di Palestin diperangi sedemikian rupa oleh Israel. Di depan Konsulat Mesir, kaum Muslimin Australia yang dipimpin oleh Hizbut Tahrir Australia menyuarakan protes atas pengkhianatan penguasa Mesir terhadap Palestin pada hari Sabtu 27/12/08. Baru beberapa hari sebelum itu Presiden Mesir, Hosni Mubarak berjabat tangan dengan Menteri Luar Israel Tzipni Livni walhal pada hari yang sama, tentera Israel laknatullah secara brutal membantai sekurang-kurangnya 140 Muslim Palestin. Aksi protes ini Hizbut Tahrir Australia ini dimulai dengan berjalan kaki dari Masjid Surry Hills menuju Konsulat Mesir. Mereka berjalan kaki dengan melaungkan takbir dan juga seruan. Liwa’ dan Rayah Rasulullah yang tertulis kalimat tauhid berkibar dengan megah di sepanjang jalan di bumi kanggaru tersebut. Di samping itu, mereka membawa poster-poster yang berisi slogan-slogan seperti, "Wahai tentera Muslim! Lindungi Gaza bukan Israel", "Bersabarlah Gaza, Kami Tak Melupakan Kalian", "Khilafah akan segera membebaskan Palestin". Setelah tiba di depan Konsulat Mesir, pemimpin demonstrasi aman tersebut, Sdr. Mustaq dengan penuh perasaan menyampaikan tujuan protes tersebut yakni agar kaum Muslimin bersatu melawan segala penindasan yang menimpa saudara mereka. Masalah Palestin bukanlah masalah orang Arab atau warga Palestin sahaja, tetapi ianya adalah masalah kaum Muslimin secara keseluruhannya yang perlu diselesaikan dengan cara Islam. "Kenyataannya, kita sebagai sebahagian kaum Muslimin perlu berjuang untuk Islam dan untuk saudara-saudara kita di luar sana. Sudah sedia maklum bahawa kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pun dari pemerintah kita," tegas Mustaq. "Mereka tidak lain hanyalah tirani yang tidak pernah mendukung umat Islam dan kita harus berhenti berharap pada mereka," tambahnya lagi. Dalam demonstrasi itu juga, Fawaz selaku yang pertama berucap, memperkatakan tentang alasan kenapa mereka hadir di hadapan Konsulat Mesir pada hari itu. Diikuti dengan pembicara lainnya, iaitu Doktor Housam yang berucap dalam bahasa Arab. Beliau menyerukan penolakan atas rejim jahat, terutama rejim Mesir yang telah bekerjasama dalam pemboikotan dan pengepungan Gaza. Muslimah Hizbut Tahrir Australia, menyampaikan pesanan ringkas di mana beliau mengungkap persekongkolan penguasa umat Islam dengan Israel. Beliau menyentuh peristiwa beberapa hari lalu di mana Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, telah bertemu dengan pegawai tertinggi Mesir pada hari Khamis, di tengah-tengah meruncingnya keganasan Israel di Gaza. Beliau juga mengingatkan kepada kaum Muslimin bahawa penguasa Mesir melakukan perbuatan yang sungguh memalukan apabila telah bertemu dengan pegawai tinggi Israel untuk membincangkan nasib Gaza, sementara mereka menolak untuk menolong saudara mereka sendiri di Palestin. Sungguh memalukan, sikap penguasa Mesir yang tidak mengendahkan panggilan anak-anak kaum Muslimin yang kelaparan serta tangisan kaum ibu, namun dalam masa yang sama mereka bertoleransi serta berkompromi dengan perbincangan perdamaian dengan ketua negara haram Israel, tegasnya. Sebagai penutup, Syeikh Abu Anas dari Hizbut Tahrir Australia, memberikan ringkasan serta menyampaikan pesanan yang sangat penting. Ia menyeru kaum Muslimin untuk bersatu dan terus berdiri untuk saudaranya yang lain, bukan hanya Gaza, tetapi juga Chechnya, Kashmir, Iraq, Somalia, Afghanistan dan semua negeri yang tertindas. Ia mengingatkan umat Islam dengan firman Allah SWT, "Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan terhadap mereka" [TMQ al-Anfal (8):72]. Demonstrasi aman tersebut akhirnya ditutup dengan doa yang ditujukan untuk kaum Muslimin di pelbagai negeri serta memohon agar kaum Muslimin diberikan kekuatan oleh Allah untuk tetap bekerja siang dan malam dalam menegakkan kembali pelindung ummah, Al-Khilafah, satu-satunya penyelesaian dan perisai untuk melindungi kaum Muslimin di seluruh dunia. Pada hari yang sama, keganasan tentera Israel kembali terungkap dengan serangan yang dilancarkan mereka yang mengakibatkan lebih dari 230 warga Palestin terkorban dan ratusan lainnya cedera. Serangan ganas Israel ini dilakukan selang beberapa hari setelah Menteri Luar Israel Tzipni Livni berjabat tangan dengan Presiden Mesir Housni Mubarak di Kairo. Jika sebahagian kecil komuniti Muslim di Australia sahaja berani untuk menentang kezaliman Israel, lalu di manakah keberanian para penguasa Muslim saat ini yang di belakang mereka terdapat jutaan tentera kaum Muslim? Sungguh menyedihkan apabila umat ini tidak mempunyai seorang Khalifah yang akan menggerakkan bala tentera ke Palestin untuk menghancurkan Israel laknatullah. |
Demonstrasi oleh Hizbut Tahrir Australia terhadap keganasan Israel laknatullah
Hijrah: Tokoh Islam masih jauh hanyut
KUALA LUMPUR 28 Dis. - Umat Islam diminta mengambil kesempatan bermuhasabah diri dengan menjadikan akhlak Nabi Muhammad SAW sebagai contoh sempena sambutan Maal Hijrah esok.
Beberapa tokoh tempatan berkata, kisah pengorbanan dan sejarah penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah untuk menyebarkan syiar Islam itu wajar dibanggakan dan dijadikan contoh oleh semua penganut agama suci itu.
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, tarikh 1 Muharam adalah sangat signifikan dengan permulaan penyebaran agama tersebut di dunia.
''Justeru, sambutan Maal Hijrah harus dibangga dan didahulukan oleh umat Islam berbanding perayaan lain di negara ini. Inilah masanya kita perlu beriltizam untuk memperbaiki diri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas sambutan tahun baru kalendar Islam yang jatuh esok.
Exco Persatuan Ulama Malaysia, Ishak Sulaiman pula memberitahu, sambutan Maal Hijrah di negara ini kurang mendapat perhatian orang ramai kerana penganjuran yang kurang kreatif.
''Saya lihat banyak sangat program stereotaip seperti ceramah di masjid-masjid sempena perayaan itu dan ini perlu segera ditukar," jelasnya.
Menurutnya, pihak-pihak berwajib perlu lebih kreatif dalam menganjurkan sambutan itu seperti mengadakan pertandingan tertentu bagi menggalakkan penyertaan orang ramai.
Dalam pada itu, pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid memberitahu, fenomena sambutan Maal Hijrah yang hambar di negara ini adalah sesuatu yang menyedihkan.
Katanya, keadaan tersebut menunjukkan seolah-olah pengaruh Islam di negara ini terlalu rendah, walaupun majoriti rakyatnya menganut agama berkenaan.
''Jadi saya menyeru umat Islam dari semua peringkat supaya memperkasakan pengetahuan sejarah Islam mereka dan membudayakan setiap perayaan dalam kalendar Islam," jelasnya.
Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pula mengajak kesemua peminat mengambil berkat sambutan tahun baru Islam itu dengan melakukan amalan seperti doa awal dan akhir tahun serta amalan sunat lain.
"Sambutan Maal Hijrah ini lebih bermakna dan istimewa daripada sambutan tahun baru Masihi jadi golongan artis kena sama-sama menyambut dan meraikannya supaya menjadi ikutan peminat," katanya.
Sementara itu, Angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed berkata, "tahun baru Hijrah ini menuntut rakyat terus melihat dengan pandangan yang lebih besar bagi membawa negara ke mercu kejayaan."
Sumber: Utusan Malaysia 29/12/08
Ulasan:
Inilah sebahagian pandangan masa kini terhadap ketibaan awal Muharram. Masing-masing cuba memperkatakannya mengikut perspektif masing-masing. Sering kali ‘bentuk sambutan’ dipersoalkan dan dicadangkan agar sambutannya dibuat dengan lebih meriah dan kreatif.
Inilah pandangan dan kesibukan beberapa tokoh di Malaysia dalam usaha mereka membincangkan dan ‘memeriahkan’ lagi sambutan awal Muharram, tatkala umat Islam di Palestin pada masa ini sedang ‘dimeriahkan’ dengan bedilan peluru dan bom Israel. Umat Islam di Malaysia masih sibuk membincangkan soal ‘perubahan diri’ dan soal memperkenalkan Malaysia di mata dunia, tatkala saudara mereka di Gaza merintih dan meraung memerlukan pertolongan.
Sesungguhnya 1 Muharram yang sering dikaitkan dengan hijrah bukanlah simbolik kepada perubahan diri, bahkan peristiwa hijrah itu sendiri perlu difahami agar ia dapat membentuk kesedaran politik kepada titik perubahan keseluruhan hidup kaum Muslimin, sama ada pada generasi tersebut mahupun generasi selepasnya. Hijrahnya Rasulullah dan para sahabat tatkala itu bukanlah hijrah ‘perubahan diri’, tetapi berhijrah dari kufur di mana umat Islam ditindas dan diperangi dengan begitu hebat oleh golongan kuffar, menuju ke Madinah bagi mewujudkan sebuah Negara Islam yang akan menyelamatkan darah dan nyawa kaum Muslimin. Inilah hakikat hijrah Nabi saw.
