Saban tahun kita menyaksikan hari kelahiran Junjungan Besar kita, Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam disambut dengan penuh meriah. Bukan sahaja di Malaysia, malah di banyak negara umat Islam lainnya, sambutan kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam atau lebih dikenali dengan maulid al-Rasul diraikan dengan mengadakan perarakan secara beramai-ramai oleh umat Islam. Di ibu negara tahun ini, seramai 10,000 orang dijangka menyertai perarakan dan perhimpunan peringkat kebangsaan di Stadium Putra, Bukit Jalil, bertemakan ‘Menjana Ummah Gemilang’. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Najibah Abdul Mutalib, berkata majlis sambutan akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. “Perarakan akan disertai 103 kontinjen daripada jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta, pertubuhan, kelab, institusi pengajian tinggi, institusi latihan dan kemahiran serta pelajar sekolah dari sekitar Lembah Klang, katanya dalam satu kenyataan. Mereka akan memulakan perarakan sambil berselawat dari padang letak kereta, Stadium Hoki ke Stadium Putra [BH 19/03/08].
Dalam pada umat Islam sibuk meraikan sambutan maulid al-Rasul, tidak banyak di kalangan mereka yang mengambil inisiatif untuk mengkaji sama ada tindakan mereka ini bertepatan dengan Islam atau tidak. Jarang sekali mereka membuka kitab dan hadis untuk meneliti apakah hukumnya menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam. Kebanyakan kaum Muslimin lebih suka mengambil sikap untuk bertaklid buta dan hanya mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh orang lain. Bagi sebahagian yang lain pula, walaupun tidak setuju dengan apa yang dilihat di depan mata, tetapi tidak cukup berani untuk mengambil tindakan menentang arus. Masih ramai dari kalangan kaum Muslimin yang kerana ‘mengikut arahan’, terpaksa pejam mata dan turun untuk berarak. Bagaimanapun, suatu yang tidak dapat dipertikaikan dewasa ini adalah, kita menyaksikan semakin ramai dari kalangan umat Islam yang sudah mula mempersoalkan sambutan maulid al-Rasul ini, walaupun sebahagian besar masih lagi suka menjadi pak turut. Atas dasar ini, Sautun Nahdhah minggu ini akan menyuntik sedikit kesedaran kepada kaum Muslimin agar pemikiran yang masih lagi terkongkong dengan kejahilan, kemalasan dan kejumudan akan kembali kepada hukum Allah yang benar di dalam menilai setiap tindakan yang akan diambil.
Sejarah Sambutan Maulid al-Rasul
Sesungguhnya bagi setiap orang yang memerhatikan hadis Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam dan sirah baginda, maka ia akan mengetahui bahawa Nabi sama sekali tidak pernah memerintahkan perayaan/peringatan maulid (kelahiran) baginda. Akan tetapi orang-orang yang berdusta atas nama Rasul telah meriwayatkan banyak hadis maudhu’ (palsu) yang tidak pernah dikenal atau dihafal oleh para muhaddisin, kemudian dijadikan mereka sebagai dasar perayaan/sambutan maulid Nabi, seperti hadis (palsu), “Barangsiapa yang mengagungkan hari kelahiranku, maka wajib baginya (mendapat) syafaatku pada hari Kiamat” atau hadis palsu, “Barangsiapa yang menginfaqkan satu dirham pada hari kelahiranku, seakan-akan ia menginfaqkan emas seberat gunung Uhud”. Terlaknatlah mereka yang sengaja mendustakan Rasulullah dengan meriwayatkan hadis-hadis yang tidak pernah diucapkan oleh baginda. Dosanya di sisi Allah amat besar, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah dalam hadis mutawatir yang masyhur, “Barangsiapa yang berdusta atasku secara sengaja, maka siapkanlah tempat duduknya di neraka”.
Rasulullah tidak pernah mengagungkan hari lahir baginda. Baginda juga tidak pernah mengkhususkannya dengan apa-apa aktiviti taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) baik solat, puasa, zikir, membaca al-Quran mahupun mengadakan perarakan. Baginda juga tidak pernah memerintahkan kepada kaum Muslimin untuk menyambut/merayakan hari kelahiran baginda. Juga, baginda tidak pernah memerintahkan untuk melakukan perkara di atas atau untuk bersedekah, memberi makan atau menyembelih haiwan. Maka termasuk suatu yang pasti bahawa Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam tidak pernah menyambut hari kelahiran baginda. Kaum Muslimin juga tidak melakukannya selama masa Nabi masih hidup atau sehingga tiga generasi sesudah itu, walhal mereka adalah generasi terbaik yang dijamin oleh Rasulullah, sebagaimana sabdanya, “Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya, kemudian datang kaum yang tidak ada kebaikan di dalamnya” [HR Thabari].
Bagi mereka yang mengamati sejarah, mereka akan dapati bahawa acara sambutan maulid al-Rasul tidaklah masuk ke negeri kaum Muslimin kecuali pada masa kebelakangan sesudah itu, kerana terpengaruh dengan orang-orang Nasrani yang menyambut kelahiran Nabi Isa alaihi salam. Menurut catatan sejarah, orang yang pertama sekali mengadakan acara sambutan ini adalah al-Muiz Lidinillah al-Fathimi pada tahun 362H di Mesir. Dia adalah seorang dari aliran Ismailli bathini yang mengikuti fahaman kebatinan dari aliran Ismailiyyah yang telah keluar dari Islam. Perayaan ini terus berlangsung sehinggalah dibatalkan oleh panglima pasukan yang mulia Badrul Jamali pada tahun 488H di masa Khalifah Al-Musta’li Billah. Keadaan ini tidak bertahan lama sehingga perayaan ini diamalkan semula pada tahun 495H. Manakala di Iraq, orang yang pertama mengadakan sambutan maulid Nabi adalah Raja Al-Muzaffar Abu Said Kukuburiy bin Zainuddin Ali bin Baktakin pada abad ketujuh hijrah, namun ada pendapat yang menyatakan pemulanya adalah Syeikh Umar bin Muhammad al-Mala’ al-Irbali di kota Irbil, Iraq. Diriwayatkan dari Ibnu Katsir, “bahawa dia (Al-Muzaffar) melakukan perayaan maulid Nabi pada bulan Rabiul Awal dengan perayaan yang meriah” [Al-Bidayah wa al-Nihayah Fi al-Tarikh, juz 3 hlm 131]. Ibnu Khalkan menyebutkan dalam Wafiyyati al-A’yan, bahawa al-Hafiz Ibnu al-Khatthab bin Duhayyah datang dari Maghribi dan masuk ke negeri Syam dan sampai ke Iraq pada tahun 604H. Di Iraq, dia mendapati penguasa Iraq Muzaffaruddin bin Zainuddin meyakini maulid Nabi, maka ia menulis kitab kepadanya, al-Tanwir Fi Maulidi al-Basyiri al-Nadiri dan ia membacakannya sendiri kepada Muzaffar, lalu Muzaffar membalasnya dengan seribu dinar [Al-Hawi Li al-Fatawi, Imam al-Suyuthi, juz 1 hlm 189].
Para ulama ahli sejarah bersepakat bahawa yang pertama kali melakukan sambutan maulid al-Rasul, kemudian berkembang di tengah-tengah kaum Muslimin, adalah golongan al-Ubaidiyyun di Mesir dari kelompok Ismailiyyah yang kafir (lebih dikenali dengan sebutan al-Fathimiyyun) yang keberadaannya merupakan bencana bagi kaum Muslimin. Mereka memisahkan Mesir dari Khilafah Abbasiyyah dan mendirikan di sana sebuah negara khas yang bercirikan kelompok mereka sahaja. Aliran kebatinan ini, setelah mendapat kuasa, mereka berusaha merubah Daulah Islam menjadi negara kebatinan kufur dan berjalan sesuai dengan hukum-hukum mereka yang batil. Termasuk di antara bid’ah yang mereka ada-adakan adalah perayaan hari al-Ghadir, hari raya Nairuz (hari raya Parsi), hari raya al-Khamis (termasuk hari raya Nasrani) yang mereka jadikan salah satu dari hari raya kaum Muslimin. Mereka juga turut menyambut hari kelahiran Ali bin Abi Thalib, al-Hassan, al-Hussin, Fathimah, maulid Khalifah al-Qaim bi Amrillah, hari raya tahun baru Hijrah dan lain-lain lagi.
Pendapat Ulama Tentang Maulid al-Rasul
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang hukum menyambut maulid Nabi, tetapi disebabkan keterbatasan ruang, kami hanya akan mengutip beberapa pendapat yang masyhur sahaja. Al-Hafiz Ibnu Hajar, Ibnu al-Haj, Ibnu Katsir, Ibnu Abaad, Ibnu Marzuq, al-Subki, Abu Syamah (guru Imam Nawawi), Ibnu Duhayyah, al-Suyuthi, al-Sakhawi dan beberapa ulama lain lagi membolehkan sambutan hari kelahiran Nabi dengan syarat sambutan tersebut bersih dari segala aktiviti kemungkaran. Manakala Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, al-Syatibi, al-Abdari dan beberapa ulama lain mengharamkan sambutan maulid ini. Al-Hafiz Ibnu Hajar, Ibnu al-Haj dan al-Sakhawi setuju bahawa sambutan maulid al-Rasul adalah bid’ah kerana tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah, tidak pula pada zaman sahabat dan generasi sesudah mereka. Namun begitu, mereka menilai bahawa sambutan maulid Nabi ini sebagai bid’ah hasanah (bid’ah yang baik), dan akan menjadi bid’ah dhalalah (bid’ah yang sesat) jika mengandungi kemungkaran. Sebahagian besar ulama memandang bahawa sambutan maulid al-Rasul adalah bid’ah muharramah (bid’ah yang haram). Mereka juga berpendapat bahawa segala perbelanjaan harta (infaq) untuk sambutan maulid adalah haram. Yang paling masyhur di antara para ulama yang menyatakan hal ini merupakan bid’ah dhalalah adalah Tajudin Umar bin Ali al-Lakhami al-Sakandari al-Maliki yang terkenal dengan panggilan al-Fakihani. Beliau mengarang kitab berjudul al-Maurid fi al-Kalami ala Amali al-Maulid yang memuat jawapan dari pelbagai pertanyaan oleh masyarakat.
Di dalam kitab tersebut, terdapat soalan tentang maulid berbunyi; “apakah ada dasarnya menurut syara’ ataukah hal itu merupakan bid’ah dalam agama?”. Maka Tajudin menjawab, “Saya tidak mengetahui adanya dasar syar’i untuk sambutan maulid baik dalam Al-Kitab mahupun Sunnah, begitu pula tidak ada satu riwayat pun dari salah seorang ulama umat yang menjadi teladan dalam urusan agama, yang berpegang teguh pada atsar (peninggalan khazanah) orang-orang terdahulu yang mendukung, bahkan hal itu (sambutan maulid) merupakan bid’ah. Bukan termasuk kewajipan yang sesuai dengan ijmak, tidak pula sunnah kerana hakikat dari sunnah (mandub) adalah tuntutan syara’ tanpa adanya celaan bagi yang meninggalkannya. Mereka yang mengadakan maulid tidak mendapat izin dari syara’ untuk menyambutnya. Para sahabat tidak pernah melakukannya, begitu pula para tabi’in tidak melakukannya. Para ulama pun tidak melakukannya. Begitulah sesuai yang saya ketahui...” [lihat Al-Hawiy li al-Fatawi, Imam Suyuthi, juz 1 hlm 190]. Imam Suyuthi sendiri mengarang makalah tentang maulid dengan judul Husnu al-Qasdi fi Amali al-Maulid, di mana di dalamnya beliau menjawab hukum maulid di mana beliau cenderung kepada membolehkannya. Imam Suyuthi menilai berkumpulnya manusia untuk membaca Al-Quran dan pelbagai riwayat atau khabar (hadis) Rasulullah, kemudian ada jamuan makan di dalamnya sebagi bid’ah hasanah, sebab di dalamnya terdapat pengagungan terhadap kedudukan Rasulullah dan menampakkan kegembiraan akan kelahiran baginda. Beliau mengupas pendapat al-Fakihani dan membantahnya.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah yang hidup hingga awal abad ketujuh hijriyah (meninggal tahun 728H) pula berpendapat, “Apa yang diada-adakan oleh sebahagian orang dalam aktiviti maulid, kadang-kadang menyerupai Nasara dalam menyambut kelahiran Nabi Isa as, dan kadang-kadang sebagai ungkapan kecintaan dan pengagungan kepada Nabi, bukan untuk bid’ah seperti menjadikan hari kelahiran baginda sebagai hari raya Nabi (maulid), meskipun tanggal kelahiran baginda masih diperselisihkan oleh ulama. Namun sesungguhnya sambutan maulid itu tidak pernah dilakukan oleh orang-orang terdahulu dari generasi salaf (sahabat, tabi’in dan tabi’i tabi’in) padahal merekalah yang lebih berhak melakukannya jika itu diperlukan, dan tidak ada suatu apa pun yang dapat mencegah mereka melakukannya. Andaikata itu merupakan satu kebaikan yang pasti atau kuat dugaan kebenarannya, nescaya generasi salaflah yang paling berhak dari kita untuk melakukannya, kerana mereka termasuk orang-orang yang paling kuat kecintaannya dan pengagungannya kepada Nabi dan dari segi mengerjakan kebaikan, mereka lebih memerhatikan hal ini dari generasi-generasi Islam lainnya. Kesempurnaan dan kecintaan kaum Muslimin dan pengagungan mereka kepada Nabi seharusnya nampak dalam peneladanan, ketaatan dan pelaksanaan perintah Rasul. Termasuk dalam hal ini adalah menghidupkan sunnah Nabi baik secara batin (dalam diri) mahupun zahir (dalam realiti kehidupan), menyebarkan risalahnya serta berjihad dalam penyebaran risalah itu dengan hati, tangan dan lisan. Itulah cara orang-orang terdahulu...” [Iqtidhau al-Sirathil Mustaqim Mukhalafatu As-habi al-Jahim, hlm 294-297].
