Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )
Showing posts with label LUAR NEGARA. Show all posts
Showing posts with label LUAR NEGARA. Show all posts

Askar AS Di Iraq Tembak Mati 5 Rakan

by AURA JIHAD

BAGHDAD: Seorang askar Amerika Syarikat menembak mati lima rakan lain di sebuah klinik tentera di Baghdad dalan insiden yang pegawai tinggi tentera katakan disebabkan tekanan. Presiden AS, Barack Obama, dalam satu kenyataan, berkata beliau terkejut dan sedih dengan "tragedi dahsyat" itu. Askar terbabit berjalan ke pusat rawatan untuk askar yang mengalami tekanan dan melepaskan tembakan yang membunuh kelima-lima mangsa, kata pegawai tentera. Ia berlaku di Kem Liberty, sebuah pangkalan tentera di timur laut lapangan terbang Baghdad yang menempatkan ribuan askar AS. - Reuters

[Berita Harian: 12/05/09]

Tiada apa lagi yang boleh dikata melainkan alhamdulillah. Sesungguhnya kuasa Allah itu lebih besar daripada kuasa manusia dan perancangan Allah itu mengatasi perancangan musuh-musuhnya. Jika Obama terkejut dengan berita tersebut, dia seharusnya lebih terkejut dengan jumlah umat Islam di Iraq yang mati dibunuh oleh tentera AS selama ini. Bilangan 5 orang yang mati tertembak oleh rakannya sendiri itu adalah terlampau kecil jika dibandingkan dengan jumlah ratusan ribu nyawa umat Islam yang menjadi korban akibat kebiadaban tentera AS laknatullah. Hanya tentera Khilafah sahaja yang akan mampu untuk mengajar dan membungkamkan kesombongan AS. Hari yang dinantikan itu sebenarnya sudah amat dekat. Tibalah masanya untuk Khilafah memimpin dunia.

Ya Allah, Hancurkanlah Amerika Laknatullah!

Filed under having 0 Ulasan  

Amerika promosi pelan damai

by AURA JIHAD

LONDON 11 Mei - Amerika Syarikat (AS) mahu mempromosikan pelan damai Asia Barat yang melibatkan 'penyelesaian konflik melibatkan 57 negara' dan menghendaki seluruh dunia Islam mengiktiraf Israel. Pelan tersebut dihasilkan oleh Raja Jordan, Raja Abdullah bersama-sama Presiden AS, Barack Obama di Washington pada bulan lepas, lapor akhbar Times of London hari ini. "Kita menawarkan satu pertiga daripada penduduk dunia untuk menerima mereka (Israel) dengan tangan terbuka. "Masa depan bukan melibatkan Sungai Jordan atau Bukit Golan atau Semenanjung Sinai, tetapi masa depan melibatkan Maghribi di rantau Atlantik dan Indonesia di rantau Pasifik. Itulah hadiahnya," kata Abdullah. Beliau bagaimanapun, memberi amaran, jika rundingan damai ditangguhkan, satu lagi konflik akan meletus antara orang Arab atau Islam dengan Israel dalam tempoh antara 12 dan 18 bulan akan datang.

Menurut Times of London, butir-butir pelan tersebut dijangka dibincangkan menerusi beberapa langkah diplomatik pada bulan ini, termasuk pertemuan Obama dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Washington pada minggu depan. "Kita bukan bercakap mengenai pihak Israel duduk semeja dengan pihak Palestin, tetapi Israel dengan Palestin, Israel dengan Syria, Israel dengan Lebanon," kata Abdullah. Palestin mahu menubuhkan sebuah negara merdeka dalam sengketa mereka yang berlarutan dengan Israel, manakala Syria mahu Bukit Golan yang ditawan oleh Israel semasa Perang 1967 dipulangkan kepadanya. Israel dan pergerakan Hizbullah di Lebanon berperang pada 2006. "Saya fikir kita akan perlu menjalankan banyak kegiatan diplomasi dan membawa pihak-pihak terlibat ke meja rundingan dalam beberapa bulan akan datang untuk mencari penyelesaian," kata Raja Jordan itu. Menurut Times, selepas pertemuan Obama dengan Netanyahu di Washington pada 18 Mei ini, inisiatif perdamaian terbaru itu mungkin menjadi topik utama ucapan Presiden AS tersebut kepada dunia Islam di Mesir ketika memulakan lawatan ke dunia Islam pada 4 Jun ini. "Persoalan penting ialah keputusan daripada pertemuan Obama-Netanyahu nanti," kata Abdullah. – Reuters

Utusan Malaysia:12/05/09

Hinanya Para Pemimpin Umat Islam

Hinanya para pemimpin dunia umat Islam hari ini apabila mereka masih mengharapkan pelan damai yang ditaja oleh Amerika Syarikat bagi menyelesaikan krisis di Asia Barat terutamanya mengenai persoalan Israel dan Palestin. Umum mengetahui bahawa telah wujud terlalu banyak perjanjian damai yang ditaja oleh Barat untuk menyelesaikan persoalan di Asia Barat sebelum ini namun kesemuanya gagal menyelesaikan konflik yang berlaku. Hakikatnya, semua ini hanyalah permainan sandiwara musuh-musuh Islam yang mempunyai kepentingan tertentu yang ingin mereka raih. Pelan damai yang ditaja oleh AS itu tidak lain hanyalah bertujuan agar dunia umat Islam terus mengiktiraf kewujudan Israel di wilayah Palestin sedangkan Isreal itu adalah anak haram yang dilahirkan oleh British hasil hubungan sulitnya dengan PBB pada tahun 1948. Israel juga saat ini adalah merupakan anak angkat AS yang akan terus dipastikan kewujudannya dengan bantuan para hamba AS dari kalangan pemimpin dunia Arab. Apakah para pemimpin umat Islam, terutamanya dari mereka yang berbangsa Arab tidak memahami firman Allah SWT yang banyak menjelaskan siapakah musuh mereka yang sebenar? Antaranya ialah firman Allah SWT:


“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”.
[TMQ al-Baqarah (2) : 120]. FirmanNya lagi


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya”.
[TMQ a-li - ‘Imraan (3) :118].

