Dua hari lagi, yakni pada tanggal 28 Rejab 1428H, maka genaplah 86 tahun (kalender hijrah) kehilangan Daulah Khilafah dari atas muka bumi ini selepas kira-kira 1342 tahun menaungi dunia. Ketiadaan Khilafah yang sepatutnya amat dikesali oleh umat Islam sedunia mungkin langsung tidak disedari oleh sebilangan dari kaum Muslimin, apatah lagi untuk diratapi peristiwa hitam yang telah terpalit dalam lembaran sejarah Islam. Dari sebuah institusi yang menjadi manifestasi keagungan sistem kehidupan Islam yang kaffah, Daulah Khilafah telah dihancurkan oleh musuh-musuh Islam dan mereka setelah itu berusaha bersungguh-sungguh agar institusi ini dilupakan dari pemikiran arus politik umat Islam serta mereka ‘mengajar’ kaum Muslimin secara halus bahawa Khilafah hanyalah sekadar sebuah catatan sejarah tinggalan silam. Runtuhnya Khilafah sesungguhnya merupakan keruntuhan sebuah Negara yang berideologi Islam yang selama ini dipertahankan mati-matian oleh para Khalifah dari pihak musuh-musuh Islam. Hakikat ini adalah sebagaimana runtuhnya USSR satu ketika dulu, yang menandakan runtuhnya sebuah negara yang berideologi Komunis.
Mengingati 28 Rejab bukanlah bermaksud merayakan ulang tahun kejatuhan Khilafah, tetapi ia sebagai peringatan kepada umat Islam bahawa pada tanggal tersebut, satu institusi pembawa rahmat dan pencetus peradaban dunia telah hilang. Ia juga bertujuan untuk mengingatkan keseluruhan kaum Muslimin akan kewajipan mereka untuk mendirikan semula Daulah Islam yang selama lebih 1300 tahun berjaya meletakkan mereka sebagai umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Kita mengingati tarikh ini kerana tidak mahu memperpanjangkan lagi kesedihan dan penderitaan yang dialami oleh umat Muhammad dan kita ingin menyedar dan membangkitkan kaum Muslimin dari lena mereka. Kita juga ingin menunjukkan kepada kaum kuffar musuh-musuh Islam bahawa umat Islam adalah umat yang satu dan umat ini akan bangkit dan bersatu kembali untuk mengalahkan mereka, sebagaimana umat ini telah berjaya mengalahkan mereka di ketika wujudnya Daulah Khilafah dahulu. Sesungguhnya sejarah pasti akan berulang dan kita pasti akan mengalahkan mereka sekali lagi dengan terwujudnya Daulah Khilafah yang kedua kalinya! Insya Allah. Mengingati 28 Rejab bukanlah bermaksud merayakan ulang tahun kejatuhan Khilafah, tetapi ia sebagai peringatan kepada umat Islam bahawa pada tanggal tersebut, satu institusi pembawa rahmat dan pencetus peradaban dunia telah hilang. Ia juga bertujuan untuk mengingatkan keseluruhan kaum Muslimin akan kewajipan mereka untuk mendirikan semula Daulah Islam yang selama lebih 1300 tahun berjaya meletakkan mereka sebagai umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Kita mengingati tarikh ini kerana tidak mahu memperpanjangkan lagi kesedihan dan penderitaan yang dialami oleh umat Muhammad dan kita ingin menyedar dan membangkitkan kaum Muslimin dari lena mereka. Kita juga ingin menunjukkan kepada kaum kuffar musuh-musuh Islam bahawa umat Islam adalah umat yang satu dan umat ini akan bangkit dan bersatu kembali untuk mengalahkan mereka, sebagaimana umat ini telah berjaya mengalahkan mereka di ketika wujudnya Daulah Khilafah dahulu. Sesungguhnya sejarah pasti akan berulang dan kita pasti akan mengalahkan mereka sekali lagi dengan terwujudnya Daulah Khilafah yang kedua kalinya! Insya Allah.
Ranjau Di Awal Perjalanan Menuju Daulah
Ash-hadu an la ilaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammadu Rasulullah! Dengan kalimah tauhid inilah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mula menyeru manusia kepada Allah, mengajak isterinya Khadijah kepada Islam, lalu Khadijah pun beriman. Baginda kemudiannya mengajak Ali bin Abi Thalib dan Zaid, lalu Ali dan Zaid pun beriman, kemudian mengajak sahabat karibnya Abu Bakar, lalu Abu Bakar pun beriman. Begitulah setiap kali berjumpa orang, maka Rasulullah akan menawarkan Islam kepada mereka di mana akhirnya baginda berjaya mewujudkan satu kutlah (kelompok) manusia yang berdiri semata-mata di atas asas Islam. Pada awalnya kewujudan kelompok ini masih dirahsiakan. Baginda kemudiannya menetapkan sebuah rumah untuk dijadikan pusat bertemu dan mengajar kaum Muslimin iaitu rumah Arqam bin Abi al-Arqam, yang dijadikan markaz oleh Rasulullah untuk membaca dan menjelaskan Al-Quran kepada mereka yang telah memeluk Islam. Baginda memusatkan aktiviti dakwah di sini selama tiga tahun dan membina tsaqafah sahabat, solat berjemaah dan tahajjud bersama mereka. Di tengah-tengah mereka dibangkitkan aktiviti untuk berfikir tentang ayat-ayat Allah dan merenungkan makhluk-makhlukNya. Baginda membina para sahabat dengan memantapkan akidah dan syakhsiyah mereka dengan Islam, seterusnya mempersiapkan mereka untuk berdakwah kepada agama Allah dan sabar menghadapi segala ujian dan penderitaan yang bakal menimpa, ikhlas dan redha dengan apa jua yang Allah tetapkan.
Selang 3 hari selepas Islamnya Hamzah, maka agama Allah ini telah diperkuatkan lagi dengan Islamnya Umar bin Al-Khattab. Pada ketika ini, kutlah atau kelompok yang telah bersama Nabi berjumlah 40 orang. Setelah itu, turunlah firman Allah, “Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan dan berpalinglah kamu dari orang-orang musyrik” [TMQ Al-Hijr (15):94].
Setelah turun ayat ini, Rasulullah kemudian segera mematuhi perintah Allah dengan menampakkan kewujudan kutlah ini secara terang-terangan. Cara yang digunakan oleh Rasulullah untuk menzahirkan kewujudan kelompok ini adalah dengan keluar bersama-sama mereka dalam dua barisan. Satu barisan dipimpin oleh Hamzah dan satu barisan lagi dipimpin oleh Umar. Mereka bersama-sama menuju ke Kaabah dengan barisan yang rapi, satu cara dan bentuk penyatuan yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh bangsa Arab. Bermula dari sini, Rasulullah telah memasuki tahapan kedua di dalam dakwah yakni Marhalah Tafa’ul wal kiffah (tahap interaksi dan perjuangan).
Sejak saat ini, terjadilah pertentangan pemikiran yang sangat dahsyat di antara pemikiran Islam dan pemikiran kufur. Ternyata, kebenaran pemikiran Islam yang berasal dari wahyu berjaya mengalahkan pemikiran kufur Jahiliyyah. Hal ini telah menimbulkan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Jahiliyyah khususnya para pemimpin dan pembesar mereka. Di sinilah bermulanya satu episod yang menyayat hati di dalam perjuangan Rasulullah dan sahabat di dalam mengembangkan agama Allah di mana mereka telah diperangi habis-habisan oleh pembesar Jahiliyyah yang ingin mempertahankan status quo mereka. Kafir Quraish, yang menjadi pemimpin Mekah waktu itu menggunakan pelbagai cara untuk menyekat dan menghapuskan dakwah Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Cara pertama yang mereka gunakan ialah penganiayaan atau penyiksaan. Bilal al-Habsyi ditindih dengan batu besar dan dijemur di tengah padang pasir di bawah terik mentari dan dipaksa untuk meninggalkan Islam. Keluarga Yasir telah disiksa dengan amat pedih dan Sumaiyah dibunuh dengan kejam, hanya semata-mata kerana mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. Beberapa orang sahabat lain juga turut disiksa oleh kafir Quraish. Penyiksaan yang berterusan ke atas kaum Muslimin, menyebabkan Rasulullah memerintahkan sebahagian dari sahabat agar berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan di sana. Lalu berangkatlah sekelompok dari kaum Muslimin dengan dipimpin oleh Jaafar bin Abi Thalib. Hal ini membangkitkan kemarahan pemimpin Quraish di mana mereka kemudian mengutus Amru bin Aas dan Abdullah bin Rabi’ah untuk berjumpa Raja Najasyi dan membawa kaum Muslimin balik ke Mekah. Ternyata, kebenaran Islam yang disampaikan oleh Jaafar bin Abi Thalib telah diterima oleh Raja Najasyi dan membuatkan Raja Najasyi menghalau kedua-dua utusan Quraish tersebut.
Kafir Quraish menyedari bahawa perlawanan terhadap dakwah Rasulullah dengan cara penyiksaan ini tidak membawa hasil, malah membuatkan Muhammad dan sahabat-sahabatnya semakin teguh dengan Islam. Oleh itu, mereka menoleh kepada cara lain iaitu senjata propaganda. Mereka melakukan propaganda ini samada di dalam mahupun diluar Mekah, terutamanya di musim haji. Para pemimpin Quraish bermesyuarat dan bersepakat untuk melancarkan propaganda untuk menuduh Muhammad samada sebagai orang gila, dukun atau seorang ahli sihir walaupun mereka tahu bahawa Muhammad tidaklah sedemikian. Setelah buntu di dalam mesyuarat, mereka akhirnya menetapkan juga agar dihebahkan kepada umum bahawa Muhammad adalah seorang ahli sihir yang mana bila dia bercakap, dia akan menyihir orang dan sihirnya ini dapat memisahkan seseorang itu dari keluarga mereka. Tujuan mereka tidak lain kecuali untuk menakutkan orang ramai dengan dakwah Islam yang diserukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Bagaimanapun, cara ini juga tetap menemui kegagalan. Kekuatan dan kebenaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah dapat melawan segala bentuk propaganda busuk yang kafir Quraish lontarkan ini. Cahaya Islam yang baru terbit ini adalah terlalu terang sehingga dapat menembusi apa jua yang merintanginya. Kafir Quraish justeru beralih kepada senjata ketiga iaitu pemboikotan. Mereka sepakat untuk memboikot Rasulullah dan kerabat baginda. Mereka membuat perjanjian bertulis yang memboikot Bani Hashim dan Bani Abdul Muthalib. Mereka mengharapkan dengan pemboikotan ini maka kaum Muslimin akan meninggalkan Muhammad dan Muhammad akan terkucil sendirian. Dengan ini, mereka yakin Muhammad akan meninggalkan dakwahnya. Proses pemboikotan ini berlangsung lebih dari dua tahun dan pengaruhnya amat dirasakan oleh kaum Muslimin.
Selama pemboikotan, Rasulullah dan kerabat baginda terpaksa berlindung di bukit-bukit. Kelaparan, penderitaan, penyakit dan segala kekurangan serta kesusahan membelenggu mereka. Hampir-hampir mereka tidak menemui jalan untuk mengakhiri pemboikotan ini. Bagaimanapun, kes pemboikotan ini telah membangkitkan simpati bangsa-bangsa Arab terhadap Rasulullah, sehingga ada di kalangan mereka yang mengirimkan makanan dan minuman secara sembunyi-sembunyi. Demikianlah kaum Muslimin hidup di dalam penderitaan selama lebih kurang tiga tahun sehinggalah dengan kuasa Allah, lima orang pemuda Quraish mula mempertikaikan pemboikotan ini dan seterusnya mereka berhadapan dengan pemimpin Quraish dengan beraninya dan menuntut untuk ditamatkan pemboikotan tersebut. Ternyata, tindakan mereka telah mendapat sokongan dan akhirnya pemboikotan berjaya ditamatkan. Bagaimanapun, kejahatan kafir Quraish terhadap Rasulullah dan para sahabat tidak berhenti di situ, malah kejahatan mereka semakin bertambah, terutamanya setelah kematian Khadijah dan Abu Thalib, bapa saudaranya yang sentiasa melindungi baginda selama ini.
Bagaimanapun, Rasulullah tetap teguh di dalam dakwah baginda dan meneruskan dakwah dengan melakukan satu aktiviti yang dikenali sebagai Thalabun Nusrah iaitu mencari pertolongan untuk mendapatkan kekuasaan. Rasulullah mula mendatangi kabilah-kabilah yang kuat dan mengajak mereka memeluk Islam dan menolong baginda dengan mencurahkan kekuatan dan memberikan kekuasaan yang ada pada mereka kepada baginda. Rasulullah pergi ke Thaif tetapi ditolak dan diusir dengan begitu memedihkan. Namun, baginda tetap tidak putus asa dan meneruskan proses thalabun nusrah dengan kabilah-kabilah yang lain untuk mengajak mereka kepada Islam dan menolong baginda; antaranya adalah Bani Kindah, Kalb, Bani Hanifah, Amir Bin Sa’sa’ah dan banyak lagi.
Akhirnya, pertolongan Allah pun tiba. Kedatangan Bani Auz dan Khazraj ke kota Mekah menjadi benih kepada titik perubahan di dalam sejarah Islam. Auz dan Khazraj didatangi oleh Nabi dan mereka menyatakan kesanggupan untuk memberikan nusrah (pertolongan) kepada Rasulullah tanpa apa-apa syarat. Hasilnya, terjadilah Bai’ah Aqabah Pertama dan disusuli dengan Bai’ah Aqabah Kedua yang merupakan akad kepimpinan yang mereka berikan kepada Rasulullah untuk menjadikan baginda sebagai seorang ketua negara atau dengan kata lain pemerintah sebuah Negara Islam yang bakal berdiri di Madinah. Dengan nusrah yang diberi inilah, maka Allah telah memberi gelaran yang mulia, Al-Ansar, kepada mereka (Auz dan Khazraj).
