Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Melayu boleh terpinggir

by AURA JIHAD

BERA 19 Mac - Orang Melayu diingatkan bahawa gejala perpecahan yang timbul sekarang ini akan menyebabkan mereka terpinggir di tanah air sendiri. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, adalah jelas perpecahan orang Melayu kepada beberapa parti politik menjadikan suara mereka semakin kecil. Keadaan itu juga, katanya, menyebabkan Melayu tidak lagi dihormati oleh pihak lain yang mempunyai kepentingan politik dan mengamalkan perkauman sempit. ''Sekiranya orang Melayu terus alpa dan berpecah, tidak mustahil keadaan yang dibimbangi iaitu kaum Melayu menjadi pengemis di negara sendiri akan menjadi kenyataan. "Sekiranya keadaan itu sudah berlaku, sebarang penyesalan sudah tidak bererti lagi," katanya ketika berucap merasmikan Malam Kesenian Islam sempena Sambutan Maulidur Rasul Felda Kumai dekat sini malam tadi.

Ismail Sabri yang Ahli Parlimen Bera turut kesal kerana masih ada segelintir Melayu yang bersekongkol dengan pihak lain dan sanggup menghina kaum sendiri dengan mempersoalkan hak orang Melayu dan institusi beraja. Menurutnya, golongan yang sepatutnya mempertahankan hak orang Melayu dan institusi beraja itu sebaliknya bertindak menjadi barisan hadapan untuk menjatuhkan maruah serta martabat kaum Melayu. Katanya, perkembangan itu adalah sesuatu yang amat malang bagi orang Melayu kerana ia boleh menjadikan kaum itu dipandang rendah dan tidak mustahil dipinggirkan di tanah air sendiri. "Hakikat ini dapat diteladani di beberapa negara luar apabila anak pribumi tidak diberi hak kerana mereka tidak bersatu, miskin dan mempunyai jiwa patriotik yang lemah serta boleh diperkudakan oleh pihak berkepentingan," katanya.

Ismail Sabri berkata, institusi beraja perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun kerana ia merupakan tunggak kepada orang Melayu. "Jika institusi itu tidak dihormati, maka kepada siapa lagi orang Melayu hendak bergantung nasib kerana raja adalah payung kepada orang Melayu di negara ini," katanya. Sehubungan itu, Ismail Sabri menggesa orang Melayu supaya bersatu padu demi masa depan rakyat, negara dan perkembangan syiar Islam. Beliau turut mengajak orang Melayu supaya mencontohi perjuangan Rasulullah yang sentiasa berusaha untuk menyatukan umat Islam sehingga sanggup mengorbankan jiwa dan harta benda demi perpaduan umat dan agama suci itu.

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

Sumber: Utusan Malaysia: 20/03/09

Ulasan:

Lagi-Lagi Melayu

Melayu menjadi layu bukan kerana bangsanya tetapi kerana sistem yang diterapkan oleh mereka sendiri. Firman Allah SWT: "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". [TMQ Taha(20):124]. Pemimpin yang berkuasa di kalangan orang Melayu masih lagi bermain dengan isu bangsa sejak dulu, kini dan…..sampai bila? Sedangkan meninggikan isu bangsa lebih dari aqidah dalam apa-apa perkara jua telah dicela oleh Islam dengan keharaman berjuang di bawah asas ashobiyyah. Tetapi malangnya mereka yang memegang kekuasaan di kalangan bangsa Melayu masih cuba untuk terus memainkan isu ashobiyyah ini. Apakah kalian akan membawa identiti Melayu ini kelak apabila berhadapan dengan hisab di hadapan Allah SWT kelak? Apakah kamu akan cuba meminta syafaat kepada nabi Muhammad SAW dengan tiket bangsa Melayu? Ketahuilah dan sedarlah bahawa bangsa Melayu tidak akan mulia tanpa Islam. Maka apakah kalian akan mengutamakan Melayu atau Islam dalam mencari kemuliaan? Sesungguhnya haramnya ashobiyyah itu sama keharamannya dengan memakan babi dan bangkai! Mengutamakan isu ashobiyyah dengan mengenepikan aqidah Islam adalah bagaikan memakan daging babi dan bangkai! Sanggupkah kalian terus melakukan kejijikan ini?
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Siapa Yang Menipu Siapa?

by AURA JIHAD

1. Riba ditukar kepada “interest”, faedah, bunga….
2. Zina ditukar kepada persetubuhan haram, sumbang mahram
3. Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat diganti dengan hukuman kufur yang diberikan oleh Lord Reid
4. Sistem Khilafah ditukar kepada sistem demokrasi
5. Demokrasi dikatakan syura
6. Jihad yang makna syar’inya perang diubah kepada jihad ekonomi, jihad melawan kemiskinan,…
7. Islam ditambah menjadi Islam Hadhari
8. Judi halal bila ada lesen dari pemerintah dan judi haram bila tidak ada lesen
9. Arak halal bila cukainya dibayar tetapi menjadi haram bila tidak dibayar cukai kepada pihak kastam
10. Banyak yang Halal dikatakan Haram dan yang Haram dikatakan Halal
11. Rasuah diganti dengan istilah politik wang

