Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Kod Etika Undang-Undang Kufur Pulak Dah Digubal Untuk Para Hakim Yang Tak Bijaksana Langsung!!!!!

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 16 Dis – Dalam usaha kerajaan yang penuh dosa ini membersihkan kesalahan-kesalahan mereka di bidang kehakiman, semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz membentangkan untuk bacaan kali pertama Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. Mengikut rang undang-undang berkenaan, hakim yang melanggar Kod Etika Hakim 2008 boleh dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Etika Hakim, jika Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berpendapat hakim berkenaan tidak wajar dirujuk kepada tribunal yang dilantik mengikut Fasal (4) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan rang undang-undang itu, jawatankuasa terbabit mempunyai bidang kuasa dalam perkara berkaitan kelakuan dan tatatertib semua hakim, selain pemecatan seseorang hakim daripada jawatannya mengikut Fasal (3) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan [Berita Harian 16/12/08].

Jika rang undang-undang ini diluluskan nanti, ini bermakna hakim-hakim yang berkenaan semuanya akan tertakluk dan mesti mematuhi kod etika yang ditetapkan. Jika mereka melanggarnya, maka mereka tertakluk kepada perbicaraan dan hukuman khusus yang diperuntukkan.

Bagi golongan sekular seperti kerajaan yang memerintah, kod etika ini dilihat perlu untuk menjaga ’tingkah laku’ para hakim. Sekali pandang tidak ada salahnya dengan kod etika ini kerana ia dibuat bagi menjaga ’tinglah laku’ seseorang agar sentiasa terbentuk dengan baik.

Hakikatnya di dalam Islam, orang Islam langsung tidak memerlukan ’kod etika’. Ini kerana, tinglah laku orang Islam adalah wajib dipandu mengikut syarak. Dengan kata lain, setiap Muslim wajib bertingkah laku sebagaimana yang diizinkan syarak dan tidak boleh bertingkahlaku yang diharamkan.

Persoalan kod etika atau tingkah laku sebenarnya adalah persoalan berhubung akhlak seseorang. Dan Islam telah pun menyempurnakan persoalan akhlak di mana akhlak adalah sebagahagian dari syariat. Seseorang Muslim itu wajib berakhlak mulia sebagaimana dituntut oleh syarak. Dengan kata lain, seorang Muslim langsung tidak memerlukan kod etika di dalam kehidupannya, kerana tingkah laku atau akhlaknya adalah dipandu oleh syarak dan persoalan akhlak ini telah pun sempurna hukumnya di dalam Islam.

Bagi golongan sekular yang tingkah laku mereka tidak dipandu oleh agama, memanglah mereka memerlukan kod etika untuk ’memandu’ dan memelihara perbuatan mereka. Contohnya, jujur dan amanah adalah persoalan akhlak yang wajib ada pada seseorang Muslim. Dan setiap Muslim tahu bahawa jika dia tidak jujur dan amanah, maka dia akan berdosa. Menipu pula adalah satu perbuatan dosa yang akan dikenakan takzir. Dalam hal ini, tingkah laku seseorang Muslim itu dipandu oleh hukum dan ketakwaan. Halal dan haram serta dosa dan pahala menjadi panduan di dalam setiap perbuatannya.

Bagi golongan sekular yang tidak menjadikan halal dan haram serta dosa dan pahala sebagai panduan hidup, maka mereka perlu dipandu oleh kod etika.

Inilah perbezaan di antara kehidupan sekular dan Islam. Justeru, golongan kerajaan dan juga hakim-hakim yang sekular, mereka perlu ada kod etika untuk mengatur tingkah laku mereka. Ini kerana, mereka tidak pernah menjadikan syarak sebagai hukum untuk mengatur tingkah laku. Mereka perlu dipandu oleh kod etika di bawah sistem sekular untuk menjadikan mereka seorang yang ’baik’.

Ini dari satu aspek. Dari aspek yang lain, jika mereka melanggar kod etika yang dibuat, maka mereka boleh dikenakan tindakan, sebagaimana di dalam peruntukan rang undang-undang yang bakal diluluskan itu.

Para pemerintah kita yang sekular, sekali lagi buta dan tersasar jauh dari wahyu. Mereka membuat undang-undang dan mengenakan tindakan jika hakim melanggar kod etika, namun persoalan yang jauh lebih besar iaitu hakim-hakim yang berhukum dengan hukum kufur, tidak di anggap salah dan di ambil apa-apa tindakan! Melaksanakan hukum kufur tidak salah, tetapi melanggar kod etika adalah salah. Inilah hukum sekular yang diajalankan oleh pemerintah sekarang.

Kerja para hakim sebagai badan pelaksana kepada undang-undang kufur dan memutuskan setiap kes dengan undang-undang kufur, langsung tidak dipandang salah oleh kerajaan. Apa tidaknya, kerajaan sendiri sebagai badan yang membuat undang-undang kufur tersebut, dan setelah dibuat, para hakim pula adalah pelaksananya sahaja. Kedua golongan ini adalah dua kali lima sahaja di dalam kesekularan dan dosa-dosa mereka.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib sedar bahawa sesungguhnya sistem kehakiman yang ada sekarang adalah sistem kufur. Ia adalah sistem yang diwarisi dari British dan ia bertentangan seratus lapan puluh darjah dengan Islam. Sistem kehakiman kufur yang diamalkan di Malaysia sejak ratusan tahun lamanya ini sewajarnyalah mempunyai 1001 jenis keburukan dan kejahatan di dalamnya. Buatlah perubahan apa pun, selama mana ia bukan perubahan kepada Islam, maka keburukan dan dosa tetap mengelilingi badan kehakiman, dan juga badan pemerintahan.

Bagi para hakim yang ada, sungguh buta mereka dari hadis Rasulullah dan sungguh berani mereka menjadi hakim yang memutuskan bukan berdasarkan hukum Allah. Sabda Rasulullah SAW,

“Qadhi/Hakim itu terbahagi kepada tiga golongan, dua golongan berada dalam neraka dan satu golongan lagi berada dalam syurga. Adapun (golongan) yang berada di syurga adalah (hakim/qadhi) yang mengetahui akan haq/kebenaran dan memutuskan dengannya (haq). Adapun (hakim/qadhi) yang mengetahui akan haq tetapi tidak menghukum dengannya, malah bertindak zalim dalam memutuskan hukum, maka dia ke neraka. Dan (hakim/qadhi) yang tidak mengetahui akan haq dan memutuskan hukum di antara manusia berdasarkan kejahilan, maka dia (juga) ke neraka” [HR Abu Daud].

Fikirlah wahai saudaraku sekelian, di manakah kebaikannya dengan sistem kehakiman yang ada, apabila hakim/qadhi yang memutuskan hukum itu tidak pernah memutuskan hukum berdasarkan yang haq (hukum Islam) dan mereka bakal menjadi penghuni neraka? Para Menteri sekular yang ada pula sedang sibuk ingin membuat kod etika untuk mereka ini...sedangkan para Menteri itu sendiri belum tentu selamat dari neraka Allah dengan semua hukum kufur yang mereka gubal selama ini. Na’uzubillah min zalik

Filed under having 0 Ulasan  

BUSH LAKNATULLAH DAPAT PENGHINAAN TERTINGGI....Syabas MUNTAZER!!!Tapi sayang,Balingan Tersasar daa.....

by AURA JIHAD

BAGHDAD 15 Dis - Memalukan! Itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh Presiden Bush. Beliau dibaling dengan kasut oleh salah seorang wartawan yang hadir semasa sidang medianya bersama Perdana Menteri boneka Irak, Nuri al-Maliki.

Kejadian yang disaksikan seluruh dunia ini ternyata menjadi penutup yang cukup memalukan di dalam kerier Bush sebagai seorang Presiden. Bukan satu kasut, malah kedua-dua kasut wartawan tersebut dibalingkan ke muka Bush. Bush bernasib baik kerana sempat mengelak balingan pertama, manakala balingan kedua pula tersasar.
Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah dilaporkan menjerit kepada Bush, “Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya. “Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jeritnya lagi.

Peristiwa ini menunjukkan bahawa walaupun kawalan ketat dijalankan oleh pihak berkuasa, baik Iraq mahupun Amerika sendiri di setiap tempat Bush berada, namun keselamatan presiden Amerika ini belum tentu terjaga.

Peristiwa ini sepatutnya menjadi pengajaran bukan kepada Bush sendiri, malah kepada Nuri al-Maliki dan juga lain-lain pemimpin umat Islam yang selama ini memberi penghormatan kepada pembunuh umat Islam No. 1 ini. Para pemimpin umat Islam yang selama ini begitu bacul, tunduk dan patuh kepada Bush seharusnya sedar bahawa Bush hanyalah seorang manusia kafir yang sangat hina, kerana dia merupakan musuh Allah dan musuh umat Islam. Kedudukan Bush jauh lebih hina dari sepasang kasut yang dibaling ke mukanya itu.

Sesungguhnya apa yang patut diterima oleh Bush jauh lebih berat dari ini. Bush sebagai pengganas No. 1 dunia yang telah membunuh ribuan umat Islam selayaknya ditangkap dan dihukum mati. Namun, oleh kerana para pemimpin umat Islam, seperti Nuri al-Maliki sendiri masih ‘menyembah’ Bush, maka presiden Amerika ini masih lagi dapat bernyawa pada hari ini, walaupun si laknatullah ini telah membunuh ramai umat Islam di Iraq sendiri.






Filed under having 0 Ulasan  

Sekutu Barat, Uzbekistan menekan gerakan Islam dengan paksaan deraan seksual ke atas Muslimah

by AURA JIHAD

London UK 10 Dis - Beberapa laporan telah diperolehi yang mengatakan bahawa pihak polis di Tashkent, Uzbekistan telah menahan 28 Muslimah dengan tuduhan 'terlibat dengan ekstremisme agama'. Selepas penahanan itu, mereka telah 'difilemkan dalam adegan porno' dan telah diberi amaran bahawa video tersebut akan dibuat lagi sekiranya mereka enggan mengaku telah melakukan 'jenayah' tersebut.