Negara Islam yang dibina oleh Rasulullah diteruskan lagi oleh para sahabat dan Daulah Khilafah ini terus berkembang dan ia menjaga harta, darah dan nyawa umat Islam yang bernaung di bawahnya. Setelah kejatuhan Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342 H (3 Mac 1924), Umat Islam kini sudah tidak lagi mempunyai sebuah negara. Bertambah malang, peristiwa hijrah Rasul hanya dikenang di dalam bentuk perarakan dan penganugerahan tokoh Ma’al Hijrah saban tahunnya. Apakah dengan sambutan sebegini, maka akan berubahlah nasib umat di Malaysia, atau apatah lagi nasib umat Islam di Palestin yang kini sedang diratah tentera Israel laknatullah.
Kesan yang signifikan dari peristiwa hijrah Nabi SAW adalah, umat Islam pada ketika itu keluar dari kegelapan hidup berselubungkan sistem kehidupan Jahiliyyah di bawah pemerintahan dan undang-undang kufur. Manakala kaum Muslimin di Mekah pula tidak henti-henti diperangi dan dibunuh oleh kuffar Quraisy. Justeru, hijrahnya Rasul SAW dan para sahabat dengan membentuk sebuah Negara Islam dan selepas itu barulah wujud kekuatan untuk melawan kekuatan musuh dalam bentuk ‘sebuah negara’. Kemudian, dengan Negara tersebut, Rasulullah SAW melancarkan jihad dan membebaskan kaum Muslimin dari kekejaman kuffar. Inilah hijrah Nabi SAW. Namun sayangnya saat ini di kala umat Islam diperangi oleh kuffar, sebahagian mereka yang bergelar tokoh di Malaysia masih membicarakan tentang ingin menyambut awal Muharram besar-besaran agar lebih meriah, dan lagi banyak memakan duit rakyat tentunya.
Saban tahun Ma’al Hijrah disambut dengan seruan agar umat berubah, tetapi skop perubahan hanya terangkum dalam aspek akhlak, tidak kepada perubahan total dari segi politik, ekonomi, ketenteraan, dasar luar negeri dan lain-lain lagi. Tokoh Islam di negara ini kebanyakannya hanyalah pengampu kerajaan dan langsung tidak berani membicarakan tentang perubahan total umat Islam, yakni hijrah dari sistem sekular menuju sistem Khilafah. Ini adalah kerana perubahan total itu sering dikaitkan dengan perspektif yang negatif, dan jika mereka membicarakan hal ini, maka habislah ‘periuk nasi’ mereka. Sudahnya, mereka sibuk berkokok mengampu kerajaan manakala nasib umat Islam masih sama saban tahun. Para pemimpin, tokoh dan ulama tajaan sekular ini akan memastikan ‘perubahan’ yang diserukan adalah perubahan yang sentiasa memanjangkan usia sekularisme di seluruh pelusuk negara. Ingin mengharap mereka berbicara pasal jihad...ya mereka pun akan berbicara juga, dan mereka akan berbicara secara panjang lebar...tentang jihad ekonomi, jihad diri, jihad busines, jihad pendidikan, jihad keluarga dan seumpamanya. Itulah jihad mereka!
Umat Islam sepatutnya meneladani peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai sebuah kewajipan membangun sebuah negara Islam. Tanya diri setakat manakah aku telah berusaha untuk mewujudkan sebuah Negara Islam (Daulah Khilafah) sebagai muhasabah. Perubahan diri yang hanya menyentuh aspek akhlak tidak akan membuahkan hasil yang sebenar menurut perspektif hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. Bangkitnya sebuah negara Islam (Khilafah) itulah perubahan yang sebenarnya. Dengan negaralah, seluruh kehidupan kita diatur dengan wahyu Allah SWT, nikmat Islam dapat dikecapi oleh sekalian umat yang bernaung di bawahnya dan musuh Islam akan pasti dapat dikalahkan. Ini terbukti oleh kegemilangan sejarahnya sejak 1 Muharram 1H hingga 28 Rajab 1342H. Semoga pada tahun hijrah yang akan datang, pertolongan Allah dengan wujudnya kembali Daulah Khilafah akan terealisasi.
Ayuh, bangkitlah saudaraku, mari kita sama-sama berhijrah dan menolak sistem sekular dan kita tegakkan Islam!
Ayuh tegakkan Khilafah dan berhenti berharap kepada OIC, PBB, NAM dan pemimpin sekular
Peperangan di antara Isreal dan Muslim di Palestin tidak pernah kunjung padam. Setiap kali berlaku serangan, pemimpin umat Islam hanya lebih suka memerhati dan mengutuk sahaja apa jua bentuk keganasan yang dilakukan rejim Zionis Israel terhadap umat Islam. Ada pula yang sentiasa mengharapkan PBB, OIC dan NAM agar membantu. Begitulah kisah ini berulang dan terus berulang saban waktu hingga berpuluh tahun lamanya. Bukannya mereka tidak tahu bahawa PBB adalah organisasi kufur kuda tunggangan Amerika. Bukannya mereka jahil bahawa OIC hanyalah badan yang ‘mengekalkan’ perpecahan umat Islam di bawah negara-bangsa. Dan bukanlah pemimpin ini buta bahawa NAM (dan juga OIC) hanya berminat untuk bermesyuarat dan mengeluarkan resolusi sahaja kerja mereka.
Namun, malangnya setiap kali umat Islam dibunuh oleh golongan kuffar, pemimpin umat Islam masih terpekik terlolong meminta bantuan dari PBB, OIC dan juga NAM. Pandanglah dengan hati yang jernih dan bukan dengan hati yang buta, apakah PBB, OIC dan NAM akan menyelamatkan umat Islam? Percayalah bahawa keadaan akan kekal berterusan begini sekiranya umat Islam masih mengharap badan-badan ini bagi menyelesaikan permasalahan mereka. Apakah yang boleh diharapkan dari badan kufur seperti PBB, badan berkecuali seperti NAM dan ‘badan mesyuarat’ seperti OIC, kesemua atur main badan ini telah ditetapkan oleh golongan kuffar atau pun golongan penguasa Islam yang sekular. Mereka bukan menjadi penyelamat umat, sebaliknya PBB-lah badan yang membunuh umat Islam, OIC pula menjadi pemerhati dan NAM akan sentiasa berkecuali.
Sungguh pelik dengan orang yang bergelar ulama apabila berharap kepada badan kufur seperti PBB untuk menyelamatkan umat Islam. Ramai di kalangan ulama ini dahulunya begitu menyokong dan mengharapkan Barrack Obama sebagai pembawa perubahan. Nah sekarang saksikanlah sendiri apakah tindakan Obama di dalam kes ini? Bagi yang mengalu-alukan Barrack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat yang baru yang dijangka membawa perubahan di dalam hubungan Barat dan Islam, sedarlah bahawa kalian hanya bermimpi di siang hari. Kepada umat Islam yang masih ada keimanan dan keikhlasan, sedarlah bahawa Israel dan Amerika akan terus bersekutu di dalam memerangi umat Islam. Janganlah hendaknya kalian terus hanyut di dalam khayalan yang kalian mimpikan selama ini.
Walaupun tindakan mengadakan demonstrasi bagi membantah kekejaman Israel adalah baik untuk dianjurkan, namun kita perlu ingat bahawa demonstrasi sahaja tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah umat Islam di Palestin. Demonstrasi di kedutaan semata-mata tidak akan membuatkan AS atau Israel berasa gusar atau takut. Apa yang akan menggusar dan menakutkan mereka adalah apabila umat Islam membantah kerajaan masing-masing kerana berdiam diri dan tidak mahu menggerakkan bala tentera mereka untuk berjihad menentang Israel. Apa yang akan menggusarkan kuffar Israel dan AS adalah apabila umat Islam berusaha menegakkan kembali Daulah Khilafah untuk membalas segala tindakan ganas Israel ke atas umat Islam.
Setakat ini, AS dan Israel masih boleh bernafas lega setiap kali mereka membantai umat Islam. Ini kerana, belum ada satu negara umat Islam pun yang berani dan sanggup mengisytiharkan jihad ke atas Israel. Insya Allah, usaha berterusan kita di dalam menegakkan Khilafah dan apabila berdirinya Khilafah nanti, maka Khalifah akan terus mengisytiharkan jihad ke atas negara musuh Allah ini dan pada ketika itu, ketakutan AS dan Israel tidak akan pernah reda.
Pada masa ini, sesetengah dari negara umat Islam di bawah OIC sendiri mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel seperti Turki, Jordan, Mesir dan Qatar, dan rata-rata pemimpin rejim Arab ini kesemuanya memilih untuk berdiam diri dan tunduk kepada musuh.
Sesungguhnya Israel bukanlah kuat mana. Jika kita masih ingat pada bulan Julai tahun 2006 menyaksikan bagaimana Israel gagal untuk menghancurkan kekuatan Hizbullah di Lebanon. Israel telah menceroboh Lebanon, namun ramai anggota tenteranya terkorban dan ada pegawai tinggi ketenteraan Israel meletak jawatan selepas kegagalan tersebut. Israel juga terpaksa mengundurkan tenteranya dari selatan Lebanon pada tahun 1999, juga selepas beberapa tahun gagal untuk melemahkan Hizbullah. Peristiwa ini sepatutnya memberikan pukulan hebat kepada rejim-rejim Arab Teluk dan juga Mesir di atas sikap diam mereka. Sekiranya Hizbullah yang hanyalah ‘sebuah gerakan’ berjaya mematahkan kekuatan tentera Israel yang merupakan ‘sebuah negara’, maka apatah lagi jika negara-negara kaum Muslimin lainnya bersatu menghantar tentera untuk membantu penduduk Gaza daripada serangan Israel. Kita dapat bayangkan betapa tentera Israel akan rebah menyembah bumi dengan ramainya.
