Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

OBAMA,AMERIKA DAN YAHUDI LAKNATULLAH!!!

by AURA JIHAD

Ramai orang berpendapat dan berharap kejayaan Obama menjadi Presiden Amerika pertama yang berketurunan kulit hitam akan membuka lembaran baru sejarah AS. Harapan yang tinggi diletakkan ke atas Obama hanya semata-mata kerana ‘warna kulit’ yang diwarisi dari ayahnya yang berasal dari Kenya, walaupun ibunya berkulit putih keturunan Amerika, yang selama ratusan tahun lamanya tidak ada seorang pun presiden Amerika yang sekulit dengannya, lantas menjadikan Obama sangat istimewa.

Sebagaimana Eropah, AS juga adalah sebuah negara Kapitalis, cuma bezanya dengan Kapitalis Eropah adalah kerana kebanyakan negara Eropah dikuasai oleh ‘bangsa’ atas sifatnya sebagai negara-bangsa (nation states) seperti Jerman, Britain, Perancis, Sepanyol dan Itali. Presiden AS walaupun selama ini kesemuanya terdiri daripada keturunan kulit putih, namun baik ekonomi mahupun politik AS banyak dikuasai oleh ‘bangsa Yahudi’ yang merupakan penduduk minoriti negara tersebut.

Di dalam buku The New Jerusalem karangan Michael Collins Piper yang dicetak oleh American Free Press yang juga telah dialih bahasakan oleh Saba Islamic Media, banyak mendedahkan pengaruh dan kekuasaan bangsa Yahudi dalam industri, ekonomi, sistem pendidikan, sektor kewangan dan juga pentadbiran negara AS.

Kaum Yahudi dikenali sebagai kaum yang tidak mempunyai negara tetap, walaupun sudah adanya Israel di Timur Tengah sejak kurun ke 20 lepas, namun kaum Yahudi masih tetap terkenal sebagai bangsa yang selalu berpindah-randah dari satu negara ke negara yang lain, menduduki sebuah negara yang kaya dan menguasai ekonomi negara tersebut dan lama kelamaan menguasai politik negara tersebut.

Menurut buku The New Jerusalem, seperempat daripada orang-orang terkaya di AS adalah terdiri daripada Yahudi, dan 30% daripada bilionairnya adalah terdiri dari orang Yahudi, walaupun kaum Yahudi hanya mewakili 3% dari penduduk AS. Hanya terdapat dua buah parti politik di AS iaitu parti Demokrat dan Republikan yang terdiri kebanyakan oleh golongan kaya-raya, pemilik modal, pemilik industri dan yang menguasai sektor kewangan AS.

Apabila seseorang calon Demokrat atau Republikan diketengahkan untuk bertanding dalam pilihan raya AS, maka calon yang akan diketengahkan tersebut dipilih berdasarkan sejauh mana dia boleh melaksanakan polisi-polisi kedua-dua parti tersebut, yakni polisi-polisi yang memihak kepada Israel dalam konflik Timur Tengah. Ini kerana kebanyakan ahli-ahli Republikan dan Demokrat adalah golongan pemilik modal yang kaya-raya dan kebanyakan golongan tersebut adalah golongan Yahudi.

Maka, tidak menghairankan bahawa Obama yang merupakan keturunan separa kulit hitam, semasa berkempen untuk menjadi Presiden AS pernah mengatakan bahawa Israel mesti selalu wujud sebagai negara Yahudi dan pelarian Palestin tidak boleh kembali ke wilayah asal mereka, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Jerusalem Post pada 29 Januari 2008.

Kedudukan AS sebagai sebuah negara Kapitalis tidak berbeza dengan negara Kapitalis Eropah yang dikuasai oleh golongan kaya-raya. Negara-negara Kapitalis Eropah seperti Jerman dikuasai oleh Kapitalis berbangsa Jerman, Britain dikuasai Kapitalis British, Perancis dikuasai oleh Kapitalis Perancis, Itali dikuasai oleh Kapitalis Itali. Bezanya adalah AS dikuasai oleh golongan Kapitalis yang kaya-raya yang kebanyakannya dari bangsa atau kaum Yahudi.

Walaupun Presiden AS adalah beragama Kristian, yang berbeza dengan agama Yahudi, tetapi lobi Israel dalam ekonomi dan politik AS menjadikan Israel adalah negara yang paling banyak menerima bantuan kewangan dari AS dan juga polisi-polisi luar negara dan dalam negara AS banyak memihak kepada Israel, tanpa mengira perbezaan agama yang wujud di antara keduanya.

Oleh itu tidak hairanlah jika Ariel Sharon pernah mengatakan kepada Shimon Peres pada 3 October 2001, yang dilaporkan oleh radio Kol Yisrael: “Saya nak beritahu anda suatu yang sangat jelas, jangan khuatir terhadap tekanan Amerika terhadap Israel. Kami orang Yahudi menguasai Amerika, dan orang Amerika mengetahuinya”.

William Fullbright, seorang senator AS dan pengerusi Hal Ehwal Luar AS mengatakan dalam suatu siaran televisyen ABC’s Face the Nation bahawa “Israel menguasai Dewan Senat Amerika Syarikat. Kami sepatutnya lebih mengutamakan kepentingan Amerika Syarikat”.

Thomas More, Pengerusi Joint Chiefs of Staff semasa Presiden Reagen mengatakan: “Saya tidak pernah melihat seorang Presiden saya, tidak kira siapakah dia, yang berani menentang orang-orang Yahudi”.

Charles Lindbergh seorang juruterbang, pengembara dan penulis di AS pernah mengatakan: “Ianya membingungkan saya. Mereka (Israel) selalu mendapat apa yang mereka kehendaki. Israel mengetahui apa yang sedang berlaku sepanjang masa. Sekiranya orang Amerika mengetahui bahawa mereka (kaum Yahudi) menguasai kerajaan kami, maka orang Amerika akan mengangkat senjata. Tetapi orang kami tidak mengetahui apa yang sedang berlaku. Bahaya yang besar yang berlaku di negara ini adalah penguasaan dan pengaruh Yahudi dalam media, surat khabar, radio dan kerajaan kami”.

Jadi sebagai Muslim kita perlu sedar bahawa, kejayaan Obama langsung tidak ada kena mengena dengan kebebasan, hak sama rata atau ‘perubahan’ yang akan dibawanya. Sokongan padu kepada Yahudi dan dasar Obama terhadap Timur Tengah dan dasar beliau terhadap umat Islamlah yang telah memastikan kemenangan Obama, yang disokong sepenuhnya oleh Yahudi laknatullah. Obama tidak akan merubah polisi luar AS sebagai sebuah negara Kapitalis penjajah, apa yang berubah adalah ‘pendekatan’ yang berbeza yang digunakan oleh Obama, berbanding dengan Bush sebelum ini. Polisi luar AS adalah tetap, yakni penjajahan ke atas umat Islam, memerangi pengganas (baca: umat Islam) dan berpihak sepenuhnya kepada Yahudi Zionis. Keadaan inilah yang nampaknya akan diteruskan oleh Presiden kulit hitam yang baru ini, sebagaimana presiden-presiden kulit putih sebelumnya.

Wallahu a’lam

Filed under having 0 Ulasan  

KETUA NEGARA ISLAM WAJIB MUSLIM,TIDAK KIRA BANGSA APA PUN!!!

by AURA JIHAD

Baru-baru ini kepimpinan Singapura menegaskan bahawa republik itu belum bersedia memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat, yang menunjukkan bahawa penduduk negara itu sebenarnya bersikap realistik terhadap politik majoriti dan perkauman, kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Rais seterusnya berkata, berdasarkan pendirian itu, seluruh rakyat Malaysia juga seharusnya menerima hakikat bahawa majoriti yang memegang tauliah politik di negara ini ialah orang Melayu kerana orang Melayu mempunyai kuasa politik terbesar.

Setelah kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh pemimpin Singapura, maka pemimpin Malaysia dengan beraninya pun menyatakan perkara yang sama. “Saya berani katakan bukan Melayu pun belum sampai masanya menjadi Perdana Menteri di Malaysia dan ia tidak akan menjadi kenyataan sebab majoriti tenaga politik di sini ialah Melayu,” kata Rais Yatim kepada Utusan Malaysia dengan gagah beraninya. Kita tertanya-tanya apakah anak Negeri Sembilan ini berani bersuara sedemikian jika Singapura tidak terlebih dahulu memperkatakannya?

Khamis lalu, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman. Dengan mengambil Obama sebagai contoh, Tee Keat berkata: “Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).”

Isu ini perlu dirujuk kepada fundamental politik yang berlangsung di Malaysia dan Singapura. Sesebuah negara yang diasaskan kepada ‘bangsa’ pasti menjadikan agenda bangsa sebagai pengikat negara tersebut. Misalnya undang-undang yang disepakati, pastinya mengandungi unsur-unsur diskriminasi (hak istimewa) yang pastinya akan melebihkan ‘bangsa’ yang memerintah negara tersebut. Bangsa Cina yang mendominasi pemerintahan Singapura pastinya akan melebihkan orang-orang Cina. Begitu jugalah dengan bangsa Melayu yang mendominasi pemerintahan Malaysia yang pastinya akan melebihkan orang-orang Melayu di dalam apa jua bidang. Inilah sebahagian sindrom pembinasa dari wacana politik sekular yang mengundang seribu satu masalah di kalangan umat manusia yang berbilang bangsa.

Soal kepimpinan perlu dianjak ke tahap ideologis, bukan sekadar bangsa atau ruang geografi (termasuk wilayah atau benua) kerana ideologi meresap ke dalam pemikiran umat tanpa mengenal batas atau sempadan. Ideologi yang merosak seperti kapitalisme-demokrasi dan sosialisme-komunis yang diamalkan di dalam pemerintahan sesebuah negara, telah memaparkan kepada kita corak-corak kehidupan yang pincang fitrah. Ia sangat mengganggu keamanan dan kesejahteraan manusia. Buktinya, dunia tak pernah aman dari penindasan, intimidasi, huru-hara, pergolakan, diskriminasi dan kacau-bilau tatkala ideologi buatan manusia ini memerintah.

Islam sebagai sebuah ideologi yang diwahyukan kepada Muhammad SAW pernah mentadbir 2/3 daratan bumi. Sejarahnya penuh gilang gemilang tercatat dalam nota-nota sejarah yang terpercaya. Keagungan syariah mentadbir pelbagai bangsa, ras dan warna kulit meninggalkan kesan yang sangat bererti sebagai sebuah kehidupan yang aman harmoni. Ini adalah kerana setiap inci peraturannya disusun atur oleh Sang Pencipta yang Maha Perkasa, bukan manusia. Manusia tidak berhak mencipta peraturannya sendiri melainkan menjalankan peraturan Allah dengan sempurna.

Antara elemen yang menjadikan Islam sebagai ideologi yang terhebat adalah soal kepemimpinan. Islam tidak mengukur ‘bangsa’ sebagai suatu standard agar kepimpinan dikuasai oleh suatu bangsa/kaum tertentu. Bahkan Islam menyatakan siapa pun jua yang layak memerintah, tidak kira apa ‘bangsa’nya sekalipun, maka dia boleh memerintah, dengan syarat dia adalah Muslim, bukannya kafir. Dan dia wajib memerintah dengan menerapkan hukum Allah, bukannya hukum buatan sendiri. Khalifah, selaku ketua negara yang menjalankan perintah Allah SWT secara sempurna tidak disyaratkan mesti bangsa tertentu, bahkan sesiapa sahaja di kalangan kaum Muslimin layak menjawatnya. Lagi pula, jawatan itu bukan dijawat demi meraih kepentingan tertentu seperti untuk kepentingan ‘bangsa’ atau keturunannya, tetapi ia memerintah untuk kepentingan umat Islam secara khususnya dan untuk kepentingan umat manusia secara amnya.