Macam-macam lagi istilah yang muncul dan dicipta untuk mengelirukan dan memperbodohkan umat Islam sehingga akhirnya umat Islam merasa tidak berdosa untuk melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah SWT. Inilah kejayaan musuh-musuh Islam untuk terus menipu dan mengelirukan umat Islam. Kepada golongan yang sering merubah, menggantikan, menukar dan juga yang cuba menipu Islam dan umat Islam kami ingatkan anda dengan firman Allah SWT:

Najib Jamin Telus?Betul ker ni Najib????

by AURA JIHAD

Ketika proses pemindahan kuasa di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin hampir, nampaknya Najib mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang pro-dirinya sendiri. Baru-baru ini semasa menjawab pertanyaan seorang peserta semasa memberi ucapan di Persidangan Agenda Integriti Nasional Penilaian dan Hala Tuju di Institut Integriti Malaysia (IIM) beliau memberi jaminan akan sentiasa komited kepada pentadbiran yang berprinsipkan keterbukaan dan ketelusan kepada rakyat apabila beliau mengambil alih pucuk pimpinan negara [Utusan Malaysia 18hb Mac 2009].
Begitulah kebiasaan ahli politik di dalam sistem kufur sekular yang diterapkan pada hari ini, mereka akan menaburkan pelbagai janji manis dan memberikan harapan kepada rakyat sebelum mereka dilantik atau menyokong perlantikan mereka. Tidak terkecuali Najib.

Bolehkah kerajaan menjadi telus dan terbuka kalau Akta Rahsia Rasmi (OSA) masih wujud? Adakah ia sedia untuk dihapuskan? Sudah tentu OSA tidak akan dihapuskan kerana sudah sekian lama ia telah menjadi benteng terakhir kerajaan terhadap usaha-usaha untuk membongkar segala penyimpangan yang dilakukan oleh kerajaan atas nama kepentingan negara walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan rakyat. Itulah OSA, rekaan yang digunakan untuk mempertahankan kerajaan yang menyimpang daripada sistem yang mereka ciptakan sendiri.

Dasar-dasar yang telus dan terbuka tidak ada nilai sesen pun sekiranya segelintir ahli politik dibiarkan menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka dengan mempengaruhi hakim dan institusi mahkamah. Sudahlah mahkamah melaksanakan sistem perundangan kufur ciptaan manusia yang tidak menjamin keadilan, ditambah pula dengan campurtangan segelintir pemimpin yang lupa kepada Allah dan merasakan bahawa mereka boleh berbuat apa sahaja. Hakikatnya, apa yang dijanjikan sekali-kali tidak akan dapat dilaksanakan jika sistem yang ada pada hari ini dikekalkan. Sistem yang berlandaskan asas kehidupan yang rosak menghasilkan cara hidup yang kacau-bilau dan kerap kali mereka-mereka yang korup terlepas daripada hukuman kerana campurtangan orang ‘atasan’. Bagi rakyat biasa atau individu biasa yang disabitkan kesalahan, mereka akan terjerat dan dikenakan tindakan undang-undang lalu dihebahkan ke sana-sini sambil mendakwa bahawa mahkamah telah menegakkan keadilan. Ianya tidak ubah seperti ayam jantan berkokok tetapi ekor dipenuhi najis busuk.

Bagi para aktivis dakwah dan mereka-mereka yang gigih berjuang menegakkan kebenaran dan tegas serta berani menegur kerajaan secara terang-terangan pula ada yang ditangkap dan diberi amaran bahkan ada yang disumbat ke dalam penjara. Lebih teruk lagi, mereka dilabel dengan pelbagai nama seperti ’Fundamentalis’, ’Ekstremis’ dan ’Islamofasis’ - hanya kerana menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan Syariat Islam secara menyeluruh dengan menegakkan kembali Sistem Khilafah.

Kerajaan yang telus dan terbuka adalah kerajaan yang sanggup menerima seruan kebenaran di dalam semua hal yang berkaitan dengan Syariat Islam dan menerapkannya secara menyeluruh di dalam kehidupan. Sekiranya mereka melalaikannya, maka Allah Maha Mengetahui atas segala yang mereka lakukan!

Cepatkan liberalisasi ekonomi atau bebaskan dari belenggu kapitalis?

by AURA JIHAD

PUTRAJAYA 17 Mac - Unit Perancangan Ekonomi (EPU) diminta mempercepatkan proses liberalisasi bagi memastikan negara dapat bersaing apabila keadaan ekonomi pulih kelak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A. Aziz berkata, perkara itu telah dinyatakan dalam bajet mini yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu dan sekarang adalah waktu yang sesuai untuk melaksanakan proses tersebut. ''Kalau tunggu ekonomi pulih kembali, kita mungkin sudah terlambat kerana banyak pesaing seperti China, India, Vietnam dan Thailand," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Bagaimanapun jelasnya, liberalisasi dalam sektor perkhidmatan akan dijalankan secara perlahan-lahan iaitu membabitkan kepakaran dan teknologi yang tidak dimiliki oleh negara. Katanya, meskipun kerajaan menyasarkan peningkatan sumbangan sektor perkhidmatan kepada 70 peratus, segmen yang mempunyai kepentingan negara seperti lapangan terbang dan pelabuhan akan terus dilindungi. Dalam pada itu Amirsham berkata, kerajaan tetap mempertahankan dasar 30 peratus pemilikan bumiputera dalam usahanya melaksanakan proses liberalisasi bagi meningkatkan kemasukan pelaburan asing terutama bagi sektor perkhidmatan. Menurutnya, penerusan Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan terus dipantau dan dilaksanakan melalui beberapa pendekatan baru antara lain melalui pengumpulan dana-dana bumiputera bagi dilaburkan secara profesional. ''Kita bukan hendak melonggarkan pemilikan bumiputera, sebaliknya mahu menarik pelaburan luar dan dalam negeri melalui proses liberalisasi sektor perkhidmatan dan beberapa sektor yang akan kerajaan tentukan sedikit masa lagi," katanya.

