Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

BIDAAH BESAR MASA KINI

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meminta peminat memberi masa kepadanya untuk memakai tudung sepenuhnya. Siti Nurhaliza, 29, mengakui sejak pulang menunaikan ibadat haji pada 27 Disember lalu, peminat amat berharap dia memakai tudung, bukan sekadar selendang untuk menutup rambut. “Saya harap beri sedikit masa kerana saya masih aktif dalam bidang ini (industri hiburan).

Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) itu berkata, mungkin ada peminat membuat anggapan negatif mengenai tindakannya yang hanya memakai selendang. “Saya akui selesa memakai selendang kecuali untuk disesuaikan dengan persembahan tertentu yang perlu memakai tudung. “Ini kerana saya tidak mahu perubahan drastik. Insya-Allah, saya akan lakukan perubahan ini secara perlahan-lahan dan harap peminat bersabar,” katanya.

Ahad lalu, seorang peminat menegur Siti Nurhaliza menerusi ruangan i-Metro dalam Metro Ahad mengatakan penyanyi itu tidak konsisten memakai tudung kerana dalam video klip, rambut ditutup, tetapi leher terdedah. Peminat terbabit turut menegur rambut penyanyi wanita nombor satu negara itu terdedah pada waktu santai. Perkara itu juga pernah dibangkit beberapa peminat lain yang memberi pendapat jika fesyen Siti Nurhaliza sebegitu, lebih baik membuka terus tudung atau selendang kerana imej dulu lebih cantik.

Siti Nurhaliza sebelum ini pernah menyatakan dia bersedia menerima apa saja maklum balas daripada peminat mengenai penampilannya sekarang sama ada positif atau negatif. Dia berkata, tidak mahu melakukan perubahan drastik, sebaliknya dilakukan secara perlahan-lahan.

Sumber : Metro, 21/04/09

Perlaksanaan Hukum Allah SWT Secara Beransur-Ansur Merupakan Suatu Bidaah Besar Masakini.

Inilah kesan daripada kekalahan pemikiran umat Islam kepada serangan fikrah yang dilakukan oleh Barat ke atas Islam. Kekalahan ini mengakibatkan umat Islam secara sedar ataupun tidak telah menerima idea sekular untuk menjadi landasan berfikir bagi menjalani kehidupan dunia mereka di saat ini. Lihatlah persoalan pemakaian tudung oleh artis popular di atas yang ditanggapi oleh ramai pihak dengan pandangan yang berbeda-beda termasuklah oleh si empunya diri. Malahan si empunyai diri juga mengeluarkan kenyataan yang tersasar dari Islam sebenarnya. Apakah memakai tudung secara sempurna itu dianggap sesuatu yang drastik? SubhanAllah. Sebagai seorang Muslim kita perlu memahami bahawa Islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW untuk mengatur kehidupan manusia denganNya (aqidah dan ibadah), dengan dirinya sendiri (makanan, minuman,a khlak dan pakaian) mahupun dengan manusia yang lain (‘uqubat dan muamalat) telah mewajibkan umatnya untuk terikat sepenuhnya dengan hukum syara’ tanpa membeza-bezakan dan menangguh-nangguh perintah Allah SWT.

“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [TMQ Al Baqarah (2) :208].

Ketahuilah bahawa sesuatu yang wajib itu akan tetap wajib hukumnya tanpa ada konsep tadarruj di dalam perlaksanaannya. Begitu juga bagi sesuatu keharaman itu akan tetap haram hukumnya tanpa ada konsep beransur-ansur dalam meninggalkannya. Sebagai contoh, bolehkah kita melaksanakan solat zhuhur 1 rakaat pada permulaan perlaksanaannya kemudian ditambah menjadi 2 rakaat untuk tahun yang seterusnya , 3 rakaat untuk tahun yang selepas itu sehinggalah akhirnya sempurna 4 rakaat. Sudah pasti kita mengetahui jawapannya.

Ya, kita mengakui bahawa al-Quran turun secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun kepada Rasulullah SAW tetapi perlu diingat bahawa kini al-Quran telah sempurna turunnya dan hukum Islam itu tidak boleh dilaksanakan secara beransur-ansur sebagaimana beransur-ansurnya al-Quran itu diturunkan. Contohilah generasi sahabat yang dibina oleh Rasulullah SAW yang bersedia menjadi umat yang bersegera tunduk kepada perintah Allah SWT:

“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. "[TMQ An Nuur (24) :51].

Para sahabat Rasulullah SAW di dalam kehidupan mereka senantiasa bersegera melaksanakan perintah Allah SWT dan rasulNya tanpa ada alasan untuk menangguhkan perintah dan larangan tersebut. Terlampau banyak kisah para sahabat yang kehidupan mereka senantiasa bersegera melaksanakan perintah Allah SWT dan rasulNya. Mereka memahami firman Allah SWT:

“Dan bersegeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa” [TMQ Ali 'Imran (3) :133].

Suatu renungan untuk artis di atas, hayatilah kepatuhan dan ketundukan muslimah awal Islam dahulu yang telah bersegera untuk melaksanakan perintah Allah SWT yang mewajibkan khimar dan jilbab kepada mereka: “Imam Bukhari meriwayatkan dari ‘Aisyah ra berkata: ‘Semoga Allah merahmati kaum wanita yang berhijrah pertama kali ketika Allah menurunkan firmanNya, “Dan hendaknya mereka menutup kain tudungnya sampai ke dadanya…[TMQ An Nuur (24) :31]” maka kaum wanita itu mengoyakkan kain sarung mereka (untuk dijadikan tudung) dan menutup kepala mereka dengannya.'

Bilakah lagi kita bidaah ini akan ditinggalkan?

Bidaah Besar Masa Kini

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meminta peminat memberi masa kepadanya untuk memakai tudung sepenuhnya. Siti Nurhaliza, 29, mengakui sejak pulang menunaikan ibadat haji pada 27 Disember lalu, peminat amat berharap dia memakai tudung, bukan sekadar selendang untuk menutup rambut. “Saya harap beri sedikit masa kerana saya masih aktif dalam bidang ini (industri hiburan).

Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) itu berkata, mungkin ada peminat membuat anggapan negatif mengenai tindakannya yang hanya memakai selendang. “Saya akui selesa memakai selendang kecuali untuk disesuaikan dengan persembahan tertentu yang perlu memakai tudung. “Ini kerana saya tidak mahu perubahan drastik. Insya-Allah, saya akan lakukan perubahan ini secara perlahan-lahan dan harap peminat bersabar,” katanya.

Ahad lalu, seorang peminat menegur Siti Nurhaliza menerusi ruangan i-Metro dalam Metro Ahad mengatakan penyanyi itu tidak konsisten memakai tudung kerana dalam video klip, rambut ditutup, tetapi leher terdedah. Peminat terbabit turut menegur rambut penyanyi wanita nombor satu negara itu terdedah pada waktu santai. Perkara itu juga pernah dibangkit beberapa peminat lain yang memberi pendapat jika fesyen Siti Nurhaliza sebegitu, lebih baik membuka terus tudung atau selendang kerana imej dulu lebih cantik.

Siti Nurhaliza sebelum ini pernah menyatakan dia bersedia menerima apa saja maklum balas daripada peminat mengenai penampilannya sekarang sama ada positif atau negatif. Dia berkata, tidak mahu melakukan perubahan drastik, sebaliknya dilakukan secara perlahan-lahan.

Sumber : Metro, 21/04/09

Perlaksanaan Hukum Allah SWT Secara Beransur-Ansur Merupakan Suatu Bidaah Besar Masakini.

Inilah kesan daripada kekalahan pemikiran umat Islam kepada serangan fikrah yang dilakukan oleh Barat ke atas Islam. Kekalahan ini mengakibatkan umat Islam secara sedar ataupun tidak telah menerima idea sekular untuk menjadi landasan berfikir bagi menjalani kehidupan dunia mereka di saat ini. Lihatlah persoalan pemakaian tudung oleh artis popular di atas yang ditanggapi oleh ramai pihak dengan pandangan yang berbeda-beda termasuklah oleh si empunya diri. Malahan si empunyai diri juga mengeluarkan kenyataan yang tersasar dari Islam sebenarnya. Apakah memakai tudung secara sempurna itu dianggap sesuatu yang drastik? SubhanAllah. Sebagai seorang Muslim kita perlu memahami bahawa Islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW untuk mengatur kehidupan manusia denganNya (aqidah dan ibadah), dengan dirinya sendiri (makanan, minuman,a khlak dan pakaian) mahupun dengan manusia yang lain (‘uqubat dan muamalat) telah mewajibkan umatnya untuk terikat sepenuhnya dengan hukum syara’ tanpa membeza-bezakan dan menangguh-nangguh perintah Allah SWT.

“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [TMQ Al Baqarah (2) :208].

Ketahuilah bahawa sesuatu yang wajib itu akan tetap wajib hukumnya tanpa ada konsep tadarruj di dalam perlaksanaannya. Begitu juga bagi sesuatu keharaman itu akan tetap haram hukumnya tanpa ada konsep beransur-ansur dalam meninggalkannya. Sebagai contoh, bolehkah kita melaksanakan solat zhuhur 1 rakaat pada permulaan perlaksanaannya kemudian ditambah menjadi 2 rakaat untuk tahun yang seterusnya , 3 rakaat untuk tahun yang selepas itu sehinggalah akhirnya sempurna 4 rakaat. Sudah pasti kita mengetahui jawapannya.

Ya, kita mengakui bahawa al-Quran turun secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun kepada Rasulullah SAW tetapi perlu diingat bahawa kini al-Quran telah sempurna turunnya dan hukum Islam itu tidak boleh dilaksanakan secara beransur-ansur sebagaimana beransur-ansurnya al-Quran itu diturunkan. Contohilah generasi sahabat yang dibina oleh Rasulullah SAW yang bersedia menjadi umat yang bersegera tunduk kepada perintah Allah SWT:

“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. "[TMQ An Nuur (24) :51].

Para sahabat Rasulullah SAW di dalam kehidupan mereka senantiasa bersegera melaksanakan perintah Allah SWT dan rasulNya tanpa ada alasan untuk menangguhkan perintah dan larangan tersebut. Terlampau banyak kisah para sahabat yang kehidupan mereka senantiasa bersegera melaksanakan perintah Allah SWT dan rasulNya. Mereka memahami firman Allah SWT:

“Dan bersegeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa” [TMQ Ali 'Imran (3) :133].

Suatu renungan untuk artis di atas, hayatilah kepatuhan dan ketundukan muslimah awal Islam dahulu yang telah bersegera untuk melaksanakan perintah Allah SWT yang mewajibkan khimar dan jilbab kepada mereka: “Imam Bukhari meriwayatkan dari ‘Aisyah ra berkata: ‘Semoga Allah merahmati kaum wanita yang berhijrah pertama kali ketika Allah menurunkan firmanNya, “Dan hendaknya mereka menutup kain tudungnya sampai ke dadanya…[TMQ An Nuur (24) :31]” maka kaum wanita itu mengoyakkan kain sarung mereka (untuk dijadikan tudung) dan menutup kepala mereka dengannya.'

Bilakah lagi kita bidaah ini akan ditinggalkan?

Luahan Hati Doktor Tertekan

by AURA JIHAD

BERBEKALKAN perkembangan semasa yang mendesak, saya merasa terpanggil untuk mengulas tentang dilema bebanan tugas yang terpaksa dilalui oleh setiap doktor, terutama apabila bergelar doktor pelatih atau housemen selama dua tahun. Polemik ini tidak akan padam selagi tidak ada tindakan segera daripada pihak pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Polemik ini semakin membara kepada kualiti semasa para doktor yang sedang berkhidmat.