Berpegang Kepada Dalil, Jangan Bertaklid Buta
Sesungguhnya dalam apa jua perkara yang diperselisihkan oleh umat Islam, maka wajiblah dikembalikan kepada Allah dan Rasul. Firman Allah, “...jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Al-Sunah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhir...” [TMQ al-Nisa’ (4):59]. “Tentang suatu apa pun yang kamu berselisih, maka hukumnya (terserah) kepada Allah” [TMQ al-Syura (42):10]. Atas dasar ini, maka marilah kita mengembalikan perkara ini (sambutan maulid al-Rasul) kepada Kitabullah dan Sunah RasulNya. Di dalam KitabNya, Allah mengingatkan kita bahawa, “Dan apa sahaja yang dibawa (diperintahkan) oleh Rasul kepadamu, maka ambillah (laksanakanlah) ia, dan apa sahaja yang dilarangnya, maka tinggalkanlah ia” [TMQ al-Hasyr (59):7]. Allah juga berfirman, “Dan hendaklah orang-orang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih” [TMQ al-Nur (24):63]. Sambutan maulid al-Rasul ini pastinya bukan perkara yang didatangkan oleh Rasulullah kerana tidak ada seorang pun yang meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menyatakan atau melakukan atau memerintahkan atau menunjukkan persetujuannya terhadap sambutan hari lahir baginda.
Dengan merujuk kepada Al-Sunnah pula, kita tidak akan menjumpai nas yang menjelaskan Rasulullah menyambut hari kelahiran baginda atau memerintahkan umatnya untuk menyambutnya. Tidak pula kita dapati ia disambut oleh para Khulafa’ Rasyidin atau sahabat-sahabat yang lain, tidak juga oleh para tabi’in mahupun tabi’ihim bi ihsan (generasi sesudahnya yang mengikut mereka dengan baik). Dengan ini, amatlah jelas bagi mereka yang berakal bahawa sambutan maulid al-Rasul merupakan perkara yang tidak pernah dikenal pada masa awal Islam, sehingga dapat dikatakan secara pasti bahawa sambutan maulid al-Rasul ini adalah termasuk dalam perkara bid’ah. Di sini timbul satu persoalan bagi mereka yang membolehkan sambutan maulid al-Rasul ini atas niat ibadah atau taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Apakah hukumnya? Sebenarnya hal inilah justeru yang dengan sendirinya menjadikan perkara ini sebagai bid’ah, kerana bid’ah itu bermaksud suatu perbuatan yang dilakukan seseorang dengan niat beribadah dan bertaqarrub kepada Allah tetapi tanpa didasari oleh dalil syara'. Agar ibadah dikatakan benar dan sah, maka mestilah ada nas yang membenarkannya. Ibadah adalah termasuk di dalam persoalan yang bersifat tauqifiyyah (telah ditetapkan oleh Allah dan di ambil seadanya, tanpa boleh diubah, ditambah atau dikurangi). Kita tidak boleh melakukan ibadah, kecuali dengan cara (kaifiyat) yang telah ditunjukkan oleh Rasul kepada kita sahaja. Jika seseorang beribadah kepada Allah dengan caranya sendiri (tanpa ada nas), maka dia telah mengikut hawa nafsu dan akan tergolong ke dalam ahlu al-bid’ah. Na’uzubillah min zalik. Segala jenis ibadah dan bentuk taqarrub illallah wajiblah dilakukan mengikut Rasulullah secara tauqifi (seadanya).
Jadi, sekiranya seseorang Muslim berniat ingin beribadah dan ingin bertaqarrub kepada Allah tetapi dengan cara yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah maka hal inilah yang justeru disebut bid'ah. Adapun pandangan sesetengah ulama' yang mengatakan bahawa ada terdapat perbuatan yang disebut bid'ah hasanah (bid’ah yang baik), maka hal ini mestilah dikembalikan kepada nas dengan cara yang benar, sesuai dengan sabda Rasulullah, “Setiap (perbuatan) bid'ah itu sesat” [HR Abu Daud, Tirmidzi, Ahmad]. Inilah yang hak/benar (yakni) setiap bid’ah itu adalah sesat dan tidak ada pada hakikatnya yang disebut di dalamnya bid’ah yang baik. Sabda Rasulullah lagi, “Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan tanpa didasari perintah dari kami maka perbuatan tersebut tertolak” [HR Bukhari & Muslim].
Di samping termasuk di dalam hal bid’ah, sambutan maulid al-Rasul ini juga boleh menjerumuskan seseorang Muslim itu kepada tasyabbuh bil kuffar (menyerupai orang-orang kafir) jika ia disambut dengan niat ke arah itu. Jika kita mengamati sambutan maulid Nabi yang dirayakan sejak dahulu lagi maka kita akan dapati sebahagian dari umat Islam melakukan hal ini sebagai sikap taqlid dan menyerupai orang-orang Nasrani yang merayakan hari Krismas bagi menyambut kelahiran Nabi Isa. Hal ini pernah terjadi ke atas kaum Muslimin di masa kemunduran berfikir melanda mereka, sehingga mereka berkata, “Nabi Muhammad lebih utama dari Nabi Isa, jadi mengapa mereka boleh memuliakan Isa dan kita tidak boleh memuliakan Nabi Muhammad?” . Dengan analogi yang salah dan tidak berdasarkan nas ini, mereka menganggap bahawa ianya adalah baik jika diadakan. Bagi mereka yang melakukan hal ini berdasarkan analogi tersebut maka mereka telah termasuk ke dalam perbuatan yang haram kerana menyerupai orang-orang kafir. Banyak hadis sahih yang melarang tasyabbuh bil kuffar ini. Di antaranya, “Tidak termasuk golongan kita orang yang menyerupai kaum lain” dan “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk salah seorang dari mereka” [HR Muslim dan Ahmad]. Rasulullah begitu menekankan perlunya kita berbeza dari golongan kafir sehingga orang-orang Yahudi pernah berkata, “Muhammad ini tidak meninggalkan sesuatu urusan kita melainkan melakukan hal-hal yang sebaliknya”.
Dengan ini, amatlah jelas bahawa sambutan maulid Nabi ini tidak termasuk bahagian dari ajaran Islam, malah merupakan satu hal yang bid’ah dan tasyabbuh bil kuffar yang mesti ditinggalkan. Bagi yang melakukannya kerana ingin memuliakan Rasulullah, maka ingin kami tegaskan di sini bahawa memuliakan Rasul itu memanglah wajib, tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang telah ditetapkan oleh syara’, bukan mengikut hawa sendiri. Sesungguhnya memuliakan Nabi itu adalah dengan mengikuti dan berpegang teguh kepada segala sunnahnya, baik itu perkataan, perbuatan ataupun taqrir (pembenaran) baginda. Memuliakan Rasul juga boleh dilakukan dengan cara membaca selawat ke atas baginda di setiap waktu, bukan hanya di hari maulid baginda. Firman Allah, “Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya” [TMQ al-Ahzab (33):56]. Kaum Muslimin di zaman Rasulullah begitu berhati-hati dalam melakukan sebarang perbuatan kerana bimbang akan melakukan bid'ah. Pernah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa para sahabat pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya untuk kami ucapkan selawat untukmu? Maka Nabi pun mengajarkan mereka caranya...” .Terdapat banyak lagi hadis yang menjelaskan keutamaan berselawat kepada Rasul di setiap waktu, namun apa yang jelas, perbuatan selawat sekalipun, haruslah mengikuti dalil-dalil syara’ yang telah ditetapkan. Malangnya kini umat Islam terlalu berpegang kepada fatwa-fatwa yang kadangkalanya terpesong jauh dari hukum syara’ dan umat Islam terlalu banyak bertaqlid buta tanpa mengkaji sendiri dengan lebih mendalam akan dalil-dalil bagi setiap perbuatan yang ingin dilakukan mereka. Keadaan menjadi lebih parah apabila para pemerintah dan ulama yang ada membenarkan, dan lebih buruk mengarahkan perkara ini tanpa mengkaji nas-nas dengan terperinci akan kebolehannya. Islam di ambil hanya di dalam bentuk untuk memuaskan kehendak kerohanian atau untuk memenuhi gharizah tadayyun (naluri beragama) semata-mata, tanpa diambil sebagai hukum-hakam untuk menyelesaikan seluruh permasalahan manusia.
Bagi para ulama dan juga kaum Muslimin yang membolehkan sambutan maulid al-Rasul dengan alasan masih terdapat syubhat al-dalil di dalamnya, maka semoga hal tersebut dapat menjadi hujah dan alasan yang membebaskan mereka di sisi Allah nanti kerana hal itu dibolehkan/dilakukan atas dorongan kecintaan, penghormatan dan keagungan mereka kepada Rasulullah; atau dengan maksud untuk bersyukur kepada Allah di atas kurnia yang diberikanNya kepada kaum Muslimin dengan dilahirkan seorang manusia yang paling mulia di muka bumi yang mana kita telah menjadi umatnya. Namun mesti diperhatikan di sini bahawa para ulama yang membolehkan diadakannya sambutan maulid Nabi ini telah mensyaratkan bahawa ia mestilah bersih dari segala kemungkaran seperti zikir yang menyesatkan, ratapan, tangisan yang berlebih-lebih, nyanyian, iktilath (percampuran antara lelaki dan perempuan), tabarruj (bersolek dan menghiaskan diri - bagi perempuan) dan lain-lain kemungkaran lagi.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Demikianlah hukum mengenai sambutan maulid al-Rasul. Janganlah hendaknya kalian memperbesar-besarkan hari kelahiran Nabi walhal dalam masa yang sama sunnah Nabi kalian tinggalkan. Yang lebih utama dan sewajibnya diambil oleh kalian adalah apa jua yang dibawa oleh Rasulullah kepada kalian berupa perkataan, perbuatan dan taqrir (pembenaran) baginda. Inilah sunnah Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam yang wajib kalian ikuti. Rasulullah bukan sahaja seorang ahli ibadah, malah baginda adalah juga seorang suami, seorang ayah, seorang ahli politik yang agung dan seorang ahli perang. Rasulullah adalah seorang pendakwah, pembawa risalah Allah, penyebar Islam dan pembawa rahmat ke seluruh alam. Rasulullah tidak pernah berhenti berdakwah sejak baginda di angkat oleh Allah menjadi RasulNya, Rasulullah berdakwah dalam rangka untuk meninggikan kalimah Allah dan menerapkan segala hukum-hakam Allah di muka bumi, tidak berehat (dari dakwah) dan tidak mengenal penat dan lelah, menghadapi segala cabaran dan penderitaan. Inilah sunnah Rasul Sallallahu alaihi wa Sallam yang wajib diteladani oleh umat Islam, bukan hanya sekadar mengingati dan menyambut tarikh kelahiran baginda, namun berdiam diri dari semua yang lain.