Mengulas bajet mini berjumlah RM60 bilion itu, Amirsham berkata, Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) akan memainkan peranannya dalam pengurusan makro membabitkan dasar liberalisasi bagi menghadapi cabaran menarik pelaburan terus asing (FDI). ''FIC akan diperkemaskan supaya dapat kita tumpukan penjanaan pelaburan dan dalam tempoh dua bulan lagi, kerajaan akan memberikan penjelasan lanjut mengenainya," katanya. Sementara itu katanya, terdapat dua pendekatan meningkatkan penyertaan bumiputera bagi menjana pertumbuhan iaitu menggalakkan golongan tersebut menyalurkan dana pelaburan mereka melalui saham-saham amanah. Kerajaan juga katanya, akan menggunakan pendekatan memberi galakan khususnya melalui kewujudan komuniti industri komersial bumiputera dengan menumpukan sekurang-kurangnya pada 13 kluster utama.

''Tumpuan diberikan kepada bumiputera untuk menjayakan perniagaan, bukan sahaja dari segi pemilikan tetapi pelaksanaan pengurusannya dan sokongan pengembangan perniagaan. ''Misalnya dalam bajet mini, Timbalan Perdana Menteri memperuntukkan RM200 juta untuk sektor automotif iaitu salah satu daripada kluster yang ditujukan bagi perkembangan bumiputera," katanya. Tambahnya, kaedah yang sama diberikan kepada mereka yang terlibat dalam sektor minyak dan gas apabila Petronas memberikan banyak peluang kepada bumiputera mengembangkan perusahaan mereka dalam bidang tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia: 18/03/09

Inikah cara berfikir seorang pakar ekonomi muslim? Ini amatlah menyedihkan kerana pemikiran yang dilontarkan untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi masih lagi di dalam belitan pemikiran ekonomi Kapitalisme. Sepatutnya yang disarankan adalah penerapan sistem ekonomi Islam secara kaffah dan dalam masa yang sama membuang terus sistem ekonomi Kapitalisme yang sampai saat ini masih lagi terus diterapkan walaupun kita telah lebih 50 tahun ”merdeka” dari penjajah. Malangnya apa yang disyorkan adalah mencadangkan pencepatan liberalisasi ekonomi untuk meneruskan sistem ekonomi kufur yang pastinya akan memburukkan lagi situasi ekonomi negara ini khususnya, dalm dunia secara amnya. Apakah Islam tidak mempunyai sistem ekonominya tersendiri yang dapat menyelesaikan pelbagai persoalan kehidupan manusia ini? Inilah yang akan terjadi apabila umat sudah begitu jauhi pemikirannya dari penyelesaian Islam.

Apakah kita tidak mengambil ikhtibar dengan kegagalan kuasa besar ekonomi Kapitalisme dunia saat ini? Sudah mula kelihatan AS dengan ekonominya yang terus merudum sedang menuju kehancuran? Apakah semuanya ini tidak menginsafkan dan menyedarkan kita? Firman Allah SWT: ”Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka”.[TMQ al-Hadid(57):16]

UMNO dan Rasuah

by AURA JIHAD


UMNO dan rasuah (atau dikenali dengan politik wang) sudah lama membentuk satu simbiosis. Pengamal rasuah dari kalangan kaum Muslimin sudah tidak lagi malu di hadapan Allah mahupun sesama manusia. Mereka langsung tidak gentar dengan hukuman Allah di Hari Akhirat. Tambahan pula, UMNO langsung jauh dari pengamalan ‘uqubat Islam kerana ia bukan dari kalangan gerakan Islam. Tak hairanlah jika semua ahli UMNO hidup tanpa malu dengan maksiat dan rasuah – dan kerap bila disebut sahaja UMNO, persepsi yang timbul adalah rasuah! Hanya satu jalan keluar dari kemelut yang menjijikkan ini, kembalilah kepada perjuangan Islam dengan jalan yang ditunjukkan Rasulullah SAW.

Gabungan UMNO-PAS : Bergabung Atas Asas Apa?

by AURA JIHAD


KUALA LUMPUR 15 Mac - Cadangan untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan yang menggabungkan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dan Pas merupakan impian seluruh masyarakat Melayu di negara ini. Ia adalah kerana kedua-dua parti tersebut merupakan dua parti terbesar orang Melayu yang selama ini sering bertentangan dalam apa jua isu disebabkan perbezaan ideologi dan prinsip dalam politik.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, segala usaha yang boleh menggerakkan ke arah merealisasikan impian tersebut antaranya mengadakan pertemuan di peringkat kepimpinan parti perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. "Saya pernah berjumpa dengan beberapa pemimpin Pas dan saya bercakap mengenai perkara ini. Mereka memberi reaksi yang amat positif dan mereka sendiri mengakui kerjasama UMNO-Pas adalah impian bagi seluruh masyarakat Islam terutama orang Melayu.