Bayangkan kita terpaksa menerima hakikat dan memperjudikan nyawa pesakit-pesakit di hospital kerana mereka sedang dirawat oleh para doktor yang ditakrifkan sebagai 'maha' penat, tertekan dan mengantuk. Tidakkah ada pihak yang bertanggungjawab sedar akan masalah serius ini atau sekadar membutakan mata dan mempekakkan telinga? Isu kekurangan doktor bukanlah isu utama kerana sebagai seorang yang pernah terlibat secara langsung di dalam kajian ilmiah peringkat nasional dalam mengupas polemik ini suatu masa dahulu, saya amat maklum, bilangan doktor tidak berkurangan. Tetapi isu utama adalah penghijrahan beramai-ramai doktor ke sektor swasta akibat tekanan. Isu gaji juga bukanlah isu utama kerana kepenatan, kemerosotan tahap kesihatan doktor dan kualiti masa untuk keluarga lebih dominan dan meruntun hasrat ini.

Biarlah setinggi manapun elaun, gaji dan imbuhan para doktor dinaikkan masalah ini tidak akan selesai kerana persoalan kualiti servis masih menjadi isu. Mungkin para doktor senior telah berjaya lalui semua ini. Tetapi percayalah kepada hakikat bahawa zaman telah berubah, begitu juga konsep tekanan semasa yang sedang dilalui para doktor junior tidak sama seperti doktor senior dahulu kala. Idea mewujudkan syif seperti jururawat adalah pendekatan segera yang terbaik di dalam menangani permasalahan ini. Selaraskan sistem housemen di peringkat nasional kerana ketika ini prospek tugasan dan bebanan tugashousemen masih tertakluk kepada peringkat hospital.

DOKTOR TERTEKAN
Pulau Pinang

Sumber : Utusan Malaysia, 20/04/09

Yang Bekerja Tertekan Apatah Lagi, Yang Tidak Bekerja. Inilah Realiti Dunia Kapitalisme.

Inilah keluhan seorang doktor yang tertekan dengan kerjayanya. Ya, mungkin doktor tersebut bertujuan untuk meleraikan tekanan yang dihadapinya saat ini dan mungkin juga doktor ini ingin bertindak sebagai jurubicara rakan-rakannya yang lain yang juga mungkin saat ini tertekan dengan dunia kerja mereka. Dari surat ini, penulis nampaknya mengharapkan respon daripada pihak-pihak yang berkenaan. Apakah respon ini akan muncul atau tidak, hanya Allah yang tahu.

Inilah dunia kerjaya dalam kehidupan yang didominasi ideologi kapitalisme di mana yang bekerja merasa tertekan, apatah lagi yang tidak bekerja. Yang tidak mempunyai pekerjaan tertekan dengan kesempitan hidup yang mereka alami di mana mereka terpaksa meneruskan kehidupan ini dalam keadaan yang tidak menentu.

Tidak hairanlah jika tekanan kesempitan kehidupan di dalam dunia kapitalis hari ini menyaksikan banyak kes kejadian bunuh diri dan pembunuhan terhadap beberapa keluarga berlaku di Amerika Syarikat, terutama kini ketika Amerika Syarikat saat ini sedang bergelut dengan krisis ekonomi yang dahsyat. Kapitalisme memandang mereka yang tidak mempunyai pekerjaan ini sebagai satu bebanan yang tidak menguntungkan ekonomi negara. Sementara bagi yang bekerja di dalam dunia kapitalisme ini, pihak majikan akan memerah output semaksimum yang mungkin dari mereka bagi mengaut keuntungan yang paling maksimum. Inilah hakikat dunia kapitalis hari ini.

Mengapakah kita masih terus tegar dalam kehidupan yang langsung tidak dapat membawa kesejahteraan kepada kita? Yakinlah bahawa hanya kehidupan yang dilandasi dengan aqidah Islam sahaja akan mampu memberikan manusia kejayaan dan ketenangan di dunia dan kebahagian di akhirat. Kapitalisme tidak menjanjikan semua ini malah menambahkan lagi kesengsaraan manusia di dunia dan akhirat. Ingatlah firman Allah SWT:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia”. [TMQ Ar Ra'd (13) :28].

Firman Allah SWT lagi:

“Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan”. [TMQ Quraisy (106) :4].


Keadaan seperti ini tidak akan terealisasi tanpa sistem Khilafah memayungi kehidupan umat manusia ini.

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”. [TMQ An Nuur (24) : 55].

DUNIA MAT REMPIT

by AURA JIHAD

Aktiviti ‘merempit’ dalam kalangan anak muda di sekitar ibu kota sering menimbulkan pelbagai masalah kepada semua pihak termasuk pemandu kenderaan lain. Mereka ini yang dikenali sebagai mat rempit sering bergerak secara berkumpulan dengan menunggang motosikal di sekitar ibu kota sebagai memenuhi aktiviti malam minggu. Bahkan, mat rempit itu juga tidak langsung mementingkan keselamatan diri sendiri kerana memecut laju untuk berlumba di persimpangan lampu isyarat walaupun ia masih lagi berwarna merah. Apa yang pasti, aktiviti ‘merempit’ anak-anak muda terutamanya Melayu di sekitar Kuala Lumpur semakin bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.

Jika tidak ada aktiviti ‘raja jalanan’ pada setiap malam minggu, mat rempit ini sering mengambil kesempatan untuk melepak di sekitar ibu kota sebagai salah satu aktiviti larut malam mereka. Tidak seperti sebahagian anak-anak muda lain yang mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti berfaedah, sebaliknya mereka terbabit menghabiskan masa sehingga ke pagi dengan hanya melepak. Bukan berdua atau bertiga, sebaliknya mereka berkumpul dengan motosikal masing-masing menghabiskan masa berborak. Malah, ada antara mereka dilihat bersama dengan pasangan masing-masing. Sampai bila keadaan ini akan berlaku?

Sumber : Utusan Malaysia, 20/04/09

Aktiviti Mat Rempit…. Masyarakat Tersepit! Negara Menjerit?