Jika kamu para pemimpin umat Islam, masih terus berpaling dari peringatan al-Quran ini maka tunggulah ketentuan dari Allah SWT sebagaimana firmanNy:

“Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya”. [TMQ al- A’raaf (7) : 146].

Apakah kita sebagai umat Islam masih mengharapkan promosi perjanjian damai yang ditaja oleh AS sedangkan kita sendiri boleh melihat bahawa AS itu sendiri adalah sebuah negara koboi yang terus menerus memerangi umat Islam di seluruh dunia. Inilah tabiat negara kapitalis yang mengembangkan mabda'nya melalui penjajahan dan penaklukan. Lihat sahaja apa yang telah dan sedang dilakukan oleh AS selama ini terhadap umat Islam di Iraq dan Afghanistan! Sampai bila lagi umat Islam akan terus dihina?

Filed under having 0 Ulasan  

Siapa Lanun Sebenarnya?

by AURA JIHAD

KETIKA dunia tertumpu kepada pergolakan di Iraq, Afghanistan dan Sri Lanka, ada satu lagi peperangan yang seakan-akan tiada pasang surutnya - ancaman lanun di perairan Somalia.

Lanun ganas ini terbukti jauh berbeza daripada gambaran filem 'The Pirates of the Caribbean’ yang masih segar dalam ingatan ramai. Jika dalam filem itu, karektor lanun comot dan senjatanya sekadar meriam dan pistol, lanun sebenar di Somalia bukan calang-calang. Biarpun tanpa kapal mewah atau pakaian seragam khas, mereka sebaliknya sarat dengan kelengkapan persenjataan serba canggih, termasuk Sistem Kedudukan Global (GPS).

Tidak hairanlah, kapal yang menggunakan laluan Teluk Aden sepanjang 3,300 kilometer yang disifatkan perairan paling bahaya di dunia, dengan mudah ditawan lanun moden ini.

Serangan mereka pula semakin menjadi-jadi dan sejak 1 Mac lalu saja, sebanyak 25 serangan dicatatkan, termasuk tujuh kapal dirampas. Malah, sebanyak 293 serangan lanun dilaporkan di seluruh dunia sejak 2008, tetapi kejadian di sekitar Teluk Aden itu menyaksikan peningkatan hampir 200 peratus berbanding 2007.

Sebut apa saja, kapal dagang dan kapal layar membawa muatan daripada kelengkapan tentera, minyak mentah, bijirin dan hasil bumi lain, semuanya sudah ditawan lanun kulit hitam ini. Ancamannya sebegitu serius sehinggakan tiada siapa pun pernah menyangka pada tahun ini, masyarakat antarabangsa boleh mengisytiharkan peperangan ke atas lanun. Berikutan itu, barisan armada tentera laut Britain yang dibantu tentera lebih 12 negara, termasuk Amerika Syarikat dan China, diberi tugas menangani barisan lanun moden ini.

Saban hari kita dipaparkan dengan kekejaman mereka, tetapi tidak ramai yang tahu kisah duka di sebalik kemunculan lanun ini. Jika diimbas, zaman ‘keemasan’ lanun itu sekitar 1650 hingga 1730. Namun, tidak ramai yang tahu, idea memaparkan lanun sebagai kelompok kejam adalah sebahagian propaganda kerajaan Britain. Ketika itu, ramai penduduk yang maklum, lanun itu sebaliknya menjadi mangsa kekejaman dan penindasan pemilik kapal dagang seperti dinyatakan pakar sejarah Barat, Marcus Rediker dalam bukunya ‘Villains of All Nations.’

Di Somalia, cerita itu juga tidak bezanya. Dunia menggelarkan mereka lanun, tetapi penduduk tempatan melihat mereka sebagai wira mempertahankan tanah air dan keadaan ini ketara pada 1991 selepas kejatuhan kerajaan dipilih rakyat. Lebih malang, selain keadaan politik tidak stabil, kira-kira sembilan juta penduduknya dihimpit kesengsaraan, termasuk kelaparan.

Negara Barat yang sepatutnya membantu, sebaliknya menjadikan penderitaan mereka sebagai peluang merompak hasil negara itu daripada bekalan makanan dan sumber lautan sehinggalah menghumbankan sisa nuklear di perairan negara itu.

Satu demi satu kapal Eropah yang tidak dikenali, mulai muncul di kawasan perairan itu dan membuang bertong-tong sisa nuklear ke dalam laut. Berikutan itu, penduduknya jatuh sakit dan mengalami ruam, loya serta kecacatan bayi.
Buktinya ketara selepas kejadian tsunami 2005 apabila beratus-ratus tong sisa itu terdampar di pantai dengan lebih 300 orang mati akibat radiasi.

Ini diakui sendiri Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Somalia, Ahmedou Ould-Abdallah, yang dipetik media antarabangsa, baru-baru ini.

“Ada pihak yang sengaja membuang sisa nuklear, plumbum serta logam berat seperti raksa. Sebahagian besarnya sisanya dari hospital serta kilang di Eropah. Tugas pembuangan itu diserahkan kepada sindiket mafia Itali yang mengenakan bayaran khidmat murah dan bertindak rakus membuang sisa itu dengan cara mudah.”

