin yang dijadual merasmikan sidang pada jam 10 pagi, terpaksa menunggu dalam Kamar Diraja. Persidangan semalam adalah yang pertama sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Februari lalu dan Zambry dilantik sebagai Menteri Besar.

Kekecohan semakin tidak terkawal apabila ahli Dewan saling mencemuh antara satu sama lain. Zambry kemudian mengulangi membuat usul yang sama dengan disokong oleh Adun BN dan tiga ahli Bebas. Sivakumar bagaimanapun tidak berganjak dan mengarahkan Bentara Dewan membawa keluar 10 Adun itu, tetapi Zambry menegaskan Sivakumar telah dipecat.

Kira-kira jam 10.48 pagi, Timbalan Speaker, Hee Yit Foong (Bebas-Jelapang) mengambilalih sidang daripada tempat duduk Adun, manakala Sivakumar terus duduk di kerusi Speaker. Zambry kemudian mengemukakan usul melantik bekas Adun Sungkai, Datuk R Ganesan sebagai Speaker yang baru dan disokong oleh semua Adun BN serta ahli Bebas.

Selepas usul pelantikan Speaker baru diluluskan, Hee menjemput Ganesan memasuki Dewan dan dipakaikan jubah Speaker oleh Dr Zambry. Ganesan kemudian mengangkat sumpah jawatan di bahagian tempat duduk ahli Dewan dan mengambilalih tugas daripada Hee. Ketika itu, Adun Pakatan Rakyat hanya memerhati sambil membuat bising tetapi Ganesan meneruskan sidang tanpa menghiraukan gangguan pembangkang.

Beliau menerima empat usul pelantikan ahli jawatankuasa yang baru, iaitu Jawatankuasa Perintah Tetap, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) serta usul tidak mengiktiraf 'Sidang DUN Bawah Pokok' pada 3 Mac lalu.

Semua usul dibentang oleh Datuk Hamidah Osman (BN-Sungai Rapat) dan disokong oleh Datuk Shaarani Mohammad (BN-Kota Tampan) serta diluluskan tanpa bahas oleh Adun BN dan Bebas dengan cara mengangkat tangan.

Ketika Ganesan mengumumkan usul pertama diluluskan, Adun Pakatan Rakyat dan Sivakumar menjerit mengatakan 'haram'. Keadaan tenang seketika apabila Ganesan mengumumkan penangguhan sidang selama sejam bermula 11.15 pagi.

Selepas sesi bermula pada jam 12.20 tengah hari, Sivakumar yang tidak bergerak dari tempat duduk Speaker, mengarahkan Ganesan keluar dari Dewan hingga mencetuskan semula pertikaman lidah antara Adun BN dan Pakatan Rakyat.

Beberapa Adun pembangkang turut mengelilingi Ganesan bagi mendesaknya keluar Dewan dan berlaku tolak-menolak sehingga memaksa Speaker baru itu mengumumkan sidang ditangguhkan selama sejam lagi bermula jam 1 petang.

Semua Adun mematuhi arahan itu dan keluar makan tengah hari, tetapi Sivakumar masih terus tidak bergerak dari kerusi Speaker. Apabila persidangan disambung semula kira-kira jam 2 petang, kekecohan sekali lagi tercetus apabila beberapa Adun pembangkang cuba menarik keluar Ganesan secara kasar.

Berikutan itu, polis terpaksa campur tangan pada jam 2.20 petang kerana keadaan menjadi tidak terkawal dan bertambah agresif dengan ada insiden tolak-menolak dan pergaduhan di kalangan Adun.

Bentara juga dikasari sebanyak tiga kali oleh Adun pembangkang sehingga cedera di kaki ketika beliau cuba mengosongkan kerusi Speaker yang masih diduduki Sivakumar. Kekecohan itu berakhir pada jam 2.40 petang apabila Sivakumar diiring keluar oleh anggota polis sebelum Raja Nazrin yang menunggu lebih lima jam dalam Kamar Diraja, memasuki Dewan bagi merasmikan sidang itu.

Baginda menyampaikan titah ucapan perasmian kira-kira setengah jam bermula 3.15 petang dan sebelum berangkat pulang, Raja Nazrin berkenan berbual mesra dan bersalaman dengan semua Adun.

Persidangan Dewan ditangguhkan ke satu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Berita Harian: 07/05/09

Demokrasi Telah Memuntahkan Kebusukannya

Inilah keburukan dan kerosakan sistem demokrasi yang diciptakan oleh akal-akal manusia. Persidangan Dun Perak yang kelam kabut dan kecoh semalam merupakan muntahan pembohongan yang ada di dalam sistem demokrasi. Perebutan kuasa di kalangan pihak kerajaan dan pembangkang yang dilabelkan“halal” dan “haram” dapat disaksikan oleh seluruh dunia. Barat dan musuh-musuh Islam sudah pasti terbahak-bahak ketawa dengan gelagat lakonan yang ditunjukkan oleh wakil-wakil yang telah dipilih oleh rakyat di pilihanraya yang lepas itu. Majoriti rakyat secara amnya juga dapat menyaksikan teater lawak yang paling hebat di alaf ini, dengan para pelakonnya yang terdiri dari wakil-wakil rakyat yang mereka pilih sendiri. Kekecohan yang berlaku bukanlah untuk mempertahankan hukum Allah SWT tetapi sebaliknya “pertempuran” ini hanyalah kerana untuk merebut jawatan dan kedudukan. Faktanya, sesiapa sahaja yang memerintah samada PR mahupun BN kita sebagai umat Islam telah dapat menyaksikan bahawa Islam tetap tidak diterapkan malah terus dipinggirkan. Apa yang lebih malang lagi ialah, ada di kalangan umat Islam yang telah termakan racun kufur demokrasi dengan merasakan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN), tempat di mana berlakunya teater lawak tersebut, adalah tempat yang paling mulia! Hakikatnya, secara syar’i, DUN tempat berlangsunganya drama teater lawak tersebut adalah tempat yang paling hina di sisi Islam kerana di sinilah manusia yang sombong dan angkuh menggubal undang-undang sendiri dengan mengenepikan hukum Allah SWT.

Wahai umat Islam, ketahuilah bahawa demokrasi yang sedang berjalan di negeri-negeri umat Islam saat ini adalah merupakan anak kandung idea kufur sekularisme. Justeru itu, wahai umat Islam, tinggalkan dan campakkanlah jauh-jauh demokrasi yang pasti akan membawa sesalan bagi kalian di hari akhirat kelak. Sekiranya kalian berselisih mengenai apa jua perkara maka kembalilah kalian kepada hukum Allah dan rasulNya. Sumber hukum untuk menyelesaikan apa jua perselisihan yang berlaku adalah dengan al-Quran dan as-Sunnah bukannya menggunakan akal-akal dan hawa nafsu manusia! Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”. [TMQ An Nisaa' (4) :59].

Persoalannya kini apakah kedua-dua pihak yang saling bersandiwara itu mahu berhukum dengan al-Quran dan as-Sunnah?

Bantu polis perangi ragut: Musa

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, meminta orang ramai membantu polis memerangi jenayah ragut yang kini berada pada tahap membimbangkan sehingga mengakibatkan kematian.
"Kerjasama orang ramai mampu mengurangkan gejala ini dengan bertindak membantu polis memantau perkara di sekeliling mereka.

"Walaupun baru-baru ini kita sudah mengadakan operasi bersepadu secara besar-besar bagi menangani gejala jenayah termasuk isu mat rempit, perkara seperti ini tidak akan berakhir kerana apabila kita memberi tumpuan di satu tempat, penjenayah mengambil kesempatan di kawasan lain," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Bahagian Komunikasi, di sini, hari ini. Semalam, seorang ibu mengandung dua bulan di Johor Bahru, Johor, meninggal dunia selepas koma selama tiga hari selepas terjatuh dari motosikal akibat beg tangan direntap dua lelaki.

Manakala hari ini di Kota Bharu, Kelantan, seorang ibu mengandung tiga bulan maut selepas tercampak dari motosikal dan dirempuh sebuah kereta akibat diragut dua lelaki bermotosikal. Di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, seorang nenek berusia 86 tahun pula meninggal dunia selepas kepalanya terhantuk ke dinding akibat ditumbuk seorang lelaki yang meragut rantai emas anaknya di rumah mereka Kampung Besar, kira-kira jam 12 tengah hari semalam. Tom Salleh yang ditumbuk di mata kanannya, dikejarkan ke Hospital Kepala Batas tetapi meninggal dunia pada jam 10.40 malam.

Berita Harian: 06/05/09

Terapkan Syariah! Inilah Bantuan Yang Diperlukan Oleh Polis

Agak pelik saranan dari Ketua Polis Negara. Kebiasaannya masyarakat yang meminta bantuan kepada polis tapi kini dunia sudah terbalik apabila pihak polis pula meminta bantuan dari orang ramai. Di manakah silapnya? Nampaknya kejadian jenayah ragut yang melibatkan kematian kepada mangsanya semakin menjadi-jadi. Bermula dari Johor beberapa hari yang lepas sehinggalah ke pantai timur dan seterusnya ke utara. Esok entah ke mana pula sasarannya.