Pelbagai kisah dan cerita negatif mat rempit sering dipaparkan sejak dulu lagi di dada-dada media. Pelbagai pendekatan dan langkah telah cuba diambil untuk menangani masalah mat rempit ini namun sehingga kini keberkesanannya tidak seperti yang diharapkan. Suatu masa dulu sebahagian dari kumpulan mat rempit ini pernah menyertai “Kembara Kemanusiaan Motor Putera” anjuran Biro Putera UMNO Malaysia yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin ketika itu. Antara perkara yang pernah disampaikan oleh Khairy Jamaluddin di program itu adalah:

"Program yang dianjurkan oleh Biro Putera ini merupakan satu sejarah di mana golongan yang dikenali sebagai 'Mat Rempit' ini dikumpulkan untuk membawa mesej keamanan".

Beliau juga menjelaskan bahawa konvoi ini adalah merupakan program pertama Pemuda untuk mendampingi Mat Rempit yang sebelum ini dilabel sebagai kumpulan bermasalah atau ancaman kepada masyarakat. “Kita mahu terus mendekati mereka (Mat Rempit) dan menubuhkan satu kelab motor yang tersusun agar mereka ini boleh bersama dengan kita dan menghilangkan tanggapan negatif masyarakat.". “Program seumpama ini akan dijadikan satu program yang berterusan dan akan diperluaskan ke seluruh negara”, katanya.

Ini menjadi bukti bahawa golongan Mat Rempit boleh menyumbang sesuatu yang bermakna. “Ini secara tidak langsung memberikan pendidikan, pendedahan satu amalan budaya sihat di kalangan mereka”, ujarnya.

Pengerusi Biro Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim juga pernah berkata bahawa orang ramai sering memandang “Mat Rempit” sebagai satu kumpulan remaja bermotor yang suka berlumba dan mempamerkan aksi-aksi berbahaya sahaja tetapi tidak melihat nilai positif yang ada dalam diri golongan tersebut.

“Mat Rempit tetap manusia yang ada hati dan perasaan. Program seperti ini adalah penzahiran yang boleh membuktikan kepada umum bahawa mereka juga boleh menyumbang sesuatu untuk membantu sesama manusia”, katanya. Tambah beliau lagi, " program seumpama ini juga mampu memberi ruang kepada masyarakat untuk membuang minda daripada prasangka dan prejudis terhadap belia bermotorsikal. "

Kini nampaknya program tersebut hanya tinggal program dan mat rempit terus menerus merempit dan terus menimbulkan pelbagai masalah dengan gelagat mereka. Persoalan yang timbul sekarang ini adalah bagaimana masalah ini dapat diselesaikan secara tuntas? Realitinya, mat-mat rempit adalah juga sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, untuk menangani permasalahan ini tindakan yang bersepadu perlu dilakukan bagi memperbetulkan kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Usaha ini perlu ditangani oleh setiap individu, seluruh masyarakat dan negara. Dalam aspek ini peranan negara mendasari penyelesaian bagi masalah ini. Di tangan para pemimpin negaralah kekuatan dalam memastikan undang-undang dan kesemua sistem kehidupan terlaksana dengan tuntas. Persoalan mat rempit ini bukanlah hanya menyangkut permasalahan sosial semata-mata tetapi sebenarnya merangkumi seluruh sistem kehidupan yang ada. Solusi kepada masalah ini harus turut melibatkan sistem pendidikan, sistem ekonomi, sistem kehakiman disamping sistem sosial itu sendiri.

Oleh sebab itu, apa yang diperlukan adalah satu penyelesaian bersepadu yang bukan hanya mampu menyelesaikan masalah rempit malah menyelesaikan juga pelbagai masalah lain yang dihadapi oleh individu, masyarakat dan negara. Atas dasar ini, maka jelas sekali tidak ada cara yang terbaik untuk menyelesaikan persoalan mat rempit ini kecuali diterapkan Islam sebagai suatu sistem kehidupan yang menyeluruh meliputi kehidupan individu, masyarakat mahupun negara.

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”. [TMQ al-Baqarah (2) : 208].

Nabi SAW telah menunjukkan kejayaan menjinakkan masyarakat Arab jahiliyyah yang lebih ganas dari mat rempit yang ada pada hari dengan Islam.

“Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyyin, seorang rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari i'tiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (Al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”. [TMQ al-Ju’muah (62) :2].

Bilakah lagi seluruh umat Islam dan para pemimpin kaum Muslimin akan bersedia untuk tunduk kepada Islam dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi?

10 Prinsip Islam Hadhari + Prinsip 6M = Rakyat Jadi Pening!!!mana satu ni nak ikut??

by AURA JIHAD

PUTRAJAYA, 17 April - Pendekatan prinsip 6M akan diberi tumpuan oleh semua agensi agama bagi memastikan agensi berkenaan serba boleh dan sentiasa memandang ke hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom hari ini. Beliau berkata, prinsip 6M itu ialah Musyaratah (menepati syarat kejayaan) Mua'tabah (menghakis sifat-sifat buruk) Mu'aqabah (mengekalkan tindakan yang benar) Muraqobah (mengawal diri secara berterusan) Muhasabah (menilai diri) dan Mujahadah (berusaha bersungguh-sungguh). Dalam amanat sulungnya pada perhimpunan bulanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini, katanya, prinsip ini adalah komitmen untuk melahirkan keseragaman ketetapan dan matlamat serta pendapat yang merupakan cabaran besar yang perlu ditangani oleh semua agensi ini.

Ia juga akan menjadi panduan untuk bersikap tegas dan jelas tanpa sebarang kompromi dalam perkara yang menjurus kepada kerosakan organisasi, kata beliau. Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu katanya, beliau yakin prinsip itu dapat memperkukuhkan lagi agensi agama di negara ini. Pendekatan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan digunakan untuk mengukur kejayaan pelaksanaan prinsip 6M itu. - BERNAMA

Sumber : Utusan Malaysia, 18/04/09


10 Prinsip Islam Hadhari + Prinsip 6M = Rakyat Jadi Pening

Ketika 10 Prinsip Islam Hadhari mungkin belum khatam kini muncul pula Prinsip 6M dengan slogan yang nampaknya bertujuan kononya untuk melahirkan sesuatu yang diharapkan terbaik bagi agensi agama di negara ini. Niat untuk memberikan sesuatu yang terbaik itu amatlah kita hargai, namun apakah kita akan dapat mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk Islam dan umat Islam jika dasar kepada negara ini masih kekal dengan acuan sekular? Kita ingin mengingatkan mereka yang berada di dalam agensi agama khususnya, mahupun pemerintah Islam yang berkuasa saat ini, bahawa menjadi kewajiban kalian semua untuk menerapkan Islam di seluruh peringkat kehidupan samada individu, masyarakat dan negara. Kuasa sudah ada ditangan kalian!