Percayalah bahawa di dalam dunia Islam, terdapat ribuan atau jutaan umat Islam yang sanggup berjihad menentang kekejaman Israel, tetapi apa yang menghalang mereka daripada melakukan perkara ini adalah para pemimpin mereka sendiri. Penguasa kaum Muslimin langsung tidak menggerakkan tentera mereka untuk membantu umat Islam yang dibunuh kuffar, malah kalau ada dari rakyat mereka yang ingin berjihad akan pasti dicopnya teroris, sesuai dengan kehendak Barat.
Khalifah sebagai ketua Negara Islam sesungguhnya tidak akan sekali-kali membiarkan tentera kuffar menumpahkan darah dan kehormatan kaum Muslimin sedikit pun. Khalifah adalah perisai umat dan dia adalah penjaga umat ini, tidak sebagaimana pemimpin yang ada sekarang yang hanya menjaga perut masing-masing, dan lebih buruk, mereka menjaga golongan kuffar dari menjaga umat Islam. Justeru, ayuhlah kita bersatu dan berusaha untuk tegakkan Khilafah dan berhenti mengharap kepada pemimpin sekular dan sistem kufur yang ada untuk menyelesaikan kezaliman yang menimpa saudara-saudara kita.
Palestin Diserang!!!Tapi apakah kita di Malaysia dapat lakukan?Asyik-asyik demokrasi,ketuanan Melayu,islam hadhari tak habis habis!!!!
Rasulullah saw mengatakan,
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai dan mengasihi di antara mereka adalah seperti satu tubuh, Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit dengan tidak boleh tidur dan demam.” [HR. Bukhari]
Tubuh kaum mukmin kembali menderita, tidak dapat tidur dan demam ketika Israel melakukan aksi kejamnya terhadap muslim Palestin. Gaza diserang hampir setiap hari selama bertahun-tahun. Namun, tidak puas hanya dengan membunuh kaum muslim, Israel juga melakukan sekatan ke atas Gaza dan melarang kemasukan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api untuk keperluan harian penduduk.
Kehidupan kaum muslimin amat sengsara bahkan banyak keluarga yang terpaksa makan rumput! Salah sebuah keluarga tersebut adalah Jindiya Abu Amra dan anak perempuannya yang berumur 12 tahun, dimana mereka mengais rumput untuk meneruskan hidup. “Kami makan sekali sehari iaitu dengan khobbeizeh (iaitu sejenis ulam liar - pent.),” kata Abu Amra sambil menunjukkan daun-daun seperti dari tumbuhan liar yang menjalar di sepanjang jalan-jalan di Gaza. “Setiap hari saya bangun dan terus mencari kayu dan plastik sebagai bahan api dan saya juga mengemis. Kalau tidak mendapat apa-apa, kami makan rumput ini.”
Israel adalah musuh umat Islam yang nyata. Kejahatannya terhadap kaum muslim Palestin sudah jelas. Serangan terakhir ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Tetapi yang lebih buruk dari itu adalah pengkhianatan para penguasa muslim seperti Hosni Mubarak dari Mesir dan peranannya dalam membantu dan mendukung sekatan Israel terhadap Gaza dan penduduk Palestin.
Tzipi Livni, Menteri Luar Israel secara terang-terangan mengatakan bahawa Israel telah mempersiapkan serangan terhadap Gaza. Pada minggu lepas, beliau mengarahkan perwakilan Israel di luar negeri untuk melobi anggota Dewan Keamanan PBB dan negara-negara Eropah untuk menyokong serangan ke atas Gaza. Pada hari Khamis minggu ini, seperti satu kebiasaan sebelum sesuatu serangan besar terhadap muslim dimulakan, Livni akan pergi bertemu dengan Mubarak di Mesir bagi menyuruh beliau untukberdiam diri,menutup mata, dan tidak ikut campur tangan dalam serangan ke atas Israel. Inilah bukti sokongan Mesir terhadap rencana Livni.
Editor utama harian Al-Quds Al-Arabi hari ini mengkritik habis-habisan Menteri Luar Mesir Ahmed Aboul Gheit, yang tidak sedikitpun berani menyatakan bantahan terhadap rencana Menteri Luar Israel, Tzipi Livni dalam mengancam Hamas, semasa kunjungan beliau ke ibukota Mesir minggu lalu.
Wahai Muslim!
Lihatlah betapa murahnya harga darah kalian. Bukankah Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda: “Darah umat Muslim lebih berharga dibanding Ka’abah dan sekitarnya.” Namun hari ini darah umat kembali tumpah membasahi bumi Palestine, Iraq dan Afghanistan tanpa satu pun pembalasan. Karena begitu murah nyawa kaum muslim di Iraq, Amerika pun dengan mudahnya mengakui untuk berhenti menghitung angka rakyat Iraq yang terkorban!
Wahai Muslim!
Kami tahu darah kalian mendidih dan menderita sekali lagi. Inilah saatnya untuk menggembeleng tenaga dan kekuatan untuk bekerja kearah menggantikan penguasa boneka dengan mengangkat seorang pemimpin, iaitu Khalifah. Khalifah adalah pemimpin, dimana ia adalah pelayan kalian dan bekerja semata-mata untuk kepentingan kalian . Beliau akan menghapuskan sempadan-sempadan buatan kuffar yang memisahkan tanah-tanah kaum muslim dan menyatukannya dalam sebuah negara besar iaitu negara Khilafah. Hanya dengan itu, sketan melalui laut terhadap Gaza boleh dihentikan, hasil wang sumbangan umat Islam boleh disalurkan, dan seluruh penduduk Gaza baik laki-laki, perempuan mahupun anak-anak dapat dilindungi dari kebiadaban Israel.
Rasulullah bersabda,
“Sesungguhnya Imam adalah perisai, dengan perisai itu Umat berperang dan melindungi dirinya.” [HR. Muslim]
Di bawah pimpinan Khalifah, imam yang menyatukan umat Muslim di seluruh dunia, pasukan Islam disatukan untuk menghentikan kekejaman Israel dan membebaskan setiap jengkal tanah Palestine termasuk Gaza dengan Jihad, seperti yang dilakukan sebelumnya oleh Khalifah Nur-ad-deen dan panglimanya Salahudin Ayyubi semasa Perang Salib dulu.
Mesir saat itu berada dibawah kekuasaan Fatimiyyah yang memisahkan diri dari kekuasaan Khilafah Abbasiyah. Perpecahan ini menyebabkan masuknya pasukan tentera Salib dari Eropah ke wilayah Islam hingga berhasil menakluki Al Quds dan Al Syam (Palestine, Lebanon, Jordan, Syria, dan sebahagian Iraq). Akhirnya Panglima Salahudin Ayyubi berhasil menundukkan Fatimiyyah di Mesir, mengembalikan kesatuan Khilafah, dan kemudian menyatukan pasukan Islam sekali lagi sebelum memusatkan satu kekuatan ketenteraan dalam membebaskan Al Syam dan Al Quds dari penaklukan dan penguasaan pasukan tentera Salib.
Apakah HUDUD hanya untuk orang Islam?Hayati ini wahai pemimpin KERAjaan Malaysia dan sesiapa yang menghina hukum Allah!!!!
Sebagaimana dijangkakan, isu hudud terus dimainkan oleh parti sekular UMNO di dalam usaha mereka menawan Kuala Terengganu di dalam pilihan raya kecil yang bakal berlangsung nanti. Nampaknya 'perangkap' yang dipasang oleh Khairy Jamaluddin dengan mengadakan debat dengan Husam Musa telah mengena. Maka, hudud kini menjadi senjata utama kelompok sekular UMNO di dalam usaha mereka mempertahankan lagi sistem sekular yang mereka terapkan selama ini. Alangkah beraninya mereka mempermainkan hukum Allah dengan cubaan memperdebatkan isu ini, bukannya berusaha untuk menerapkannya, walhal mereka adalah golongan yang memerintah, yang mana di bahu merekalah terletaknya kewajiban untuk menerapkan hududullah.
Ini dari satu pihak. Di pihak yang lain, pembangkang kini dilihat tersepit dengan perangkap yang dipasang geng sekular UMNO, sehingga banyak kenyataan terpaksa dikeluarkan oleh mereka untuk 'menentang' propaganda jahat UMNO di dalam mempermainkan isu ini. Sedikit sebanyak, pakatan pembangkang yang merangkumi parti kafir DAP terpaksa membuat keputusan di dalam usaha kompromi mereka. Jumlah 11% pengundi kafir yang ada di Kuala Terengganu mesti diambil kira, selain 'hubungan mesra' sesama pakatan yang mesti dijaga. Inilah masalah yang melanda apabila berpakat atau kompromi dengan kelompok kufur dan sekular. Maka perjuangan dan hukum Allah juga turut menjadi bahan kompromi.
Setelah diasak dari segenap penjuru oleh parti sekular pemerintah, maka keluarlah kenyataan yang amat menghiris hati umat Islam lainnya apabila hudud dikatakan bukanlah menjadi keutamaan pembangkang. Luka pedih di hati terus berdarah apabila hudud dikatakan pula hanya untuk orang Islam dan tidak terkena kepada orang kafir. Semua kenyataan ini timbul apabila hukum Allah itu ingin dilaksanakan tertakluk kepada syarat bahawa ia 'mesti difahami dan diterima' oleh orang kafir terlebih dahulu. Apabila hati orang kafir dijaga lebih dari menjaga hukum Allah, maka terkebelakanglah hukum Allah dan hati orang kafir menjadi keutamaan. Alasan 'maslahat' biasanya diberikan, walhal tidak akan pernah ada maslahat apabila hukum Allah dipinggirkan.