Apabila ditanya apakah reaksi kerajaan Eropah, Ahmedou berkata: “Tiada apa. Tiada pembersihan, tiada wang ganti rugi atau sebarang langkah mengelak perkara itu berulang lagi.”

Kapal Eropah ini turut merompak hasil utama penduduk Somalia iaitu hasil laut mereka. Selepas perairan sekitar benua Eropah kekeringan hasil tangkapan laut, mereka beralih ke perairan Afrika itu untuk merompak hasil ikan tuna, udang dan udang karah yang bernilai lebih RM1 bilion.

Ini menyebabkan nelayan tempatan merana, hilang punca rezeki serta kelaparan. Mereka bertindak mengusir kapal dagang yang membuang sisa nuklear atau sekurang-kurangnya mengenakan ‘cukai’ ke atas mereka. Peranan ini dipikul kumpulan yang dikenali sebagai ‘Sukarelawan Pengawal Pantai Somalia.’ Malah, hasil tinjauan media bebas Somalia, WardheerNews, mendapati 70 peratus penduduk menyokong kumpulan itu yang menyifatkan kegiatan lanun itu sebagai antara cara mempertahankan tanah air.

Ini diakui sendiri seorang ketua lanun, Sugule Ali yang menegaskan mereka bukanlah perompak atau lanun.

“Lanun sebenar adalah mereka yang datang merampas punca pendapatan kami serta membuang sisa nuklear di sini.”

Sukar sebenarnya bagi kita untuk menelah naluri insan dilabelkan sebagai lanun oleh media Barat, sebaliknya dianggap wira oleh rakyat tempatan, apa lagi selepas saban hari dipaparkan dengan jenayah dilakukan mereka ini.

Apa yang pasti, seperti juga di kebanyakan negara lain yang bergolak, konflik dan ancaman yang berlaku itu hasil ‘cop jari’ kuasa Barat. Kini dengan kehadiran armada tentera laut negara asing di Somalia, ramai yang menunggu nasib kelompok lanun itu selepas ini biarpun hakikatnya ia tidak mungkin menamatkan terus ancaman mereka.

Info: Lanun di Somalia

• Somalia terbabit dalam perang saudara sejak 1991
• Kebanyakan lanun itu dikatakan berusia antara 20 hingga 35 tahun
• Tiga kumpulan iaitu:
o Bekas nelayan - perancang utama kerana mahir selok belok perairan sekitar
o Bekas anggota militia - tenaga penting kerana pengalaman memerangi kumpulan panglima perang
o Pakar teknikal - mahir soal komputer dan tahu mengendalikan peralatan teknologi serba canggih seperti telefon satelit dan persenjataan
• Sebahagian besar kapal ditawan di laluan perkapalan Teluk Aden yang terletak di antara Yemen (utara), Somalia (di selatan) dan di timur Laut Arab.
• Laluan itu sepanjang 3,300 kilometer yang juga kawasan laut paling bahaya di dunia
• Kira-kira 20,000 kapal melalui Teluk ini untuk ke dan kembali dari Terusan Suez
• Membawa barangan seperti berjuta-juta tan minyak mentah, bijirin dan arang batu
• Purata wang tebusan kira-kira AS$2 juta (RM7.24 juta)
• 25 serangan ke atas kapal, tujuh dirampas sejak 1 Mac lalu
• 293 serangan lanun di seluruh dunia sejak 2008 dan kejadian di Teluk Aden meningkat hampir 200 peratus berbanding 2007

Sumber : Utusan Malaysia , 21/04/09

Siapakah lanun yang sebenarnya?

Berita di atas adalah gambaran yang jauh berbeza daripada yang dihidangkan oleh media Barat yang tidak henti-henti melontarkan propaganda menyerang kelompok lanun di Somalia. Seharusnya, setiap pembaca yang meneliti media massa yang dikuasai oleh pihak kafir perlu menilai mengapa fenomena lanun ini muncul di Somalia dan mengapa mereka merampas kapal yang lalu lalang di perairan mereka.

Somalia adalah salah satu negara yang dilanda perang saudara sejak awal tahun 1990an dan tidak mempunyai kerajaan yang rasmi. Oleh itu, Somalia juga tidak mempunyai askar, polis, angkatan laut, kastam dan lain-lain badan berkuasa mereka sendiri. Oleh kerana Somalia tidak mempunyai badan-badan berkuasa mereka sendiri, ini telah memudahkan kapal-kapal pihak asing seperti Eropah dan Amerika untuk melakukan jenayah di perairan Somalia. Antaranya membuang sisa radioaktif dan beracun dan juga menangkap ikan di kawasan perairan Somalia, sedangkan sumber kekayaan tersebut adalah milik rakyat Somalia. Oleh itu, berdasarkan laporan di atas, kemunculan lanun yang merampas kapal-kapal dagang yang melalui perairan Somalia dianggap sebagai suatu yang sah oleh rakyat negara tersebut.

Sekiranya mereka dihukum sebagai lanun di lautan, maka dunia mestilah juga menghukum kapal-kapal Eropah dan Amerika Syarikat sebagai lanun yang lebih besar lagi kerana merampas kekayaan hasil laut Somalia dan membuang sisa dan bahan lupus yang merbahaya di perairan Somalia dan menimbulkan masalah kesihatan bagi penduduk Somalia.