“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”. [TMQ Al Baqarah (2) : 208].

Cetuskanlah apa sahaja prinsip samada 6M ataupun 1001M, namun jika Islam tidak menjadi dasar kepada negara maka mana mungkin kita akan mendapat keredhaan disisNya. Suatu cabaran kepada menteri baru yang menjaga urusan agama di Malaysia, apakah anda bersedia untuk mengambil salah satu prinsip 6M yang anda perkenalkan iaitu “Muhasabah” untuk anda memuhasabah pemerintah bagi menerapkan Islam secara keseluruhan dan jika anda melakukannya insyaAllah ganjaran besar akan menanti anda. Sabda Nabi SAW,

“Penghulu syuhada adalah Hamzah ibn Abi Thalib dan seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang jahat/zalim, lalu menyerunya berbuat baik dan mencegahnya berbuat mungkar, kemudian ia dibunuh (oleh penguasa tersebut)” [HR Hakim].

Laungan Assobiyyah Kufur Bergema!!!!!

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR, 15 April - Sekarang merupakan masa yang paling mendesak untuk dua parti utama Melayu, UMNO dan Pas bermuafakat serta bersatu bagi mempertahankan kepentingan orang Melayu yang dilihat terancam dengan suasana politik semasa. Majlis Muafakat Melayu (MMM) dan Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia berpendapat, kedua- dua parti itu kini sudah tidak boleh lagi meletakkan kepentingan politik semata-mata sebagai keutamaan sebaliknya perlu berbalik kepada kepentingan umat Melayu dan Islam. Setiausaha MMM, Prof. Madya, Datuk Dr. Zainal Abidin Borhan berkata, gabungan kedua-dua parti itu adalah jalan keluar terbaik kepada kemelut politik semasa yang merugikan umat Melayu pada masa ini. "Kita khuatir dengan 'jarum' yang dijalankan parti tertentu. Justeru, jangan sampai Melayu jadi pembangkang. Kita perlukan satu kematangan politik yang lebih mengutamakan muafakat untuk orang Melayu.

"Sewaktu Kongres Muafakat Melayu tahun lalu, kita ingatkan UMNO jangan layan permintaan bukan-bukan, sekarang UMNO berdepan tuntutan dari pelbagai sudut. UMNO kena tegas, kalau ada komponen ancam keluar Barisan Nasional (BN) sekalipun, UMNO jangan layan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini berhubung harapan pelbagai pihak yang mahu melihat Melayu bangkit mempertahankan kedudukan berikutan situasi politik semasa yang banyak merugikan Melayu. Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, umat Melayu negara ini pasti akan kuat sekiranya kedua-dua parti itu dapat bersatu padu.

"Sejak saya berada di Biro Tata Negara (BTN) dulu, kita dah suarakan harapan ini. Mengenai tuntutan bukan Melayu, pada saya, mana yang berpatutan itu masih boleh namun dalam kita melayannya, semangat juang jangan luntur, ini perlu kita nak tanam kepada generasi muda. Golongan tua pula jangan sesekali leka. Jadi pemikiran mesti lebih bernas dalam memperjuangkan hak kita," ujarnya.


Sumber : Utusan Malaysia, 16/4/09


Lag-lagi Laungan Assobiyyah

Kebimbangan yang disuarakan oleh pejuang-pejuang Melayu di atas sebenarnya berasal daripada naluri yang telah wujud di dalam diri seseorang manusia sejak ia dilahirkan. Naluri seperti ini dikenali sebagai gharizatul baqa’. Salah satu naluri yang termasuk di dalam gharizatul baqa’ ini adalah naluri untuk mempertahankan diri atau kaum apabila menghadapi sesuatu ancaman luar. Dari sinilah munculnya semangat ingin memperjuangkan kaum. Kerap-kali berlaku kaum yang berkuasa tidak berlaku adil kepada kaum-kaum lain yang berada di bawahnya. Disebabkan itulah perpecahan yang sedang berlaku di kalangan orang-orang melayu pada ketika ini menjadi kebimbangan para pejuang bangsa melayu kerana khuatir kekuasaan negara jatuh ke tangan bangsa lain lalu hak dan nasib mereka serta anak-cucu mereka kelak akan dinafikan. Persoalannya adalah; adakah usaha tersebut dilakukan di atas landasan yang betul?

Perasaan takut dan bimbang di kalangan para pejuang bangsa melayu tentang nasib dan hak mereka kalau-kalau kaum lain berkuasa itu muncul daripada naluri mereka sebagai seorang manusia ia bersifat tabii. Namun, perasaaan tersebut mestilah ditundukkan dengan syariat Islam. Ini adalah kerana syariat Islam diturunkan untuk mengatur pemenuhan naluri manusia. Sentimen perkauman dan perjuangan yang diasaskan kepada kaum adalah haram di sisi Islam. Bahkan, perjuangan seperti inilah yang telah dipergunakan oleh British semasa mereka meruntuhkan Daulah Khilafah dan terus menggunakannya untuk memecahbelahkan umat Islam sehingga ke saat ini. Justeru, mengapa para pejuang bangsa itu masih mahu menjadikan agenda perkauman sebagai asas perjuangan? Mengapakah mereka tidak melaungkan perjuangan untuk menegakkan Islam secara syumul? Padahal itulah perjuangan sebenar yang mesti dilaungkan. Adakah mereka jahil atau berpura-pura jahil kerana menyembunyikan sesuatu?