"Siapa tidak mahu melihat UMNO dan Pas bersatu? Apa yang penting sekarang, pihak UMNO dan Pas harus mengetepikan perbezaan fahaman politik supaya kita dapat memulakan segera usaha ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar semua parti politik di negara ini bersatu bagi mewujudkan kerajaan perpaduan dalam satu temuramah dengan sebuah portal berita baru-baru ini. Presiden Pas itu mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan iaitu semua pihak bekerjasama untuk kepentingan negara bukan lagi untuk kepentingan parti masing-masing yang sempit.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mengulas kenyataan itu berkata, kerajaan campuran antara BN dan Pas seperti mana dicadangkan oleh Abdul Hadi tidak perlu. Dalam pada itu, Mohamad Khir berkata, antara faktor utama beliau mahu kerjasama itu berjaya direalisasikan adalah disebabkan agama. Beliau berkata, gabungan antara kedua-dua parti berkenaan akan menguatkan lagi kedudukan Islam sekali gus memelihara kesuciannya dicemari oleh mana-mana pihak.

"Saya optimis hasrat ini akan tercapai pada satu hari nanti. Sebenarnya, tiada perbezaan yang ketara antara UMNO dan Pas kerana kita saudara seagama yang sentiasa menjunjung syariat Rasulullah. "Selain mengetepikan perbezaan fahaman politik, sifat dendam antara UMNO dan Pas perlu dikikiskan. Bagi saya, ini merupakan kerja agama kerana ia akhirnya bermatlamatkan untuk membela agama, bangsa dan negara kita.

"Bagi kaum lain, mereka tidak harus khuatir kerana hak mereka tetap akan terpelihara seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya. Dalam perkembangan yang sama, Mohamad Khir yakin dengan kewibawaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi sejarah yang pernah dibuat oleh bapanya yang juga Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak.

"Tun Abdul Razak pernah membawa masuk Pas untuk menyertai parti kerajaan pada tahun 1974. Walaupun usaha itu hanya bertahan setakat empat tahun, sekurang-kurangnya Tun Abdul Razak berjaya melakukannya," katanya. Nada yang sama turut disuarakan oleh Ketua Penerangan UMNO Johor, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Beliau berkata, antara langkah awal yang boleh dilaksanakan ialah mengadakan muzakarah antara UMNO dan Pas dengan menemukan pemimpin utama antara kedua-dua pihak. Kata beliau, melalui muzakarah berkenaan, UMNO dan Pas boleh mencari satu titik persamaan dalam isu-isu tertentu yang akhirnya memberi faedah kepada usaha membela agama, bangsa dan negara.
Selain itu, pembentukan kerajaan campuran di Perak juga boleh dijadikan langkah awal kerjasama antara BN atau secara khususnya UMNO dengan pihak Pas.

"Di Malaysia hanya UMNO dan Pas sahaja parti orang Melayu. Jika ini dapat direalisasikan saya percaya pihak yang paling gembira ialah orang Melayu sendiri. "Saya mengimpikan ia benar-benar terjadi dan saya akan sentiasa berdoa kepada Allah agar apa yang kita impikan akhirnya menjadi kenyataan," katanya lagi.

Sumber : Utusan Malaysia: 16/03/09

Bergabung Atas Asas Apa?

Apakah laungan gabungan antara PAS-UMNO sejak kebelakangan ini hanya suatu retorik atau sememangnya ada agenda tersembunyi yang ingin diraih dengan lontaran cetusan idea oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo? Walau apapun agendanya yang pasti ini adalah suatu lontaran pemikiran yang perlu dilihat dari kacamata Islam. Persoalannya ialah mengapa isu ini muncul tiba-tiba di saat ini? Mungkinkah untuk meraih undi populariti menjelang pemilihan agung UMNO? Ataukah mungkin untuk mengalih perhatian rakyat dari isu serangan oleh ahli dewan undangan rakyat(ADUN) dari Pakatan Rakyat baru-baru ini terhadap beliau? Hanya beliau sahaja yang ada jawapannya. Islam sebagai suatu sistem kehidupan yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mengatur dan menyelesaikan seluruh persoalan kehidupan manusia ini sememangnya mempunyai jawapan kepada persoalan di atas.

Terlampau banyak ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa adalah menjadi suatu kewajiban bagi umat Islam itu bersatu di atas dasar aqidah. Bergabung atau bersatunya bangsa Melayu itu seharusnya bukanlah atas asas bangsa tetapi adalah atas dasar aqidah Islam itu sendiri. Inilah yang sebenarnya dituntut oleh Islam. Firman Allah SWT “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara”. [TMQ al-Hujuraat (49):10]. Bersatunya umat Islam itu adalah dalam rangka mentaati perintah Allah SWT bukan selain darinya. Firman Allah SWT. “dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)”[TMQ al-Maa-idah(5):2]. Dan sudah semestinya bergabung dan bersatunya umat Islam itu adalah untuk berpegang teguh dengan Islam bukan yang selain dari.

Bukan diatas asas bangsa ashobiyyah. “dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya” [TMQ ‘ali-Imran:(3):103].