Perlu diingat bahawa Somalia telah lama menjadi mangsa perkotak-katikan kuasa-kuasa besar dunia disebabkan oleh kedudukannya yang strategik di Laut Merah dan merupakan pintu masuk Terusan Suez. Somalia pernah dicerobohi askar Amerika Syarikat pada awal tahun 1990an seperti yang digambarkan oleh filem Hollywood ‘Black Hawk Down’. Namun begitu, askar AS kemudiannya dihalau keluar oleh militia Somalia. Baru-baru ini pula, tentera Ethiopia menceroboh masuk ke Somalia dengan sokongan Amerika Syarikat untuk menyingkirkan kerajaan di sana.Penceroboh ini masuk ke Somalia, membunuh manusia yang tidak bersenjata dan mengebom masjid tanpa provokasi, namun, tidak pula dilihat sebagai suatu yang salah di mata dunia.

Selama mana media dunia masih dikawal oleh kafir Barat, selama itulah penyimpangan politik akan terus berlaku dan selama itulah juga umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya akan terus ditipu dan diperdaya.

Filed under having 0 Ulasan  

Ini Fitnah!

by AURA JIHAD

DHAKA: Polis Bangladesh menahan 31 lelaki dipercayai terbabit dalam merancang satu serangan keganasan, semalam. Ketua Polis Daerah Kushtia, Masudul Haque Nuruzzaman, berkata lelaki berkenaan adalah anggota kumpulan militan Islam dikenali sebagai Hizb ut-Tahrir. “Di antara 31 lelaki yang ditahan itu termasuk ketua bagi daerah berkenaan yang dilatih di Afghanistan," katanya. Nuruzzaman berkata, penangkapan mereka itu susulan daripada operasi khas ketika mereka sedang mengadakan satu perjumpaan di daerah berkenaan, semalam. "Kami mempunyai maklumat perisikan bahawa mereka bercadang melancarkan satu serangan," katanya.

Beliau juga mengesahkan polis merampas pelbagai bahan cetak seperti buku dan risalah mengenai jihad, selain serbuk belerang untuk membuat peluru, peralatan membuat bom dan senjata api daripada lelaki berkenaan. - AFP

Sumber : Berita Harian, 18/04/09

Ketakutan Pemimpin Sekular Terhadap Pejuangan Menegakkan Khilafah


Nampaknya seruan kepada penegakkan kembali Islam di Bangladesh dengan metode menegakkan kembali khilafah melalui perjuangan politik tanpa kekerasan semakin menakutkan pemerintah sekular di sana. Antara tindakan yang terpaksa dilakukan oleh pihak pemerintah sekular di sana ialah dengan menangkap para shabab pengembang dakwah dari gerakan Islam Hizb ut Tahrir atas alasan mereka sedang merancang satu serangan keganasan.

Pelbagai maklumat sokongan disertakan oleh pihak polis Bangladesh untuk membenarkan tindakan yang mereka lakukan itu. Dalam keterdesakan mereka untuk menghalang dakwah terbuka Hizb ut Tahrir yang semakin berpengaruh di Bangladesh, bukti-bukti palsu disertakan dalam menjustifikasi tindakan tersebut. Walaupun mereka mencipta 1001 macam bukti palsu, apa yang jelas, kebenaran tidak akan dapat dikalahkan oleh kebatilan yang pasti akan hancur dan lenyap dengan izin Allah SWT.

Umumnya, dunia, terutamanya di mana Hizb ut Tahrir bergerak melakukan dakwahnya bersama dengan umat, mengetahui bahawa metode yang diambil oleh Hizb dalam menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat adalah metode dakwah tanpa tindakan fizikal atau kekerasan. Hizbut Tahrir merupakan parti politik yang lahir di Al-Quds Palestin pada tahun 1953 untuk melanjutkan kembali kehidupan Islam melalui metode penegakkan kembali Khilafah Islamiyyah yang akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia. Perjuangan yang ditempuh oleh Hizb ut Tahrir sejak ianya ditubuhkan sehinggalah ke hari ini tidak pernah berubah.

Metode yang ditempoh oleh Hizb ut Tahrir adalah sebagaimana tariqah dakwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW di Makkah. Dakwah Hizb ut Tahrir ini telah tersebar ke seluruh penjuru dunia bahkan aktivitinya terus melangkaui barat dan timur mulai dari London hingga Sydney, dari Ankara hinggalah Jakarta. Dakwah Hizb meliputi lebih 40 negara di dunia ini termasuklah negara kafir Britain dan Amerika. Selama Hizb ut Tahrir melakukan dakwahnya di tengah-tengah umat, Hizb ut Tahrir tidak pernah dan tidak akan pernah melakukan sebarang bentuk kekerasan walaupun ramai pengembang dakwah Islam yang berjuang bersama Hizb telah menjadi mangsa korban kepada kekejaman pemimpin-pemimpin sekular. Dunia telahpun menyaksikan kekejaman yang dilakukan oleh para pemimpin sekular di Uzbekistan, Kazakhstan, Rusia, Turki, Bangladesh, Pakistan, Mesir, Jordan, Syria, Kuwait dan negara Asia Tengah yang lain terhadap shabab Hizb ut Tahrir. Meskipun begitu, meskipun pelbagai cubaan dan dugaan harus dilalui, Hizb ut Tahrir akan terus berjuang menegakkan kebenaran melalui jalan politik tanpa kekerasan seperti yang ditunjukkan oleh Rasul al-Mustafa. Firman Allah SWT :

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (Deen Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”. [TMQ at Taubah (9) : 32]

Memandu Sambil Melakukan Seks

by AURA JIHAD

OSLO – Seorang lelaki Norway berdepan hukuman denda tinggi dan diharamkan memandu oleh sebuah mahkamah setelah dia ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mengadakan hubungan seks dalam kereta yang dipandu laju di sebuah lebuh raya, kata polis semalam.

