Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

HUKUM ALLAH DIHINA ULAMA?

by AURA JIHAD

Kita sudah tidak dapat menutup mata lagi dengan peningkatan kadar jenayah yang berlaku sekarang. Manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya dan sistem yang ada terus gagal membendung segala masalah. Jenayah terhadap harta terjadi di mana-mana, dari wang yang di simpan di bank-bank, sehingga kepada motosikal yang di letak di kaki lima. Anggapan bahawa hanya orang yang tak berpelajaran sahaja yang melakukan jenayah sudah tiada lagi kebenarannya. Golongan profesional pun nampaknya tidak mahu alah di dalam perbuatan laknat ini. Kes pagar makan padi sudah menjadi kebiasaan. Mereka yang diamanahkan untuk menjaga wang/harta orang lain sudah tidak segan silu lagi menggelapkannya. Sejak 1995 hingga sekarang, polis menerima 249 aduan mengenai kegiatan pecah amanah membabitkan peguam dan 32 daripadanya berjaya diselesaikan. Tuntutan tertinggi ialah RM20 juta pada 2004 dengan 120 aduan diterima pada tahun yang sama dan 29 orang peguam digantung, manakala 51 orang dibuang dan terkini, 25 orang lagi dikehendaki untuk membantu 217 kes pecah amanah [UM 29/01/07].



Kita tidak dapat lagi menafikan hakikat bahawa segala keburukan dan kezaliman sedang membelit kita. Selain kecurian dan pecah amanah, pembunuhan, rogol, rompakan, samun, ragut dan sebagainya sudah menjadi sajian utama berita-berita. Apa yang kita saksikan ini merupakan manifestasi yang jelas dari kegagalan dan kerosakan sistem sekular yang ada sekarang walaupun dibaluti oleh Islam Hadhari. Dengan segala keburukan yang ada, kita lalu mengharapkan golongan cendekiawan Islam khususnya golongan alim-ulama untuk membawa kita keluar dari kegelapan Jahiliyah ini menuju cahaya Ilahi. Ke mana lagi kita akan menggantung harapan jika tidak dengan Islam? Pemerintah kaum Muslimin pun menyedari akan hakikat ini, tetapi malangnya hawa nafsu mempengaruhi mereka. Mereka lalu menjadikan golongan yang mereka gelar dan iktiraf sebagai ulama bagi mengabui mata umat Islam. Para ‘ulama’ ini pula, kerana dilantik oleh pemerintah, maka mereka pun tidak akan bercakap kecuali demi kepentingan pemerintah dan mereka tidak akan berkhidmat kecuali semata-mata kepada tuan mereka, bukannya kepada Tuhan mereka. Justeru, tenggelamlah mereka dan umat ke dalam kesesatan. Na’uzubillah min zalik.


Penguasa Dan ‘Ulama’ Menghina Hukum Allah

Walaupun kita amat marah jika orang kafir menghina hukum-hukum Allah, tetapi ini adalah sifat semula jadi mereka sebagai musuh Allah. Tetapi jika orang yang diberi pengiktirafan sebagai ulama menghina hukum Allah, maka hal ini sudah tentu akan membuak-buakkan lagi perasaan amarah semua orang, kecuali para pengikut setia sekular yang memang bencikan hukum Allah. Sebagai seorang yang beriman, kita sekali-kali tidak boleh berdiam diri, walaupun sedikit sahaja hukum Allah itu dipermainkan oleh sesiapa sahaja. Wahai para pembaca yang ikhlas! Perhatikanlah akan hal ini dan perhatikanlah apa yang diucapkan oleh salah seorang tokoh agama ini:-


“Orang tu mencuri, adakah kerja kita nak buat hudud potong tangan dia saja. Takpelah! dia mencuri tangan kanan, potong tangan kanan, dok esok dia mencuri lagi, potong tangan kiri, lepas tu dia mencuri lagi, nak potong apa pun tak tau, potong kaki pulak, (lepas tu) mencuri lagi, curi dengan mulut la dah takde tangan! Adakah kita nak melaksanakan hukum potong tangan tu ke ataupun kita nak bawa dia, bagi kerja kat dia? Kita bagi kat dia ruang macam mana dia boleh berniaga, bila dia sudah ada ruang-ruang kebaikan, maka dia tak mencuri la, macam tu lah...” [Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (http://www.youtube.com/watch?v=SmGoTY4TB2g)]. Kata-kata ini cukup jelas menggambarkan bagaimana Dr. Mashitah telah menghina hukum Allah dengan mempersoalkan hukum potong tangan bagi pencuri (sariqah) secara terang-terangan. Versi Islam apakah yang hendak diperjuangkan oleh ahli parlimen kawasan P16 Baling ini?


Sebenarnya, petikan kata-kata Dr Mashitah yang mempertikaikan dengan jelas hukum yang qat’ie ini hanyalah satu dari banyak lontaran dan tuduhan negatif ke atas hukum-hakam Islam khususnya hudud. Antara kata-kata sinis seperti ini pernah dikeluarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan: “Apabila hukum rejam dengan batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja”. Tidak sekadar itu sahaja, malah kerajaan Kelantan yang ingin melaksanakan hukuman hudud turut dilempar dengan kata-kata seperti: "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu." (Dato’ Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992).


Dahulu, media Barat pernah menuduh hukum Islam sebagai ‘barbaric’ apabila seorang wanita di Nigeria dikenakan hukuman rejam sampai mati di atas kesalahan zina. Seperti yang telah dinyatakan, jika yang menghina Islam itu adalah Barat, ini bukanlah sesuatu yang pelik, tetapi jika yang menghina itu adalah dari kalangan umat Islam sendiri, maka ini merupakan bukti betapa pemikiran kufur Barat telah mendominasi pemikiran umat Islam. Di antara pemikiran Barat yang didewa-dewakan oleh sebahagian dari kaum Muslimin sehingga membinasakan mereka sendiri adalah:-


(i) Kebebasan Bersuara: Kebebasan bersuara (freedom of speech) yang terbit dari idea Hak Asasi Manusia (HAM) adalah antara intipati ajaran sekular-demokrasi. Idea yang dipelopori oleh ahli falsafah tersohor Perancis pada abad ke 18 iaitu Voltaire ini bukan sahaja dianuti oleh orang kafir, malah umat Islam sendiri turut mengagungkannya sehingga meyakini bahawa seseorang Muslim itu bebas berkata apa sahaja hatta walaupun perkara yang diperkatakan itu jelas-jelas bertentangan dengan Islam. Mereka bersuara atas dasar adanya ‘kebebasan’ ini, bukannya bersuara atas dasar mematuhi perintah dan larangan Allah dan untuk mendapat redhaNya.


(ii) Menjadikan ‘realiti’ sebagai piawai: Sebahagian umat Islam meletakkan realiti (waqi’) sebagai tolok-ukur atau piawaian (miqyas) dalam menentukan sama ada sesuatu hukum itu boleh dilaksanakan atau tidak. Contoh paling ketara adalah isu poligami. Kewujudan individu yang terlibat dalam salah laku rumah tangga seperti pengabaian tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak telah dijadikan penyebab ‘hukum’ ini mesti dihapuskan, sedangkan salah laku seumpama ini tetap terjadi di kalangan mereka yang mengamalkan monogami. Mereka turut meyakini bahawa hukum berubah mengikut zaman, justeru ia wajar dipinda sesuai dengan keperluan semasa. Mereka ini jahil bahawa yang berubah adalah realiti, bukannya hukum, dan realitilah yang perlu mengikut hukum, bukan sebaliknya.


(iii) Akal diletakkan di atas (lebih tinggi dari) hukum syarak: Kita mendapati tidak sedikit dari kalangan umat Islam sendiri yang meletakkan akal di atas hukum syarak. Mereka menggunakan logik akal untuk tidak menerapkan hukum Allah. Contohnya ucapan Tun Dr Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah, “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”. Di sini akal mengatakan bahawa kewujudan masyarakat majmuk adalah penghalang kepada pelaksanaan hudud, sedangkan sewaktu Junjungan Besar Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mendirikan Negara Islam pertama di Madinah dan seterusnya di dalam Daulah Islam yang gah berdiri lebih dari 1300 tahun, hukuman hudud tetap berjalan sungguhpun Daulah Islam didiami oleh masyarakat majmuk. Tidak pula mereka menggunakan akal untuk memahami hal ini!


(iv) Meletakkan Islam sebagai masalah, bukan penyelesaian: Gejala negatif dan salah laku membabitkan individu tertentu dan kelompok masyarakat dari kalangan umat Islam sering kali menjadikan umat Islam terkeliru. Islam diukur dari kaca mata ‘penganut/pengamalnya’, bukan dari ‘agama Islam’ itu sendiri. Contohnya, apabila ‘pengamal poligami’ gagal memenuhi tuntutan dan tanggungjawab, bukan ‘pesalah’ yang dihukum sebaliknya ‘hukum poligami’ yang dipersalahkan. Poligami dianggap sebagai satu masalah dan penyumbang kepada penderitaan yang dialami kaum hawa. Walhal setiap hukum Islam itu adalah penyelesai kepada setiap masalah. Jadi, sebagai salah satu dari hukum Islam, poligami juga sebenarnya adalah penyelesai atau jalan keluar kepada masalah. Dari sudut inilah hukum Islam itu sepatutnya dipandang, bukannya dari kaca mata Barat yang sememangnya sentiasa mencari jalan menyerang pemikiran Islam. Contoh lain, mereka yang memandang Islam sebagai masalah adalah seperti ungkapan “Kalau hukum potong tangan dilaksanakan maka macam mana mereka hendak bekerja untuk menyara keluarganya nanti?. Kan lebih baik diberi mereka kerja dari potong tangan mereka?”


Hukum pencurian (sariqah) dalam Islam


Hukum mencuri di dalam Islam adalah termasuk di dalam hukum yang ma’lum minaddin bi dharurah. Hukuman bagi pencuri adalah dipotong tangannya, iaitu sampai batas pergelangan tangan kanan. Dalilnya adalah firman Allah, “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [TMQ Al-Maidah (5):38] ‘Curi’ yang ditakrifkan dalam ayat di atas secara perundangan Islam adalah pengambilan harta secara sembunyi dari pemiliknya atau wakilnya, dengan syarat mencukupi nisab potong tangan, dan mengeluarkan dari tempat penjagaan atau seumpamanya, dan tidak ada unsur syubahat terhadap harta tersebut [Nizham Al-‘Uqubat, Abd Rahman Maaliki, hal. 60]. Hukum potong tangan tidak akan dijatuhkan kecuali memenuhi 7 syarat utama:-


Pertama: Menepati definisi mencuri: makna mencuri di sini adalah mengambil harta secara sembunyi-sembunyi dan sorok-sorok. Tidak dikatakan mencuri jika merompak, menggelap wang (pecah amanah), merampas dan meragut. Oleh sebab itu peguam yang menggelapkan wang kliennya tidak termasuk dalam jenayah pencurian yang kena potong tangan. Walaupun mereka ini tidak dikenakan hukuman potong tangan, namun mereka akan dikenakan hukuman takzir, yang mungkin lebih berat dari potong tangan. Kesalahan ini tidak dikategorikan sebagai curi kerana ada hadis dari Jabir bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Tidak dipotong tangan orang yang pecah amanah, orang yang menipu dan perampas” [HR Abu Daud]


Kedua: Barang yang dicuri mencukupi nisab: Cukup nisab adalah syarat minima nilai harta yang dicuri. Jumhur ulama di antaranya Al-Malikiyah, Asy-Syafi`iyah dan Al-Hanabilah sepakat bahawa nisab pencurian itu adalah seperempat dinar atau 3 dirham. Satu dinar adalah setara dengan 4.25 gram emas (24 karat). Dalilnya adalah sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dari Aisyah ra. "Tangan pencuri dipotong untuk seperempat dinar atau lebih.” [HR Bukhari & Muslim]. Dari hadis ini dapat dibuat kesimpulan bahawa perkiraan nisabnya adalah ¼ x 4.25g = 1.0625g. Mengikut kiraan, harga semasa emas ialah RM86/g. Jadi, 1.0625g x RM86 = RM91.38. Oleh itu, nisab kecurian sekarang adalah RM91.38. Sekiranya seorang itu mencuri barangan berharga RM90.50 maka tangannya tidak dipotong kerana belum cukup nisab lagi, tetapi dia tetap akan dikenakan hukuman takzir.