Beberapa Muslimah yang ditangkap telah dituduh sebagai angggota Hizbut Tahrir atau terlibat dengan Hizbut Tahrir. Inilah episod terbaru dalam kempen ganas Uzbekistan ke atas kaum Muslimin yang berani bersuara menentang kezaliman rejim Karimov.

Shahlo Sultonova, ibu mertua kepada salah seorang Muslimah yang ditahan mengatakan kepada RFE/RL bahawa pihak polis telah menyeksa menantunya dalam usaha untuk mendapatkan pengakuan darinya. Beliau juga menambah bahawa kumpulan Muslimah yang ditangkap ini telah difilemkan dalam video porno yang pihak polis memberi amaran bahawa video seperti ini akan diambil lagi sekiranya mereka enggan mengaku melakukan 'jenayah' tersebut.

Dr. Nazreen Nawaz, wakil media Muslimah Hizbut Tahrir Britain memberi komentar sebagaimana berikut:-

"Ini merupakan laporan terbaru yang cukup jijik mengenai paksaan seksual dan ugutan ke atas Muslimah oleh rejim Karimov yang kejam yang berhadapan dengan seruan untuk mengembalikan syariah dan Khilafah tanpa henti. Inilah rejim yang begitu terkenal dengan 'merebus' aktivis Islam yang menentangnya.

Tekanan ke atas ketidakpuashatian politik di Uzbekistan masih berterusan sejak tragedi Andijan di bawah alasan 'menentang keganasan' dan disokong oleh kerajaan-kerajaan Barat yang terus menutup sebelah mata atas sebarang aktiviti salah laku seks di negara yang menjadi sekutu mereka itu.

Beberapa negara EU telahpun mula meringankan sekatan ke atas rejim ganas Karimov. Jerman - jurusorak Uzbekistan di EU - telahpun mempunyai pengkalan tentera di Termez. Presiden Perancis, bersama dengan diplomat kariernya dan wakil EU ke Asia Tengah, Pierre Morel, baru-baru ini telah menyokong agar EU merapatkan lagi hubungannya dengan rejim ganas Uzbekistan.

Selepas hubungan yang agak dingin selama beberapa tahun, AS sekali lagi dibenarkan untuk menggunakan pengkalan udara Uzbek untuk operasi di Afghanistan - sebagai sebahagian dari NATO - dan semalam, NATO telah dilaporkan sedang berbincang dengan pihak Turkmenistan, Uzbekistan dan Tajikistan agar membenarkan bekalan NATO, termasuk minyak untuk melintasi sempadan ke Afghanistan dari Utara memandangkan laluan bekalan mereka dari Pakistan telah diserang.

Ini merupakan contoh-contoh yang jelas bagaimana kerajaan kapitalis Barat menyokong para diktator yang ‘merebus’ rakyat mereka hidup-hidup dan pada waktu yang sama menyeru kepada kebebasan, demokrasi dan hukum undang-undang demi menjamin kontrak tenaga dan pelbagai manfaat yang lain.

Hakikatnya, pemimpin dunia Barat langsung tidak mempunyai otoriti moral untuk menghentikan keganasan Karimov - mereka sendiri mengharapkan informasi yang datang dari mereka yang disiksa di penjara-penjara Uzbekistan. Mereka juga telah memberikan tugas untuk menyiksa kepada para diktator di dunia Islam sebagai sebahagian dari 'perang menentang keganasan' yang mereka war-warkan

Para pemimpin Asia Tengah tahu bahawa jutaan penduduk di sana begitu merindui Khilafah Islam. Kepastian akan kembalinya Khialafah, insyaAllah, akan membebaskan kawasan tersebut dari kezaliman para diktatornya, memastikan kemuliaan para wanita terjaga dan akan mengakhiri kolusi dengan kuasa luar. Sesungguhnya kaum Muslimin di Uzbekistan - wanita dan lelaki - tidak akan tunduk kepada Karimov namun akan terus mengatakan yang hak dengan penuh kesabaran".

Filed under having 0 Ulasan  

KERAjaan yang lalai, rakyat yang tanggung,apa punya KERAjaan ini daaaaa........

by AURA JIHAD

SUNGAI PETANI 15 Dis. – Dua kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini yang dianggarkan menelan belanja lebih RM55.7 juta terbengkalai selepas gagal disiapkan pemaju.

Projek yang dijalankan secara penswastaan tersebut ialah IPD Pendang bernilai RM29 juta dan IPD Yan RM26.7 juta.

Keadaan tersebut menyebabkan kerajaan kini terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan sehingga RM90 juta bagi meneruskan semula kedua-dua projek terbabit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, berdasarkan perancangan asal, pembinaan IPD berkenaan merupakan sebahagian daripada pakej penswastaan tanah kerajaan pada 1996.

“Kerajaan sebelum ini bersetuju menyerahkan tanah (land swap) seluas 72 hektar di Sungai Petani kepada sebuah syarikat pemaju melalui projek penswastaan.

“Sebagai balasan, syarikat tersebut berjanji menyiapkan tiga Kompleks IPD bernilai RM109.4 juta meliputi Kuala Muda (Sungai Petani), Pendang dan Yan.

“Bagaimanapun, mereka hanya menyiapkan satu sahaja IPD iaitu di Kuala Muda (bernilai RM53.7 juta) sementara di Pendang, projek hanya berjalan 28 peratus sebelum terhenti dan Yan tidak dimulakan langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena lawatan kerja ke Kedah di Pejabat Trafik IPD Kuala Muda, di sini hari ini.

Menurut Syed Hamid, kegagalan syarikat terbabit menyiapkan kesemua IPD seperti dijanjikan menimbulkan kesulitan kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan tambahan.

Lebih mengecewakan, katanya, KDN juga tidak dapat mengambil sebarang tindakan undang-undang sama ada jenayah atau sivil ke atas pemaju terbabit disebabkan terdapat kelemahan terma-terma pada perjanjian.

“Dalam perjanjian kita terlalu bagi banyak kelonggaran. Malah, tanah 72 hektar yang diserahkan kepada pemaju dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu mengikut nilai IPD.

“Kita hendakkan tiga projek (IPD), tapi yang disiapkan hanya satu. Bila kita semak kembali, tindakan tidak boleh diambil kerana tidak ada klausa yang menyatakan mereka melanggar perjanjian,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pemaju terbabit bersetuju menyerahkan baki tanah seluas 5.5 ekar kepada kerajaan.

“Kita ambil balik tanah itu, pada masa yang sama kita tetap menghadapi kesulitan dan kerugian,” jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia 16/12/08

Ulasan:

Sekali lagi rakyat nampaknya terpaksa menanggung kelalaian kerajaan! Beberapa kelemahan yang terdapat di dalam perjanjian dan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan kepada pemaju terbabit telah menyebabkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Kini tambahan sebanyak lebih kurang RM90 juta diperlukan. Inilah yang diakui sendiri oleh Syed Hamid.

Persoalannya dari manakah RM90 juta ini akan diambil? Bayangkan, sudahlah projek bernilai RM55.7 juta itu terbengkalai, kini, kena ditampung pula dengan menambahkan lagi peruntukan sebanyak RM90 juta. Apa yang jelas adalah, selain dari kesalahan pemaju yang gagal menyiapkan projek, Syed Hamid sendiri mengakui perkara ini berlaku dan sudah tidak boleh diambil tindakan terhadap pemaju berkenaan kerana kelalaian kerajaan di dalam masalah perjanjian.

Sudahnya kini, rakyatlah yang menanggung semua kos. Projek asal yang bernilai ratusan juta itu pun rasanya diambil duit rakyat, kini terpaksa ditambah dengan RM90 juta lagi duit rakyat.

Bagi kerajaan Kapitalis, mungkin mengeluarkan jumlah RM90 juta itu hanyalah umpama mengeluarkan RM90 sahaja. Apa mereka kisah, bukannya duit poket mereka yang keluar. Semuanya duit yang mereka telah perah dari keringat rakyat yang dikutip melalui cukai yang dikenakan. Dasar hisap darah kerajaan Kapitalis langsung tidak memandang dosa dan pahala di dalam perbuatan mereka. Apa yang penting bagi mereka adalah membuncitkan perut masing-masing sahaja. Mereka lupa bahawa walau satu sen duit yang mereka kutip secara haram dari rakyat akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Apatah lagi RM90 juta yang akan mereka gunakan nanti. Hanya Allah sahajalah yang Maha Tahu dan Maha Menghukum akan segala keharaman yang mereka lakukan. Na’uzubillah min zalik.

Filed under having 0 Ulasan  

Ketuanan Melayu atau ketuanan UMNO?dua-dua ketuanan KUFUR...

by AURA JIHAD

Isu ketuanan Melayu yang dijaja oleh pemimpin-pemimpin politik Melayu atau dijolok oleh pemimpin bukan Melayu tidak kira di kalangan pemimpin UMNO, kerabat pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) mahupun oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang telah mencetuskan perasaan muak dan menyampah yang amat sangat terhadap politik dan orang politik.

Rakyat yang rasional dan tidak pernah teruja mahupun tergugat oleh soal ketuanan Melayu semakin bertambah jelik dengan retorik politik perkauman yang cuba menjebak mereka dengan prejudis dan persengketaan di antara satu sama lain.

Fitrah dan tabii kemanusiaan selalunya cenderung untuk memberikan penghormatan kepada sesiapa sahaja yang cemerlang. Bangsa yang berilmu, maju, kuat dan menguasai ekonomi akan dihormati dan ditakuti.

Bangsa yang inovatif dan gigih mencipta, melahir dan membina tamadun akan menjadi bangsa rujukan dan dipandang tinggi manakala bangsa yang beradab, berdisiplin, bersih, rajin dan amanah akan sentiasa dimuliakan berbanding dengan bangsa yang dikaitkan dengan kemiskinan, kemunduran, kedaifan dan sifat-sifat pemalas.

Kerana itu, pemimpin Melayu yang hanya berbangga dan taksub dengan ketuanan Melayu tetapi enggan berusaha untuk menjadikan Melayu sebagai tuan dalam erti kata yang sebenar yakni yang menguasai, berjaya dan berada di hadapan dalam setiap aspek kehidupan berbanding dengan bangsa yang bukan tuan sesungguhnya adalah musuh terbesar kepada ketuanan Melayu yang hendak dipertahankan itu.