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah” [TMQ al-Ahzab (33):21].
HUKUM MENYAMBUT MAULID AL RASUL
SYURA DAN HUKUM MAJORITI

PADE DOH!!!50 TAHUN UMNO MEMERINTAH DENGAN SISTEM KUFUR
Pade doh! Sudah 50 tahun UMNO perintah Malaysia dengan sistem kufur - saatnya umat Islam kembali kepada sistem pemerintahan KHALIFAH ISLAMIYYAH!!
Pade Doh! slogan Pemuda tawan Kelantan
KUALA LUMPUR 13 Feb. – Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menggunakan slogan ‘Pade Doh!’ bermaksud ‘Cukuplah’ sepanjang kempen pilihan raya umum ke-12 bagi negeri Kelantan.
Timbalan Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, slogan dalam loghat Kelantan itu bertujuan menarik generasi muda negeri itu untuk menolak kepimpinan Pas yang telah memerintah selama 18 tahun.
Beliau berkata, slogan tersebut yang disertakan logo bulatan dan palang pada angka 18, turut dijadikan identiti Pemuda BN bagi mewujudkan gelombang perubahan besar di negeri itu.
“Saya dapat maklum balas daripada rakan-rakan bahawa mood di Kelantan memang mahukan perubahan. Jadi jangan ada keraguan lagi.
“Kali ini pangkah sahaja BN, cuba buat perubahan sekali. Tengok lima tahun apa yang kita boleh buat di Kelantan dan banding selepas ini.
“Jangan 18 tahun pilih orang yang sama, pemimpin sama, Menteri Besar pun sama,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pemuda BN di Menara Datuk Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Pemuda BN Kelantan, Dali Hussin.
Khairy berkata, pihaknya juga akan melancarkan satu lagi slogan iaitu ‘Pakat Kelik Ngundi’ (Pakat Balik Mengundi) bagi menggalakkan lebih 50,000 anak Kelantan di luar negeri itu untuk balik mengundi.
Beliau berkata, pelancaran rasmi slogan berkenaan akan diadakan di Kelantan tidak lama lagi dengan diikuti pengedaran poster serta kemeja-T oleh Pemuda BN negeri di peringkat bahagian dan cawangan.
Menurut beliau, Pemuda BN juga akan mengadakan satu pertemuan dengan anak-anak Kelantan di ibu negara bagi memastikan bukan mereka sahaja yang balik mengundi malah diikuti rakan-rakan dan keluarga.
“Ini penting kerana banyak kerusi yang dimenangi Pas di negeri ini pada pilihan raya umum 2004 adalah dengan majoriti yang kecil dan sekiranya pengundi luar diberi tumpuan saya percaya Kelantan boleh ditawan tahun ini,” ujarnya.
Khairy berkata, Bilik Gerakan Pemuda BN juga akan menyediakan khidmat rujukan mengenai lokasi pusat pembuangan undi serta kemudahan pengangkutan dan cuti bagi pengundi untuk pulang mengundi di Kelantan.
Beliau berkata, bilik gerakan di PWTC itu boleh dihubungi semua pihak menerusi talian 03-40439517, 017-7527775 dan 017- 2631455.
Sumber: Utusan Malaysia 14/02/08
Ulasan:
Kalau Khairy sibuk berkempen ‘pade doh’, dengan menggunakan loghat Kelantan yang bermakna ‘cukuplah’ dengan pemerintahan PAS selama 18 tahun di Kelantan, dan inginkan perubahan, maka lebih pastinya afdhal kerajaan Barisan Nasional yang memerintah lebih 50 tahun ini digulingkan kerana telah selama 50 tahun mereka menerapkan undang-undang sekular.
Pade doh (cukuplah) sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan oleh BN selama ini yang mana mereka telah mengambil kuasa Allah untuk membuat undang-undang. Pade doh (cukuplah) umat Islam hidup menderita dengan sistem ekonomi Kapitalis (aka Sistem Ekonomi Campuran) yang diterapkan selama ini yang mana semua kekayaan negara dan umat telah dirampas oleh golongan yang berkuasa!
Pade Doh kita menderita selama 84 tahun tanpa sistem Khilafah yang menaungi kita, jadi kita 'pakat-pakat kelik wat Khilafah' sebab Hadis Nabi menerangkan,
“Siapa saja yang mati, sementara di atas tengkuknya tidak ada bai’at (kepada seorang Khalifah), maka dia mati dalam keadaan mati Jahiliah” [HR Muslim]
Pade Doh tu UMNO/BN, beghetilah wat doso, meghetoh denge agama suku politik suku tu ajaghe sose. (Cukuplah tu UMNO/BN, berhentilah dari melakukan dosa, memerintah dengan memisahkan agama dan politik itu adalah ajaran songsang).
Hukum melibatkan diri di dalam pilihan raya
Hukum melibatkan diri di dalam pilihan raya
Solan Fiqh : Saya ingin bertanya pendapat saudara tentang proses pengundian atau pilihan raya dalam sistem demokrasi, kerana banyak khabar angin yang saya dengar bahawa pertubuhan saudara mengharamkannya, adakah ianya benar? Untuk mengelak kekeliruan saya meminta saudara aurajihad menjelaskan secara terbuka tentang masalah ini.
Jawapan Kami
Pada 8hb Mac ini, rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Dalam kesibukan pilihan raya ini, timbullah di kalangan kaum Muslimin di Malaysia pelbagai pandangan mengenai urusan ini. Fatwa dan pandangan terdengar di sana-sini mengenai pilihan raya dan hukum melibatkan diri dengannya. Ada yang mewajibkannya, dengan menggunakan pelbagai dalil bagi menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi dan ada yang mengharamkannya kerana mengikut dakwaan mereka perkara ini tidak pernah ada pada zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Bagi menjawab persoalan mengenai hukum melibatkan diri dengan proses pilihan raya, kami akan membawa/menjelaskan realiti pilihan raya itu sendiri yakni pilihan raya yang diamalkan dalam sistem demokrasi sekarang ini dan seterusnya menjelaskan dalil-dalil syarak mengenainya.
Adapun hukum asal pilihan raya dalam Islam adalah mubah (harus). Ini kerana ‘pilihan raya’ (intikhab) yang dijalankan dalam Islam, sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah hanyalah (bertujuan) untuk memilih wakil bagi mewakili kaum masing-masing (waktu itu Aus dan Khazraj), manakala pada zaman Khulafa’ Rasyidin, intikhab dilakukan untuk memilih Khalifah itu sendiri dan juga untuk memilih wakil dalam Majlis Syura (Majlis Umat). Perlu difahami dan dibezakan di sini fungsi Majlis Ummat adalah untuk muhasabah pemimpin dan musyawarah antara mereka serta memberi masukan/input kepada pemerintah. Majlis Syura ini bukannya majlis untuk membuat/menggubal undang-undang atau merubah undang-undang. Ia berbeza sama sekali dengan realiti pilihan raya yang ada dalam sistem demokrasi sekarang.
Bertolak dari sini, kita mestilah memahami dan membezakan realiti intikhab di masa Rasulullah dengan realiti intikhab dalam sistem demokrasi yang ada sekarang. Untuk mengetahui hukum syarak mengenai masalah pilihan raya sekarang, kita perlulah mengkaji terlebih dahulu realitinya (tahqiq al-manath). Yang pertama sekali, kita mestilah faham perbezaan di antara ‘pilihan raya’ dan ‘demokrasi’ itu sendiri. Pilihan raya tidak sama dengan demokrasi dan demokrasi tidak sama dengan pilihan raya. Pilihan raya hanyalah salah satu cara/uslub dalam sistem demokrasi untuk memilih wakil (bukan memilih pemimpin). Manakala demokrasi pula adalah sebuah sistem pemerintahan di mana hak membuat undang-undang berada di tangan manusia. Hukum pilihan raya adalah berbeza dengan hukum demokrasi. Hukum demokrasi jelas haram dalam Islam berdasarkan nas-nas yang qath’i.
Seperkara lagi yang perlu difahami dan dibezakan adalah ‘suara majoriti’. Suara majoriti tidak sama dengan demokrasi dan tidak sama dengan pilihan raya. Suara majoriti tidak salah untuk diambil dalam membuat sesuatu keputusan yang bersifat mubah (harus), contohnya majoriti bersetuju melantik A sebagai pemimpin atau majoriti bersetuju untuk pergi ke suatu tempat dengan menaiki bas. Namun suara majoriti akan menjadi haram apabila yang disepakati adalah bertentangan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk merejam penzina dengan 6 kali sebatan, atau majoriti bersetuju untuk memenjarakan seorang pencuri, atau majoriti bersetuju untuk menghalalkan sistem perbankan riba. Dalam aspek menggubal undang-undang, suara majoriti juga menjadi haram walaupun yang dipersetujui (secara majoriti) adalah suatu yang bertepatan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk gubal undang-undang bahawa solat itu wajib atau puasa itu wajib atau riba itu haram. Ini kerana kewajipan solat dan puasa dan keharaman riba adalah datang dari Allah sebagai Zat Pembuat undang-undang. Jadi, tidak kira sama ada majoriti bersetuju atau tidak, solat tetap wajib dan riba tetap haram. Ia bukan untuk disetujui atau diundi oleh manusia. Ia (hukum syarak) adalah untuk dilaksanakan oleh manusia. Manusia tidak ada sebesar zarah pun hak untuk mencadangkan, apatah lagi menggubal dan mengundi hukum Allah untuk diluluskan secara majoriti.
Pilihan raya yang dijalankan dalam sistem demokrasi hakikatnya adalah merupakan pemilihan wakil untuk ke Parlimen/DUN untuk menggubal undang-undang. Dengan kata lain ia adalah pemilihan ahli-ahli majlis tasyri' yakni majlis yang akan membuat undang-undang. Jadi, majlis perwakilan (wakil Parlimen atau wakil DUN), fungsi utama mereka (apabila menang) adalah berada dalam majlis tasyri' untuk membuat undang-undang. Autoriti majlis ini adalah untuk menggubal undang-undang, meminda dan menghapuskannya dengan suara majoriti. Inilah tahqiq al-manathnya. Oleh yang demikian (setelah jelas akan realitinya), maka barulah hukum syarak bagi realiti ini digali untuk diselesaikan. Sehubungan itu, kami akan menjelaskan hukum syarak mengenai penyertaan di dalam pilihan raya dan juga kedudukan mereka yang berdalil dengan suara majoriti dalam sistem demokrasi ini.
Pilihan raya hakikatnya merupakan suatu bentuk perwakilan (wakalah). Oleh itu, ia haruslah mematuhi semua syarat-syarat dan rukun akad wakalah agar akad ini menjadi akad yang sah di sisi syarak. Wakalah melibatkan beberapa aspek yakni (i) ijab dan kabul (ii) pihak yang diwakili (muwakkil) (iii) pihak yang menjadi wakil (wakil) (iv) perkara yang harus dilakukan oleh wakil dalam urusan perwakilan ini dan (iv) bentuk (sighah) perwakilan tersebut.
Majlis perwakilan, berdasarkan peruntukan di dalam perlembagaan di kebanyakan negeri kaum Muslimin (di Malaysia di kenali sebagai Parlimen dan DUN), bertanggungjawab menjalankan beberapa fungsi utama. Antaranya adalah menggubal undang-undang, melantik ketua negara atau membatasi calon-calon ketua negara, memberikan kepercayaan penuh kepada pemerintah (dalam urusan pemerintahan), mengesahkan pelbagai undang-undang, persetujuan dan perjanjian serta mengawasi dan memuhasabah pemerintah negara.