Ketiga: Harta yang dicuri adalah harta yang layak dimiliki: Layak (ihtiram) adalah di sisi hukum syarak. Jika seseorang Muslim menyimpan khamar atau khinzir di rumahnya kemudian dicuri, hal ini tidak akan menyebabkan pencuri dihukum potong tangan kerana harta tersebut bukanlah satu pemilikan yang layak untuk orang Islam. Sebaliknya jika dia mencuri harta tersebut dari orang kafir, maka pencuri akan dikenakan potong tangan.


Keempat: Harta dicuri dari tempat penjagaan: Maksudnya barang yang dicuri itu mesti berada di dalam penjagaan, penyimpanan atau pengawasan pemiliknya. Bentuk penjagaan ini terdiri dari dua kategori, iaitu yang pertama, ia dibuat khas untuk menyimpan seperti peti besi untuk perhiasan dan wang, kandang untuk binatang, jelapang untuk padi dan sebagainya yang dimaklumi oleh masyarakat. Yang kedua, memang bukan media penyimpanan khusus namun termasuk cara umum di mana seseorang berada di situ dan orang lain tidak boleh menguasainya kecuali atas izinnya. Contohnya adalah seseorang yang duduk/tidur di masjid dan meletakkan beg di sisinya. Ini termasuk dalam penjagaan. Konsep ‘pengawasan’ terhadap harta ini adalah berbeza antara satu harta dengan harta lain. Ulama fiqih bersepakat mengatakan jika satu pintu stor atau kandang terbuka, atau bahagian dindingnya rosak maka ini akan menghilangkan sifat penjagaan, maka pencuri itu tidak dipotong tangan, namun mereka akan dikenakan hukuman lain. Dari Amru bin Syuaib dari bapanya dan dari datuknya berkata “Aku mendengar seorang lelaki dari Bani Muzainah bertanya kepada Rasulullah tentang sangkar yang ada lubang: Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Pencuri itu kena bayar 2 kali ganda harganya dan dipukul sebagai teladan balasan seksa, namun jika dia mencuri unta atau kambing dalam pengawasan untuk minum air maka tangannya akan dipotong jika harganya menyamai 8 mijan” [HR Abu Daud] Begitu juga dalam hadis lain yang menceritakan perihal orang yang mencuri buah semasa berada ditangkai, maka mereka ditakzir dengan nilai dua kali ganda, tapi jika mereka mencuri dari stor maka mereka akan dipotong tangan jika cukup nisabnya.


Kelima: Bukan harta syubahat: Dalam harta yang dicuri tidak ada bahagian hak pencuri atau yang membolehkan pencuri itu memakannya. Ini bermakna tidak dikenakan hukuman potong tangan sekiranya siayah mencuri harta anaknya atau sebaliknya kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Kamu dan harta kamu adalah milik bapa kamu” Rasululah juga bersabda “Sebaik-baik orang itu adalah orang yang memakan hasil usahanya sendiri, dan anaknya juga memakan hasil usahanya.” Seorang yang mencuri harta dari Baitul Mal juga tidak dipotong tangan kerana Baitul Mal adalah harta bersama di mana di dalamnya terdapat hak si pencuri sebagai rakyat meskipun kecil bahagiannya. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah bila seseorang ditangkap kerana mencuri khumus (1/5 dari rampasan perang yang dikhaskan kepada Rasulullah). Ibn Abbas menceritakan bahawa kes ini dibawa kepada Rasulullah, tetapi baginda tidak memotong tangannya, sebaliknya bersabda “Harta Allah dicuri di kalangan sendiri” [HR Ibn Majah]. Semasa pemerintahan Umar dan Ali juga terjadi kecurian di Baitul Mal namun mereka tidak memotong tangan, kerana kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) di atas harta itu. Begitu juga kalau salah seorang suami-isteri mencuri harta pasangannya, maka hukum potong tangan tidak dijalankan kerana mereka saling berkongsi di dalam pemilikan harta.


Keenam: Pencuri itu akil-baligh dan terikat hukuman dalam Islam. Taklif ini terkena kepada semua orang termasuk kafir zimmi. Ini kerana hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menyebut dengan jelas bahawa, “Diangkat pena (dosa) dari 3 pihak, orang yang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia baligh, dan orang yang gila sehingga dia berakal”[HR Muslim]. Ini bermakna taklif hukum terkena kepada orang yang berakal dan baligh. Pencuri kanak-kanak atau orang gila tidak akan dipotong tangan. Adapun kafir zimmi maka tangan mereka dipotong sebagaimana Muslim juga.


Ketujuh: Sabit kesalahan mencuri dengan pengakuan atau disaksikan oleh saksi yang adil: Pengakuan mencuri dalam sidang penghakiman akan menyebabkan seseorang itu boleh disabit dengan pencurian. Dari Abu Umaiyah Makhzumi menceritakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memerintahkan potong tangan seorang yang datang mengaku mencuri walaupun benda yang dicurinya tidak ada ditangannya. [HR Ahmad]. Manakala jika kes dibawa dan bayyinah (pembuktian) diperlukan, nisab saksi mata untuk kes pencurian adalah 2 orang lelaki atau 1 lelaki dan 2 wanita berasaskan nas umum saksi dalam surah 2:286.


Inilah tujuh syarat hukum potong tangan di dalam Islam. Walaupun hukum potong tangan dijalankan, terdapat syarat lain bahawa si pencuri perlu mengembalikan semula harta yang dicurinya kepada pemiliknya Ini berasaskan hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam “Apabila dicuri dari seseorang bekalannya, maka harta itu ditemui pada orang lain (pembeli), maka dia berhak mengambilnya, manakala penjual akan mengembalikan wang harganya kepada pembeli itu” Ini menunjukkan wajib harta yang dicuri dikembalikan kepada tuannya. Jika barangan itu binasa atau hilang maka kewajipan keatasnya membayar harga yang setimpal. Dan apa-apa kerugian yang diakibatkan oleh kecurian itu akan dikira dan pencuri wajib menggantikannya.


Mematahkan Logika Lapuk Sekularis


Menurut pemuja sekular, apabila undang-undang yang wujud dianggap dapat menyelesaikan masalah, ia tidak perlu dipinda, jauh sekali untuk dihapuskan. Jika ia gagal, barulah pindaan akan dibuat. Datuk Dr.Yusuf Nor di dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994 pernah mengatakan bahawa "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam." Pihak sekularis juga sering mengetengahkan hujah dangkal mereka bahawa jika dipotong tangan pencuri, ini akan menyebabkan kita rugi dari segi ekonomi kerana orang yang kudung tidak dapat bekerja dengan sempurna dan tidak dapat menyara keluarga mereka.


Sampai bilakah golongan yang mengagung-agungkan undang-undang buatan manusia (man-made laws) ini akan sedar dari pemikiran kufur dan kejahilan yang ada pada mereka? Kami bentangkan di sini sedikit fakta agar terbukalah tempurung pemikiran mereka. Berdasarkan statistik pada tahun 2006, perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk mengurus banduan adalah sebanyak RM1,274,490 (RM1.27 juta). Berdasarkan jumlah banduan pada ketika itu yang seramai 42,483 ribu orang [Bernama 14/09/06], dari sini kita dapat mengira kos purata untuk setiap banduan iaitu 1,274,490 x 30 / 42,483 = RM900 sebulan seorang. Katakan seseorang dijatuhkan hukuman atas kesalahan mencuri besi paip bernilai RM300 dan dipenjarakan selama 3 tahun (mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan), maka selama tempoh hukuman di penjara, secara purata, kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak RM32,400 (RM900 x 12 x 3). Jika diukur dengan ‘nilai’, ini adalah tidak memadai kerana kerugian barangan sebanyak RM300 terpaksa ditanggung dengan kerugian wang rakyat sebanyak RM32,400, lebih kurang 100 kali ganda. Manakala jika hukum Allahlah yang dijalankan, tiada langsung wang rakyat yang akan dibazirkan dan yang lebih utama, pemerintah itu akan dikasihi oleh Allah dan juga rakyatnya. Maha Suci Allah! Alangkah jahilnya pemikiran mereka yang menolak hukumMu.


Para penganut sekular dan juga Dr Mashitah beranggapan bahawa penyelesaian bagi kes mencuri adalah dengan memberi peluang pekerjaan kepada si pencuri dan bukannya menjatuhkan hukuman potong tangan. Logiknya, jika si kudung mencuri lagi, maka akan kudunglah kedua-dua tangannya yang membawa natijah dia tidak akan dapat bekerja untuk menyara keluarga. Yang anehnya, tidakkah mereka ini memikirkan bahawa jika si pencuri masuk penjara, siapakah yang akan memberikan nafkah kepada keluarganya sepanjang dia di penjara? Tidakkah mereka juga terfikir bahawa tempoh penjara yang lama di samping pergaulan dengan ‘rakan sejawat’ yang lebih ‘senior’ dan berpengalaman memburukkan lagi keadaan. Buktinya, terdapat banyak kes di mana sejurus selepas dibebaskan, mereka menjadi pencuri yang semakin ‘expert’ dan profesional. Rompakan dilakukan dalam skala lebih besar dan rangkaian mereka juga yang semakin melebar.



Apa pun alasannya, sebagai seorang ‘ulama’ dan seorang Islam, Dr Mashitah sepatutnya sedar dan insaf bahawa hukum Allah tidak boleh dipandang dari segi logik. Hukum Allah bukan diterapkan berdasarkan logik atau tidak logik, hukum Allah diterapkan kerana ia adalah wajib! Kewajipan menerapkan hukum potong tangan datangnya dari Al-Quran dan ia lahir dari akidah Islam itu sendiri. Haram bagi umat Islam untuk mempertikaikannya, apatah lagi menukar ganti dengan yang lain. Hanya mereka yang berpemikiran sekular sahaja yang akan sanggup mempertikaikan hukum yang datang dari Zat Yang Maha Kuasa ini.



Khatimah


Wahai kaum Muslimin! Sedar dan bangkitlah dari segala kehinaan ini. Sampai bilakah kalian akan berdiam diri dengan apa yang kalian dengar dan saksikan? Jika benar kalian adalah golongan yang membaca Al-Quran, maka sanggupkah kalian hanya berpeluk tubuh mendengar Kalamullah ini dipermainkan? Apakah kalian ingin bersama dengan mereka yang mempersoalkan hukum Allah yang mana kalian nanti akan dipersoalkan oleh Allah kerananya? Atau apakah kalian ingin memilih untuk bersama-sama dengan golongan yang berjuang menegakkan hukum Allah dan kalian akan meraih kemuliaan dengannya? Ya Allah, Engkau adalah Rab yang Maha Mendengar dan Maha Berkuasa! Berikanlah kemuliaan kepada orang yang memuliakan agamaMu dan Berikanlah kehinaan kepada orang yang menghina hukumMu. Ya Rabbul Izati! Berilah kekuatan kepada kami di dalam menegakkan agamaMu sebagaimana Engkau telah memberi kekuatan kepada kekasihMu Muhammad dan pengikut-pengikut baginda dari kalangan sahabat yang mulia. Ya Allah! Engkau telah kurniakan kepada para sahabat baginda akan Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah yang dengannya Engkau telah memuliakan orang-orang yang terdahulu dari kami. Wahai Zat Yang Maha Mendengar! Kami memohon kepadaMu agar Engkau memuliakan kami dengan kembalinya Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah ke pangkuan kaum Muslimin buat kedua kalinya, yang dengan ini tertegaklah semula segala hukum-hukumMu dan tidak ada lagi yang berani menghinanya. Amin ya Rabbal ‘alamin.

MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH ADALAH WAJIB

by AURA JIHAD

"We must put an end to anything which brings about any Islamic unity between the sons of the Muslims. As we have already succeeded in finishing off the Khilafah, so we must ensure that there will never arise again unity for the Muslims, whether it be intellectual or cultural unity… The situation now is that Turkey is dead and will never rise again, because we have destroyed its spiritual strength, the Khilafah and Islam".


(Kita mesti hapuskan apa-apa sahaja yang boleh membawa kepada penyatuan di kalangan umat Islam. Memandangkan kita telah berjaya menghancurkan Khilafah, jadi kita mesti pastikan yang umat Islam tidak akan bersatu kembali, samada secara intelektual atau kebudayaan… Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah mati dan ia tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan ruhnya (yakni) Khilafah dan Islam) - [Lord Curzon, Menteri Luar British, di hadapan House of Commons setelah Perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1924].






Itulah kata-kata yang penuh dengan keyakinan dan keegoan si kafir laknatullah, Lord Curzon setelah mereka berjaya menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah secara rasmi, tepatnya pada 3 Mac 1924, jam 6.30 pagi. Pihak kuffar Barat benar-benar memahami bahawa kekuatan dan penyatuan umat Islam yang hakiki adalah di bawah Daulah Khilafah. Kerana itulah mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dan menggunakan segala kekuatan, tipu helah, kelicikan dan agen-agen mereka bagi menghancurkan umat Islam. Bukan setakat itu sahaja, setelah mereka berjaya dan bergembira menyaksikan kehancuran Islam, mereka tidak pernah lalai dan berhenti dari usaha mereka seterusnya untuk memastikan umat Islam tidak akan bangkit dan bersatu kembali. Tidak cukup dengan itu, mereka malah melakukan serangan fizikal secara besar-besaran ke atas umat Islam, merogol, membunuh, memerangi, menangkap, memenjara, menyiksa dan melakukan pelbagai bentuk kekejaman lainnya yang benar-benar tidak berperikemanusiaan. Umat Islam diperlakukan umpama binatang, malah jauh lebih buruk dari itu. Ya, mereka telah melakukan semua itu dan mereka telah melakukannya dengan begitu mudah sekali! Kenapa? Kerana umat Islam telah kehilangan perisainya yang selama ini menjaga dan melindungi mereka – Khalifah!


Apa yang kita saksikan saban hari sejak kejatuhan Khilafah hinggalah ke hari ini adalah penderitan demi penderitaan yang tidak berkesudahan menimpa umat Islam. Kesatuan umat Islam telah berkecai dan persaudaraan mereka telah hancur. Segala ini berlaku setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah di mana umat Islam mula dihadiahkan kemerdekaan oleh pihak kuffar Barat untuk menubuhkan negara bangsa (nation states). Maka dari sini, masing-masing mula berjuang untuk bangsa dan berebut-rebut bersengketa sesama sendiri untuk berkuasa dan mengekalkan kekuasaan, tanpa menghiraukan lagi apa yang terjadi kepada saudara mereka di negara lain. Yang penting, perlu bersyukur dengan keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati di negara sendiri. Bangsa lain, negara lain... itu masalah mereka, tidak ada kena mengena dengan kita. Itu masalah dalaman negara mereka dan kita tidak boleh dan tidak perlu campurtangan. Kita berkecuali. Inilah antara kata-kata yang lahir dari sebahagian umat Islam, khususnya pemimpin mereka!


Wahai kaum Muslimin! Demikianlah secebis kisah bagaimana bermulanya segala penderitaan dan kehinaan yang menimpa umat ini, umat yang pernah satu ketika dulu memimpin dunia dan membawa rahmat ke setiap penjuru alam. Tidak ada fakta yang dapat menafikan bahawa Sistem Pemerintahan Khilafah yang telah diamalkan oleh umat Islam semenjak zaman Khalifah Rasyidah hinggalah ke zaman Uthmaniyyah, telah menjaga dan melindungi umat Islam. Apa yang telah dilakukan oleh para Khulafa’ Rasyidah dan diteruskan oleh pengganti-pengganti mereka ini telah terpahat dalam sejarah dan memenuhi ribuan lembaran kitab. Walaubagaimanapun, kita perlu memahami dengan sebenar-benar pemahaman bahawa apa yang telah terpahat itu bukan sekadar sejarah, tetapi ia adalah sebuah kewajiban yang telah ditunaikan oleh para pendahulu kita, yang juga merupakan kewajiban yang sama yang diletakkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala ke atas kita untuk melakukannya. Umat Islam itu hanya akan meraih kemulian dengan mematuhi perintah dan larangan Allah. Apabila sistem pemerintahan dari Allah tidak diterapkan, sebaliknya diganti dengan diterapkan sistem kufur dari Barat, bagaimanakah kemuliaan Allah akan bersama kita?


Wahai kaum Muslimin, pada 3 Mac 2007 genaplah 83 tahun jatuhnya Khilafah, sebuah sistem pemerintahan yang selama ini telah mendatangkan kemuliaan dan rahmat buat umat Muhammad khasnya dan dunia amnya. Sempena itu, Sautun Nahdhah kali ini akan memperingatkan semula umat Islam akan kewajiban untuk menegakkannya.


Mendirikan Khilafah Adalah Wajib


Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia. Kata lain dari Khilafah adalah Imamah di mana keduanya mempunyai makna yang sama. Hal ini diterangkan di dalam banyak hadis sahih yang menunjukkan persamaan makna kedua-dua lafaz ini [Syeikh Taqiyyuddin An Nabhani, Nizhamul Hukmi Fil Islam]. Perlu difahami bahawa, Khilafah itu adalah Sistem Pemerintahan Islam dan Khalifah itu adalah ketua negaranya (head of the State). Ringkasnya, ketua negara Daulah Khilafah adalah Khalifah. Juga, tidak salah jika ketua negara itu digelar Imam atau Amirul Mukminin kerana gelaran semacam ini terdapat di dalam Hadis dan Ijma’ Sahabat. Dari definisi ini, jelas bahawa Daulah Khilafah wujudnya hanya satu untuk seluruh dunia. Ini kerana nas-nas syara’ memang menunjukkan kewajiban umat Islam untuk bersatu dalam satu institusi negara sahaja dan haram bagi umat Islam mempunyai lebih dari satu negara. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,


“Dan berpeganglah kalian semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai…” [TMQ Ali-’Imran (3):103].


Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam masalah persatuan umat ini bersabda: “Barangsiapa mendatangi kalian, sedang urusan kalian ada di bawah kepemimpinan satu orang (Imam/Khalifah), dan dia hendak memecah belah kesatuan kalian dan mencerai-beraikan jemaah kalian, maka bunuhlah dia” [HR Muslim].


Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Jika dibai’at dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya.” [HR Muslim]


Selain al-Quran dan as-Sunnah, Ijma’ Sahabat juga turut menegaskan prinsip kesatuan umat di bawah kepemimpinan seorang Khalifah. Abu Bakar Ash Shiddiq suatu ketika pernah berkata, “Tidak halal bagi kaum Muslimin mempunyai dua pemimpin”. Perkataan ini didengar oleh para sahabat dan tidak seorang pun dari mereka yang mengingkarinya, sehingga menjadi ijma’ di kalangan mereka.


Bahkan sebahagian fuqaha menggunakan Qiyas untuk menetapkan prinsip kesatuan umat. Imam Al Juwaini berkata, “Para ulama kami (mazhab Syafi’i) tidak membenarkan akad Imamah (Khilafah) untuk dua orang. Kalau ini terjadi, ini sama halnya dengan seorang wali yang menikahkan seorang perempuan dengan dua orang laki-laki” Maksudnya, Imam Juwaini mengqiyaskan keharaman adanya dua Imam bagi kaum Muslimin dengan keharaman wali menikahkan seorang perempuan dengan dua orang lelaki yang akan menjadi suaminya. [Lihat Dr. Muhammad Khair, Wahdatul Muslimin fi Asy Syari’ah Al Islamiyah]


Dalil Al-Quran


Di dalam al-Quran memang tidak terdapat istilah ‘Daulah’ yang bererti ‘Negara’. Tetapi di dalam al-Quran terdapat ayat yang menunjukkan wajibnya umat memiliki pemerintahan/negara (ulil amri) dan wajibnya menerapkan hukum dengan hukum-hukum yang diturunkan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Firman Allah,


“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul(Nya) dan ulil amri di antara kalian.” [TMQ An-Nisaa` (4):59]


Ayat di atas memerintahkan kita untuk mentaati Ulil Amri, iaitu Al Haakim (Penguasa). Perintah ini, secara dalalatul iqtidha`, bererti perintah pula untuk mengadakan atau mengangkat Ulil Amri, jika Ulil Amri itu tidak ada. Ini adalah kerana tidak mungkin Allah memerintahkan kita untuk mentaati orang yang tidak wujud. Tatkala Allah memberi perintah untuk mentaati Ulil Amri, bererti Allah memerintahkan pula untuk mewujudkannya Oleh itu, jelas bahawa mewujudkan Ulil Amri itu adalah wajib. Tambahan lagi, adanya Ulil Amri menyebabkan terlaksananya kewajipan menegakkan hukum syara’, sedangkan mengabaikan terwujudnya Ulil Amri menyebabkan terabainya hukum syara’. Inilah apa yang berlaku sekarang di mana hukum syara’ tidak lagi diterapkan kerana tiadanya Ulil Amri di kalangan umat Islam.


Di samping itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memerintahkan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk mengatur urusan kaum Muslimin berdasarkan hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah. Firman Allah,


“Maka putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka (dengan) meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.” [TMQ Al-Ma’idah (5):48].


“Dan putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari apa yang telah diturunkan Allah kepadamu” [TMQ Al-Ma’idah (50:49].


Dalam kaedah usul fiqh dinyatakan bahawa, perintah (khitab) Allah kepada Rasulullah juga merupakan perintah kepada umat Islam selama tidak ada dalil yang mengkhususkan perintah ini hanya untuk Rasulullah. Berhubung dengan ayat di atas, tidak ada dalil yang mengkhususkan perintah tersebut hanya kepada Rasulullah. Oleh kerana itu, ayat-ayat tersebut bersifat umum, iaitu berlaku juga bagi umat Islam. Dan menegakkan hukum-hukum yang diturunkan Allah tidak mempunyai makna lain kecuali menegakkan hukum dan pemerintahan, sebab dengan pemerintahan itulah hukum-hukum yang diturunkan Allah dapat diterapkan secara sempurna. Dengan demikian, ayat-ayat ini menunjukkan wajibnya ada sebuah ‘Negara’ untuk menjalankan semua hukum Islam, dan ‘Negara (Islam)’ itu adalah Negara Khilafah.


Dalil As-Sunah


Abdullah bin Umar meriwayatkan, “Aku mendengar Rasulullah mengatakan, ‘Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa hujah. Dan barangsiapa mati sedangkan di pundaknya tidak ada bai’ah (kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah” [HR Muslim].


Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mewajibkan adanya bai’at pada pundak setiap Muslim dan mensifati orang yang mati dalam keadaan tidak berbai’at seperti matinya orang-orang jahiliyyah. Padahal bai’at hanya dapat diberikan kepada Khalifah, bukan kepada yang lain. Jadi hadis ini menunjukkan kewajipan mengangkat seorang Khalifah, yang dengannya dapat terwujud bai’at di pundak setiap Muslim. Sebab bai’at akan ada di pundak kaum Muslimin jika ada Khalifah/Imam yang memimpin kaum Muslimin.


Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR Muslim]


Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Dahulu Bani Israel diuruskan (dipimpin) oleh para nabi. Setiap kali wafat seorang nabi diutuslah nabi yang lain. Sesungguhnya tidak ada lagi nabi sesudahku, tetapi akan ada para Khalifah dan jumlahnya banyak.” Para sahabat bertanya, apa yang engkau perintahkan kepada kami (dalam keadaan itu)? Nabi menjawab, “Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu sahaja dan berilah kepada mereka hak-hak mereka. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban mereka atas apa yang mereka uruskan.” [HR Muslim]


Hadis-hadis ini merupakan pemberitahuan (ikhbar) dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa seorang Khalifah adalah laksana perisai, dan bahawa akan ada penguasa-penguasa yang memerintah kaum Muslimin. Pernyataan Rasulullah bahawa seorang Imam itu laksana perisai menunjukkan pemberitahuan tentang adanya fungsi keberadaan seorang Imam, dan ini merupakan suatu tuntutan (thalab). Ini adalah kerana, setiap ikhbar yang berasal dari Allah dan Rasul-Nya, apabila mengandungi celaan (adz-dzamm) maka yang dimaksudkan adalah tuntutan untuk meninggalkan (thalab at-tarki), atau merupakan larangan (an-nahy); dan apabila mengandung pujian (al mad-hu) maka yang dimaksudkan adalah tuntutan untuk melakukan perbuatan (thalab al-fi’li). Dan sekiranya pelaksanaan perbuatan yang dituntut itu menyebabkan tegaknya hukum syara’ atau jika ditinggalkan mengakibatkan terabainya hukum syara’, maka tuntutan untuk melaksanakan perbuatan itu bersifat pasti (fardhu). Oleh itu hadis-hadis ini menunjukkan wajibnya Khilafah, kerana tanpa Khilafah banyak hukum syara’ yang akan terabai.


Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Bila seseorang melihat sesuatu yang tidak disukai dari amirnya (pemimpinnya), maka bersabarlah kerana barangsiapa memisahkan diri dari penguasa (pemerintahan Islam/Khilafah) walau sejengkal saja, lalu ia mati, maka matinya adalah mati jahiliyah.” [HR Muslim].


Hadis ini menjelaskan keharaman kaum Muslimin keluar memberontak terhadap penguasa (Khalifah). Ini bererti bahawa adanya Daulah Khilafah adalah suatu kewajiban, sebab tidak mungkin Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam begitu tegas sekali menyatakan bahawa orang yang memisahkan diri dari Khilafah akan mati jahiliyah. Maka, wujudnya pemerintahan Islam bagi kaum Muslimin statusnya adalah wajib.


Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda: “Barangsiapa membai’at seorang Imam (Khalifah), lalu memberikan genggaman tangannya dan menyerahkan buah hatinya, hendaklah ia mentaatinya semaksima mungkin. Dan jika datang orang lain hendak mencabut kekuasaannya, penggallah leher orang itu.” [HR Muslim].


Dalam hadis ini Rasululah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memerintahkan kaum Muslimin untuk mentaati para Khalifah dan memerangi orang-orang yang merebut kekuasaan mereka. Perintah Rasulullah ini bererti perintah untuk mengangkat seorang Khalifah dan memelihara kekhilafahannya dengan cara memerangi orang-orang yang merebut kekuasaannya. Semua ini merupakan penjelasan tentang wajibnya keberadaan penguasa kaum Muslimin, iaitu Imam atau Khalifah. Ini adalah kerana sekiranya ia tidak wajib, nescaya tidak mungkin Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memberikan perintah yang begitu tegas untuk memelihara eksistensinya, iaitu perintah untuk memerangi orang yang ingin merebut kekuasaan Khalifah.


Dalil Ijma’ Sahabat


Sebagai sumber hukum Islam ketiga, Ijma’ Sahabat menunjukkan dengan sejelas-jelasnya kepada kita bahawa mengangkat seorang Khalifah sebagai pemimpin umat Islam adalah wajib. Para sahabat telah sepakat mengangkat Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib ridhwanullah ‘alaihim, sebagai Khalifah yang memimpin dunia Islam.


Ijma’ Sahabat yang membuktikan kewajiban pengangkatan seorang Khalifah diambil dari peristiwa yang berlaku di Saqifah Bani Sai’dah di mana para sahabat dan ahlu halli wal aqdi saat itu sibuk bermesyuarat bagi mengangkat seorang Khalifah. Walaupun jenazah Rasulullah masih belum dikebumikan, tetapi keseluruhan sahabat masih sibuk berbincang soal pengangkatan Khalifah. Mereka ternyata telah menunda kewajipan menanam jenazah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan mendahulukan pengangkatan seorang Khalifah pengganti baginda. Hal ini berlaku walhal mereka mengetahui bahawa menguburkan mayat secepatnya adalah suatu tuntutan, apatah lagi jenazah itu adalah jenazah Rasulullah sendiri, namun, para sahabat tetap mendahulukan usaha-usaha untuk mengangkat Khalifah daripada menanam jenazah Rasulullah. Sedangkan sebahagian sahabat lain pula (yang tidak terlibat) turut mendiamkan hal ini dan ikut pula bersama-sama menunda kewajipan mengebumikan jenazah Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Peristiwa ini terjadi di dalam rentang waktu 3 hari 2 malam, padahal mereka mampu mengingkari hal ini dan mampu menanam jenazah Nabi secepatnya. Fakta ini menunjukkan adanya kesepakatan (ijma’) mereka untuk mendahulukan kewajipan mengangkat Khalifah daripada menguburkan jenazah. Hal itu tak mungkin terjadi kecuali status hukum mengangkat seorang Khalifah adalah lebih wajib didahului daripada menguburkan jenazah.


Demikian pula bahawa seluruh sahabat selama hidup mereka telah bersepakat mengenai kewajipan mengangkat seorang Khalifah. Walaupun sering muncul perbezaan pendapat mengenai siapakah yang lebih layak untuk dipilih dan diangkat menjadi Khalifah, namun mereka tidak pernah berselisih pendapat sedikit pun mengenai wajibnya mengangkat seorang Khalifah, baik ketika wafatnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mahupun ketika pergantian masing-masing Khalifah yang empat. Oleh kerana itu Ijma’ Sahabat merupakan dalil yang jelas dan kuat bagi kita bahawa mengangkat seorang Khalifah sebagai pemimpin bagi seluruh kaum Muslimin adalah wajib.


Dalil Dari Kaedah Syar’iyyah


Dilihat dari sudut usul fiqh, mengangkat Khalifah juga adalah wajib. Dalam usul fiqh terdapat satu kaedah syar’iyah yang disepakati para ulama, “Sesuatu kewajipan yang tidak dapat disempurnakan kecuali dengan suatu perbuatan, maka perbuatan itu adalah wajib.” Menerapkan hukum-hukum yang berasal dari Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam segala aspeknya adalah wajib. Hal ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa adanya kekuasaan Islam yang dipimpin oleh seorang Khalifah. Maka dari itu, berdasarkan kaedah syar’iyyah tadi, eksistensi Khilafah hukumnya menjadi wajib.


Pendapat Para Ulama


Seluruh imam mazhab dan para mujtahid tanpa kecuali telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah (atau Imamah) ini. Pendapat-pendapat mereka tentang kewajiban ini tertuang di dalam kitab-kitab karangan mereka yang masyhur. Kami telahpun mengemukakan beberapa nama beserta kitab mereka di dalam Sautun Nahdhah keluaran yang ke-100 bertajuk “Dakwah Hizbut Tahrir”. Di harap para pembaca boleh merujuk kepada keluaran tersebut atau melayari laman web kami.


Khatimah


Wahai kaum Muslimin! Ingin kami tegaskan sekali lagi bahawa walaupun perjuangan menegakkan Khilafah itu telah sinonim dengan Hizbut Tahrir, namun kewajiban ini adalah kewajiban kita semua. Sebuah kewajiban itu statusnya sama sahaja bagi setiap Muslim, tidak kira siapa pun dia, bangsa dan keturunan apa pun dia selama mana dia termasuk dari kalangan yang mengucap syahadah. Apa yang dikatakan kewajiban di dalam Islam adalah suatu perkara yang mesti dilakukan oleh setiap mukallaf, yang dengan melakukannya akan beroleh pahala dan meninggalkannya adalah suatu dosa. Oleh itu, tiada beza di antara kewajiban solat, puasa, zakat, mentaati ibu bapa, menuntut ilmu, berdakwah, menegakkan Khilafah dan sebagainya. Semuanya adalah kewajiban dan kita semua wajib melakukannya.


Sesungguhnya kami di Hizbut Tahrir senantiasa mengimani janji Allah Subhanahu wa Ta’ala dan membenarkan khabar gembira dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang kembalinya Khilafah ala minhaj nubuwwah untuk kedua kalinya. Kami senantiasa berusaha dan yakin akan kedatangan penyelamat umat ini seraya memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar Dia memuliakan kami dengan tertegaknya Khilafah melalui tangan-tangan kami; agar kita semua dapat bernaung di bawahnya; agar kita semua dapat mengibarkan panji-panji Rasulullah di seluruh pelusuk bumi; agar cahaya Allah akan kembali menerangi alam. Insya Allah. Justeru, marilah kita bersama-sama memikul kewajiban ini wahai kaum Muslimin. Bersama-samalah dengan Hizbut Tahrir di dalam dakwahnya mengembalikan semula kemuliaan umat ini. ALLAHU AKBAR!

Filed under having 0 Ulasan  

APAKAH HUKUM BERUBAH MENGIKUT ZAMAN DAN TEMPAT?

by AURA JIHAD

Pada 28 Jun yang lalu, isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan supaya Pusat Kajian al-Quran Kontemporari ditubuhkan untuk kepentingan umat Islam sejagat. Rosmah berkata demikian ketika berucap pada majlis khatam kelas tafsir al-Quran yang diketuai oleh beliau bersama 35 peserta lain termasuk anak perempuannya, Nooryana Najwa Mohd. Najib di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Sri Satria. Beliau berkata, selain mengadakan kelas tafsir dan pengajian al-Quran yang biasa, pusat kajian itu wajar berperanan untuk melakukan kajian secara empirikal berpandukan ayat-ayat suci al-Quran. “Ia perlu merangkumi pelbagai bidang kritikal terutamanya dalam bidang sains dan teknologi, teknologi maklumat, perubatan dan ekonomi”. Menurutnya lagi, sejajar dengan tuntutan zaman yang semakin mendesak dan imej Islam yang kian tercemar, sudah tiba masanya generasi al-Quran sebagai wadah perubahan tamadun Islam dilahirkan. “Saya yakin dengan kelahiran generasi ini, keindahan dan keluhuran Islam mampu diketengahkan kepada masyarakat dunia malah menjadi penghubung bicara antara dunia Islam dan dunia bukan Islam,” katanya. Rosmah berkata, seiring dengan era globalisasi umat Islam mesti mempraktikkan ajaran al-Quran dalam bentuk yang lebih global dengan mengkaji, mengamalkan dan menterjemahkannya dalam kehidupan bersesuaian dengan konteks semasa [UM 29/06/07].






Di zaman mutakhir ini, cadangan, seruan dan slogan untuk menafsir al-Quran agar sesuai dengan realiti semasa semakin kuat kedengaran. Ia banyak dilaungkan oleh golongan pemerintah, golongan ulama dan tidak ketinggalan juga oleh golongan liberal. Kita juga acapkali terdengar seruan seumpama ini turut dikumandangkan oleh para agamawan mahupun gerakan-gerakan yang memperjuangkan Islam sekalipun. Sekali lalu slogan sebegini nampak seperti tidak ada salahnya, apatah lagi jika yang menyeru itu mengemukakan pandangan-pandangan ulama di dalam menyokong pendapat mereka. Bagi golongan yang hatinya dipenuhi dengan sifat nifak, intipati dari seruan seperti ini sebenarnya bermaksud untuk menundukkan al-Quran dengan kehendak semasa, sesuai dengan perkembangan zaman, atau lebih tepat mereka sebenarnya ingin menafsirkan al-Quran mengikut hawa/keinginan mereka agar hukum al-Quran tunduk kepada kemahuan mereka. Bagi golongan yang ikhlas yang menyeru kepada hal yang sama, mereka sebenarnya telah menyeru dan terjerumus ke jalan yang keliru. Insya Allah, Sautun Nahdhah kali ini akan mengupas isu yang amat penting ini; apakah hukum Allah boleh berubah mengikut perubahan zaman dan tempat.