Penularan jenayah ini menyebabkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan merayu orang awam untuk membantu pihak polis memerangi kejadian ragut ini yang nampaknya semakin ganas dan membimbangkan. Pihak pemangsa nampaknya semakin berani bertindak ganas. Secara tidak langsung, ini memberikan gambaran bahawa masyarakat kini, yang diacu dengan acuan kehidupan Kapitalisme telah semakin rosak syakhsiyyah dan jatidirinya sebagai seorang muslim khususnya dan manusia secara amnya. Inilah sebahagian dari hasil dari penerapan idealogi Kapitalisme di Malaysia.

Pihak polis terpaksa menggutip buah-buah busuk yang gugur dari pokok Kapitalisme yang ditanam oleh Lord Reid sejak lebih dari 50 tahun yang lepas di mana pokok ini masih lagi dijaga, dibaja dan disayangi oleh pemerintah umat Islam kita hari ini. Renungilah firman Allah SWT:

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". [TMQ Thaahaa (20) :124].

Pihak pemangsa juga nampaknya tidak takut dengan undang-undang yang diguna pakai pada hari ini. Kejadian dan statistik kadar jenayah yang semakin menggerunkan ini sepatutnya menyedarkan dan membuka minda pemimpin negara dan pihak berkuasa bahawa sudah sampai masa dan saatnya untuk pihak pemerintah umat Islam hari ini menerapkan Islam di dalam mengatur kehidupan individu, masyarakat dan negara. Firman Allah SWT:

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka”. [TMQ Al Hadiid (57) :16].

Wahai pemimpin umat Islam dan juga pihak yang menjaga keamanan saat ini! Campakkanlah sistem sekular yang ditinggalkan oleh penjajah kepada kalian sejak 52 tahun yang lepas. Terapkanlah syariah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam masyarakat ini!

Memadaikah Dengan Hanya Merotan?

by AURA JIHAD

BATU PAHAT 9 MEI - Hukuman rotan akan diperkenalkan semula ke atas pelajar yang didapati melanggar disiplin, terlibat dalam kes pergaduhan dan buli di sekolah.Bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, hukuman tersebut hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat persetujuan Peguam Negara. Katanya, hukuman rotan itu juga jika diluluskan kelak, tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya. Guru-guru yang hendak merotan pelajar, tegas beliau, perlu mematuhi garis panduan dan prosedur yang ditetapkan oleh Peguam Negara. Langkah berhati-hati itu, katanya, untuk mengelak pihak sekolah atau guru disaman oleh ibu bapa. ‘‘Kita berharap cadangan yang telah dikemukakan kepada Peguam Negara itu mendapat maklum balas sebelum akhir tahun ini. Beliau berkata, walaupun sebelum ini majoriti ibu bapa menyokong agar hukuman merotan dikuatkuasakan semula namun ada beberapa pihak termasuk golongan peguam yang membantahnya. Ia adalah antara penyelesaian yang telah dicadangkan berhubung kejadian seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera Tongkang Pechah Batu Pahat cedera di lutut kiri selepas diserang dan dibelasah sekumpulan 12 pelajar ketika di dalam kelas, baru-baru ini.

[Mingguan Malaysia 10/05/09].

Kehidupan masyarakat yang berasaskan kepada prinsip kebebasan seolah-olah memberikan lesen kepada para remaja yang masih bersekolah untuk melakukan apa sahaja yang mereka ingini. Disebabkan masih mentah di dalam kehidupan, kebanyakan mereka akan mencuba-cuba dan akhirnya ramai dari kalangan mereka yang terlibat dengan kegiatan yang bertentangan dengan Islam seperti kaki buli, samseng, pergaulan bebas, melepak, merempit dan sebagainya.

Sistem kufur yang melingkungi kehidupan kita pada hari ini telah menyebabkan budaya sedemikian terus subur kerana tidak ada undang-undang di dalam sistem sekular ini yang menghalang para remaja melepak dan bergaul-bebas antara lelaki dan perempuan. Jadi, bolehkah hukuman rotan ini menyelesaikan masalah sosial para pelajar sekiranya persekitaran di luar sekolah sentiasa merangsang dan mempengaruhi minda para pelajar setiap kali mereka melangkah ke sekolah? Pihak sekolah mungkin boleh menutup segala ruang kejahatan yang ada di dalam kawasan sekolah, tetapi apabila para pelajar ini berada di luar sekolah, di dalam ruang lingkup masyarakat yang sekular, ruang kejahatan terbuka dengan seluas-luasnya. Hanya apabila Syariat Islam diterapkan, barulah ruang kejahatan yang luas ini akan dapat ditutup serapat-rapatnya.

Keputusan kes model 20 Julai

by AURA JIHAD

KUANTAN 5 Mei - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menangguhkan sehingga 20 Julai ini keputusan kes seorang model sambilan dari Singapura yang mengaku bersalah atas tuduhan minum minuman keras di sebuah pusat hiburan di sini tahun lalu. Hakim syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pegawai pendakwa syarie, Saiful Idham Sahimi menyediakan hujah balas terhadap rayuan Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, bagi meringankan hukuman. Rayuan tersebut dikemukakan melalui peguam syarie, Mohd. Zuki Che Muhamad Ghani. Terdahulu, Saiful Adham meminta mahkamah memberi masa kepadanya untuk meneliti rayuan yang dikemukakan oleh Kartika kerana beliau baru menerima salinan rayuan itu semalam. Hakim Abdul Rahman berkata, tempoh yang diberikan itu agak panjang bertujuan membolehkan pihak pendakwa syarie menyediakan hujah balas berhubung kes berkenaan. Pada 12 Januari tahun lalu, Kartika didakwa bersama Noorazah Baharuddin, 22, yang berasal dari Selangor atas tuduhan minum minuman keras di sebuah pub di Jalan Gambut di sini. Kedua-dua mereka ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira pukul 1.20 pagi, 12 Julai 2008. Noorazah yang mengaku bersalah telah dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan sebatan enam kali. Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum di bawah Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987. Enakmen tersebut turut memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun. Pelaksanaan hukuman sebat dibuat mengikut Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002.

Utusan Malaysia: 06/05/09


Mahkamah Tinggi Syariah Meninggikan Hukum Siapa?


Pelik tetapi benar. Kenapa ianya pelik tetapi benar? Kerana telah berlaku suatu tindakan yang benar kerana menangkap peminum arak, tetapi pelik kerana hukuman yang dijatuhkan bukan dalam bentuk yang sebenarnya, bahkan tersasar jauh darinya... Inilah kesimpulan awal yang dapat kita tanggapi tentang keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang mengenai hukuman yang dikenakan terhadap kesalahan meminum arak.

Bentuk hukuman yang dijatuhkan oleh pihak mahkamah ini jauh bertentangan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Meminum arak adalah satu kesalahan yang termasuk di dalam kesalahan hudud di mana bentuk hukumannya telah ditentukan oleh Islam.

Wahai pegawai Mahkamah Tinggi Syariah Pahang! Bukankah hukuman hudud ini adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam al-Quran dan Hadis? Bukankah hukuman hudud ini adalah hukuman Allah yang tidak boleh ditukar ganti dan tidak boleh diubah suai dan dipinda? Bukankah di dalam Islam seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib RA, “Rasulullah SAW telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat dan Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah SAW. Dan ini yang lebih aku sukai”.[HR Muslim].