Adapun mengenai penggubalan undang-undang, ia merupakan aktiviti yang tidak dibolehkan (haram) bagi seorang Muslim untuk melakukannya, tidak kira sama ada ia terlibat secara langsung dalam penggubalan ataupun terlibat dalam pengundian (sokong atau tidak), meskipun undang-undang yang digubal itu ‘selari’ dengan hukum Islam yang mulia (sebagaimana dijelaskan di atas). Ini adalah kerana, ketika hukum Islam diambil dan dirujuk, ia didasari dengan dalil syarak yang terpancar dari aqidah Islam yang diwahyukan Allah. Seseorang Muslim tidak dibolehkan membuat undang-undang, tetapi kewajiban mereka hanyalah untuk menerima dan menerapkan syariat Allah sahaja dan bukan yang lain, tidak kira sama ada ia dipersetujui secara majoriti atau tidak. Hukum Allah (apatah lagi hukum kufur) bukan untuk dibuat, diundi dan diluluskan dengan majoriti. Oleh itu, hak untuk membuat undang-undang (hukum) hanyalah terletak pada Allah semata-mata. Tidak ada sesiapapun yang berhak meletakkan dirinya setara dengan Allah ‘Azza wa Jalla dalam membuat undang-undang. Allah berfirman:
“…hanya Allah jualah yang menetapkan hukum…..” [TMQ Al-an’aam (6) :57]
“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya” [TMQ Al-Nisa’ (4):65]
“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya” [TMQ Al-nahl (16) :116]
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda kepada Adi bin Hatim,
“Tidakkah mereka itu menghalalkan bagi mereka apa yang telah diharamkan (oleh Allah) dan mengharamkan apa yang telah dihalalkan?, dan Adi berkata, ‘ya’, maka Rasulullah berkata, ‘Maka mereka itu telah menyembah (rahib dan pendeta) mereka”
Peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah membacakan ayat di bawah kepadanya.
“Mereka menjadikan pendita-pendita dan rahib-rahib (ahli-ahli agama) mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah” [TMQ Al-Taubah (9) :31]
Hakikatnya, Majlis Perwakilan (Parlimen/DUN) ini adalah majlis yang hanya menjadikan demokrasi Barat sebagai ikutannya. Ia menjadikan prinsip ‘kedaulatan di tangan rakyat’ sebagai prinsip utama. Prinsip ini meletakkan rakyat (manusia) sebagai satu-satunya institusi yang boleh menentukan hukum ke atas benda dan perbuatan, sama ada baik atau buruk. Manusia yang diwakilkan itu (wakil rakyat)lah yang berhak menentukannya, dan ia (undang-undang) hanya ditentukan semudah dengan suara majoriti. Apa yang dilihat oleh majoriti (wakil) rakyat sebagai buruk, maka buruklah ia dan apa yang dilihat oleh majoriti (wakil) rakyat sebagai baik, maka baiklah ia. Prinsip ini dijadikan sebagai autoriti yang tertinggi dalam demokrasi, sistem kufur yang bertentangan seratus peratus dengan Al-Quran dan Sunnah.
Adapun dalam memberikan kepercayaan kepada pemerintahan sekular yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, memilih pemimpin negara serta mengesahkan pelbagai undang-undang, perjanjian dan persetujuan, seorang Muslim tidak dibolehkan terlibat dengannya. Seorang Muslim tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada pemerintah yang memerintah dengan selain dari hukum Allah. Seorang Muslim juga tidak boleh terlibat dalam mengesahkan apa-apa perjanjian yang dibuat atas dasar kufur kerana ini akan menyebabkan kaum kuffar diberikan jalan-jalan untuk menguasai negeri kaum Muslimin. Dalam hal ini, Allah berfirman:
“...dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk (menguasai) orang-orang yang beriman” [TMQ Al-Nisa’ (4) :141]
Mengenai fungsi mengawasi negara dan memuhasabah para pemerintah, ini merupakan suatu kewajiban syarak ke atas kaum Muslimin dalam menjalankan tanggungjawab amar ma’ruf nahi mungkar. Ini adalah merupakan hak dan kewajiban majlis perwakilan untuk menjalankannya. Oleh itu (untuk hak dan tanggungjawab ini dijalankan oleh seseorang ahli majlis perwakilan), terdapat syarat-syarat syar’i yang perlu dipenuhi sekiranya seseorang ingin mencalonkan dirinya untuk pilihan raya (majlis perwakilan) pada hari ini. Pencalonan hendaklah berpandukan kepada syarat –syarat ini, namun ia (syarat-syarat ini) tidak boleh dijadikan sebagai kebenaran (untuk pencalonan) secara mutlak. Syarat-syarat tersebut adalah:-
(1) Dia mestilah mengisytiharkan dengan jelas dan lantang (tidak cukup dengan niat dan tidak dibolehkan berpura-pura) bahawa ia menolak sistem kapitalisme Barat dan kesemua sistem kufur.
(2) Dia mestilah mengisytiharkan bahawa fungsinya di Parlimen (jika menang) adalah untuk mengubah sistem kufur dan menggantikannya dengan sistem Islam.
(3) Dia akan berkempen hanya dengan apa yang diambil dari Al-Quran dan Sunnah Rasul.
(4) Dia mestilah mengisytiharkan bahawa dia akan menggunakan Parlimen sebagai platform untuk berdakwah kepada Islam.
(5) Dia tidak akan masuk dalam pencalonan (parti) sekular, mahupun bekerjasama dengan mereka, kerana mereka ini adalah penyokong kepada sistem kufur.
(6) Dia tidak dibolehkan merapatkan diri dengan badan Eksekutif dan Judikatif (dengan mereka yang menerapkan (hukum) serta mereka yang terlibat dengan perundangan) dan memasukkan namanya sebagai calon untuk tujuan bermanis muka dengan badan-badan ini yang merupakan sandaran bagi mereka yang berlaku zalim. Allah swt berfirman, “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” [TMQ Hud:113]
(7) Bahawa kempennya di sepanjang waktu pencalonannya ini bertujuan agar umat manusia memahami objektif-objektif yang telah disebutkan di atas.
Berdasarkan apa yang telah kami jelaskan, kami berpandangan bahawa sebahagian besar dari fungsi ahli-ahli majlis perwakilan melibatkan perkara-perkara yang diharamkan ke atas mereka untuk melakukannya. Ini termasuklah fungsi menggubal undang-undang yang bertolak belakang dari Al-Quran dan Sunnah, fungsi melantik ketua negara yang tidak berhukum dengan hukum Allah, memberikan kepercayaan kepada pemerintah yang memerintah dengan hukum yang bukan diturunkan oleh Allah dan mengesahkan pelbagai perjanjian dan persetujuan yang dibina atas dasar kufur, membolehkan pihak kuffar untuk menguasai kaum Muslimin. Mana-mana calon yang dicalonkan sebagai ahli Parlimen atau DUN untuk menjalankan fungsi-fungsi ini sesungguhnya telah berdosa dan kaum Muslimin tidak dibolehkan untuk membantu mereka, memilih mereka mahupun mengucapkan tahniah kepada mereka sekiranya mereka berjaya.
Bagaimanapun, terdapat satu fungsi dari fungsi-fungsi ahli majlis perwakilan yang diperintahkan oleh syarak. Dan bagi menjalankan fungsi ini, dibolehkan seorang Muslim untuk terlibat di dalam pilihan raya. Namun begitu, ia hanya dibolehkan sekiranya pencalonan ini berpandukan syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas. Fungsi ini adalah fungsi memuhasabah pemerintah dan negara sekiranya ia menjalankan perkara yang menyalahi hukum syarak. Malah, ahli majlis perwakilan wajib menjadikan Parlimen sebagai platform dalam usaha untuk menghancurkan sistem, perlembagaan dan undang-undang yang dibina di atas asas kekufuran. Parlimen juga mesti dijadikan sebagai platform untuk mengingatkan manusia bahawa kewujudan undang-undang dan negara yang diasaskan atas dasar ini merupakan suatu kemungkaran, bahkan ia merupakan ibu kepada segala kemungkaran yang ada dan oleh itu ia wajib dihapuskan dan dibina di atasnya Daulah Islam yang akan berhukum dengan hukum Allah secara kaffah. Daulah yang dimaksudkan ini adalah Daulah Khilafah Rasyidah yang didirikan atas jalan kenabian.
Seseorang yang ingin menjalankan fungsi yang mulia ini tidaklah perlu merasa terkilan sekiranya tidak berjaya menjadi ahli Parlimen tersebut kerana sesungguhnya, platform untuk menjalankan fungsi ini (dakwah kepada Islam) terdapat di mana-mana dan tidak hanya terbatas di Parlimen sahaja. Bahkan dengan menjadi ahli Parlimen, seorang Muslim itu mungkin akan berubah akibat pelbagai godaan, peluang dan kekayaan yang tersedia, lantas mengganggu konsistensi dan keikhlasannya dalam menjalankan dakwah hanya untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala, bukan untuk mendapat habuan dunia.
Wahai kaum Muslimin!
Sesungguhnya Islam mewajibkan ke atas kita untuk muhasabah para pemerintah dan mengubah mereka melalui jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ’alaihi wa Sallam, yakni dengan peperangan pemikiran (sira’ul fikr) dan penentangan politik (kifah siyasi) sekiranya hukum yang dijalankan adalah selain dari hukum Allah. Sekiranya ini tidak kita lakukan, maka pastilah situasi kita akan menjadi semakin buruk dan Allah akan menghukum kita di dunia dan akhirat. Sesungguhnya mengubah keadaan (kaum Muslimin) sekarang bukanlah suatu yang mustahil, seperti mana yang kerap digembar-gemburkan oleh mereka yang jahil, pengecut dan dalam kesesatan. Mengubah suasana ini merupakan suatu yang mampu dilakukan oleh umat Islam sekiranya umat ini bertawakal kepada Allah dan menjalankan apa yang telah diwajibkanNya ke atas kaum Muslimin. Janganlah rasa putus asa menyelubungi diri kita sehingga kita berdiam diri dengan sistem kufur yang mendominasi saat ini. Janganlah kita membiarkan segala ilusi (bahawa kita tidak akan dapat berubah) ini mengalihkan pandangan kita dari berusaha untuk mengubah situasi umat dan melanjutkan kehidupan Islam serta menyebarkan Islam ke seluruh dunia melalui Daulah Khilafah yang akan menyatukan seluruh kaum Muslimin. Umat ini, Insya Allah akan disatukan di bawah seorang pemimpin dan kibaran bendera Islam yang satu di mana negeri-negeri kaum Muslimin yang bertaburan akan disatukan dan umat Islam akan dibebaskan dari ketidakadilan sistem kufur yang rosak kepada keadilan Islam. Maka akan wujudlah negara yang satu, Khilafah Rasyidah, yang menerapkan Islam dan menegakkan jihad sehinggalah Islam mendominasi dan mengatasi segala din (cara hidup) yang lain.
“Kepada pentadbiran Allah jualah kembali segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira - dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)” [TMQ Al-Rum (30):5-6]
PANDANGAN HIZBUT TAHRIR TENTANG PILIHAN RAYA
Esok 8 Mac 2008 adalah hari penentu untuk mengetahui parti manakah yang akan dipilih oleh rakyat Malaysia bagi memerintah untuk jangka masa 5 tahun yang akan datang. Sepanjang tempoh berkempen yang telah berlangsung sejak pembubaran Parlimen, pelbagai peristiwa dan kejadian yang telah berlaku. Caci-mencaci, tuduh-menuduh, hina-menghina, fitnah-memfitnah dan tidak kurang juga insiden pukul-memukul dapat disaksikan. Penipuan semakin merajalela, kebencian semakin membara dan hubungan dengan Allah semakin dilupa. Janji ditabur dan wang ringgit dihambur manakala kasih sayang dan persaudaraan sesama Muslim dikubur. Inilah sedikit dari fenomena pilihan raya yang setiap kali dijalankan, pasti menimbulkan lebih banyak perpecahan dan pergaduhan sesama umat Islam. Dalam kesibukan pilihan raya ini juga, timbul persoalan dan perdebatan di kalangan kaum Muslimin berhubung pandangan Islam mengenai urusan ini. Fatwa dan pandangan terdengar di sana-sini mengenai pilihan raya dan hukum melibatkan diri dengannya. Ada yang mewajibkannya, dengan menggunakan pelbagai dalil bagi menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi dan ada yang mengharamkannya kerana mengikut dakwaan mereka perkara ini tidak pernah ada pada zaman Rasulullah. Ada pula yang berpandangan bahawa pilihan raya dibolehkan kerana Islam tidak pernah merincikan perkara (pemerintahan) ini, jadi terpulanglah kepada manusia untuk menentukan cara mereka sendiri dalam memilih pemerintah.