Allah mewajibkan ke atas manusia agar memerintah negara, malah memerintah dunia dengan jalan yang telah ditetapkanNya, yakni Islam. Allah telah menetapkan bahawa hanya manusia yang beriman sahaja yang boleh menjadi kepala negara dan memegang tampuk pemerintahan. Manakala bagi manusia yang tidak beriman (kafir) mereka tidak boleh memegang apa jua jawatan pemerintahan di dalam negara Islam. Kedudukan mereka yang ‘tidak beriman’ (kafir) kepada Allah itu sendiri telah merupakan satu kesalahan, apatah lagi mereka ingin memegang tampuk pemerintahan. Bumi ini wajib diperintah mengikut peraturan Allah, bukan peraturan manusia, dan hal ini tidak akan terjadi jika yang memegang tampuk pemerintahan adalah mereka yang kufur kepada Allah. Inilah hukum Islam dan ketetapan dari Allah yang wajib ditaati oleh semua manusia, agar manusia dan bumi yang diciptakanNya ini sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. Jika ketetapan ini tidak ditaati, maka tidak akan amanlah dunia (sebagaimana sekarang) dan manusia yang melanggar perintah Allah itu bakal berhadapan dengan azab Allah yang amat pedih di akhirat kelak. Na’uzubillah min zalik.

Filed under having 0 Ulasan  

PATUTKAH UMAT ISLAM BERHARAP PADA OBAMA?

by AURA JIHAD


PATUTKAH UMAT ISLAM BERHARAP PADA OBAMA?

Pada 5 November lepas, satu sejarah telah tercipta di Amerika Syarikat (AS) apabila Barack Obama memenangi pilihan raya Presiden, sebagai presiden kulit hitam pertama di Amerika dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari kuasa Eropah. Obama, 47, yang mewakili Parti Demokrat mengenepikan pencabarnya daripada Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi melepasi undi minimum sebanyak 270 bagi melayakkan seseorang calon untuk diisytihar menang bagi menduduki White House. Dengan kemenangan tersebut, ucapan tahniah datang mencurah-curah, bukan sahaja dari Amerika, malah dari seluruh dunia, termasuk dunia Islam yang nampaknya bergembira dengan kemenangan Obama. Kemenangan calon kulit hitam pertama ini seperti telah memberi satu harapan baru kepada dunia sehingga pemimpin dunia Islam pun menaruh harapan yang tinggi kepada anak keturunan Kenya ini, seolah-olah seorang ‘pengaman’ dunia telah muncul.

Rata-rata pemimpin umat Islam, termasuk yang bergelar ulama sekalipun mengucapkan tahniah dan menaruh harapan yang tinggi kepada Obama yang pernah bersekolah di Indonesia semasa kecilnya dahulu. Harapan menggunung yang diletakkan ke atas Obama antara lain adalah kerana kemarahan dan kebencian mereka terhadap Bush, yang selama ini terkenal dengan segala kemusnahan dan kekejaman yang telah dilakukannya ke atas umat Islam. Jadi, para pemimpin dunia Islam menaruh harapan yang tinggi kepada presiden Amerika yang ke-44 ini.

Tidaklah salah untuk umat Islam menaruh harapan kepada Obama. Tetapi malangnya umat Islam yang mengharap itu seolah-olah tidak pernah mengikuti perkembangan ucapan dan pendirian Obama selama tempoh beliau berkempen untuk menjadi orang nombor satu di negara Uncle Sam tersebut. Sesungguhnya ‘pendirian’ seseorang calon presiden terhadap polisi luarnya ke atas negara umat Islam memang merupakan satu agenda penting yang mesti dibawa semasa berkempen dan boleh menentukan kalah-menang calon tersebut di dalam pilihan raya. Di sinilah kita sebagai umat Islam mesti meneliti setiap ucapan seseorang calon presiden itu agar kita tahu apakah kita boleh ‘meletakkan harapan’ kepada mereka atau tidak.

Obama Oh Obama!

Jika diteliti sepanjang kempennya untuk menduduki jawatan presiden, Obama menyatakan dengan jelas banyak perkara mengenai pendiriannya terhadap umat Islam dan negara-negara umat Islam. Berhubung peperangan di Iraq misalnya, Obama memang dari awal seolah-olah menentang peperangan ke atas Iraq, namun dalam masa yang sama beliau juga tidak bersetuju dengan tarikh tepat untuk mengundurkan tentera AS dari Iraq. Ini kerana keberadaan pasukan AS di Iraq amat penting bagi meneruskan kesinambungan polisi AS di Timur Tengah, termasuklah antaranya konfrontasi tentera dengan Iran, Syria dan Selatan Lebanon.

Obama telah beberapa kali menekankan bahawa kebanyakan dari pasukan AS di kawasan berkenaan sepatutnya ditempatkan di kawasan-kawasan yang lain juga seperti Kuwait, bukannya meletakkan kesemuanya di Iraq. Obama juga dengan jelas menyatakan bahawa perang sebenar adalah di Afghanistan bukannya Iraq. Inilah sebabnya kenapa Obama memilih untuk mengundurkan tentera dari Iraq agar mereka dapat ditempatkan di Afghanistan dan Pakistan, negara di mana AS sebenarnya sedang menghadapi peperangan yang tidak diisytiharkannya (undeclared war). Obama secara terbuka mengulangi berkali-kali janjinya bahawa beliau akan memperluaskan penguasaan (baca: penaklukan) mereka di Afghanistan, menambahkan bilangan tentera mereka di sana serta memperluaskan lagi operasi dan mensistematikkan lagi serangan-serangan mereka di sempadan (cross-border attacks). Dengan kata lain, perancangan Obama sesungguhnya tidak jauh berbeza dengan Bush, malah beliau sebenarnya hanya memperkukuhkan lagi perancangan jahat yang telah selama ini dimulakan oleh Bush di bumi Iraq, Afghanistan dan sekitarnya.

Di Pakistan pula, dengan pertolongan Musharraf, Bush selama ini telah menjadikan bumi umat Islam ini tidak lebih sebagai gelanggang utama untuk menjatuhkan segala bom dan peluru untuk membunuh kaum Muslimin yang di labelnya sebagai teroris. Dan hal ini tidak ada beza sedikit pun dengan Obama yang dengan terang lagi nyata ingin melancarkan perang ke atas Pakistan jika Musharraf enggan bertindak demikian terhadap umat Islam yang digelarnya ‘militan’. Obama dalam satu temu ramah menyatakan, “Ketidakstabilan di Pakistan sekarang telah terpesong dari demokrasi. Kebangkitan golongan militan Islam di dalam negara tersebut yang Musharraf tidak dapat atasi dengan berkesan, inilah yang pada pendapat saya mengancam kestabilan di rantau itu.” Belum pun menjadi presiden, Obama telah dengan nyatanya berhasrat untuk membunuh saudara-saudara kita di Pakistan. Subhanallah!

Langsung tidak ada beza dengan Bush, Obama turut ingin membawa demokrasi ke Pakistan dan untuk memastikan demokrasi tersebut dilaksanakan, darah dan nyawa umat Islam adalah galang gantinya. Darah dan nyawa ini menjadi ‘harga’ yang akan diambilnya dari umat Islam demi sebuah sistem yang bergelar ‘demokrasi’ yang ingin diterapkannya di Pakistan. Kini, dengan kedudukan Asif Ali Zardari sebagai Presiden, yang hakikatnya telah pun mempersembahkan taat setianya kepada Amerika sama seperti Musharraf, polisi Obama ke atas Pakistan nampaknya akan dapat diteruskan dengan mudah. Jika selama ini Zardari boleh ‘menyembah’ Bush tanpa berbelah bahagi, dengan kehadiran Obama sebagai tuan barunya, Zardari nampaknya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk menyerahkan nyawa umat Islam di Pakistan kepada Obama. War on terror pastinya akan diteruskan oleh Obama tanpa ragu-ragu ke atas kaum Muslimin di Pakistan, dengan kerjasama penuh dari Zardari. Obama sesungguhnya telah pun mengisytiharkan secara terbuka bahawa rejimnya akan meneruskan lagi agenda ‘war against terrorism’ di Pakistan dengan lebih sistematik, serangan berskala besar di darat dan udara (large-scale ground and air attacks). Ini bermakna, Obama hanya akan memperluaskan lagi gelanggang untuk menumpahkan darah umat Islam di Pakistan ke kampung-kampung, bandar, pinggir bandar dan lain-lain kawasan atas alasan memerangi ‘pengganas’.

Di antara sikap Obama yang penting yang mesti diketahui oleh umat Islam adalah pendiriannya terhadap Israel. Semasa berucap di AIPAC (American Israel Public Affairs Committee) pada Jun 2008, Obama dengan lantang dan tegas menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada negara haram tersebut. Beliau mendapat tepukan gemuruh dari hadirin setiap kali menyuarakan sokongan penuh kepada negara dan bangsa yang dilaknat Allah itu. Antara lain Obama menyatakan, “Saya tahu apabila saya melawat AIPAC, saya adalah di kalangan kawan (dengan Israel), kawan yang sangat baik. Kawan yang berkongsi komitmen yang kuat untuk memastikan ikatan antara AS dan Israel tidak akan terputus hari ini, tidak akan terputus besok dan tidak akan terputus selama-lamanya”

Semasa memperkata dan mempertahankan tentang kewujudan negara haram Israel, Obama dengan tegas menyatakan bahawa, “We know that the establishment of Israel was just and necessary, rooted in centuries of struggle and decades of patient work but sixty years later we know that we cannot relent, we cannot yield and as president I will never compromise when it comes to Israel’s security.” (Kita tahu bahawa kewujudan negara Israel adalah suatu yang adil dan perlu, yang telah dihasilkan dari perjuangan yang berabad lamanya dan kesabaran usaha yang berdekad tempohnya. Namun sesudah 60 tahun kemudian, kita tahu bahawa kita tidak boleh berlembut dan kita tidak boleh menyerah kalah dan sebagai presiden saya tidak akan sekali-kali berkompromi bila melibatkan keselamatan Israel).

Obama seterusnya dengan lantang dan tegas memberikan komitmennya untuk menjaga Israel dari sebarang ancaman dengan mengatakan, “Kesepakatan (alliance) kita sekarang adalah berteraskan kepentingan bersama dan nilai bersama. Sesiapa sahaja yang mengancam Israel, bermakna ia mengancam kami (AS). Israel senantiasa menghadapi ancaman ini secara terang-terangan. Dan saya akan membawa ke White House sebuah komitmen yang tidak berbelah bahagi (unshakeable committment) terhadap keselamatan Israel, bermula dengan memastikan keupayaan kualitatif ketenteraan Israel. Saya akan memastikan yang Israel dapat mempertahankan dirinya dari sebarang ancaman dari Gaza hingga ke Tehran. Kerjasama pertahanan antara AS dan Israel adalah satu kejayaan dan mesti diperhebatkan lagi. Sebagai presiden, saya akan melaksanakan satu Memorandum Kesefahaman (MoU) yang memperuntukkan bantuan sebanyak 30 bilion kepada Israel pada dekad hadapan ini, sebagai pelaburan kepada keselamatan Israel yang tidak akan terikat kepada mana-mana negara sekalipun.”

Amerika Adalah Negara Kafir Harbi

Wahai kaum Muslimin! Janganlah hendaknya kita menilai seseorang itu dengan warna kulitnya, tetapi kita mestilah menilai apa yang ada di dalam pemikirannya yang dizahirkan melalui lisan atau perbuatannya. Kita mungkin merasakan atau mengharap bahawa seorang presiden Amerika yang berkulit hitam lebih baik dari yang berkulit putih, kerana telah sekian lama mereka yang berkulit hitam ditindas oleh mereka yang berkulit putih di negara besar tersebut. Namun, warna kulit pada hakikatnya tidak mencerminkan apa-apa, kerana akidah dan pemikiranlah yang menjadi ukuran. Presiden Amerika, siapa pun jua hendaklah dinilai dari sudut akidah dan pemikiran yang dimilikinya. Seorang presiden yang berkulit putih sudah hampir meninggalkan rumah putihnya, dan rumah putih tersebut bakal dihuni pula oleh seorang presiden berkulit hitam, namun apa yang nyata adalah akidah/ideologi yang dianuti keduanya adalah sama. Bertukarnya penghuni Rumah Putih ternyata sama sekali tidak menukar sistem yang dibawa oleh mereka. Ideologi kufur Kapitalis tetap digalas oleh siapa pun jua yang masuk ke mahligai syaitan itu.