Menundukkan Nas Dengan Realiti


Umum telah mengetahui bahawa orang-orang kafir adalah golongan yang hidup di dunia ini tanpa berhukum dengan hukum wahyu. Golongan kafir Barat telah menolak agama untuk mengatur kehidupan, manakala golongan kafir yang lain sekadar mempunyai agama untuk tujuan ibadat, bukannya untuk mengatur atau menentukan hala tuju kehidupan di dunia. Apapun, yang pastinya mereka ini adalah golongan yang sesat kerana tidak mengambil petunjuk Allah sebagai petunjuk dalam hidup mereka. Kedudukan ini sebenarnya tidak jauh berbeza dari golongan umat Islam yang sekular. Mereka ini adalah golongan pemuja Barat dan golongan yang mendewa-dewakan akal di dalam mengatur kehidupan. Pemikiran golongan ini saling tidak tumpah dengan pemikiran orang-orang kafir di mana mereka hanya mengambil agama untuk tujuan ibadat semata-mata. Mereka mengambil Islam sekadar untuk solat, puasa, zakat, haji, doa pembuka dan penutup majlis dan lain-lain ibadat sunat tertentu yang dipilih mereka sahaja. Untuk lain-lain hukum Allah yang qat’i (pasti) kewajibannya seperti potong tangan untuk pencuri, sebat bagi penzina, bunuh bagi simurtad, qisas bagi pembunuh dan banyak lagi, maka di sini mereka menyatakan hukum ini sudah tidak sesuai lagi di zaman sekarang. Mereka menggunakan akal untuk menjustifikasi kesesuaian hukum Allah, dan bagi yang memegang kekuasaan, mereka telah menggubal undang-undang sendiri terhadap kesalahan-kesalahan ini, mengenepikan hukum Allah yang qat’i yang terdapat di dalam al-Quran.


Apabila ditanyakan kepada mereka kenapakah hukum-hukum al-Quran tidak diterapkan, maka mereka akan menjawab mengikut akal dan hawa mereka bahawa dalam konteks masyarakat majmuk, Islam tidak sesuai diterapkan sepenuhnya. Mereka akan mengatakan bahawa yang penting di dalam Islam adalah ‘konsep dan prinsip’nya, bukan ‘hukum’nya. Contohnya, mereka mengatakan Islam menekankan (konsep) keadilan, jadi apa-apa sahaja undang-undang yang boleh membawa keadilan, maka ia adalah sesuai dengan kehendak Islam. Mereka turut menyatakan bahawa Islam adalah agama yang murunah (fleksibel), maka Islam boleh berubah atau disesuaikan mengikut perubahan zaman/masa dan tempat. Inilah golongan sekular yang sepemikiran dengan Barat, mengagungkan akal dan menggunakan akal mereka untuk merubah hukum Allah. Mereka membuat undang-undang sendiri berdasarkan akal, mengikut kehendak majoriti, bukannya menurut kehendak Allah. Mereka benar-benar menundukkan hukum al-Quran mengikut hawa mereka. Sebab itulah golongan ini tak putus-putus menyeru agar al-Quran dikaji dan ditafsir semula seiring dengan perubahan zaman dan tempat. Tujuan mereka adalah tidak lain, kecuali untuk merubah hukum-hukum yang qat’i di dalam al-Quran. Mereka ini tidak akan puas selagi al-Quran tidak ditundukkan mengikut kemahuan mereka. Alasan mereka adalah realiti telah berubah, maka Islam mestilah disesuaikan dengan realiti yang telah berubah tadi.


Wahai mereka yang ikhlas! Ingatlah bahawa cara berfikir di atas adalah cara berfikir Barat yang sekular. Mereka telah membawa masuk cara berfikir mereka ini semasa menjajah kita dan bagi memastikan ia sentiasa kekal di benak kita, maka penjajah Barat telah meletakkannya sebagai asas pemikiran perundangan kita. Dengan cara ini, maka segala hukum al-Quran secara otomatik akan berada di bawah (lebih rendah dari) hukum ciptaan manusia. Oleh itu, hukum-hakam al-Quran juga secara otomatik tidak akan dapat diterapkan kerana penjajah kafir ini telah berjaya menanamkan ‘satu aqidah’ di dalam benak orang Islam bahawa hukum ciptaan manusia ini adalah lebih tinggi dari Kalamullah. Dengan ini pemikiran umat Islam telah ‘ditutup’, dan mereka tidak mampu lagi ‘berfikir’ dan bertindak kecuali sebatas apa yang telah digariskan oleh Barat.


Oleh kerana ini adalah realiti yang kita hadapi, maka kita dipaksa tunduk kepada realiti ini dan sebarang usaha untuk merubahnya akan dianggap ‘tidak sah’ dan bahaya. Penjajah kafir dengan ini berjaya meletakkan bahawa mana-mana perjuangan untuk menegakkan hukum al-Quran, meskipun dengan jalan yang benar, hendaklah tunduk kepada undang-undang manusia, jika tidak, maka perjuangan tersebut adalah tidak sah dan berbahaya, apatah lagi jika perjuangan itu adalah untuk menegakkan hukum Islam secara kaffah. Mereka seterusnya mempropagandakan bahawa mana-mana umat Islam yang ingin kembali menerapkan hukum al-Quran, maka ini adalah golongan ortodoks (kuno) dan ketinggalan zaman. Malah mereka akan menggelar golongan yang ingin kembali menerapkan hukum sebagaimana yang diterapkan di zaman Rasulullah dan para sahabat sebagai golongan kejam(barbaric), ekstrem, radikal, teroris dan sebagainya. Ini dilakukan bertujuan untuk menakut dan menjauhkan umat Islam dari hukum-hukum al-Quran. Dengan pertolongan dari golongan Muslim sekular, maka Barat telah berjaya memastikan hukum al-Quran tidak ditegakkan dan nas-nas yang ada di dalam al-Quran ditafsirkan sesuai dengan realiti yang ada dan mesti tunduk kepada realiti tersebut.


Beristidlal Dengan Imam Syafie


Bagi sebahagian umat Islam yang ikhlas, mereka sebenarnya telah terkeliru dalam hal ini (Islam berubah mengikut zaman dan tempat) dengan beristidlal (berdalil) dengan Imam Syafie rahimahullah. Menurut mereka Imam Syafie telah berubah di dalam ijtihadnya semasa berada di Iraq dan di Mesir. Perbincangan ini terkenal dengan istilah qaul qadim (pendapat dahulu) dan qaul jadid (pendapat baru) Imam Syafie. Kekeliruan kefahaman ini dapat dilihat dari tiga sisi. Pertama; Imam Syafie sendiri tidak pernah mengeluarkan kaedah ini (hukum berubah mengikut zaman dan tempat), tetapi orang lainlah yang menyandarkan kaedah ini berdasarkan perbuatannya. Kedua; mereka yang menyandarkan kaedah ini kepada Imam Syafie sebenarnya tidak mengkaji betul-betul apa yang berlaku ke atas Imam Syafie, lalu mereka telah terjerumus ke dalam salah faham yang fatal. Bagi sebahagian yang lain pula (yang tidak mengkaji), mereka hanya mengikut pendapat orang yang terdahulu tanpa ilmu (taqlid buta). Ketiga; kesalahan mengambil atau meletakkan Imam Syafie sebagai sumber hukum (beristidlal dengan Imam Syafie), walhal yang wajib dijadikan sumber hukum (atau beristidlal) adalah al-Quran dan Sunnah. Imam Syafie hanyalah seorang mujtahid yang juga wajib mengambil sumber hukum dari al-Quran dan Sunnah. Maksudnya, apabila dikatakan kita mengambil pendapat Imam Syafie, ia sepatutnya difahami sebagai mengambil hukum syara’ yang diijtihadkan atau difahami oleh Imam Syafie. Dalam konteks ini, yang kita pegang adalah hukum syara’, bukannya hukum Imam Syafie. Ini adalah kerana hukum itu datangnya dari Allah, bukannya dari Imam Syafie. Imam Syafie hanyalah orang yang mengistinbatkannya berdasarkan kefahamannya sebagai seorang mujtahid.



Untuk melihat dengan lebih mendalam kekeliruan pertama dan kedua di atas, kita harus mengkaji dengan teliti kisah kehidupan Imam Syafie, khususnya proses beliau di dalam menuntut ilmu dan metodologi (kaedah) yang beliau gunakan di dalam berijtihad. Muhammad ibn Idris ibn al-`Abbas, al-Imam al-Syafie, Abu `Abd Allah al-Syafie al-Hijazi al-Qurashi al-Hashimi al-Muttalibi (meninggal 204H), ialah seorang mujtahid mutlak yang begitu unggul dan mempunyai kelebihan yang luarbiasa. Beliau dilahirkan di Gaza pada tahun 150H, tahun meninggalnya Imam Abu Hanifa. Beliau berpindah ke Mekah pada usia dua tahun, setelah kematian bapanya. Di Mekah, beliau belajar dengan dua orang ulama terkenal, Muslim Bin Khalid al Zingi (Mufti Mekah) dan Sufiyan Bin Uyaynah. Imam Syafie telah hafaz al-Quran pada usia tujuh tahun dan ketika berusia 13 tahun, beliau berpindah ke Madinah untuk berjumpa dengan Imam Malik yang begitu kagum dengan kebolehan menghafal dan kecerdikannya. Di Madinah, Imam Syafie banyak didedahkan dengan metodologi (kaedah) usul Imam Malik. Beliau kemudian berpindah ke Baghdad dan berjumpa ulama dari mazhab Hanafi seperti Imam Mohammad Bin al-Hasan al-Shaybani dan di sinilah beliau didedahkan dengan metodologi usul Imam Hanafi. Pengalaman ini memberikan impak yang besar kepada Imam Syafie di dalam membentuk kaedah berfikirnya sendiri.



Beliau kembali semula ke Mekah untuk sementara waktu dan kemudiannya pergi semula ke Baghdad dan pada masa inilah beliau mula menulis kitabnya yang terkenal, al-Risalah, sebuah kitab yang memuatkan metodologi di dalam usul fiqh. Imam Syafie akhirnya membuat keputusan untuk berpindah ke Mesir bagi menyempurnakan kerjanya di dalam hal fiqh dan metodologinya. Di Mesir, Imam Syafie telah didedahkan dengan metodologi usul Imam Laith ibn Saad, seorang mujtahid yang terkenal luarbiasa keilmuannya sehingga Imam Syafie pernah berkata, “Laith adalah lebih faqih dari Malik, tetapi sayang muridnya membiarkannya (tidak meneruskan kesinambungan ajarannya)” [Siyar I’lam al-Nubala’, 8/156]. Di Mesir, Imam Syafie telah menulis edisi terbaru al-Risalah setelah didedahkan dengan pengalaman baru ini. Hal ini menunjukkan bahawa beliau semakin matang di dalam kefahaman dan metodologinya di dalam Usul Fiqh. Imam Shafie bukanlah menukar metodologinya atas sebab perpindahan dari segi geografi kerana perubahan metodologi tidak ada kena mengena dengan perubahan kawasan, tetapi perubahan metodologi itu sendiri bermaksud perubahan cara berfikir dan memahami kaedah. Hal ini diperkuat dengan fakta bahawa Imam Syafie tidak pula berubah pendapatnya semasa berpindah dari Mekah ke Baghdad.