Setelah berlangsungnya proses Bai’ah Aqabah yang kedua, maka bermulalah titik perubahan kepada perjuangan Nabi yang sekaligus merupakan titik perubahan kepada sejarah Islam dan titik perubahan kepada kepimpinan dunia serta titik perubahan kepada tamadun manusia - Hijrah. Rasulullah memerintahkan para sahabat untuk terlebih dahulu berhijrah ke Madinah sementara baginda dan Abu Bakar masih lagi berada di Mekah, sehinggalah turunnya wahyu mengarahkan baginda agar berhijrah. Proses hijrah kaum Muslimin ini telah disedari oleh kafir Quraish dan mereka mula mempertimbangkan bahaya yang bakal menimpa mereka jika Muhammad turut berhijrah. Mereka sedar bahawa telah wujud satu sokongan yang kuat untuk Islam di Madinah dan jika Muhammad berjaya sampai di sana, maka Muhammad akan mendapat satu kekuatan baru, yakni kekuatan di dalam bentuk sebuah Negara. Sebab itu, sejurus sebelum hijrah, kafir Quraish cuba membunuh Nabi, tetapi gagal. Quraish tetap tidak berdiam diri dan cuba mengekori Rasul untuk membunuh baginda, namun Allah tetap melindungi kekasihNya ini. Selepas lebih kurang dua minggu perjalanan yang penuh dengan kesulitan, maka sampailah kedua sahabat karib ini ke tempat yang telah dijanjikan Allah. Jejak Rasulullah di bumi Madinah adalah jejak seorang Ketua Negara yang bakal merubah dunia dengan cahaya Islam. Inilah hakikat dari hijrah Rasul, iaitu berhijrah dari darul Kufur menuju Darul Islam, dari kedudukan Rasulullah hanya sebagai seorang ketua sebuah kutlah Islam kepada kedudukan baginda sebagai seorang Ketua Negara. Dengan ini, rasmilah wujudnya sebuah Negara Islam yang pertama di dunia yang dipimpin oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Khalifah Penyambung Legasi Daulah Islam
Melalui hadisnya, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengingatkan kaum Muslimin bahawa baginda adalah Nabi yang terakhir dan setelah baginda, urusan pemerintahan kaum Muslimin akan diambil alih oleh para Khalifah. Keberadaan institusi Khilafah sebagai kesinambungan kepada Daulah Islam yang telah diasaskan oleh Rasulullah bermula dengan terlantiknya Abu Bakar sebagai Khalifah pertama kaum Muslimin. Kemudian disusuli pula oleh Khalifah Umar bin Al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib yang kesemua mereka merupakan Khulafa’ Rasyidin. Kemudian, kesinambungan Daulah Khilafah diteruskan lagi oleh Khulafa’ Umawiyyah di mana di bawahnya, wilayah Islam menjadi semakin luas. Seterusnya umat Islam mencapai kegemilangan di zaman pemerintahan Khilafah Abbasiyyah. Daulah Islam juga semakin meluas dan melebar. Usaha pengembangan dakwah ke wilayah-wilayah bersempadanan dengan Daulah telah diteruskan lagi di zaman Khilafah Uthmaniyyah sehingga Daulah Islam terus berkembang dan mencapai tahap yang tidak pernah dapat dicapai oleh mana-mana kuasa yang pernah wujud di dunia. Islam telah tersebar dan diterima kawasan-kawasan Balkan, Afrika, India, Eropah dan juga tidak terkecuali, di bahagian Nusantara. Sistem pemerintahan yang sama, undang-undang yang sama, bahasa yang sama (bahasa Arab) telah digunakan di kesemua wilayah yang berada di bawah pemerintahan Daulah Islam tanpa mengira kawasan geografi, adat-istiadat, bangsa mahupun warna kulit. Umat Islam di seluruh dunia benar-benar bersatu dan disatukan dibawah satu bumbung pemerintahan. Darah, harta dan kehormatan mereka terjaga rapi. Khalifah benar-benar menjadi perisai yang melindungi umat Islam.
Kepesatan perkembangan tamadun Islam dirasakan di seluruh penjuru dunia. Daulah Islam menjadi lampu yang menerangi dunia yang hidup di dalam kegelapan. Daulah menjadi pusat penyelidikan dan ilmu dunia apabila manusia dari seluruh pelusuk dunia berpusu-pusu datang ke Daulah Islam untuk menimba ilmu. Tamadun Rom, Yunani, Parsi, Mesir dan sebagainya telah ditenggelamkan oleh Islam sehingga meletakkan Islam sebagai sebuah peradaban dunia yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negara sekalipun. Bermula dengan tegaknya Daulah Islam di Madinah, kemudian diteruskan oleh Khilafah Bani Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah, Negara Islam menjadi sebuah super power yang digeruni oleh lawan dan dihormati oleh kawan. Kekuatan Daulah Islam tidak dapat dibayangkan. Kaum Muslimin benar-benar hidup di dalam rahmat dan kemuliaan. Semua ini dinikmati oleh umat Islam disepanjang pemerintahan Khilafah yang menerapkan hukum berdasarkan kitab Allah dan sunnah RasulNya.
Runtuhnya Sebuah Peradaban
Dendam musuh-musuh Islam terhadap kejayaan Islam tidak pernah pudar, terutamanya sejak kekalahan mereka di dalam Perang Salib. Mereka senantiasa mencari ruang untuk menjatuhkan Daulah Islam dan menjauhkan umat dari pemikiran Islam. Setelah kekalahan mereka, pasukan Salib menyadari bahawa kekuatan Islam terletak pada kekuatan akidah yang dianut oleh umat Islam dan selama mana kaum Muslimin berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah, maka Khilafah tidak akan dapat dihancurkan. Inilah sebabnya di akhir abad ke 16, mereka mendirikan pusat misionari pertama di Malta dan menjadikannya sebagai markaz untuk melancarkan serangan misionari terhadap Dunia Islam. Inilah awal masuknya kebudayaan Barat ke Dunia Islam yang dilakukan para misionaris. Barat seterusnya meniupkan api nasionalisme dan patriotisme ke dalam tubuh umat sehingga pada tahun 1916, British berjaya memperalatkan agennya Sharif Hussein dari Mekah untuk melancarkan Pemberontakan Arab terhadap Khilafah Uthmaniyyah. Pemberontakan ini berjaya dalam memisahkan tanah Arab dari Khilafah lalu menempatkan tanah itu di bawah mandat British dan Perancis.
Pemecahan wilayah Khilafah sebenarnya telah dirancang oleh golongan kuffar lebih awal melalui sebuah perjanjian rahsia antara British dan Perancis iaitu Perjanjian Sykes-Picot. Di bawah perjanjian itu, kaum kuffar telah membahagi-bahagikan tanah umat Islam dengan sewenang-wenangnya di mana Jordan, sebahagian Iraq dan wilayah kecil sekitar Haifa dibahagikan kepada British sementara Perancis diberikan kawalan ke atas Turki wilayah Selatan-Timur, utara Iraq, Syria dan Lebanon. Hingga kini, peta Timur Tengah yang ada pada kita masih berdasarkan garis sempadan yang dibuat pada perjanjian Sykes-Picot ini. Walaupun British dan Perancis sudah keluar dari bumi Timur Tengah, namun mereka telah memastikan agen-agen mereka dari pemimpin kaum Muslimin tetap menjaga batas sempadan palsu ini. Tahun-tahun berikutnya yang menghampiri kehancuran Khilafah, British memainkan peranan utama dengan cara memastikan agennya Mustafa Kamal la’natullah menyempurnakan hasrat mereka. Dengan bantuan British, Mustafa Kamal berjaya menjadikan dirinya berkuasa di Turki, lalu dia mengobarkan perjuangan nasionalisme untuk ‘memerdekakan’ Turki dari Khilafah. Pada ahun 1922, Persidangan Lausanne diadakan oleh Menteri Luar British, Lord Curzon untuk membincangkan ‘kemerdekaan’ Turki. Turki ketika itu telah berada di bawah pendudukan pasukan sekutu dengan institusi Khilafah hanya tinggal nama sahaja. Selama persidangan, Lord Curzon menetapkan empat syarat sebelum mengakui kemerdekaan Turki iaitu (1) Penghapusan Khilafah secara total (2) Pengusiran Khalifah ke luar perbatasan (3) Perampasan asset-aset Khilafah (4) Pengisytiharan bahawa Turki menjadi sebuah Negara Sekular.
Pada hari Isnin tanggal 28 Rejab 1342H (3 Mac 1924), dunia telah dikejutkan dengan berita bahawa Mustafa Kamal secara rasminya telah menghapuskan Khilafah dan menggantikannya dengan sebuah republik Turki Sekular. Pada malam itu Sultan Abdul Majid II, Khalifah terakhir kaum Muslimin, dipaksa untuk mengemas barangnya dan beliau dikepung untuk masuk ke dalam kendaraannya serta dihalau keluar dari Turki pada pagi hari tersebut. Dengan cara ini, maka berakhirlah sebuah Daulah Islam yang telah memayungi dunia selama 1342 tahun. Sebuah Daulah yang kewujudannya dahulu telah dirintis oleh Rasulullah dan para sahabat dengan jiwa dan raga, dengan darah dan airmata. Pada tarikh inilah, lenyapnya sebuah Negara Islam yang asasnya dibangunkan oleh Rasulullah berdasarkan wahyu, runtuhnya sebuah peradaban dunia yang selama ini menyebarkan cahaya Allah di dunia dan membawa rahmat ke seluruh alam. Tanggal 28 Rejab inilah, kaum Muslimin telah kehilangan ibu yang selama ini menjaga mereka, perisai yang selama ini melindungi mereka. Bermula dari sini, maka kita menyaksikan darah dan airmata kaum Muslimin belum pernah kering membasahi bumi dek penderitaan dan kesengsaraan yang mereka alami.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Daulah Khilafah telahpun lenyap. Kita tidak mahu selamanya meratapi kehilangan ini dan kita samasekali tidak dituntut untuk hanya berdiam diri dan membiarkan pemergian ini. Sebaliknya kita mahu melakar kembali sejarah dunia dengan mengembalikan semula institusi politik agung umat Islam ini. Ingatlah bahawa adalah menjadi kewajiban setiap dari kita untuk mengikuti jejak langkah Rasulullah dan para sahabat yang telah menyerahkan hidup mereka berdakwah di jalan Allah dan berkorban jiwa dan raga mereka di dalam menubuhkan sebuah Daulah Islam. Inilah tanggungjawab yang Allah telah letakkan di atas bahu setiap Muslim, yakni kewajiban untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah. Perjuangan menegakkan kembali Daulah Islam ini pastinya menuntut keikhlasan hati dan pengorbanan yang tinggi oleh setiap pengembang dakwah. Kita pastinya akan melalui segala ranjau dan liku yang dahulunya dilalui oleh para pendahulu kita. Perjuangan ini sudah barang pasti memerlukan pengorbanan masa, harta dan jiwa setiap Muslim.
Namun, beban berat perjuangan penegakkan kembali Daulah Khilafah ini tentunya akan menjadi ringan dan akan terasa semakin ringan jika dilakukan secara bersama-sama. Justeru, Hizbut Tahrir menyeru kalian wahai kaum Muslimin! Bersegeralah kepada perjuangan menegakkan semula Daulah Islam yang akan mengembalikan kemuliaan kalian. Bersegeralah kepada kebaikan ini. Marilah kita tunjukkan kepada musuh-musuh Islam bahawa kita adalah umat yang satu dan kita akan bersatu di bawah satu perjuangan. Biar apapun yang akan melanda, ingatlah, bahawa kejayaan kita dalam menegakkan kembali Khilafah bukan satu angan-angan kosong tetapi satu janji yang telahpun dikhabarkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.. “...kemudian akan kembali semula zaman Khilafah di atas manhaj kenabian” [HR Ahmad]
MENYONGSONG DAULAH KHILAFAH
KEGANASAN PEMIMPIN TERHADAP RAKYAT
Sejak ‘Perang Melawan Pengganas’ dilancarkan oleh rejim Amerika, mereka telah berjaya membunuh ratusan ribu umat Islam di seluruh dunia. AS sebenarnya tidak akan meraih kejayaan ini kecuali kerana adanya pengkhianatan oleh pemimpin umat Islam sendiri. AS tidak akan dapat menyerang Afghanistan jika tidak dibantu oleh negara-negara umat Islam yang ada di sekitar Afghanistan. AS juga tidak akan berjaya memasuki ruang udara atau tanah Iraq kecuali kerana mereka dibenarkan membina pengkalan-pengkalan tentera di Arab Saudi, Mesir, Kuwait dan lain-lain. Pendek kata segala kejayaan rejim AS dalam membunuh umat Islam adalah kerana adanya sokongan dan kerjasama erat yang diberikan oleh para pengkhianat ini. Yang lebih menyedihkan, walaupun AS telah ‘berhenti sejenak’ dari membunuh umat Islam, namun pemimpin-pemimpin ini nampaknya tidak pernah berhenti ‘mengganas’ dengan membunuh rakyat mereka sendiri khususnya dari kalangan umat Islam, untuk kepentingan AS.
Istilah ‘pengganas’ telah dipropagandakan oleh AS agar menjadi sinonim dengan kaum Muslimin, khususnya terhadap mereka yang berjuang untuk menegakkan syariat Islam di muka bumi. AS seterusnya berjaya ‘memprogramkan’ pemikiran pemimpin dunia Islam bahawa golongan ini adalah merbahaya dan ‘wajib’ diperangi. Justeru, siapa sahaja yang didapati berusaha untuk mengembalikan Islam atau Daulah Islam, maka mereka akan dipantau, ditangkap, dipenjara bahkan dibunuh. Walaupun golongan ini jelas tidak mempunyai senjata dan hanya berdakwah dengan pemikiran, namun, bagi pemerintah yang telah ‘terprogram’ ini, asalkan para pendakwah ini adalah golongan yang tidak sepemikiran dengan mereka, maka golongan ini mesti diperangi. Istilah ‘pengganas’ telah dipropagandakan oleh AS agar menjadi sinonim dengan kaum Muslimin, khususnya terhadap mereka yang berjuang untuk menegakkan syariat Islam di muka bumi. AS seterusnya berjaya ‘memprogramkan’ pemikiran pemimpin dunia Islam bahawa golongan ini adalah merbahaya dan ‘wajib’ diperangi. Justeru, siapa sahaja yang didapati berusaha untuk mengembalikan Islam atau Daulah Islam, maka mereka akan dipantau, ditangkap, dipenjara bahkan dibunuh. Walaupun golongan ini jelas tidak mempunyai senjata dan hanya berdakwah dengan pemikiran, namun, bagi pemerintah yang telah ‘terprogram’ ini, asalkan para pendakwah ini adalah golongan yang tidak sepemikiran dengan mereka, maka golongan ini mesti diperangi. Istilah ‘pengganas’ telah dipropagandakan oleh AS agar menjadi sinonim dengan kaum Muslimin, khususnya terhadap mereka yang berjuang untuk menegakkan syariat Islam di muka bumi. AS seterusnya berjaya ‘memprogramkan’ pemikiran pemimpin dunia Islam bahawa golongan ini adalah merbahaya dan ‘wajib’ diperangi. Justeru, siapa sahaja yang didapati berusaha untuk mengembalikan Islam atau Daulah Islam, maka mereka akan dipantau, ditangkap, dipenjara bahkan dibunuh. Walaupun golongan ini jelas tidak mempunyai senjata dan hanya berdakwah dengan pemikiran, namun, bagi pemerintah yang telah ‘terprogram’ ini, asalkan para pendakwah ini adalah golongan yang tidak sepemikiran dengan mereka, maka golongan ini mesti diperangi. Istilah ‘pengganas’ telah dipropagandakan oleh AS agar menjadi sinonim dengan kaum Muslimin, khususnya terhadap mereka yang berjuang untuk menegakkan syariat Islam di muka bumi. AS seterusnya berjaya ‘memprogramkan’ pemikiran pemimpin dunia Islam bahawa golongan ini adalah merbahaya dan ‘wajib’ diperangi. Justeru, siapa sahaja yang didapati berusaha untuk mengembalikan Islam atau Daulah Islam, maka mereka akan dipantau, ditangkap, dipenjara bahkan dibunuh. Walaupun golongan ini jelas tidak mempunyai senjata dan hanya berdakwah dengan pemikiran, namun, bagi pemerintah yang telah ‘terprogram’ ini, asalkan para pendakwah ini adalah golongan yang tidak sepemikiran dengan mereka, maka golongan ini mesti diperangi.