Lelaki berumur 28 tahun dan pasangannya yang berumur 22 tahun itu ditangkap anggota polis trafik kelmarin di lebuh raya E18 kira-kira 40 kilometer ke barat Oslo. Kereta Mazda 323 yang dinaiki pasangan itu mencatatkan kelajuan 133 kilometer sejam (km/j) dalam zon had laju 100 km/j.

“Kereta itu bergerak ke kiri dan ke kanan kerana wanita itu duduk di atas riba ketika lelaki itu sedang memandu,” kata seorang pegawai polis, Tor Stein Hagen di daerah Soendre Buskerund. – AFP

Sumber : Kosmo, 14/04/09


Kapitalisme Menjadikan Manusia Seperti Binatang

Inilah sebahagian dari kerosakan yang dihasilkan oleh sistem Kapitalisme. Kehidupan manusia telah jatuh ketahap kehidupan yang lebih teruk dari binatang. Ini semuanya berpunca dari manusia yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Benarlah firman Allah SWT:

”Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”. [TMQ Al A'raaf (7) : 179].

FirmanNya lagi :

”Atau adakah Engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (Apa yang Engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi”. [TMQ Al Furqaan (25) : 44].

Firman Allah SWT:

”Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan”. [TMQ Al Israa' (17) : 70].

Hakikatnya, Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan. Namun tanpa hidayah Allah, manusia terjerumus kelembah kehinaan. Hanya Islamlah satu-satunya sistem kehidupan yang mampu mengangkat martabat manusia menjadi semulia-mulia makhluk.

Sah! Amerika Adalah Musuh Umat Islam

by AURA JIHAD

KABUL: Tentera Amerika Syarikat di Afghanistan semalam mengaku empat orang yang dibunuh askarnya dalam satu serbuan bukan 'pejuang' selepas penduduk berkata mangsa adalah seorang ibu dan anaknya termasuk seorang bayi.

Pegawai dan saksi Afghanistan awalnya menuduh tentera membunuh penduduk awam dalam serbuan tengah malam kelmarin di wilayah Khost, tetapi tentera Amerika awalnya berkata membunuh 'empat pejuang.'

"Siasatan lanjut mengenai operasi tentera pakatan dan Pasukan Keselamatan Kebangsaan Afghanistan (ANSF) di Khost awal hari ini menunjukkan mangsa yang terbunuh dan cedera bukan musuh seperti dilaporkan sebelum ini. "Pasukan tentera pakatan bekerjasama dengan pegawai Afghanistan dan anggota keluarga menyampaikan takziah dan memberi bantuan berikutan kejadian tragik itu," kata tentera dalam kenyataan sambil menambah siasatan diteruskan.

Kejadian itu adalah yang terbaru dalam siri kejadian membabitkan penduduk awam dibunuh atau cedera diserang tentera antarabangsa yang berada di Afghanistan untuk memburu pejuang Taliban dan al-Qaeda. Ketua polis Khost yang bertanggungjawab dalam usaha menangani keganasan, cuma dinamakan Ghazuddin, memberitahu anggota tentera pergi ke kampung di luar Khost untuk memburu militan. Mereka memanjat bumbung beberapa rumah untuk mengepung bangunan yang menjadi sasaran.

Penghuni sebuah rumah, dimiliki seorang kolonel Tentera Kebangsaan Afghanistan yang berkhidmat di tempat lain, menyangka mereka adalah pencuri, keluar dengan senjata dan melepaskan tembakan.

"Tentera Amerika membalas tembakan kerana menyangka mereka adalah militan," kata Ghazuddin. AFP

Sumber : Berita Harian, 1/04/09

Sah Amerika Adalah Musuh Umat Islam

Apa lagi ulasan dan kata-kata yang kita boleh ungkapkan melainkan laknatullah kepada Amerika dan sekutu-sekutunya juga kepada agen-agen dan bonekanya, para pemimpin umat Islam yang tunduk kepada negara pengganas nombor satu dunia itu. Mereka dengan sewenang-wenangnya melakukan operasi ketenteraan untuk membunuh umat Islam. Apabila terjadi peristiwa seperti ini mereka tanpa rasa malu dan bersalah meminta maaf. Apakah kita sebagai umat Islam boleh menerima permohonan maaf mereka dengan sebegitu mudah? Hanya mereka yang munafik dan bersekongkol dengan Amerika sahaja yang boleh memaafkan tindakan biadab Amerika itu.

Sedarlah wahai umat Islam! Umat yang masih lagi merangkul aqidah Islam dalam hidup mereka! Hanya dengan keberadaan khalifah sahajalah umat ini akan mampu dan berupaya untuk mengajar kebiadaban dan kekejaman AS laknatullah! Campakkanlah jauh-jauh kebergantungan dan pengharapan kalian kepada pemimpin-pemimpin sekular umat Islam yang tunduk kepada kuasa kufur dan menjadi pengkhianat kepada Islam dan umat Islam. Hanya khalifah sahajalah yang layak dan mampu menjadi perisai dan pelindung kepada umat Islam. Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya Imam itu adalah perisai, dengan perisai itu umat berperang dan melindungi dirinya.” [HR. Muslim].

Ketahuilah di bawah pimpinan seorang khalifah, seorang imam yang akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia, seluruh pasukan tentera umat Islam akan disatukan dan digerakkan untuk menghentikan kekejaman AS. Khalifah akan membebaskan setiap jengkal tanah umat Islam dengan jihad, seperti yang pernah dilakukan sebelumnya oleh khalifah-khalifah yang terdahulu. Apakah kalian tidak merindui syurga Allah SWT? Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”. [TMQ at-Taubah(9):111].