Apakah hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah terhadap kesalahan meminum arak, iaitu hukuman denda RM5,000 dan sebatan enam kali itu datang dari dalil syara’ ataupun dari akal manusia? Apakah kita sebagai umat Islam masih lagi mahu berhukum dengan hukuman taghut (meskipun disolek sebagai 'undang-undang Islam')sedangkan secara terang kita sebagai umat Islam telah diperintahkan untuk mengkufurinya. Firman Allah SWT:

“Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh”
. [TMQ an-Nisaa’ (4) :60]. FirmanNya lagi

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah”. [TMQ al-Maaidah (5) :50]

Promosi keindahan Islam

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 8 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, unsur kesenian Islam perlu dijadikan alat bagi mempromosikan keindahan agama Islam itu sendiri di mata dunia. Perdana Menteri berkata, menghayati kesenian Islam berupaya mengurus salah tanggap dan sifat prejudis terhadap agama Islam yang dilabelkan dengan pelbagai gambaran negatif. Dengan menonjolkan keindahan seni Islam, katanya, ia boleh mengubah persepsi itu sekali gus mendidik mereka tentang sifat Islam yang sebenar. "Sebagai sebuah negara Islam merdeka dan berjaya mengekalkan toleransi dalam masyarakat pelbagai agama, kita bertanggungjawab membawa mesej tentang keindahan Islam ini di mata dunia. "Selain itu, masyarakat Islam di negara ini juga perlu menonjolkan nilai-nilai moral serta tingkah laku yang baik kepada masyarakat untuk dijadikan teladan," katanya. Beliau berucap merasmikan program sambutan Pencapaian Sepuluh Tahun Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) di sini hari ini. MKIM telah dirasmikan pada 1999 dan berfungsi sebagai gedung yang menyimpan serta mempamerkan karya seni yang mempunyai unsur kesenian Islam dari pelbagai negara dan zaman kegemilangan Islam. Karya seni tersebut terdiri daripada objek-objek seni berharga, seni kaligrafi, reka bentuk serta hiasan dalaman yang mempunyai nilai estetika. Menurut Najib, MKIM sebagai gedung karya seni Islam juga berfungsi sebagai medium penting untuk membantu orang bukan Islam memahami agama ini menerusi dakwah kesenian berunsur Islam. Katanya, kepelbagaian artifak, seni sulaman dan hiasan dalaman serta reka bentuk bangunan yang penuh dengan nilai estetika juga melambangkan yang Islam itu sejagat, universal dan sesuai untuk semua bangsa. "Kita perlu mengikis pemikiran sesetengah masyarakat khususnya di luar agama Islam bahawa Islam hanya untuk bangsa-bangsa tertentu dan tidak sesuai untuk bangsa lain. "Dengan pendekatan itu, barulah Islam dapat dilihat dari sudut pandang atau perspektif yang lebih luas sekali gus dapat diterima sebagai sebuah agama yang sejagat," katanya. Perdana Menteri juga dalam ucapannya memuji sikap prihatin kumpulan syarikat Albukhary apabila menyahut hasrat kerajaan pada 1995 untuk membangunkan sebuah muzium kesenian Islam di negara ini. Kata beliau, Yayasan Albukhary berjaya membuktikan ia mampu memenuhi hasrat Dr. Mahathir ketika itu yang mahu melihat kewujudan sebuah pusat bagi mengkaji dan menghargai kesenian Islam. "Menyokong perkembangan kebudayaan pada skala MKIM pastinya melibatkan sumber yang banyak, sokongan pihak swasta dalam hal seperti ini amat penting dalam usaha menjadikan budaya dan seni Malaysia berkembang. "Dalam konteks ini, kumpulan syarikat Albukhary adalah contoh yang begitu menonjol untuk dijadikan ikutan oleh entiti korporat yang lain," katanya.

Utusan Malaysia: 09/05/09


Promosikan Keindahan Islam...Untuk Apa Dan Dengan Cara Apa?

Inilah akibatnya apabila manusia menggunakan akalnya semata-mata ketika bercakap bagi pihak Islam. Islam bukannya suatu produk yang perlu dipromosikan secara bermusim sebagaimana barang-barang ciptaan manusia. Islam adalah merupakan suatu cara hidup yang datangnya daripada Allah SWT yang wajib didakwahkan dan diterapkan di tengah-tengah kehidupan individu, masyarakat dan negara. Ianya diturunkan kepada nabi Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan Rabbnya, dengan dirinya sendiri dan juga dengan manusia yang lain. Islam itu wajib didakwahkan kepada seluruh manusia samada Muslim mahupun bukan Muslim. Dakwah kepada umat Islam berbentuk mengajak mereka agar terikat dengan hukum-hakam syara’ manakala dakwah kepada orang-orang kafir adalah untuk mengajak mereka memeluk Islam.

Hakikatnya, keindahan Islam hanya akan dapat disaksikan oleh semua manusia termasuklah orang-orang kafir jika Islam diterapkan di tengah-tengah kehidupan umat pada hari ini dan seterusnya negara memikul tanggunjawab menyebarkan Islam ke seluruh dunia dengan jalan dakwah dan jihad. Inilah tariqah yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika menyampaikan Islam ke seluruh penjuru dunia. Kajilah sirah kehidupan Rasulullah SAW sejak mula baginda menerima wahyu sehinggalah akhirnya baginda dapat mendirikan Daulah Islam di Madinah. Kita melihat apabila baginda menerapkan Islam sebagai suatu cara hidup di Madinah maka ketika itu barulah manusia dapat melihat keindahan dan kemampuan Islam untuk menyelesaikan seluruh persoalan kehidupan manusia. Kesannya, berbondong-bondong manusia memeluk Islam. Agak berbeda apabila kita perhatikan bagaimana dakwah nabi SAW di Mekah(13 tahun) yang tempohnya lebih lama berbanding dengan dakwah baginda di Madinah(10 tahun) tetapi jumlah mereka yang menerima dakwah nabi di sana adalah jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan jumlah di Madinah. Ini adalah kerana dakwah di Mekah hanya sekadar fikrah berbanding di Madinah yang dakwahnya berbentuk pelaksanaan dan penerapan. Ini dapat kita fahami kerana secara fitrahnya manusia lebih menyakini perkara-perkara yang dapat dilihat berbanding hanya sekadar idea.

Oleh kerana itu, jika Najib ingin menonjolkan keindahan Islam maka ianya bukanlah dengan cara memaparkan keindahan kesenian Islam semata-mata tetapi lebih jauh dari itu Najib wajib menerapkan Islam di dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Ibarat sebuah istana, keindahannya akan benar-benar terserlah apabila seluruh bangunan itu sempurna senibinanya. Begitu jugalah Islam akan hanya terserlah keindahannya apabila kehidupan Islam yang merangkumi sistem pemerintahannya, sistem politiknya, sistem ekonominya, sistem sosialnya, sistem ‘uqubat dan muamalatnya, polisi pendidikannya, polisi luar negerinya dan lain-lainnya diterapkan secara menyeluruh dan sempurna. Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”.
[TMQ Al Baqarah (2) : 208].

BIDAAH BESAR MASA KINI

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meminta peminat memberi masa kepadanya untuk memakai tudung sepenuhnya. Siti Nurhaliza, 29, mengakui sejak pulang menunaikan ibadat haji pada 27 Disember lalu, peminat amat berharap dia memakai tudung, bukan sekadar selendang untuk menutup rambut. “Saya harap beri sedikit masa kerana saya masih aktif dalam bidang ini (industri hiburan).

Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) itu berkata, mungkin ada peminat membuat anggapan negatif mengenai tindakannya yang hanya memakai selendang. “Saya akui selesa memakai selendang kecuali untuk disesuaikan dengan persembahan tertentu yang perlu memakai tudung. “Ini kerana saya tidak mahu perubahan drastik. Insya-Allah, saya akan lakukan perubahan ini secara perlahan-lahan dan harap peminat bersabar,” katanya.

Ahad lalu, seorang peminat menegur Siti Nurhaliza menerusi ruangan i-Metro dalam Metro Ahad mengatakan penyanyi itu tidak konsisten memakai tudung kerana dalam video klip, rambut ditutup, tetapi leher terdedah. Peminat terbabit turut menegur rambut penyanyi wanita nombor satu negara itu terdedah pada waktu santai. Perkara itu juga pernah dibangkit beberapa peminat lain yang memberi pendapat jika fesyen Siti Nurhaliza sebegitu, lebih baik membuka terus tudung atau selendang kerana imej dulu lebih cantik.

Siti Nurhaliza sebelum ini pernah menyatakan dia bersedia menerima apa saja maklum balas daripada peminat mengenai penampilannya sekarang sama ada positif atau negatif. Dia berkata, tidak mahu melakukan perubahan drastik, sebaliknya dilakukan secara perlahan-lahan.

Sumber : Metro, 21/04/09

Perlaksanaan Hukum Allah SWT Secara Beransur-Ansur Merupakan Suatu Bidaah Besar Masakini.

Inilah kesan daripada kekalahan pemikiran umat Islam kepada serangan fikrah yang dilakukan oleh Barat ke atas Islam. Kekalahan ini mengakibatkan umat Islam secara sedar ataupun tidak telah menerima idea sekular untuk menjadi landasan berfikir bagi menjalani kehidupan dunia mereka di saat ini. Lihatlah persoalan pemakaian tudung oleh artis popular di atas yang ditanggapi oleh ramai pihak dengan pandangan yang berbeda-beda termasuklah oleh si empunya diri. Malahan si empunyai diri juga mengeluarkan kenyataan yang tersasar dari Islam sebenarnya. Apakah memakai tudung secara sempurna itu dianggap sesuatu yang drastik? SubhanAllah. Sebagai seorang Muslim kita perlu memahami bahawa Islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW untuk mengatur kehidupan manusia denganNya (aqidah dan ibadah), dengan dirinya sendiri (makanan, minuman,a khlak dan pakaian) mahupun dengan manusia yang lain (‘uqubat dan muamalat) telah mewajibkan umatnya untuk terikat sepenuhnya dengan hukum syara’ tanpa membeza-bezakan dan menangguh-nangguh perintah Allah SWT.