Sebagai sebuah parti politik yang berdakwah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan mendirikan semula Daulah Khilafah, Hizbut Tahrir sering di salah fahami, dilabel dan difitnah sebagai sebuah gerakan Islam yang anti pilihan raya atau tepatnya yang mengharamkan pilihan raya. Bagi mereka yang ikhlas dan ingin tahu, ramai yang telah datang berbincang dan berdialog dengan Hizbut Tahrir sendiri berkenaan perkara ini. Selain itu, persoalan yang sama sering diajukan kepada kami di seminar-seminar dan forum-forum terbuka yang kami anjurkan. Segala puji bagi Allah, setelah mendapat penjelasan langsung dari kami, setakat ini ramai yang semakin jelas tentang pendirian Hizbut Tahrir dalam masalah ini. Inilah yang kami harapkan dari umat Islam yang ikhlas, agar mereka datang dan berjumpa sendiri dengan kami, daripada mendengar fitnah dan tohmahan dari luar. Atas permintaan ramai, Sautun Nahdhah hari ini akan menyatakan pendirian Hizbut Tahrir mengenai hukum pilihan raya, agar lebih ramai umat Islam yang ikhlas akan memahami dan membetulkan sikap masing-masing. Kami sedar bahawa nasyrah kecil ini tidak akan dapat memuat semua perkara yang ingin kami sampaikan, namun diharap ia memadai untuk menjernihkan pandangan mereka yang kabur dan keliru selama ini.
Pilihan Raya Dalam Islam
Persoalan pertama yang perlu dijelaskan di sini adalah, adakah terdapat pilihan raya di dalam Islam? Jawapannya ya, memang terdapat pilihan raya di dalam Islam, walaupun konteks atau cara(uslub)nya agak berbeza dengan yang ada sekarang. Pemilihan suara ramai memang ada dalam Islam. Secara rincinya pemilihan suara ramai (yang sekarang disebut pilihan raya) ini boleh berlaku dalam dua keadaan utama. Pertama, dalam urusan memilih Khalifah sebagai pemimpin tertinggi umat Islam. Kedua, dalam urusan memilih Majlis Syura (Majlis Umat). Namun, perlu difahami di sini bahawa pemilihan Khalifah tidak semestinya dilakukan melalui pemilihan suara ramai, tetapi pemilihan Majlis Umat mesti melalui suara ramai.
Hal ini diambil dari peristiwa pengangkatan para Khulafa’ Rasyidin yang menjadi Ijmak Sahabat yang wajib kita ikuti. Semasa pelantikan Abu Bakar, sebahagian besar kaum Muslimin berkumpul di Saqifah Bani Saidah dan terjadi perbincangan di antara mereka. Hasilnya Abu Bakar telah dibai’ah (bai’at in’iqad) menjadi Khalifah. Kemudian pada hari kedua, kaum Muslimin di undang ke Masjid Nabawi, lalu mereka membai’at Abu Bakar di sana (bai’at ta’at). Ketika Abu Bakar merasa sakitnya akan membawa kepada kematian, beliau telah memanggil kaum Muslimin untuk meminta pendapat mereka mengenai siapa yang akan menjadi Khalifah setelah beliau. Proses pengumpulan pendapat itu berlangsung selama tiga bulan dan akhirnya Abu Bakar mengetahui pendapat majoriti dari kaum Muslimin, lalu beliau menunjuk (mencalonkan) Umar sebagai Khalifah penggantinya. Perlu difahami di sini bahawa penunjukan (pencalonan) Umar bukanlah merupakan akad pengangkatan Umar sebagai Khalifah, kerana ternyata setelah Abu Bakar meninggal, kaum Muslimin datang ke Masjid dan membai’at Umar sebagai Khalifah yang baru. Ertinya, dengan bai’at inilah Umar sah menjadi Khalifah, bukannya dengan pengumpulan pendapat majoriti mahupun dengan pencalonan oleh Abu Bakar. Seandainya pencalonan oleh Abu Bakar merupakan akad kekhilafahan kepada Umar, nescaya tidak lagi diperlukan bai’at dari kaum Muslimin. Tambahan lagi, terdapat nas yang begitu banyak dan jelas dari Rasulullah bahawa sahnya kepimpinan tertinggi umat Islam itu adalah dengan bai’at.
Ketika Umar sakit, beliau telah menunjukkan enam orang sebagai calon Khalifah. Setelah Umar meninggal dan kemudian para calon berkumpul, Abdul Rahman bin Auf mengundurkan diri dan beliau diberi mandat (oleh yang lain) untuk menguruskan pelantikan Khalifah. Lalu beliau mulai meminta pendapat mereka satu persatu. Beliau menanyai mereka seandainya perkara itu diserahkan kepada masing-masing, siapakah di antara mereka yang lebih berhak. Akhirnya jawapannya terbatas pada dua orang iaitu Ali dan Utsman. Abdul Rahman lalu mulai bergerak bertanya pendapat kaum Muslimin keseluruhannya siapakah di antara dua calon tersebut yang mereka kehendaki. Beliau bertanya baik lelaki mahupun perempuan dalam rangka menggali pendapat masyarakat. Abdul Rahman diriwayatkan tidak tidur kerana keluar mengambil pendapat kaum Muslimin. Imam Bukhari meriwayatkan dari jalan al-Miswar bin Mukhrimah yang berkata, “Abdul Rahman mengetuk pintu hingga aku terbangun. Dia berkata, ‘Aku melihat engkau tidur. Demi Allah, janganlah engkau menghabiskan tiga hari ini (yakni tiga malam) dengan banyak tidur”. Ketika kaum Muslimin melaksanakan solat subuh pada hari yang ketiga tersebut, pembai’atan Utsman selesai dilakukan. Setelah Utsman terbunuh, majoriti kaum Muslimin di Madinah dan Kufah membai’at Ali bin Abi Thalib. Jadi, dengan bai’at ini, Ali sah menjadi Khalifah bagi kaum Muslimin.
Seperkara yang perlu diperhatikan di sini adalah, hanya jawatan Khalifah sahaja yang boleh dibuat melalui pungutan suara ramai. Sedangkan bagi jawatan lain seperti Mu’awin, Wali, Amil, Masalih ad-Daulah, Amirul Jihad, Qadhi dan lain-lain, mereka ini bukan dipilih melalui pilihan raya atau suara ramai, tetapi dilantik oleh Khalifah secara langsung. Hal ini berdasarkan nas yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin dalam pelantikan jawatan-jawatan tersebut di dalam pemerintahan mereka. Seperkara lagi yang mesti diperhatikan betul-betul adalah perbezaan di antara bai’at dan pemilihan suara ramai. Pemilihan suara ramai (atau pilihan raya) bukanlah bai’at atau proses bai’at itu sendiri. Pilihan raya hanyalah proses memilih wakil (akad wakalah, bukan akad bai’at) sedangkan bai’at adalah satu akad yang wajib dilakukan oleh kaum Muslimin terhadap Khalifah yang telah terpilih. Nas-nas tentang bai’ah juga berbeza dengan nas-nas tentang bolehnya pilihan raya, di mana terdapat dua jenis akad bai’ah di dalam Islam dan seseorang Khalifah itu dibai’ah untuk ‘menerapkan’ hukum Allah, bukan untuk ‘menggubal’ hukum (undang-undang). Dan sebagaimana yang telah disebutkan, bai’ah itu hanya diberikan kepada (seorang) Khalifah sahaja, bukan kepada yang lain, tidak sama langsung hakikatnya dengan pilihan raya.
Satu lagi bentuk pilihan raya yang dibenarkan Islam adalah untuk memilih Majlis Syura (Majlis Umat). Majlis Umat adalah majlis yang dianggotai oleh para individu yang mewakili kaum Muslimin dalam memberikan pendapat sebagai tempat merujuk bagi Khalifah untuk meminta nasihat/input mereka dalam pelbagai urusan. Majlis ini juga mewakili umat dalam melakukan muhasabah terhadap Khalifah dan semua pegawai negara. Anggota majlis ini dipilih oleh umat melalui pilihan raya dan bukan melalui pelantikan (oleh pemerintah). Hal ini kerana mereka merupakan ‘wakil umat’ dalam mengemukakan pendapat (bukan membuat undang-undang) atau memuhasabah pemimpin. Untuk mengetahui wakil dalam wilayah yang begitu luas manakala mereka tidak dikenal, maka hal ini tidak akan terlaksana kecuali bagi orang-orang yang dipilih untuk menjadi wakil mereka. Tujuan yang menjadi alasan keberadaan Majlis Syura itu adalah mewakili masyarakat secara representatif. Kerana itu, asas kepada pemilihan anggota majlis ini adalah mesti mewakili masyarakat secara representatif (tamtsil li an-nas), sebagaimana keadaan yang menjadi dasar bagi Rasulullah dalam memilih nuqaba’ (orang yang bertanggungjawab). Dasar kedua adalah mewakili kelompok secara representatif seperti halnya perbuatan Rasulullah dalam memilih wakil dari kaum Muhajirin dan Ansar. Agar orang-orang yang tidak dikenal dapat mewakili individu-individu, kelompok-kelompok dan masyarakat secara representatif, maka hal ini tentunya hanya boleh dilakukan melalui pilihan raya. Semasa peristiwa Bai’ah Aqabah II, kerana kaum Muslimin yang berbai’at itu belum dikenal oleh Rasulullah, lalu urusan pemilihan itu baginda serahkan kepada mereka sepenuhnya, dengan sabda baginda, “Keluarkan (pilihlah) kepadaku 12 orang naqib dari kalangan kalian yang bertanggungjawab atas kaum mereka” [Sirah Ibn Hisyam].
Yang perlu difahami dan diperhatikan betul-betul di sini adalah fungsi Majlis Umat iaitu (i) sebagai majlis syura dan (ii) sebagai majlis muhasabah. Adapun yang dimaksudkan dengan syura (musyawarah) adalah berbincang (sebelum keputusan diambil) untuk meminta dan memberi pendapat (termasuklah dalam urusan melantik Khalifah), dan ia hanya terbatas kepada perkara-perkara yang bersifat mubah dan tidak bertentangan dengan syara’ sahaja. Muhasabah pula adalah melakukan peneguran (menegur kesalahan/kelalaian) Khalifah dan kakitangan negara yang lain, setelah keputusan diambil atau setelah sesuatu polisi diterapkan. Satu lagi perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah Majlis Syura ini bukannya majlis tasyri’ (majlis untuk menggubal undang-undang), fungsinya hanya terbatas kepada dua perkara yang disebutkan di atas sahaja. Majlis Syura berbeza sama sekali dengan realiti Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam sistem demokrasi yang mana fungsi utama Parlimen atau DUN adalah untuk membuat undang-undang.
Pilihan raya Dalam Sistem Demokrasi
Bertolak dari sini, kita mestilah memahami dan membezakan realiti intikhab (pemilihan) di masa Rasulullah dengan realiti intikhab dalam sistem demokrasi yang ada sekarang. Untuk mengetahui hukum syara’ mengenai kedudukan pilihan raya sekarang, kita perlulah mengkaji terlebih dahulu realitinya (tahqiq al-manath). Yang pertama sekali, kita mestilah menjernihkan dahulu perbezaan di antara ‘pilihan raya’ dan ‘demokrasi’ itu sendiri. Pilihan raya tidak sama dengan demokrasi dan demokrasi tidak sama dengan pilihan raya. Pilihan raya hanyalah salah satu aspek/uslub dalam sistem demokrasi untuk memilih wakil (bukan memilih pemimpin). Manakala demokrasi itu adalah sebuah sistem pemerintahan di mana hak membuat undang-undang berada di tangan manusia. Hukum pilihan raya adalah berbeza dengan hukum demokrasi. Hukum demokrasi jelas haram dalam Islam berdasarkan nas-nas yang qath’i.