Kita perlu ingat bahawa Amerika adalah negara kepala, pendukung dan pengembang Ideologi kufur Kapitalis dan Obama hanyalah sebahagian darinya. Amerika adalah sebuah negara yang dipimpin oleh segolongan kuffar dengan segala hukum-hakam kufur diterapkan di dalamnya di mana Barack Obama kini menjadi ‘ketua’ kepada semua golongan kuffar Kapitalis tersebut. Kita semua tahu berapa ramai di antara golongan kuffar tersebut yang bencikan Islam dan umat Islam dan kita semua tahu bahawa tabiat hidup penganut Kapitalis adalah untuk mencapai sebanyak mungkin kemewahan dunia dan mereka tidak akan pernah berhenti berfikir bagaimana untuk menguasai dunia dengan segala sumber-sumbernya. Dan kita semua tahu bahawa kebanyakan sumber kekayaan dunia berada di negara umat Islam. Justeru, apakah kita mengharapkan presiden baru Amerika ini hanya akan berdiam diri melihat kekayaan yang melimpah ruah yang ada di dunia Islam, walhal dia boleh menguasai semuanya? Malah dia boleh menguasai kesemuanya dengan begitu mudah kerana pemimpin-pemimpin umat Islam yang ada pada hari ini adalah para pengkhianat yang telah pun selama ini menyerahkan kekayaan negara dan nyawa umat Islam di negara mereka kepada Amerika.

Justeru, sungguh sedih apabila ada di kalangan pemimpin dan ulama Islam yang boleh mengucapkan tahniah dan berharap kepada Obama untuk membawa perubahan kepada dunia amnya dan dunia Islam khususnya, seolah-olah dengan terlantiknya Obama sebagai presiden kulit hitam pertama AS, seorang ‘superman’ yang akan menyelamatkan dunia telah muncul. Mereka seperti tidak dapat mengambil pengajaran bahawa George Bush laknatullah dahulu pun membawa misi yang sama iaitu ingin membawa keamanan kepada dunia melalui sistem demokrasi yang dijajanya ke seluruh dunia Islam. Dan selama dua penggal memegang jawatan presiden, kita semua tahu bahawa ‘keamanan’ yang dimaksudkan oleh Bush adalah dengan membunuh dan memerangi semua umat Islam yang tidak menyokongnya, menakluk negeri umat Islam dan mengaut segala hasil buminya. Hanya dengan pembunuhan ke atas golongan umat Islam yang dilabelnya pengganas dan menakluk negara umat Islam, maka barulah dunia akan mengecapi keamanan; inilah tafsiran ‘keamanan’ bagi Bush. Bukti sekarang terpampang di depan mata bahawa tafsiran keamanan yang sama yang kini dibawa pula oleh Obama.

Sebagai Muslim, berfikirlah dengan jernih berdasarkan akidah Islam yang kita miliki ini, apakah kita patut menaruh harapan kepada pengganti Bush ini seolah-olah dunia akan dinaungi rahmat kerana kemenangannya? Bukankah dunia hanya akan berada di bawah rahmat jika orang Islam yang memerintah dunia dengan hukum-hukum Allah? Justeru, apakah Obama yang akan meneruskan Ideologi Kapitalis dan melaksanakan hukum-hukum kufurnya ke atas dunia patut kita berasa gembira di atas kemenangannya? Sesungguhnya kemenangan Obama sekali-kali tidak akan merubah status Amerika Syarikat sebagai sebuah negara kafir harbi (kafir yang memerangi umat Islam). Dan sesungguhnya Islam telah merincikan hukum-hakam yang wajib kita ambil terhadap negara kafir harbi seperti Amerika, Israel, Britain dan sekutu-sekutu mereka. Sayangnya ruang yang terhad di dalam nasyrah ini tidak mengizinkan kami untuk menjelaskan hukam-hakamnya dengan terperinci.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya kemenangan Obama tidak akan merubah landskap politik dunia. Dunia tetap tidak akan aman dan tidak akan berada di bawah naungan rahmat dan keberkatan dari Allah. Hanya dengan kepimpinan dunia berada di bawah tangan seorang Khalifah yang berakidahkan Islam dan dengan penerapan hukum Allah secara kaffah, maka barulah keamanan yang sebenar akan tercapai dan rahmat Allah akan tercurah ke atas kita semua. Perubahan sebenar yang sepatutnya diharapkan (dan diusahakan) oleh umat Islam adalah perubahan/penggantian sistem dunia kepada sistem Islam (sistem Khilafah), bukannya penggantian seorang yang berkulit putih dengan seorang yang berkulit hitam yang tetap membawa sistem Kapitalis yang sama. Perubahan sebenar yang sepatutnya diharapkan (dan diusahakan) oleh umat Islam adalah dengan tertegaknya kembali Daulah Khilafah, yang akan menerapkan hukum Allah dari tujuh petala langit. Sesungguhnya dunia tidak akan berubah hanya dengan terlantiknya seorang kafir yang akan memerintah dengan hukum-hukum kufur, tetapi dunia akan berubah apabila dibai’atnya seorang Khalifah yang akan memerintah dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.

Apabila fatwa Majlis Fatwa dibantah...

by AURA JIHAD

PUTRAJAYA 10 Nov. - Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk bukan Islam diberi amaran agar tidak mencabar kewibawaan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) kerana ia membabitkan hukum berdasarkan sumber nas al-Quran, Sunah, Ijmak dan Qias. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, golongan itu perlu menghormati fatwa tanpa bersikap semberono mempertikaikan sesuatu hukum berasaskan logik akal semata-mata untuk kepentingan liberalisme bagi kelompok tertentu.

Zahid mengulas laporan sebuah portal berita Jumaat lalu mengenai tindakan NGO bukan Islam, Katagender dan Food-not-Bombs berdemonstrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan perlakuan 'penkid' atau wanita menyerupai lelaki baru-baru ini. Portal berita itu juga menyiarkan temu bual dengan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah mempersoalkan fatwa tersebut yang disifatkan cuba mengongkong cara hidup seseorang termasuk dalam soal berpakaian.

Inilah sebahagian dari senario kehidupan di negara Malaysia yang sekular ini. Konsep pemisahan agama dari kehidupan yang diamalkan sejak sekian lama menyebabkan sesiapa sahaja boleh melanggar hukum syarak, baik Muslim mahupun non Muslim. Bagi golongan kafir, aspek kehidupan mereka langsung tidak berpandukan agama, manakala bagi Muslim sekular pula, agama hanyalah sebatas ibadat. Justeru, wujudlah ruang-ruang dan saluran-saluran mahupun aspirasi yang membolehkan agama ditentang dan tidak ditaati. Apa yang perlu ditaati dan tidak boleh dilawan adalah Perlembagaan dan undang-undang buatan manusia yang ada, manakala hukum-hakam Al-Quran boleh saja ditentang dan diingkari, kerana yang paling tinggi adalah Perlembagaan, bukannya Al-Quran. Jadi, tidak hairanlah jika ada kelompok yang sanggup menentang Majlis Fatwa.

Ini dari satu sisi. Dari sisi yang lain, oleh sebab ‘undang-undang Islam’ yang mesti ditaati adalah yang keluar dari Majlis Fatwa, bukannya yang terpancar dari akidah berdasarkan Quran dan Sunah, maka jika ada golongan yang menentang Majlis Fatwa, hal ini dipandang berat oleh sesetengah pihak. Namun, jika ada perempuan yang tidak menutup aurat, yang perbuatan ini jelas-jelas haram tetapi tidak difatwakan, maka Menteri yang ‘menjaga agama’ sekalipun tidak akan merasa apa-apa, walaupun ratusan ribu perempuan yang tidak menutup aurat. Tidak akan ada amaran yang dikeluarkan (atau tindakan yang diambil) bagi mereka yang tidak mematuhi perintah Allah, sebaliknya jika tidak mematuhi majlis fatwa, maka ini menjadi satu kesalahan.

Demonstrasi NGO yang membantah keputusan majlis fatwa memanglah sepatutnya di ambil tindakan. Namun persoalan yang ingin kita tanyakan adalah, mengapakah perkara ini boleh terjadi? NGO yang melawan hukum Islam (bukan melawan Majlis Fatwa) wajiblah diambil tindakan uqubat ke atas mereka yakni berupa ta’zir yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Masalahnya adalah, perkara ini sendiri terjadi kerana tidak diterapkannya ta’zir atau sistem uqubat Islam di Malaysia yang menyebabkan golongan ini berani naik kepala. Sekiranyalah uqubat Islam yang dilaksanakan, nescaya mereka tidak akan berani berdetik sedikit pun kerana mereka tahu akibat dari perbuatan mereka (yang melawan hukum syarak) adalah ta’zir yang berat dari negara.

Inilah yang menjadi akar permasalahan, kerana tidak diterapkannya Islam di dalam kehidupan bernegara, menyebabkan golongan kuffar boleh bertindak sesuka hati melawan hukum Allah. Sistem sekular yang diamalkan pada hari inilah yang menjadi punca kepada ‘keberanian’ mereka ini mencabar hukum Islam. Justeru, siapakah yang bersalah di dalam hal ini? Siapakah yang di tangan mereka ada kuasa untuk menerapkan hukum-hakam Islam jika bukan dari kalangan mereka yang memerintah?

Kedudukan ‘fatwa’ itu sendiri pun sebenarnya bukanlah untuk diterapkan di dalam negara, ia cuma sekadar menjadi ‘pedoman’, bukannya peraturan. Ia seolah-olah sebuah ‘pengumuman’ yang dikeluarkan oleh pihak majlis agar ‘diketahui’ hukumnya oleh orang Islam. Namun, jika ada yang melanggarnya, maksudnya dalam kes ini, jika masih ada golongan penkid yang berleluasa, tidak akan ada satu bentuk hukuman (uqubat) pun yang akan dikenakan. Ini kerana, kuasa untuk menghukum atau membuat undang-udang terletak pula di tangan anggota dewan rakyat atau dewan undangan negeri, bukannya di tangan majlis fatwa. Jadi, fungsi ‘fatwa’ yang dikeluarkan adalah tidak lebih dari sekadar ‘pengumuman’ untuk dijadikan panduan oleh umat Islam.

Kita seharusnya menyedari hakikat ini, bahawa kehidupan sekular di Malaysia ini sentiasa menafikan peranan agama dalam kehidupan. Jadi, kerajaan yang sekular sudah tentulah akan melahirkan sistem kehidupan yang rosak di dalam negara baik ke atas kaum Muslimin mahupun non Muslim. Justeru, ayuhlah kita tolak sekular dan tegakkan Islam.

Filed under having 0 Ulasan  

Purata 83 Kes Pendaftaran Anak Luar Nikah Setiap Hari,Beginilah keadaan sosial di negara yang mengamalkan undang-undang kufur...

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 10 Nov - Di sepanjang era pemerintahan kerajaan sekular Malaysia sejak lapan tahun lalu, gejala sosial di kalangan muda-mudi semakin parah. Itulah realiti yang dapat kita katakan apabila meneliti laporan dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat 29 November lepas, iaitu sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu. [Kosmo 30.10.2008]

Berasaskan laporan rasmi ini pihak HTM telah mengunjurkan sedikit pengiraan statistik untuk melihat sejauh mana parahnya kejadian ini. Jika kita meneliti dari data yang diberikan sejak tahun 2000 sehingga Julai 2008 ini bermakna memakan masa selama 103 bulan, dan bilangan harinya adalah 3090 hari (103 X 30).

Secara purata di mana ada hampir 2,500 (iaitu 257,411 ÷ 103) kes anak luar nikah setiap bulan didaftarkan secara rasmi, dan ini bermakna setiap hari secara purata Jabatan Pendaftaran menerima 83.3 kes (257411 kes ÷ 3090 hari) pendaftaran anak luar nikah. Ini juga bermakna secara statistiknya satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam masa 17 minit 17 saat.