“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [TMQ Al Baqarah (2) :208].

Ketahuilah bahawa sesuatu yang wajib itu akan tetap wajib hukumnya tanpa ada konsep tadarruj di dalam perlaksanaannya. Begitu juga bagi sesuatu keharaman itu akan tetap haram hukumnya tanpa ada konsep beransur-ansur dalam meninggalkannya. Sebagai contoh, bolehkah kita melaksanakan solat zhuhur 1 rakaat pada permulaan perlaksanaannya kemudian ditambah menjadi 2 rakaat untuk tahun yang seterusnya , 3 rakaat untuk tahun yang selepas itu sehinggalah akhirnya sempurna 4 rakaat. Sudah pasti kita mengetahui jawapannya.

Ya, kita mengakui bahawa al-Quran turun secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun kepada Rasulullah SAW tetapi perlu diingat bahawa kini al-Quran telah sempurna turunnya dan hukum Islam itu tidak boleh dilaksanakan secara beransur-ansur sebagaimana beransur-ansurnya al-Quran itu diturunkan. Contohilah generasi sahabat yang dibina oleh Rasulullah SAW yang bersedia menjadi umat yang bersegera tunduk kepada perintah Allah SWT:

“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. "[TMQ An Nuur (24) :51].

Para sahabat Rasulullah SAW di dalam kehidupan mereka senantiasa bersegera melaksanakan perintah Allah SWT dan rasulNya tanpa ada alasan untuk menangguhkan perintah dan larangan tersebut. Terlampau banyak kisah para sahabat yang kehidupan mereka senantiasa bersegera melaksanakan perintah Allah SWT dan rasulNya. Mereka memahami firman Allah SWT:

“Dan bersegeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa” [TMQ Ali 'Imran (3) :133].

Suatu renungan untuk artis di atas, hayatilah kepatuhan dan ketundukan muslimah awal Islam dahulu yang telah bersegera untuk melaksanakan perintah Allah SWT yang mewajibkan khimar dan jilbab kepada mereka: “Imam Bukhari meriwayatkan dari ‘Aisyah ra berkata: ‘Semoga Allah merahmati kaum wanita yang berhijrah pertama kali ketika Allah menurunkan firmanNya, “Dan hendaknya mereka menutup kain tudungnya sampai ke dadanya…[TMQ An Nuur (24) :31]” maka kaum wanita itu mengoyakkan kain sarung mereka (untuk dijadikan tudung) dan menutup kepala mereka dengannya.'

Bilakah lagi kita bidaah ini akan ditinggalkan?

Bidaah Besar Masa Kini

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meminta peminat memberi masa kepadanya untuk memakai tudung sepenuhnya. Siti Nurhaliza, 29, mengakui sejak pulang menunaikan ibadat haji pada 27 Disember lalu, peminat amat berharap dia memakai tudung, bukan sekadar selendang untuk menutup rambut. “Saya harap beri sedikit masa kerana saya masih aktif dalam bidang ini (industri hiburan).

Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) itu berkata, mungkin ada peminat membuat anggapan negatif mengenai tindakannya yang hanya memakai selendang. “Saya akui selesa memakai selendang kecuali untuk disesuaikan dengan persembahan tertentu yang perlu memakai tudung. “Ini kerana saya tidak mahu perubahan drastik. Insya-Allah, saya akan lakukan perubahan ini secara perlahan-lahan dan harap peminat bersabar,” katanya.

Ahad lalu, seorang peminat menegur Siti Nurhaliza menerusi ruangan i-Metro dalam Metro Ahad mengatakan penyanyi itu tidak konsisten memakai tudung kerana dalam video klip, rambut ditutup, tetapi leher terdedah. Peminat terbabit turut menegur rambut penyanyi wanita nombor satu negara itu terdedah pada waktu santai. Perkara itu juga pernah dibangkit beberapa peminat lain yang memberi pendapat jika fesyen Siti Nurhaliza sebegitu, lebih baik membuka terus tudung atau selendang kerana imej dulu lebih cantik.

Siti Nurhaliza sebelum ini pernah menyatakan dia bersedia menerima apa saja maklum balas daripada peminat mengenai penampilannya sekarang sama ada positif atau negatif. Dia berkata, tidak mahu melakukan perubahan drastik, sebaliknya dilakukan secara perlahan-lahan.

Sumber : Metro, 21/04/09

Perlaksanaan Hukum Allah SWT Secara Beransur-Ansur Merupakan Suatu Bidaah Besar Masakini.

Inilah kesan daripada kekalahan pemikiran umat Islam kepada serangan fikrah yang dilakukan oleh Barat ke atas Islam. Kekalahan ini mengakibatkan umat Islam secara sedar ataupun tidak telah menerima idea sekular untuk menjadi landasan berfikir bagi menjalani kehidupan dunia mereka di saat ini. Lihatlah persoalan pemakaian tudung oleh artis popular di atas yang ditanggapi oleh ramai pihak dengan pandangan yang berbeda-beda termasuklah oleh si empunya diri. Malahan si empunyai diri juga mengeluarkan kenyataan yang tersasar dari Islam sebenarnya. Apakah memakai tudung secara sempurna itu dianggap sesuatu yang drastik? SubhanAllah. Sebagai seorang Muslim kita perlu memahami bahawa Islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW untuk mengatur kehidupan manusia denganNya (aqidah dan ibadah), dengan dirinya sendiri (makanan, minuman,a khlak dan pakaian) mahupun dengan manusia yang lain (‘uqubat dan muamalat) telah mewajibkan umatnya untuk terikat sepenuhnya dengan hukum syara’ tanpa membeza-bezakan dan menangguh-nangguh perintah Allah SWT.

“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [TMQ Al Baqarah (2) :208].

Ketahuilah bahawa sesuatu yang wajib itu akan tetap wajib hukumnya tanpa ada konsep tadarruj di dalam perlaksanaannya. Begitu juga bagi sesuatu keharaman itu akan tetap haram hukumnya tanpa ada konsep beransur-ansur dalam meninggalkannya. Sebagai contoh, bolehkah kita melaksanakan solat zhuhur 1 rakaat pada permulaan perlaksanaannya kemudian ditambah menjadi 2 rakaat untuk tahun yang seterusnya , 3 rakaat untuk tahun yang selepas itu sehinggalah akhirnya sempurna 4 rakaat. Sudah pasti kita mengetahui jawapannya.

Ya, kita mengakui bahawa al-Quran turun secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun kepada Rasulullah SAW tetapi perlu diingat bahawa kini al-Quran telah sempurna turunnya dan hukum Islam itu tidak boleh dilaksanakan secara beransur-ansur sebagaimana beransur-ansurnya al-Quran itu diturunkan. Contohilah generasi sahabat yang dibina oleh Rasulullah SAW yang bersedia menjadi umat yang bersegera tunduk kepada perintah Allah SWT:

“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. "[TMQ An Nuur (24) :51].

Para sahabat Rasulullah SAW di dalam kehidupan mereka senantiasa bersegera melaksanakan perintah Allah SWT dan rasulNya tanpa ada alasan untuk menangguhkan perintah dan larangan tersebut. Terlampau banyak kisah para sahabat yang kehidupan mereka senantiasa bersegera melaksanakan perintah Allah SWT dan rasulNya. Mereka memahami firman Allah SWT:

“Dan bersegeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa” [TMQ Ali 'Imran (3) :133].

Suatu renungan untuk artis di atas, hayatilah kepatuhan dan ketundukan muslimah awal Islam dahulu yang telah bersegera untuk melaksanakan perintah Allah SWT yang mewajibkan khimar dan jilbab kepada mereka: “Imam Bukhari meriwayatkan dari ‘Aisyah ra berkata: ‘Semoga Allah merahmati kaum wanita yang berhijrah pertama kali ketika Allah menurunkan firmanNya, “Dan hendaknya mereka menutup kain tudungnya sampai ke dadanya…[TMQ An Nuur (24) :31]” maka kaum wanita itu mengoyakkan kain sarung mereka (untuk dijadikan tudung) dan menutup kepala mereka dengannya.'

Bilakah lagi kita bidaah ini akan ditinggalkan?

Haramkan Sahaja Perlawanan Bola Sepak Ashobiyyah

by AURA JIHAD

KOTA BHARU, 8 April - Polis Kelantan menahan tiga orang termasuk seorang guru dan sedang memburu berpuluh-puluh lagi suspek kerana disyaki terbabit merusuh di luar Stadium Sultan Muhammad IV dekat sini, malam tadi.

Mereka yang ditahan adalah seorang guru, penuntut institusi pengajian tinggi serta seorang pelajar ketika sedang bertindak aggresif termasuk membaling mercun dan batu-bata di luar stadium. Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya telah melihat semula video yang dirakamkan ketika kejadian dan telah mengenal pasti individu yang terbabit.