Seperkara lagi yang perlu difahami dan dibezakan adalah ‘suara majoriti’. Suara majoriti tidak sama dengan demokrasi dan tidak sama dengan pilihan raya. Suara majoriti tidak salah untuk diambil dalam membuat sesuatu keputusan yang bersifat mubah (harus), contohnya majoriti bersetuju melantik A (berbanding B) sebagai pemimpin atau majoriti bersetuju untuk pergi ke suatu tempat dengan menaiki bas (berbanding kereta). Namun suara majoriti akan menjadi haram apabila yang disepakati adalah bertentangan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk menghukum penzina dengan 6 kali sebatan, atau majoriti bersetuju seorang pencuri dihukum penjara, atau majoriti bersetuju untuk menghalalkan sistem perbankan riba. Dalam aspek menggubal undang-undang, suara majoriti juga menjadi haram walaupun yang dipersetujui (secara majoriti) adalah suatu yang bertepatan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk menggubal undang-undang bahawa solat itu wajib atau puasa itu wajib atau riba itu haram atau hukum mencuri adalah potong tangan. Ini kerana kewajipan solat dan puasa dan keharaman riba serta potong tangan bagi pencuri adalah datangnya dari Allah sebagai Zat Pembuat undang-undang. Jadi, tidak kira sama ada majoriti bersetuju atau tidak, solat tetap wajib dan riba tetap haram dan pencuri wajib dipotong tangan. Hukum Allah bukan untuk disetujui, diundi atau diluluskan oleh manusia. Hukum Allah merupakan hukum syara’ yang wajib dilaksanakan oleh manusia, tidak kira manusia bersetuju atau tidak. Manusia tidak ada sebesar zarah pun hak untuk mencadangkan, apatah lagi menggubal dan mengundi hukum Allah untuk diluluskan secara majoriti.
Menurut Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen berfungsi sebagai badan perundangan (menggubal, meminda dan menghapuskan undang-undang). Manakala pilihan raya yang dijalankan dalam sistem demokrasi hakikatnya adalah merupakan pemilihan wakil untuk ke Parlimen/DUN bagi merealisasikan fungsi ini. Dengan kata lain ia adalah pemilihan ahli-ahli majlis tasyri’ yakni majlis yang akan membuat, meminda dan menghapuskan undang-undang. Jadi, majlis perwakilan (wakil Parlimen atau wakil DUN), fungsi utama mereka (apabila menang) adalah berada dalam majlis tasyri’ ini untuk menggubal undang-undang, meminda dan menghapuskannya dan kesemua ini boleh dan ‘wajib’ dilakukan dengan suara majoriti. Inilah hakikat Parlimen sama ada dari segi undang-undang mahupun amalan. Oleh yang demikian, setelah jelas akan tahqiq al-manathnya, maka barulah hukum syara’ bagi pilihan raya dalam sistem demokrasi ini dapat digali dan diselesaikan. Pilihan raya sekarang hakikatnya merupakan suatu bentuk perwakilan (wakalah) di mana masyarakat memilih wakil mereka untuk ke Parlimen/DUN. Untuk sesuatu akad wakalah sah di sisi syara’, ia mestilah ada (i) ijab dan kabul (ii) pihak yang diwakili (muwakkil) (iii) pihak yang menjadi wakil (wakil) (iv) urusan yang diwakilkan dan (v) bentuk (sighah) perwakilan tersebut.
Adapun mengenai penggubalan undang-undang, ia merupakan aktiviti yang tidak dibolehkan (haram) bagi seorang Muslim untuk melakukannya, tidak kira sama ada dia terlibat secara langsung dalam penggubalan ataupun terlibat dalam pengundian, meskipun undang-undang yang digubal itu ‘selari’ dengan hukum Islam yang mulia (sebagaimana dijelaskan di atas). Ini adalah kerana, ketika hukum Islam diambil untuk diterapkan, ia wajib diambil dari Al-Quran dan Sunah berdasarkan ‘aqidah Islam’, bukan diambil, dibahas dan diterapkan berdasarkan ‘undi majoriti’. Seseorang Muslim tidak dibolehkan membuat undang-undang, sebaliknya kewajiban mereka hanyalah untuk menerima dan menerapkan syariat Allah sahaja dan itu sahaja, tidak kira sama ada ia dipersetujui secara majoriti atau tidak oleh manusia. Oleh itu, hak untuk membuat undang-undang (hukum) hanyalah terletak pada Allah semata-mata. Tidak ada sesiapapun yang berhak meletakkan dirinya setara dengan Allah ‘Azza wa Jalla dalam membuat undang-undang. Allah berfirman, “…hanya Allah jualah yang (berhak) menetapkan hukum…..” [TMQ al-An’am (6):57]. Oleh kerana hak membuat hukum (undang-undang) itu tidak ada pada manusia, maka manusia mana pun sama sekali tidak boleh (haram) ‘mewakilkan’ perkara ini kepada mana-mana orang, dalam apa-apa keadaan sekalipun. Manusia hanya diizinkan Allah untuk mewakilkan ‘perkara’ yang ia mempunyai hak ke atasnya sahaja. Dan membuat undang-undang bukanlah hak manusia. Ia hanyalah hak mutlak Allah swt semata-mata.
Oleh itu, dengan mengetahui bahawa calon yang dipilih itu akan pergi (diwakilkan) ke Parlimen/DUN untuk membuat undang-undang yang diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka berdasarkan kaedah syara’, al-wasilatu ila haram, haram (apa-apa jalan yang menuju kepada haram hukumnya juga haram), ini bermaksud mengundi/mewakilkan calon tersebut adalah haram. Adapun dalam memberikan kepercayaan kepada pemerintahan sekular yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, memilih pemimpin negara serta mengesahkan pelbagai undang-undang, perjanjian dan juga cukai, seorang Muslim tidak dibolehkan terlibat dengannya. Seorang Muslim tidak boleh mewakilkan atau meletakkan kepercayaan kepada pemerintah yang memerintah dengan selain dari hukum Allah. Menerapkan hukum selain dari apa yang diturunkan Allah merupakan satu bentuk kekufuran, kezaliman dan kefasikan [TMQ al-Ma’idah (5):44, 45, 47]. Allah swt berfirman, “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” [TMQ Hud (11):113]
Menyertai Pilihan Raya Dalam Demokrasi
Berdasarkan apa yang telah kami jelaskan, kami berpandangan bahawa sebahagian besar dari fungsi ahli-ahli majlis perwakilan melibatkan perkara-perkara yang diharamkan ke atas mereka untuk melakukannya. Ini termasuklah fungsi menggubal undang-undang yang bertolak belakang dari Al-Quran dan Sunnah, fungsi melantik ketua negara yang tidak berhukum dengan hukum Allah, memberikan kepercayaan kepada pemerintah yang memerintah dengan hukum yang bukan diturunkan oleh Allah dan mengesahkan pelbagai perjanjian dan persetujuan yang dibina atas dasar kufur. Mana-mana orang yang memilih dan terpilih sebagai ahli Parlimen atau DUN untuk menjalankan fungsi-fungsi ini sesungguhnya telah berdosa dan kaum Muslimin tidak dibolehkan untuk menjadikan mereka sebagai wakil, membantu mereka mahupun mengucapkan tahniah kepada mereka sekiranya mereka berjaya.
Bagaimanapun, terdapat satu fungsi dari fungsi-fungsi ahli majlis perwakilan yang dibenar dan diperintahkan oleh syara’. Dan bagi menjalankan fungsi ini, dibolehkan seorang Muslim untuk terlibat di dalam pilihan raya. Ia adalah fungsi mengawas (control) negara dan memuhasabah para pemerintah di mana ini merupakan suatu kewajiban syarak ke atas kaum Muslimin. Ia merupakan hak dan kewajiban majlis perwakilan untuk menjalankannya. Namun demikian, untuk hak dan tanggungjawab ini dijalankan oleh seseorang ahli majlis perwakilan, terdapat syarat-syarat syar’i yang perlu dipenuhi sekiranya seseorang itu ingin mencalonkan dirinya untuk pilihan raya (majlis perwakilan) pada hari ini. Pencalonan hendaklah berpandukan kepada syarat-syarat ini, namun ia (syarat-syarat ini) tidak boleh dijadikan sebagai kebenaran (untuk pencalonan) secara mutlak. Syarat-syarat tersebut adalah:-
(1) Dia mestilah mengisytiharkan bahawa dia akan menggunakan Parlimen sebagai platform untuk berdakwah kepada Islam. (2) Dia mestilah mengisytiharkan dengan jelas dan lantang (tidak cukup dengan niat dan tidak dibolehkan berpura-pura) bahawa ia menolak sistem sekular dan kesemua sistem kufur yang ada. (3) Dia mestilah mengisytiharkan bahawa fungsinya di Parlimen/DUN (jika menang) adalah untuk mengubah sistem kufur dan menggantikannya dengan sistem Islam. (4) Dia akan berkempen hanya dengan apa yang diambil dari Al-Quran dan Sunnah Rasul. (5) Dia tidak akan masuk dalam pencalonan parti sekular atau parti bukan Islam, mahupun bekerjasama dengan mereka, kerana mereka ini adalah penyokong kepada sistem kufur. (6) Dia tidak dibolehkan merapatkan diri dengan badan Eksekutif dan Judikatif (yang kedua-duanya menerap dan melaksanakan hukum kufur) dan memasukkan namanya sebagai calon untuk tujuan bermanis muka dengan badan-badan ini yang jelas-jelas terdiri dari mereka yang zalim. (7) Bahawa kempennya di sepanjang waktu pencalonannya ini bertujuan agar umat manusia memahami objektif-objektif yang telah disebutkan di atas.
Tambahan dari itu, perlu diperhatikan bahawa proses pilihan raya itu sendiri mestilah mematuhi hukum syara’ dari segi tidak ada unsur-unsur perjudian ataupun pengakuan (untuk diikrar/ditandatangani) agar ia taat kepada taghut atau unsur-unsur haram yang lain sebelum membolehkannya menjadi calon. Setelah semua aspek keharaman dapat dihindari, maka bolehlah dia bertanding dan sekiranya dia menang, dia wajib menjadikan Parlimen sebagai platform dalam usaha untuk menghancurkan sistem, perlembagaan dan undang-undang yang dibina di atas asas kekufuran. Parlimen juga mesti dijadikan sebagai platform untuk mengingatkan manusia bahawa kewujudan undang-undang dan negara yang diasaskan atas dasar kufur ini merupakan suatu kemungkaran, bahkan ia merupakan ibu kepada segala kemungkaran yang ada dan oleh itu ia wajib dihapuskan dan dibina di atasnya Daulah Islam yang akan berhukum dengan hukum Allah secara kaffah. Daulah yang dimaksudkan ini adalah Daulah Khilafah Rasyidah yang didirikan atas jalan kenabian. Jika dia gagal sekalipun (dalam pilihan raya tersebut) seseorang yang ingin menjalankan fungsi yang mulia ini tidaklah perlu merasa sedih atau terkilan kerana sesungguhnya, platform untuk menjalankan fungsi ini (dakwah kepada Islam) terdapat di mana-mana dan tidak hanya terbatas di Parlimen/DUN sahaja. Bahkan dengan menjadi ahli Parlimen/DUN, seorang Muslim itu mungkin akan berubah sikap akibat godaan syaithan dengan pelbagai ruang dan peluang serta kekayaan dan habuan dunia yang menanti, yang justeru akan menjerumuskannya kepada azab Allah.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya Islam mewajibkan ke atas kita untuk muhasabah para pemerintah dan mengubah mereka melalui jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ’alaihi wa Sallam, yakni dengan peperangan pemikiran (sira’ul fikr) dan perjuangan politik (kifah siyasi). Sekiranya ini tidak kalian lakukan, maka pastilah situasi kalian akan menjadi semakin buruk dan Allah akan menghukum kalian di dunia dan akhirat. Sesungguhnya mengubah keadaan kaum Muslimin sekarang bukanlah suatu yang mustahil, seperti mana yang kerap digembar-gemburkan oleh mereka yang jahil, pengecut dan dalam kesesatan. Mengubah suasana ini merupakan suatu yang mampu dilakukan oleh umat Islam sekiranya umat ini bertawakal kepada Allah dan menjalankan apa yang telah diwajibkanNya ke atas kaum Muslimin. Janganlah rasa putus asa menyelubungi diri kalian sehingga kalian berdiam diri dengan sistem kufur yang mendominasi saat ini. Umat ini, Insya Allah akan disatukan di bawah seorang pemimpin dan satu hari nanti bendera La ilaha illallah Muhammad Rasulullah yang menunjukkan kesatuan akidah dan syariat kaum Muslimin akan berkibar megah di negeri-negeri mereka. Negeri mereka yang bertaburan saat ini Insya Allah akan disatukan dan umat Islam akan dibebaskan dari ketidakadilan sistem kufur yang rosak kepada keadilan Islam. Maka akan wujudlah negara yang satu, Khilafah Rasyidah ala minhaj nubuwwah yang menerapkan Islam dan menegakkan jihad sehinggalah Islam mendominasi dan mengatasi segala deen (cara hidup) yang lain.