Sesungguhnya pelaksanaan hukum Allah ke atas umat manusia tidak ada kompromi sedikit pun. Ia wajib dan wajiblah adanya sampai bila pun dan di mana pun.
Malangnya apabila bercakap tentang pelaksanaan hukum Allah, umat Islam terjatuh ke dalam kecelaruan yang amat dalam, apabila mereka berkata ia hanya akan dilaksanakan apabila orang kafir sudah faham dan bersedia. Walhal semasa kuffar penjajah datang ke negara kita dan menerapkan hukum kufur mereka, kuffar penjajah tidak pernah bertanya apakah orang Islam sudah bersedia atau tidak untuk menerima hukum kufur. Kuffar penjajah tidak pernah tanya dan tidak pernah peduli orang Islam terima atau tidak atau bersedia atau tidak, mereka hanya terus menerapkan sahaja hukum kufur mereka. Anehnya, bila umat Islam ingin menerapkan hukum Allah, orang kafir mesti dipastikan memahami dan bersedia terlebih dahulu. Jadinya, jika orang kafir tidak pernah faham dan tidak pernah bersedia, maka hukum Allah tidak akan dapat dilaksanakan sampai bila pun?
Sungguh pedih hati apabila melihat adanya umat Islam yang cuba mengambil hati orang kafir di dalam melaksanakan hukum Allah, walau apa alasan mereka sekalipun. Allah SWT telah berfirman,
“Dialah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk dizahirkan atas seluruh agama yang lain sekalipun orang-orang musyrik membencinya” [TMQ At-Taubah (9):33].
Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Islam wajib dizahirkan, walaupun orang kafir membencinya sekalipun. Dan Islam hanya akan zahir apabila hukum Allah atau hudud Allah diterapkan. Jadi, alasan bahawa orang kafir tidak faham atau tidak bersedia langsung tidak boleh diterima, kerana Allah menyatakan, walaupun orang kafir membencinya sekalipun, Islam wajib dizahirkan.
Bertambah pedih, apabila hudud Allah hanya dikatakan terkena kepada orang Islam sahaja, manakala orang kafir tidak terkena hudud. Jika kita adalah pemerintah, dan jika kita tidak menerapkan hukum Allah, walaupun ke atas orang kafir sekalipun, maka hukum apakah yang akan kita terapkan ke atas mereka? apakah kita akan menerapkan hukum selain Allah ke atas mereka, walhal Allah SWT berfirman,
“Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Ma’idah (5):50].
“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].
“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45].
“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):47].
Kepada mereka yang ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak ta'sub sesama manusia, maka fikirkanlah sebaik-baiknya akan hal ini. Semoga Allah SWT memberikan antum kesedaran dan kekuatan agar tetap teguh dengan perjuangan menegakkan agama Allah dan tidak menggadaikan perjuangan sedikitpun.
Apakah Orang Kafir Terkena Hukum Islam?
Persoalan sama ada orang kafir terkena hukum Islam atau tidak sebenarnya tidak pernah timbul dalam benak kaum Muslimin generasi awal mahupun generasi setelahnya. Kaum Muslimin dahulu benar-benar faham bahawa satu-satunya hukuman yang wajib ke atas manusia adalah hukum Allah. Allah adalah Pencipta manusia dan Allah-lah Yang Maha Mengatur dan Maha Menghukum. Inilah yang difahami dan diterapkan oleh umat Islam berabad-abad lamanya. Namun, setelah kelemahan berfikir melanda umat Islam dan negeri-negeri kaum Muslimin satu per satu jatuh ke tangan penjajah kuffar, maka di negeri-negeri kaum Muslimin ini telah diterapkan sistem kufur/sekular penjajah. Setelah mereka memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri ini, pemimpin sekular yang telah dilantik oleh kuffar penjajah ini tetap meneruskan undang-undang kufur penjajah di samping sedikit penerapan undang-undang Islam dalam hal ibadat dan kekeluargaan sahaja. Hasilnya, kaum Muslimin, termasuklah golongan ulama telah terbiasa dan ‘terbius’ dengan kefahaman bahawa undang-undang Islam hanyalah untuk orang-orang Islam sahaja, manakala orang-orang kafir dibiarkan mengamalkan undang-undang kafir. Betapa terpesongnya pemikiran di kalangan ulama ini, sehingga ada antara mereka yang beranggapan bahawa undang-undang kufur (yang dibuat oleh negara) tetap terpakai ke atas umat Islam manakala orang kafir pula sekali-kali tidak boleh dikenakan undang-undang Islam ke atas mereka. Apatah lagi di dalam sebuah negara yang bermasyarakat majmuk, para pemimpin dan ulama yang ada terus ‘dikuasai’ oleh pemikiran kufur bahawa undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan ke atas orang-orang kafir, bukan setakat kerana ia tidak terpakai, malah tidak boleh dilaksanakan kerana perlu ‘menjaga hati’ orang kafir. Inilah di antara kejayaan kuffar Barat di dalam memasukkan racun sekular mereka ke dalam tubuh umat Islam.
Setelah sistem demokrasi-pilihan raya diperkenalkan oleh Barat ke atas negeri-negeri umat Islam dan setiap orang kafir diberi hak mengundi untuk memilih wakil rakyat, maka para pemimpin dan ulama Islam terjerat sekali lagi di mana untuk mereka meraih pemerintahan, mereka mesti mendapat sokongan/undi dari orang kafir, maka ‘hati’ orang kafir perlu dijaga agar menyokong/mengundi mereka. Oleh sebab sebahagian besar orang kafir (sekarang) tidak mahu atau tidak suka kepada undang-undang Islam, maka usaha-usaha dilakukan untuk memberi kefahaman kepada orang kafir bahawa undang-undang Islam tidak terkena ke atas mereka. Jadi, tidak hairanlah jika ramai di kalangan umat Islam yang, walaupun sayangkan Islam, namun oleh kerana sudah lama hidup dalam sistem sekular di mana racun ini sudah menjadi sebati dalam diri mereka, memahami bahawa hukum Allah ini hanyalah untuk orang Islam semata-mata, manakala orang kafir tidak terkena hukum Allah, tetapi diberi alternatif. Mereka menyatakan bahawa perlaksanaan hukum hudud, qisas dan ta'zir hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja manakala penduduk bukan Islam diberi pilihan sama ada hendak menerima hukum tersebut atau tetap berhukum dengan hukum kufur. Untuk menyokong pendapat ini, mereka beristidlal dengan firman Allah,
“Jika mereka datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah dari mereka. Jika kamu berpaling dari mereka, maka mereka tidak memberi mudharat kepadamu sedikitpun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil” [TMQ al-Maidah (5):42].
Mereka seterusnya menafsirkan ayat ini bahawa Allah memberi pilihan kepada orang kafir sama ada untuk menerima hukum hudud, qisas dan ta'zir atau memilih untuk berhukum dengan hukum mereka (hukum kufur). Lafaz “fa in ja’uka fahkum bainahum au a’ridh anhum” (jika mereka datang kepada mu, maka putuskanlah di antara mereka atau berpaling dari mereka) mereka tafsirkan sebagai ‘pilihan’ yang diberi kepada ‘orang kafir’ sama ada untuk berhukum dengan hukum Islam atau pun hukum kufur. Oleh yang demikian, mereka telah menyatakan bahawa orang kafir yang tinggal dalam negara Islam tidak terkena hukum Islam, kecuali orang kafir itu sendiri memilih untuk berhukum dengan hukum Islam.
Mengkaji dengan teliti dari aspek mafhum, mantuq dan juga asbabunuzul ayat di atas, maka kita dapati bahawa tafsiran yang dibuat adalah amat salah dan mengelirukan. Dari segi lafaz itu sendiri, kita memahami bahawa:
(i) Allah memberi pilihan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) bukannya kepada orang kafir; dan
(ii) Pilihan yang diberi itu adalah sama ada untuk menghukum orang kafir (fahkum) dengan hukum Islam atau berpaling dari mereka (a’ridh), bukannya pilihan untuk berhukum dengan hukum Islam atau berhukum dengan hukum kufur. ‘Berpaling’ maksudnya tidak menghukum (membiarkan) mereka.
Secara ringkasnya dapat kita simpulkan bahawa ayat ini ditujukan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) dan Allah memberi dua alternatif kepada Rasul sama ada ingin menghukum kesalahan mereka dengan hukuman Allah atau membiarkan mereka tanpa dihukum. Untuk menjelaskan lagi perkara ini, kita boleh melihat pandangan beberapa ulama muktabar berkenaan dengan hukum fiqh yang mereka istinbat dari ayat ini:-
Ibnu Kathir menyatakan: Jika mereka (orang kafir) datang kepada kamu (iaitu) untuk meminta pengadilan dari kamu, maka hakimilah antara mereka, atau biarkan mereka. Jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun. Maka tidak mengapa untuk kamu tidak mengadili persengketaan di antara mereka kerana sebenarnya mereka tidak berniat untuk berhukum kepada kamu berdasarkan hak, tetapi mereka inginkan apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka [Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azhim]. Qusairy menyatakan: Tidak wajib ke atas kita untuk mengadili di antara mereka bila mereka bukan kafir zimmi tetapi kita boleh mengadili mereka jika kita mahu [Imam Al-Qurthubi, Al-Jami’li Akhamil Quran]. Sa'id bin Jubair menjelaskan: Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka atau berpalinglah dari mereka. Dalam ayat ini Allah memberikan keluasan bagi seorang hakim untuk memilih antara memutuskan perkara mereka atau tidak menghukum, dan membiarkannya terkontang-kanting [Ibnu Jawzi, Nawasikhul Qur’an].