"Mereka kini sedang diburu bagi membantu siasatan," katanya di sini hari ini.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu iaitu selepas perlawanan Piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan itu, tiga cedera termasuk dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel akibat dibaling dengan batu-bata.

Sumber : Utusan Malaysia, 09/04/09

Ulasan:

Sukan pada suatu masa dahulu dianggap sebagai alat untuk mendamaikan dunia, sebagaimana dinyatakan, 'Sukan Olimpik ini diadakan di Olympia dan bertujuan untuk menghormati Tuhan Zeus. Hadiah yang diberikan berbentuk sekalung daun zaiton dari tempat keramat di Olympia. Cuma peserta lelaki sahaja yang dapat melibatkan diri. Negara-negara yang terbabit dalam sukan ini merupakan negara-negara kota Yunani. Manakala acara yang diadakan meliputi gusti, melempar cakera dan merejam lembing. Sukan ini bertujuan untuk mengawal peperangan atau mengekalkan keamanan kerana apabila sukan ini berlangsung semua peperangan dihentikan'. [Wikipedia.org].

Hari ini, bolasepak merupakan sukan yang paling diminati ramai di serata dunia namun ia kerap dicemari dengan rusuhan oleh para penontonnya. Bahkan ada kerusuhan yang menyebabkan kematian, sehingga ada yang mencecah ratusan penonton gara-gara aksi samseng bolasepak. Hari ini, gejala kerusuhan dan aksi samseng dalam perlawanan bolasepak dikenali sebagai Football Hooliganism [Klik di sini].

Sukan hakikatnya merupakan aktiviti kesihatan yang digalakkan oleh Islam. Namun apa yang kita lihat hari ini adalah satu bentuk aktiviti sukan yang dirancang rapi dan bersistem (lahwun munazzhamun). Dalam bolasepak khususnya, bentuk aktiviti seperti ini boleh dijadikan alat untuk memicu semangat ashobiyyah dan wathoniyyah. Realiti yang kita lihat, terbaru, apa yang berlaku di Kelantan, para penyokong dilihat sebagai orang-orang yang sanggup ‘berkorban’ untuk negeri masing-masing. Mereka sanggup merusuh dan melakukan pelbagai tindakan ganas yang merosakkan. Hakikat ini amat bertentangan dengan Islam yang mengharamkan apa-apa jua usaha untuk membangkitkan semangat ashobiyyah dan wathoniah (semangat kenegerian).

Rasulullah Shallalahu Alaihi Wassalam pernah bersabda;

“Bukanlah dari kalangan kami orang yang menyeru kepada Ashobiyyah, dan bukannya dari kami orang yang berperang atas dasar Ashobiyyah dan bukanlah dari kalangan kami orang yang mati kerana Ashbobiyyah” [Riwayat Abu Daud XIII/25].

Apakah untungnya sukan yang memicu semangat kenegerian seperti ini? Sebagaimana berlaku di Barat, sukan yang mereka katakan sebagai alat untuk mendamaikan dunia, telah memicu api permusuhan, Belum sempat kita berfikir untuk menyatukan umat Islam yang dipecahbelahkan oleh Barat, kita anjurkan pula aktiviti sukan yang mengujakan lagi semangat ashobiyyah dan wathoniyyah.

Untuk penduduk dan pemimpin Kelantan, kami serukan, “ Pade dah dok balloh sama Isle tu, maghi kita pakat buat kejo ado pedah, tegok Khilafah” (Cukuplah perbalahan sesama Islam itu, mari kita sama-sama buat kerja yang mendatangkan faedah, tegakkan Khilafah).

Mendaulatkan Islam Adalah Kewajipan

by AURA JIHAD

NAMA Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom mungkin asing bagi mereka di luar bidang ketenteraan, tetapi beliau antara tokoh amat disegani dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Wartawan Berita Harian, AZMAN MAHMOOD menemubual beliau yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, semalam.

Bagaimana perasaan Datuk apabila diumumkan menganggotai Kabinet baru?

Saya memang berasa ia sesuatu di luar dugaan kerana mulai sekarang diberikan amanah untuk bersama kerajaan. Sudah tentu dengan kepercayaan yang diberikan ini, saya akan membawa satu mesej dan juga gerakan baru khususnya dalam konteks kepentingan agama dan perpaduan kaum. Apa yang penting kita perlu melihat apa yang diperlukan seluruh rakyat Malaysia pada hari ini demi untuk kelangsungan perpaduan dengan memastikan Islam sebagai agama rasmi negara terus dihormati.

Apakah tumpuan pertama akan dilaksanakan sebaik saja dilantik?

Saya fikir kita perlu melihat dalam konteks isu terkini iaitu meningkatkan dan mengukuhkan penyatuan dan perpaduan rakyat yang pelbagai bangsa dan anutan agama. Saya percaya kesan daripada penyatuan dan perpaduan dalam konteks institusi perhubungan rakyat pelbagai kaum, sudah pasti mampu melonjakkan kepada gerakan program pembangunan rakyat dan negara yang akan dilaksanakan kerajaan.

Apakah kepercayaan ini cabaran berat khususnya bagi memartabatkan Islam?

Saya meletakkan penghormatan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong yang memberi perkenan kepada saya untuk berada bersama dalam Kabinet Perdana Menteri sudah memberi satu keyakinan kepada saya untuk meneruskan tugasan bagi menjaga hal ehwal Islam sebagai tugas dan tanggungjawab yang diberi kepada saya ketika di Kementerian Pertahanan.

Bila dapat tahu dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri?

Saya dapat tahu pagi tadi (semalam) kira-kira jam 9 pagi. Ketika itu saya berada di pejabat (di Kementerian Pertahanan) tiba-tiba menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri meminta saya berada bersama mendokong kerajaan. Saya ucapkan terima kasih kepada beliau dan saya tanya balik mengenai keyakinannya terhadap saya untuk melaksanakan tugas diamanahkan.

Jadi, saya terima amanah ini dengan hati terbuka dan saya meletakkan janji dan kesungguhan saya kepada beliau untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin. Beliau juga ucap tahniah dan terima kasih kerana saya menerima pelawaannya menyertai barisan Kabinet.

Apakah barisan Kabinet baru ini mampu membawa Malaysia menuju kejayaan lebih cemerlang?

Saya percaya barisan Kabinet baru hari ini mampu untuk mengoptimumkan peranan dan tugas masing-masing demi untuk kelangsungan negara menuju kejayaan lebih bermakna sejajar dengan suasana dunia semasa.

Sumber : Berita Harian, 10/04/09

Untuk Mendaulatkan Islam Dan Memastikan Perpaduan Kaum Wajib Kembali Kepada Syara’

Satu komitmen yang harus dipuji jika apa yang disebutkan oleh Jamil Khir Baharom benar-benar dapat direalisasikan. Niat yang murni itu tidak akan dapat direalisasikan jika ianya tidak dilaksanakan sebagaimana Rasulullah SAW melaksanakan Islam kerana umumnya umat Islam mengakui dan menyedari bahawa hanya Rasulullah SAW sahajalah satu-satunya manusia pilihan yang paling memahami ajaran dan pengamalan Islam itu sendiri. Firman Allah SWT:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. [TMQ al-Ahzab(33):21].

Kita perlu menyedari bahawa Islam yang ingin kita perjuangkan ini tidak boleh dilihat dalam konteks sekular. Tetapi sebaliknya, Islam itu perlu dilihat sebagai suatu cara hidup yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammmad SAW bagi mengatur hubungan manusia itu dengan Tuhannya, dengan dirinya sendiri dan juga dengan manusia yang lain. Jika ini tidak diperhatikan maka kita akan dapat menjangkakan bahawa slogan akan terus tinggal slogan dan komitmen akan lama kelamaan pasti tenggelam. Kerana itu pertukaran pemimpin tanpa sistem yang benar tidak akan kemana-mana. Islam akan pasti disudutkan hanya untuk perkara-perkara tertentu sahaja tanpa berperanan untuk menjadi dasar kepada urusan negara itu sendiri. Sebagaimana yang kita lihat dari dulu, kini dan ….sampai bila?

Oleh itu kami ingin mengingat mereka yang telah diberikan kuasa dan amanah agar menyadari bahawa adalah menjadi kewajiban atas kalian khususnya dan umat Islam amnya untuk berusaha mendaulatkan Islam dengan memastikan hukum syara’ yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah itu menjadi hukum yang akan mengatur kehidupan individu, masyarakat serta negara dan bukannya masih mengekalkan sumber peninggalan suruhuanjaya Lord Reid untuk terus dijadikan asas bagi mengatur kehidupan masyarakat dan negara seperti apa yang berlaku saat ini.

Penghinaan Al-Quran Secara Terpilih?