TRIAS POLITICA BUKAN DARI ISLAM
Suruhanjaya Diraja Siasatan Klip Video VK Lingam telah pun berakhir. Ia tamat pada 15 Februari lalu setelah bersidang sejak 14 Januari lepas. Selama sebulan, suruhanjaya telah mendengar keterangan 21 saksi dan menyaksikan 116 bahan bukti. Pengerusinya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor ketika melabuhkan tirai prosiding berkata, pegawai pengendali dan semua peguam pemerhati diminta menyediakan hujahan bertulis dan tidak membenarkan hujahan itu didedahkan kepada media. Katanya, kesemua hujahan itu perlu diserahkan kepada sekretariat suruhanjaya pada 25 Februari ini memandangkan pihaknya perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 11 Mac depan bagi memaklumkan hasil siasatan suruhanjaya. Pada prosiding hari terakhir yang selesai pukul 6 petang tersebut, suruhanjaya mendengar keterangan tiga saksi iaitu bekas setiausaha peguam Datuk V. K. Lingam, Jayanti L. Govindarajulu Naidu, bekas pemandu peribadi Lingam, D. Ramachandran dan pakar psikiatrik, Tan Sri Dr. M. Mahadevan [UM 16/02/08].
Sebagaimana telah diketahui umum, perbicaraan tersebut yang melibatkan beberapa orang pegawai tinggi kerajaan termasuklah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sendiri, merupakan perbicaraan yang penuh sensasi dan kontroversi. Begitu banyak ‘rahsia’ tentang konspirasi dan penyelewengan kuasa oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan telah terdedah di dalam prosiding selama sebulan itu. Ringkasnya, keseluruhan kes dan prosiding yang berlaku sebenarnya menyaksikan campur tangan secara langsung pihak Eksekutif ke atas pihak Judikatif. Walhal menurut teori tulen demokrasi, badan Eksekutif, Judikatif dan Legislatif sepatutnya terpisah dan tidak campur tangan urusan satu sama lain. Bagaimanapun, kes ini bukanlah satu kes yang baru melibatkan campur tangan atau pengaruh badan Eksekutif ke atas badan perundangan, namun ia adalah salah satu dari beribu kes yang telah sedia maklum yang berlaku dalam negara. Ketidakpuasan hati dan kemarahan rakyat yang membuak-buak terhadap segala campur tangan Eksekutif ke atas Judikatif (Judiciary) menyebabkan mereka melihat demokrasi tulen sudah tidak lagi berjalan. Justeru, tidak hairanlah jika ada di kalangan rakyat yang masih ingin mempertahankan sistem ciptaan Barat ini, menyeru agar konsep atau doktrin pengasingan kuasa (the doctrine of separation of powers) benar-benar dilaksanakan di dalam pemerintahan negara. Melihat kepada reaksi umat Islam yang ingin membetulkan semula benang yang basah ini, walhal sebenarnya sudah terdapat benang emas bagi mereka, maka Sautun Nahdhah akan mengupas isu ini demi mempersembahkan benang emas yang sepatutnya diambil oleh umat Islam, dan diharap umat Islam yang ikhlas akan membuang (bukan membetulkan) benang yang sudah basah lagi reput itu.
Sejarah Ringkas The Doctrine of Separation of Powers
Doktrin pengasingan kuasa atau lebih dikenali dengan Trias Politica adalah satu konsep pemerintahan yang memisahkan di antara tiga badan utama iaitu Eksekutif, Legislatif dan Judikatif. Konsep ini merupakan idea pokok dalam sistem Demokrasi Barat, yang mulai berkembang di Eropah pada abad ke-17 dan ke-18 Masihi. Trias Politica adalah anggapan bahawa kekuasaan negara terdiri dari tiga macam kekuasaan iaitu pertama: kekuasaan Legislatif atau membuat undang-undang; Kedua: kekuasaan Eksekutif atau kekuasaan melaksanakan undang-undang; Ketiga: kekuasaan Judikatif atau kekuasaan mengadili (membicarakan) pelanggaran undang-undang. Trias Politica menganggap kekuasaan-kekuasaan ini sebaiknya tidak diserahkan kepada orang yang sama untuk mencegah penyalahgunaan kuasa oleh pihak yang memerintah. Dengan demikian diharapkan hak-hak asasi warga negara dapat dijamin dengan lebih baik.
Konsep ini pertama kalinya dikemukakan oleh John Locke (1632-1704) dan Montesquieu (1689-1755). John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris mengemukakan konsep ini dalam bukunya Two Treaties on Civil Government (1690), yang ditulisnya sebagai kritik terhadap kekuasaan mutlak raja-raja Stuart di Britain serta untuk membenarkan Revolusi Gemilang tahun 1688 (The Glorious Revolution of 1688) yang telah dimenangi oleh Parlimen Inggeris. Menurut Locke, kekuasaan negara harus dibahagi dalam tiga kekuasaan yang terpisah antara satu sama lain iaitu kekuasaan Legislatif yang membuat peraturan dan undang-undang, kekuasaan Eksekutif yang melaksanakan undang-undang dan di dalamnya termasuk kekuasaan mengadili, dan kekuasaan Federatif yang meliputi segala tindakan untuk menjaga keamanan negara dalam hubungan dengan negara lain (sekarang ini dikenali sebagai hubungan luar negeri). Selanjutnya, pada tahun 1748, ahli falsafah Perancis, Montesquieu mengembangkan konsep yang disarankan Locke dengan lebih jauh dalam bukunya L’Esprit des Lois (The Spirit of Laws), yang ditulisnya setelah dia melihat sifat despotisme (kuku besi) raja-raja Bourbon di Perancis. Dia ingin menyusun suatu sistem pemerintahan di mana warga negaranya akan merasa lebih terjamin hak-hak mereka.
Dalam penjelasannya, Montesquieu membahagi kekuasaan dalam tiga cabang yang menurutnya haruslah terpisah antara satu sama lain; kekuasaan Legislatif (kekuasaan untuk membuat undang-undang), kekuasaan Eksekutif (kekuasaan untuk melaksanakan undang-undang, tetapi oleh Montesquieu diutamakan tindakan di bidang politik luar negeri), dan kekuasaan Judikatif (kekuasaan mengadili atas pelanggaran undang-undang).
Idea pemisahan kekuasaan tersebut, menurut Montesquieu, dimaksudkan untuk memelihara kebebasan politik, yang tidak akan terwujud kecuali bila terdapat keamanan rakyat dalam negeri. Montesquieu menekankan bahawa seseorang akan cenderung untuk mendominasi kekuasaan dan merosak keamanan masyarakat bila kekuasaan terpusat di tangannya. Oleh itu, dia berpendapat bahawa, agar pemusatan kekuasaan tidak terjadi, haruslah ada pemisahan kekuasaan yang akan mencegah adanya dominasi satu kekuasaan terhadap kekuasaan lainnya. Montesquieu juga menekankan bahawa kebebasan akan kehilangan maknanya tatkala kekuasaan Eksekutif dan Legislatif terpusat pada satu orang atau satu badan yang menetapkan undang-undang dan menjalankannya dengan sewenang-wenangnya. Demikian pula, kebebasan akan tidak lagi bermakna apabila pemegang kekuasaan menghimpun kedua kekuasaan tersebut dengan kekuasaan Judikatif. Menurut Montesquieu lagi, akan menjadi malapetaka apabila satu orang atau satu badan memegang ketiga-tiga kekuasaan tersebut sekali gus dalam sesebuah negara.
Demikianlah sejarah ringkas kemunculan konsep pengasingan kuasa. Apa yang jelas, konsep Trias Politica ini datangnya dari Barat dan telah dijadikan tonggak utama dalam pemerintahan demokrasi di Barat. Apa yang jelas juga adalah bahawa konsep ini muncul dari pemikiran/akal manusia (bukan dari wahyu), tepatnya pemikiran kaum kafir Barat yang ingin melepaskan diri dari kekejaman pemerintahan raja-raja mereka ketika itu. Dengan kebijakan akal yang ada padanya, ia ‘mencipta’ satu konsep untuk menghadkan atau membataskan kekuasaan mutlak yang selama ini dimiliki oleh raja-raja. Konsep yang direka ini baginya akan menjamin keadilan dan kesejahteraan untuk manusia kerana kuasa tidak akan terpusat kepada mana-mana individu. Setelah Barat berjaya keluar dari kegelapan dan mula bangkit, maka sistem inilah yang menjadi pegangan utama mereka dalam pemerintahan dengan menjadikan rakyat (bukan lagi raja/gereja) sebagai sumber kedaulatan. Apabila negara Barat menjadi kuat, mereka mula menjajah negara kaum Muslimin yang menjadi musuh mereka selama ini. Setelah mereka berjaya menakluki tanah kaum Muslimin, maka sistem inilah yang telah mereka ajar dan terapkan di dalam negara umat Islam. Umat Islam yang sudah semakin lemah taraf berfikir mereka (kerana meninggalkan ajaran Islam) ketika itu, kemudian dengan begitu mudah menerima konsep yang dibawa oleh Barat ini kerana terpesona dengan ‘keindahannya’. Akhirnya, walaupun penjajah telah keluar dari bumi umat Islam, Trias Politica ini terus dipertahankan oleh penguasa Muslim sekular yang ada dan juga menjadi agenda perjuangan beberapa gerakan Islam yang terkeliru, hingga kini.
Trias Politica Bertentangan Dengan Islam
Selain asal kemunculannya yang nyata dari kuffar Barat, konsep Trias Politica ini bertentangan dengan Islam dalam banyak segi, antaranya:-
Pertama: Sumber konsep ini adalah manusia, di mana manusia memberikan penilaian baik buruknya sesuatu berdasarkan akal semata-mata. Konsep ini dibuat oleh para ahli falsafah sebagai pemecahan/penyelesaian terhadap masalah penindasan dan pemerintahan kuku besi para raja dan gerejawan di Eropah terhadap rakyatnya. Dalam Islam, yang berhak memberikan penilaian baik buruknya sesuatu hanyalah Allah semata-mata, yakni syara’, bukannya akal. Fungsi akal dalam hal ini hanya terbatas kepada ‘memahami fakta’ permasalahan dan nas-nas syara’ yang berkaitan dengan permasalahan tersebut. ‘Fakta’ bukanlah sumber pemecahan masalah atau sumber untuk melahirkan konsep tentang kehidupan, tetapi merupakan ‘objek permasalahan’ yang harus dikaji untuk kemudian dicarikan pemecahannya menurut nas-nas syara’. Pemecahan terhadap suatu permasalahan haruslah berasal dari syara’, bukan bertolak dari fakta permasalahan itu sendiri tanpa merujuk kepada syara’. Firman Allah, “Tentang sesuatu apa pun yang kamu berselisih, maka hukumnya (kembali) kepada Allah” [TMQ Asy-Syura (42):10].
Kedua: Konsep ini merupakan salah satu idea pokok sistem demokrasi kufur, sebab demokrasi telah menetapkan bahawa rakyatlah yang memiliki kedaulatan, dan sekali gus rakyatlah yang menjadi sumber segala kekuasaan. Maka dari itu, demokrasi menetapkan rakyatlah yang menjadi sumber kekuasaan Legislatif, Eksekutif, dan Judikatif kerana rakyatlah yang memilih mereka. Dengan demikian, rakyatlah (yang menjadi anggota Legislatif) yang membuat/menggubal peraturan dan undang-undang (dengan suara majoriti), rakyatlah (yang menjadi anggota Eksekutif) yang akan menerapkan (implement) undang-undang ciptaannya tadi, dan rakyatlah (yang menjadi anggota Judikatif) yang akan melaksanakan (execute) undang-undang yang digubal. Adapun Islam telah menetapkan bahawa kedaulatan adalah milik syara’, bukan milik rakyat. Syara’lah yang menjadi rujukan tertinggi dalam segala sesuatu, bukannya rakyat. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (Al-Hadis), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian” [TMQ an-Nisa’ (4):59]. Berbeza dengan konsep Trias Politica dalam sistem demokrasi, dalam hal pemerintahan, Islam telah menetapkan bahawa:-
(i) As-siyadah li asy-syar’i (kedaulatan di tangan syara’). Ini bermaksud kekuasaan Legislatif (menggubal undang-undang) hanyalah milik Allah semata-mata, bukan milik manusia. Maka dari itu, hanya Allah sahajalah yang menjadi Musyarri’ (Legislator) yang membuat/menetapkan hukum (undang-undang) untuk manusia dalam segala sesuatu, baik dalam masalah ibadah, mua’malah, uqubat (qisas, hudud, ta’zir dan mukhalafat) dan sebagainya. Tidak boleh (haram) sama sekali bagi manusia mana pun, baik secara individu mahupun beramai-ramai (majoriti) untuk membuat undang-undang, walau pun hanya satu undang-undang. Firman Allah, “Menetapkan hukum hanyalah hak Allah” [TMQ al-An’am (6):57]. Allah juga berfirman, “Ingatlah! Menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah” [TMQ al-A’raf (7):54]. Kekufuran sistem demokrasi di sini teramat jelas di mana dalam demokrasi, manusia telah mengambil hak Allah sebagai Pembuat Hukum (Legislator). Aqidah Islam mengajar kita bahawa Allah adalah satu-satunya Zat yang berhak untuk membuat undang-undang bagi manusia, berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi yang lahir dari akidah kufur-sekular yang memberi hak kepada manusia untuk membuat undang-undang.