Para pejuang bangsa melayu mesti menjadikan Islam sebagai asas dan matlamat perjuangan mereka dan ianya bukan suatu pilihan tetapi kewajiban yang mesti dilaksanakan. Islam secara jelas mewajibkan umatnya bersatu-padu sebagai satu umat yang mempunyai kesatuan aqidah di bawah satu sistem pemerintahan. Firman Allah SWT: “dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” [TMQ Ali 'Imran (3) : 103]. Ayat ini menjadi hujah bahawa ikatan yang sah di antara umat Islam itu adalah ikatan mabda Islam. Iaitu mereka diikat oleh peraturan-peraturan Islam dan bukannya ikatan perkauman atau selainnya. Hanya apabila Islam ditegakkan, tidak akan muncul lagi perasaan bimbang atau khuatir tentang hak dan nasib setiap individu, kaum atau bangsanya.

Berperwatakan Baik Dengan Bermain Golf?

by AURA JIHAD

PUTRAJAYA 16 April - Persatuan Golf Malaysia (MGA) hari ini mendapat suntikan kewangan berupa geran berjumlah RM1 juta daripada kerajaan untuk Program Pembangunan Remaja bagi melahirkan lebih ramai pemain golf bertaraf dunia di kalangan remaja. Bantuan tersebut disampaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Presiden MGA, Datuk Robin Loh di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini. Pada sidang akhbar selepas majlis itu, Robin berkata, pihaknya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana begitu prihatin dengan program tersebut.

''Perdana Menteri juga mahu lebih ramai kanak-kanak mengambil bahagian dalam golf kerana ia dapat membentuk disiplin tinggi dan perwatakan baik," katanya. Beliau memberitahu, seramai 4,500 remaja berusia 18 tahun ke bawah dijangka mendapat manfaat daripada program tersebut berbanding 3,000 orang tahun lalu. ''Kita harapkan pada Olimpik 2006, golf akan menjadi salah satu acara dan mereka yang terlibat dengan program ini nanti diharap boleh mewakili negara. Pada masa itu, mereka ini akan berusia di antara 17 hingga 19 tahun," ujarnya. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, golf tidak lagi boleh dilihat sebagai permainan untuk golongan elit tetapi sukan rakyat bagi menarik lebih ramai pihak terlibat. Jelasnya, golf merupakan sejenis sukan yang mampu membentuk karakter baik kepada pemainnya. "Jika disiplin sebegini dapat diterapkan, nescaya kita berupaya melahirkan masyarakat yang baik dan teguh," katanya

Sumber : Utusan Malaysia, 17/4/09

Membentuk perwatakan yang baik melalui bermain golf? Walaupun mungkin kenyataan tersebut tidak disengajakan tetapi ia tetap menimbulkan tandatanya. Adakah dengan bermain golf itu dapat menyelesaikan masalah disiplin pelajar? Tempat untuk mendidik anak-anak adalah di sekolah dan bukan di padang golf. Berlatih bermain golf hanya menjadikan seseorang remaja itu sebagai seorang pemain golf yang baik, tidak lebih dari itu. Jika kita menjadikan tatacara bersukan itu akan melahirkan seseorang remaja lebih berdisiplin dan berpewatakan baik, maka ia adalah satu kesilapan. Bermain alat-alat sukan seperti badminton, ping-pong dan lain-lain sebagai aktiviti riadah dibenarkan oleh Islam kerana ia adalah aktiviti yang menyihatkan. Namun, aktiviti sedemikian tidak akan merubah pemikiran dan jiwa untuk membentuk perwatakan seseorang remaja. Perwatakan dan sahsiah remaja bergantung kepada apa yang ia faham dan yakini. Jika bermain golf itu boleh membentuk perwatakan pelajar, maka peruntukan RM 1 juta itu sudah tentu tidak mencukupi kerana kita memerlukan lebih RM1 billion untuk melatih setiap remaja di seluruh negara bermain golf supaya mereka boleh menjadi individu yang lebih berdisiplin dan berpewatakan yang baik.

Allah SWT mengutus Rasulullah SAW supaya baginda dapat merubah pemikiran dan jiwa masyarakat pada masa itu. Firman Allah SWT :

Yakinlah bahawa umat Islam tidak memerlukan pemain golf bertaraf dunia seperti Tiger Woods kerana yang diimpikan oleh umat Islam adalah ikon yang berjaya di dunia dan bahagia di akhirat. Siapa lagi kalau bukan generasi sahabat yang telah dibentuk dan dibina oleh Rasulullah SAW? Apakah kita sedang bergerak kearah itu?

Gula-gula Slogan

by AURA JIHAD

KUANTAN 18 April - Gagasan Satu Malaysia adalah kesinambungan cogan kata dilaungkan dua Perdana Menteri sebelum ini iaitu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang serta Wawasan 2020. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cogankata Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan merupakan satu proses yang sampai ke destinasinya.

"Setelah melihat apa yang dilaungkan oleh Perdana Menteri sebelum ini, saya rasa lebih baik memberi tumpuan kepada ramuan, formula dan pelengkap untuk proses itu sampai kepada matlamat kita.

Ulasan

Tradisi PM! Setiap kali lahir seorang PM, pasti dia ingin membawa suatu kebaikan yang lebih baik dari PM sebelumnya. Pelbagai idea dan perancangan diluahkan bagi memenangi hati rakyat. Seolah-olah ianya mampu mengatasi permasalahan yang semakin menimpa-nimpa rakyat umum ketika ini. Namun seperti biasa, memang lumrahnya tradisi kapitalisme, para pemimpin cuba ‘membeli’ hati rakyat dengan gagasan, slogan dan strategi agar mereka terus dapat meneraju tampuk kepimpinan dan rakyat terus menggaji mereka sebagai pemimpin. Itulah retorika kepimpinan ideologi kapitalisme di mana sahaja sejak zaman berzaman lamanya.