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR: Mufti, pakar perundangan dan pertubuhan Islam menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming, yang membaca ayat suci al-Quran dalam siri ceramahnya semata-mata untuk memancing undi pada pilihan raya kecil sebagai usaha menghina agama dan umat Islam.
Mufti Perlis dan Selangor berpendapat perkara itu jika terus dibiarkan tanpa tindakan tegas pihak berkuasa boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara kerana ia jelas tidak menghormati agama rasmi negara ini. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga membuat laporan polis secara berasingan di sini, semalam, sebagai membantah dan mengutuk tindakan Nga dan memintanya memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam. Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata Islam tidak melarang bukan Islam membaca al-Quran kerana kitab itu untuk semua manusia tetapi hendaklah digunakan dalam suasana, niat baik dan bacaan yang betul.

Beliau yang mendengar bacaan Nga yang disiarkan di televisyen kelmarin berkata, bacaan dilafazkan itu jelas tidak betul dan menyeleweng. "Kalau orang Islam sendiri yang menyalah guna ayat suci itu juga dilarang, apatah lagi orang bukan Islam. Ia boleh menggugat kestabilan, jangan heret kitab suci dalam kemelut politik sebab kita tidak mahu berlaku salah guna dan tidak ada rasa hormat pada sensitiviti penganut agama lain," katanya ketika mengulas desakan pelbagai pihak supaya Nga memohon maaf dan menghentikan perbuatannya kerana mempersendakan agama Islam semata-mata untuk memancing undi orang Melayu.

Kelmarin, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping susulan rakaman video youtube.com yang memaparkan Nga membaca ayat al-Quran selama satu minit 16 saat.

Dalam rakaman itu, Nga memberi salam secara tidak tepat dan membaca petikan yang didakwa dari surah 'Aura' yang tidak ada dalam al-Quran.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahab, berkata ayat al-Quran adalah kalam Allah yang suci dan membaca al-Quran adalah ibadah. Namun katanya, umat Islam yang menyebut ayat al-Quran tidak betul, bukan mendapat rahmat sebaliknya laknat.

"Kalau bukan Islam yang tidak tahu sebut, dan salah bacaan, sudah tentu mirip kepada senda gurau yang tidak sepatutnya berlaku.

"Lebih baik mereka baca tafsiran saja, lebih selamat," katanya.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainal Rijal Abu Bakar, berkata hukuman penjara dan denda boleh dikenakan terhadap mereka yang jelas menghina agama Islam mengikut kanun keseksaan mengikut Seksyen 298.

Sumber : Berita Harian, 07/04/09


Penghinaan Al-Quran Secara Terpilih?

Nampaknya pihak-pihak yang suara dan kenyataan mereka boleh keluar di dada-dada akhbar mula memberikan reaksi dan kritikan terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming yang membaca ayat suci al-Quran dalam siri ceramahnya baru-baru ini dalam kempen pilihanraya di Bukit Gantang. Dalam sedutan YouTube itu dilihat bahawa beliau membawa ayat tersebut dengan menerangkan makna ayat tersebut iaitu untuk berlaku adil....mungkin adil mengikut pemahaman beliau sebagai seorang kafir.

Adalah merupakan suatu tindakan yang baik jika niat pihak-pihak di atas benar-benar untuk menjaga kepentingan Islam. Tetapi nampaknya apa yang dilakukan oleh pihak-pihak tersebut adalah kritikan terpilih kerana realitinya, sudah wujud terlampau banyak tindakan menghina Islam yang dilakukan oleh pelbagai pihak yang tidak dikritik oleh mereka sebelum ini. Bagaimana dengan keengganan pihak pemerintah untuk melaksanakan perintah yang terdapat di dalam al-Quran? Setiap tahun pertandingan musabaqah membaca al-Quran diadakan namun ayat-ayat suci yang dibaca ini tidak dilaksanakan! Ayat–ayat al-Quran itu dibaca dengan betul dan baik tidak sebagaimana yang dibaca oleh Nga Kor Ming tetapi malangnya ajaran dan tuntutan ayatnya tidak diterapkan di dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Ini adalah realiti yang perlu diakui.

Wahai para mufti yang dikasihi! Apakah ini juga sesuatu yang perlu dibiarkan? Kita mengharapkan semoga pihak yang berkenaan(mufti) untuk juga mengingatkan pihak pemerintah agar menerapkan isi kandungan al-Quran yang dipertandingkan setiap tahun itu. Ini adalah kerana kita (umat Islam) mengetahui dan mengimani bahawa al-Quran itu adalah petunjuk kepada seluruh manusia. Janganlah kita termasuk di dalam golongan seperti mana yang disebut oleh Allah SWT: ”Dan berkatalah Rasul: "Wahai tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". [TMQ al-Furqaan(25):30].

Apakah tindakan seorang mufti yang baru-baru ini membaca ayat di dalam surah an-nisa’ semasa krisis politik di sebuah negeri di utara semenanjung tidak perlu dimuhasabah? Ayat tersebut ialah firman Alllah SWT: ”Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”. [TMQ an-Nisaa’(4):59].

Beliau membaca ayat al-Quran ini dengan betul namun bagaimana pula dengan fahaman yang diberikan? Bersifat ikhlaslah wahai para mufti semua! Fahamilah realiti umat Islam pada saat ini! Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meninggikan Islam dengan memastikan ajaran al-Quran yang dipertandingan setiap tahun itu dilaksanakan dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. ”Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”.[TMQ al-Baqarah(2):208].

Murahnya Aqidah Islam?

by AURA JIHAD

KUANTAN 24 Mac - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berjaya menyelamatkan sepasang suami isteri dari Perumahan PPRT Bandar Baru, Jaya Gading di sini dan sembilan anaknya daripada murtad. Pasangan tersebut dikatakan mengambil tindakan tersebut kerana mendakwa tidak tahan dengan tekanan hidup akibat dicemuh jiran-jiran.
Berikutan itu, pasangan suami isteri berusia 45 dan 35 tahun yang berasal dari Terengganu itu, bercadang menemui seorang paderi di sebuah gereja di sini selain membuat surat akuan hendak keluar daripada Islam. Bagaimanapun, hasrat mereka diketahui oleh MUIP yang kemudiannya memberi kaunseling kepada pasangan berkenaan, serta berjaya mengembalikan akidah suami isteri tersebut dengan bersyahadah semula. MUIP turut menemui kesemua anak pasangan berkenaan terdiri daripada empat perempuan dan lima lelaki, berusia antara lima bulan hingga 14 tahun.

Timbalan Yang DiPertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, pasangan tersebut bertindak demikian kerana menurut kata hati. "Jangan berfikiran sempit dengan menjadikan agama sebagai taruhan. Hanya kerana masalah yang kecil sampai terfikir untuk menukar agama. "Tukar agama bukan jalan penyelesaian. Lagipun di MUIP sendiri terdapat pelbagai saluran dalam menjaga kebajikan umat Islam di negeri ini," katanya ketika dihubungi. Menurut Wan Abdul Wahid, sekiranya umat Islam mempunyai masalah atau dihimpit kemiskinan, mereka boleh datang ke MUIP. ''Datang ke pejabat MUIP, isi borang dan senaraikan jenis bantuan yang diperlukan dan kita akan pertimbangkan," katanya.

Sementara itu, wanita tersebut yang ditemui di rumahnya mendakwa, mereka sekeluarga dipulau oleh jiran-jiran kerana menggunakan bekalan air untuk keperluan harian dari sebuah surau berhampiran. "Mereka juga bertindak memotong getah paip yang kami gunakan untuk mendapatkan air dari surau terbabit. "Malah, jiran-jiran juga sering memarahi anak saya setiap kali saya mengikut suami mencari kotak dan barang terpakai untuk dijual sebagai sumber rezeki kami sekeluarga," katanya. Kunjungan Utusan Malaysia bersama pegawai MUIP itu mendapati, surau tersebut dipisahkan daripada rumah pasangan berkenaan oleh tiga buah rumah yang dihuni oleh golongan ibu tunggal.

Sementara rumah pasangan tersebut pula berpagar dan tidak mempunyai bekalan air tetapi dilengkapi kemudahan elektrik. Keadaan rumah pasangan itu berselerak dengan timbunan pakaian, sementara persekitaran pula dipenuhi oleh serpihan kaca yang didakwa dibaling oleh jiran-jiran.

Sumber : Utusan Malaysia ,24/03/09


Murahnya aqidah Islam?


Sebegitu mudah sebuah keluarga di Pahang ingin murtad gara-gara tertekan dengan kesempitan kehidupan dan kerenah yang ditunjukkan oleh jiran-jiran mereka. Mereka sanggup untuk menukar kalimah syahadah yang mereka miliki iaitu suatu kalimah yang membolehkan mereka memasuki syurga Allah SWT dengan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada mereka yang kufur dan menyekutukanNya. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh”. [TMQ an-Nisaa’(4):116].