(ii) As-sulthah li al-ummah (kekuasaan di tangan rakyat). Ini bererti rakyat adalah pemilik kekuasaan (al-sulthah), bukan kedaulatan (al-siyadah). Maksud rakyat memiliki kekuasaan di sini adalah rakyatlah yang berhak memilih serta mengangkat penguasa (dengan bai’ah). Hadis-hadis tentang bai’ah menunjukkan bahawa kekuasaan adalah milik umat, yakni bahawa bai’ah itu berasal dari kaum Muslimin untuk Khalifah, bukan dari Khalifah untuk kaum Muslimin. Di antaranya adalah sabda Nabi, “Kami telah membai’at Rasulullah untuk didengar dan ditaati, dalam hal yang kami sukai mahupun yang tidak kami sukai” [HR Bukhari]. Dalam hal ini (bai’ah), syara’ telah menetapkan bahawa orang yang wajib dilantik dan dibai’ah oleh rakyat adalah Khalifah seorang sahaja. Ada pun bagi jawatan-jawatan pemerintahan dan pentadbiran yang lain seperti Mu’awin at-Tafwidh, Mua’win at-Tanfiz, Wali, Amil, Qadhi, Masalih ad-Daulah dan lain-lain, mereka semua adalah dilantik oleh Khalifah, bukannya melalui bai’ah dari rakyat. Setelah dibai’ah, Khalifah jugalah merupakan satu-satunya orang yang berhak memilih dan menetapkan (mentabanni) hukum-hukum yang merupakan kewajiban atasnya bagi mengatur urusan rakyat. Nas-nas telah menetapkan bahawa hanya Khalifah sahajalah yang berhak mentabanni hukum-hukum syara’ sebagai undang-undang dasar (perlembagaan) dan undang-undang lainnya. Dalam hal ini, Khalifah bukanlah (dan tidak boleh sekali-kali) memegang kekuasaan Legislatif, sebab Khalifah tidak membuat hukum (undang-undang) sendiri, tetapi beliau diwajibkan mengambil hukum-hukum syara’ yang sedia terkandung dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.
(iii) Dari segi pengqadhian (Judikatif), hak ini dipegang oleh Khalifah, atau orang yang dilantik oleh Khalifah untuk menjalankan kekuasaan tersebut. Dalam Islam, Khalifahlah yang mengangkat para qadhi (hakim) dan ini merupakan haknya sebagai Ketua Negara secara mutlak. Hal ini kerana nas-nas syara’ dengan jelas menunjukkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alahi wa Sallam sebagai Ketua Negara telah memegang sendiri urusan pengadilan (qadha’) ini. Dengan kuasanya sebagai seorang Ketua Negara, Rasulullah juga telah mengangkat Ali bin Abi Thalib sebagai qadhi di Yaman, dan mengangkat Abdullah bin Naufal sebagai qadhi di Madinah dan lain-lain lagi. Begitu jugalah apa yang dilakukan oleh Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali, semuanya pernah memegang secara langsung urusan pengadilan dan pernah juga melantik wakil dalam urusan ini. Ini semua adalah dalil yang menunjukkan bahawa kekuasaan Judikatif hanya terpusat di tangan seorang Ketua Negara (Khalifah) sahaja atau mereka yang dilantik oleh Khalifah dalam urusan ini. Jika diperhati dengan teliti akan nas-nas dalam hal ini, maka kita akan memahami bahawa Islam meletakkan kekuasaan hanya (berpusat) kepada seorang Ketua Negara sahaja dan Ketua Negara berhak (menurut syara’) campur tangan secara langsung dalam apa jua perkara atau mewakilkan kuasanya kepada yang lain. Pemerintahan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin jelas menunjukkan bahawa semua kuasa terpusat semata-mata kepada mereka sebagai Ketua Negara, dan dari merekalah kuasa itu diwakilkan kepada yang lain, sesuai dengan tuntutan syara’
Ketiga: Teori murni Trias Politica adalah agar semua kuasa tidak terpusat kepada satu orang/pihak dan dengan terpisahnya kekuasaan, proses check and balance boleh wujud di antara satu sama lain. Sekali imbas, memanglah nampak cantik idea yang dibawa ini, namun jika kita menggunakan akal yang diberikan Allah ini untuk berfikir lebih sedikit, maka kita akan tahu dan faham bahawa, konsep ini lahir dan diterima baik oleh masyarakat Barat kerana sebelumnya mereka telah sekian lama dizalimi oleh pemerintah/raja mereka yang memerintah dengan kuku besi dengan undang-undang yang diciptanya sendiri. Adapun Islam yang telah memerintah hampir dua pertiga dunia selama lebih 1300 tahun, tidak pernah timbul konsep dan keperluan untuk pengasingan kuasa, kerana undang-undang yang diterapkan itu adalah datangnya dari wahyu (pasti baik dan adil), bukan ciptaan pemerintah. Memang tidak dapat dinafikan adanya penguasa yang lalai dari tanggungjawab, tetapi dalam hal ini yang ‘buruknya’ adalah penguasa itu sendiri, bukan hukum (undang-undang Allah) yang diterapkannya. Islam mengajar kita bahawa apabila ada penguasa kaum Muslimin yang berlaku zalim, merampas hak-hak rakyat, melalaikan kewajiban mereka terhadap rakyat, melalaikan salah satu urusan rakyat, atau menyalahi hukum-hukum Islam, maka syara’ dalam hal ini telah memberikan penyelesaiannya, iaitu dengan mewajibkan kaum Muslimin untuk melakukan muhasabah dan amar ma’ruf nahi mungkar terhadap para penguasa, bukan melakukan pemisahan kekuasaan sebagaimana dalam konsep Trias Politica. Sabda Rasulullah:
“Akan ada para amir (penguasa), maka kalian (ada yang) mengakui perbuatan mereka, dan (ada yang) mengingkari perbuatan mereka. Siapa sahaja yang mengakui tindakan mereka (kerana tidak bertentangan dengan syara’), maka dia tidak diminta pertanggungjawabannya, dan siapa saja yang mengingkari perbuatan mereka (kerana bertentangan dengan syara’) maka dia selamat. Tetapi siapa saja yang redha (dengan tindakan mereka yang bertentangan dengan syara’) serta mengikuti mereka, maka dia berdosa. Para sahabat bertanya, ‘Apakah tidak kita perangi sahaja mereka?’ Jawab Nabi saw, ‘Tidak, selama mereka masih mendirikan solat (menegakkan hukum Islam)” [HR Muslim].
Rasulullah telah mewajibkan kaum Muslimin untuk memuhasabah penguasa dengan mengingkari mereka tatkala mereka melakukan penyimpangan, dengan berbagai cara yang memungkinkan, baik dengan tangan, lisan, mahupun qalbu (hati). Namun demikian, Islam tidak pernah mengaitkan masalah penyimpangan penguasa dengan masalah pemisahan kekuasaan. Penyimpangan penguasa telah dijelaskan (penyelesaiannya) oleh nas-nas syara’ tertentu, manakala masalah kekuasaan telah dijelaskan pula (penyelesaiannya) oleh nas-nas syara’ yang lain. Dan kaum Muslimin wajib mengambil penyelesaian yang betul (berdasarkan syara’) apabila penguasa menyimpang, yakni melakukan muhasabah dan amar ma’ruf nahi mungkar. Sebaliknya kaum Muslimin diharamkan mengambil penyelesaian yang tidak berasal dari syara’, seperti konsep Trias Politica. Ini adalah kerana Allah 'Azza wa Jalla berfirman, “Apa sahaja yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia dan apa sahaja yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah” [TMQ al-Hasyr (59):7].
Keempat: Antara kemarahan masyarakat Barat dahulu hingga menyebabkan lahirnya konsep Trias Politica ini adalah kedudukan pemerintah/raja mereka yang kebal (immune) dari segi undang-undang. Justeru, mereka memerlukan satu gagasan yang boleh mengekang kekuasaan mutlak raja-raja ini dan memberikan kepada rakyat hak untuk membuat undang-undang dengan pembahagian kuasa agar tidak wujud kemutlakan/pemusatan kuasa. Kedudukan ini berbeza dengan Islam kerana dalam agama Allah ini tidak ada seorang pun yang kebal (atau lebih tinggi) dari undang-undang Allah. Dalam pemerintahan Islam terdapat sebuah mahkamah khusus yang dikenali sebagai Mahkamah Mazhalim, yang khusus membicarakan segala kezaliman pemerintah dan juga segala persengketaan antara rakyat dan pemerintah. Mahkamah Mazhalim berhak memecat semua pegawai negara, termasuklah Khalifah sendiri jika dibuktikan mereka telah melakukan kesalahan dari segi syara’. Pengadilan Mazhalim pada masa Rasulullah telah diselesaikan sendiri oleh baginda. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah-khalifah selepas baginda sehinggalah ke zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan di mana Khalifah telah menyediakan tempat dan waktu yang khusus untuk menyelesaikan aduan kezaliman pemerintah sehingga menjadi struktur yang khusus yang di panggil Darul ‘Adli. Hanya Islamlah satu-satunya cara hidup yang menyediakan mahkamah khas untuk mengadili kesalahan pemerintah terhadap rakyat yang bersumber (muncul) dari wahyu, berbeza dengan konsep pengasingan kuasa (Trias Politica) hari ini yang hanya muncul semata-mata sebagai reaksi/kesan dari kezaliman pemerintah.
Berdasarkan fakta dan nas yang jelas, tidak diragukan lagi bahawa konsep Trias Politica sangat bertentangan dengan hukum-hukum Islam. Konsep Trias Politica tidak lain adalah konsep thaghut, padahal Allah telah mengharamkan kaum Muslimin untuk berhukum kepada thaghut atau mengambil konsep pemerintahan thaghut. FirmanNya, “...mereka hendak berhukum kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah (untuk) mengingkari thaghut itu. Dan syaitan (sentiasa) hendak menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya” [TMQ an-Nisa’ (4):60].
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Di dalam keadaan ramai umat Islam hari ini yang masih belum jelas tentang sistem pemerintahan Islam, ada baiknya kita renungkan sejenak kata-kata Profesor Dr. Fu'ad Mohamed Al-Nadi dari Universiti Al-Azhar, semasa beliau membentangkan kertas kerjanya bertajuk ‘Pengertian Sistem Politik Islam dan Keistimewaan Berbanding Sistem Politik Semasa’ di dalam Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini. Menurut beliau, umat Islam perlu segera mempraktikkan sistem politik Islam seperti yang diwarisi pemerintahan cendekiawan Islam satu masa dahulu. “Masalah yang melanda negara Islam sebenarnya, hanya dapat diselesaikan dengan mempraktikkan sistem politik Islam. Ia lengkap. Cendekiawan Islam dahulu sudah membuktikan politik Islam menjamin kestabilan dan keamanan negara mereka... Ia jelas unik jika hendak dibandingkan dengan sistem politik lain. Oleh itu, pemerintahan Islam tidak boleh disamakan dengan mana-mana sistem politik lain walaupun ia jelas memperjuangkan demokrasi. Jangan samakan dengan yang lain. Jangan namakannya sistem demokrasi, sosialis mahupun liberal. Landasannya Islam. Ia unik dan jauh lebih istimewa jika hendak dibandingkan dengan sistem kontemporari yang ada," katanya [UM 18/02/08].