Dalam konteks perbincangan ini, adalah malang untuk pemimpin Melayu yang berbangga menjadi tuan dengan hanya bersandarkan sejarah dan Perlembagaan Persekutuan itu akhirnya terpaksa berhempas-pulas dan terpekik-terlolong meminta supaya mereka tetap dipanggil tuan tanpa mampu berbuat apa-apa untuk menterjemahkan makna ketuanan selain daripada membuat bantahan ataupun membuat kenyataan berapi-api di dalam akhbar.

Diasak oleh pelbagai cabaran dan tuntutan zaman yang berubah, bangsa Melayu sesungguhnya tidak boleh mengharapkan Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk menghunuskan keris bagi mempertahankan ketuanan Melayu.

Orang Melayu juga tidak boleh terus mengharapkan pemimpin dan intelektual Melayu sekali lagi bersidang atau berkongres dan seterusnya menghasilkan puluhan resolusi untuk menegakkan ketuanan Melayu.

Sebaliknya orang Melayu harus berusaha sepenuh tenaga untuk menjadi tuan yang menguasai ekonomi dengan menerajui bank dan institusi-institusi kewangan; memimpin dan menguasai industri besar, kecil dan sederhana; mendominasi kegiatan peruncitan, perdagangan dan pemborongan; ke hadapan di bidang ilmu, sains dan teknologi di samping menjadi amat produktif di bidang pertanian, ternakan serta lain-lain bidang perekonomian.

Akhirnya tanpa perlu berperang atau terpaksa membuka kitab sejarah mahupun merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu akan dihormati sebagai tuan yang tidak lagi bergantung kepada belas ihsan dan subsidi daripada bangsa yang lain.

Orang Melayu sebenarnya tidak lagi boleh kekal seperti tebuan yang hanya garang apabila diganggu tetapi kembali leka mengulit sarangnya yang rapuh di zon selesa apabila keadaan kembali tenang.

Untuk berlaku adil, UMNO sebagai parti teras Perikatan dan BN yang tidak pernah luntur dengan iltizam ketuanan Melayu telah mendapat peluang sejak awal kemerdekaan sehingga sekarang untuk membela dan membina Melayu sebagai tuan yang berjaya dan dihormati di tanah air ini.

Berapa banyak peruntukan kewangan, tenaga dan usaha dicurahkan melalui pelbagai dasar dan projek yang dipertanggungjawabkan pelaksanaannya kepada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang diterajui oleh mereka yang berbangsa tuan tetapi masih gagal menjadikan orang Melayu sebagai kaum yang terunggul dan termaju di negara ini.

Hakikat inilah yang sepatutnya diterima dengan penuh insaf untuk mengolah perjuangan kita pada masa hadapan.

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebenarnya telah banyak menyumbang kepada pembelaan nasib orang Melayu dan bumiputera. Melalui DEB kita telah melahirkan begitu ramai Melayu dan bumiputera yang terpelajar dan kemudiannya muncul sebagai pentadbir, pengurus, teknokrat dan profesional yang cukup berjaya.

Pada masa yang sama DEB juga telah menyingkap pemikiran dan pandangan hidup orang Melayu serta bumiputera untuk mempertingkatkan keupayaan mereka di bidang ekonomi. Muncullah golongan Melayu Baru yang berjaya di sektor korporat dan lain-lain bidang keusahawanan biarpun peratusannya masih kecil berbanding dengan bukan bumiputera.

Dinilai daripada kejayaan pelaksanaan DEB, tentulah tidak ada sebab untuk bangsa Melayu menjadi terlalu pasrah dan emosional dengan provokasi orang lain terhadap ketuanan Melayu.

Retorik

Daripada kita membuang masa dengan retorik politik, adalah lebih wajar untuk kita mengutip segala kekuatan dan menyusun semula agenda pemerkasaan ekonomi Melayu dan bumiputera.

Tumpuan seharusnya diberikan untuk memperbaiki terlalu banyak kelemahan serta pembaziran wang dan tenaga yang dicurahkan untuk memajukan sektor pertanian yang merupakan sektor di mana majoriti bangsa tuan yakni bangsa Melayu dan bumiputera terlibat.

Harus diakui kita mungkin telah berjaya membangunkan infrastruktur pertanian tetapi masih gagal menjadikan sektor ini sebagai sektor yang produktif dan menguntungkan. Padi yang dihasilkan oleh pesawah 'bangsa tuan' masih rendah berbanding dengan hasil yang diperoleh oleh pesawah bukan bangsa tuan walaupun begitu banyak input pertanian seperti baja, benih dan lain-lain bantuan disediakan oleh kerajaan.

Biarpun negara terpaksa berbelanja besar mengimport hasil-hasil pertanian dan barangan makanan, kita juga masih gagal menyusun semula industri asas tani di negara ini bagi membolehkan bil import yang amat besar ini diolah menjadi peluang besar kepada petani-petani untuk mengeluarkan hasil pertanian sekali gus meningkatkan pendapatan mereka berkali ganda.

Kenapa kita masih gagal melakukannya adalah suatu persoalan yang sebenarnya lebih mendesak untuk difikirkan oleh cendekiawan Melayu daripada mereka membuang masa menghasilkan puluhan resolusi tentang ketuanan Melayu yang sebahagiannya tidak lebih daripada pengulangan hujah-hujah yang tidak membawa kita ke mana-mana.

Di bidang keusahawanan, kita juga telah memiliki sebuah kementerian yang diberikan tanggungjawab khusus untuk melahir dan membina usahawan yakni Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Begitu banyak program, latihan, kursus, skim dan dana pembangunan usahawan disediakan melalui Tekun selain daripada dana francais melalui Perbadanan Nasional atau PNS.

Di bidang peruncitan kita juga mempunyai Tabung Prosper untuk membantu usahawan peruncitan di bawah kelolaan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd.

Di bidang latihan kemahiran, kita juga mempunyai Giat Mara, Institut Kemahiran Mara di samping Institut Latihan Perindustrian dan ADTEC di bawah Kementerian Sumber Manusia serta Institut Kemahiran Belia Negara di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Selain itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui pelbagai jabatan dan agensi juga telah mengetengah dan menawarkan pelbagai program, projek, skim dan insentif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar yang juga rata-ratanya adalah daripada kalangan bangsa tuan.

Namun begitu kita masih terus dihadapkan dengan persoalan-persoalan lama. Kenapakah anak-anak bangsa tuan masih tercungap-tercungap di bidang keusahawanan? Kenapakah bangsa tuan masih tidak mampu memecahkan tembok dunia peruncitan dan pemborongan yang masih dimonopoli oleh bangsa bukan tuan?

Mengapakah anak-anak bangsa tuan yang dilatih di pelbagai institusi latihan kemahiran akhirnya hanya berminat bekerja di bengkel milik bangsa bukan tuan dan bukannya membuka sendiri bengkel memperbaiki kereta motor, hawa dingin, ekzos, tayar dan sebagainya?

Kenapakah juga dalam keadaan begitu banyak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Milik Kerajaan (GOC) yang kuat dan berpengaruh dan diterajui oleh anak-anak bangsa tuan, tidak ramai usahawan bangsa tuan yang dapat berteduh di bawah kumpulan Petronas, PNB, TNB, Telekom dan Khazanah Holdings berbanding dengan usahawan-usahawan bukan bangsa tuan?

Percayalah, isu ketuanan Melayu yang cuba dijuarai oleh sebilangan pemimpin Melayu adalah isu bermusim yang akan berakhir tanpa menghasilkan apa-apa.

Provokasi oleh pemimpin bukan Melayu juga sebenarnya tidak menjejaskan apa-apa kerana matlamatnya juga jelas iaitu untuk meningkatkan harga pasaran politik individu berkenaan pada kaca mata kaumnya.

Sesungguhnya di hadapan kita masih berdiri cabaran tentang bagaimana perlu kita memperbaiki kelemahan kita sendiri untuk membela nasib Melayu dan bumiputera.

Kita mempunyai segala kekuatan dan peluang yang gagal dimanfaatkan selama ini kerana kita lebih cenderung untuk melenting, mengamuk dan memberikan reaksi berlebih-lebihan apabila munculnya apa yang dianggap ancaman daripada orang lain.

Dalam keadaan doktrin politik yang mempercayai bahawa orang Melayu akan terus menyokong UMNO dan BN selagi mereka bergantung kepada kerajaan telah pun dirobohkan dalam PRU ke-12, pemimpin dan bangsa Melayu perlu menghadapi cabaran bukan dengan emosi dan retorik.

Sebaliknya, kita perlu merevolusikan pemikiran dan tindakan kita supaya dalam tempoh 11 tahun menjelang 2020, bangsa Melayu benar-benar dapat menjadi bangsa yang berjaya menyelesaikan dilema dan penyakit yang selama ini memundurkan kita.

Sama ada kita akan dapat terus menjadi tuan ataupun tidak, jawapannya akan berbalik kepada pemimpin dan orang Melayu sendiri.

Polemik ketuanan Melayu dan kelantangan suara untuk mempertahankan ketuanan Melayu tidak akan bererti apa-apa sekiranya kita masih dengan sikap, pendekatan dan cara tindakan yang lama.

Sebaliknya, jika Melayu itu bangsa yang benar-benar jantan dan berani, ayuh mari kita letakkan cabaran untuk keluar dari bayang-bayang perlindungan sejarah dan hak-hak keistimewaan Melayu supaya selepas tahun 2020 ketuanan Melayu nanti adalah ketuanan yang bertunjangkan kecemerlangan, kehebatan dan kekuatan bangsa kita yang hakiki.

Sumber: Utusan Malaysia 13/12/08

Ulasan:


Tidak habis-habis isu ketuanan Melayu dibicarakan. Isu assabiyyah yang diharamkan Islam ini nampaknya senantiasa menarik minat orang Islam yang berketurunan Melayu. Ini dari satu aspek. Dari aspek yang lain, apabila membicarakan ketuanan Melayu ini, biasalah orang-orang kerajaan atau pengampu-pengampu kerajaan akan berlebih-lebih meletakkan UMNO sebagai hero Melayu. Kononnya kerana UMNOlah orang Melayu hari ini berjaya.