AWAS! Kasut Tumit Tinggi Dihadapan

by AURA JIHAD

NEW DELHI: Polis menyarankan wanita memakai kasut tumit tinggi untuk ke tempat kerja selain membawa beg yang sedikit berat untuk digunakan sebagai senjata menghalang menjadi mangsa pembunuhan yang menimpa eksekutif teknologi maklumat (IT), Jigisha Ghosh dan wartawan Soumya Vishwanathan, baru-baru ini.

Panduan mempertahankan diri itu dihantar ke firma, terutama seperti syarikat media yang memiliki ramai pekerja wanita yang bekerja hingga larut malam. Timbalan Pesuruhjaya Polis di tenggara New Delhi, Shalini Singh, juga menasihatkan wanita supaya tidak membawa wang tunai yang banyak. Reaksi polis dibuat berikutan kes rompakan dan bunuh Ghosh, bulan lalu.

Wanita berkenaan bercakap di telefon bimbit dan berjalan ke arah rumahnya awal pagi 21 Mac lalu selepas keluar dari teksi apabila diculik, dirompak dan kemudian dibunuh beberapa penjenayah. Mayat Ghosh ditemui di Faridabad, kira-kira 20 kilometer dari kediamannya. Vishwanathan pula dibunuh 30 September tahun lalu ketika pulang ke rumah selepas habis syif malam di syarikat televisyen tempat dia bekerja. Polis berkata, dua wanita itu dibunuh orang yang sama. Singh, baru-baru ini membentangkan kertas kerja mengenai keselamatan pekerja di firma teknologi maklumat terkemuka, Wipro.

“Saya menasihatkan wanita gunakan beg tangan dan minyak wangi untuk mempertahankan diri. Mereka boleh guna kasut tumit tinggi untuk memijak kaki penyerang, menyembur minyak wangi ke mata penjenayah dan memukul mereka dengan beg. “Wanita boleh memukul bahagian bawah paras pinggang penyerang. Semua langkah ini membantu melengahkan penjenayah dan membolehkan mereka lari,” katanya. Singh juga memberikan petunjuk kepada pekerja wanita seperti menyimpan nombor kecemasan dalam telefon bimbit mereka dan tidak bercakap di telefon ketika berjalan di jalan raya. “Wanita perlu berdiri rapat ke dinding supaya dapat memerhati sekeliling. Mereka juga boleh memaklumkan keluarga dan rakan sebelum pulang ke rumah dari pejabat,” katanya. - Agensi

Sumber : Berita Harian, 090409

Manusia Yang Zalim Dan Jahil Akan Melahirkan Penyelesaian Yang Bodoh

Inilah penyelesaian yang diberikan oleh sistem Kapitalisme untuk menyelesaikan masalah ancaman kepada para wanita. Apabila akal diberikan ruang untuk menentukan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia maka inilah hasilnya. Suatu penyelesaian yang tidak akan menyelesaikan masalah sebenarnya. Inilah penyelesaian yang diberikan oleh idealogi Kapitalisme. Hukuman ataupun penyelesaian bagi idealogi Kapitalisme itu lahir dari aqal manusia semata-mata dengan dokongan realiti yang ada dimana realiti itu menjadi sumber hukum. Kita lihat bagaimana Kapitalisme sebenarnya bukan menyelesaikan masalah kerana cadangan-cadangan diatas hanya cuba mengubat penyakit bukan mencegah penyakit itu dari datang.

Sedangkan ini tidak berlaku didalam Islam dimana realiti itu bukan sebagai sumber hukum sebaliknya realiti itu adalah subjek yang akan dihukumi. Islam sebagai suatu cara hidup telah menurunkan satu sistem kehidupan yang menyeluruh untuk mengatur persoalan yang dihadapi oleh seluruh manusia , dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Penerapan Islam secara kaffah sahajalah yang akan menyelesaikan masalah kehidupan yang dihadapi oleh manusia termasuklah persoalan yang melibatkan sistem sosial seperti diatas. Dalam Islam sistem sosialnya secara jelas telah menurunkan satu peraturan yang jelas untuk mengatur kehidupan dan hubungan diantara lelaki dan wanita.

Diantaranya ialah didalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat bagi lelaki dan wanita, bentuk pakaian wanita muslimah, cara memandang wanita dan sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca kepada pintu penyimpangan seksual yang mengakibatkan kerosakan akhlak dan lain-lain. Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan (nizham) yang tertentu. Dalam mengatur hubungan antara lelaki dan perempuan, Islam telah meletakkan beberapa ketetapan seperti:

1. Islam telah memerintahkan kepada manusia, baik lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan [An-Nur (24):30-31];

2. Islam memerintahkan kepada wanita untuk mengenakan pakaian secara sempurna, tudung dan jilbab, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya [An Nur (24):31] dan [Al-Ahzab (33):59];

3. Rasulullah bersabda, “Tidak dibolehkan seorang wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan hari akhirat untuk melakukan perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika disertai mahramnya.” [HR. Bukhari dan Muslim].

4. Rasulullah juga bersabda, “Tidak diperbolehkan seorang lelaki dan seorang wanita berkhalwat, kecuali jika wanita itu disertai mahramnya” [HR. Muslim].