Dr. Muhammad Baltaaji di dalam bukunya, Manahij at Tashri’ al Islaami fil Qarn al Thani al Hijri [Jilid 1 ms. 65] menyatakan, “Shafie dikritik kerana perubahan-perubahan yang dibuatnya, tetapi Syafie menjawab setiap kritikan tersebut. Ibn Abi Hatim melaporkan bahawa Shafie pernah bertanya Amr Bin Sawad al-Serhi, ‘kenapa kamu tidak menyalin kitabku?’ tetapi Amr diam. Kemudian seorang lain memberitahu Syafie, ‘dia (Amr) menyatakan bahawa kamu (Syafie) menulis dan merubah, kemudian menulis lagi dan merubah lagi’. Maksudnya, ‘perubahan’ inilah yang menjadi sebab kenapa Amr tidak menyalin kitab Syafie. Kemudian Imam Syafie menjawab, ‘sekarang ia (kitabku) telahpun sempurna’. Hal ini jelas membuktikan bahawa al-Risalah yang ditulisnya di Baghdad masih belum lengkap, dan beliau hanya menyempurnakannya semasa di Mesir. Tambahan pula, semasa di Baghdad, beliau mula menulis di dalam usia yang masih muda dan belum terdedah kepada banyak lagi metodologi usul, sebagaimana yang beliau dapati/pelajari semasa di Mesir. Perubahan ini langsung tidak ada kena mengena dengan perubahan tempat/geografi.


Kita juga perlu ingat bahawa ketika itu, kehidupan di Mekah, Baghdad mahupun Madinah adalah sama. Mereka semuanya hidup dalam suasana Islam di era/zaman yang sama. Tambahan lagi mereka sebenarnya berada dalam negara yang satu yakni Negara Khilafah di mana penerapan hukum berlaku sama di seluruh negara. Inilah penjelasan kisah pembelajaran Imam Syafie secara ringkas. Walaupun kami tidak dapat menerangkan secara terperinci akan banyak lagi perkara yang membuktikan hal ini (kerana keterbatasan ruang), cukuplah sekadar menjernihkan semula kefahaman di kalangan mereka yang ikhlas dan terkeliru akan ‘perubahan hukum’ yang diistidlalkan kepada Imam Syafie, walhal Imam Syafie sendiri tidak pernah berkata atau berpendapat sedemikian. Ingatlah bahawa hukum solat dan puasa itu tetap tetap wajib dan hukum riba dan zina itu tetap haram sampai bila-bila pun dan di mana pun tempatnya, samada di Iraq ataupun Mesir. Begitu jugalah dengan hukum-hukum Allah yang lainnya. Tidak ada seorangpun yang boleh merubah hukum Allah kecuali Allah sendiri!


Hukum Samasekali Tidak Berubah Mengikut Zaman/Tempat


Bagi yang masih keliru, mereka berhujah dengan menyatakan bahawa hukum itu berubah mengikut masa dan tempat kerana perbezaan urf (adat). Urf di satu tempat berbeza dengan tempat yang lain dan Islam membenarkan urf ini sehingga ada di kalangan mereka yang berpendapat bahawa urf adalah sebahagian dari sumber hukum. Sesungguhnya hal ini jelas keliru dan mengelirukan. Adapun perubahan urf (samada tradisi atau adat istiadat manusia), langsung tidak ada kena mengena atau mempengaruhi perubahan hukum, kerana urf bukanlah merupakan 'illat (dasar kewujudan) suatu hukum. Urf adakalanya bertentangan dengan syara’, adakalanya tidak. Apabila bertentangan dengan syara’ maka syara’lah yang diikut. Syara’ akan menghapus dan merubahnya, sebab salah satu fungsi syari'at adalah untuk merubah urf yang rosak yang menjadi penyebab rosaknya masyarakat. Inilah sebabnya kenapa urf tidak boleh dijadikan dasar maupun illat hukum syara’. Hukum Allah samasekali tidak berubah kerana urf. Apabila urf tidak bertentangan dengan syara’ maka hukum tersebut adalah diambil atau ditetapkan berdasarkan dalil syara’, mengikut illat syar'iyyahnya, bukan kerana urfnya.


Sebagai contoh, kita lihat adat orang Melayu membuka kasut/selipar apabila memasuki rumah. Adat ini sememangnya tidak menyalahi syara’, tetapi adat ini bukan menjadi dalil untuk menetapkan hukum, apatah lagi untuk merubah hukum. Maksudnya, jika orang Islam Amerika datang ke Malaysia, adakah dia ‘wajib’ membuka kasut, kerana ini adalah urf di sini? Jika urf boleh dijadikan dalil untuk menetapkan hukum, maka orang Islam Amerika tadi wajiblah membuka kasutnya. Tentulah hukumnya bukan begini. Oleh itu, kita membuka kasut/selipar sebelum memasuki rumah kerana syara’ membenarkannya, bukannya kerana urf yang membenarkannya. Dalam masa yang sama, syara’ juga tidak pernah menghalang seseorang untuk masuk ke rumah dengan berkasut. Dengan kata lain walaupun masuk ke rumah dengan berkasut adalah menyalahi urf (dalam masyarakat Melayu), tetapi ia tidak menyalahi syara’. Jadi ukuran kita di sini adalah syara’, bukannya urf. Oleh itu, jika orang Islam Amerika masuk ke rumah (sama ada di Amerika atau di Malaysia) dengan berkasut, ini sesungguhnya tidak menyalahi syara’, sebagaimana tidak salahnya orang Islam Melayu masuk ke rumah (sama ada di Malaysia atau di Amerika) dengan membuka kasut. Justeru, walaupun adat kedua-dua bangsa ini berbeza, tetapi langsung tidak ada perubahan hukum walaupun ada perubahan urf di dua tempat yang berlainan. Kedudukan ini terpakai untuk apa jenis urf sekalipun, kerana yang dinilai adalah syara’, bukannya urf. Berdasarkan hal ini kita perlu fahami bahawa hukum-hukum syara' itu ditetapkan berdasarkan dalil/nas tidak ada kaitannya sedikitpun dengan tradisi maupun urf secara mutlak.


Kesesuaian syari'at Islam untuk setiap waktu dan tempat adalah disebabkan syariat Islam itu mampu mengatasi dan menyelesaikan berbagai masalah manusia di setiap waktu dan tempat dengan berbagai macam hukum-hukumnya. Bahkan Islam mampu menyelesaikan semua masalah manusia walau bagaimana luas dan beraneka ragam sekalipun. Ini adalah kerana tatkala syara’ menyelesaikan masalah manusia, ia didasarkan kepada sifat alami manusia yang tidak akan pernah berubah sejak manusia diciptakan sehinggalah ke hari kiamat. Manusia pada setiap masa dan tempat adalah tetap sebagai manusia. Gharizah (naluri) dan Hajatul Udhawiyah (keperluan jasmani) manusia, selamanya tidak akan berubah. Demikian pula hukum-hukum penyelesaiannya juga tidak berubah. Yang berubah hanyalah sarana atau teknologi di dalam kehidupan manusia. Adapun mengenai tuntutan kehidupan yang sentiasa muncul dalam bentuk yang berbeza-beza, ia pada hakikatnya adalah manifestasi berbeza-beza dari gharizah dan keperluan jasmani manusia (yang tetap tidak berubah). Hal seperti inilah yang menjadi salah satu faktor perkembangan fiqh di dalam Islam. Namun demikian, keluasan syari’at tidak berarti syari’at itu fleksibel sehingga dapat disesuaikan dengan segala sesuatu walaupun bertentangan dengan syara’. Tidak berarti juga bahawa syari'at itu berubah secara beransur-ansur sehingga dapat diubah sesuai dengan zaman. Akan tetapi, yang dimaksudkan dengan keluasan nas-nas syara’ adalah sebagai sumber pengambilan berbagai macam hukum dan keluasan hukum untuk mengatasi beraneka ragamnya masalah manusia. Sebagai contoh, kita perhatikan firman Allah:


“... kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu, maka berilah kepada mereka upahnya ...” [TMQ At-Thalaq (65):6].


Dari ayat ini dapat diambil hukum syara’ bahawa wanita yang ditalak berhak mendapatkan upah menyusukan anak. Dari ayat yang sama dapat juga diambil hukum syara’ bahawa seorang pekerja, apapun jenisnya, berhak menerima upah apabila melakukan pekerjaannya, baik ia sebagai pekerja umum (public worker) maupun khusus (private worker). Hukum ini juga berlaku terhadap beberapa masalah hukum di antaranya bahawa seorang pekerja sektor awam, pekerja kilang, buruh kasar dan sebagainya, masing-masing berhak menerima upahnya apabila ia telah menyempurnakan pekerjaannya kerana statusnya sebagai ajir al-khas (pekerja khusus). Begitu pula seorang tukang kayu yang membuat almari, penjahit yang menjahit baju, tukang kasut yang membuat kasut dan yang sejenisnya, masing-masing berhak menerima upah apabila telah melakukan pekerjaannya, kerana statusnya sebagai ajir al-am (pekerja umum). Keluasan nas syara’ seperti inilah, dalam pengambilan hukum-hukum yang beraneka ragam dan keluasan hukum untuk mengatasi beraneka macam masalah manusia, yang menjadikan syari'at Islam mampu menyesaikan seluruh masalah kehidupan di setiap zaman dan tempat, di setiap umat serta generasi. Keluasan hukum itu sendiri bukan bermaksud hukum itu fleksibel dan boleh berubah mengikut zaman dan tempat, tetapi ia bermaksud betapa dinamiknya nas syara’ (yang sedia ada di dalam al-Quran dan Sunnah) di dalam menyelesaikan masalah manusia di zaman manapun dan di kawasan manapun ia berada.


Khatimah


Wahai kaum Muslimin! Allah Yang Maha Mencipta telah mencipta kita dan mencipta hukum untuk kita. Hukum yang Allah cipta ini tidak pernah berubah kecuali kerana dua sebab sahaja. Pertama kerana berlakunya nasikh-mansukh, yang mana Allah sendiri atau melalui lisan NabiNya Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memansukhkan hukum tersebut. Hal ini hanya berlaku semasa Rasulullah masih hidup sahaja kerana hukum masih lagi turun. Setelah kewafatan baginda, maka agama ini telah lengkap dan sempurna dan tidak ada lagi perubahan padanya. Justeru, jika berlaku juga perubahan kepada hukum Allah, maka ini sudah tentu berlaku kerana sebab yang kedua, yakni manusialah yang merubah hukum Allah itu. Sesungguhnya tidak pernah berlaku perubahan di dalam hukum Allah sejak wafatnya Rasulullah kecuali perubahan hukum itu berlaku disebabkan oleh tangan-tangan keji manusia yang merubahnya. Oleh itu saudaraku, berhati-hatilah dengan seruan untuk mengkaji dan menafsirkan semula al-Quran agar kita tidak berada di lembah kemaksiatan yang dipenuhi dengan manusia fasik yang merubah hukum Allah dengan tangan-tangan mereka. Na’uzubillah min zalik. Semoga Allah memelihara kita dari mereka.