Jika inilah asas yang dijadikan dasar untuk umat Islam bersatu maka kita yakin bahawa idea yang dilontarkan itu akan pasti dapat direalisasikan sebagaimana kejayaan pemimpin politik ikutan umat Islam, Nabi Muhammad SAW yang telah berjaya menyatukan kelompok ‘Aus dan Khazraj di Madinah dan seterusnya berjaya mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Anshar. Sejarah kegemilangan sistem Khilafah yang pernah terwujud selama 1400 tahun dengan kejayaannya menyatukan pelbagai bangsa dan kaum di bawah suatu sitem pemerintahan (Khilafah) merupakan bukti kemampuan Islam untuk menyatukan seluruh umat manusia. Apa yang perlu ada untuk menghasilkan keinginan ini adalah suatu pakej idea/fikrah dan suatu sistem yang akan membumikan idea/fikrah tersebut. Tidak lain sistem tersebut adalah Khilafah. Jika Islam tidak dijadikan asas, sebaliknya manfaat dan asas 'kemelayuan' yang dijadikan tolok ukurnya bagi menggagas idea gabungan UMNO dan PAS maka sudah pasti impian untuk melihat idea ini terealisasi akan hanya menjadi mimpi fatamorgana di siang hari. Dan sejarah 1974 itu kembali berulang...

Filed under having 0 Ulasan  

SPM 2008 - Ada Apa Dengan 20A?

by AURA JIHAD

altPUTRAJAYA, 12 Mac – Seramai 10,080 daripada 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di seluruh negara berjaya memperoleh kelulusan 10 A atau lebih dalam mata pelajaran yang diambil. Sebanyak 1,676 calon atau 0.43 peratus pula berjaya mendapat gred 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan seorang calon berjaya mencatat 16 1A, 15 1A (dua orang) dan 14 1A (enam orang). Mereka yang memperoleh 9 A pula seramai 5,863 calon, manakala 5,909 lagi mendapat 8 A.



Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu hari ini berkata, daripada jumlah keseluruhan calon, seramai 347,443 atau 90.8 peratus calon mendapat sijil SPM. Selain itu, katanya, seramai 6,277 calon atau 1.6 peratus berjaya dengan cemerlang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 5,060 (1.31 peratus) pada 2007.

Menurut beliau, pada keseluruhannya, pencapaian calon SPM terutama calon sekolah di bawah kementerian adalah membanggakan dan mengatasi pencapaian tahun sebelumnya.


Begitulah resam tahunan dunia akademik di Malaysia. Saban tahun pencapaian pelajar yang mengikuti peperiksaan SPM begitu membanggakan sekali secara keseluruhan. Secara rincian, tidak pula dilaporkan dengan jelas. Begitu juga dengan skim pemarkahan yang tidak didedahkan kepada umum, apakah standardnya masih ditakuk lama atau diubah demi kepentingan semasa?


Meskipun tidak dinafikan, ada rasa bangga di kalangan mereka yang berjaya, namun hakikatnya, yang seharusnya menjadi persoalan utama bukanlah masalah kebanggaan. Apakah pencapaian yang baik dalam akademik ini akan menjamin kesejahteraan hidup? Mampukah lepasan SPM yang cemerlang berhadapan dengan krisis ekonomi, sosial dan politik mutakhir ini yang semakin menekan kehidupan? Inilah persoalan yang sepatutnya menjadi fokus dalam membincangkan pencapaian para pelajar. Apakah sistem pendidikan selama ini telah berjaya membentuk syakhsiyyah (keperibadian) yang mampan, fleksibel dan berdaya maju dalam menghadapi cabaran hidup? Apakah sistem pendidikan hari ini benar-benar telah melahirkan para pemuda yang berdisiplin, istiqomah dalam kebaikan dan ketaqwaan dan beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman?


Hakikatnya, ramai yang pasti setuju bahawa jawapan yang jelas kepada persoalan ini adalah, 'nampaknya tidak'... Kadar pengangguran tetap meningkat akibat peluang pekerjaan yang semakin menipis. Krisis ekonomi yang tak kunjung reda akibat penerapan dasar pasaran terbuka ekonomi Kapitalisme terus mencengkam kesempitan hidup dalam memenuhi keperluan primer mahupun sekunder. Kebejatan moral masyarakat terus memuncak – masalah disiplin pelajar yang tak pernah reda, rasuah, seks bebas, isu gender dan isu perkauman terus muncul di tengah-tengah masyarakat. Bahkan banyak lagi masalah, cabaran dan tekanan yang terus menerus bermunculan di dalam masyarakat hari ini. Oleh itu, apakah wajar bagi kita untuk mendabik dada dengan pencapaian akademik yang nampaknya masih tidak mampu memberi sumbangan yang jelas dalam menyelesaikan masalah-masalah kehidupan ini?


Pelajar sepatutnya dididik dengan didikan yang sempurna. Mereka perlu didedahkan dengan realiti kehidupan agar setiap permasalahan diselesaikan tanpa memperpanjangkan atau menangguhkannya. Sistem pendidikan perlu diasaskan kepada suatu kepimpinan berfikir (qiyadah fikriyyah) yang mampu menyelesaikan masalah hidup serta memberikan hasil yang cemerlang dan memuaskan hati. Nyata sekali asas pendidikan yang diamalkan sekarang bukanlah diasaskan kepada kepimpinan berfikir yang cemerlang tetapi sekadar cebisan ilmu dan bukan bentuk tsaqafah (pembudayaan) yang boleh menyiapkan umat menghadapi kehidupan yang penuh cabaran. Lebih buruk lagi, pendidikan diperdagangkan pula untuk kepentingan politik ihak-pihak tertentu.