Dari aspek asbabun nuzul ayat di atas, kita akan lebih memahami maksud ayat tersebut dengan benar apabila melihat kepada sebab penurunan ayat ini di tambah dengan memahami kedudukan/aspek geo-politik orang kafir (Yahudi) yang disebutkan di dalam ayat tersebut. Imam Sayuthi menjelaskan,
“Seorang lelaki dari suku Yahudi di Fadak telah berzina, lalu orang-orang Fadak menulis surat kepada Yahudi di Madinah supaya bertanya kepada Muhammad Sallallahu ‘alihi wa Sallam tentang hukum orang yang berzina itu. Jika Muhammad memerintah untuk disebat, maka terimalah, tetapi jika Muhammad memerintah untuk direjam, maka tolaklah. Orang Yahudi bertanya dan Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam pun menjawab akan mereka, lalu sebagaimana dinyatakan di dalam hadis, turunlah ayat “Jika mereka datang kepadamu, maka hukumlah mereka atau berpaling dari mereka” [Imam Sayuthi, Tafsir Jalalain & Kitab Lubabunuqul Fi Asbabinuzul].
Kita perlu memahami bahawa Fadak adalah sebuah kota di utara Hijaz, tidak jauh dari Khaibar dan berada di luar dari Daulah Islam Madinah. Jauhnya 2-3 hari perjalanan menaiki unta dari Madinah. Kota ini sekarang telah ditukar namanya kepada Kampung Huwayyit (berkedudukan di luar Madinah). Jarak sebenar antara Madinah (24°27’U, 39°37’T) dan Huwayyit (25°35’U, 40°22’T) lebih kurang 150 km dengan pengukuran secara rentas. Berdasarkan hal ini, kita perlu faham bahawa Yahudi yang dimaksudkan dalam ayat di atas bukan Yahudi dari kafir zimmi (kafir yang tinggal dalam Daulah Islam) tetapi mereka adalah dari kelompok Yahudi yang tinggal di luar Madinah (bukan warganegara Daulah). Dengan kata lain, ayat di atas adalah khusus untuk kes kafir warga asing yang ingin berhukum dengan hukum Islam, bukannya ayat berkenaan kafir warganegara Daulah (kafir zimmi).
Di sini satu lagi kesalahan pihak yang menafsirkan ayat di atas apabila mereka tidak melihat akan fakta ini. Hukum ke atas kafir zimmi (kafir warganegara Daulah) berbeza dengan hukum ke atas kafir yang bukan warganegara Daulah. Oleh itu, adalah satu kesalahan fatal apabila menjadikan ayat ini sebagai dalil untuk menunjukkan bahawa kafir yang tinggal dalam negara (zimmi) tidak terkena hukum Allah. Kafir zimmi, sebagaimana yang akan kami terangkan nanti, adalah terikat dengan hukum Islam, tidak sebagaimana kafir yang bukan warganegara. Bagi kafir yang tinggal di luar Daulah Islam, tetapi mereka ingin berhukum dengan hukum Daulah (hukum Allah), maka Ketua Negara boleh memilih untuk menghukum mereka (dengan hukum Allah), atau membiarkan mereka (tidak menghukum). Tetapi Ketua Negara sekali-kali tidak dibenarkan menghukum mereka mengikut hukum mereka/kufur. Jika kita menghukum mereka mengikut hukum kufur, maka ini adalah satu dosa dan keharaman kerana kita telah berhukum bukan dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah. Seseorang itu boleh menjadi kafir, zalim atau fasik sekiranya tidak memutuskan hukum dengan apa yang Allah telah turunkan (lihat Surah al-Maidah [5]:44, 45 & 47).
Dalam banyak ayat lain lagi, Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan bahawa haram bagi orang Islam untuk memutuskan hukum selain dengan Kitabullah. FirmanNya,
“Maka putuskanlah perkara atas mereka menurut apa yang Allah turunkan (hukum Islam), dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran (hukum Islam) yang telah datang kepadamu” [TMQ al-Maidah (5):48].
Allah juga berfirman,
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” [TMQ an-Nisa (4):105].
Ayat-ayat ini berbentuk umum dan ada ayat yang mana Allah menggunakan lafaz “manusia” yang menerangkan kepada kita bahawa, dalam keadaan kita mengadili sesuatu kes atau ingin menghukum, maka hukum Allah-lah satu-satunya hukum yang wajib dilaksanakan ke atas semua manusia (bukannya ke atas orang Islam sahaja) dan langsung tidak ada kebenaran/perintah dari Allah untuk kita (orang Islam) berhukum atau menghukum manusia dengan hukum selain hukum Allah.
Kafir Zimmi Wajib Terikat Dengan Hukum Islam
Kewajiban melaksanakan hukum Islam ke atas kafir zimmi merupakan satu perkara yang teramat jelas di dalam Islam. Tidak ada khilaf di kalangan ulama tentangnya dan kafir zimmi yang telah hidup di dalam Daulah Islam selama lebih 13 abad pun mematuhi hal ini. Kita perlu memahami bahawa hukum Islam adalah hukum Negara, bukannya hukum ke atas individu Muslim sahaja. Contoh yang mudah sahaja seperti hukum potong tangan untuk si pencuri – ini adalah hukum negara di mana tidak kiralah sama ada pencuri itu Muslim atau kafir, maka wajib dipotong tangannya. Begitu jugalah dengan hukum rompak, bunuh, judi, riba, rogol, zina dan sebagainya. Hukum Islam adalah hukum yang wajib diterapkan oleh pemerintah ke atas setiap warganegara. Di dalam kehidupan Daulah Islamiyyah, orang-orang kafir zimmi (sesuai dengan akad zimmah dengan Negara Daulah) hanya dibolehkan menjalankan hukum-hakam yang berhubungan dengan akidah, ibadah, makanan, perkahwinan, kematian dan sejenisnya menurut hukum-hakam agama mereka, asalkan tidak menam¬pakkan syi'ar-syi'ar agama mereka di hadapan kaum Muslim. Namun, dalam perkara yang menyangkut hukum-hakam umum iaitu mua’malat dan uqubat (hudud, qisas, ta’zir dan mukhalafat), maka atas mereka (orang-orang kafir zimmi) diterapkan hukum¬-hakam Islam sepenuhnya. Sebenarnya kedudukan mereka sebagai warganegara Daulah Islamiyah adalah sama dengan kaum Muslimin dari aspek hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Surah al-Maidah (5):48 dan juga an-Nisa (4):105 di atas sudah cukup menunjukkan bahawa hukum-hukum Islam itu wajib dilaksanakan ke atas seluruh warga negara, sama ada Muslim mahupun kafir zimmi.
Teramat salahlah pandangan yang menyatakan bahawa kafir zimmi tidak terikat dengan hukum Islam. Sungguh jauh dari kebenaran pandangan ini dan teramat ganjil sekali. Apa tidaknya, istilah dan pengertian ‘zimmi’ itu sendiri bermaksud “perlindungan yang diberikan kepada mereka kerana ketundukan mereka kepada hukum-hakam Daulah (hukum Islam)”. Status ‘zimmi’ (perlindungan) diberikan kepada mereka sebagai balasan dari ‘jizyah’ yang mereka bayar kepada Daulah. Dan jizyah ini adalah hukum Islam, bukan hukum kufur. Jadi, bayaran jizyah yang dikenakan ke atas kafir zimmi ini adalah terlalu jelas dan nyata dan secara automatiknya menunjukkan kepada kita bahawa kafir zimmi wajib mengikut atau tunduk kepada hukum Islam. Dengan kata lain, jika kafir zimmi tidak tertakluk kepada hukum Islam, maka tidak perlulah mereka membayar jizyah. Dan hal ini demi Allah sesungguhnya tidak akan terjadi (kerana kafir zimmi wajib membayar jizyah dengan maksud mereka wajib tunduk kepada hukum Islam). Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan tunduk patuh” [TMQ at-Taubah (9):29].
Apabila orang-orang kafir zimmi menolak untuk dihukumi dengan hukum-hakam Islam, maka Khalifah wajib memaksa mereka untuk tunduk. Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam pernah menulis surat kepada penduduk Najran yang beragama Nasrani, dengan kalimat yang amat tegas sekali, di mana sabda baginda, “Sesungguhnya siapa saja di antara kalian yang melakukan transaksi (jual beli) dengan riba, maka tidak ada lagi perlindungan (zimmah) atasnya.” Kedudukan penduduk Najran waktu itu adalah sebahagian dari Daulah Islamiyyah. Selain ini, terdapat banyak hadis yang jelas menunjukkan bahawa orang-orang kafir yang hidup di dalam Daulah Islam adalah dihukum menurut hukum Islam atas kesalahan yang telah mereka lakukan. Dalam sebuah hadis riwayat dari Anas, “Seorang Yahudi telah menyepit kepala seorang perempuan dengan dua buah batu. Kemudian ditanyakan kepadanya siapakah yang melakukannya? Ia menjawab, ‘sifulan atau sifulan’ dengan menyebut nama seorang Yahudi. Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam bertanya, ‘Apakah engkau telah menyepit kepalanya?’ Yahudi itu akhirnya mengakui perbuatannya. Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam memerintahkan untuk menyepit kepala Yahudi itu dengan dua buah batu (iaitu membunuhnya)”. Dalam riwayat Muslim disebutkan, “...maka ia dibunuh lantaran ia datang kepada Nabi dengan menyerahkan jiwanya”
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
“Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam telah pun menghukum rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai persetubuhan melalui perkahwinan di dalam agamanya”.
Imam Nawawi dalam Minhaj At-Thalibin menyatakan, “Dan had (hudud) untuk penzina muhsan, mukallaf yang merdeka adalah rejam. Syarbini berkomentar menjelaskan ungkapan ini, “..kerana Nabi telah merejam dua orang Yahudi sebagaimana diriwayatkan dalam Sahihain, dalam tambahan riwayat Abu Daud, ‘mereka berdua adalah muhsan’. Tambahan lagi, akad zimmah adalah syarat untuk melaksanakan hudud ke atas zimmi, bukan kerana statusnya muhsan” [Nihayat Muhtaj VII:427].