Umat Islam rata-rata telah menyedari bahawa pengganas sebenar di dunia ini adalah AS dan sekutu mereka. Cuma satu hal yang jarang terlintas pada pemikiran umat Islam adalah bahawasanya sebahagian dari pemimpin mereka juga adalah‘pengganas’ sebagaimana AS. Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Mahmoud Abbas(Palestin), Muammar Gaddafi (Libya), Hosni Mubarak (Mesir), Islam Karimov(Uzbekistan), Perves Musharraf (Pakistan) dan banyak lagi pemimpin kaum Muslimin lainnya. Ini belum masuk lagi pemimpin yang telah dicabut nyawanya oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Mereka ini adalah para pemimpin yang terkenal suka membunuh rakyat sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka, khususnya dari gerakan-gerakan Islam yang ingin menegakkan semula Islam. Para pemimpin ini menggunakan pasukan keselamatan yang ada pada mereka bukan untuk meninggikan agama Allah, tetapi untuk menangkap, memenjara, menyiksa dan membunuh rakyat mereka sendiri yang dianggap musuh atau mengancam pemerintahan mereka. Mereka ini dikatakan salah dan merbahaya hanya kerana mereka berjuang untuk menegakkan agama Allah, walaupun si pemimpin tadi sedar bahawa perjuangan mereka tidak melibatkan sebutir peluru pun. Kebanyakan mereka dibunuh dengan kejam oleh sang pemimpin tanpa sedikit pun rasa belas kasihan. Inilah keganasan pemimpin terhadap rakyatnya sendiri. Anehnya, para pemimpin ini menuduh bahawa rakyat mereka adalah pengganas!
Peristiwa yang berlaku di Masjid Lal (Masjid Merah) di Pakistan merupakan antara siri keganasan terbaru yang dilakukan oleh salah seorang pemimpin umat Islam (Musharraf) ke atas rakyatnya sendiri (yang kesemuanya terdiri dari kaum Muslimin). Isu ini bermula apabila Musharraf memusnahkan enam buah masjid yang didakwanya dibina secara tidak sah di atas tanah kerajaan. Ini menyebabkan pelajar perempuan dari Jami’ah Hafsa terpaksa menginap di perpustakaan sejak awal tahun lalu. Bagi peneliti, tidaklah begitu sukar untuk memahami kenapa hal ini terjadi. Musharraf sebenarnya memerlukan satu ‘tarikan politik’ kerana pihak pembangkang secara berterusan telah membina momentum bagi menghalang beliau dilantik semula sebagai Presiden melalui National and Provincial Assemblies yang dijangka berlangsung akhir tahun ini. Musharraf dilihat terdesak untuk mempertahankan jawatan Presiden dan Ketua Staf Tentera, yang merupakan sumber kuasanya sekarang. Daripada menghadapi risiko dengan bergantung nasib kepada assemblies (perhimpunan) baru, Musharraf sedang berusaha untuk mendapatkan ‘rubber stamp’ untuk memerintah lima tahun lagi, dengan menggunakan assemblies yang ada sekarang. AS menyedari bahawa agen peliharaannya ini tidak akan kekal lama di kerusi pemerintahan. Oleh itu, AS mula memberi tekanan bagi memastikan Musharraf terus setia dan dapat menurut segala arahan.
Bagi mendapat ‘tarikan’ untuk mengekalkan kuasanya, sekaligus untuk membuktikan kesetiaan kepada tuannya (AS), Musharraf telah melakukan serangan dan pembantaian di luar batas kemanusiaan ke atas pelajar yang ada di Masjid Lal. Seperti biasa, serangan dilakukan dengan menuduh bahawa pelajar yang berlindung di Masjid Lal sebagai pelampau agama (ekstremis) dan pengganas. Anehnya, bagaimanakah rejim Musharraf boleh tidak menyedari kewujudan hal ini dari awal sedangkan Istana Presiden terletak berdekatan dengan masjid ini? Bagaimanakah pelajar di masjid ini mampu membina sebuah ‘gudang senjata’ (sebagaimana didakwa) tanpa dapat dikesan selama ini? Musharraf kononnya cuba untuk menjustifikasi operasinya dengan mengatakan bahawa dia mahukan penyelesaian damai dan ingin mengelak kemusnahan besar-besaran, khususnya kerana ia melibatkan ramai wanita dan kanak-kanak. Bagaimanapun, niat sebenar Musharraf terdedah apabila dia berkata kepada wartawan, “Can you guarantee that blood of any dead or injured will not be screened on television channels during the operation?” (Bolehkah kamu memberi jaminan bahawa darah orang-orang yang terbunuh atau tercedera tidak akan tersiar di kaca televisyen semasa operasi dijalankan?).
Jika benar Musharraf mahukan penyelesaian damai dan ingin mengelak kemusnahan, apa yang sepatutnya dia lakukan ialah memotong semua bekalan elektrik, gas dan makanan ke dalam kawasan sekitar masjid. Tapi ini bukanlah ‘style’ Musharraf. Musharraf dari dahulu memang terkenal dengan menggunakan kuasa ketenteraan dan kekerasan (senjata) terhadap lawannya. Dahulu, beliau pernah menyatakan,
“Jika seseorang kebetulan berada dekat dengan sasaran, seseorang itu adalah bersubahat dan mereka akan menanggung rugi. Kadang-kadang terdapat wanita dan kanak-kanak yang terbunuh kerana mereka berada dekat disekeliling. Hal ini bukan kerana serangan yang dilancarkan tidak tepat, tetapi (kerana) mereka kebetulan berada di sana. Oleh itu, mereka ini semuanya adalah penyokong dan bersubahahat dengan pengganas, jadi mereka harus menanggung akibatnya. Ini adalah nasib malang.”
Dalam kes di Masjid Lal, rejim Musharraf berulang kali menegaskan bahawa terdapat ‘ratusan’ pejuang termasuk pengebom bunuh diri yang lengkap dengan segala senjata di dalamnya. Musharraf selanjutnya mendakwa terdapat pengganas luar yang sangat-sangat dikehendaki di kalangan mereka. Rejim membuat pengakuan bahawa kesemua 80 orang yang didakwa sebagai pejuang telah dibunuh. Namun begitu, masih tidak dapat dipastikan berapa ramaikah sebenarnya jumlah wanita dan kanak-kanak yang terkorban. Tambahan pula, tidak ada mayat yang dikeluarkan (ditunjukkan) setakat ini yang membuktikan bahawa terdapat pengganas luar sebagaimana didakwa. Sebaliknya, ada laporan yang menyebut bahawa terdapat lubang besar yang digali untuk menanam mayat dengan secepatnya. Pihak media bagaimanapun dilarang memasuki kawasan tersebut, walaupun setelah kejadian. Ini dengan sendirinya menimbulkan anggapan bahawa terdapat sesuatu yang ingin dirahsiakan khususnya siapa dan berapa jumlah yang terkorban. Walaupun ternyata terdapat wanita, kanak-kanak dan pelajar-pelajar di dalam kawasan masjid, yang pasti, operasi yang dilancarkan adalah operasi untuk ‘membunuh’, bukan operasi untuk ‘menyelamat’.
Ketidakselesaan Amerika terhadap situasi di Afghanistan telah diperparah lagi dengan satu ‘pakatan damai’ yang ditandatangani oleh Musharraf dengan pihak pemberontak di Waziristan lebih kurang dua tahun lepas. Pakatan ini tidak henti-henti diapi-apikan oleh politikus Barat sebagai tanda yang Musharraf telah ‘berlembut’ dengan pengganas. Musharraf yang menghadapi tekanan dari pasukan tenteranya mempunyai sebab tersendiri untuk menandatangani pakatan ini kerana pasukan ini telah mengalami penderitaan yang hebat pada waktu itu di mana lebih 700 orang telah terbunuh. Sebagaimana dijangkakan, pihak pemberontak di Waziristan kini (setelah kejadian di Masjid Merah) mengisytiharkan bahawa pakatan dulu tidak lagi wujud. Musharraf nampaknya telah memainkan orkestra Masjid Merah ini akibat tekanan dari Washington. Beberapa hari sebelum serangan ke atas Masjid Merah, New York Times menceritakan bahawa satu operasi besar-besaran oleh Amerika untuk mensasarkan kawasan pemberontak di Waziristan dibatalkan pada tahun 2005 kerana Musharraf tidak bersetuju dengannya disebabkan oleh perbalahan politik dalaman yang tidak dapat dielakkan. Mesej yang ingin disampaikan adalah jelas iaitu, ‘kelemahan’ Musharraf tidak lagi dapat diterima dan beliau mesti mengatasinya di masa hadapan untuk terus kekal berkuasa. Hampir pasti, Amerika telah mengetahui terlebih dahulu bahawa serangan akan dilakukan ke atas Masjid Merah oleh Musharraf sebagai satu ‘pembuktian’ bahawa dia (Musharraf) masih perlu mendapat dokongan AS bagi mengekalkan kekuasaannya.
Dengan ‘mencipta’ kejadian di Masjid Merah, maka Musharraf sekarang bolehlah menjustifikasi kemasukan Amerika dan NATO ke Pakistan atas alasan untuk memerangi ‘ekstremis Islam’. Hal ini (berada di Pakistan) amat penting bagi Amerika untuk kepentingan perangnya yang tak berkesudahan terhadap Afghanistan (Taliban). Sebab itulah Amerika tidak putus-putus memberikan segala bentuk bantuan kepada Musharraf dan rejimnya. Sejak September 2001, Amerika telah memberikan USD10 billion kepada Pakistan. Sebelum serangan ke atas Masjid Merah, Amerika telah menyerahkan dua jet pejuang F-16 kepada Pakistan yang diterbangkan oleh Jeneral Udara AS secara peribadi. Sebelum melancarkan keganasan di Masjid Merah, Musharraf mengisytiharkan bahawa, “Extremism and terrorism will be defeated in every corner of the country” (golongan pelampau dan pengganas akan diperangi di setiap penjuru negara ini).
Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya kejadian yang berlaku di Masjid Merah akan kekal menjadi sebuah lagi sejarah pilu umat Islam. Ia memahat bukti akan keganasan dan pengkhianatan seorang pemimpin yang zalim ke atas umat Islam. Kalian wahai saudaraku, boleh memilih samada untuk terus berdiam diri dan melihat sahaja apa yang menimpa saudara-saudara kalian atau kalian boleh memilih untuk berusaha mendirikan semula Khilafah, sebuah Daulah Islam yang akan menyelamatkan umat ini dari segala kesengsaraan. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Membalas akan mana-mana pilihan yang kalian ambil dan sesungguhnya kaki kalian tidak akan melangkah samada ke neraka atau ke syurga Allah, sehinggalah Allah menanyai dan menghisab atas pilihan yang telah kalian buat. Untuk perhatian dan tatapan kalian, kami paparkan di sini seruan dari Hizbut Tahrir Pakistan terhadap kaum Muslimin dan tentera mereka berkenaan apa yang berlaku di Masjid Merah [terjemahan dari naskhah berbahasa Inggeris] dan kami menasihatkan kepada sesiapa jua yang masih mempunyai keimanan agar segera bergerak kepada kewajiban untuk menegakkan semula Khilafah sebelum tiba masa jasad kalian tidak lagi dapat bergerak, walau kelipan mata sekalipun. Firman Allah,
“Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (di mukanya) begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)Nya...” [TMQ Ali-Imran (3):30].
Musharraf Menumpahkan Darah Kaum Muslimin Untuk Memberikan Jalan Kepada Amerika Menguasai Mereka
Pada 12hb Julai 2007, Presiden Jeneral Pervez Musharraf telah menyampaikan sebuah ucapan kepada kaum Muslimin Pakistan mengenai keganasan yang berlaku di Masjid Merah dan Jami’ah Hafsa. Ketika dia memberikan ucapan tersebut, ratusan bilangan mereka yang telah terbunuh, termasuk wanita dan kanak-kanak, anggota tentera dan para penghafal Al-Quran sedang dikira dan diuruskan. Malahan, beberapa hari selepas ucapan tersebut, ramai lagi yang terbunuh apabila Musharraf menempatkan ribuan anggota tentera tambahan di kawasan-kawasan kabilah, meningkatkan lagi ketegangan dan konfrontasi di sana.
Menariknya, ucapan Musharraf kali ini amat berhati-hati dan hanya mengambil masa 30 minit sahaja, jauh lebih singkat berbanding ucapan-ucapan beliau sebelum ini. Kegelisahan beliau bukan sahaja disebabkan oleh kesedihan dan kemarahan yang meluas di kalangan umat, tetapi Musharraf juga gelisah kerana ketika masih berucap, arahan beliau untuk ‘merahsiakan’ kekejamannya di Masjid Merah sedang berjalan dan persediaan untuk pertumpahan darah di kawasan-kawasan kabilah sedang diusahakan. Dan dalam ucapannya inilah, beliau menjustifikasi kehilangan ratusan nyawa ini dengan mengatakan,
“there was a great pressure on me from Pakistanis to take action and establish the writ of the government that was repeatedly being challenged.”(sudah terlalu banyak tekanan yang saya terima dari rakyat Pakistan untuk mengambil tindakan bagi memastikan undang-undang kerajaan yang terlalu kerap dicabar ini dapat di tegakkan).
Namun hakikatnya, tekanan yang beliau benar-benar ambil peduli adalah tekanan dari rejim Amerika yang melihat darah kaum Muslimin tanpa sebarang nilai. Lama sebelum kepungan ke atas Masjid Merah berlaku, para pegawai atasan dan ketenteraan Amerika telah mengadakan beberapa lawatan ke Pakistan. Rejim Amerika membawa tuntutan yang sama agar Musharraf menghancurkan ‘ekstremisme’ dan penentangan dari kabilah-kabilah Pakistan terhadap penjajahan Amerika ke atas Afghanistan. Hanya selepas Musharraf selesai menumpahkan darah di Masjid Lal dan selepas beliau mempersiapkan penumpahan darah seterusnya di kawasan-kawasan kabilah, barulah Amerika memuji Musharraf. Pada 12hb Julai 2007, Pembantu Setiausaha Negara AS untuk Urusan Asia Tengah dan Selatan, Richard Boucher telah mendeklarasi,
“This is the vision for Pakistan that President Musharraf has articulated and demonstrated by reiterating his resolve to stop Talibanization in the frontier areas as well as extremism within urban areas such as the Red Mosque compound. It is strongly in the US national interest that Pakistan succeeds in realizing this vision.” (Inilah visi untuk Pakistan seperti yang telah diperkata dan dipersembahkan oleh Presiden Musharraf dalam usahanya untuk menghentikan proses ‘Talibanisasi’ di kawasan sempadan serta ekstremisme di kawasan bandar seperti yang berlaku di Masjid Merah. Adalah merupakan satu kepentingan bagi AS sekiranya Pakistan berjaya merealisasi visi ini).