Sistem pendidikan yang berlaku dalam kehidupan kita sekarang tidak mampu membawa kecemerlangan hidup sepertimana era kekhilafahan sepanjang 13 abad sejak Nabi SAW mendirikannya di Madinah. Sistem hari ini nyata gagal membentuk syakhsiyyah Islamiyyah yang mampan, fleksibel lagi berdaya maju untuk menghadapi cabaran hidup. Sudah tiba masanya umat Islam (khasnya) sedar dan kembali kepada sistem pendidikan Islam yang berteraskan aqidah Islam agar generasi mendatang dibentuk dengan syakhsiyyah yang cemerlang dan gemilang – sepertimana syakhsiyyah yang dibentuk ketika Islam masih lagi menjadi titik rujukan penyelesaian segenap masalah manusia.

Filed under having 0 Ulasan  

Kes buli: Polis akan jumpa Jabatan Pelajaran

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 4 Mac - Polis akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pelajaran dalam tempoh terdekat bagi membincangkan masalah buli di kalangan pelajar yang banyak dilaporkan oleh media kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pertemuan tersebut akan diadakan di setiap daerah yang diharap dapat membantu menangani gejala berkenaan.

"Kita akan berjumpa Jabatan Pelajaran untuk bincang sejauh mana serta dalam bentuk apa polis dan sekolah dapat berkerjasama menangani masalah buli ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penutupan persidangan PT D10 dan penyerahan Polilight serta Kit Forensik di Makmal Forensik di sini hari ini. Pada 1 Mac lalu, seorang pelajar tingkatan empat cedera akibat kepalanya dihentak ke tiang oleh pelajar senior di sebuah sekolah menengah di Merchang.

Sebelum itu, media mendedahkan tindakan berani sekumpulan pelajar Sekolah Menengah di Mukah yang merakam dan memasukkan aksi buli yang mereka lakuan ke atas seorang pelajar lain ke dalam YouTube.

Mohd. Bakri berkata, selain itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan pertemuan dengan pegawai polis yang dilantik sebagai pegawai perhubungan sekolah untuk membincangkan isu-isu berkaitan. Beliau juga meminta ibu bapa supaya tidak merungut terhadap guru hanya disebabkan oleh perkara-perkara kecil yang dilaporkan oleh anak mereka.

Ulasan

Apa yang berlaku di ini boleh diibaratkan seperti merawat luka orang yang mati, sedangkan luka tersebut boleh sembuh sekiranya orang tersebut hidup, mampu bergerak dan mengambil ubat. Dia tidak memerlukan kepada yang lain untuk menyembuhkan luka tersebut kerana dia mampu merawat dirinya, sesuai dengan hukum sebab dan akibat.

Inilah yang terjadi di dalam sistem kehidupan kapitalis, mereka hanya memberi rawatan kepada beberapa anggota tubuh sahaja sedangkan pada waktu yang sama jasad tersebut terbujur kaku tanpa darah dan zat-zat yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Akibatnya, segala usaha dan pemulihan yang dicurahkan pada anggota tubuh tersebut menjadi sia-sia kerana hakikatnya ia akan terus membusuk memandangkan jasad tersebut sebenarnya telah mati. Usaha ini merupakan usaha yang amat merugikan diri sendiri kerana sudah terlalu banyak peruntukan kewangan yang disalurkan untuk sektor pendidikan dengan harapan agar ia dapat melahirkan generasi muda yang bershakhsiah namun hakikatnya, masalah demi masalah terus datang dan pergi sehingga amat membingungkan semua pihak, seolah-olah masalah disiplin di sekolah merupakan suatu yang tabii dan tidak dapat dielakkan. Buli, bergaduh, lawan guru, mencuri, pukul guru, zina, buang bayi, mengugut, melanggar disiplin sekolah dan puluhan lagi masalah yang tidak dapat diselesaikan sehingga kini sudah menjadi perkara lumrah.

Apakah sebenarnya punca utama masalah ini? Apakah ia boleh diselesaikan dengan penglibatan pihak polis semata-mata? Atau apakah barah ini sudah merebak hingga ia tidak dapat lagi diperbaiki? Yang jelas, masalah ini terkait rapat dengan kehidupan masyarakat di negara ini yang telah rosak. Sistem yang tidak merujuk kepada Sang Pencipta, pemikiran dan perasaan masyarakat yang tidak Islami, keluarga yang rosak dan persekitaran yang tidak menimbulkan nuansa ketaqwaan - semua ini menjadi latar belakang bermunculan masalah disiplin di sekolah, khususnya, dan masalah masyarakat yang lainnya secara umum.

Allah telah berfirman di dalam kitabNya yang mulia, yang saban hari dibaca namun ramai yang tidak mengambil pemahaman darinya untuk diamalkan dalam kehidupan kerana kepentingan duniawi yang hendak diperoleh.

"Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanku maka baginya kehidupan yang sempit dan susah, dan kami akan bangkitkannya dalam keadaan buta (diakhirat dan berjalan tanpa arah dan tujuan di suatu tempat yang telalu asing baginya).(TMQ Taha: 124)

Filed under having 0 Ulasan  

April Fool – Mengungkap Tragedi Penyembelihan Umat Islam Sepanyol

by AURA JIHAD

Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.com

Filed under having 0 Ulasan  

Keagungan dan Keutamaan Jihad

by AURA JIHAD

altKeagungan Jihad di Dalam al-Quran

Al-Quran telah menempatkan jihad pada urutan yang paling utama di antara ibadah-ibadah yang lain. Al-Quran menyatakan dengan sangat jelas, agar kaum Muslim mencintai Allah dan RasulNya, serta jihad di jalan Allah di atas cintanya kepada yang lain. Allah SWT berfirman;

“Katakanlah 'Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.' Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” [TMQ al-Taubah (9):24]

Al-Quran juga membandingkan perbuatan-perbuatan baik di dalam Islam dengan aktiviti jihad fi sabilillah. Allah swt berfirman:

“Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidil Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.” [TMQ al-Taubah (9):19]

Al-Quran juga melebihkan mujahid (orang yang berjihad) di atas orang tidak pergi berjihad. Allah swt berfirman:

“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk (tidak ikut berperang), satu darjat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar (iaitu) beberapa darjat daripada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [TMQ al-Nisa’ (4):95-96]

Keutamaan dan Keluhuran Jihad di Dalam Sunnah

Hadis-hadis shahih telah menuturkan keagungan dan keluhuran jihad fi sabilillah di atas amal-amal soleh yang lain.

1. Jihad Adalah Amal Yang Paling Utama

Di dalam sebuah hadis dituturkan, bahawa Rasulullah saw telah menetapkan kedudukan jihad sebagai amal yang utama dibandingkan dengan amal-amal yang lain, setelah beriman kepada Allah SWT. Bahkan, jihad ditempatkan sebagai ra’s al-’amal (pangkal dari amal). Imam Bukhari menuturkan sebuah hadis dari Abu Dzarr ra, bahawasanya ia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:

“Amal apa yang paling utama? Nabi SAW menjawab, “Iman kepada Allah, dan jihad di jalanNya.”[HR. Bukhari]
Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan, ‘Hadits ini menunjukkan bahawa jihad merupakan amal yang paling utama setelah iman kepada Allah.”
[1]

2. Orang Yang Pergi Berjihad Tidak Boleh Ditandingi Oleh Orang Yang Tidak Berangkat Berjihad

Dalam riwayat lain dinyatakan, bahawa kaum Mukmin yang tidak berangkat jihad, meskipun ia berusaha dengan sungguh-sungguh melaksanakan amal kebaikan dan taqwa, dirinya tidak mampu menyamai orang yang pergi ke medan jihad. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah ra, bahawasanya para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:

“Ya Rasulullah! Amal apakah yang boleh menyamai jihad fi sabilillah? Nabi SAW bersabda, “Kalian semua tentu tidak akan sanggup mengerjakannya.” Para sahabat pun mengulangi pertanyaannya dua atau hingga tiga kali, namun setiap kali diajukan pertanyaan itu, Rasulullah SAW menjawab, “Kalian tidak akan mampu mengerjakannya.” Selanjutnya, pada pertanyaan yang ketiga, baginda SAW bersabda, “Perumpamaan seorang mujahid di jalan Allah seperti halnya sa’im (orang yang berpuasa) yang selalu mentaati ayat-ayat Allah, dan ia tidak berhenti dari solat dan puasanya, hingga mujahid di jalan Allah itu pulang kembali.” [HR Muslim]

Ini adalah redaksi hadis menurut versi Muslim. Sedangkan menurut versi Imam Bukhari disebutkan,

“Seorang lelaki mendatangi Rasulullah SAW, dan bertanya, “Tunjukkan kepadaku, amal apakah yang boleh menyamai jihad? Nabi SAW menjawab, “Aku tidak mendapati amal yang boleh menyamai jihad? Kemudian baginda SAW bertanya, “Apakah kamu mampu (mengerjakannya), jika seorang mujahid pergi berjihad, lalu kamu masuk ke masjidmu, kamu kerjakan solat tanpa pernah berhenti, dan kamu kerjakan puasa tanpa pernah berbuka? Kemudian ia berkata, “Lantas, siapa yang mampu mengerjakan hal itu?” Abu Hurairah berkata, “Sesungguhnya, berperangnya seorang mujahid berapa pun lamanya, nescaya akan ditulis baginya kebaikan-kebaikan.” [HR. Bukhari]

Al-Hafidz Ibnu Hajar di dalam Fath al-Baariy menyatakan,

“Imam Fudlail bin ‘Iyadl mengatakan, “Hadits ini menjelaskan keagungan jihad. Sebab, puasa dan ibadah-ibadah lain yang telah disebutkan keutamaan-keutamaannya di dalam hadis ini, seluruhnya setara dengan jihad. Bahkan, semua hal mubah yang dilakukan oleh seorang mujahid sebanding dengan pahala orang yang mengerjakan solat dan ibadah lainnya. Oleh karena itu, Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak akan sanggup mengerjakannya.” Sedangkan keutamaan tidak ditetapkan dengan jalan qiyas, akan tetapi ia adalah ketetapan dari Allah SWT kepada siapa saja yang Ia kehendaki. Hadis ini menjadi bukti, bahawa jihad adalah seutama-utama amal secara mutlak.” [2]