Na’uzubillah. Persoalannya kini ialah kenapakah perkara sebegini boleh berlaku? Ketika negara masih lagi mempromosikan dan mempropagandakan Islam Hadhari yang menimbulkan seribu satu macam persoalan yang membingunkan dan mengelirukan umat Islam, tiba-tiba muncul pula isu murtad ini. Perlu difahami bahwa persoalan aqidah ini bukanlah suatu perkara yang kecil kerana Islam memandang ianya merupakan perkara yang besar sehinggakan galang ganti aqidah Islam itu adalah nyawa si murtad itu sendiri. Dari Ibnu Abbas ra :

Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka hendaklah kamu membunuhnya” ( Riwayat Bukhari 2/280; Abu Daud (4351); Tirmizi 145 ; Nasaie, 7/104 dan Ahmad ,1/282).

Inilah kesan dan akibatnya apabila umat Islam menerima aqidah Islam dengan jalan yang tidak selamat. Ramai di kalangan umat Islam itu sendiri saat ini merima aqidah Islam mereka melalui jalan warisan tanpa pernah berfikir tentang aqidah yang mereka anuti. Namun Islam menjelaskan bahawa satu-satunya metode yang sahih untuk kita menerima aqidah Islam adalah dengan jalan berfikir atau dalam erti kata yang lain melalui “rational method”. Firman Allah SWT:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal Yang belayar di laut Dengan membawa benda-benda Yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan Yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan Yang tunduk (kepada Kuasa Allah) terapung-apung di antara langit Dengan bumi; Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang (mahu) menggunakan akal fikiran”. [TMQ al-Baqarah(2):164].

Inikah hasil dari kilang produk Kapitalisme Islam Hadhari? Suatu produk yang begitu mudah menukar aqidah mereka hanya dengan alasan dan sebab yang “sampah” sebenarnya. Adakah kerana kemiskinan dan cemuhan masyarakat kita sanggup menukar kehidupan syurga dengan kehidupan neraka? Tidakkah kita pernah melihat dan memahami bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabatnya berpegang dengan aqidah Islam yang mereka anuti walau berhadapan dengan berbagai bentuk tekanan dan penindasan dari kaum kuffar dan keluarga mereka sendiri yang memusuhi dan menentang Islam.

Kepada mereka yang ingin murtad ataupun yang cuba-cuba untuk murtad, apakah kalian tidak pernah membaca kisah keluarga Yasir yang disiksa sehingga dia dan isterinya Sumaiyyah menjadi syahid? Apakah kalian tidak pernah membaca kisah Bilal yang disiksa oleh tuannya Umaiyyah bin Khalaf semata-mata kerana Bilal telah menerima Islam dan mempertahankan aqidahnya? Apakah kalian tidak pernah membaca kisah Rasulullah SAW dan sahabatnya yang diboikot selama 3 tahun di Mekah? Yang terbaru apakah kalian tidak membaca kisah saudara-saudara kita di Palestin yang diuji dengan ujian yang cukup hebat? Kehidupan mereka dihancurkan oleh Israel laknatullah. Apakah mereka berpaling mundur untuk murtad dari agama Islam? Renungilah firman Allah SWT:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." . mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya”. [TMQ al-Baqarah(2):155-157].

Kejadian di Palestine juga sepatutnya menyedarkan kita umat Islam akan pengkhianatan yang dilakukan oleh pemerintah umat Islam yang tidak mengurus urusan umatnya dengan Islam. Para penguasa dari A hingga Z telah mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga urusan umat. Apakah kamu wahai penguasa umat Islam, bersedia untuk berhadapan dengan hisab Allah SWT di hari akhirat kelak? Ketika kamu hidup bermewah-mewah di dalam istana-istana dan banglo-banglo kamu ada golongan rakyat kamu yang terhimpit kehidupannya sehinggakan mereka berfikir untuk mengambil jalan “bodoh”, murtad dari agama Islam. Apakah kamu begitu berani dengan api neraka Allah SWT?

Idealisme Mestilah Islam!

by AURA JIHAD

Ahli-ahli UMNO dituntut menggilap semula idealisme perjuangan supaya parti keramat itu dapat kembali menjadi peneraju perubahan dalam memenuhi aspirasi orang-orang Melayu khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan terakhirnya sebagai Timbalan Presiden yang disifatkannya sebagai 'hiba rasanya' berkata, demi mencapai matlamat itu, UMNO mesti melakukan proses muhasabah, pembaruan dan islah. Katanya, pencapaian UMNO lebih enam dekad penubuhannya bukanlah kejayaan kecil atau enteng yang tidak terhenti setakat memperoleh kemerdekaan malah telah berjaya mengisi kemerdekaan dengan prestasi rekod yang sangat cemerlang. "Parti inilah yang telah berjasa mengangkat rakyat Malaysia daripada kekangan kemiskinan kepada kelas hidup menengah dalam satu generasi sahaja. Hakikatnya, UMNO parti keramat ini telah sentiasa menjadi Nakhoda Zaman," tegasnya.
Sumber : Utusan Malaysia 24/3/2009

Ulasan :

Mengapa masih enggan berubah kepada perjuangan yang berlandaskan Islam? Mengekalkan idealisme lama bermaksud UMNO masih ingin mengekalkan sistem kufur yang diwarisi daripada penjajah. Islam mesti dijadikan standard kehidupan yang paling atas manakala kepentingan bangsa Melayu mesti di letakkan di bawah Islam. Islam tidak boleh disamatarafkan dengan Melayu. Jika disamataraf, maka Islam dan Melayu itu seolah-olah sama walhal ianya tidak. Islam adalah sebuah mabda(aqidah dan sistem) yang agung manakala bangsa Melayu di Malaysia adalah suatu bangsa yang majoritinya menganut agama Islam. Maka dengan itu, untuk menjadi Nakhoda Zaman, idealismenya mestilah berlandaskan kepada Islam dan hala tujunya juga mestilah Islam.

Ikrar Ketua Polis Negara?

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, hari ini melancarkan ikrar Ketua Polis Negara yang dibacanya sendiri di hadapan Perdana Menteri Datuk, Seri Abdullah Ahmad Badawi, serta pegawai dan anggota PDRM sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-202 hari ini.

Ikrar itu antara lain menyasarkan agenda untuk membanteras dan menyelesaikan kejadian jenayah, memastikan keamanan dan ketenteraman awam, meyakinkan masyarakat bahawa polis sentiasa bersama dalam memberikan perkhidmatan yang dikehendaki serta tidak akan bertolak ansur dalam segala bentuk penyelewengan kuasa, rasuah dan keganasan demi memantapkan integriti pasukan.
Ikrar Ketua Polis Negara, yang pertama kali diperkenalkan dalam sejarah PDRM, juga akan menjadi janji setiap pegawai dan anggota polis PDRM bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat terbela.
Musa berkata, PDRM akan berusaha memastikan ikrar tersebut dapat dilaksanakan dengan menugaskan pegawai polis di tempat yang tinggi kadar jenayah supaya kehadiran mereka digeruni penjenayah.

Mereka yang hadir pada sambutan kali ini juga diperdengarkan lagu pasukan PDRM baru yang bertajuk "Tegas, Adil dan Berhemah".

Lagu itu adalah ciptaan Pengarah Pancaragam PDRM, Superintenden Alina Saad, dan liriknya ditulis oleh Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Superintenden Rasdi Ramli.
Perbarisan serupa diadakan di seluruh negara. - Bernama

Sumber : Berita Harian, 25/03/09

Suatu ikrar yang menampakkan kesungguhan pihak PDRM untuk membenteras jenayah dan untuk membawa keamanan kepada negara. Ya, dalam Islam setiap jenayah, iaitu perlanggaran terhadap hukum syara’, wajib dicegah. Jika ia dibiarkan pasti akan menimbulkan masalah bagi masyarakat dan negara. Justeru itu Islam sebagai suatu mabda (cara hidup) telah menjelaskan bahawa setiap peringkat lapisan masyarakat samada individu, masyarakat itu sendiri mahupun negara perlu memainkan peranan untuk mencegah segala bentuk perlanggaran terhadap hukum syara’.

Firman Allah SWT: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. [TMQ at-Taubah(9):71].

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”. [TMQ a-li-‘Imran(3):110].

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”. [TMQ al-Hajj(22):41].

Jenayah adalah bagaikan penyakit yang menimpa masyarakat. Kadar indeks jenayah yang terus meningkat menggambarkan masyarakat yang bertambah rosak dan berpenyakit. Untuk merawat penyakit masyarakat ini maka sudah selayaknya kita mencari penawarnya dari Pencipta yang menciptakan manusia itu sendiri. Tidak ada jawapan lain melainkan kita perlu merujuk kembali kepada penyelesaian yang diberikan oleh Allah SWT. Oleh kerana itu, peranan pihak polis dalam menangani masalah jenayah ini adalah sebagai pihak yang mewakili negara bagi memastikan undang-undang negara diterapkan di tengah-tengah masyarakat.