5. Islam melarang wanita untuk keluar rumahnya kecuali dengan izin suaminya;

6. Islam sangat menjaga agar dalam kehidupan khusus hendaknya jamaah (komuniti) kaum wanita terpisah dari jamaah (komuniti) kaum lelaki;

7. Islam sangat menjaga agar hubugan kerjasama antara lelaki dan wanita hendaknya bersifat umum dalam masalah muamalah; bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya atau berjalan-jalan bersama;

8. Islam mengambil berat dalam memelihara keturunan dan nasab. Bahkan Islam menentukan hukuman rejam bagi penzina muhsan (sudah berkahwin);

9. Islam menetapkan bahawa penzina bukan muhsan dihukum 100 kali sebatan [an-Nur (24):2].

Yakinlah bahawa jika manusia yang membuat peraturan dan hukumnya yang tersendiri maka sudah pasti akan menghasilkan sistem dan peraturan yang rosak dan merosakkan manusia,kehidupan dan alam itu sendiri sesuai dengan keadaan manusia itu sendiri yang sifatnya adalah zalim dan jahil. “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) Sesesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”. [TMQ al-Ahzab(33):72]. Adakah ada sistem sosial untuk mengatur kehidupan diantara lelaki dan wanita ini yang lebih baik dari sistem sosial Islam?

Kami Bukan Bodoh Seperti Kamu Wahai MR.Presiden

by AURA JIHAD

ANKARA: Dalam perisytiharan yang bergema ke seluruh pelosok dunia, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan kepada umat Islam apabila menegaskan bahawa negaranya 'tidak pernah dan tidak akan berperang' dengan penganut agama itu. Dalam lawatan pertamanya ke Turki, Obama membincangkan perkara itu dalam pertemuan dengan pemimpin agama tempatan.

"Saya tahu ketegangan wujud di banyak tempat yang mengamalkan agama Islam. Jadi, biar saya katakan dengan sejelas-jelasnya: Amerika tidak pernah dan tidak akan berperang dengan Islam," katanya, semalam. Obama yang sedar ketegangan masih kuat kerana tindakan negaranya ke atas Iraq kelmarin, menekankan umat Islam tidak ada persamaan dengan pengganas seperti al-Qaeda dan tahu faedahnya menentang pergerakan seperti itu selain merujuk kepada latar belakangnya memahami agama itu dengan melawat Masjid Biru yang terkenal di Istanbul semalam, hari kedua lawatannya.

Ketika berucap di Parlimen Turki, beliau berkata: "Hubungan kita dengan dunia Islam penting, bukan hanya untuk menolak ideologi ganas yang ditolak penganut semua agama, tetapi juga mengukuhkan peluang kepada semua orang."

Obama juga menyifatkan kumpulan pengganas tidak mendapat sokongan majoriti umat Islam serta merujuk kepada kehadiran ramai orang Islam di Amerika. Di WASHINGTON, tinjauan akhbar Washington Post dan stesen ABC News mendapati lebih separuh rakyat Amerika berpandangan negatif mengenai agama Islam dan menganggapnya menyokong keganasan.

"Ramai jahil mengenai agama kedua terbesar dunia apabila 55 peratus responden berkata mereka tidak tahu dan tidak memahami asas ajaran Islam. Kebanyakannya juga tidak mengenali walau seorang pun Muslim," akhbar itu merumuskan. - Agensi

Sumber : Berita Harian, 08/04/09

Obama Cuba Memperbodohkan Umat Islam

Ucapan Obama ini sebenarnya tidak mampu menutup bau busuk kebencian rejim kufur AS terhadap Islam dan umat Islam. Ya, memang benar! AS tidak akan memerangi umat Islam yang sanggup tunduk kepadanya seperti yang ditunjukkan oleh kemunafikan pemimpin-pemimpin di dunia umat Islam saat ini yang bersedia menjadi boneka kepada AS. Mana-mana umat Islam yang merangkul nilai-nilai kehidupan Barat seperti demokrasi, idea hak asasi manusia, idea kebebasan, pluralisme dan yang sejenis dengannya dianggap sebagai orang Islam tetapi sesiapa yang tidak menerima nilai-nilai kehidupan yang dibawa oleh Barat akan dianggap sebagai ekstremis dan pengganas. Inilah kayu ukur AS dalam menentukan siapakah umat Islam dan siapakah ekstremis dan pengganas. Inilah sebenarnya yang diinginkan oleh AS agar umat Islam tunduk kepada mereka. Oleh itu janganlah kita umat Islam tertipu dengan apa yang digula-gulakan oleh AS. Renungilah firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya”. [TMQ a-li-‘Imraan(3):118].

Allah SWT juga berfirman:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”. [TMQ AL-Baqarah(2):120]

Kuda Tunggangan Baru

by AURA JIHAD

altBADEN-BADEN, Jerman 4 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam meminta Eropah menghulurkan lebih banyak bantuan kepada AS dalam perang di Afghanistan dan beliau menggunakan popularitinya untuk mendapatkan kompromi dari sekutu dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Disambut bagai seorang wira dalam lawatan pertama ke Eropah sebagai Presiden, Obama memberi amaran kepada pemimpin dan pelajar dalam pertemuan di bandar Strasbourg, Perancis bahawa Eropah berdepan dengan ancaman lebih besar oleh Al-Qaeda berbanding AS berdasarkan faktor geografi.

"Eropah tidak patut membiarkan AS menanggung beban ini bersendirian. "Ini adalah masalah bersama yang memerlukan usaha bersama," ujar beliau sebelum menghadiri majlis makan malam bersama ketua-ketua dari 28 negara anggota NATO pada sidang kemuncak yang meraikan ulang tahun ke-60 pakatan ketenteraan itu di Strasbourg dan dekat dengan Baden-Baden, Jerman. Walaupun popular di kalangan penduduk Eropah, kehadiran Obama tidak berjaya 'menenangkan' penunjuk perasaan anti-NATO sehingga memaksa polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata di pinggir Strasbourg bagi mengelakkan mereka berarak ke pusat bandar. Kira-kira 300 orang telah ditahan kelmarin.