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Teramat banyak dan nyata sekali dalil di dalam Al-Quran dan juga Al-Hadis yang menunjukkan bahawa hukum Islam terpakai ke atas orang kafir. Adalah wajib ke atas pemerintah menghukum pesalah ini dengan hukum Allah. Orang kafir yang berzina, mencuri, membunuh, makan riba dan sebagainya wajib dihukum dengan apa yang telah Allah turunkan. Teramat jelas juga berdasarkan Quran dan Sunnah bahawa menghukum orang kafir berdasarkan undang-undang kufur adalah haram dan berdosa dan merupakan satu kemaksiatan kepada Allah. Konsep dualisme hukum/undang-undang yang ada sekarang adalah sama sekali bercanggah dengan nas kerana Allah sama sekali tidak membenarkan umat Islam untuk memutuskan hukum dengan selain hukumNya. Hukum Allah wajib diambil dan dilaksanakan sebagaimana yang Allah perintahkan, bukannya diambil atau dilaksanakan berdasarkan kehendak atau apa yang disukai oleh orang kafir. Janganlah sekali-kali kita sebagai umat Islam terjerat dengan sistem kufur-sekular yang ada sehingga kita mengambil hukum Allah sebagai alat untuk mengambil hati orang-orang kafir. Ingatlah akan firman Allah,
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):49].
Mereka yang sayangkan Islam menolak konsep Ketuanan Melayu yang telah nyata lagi jelas bersuluh keharamannya!!!
Apabila kaum Kuffar gagal dalam peperangan fizikal mereka dengan umat Islam, iaitu dalam beberapa siri peperangan Salib, mereka telah mula memikirkan cara yang lebih efektif untuk memecah belah perpaduan umat Islam dalam satu negara yang terdiri dari masyarakat majmuk. Pada mulanya mereka mengira bahawa orang Kristian yang ada dalam Daulah Khilafah akan membantu mereka dan berpihak kepada mereka dalam peperangan Salib kerana mempunyai akidah yang sama, tetapi ternyata dugaan tentera Salib ini meleset, mereka mendapat tentangan hebat dari kaum Kristian sendiri. Penganut Kristian dalam Daulah Islamiah tidak bekerja sama dengan mereka.
Mereka pada mulanya menjadi buntu, dan cuba mencari kelemahan umat Islam itu dari dalam, iaitu mereka melakukan perang tsaqafah (kebudayaan) dan Misionaries, yang mana unsur penting yang digunakan untuk memecahbelahkan umat Islam dengan ditanamnya sikap perkauman yang menebal dalam diri umat Islam. Akhirnya tubuh umat Islam yang kental dan yang selama ini dapat menangkis segala penyakit dan serangan dari luar telah dapat dilemahkan. Ini kerana Barat telah berjaya menyuntik virus yang merosakkan sistem pertahanan badan, membunuh segala sel-sel darah putih yang selama ini membentuk imunisasi dari jangkitan luar. Virus lain yang berjaya memisah-misahkan umat Islam serta mengekalkan perpecahan antara mereka adalah assabiyyah, atau semangat perkauman.
Perkauman Haram di sisi Islam
Realiti hari ini menunjukkan bahawa kaum Muslimin di seluruh dunia, walaupun mereka berkongsi aqidah, namun mereka bercerai-berai dalam politik, ekonomi dan hala tuju. Di dalam Al-Quranul Kareem, Allah SWT menjelaskan bahawa kaum Muslimin itu bersaudara, bukan setakat 'rasa' persaudaraan, namun kaum Muslimin pada hakikatnya merupakan satu tubuh; bersatu dalam aqidah, aspirasi politik dan ekonomi serta hala tuju. Namun, situasi ini telah cuba diubah oleh penjajah dan buat sekian lamanya dipertahankan oleh kaum Muslimin itu sendiri.
Bagi Muslimin di Malaysia yang ikhlas, ketika memerhatikan realiti yang digambarkan di atas, akan dapat melihat bahawa punca persengketaan, contohnya di dalam kes Ambalat tidak lama dulu, timbul akibat dari wujudnya nation states (negara-bangsa), yang lahir setelah lenyapnya Khilafah Islam pada tahun 1924. Malaysia dan Indonesia yang dihuni majoriti Muslim bersungguh-sungguh berebut kedaulatan atas sebuah tanah yang sebenarnya dimiliki mereka secara bersama. Mereka disirami dengan doktrin nasionalisme, kerana itulah negara-bangsa tersebut telah berhasil dimanfaatkan oleh kaum penjajah untuk memecahbelahkan negeri kaum Muslimin sehingga menjadi negara-negara kecil dan lemah dan kaum Muslimin pula bergaduh sesama sendiri.
Amat sedih untuk mengakui realiti ini namun hakikatnya, di antara negara kaum Muslimin yang termasuk di dalam negara-bangsa yang dilemahkan oleh kuasa Barat tersebut adalah Malaysia dan Indonesia yang sering dikatakan sebagai serumpun. Setelah kemasukan penjajah, kesatuan rumpun dengan aqidah yang sama yang pernah dikecapi satu masa dahulu, kini dikoyak-koyakkan dan akhirnya mereka pun menjadi lemah sehingga negara-negara penjajah kuffar dengan mudah menguasai mereka.
Sesungguhnya nasionalisme jelas diharamkan oleh Islam. Rasulullah SAW,
"Dan tidak termasuk golongan kami orang yang menyeru kepada 'assabiyyah, berperang atas dasar 'assabiyyah, dan mati atas (sebab) 'assabiyyah". [HR Abu Daud]
Sabda baginda yang lain,
“Tinggalkanlah ia (nasionalisme/kesukuan). Ia merupakan suatu perkara yang jijik” [HR Bukhari dan Muslim]
Di dalam suatu insiden Jabir bin Abdullah Al-Ansari telah meriwayatkan apa yang berlaku di Al-Muraysi di mana golongan munafik cuba menyalakan perasaan assabiyyah di kalangan kaum Muslimin:
“Kami sedang di dalam suatu sariyyah bilamana salah seorang Muhajirun telah menendang salah seorang Ansar. Si Ansar menjerit, 'Wahai Ansar bantulah aku dan si Muhajirin juga menjerit, 'Wahai Muhajirin bantulah aku' Mendengarkan ini Rasulullah SAW berkata, 'Mengapakah kamu hidupkan sesuatu dari zaman jahiliyyah?”
Terdapat banyak lagi hadis yang menjelaskan kebusukan dan kejijikan semangat perkauman, yang membawa perpecahan di kalangan kaum Muslimin yang sebenarnya adalah satu kerana kita disatukan oleh aqidah Islam.
Salah satu tentangan dan cabaran besar kepada pejuang-pejuang Islam yang bergerak untuk menyatukan umat Islam dewasa ini adalah semangat perkauman ini. Sikap ini pula banyak menjadi duri dalam daging, dengan adanya gerakan Islam yang bersifat setempat dan mempertahankan bangsa dan negara masing-masing. Sudah semestinya sempadan maya dalam pemikiran dan perasaan umat Islam dihapuskan dan digantikan dengan Khilafah Islamiyyah, sebuah negara Islam yang hakiki yang tidak lagi mengenal sempadan berdasarkan bangsa.
Bila UMNO "menyalak" berkenaan HUDUD,apa akan jadi???
Isu ini digunakan sepenuhnya oleh UMNO untuk melihat keretakan hubungan tiga parti utama dalam Pakatan Rakyat, terutamanya DAP. UMNO tahu bahawa DAP tentunya akan melenting bila isu hudud dibangkitkan. Maka keluarlah komen dari DAP yang semangnya sangat anti-hudud atau anti penerapan apa jua hukum Islam.
Bukan setakat memprovokasi DAP, bahkan pemimpin UMNO mencabar PAS supaya membentangkan rang undang-undang hudud di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang sekiranya benar parti itu komited dalam melaksanakan hukum tersebut.
Sebagaimana di laporkan oleh Utusan Malaysia, sebuah akhbar utama alat propaganda UMNO, beberapa orang pemimpin UMNO ketika memberikan pendapat mereka berkata, jika PAS gagal membentangkannya khususnya di negeri Perak yang mana wakil parti itu menjadi Menteri Besar, ia membuktikan parti berkenaan hanya menggunakan isu agama untuk tujuan politik.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, soal hudud jelas sengaja dibangkitkan kembali atas keperluan PAS untuk berhadapan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kerana pengundinya majoriti orang Melayu. Bagaimanapun, kata beliau, sekiranya kawasan itu tidak ramai pengundi Melayu, PAS bukan sahaja sunyi sepi dalam isu hudud, malah sanggup pula menyokong calon DAP yang terang-terang tidak mahu menerima dasar mereka. ''Ini menandakan bahawa pakatan pembangkang ada masalah. Kalau pengundi faham dilema yang ada, saya percaya mereka tidak akan mengundi pembangkang kerana mereka tidak konsisten. ''Cara mereka, kalau di kawasan Melayu cakap lain di kawasan Cina cakap lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Kenyataan Husam PAS akan tetap melaksanakan hukum hudud sekiranya berpeluang memerintah di peringkat Pusat dikritik hebat oleh sekutu Pas dalam pakatan pembangkang khususnya DAP yang menolak keras perkara tersebut dan menyifatkan hudud tiada dalam manifesto pakatan pembangkang.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Noh Omar berkata, kredibiliti PAS dalam menegakkan hukum hudud jelas boleh dipersoalkan kerana mereka tidak konsisten mengenai perkara itu. Menurutnya, parti itu hanya mempolitikkan hukum Allah kerana bercakap mengenainya apabila ada keperluan. Beliau menambah, jika dilihat di negeri Selangor dan Perak yang pembangkang berkuasa, soal hudud langsung tidak menjadi agenda mereka.