Cogankata seolah-olah kalimah keramat yang mampu mengubah segala-galanya. Ia digubah dengan seperangkat idea, strategi dan perancangan yang diatur agar mampu memenuhi kehendak semasa dan rakyat. Kepentingan diri kerap merupakan asas dan tunjang agenda tersembunyi. Mustahil bagi seorang pemimpin kapitalis untuk ikhlas memimpin demi rakyat tanpa menjadikan kepentingan diri sebagai landasan utama. Tidak akan wujud dalam hati mereka walau sezarahpun keinginan untuk memimpin jika ditawarkan semata-mata pahala atau beban tanggungjawab akhirat tanpa imbalan dunia yang memuaskan. Cogankata para pemimpin jenis ini hanyalah ‘harga’ yang diharap mampu ‘membeli’ rakyat, namun hakikatnya tak akan pernah membawa kemakmuran kepada rakyat keseluruhannya, melainkan diri mereka sahaja.

Khalifah merupakan jawatan tertinggi dalam hieraki pemerintahan Islam (al-Khilafah). Jawatan ini merupakan tanggungjawab yang dibebankan dengan hukum Allah, bukan kepentingan semasa mahupun diri. Setiap tindakan kepimpinannya dipandu oleh kepimpinan berfikir (qiyadah fikriyyah) Islam akibat dari ketundukan terhadap wahyu Allah SWT. Oleh itu, tidak akan wujud suatu gagasan yang ‘istimewa’ di antara Khalifah yang terkini dan yang terdahulu kerana masing-masing memikul Islam yang satu dalam kepimpinan mereka di mana yang paling utama dan didahulukan adalah hukum Allah, bukan cogankata atau aspirasi peribadi terhadap ‘kemajuan’ dan seumpamanya sepertimana hari ini.

Sejak gelombang kebangkitan berfikir Islam mula membadai dunia, umat Islam mula berfikir secara Islami. Mereka sudah muak dengan cogankata demi cogankata yang hanya slogan tanpa langsung mengangkat permasalahan mereka. Hidup mereka kian terhimpit akibat dari sistem hidup yang dipimpin oleh ‘pemimpin slogan’. Umat kini mengharapkan kembalinya seorang Khalifah yang bertugas menerap setiap hukum Allah sepenuhnya ke atas rakyat dan dikembangkannya Islam ke serata muka bumi agar setiap manusia tunduk hanya kepada Allah, bukan kepada manusia dan cogankatanya.

Tak Jejas Ekonomi Negara pun kan....

by AURA JIHAD

Tak Jejas Ekonomi Negara - Nabil

Seperti yang dijangka, Nabil telah pun dipilih sebagai bintang paling popular. Populariti yang dimiliki oleh Nabil mampu mengalahkan nama-nama besar seperti Mawi, Siti Nurhaliza dan lain-lain. Namun, di sebalik itu ramai yang terkejut apabila melihat Nabil dengan spontan memeluk seorang pelakon yang tidak kurang cantiknya selepas diumumkan sebagai bintang paling popular.

Tindakan Nabil memeluk Irma Hasmie, kekasihnya itu mengundang rasa kurang senang peminat. Ada yang berkata, adakah artis kita sudah jadi artis Hollywood yang tidak tahu adab sopan?

Malah ada juga yang berkata, tindakan beginilah yang merosakkan nama baik artis lain yang jauh lebih bersopan. Ada juga berkata, kasihannya artis kita yang hilang akal.

Walaupun ada yang menyokong tindakan itu, tetapi Nabil juga terus menerima kritikan terhadap tindakannya itu yang dilihat sangat sumbang dan biadab. Ketika dihubungi, Nabil menjelaskan kepada wartawan SY MUSSADDAD MAHDI apa yang telah berlaku.

Apa komen Nabil bila orang mengkritik perbuatan Nabil memeluk Irma?

Saya dah agak akan menjadi isu. Saya sendiri tak sangka perkara ini boleh berlaku. Seingat saya memang saya terperanjat sangat dengan kemenangan tersebut. Perkara tersebut berlaku secara spontan dan memang tidak dirancang. Tapi tidak menyesal dengan perbuatan itu.

Takkan tak rasa menyesal sedikit pun?

Saya memang tak menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena. Saya tak kisah apa orang nak cakap.Lagipun saya dah tahu mesti ada orang yang akan cakap perkara ini selepas ini. Jadi sebelum orang lain cakap-cakap belakang baik saya cakap dulu. Tapi bukan niat saya nak tunjuk kepada orang lain kemesraan kami.

Adakah Nabil akan minta maaf kerana telah mencemarkan nama seorang artis
Melayu dan Islam?


Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia. Saya cuba ingin berkongsi perasaan seronok dengan orang keliling sahaja. Kalau peluk lelaki dengan lelaki orang akan cakap benda yang sama juga.

Bukankah ada cara lain untuk meraikan kegembiraan, kenapa berpelukan itu juga yang dipilih?

Betul, tapi semua itu berlaku dalam keadaan terkejut dan dia sendiri berada di sebelah saya. Berpeluk itu hanya sekadar ekspresi perasaan dan tak lebih daripada itu.

Saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula. Saya juga boleh fikir apa kesan yang akan saya terima.

Tidakkah ini akan memberikan kesan yang buruk kepada Nabil nanti?

Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kalau nak diikutkan banyak lagi siaran televisyen yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya di kaca televisyen termasuklah adegan ranjang. Itu sebenarnya lagi buruk daripada apa yang saya lakukan. Saya yakin orang Malaysia mampu berfikir dengan waras dah tidak akan membuat pengadilan yang teruk kepada saya. Bagi saya kanak-kanak akan melihat saya dari sudut yang lain. Jadi mungkin tidak timbul isu seperti yang dinyatakan.

Mungkin penonton fikir Nabil dengan Irma sudah berkahwin sebab itu berpeluk sakan. Apa sebenarnya status Nabil dan Irma sekarang?

Dia kekasih saya. Saya memang sayang sangat dengan dia. Tapi baru empat lima bulan berkawan rapat.

Bila lagi nak kahwin?