Bila disebut sahaja ketuanan Melayu, seolah-olah menjelmakan idea bahawa orang Melayu adalah golongan yang mempunyai hak keistimewaan yang amat sangat di Malaysia. Ia juga menggambarkan seolah-olah bangsa Melayu ini adalah bangsa yang paling mulia di dunia dan mesti 'dituankan' . Idea yang diperjuangkan oleh UMNO ini seolah-olah mahu membela nasib orang Melayu sebagai penduduk pribumi negara ini , walhal hakikatnya mahu menonjolkan UMNO sebagai payung tempat berteduh bagi orang Melayu.

Hakikatnya jika ditinjau sejak 1957, UMNO masih gagal menjadikan orang Melayu maju dalam segenap bidang, dan ternyata bangsa Malayu masih ketinggalan berbanding dengan bangsa lain. Atau kenyataan ini sengaja 'direka' dan dibiarkan oleh UMNO, agar UMNO menjadi sentiasa relevan membela nasib orang Melayu? Jika semua orang Melayu telah kaya dan berjaya, maka UMNO sudah tidak relevan lagi. Jadi, orang Melayu mesti dbiarkan mundur, kecuali beberapa kerat kroni dan Kapitalis dalam UMNO yang mesti dijadikan kaya dan berjaya. Ini bagi memastikan UMNO terus mendapat sokongan. Dengan kata lain, yang diperjuangkan oleh UMNO bukanlah ketuanan Melayu, tetapi yang lebih tepatnya adalah ketuanan UMNO!

Selain UMNO yang memperjuangkan ketuanan UMNO, mesti ada pula pengampu-pengampu yang memperbesarkan bahawa UMNO memperjuangkan ketuanan Melayu. Ini penting bagi survivor politik UMNO agar terus mendapat sokongan orang Melayu.

Jika benar UMNO memperjuangkan orang Melayu, kita hairan kenapa orang Melayu yang berada di dalam parti pembangkang seperti PAS dan PKR dipinggirkan. Jarang sekali atau hampir tidak kedengaran orang PAS yang diberi projek juta-juta oleh UMNO atas dasar membantu sesama Melayu demi ketuanan Melayu! Sudah bertahun-tahun lamanya Kelantan di bawah pentadbiran PAS tidak yang dibantu oleh kerajaan pusat. sebagaimana bantuan yang disalurkan ke negeri lain yang sama-sama berada di bawah pentadbiran UMNO. Adakah kerajaan pusat UMNO akan membantu Kelantan untuk maju dan membasmikan kemiskinan atas dasar ”ketuanan Melayu” yang mereka memperjuangkan selama ini?

Sejauh manakah benarnya UMNO mahu membela orang Melayu yang miskin melalui DEB? DEB telah dikecam hebat sebab disalah-gunakan untuk menguntungkan kroni-kroni UMNO. Dan berapa banyak kes di mana kontraktor-kontraktor bukan Melayu yang membolot semua kontrak kerajaan dan meminggirkan orang Melayu di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kita perlu ingat bahawa UMNO, di dalam menghunus keris memperjuangkan ketuanan Melayu, mesti menjaga hati parti-parti komponen dalam BN seperti MIC dan MCA dan mengekalkan pengundi-pengundi bukan Melayu sepaya terus mengundi UMNO/BN. Jadi, ketuanan Melayu yang diperjuangkan UMNO mestilah dalam isu-isu terpilih, yang tetap boleh memastikan ketuanan UMNO.

UMNO sebagai sebuah kerajaan Kapitalis yang memerintah sudah semestinya akan menjaga periuk nasi mereka. Dasar-dasar Kapitalis yang nampak bergaya dalam menyelesaikan masalah rakyat, tetapi sebaliknya mempunyai banyak ketidakadilan dan penyalahgunaan untuk kepentingan golongan mereka sahaja.

Perjuangan assabiyyah yang diharamkan oleh Allah tetap diteruskan oleh UMNO. Isu ketuanan Melayu ini, selain menjadi senjata utama UMNO mengekalkan kuasa, juga sering mengundang pengampu-pengampu UMNO untuk terus-menerus berusaha untuk menjadikan UMNO relevan di mata orang Melayu. Mereka in langsung tidak mahu melihat kepada Islam, namun tetap memilih Melayu sebagai asas perjuangan. Mereka seolah-olah lupa bahawa Allah Azza Wa Jalla akan menghisab mereka nanti darihal kenapa merka memperjuangkan ketuanan Melayu, tidak ketuanan Islam?

Filed under having 0 Ulasan  

Wawasan yang tak berwawasan langsung!!!Apa guna wawasan tanpa Islam?

by AURA JIHAD

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 11 Disember lepas menyuarakan rasa bimbang bahawa Malaysia tidak akan dapat mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai negara maju ekoran krisis kewangan dunia sekarang. Menurut beliau, ketika wawasan itu dilancarkan, negara menikmati pertumbuhan sebanyak 8 peratus setahun tetapi kerajaan tidak menjangka berlakunya krisis mata wang Asia pada 1997 dan perubahan radikal dasar kerajaan selepas kepimpinannya.

Beliau menjelaskan lagi, selain itu, masalah ketidakstabilan politik dalam negara juga akan memberikan kesan terhadap hasrat negara ini untuk mencapai sasaran tersebut. “Kalau kita tidak boleh selesaikan masalah itu, kita tidak boleh memberikan fokus kepada pertumbuhan negara, maaf saya katakan kita tidak akan mencapainya (Wawasan 2020)," katanya selepas berucap pada program syarahan Bridges-Dialogues Towards a Culture of Peace di Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya [UM 12/12/08].

Semasa wawasan 2020 dilancarkan, ia disambut baik oleh pelbagai pihak khususnya dari kalangan para menteri. Apa tidaknya, ia adalah wawasan yang digagaskan sendiri oleh Perdana Menteri yang berkuasa waktu itu. Siapa yang berani tidak mahu menyokong? Samalah juga dengan gagasan Islam Hadhari yang dilancarkan oleh Pak Lah ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri, siapa yang berani memperlekehkannya? Berani buat bergitu, atau tidak mahu sokong, maksudnya orang itu tidak akan berada dalam kabinet Pak Lah!

Nampaknya kenyataan Dr Mahathir di atas semacam mempertikaikan kredibiliti Pak Lah di dalam meneruskan wawasan 2020 sebagaimana impian Mahathir. Mahathir yang sudah menyesal melantik Pak Lah sebagai Perdana Menteri, kini nampaknya akan menyesal pula kerana wawasannya gagal dipenuhi oleh pemimpin selepasnya.

Persoalannya, apakah yang istimewa sangat dengan wawasan 2020? Apakah wawasan ini mempunyai agenda yang dapat menyelamatkan umat Islam dari kesengsaraan dan penderitaan hidup di bawah Ideologikan kapitalisme sekarang ini? Tentu sekali tidak. Ia hanyalah suatu ‘bench mark’ untuk suatu target individu tertentu untuk mencapai suatu yang ulung dan unggul! Ia hanya timbul dari aspirasi peribadi yang kemudiannya 'dinegarakan' kerana orang yang menyuarakannya adalah Perdana Menteri. Jika wawasan ini ditimbulkan oleh seorang rakyat yang hanya bekerja di sebuah kilang, ia tentunya tidak akan ke mana-mana.

Bukanlah salah untuk mempunyai wawasan, namun sebagai seorang Muslim, apatah lagi sebagai seorang Perdana Menteri, apakah wawasan yang lebih penting daripada wawasan untuk memerintah dengan hukum Allah, yang dengannya akan dpat menyelamatkan umat Islam, dan yang lebih penting akan menyelamatkan pemimpin itu sendiri dari neraka? Wawasan ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 tidak ada gunanya apabila yang menjadi tunjang pemerintahan adalah tetap hukum-hukum kufur sekular!

Apa gunanya menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020 di bawah sistem dan Ideologi kufur Kapitalis? Dahulu, mungkin Dr Mahathir sendiri tidak menjangkakan bahawa sistem ekonomi kufur Kapitalisme akan runtuh satu masa nanti. Seorang pemimpin yang tidak mempunyai pandangan Islam tidak akan memperkirakan bahawa sistem selain Islam akan runtuh satu masa nanti dengan kehendak Allah. Oleh itu, mereka cuba mencorakkan pemerintahan mereka atas tiang-tiang sistem kufur dengan anggapan bahawa mereka boleh bertahan dengannya selama-lamanya. Mereka lupa bahawa Allah Maha Kuasa dan Allah pastinya akan menghapuskan semua sistem kufur dan Allah akan menzahirkan agamaNya di bumi ini. Mereka juga lupa bahawa Allah akan merentap pemerintahan mereka dalam sekelip mata sahaja dan Allah akan pasti menghisab mereka di akhirat dengan sistem kufur yang mereka terapkan.

Nah kita melihat sekarang pemimpin yang menggantikan Dr Mahathir juga lupa akan kekuasaan Allah. Mereka menyangkakan bahawa semasa mereka berkuasa mereka boleh melakukan apa sahaja sehingga mereka meninggalkan hukum-hukum Allah dan Rasul. Mereka ingat mereka boleh selamat dengan menerapkan hukum selain Islam. Sesungguhnya mereka benar-benar mencabar dan mengundang azab Allah dengan pemerintahan sekular yang mereka terapkan.

Sebagai seorang manusia yang berpendidikan, mereka ini seolah-olah langsung tidak melihat ke belakang sedikipun. Mereka seolah-olah buta bahawa dunia telah hidup dengan aman dan gilang-gemilang semasa pemerintahan Khilafah yang berlangsung lebih 10 abad lamanya. Negara Khilafah telah mengangkat setiap permasalahan hidup hingga mencapai kegemilangan berabad-abad lamanya tanpa sedikitpun dirundung malapetaka seperti yang ada sekarang, hanya kerana sistem dan undang-undang Allah diterapkan di dalamnya. Pendek kata, jika sistem pemerintahan Islamlah yang diterapkan, maka Inysa Allah dunia akan diberkati.