Pembuangan bayi juga semakin parah di mana sebanyak 228 kes buang bayi direkodkan di seluruh negara sepanjang 2004 hingga tahun 2006. Kes paling banyak dilaporkan di Selangor dengan 69 kes, 59 kes berlaku di Johor, seterusnya 29 kes bagi Sabah dan 25 kes berlaku di Sarawak. Ini bermakna, secara puratanya setiap bulan sebanyak 6.33 (228/36) kes buang bayi berlaku. Jadi, jika dinisbahkan dengan hari, maka pada setiap 5 hari 1 jam ada seorang bayi yang dibuang.

Data dan statistik di atas menunjukkan bagaimana parahnya masalah sosial dan perzinaan yang berlaku di Malaysia, terutamanya di kalangan muda-mudi yang melakukan perbuatan jijik dan keji itu. Angka-angka yang diberikan di atas bukanlah menunjukkan angka yang sebenar kerana semua orang tahu kes yang tidak dilaporkan jauh melebihi jumlah yang dilaporkan. Ini adalah kerana ada beberapa kes anak luar nikah didaftarkan dengan nama bapa angkat tanpa di kesan oleh Jabatan Pendaftaran, sebagai contoh ada doktor swasta di JB yang menguruskan anak luar nikah yang diberi sijil kelahiran kepada keluarga yang inginkan anak. Ada juga kejadian pasangan yang cepat-cepat bernikah setelah tahu ‘perut kembung’, banyak kes yang mengebumikan anak hidup atau mati yang tidak dijumpai dan banyak ke yang mana kandungan digugurkan di hospital swasta.

Inilah natijah yang dapat kita saksikan dengan adanya idea kebebasan dan budaya kuning dari Barat yang diterapkan di Negara kita. Maksiat merajalela hasil dari penerpan sistem sekular, kes-kes zina, kelakuan bebas, judi dan arak sudah menjadi lumrah. Pergaulan bebas hanya di pandang enteng oleh Negara dan tidak ada uqubat (hukuman) dari negara ke atas pelaku-pelaku maksiat tersebut.

Namun jika benar-benar sistem Islam diterapkan nescaya kejadian yang parah ini pastinya dapat dibendung dari awal. Ini kerana di dalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat bagi lelaki dan wanita, bentuk pakaian wanita Muslimah, cara memandang wanita dan sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca kepada pintu penyimpangan seksual yang mengakibatkan kerosakan akhlak dan lain-lain. Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan (nizham) yang tertentu. Dalam mengatur hubungan antara lelaki dan perempuan, Islam telah meletakkan beberapa ketetapan seperti:

(1) Islam telah memerintahkan kepada manusia, baik lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan [An-Nur (24):30-31];

(2) Islam memerintahkan kepada wanita untuk mengenakan pakaian secara sempurna, tudung dan jilbab, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya [An Nur (24):31] dan [Al-Ahzab (33):59];

(3) Rasulullah bersabda, "Tidak dibolehkan seorang wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan hari akhirat untuk melakukan perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika disertai mahramnya." [HR. Bukhari dan Muslim].

(4) Rasulullah juga bersabda, "Tidak diperbolehkan seorang lelaki dan seorang wanita berkhalwat, kecuali jika wanita itu disertai mahramnya" [HR. Muslim]

(5) Islam melarang wanita untuk keluar rumahnya kecuali dengan izin suaminya;

(6) Islam sangat menjaga agar dalam kehidupan khusus hendaknya jamaah (komuniti) kaum wanita terpisah dari jamaah (komuniti) kaum lelaki;

(7) Islam sangat menjaga agar hubugan kerjasama antara lelaki dan wanita hendaknya bersifat umum dalam masalah muamalah; bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya atau berjalan-jalan bersama;

(8) Islam mengambil berat dalam memelihara keturunan dan nasab. Bahkan Islam menentukan hukuman rejam bagi penzina Muhsan (sudah berkahwin);

(9) Islam menetapkan bahawa penzina bukan Muhsan dihukum 100 kali sebatan [an-Nur (24):2].

Dalam perlaksanaan sistem yang dianjurkan oleh Islam, tanggungjawab untuk memastikan ketetapan-ketetapan yang telah digariskan oleh Islam terletak ditangan setiap ahli masyarakat dan juga negara. Masyarakat wajib mengubah kemungkaran yang dilihatnya, manakala Negara pula adalah satu institusi pelaksana (qiyan tanfizi) yang penting, yang mana Negaralah yang akan menghukum (uqubat) setiap orang yang melanggar hukum Allah.

Jadi, dengan kata lain kehidupan itu wajib diatur dengan sistem Islam, dan jika masih wujud pelanggaran, maka Negaralah yang akan mengenakan hukuman terhadap setiap pelaku maksiat tersebut dan hukuman itu mestilah uqubat Islam, bukannya hukuman akal ciptaan manusia. Perlaksanaan hukuman Islam ini akan mewujudkan dua fungsi iaitu sebagai zawajir (pencegahan) dan jawabir (penebus dosa di akhirat). Muhammad Ismail di dalam kitabnya, Fikrul Islam telah menghuraikan bahawa sistem Islam dapat mencegah manusia dari melakukan tindakan kejahatan sebab, bilamana dia melakukan juga kejahatan itu dia akan berhadapan dengan masyarakat dunia dan negara dengan sistem hukuman yang datang dari Al-Khaliq itu sendiri. Di akhirat kelak ia akan menghadapi azab Allah yang sangat pedih lagi menyeksakan. [untuk bacaan lanjut, sila lihat GEJALA PIMAI-PIMAI TANGTU

Filed under having 0 Ulasan  

Baik Bush mahupun Obama, dasar luar AS adalah penjajahan

by AURA JIHAD

Barack Obama kini telah secara rasminya menjadi Presiden Amerika Syarikat, walaupun belum memulakan perkhidmatan sepenuhnya. Kejayaan beliau telah digambarkan dunia sebagai kejayaan untuk suatu perubahan. Ramai di kalangan umat Islam telah menjangka bahawa akan ada perubahan dalam polisi luar Amerika Syarikat iaitu polisi yang menjadikan Amerika Syarikat lebih akrab kepada umat Islam di dunia ini. Kita telah pun melihat bagaimana pendirian Obama yang saling tak tumpah dengan Bush dalam mempertahankan Isreal dan juga dalam menangani war on terror (war on Islam). Selepas ini, kita akan terus melihat sejauh manakah Obama akan bertindak sebagai 'orang terkuat dunia' apabila Obama mengutarakan idea-ideanya dalam beberapa minggu ini. Kita semua tahu bahawa polisi luar Amerika Syarikat sejak dulu (sejak selepas perang dunia kedua) adalah kolonial atau penjajahan, yakni colonialism adalah polisi yang tak akan diubah oleh Amerika Syarikat. Apa yang akan berubah adalah pendekatan yang berbeza yang mungkin diambil oleh Obama, yakni Obama mungkin memilih pendekatan multilateral berbeza dengan Bush yang mempunyai pendekatan unilateral.

Berikut adalah secebis sedutan dari buku “Mafahim Siyasah Li Hizbit Tahrir” (Konsep-konsep Politik Hizbut Tahrir) yang dikarang oleh Taqiuddin an-Nabhani pada tahun 1969 yang membincangkan latar-belakang dan sikap Amerika Syarikat. Ia boleh dijadikan panduan untuk memberikan analisis kepada polisi-polisi di bawah pentadbiran Presiden Obama.

Perkembangan Amerika Syarikat sebagai kuasa dunia

Selama beberapa dekad Amerika Syarikat telah dijajah oleh Eropah khususnya Britain dan dibahagikan kepada beberapa negeri. AS mulanya memberontak berperang menentang kolonialisasi Britain dan berjaya menghalau keluar penjajah Britain dari negaranya. Wilayah-wilayah Amerika Syarikat telah bersatu membentuk suatu kesatuan yang besar. Negara baru ini kemudiannya menakluki beberapa wilayah dan membentuk negara yang lebih besar daripada dahulu sebagaimana sekarang ini. Amerika Syarikat mempunyai 51 buah wilayah kecil dan mempunyai kedudukan yang kuat di dunia dan berupaya melindungi kedua-dua benua Amerika daripada penjajahan Eropah, dan menjadi dunia yang lain yang dikenali sebagai dunia baru.

AS dibina melalui suatu sistem yang cekap dan aktif. Mereka merangka suatu sistem pemerintahan demokratik tetapi unik, yang berakar umbikan kepada kefahaman undang-undang untuk manusia dan dilaksanakan oleh manusia. Mereka tidak merangka pemerintahan yang sesuai secara logik tetapi secara praktik dan realistik dan ini dapat dilihat melalui cara pemilihan Presiden dan kuasa yang diberikan kepadanya, peranannya di dalam merangka kuasa di dalam wilayah yang lain.

Kefahaman terhadap sistem pemerintahan tersebut dapat dilihat dalam adanya kesatuan yang kuat terhadap negara yang didasarkan kepada sistem tersebut, walaupun sistem AS adalah sistem kesatuan. Juga kefahaman tersebut adalah jelas dalam pemilihan calon Presiden mereka dan pemilihan kerajaan negeri. Kesemua ini menjadikan AS negara yang kuat dalam masa yang singkat. Sebelum Perang Dunia Kedua, AS kekal mengasingkan diri mereka daripada keadaan politik dunia luar dan berpuas hati dengan kehidupan di negara mereka sendiri. Tetapi selepas Perang Dunia Kedua, AS mula mengorak langkah keluar daripada pengasingan tersebut dan mula mencorakkan politik dunia dan mengehadkan kuasa-kuasa negara lain di dunia ini.

Di AS, terdapat dua parti politik besar iaitu Demokrat dan Republikan. Polisi bertulis dan juga polisi yang diikuti oleh kedua parti adalah tidak banyak berbeza di antara satu sama lain. Kedua parti ini mengikut satu program, dan tidak banyak perubahan berlaku ketika berlaku perpindahan kekuasaan dari parti yang pertama kepada parti yang kedua tersebut, sama ada polisi luar atau polisi dalam negara. Sekiranya ada perubahan yang berlaku, ianya adalah disebabkan oleh keadaan sekeliling dan bukan pertukaran dalam program parti masing-masing. Parti Demokrat adalah parti yang ulung dan merupakan parti untuk rakyat sebab mempunyai sokongan majoriti penduduk AS. Oleh itu sokongan majoriti Kongres adalah sentiasa berpihak kepada parti Demokrat. Manakala Parti Republikan adalah parti yang lebih muda usianya dan adalah parti yang terdiri oleh golongan kaya-raya, yakni majoriti ahli-ahli mereka terdiri daripada golongan yang mempunyai aset yang besar dan memiliki industri dan syarikat yang besar. Parti tersebut juga mempunyai golongan elit dan tidak berminat untuk mendapatkan sokongan daripada orang biasa. Sekiranya sistem pilihan raya AS adalah berlainan, maka parti tersebut tidak mempunyai peluang untuk memenangi pilihan raya disebabkan oleh ianya adalah parti minoriti.

AS sepertimana negara Kapitalis yang lain adalah dikuasai oleh pemilik-pemilik modal yang besar dan ahli perniagaan yang kaya raya. Mereka mempunyai kesan terhadap polisi AS. Oleh kerana setiap orang mempunyai hak menjadi rakyat AS dan mempunyai kesan terhadap pemerintahan, sama ada melalui pilihan raya atau kritikan, sistem pemerintahan di AS kelihatan seolah-olah sistem pemerintahan yang dihasilkan oleh setiap orang individu rakyat AS dan ini adalah menjangkau melebihi mana-mana negara Kapitalis lain di dunia. Disebabkan oleh kekayaan yang banyak, modal insan yang ramai dan ahli pemikir yang ramai, dan diiringi oleh suasana kebebasan yang aktif, kekuatan AS adalah kekuatan yang benar dan bukan khayalan atau imaginasi.

Walaupun AS bukan berasaskan kepada suatu golongan tertentu, tetapi golongan masyarakat dari tempat berlainan, kerakyatan adalah menjadi penghubung kepada masyarakat majmuk di AS. Sekiranya seorang pendatang tinggal di AS selama beberapa tahun dan mengambil kerakyatan AS, ia menjadi lebih prihatin kepada negara AS daripada prihatin kepada negara asalnya. Ini disebabkan oleh kekuatan yang terdapat dalam individu masing-masing sebagai rakyat AS dan perhubungan di antara mereka.