Saya rasa belum tiba masa untuk saya kahwin. Kalau boleh saya nak bina dulu kerjaya saya sehingga ke peringkat yang tertinggi. Hidup sebagai insan seni ini ada pasang dan surutnya. Kalau kita tak bersedia terimalah padahnya nanti. Lagipun saya lebih suka menyiapkan keperluan ibu dan ayah serta keluarga terlebih dahulu. Saya nak hantar mereka pergi haji dan selesaikan apa yang patut dahulu.

Adakah keluarga menerima pilihan Nabil?

Keluarga saya tak kisah dengan siapa juga pilihan saya. Mereka tak ada masalah. Memang mereka ada cakap umur macam saya ni dah boleh kahwin. Tapi duit masih tak cukuplah. Biar saya kumpul duit banyak-banyak sebelum kahwin ni.

Ulasan

"Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara"

"Saya rasa belum tiba masa untuk saya kahwin. Kalau boleh saya nak bina dulu kerjaya saya sehingga ke peringkat yang tertinggi. Hidup sebagai insan seni ini ada pasang dan surutnya. Kalau kita tak bersedia terimalah padahnya nanti. Lagipun saya lebih suka menyiapkan keperluan ibu dan ayah serta keluarga terlebih dahulu. Saya nak hantar mereka pergi haji dan selesaikan apa yang patut dahulu"

Sayang seribu kali sayang, inikah kata-kata yang dilontarkan oleh seseorang yang telah terpilih dan akan menjadi idola ribuan remaja di dalam masyarakat di masa depan?

Kata-kata dan tindakan spontan artis remaja ini menunjukkan ketempangan pemikiran dan kegersangan jiwa seorang pemuda di dalam mencari jati diri sebenar yang patut dicontohi oleh ribuan peminatnya di luar sana. Ucapannya merupakan personifikasi pemikiran sekular dan kejahilan yang telah berakar umbi dengan suburnya di dalam jiwa ramai para remaja muslim di Malaysia saat ini.

Nampaknya dengan manifestasi ini, usaha yang sangat luar biasa perlu digembelingkan oleh para pendakwah yang dahagakan keredhaan Allah sebelum jiwa yang subur dengan iman dan taqwa dapat muncul di dalam diri para remaja generasi hari ini. Di kala itu Khilafah akan menjadi kenyataan, insyaAllah.

Satu Gadis, Kebebasan Didahulukan Dan Nafsu Syaitan Diutamakan

by AURA JIHAD

altKUANTAN, 18 April - Seorang gadis berumur 17 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 15 mat rempit dalam satu kejadian di kawasan ladang kelapa sawit Felda Chini, Pekan pada Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang tidak bersekolah itu mengikut ajakan salah seorang suspek untuk bersiar-siar.

Beliau berkata, pada mulanya mangsa menemui dua suspek dikenalinya yang datang dengan dua buah motosikal pada pukul 9.15 malam. "Mangsa kemudian membonceng salah sebuah motosikal dan dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit," katanya ketika dihubungi hari ini. Menurut Yahaya lagi, sebaik tiba di kawasan ladang itu kira-kira pukul 9.30 malam, muncul pula 13 lagi mat rempit daripada kumpulan berkenaan. "Mangsa kemudian diraba, kaki dan tangannya dipegang lalu dirogol bergilir gilir di tempat kejadian sehingga menyebabkan kecederaan teruk di bahagian kemaluannya," katanya.
Beliau berkata, selepas dirogol, mangsa telah dihantar pulang ke rumah seorang rakannya. Katanya, mangsa bersama rakannya itu kemudian telah pergi ke Hospital Pekan untuk menjalani pemeriksaan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan. Katanya, berikutan laporan oleh mangsa, polis telah menahan 15 remaja lelaki berumur 17 hingga 19 tahun pada Rabu lalu. Yahaya berkata, mereka telah direman tujuh hari sehingga 21 April ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber : Utusan Malaysia, 19/04/09


Satu Malaysia….Satu Gadis, Kebebasan Didahulukan Dan Nafsu Syaitan Diutamakan

Belum sampai sebulan rakyat Malaysia dimenterakan dengan slogan 'Satu Malaysia! Rakyat didahulukan! Pencapaian diutamakan!' oleh seorang rakyat Pekan, geng Mat Rempit di Pekan telah menyeru kepada slogan yang lain pula dengan menjadikan seorang gadis mangsa mereka apabila idea kebebasan didahulukan, nafsu buas diutamakan. Akhirnya, kehendak syaitan diikuti, redha Allah SWT ditolak tepi.

Sejak kebelakangan ini, terlampau banyak kes jenayah yang melibatkan geng Mat Rempit telah berlaku. Semalam sahaja, 2 kes ragut di Kuala Lumpur diberitakan telah dilakukan oleh kumpulan ini. Di manakah ketua Pemuda UMNO saudara KJ yang dulu pernah turun padang untuk 'mentarbiah' para pemuda Mat Rempit ini? Inilah natijah yang dapat kita saksikan apabila hubungan lelaki dan wanita itu tidak diatur dengan hukum syara’, sebaliknya kebebasan dijadikan panduan. Jika si gadis itu memiliki ketakwaan sebagai seorang muslimah yang tunduk kepada tuntutan Islam nescaya dia tidak akan melakukan hubungan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Namun, laporan akhbar di atas memanifestasikan kebebasan hidup umat Islam hari ini yang didasari oleh sistem yang sekular.

Sampai bilakah kita akan terus mendengar kisah-kisah “bodoh” seperti ini? Sampai bila kehidupan kita ini akan dibelenggu dengan kebimbangan? Apa yang pasti, semua ini akan terus berlaku selagi kehidupan Islam tidak diterapkan ditengah-tengah individu, masyarakat mahupun negara. Adalah merupakan suatu yang wajar dan wajib bagi Najib untuk mengubah slogannya kepada 'Satu Khilafah, Syara' Didahulukan, Redha Allah Diutamakan' dan seterusnya menerapkan Islam yang kaffah untuk benar-benar menyelesaikan dan merongkai 1001 macam permasalahan umat Islam hari ini.