Kegemilangan zaman Islam mentadbir bumi dengan sistem Khilafah telah menyaksikan kepada dunia bahawa Islam mampu menjadi superpower dunia yang disegani dan ditakuti kawan mahupun lawannya. Warga Khilafah pula sentiasa hidup harmoni dengan peraturan tunggal (yakni) syariah, dengan kedudukan ekonomi yang mantap, dan tanpa mencebiskan soal rasis, jenayah, diskriminasi dan lain-lain kebejatan sosial.

Inilah wawasan yang sepatutnya diaspirasikan dan diusahakan oleh setiap Muslim yang beriman, penegak keadilan, perindu kebenaran dan pencinta kedamaian. Sekaligus ia memanifestasikan perhambaan diri kepada Yang Maha Agung, agar mendapat tempat dalam keredhaan-Nya sentiasa.

Filed under having 0 Ulasan  

Tanah runtuh - siapa bertanggungjawab?Kerajaan berkata"Saya tak tahu apa-apa pasal ni".Patut ker macam tu???Lu pikirlah sendiri.....

by AURA JIHAD

Kejadian yang berlaku pada 6hb Disember 2008 lalu amat tidak disangka-sangka. Di kala hari raya Idul Adha yang kian menjelang, berlaku malapetaka yang tidak diingini itu. Kejadian tanah runtuh yang mengorbankan beberapa jiwa di Bukti Antarabangsa telah mengejutkan seluruh tanah air sehingga pasukan keselamatan terpaksa berkampung di sana bagi proses-proses penyelamatan. Setelah operasi mencari dan menyelamat dihentikan, kini berlaku pula tuding menuding di antara keluarga mangsa, termasuk para penduduk yang mengalami kerugian dengan pihak berkuasa.

Berita melaporkan bahawa penduduk di sana telah pun membuat aduan kepada pihak berwajib berhubung pergerakan tanah yang berlaku yang boleh mengakibatkan tanah runtuh, namun, aduan tersebut dikatakan tidak dilayan. Walaupun sebelum ini telah pun berlaku kejadian tanah runtuh di situ, namun, pihak berkuasa nampaknya tetap tidak mengambil perhatian serius mengenainya. Dan sekarang, ‘hasilnya’ telah pun diketahui umum.

Dengan kejadian terbaru yang mengorbankan nyawa ini, barulah kerajaan membuka mata, dan walaupun kerajaan telah membuka mata, namun, pihak yang ‘dituding’ adalah pemaju ataupun kontraktor yang telah menjalankan kerja-kerja pembangunan di sana. Seperti biasa, kerajaan adalah sebuah institusi ‘suci’ yang tidak pernah bersalah di dalam apa jua keadaan. Sudah menjadi tabiat kerajaan Malaysia bahawa jika tidak berlaku kematian dalam apa-apa tragedi, tindakan biasanya tidak akan diambil. Jika jambatan telah bertahun-tahun runtuh di sebuah kampung, namun, selagi mana tidak berlaku kematian, maka jambatan itu akan tetap dalam keadaan seperti itu. Kadang-kadang telah berlaku kematian, namun tidak dilaporkan di dalam akhbar atau televisyen, maka biasanya kerajaan tetap menutup mata. Hanya jika telah ‘masuk TV’, barulah kerajaan Islam Hadhari ini akan bersuara, dan kerajaan biasanya bersuara sebagai hero, yang menyalahkan semua orang lain atas tragedi yang melanda. Inilah kehebatan kerajaan Malaysia yang tidak pernah melakukan apa-apa salah dan dosa!

Kini, setelah tanah runtuh ini mengorbankan nyawa dan begitu hangat diperkatakan sekarang, kerajaan hebat ini terus mengarahkan pemberhentian serta-merta semua pembangunan di lereng bukit. Dan kali ini, kita tidak tahulah berapa lama ‘tahi ayam’ akan hangat. Dahulu pun begitu juga semasa runtuhnya bangunan Highland Tower, semua pembangunan di lerang bukit diarahkan untuk dihentikan serta-merta. Ternyata tahi ayam hangatnya sementara sahaja. Kini, perkara yang sama berulang, maka sama-samalah kita saksikan berapa lama kehangatan tahi ayam kali ini akan kekal.

Setelah berlaku tragedi yang meragut nyawa, kerajaan kini tampil sebagai hero yang bakal menyelamatkan keadaan. Menteri-menteri sibuk duduk bercakap tentang membuat dan menguatkuasakan undang-undang tentang penerokaan atau pembangunan di lereng bukit. Tidak kurang suara-suara mereka yang masih tak habis-habis menyalahkan pemaju atau kontraktor yang degil yang masih meneruskan kerja-kerja pembangunan di lereng bukit. Sebelum menuding kepada pihak lain atau kepada faktor semulajadi, persoalannya, siapakah yang membuat undang-undang dan menentukan polisi bahawa rumah kediaman boleh dibina di kawasan lereng bukit?

Jika di kebanyakan negara kufur Timur seperti Jepun khususnya, menteri yang berkenaan biasanya akan terus meletak jawatan apabila gagal di dalam ‘menjaga’ apa yang sepatutnya mereka jaga di bawah portfolio masing-masing. Peletakan jawatan mereka antara lain adalah kerana ‘rasa bersalah’ di atas kegagalan kepimpinannya. Namun, di negara Islam Hadhari ini, tidak ada seorang pun Menteri yang akan rasa bersalah walaupun ratusan nyawa terkorban atas kegagalan pentadbirannya. Malah, mereka tampil sebagai hero yang menyalahkan orang lain dengan apa yang berlaku. Inilah kehebatan menteri-menteri kita, berbanding menteri-menteri di negara lain.

Dalam kehebatan lakonan mereka ini, mereka lupa bahawa Allah SWT telah lama memerhatikan mereka yang memerintah bukan dengan syariat Allah. Mereka menerapkan sistem kufur dan mereka menjadi pemerintah yang Kapitalis yang mementingkan diri sendiri. Mereka tidak pernah menjaga kebajikan rakyat dan tidak merasa bersalah sedikit pun dengan apa yang berlaku. Walhal di dalam Islam, Rasulullah menyatakan,

“Pemimpin itu adalah pemelihara dan mereka akan ditanya (bertanggungjawab) darihal pemeliharaan (rakyat)nya” [HR Muslim]

Kepada para pemimpin yang tidak menjadi pemelihara rakyat dengan hukum-hukum Allah, ya, mereka sekarang boleh terlepas di dunia, namun di akhirat nanti, Allah Azza wa Jalla sedang menunggu untuk menghisab mereka. Na’uzubillah min zalik.

Filed under having 0 Ulasan  

Kenapa tidak perjuangkan Islam?Apa Ke pekdahnya perjuangkan Parti assabyyah KUFUR???

by AURA JIHAD

Isu ketuanan Melayu meletus lagi. Terbaru, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataannya yang mempersoal dan menolak konsep ketuanan Melayu baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Soi Lek dipanggil untuk memberi keterangan mengikut Seksyen 41 (b) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut. Menurutnya, siasatan itu adalah ekoran dua laporan polis yang dibuat ke atas Soi Lek itu berhubung isu ketuanan Melayu baru-baru ini [Utusan Malaysia 4/12/2008].

Samada kenyataan Soi Lek berbentuk hasutan atau tidak masih belum dapat diputuskan, namun yang penting, isu ketuanan Melayu ini nampaknya begitu dipandang serius oleh kerajaan dan sebahagian orang-orang Melayu. Isu ini amat sensitif sehingga jika tidak kena gaya mempertikaikannya, seseorang itu boleh didakwa di bawah akta hasutan.

Kaum bukan Melayu yang sudah bergenerasi menetap di Malaysia tentunya tidak akan berpuas hati dengan konsep ketuanan Melayu, apatah lagi Malaysia sebagai negara demokrasi yang sepatutnya memberikan hak sama rata kepada semua warganegara, tanpa mengira bangsa. Orang Melayu pula, sebagai kaum pribumi, merasakan bahawa mereka mesti mendapat keistimewaan sebagai penghuni asal Tanah Melayu.

Inilah hakikatnya apabila assabiyyah dijadikan pegangan. Perbalahan dan pertikaian akan sering terjadi, apatah lagi apabila masih wujud banyak kes di mana orang-orang Melayu jauh ketinggalan daripada pelbagai aspek kehidupan, berbanding kaum lain, khususnya dalam bidang ekonomi. Memang benar terdapat beberapa kerat orang-orang Melayu yang sudah berjaya, namun ia belum cukup untuk memuaskan hati orang Melayu, apatah lagi apabila konsep ketuanan Melayu ini dipertikaikan oleh kaum bukan Melayu.

Sudah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, namun hakikatnya masih ramai orang-orang Melayu yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa yang tak kena dengan konsep ketuanan Melayu ini sehingga ‘gagal’ menjadikan orang Melayu sebagai tuan? Ini dari satu sudut, dari sudut yang lain, kebanyakan orang Melayu sendiri tidak pernah merasai ‘sifat ketuanan’ mereka. Apa yang mereka rasai sejak dulu hingga kini adalah kezaliman, penindasan dan hamba kepada sistem kapitalis yang diterapkan oleh kerajaan. Sehinggakan boleh berlaku kematian satu keluarga yang rumahnya terbakar kerana tidak mampu membayar bil elektrik. Di manakah taraf ketuanan mereka?

Justeru, makna sebenar ‘ketuanan Melayu’ hanya wujud kepada sekelompok puak pemerintah dan puak Kapitalis Melayu yang sejak sekian lama tidak puas-puas menghisap darah rakyat. Mereka hidup kaya raya dikelilingi kemewahan yang melimpah ruah manakala golongan majoriti dari rakyat hidup tertindas dan tertekan, tanpa dipedulikan. Isu ini nampaknya sentiasa ‘dipanaskan’ bagi menyatukan orang-orang Melayu agar tetap tunduk patuh kepada kerajaan Kapitalis yang ada yang kononnya sedang berusaha menjadikan mereka tuan di bumi ini, walhal dalam masa yang sama, pemerintah terus menghisap darah orang yang diperintah.