Apakah sebenarnya realiti ‘kepentingan AS’ ini sehingga Musharraf sanggup menumpahkan darah kaum Muslimin untuk merealisasikannya?
Mengenai ‘ekstremisme’, istilah ini merupakan ciptaan Barat yang digunakan untuk melabel sebarang penentangan terhadap norma-norma yang cuba dipaksakan ke atas umat Islam – seperti menjajah tanah kaum Muslimin dan menghalang penerapan Islam ke atasnya. Sesiapa sahaja yang menyeru agar Islam diterapkan atau menyeru kepada pembebasan tanah-tanah yang dijajah samada di Iraq, Palestin, Kashmir atau Afghanistan, ia akan digelar sebagai ‘ekstremis’. Kerana inilah, Amerika sanggup menghabiskan ratusan juta dolar untuk memastikan agar Islam dikeluarkan dari buku-buku teks kanak-kanak dan menghukum sesiapa saja yang menyeru kepada penubuhan sebuah Negara Islam.
Adapun mengenai usaha untuk menghancurkan penentangan kabilah-kabilah terhadap penjajahan Amerika di Afghanistan, AS amat memahami berdasarkan pengalaman mereka di Somalia dan Iraq bahawa kaum Muslimin yang dimotivasi oleh keinginan untuk syahid adalah merupakan musuh yang hebat meskipun bilangan mereka sedikit dan meskipun senjata mereka tidak sehebat mana. Oleh kerana itu, Amerika, dengan tenteranya yang terkenal dengan sikap pengecut telah meminta tentera Muslim Pakistan untuk berperang bagi pihak mereka. Sesungguhnya Musharraf telahpun mengorbankan ratusan tentera Pakistan bagi memastikan penjajahan Amerika di Afghanistan. Hakikatnya, Amerika sudahpun mendesak agar lebih banyak darah kaum Muslimin ditumpahkan demi kepentingan mereka. Pada 15hb Julai, Penasihat Keselamatan Presiden Bush, Stephen Hadley telah mengisytiharkan bahawa Musharraf sudahpun ‘melakukan yang lebih’ dan ‘kami akan memintanya untuk melakukan lebih lagi’, dan ‘kami akan memberikan sokongan penuh ke atas apa yang sedang dirancangnya’.
Jelaslah bahawa apa yang diinginkan Musharraf sebenarnya adalah untuk menjaga kepentingan Amerika di Pakistan. Kerana inilah Musharraf sanggup melagakan Muslim dengan Muslim apabila Amerika menginginkannya, namun tidak mempedulikan kaum Muslimin ketika mereka (kaum Muslimin) memerlukan perlindungan. Inilah sebabnya ketika Karachi meratapi mereka yang terkorban pada 12hb Mei 2007 atau ketika tentera Amerika berkali-kali membunuh kaum Muslimin di kawasan kabilah, seperti yang telah berlaku di Bajaur, kerajaan Pakistan langsung tidak menggunakan kekuasaannya untuk berbuat sesuatu.
Wahai kaum Muslimin di Pakistan! Dengan alasan ‘menangani ekstremisme’, AS berusaha untuk menghancurkan perjuangan kalian untuk menerapkan Islam. Dengan alasan ‘menentang keganasan’ Amerika menuntut agar anak-anak kalian di dalam tentera menggadaikan nyawa mereka demi menjaga kepentingan penjajah Afghanistan ini. Dan Musharraf begitu ghairah membantu AS dalam setiap langkah yang diambil – menyediakan jalan bagi Amerika untuk menguasai kalian! Oleh itu, tidakkah kalian sedar kewajiban untuk menyuarakan bantahan kalian atas jenayah keji ini? Tidakkah kalian ingin bersama dengan syabab (pemuda-pemuda) Hizbut Tahrir ketika mereka menyatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim? Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Jihad yang paling afdhal adalah mengatakan yang hak di hadapan pemimpin yang zalim” [HR Ahmad].
Wahai tentera kaum Muslimin! Kalian adalah pelindung kaum Muslimin, pembela tanah kaum Muslimin dan Muslim di kawasan kabilah itu merupakan saudara-saudara kalian. Musharraf menghantar kalian untuk menentang saudara kalian bagi memastikan kepentingan Amerika di Afghanistan terjaga. Ketahuilah, membunuh sesama Muslim tanpa hak adalah suatu dosa yang besar di dalam Islam. Rasulullah bersabda, “Menghina seorang Muslim adalah fasiq dan membunuhnya adalah kufur” [HR Bukhari]. Dan ingatlah bahawa Islam mengharamkan kaum Muslimin dari memaksiati atau mengingkari Allah untuk sesiapa jua. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Tiada ketaatan kepada makhluk di dalam memaksiati Allah” [HR Ahmad].
Wahai mereka yang memegang kekuasaan! Urusan sekarang ini berada di tangan kalian. Kalian mampu untuk menyingkirkan pemerintah yang zalim dan memberikan kepada rakyat apa yang mereka inginkan dalam kehidupan ini, iaitu pemerintahan Islam. Hizbut Tahrir menyeru kalian untuk mengambilalih Musharraf dan meletakkan Khilafah di tempatnya. Ketahuilah bahawa Allah telah menjanjikan kepada mereka yang beriman dan melakukan amal soleh bahawa mereka akan diberikan kekuasaan dan pemerintahan, yang dengannya wujudlah keamanan selepas waktu-waktu ketakutan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh, bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka sesudah mereka berada di dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun denganKu. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq” [TMQ an-Nur (24):55
MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM
MALAYSIA - NEGARA ISLAM ATAU SEKULAR? Keluaran 27 Julai 2007 Isu Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Islam’ mula diperkatakan dengan hangat apabila Dato’ Seri Dr. Mahathir (Perdana Menteri Malaysia ketika itu) mengisytiharkannya secara terbuka pada 29/09/01 semasa Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan ke-30 Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Bermula dari sini, ada pihak yang kerana ingin menjaga periuk nasi hanya tunduk dan ‘yes sir’ sahaja kepada apa yang diumumkan. Di samping itu, tidak kurang juga bilangan pihak yang menyanggah pernyataan tersebut, termasuklah dari golongan bukan Islam sendiri. Yang pasti, perdebatan mengenainya sehingga kini masih belum sampai ke penghujung. Baru-baru ini pula, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawab pertanyaan dari wartawan mengatakan bahawa Malaysia bukan negara sekular tetapi merupakan sebuah negara Islam dengan takrifnya yang tersendiri. Menurutnya lagi, Malaysia tidak pernah berpegang kepada sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana perlembagaan jelas menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi. Ketika diajukan soalan tentang kerajaan kelihatan sedang menuju ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, Najib berkata: “Saya perlu betulkan anda. Kita tidak pernah menjadi sekular kerana sekular seperti yang ditakrif oleh Barat bererti meminggirkan prinsip Islam daripada cara kita mentadbir negara. Kita tidak pernah berpendirian sedemikian (kerana) kita sentiasa didorong oleh pegangan kita kepada asas Islam. Tanggapan anda adalah salah.” [UM 18/07/07] Hasil dari kenyataan Najib tersebut, banyak pihak yang tidak berpuas hati dan menyuarakan ketidaksetujuan mereka, termasuklah dari Parti Komponen Barisan Nasional sendiri. Dalam reaksinya, Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan memetik memorandum yang diserahkan oleh Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid pada 27/09/1956 yang berbunyi “Agama Malaysia adalah Islam. Kepatuhan kepada prinsip ini tidak boleh boleh meminggirkan rakyat bukan Islam yang memeluk dan mengamalkan agama masing-masing dan tidaklah bermakna bahawa Malaysia bukannya Negara Sekular”. Ong seterusnya memetik satu nota yang disediakan oleh Colonial Office bertarikh 23/03/1957 semasa London Conference Talks yang berbunyi, “Para anggota delegasi Parti Perikatan menekankan bahawa mereka tidak ada niat untuk mewujudkan (negara) teokrasi Muslim tetapi bahawasanya Malaya akan menjadi Negara Sekular”. “Ini adalah niat asal yang begitu jelas dan nyata oleh ahli-ahli UMNO, MCA dan MIC”, kata Ong. Ahli Parlimen Kota Melaka, Wong Nai Chee pula menyatakan bahawa sifat semulajadi Perlembagaan Persekutuan yang sememangnya sekular menjadi asas kepada pembentukan bangsa semenjak 1957 dan diimplementasikan semula pada 1963 (semasa penubuhan Malaysia). “Kedudukan Perlembagaan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular juga telah disahkan oleh Mahkamah Agung pada tahun 1988 di dalam kes Pendakwaraya –vs- Che Omar”, tegas Wong lagi. [The Star 19/07/07] Kecelaruan Takrif Mutakhir ini kita melihat hasrat umat untuk kembali semula kepada Islam semakin meningkat. Arus kebangkitan Islam telah mengalir di mana-mana dan menyapu apa-apa sahaja yang menghalang laluannya. Rata-rata umat Islam sudah mula nampak bahawa keburukan yang membelenggu mereka selama ini adalah berpunca dari sistem sekular yang busuk. Kebangkitan ini dapat dilihat telah menjadi ancaman kepada mereka yang memegang tampuk kekuasaan. Justeru, agar tidak ditolak oleh kebangkitan rakyat yang mahukan Islam, maka golongan ini terpaksa merubah ‘haluan’ mereka agar nampak lebih ‘Islami’. Tindakan ini perlu agar mereka dilihat sejalan dengan arus (Islam) yang menerpa dan dalam masa yang sama mereka boleh kekal di kerusi pemerintahan. Padahal, pada hakikatnya, mereka boleh terus kekal di kerusi pemerintahan hanya dengan membuang sistem sekular dan menggantikannya dengan hukum-hakam Islam. Sekiranya mereka melakukan perkara ini, InsyaAllah seluruh umat Islam akan mendokong pemerintahan mereka. Malangnya mereka ternyata lebih rela membenarkan dunia yang fana’ ini membelenggu mereka. Dalam mengubah ‘haluan’ ini, pelbagai kekeliruan ditimbulkan dalam penggunaan istilah seperti ‘sekular’ dan ‘Negara Islam’. Istilah-istilah ini ditakrif mengikut kehendak sendiri tanpa bersandarkan fakta dan dalil yang sahih. Oleh itu, kita menyaksikan pada hari ini banyak konsep, definisi dan istilah-istilah Islam yang sebelum ini begitu jelas menjadi kabur, keliru, terseleweng dan yang lebih teruk, hilang dari kamus kaum Muslimin. Walaupun istilah hudud telah dikenali ramai, namun istilah-istilah seperti ta’zir, ghanimah, jizyah, khumus, siyasah, kharaj, usyur, darul harb, darul islam dan banyak lagi ternyata kabur, malah sebahagian dari umat Islam sendiri langsung tidak memahaminya. Istilah seperti khalifah, syura, wali, jihad dan sebagainya pula telah diselewengkan sehingga lari dari maknanya yang sebenar dari segi syara’. Inilah juga apa yang telah terjadi dengan istilah Darul Islam (Negara Islam) di mana ramai umara’ dan ulama sekarang memberikan maksud baru Negara Islam yang begitu asing dari Islam, sehingga ada yang membolehkannya diterjemah mengikut acuan sendiri. Maksud ‘sekular’ juga telah dipolemikkan sehingga umat terjerat dengan pelbagai tafsirannya. Ada yang cuba memesongkan maknanya dengan mengatakan bahawa ‘kita mesti memahami istilah sekular bukan sebagaimana takrifan Barat’ yang seolah-olah menjelaskan ‘sekular’ boleh ditakrifkan dengan maksud yang baik, jika tidak mengikut Barat. Ada yang mengatakan sekular bermaksud tidak mempercayai hari kiamat dan hisab di akhirat. Manakala sebahagian umat Islam yang lain hanya nampak sekular membawa erti politik yang dipisahkan dari agama. Justeru, adalah perlu untuk kita mencerahkan kembali kekaburan penakrifan sekularisme dan Negara Islam memandangkan telah berlaku pelbagai tafsiran mengikut kepentingan yang tersasar jauh dari maksud sebenar istilah-istilah ini. Malaysia Dan Sekularisme Sesungguhnya Barat adalah penganut dan pengembang Ideologi (mabda’) Kapitalis yang menjadikan sekularisme sebagai akidah mereka. Kelahiran mabda ini bermula pada saat kaisar (caesars) dan raja-raja di Eropah menjadikan agama sebagai alat untuk memeras, menganiaya dan menghisap darah rakyat. Para pemuka agama (gereja) waktu itu, dijadikan perisai untuk mencapai keinginan mereka. Maka timbullah pergolakan sengit, yang kemudian membawa kepada kebangkitan ahli falsafah dan cendekiawan. Sebahagian mereka mengingkari adanya agama secara mutlak, sedangkan yang lainnya mengakui adanya agama, tetapi menyeru agar ia dipisahkan dari kehidupan dunia. Sampai akhirnya, pendapat majoriti dari kalangan ahli falsafah dan cendekiawan itu lebih cenderung memilih idea untuk memisahkan agama dari kehidupan yang kemudiannya menghasilkan usaha pemisahan antara agama dengan negara. Jika dahulu agamalah yang menjadi penentu di dalam kehidupan, sekarang, telah disepakati agar agama tidak diperhitungkan lagi dalam kehidupan ini. Maksudnya, seseorang boleh menerima mahupun menolak agama (atau Tuhan) selama mana ia (agama) tidak campurtangan dalam kehidupan.Pokoknya, agama itu harus dipisahkan dari kehidupan dan kehidupan mesti ditentukan sendiri oleh manusia. Idea ini dianggap sebagai kompromi (jalan tengah) antara pemuka agama yang mengkehendaki segala sesuatu itu harus tunduk kepada mereka (atas nama agama) dengan para ahli falsafah dan cendekiawan yang mengingkari adanya agama. Jadi, idea sekularisme ini sama sekali tidak mengingkari atau menolak adanya agama, *****a ia tidak menjadikan agama berperanan dalam kehidupan. Ini menjadikan agama hanya sekadar ‘formaliti’ belaka, kerana sekalipun mereka mengakui kewujudannya, namun pada dasarnya mereka menganggap bahawa kehidupan dunia ini tidak ada hubungannya dengan agama. Justeru, kita menyaksikan bahawa sesiapa yang mahukan agama, maka mereka akan pergi ke gereja-gereja untuk ‘berhubung’ dengan Tuhan mereka tetapi apabila mereka (di luar gereja) melakukan aktiviti jual beli, mengambil riba, sewa-menyewa, mencuri, membunuh, berzina dan sebagainya, maka