Filed under having 0 Ulasan  

MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM

by AURA JIHAD

MALAYSIA - NEGARA ISLAM ATAU SEKULAR?
Keluaran 27 Julai 2007






Isu Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Islam’ mula diperkatakan
dengan hangat apabila Dato’ Seri Dr. Mahathir (Perdana Menteri Malaysia ketika
itu) mengisytiharkannya secara terbuka pada 29/09/01 semasa Majlis Perasmian
Persidangan Perwakilan ke-30 Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Bermula dari sini,
ada pihak yang kerana ingin menjaga periuk nasi hanya tunduk dan ‘yes sir’
sahaja kepada apa yang diumumkan. Di samping itu, tidak kurang juga bilangan
pihak yang menyanggah pernyataan tersebut, termasuklah dari golongan bukan Islam
sendiri. Yang pasti, perdebatan mengenainya sehingga kini masih belum sampai ke
penghujung. Baru-baru ini pula, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Najib Tun Razak ketika menjawab pertanyaan dari wartawan mengatakan bahawa
Malaysia bukan negara sekular tetapi merupakan sebuah negara Islam dengan
takrifnya yang tersendiri. Menurutnya lagi, Malaysia tidak pernah berpegang
kepada sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana perlembagaan jelas
menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi. Ketika diajukan soalan tentang
kerajaan kelihatan sedang menuju ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara
sekular, Najib berkata: “Saya perlu betulkan anda. Kita tidak pernah menjadi
sekular kerana sekular seperti yang ditakrif oleh Barat bererti meminggirkan
prinsip Islam daripada cara kita mentadbir negara. Kita tidak pernah
berpendirian sedemikian (kerana) kita sentiasa didorong oleh pegangan kita
kepada asas Islam. Tanggapan anda adalah salah.” [UM 18/07/07]




Hasil dari kenyataan Najib tersebut, banyak pihak yang tidak
berpuas hati dan menyuarakan ketidaksetujuan mereka, termasuklah dari Parti
Komponen Barisan Nasional sendiri. Dalam reaksinya, Setiausaha Agung MCA, Datuk
Ong Ka Chuan memetik memorandum yang diserahkan oleh Parti Perikatan kepada
Suruhanjaya Reid pada 27/09/1956 yang berbunyi “Agama Malaysia adalah Islam.
Kepatuhan kepada prinsip ini tidak boleh boleh meminggirkan rakyat bukan Islam
yang memeluk dan mengamalkan agama masing-masing dan tidaklah bermakna bahawa
Malaysia bukannya Negara Sekular”. Ong seterusnya memetik satu nota yang
disediakan oleh Colonial Office bertarikh 23/03/1957 semasa London
Conference Talks yang berbunyi, “Para anggota delegasi Parti Perikatan
menekankan bahawa mereka tidak ada niat untuk mewujudkan (negara) teokrasi
Muslim tetapi bahawasanya Malaya akan menjadi Negara Sekular”. “Ini adalah
niat asal yang begitu jelas dan nyata oleh ahli-ahli UMNO, MCA dan MIC”,
kata Ong. Ahli Parlimen Kota Melaka, Wong Nai Chee pula menyatakan bahawa sifat
semulajadi Perlembagaan Persekutuan yang sememangnya sekular menjadi asas kepada
pembentukan bangsa semenjak 1957 dan diimplementasikan semula pada 1963 (semasa
penubuhan Malaysia). “Kedudukan Perlembagaan bahawa Malaysia adalah Negara
Sekular juga telah disahkan oleh Mahkamah Agung pada tahun 1988 di dalam kes
Pendakwaraya –vs- Che Omar”, tegas Wong lagi. [The Star 19/07/07]




Kecelaruan Takrif



Mutakhir ini kita melihat hasrat umat untuk kembali semula kepada Islam semakin meningkat. Arus kebangkitan Islam telah mengalir di mana-mana dan menyapu apa-apa sahaja yang menghalang laluannya. Rata-rata umat Islam sudah mula nampak bahawa keburukan yang membelenggu mereka selama ini adalah berpunca dari sistem sekular yang busuk. Kebangkitan ini dapat dilihat telah menjadi ancaman kepada mereka yang memegang tampuk kekuasaan. Justeru, agar tidak ditolak oleh kebangkitan rakyat yang mahukan Islam, maka golongan ini terpaksa merubah ‘haluan’ mereka agar nampak lebih ‘Islami’. Tindakan ini perlu agar mereka dilihat sejalan dengan arus (Islam) yang menerpa dan dalam masa yang sama mereka boleh kekal di kerusi pemerintahan. Padahal, pada hakikatnya, mereka boleh terus kekal di kerusi pemerintahan hanya dengan membuang sistem sekular dan menggantikannya dengan hukum-hakam Islam. Sekiranya mereka melakukan perkara ini, InsyaAllah seluruh umat Islam akan mendokong pemerintahan mereka. Malangnya mereka ternyata lebih rela membenarkan dunia yang fana’ ini membelenggu mereka.

Dalam mengubah ‘haluan’ ini, pelbagai kekeliruan ditimbulkan dalam penggunaan istilah seperti ‘sekular’ dan ‘Negara Islam’. Istilah-istilah ini ditakrif mengikut kehendak sendiri tanpa bersandarkan fakta dan dalil yang sahih. Oleh itu, kita menyaksikan pada hari ini banyak konsep, definisi dan istilah-istilah Islam yang sebelum ini begitu jelas menjadi kabur, keliru, terseleweng dan yang lebih teruk, hilang dari kamus kaum Muslimin. Walaupun istilah hudud telah dikenali ramai, namun istilah-istilah seperti ta’zir, ghanimah, jizyah, khumus, siyasah, kharaj, usyur, darul harb, darul islam dan banyak lagi ternyata kabur, malah sebahagian dari umat Islam sendiri langsung tidak memahaminya. Istilah seperti khalifah, syura, wali, jihad dan sebagainya pula telah diselewengkan sehingga lari dari maknanya yang sebenar dari segi syara’. Inilah juga apa yang telah terjadi dengan istilah Darul Islam (Negara Islam) di mana ramai umara’ dan ulama sekarang memberikan maksud baru Negara Islam yang begitu asing dari Islam, sehingga ada yang membolehkannya diterjemah mengikut acuan sendiri.

Maksud ‘sekular’ juga telah dipolemikkan sehingga umat terjerat dengan pelbagai tafsirannya. Ada yang cuba memesongkan maknanya dengan mengatakan bahawa ‘kita mesti memahami istilah sekular bukan sebagaimana takrifan Barat’ yang seolah-olah menjelaskan ‘sekular’ boleh ditakrifkan dengan maksud yang baik, jika tidak mengikut Barat. Ada yang mengatakan sekular bermaksud tidak mempercayai hari kiamat dan hisab di akhirat. Manakala sebahagian umat Islam yang lain hanya nampak sekular membawa erti politik yang dipisahkan dari agama. Justeru, adalah perlu untuk kita mencerahkan kembali kekaburan penakrifan sekularisme dan Negara Islam memandangkan telah berlaku pelbagai tafsiran mengikut kepentingan yang tersasar jauh dari maksud sebenar istilah-istilah ini.


Malaysia Dan Sekularisme


Sesungguhnya Barat adalah penganut dan pengembang Ideologi (mabda’) Kapitalis yang menjadikan sekularisme sebagai akidah mereka. Kelahiran mabda ini bermula pada saat kaisar (caesars) dan raja-raja di Eropah menjadikan agama sebagai alat untuk memeras, menganiaya dan menghisap darah rakyat. Para pemuka agama (gereja) waktu itu, dijadikan perisai untuk mencapai keinginan mereka. Maka timbullah pergolakan sengit, yang kemudian membawa kepada kebangkitan ahli falsafah dan cendekiawan. Sebahagian mereka mengingkari adanya agama secara mutlak, sedangkan yang lainnya mengakui adanya agama, tetapi menyeru agar ia dipisahkan dari kehidupan dunia. Sampai akhirnya, pendapat majoriti dari kalangan ahli falsafah dan cendekiawan itu lebih cenderung memilih idea untuk memisahkan agama dari kehidupan yang kemudiannya menghasilkan usaha pemisahan antara agama dengan negara. Jika dahulu agamalah yang menjadi penentu di dalam kehidupan, sekarang, telah disepakati agar agama tidak diperhitungkan lagi dalam kehidupan ini. Maksudnya, seseorang boleh menerima mahupun menolak agama (atau Tuhan) selama mana ia (agama) tidak campurtangan dalam kehidupan.Pokoknya, agama itu harus dipisahkan dari kehidupan dan kehidupan mesti ditentukan sendiri oleh manusia.

Idea ini dianggap sebagai kompromi (jalan tengah) antara pemuka agama yang mengkehendaki segala sesuatu itu harus tunduk kepada mereka (atas nama agama) dengan para ahli falsafah dan cendekiawan yang mengingkari adanya agama. Jadi, idea sekularisme ini sama sekali tidak mengingkari atau menolak adanya agama, *****a ia tidak menjadikan agama berperanan dalam kehidupan. Ini menjadikan agama hanya sekadar ‘formaliti’ belaka, kerana sekalipun mereka mengakui kewujudannya, namun pada dasarnya mereka menganggap bahawa kehidupan dunia ini tidak ada hubungannya dengan agama. Justeru, kita menyaksikan bahawa sesiapa yang mahukan agama, maka mereka akan pergi ke gereja-gereja untuk ‘berhubung’ dengan Tuhan mereka tetapi apabila mereka (di luar gereja) melakukan aktiviti jual beli, mengambil riba, sewa-menyewa, mencuri, membunuh, berzina dan sebagainya, maka segala peraturan dalam hal ini ditentukan oleh mereka sendiri tanpa ada ketentuan atau ‘hubungan’ dengan Tuhan. Penentuan jenis hukuman, terpuji dan tercela, halal dan haram dan sebagainya berada di tangan manusia dan boleh diubah mengikut kehendak manusia. Dengan kata lain, mereka meyakini bahawa peraturan kehidupan tidak ada ‘hubungan’ dengan Tuhan, kerana agama hanyalah berperanan dalam mengatur ‘hubungan peribadi’ seseorang itu dengan Tuhannya sahaja.



Setelah mereka sepakat untuk memisahkan agama dari kehidupan, maka timbullah persoalan bagaimana untuk mengatur kehidupan manusia, apakah yang harus dilakukan dan apakah tolok ukur yang akan digunakan. Dari sini timbullah idea demokrasi yang dianut oleh ideologi ini yang berasal dari pandangannya bahwa manusialah yang berhak membuat peraturan (undang-undang). Menurut keyakinan mereka, rakyat adalah sumber kekuasaan. Rakyatlah yang berhak membuat undang-undang dan setiap orang bebas berpendapat dan berbuat sesuka hati di dalam mengatur kehidupan ini. Oleh kerana ada terlalu ramai manusia dan ini menyukarkan proses untuk membuat sesuatu peraturan atau mengambil keputusan, maka mereka menetapkan agar dilantik wakil (rakyat) dan diambil suara majoriti di dalam apa jua keputusan. Dengan ini, mereka boleh menggubal, meminda dan menghapuskan mana-mana undang-undang semahu mereka berdasarkan kaedah atau kehendak majoriti tadi. Inilah konsep sekular yang mereka terapkan di dalam negara mereka. Kemudian, apabila mereka menjajah negeri-negeri umat Islam, konsep inilah yang mereka bawa dan terapkan di dalam negeri umat Islam sehingga kita saksikan sekarang di seluruh dunia Islam termasuk Malaysia, konsep sekularisme, iaitu konsep memisahkan agama dari kehidupan ini (faslud deen’ anil hayah), telah diterapkan dengan baik dan sempurnanya.

Terlalu banyak bukti yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan golongan bukan Islam benar-benar memahami akan hakikat ini. Sebab itulah mereka boleh mendatangkan fakta yang tidak dapat disangkal membuktikan yang Malaysia adalah sebuah negara sekular. Malangnya, dengan hanya pengisytiharan oleh seorang pemimpin, banyak pihak cuba menegakkan benang yang basah. Dalam ruangan yang serba sempit ini, kami paparkan sedikit bukti baik secara normatif, empirik mahupun historis yang dapat disaksikan oleh setiap orang yang mempunyai penglihatan dan pendengaran berkenaan hakikat Malaysia sebagai sebuah negara sekular:

(i) Bukti Normatif:
Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh sikafir Lord Reid adalah bukti yang paling jelas meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, sekular dan berbilang agama dengan kedudukan Islam hanyalah sebagai agama rasmi. Ini diperjelaskan lagi dari peristiwa semasa majlis sambutan harijadi Tunku Abdul Rahman yang ke-81 pada tahun 1983 di mana beliau menegaskan “Perlembagaan mestilah dihormati dan diikuti. Pernah adanya percubaan oleh segelintir orang untuk cuba memperkenalkan undang-undang agama dan undang-undang moral. Ini tidak dibenarkan. Negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum dengan pelbagai kepercayaan. Malaysia mesti terus kekal sebagai negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi”.