Bagi para pejuang agenda Melayu, sedarlah bahawa Allah SWT tidak pernah memerintahkan kalian untuk memperjuangkan konsep ketuanan Melayu. Di dalam Islam, semua manusia adalah hamba kepada Allah SWT dan setiap hamba wajib taat dan patuh kepada semua perintah dan menjauhi larangan-Nya serta melaksananya syariat-Nya secara kaffah. Dan Allah tidak pernah memerintahkan agar orang Islam berjuang mempertahankan ketuanan bangsa masing-masing. Sesungguhnya tidak ada satu dalil pun yang membolehkan seseorang itu memperjuangkan bangsa, malah dalil yang ada dengan jelas menunjukkan bahawa perjuangan bangsa adalah haram secara mutlak. Firman Allah SWT,

“Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa Jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya, agar kamu berpetunjuk.” [TMQ Ali Imran (3):102-103]

Sabda Rasulullah SAW,

“Bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah" [HR Abu Dawud].

Filed under having 0 Ulasan  

Pekerja asing punca rezeki merosot?Mustahil....

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Seorang Ahli Parlimen hari ini melahirkan rasa kecewa kerana kerajaan masih gagal menyelesaikan isu kebanjiran pekerja asing yang sudah bertahun-tahun membelenggu negara ini. Malah dengan nada berang, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut menempelak Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad kerana memberikan jawapan terlalu panjang dan berjela-jela berhubung isu itu.

“Jawapan panjang tetapi tidak sampai ke lubuk hati. Saya tak nak berlakon dalam perkara ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita mahu satu penyelesaian dicari terhadap tanggapan bahawa negara ini adalah syurga bagi warganegara asing untuk mencari nafkah tetapi neraka bagi rakyat kita sendiri,” katanya semasa mencelah pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Untuk ke sekian kalinya, kita dipertontonkan oleh sekumpulan pelakon politik di atas pentas demokrasi-kapitalisme. Isu ekonomi rakyat tempatan dijadikan ‘senjata’ untuk menunjukkan keprihatinan pemimpin di dalam membela rakyat yang tertindas. Namun isu sebenar dalam masalah ekonomi disembunyikan, iaitu pengagihan kekayaan yang tak sekata di dalam negara yang menyebabkan berlakunya penindasan dan penganiayaan. Isu kebanjiran pekerja asing dijadikan ‘kambing hitam’ untuk menutup kesalahan besar pemimpin terhadap dasar pengagihan kekayaan yang diamalkan oleh sistem ekonomi negara sekular Malaysia. Apabila rakyat Malaysia ‘diancam’ kehilangan punca pencarian, maka yang disalahkan adalah pekerja asing!

Tidakkah ini mencerminkan sikap para pemimpin yang ‘beggar-minded’? Seorang pengemis yang memarahi pengemis lain yang datang mengemis di sebelahnya adalah sikap bagi mereka yang putus asa dengan ketentuan (rezeki) dari Allah SWT. Mereka putus asa untuk berusaha mengikut jalan yang benar, melainkan meminta-minta lalu menyalahkan orang lain yang sama seperti mereka jika perolehan mereka meleset, tidak seperti yang dijangka. Begitu pula sikap pemimpin yang ada sekarang, menyalahkan pekerja asing sebagai punca kepada masalah kemelesetan pendapatan per kapita di Malaysia, hingga sanggup mengatakan bahawa Malaysia umpama neraka bagi rakyat sendiri. Ini dari satu sisi.

Dari sisi yang lain, golongan pemimpin yang menebal dengan sikap assabiyyah dan wathaniyyah nampaknya tak habis-habis ‘marah’ dan cuba membangkitkan kemarahan orang lain dengan sentimen perkauman dan negara. Mereka tidak pernah memandang bahawa yang datang mencari rezeki di Malaysia itu adalah majoritinya orang Islam dari Indonesia, Bangladesh mahupun Thailand yang juga merupakan saudara seagama dan seakidah dengan mereka. ‘Akidah’ bukanlah menjadi ukuran bagi pemimpin sekular ini, ‘bangsa’ dan ‘negara’lah yang mereka jadikan ukuran di dalam menentukan salah benarnya sesuatu perkara. Ringkasnya, pendapat mereka adalah bahawa Malaysia adalah negaraku, maka rakyat Indonesia mahupun Bangladesh hanyalah ‘pendatang’ yang menumpang yang patut dilayan sebagai ‘pengemis’, bukannya dilayan seperti seorang saudara seakidah. Lebih teruk, mereka beranggapan bahawa bangsa asing patut dilayan umpama haiwan, bukannya umpama manusia! Apakah salahnya mereka datang ke sini yang merupakan negara sesama umat Islam untuk mencari rezeki yang halal? Kedudukan mereka jauh lebih mulia dari para pemimpin yang mengamalkan rasuah dan menerapkan hukum kufur.

Sistem Kapitalis sebagai penyebab

Masalah kemiskinan atau penindasan ekonomi yang wujud pada hari ini tidak lain tidak bukan timbul kerana diterapkannya sistem ekonomi Kapitalis di dalam negara. Hal inilah yang perlu disedari, dirungkai dan ditukar.

Dalam sistem ekonomi yang tidak berperikemanusiaan ini, semua hal akan dilakukan oleh para pemilik modal selama mana unsur ‘manfaat’ ada di dalamnya, dan para pemilik modal ini pula kebanyakannya orang yang sama atau kroni kepada pemimpin. Mereka tidak pernah mempedulikan halal dan haram di dalam menguruskan ekonomi.

Isu Malaysia sebagai syurga bagi orang kafir dan neraka bagi rakyat sendiri ini langsung tidak timbul dalam sistem ekonomi Islam kerana kekayaan di dalam Islam, setiap orang berhak mencari rezeki yang halal dan tugas negara adalah untuk mengagihkan kekayaan negara dan memastikan rakyat mendapat hak mereka secukupnya. Kekayaan negara tidak akan diagih hanya kepada kroni atau pihak yang berkepentingan sebagaimana di dalam sistem Kapitalis sekarang, bahkan semua yang tinggal di dalam Daulah berpeluang menikmati kekayaan anugerah Allah SWT.

Islam membenarkan sesiapa sahaja mendapatkan imbalan hasil dari tenaga yang dicurahkan mengikut akad ijarah (gaji) yang sah di sisi syarak. Sesiapa sahaja berhak melakukan pekerjaan yang halal semampunya agar ia memperoleh sumber pendapatan untuk menafkahi hidupnya dan keluarganya. Oleh sebab itu, tidak ada orang yang akan dizalimi oleh negara dengan akta atau undang-undang pekerjaan selama mana akad mereka sesuai menurut syarak.

Oleh kerana Malaysia tidak mengamalkan sistem ekonomi Islam, maka berlakulah pergolakan pekerjaan yang dilihat sebagai salah satu masalah sosial. Isu ini hanya dapat diselesaikan dengan menerapkan semula sistem ekonomi Islam agar setiap dari rakyat dapat mengecapi anugerah Allah secara adil dan saksama. Ianya tidak akan menjadi realiti dengan acuan negara celupan kuffar Barat seperti yang ada sekarang, tetapi hanya dengan tertegaknya sebuah negara yang ditadbir oleh syariah, barulah segala masalah akan dapat diatasi. Itulah negara Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah.

Filed under having 0 Ulasan  

Rasuah tabiat kehidupan parti sekular KUFUR UMNO

by AURA JIHAD

Sebagaimana yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada 24 November lepas, usaha membanteras gejala politik wang dalam UMNO adalah satu proses yang memerlukan keazaman politik dan secara realistiknya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau diminta mengulas komen bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya mengenai isu politik wang dalam parti itu, Najib percaya beberapa langkah tambahan dapat diperkenalkan untuk membanteras gejala politik wang dalam pemilihan UMNO.

Bercakap kepada wartawan Malaysia di sini semalam, Timbalan Perdana Menteri yang menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Peru berkata, langkah-langkah bagi menangani politik wang itu mesti diperjuangkan secara komprehensif. "Ia juga merupakan satu proses. Proses ini melibatkan satu tempoh masa yang tertentu. Secara realistik ia tidak boleh dilakukan dalam jangka masa yang terdekat sebab masa Tun Mahathir (memimpin UMNO) dia pun perjuangkan usaha untuk menghapuskan politik wang. "Semasa dia tamat sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, dia menyatakan kekecewaannya kerana gagal membanteras politik wang," kata beliau. Najib memberitahu, beliau tidak menganggap usaha membanteras gejala itu sebagai sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan keazaman politik. [Utusan Malaysia 25 Nov 2008]

Realiti di atas menunjukkan bahawa politik wang adalah satu perkara yang menjadi amalan darah daging dalam UMNO yang sukar dibanteras dan semakin parah dari masa ke semasa. Ini adalah kerana sikap materialistik yang ditinggalkan oleh penjajah Kapitalis yang menjadikan pemimpin UMNO pun bagaikan Kapitalis yang rakus mengejar pangkat dan kekayaan. Yang menjadi parah lagi apabila persoalan ini dianggap sebagai masalah ‘disiplin parti’ sahaja bukannya masalah ‘melanggar hukum syarak’. Inilah yang sering ditekankan oleh UMNO, bahawa gejala rasuah atau lebih dikenali sebagai ‘politik wang’ hanyalah merupakan masalah ‘disiplin parti’ semata-mata.

Untuk mengubah sesuatu tabiat yang buruk dalam masyarakat, Islam datang dengan satu thariqah yang khusus dan unik, yang mana sistem ini telah berjaya mentamadunkan masyarakat yang dulunya berada di tahap terendah dalam aspek pemikiran dan kemajuan kebendaannya (madaniyyah).

Dengan itu Islam sebagai sebuah mabda’ senantiasa menjaga komponen yang penting dalam perubahan masyarakat. Secara ringkasnya Syeikh Taqiuddin Al-Nabhani menjelaskan masalah ini dalam kitab Nizhamul Islam, komentarnya,

“Islam yang memandang bahawa peraturan dilaksanakan oleh setiap individu mukmin dengan dorongan taqwallah yang tumbuh dalam jiwanya (dorongan melakukan amalan). Sementara teknik penguatkuasaannya dijalankan oleh negara dengan adil, yang dapat dirasakan oleh masyarakat. Juga dengan adanya sikap tolong menolong antara umat dengan negara dalam melakukan amar ma'ruf nahi munkar, serta diterapkannya (peraturan) dengan kuasa politik negara. Dalam Islam negaralah yang bertanggungjawab terhadap urusan masyarakat....” [Nizhamul Islam, ms 61]

Dari penjelasan di atas, kita mesti melihat bahawa unsur yang utama dalam membentuk sebuah komponen masyarakat dan mendorong untuk mengekalkan kestabilan adalah:-

(1) Individu rakyat yang menjalankan roda kehidupan sesuai dengan hukum Islam yang timbul dari kesedaran akidah;
(2) Negara yang melaksanakan hukum-hakam Islam dan menjaga aspek penguatkuasaannya;
(3) Masyarakat tertentu (parti/jemaah/kutlah) yang sering melakukan amar makruf nahi mungkar kepada individu (masyarakat) dan juga kepada Negara.