''Bila nak pilihan raya kecil (Kuala Terengganu) yang majoriti kawasan Melayu, mulalah nyanyi lagu lama (hudud), tetapi bila tanya di Selangor atau Perak, dia kata matlamat untuk negeri kebajikan. Sebenarnya, macam mana PAS nak tegakkan hudud, kalau di Pulau Pinang pasal program tarian i-Dance itu pun mereka diminta tidak bersuara, ini kan pula hudud. Sebab itu, DAP cakap macam-macam pasal hudud, tetapi Exco agama pakatan pembangkang yang terdiri daripada orang Pas, senyap saja. Kalau betul mereka pejuang hudud, saya cabar Exco agama mereka letak jawatan,'' tegasnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Razali Ibrahim berkata, kenyataan terbaru Husam itu sebenarnya membenarkan dakwaan selama ini bahawa PAS menggunakan agama untuk tujuan politik.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor berkata, ini dapat dilihat bagaimana masa pilihan raya umum lalu, isu hudud tidak kedengaran, tetapi untuk Kuala Terengganu ia dibuka semula kerana mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan soal agama. Jadi, ini bukan cara berpolitik yang bertanggungjawab. Sebab itu, saya amat dukacita dengan cara ini yang menggunakan agama sebagai alat bagi mencapai kemenangan. Dari dulu lagi orang bercakap pasal ini, tetapi sekarang nampak lebih jelas kerana tiba-tiba sahaja ia dibangkitkan, tetapi lepas berakhir pilihan raya kecil ini, saya yakin hudud akan kembali senyap,'' jelasnya. [Utusan Malaysia 23/12/2008]
Jika kita meneliti komentar dalam akhbar dengan mata yang celik dan dengan telinga yang terbuka, maka satu kesimpulan yang pasti iaitu, isu hudud sering dimainkan oleh UMNO untuk mendedahkan kelemahan PAS untuk melaksanakannya. Dalam pada itu mereka sebenarnya lupa bahawa salakan mereka itu terkena pada diri mereka sendiri. Mereka kononnya prihatin untuk melihat PAS membentangkan draf hudud di negeri Pakatan Rakyat, namun selama 50 tahun pemerintahan UMNO di Malaysia, apakah yang UMNO lakukan untuk menerapkan hukum Allah ini? Sepatutnya UMNO yang menguasai kerajaan Pusat sejak sekian lama, bekerjasama dengan PAS memartabatkan Islam, tetapi nampaknya UMNO tidak lebih dari berada dalam satu kandang dengan pemimpin DAP untuk membantah penerapan hukuman Islam.
Walaupun hudud bukanlah satu-satunya hukuman Islam, namun apa sahaja yang jika ianya diperintahkan secara qat’ie (secara jelas) di dalam Al-Quran dan Sunnah, kita dilarang mempertikaikannya, apatah lagi mengabaikannya. Hukuman hudud bertujuan untuk mencegah secara umum dan bukan sekadar menghukum sahaja. Jika hudud itu ditakuti oleh manusia, inilah menunjukkan betapa hebatnya hukuman Allah yang bersifat mencegah. Namun bagi pemerintah sekular seperti Malaysia, penguatkuasaan hukuman hudud mestilah mengambil kira sensitiviti kaum lain, dan oleh sebab kaum lain sensitif berkenaan hudud, maka ia tidak boleh dilaksanakan. Ya, berilah apa jua alasan yang kalian mahukan di dunia dan di akhirat nanti barulah kalian tahu betapa hebatnya neraka Allah bagi mereka yang menolak hukumNya.
Penerapan hukum Islam adalah wajib, bukan sahaja hudud, malah qisas, ta’zir dan mukhalafat adalah kesemuanya merupakan "uqubat" yang wajib diterapkan. Selain itu, terdapat hukum-hukum lainnya di bidang pemerintahan, ekonomi, sosial, pendidikan, dasar luar negeri dan lain-lain lagi yang kesemuanya wajib diterapkan oleh pemerintah. Peri pentingnya hukuman hudud dalam Islam, di mana ia menjadi salah satu syarat utama untuk mengatakan sama ada negara itu Islam atau tidak.
Siapalah UMNO dan pemimpin UMNO yang tidak pernah mahu menerapkan hukuman ini, malah sentiasa bermain-main dengan isu agama ini untuk kepentingan politik mereka? Alangkah beraninya mereka mencabar Allah dengan menerapkan hukum sendiri dan menolak hukum Allah!!! Para pemimpin ini perlu melihat semula pegangan akidah mereka dan memikirkannya dengan mendalam, kerana nampaknya bila memperkatakan hukuman Islam, mereka sentiasa tunduk kepada orang yang bukan Islam, bahkan sanggup berbasa-basi dan berkompromi dengan golongan kafir di Malaysia dalam perkara ini. Jika parti kafir seperti DAP begitu kuat mempertahankan ideologi anti-hududnya, sudah selayaknyalah mereka dengan kekufuran mereka itu. Namun, nampaknya UMNO pun dua kali lima dalam hal ini. Na’uzubillah min zalik.
IJN hak rakyat secara percuma, bukan untuk diniagakan sesama kaum kerabat kufur kapitalisme!!!
Keputusan kabinet untuk menangguhkan cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh Sime Darby Bhd mungkin ada kena mengena dengan pilihanraya kecil yang bakal berlangsung di Kuala Terengganu nanti. Ini kerana parti pembangkang telah menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap cadangan kerjaan itu. Silap haribulan, isu ini akan dimainkan di dalam kempen pilihanraya yang mungkin boleh menjejaskan BN. Najib Tun Razak berkata, kerajaan pada dasarnya cuma memberikan persetujuan kepada cadangan tersebut tertakluk kepada aspek tanggungjawab sosial yang tidak akan dikurangkan sama sekali.
“Sekiranya IJN diserahkan kepada Sime Darby, sumbangan kerajaan untuk pembedahan akan terus dilakukan, dalam erti kata tanggungjawab sosial akan disumbangkan oleh kerajaan. Maknanya kerajaan tidak mengabaikan atau tidak akan mengorbankan tanggungjawab sosialnya sama sekali” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan di sini. Laporan akhbar hari ini menyebut konglomerat Sime Darby mengesahkan hasratnya mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam IJN dan memberikan jaminan untuk mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengulas isu tersebut turut mahukan jaminan daripada Sime Darby bahawa ia akan meneruskan khidmat kepada golongan berpendapatan rendah jika mengambil alih kepentingan dalam IJN.
Inilah hakikatnya hidup di dalam sebuah pemerintahan Kapitalis. Dalam dunia kapitalisme, apa sahaja pun adalah boleh dilakukan asalkan membuahkan faedah/untung. Menggadaikan hak milik umum menjadi sumber pendapatan negara merupakan antara alasan negara terhadap penswastaan. Soal emosi atau bantahan rakyat bukanlah penghalang kepada usaha itu, selagi mana ada ruang untuk membuncitkan perut sendiri, selagi itulah kerajaan akan tetap bertindak. Cumanya, tatkala menjelang pilihanraya kecil di Terengganu ini, negara nampak agak ‘bertimbang rasa’ untuk menangguhkan keputusan penswastaan tersebut.
Pemerintah yang Kapitalis tidak pernah mahu belajar dan memahami Islam. Mereka hidup hanya untuk mendapatkan habuan dunia sebanyak-banyaknya dengan menghisap darah rakyat. Mereka tidak pernah mahu mengkaji atau menerima hakikat bahawa di dalam Islam, menyediakan pusat-pusat kesihatan dan memberikan perkhidamatan percuma kepada rakyat adalah tanggungjawab pemerintah. Menurut Islam, IJN sebagai sebuah pusat rawatan dan kesihatan, seperti hospital-hospital lainnya, ini semua adalah wajib disediakan oleh pemerintah secara percuma kepada rakyat, tidak kira samada rakyat kaya atau miskin, muslim, kafir dan sebagainya. Pusat rawatan dan kesihatan merupakan tanggungjawab negara yang wajib disediakan secara percuma dan bukan menjadi bahan tolak-tendang untuk diniagakan atau dieksploitasi menjadi sumber pendapatan negara. Ia merupakan “hak” rakyat yang wajib ke atas negara menyediakannya.
Oleh itu, isu menswastakan IJN bukanlah isu baru yang kontroversi. Ia hanyalah rentetan dari dasar penswastaan yang berlangsung dalam sebuah negara Kapitalisme seperti Malaysia. Penswastaan bekalan air, elektrik, minyak dan sebagainya yang merupakan hak umum menandakan negara Kapitalis seperti Malaysia tidak pernah menitikberatkan kemaslahatan rakyat seperti yang diuar-uarkan oleh lidah para pemimpinnya. Islam langsung tidak dipandang oleh mereka, namun kepentingan kepada diri sendiri dan kronilah yang sentiasa menjadi ukuran di dalam melakukan sesuatu perbuatan.
Umat Islam perlu sedara bahawa mereka selama ini ditipu dan ditindas melalui dasar-dasar penswastaan yang terbit dari pengamalan sistem Kapitalisme. Jalan keluar dari masalah yang tak berkunjung reda ini adalah kembali kepada sistem Islam yang mampu membuang jauh segenap ketidakadilan dan menjana keharmonian hidup. Jika pemerintah yang ada tidak mahu kembali kepada Islam, maka kita wajib melantik seorang Khalifah yang akan menerapkan hukum Islam ke atas kita semua.