Pertikaian antara Turki dengan negara Eropah lain mengenai siapa yang akan menerajui NATO selepas ini juga memuramkan suasana dengan Ankara menolak cadangan supaya Perdana Menteri Denmark, Anders Fogh Rasmussen dilantik sebagai Setiausaha Agung yang baru. Turki tidak berpuas hati dengan cara Rasmussen mengendali kontroversi karikatur Nabi Muhammad S.A.W yang mencetuskan kemarahan dunia Islam pada 2006. - Reuters

Sumber : Utusan Malaysia, 05/04/09

Obama Sedang Mencari Kuda Tunggangan Baru.

Apakah Amerika tidak belajar dari sejarah? AS memanglah sebuah negara yang sombong dan bongkak dengan kekuatan ketenteraan yang dimilikinya. Ketahuilah bahawa kekuatan material semata-mata tidak akan dapat menandingi kekuatan ruhiyyah yang lahir dari aqidah Islam dan kekuatan ini hanya dimiliki oleh umat Islam. Lihatlah sejarah perang Soviet-Afghanistan yang lalu. Perang yang berlaku selama 10 tahun ini (1979-1989) sering disamakan dengan perang Amerika-Vietnam.

Perang ini memiliki dampak yang sangat besar dan merupakan salah satu faktor runtuhnya Kesatuan Soviet pada tahun 1991. Perang ini telah mengorbankan tidak kurang 15,000 tenteranya. Akhirnya mereka dimalukan oleh para mujahidin yang berjuang dengan dorongan semangat jihad mengalahkan musuh-musuh Allah SWT. Kini nampaknya Amerika sedang meniti laluan yang sama dan akan menerima nasib yang serupa seperti bekas negara komunis tersebut insyaAllah. Lihat sahaja ketidakyakinan pegawai-pegawai tentera mereka sendiri dengan operasi ketenteraan yang dilakukan oleh Amerika di Afghanistan. Antaranya ialah kata-kata oleh Michael Mullen Ketua Staf Gabungan Angkatan Bersenjata AS.

"Kita tidak dapat memastikan jalan kita menuju kemenangan dan tidak ada angkatan bersenjata di mana pun –tidak kira berapa -- yang dapat memenangi perang ini secara bersendirian. Perang ini memerlukan kerja berkelompok dan kerjasama". Ketika memfokuskan diri untuk melakukan apa yang mereka sebut sebagai "perang melawan pengganas" di Afghanistan, pegawai pentadbiran Obama mengatakan tentangan di Afghanistan jauh lebih berat berbanding Irak. " Tidak seperti masalah lain yang kita hadapi", ujar Richard Holbrooke, Duta AS untuk Afghanistan dan Pakistan di Munich, "..menurut pandangan saya keadaan akan menjadi lebih buruk dibanding Irak."


Penilaian yang sama dikeluarkan oleh pemimpin tentara AS Jenderal David Petraeus, yang memimpin tentara AS di Afghanistan dan Irak. "Tidak ada yang mudah di Afghanistan", kata beliau dalam persidangan Keamanan Antarabangsa. "Ini akan menjadi peperangan yang sangat sulit dan panjang". Apakah AS sedang menggali kuburnya sendiri?

Musuh dan Pengkhianat Umat Islam Bertemu Untuk Apa?

by AURA JIHAD

LONDON, 3 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah semalam mengadakan pertemuan di luar jadual Sidang Kemuncak G20 di London. Mereka membincangkan kerjasama dalam menangani krisis ekonomi dan menentang keganasan. Ia merupakan pertemuan empat mata pertama antara kedua-dua pemimpin sejak Obama menjadi Presiden AS. White House dalam satu kenyataan berkata, Obama mengulangi sokongan beliau kepada inisiatif Arab Saudi ke arah usaha damai Arab-Israel, yang tertunggak sejak 2002. Kenyataan itu, bagaimanapun tidak mengandungi sebarang maklumat, sama ada Obama dan Raja Abdullah ada membincangkan tentang isu tenaga.

Sumber : Utusan Malaysia: 04/04/09

Musuh dan Pengkhianat Umat Islam Bertemu Untuk Apa?

Sekali lagi umat Islam dapat melihat dan menyaksikan kedua-dua pemimpin yang memegang watak sebagai musuh dan pengkhianat umat Islam nombor satu bertemu untuk terus saling bantu membantu untuk terus mengkhianati Islam dan umat Islam. Alasan perbincangan mereka adalah untuk kononnya membincangkan kerjasama dalam menangani krisis ekonomi dan menentang keganasan. Bagi AS apakah sistem ekonomi yang ingin mereka paksakan untuk umat Islam kalau tidak sistem ekonomi kufur Kapitalisme? Selanjutnya bagi AS siapakah pengganas yang paling mereka ingin perangi kalau tidak orang-orang Islam itu sendiri?

Firman Allah SWT: “Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka”. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. [TMQ at Taubah(9):67].

Apakah yang ingin diharapkan oleh Raja Abdullah dari si Obama musuh nombor wahid umat Islam ini? Apakah beliau ingin mencari kemuliaan dari orang-orang kafir seperti Obama? Amat hinalah kedudukan ini bagi seseorang yang mengaku sebagai seorang Muslim. Kemuliaan itu hanyalah milik Allah SWT, rasulNya dan orang-orang yang beriman kepada Allah SWT!!

Firman Allah SWT :”Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi rasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”. [TMQ Al Munaafiquun(63):8].

Tidak cukupkah peringatan Allah SWT untuk Raja Abdullah sedar akan pengkhianatan yang dilakukannya selama ini? Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya”. [TMQ A-li ‘Imran(3):118].

Dan ingatlah, wahai Raja Abdullah ancaman Allah SWT ini: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul”. [TMQ Al-Mumtahanah(60):1]