Kalau kita serius untuk membuang budaya rasuah di dalam negara, maka ketiga komponen ini perlu digerakkan secara serentak dengan perundangan Illahi. Anjakan paradigma perlu dilakukan terhadap individu, masyarakat dan Negara. Sistem lapuk lagi kufur peninggalan penjajah perlu ditinggalkan; persepsi rasuah perlu diperbetulkan dan ukurannya mestilah berasaskan ‘pandangan syarak’, bukannya masalah ‘disiplin parti’. Kesalahan Rasuah mesti dianggap sebagai perlakuan maksiat sebagaimana perlakuan makan daging babi, berzina dan berjudi. Namun selama mana pemikiran dan budaya masyarakat dan pemimpin UMNO yang suka memberi rasuah ini tidak ditukar dengan amar makruf nahi mungkar, maka selama itulah rasuah ini akan terus bermaharajalela.

Di dalam Islam, Negara pula perlu menerapkan hukuman ta'zir yang berat, yang mana boleh menjadikannya sebagai zawajir (pencegahan) kepada orang lain, bahkan rasuah ini sekali-kali tidak akan dianggap sebagai tindakan melanggar ‘disiplin parti’ sebagaimana diajar oleh pemimpin UMNO, tetapi rasuah adalah perlanggaran hukum syarak yang perlu dikenakan hukuman sewajarnya oleh Negara, walaupun ia berlaku di dalam parti-parti tertentu di dalam Negara. Dengan kata lain Islam perlulah diambil dari setiap sudut, iaitu oleh individu, parti, masyarakat dan juga Negara, barulah amalan rasuah ini dapat dihapuskan dari akar umbi.

Satu lagi penyelesaian yang boleh diambil oleh umat Islam sekarang adalah dengan menolak semua pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan menggantikannya dengan pemimpin yang bertakwa. Malangnya di kalangan umat Islam itu sendiri masih ada yang memilih pemimpin yang rasuah, malah dalam banyak keadaan, mereka akan memilih dan mengundi pemimpin yang memberi rasuah yang paling banyak kepada mereka. Oleh kerana umat Islam di Malaysia ini telah terlalu lama diterapkan dengan hukum sekular oleh UMNO dan persoalan rasuah pula sudah menjadi tabiat UMNO sejak sekian lama, maka lahirlah golongan masyarakat yang sukakan maksiat dan najis ini, tanpa memandang lagi halal dan haram, sebagaimana tabiat pemimpin mereka. Jika satu masa dahulu UMNO pernah melaksanakan moto ‘kepimpinan melalui teladan’, nampaknya moto itu sehingga kini masih terpakai di mana apabila pemimpin UMNO telah menjadikan rasuah sebagai amalan di dalam kepimpinan dan kehidupan seharian mereka, maka ternyata amalan ini telah menjadi ‘teladan’ yang diikuti oleh setiap akar umbi di dalam UMNO pula.

Wahai kaum Muslimin! Tolaklah pemimpin sekular dan gantikan dengan pemimpin Islam.

Filed under having 0 Ulasan  

Kuasa politik KUFUR -vs- kuasa polis

by AURA JIHAD


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan ahli-ahli politik supaya tidak mencampuri urusan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tugas penguatkuasaan yang dijalankan.
Ini merujuk kepada terdapatnya di kalangan ahli-ahli politik yang menggunakan pengaruh mereka untuk membatalkan saman yang telah dikeluarkan kepada orang ramai. Ada yang datang sambil membawa 100 saman dan meminta PDRM membatalkannya. Tambah Musa, ini akan menyukarkan PDRM untuk melaksanakan tugasnya secara profesional [Utusan Malaysia 27/11/08].

Jika selama ini, kes orang-orang politik yang keji ini campur tangan di dalam memberi arahan kepada polis untuk melakukan sesuatu tindakan tidak pernah dipublikasikan, kini ia telah dinyatakan secara terang-terangan oleh Ketua Polis Negara sendiri. Bagaimanapun, kita tidak tahu apakah niat Musa Hassan di dalam membuat pendedahan sebegini. Apakah beliau benar-benar ingin melakukan kerja secara profesional dan tidak mahu ada campur tangan dari kuasa politik atau mungkinkah ada arahan dari orang politik lain yang lebih tinggi jawatannya agar dilakukan pendedahan untuk menjatuhkan orang politik yang lebih rendah tersebut. Hanya Musa Hassan dan Allah SWT yang tahu hakikatnya.

Namun apa yang pasti, selama ini memang terdapat golongan politik yang ‘memberi arahan’ kepada pasukan polis dan hal ini ternyata memberi kesan kepada polis. Dengan adanya pendedahan ini, trek rekod polis yang memang buruk pada pandangan masyarakat, nampaknya akan semakin buruk. Apa tidaknya, telah terbukti bahawa ‘kuasa politik’ selama ini telah campur tangan di dalam kuasa polis dan nampaknya kuasa politik lebih ‘powerfull’ dari kuasa polis, walaupun hal itu terletak di dalam bidang kuasa polis.

Jika polis benar-benar ingin dilihat profesional, bukan setakat campur tangan di dalam kes saman trafik sahaja, malah campur tangan di dalam kes-kes lain, termasuklah kes-kes yang berprofil tinggi, mestilah didedahkan oleh Ketua Polis Negara. Pendedahan yang ikhlas amat penting agar polis dinilai oleh rakyat sebagai sebuah badan yang benar-benar menjaga keamanan rakyat, bukannya menjaga ‘keamanan’ orang-orang politik yang berpengaruh. Namun, beranikah KPN mendedahkan segala campur tangan yang ada?

Pihak polis mestilah menjalankan kerja secara profesional, bukannya mematuhi arahan orang politik secara membabi buta. Semua campur tangan di dalam hal lain juga mestilah dihentikan, bukan sekadar hal saman sahaja. Ini termasuklah ‘menerima arahan’ untuk melakukan sesuatu tindakan yang jelas bertentangan dengan hukum syarak. Contohnya arahan dan campur tangan daripada ahli-ahli politik yang menyuruh PDRM melakukan tangkapan ke atas golongan yang menyeru kepada Islam.

Siapa tidak tahu bahawa jika ada sahaja apa-apa demonstrasi, ceramah atau apa jua penerbitan yang memuhasabah pemerintah, maka hal ini akan terus diperhatikan dan diambil tindakan segera oleh polis. Berapa ramai dari kalangan pendakwah yang ikhlas berjuang untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini yang sering berhadapan dengan tangkapan oleh pihak polis. Walhal PDRM seharusnya menjadi pelindung kepada seluruh rakyat dan bukannya melindungi beberapa kerat pemimpin yang berpengaruh. Merekalah yang seharusnya memastikan hukum Allah ditegakkan, bukannya menghalang penegakan hukum Allah. Tindakan PDRM yang menghalang sungguh-sungguh pendakwah dari memuhasabah pemerintah sekular sekarang dan tindakan mereka menghalang dari penegakan deenullah sangatlah hina di sisi Allah, dan di sisi orang-orang yang beriman. Kerana ini, tidak hairanlah ramai yang menganggap dan mengatakan bahawa hubungan polis dan kerajaan hanyalah umpama hubungan anjing dan tuannya.

PDRM selaku badan yang menjaga keamanan memang seharusnya bertindak dengan telus dan memastikan syariat Islam ditegakkan. Hanya dengan cara itu sahajalah PDRM akan dilihat sebagai sebuah badan yang profesional dan bersih dari segala undur maksiat.

Di dalam Daulah Islam, pasukan keamanan di dalam negeri atau polis diberi tugas yang mulia, iaitu memelihara dan menjaga syariat Islam, mengelola keamanan di dalam negeri, memastikan semua syariat Islam dipatuhi oleh setiap rakyat. Ini berdasarkan Hadis daripada Rasulullah Sallahu alaihi wa Sallam yang menerangkan perlantikan Qais bin Saad sebagai ketua pasukan polis dan di sentiasa diletakkan di sisi Rasulullah. Imam al Bukhari telah meriwayatkan dari Anas bin Malik yang bermaksud:

“Sesungguhnya Qais bin Saad di sisi Nabi saw. memiliki jawatan sebagai ketua polis dan ia termasuk di antara para amir”

Hadis ini menunjukkan bahawa betapa rapatnya hubungan polis dengan pemerintah, tetapi tugasnya adalah menerapkan apa jua perintah Rasulullah yang berupa hukum-hukum Allah ke atas manusia. Dengan kata lain, tugas mulia pasukan polis adalah memastikan hukum Allah berjalan di muka bumi. [Ajhizah ad-Daulah al-Khilafah fil hukm wal Idarah -Struktur Negara Khilafah : Pemerintahan dan Administrasi- Hizbut Tahrir hlm 161]

Filed under having 0 Ulasan  

Wahai kaum Muslimin! Jauhilah seruan assabiyyah

by AURA JIHAD

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi meminta pihak berkuasa mempertahankan kedaulatan agama Islam serta hak kaum Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jurucakapnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, siri jelajah yang akan bermula bulan depan di Selangor sebelum diperluas ke seluruh negara itu, bertujuan menjamin kesejahteraan hubungan kaum dan keamanan di Malaysia.

Menurutnya, siri jelajah itu penting bagi menyedarkan semua pihak bahawa terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kini cuba menggugat keistimewaan Islam, Melayu dan bumiputera, seterusnya mengancam keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Kata beliau, siri jelajah itu bertujuan mendapatkan persefahaman di antara semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi mengadakan resolusi dan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai ancaman-ancaman tersebut.