Air Milik umat!Air bukan untuk diniagakan didalam perdagangan kapitalis kufur!!!
Kerajaan Persekutuan memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan menghadapi kerugian berikutan pelaksanaan inisiatif Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air,sebaliknya bakal memberi banyak manfaat kepada negeri dan rakyat. Perstrukturan itu melibatkan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) mengambilalih aset air bernilai RM889 juta dan hutang kerajaan negeri RM770 juta oleh PAAB serta pembayaran lebihan RM119 juta dalam tiga ansuran RM39.7 juta dalam tempoh tiga tahun. Perbadanan Air Melaka (PAM) yang dikorporatkan kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) pula akan memajak aset air berkenaan pada kadar sewa tahunan RM26 juta. SAMB dijangka memperoleh pendapatan RM142 juta dan keuntungan kasar RM11 juta setahun. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata inisiatif itu akan menjadikan operator air negeri entiti aset ringan yang membolehkan mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kepada rawatan dan pengagihan air, sekali gus dapat menyediakan perkhidmatan air lebih berkesan. Beliau berkata, dengan sebagai satu-satunya pihak mengurus infrastruktur air negara, segala penjimatan akan diagihkan kembali kepada rakyat menerusi kadar tarif air yang berpatutan. [Bernama 18/12/2008]
Inilah realiti Sistem Kapitalis. Semua perkara hendak diambil keuntungan. Bermula daripada pelbagai urusan yang dikenakan cukai, minyak, sumber elektrik, dan tol jalanraya, semuanya berorientasikan keuntungan. Tidak terkecuali air. Proses pengambilalihan urusan bekalan air kepada rakyat ini nampaknya melibat jutaan ringgit. Siapakah agaknya yang dapat mengaut keuntungan tersebut. Pengurusan air yang seharusnya menjadi tanggungjawab kerajaan membekalkannya kepada rakyat dengan percuma, kini menjadi rebutan segelintir pihak untuk mengaut keuntungan daripada urusan tersebut. Begitulah asam garam pengurusan urusan rakyat oleh kerajaan yang menerapkan sistem kapitalis. Rakyat tidak dianggap sebagai pihak yang perlu dijaga dan dilindungi, tetapi rakyat dilihat sebagai pelanggan untuk mereka perah dan sembelih di dalam urusan ’jual-beli’ air ini. Berapa ramai rakyat yang merana kerana bekalan air ke rumah mereka dipotong kerana tidak mampu menjelaskan bil air.
Air tidak boleh dianggap sebagai sumber ekonomi negara atau aset sesuatu kerajaan. Air adalah salah satu daripada keperluan kehidupan yang wajib dikongsi oleh orang ramai tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Manakala urusan pembekalan air kepada rakyat adalah tanggungjawab kerajaan dan bukannya untuk dijual beli sesama syarikat kapitalis. Kerajaan bertanggungjawab untuk menguruskan aspek perbekalan bermula daripada pembinaan takungan, rawatan dan pengagihan. Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda,
“Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud].
Hadis ini menerangkan dengan jelas bahawa air adalah suatu yang dikongsi bersama oleh semua manusia dan dilarang (haram) ke atas mana-mana pemerintah atau syarikat atau individu menjadikan urusan bekalan air kepada rakyat suatu asset untuk menjana keuntungan. Pemerintah yang mengaut keuntungan hasil dari sumber air ini hanyalah pemerintah Kapitalis yang menanti azab Allah di akhirat kelak. [Rujuk SN172 – Air Milik Kita]
Sistem Kapitalis menyuburkan pengangguran
Dengan adanya lebih kurang 2 juta pekerja asing di Malaysia, peratus pengangguran dijangka akan meningkat pada tahun 2009 kepada 4.5 peratus [Malaysiakini]. Ini adalah satu angka yang tidak munasabah jika diambil kira bilangan pekerja asing yang ada di negara ini. Jika diambil kira golongan pesara dan lepasan sekolah angka peratusan ini akan bertambah.
Para kapitalis mendakwa, fenomena ‘pelik’ ini adalah disebabkan oleh pasaran pekerjaan yang gagal membekalkan pekerja yang memiliki kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Inilah yang mereka dakwa sebagai ‘structural unemployment’.
Jika dilihat dengan mendalam, dakwaan ini hanyalah dusta semata-mata. Kegagalan membekalkan pekerja mahir adalah satu pembohongan. Ini kerana, pada masa ini terdapat berpuluh-puluh universiti dan pusat latihan perindustrian di Malaysia yang mampu mengeluarkan berpuluh ribu pekerja mahir setiap tahun.
Kapitalis cuba bermain dengan istilah dengan mengatakan bahawa keadaan ini dipanggil ‘pengangguran berstruktur’ (structural unemployment). Hakikatnya, ‘pengangguran berstruktur’ sama sahaja dengan pengangguran, tidak ada bezanya sedikit pun. Pokoknya, ia (pengangguran) merupakan satu keadaan dimana sekumpulan manusia gagal untuk mendapatkan pekerjaan untuk melangsungkan hidup.
Jawapan mudah kepada fenomena ini adalah ianya merupakan manifestasi kerosakan yang dicipta oleh sistem ekonomi Kapitalis. Mengapa wujud ketidak seimbangan di dalam sektor pekerjaan? Pada asasnya sistem Kapitalis menetapkan gaji para pekerja pada tahap minimum sara hidup di tempat tersebut. Gaji para pekerja di negara maju adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara membangun dan negara mundur.
Apabila globalisasi melanda, muncullah perusahaan-perusahaan Kapitalis yang mengimport dan mengeksport buruh. Ditambah dengan kesulitan ekonomi yang dihadapi oleh sesetengah negara dek sistem Kapitalis yang mencengkam, banyak juga berlaku penghijrahan secara individu mahupun beramai-ramai untuk bekerja di negara yang dilihat lebih baik. Untuk terus berjaya dalam persaingan global dan mendapat untung yang maksima, perusahaan-perusahaan Kapitalis ini telah menetapkan gaji pekerja asing berdasarkan jumlah minimum sara hidup di tempat asal mereka. Pekerja asing ini tiada pilihan lain selain dari hidup pasrah dengan gaji yang sedikit, manakala bagi warga tempatan tidak mungkin mereka dapat menerima cara penetapan gaji sedemikian dilihat kepada standard hidup lazim mereka. Bagi mereka yang datang dari negara maju pula yang kebanyakannya terdiri dari tenaga mahir, mereka juga dibayar seumpama malah lebih lagi dari gaji yang mereka dapat di tempat mereka.
Penetapan gaji berdasarkan tahap minimum sara hidup telah membuka ruang ekploitasi oleh majikan terhadap pekerja. Walhal sama sahaja manafaat yang didapati oleh majikan dari tenaga yang dikerah oleh warga luar ataupun warga tempatan. Kemahiran mereka sama sahaja. Namun oleh kerana standard hidup di tempat asal dijadikan ukuran, maka gaji yang diterima tetap sama. Disinilah punca kepada apa yang mereka dakwa sebagai ‘structural unemployment’.
Selain dari eksplotasi, wujud ketidakadilan yang amat ketara di mana pekerja-pekerja yang datang dari negara maju dibayar gaji yang tinggi kerana mengikut taraf hidup negara asal mereka. Professional tempatan dibayar gaji yang lebih rendah berbanding professional dari negara maju, walaupun keduanya mempunyai kemahiran yang sama.
Di dalam Islam, sememangnya tidak salah untuk menggajikan orang lain, tidak kira sesama Muslim mahupun kafir. Firman Allah,
“Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar mereka dapat mengambil manafaat atas sebahagian yang lain….” [TMQ Az-Zukhruf:32]
Namun, yang menjadi ukuran dalam menetapkan gaji adalah “manfaat/hasil” yang diperolehi dari majikan atas usaha pekerja. Jadi jika manfaat/hasil yang diperolehi oleh majikan dari seseorang pekerja itu sama sahaja, maka gaji mereka pun seharusnya sama, bergantung pada akad yang dipersetujui. Justeru, gaji seorang pekerja yang datang dari Bangladesh, Amerika, Indonesia ataupun Britain seharusnya sama sahaja, jika kepakaran mereka adalah sama. Dengan ini, barulah tidak ada istilah ‘pengangguran berstruktur’ sebagaimana yang diwujudkan oleh sistem Kapitalis.
Ini hanyalah dari satu aspek sahaja yang kecil. Dari aspek yang lebih luas, Negara bertanggungjawab memastikan setiap orang mendapat pekerjaan untuk meneruskan hidupnya. Jika ada pengangguran di dalam Negara, walaupun seorang, yang tidak dapat meneruskan hidup (kerana pengangguran tersebut), maka pemerintah berdosa. Pemerintah wajib memberi atau mencari ruang pekerjaan kepada rakyatnya agar mereka dapat melangsungkan kehidupan sebagai seorang manusia. Di dalam sebuah hadis menceritkan bahawa Rasulullah di datangi seorang penganggur, maka baginda terus memberikan kapak dan seutas tali kepada penganggur tersebut untuk ke hutan dan memotong kayu api untuk dijual. Hadis ini menunjukkan yang Rasulullah sebagai Ketua Negara mesti menyediakan peluang pekerjaan kepada warganegara Daulah. Ini kerana, ia sebenarnya termasuk di dalam ri’ayah (pengurusan) seorang oleh ketua Negara. Rasulullah bersabda,
"Imam (Khalifah) itu pemelihara dan bertanggungjawab ke atas rakyatnya" [HR Muslim]
Pendek kata, Islam telah lama menyelesaikan masalah pengangguran, sebelum datangnya Kapitalis yang membawa kemusnahan kepada dunia dan mencipta begitu banyak pengangguran dan kebuluran kepada dunia hasil sistemnya yang sangat mencengkam dan menjijikkan.