Dari sudut ekonomi pula, sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia adalah sistem ekonomi Kapitalis di mana riba menjadi tunjang kepada banyak aktiviti perdagangan, khuususnya perbankan. Judi dan arak dibenarkan dengan hanya memberikan satu tauliah yang dipanggil ‘lesen’. Hak umum rakyat yang wajib disediakan secara per*****a oleh pemerintah seperti pendidikan, kesihatan, petrol, air, jalanraya dan lain-lain dikenakan bayaran sesuka hati oleh pemerintah. Ada yang berdalih dengan mengatakan Malaysia adalah negara Islam dengan adanya Bank Islam, pajak gadai Islam (ar-Rahn), universiti Islam dan sebagainya. Mereka jahil bahawa penerapan ‘nilai-nilai’ Islam di dalam sistem Kapitalis tidak sekali-kali menjadikan sistem itu Islam, sebagaimana jika kita melihat Ah Chong atau Muthusami menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam tidaklah menjadikan mereka Muslim.

(ii) Bukti Empirik:
Bukti empirik pula boleh dilihat dengan jelas dari peruntukan Perlembagaan dan undang-undang yang diterimapakai dan diterapkan di negara ini. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa ia adalah undang-undang tertinggi negara dan mana-mana undang-undang yang diluluskan bertentangan dengan Perlembagaan, maka ia secara otomatik akan terbatal. Peruntukan ini telah meletakkan Al-Quran di bawah (lebih rendah dari) Perlembagaan dan dengan sendirinya menafikan kedudukan Al-Quran dan Hadis yang sepatutnya menjadi undang-undang tertinggi (dan satu-satunya undang-undang) bagi negara. Kewujudan dua sistem mahkamah (sivil dan syariah) mengukuhkan lagi hakikat yang Malaysia adalah negara sekular (sila rujuk ‘SN117 Konflik Antara Agama’ dan ‘SN125 Sijil Mati Untuk Lina Joy’ untuk penjelasan lanjut). Dari sudut pemerintahan pula, sistem yang dilaksanakan adalah Demokrasi berparlimen – sebuah sistem (sekular) yang dicedok sepenuhnya dari penjajah British. Mengikut ajaran dan amalan sekular, segala undang-undang hendaklah dibuat oleh manusia dan hak Allah sebagai As-Syari’ (Pembuat Undang-Undang) hendaklah diketepikan. Jadi, jika majoriti manusia bersetuju untuk tidak berhukum dengan hukum Allah, maka ini adalah sah menurut amalan demokrasi-sekular. Pendek kata, undang-undang boleh digubal, dipinda atau dihapuskan sesuka hati oleh manusia hanya dengan undi majoriti. Di sinilah peranan agama dinafikan secara total di dalam menentukan kehidupan.

(iii) Bukti Historis:
Hasil dari penjajahan kafir British ke atas Tanah Melayu yang sebelumnya pernah berada di bawah pemerintahan Islam, undang-undang Barat yang berasaskan sekular telah diperkenalkan. British telah memaksa umat Islam menerima undang-undang mereka. Penggantian undang-undang ini tercatat dalam sejarah penentangan hebat oleh para ulama di Tanah Melayu. Penentangan Naning (1831-1832) yang dipimpin Dol Said bermula apabila penjajah memaksa kes jenayah diselesaikan mengikut undang-undang British. Apabila Undang-undang 99 berteraskan Islam diketepikan penjajah, peristiwa ini telah memunculkan penentangan di Perak. Di Kelantan pula, penentangan berlaku apabila British melaksanakan undang-undang berkenaan cukai hasil. Ia dipimpin Tok Janggut (Haji Mat Hassan) dan Engku Besar Jeram dan dibantu oleh Haji Said, Penghulu Adam dan Ishak Merbau di Pasir Puteh. Di Terengganu, gerakan dimulakan oleh Sultan sendiri, kemudian oleh Hj Abdul Rahman Limbong, Haji Musa Abdul Ghani Minangkabau, Syed Saggot dan Tok Janggut (Lebai Deraman). Di Pahang, Dato’ Bahaman, To’ Gajah, Mat Kilau, Mat Kelubi, Panglima Muda Jempul, Mat Lela dan lain-lain telah bangkit meniupkan jihad melawan British yang telah memaksa pelaksanaan undang-undang British menggantikan undang-undang Islam di Tanah Melayu. Namun, penjajah berjaya menguasai politik Tanah Melayu dengan kelicikan dan kekuatan mereka. Sejak itu urusan pemerintahan diurus dengan undang-undang British dan merekalah yang menentukan perjalanan pentadbiran dan pemerintahan berdasarkan sistem sekular mereka yang diwarisi sehingga ke hari ini.



Definisi ‘Dar’ (Negara) Islam

Istilah Negara Islam (Darul Islam) adalah istilah syara’. Negara Islam menurut syara’ adalah suatu wilayah yang melaksanakan hukum–hakam Islam dan keamanan wilayah tersebut berada di tangan Islam, iaitu di bawah kekuasaan dan kekuatan kaum Muslimin, walaupun majoriti penduduknya bukan Islam.



Oleh itu, untuk menentukan keadaan sebuah wilayah, apakah termasuk Negara Islam atau Negara Kufur, bukanlah negeri atau penduduknya yang diambil kira, tetapi undang-undang di wilayah tersebut dan keamanannya. Apabila hukum (undang-undang) yang diterapkan oleh suatu wilayah adalah Islam dan keamanannya berada di tangan kaum Muslimin, maka wilayah seperti inilah yang disebut Darul Islam atau Negara Islam. Sedangkan apabila hukum-hakam (undang-undang) yang diterapkannya adalah undang-undang kufur dan keamanannya tidak berada di tangan kaum Muslimin, maka wilayah demikian disebut Darul Kufur atau Darul Harb. Pengertian ‘dar’ ini diambil dari sebuah hadis riwayat Sulaiman ibnu Buraidah yang di dalamnya tercantum:



“Serulah mereka kepada Islam, maka apabila mereka menyambutnya, terimalah mereka dan hentikanlah peperangan atas mereka, kemudian ajaklah mereka berpindah dari negerinya (yang merupakan darul kufur) ke darul muhajirin (darul Islam yang berpusat di Madinah) dan beritahulah kepada mereka bahawa apabila mereka telah melakukan semua itu, maka mereka akan mendapatkan hak yang sama sebagaimana hak kaum muhajirin dan juga kewajiban yang sama seperti halnya kewajiban kaum muhajirin.” [HR Muslim]



Hadis ini menyatakan dengan jelas wujudnya pembezaan antara Darul Islam dan Darul Kufur. Hadis ini menunjukkan bahawa apabila mereka tidak berpindah, maka hak mereka tidak sama dengan kaum muhajirin iaitu orang-orang yang telah berada di Darul Islam. Dengan demikian, hadis ini sesungguhnya telah menjelaskan perbezaan hukum (undang-undang) antara orang yang telah berhijrah dan yang tidak. Darul Muhajirin adalah Darul Islam pada zaman Rasulullah dan selainnya adalah Darul Kufur. Dari sinilah diambil istilah Darul Islam dan Darul Kufur atau Darul Harb. Jadi, penambahan kata Islam, kufur atau harb pada “Dar” adalah mewakili sistem hukum (undang-undang) dan pemerintahannya. Oleh kerana itu untuk menggunakan istilah ‘dar’ atau ‘negara’, ianya selalu dikaitkan dengan penguasa iaitu berkenaan: (1) pemeliharaan kepentingan umat mengikut undang-undang tertentu dan (2) kekuatan (negara) yang menjaga/membela rakyat serta melaksanakan undang-undang tersebut, iaitu faktor keamanannya. Dari sinilah dua syarat yang disebutkan di atas ditekankan. Selain itu mengenai syarat penerapan hukum-hukum, ia digali dari dalil al-Quran dan juga Sunnah. Firman Allah: “Barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir” [TMQ al-Mai’dah (5):44].



Dalam Hadis riwayat ‘Auf ibnu Malik mengenai kedudukan pemimpin-pemimpin zalim, tercatit sebahagian di dalamnya: “...ditanyakan oleh para sahabat: ‘Wahai Rasulullah tidakkah kita perangi saja mereka itu dengan pedang?’ Baginda menjawab: ‘Tidak selama mereka masih menegakkan solat (maksudnya menerapkan hukum-hukum Islam) di tengah-tengah masyarakat”. Terdapat juga hadis riwayat Ubadah ibnu Samit mengenai bai’at aqabah, di mana katanya: “Dan hendaknya kami tidak menentang kekuasaan penguasa kecuali (sabda Rasulullah:) ‘Apabila kalian melihat kekufuran yang bersifat terang-terangan, yang dapat dibuktikan berdasarkan keterangan dari Allah.”. Di dalam riwayat Imam Thabrani disebut ‘kekufuran yang jelas’ (surahan). Manakala syarat keamanan mestilah keamanan Islam, yakni di bawah kekuasaan kaum Muslimin, ini diistinbat dari firman Allah:



“Dan Allah (selama-lamanya) tidak memberi hak bagi orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin” [TMQ an-Nisa’ (4):141].



Ayat ini bermaksud tidak boleh memberi ruang kepada orang-orang kafir untuk berkuasa atas orang-orang Mukmin. Ini adalah kerana dengan memberikan kekuasaan kepada mereka bererti menjadikan keamanan kaum Muslimin berada di bawah kekuasaan mereka (kufur) bukan di bawah kekuasaan Islam. Keadaan ini boleh dilihat di negara kaum Muslimin saat ini seperti Pakistan, Afghanistan, Arab Saudi, Kuwait, Libya dan banyak lagi yang mana pemimpin mereka nyata-nyata tunduk di bawah rejim kafir Amerika. Walaupun (kerana keterbatasan ruang) kami tidak dapat mengungkapkan semua nas, namun berdasarkan nas yang qat’i dari al-Quran dan Hadis, ternyata pada hari ini, tidak ada satu negarapun di dunia ini, termasuk Malaysia yang layak disebut negara Islam. Namun perlu difahami bahawa istilah negara sekular atau negara kufur bukanlah membawa maksud penduduknya juga semua sekular atau kufur. Istilah ini merujuk kepada ‘negara’ bukan ‘individu’nya. Adapun untuk individu, perlu dilihat kepada akidah dan pemikiran yang dimilikinya untuk menentukannya samada ia adalah seorang Muslim, kafir atau sekular.


Khatimah


Wahai kaum Muslimin! Kita mengetahui bahawa Negara Islam adalah Negara Khilafah dan inilah bentuk negara dan pemerintahan yang diwariskan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada para sahabat baginda serta generasi sesudah mereka hingga ke hari kiamat. Kita juga mengetahui bahawa Negara Khilafah ini telah runtuh kira-kira 83 tahun yang lalu, tepatnya pada tanggal 3 Mac 1924 dan sejak itu hingga sekarang, Negara Khilafah ini masih belum muncul kembali. Sedarlah wahai saudaraku bahawa tidak ada satu negara kaum Musliminpun, termasuklah Malaysia, yang boleh diberi status Negara Islam. Seluruh tanah kaum Muslimin telah mewarisi bentuk pemerintahannya dari penjajah kuffar, bukannya diwarisi dari Rasulullah. Justeru itu, bangkitkanlah kalian untuk menunaikan kewajiban kalian mengembalikan semula, melalui tariqah Rasulullah, Negara Khilafah yang merupakan satu-satunya Negara Islam yang sebenar.