segala peraturan dalam hal ini ditentukan oleh mereka sendiri tanpa ada ketentuan atau ‘hubungan’ dengan Tuhan. Penentuan jenis hukuman, terpuji dan tercela, halal dan haram dan sebagainya berada di tangan manusia dan boleh diubah mengikut kehendak manusia. Dengan kata lain, mereka meyakini bahawa peraturan kehidupan tidak ada ‘hubungan’ dengan Tuhan, kerana agama hanyalah berperanan dalam mengatur ‘hubungan peribadi’ seseorang itu dengan Tuhannya sahaja. Setelah mereka sepakat untuk memisahkan agama dari kehidupan, maka timbullah persoalan bagaimana untuk mengatur kehidupan manusia, apakah yang harus dilakukan dan apakah tolok ukur yang akan digunakan. Dari sini timbullah idea demokrasi yang dianut oleh ideologi ini yang berasal dari pandangannya bahwa manusialah yang berhak membuat peraturan (undang-undang). Menurut keyakinan mereka, rakyat adalah sumber kekuasaan. Rakyatlah yang berhak membuat undang-undang dan setiap orang bebas berpendapat dan berbuat sesuka hati di dalam mengatur kehidupan ini. Oleh kerana ada terlalu ramai manusia dan ini menyukarkan proses untuk membuat sesuatu peraturan atau mengambil keputusan, maka mereka menetapkan agar dilantik wakil (rakyat) dan diambil suara majoriti di dalam apa jua keputusan. Dengan ini, mereka boleh menggubal, meminda dan menghapuskan mana-mana undang-undang semahu mereka berdasarkan kaedah atau kehendak majoriti tadi. Inilah konsep sekular yang mereka terapkan di dalam negara mereka. Kemudian, apabila mereka menjajah negeri-negeri umat Islam, konsep inilah yang mereka bawa dan terapkan di dalam negeri umat Islam sehingga kita saksikan sekarang di seluruh dunia Islam termasuk Malaysia, konsep sekularisme, iaitu konsep memisahkan agama dari kehidupan ini (faslud deen’ anil hayah), telah diterapkan dengan baik dan sempurnanya. Terlalu banyak bukti yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan golongan bukan Islam benar-benar memahami akan hakikat ini. Sebab itulah mereka boleh mendatangkan fakta yang tidak dapat disangkal membuktikan yang Malaysia adalah sebuah negara sekular. Malangnya, dengan hanya pengisytiharan oleh seorang pemimpin, banyak pihak cuba menegakkan benang yang basah. Dalam ruangan yang serba sempit ini, kami paparkan sedikit bukti baik secara normatif, empirik mahupun historis yang dapat disaksikan oleh setiap orang yang mempunyai penglihatan dan pendengaran berkenaan hakikat Malaysia sebagai sebuah negara sekular: (i) Bukti Normatif: Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh sikafir Lord Reid adalah bukti yang paling jelas meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, sekular dan berbilang agama dengan kedudukan Islam hanyalah sebagai agama rasmi. Ini diperjelaskan lagi dari peristiwa semasa majlis sambutan harijadi Tunku Abdul Rahman yang ke-81 pada tahun 1983 di mana beliau menegaskan “Perlembagaan mestilah dihormati dan diikuti. Pernah adanya percubaan oleh segelintir orang untuk cuba memperkenalkan undang-undang agama dan undang-undang moral. Ini tidak dibenarkan. Negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum dengan pelbagai kepercayaan. Malaysia mesti terus kekal sebagai negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi”. Dari sudut ekonomi pula, sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia adalah sistem ekonomi Kapitalis di mana riba menjadi tunjang kepada banyak aktiviti perdagangan, khuususnya perbankan. Judi dan arak dibenarkan dengan hanya memberikan satu tauliah yang dipanggil ‘lesen’. Hak umum rakyat yang wajib disediakan secara per*****a oleh pemerintah seperti pendidikan, kesihatan, petrol, air, jalanraya dan lain-lain dikenakan bayaran sesuka hati oleh pemerintah. Ada yang berdalih dengan mengatakan Malaysia adalah negara Islam dengan adanya Bank Islam, pajak gadai Islam (ar-Rahn), universiti Islam dan sebagainya. Mereka jahil bahawa penerapan ‘nilai-nilai’ Islam di dalam sistem Kapitalis tidak sekali-kali menjadikan sistem itu Islam, sebagaimana jika kita melihat Ah Chong atau Muthusami menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam tidaklah menjadikan mereka Muslim. (ii) Bukti Empirik: Bukti empirik pula boleh dilihat dengan jelas dari peruntukan Perlembagaan dan undang-undang yang diterimapakai dan diterapkan di negara ini. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa ia adalah undang-undang tertinggi negara dan mana-mana undang-undang yang diluluskan bertentangan dengan Perlembagaan, maka ia secara otomatik akan terbatal. Peruntukan ini telah meletakkan Al-Quran di bawah (lebih rendah dari) Perlembagaan dan dengan sendirinya menafikan kedudukan Al-Quran dan Hadis yang sepatutnya menjadi undang-undang tertinggi (dan satu-satunya undang-undang) bagi negara. Kewujudan dua sistem mahkamah (sivil dan syariah) mengukuhkan lagi hakikat yang Malaysia adalah negara sekular (sila rujuk ‘SN117 Konflik Antara Agama’ dan ‘SN125 Sijil Mati Untuk Lina Joy’ untuk penjelasan lanjut). Dari sudut pemerintahan pula, sistem yang dilaksanakan adalah Demokrasi berparlimen – sebuah sistem (sekular) yang dicedok sepenuhnya dari penjajah British. Mengikut ajaran dan amalan sekular, segala undang-undang hendaklah dibuat oleh manusia dan hak Allah sebagai As-Syari’ (Pembuat Undang-Undang) hendaklah diketepikan. Jadi, jika majoriti manusia bersetuju untuk tidak berhukum dengan hukum Allah, maka ini adalah sah menurut amalan demokrasi-sekular. Pendek kata, undang-undang boleh digubal, dipinda atau dihapuskan sesuka hati oleh manusia hanya dengan undi majoriti. Di sinilah peranan agama dinafikan secara total di dalam menentukan kehidupan. (iii) Bukti Historis: Hasil dari penjajahan kafir British ke atas Tanah Melayu yang sebelumnya pernah berada di bawah pemerintahan Islam, undang-undang Barat yang berasaskan sekular telah diperkenalkan. British telah memaksa umat Islam menerima undang-undang mereka. Penggantian undang-undang ini tercatat dalam sejarah penentangan hebat oleh para ulama di Tanah Melayu. Penentangan Naning (1831-1832) yang dipimpin Dol Said bermula apabila penjajah memaksa kes jenayah diselesaikan mengikut undang-undang British. Apabila Undang-undang 99 berteraskan Islam diketepikan penjajah, peristiwa ini telah memunculkan penentangan di Perak. Di Kelantan pula, penentangan berlaku apabila British melaksanakan undang-undang berkenaan cukai hasil. Ia dipimpin Tok Janggut (Haji Mat Hassan) dan Engku Besar Jeram dan dibantu oleh Haji Said, Penghulu Adam dan Ishak Merbau di Pasir Puteh. Di Terengganu, gerakan dimulakan oleh Sultan sendiri, kemudian oleh Hj Abdul Rahman Limbong, Haji Musa Abdul Ghani Minangkabau, Syed Saggot dan Tok Janggut (Lebai Deraman). Di Pahang, Dato’ Bahaman, To’ Gajah, Mat Kilau, Mat Kelubi, Panglima Muda Jempul, Mat Lela dan lain-lain telah bangkit meniupkan jihad melawan British yang telah memaksa pelaksanaan undang-undang British menggantikan undang-undang Islam di Tanah Melayu. Namun, penjajah berjaya menguasai politik Tanah Melayu dengan kelicikan dan kekuatan mereka. Sejak itu urusan pemerintahan diurus dengan undang-undang British dan merekalah yang menentukan perjalanan pentadbiran dan pemerintahan berdasarkan sistem sekular mereka yang diwarisi sehingga ke hari ini. Definisi ‘Dar’ (Negara) Islam Istilah Negara Islam (Darul Islam) adalah istilah syara’. Negara Islam menurut syara’ adalah suatu wilayah yang melaksanakan hukum–hakam Islam dan keamanan wilayah tersebut berada di tangan Islam, iaitu di bawah kekuasaan dan kekuatan kaum Muslimin, walaupun majoriti penduduknya bukan Islam. Oleh itu, untuk menentukan keadaan sebuah wilayah, apakah termasuk Negara Islam atau Negara Kufur, bukanlah negeri atau penduduknya yang diambil kira, tetapi undang-undang di wilayah tersebut dan keamanannya. Apabila hukum (undang-undang) yang diterapkan oleh suatu wilayah adalah Islam dan keamanannya berada di tangan kaum Muslimin, maka wilayah seperti inilah yang disebut Darul Islam atau Negara Islam. Sedangkan apabila hukum-hakam (undang-undang) yang diterapkannya adalah undang-undang kufur dan keamanannya tidak berada di tangan kaum Muslimin, maka wilayah demikian disebut Darul Kufur atau Darul Harb. Pengertian ‘dar’ ini diambil dari sebuah hadis riwayat Sulaiman ibnu Buraidah yang di dalamnya tercantum: “Serulah mereka kepada Islam, maka apabila mereka menyambutnya, terimalah mereka dan hentikanlah peperangan atas mereka, kemudian ajaklah mereka berpindah dari negerinya (yang merupakan darul kufur) ke darul muhajirin (darul Islam yang berpusat di Madinah) dan beritahulah kepada mereka bahawa apabila mereka telah melakukan semua itu, maka mereka akan mendapatkan hak yang sama sebagaimana hak kaum muhajirin dan juga kewajiban yang sama seperti halnya kewajiban kaum muhajirin.” [HR Muslim] Hadis ini menyatakan dengan jelas wujudnya pembezaan antara Darul Islam dan Darul Kufur. Hadis ini menunjukkan bahawa apabila mereka tidak berpindah, maka hak mereka tidak sama dengan kaum muhajirin iaitu orang-orang yang telah berada di Darul Islam. Dengan demikian, hadis ini sesungguhnya telah menjelaskan perbezaan hukum (undang-undang) antara orang yang telah berhijrah dan yang tidak. Darul Muhajirin adalah Darul Islam pada zaman Rasulullah dan selainnya adalah Darul Kufur. Dari sinilah diambil istilah Darul Islam dan Darul Kufur atau Darul Harb. Jadi, penambahan kata Islam, kufur atau harb pada “Dar” adalah mewakili sistem hukum (undang-undang) dan pemerintahannya. Oleh kerana itu untuk menggunakan istilah ‘dar’ atau ‘negara’, ianya selalu dikaitkan dengan penguasa iaitu berkenaan: (1) pemeliharaan kepentingan umat mengikut undang-undang tertentu dan (2) kekuatan (negara) yang menjaga/membela rakyat serta melaksanakan undang-undang tersebut, iaitu faktor keamanannya. Dari sinilah dua syarat yang disebutkan di atas ditekankan. Selain itu mengenai syarat penerapan hukum-hukum, ia digali dari dalil al-Quran dan juga Sunnah. Firman Allah: “Barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir” [TMQ al-Mai’dah (5):44]. Dalam Hadis riwayat ‘Auf ibnu Malik mengenai kedudukan pemimpin-pemimpin zalim, tercatit sebahagian di dalamnya: “...ditanyakan oleh para sahabat: ‘Wahai Rasulullah tidakkah kita perangi saja mereka itu dengan pedang?’ Baginda menjawab: ‘Tidak selama mereka masih menegakkan solat (maksudnya menerapkan hukum-hukum Islam) di tengah-tengah masyarakat”. Terdapat juga hadis riwayat Ubadah ibnu Samit mengenai bai’at aqabah, di mana katanya: “Dan hendaknya kami tidak menentang kekuasaan penguasa kecuali (sabda Rasulullah:) ‘Apabila kalian melihat kekufuran yang bersifat terang-terangan, yang dapat dibuktikan berdasarkan keterangan dari Allah.”. Di dalam riwayat Imam Thabrani disebut ‘kekufuran yang jelas’ (surahan). Manakala syarat keamanan mestilah keamanan Islam, yakni di bawah kekuasaan kaum Muslimin, ini diistinbat dari firman Allah: “Dan Allah (selama-lamanya) tidak memberi hak bagi orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin” [TMQ an-Nisa’ (4):141]. Ayat ini bermaksud tidak boleh memberi ruang kepada orang-orang kafir untuk berkuasa atas orang-orang Mukmin. Ini adalah kerana dengan memberikan kekuasaan kepada mereka bererti menjadikan keamanan kaum Muslimin berada di bawah kekuasaan mereka (kufur) bukan di bawah kekuasaan Islam. Keadaan ini boleh dilihat di negara kaum Muslimin saat ini seperti Pakistan, Afghanistan, Arab Saudi, Kuwait, Libya dan banyak lagi yang mana pemimpin mereka nyata-nyata tunduk di bawah rejim kafir Amerika. Walaupun (kerana keterbatasan ruang) kami tidak dapat mengungkapkan semua nas, namun berdasarkan nas yang qat’i dari al-Quran dan Hadis, ternyata pada hari ini, tidak ada satu negarapun di dunia ini, termasuk Malaysia yang layak disebut negara Islam. Namun perlu difahami bahawa istilah negara sekular atau negara kufur bukanlah membawa maksud penduduknya juga semua sekular atau kufur. Istilah ini merujuk kepada ‘negara’ bukan ‘individu’nya. Adapun untuk individu, perlu dilihat kepada akidah dan pemikiran yang dimilikinya untuk menentukannya samada ia adalah seorang Muslim, kafir atau sekular. Khatimah Wahai kaum Muslimin! Kita mengetahui bahawa Negara Islam adalah Negara Khilafah dan inilah bentuk negara dan pemerintahan yang diwariskan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada para sahabat baginda serta generasi sesudah mereka hingga ke hari kiamat. Kita juga mengetahui bahawa Negara Khilafah ini telah runtuh kira-kira 83 tahun yang lalu, tepatnya pada tanggal 3 Mac 1924 dan sejak itu hingga sekarang, Negara Khilafah ini masih belum muncul kembali. Sedarlah wahai saudaraku bahawa tidak ada satu negara kaum Musliminpun, termasuklah Malaysia, yang boleh diberi status Negara Islam. Seluruh tanah kaum Muslimin telah mewarisi bentuk pemerintahannya dari penjajah kuffar, bukannya diwarisi dari Rasulullah. Justeru itu, bangkitkanlah kalian untuk menunaikan kewajiban kalian mengembalikan semula, melalui tariqah Rasulullah, Negara Khilafah yang merupakan satu-satunya Negara Islam yang sebenar.
APAKAH HUKUM BERUBAH MENGIKUT ZAMAN DAN TEMPAT?