Polisi luar AS adalah polisi golongan kaya raya yang mempunyai monopoli dalam perindustrian dan sektor kewangan, yakni polisi luar adalah polisi penjajahan yang tidak mempunyai nilai-nilai luhur dan mulia. Walaupun ramai ahli politik Amerika selalu kelihatan terlalu ‘simple’ dan kadangkala bodoh, tetapi secara amnya mempunyai pemikiran mendalam melebihi daripada ahli politik lain di dunia ini.

Mereka berupaya untuk membawakan perubahan secara cepat dan berupaya menyelesaikan masalah dengan cekap. Kemungkinan dengan adanya keperluan untuk menjajah, taraf pendidikan yang tinggi dan kepintaran telah mempengaruhi aktiviti politik mereka. Mereka melihat dunia luar sebagai suatu ladang yang besar yang dimiliki oleh mereka dan melihat negara-negara yang tidak mempunyai sebarang pengaruh sepatutnya akur kepada AS yang merupakan negara terkuat dan berpengaruh.

Ini adalah ringkasan terhadap realiti AS sebagai negara penjajah dan mestilah dilayan sebagai penjajah. Walau bagaimanapun kita mestilah sentiasa awas bahawa AS mempunyai kekuatan sebagai sebuah negara, bangsa dan mempunyai pengaruh yang kuat. Langkah pertama untuk berhadapan dengan AS adalah melakukan pendedahan tentang sikap penjajahan AS dan memaksanya supaya balik ke zaman pengasingan mereka, kepada Dunia Baru mereka. Senjata ideologi dan juga senjata politik adalah berguna untuk tujuan tersebut. Juga adalah bermakna sekiranya mempengaruhi idea mereka secara dalaman di samping menghalang tindak-tanduk politik dan polisi luar mereka.

[Mafahim Siyazah, Taqiuddin an-Nabhani, 1969]

Filed under having 0 Ulasan  

Apakah yang umat Islam boleh harapkan dari Obama (dari mulutnya sendiri)?

by AURA JIHAD

Kaum Muslimin boleh mendengar dan menilai sendiri pendirian Obama terhadap umat Islam dan negara umat Islam di dalam banyak ucapannya di sepanjang kempennya untuk menjadi presiden AS. Dengarlah dan fikirlah sama ada wajar atau tidak bagi umat Islam menaruh harapan kepada presiden kulit hitam pertama AS ini.









Kami cuba mendiktekan video di atas dan menterjemahnya sebaik mungkin untuk perhatian pembaca, namun terdapat beberapa kalimah yang tidak dapat kami pastikan (ditanda dengan.....).

Obama on Pakistan (Obama berhubung Pakistan)

“Leading democratic presidential candidate Senator Barrack Obama issued a warning to Pakistan today saying, he would be prepared to order military attack against Al-Qaeda target in Pakistan with or without the approval of Islamabad.”

Calon presiden Demokrat yang sedang mendahului (Senator McCain), Senator Barrack Obama telah mengeluarkan satu amaran kepada Pakistan hari ini bahawa dia bersedia untuk mengarahkan serangan tentera ke atas sasaran Al-Qaeda di Pakistan sama ada dengan atau tanpa kelulusan dari Islamabad.

“There are terrorists holding up on those mountains who murdered 3000 Americans. If we have actionable intelligence about high valued terrorist target, and President Musharraf will not act, we will.”

Terdapat pengganas yang bersarang di pergunungan sana yang telah membunuh 3000 rakyat Amerika. Jika kita ada dakwaan perisikan yang boleh dipercayai terhadap sasaran pengganas dan Presiden Musharraf enggan bertindak, maka kita akan bertindak.

“Pakistan’s instability right now is turning away from democracy. The rise of Islamic militants inside the country that he (Musharraf) has not effectively dealt with, all of those I think threaten stability in the region”.

Ketidakstabilan di Pakistan sekarang telah terpesong dari demokrasi. Kebangkitan golongan militan Islam di dalam negara tersebut yang Musharraf tidak dapat atasi dengan berkesan, inilah yang pada pendapat saya mengancam kestabilan di rantau itu.

Obama on friendship with Israel (Obama dan persahabatannya dengan Israeel)

“I know that when I visit AIPAC, I am among friends, good friends, friends who share my strong commitment to make sure that the bond between the US and Israel is unbreakable today unbreakable tomorrow, unbreakable forever”.

Saya tahu apabila saya melawat AIPAC, saya ada di kalangan kawan -dengan Israel-, kawan yang sangat baik. Kawan yang berkongsi komitmen yang kuat untuk memastikan ikatan antara AS dan Israel tidak akan terputus hari ini, tidak akan terputus besok dan tidak akan terputus selama-lamanya.

Obama on shared values with Israel (Obama dan nilai yang dikongsi bersama dengan Israel)

“The bond between the US and Israel is rooted in a more than our shared national interest, it is rooted in shared values and shared stories about people. And as president I will work with you to ensure that it is this bond is strengthened”.

Ikatan antara AS dan Israel bukan sahaja terhasil dari perkongsian kepentingan kebangsaan kita, tetapi ia berakar umbi dari perkongsian nilai-nilai dan kisah-kisah tentang rakyat (kita). Dan sebagai presiden, saya akan bekerjasama dengan anda bagi memastikan ikatan ini tetap utuh.

Obama on understanding Zionism (Obama dalam memahami Zionism)

“And I understood the Zionist idea that there is always a homeland at the centre of our story”.

Dan saya memahami pemikiran Zionis bahawa akan sentiasa ada tanahair di dalam kisah (persoalan) kita.

Obama on just establishment of Israel (Obama akui kewujudan Israel adalah adil)

“We know that the establishment of Israel was just and necessary, rooted in centuries of struggle and decades of patient work but sixty years later we know that we cannot relent, we cannot yield and as president I will never compromise when it comes to Israel security.”

Kita tahu bahawa kewujudan negara Israel adalah suatu yang adil dan perlu, yang telah dihasilkan dari perjuangan yang berabad lamanya dan kesabaran usaha yang berdekad tempohnya. Namun sesudah 60 tahun kemudian, kita tahu bahawa kita tidak boleh berlembut dan kita tidak boleh menyerah kalah dan sebagai presiden saya tidak akan sekali-kali berkompromi bila melibatkan keselamatan Israel.

Obama on his commitment to Israel (Obama dan komitmennya terhadap Israel)

“When I went to Israel flying in IDF helicopter I saw a narrow beautiful strip of land…..against the Mediterranean. On the ground I met a family who saw their house destroyed by Katyusha rocket. I spoke to Israeli troops who faced daily threat as they maintain security near the blue line. I talked to people who wanted nothing simpler or more illusive that is to secure future for their children. I have been proud to be a part of a strong Bipartisan consensus that is stood by Israel in the face of all threat. That is a commitment that both John McCain and I share, because support for Israel in this country goes beyond party”.

Bila saya pergi ke Israel dengan menaiki helikopter IDF, saya melihat satu jaluran tanah yang cantik…..berhadapan laut Mediterranean. Apabila berada di bumi, saya berjumpa sebuah keluarga yang melihat rumah mereka dimusnahkan oleh roket Katyusha. Saya bercakap dengan pasukan tentera Israel yang menghadapi ancaman saban hari demi menjaga keselematan berdekatan dengan garisan biru. Saya berbual dengan orang yang hanya mahukan sesuatu yang mudah dan ilusif iaitu semata-mata (mahukan) keselamatan masa depan anak-anak mereka. Saya merasa bangga menjadi sebahagian daripada persetujuan Bipartisan bersama yang kuat iaitu berdiri dengan Israel menghadapi segala ancaman ini. Inilah komitmen yang saya dan McCain kongsi bersama, kerana sokongan kepada Israel tidak mengira parti.

Obama on the Middle East (Obama berhubung isu Timur Tengah)

“Hamas now controls Gaza, Hizbullah is tying its grip on Southern Lebanon and it is flexing his muscles in Beirut. Because of the war on Iraq, Iran always posed a greater threat to Israel than Iraq. It is emboldened and poses the greatest…..challenge to the US and Israel in the Middle East to the generations. Iraq is unstable and Al-Qaeda has stepped up its recruitments. Israel’s quests for peace with its neighbour .....despite the heavy burden borne by the Israeli people and America is more isolated in the region reducing our strength and jeopardising Israel’s safety”.

Hamas kini menguasai Gaza, Hizbullah pula sedang memperkuat penguasaannya di selatan Lebanon dan menguatkan cengkamannya di Beirut. Oleh kerana perang di Iraq, Iranlah yang selalu menjadi ancaman kepada Israel, bukannya Iraq. Hal ini terlalu nyata dan menjadi ancaman dan cabaran yang besar kepada AS dan Israel di Timur Tengah untuk beberapa generasi. Iraq berada dalam keadaan tidak stabil manakala Al-Qaeda pula telah mempertingkatkan rekrutmen/latihan anggota baru mereka. Usaha Israel untuk menjalin keamanan dengan negara-negara jirannya….meskipun menyebabkan rakyat Israel terpaksa memikul beban yang berat dan Amerika menjadi semakin terasing di kawasan itu, melemahkan kita dan membahayakan keselamatan Israel.

Obama refusing to blame Israel (Obama enggan menyalahkan Israel)

“And there are those who would weigh all the problems of the Middle East at the door step of Israel and its supporters as if the Israeli-Palestinean conflict is the root of all the trouble in the region. These voices blame the Middle East’s only democracy for the region’s extremist. They are for the false promise that abandoning….would ally somehow the path to strength. It is not, is has never been and it never will be”.

Dan ada antara mereka yang meletakkan seluruh masalah Timur Tengah di hadapan pintu Israel dan penyokongnya seolah-olah konflik Israel-Palestin ini merupakan punca kepada semua masalah di Timur Tengah. Suara-suara ini menyalahkan satu-satunya demokrasi di Timur Tengah sebagai penyebab kepada ekstrimisme di kawasan tersebut. Mereka percaya kepada janji palsu bahawa dengan meninggalkan…..ia akan membawa kepada kekuatan. Ini tidak benar, tidak pernah berlaku dan pasti tidak akan berlaku.

Obama on ensuring $30 billion for Israels military expenditure (Obama jamin $30 bilion perbelanjaan tentera untuk Israel)

“Our current alliance is based on shared interest and shared value. Those who threaten Israel threaten us. Israel has always faced these threats on the frontline. And I would bring to the White House an unshakable commitment to Israel’s security that starts with ensuring Israel qualitative military advantage. I will ensure that Israel can defend itself from any threat, from Gaza to Tehran. Defence co-operation between the US and Israel is a model of success and it must be deepened. As President I will implement a memorandum of understanding that provides 30 billion in assistance to Israel over the next decades, investment to Israel security that will not be tied to any other nations”.

Kesepakatan kita sekarang adalah berteraskan kepentingan bersama dan nilai bersama. Sesiapa sahaja yang mengancam Israel, bermakna ia mengancam kami -AS-. Israel senantiasa menghadapi ancaman ini secara terang-terangan. Dan saya akan membawa ke White House satu komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap keselamatan Israel, bermula dengan memastikan keupayaan kualitatif ketenteraan Israel. Saya akan memastikan bahawa Israel dapat mempertahankan dirinya dari sebarang ancaman dari Gaza hingga ke Tehran. Kerjasama pertahanan antara AS dan Israel adalah satu kejayaan dan mesti diperhebatkan lagi. Sebagai presiden, saya akan melaksanakan satu Memorandum Kesefahaman (MoU) yang memperuntukkan bantuan sebanyak 30 bilion kepada Israel pada dekad hadapan ini, sebagai pelaburan kepada keselamatan Israel yang tidak akan terikat kepada mana-mana negara sekalipun.