Persoalan yang perlu kita fikirkan pada hari ini ialah apakah undang-undang yang diterapkan itu undang-undang Islam ataupun tidak? Sesungguhnya hanya sistem ‘uqubat Islam sahajalah yang mampu menggerunkan dan mencegah masyarakat dari melakukan jenayah. Kadar jenayah yang meningkat setiap tahun di seluruh dunia ketika ini menyaksikan betapa sistem perundangan dunia Kapitalisme telah gagal untuk mendidik dan menjadikan manusia patuh kepada undang-undang. Falsafah sistem ‘uqubat Islam adalah ianya bersifat zawajir(pencegah) dan jawabir(penebus dosa). Maknanya, jika sistem ‘uqubat Islam ini diterapkan maka ianya akan berperanan untuk mencegah masyarakat dari melakukan jenayah kerana manusia yang menyaksikan perlaksanaan hukuman ‘uqubat itu akan merasa takut dengan bentuk hukuman yang diterapkan.

Oleh itu ikrar KPN yang dilafazkan itu perlu didokong oleh sistem ‘uqubat yang baik dan yang terbukti mampu mencegah manusia dari terus melakukan jenayah . Dan apakah ada sistem ‘uqubat selain dari Islam yang mampu menggantikannya? Firman Allah SWT:

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyyah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah”. [TMQ al-Maaidah(5):50].

Begitu juga keamanan yang diinginkan, ia hanya dapat diperoleh dari Tuhan yang memilki keamanan itu sendiri. Firman Allah SWT:

“Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan”. [TMQ quraisy(106):4].

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”. [TMQ an-Nuur(24):5].

Sedarlah wahai seluruh umat Islam bahawa para pemimpin kita pada hari ini adalah Muslim, ketua polis negara juga adalah seorang Muslim, ketua turus angkatan bersenjata juga adalah seorang Muslim…..tetapi malangnya undang-undang yang diterapkan, yang dipertahankan dan yang dijalankan adalah undang-undang yang diciptakan oleh Barat yang kufur kepada Allah. Apakah kita masih mengharapkan kesejahteraan dan keamanan itu akan dapat kita perolehi dari undang-undang ciptaan manusia yang masih kita terapkan sehingga kini? Dan sampai bila?

Idea KeBEBASan : Wujudkah?

by AURA JIHAD

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan, masing-masing milik Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta mulai semalam. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, ketika mengesahkan perkara itu berkata, tindakan berkenaan tidak dapat dielak kerana kedua-dua akhbar didapati memutar belit fakta, mengelirukan maklumat dan percubaan menyuntik perasaan benci orang ramai terhadap kerajaan dan pemimpin. Katanya, KDN sebelum ini memantau penulisan dan tajuk utama kedua-dua penerbitan terbabit dan mendapati banyak fakta dikeliru atau dipalsukan bertujuan menanam kebencian terhadap kerajaan.
Sumber : Berita Harian 24/3/2009

Adakah ini yang dibangga-banggakan dengan sistem Demokrasi kufur yang kononnya memberi kebebasan bersuara kepada rakyatnya? Kalau apa yang ditulis tidak betul, bukankah tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penulis/penerbit, mengapa perlu dihentikan penerbitan kedua-dua akhbar tersebut? Sesungguhnya 'kebebasan' sebenarnya adalah sebuah fatamorgana yang menipu dan hanyalah merupakan idea khayalan yang diselitkan dalam sistem kapitalisme kufur. Ia tidak pernah wujud dan hanya dijadikan alasan oleh pengamal sistem yang hina ini untuk kepentingan mereka.

Rebat Elektrik. Apakah Itu Yang Dituntut Oleh Islam?

by AURA JIHAD

Lebih sejuta rakyat dapat faedah rebat elektrik

KUALA LUMPUR: Lebih sejuta rakyat berpendapatan rendah mendapat manfaat hasil pembiayaan rebat RM53.26 juta untuk penggunaan bil elektrik sebanyak RM20 sebulan dan ke bawah sejak dilaksanakan mulai 1 Oktober, 2008 sehingga Februari tahun ini.

Tenaga Nasional Bhd (TNB), dalam kenyataan kepada Bernama, menyatakan untuk Februari tahun ini saja, seramai 1,010,107 pelanggannya mendapat faedah rebat tersebut yang diperkenalkan dalam Bajet 2009.
Pada perbentangan bajet itu, kerajaan mengumumkan pemberian rebat untuk pengguna domestik yang bil bulanan semasa tidak melebihi RM20 berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir tahun 2009.
Bagaimanapun, pengguna kediaman yang mencatatkan pengguna sifar kilowat jam (0 kwh), seperti premis kosong tidak layak menerima rebat itu.

Terengganu muncul sebagai negeri yang mencatatkan peratusan tertinggi penerima rebat pada Februari dengan 29.99 peratus, diikuti Kelantan (29.94 peratus) dan Kedah (24.3 peratus).

Seterusnya, Pahang (21.71 peratus), Perlis (20.77 peratus), Perak (18.20 peratus), Negeri Sembilan (16.83 peratus), Melaka (16.35 peratus), Pulau Pinang (15.51 peratus), Johor (15.22 peratus), Putrajaya dan Cyberjaya (14.21 peratus), Selangor (12.72 peratus) dan Kuala Lumpur (12.65 peratus)
TNB menyatakan rebat itu dibiayai kerajaan bagi pengguna yang layak secara terus kepada TNB.

"Bagi yang layak, amaun rebat akan dicatatkan di dalam bil elektrik bulan tersebut dan dinyatakan sebagai dibiayai oleh kerajaan Malaysia," menurut kenyataan itu. - Bernama

Sumber : Berita Harian,  24/03/09

Rebat Elektrik. Apakah itu yang dituntut oleh Islam?

Adakah apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui pemberian rebat elektrik itu sesuatu yang benar-benar menunjukkan keprihatian pihak pemerintah ke atas rakyat? Dari kenyataan TNB, ia menunjukkan seolah-olah apa yang telah dilakukan oleh kerajaan ini adalah sesuatu yang baik. Memang secara luarannya nampak seolah-olah ia merupakan sesuatu yang baik. Namun begitu sebagai seorang Muslim, persoalan baik ataupun buruk, terpuji atau tercela, adalah sesuatu yang ditentukan oleh hukum syara’. Dengan kata lain, bagi Islam, baik, buruk, terpuji dan tercela itu mestilah ditentukan oleh hukum syara', bukannya akal manusia. Akal hanyalah berperanan sebagai sarana untuk memahami hukum syara’ yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah.

Firman Allah SWT: “Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” .
[TMQ al- Baqarah (2): 216].

Oleh itu, bagi menilai persoalan rebat elektrik yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, samada ianya berfaedah ataupun tidak, serta menilai realiti tenaga elektrik itu sendiri, maka kita perlu mengkaji pandangan Islam mengenainya.

Islam sebagai sebuah sistem kehidupan yang sempurna telah memperjelaskan kepada umatnya melalui lisan nabi Muhammad SAW bahawa tenaga (termasuk tenaga elektrik), air dan padang ragut adalah termasuk dalam pemilikan umum yang wajib dikongsi bersama oleh seluruh manusia.

Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, “Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api”
[HR Ibnu Majah]. Catatan: “api “ dalam konteks hadith ini adalah juga termasuk tenaga elektrik.

Namun begitu, hari ini kita melihat harta-harta milik umum seperti di atas telah diniagakan dan dijadikan milik individu kroni-kroni tertentu. Kerajaan Kapitalisme hari ini telah berniaga dengan rakyatnya sendiri. Para penguasa umat Islam hari ini telah meraih kekayaan dan keuntungan di atas perahan peluh rakyatnya sendiri. Bukankah ini satu kezaliman?  Mungkin analogi ini boleh kita renungkan bersama: Bayangkan jika seorang bapa yang wajib dan yang sepatutnya menafkahi keluarganya telah meletakkan sejumlah syarat bayaran kepada keluarganya sendiri setiap kali ahli keluarganya menggunakan apa sahaja yang ada di dalam rumah tersebut. Apakah ini yang diajar oleh Islam Hadhari?  Inilah kesannya apabila sistem ekonomi Kapitalisme yang kufur diterapkan di tengah-tengah umat saat ini dan sistem ekonomi Islam ditolak jauh-jauh. Ketahuilah hanya dengan penerapan Islam secara menyeluruh sahajalah keberkatan dari Allah SWT itu akan benar-benar dirasai oleh seluruh manusia. Tidak terhingga keberkatan ini berbanding rebet yang hanya 'memberi faedah' kepada sekitar 1 juta orang!!

Firman Allah SWT: “ dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”.
[TMQ al-A’raaf(7):96]