Pada 28 Jun yang lalu, isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan supaya Pusat Kajian al-Quran Kontemporari ditubuhkan untuk kepentingan umat Islam sejagat. Rosmah berkata demikian ketika berucap pada majlis khatam kelas tafsir al-Quran yang diketuai oleh beliau bersama 35 peserta lain termasuk anak perempuannya, Nooryana Najwa Mohd. Najib di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Sri Satria. Beliau berkata, selain mengadakan kelas tafsir dan pengajian al-Quran yang biasa, pusat kajian itu wajar berperanan untuk melakukan kajian secara empirikal berpandukan ayat-ayat suci al-Quran. “Ia perlu merangkumi pelbagai bidang kritikal terutamanya dalam bidang sains dan teknologi, teknologi maklumat, perubatan dan ekonomi”. Menurutnya lagi, sejajar dengan tuntutan zaman yang semakin mendesak dan imej Islam yang kian tercemar, sudah tiba masanya generasi al-Quran sebagai wadah perubahan tamadun Islam dilahirkan. “Saya yakin dengan kelahiran generasi ini, keindahan dan keluhuran Islam mampu diketengahkan kepada masyarakat dunia malah menjadi penghubung bicara antara dunia Islam dan dunia bukan Islam,” katanya. Rosmah berkata, seiring dengan era globalisasi umat Islam mesti mempraktikkan ajaran al-Quran dalam bentuk yang lebih global dengan mengkaji, mengamalkan dan menterjemahkannya dalam kehidupan bersesuaian dengan konteks semasa [UM 29/06/07]. Di zaman mutakhir ini, cadangan, seruan dan slogan untuk menafsir al-Quran agar sesuai dengan realiti semasa semakin kuat kedengaran. Ia banyak dilaungkan oleh golongan pemerintah, golongan ulama dan tidak ketinggalan juga oleh golongan liberal. Kita juga acapkali terdengar seruan seumpama ini turut dikumandangkan oleh para agamawan mahupun gerakan-gerakan yang memperjuangkan Islam sekalipun. Sekali lalu slogan sebegini nampak seperti tidak ada salahnya, apatah lagi jika yang menyeru itu mengemukakan pandangan-pandangan ulama di dalam menyokong pendapat mereka. Bagi golongan yang hatinya dipenuhi dengan sifat nifak, intipati dari seruan seperti ini sebenarnya bermaksud untuk menundukkan al-Quran dengan kehendak semasa, sesuai dengan perkembangan zaman, atau lebih tepat mereka sebenarnya ingin menafsirkan al-Quran mengikut hawa/keinginan mereka agar hukum al-Quran tunduk kepada kemahuan mereka. Bagi golongan yang ikhlas yang menyeru kepada hal yang sama, mereka sebenarnya telah menyeru dan terjerumus ke jalan yang keliru. Insya Allah, Sautun Nahdhah kali ini akan mengupas isu yang amat penting ini; apakah hukum Allah boleh berubah mengikut perubahan zaman dan tempat. Menundukkan Nas Dengan Realiti Umum telah mengetahui bahawa orang-orang kafir adalah golongan yang hidup di dunia ini tanpa berhukum dengan hukum wahyu. Golongan kafir Barat telah menolak agama untuk mengatur kehidupan, manakala golongan kafir yang lain sekadar mempunyai agama untuk tujuan ibadat, bukannya untuk mengatur atau menentukan hala tuju kehidupan di dunia. Apapun, yang pastinya mereka ini adalah golongan yang sesat kerana tidak mengambil petunjuk Allah sebagai petunjuk dalam hidup mereka. Kedudukan ini sebenarnya tidak jauh berbeza dari golongan umat Islam yang sekular. Mereka ini adalah golongan pemuja Barat dan golongan yang mendewa-dewakan akal di dalam mengatur kehidupan. Pemikiran golongan ini saling tidak tumpah dengan pemikiran orang-orang kafir di mana mereka hanya mengambil agama untuk tujuan ibadat semata-mata. Mereka mengambil Islam sekadar untuk solat, puasa, zakat, haji, doa pembuka dan penutup majlis dan lain-lain ibadat sunat tertentu yang dipilih mereka sahaja. Untuk lain-lain hukum Allah yang qat’i (pasti) kewajibannya seperti potong tangan untuk pencuri, sebat bagi penzina, bunuh bagi simurtad, qisas bagi pembunuh dan banyak lagi, maka di sini mereka menyatakan hukum ini sudah tidak sesuai lagi di zaman sekarang. Mereka menggunakan akal untuk menjustifikasi kesesuaian hukum Allah, dan bagi yang memegang kekuasaan, mereka telah menggubal undang-undang sendiri terhadap kesalahan-kesalahan ini, mengenepikan hukum Allah yang qat’i yang terdapat di dalam al-Quran. Apabila ditanyakan kepada mereka kenapakah hukum-hukum al-Quran tidak diterapkan, maka mereka akan menjawab mengikut akal dan hawa mereka bahawa dalam konteks masyarakat majmuk, Islam tidak sesuai diterapkan sepenuhnya. Mereka akan mengatakan bahawa yang penting di dalam Islam adalah ‘konsep dan prinsip’nya, bukan ‘hukum’nya. Contohnya, mereka mengatakan Islam menekankan (konsep) keadilan, jadi apa-apa sahaja undang-undang yang boleh membawa keadilan, maka ia adalah sesuai dengan kehendak Islam. Mereka turut menyatakan bahawa Islam adalah agama yang murunah (fleksibel), maka Islam boleh berubah atau disesuaikan mengikut perubahan zaman/masa dan tempat. Inilah golongan sekular yang sepemikiran dengan Barat, mengagungkan akal dan menggunakan akal mereka untuk merubah hukum Allah. Mereka membuat undang-undang sendiri berdasarkan akal, mengikut kehendak majoriti, bukannya menurut kehendak Allah. Mereka benar-benar menundukkan hukum al-Quran mengikut hawa mereka. Sebab itulah golongan ini tak putus-putus menyeru agar al-Quran dikaji dan ditafsir semula seiring dengan perubahan zaman dan tempat. Tujuan mereka adalah tidak lain, kecuali untuk merubah hukum-hukum yang qat’i di dalam al-Quran. Mereka ini tidak akan puas selagi al-Quran tidak ditundukkan mengikut kemahuan mereka. Alasan mereka adalah realiti telah berubah, maka Islam mestilah disesuaikan dengan realiti yang telah berubah tadi. Wahai mereka yang ikhlas! Ingatlah bahawa cara berfikir di atas adalah cara berfikir Barat yang sekular. Mereka telah membawa masuk cara berfikir mereka ini semasa menjajah kita dan bagi memastikan ia sentiasa kekal di benak kita, maka penjajah Barat telah meletakkannya sebagai asas pemikiran perundangan kita. Dengan cara ini, maka segala hukum al-Quran secara otomatik akan berada di bawah (lebih rendah dari) hukum ciptaan manusia. Oleh itu, hukum-hakam al-Quran juga secara otomatik tidak akan dapat diterapkan kerana penjajah kafir ini telah berjaya menanamkan ‘satu aqidah’ di dalam benak orang Islam bahawa hukum ciptaan manusia ini adalah lebih tinggi dari Kalamullah. Dengan ini pemikiran umat Islam telah ‘ditutup’, dan mereka tidak mampu lagi ‘berfikir’ dan bertindak kecuali sebatas apa yang telah digariskan oleh Barat. Oleh kerana ini adalah realiti yang kita hadapi, maka kita dipaksa tunduk kepada realiti ini dan sebarang usaha untuk merubahnya akan dianggap ‘tidak sah’ dan bahaya. Penjajah kafir dengan ini berjaya meletakkan bahawa mana-mana perjuangan untuk menegakkan hukum al-Quran, meskipun dengan jalan yang benar, hendaklah tunduk kepada undang-undang manusia, jika tidak, maka perjuangan tersebut adalah tidak sah dan berbahaya, apatah lagi jika perjuangan itu adalah untuk menegakkan hukum Islam secara kaffah. Mereka seterusnya mempropagandakan bahawa mana-mana umat Islam yang ingin kembali menerapkan hukum al-Quran, maka ini adalah golongan ortodoks (kuno) dan ketinggalan zaman. Malah mereka akan menggelar golongan yang ingin kembali menerapkan hukum sebagaimana yang diterapkan di zaman Rasulullah dan para sahabat sebagai golongan kejam(barbaric), ekstrem, radikal, teroris dan sebagainya. Ini dilakukan bertujuan untuk menakut dan menjauhkan umat Islam dari hukum-hukum al-Quran. Dengan pertolongan dari golongan Muslim sekular, maka Barat telah berjaya memastikan hukum al-Quran tidak ditegakkan dan nas-nas yang ada di dalam al-Quran ditafsirkan sesuai dengan realiti yang ada dan mesti tunduk kepada realiti tersebut. Beristidlal Dengan Imam Syafie Bagi sebahagian umat Islam yang ikhlas, mereka sebenarnya telah terkeliru dalam hal ini (Islam berubah mengikut zaman dan tempat) dengan beristidlal (berdalil) dengan Imam Syafie rahimahullah. Menurut mereka Imam Syafie telah berubah di dalam ijtihadnya semasa berada di Iraq dan di Mesir. Perbincangan ini terkenal dengan istilah qaul qadim (pendapat dahulu) dan qaul jadid (pendapat baru) Imam Syafie. Kekeliruan kefahaman ini dapat dilihat dari tiga sisi. Pertama; Imam Syafie sendiri tidak pernah mengeluarkan kaedah ini (hukum berubah mengikut zaman dan tempat), tetapi orang lainlah yang menyandarkan kaedah ini berdasarkan perbuatannya. Kedua; mereka yang menyandarkan kaedah ini kepada Imam Syafie sebenarnya tidak mengkaji betul-betul apa yang berlaku ke atas Imam Syafie, lalu mereka telah terjerumus ke dalam salah faham yang fatal. Bagi sebahagian yang lain pula (yang tidak mengkaji), mereka hanya mengikut pendapat orang yang terdahulu tanpa ilmu (taqlid buta). Ketiga; kesalahan mengambil atau meletakkan Imam Syafie sebagai sumber hukum (beristidlal dengan Imam Syafie), walhal yang wajib dijadikan sumber hukum (atau beristidlal) adalah al-Quran dan Sunnah. Imam Syafie hanyalah seorang mujtahid yang juga wajib mengambil sumber hukum dari al-Quran dan Sunnah. Maksudnya, apabila dikatakan kita mengambil pendapat Imam Syafie, ia sepatutnya difahami sebagai mengambil hukum syara’ yang diijtihadkan atau difahami oleh Imam Syafie. Dalam konteks ini, yang kita pegang adalah hukum syara’, bukannya hukum Imam Syafie. Ini adalah kerana hukum itu datangnya dari Allah, bukannya dari Imam Syafie. Imam Syafie hanyalah orang yang mengistinbatkannya berdasarkan kefahamannya sebagai seorang mujtahid. Untuk melihat dengan lebih mendalam kekeliruan pertama dan kedua di atas, kita harus mengkaji dengan teliti kisah kehidupan Imam Syafie, khususnya proses beliau di dalam menuntut ilmu dan metodologi (kaedah) yang beliau gunakan di dalam berijtihad. Muhammad ibn Idris ibn al-`Abbas, al-Imam al-Syafie, Abu `Abd Allah al-Syafie al-Hijazi al-Qurashi al-Hashimi al-Muttalibi (meninggal 204H), ialah seorang mujtahid mutlak yang begitu unggul dan mempunyai kelebihan yang luarbiasa. Beliau dilahirkan di Gaza pada tahun 150H, tahun meninggalnya Imam Abu Hanifa. Beliau berpindah ke Mekah pada usia dua tahun, setelah kematian bapanya. Di Mekah, beliau belajar dengan dua orang ulama terkenal, Muslim Bin Khalid al Zingi (Mufti Mekah) dan Sufiyan Bin Uyaynah. Imam Syafie telah hafaz al-Quran pada usia tujuh tahun dan ketika berusia 13 tahun, beliau berpindah ke Madinah untuk berjumpa dengan Imam Malik yang begitu kagum dengan kebolehan menghafal dan kecerdikannya. Di Madinah, Imam Syafie banyak didedahkan dengan metodologi (kaedah) usul Imam Malik. Beliau kemudian berpindah ke Baghdad dan berjumpa ulama dari mazhab Hanafi seperti Imam Mohammad Bin al-Hasan al-Shaybani dan di sinilah beliau didedahkan dengan metodologi usul Imam Hanafi. Pengalaman ini memberikan impak yang besar kepada Imam Syafie di dalam membentuk kaedah berfikirnya sendiri. Beliau kembali semula ke Mekah untuk sementara waktu dan kemudiannya pergi semula ke Baghdad dan pada masa inilah beliau mula menulis kitabnya yang terkenal, al-Risalah, sebuah kitab yang memuatkan metodologi di dalam usul fiqh. Imam Syafie akhirnya membuat keputusan untuk berpindah ke Mesir bagi menyempurnakan kerjanya di dalam hal fiqh dan metodologinya. Di Mesir, Imam Syafie telah didedahkan dengan metodologi usul Imam Laith ibn Saad, seorang mujtahid yang terkenal luarbiasa keilmuannya sehingga Imam Syafie pernah berkata, “Laith adalah lebih faqih dari Malik, tetapi sayang muridnya membiarkannya (tidak meneruskan kesinambungan ajarannya)” [Siyar I’lam al-Nubala’, 8/156]. Di Mesir, Imam Syafie telah menulis edisi terbaru al-Risalah setelah didedahkan dengan pengalaman baru ini. Hal ini menunjukkan bahawa beliau semakin matang di dalam kefahaman dan metodologinya di dalam Usul Fiqh. Imam Shafie bukanlah menukar metodologinya atas sebab perpindahan dari segi geografi kerana perubahan metodologi tidak ada kena mengena dengan perubahan kawasan, tetapi perubahan metodologi itu sendiri bermaksud perubahan cara berfikir dan memahami kaedah. Hal ini diperkuat dengan fakta bahawa Imam Syafie tidak pula berubah pendapatnya semasa berpindah dari Mekah ke Baghdad. Dr. Muhammad Baltaaji di dalam bukunya, Manahij at Tashri’ al Islaami fil Qarn al Thani al Hijri [Jilid 1 ms. 65] menyatakan, “Shafie dikritik kerana perubahan-perubahan yang dibuatnya, tetapi Syafie menjawab setiap kritikan tersebut. Ibn Abi Hatim melaporkan bahawa Shafie pernah bertanya Amr Bin Sawad al-Serhi, ‘kenapa kamu tidak menyalin kitabku?’ tetapi Amr diam. Kemudian seorang lain memberitahu Syafie, ‘dia (Amr) menyatakan bahawa kamu (Syafie) menulis dan merubah, kemudian menulis lagi dan merubah lagi’. Maksudnya, ‘perubahan’ inilah yang menjadi sebab kenapa Amr tidak menyalin kitab Syafie. Kemudian Imam Syafie menjawab, ‘sekarang ia (kitabku) telahpun sempurna’. Hal ini jelas membuktikan bahawa al-Risalah yang ditulisnya di Baghdad masih belum lengkap, dan beliau hanya menyempurnakannya semasa di Mesir. Tambahan pula, semasa di Baghdad, beliau mula menulis di dalam usia yang masih muda dan belum terdedah kepada banyak lagi metodologi usul, sebagaimana yang beliau dapati/pelajari semasa di Mesir. Perubahan ini langsung tidak ada kena mengena dengan perubahan tempat/geografi. Kita juga perlu ingat bahawa ketika itu, kehidupan di Mekah, Baghdad mahupun Madinah adalah sama. Mereka semuanya hidup dalam suasana Islam di era/zaman yang sama. Tambahan lagi mereka sebenarnya berada dalam negara yang satu yakni Negara Khilafah di mana penerapan hukum berlaku sama di seluruh negara. Inilah penjelasan kisah pembelajaran Imam Syafie secara ringkas. Walaupun kami tidak dapat menerangkan secara terperinci akan banyak lagi perkara yang membuktikan hal ini (kerana keterbatasan ruang), cukuplah sekadar menjernihkan semula kefahaman di kalangan mereka yang ikhlas dan terkeliru akan ‘perubahan hukum’ yang diistidlalkan kepada Imam Syafie, walhal Imam Syafie sendiri tidak pernah berkata atau berpendapat sedemikian. Ingatlah bahawa hukum solat dan puasa itu tetap tetap wajib dan hukum riba dan zina itu tetap haram sampai bila-bila pun dan di mana pun tempatnya, samada di Iraq ataupun Mesir. Begitu jugalah dengan hukum-hukum Allah yang lainnya. Tidak ada seorangpun yang boleh merubah hukum Allah kecuali Allah sendiri! Hukum Samasekali Tidak Berubah Mengikut Zaman/Tempat Bagi yang masih keliru, mereka berhujah dengan menyatakan bahawa hukum itu berubah mengikut masa dan tempat kerana perbezaan urf (adat). Urf di satu tempat berbeza dengan tempat yang lain dan Islam membenarkan urf ini sehingga ada di kalangan mereka yang berpendapat bahawa urf adalah sebahagian dari sumber hukum. Sesungguhnya hal ini jelas keliru dan mengelirukan. Adapun perubahan urf (samada tradisi atau adat istiadat manusia), langsung tidak ada kena mengena atau mempengaruhi perubahan hukum, kerana urf bukanlah merupakan 'illat (dasar kewujudan) suatu hukum. Urf adakalanya bertentangan dengan syara’, adakalanya tidak. Apabila bertentangan dengan syara’ maka syara’lah yang diikut. Syara’ akan menghapus dan merubahnya, sebab salah satu fungsi syari'at adalah untuk merubah urf yang rosak yang menjadi penyebab rosaknya masyarakat. Inilah sebabnya kenapa urf tidak boleh dijadikan dasar maupun illat hukum syara’. Hukum Allah samasekali tidak berubah kerana urf. Apabila urf tidak bertentangan dengan syara’ maka hukum tersebut adalah diambil atau ditetapkan berdasarkan dalil syara’, mengikut illat syar'iyyahnya, bukan kerana urfnya. Sebagai contoh, kita lihat adat orang Melayu membuka kasut/selipar apabila memasuki rumah. Adat ini sememangnya tidak menyalahi syara’, tetapi adat ini bukan menjadi dalil untuk menetapkan hukum, apatah lagi untuk merubah hukum. Maksudnya, jika orang Islam Amerika datang ke Malaysia, adakah dia ‘wajib’ membuka kasut, kerana ini adalah urf di sini? Jika urf boleh dijadikan dalil untuk menetapkan hukum, maka orang Islam Amerika tadi wajiblah membuka kasutnya. Tentulah hukumnya bukan begini. Oleh itu, kita membuka kasut/selipar sebelum memasuki rumah kerana syara’ membenarkannya, bukannya kerana urf yang membenarkannya. Dalam masa yang sama, syara’ juga tidak pernah menghalang seseorang untuk masuk ke rumah dengan berkasut. Dengan kata lain walaupun masuk ke rumah dengan berkasut adalah menyalahi urf (dalam masyarakat Melayu), tetapi ia tidak menyalahi syara’. Jadi ukuran kita di sini adalah syara’, bukannya urf. Oleh itu, jika orang Islam Amerika masuk ke rumah (sama ada di Amerika atau di Malaysia) dengan berkasut, ini sesungguhnya tidak menyalahi syara’, sebagaimana tidak salahnya orang Islam Melayu masuk ke rumah (sama ada di Malaysia atau di Amerika) dengan membuka kasut. Justeru, walaupun adat kedua-dua bangsa ini berbeza, tetapi langsung tidak ada perubahan hukum walaupun ada perubahan urf di dua tempat yang berlainan. Kedudukan ini terpakai untuk apa jenis urf sekalipun, kerana yang dinilai adalah syara’, bukannya urf. Berdasarkan hal ini kita perlu fahami bahawa hukum-hukum syara' itu ditetapkan berdasarkan dalil/nas tidak ada kaitannya sedikitpun dengan tradisi maupun urf secara mutlak. Kesesuaian syari'at Islam untuk setiap waktu dan tempat adalah disebabkan syariat Islam itu mampu mengatasi dan menyelesaikan berbagai masalah manusia di setiap waktu dan tempat dengan berbagai macam hukum-hukumnya. Bahkan Islam mampu menyelesaikan semua masalah manusia walau bagaimana luas dan beraneka ragam sekalipun. Ini adalah kerana tatkala syara’ menyelesaikan masalah manusia, ia didasarkan kepada sifat alami manusia yang tidak akan pernah berubah sejak manusia diciptakan sehinggalah ke hari kiamat. Manusia pada setiap masa dan tempat adalah tetap sebagai manusia. Gharizah (naluri) dan Hajatul Udhawiyah (keperluan jasmani) manusia, selamanya tidak akan berubah. Demikian pula hukum-hukum penyelesaiannya juga tidak berubah. Yang berubah hanyalah sarana atau teknologi di dalam kehidupan manusia. Adapun mengenai tuntutan kehidupan yang sentiasa muncul dalam bentuk yang berbeza-beza, ia pada hakikatnya adalah manifestasi berbeza-beza dari gharizah dan keperluan jasmani manusia (yang tetap tidak berubah). Hal seperti inilah yang menjadi salah satu faktor perkembangan fiqh di dalam Islam. Namun demikian, keluasan syari’at tidak berarti syari’at itu fleksibel sehingga dapat disesuaikan dengan segala sesuatu walaupun bertentangan dengan syara’. Tidak berarti juga bahawa syari'at itu berubah secara beransur-ansur sehingga dapat diubah sesuai dengan zaman. Akan tetapi, yang dimaksudkan dengan keluasan nas-nas syara’ adalah sebagai sumber pengambilan berbagai macam hukum dan keluasan hukum untuk mengatasi beraneka ragamnya masalah manusia. Sebagai contoh, kita perhatikan firman Allah: “... kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu, maka berilah kepada mereka upahnya ...” [TMQ At-Thalaq (65):6]. Dari ayat ini dapat diambil hukum syara’ bahawa wanita yang ditalak berhak mendapatkan upah menyusukan anak. Dari ayat yang sama dapat juga diambil hukum syara’ bahawa seorang pekerja, apapun jenisnya, berhak menerima upah apabila melakukan pekerjaannya, baik ia sebagai pekerja umum (public worker) maupun khusus (private worker). Hukum ini juga berlaku terhadap beberapa masalah hukum di antaranya bahawa seorang pekerja sektor awam, pekerja kilang, buruh kasar dan sebagainya, masing-masing berhak menerima upahnya apabila ia telah menyempurnakan pekerjaannya kerana statusnya sebagai ajir al-khas (pekerja khusus). Begitu pula seorang tukang kayu yang membuat almari, penjahit yang menjahit baju, tukang kasut yang membuat kasut dan yang sejenisnya, masing-masing berhak menerima upah apabila telah melakukan pekerjaannya, kerana statusnya sebagai ajir al-am (pekerja umum). Keluasan nas syara’ seperti inilah, dalam pengambilan hukum-hukum yang beraneka ragam dan keluasan hukum untuk mengatasi beraneka macam masalah manusia, yang menjadikan syari'at Islam mampu menyesaikan seluruh masalah kehidupan di setiap zaman dan tempat, di setiap umat serta generasi. Keluasan hukum itu sendiri bukan bermaksud hukum itu fleksibel dan boleh berubah mengikut zaman dan tempat, tetapi ia bermaksud betapa dinamiknya nas syara’ (yang sedia ada di dalam al-Quran dan Sunnah) di dalam menyelesaikan masalah manusia di zaman manapun dan di kawasan manapun ia berada. Khatimah Wahai kaum Muslimin! Allah Yang Maha Mencipta telah mencipta kita dan mencipta hukum untuk kita. Hukum yang Allah cipta ini tidak pernah berubah kecuali kerana dua sebab sahaja. Pertama kerana berlakunya nasikh-mansukh, yang mana Allah sendiri atau melalui lisan NabiNya Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memansukhkan hukum tersebut. Hal ini hanya berlaku semasa Rasulullah masih hidup sahaja kerana hukum masih lagi turun. Setelah kewafatan baginda, maka agama ini telah lengkap dan sempurna dan tidak ada lagi perubahan padanya. Justeru, jika berlaku juga perubahan kepada hukum Allah, maka ini sudah tentu berlaku kerana sebab yang kedua, yakni manusialah yang merubah hukum Allah itu. Sesungguhnya tidak pernah berlaku perubahan di dalam hukum Allah sejak wafatnya Rasulullah kecuali perubahan hukum itu berlaku disebabkan oleh tangan-tangan keji manusia yang merubahnya. Oleh itu saudaraku, berhati-hatilah dengan seruan untuk mengkaji dan menafsirkan semula al-Quran agar kita tidak berada di lembah kemaksiatan yang dipenuhi dengan manusia fasik yang merubah hukum Allah dengan tangan-tangan mereka. Na’uzubillah min zalik. Semoga Allah memelihara kita dari mereka.
MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH ADALAH WAJIB
"We must put an end to anything which brings about any Islamic unity between the sons of the Muslims. As we have already succeeded in finishing off the Khilafah, so we must ensure that there will never arise again unity for the Muslims, whether it be intellectual or cultural unity… The situation now is that Turkey is dead and will never rise again, because we have destroyed its spiritual strength, the Khilafah and Islam". (Kita mesti hapuskan apa-apa sahaja yang boleh membawa kepada penyatuan di kalangan umat Islam. Memandangkan kita telah berjaya menghancurkan Khilafah, jadi kita mesti pastikan yang umat Islam tidak akan bersatu kembali, samada secara intelektual atau kebudayaan… Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah mati dan ia tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan ruhnya (yakni) Khilafah dan Islam) - [Lord Curzon, Menteri Luar British, di hadapan House of Commons setelah Perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1924]. Itulah kata-kata yang penuh dengan keyakinan dan keegoan si kafir laknatullah, Lord Curzon setelah mereka berjaya menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah secara rasmi, tepatnya pada 3 Mac 1924, jam 6.30 pagi. Pihak kuffar Barat benar-benar memahami bahawa kekuatan dan penyatuan umat Islam yang hakiki adalah di bawah Daulah Khilafah. Kerana itulah mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dan menggunakan segala kekuatan, tipu helah, kelicikan dan agen-agen mereka bagi menghancurkan umat Islam. Bukan setakat itu sahaja, setelah mereka berjaya dan bergembira menyaksikan kehancuran Islam, mereka tidak pernah lalai dan berhenti dari usaha mereka seterusnya untuk memastikan umat Islam tidak akan bangkit dan bersatu kembali. Tidak cukup dengan itu, mereka malah melakukan serangan fizikal secara besar-besaran ke atas umat Islam, merogol, membunuh, memerangi, menangkap, memenjara, menyiksa dan melakukan pelbagai bentuk kekejaman lainnya yang benar-benar tidak berperikemanusiaan. Umat Islam diperlakukan umpama binatang, malah jauh lebih buruk dari itu. Ya, mereka telah melakukan semua itu dan mereka telah melakukannya dengan begitu mudah sekali! Kenapa? Kerana umat Islam telah kehilangan perisainya yang selama ini menjaga dan melindungi mereka – Khalifah! Apa yang kita saksikan saban hari sejak kejatuhan Khilafah hinggalah ke hari ini adalah penderitan demi penderitaan yang tidak berkesudahan menimpa umat Islam. Kesatuan umat Islam telah berkecai dan persaudaraan mereka telah hancur. Segala ini berlaku setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah di mana umat Islam mula dihadiahkan kemerdekaan oleh pihak kuffar Barat untuk menubuhkan negara bangsa (nation states). Maka dari sini, masing-masing mula berjuang untuk bangsa dan berebut-rebut bersengketa sesama sendiri untuk berkuasa dan mengekalkan kekuasaan, tanpa menghiraukan lagi apa yang terjadi kepada saudara mereka di negara lain. Yang penting, perlu bersyukur dengan keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati di negara sendiri. Bangsa lain, negara lain... itu masalah mereka, tidak ada kena mengena dengan kita. Itu masalah dalaman negara mereka dan kita tidak boleh dan tidak perlu campurtangan. Kita berkecuali. Inilah antara kata-kata yang lahir dari sebahagian umat Islam, khususnya pemimpin mereka! Wahai kaum Muslimin! Demikianlah secebis kisah bagaimana bermulanya segala penderitaan dan kehinaan yang menimpa umat ini, umat yang pernah satu ketika dulu memimpin dunia dan membawa rahmat ke setiap penjuru alam. Tidak ada fakta yang dapat menafikan bahawa Sistem Pemerintahan Khilafah yang telah diamalkan oleh umat Islam semenjak zaman Khalifah Rasyidah hinggalah ke zaman Uthmaniyyah, telah menjaga dan melindungi umat Islam. Apa yang telah dilakukan oleh para Khulafa’ Rasyidah dan diteruskan oleh pengganti-pengganti mereka ini telah terpahat dalam sejarah dan memenuhi ribuan lembaran kitab. Walaubagaimanapun, kita perlu memahami dengan sebenar-benar pemahaman bahawa apa yang telah terpahat itu bukan sekadar sejarah, tetapi ia adalah sebuah kewajiban yang telah ditunaikan oleh para pendahulu kita, yang juga merupakan kewajiban yang sama yang diletakkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala ke atas kita untuk melakukannya. Umat Islam itu hanya akan meraih kemulian dengan mematuhi perintah dan larangan Allah. Apabila sistem pemerintahan dari Allah tidak diterapkan, sebaliknya diganti dengan diterapkan sistem kufur dari Barat, bagaimanakah kemuliaan Allah akan bersama kita? Wahai kaum Muslimin, pada 3 Mac 2007 genaplah 83 tahun jatuhnya Khilafah, sebuah sistem pemerintahan yang selama ini telah mendatangkan kemuliaan dan rahmat buat umat Muhammad khasnya dan dunia amnya. Sempena itu, Sautun Nahdhah kali ini akan memperingatkan semula umat Islam akan kewajiban untuk menegakkannya. Mendirikan Khilafah Adalah Wajib Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia. Kata lain dari Khilafah adalah Imamah di mana keduanya mempunyai makna yang sama. Hal ini diterangkan di dalam banyak hadis sahih yang menunjukkan persamaan makna kedua-dua lafaz ini [Syeikh Taqiyyuddin An Nabhani, Nizhamul Hukmi Fil Islam]. Perlu difahami bahawa, Khilafah itu adalah Sistem Pemerintahan Islam dan Khalifah itu adalah ketua negaranya (head of the State). Ringkasnya, ketua negara Daulah Khilafah adalah Khalifah. Juga, tidak salah jika ketua negara itu digelar Imam atau Amirul Mukminin kerana gelaran semacam ini terdapat di dalam Hadis dan Ijma’ Sahabat. Dari definisi ini, jelas bahawa Daulah Khilafah wujudnya hanya satu untuk seluruh dunia. Ini kerana nas-nas syara’ memang menunjukkan kewajiban umat Islam untuk bersatu dalam satu institusi negara sahaja dan haram bagi umat Islam mempunyai lebih dari satu negara. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Dan berpeganglah kalian semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai…” [TMQ Ali-’Imran (3):103]. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam masalah persatuan umat ini bersabda: “Barangsiapa mendatangi kalian, sedang urusan kalian ada di bawah kepemimpinan satu orang (Imam/Khalifah), dan dia hendak memecah belah kesatuan kalian dan mencerai-beraikan jemaah kalian, maka bunuhlah dia” [HR Muslim]. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Jika dibai’at dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya.” [HR Muslim] Selain al-Quran dan as-Sunnah, Ijma’ Sahabat juga turut menegaskan prinsip kesatuan umat di bawah kepemimpinan seorang Khalifah. Abu Bakar Ash Shiddiq suatu ketika pernah berkata, “Tidak halal bagi kaum Muslimin mempunyai dua pemimpin”. Perkataan ini didengar oleh para sahabat dan tidak seorang pun dari mereka yang mengingkarinya, sehingga menjadi ijma’ di kalangan mereka. Bahkan sebahagian fuqaha menggunakan Qiyas untuk menetapkan prinsip kesatuan umat. Imam Al Juwaini berkata, “Para ulama kami (mazhab Syafi’i) tidak membenarkan akad Imamah (Khilafah) untuk dua orang. Kalau ini terjadi, ini sama halnya dengan seorang wali yang menikahkan seorang perempuan dengan dua orang laki-laki” Maksudnya, Imam Juwaini mengqiyaskan keharaman adanya dua Imam bagi kaum Muslimin dengan keharaman wali menikahkan seorang perempuan dengan dua orang lelaki yang akan menjadi suaminya. [Lihat Dr. Muhammad Khair, Wahdatul Muslimin fi Asy Syari’ah Al Islamiyah] Dalil Al-Quran Di dalam al-Quran memang tidak terdapat istilah ‘Daulah’ yang bererti ‘Negara’. Tetapi di dalam al-Quran terdapat ayat yang menunjukkan wajibnya umat memiliki pemerintahan/negara (ulil amri) dan wajibnya menerapkan hukum dengan hukum-hukum yang diturunkan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul(Nya) dan ulil amri di antara kalian.” [TMQ An-Nisaa` (4):59] Ayat di atas memerintahkan kita untuk mentaati Ulil Amri, iaitu Al Haakim (Penguasa). Perintah ini, secara dalalatul iqtidha`, bererti perintah pula untuk mengadakan atau mengangkat Ulil Amri, jika Ulil Amri itu tidak ada. Ini adalah kerana tidak mungkin Allah memerintahkan kita untuk mentaati orang yang tidak wujud. Tatkala Allah memberi perintah untuk mentaati Ulil Amri, bererti Allah memerintahkan pula untuk mewujudkannya Oleh itu, jelas bahawa mewujudkan Ulil Amri itu adalah wajib. Tambahan lagi, adanya Ulil Amri menyebabkan terlaksananya kewajipan menegakkan hukum syara’, sedangkan mengabaikan terwujudnya Ulil Amri menyebabkan terabainya hukum syara’. Inilah apa yang berlaku sekarang di mana hukum syara’ tidak lagi diterapkan kerana tiadanya Ulil Amri di kalangan umat Islam. Di samping itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memerintahkan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk mengatur urusan kaum Muslimin berdasarkan hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah. Firman Allah, “Maka putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka (dengan) meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.” [TMQ Al-Ma’idah (5):48]. “Dan putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari apa yang telah diturunkan Allah kepadamu” [TMQ Al-Ma’idah (50:49]. Dalam kaedah usul fiqh dinyatakan bahawa, perintah (khitab) Allah kepada Rasulullah juga merupakan perintah kepada umat Islam selama tidak ada dalil yang mengkhususkan perintah ini hanya untuk Rasulullah. Berhubung dengan ayat di atas, tidak ada dalil yang mengkhususkan perintah tersebut hanya kepada Rasulullah. Oleh kerana itu, ayat-ayat tersebut bersifat umum, iaitu berlaku juga bagi umat Islam. Dan menegakkan hukum-hukum yang diturunkan Allah tidak mempunyai makna lain kecuali menegakkan hukum dan pemerintahan, sebab dengan pemerintahan itulah hukum-hukum yang diturunkan Allah dapat diterapkan secara sempurna. Dengan demikian, ayat-ayat ini menunjukkan wajibnya ada sebuah ‘Negara’ untuk menjalankan semua hukum Islam, dan ‘Negara (Islam)’ itu adalah Negara Khilafah. Dalil As-Sunah Abdullah bin Umar meriwayatkan, “Aku mendengar Rasulullah mengatakan, ‘Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa hujah. Dan barangsiapa mati sedangkan di pundaknya tidak ada bai’ah (kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah” [HR Muslim]. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mewajibkan adanya bai’at pada pundak setiap Muslim dan mensifati orang yang mati dalam keadaan tidak berbai’at seperti matinya orang-orang jahiliyyah. Padahal bai’at hanya dapat diberikan kepada Khalifah, bukan kepada yang lain. Jadi hadis ini menunjukkan kewajipan mengangkat seorang Khalifah, yang dengannya dapat terwujud bai’at di pundak setiap Muslim. Sebab bai’at akan ada di pundak kaum Muslimin jika ada Khalifah/Imam yang memimpin kaum Muslimin. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR Muslim] Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Dahulu Bani Israel diuruskan (dipimpin) oleh para nabi. Setiap kali wafat seorang nabi diutuslah nabi yang lain. Sesungguhnya tidak ada lagi nabi sesudahku, tetapi akan ada para Khalifah dan jumlahnya banyak.” Para sahabat bertanya, apa yang engkau perintahkan kepada kami (dalam keadaan itu)? Nabi menjawab, “Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu sahaja dan berilah kepada mereka hak-hak mereka. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban mereka atas apa yang mereka uruskan.” [HR Muslim] Hadis-hadis ini merupakan pemberitahuan (ikhbar) dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa seorang Khalifah adalah laksana perisai, dan bahawa akan ada penguasa-penguasa yang memerintah kaum Muslimin. Pernyataan Rasulullah bahawa seorang Imam itu laksana perisai menunjukkan pemberitahuan tentang adanya fungsi keberadaan seorang Imam, dan ini merupakan suatu tuntutan (thalab). Ini adalah kerana, setiap ikhbar yang berasal dari Allah dan Rasul-Nya, apabila mengandungi celaan (adz-dzamm) maka yang dimaksudkan adalah tuntutan untuk meninggalkan (thalab at-tarki), atau merupakan larangan (an-nahy); dan apabila mengandung pujian (al mad-hu) maka yang dimaksudkan adalah tuntutan untuk melakukan perbuatan (thalab al-fi’li). Dan sekiranya pelaksanaan perbuatan yang dituntut itu menyebabkan tegaknya hukum syara’ atau jika ditinggalkan mengakibatkan terabainya hukum syara’, maka tuntutan untuk melaksanakan perbuatan itu bersifat pasti (fardhu). Oleh itu hadis-hadis ini menunjukkan wajibnya Khilafah, kerana tanpa Khilafah banyak hukum syara’ yang akan terabai. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Bila seseorang melihat sesuatu yang tidak disukai dari amirnya (pemimpinnya), maka bersabarlah kerana barangsiapa memisahkan diri dari penguasa (pemerintahan Islam/Khilafah) walau sejengkal saja, lalu ia mati, maka matinya adalah mati jahiliyah.” [HR Muslim]. Hadis ini menjelaskan keharaman kaum Muslimin keluar memberontak terhadap penguasa (Khalifah). Ini bererti bahawa adanya Daulah Khilafah adalah suatu kewajiban, sebab tidak mungkin Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam begitu tegas sekali menyatakan bahawa orang yang memisahkan diri dari Khilafah akan mati jahiliyah. Maka, wujudnya pemerintahan Islam bagi kaum Muslimin statusnya adalah wajib. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda: “Barangsiapa membai’at seorang Imam (Khalifah), lalu memberikan genggaman tangannya dan menyerahkan buah hatinya, hendaklah ia mentaatinya semaksima mungkin. Dan jika datang orang lain hendak mencabut kekuasaannya, penggallah leher orang itu.” [HR Muslim]. Dalam hadis ini Rasululah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memerintahkan kaum Muslimin untuk mentaati para Khalifah dan memerangi orang-orang yang merebut kekuasaan mereka. Perintah Rasulullah ini bererti perintah untuk mengangkat seorang Khalifah dan memelihara kekhilafahannya dengan cara memerangi orang-orang yang merebut kekuasaannya. Semua ini merupakan penjelasan tentang wajibnya keberadaan penguasa kaum Muslimin, iaitu Imam atau Khalifah. Ini adalah kerana sekiranya ia tidak wajib, nescaya tidak mungkin Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memberikan perintah yang begitu tegas untuk memelihara eksistensinya, iaitu perintah untuk memerangi orang yang ingin merebut kekuasaan Khalifah. Dalil Ijma’ Sahabat Sebagai sumber hukum Islam ketiga, Ijma’ Sahabat menunjukkan dengan sejelas-jelasnya kepada kita bahawa mengangkat seorang Khalifah sebagai pemimpin umat Islam adalah wajib. Para sahabat telah sepakat mengangkat Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib ridhwanullah ‘alaihim, sebagai Khalifah yang memimpin dunia Islam. Ijma’ Sahabat yang membuktikan kewajiban pengangkatan seorang Khalifah diambil dari peristiwa yang berlaku di Saqifah Bani Sai’dah di mana para sahabat dan ahlu halli wal aqdi saat itu sibuk bermesyuarat bagi mengangkat seorang Khalifah. Walaupun jenazah Rasulullah masih belum dikebumikan, tetapi keseluruhan sahabat masih sibuk berbincang soal pengangkatan Khalifah. Mereka ternyata telah menunda kewajipan menanam jenazah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan mendahulukan pengangkatan seorang Khalifah pengganti baginda. Hal ini berlaku walhal mereka mengetahui bahawa menguburkan mayat secepatnya adalah suatu tuntutan, apatah lagi jenazah itu adalah jenazah Rasulullah sendiri, namun, para sahabat tetap mendahulukan usaha-usaha untuk mengangkat Khalifah daripada menanam jenazah Rasulullah. Sedangkan sebahagian sahabat lain pula (yang tidak terlibat) turut mendiamkan hal ini dan ikut pula bersama-sama menunda kewajipan mengebumikan jenazah Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Peristiwa ini terjadi di dalam rentang waktu 3 hari 2 malam, padahal mereka mampu mengingkari hal ini dan mampu menanam jenazah Nabi secepatnya. Fakta ini menunjukkan adanya kesepakatan (ijma’) mereka untuk mendahulukan kewajipan mengangkat Khalifah daripada menguburkan jenazah. Hal itu tak mungkin terjadi kecuali status hukum mengangkat seorang Khalifah adalah lebih wajib didahului daripada menguburkan jenazah. Demikian pula bahawa seluruh sahabat selama hidup mereka telah bersepakat mengenai kewajipan mengangkat seorang Khalifah. Walaupun sering muncul perbezaan pendapat mengenai siapakah yang lebih layak untuk dipilih dan diangkat menjadi Khalifah, namun mereka tidak pernah berselisih pendapat sedikit pun mengenai wajibnya mengangkat seorang Khalifah, baik ketika wafatnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mahupun ketika pergantian masing-masing Khalifah yang empat. Oleh kerana itu Ijma’ Sahabat merupakan dalil yang jelas dan kuat bagi kita bahawa mengangkat seorang Khalifah sebagai pemimpin bagi seluruh kaum Muslimin adalah wajib. Dalil Dari Kaedah Syar’iyyah Dilihat dari sudut usul fiqh, mengangkat Khalifah juga adalah wajib. Dalam usul fiqh terdapat satu kaedah syar’iyah yang disepakati para ulama, “Sesuatu kewajipan yang tidak dapat disempurnakan kecuali dengan suatu perbuatan, maka perbuatan itu adalah wajib.” Menerapkan hukum-hukum yang berasal dari Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam segala aspeknya adalah wajib. Hal ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa adanya kekuasaan Islam yang dipimpin oleh seorang Khalifah. Maka dari itu, berdasarkan kaedah syar’iyyah tadi, eksistensi Khilafah hukumnya menjadi wajib. Pendapat Para Ulama Seluruh imam mazhab dan para mujtahid tanpa kecuali telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah (atau Imamah) ini. Pendapat-pendapat mereka tentang kewajiban ini tertuang di dalam kitab-kitab karangan mereka yang masyhur. Kami telahpun mengemukakan beberapa nama beserta kitab mereka di dalam Sautun Nahdhah keluaran yang ke-100 bertajuk “Dakwah Hizbut Tahrir”. Di harap para pembaca boleh merujuk kepada keluaran tersebut atau melayari laman web kami. Khatimah Wahai kaum Muslimin! Ingin kami tegaskan sekali lagi bahawa walaupun perjuangan menegakkan Khilafah itu telah sinonim dengan Hizbut Tahrir, namun kewajiban ini adalah kewajiban kita semua. Sebuah kewajiban itu statusnya sama sahaja bagi setiap Muslim, tidak kira siapa pun dia, bangsa dan keturunan apa pun dia selama mana dia termasuk dari kalangan yang mengucap syahadah. Apa yang dikatakan kewajiban di dalam Islam adalah suatu perkara yang mesti dilakukan oleh setiap mukallaf, yang dengan melakukannya akan beroleh pahala dan meninggalkannya adalah suatu dosa. Oleh itu, tiada beza di antara kewajiban solat, puasa, zakat, mentaati ibu bapa, menuntut ilmu, berdakwah, menegakkan Khilafah dan sebagainya. Semuanya adalah kewajiban dan kita semua wajib melakukannya. Sesungguhnya kami di Hizbut Tahrir senantiasa mengimani janji Allah Subhanahu wa Ta’ala dan membenarkan khabar gembira dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang kembalinya Khilafah ala minhaj nubuwwah untuk kedua kalinya. Kami senantiasa berusaha dan yakin akan kedatangan penyelamat umat ini seraya memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar Dia memuliakan kami dengan tertegaknya Khilafah melalui tangan-tangan kami; agar kita semua dapat bernaung di bawahnya; agar kita semua dapat mengibarkan panji-panji Rasulullah di seluruh pelusuk bumi; agar cahaya Allah akan kembali menerangi alam. Insya Allah. Justeru, marilah kita bersama-sama memikul kewajiban ini wahai kaum Muslimin. Bersama-samalah dengan Hizbut Tahrir di dalam dakwahnya mengembalikan semula kemuliaan umat ini. ALLAHU AKBAR!