Filed under having 0 Ulasan  

Apakah Negara Khilafah Wajib Membayar Hutang Luar 'Rejim' Sebelumnya?

by AURA JIHAD

Soalan:

Jika Daulah Khilafah Islamiyah telah tertegak nanti, bagaimanakah Daulah mengatasi masalah hutang luar negeri yang telah diambil oleh ‘rejim’ sebelumnya? Bagaimana pula dengan jumlah riba yang telah pun dipersetujui untuk dibayar oleh ‘rejim’ sebelumnya? Dari manakah Daulah mendapat dana untuk pembayaran sisa hutang luar negeri yang diwariskan oleh ‘rejim’ sebelumnya?

Jawapan:

Hutang luar negeri merupakan senjata berbahaya yang menjadi alat negara-negara Kapitalis dalam menguasai negara-negara membangun. Hutang yang semakin meningkat akan semakin menyukarkan negara peminjam melunaskannya. Sangat mencekik darah, bahkan, ada negara yang sehingga terpaksa menggadaikan aset nasionalnya untuk membayar hutang tersebut. Ironinya, bukan semua hutang tersebut adalah kepunyaan pemerintah, malahan syarikat swasta juga turut menikmati ‘bantuan’ tersebut, sehingga negara terpaksa menjaminnya.

Terdapat juga satu keadaan yang seumpama hutang ‘luar negeri’ di dalam sebuah sistem pemerintahan kufur yang bersifat federasi, di mana wujudnya kerajaan pusat yang mempunyai kuasa tersendiri dan kerajaan negeri mempunyai kuasa tersendiri, walaupun hakikatnya mereka adalah berada dalam negara yang satu. Sebagai contoh di Malaysia, apa yang terjadi baru-baru ini di mana kerajaan negeri Kelantan mendedahkan bahawa hutang negeri Kelantan yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga kini sebanyak RM220.26 juta telah dibayar oleh kerajaan PAS. Daripada jumlah tersebut RM56.46 juta adalah kadar faedah (bunga) yang dikenakan dan jumlah pokok hutang yang dibayar adalah sebanyak RM162.8 juta [harakahdaily.net 29 Okt 2008].

Sebelum menjawab persoalan di atas, maka sebagai Muslim, kita hendaklah meletakkan kerangka berfikir yang benar terlebih dahulu, yakni kita mesti keluar dari keadaan fakta yang ada sekarang ini. Kerangka berfikir kita hendaklah syar’ie dan syar’ie semata-mata. Janganlah hendaknya di campur adukkan dengan undang-undang kufur yang ada di dalam sistem Kapitalis ini. Kita berbicara dalam konteks Daulah Khilafah yang menerapkan hukum Allah dan Rasul dan dalam pemerintahan Daulah Khilafah, tidak dibenarkan seorang individu Muslim ataupun negara melakukan pendekatan dan penyelesaian selain daripada hukum Islam, termasuk dalam hal hutang luar negeri 'warisan rejim terdahulu'.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mewajibkan kepada kita, baik selaku individu mahupun penguasa di dalam Daulah Khilafah Islamiyah, untuk sentiasa terikat dengan berbagai transaksi (akad), baik antar sesama Muslim mahupun antara Muslim dengan orang-orang atau negara kafir. Dengan syarat, selama transaksi/akad tersebut tidak bertentangan dengan sistem hukum Islam. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah akad-akad itu.” [TMQ al-Ma'idah (5):1]

Ayat ini berbentuk perintah (dengan kategori wajib) dari Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kaum Muslimin untuk selalu bertindak sesuai dengan kontrak (akad) yang telah mereka lakukan. Hutang luar negeri, sama ada yang dilakukan oleh perseorangan, institusi/syarikat, mahupun negara adalah termasuk dalam salah satu jenis akad, iaitu transaksi hutang-piutang. Apabila seseorang, syarikat, ataupun negara, berhutang dengan pihak lain sama ada dengan perseorangan, institusi/syarikat, mahupun negara lain, maka mereka wajib menunaikan kontrak itu hingga transaksi tersebut selesai/berakhir, iaitu dilunaskan segala hutang yang ada.

Berubahnya keadaan masyarakat ataupun sistem pemerintahan dan undang-undang tidak menggugurkan hutang. Misalnya, hutang yang dilakukan oleh seseorang, sebuah syarikat ataupun pemerintah sebelum berdirinya Daulah Khilafah, tetap menjadi hutang yang wajib dibayar oleh mereka. Jika Khilafah telah berdiri, sementara hutang belum dilunaskan, transaksi hutang-piutang yang sudah mereka akadkan/sepakati tidak gugur begitu saja. Hukum untuk menepati berbagai akad adalah wajib, selama akad-akad tersebut tidak bertentangan dengan hukum Islam.

Di samping itu, Daulah Khilafah, tatkala baru berdiri nanti, mestilah memperhatikan kedudukan/keadaan politik antarabangsa. Dalam hal ini, Daulah mesti mencipta imej yang baik di tengah-tengah masyarakat antarabangsa, sebagai Daulah yang adil, bertanggung jawab dan berusaha mendapat sokongan masyarakat antarabangsa untuk menghadapi negara-negara besar yang memusuhi dan memerangi Khilafah. Salah satu ‘manouver’ (percaturan) yang akan dilakukan Khilafah dalam menarik perhatian masyarakat antarabangsa adalah dengan tetap membayar sisa baki hutang pokok ‘rejim’ sebelumnya.

Jadi, bagaimana caranya Daulah Khilafah membayar sisa baki hutang pokoknya, dari manakah dana yang akan diperoleh Daulah Islam ini nanti untuk membayar hutang-hutang ‘rejim’ sebelumnya ?

Menanggapi persoalan ini, ada beberapa langkah yang harus ditempuh oleh Daulah Islamiyah, antaranya:

(1) Mesti dipisahkan antara hutang luar negeri yang dilakukan oleh pemerintah sebelumnya dengan hutang yang dilakukan oleh pihak swasta (baik perseorangan mahupun syarikat). Ini kerana hal ini terkait persoalan ‘siapakah’ yang berkewajiban untuk membayar. Jika hutang itu hutang swasta, maka merekalah yang wajib membayar. Sebaliknya, jika hutang itu melibatkan penguasa ‘rejim’ sebelum munculnya Khilafah, maka barulah Khilafah (selaku) penguasa yang baru, wajib mengambil alih sisa baki hutangnya. Ini kerana akad terdahulu itu adalah berlaku di antara ‘government to government’ (penguasa dengan penguasa).

(2) Sisa pembayaran hutang luar negeri hanya meliputi baki hutang pokok (prinsipal) saja, tidak termasuk bunga (riba), kerana, syariat Islam jelas-jelas mengharamkan apa jua bentuk riba. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kalian orang-orang yang beriman.” [TMQ al-Baqarah (2):278].

Ayat ini mewajibkan Daulah Islamiyah, individu mahupun syarikat mana pun yang memiliki hutang luar negeri, membayar/melunaskan sisa baki pokoknya sahaja dan diharamkan sama sekali untuk membayar bunga/riba hutang tersebut.

(3) Meskipun diwajibkan untuk melunaskan sisa baki pokok hutang luar negeri, Daulah Khilafah mestilah menggunakan berbagai cara untuk meringankan bebannya dalam pembayaran; boleh dilakukan lobi agar pihak pemiutang bersedia memberikan cut offrescheduling (penjadualan semula) pembayaran hutang yang lebih panjang waktunya.

(4) Hutang ‘rejim’ yang sebelumnya, akan dibayar oleh Daulah dengan mengambil seluruh harta kekayaan yang dimiliki secara tidak sah oleh penguasa ‘rejim’ sebelumnya serta kroni-kroni mereka. Deposit (harta/wang simpanan) mereka di pelbagai bank luar negeri sama ada di Switzerland, Kepulauan Cayman, Singapura dan lain-lain, akan dijadikan jaminan oleh Daulah bagi pembayaran sisa hutang luar negeri. Jumlah deposit harta kekayaan para penguasa Muslim yang zalim, yang ada di luar negeri ketika ini sebenarnya ‘lebih dari cukup’ untuk melunaskan warisan hutang luar negeri ‘regim’ sebelumnya. Namun, seandainya jumlah keseluruhan deposit harta kekayaan mereka masih kurang untuk melunasi sisa hutang, khilafah haruslah mengambil alih hutang tersebut dengan mengambil peruntukan dari pendapatan Daulah. Misalnya, Daulah boleh menggunakan harta yang berasal dari diwan jizyah, usyur atau mana-mana badan syarikat milik Daulah. Khilafah mestilah menghindarkan sejauh mungkin penggunaan harta yang berasal dari pemilikan umat (seperti hasil hutan, bahan galian, dan sebagainya) untuk pembayaran hutang. Sebab, yang berhutang adalah penguasa ‘rejim’ sebelumnya, bukannya rakyat dalam ‘rejim’ tersebut.

(5) Sementara itu, hutang luar negeri yang dilakukan oleh pihak swasta (baik secara individu mahupun syarikat) maka perkara ini diserahkan kepada mereka untuk membayarnya. Misalnya, boleh dengan menyita dan menjual aset syarikat yang mereka miliki. Jika jumlahnya masih kurang untuk menutupi hutang luar negerinya, Daulah Islamiah boleh mengambil secara paksa harta kekayaan mahupun deposit (harta/wang simpanan) para pemilik syarikat sebagai jaminan pembayaran hutang luar negeri mereka. Kenyataannya, amat banyak para konglomerat yang memiliki simpanan harta kekayaan peribadi yang luar biasa jumlahnya dan disimpan di luar negeri. Terhadap simpanan mereka di luar negeri, Daulah boleh menjadikannya sebagai jaminan pelunasan hutang-hutang mereka. Namun, jika jumlah harta kekayaan mereka belum mencukupi juga, maka Daulah Khilafah mestilah mengambil-alih dan membayar hutang-hutang mereka, kerana Daulah adalah penjaga dan pemelihara (ra’in) atas seluruh rakyatnya.

Seperkara penting yang perlu diperhatikan adalah, baik individu, syarikat mahupun Daulah, hutang yang dilunaskan itu hendaklah jumlah pokok (prinsipal)nya sahaja, dan haram sama sekali untuk membayar walau satu sen pun jumlah riba yang ada.

Demikianlah, beberapa langkah praktikal yang boleh dilakukan oleh Daulah Islamiyah untuk mengatasi beban warisan hutang luar negeri ‘rejim’ penguasa sebelumnya. Penyelesaian ini hendaklah dilakukan tanpa mengganggu gugat aset harta kekayaan yang dimiliki oleh rakyat, yang dikelola oleh Daulah untuk kemaslahatan dan kemakmuran seluruh masyarakat.

Penyelesaian ini, selain mengikut jalan yang Allah redhai, pada masa yang sama, akan dapat mengelakkan cengkaman negara-negara Barat Kapitalis ke atas negeri-negeri kaum Muslimin. Ia juga akan dapat memutuskan ketergantungan yang membahayakan negeri-negeri Islam kepada negara kuffar. Tambahan lagi, penyelesaian yang dilakukan secara syar’ie ini pastinya akan memberikan keyakinan diri yang amat besar bagi kaum Muslimin bahawa mereka memiliki hukum-hakam yang jelas dan sempurna dan kaum Muslimin mampu untuk menghadapi apa jua tentangan di bawah naungan Khilafah.