Menurut Imam Nawawi, hadis ini menunjukkan keagungan dan keutamaan jihad dibandingkan amal yang lain. Sebab, solat, puasa, serta mentaati ayat-ayat Allah merupakan amal yang utama. Akan tetapi, Allah SWT menyetarakan kedudukan seorang mujahid dengan orang yang mengerjakan solat, puasa, dan mentaati ayat-ayatNya tanpa pernah berhenti –padahal ini tidak mungkin dilakukan oleh seorang manusia pun. Oleh karena itu, hadis ini dengan sangat jelas menunjukkan, bahawa jihad adalah seutama-utama ibadah di sisi Allah SWT. [3]

3. Jihad Sebagai Wasilah Menghindarkan Seksa

Sunnah juga menjelaskan bahawa jihad fi sabilillah merupakan wasilah (medium) untuk menyelamatkan diri dari api neraka dan seksa Allah di hari kiamat kelak. Imam Bukhari menuturkan sebuah riwayat, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah akan dijilat api neraka, debu-debu yang melekat di kaki seorang hamba yang berjihad di jalan Allah.” [HR Bukhari]

Hadis ini juga menunjukkan keutamaan dan keagungan jihad di jalan Allah. Ibnu al-Munayyir menyatakan, bahawa siapa saja yang kakinya berdebu karena berjihad di jalan Allah, nescaya Allah akan haramkan dirinya masuk ke dalam api neraka, baik ia berperang secara langsung mahupun tidak. [4] Sebab, debu-debu yang melekat di kaki para mujahid akan menyelamatkan dirinya dari seksa api neraka. Di dalam riwayat lain dinyatakan,

“Siapa saja yang kakinya berdebu karena berjihad di jalan Allah, nescaya Allah akan menjauhkan dirinya dari api neraka sejauh 1000 tahun perjalanan penunggang kuda yang memecut laju.” [HR Imam al-Thabarani di dalam al-Ausath].

4. Jihad Dapat Menghapus Dosa

Di riwayat yang lain juga diceritakan mengenai keberkatan jihad fi sabilillah meskipun dilakukan sebentar; yakni dapat menghapus dosa-dosa orang yang melakukannya. Dari Ibnu ‘Aidz diriwayatkan, bahawasanya ia berkata,

“Rasulullah SAW keluar mendatangi jenazah seorang lelaki. Ketika jenazah itu diletakkan, ‘Umar bin Khaththab berkata, “Jangan engkau solatkan Ya Rasulullah! Dia itu orang fajir.” Nabi SAW segera menoleh kepada orang banyak dan bertanya, “Apakah ada di antara kalian yang pernah melihat dirinya mengerjakan amal Islami? Seorang laki-laki menjawab, “Benar, Ya Rasulullah! Ia pernah menyibukkan diri dalam jihad di jalan Allah di suatu malam.” Nabi SAW pun mensolatinya, dan kemudian mengusap jenazah itu dengan tanah, seraya berkata, “Sesungguhnya, sahabatmu menduga engkau termasuk penduduk neraka, akan tetapi aku bersaksi bahawa engkau adalah penduduk syurga.” [HR. Imam Baihaqiy di Sya'b al-Iimaan];

Dan masih banyak lagi hadis-hadis yang memiliki pengertian yang sama.

5. Kaum Mujahid Adalah Seutama-utama Manusia

Imam Bukhari menuturkan sebuah riwayat dari Abu Sa’id al-Khudriy, bahawasanya ia berkata:

“Rasulullah SAW ditanya, siapakah orang yang mulia (utama)? Beliau menjawab, “Seorang laki-laki yang berjihad di jalan Allah.” [HR Bukhari]

Hadis ini dengan sarih (jelas) telah menjelaskan kepada kita, bahawa orang yang berjihad di jalan Allah menduduki tempat yang utama. Kaum salaf al-soleh sangat memuliakan orang-orang yang dimuliakan Allah SWT. Mereka berlumba-lumba untuk memuliakan dan menghormati orang yang berjihad di jalan Allah. Di dalam kitab al-Sair al-Kabiir dituturkan sebuah riwayat dari Mujahid (beliau adalah seorang tabi’in dan termasuk muridnya Ibnu Umar), bahawasanya ia (Mujahid) berkata,

“Saya hendak pergi berjihad”. Mendengar ini, Ibnu Umar segera menuntun kudaku!! Aku pun melarang dirinya melakukan hal itu. Namun, ia berkata, “Apakah kamu tidak suka aku mendapatkan pahala? Sungguh, telah sampai berita kepada kami (Ibnu ‘Umar) bahawa orang yang membantu kaum Mujahid, maka kedudukannya diantara penduduk dunia tak ubahnya dengan kedudukan Malaikat Jibril di antara penduduk langit.” [5]

Nota kaki-
[1] Al-Hafidz Ibnu Hajar, Fath al-Baariy, juz 5/149
[2] Al-Hafidz Ibnu Hajar, Fath al-Baariy, juz 5/6
[3] Imam Nawawiy, Syarah Shahih Muslim, juz 8/ 82-83
[4] al-Hafidz Ibnu Hajar, Fath al-Baariy, juz 6/29-30
[5] al-Sair al-Kabiir, juz 1/30

Filed under having 0 Ulasan