''Selepas itu, memorandum dan resolusi yang terhasil akan dihantar kepada Perdana Menteri dan wakil Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas pelancaran siri jelajah itu di sini hari ini.

Dalam majlis itu, kira-kira 500 ahli gabungan Pewaris berarak dari Wisma Sejarah ke balai polis Jalan Tun Razak di sini, bagi membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan ke atas lima perkara antaranya Hindraf dan penghinaan ke atas Islam.

Laporan penghinaan ke atas Islam itu dibuat apabila sebelum kumpulan itu mula berarak kira-kira pukul 1.50 petang tadi, seorang wanita berdiri di atas jejantas di situ sambil melemparkan kata-kata kesat ke atas agama Islam dan bangsa Melayu.

Kekecohan berlaku dan beberapa anggota polis yang berada di situ terpaksa mengiringi serta melindungi wanita berkenaan ke kenderaannya.

Sementara itu. menjawab satu soalan, Maamor berkata, Sisters in Islam patut bermuhasabah diri sebelum membuat sebarang teguran ke atas perkara yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu pengkid.

''Ketetapan majlis itu mengikut lunas Islam, al-Quran serta hadis dan Allah sendiri melaknat golongan perempuan yang membawa perwatakan lelaki dan sebaliknya," tegasnya.

Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan semalam menyebut, Pengurus Acara Sisters In Islam, Norhayati Kaprawi mendakwa, pengharaman pengkid dikhuatiri bersifat diskriminasi terhadap golongan perempuan beragama Islam di negara ini.

Sumber: Utusan Malaysia 24/11/08

Ulasan:

Sekali lagi pekikan, laungan dan jeritan busuk assabiyyah bergaung di dalam majlis yang dianjurkan oleh satu perhimpunan yang dikenali sebagai Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) pada malam tadi. Dari apa yang dilapur oleh akhbar Utusan Malaysia di atas berhubung dengan majlis yang berlangsung, jelas menunjukkan bahawa terlampau banyak pertentangan dengan Islam itu masih wujud apabila laungan dan seruan yang dikumandangkan itu menjurus ke arah seruan dan laungan assobiyyah. Golongan ini nampaknya masih lagi bermain dengan kotoran dan najis assobiyyah ini. Mereka terus meniupkan perasaan perkauman yang secara jelas diharamkan oleh Islam. Mereka masih tidak serik dan tidak merasa takut dengan azab dan api neraka Allah SWT.

Satu persoalan yang boleh kita lontarkan kepada mereka ialah apakah mereka akan berhujah dengan isu bangsa ini di depan Allah SWT kelak. Apakah tindakan mereka mempertahankan perlembagaan kufur acuan Lord Reid itu sesuatu yang sah di sisi Islam. Niat untuk menjaga dan membela Islam adalah sesuatu yang baik tetapi ianya suatu yang rosak apabila dicampur dengan unsur assabiyyah Melayu, apatah lagi ingin dinaungi dengan unsur-unsur kufur seperti mempertahankan perlembagaan yang dibuat oleh sang kafir Lord Reid.

Wahai kaum Muslimin di dalam Pewaris! Hizbut Tahrir sekali lagi ingin mengingatkan kalian untuk kembali kepada perjuangan Islam dan tinggalkan perjuangan ashobiyyah yang akan menjerumuskan kalian ke neraka. Bagi kaum Muslimin yang bukan dari Pewaris, Hizbut Tahrir dengan ini menyeru agar janganlah sekali-kali kalian menyahut akan seruan yang akan dijaja oleh Pewaris ke seluruh Malaysia ini. Jika kalian hadir di majlis tersebut sekalipun, janganlah kalian sekali-kali menyokong seruan assabiyyah tersebut, sebaliknya hendaklah kalian memuhasabah dan mengingatkan siapa sahaja penyeru kepada seruan neraka itu agar menghentikan segera seruan mereka.

Wahai kaum Muslimin! Jadikanlah Al-Quran dan Al-Hadis sebagai asas perjuangan, bukannya assabiyyah yang merupakan seruan yang dibisikkan dan disukai oleh syaithan bagi menyesatkan kalian dari agama Allah. Rasulullah SAW diutus oleh Allah SWT hakikatnya adalah untuk memperjuangkan Islam, bukannya memperjuangkan bangsa. Seruan busuk yang kalian pekikkan itu adalah seruan yang menyeru ke arah neraka Allah. Tinggalkanlah seruan ke neraka itu jika kalian ingin selamat dari azab Allah. Firman Allah SWT:

“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (Islam) untuk dimenangkan di atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. [TMQ at-Taubah (9):33]

Ingatlah akan sabda Rasulullah SAW,

“Bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah" [HR Abu Dawud].

Filed under having 0 Ulasan  

Senaman Yoga - antara yang haram dan 'yang diharamkan'

by AURA JIHAD


Sekali lagi fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) menarik minat umat Islam untuk diperbincangkan. Kali ini berkenaan dengan pengharaman senaman yoga, selepas sebelum itu isu fatwa pengharaman pengkid telah dikeluarkan oleh pihak yang sama. Pelbagai pandangan telah diberikan oleh umat Islam berkenaan isu pengharaman senaman yoga ini, sebagaimana juga dengan isu pengharaman pengkid. Bukan sekadar pandangan atau kritik, malah kekeliruan juga banyak muncul hasil dari keputusan majlis fatwa ini.

Beberapa hari lepas, pengerusi MFK, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, boleh merosakkan akidah umat Islam. Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.

Walaupun terdapat pihak yang mengkritik, namun di sini kita melihat satu usaha yang baik telah dilakukan oleh pihak Majlis dalam usaha mereka untuk menjaga aqidah umat Islam itu sendiri. Tetapi apa yang lebih penting yang perlu kita sedar adalah bahawa fatwa ini tidak akan dapat memberikan kesan apa-apa kepada masyarakat jika sekiranya ianya tidak di dokong oleh penerapan undang-undang oleh negara. Hukum haramnya pengkid mahupun senaman yoga ataupun apa sahaja yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu hanya akan menjadi sekadar penyedap hati yang dapat memuaskan segelintir umat Islam. Tetapi hakikatnya adalah, fatwa yang dikeluarkan itu tidak akan dapat dilaksanakan di tengah-tengah kehidupan umat. Dengan kata lain, umat Islam di Malaysia boleh ‘percaya’ bahawa yoga itu haram, namun jika ada di kalangan umat Islam yang masih melakukan yoga, maka siapakah yang akan mengenakan hukuman terhadap perbuatan tersebut?

Wahai umat Islam! Wahai penguasa umat Islam! Wahai para ulama kaum Muslimin! Sedarlah bahawa Islam itu bukan hanya sekadar fikrah yang hanya tertulis sebagai suatu maklumat semata-mata, tetapi ianya adalah sesuatu yang wajib dan perlu diterjemahkan sebagai suatu thariqah pelengkap kepada keyakinan kita bahawa Islam itu adalah merupakan suatu cara hidup yang sempurna. Dalam erti kata yang mudahnya hukum-hakam Islam itu wajib diterapkan di dalam kehidupan umat Islam itu secara nyata. Sebagai contoh, fikrah Islam mengajar bahawa zina itu haram dan sesiapa melakukan zina, maka dia wajib dihukum 100 kali rotan. Thariqah Islam di dalam kes ini menyatakan bahawa wajiblah ada satu institusi yakni Mahkamah Khusumat yang wajib menjatuhkan hukum ke atas pelaku zina dan merotan mereka dengan 100 kali rotan. Penggabungan di antara fikrah dan thariqah inilah yang menjadikan Islam sebagai agama yang sempurna.

Tidak ada guna jika zina difatwakan haram, namun tidak ada hukuman ke atas pelaku zina, sebagaimana di dalam kes tidak ada hukuman ke atas pelaku yoga ini. Juga, tidak ada guna jika zina difatwakan haram, namun pelakunya hanya dihukum 6 kali sebatan. Islam bukanlah satu agama yang mengandungi hukum-hakam yang hanya perlu ‘difatwakan’, namun tidak ada ‘akibat’ (hukuman) dari pelanggaran keharaman tersebut. Dalam erti kata yang mudahnya Islam itu bukan hanya sekadar untuk ‘difatwakan’ semata-mata bahawa itu haram dan itu halal, tetapi ianya adalah suatu bentuk fikrah dan thariqah yang wajib diterapkan oleh individu, masyarakat dan juga negara.

Dalam pada seluruh Malaysia, khususnya umat Islam di Malaysia kecoh kerana pengharaman senaman Hindu ini, umat Islam hendaklah sedar bahawa banyak lagi senaman lain yang mengandungi unsur haram di dalamnya. Boleh dikatakan semua senaman yang lain yang dilakukan oleh umat Islam, khususnya yang selalu dianjurkan dan banyak juga yang muncul di kaca TV adalah juga haram hukumnya. Apa tidaknya, semua senaman yang muncul di kaca TV memaparkan perempuan yang tidak menutup aurat dan kalau menutup aurat sekalipun, di dalam keadaan yang cukup tidak sempurna seperti berbaju T dan berseluar track. Walhal pakaian bagi wanita Muslimah yang diwajibkan oleh Allah di dalam Al-Quran adalah berjilbab dan bertudung labuh. Perbuatan perempuan yang tidak bertudung atau bertudung pendek, terkinja-kinja melompat ke sana-sini, berbaring, berlakunya ikhtilath (percampuran) di antara kaum lelaki dan banyak lagi perbuatan lainnya, semuanya adalah haram!

Justeru, semua bentuk senaman ini juga mesti difatwakan haram oleh Majlis Fatwa. Kita tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya sama ada Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan fatwanya terhadap senaman-senaman lain yang jelas-jelas haram di sisi Islam, walaupun tidak terdapat unsur pemujaan sekalipun. Janganlah hendaknya MFK memilih-milih untuk berhukum dengan hukum Allah ini kerana jelas bahawa membeza-bezakan hukum Allah ini adalah suatu perkara yang pastinya mengundang murka dan azab dari Allah swt. FirmanNya:

“...Apakah kamu hanya beriman kepada sebahagian (dari isi) Kitab dan kufur (mengingkari) akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan dimasukkan mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu kerjakan. Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan” [TMQ al-Baqarah (2):85-86].


Filed under having 0 Ulasan