Namun demikian, ketika ini tidak ada satu negeri Islam pun atau seorang penguasa dari semua penguasa Muslim yang ada, yang berani dan tegas untuk memutus ikatan hutang luar negeri yang mereka hadapi, berdasarkan hukum Allah. Sungguh malang bagi umat Islam kerana pemimpin mereka, walaupun dilihat Islamik, namun masih tidak dapat lari dari kerangka berfikir sekular Kapitalis dan langsung tidak mempunyai gambaran yang jelas dan terperinci tentang hukum Islam. Sudahnya, mereka masih menggunakan undang-undang kufur dan membayar hutang ‘rejim’ yang ditinggalkan sebelumnya yang dicampur adukkan terus dengan jumlah riba yang begitu besar, walhal hakikatnya mereka memahami bahawa keharaman riba adalah qat’i di dalam Al-Quran dan juga Sunnah. Firman Allah SWT,

“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian adalah disebabkan mereka berkata: “Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba” padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) dan urusannya terserah kepada Allah. Orang yang mengulangi (perbuatan mengambil riba itu) maka orang itulah adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” [TQM al-Baqarah (2):275]

Sabda Rasulullah SAW,

“Rasululllah saw melaknat pemakan riba (yang mengambil riba), yang membayar riba, yang menjadi pencatat dan dua orang yang menjadi saksi dan baginda bersabda, ‘Mereka semua sama” [HR Muslim]

Wallahu a’lam.
(pemutihan). Jika langkah ini berjaya, bererti ia tidak lagi menjadi beban Daulah. Namun jika cara ini gagal, untuk mengurangkan tekanan beban pembayaran dalam sela waktu yang amat pendek, boleh diminta

Abdullah yang tak mengenal kalah dalam memperjuangkan benda yang sia-sia...

by AURA JIHAD

KEPALA BATAS, 9 Nov. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan terus berjuang untuk memperkasa dan memartabatkan Umno walaupun tidak lagi menerajui parti itu selepas Mac ini. Presiden Umno itu berkata, beliau akan berjuang bersama Umno bahagian Kepala Batas untuk memastikan kerjasama di kalangan anggota parti terus kukuh dan memperolehi kejayaan yang cemerlang. “Banyak orang tanya adakah ini ucapan good bye saya kepada Kepala Batas tetapi saya kata mana boleh good bye kepada Kepala Batas. Abdullah juga melahirkan perasaan terharu dengan kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh anggota parti di bahagian itu kerana terus mencalonkan beliau sebagai ketua bahagian. Beliau turut menyorot beberapa sumbangan penting yang dibuat oleh bahagian itu selama ini antaranya mengusulkan tarikh kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos 1957 dan agama Islam sebagai agama rasmi negara. [Utusan Malaysia]

Nampaknya semangat Pak Lah terus membara atau ‘buat-buat’ membara untuk terus berkhidmat di dalam Umno, sebuah parti assabiyyah sekular yang semakin usang ini. Walaupun telah ditolak oleh ahli akar umbi Umno serta para pemimpin Umno sendiri, Pak Lah masih lagi ingin tetap setia untuk meneruskan perjuangan bersama Umno. Nampaknya Pak Lah masih tetap ingin mempertahankan kekuatan Umno, walaupun seribu satu macam kucar-kacir berlaku di dalam pemilihan Umno sekarang. Di sepanjang perhimpunan Umno di seluruh negara, ahli-ahlinya bergaduh sesama sendiri, bercakaran dan beradu domba sesama mereka untuk merebut jawatan, tidak ubah seperti sekumpulan budak kecil yang berebutkan ais krim. Pak Lah nampaknya masih belum merasa malu dan terpukul dengan gelagat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Umno yang selama ini ‘dibimbingnya’ ke jalan kebenaran di bawah Islam Hadhari.

Memang susah untuk memisahkan orang-orang Umno, apatah lagi pemimpin Umno dari parti assabiyyah Melayu terbesar ini selagi mana ‘manfaat’ yang ada di dalam Umno masih mengikat sesama mereka. Hanya mereka yang ikhlas takutkan Allah sahajalah yang akan sanggup bertalak tiga dengan Umno. Firman Allah,

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka”.

Rasuah, pergaduhan, permusuhan, fitnah dan sebagainya semangnya tidak pernah dapat dihapuskan setiap kali menjelangnya pemilihan Umno. Sebagai rakyat Malaysia, kita semua tahu bahawa kebanyakan pemimpin Umno adalah pemimpin masyarakat dan juga merupakan pemimpin negara. Justeru, hakikatnya adalah, kita sekarang mempunyai pemimpin yang penuh dengan rasuah, pergaduhan, permusuhan, fitnah dan pelbagai maksiat lainnya yang dilakukan oleh mereka. Golongan inilah yang memimpin kit sekarang. Namun, golongan inilah yang tidak pernah takutkan azab Allah, dengan meninggalkan ajaran Islam, Kitabullah dan Sunah RasulNya di dalam pemerintahan mereka.

Ingatlah wahai mereka yang memimpin, bahawa Rasulullah SAW di akhir hayatnya telah berpesan kepada umatnya untuk berpegang kepada 2 perkara yang akan ditinggalkannya, dimana apabila berpegang dengannya, mereka tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan sunnahnya. Mafhum mukhalafah dari hadis ini adalah, barangsiapa yang tidak berpegang dengan Kitabullah dan Sunah RasulNya, maka mereka akan berada di dalam kesesatan yang nyata.

Dan bukankah Rasulullah SAW telah bersabda bahawa,

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Tetapi apa yang sedihnya adalah Pak Lah di akhir-akhir hayatnya ini masih lagi ingin terus memberikan kesetiaannya kepada Umno, sebuah parti assabiyyah terbesar di Malaysia yang telah nyata haramnya berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Di samping itu, Pak Lah juga tidak pernah merasa bersalah dengan warisan Islam Hadhari yang akan beliau tinggalkan kepada ahli-ahli Umno. Suatu konsep yang celaru lagi kelabu bagi umat Islam itu sendiri. Semasa pemerintahan Islam Hadhari-lah, kadar jenayah semakin meningkat, gejala sosial semakin meningkat, rasuah di dalam kerajaan semakin meningkat dan segala kemaksiatan lainnya terus meningkat dari hari ke hari. Ternyata, apa yang dibawa oleh ajaran Islam Hadhari adalah bertambah suburnya maksiat dan jenayah di dalam negara.

Di saat-saat akhir hayatnya ini, Pak Lah seharusnya mula bertafakur di sejadah dan menilai semula dosa-dosa yang telah beliau lakukan selama ini bersama Umno yang tidak pernah menerapkan hukum Allah di Malaysia. Peluang untuk berubah dan bertaubat masih terbuka selagi nyawa masih di badan. Buatlah kebaikan dengan sisa-sia kekuasaan dan sisa-sisa usia yang ada, semoga akan ada hujah di depan Allah kelak pada suatu

“Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, kecuali orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang bersih” [TMQ asy-Syu’ara’(26):88-89]
[TMQ al-Hadiid(57):16].

Filed under having 0 Ulasan  

Ex-gratia : Rakyat menjadi mangsa sistem kehakiman sekular yang KUFUR!!!

by AURA JIHAD

Teka-teki jumlah ex-gratia yang dibayar kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan lima lagi bekas hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman, 20 tahun lalu terjawab apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan jumlah yang dibayar adalah RM10.5 juta. Dari jumlah ini, Salleh menerima bayaran tertinggi dengan RM5 juta, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh (RM2 juta), Tan Sri George Edward Seah Kim Seng (RM2 juta) manakala Tan Sri Wan Hamzah Mohd. Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin masing-masing mendapat RM500,000. [Utusan Malaysia]

Walaupun kerajaan sebelum ini, dan Nazri kini masih tetap menafikan bahawa bayaran itu dibuat bukan kerana kerajaan bersalah, namun hakikatnya ‘sebab’ kenapa hakim-hakim itu dipecat pada masa itu adalah kerana ‘kesalahan’ mereka membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak kerajaan. Dr. Mahathir yang pada masa itu merupakan orang yang paling berkuasa di Malaysia telah memecat keenam-enam orang hakim tersebut kerana kesemua mereka terlibat di dalam satu kes penting yang melibatkan UMNO dan mereka (ketika membicarakan kes itu) nampaknya sudah tidak berpihak kepada kerajaan. Krisis kehakiman itu mencatat sejarah hitam negara, tetapi berjaya ‘didiamkan’ oleh Dr Mahathir dalam era pemerintahannya. Namun, setelah Mahathir bergelar bekas PM, maka ramailah yang tampil dengan beraninya untuk membongkar kembali kisah-kisah mereka yang telah menjadi korban ‘singa tua’ itu.

Rakyat mangsa sistem kehakiman sekular

Antara persoalan yang timbul ialah, mengapa kerajaan begitu ‘tertekan’ sehingga perlu membayar RM10.5 juta kepada 6 orang bekas hakim tersebut? Jika benar kerajaan tidak bersalah, kenapa perlu membuat pembayaran yang begitu besar? Ini dari satu sisi. Dari sisi yang lain, dari manakah wang RM10.5 juta itu diambil? Dari mana lagi jika ia bukan wang hasil titik peluh rakyat?

Alasan kerajaan kononnya hakim-hakim tersebut telah berbakti kepada negara dan bagi memulihkan maruah mereka langsung tidak boleh diterima. Jika alasan ‘berbakti’ kepada negara-lah yang menjadi ukuran, maka ramai lagi bekas-bekas hakim yang juga layak untuk mendapatkan ex-gratia tersebut. Bukan setakat bekas hakim, malah ramai lagi bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan yang telah berbakti untuk negara yg perlu di ex-gratia-kan. Malah Dr. Mahathir sendiri selaku orang yang paling banyak berbakti kepada Malaysia seharusnya dibayar berbilion-bilion ringgit kerana ‘jasa bakti’ beliau itu.

RM10.5 juta bukanlah sedikit. Mungkin bagi seorang Menteri yang mempunyai harta berbilion-bilion, jumlah tersebut tidaklah sebanyak mana bagi mereka. Sedangkan jika wang RM10.5 juta itu diagihkan kepada fakir miskin di dalam negara, Insya Allah sebahagian dari masalah kemiskinan negara telah dapat di atasi. Malangnya wang sebanyak itu dibayar kepada mereka yang telah pun mempunyai banyak wang dan hidup mereka pun telah lama selesa!

Persoalan ‘maruah’ yang dibangkitkan oleh Nazri di Dewan Rakyat hanyalah merupakan satu justifikasi. Ramai lagi orang yang tercemar maruahnya dek perlakuan kerajaan yang bukan sekadar tidak dibayar satu sen pun oleh kerajaan, malah difitnah dan dihina sedemikian rupa untuk menimbulkan rasa benci masyarakat kepada mereka. Contohnya adalah para tahanan ISA yang terdiri dari mereka yang ingin menegakkan kebenaran, namun mereka ditangkap dan ditahan oleh kerajaan tanpa bicara dan dituduh ‘berbahaya’ kerana boleh mengancam ketenteraman awam. Tidak kerajaan mempedulikan ‘maruah’ mereka sehingga ada yang sudah ditahan lebih dari 6 tahun di dalam ISA. Itu belum masuk lagi penderitaan yang dialami oleh ahli keluarga mangsa kerana suami/bapa mereka ditahan dengan begitu lama. Bukan sekadar di tahan, malah diseksa dengan pelbagai bentuk seksaan oleh SB-SB yang tidak berperi kemanusiaan.

Ada di kalangan mereka yang telah diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak bersalah dan dibebaskan. Tidakkah kerajaan mahu membayar ex-gratia kepada mereka ini (dan keluarga mereka) kerana maruah (dan pendapatan) mereka yang selama ini telah terjejas kerana dicemari oleh kezaliman kerajaan? Alangkah pedulinya kerajaan tentang maruah seseorang!

Kita bukanlah tidak bersimpati dengan hakim-hakim yang dipecat hanya semata-mata kerana ingin menegakkan kebenaran. Hakikat yang jelas adalah hakim-hakim yang dipecat itu tidak melakukan apa-apa kesalahan (dari segi melawan undang-undang yang ada), mereka cuma diputuskan bersalah oleh tribunal atas kesalahan ‘salah-laku’. Justeru, kenapa golongan yang ‘tidak bersalah’ ini mendapat sejumlah besar wang rakyat? Nampaknya, kesilapan kerajaan yang lalu telah dibalas dengan menjadikan wang rakyat sebagai ‘tebusan’! Dalam apa keadaan sekalipun, rakyat nampaknya telah menjadi mangsa kepada kerajaan sekular yang memerintah.

Kuasa Memecat Hakim Di Dalam Islam

Di dalam Islam, Khalifah sebagai Ketua Negara mempunyai kuasa penuh untuk melantik hakim/Qadhi. Sebagaimana kuasa diberi kepada khalifah untuk melantik, Khalifah juga mempunyai kuasa untuk memecat mana-mana Qadhi tanpa memberi apa-apa sebab pun. Namun, sesuai dengan tujuan tegaknya institusi kehakiman Islam iaitu untuk melaksanakan sistem uqubat, maka wujudnya keadaan tertentu di mana khalifah tidak boleh memecat Qadhi. Keadaan ini adalah apabila sedang berlaku perbicaraan ke atas Khalifah atau mana-mana penguasa di bawahnya (di Mahkamah Mazhalim), maka Khalifah tersebut tidak boleh memecat Qadhi yang terlibat pada ketika itu. Hanya sesudah selesai perbicaraan, barulah Khalifah berhak untuk memecat atau mengekalkan Qadhi tersebut (Itu pun jika Khalifah tersebut tidak dipecat oleh Mahkamah Mazhalim). Ini adalah sesuai dengan kaedah syara’, Al Wasilah ila al haram, haram (perkara yang membawa kepada keharaman adalah haram) [Hizbut Tahrir 2007, Aj-hizah Daulah al-Khilafah / Struktur Negara Khilafah. ms 203].

Inilah caranya bagaimana Islam menjamin keadilan di dalam perlaksanaan Sistem Uqubat Islam berhubung isu pemecatan hakim. Kesimpulannya, adalah haram bagi Khalifah untuk memecat hakim jika hakim tersebut sedang membicarakan kes kezaliman atau salah laku Khalifah itu sendiri. Namun dalam keadaan biasa, adalah mubah hukumnya bagi seorang Khalifah melantik atau memecat mana-mana hakim.

Jika hakim dipecat semasa mengadili kes yang melibatkan Khalifah, maka hal ini tidak sah, dengan kata lain, hakim itu masih lagi seorang hakim dan mesti meneruskan perbicaraan tersebut. Adapun ‘orang’ yang sepatutnya dihukum (jika wujud keadaan ini) adalah Khalifah itu sendiri, bukannya hakim. Justeru, tidak timbul langsung soal pembayaran ex-gratia bagi menyelamatkan ‘maruah’ hakim atau pun sebagai sumbangan jasa bakti mereka. ‘Jasa bakti’ mereka telah pun dibayar di dalam bentuk ‘gaji’ yang mereka terima selama mana mereka memegang jawatan hakim.

Sekiranya sistem kehakiman Islam diterapkan, maka rakyat bukanlah orang yang menjadi mangsa dengan dirompak duit mereka untuk dibayar ex-gratia kepada mana-mana hakim yang dipecat, tetapi rakyat adalah orang yang dipelihara oleh Khalifah dengan hukum-hukum syara’.

Wahai kaum Muslimin! Tolaklah sistem sekular buatan manusia yang telah terbukti kezaliman dan kerosakan yang dibawanya, gantilah sistem kufur sekular ini dengan sistem Khilafah. Nescaya kalian akan memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat.

Filed under having 0 Ulasan  

Marahkan nyamuk kelambu dibakar-Inilah Cara Orang yang singkat akalnya berfikir!!!

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta semua pihak mengkaji secara mendalam cadangan untuk melarang motosikal memasuki bandar-bandar besar sebagai langkah mengurangkan jenayah ragut. Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, bukan semua penunggang dan pembonceng motosikal merupakan mereka yang terlibat dalam jenayah itu. Katanya, ramai penunggang motosikal yang patuh kepada undang-undang berulang-alik ke tempat kerja bagi menyara hidup. Ia menimbulkan kebimbangan kepada MCPF terhadap nasib pengguna seperti ini ketika mengulas cadangan larangan tersebut yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Khamis lalu. [Utusan Malaysia]

‘Marahkan nyamuk kelambu dibakar’, itulah pepatah yang paling sesuai menggambarkan cadangan dangkal yang dikemukakan oleh Ketua Polis Negara. Akibat jenayah ragut, yang dilakukan oleh segelintir penunggang motosikal, maka kesemua penunggang ‘dihukum’ dihukum. Seseorang yang mempunyai pemikiran yang sederhana sekalipun boleh berfikir bahawa tindakan ini langsung tidak akan menyelesaikan masalah.

Masalah yang perlu difokus adalah jenayah ragut, bukan penunggang motosikal biarpun statistik tertinggi jenayah ragut melibatkan golongan tersebut. Terlalu ramai penunggang motosikal yang tidak terlibat dengan jenayah ragut, malah berapa ramai yang menggunakan motosikal sebagai sumber rezeki mereka. Jika semua penunggang motosikal (termasuk penjenayah ragut) di halang dari memasuki bandar-bandar besar, apakah ini akan menghalang penjenayah ini dari meragut di kawasan luar bandar pula? Berapa banyak dari jenayah ragut bermotosikal yang berlaku di kawasan luar bandar, malah di kawasan perumahan sekalipun? Jadi, apakah fokus pihak polis hanya ingin menghapuskan statistik ragut di kawasan bandar sahaja dan ‘membiarkan’ penjenayah ragut ini bermaharajalela di kawasan luar bandar pula? Apakah Ketua Polis Negara tidak terfikir akan hal yang begini mudah?

Seperkara lagi, apakah nanti sekiranya larangan penggunaan motosikal di bandar berkuat kuasa, kemudian penjenayah menggunakan kaki (berjalan atau berlari) sebagai kaedah ragut yang baru, maka PDRM akan mencadangkan semua pejalan kaki tidak dibenarkan masuk ke bandar? Atau dicadangkan agar semua warga kota perlu dipotong kaki mereka supaya jenayah ragut dapat dibendung? Kenapakah begitu gelap gelita sekali pandangan dalam usaha untuk menghapuskan jenayah ini, padahal bukankah Allah SWT telah menurunkan risalahnya agar ia dijadikan petunjuk dan panduan untuk menyelesaikan seluruh masalah manusia?

Kita bukanlah tidak menghargai usaha pihak polis di dalam mencegah jenayah, tetapi biarlah cadangan yang dikemukakan itu rasional dan boleh diterima akal. Dan yang penting, jika kita ingin menghukum, maka satu-satunya hukuman yang wajib dilaksanakan adalah hukuman Islam, bukannya hukum akal. Malangnya umat Islam tidak habis-habis menggunakan akal dan terus tersesat jalan dengan cuba mengubati penyakit dengan mengubati simptomnya sahaja. Ibarat kata, jika atap sebuah rumah itu bocor dan menyebabkan air menitis setiap kali hujan melanda, umat Islam sibuk mencari penyelesaian dengan mengambil baldi atau lain-lain bekas untuk menakung air yang bocor itu. Mereka sibuk berbincang dan bertelagah sesama sendiri sama ada baldi atau besen yang lebih sesuai. Mereka juga sibuk berbincang saiz baldi dan besen yang akan digunakan. Persoalannya, apakah selesai masalah dengan pendekatan sebegini, jikapun yang diambil itu adalah baldi atau besen emas sekalipun? Kita semua tahu bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang akan menuntaskan segala masalah ialah dengan menggantikan atap yang bocor tadi dengan atap baru. Inilah penyelesaian yang hakiki.

Segala keburukan yang ada pada hari ini wujud kerana diterapkannya sistem sekular di dalam negara. Bermula dari sistem pendidikan di peringkat rendah lagi sudah sekular sehinggalah ke tahap pemerintahan, semuanya sekular. Maka wajarlah manusia yang terlahir dari sistem yang rosak akan menjadi rosak. Justeu, jika hanya ’simptom’nya sahaja yang diubati manakala puncanya dibiarkan, maka maasalah pasti tidak akan selesai, malah akan mewujudkan lebih banyak masalah lainnya. Pokoknya, sistem sekular yang melahirkan semua penjenayah dan hukuman kufur yang dilaksanakan ini wajib diganti dengan Islam, barulah ’punca’ kepada segala masalah akan terhapus.

Itulah jawapan sebenar kepada masalah jenayah yang semakin bermaharajalela sekarang. Punca ia berleluasa dengan maraknya adalah kerana sistem kehidupan ini tidak mematuhi tuntutan syarak. Atmosfera yang melingkungi kehidupan umat manusia hari ini adalah sistem sekular-kufur. Ia perlu digantikan dengan sistem Islam dan sistem Islam itu pastinya tidak akan dapat dilaksanakan kecuali dengan adanya Negara Islam, yakni Daulah Khilafah yang akan menerapkan Kitabullah dan Sunah RasulNya secara kaffah. Dan perkara ini tidak akan dapat direalisasi kecuali dengan usaha gigih dari kita semua untuk menegakkan Daulah Islam dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Justeru, mana-mana anggota PDRM yang beragama Islam, termasuklah Ketua Polis Negara sekalipun wajib berusaha untuk mengembalikan hukum Islam dengan jalan menegakkan semula Khilafah agar seluruh hukum Allah dapat dilaksanakan.

Filed under having 0 Ulasan  

Ingatlah pemimpin! Hanya Islam yang boleh membawa keadilan

by AURA JIHAD


KUALA LUMPUR 2 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan segala dasar baru dan yang sedang dilaksanakan adalah adil dan saksama kepada semua kaum. Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan terus berpegang kepada teras dasar berkenaan iaitu untuk memenuhi keperluan dan menyelesaikan permasalahan setiap kaum yang ada di negara ini. “Apa jua nama dasar yang kita perkenalkan sama ada Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara dan Misi Nasional yang kita sedang perjuangkan pada hari ini, ia mesti merupakan dasar yang adil dan saksama kepada setiap kaum dalam negara kita.” [Utusan Malaysia]

Walaupun Timbalan Perdana Menteri memperkatakan tentang dasar baru yang kononnya boleh membawa keadilan kepada semua, namun ternyata tidak ada dasar apa pun yang sebenarnya dilaksanakan. Dasarnya ternyata lama cuma ‘namanya’ sahaja yang diperbaharukan. Itulah retorik yang cuba dibawa oleh orang yang disebut-sebut sebagai bakal PM Malaysia ini. Hakikatnya setakat ini, ternyata dasar yang dibuat kerajaan tidak memuaskan hati kaum lain baik di kalangan India mahupun Cina. Geng Hindraf telah lama dan hingga sekarang masih tidak puas hati dengan kerajaan, malah parti komponen BN sendiri baru sahaja menyatakan ketidakpuasan hati mereka dengan kuota ekuiti 30% yang diperuntukkan untuk bumiputera. Undang-udang keistimewaan Melayu sering kali menjadi isu panas yang menandakan ketidakpuasan hati mereka yang bukan Melayu terhadap dasar kerajaan. Justeru, dasar apakah yang diretorikkan oleh TPM yang kononnya adil bagi semua kaum?

Seperkara lagi, apakah ‘ukuran’ keadilan yang digunakan? Yang jelas, ia ternyata lahir dari akal semata-mata? Walhal sebagai Muslim, kita semua tahu bahawa sama sekali tidak akan wujud dan tidak boleh dikatakan ‘keadilan’ kecuali apabila berhukum dengan hukum Allah. Keadilan itu hanya akan tertegak apabila hukum Allah SWT dijalankan di atas muka bumiNya ini. Firman Allah SWT.

“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan...” [TMQ al-Hadid (57):25]

Sesungguhnya politik sekular tidak akan pernah membawa keadilan. Namun, bagi pemimpin yang bakal menduduki takhta tertinggi, maka sudah pasti mereka akan mewar-warkan sesuatu yang baik agar rakyat terpengaruh dan sentiasa menaruh harapan kepada mereka. Semasa awal Pak Lah memegang kekuasaan dahulu pun, perkara yang sama telah kita perhatikan. Slogan cemerlang, gemilang, terbilang dilaung-laungkan untuk meyakinkan rakyat bahawa beliau akan membawa suatu perubahan kepada rakyat amnya dan Malaysia khususnya. Namun, rakyat ternyata sedar bahawa slogan tersebut tidak lebih dari tembelang dan temberang belaka dan hal itu telah di terjemah oleh rakyat di dalam pilihan raya umum yang lalu.

Kini slogan hebat itu hanya menunggu hari-hari akhir hayatnya bersama pelaungnya akibat tekanan yang berterusan dari dalamnya sendiri. Seterusnya, kini datang pula TPM yang bakal mengambil alih jawatan PM yang melaungkan pula ‘dasar baru’ yang akan menjanjikan keadilan kepada semua. Apakah dasar baru yang diperkatakan itu?

Sebagai seorang Muslim kita yakin bahawa selagi sistem sekular-kapitalisme diteruskan, maka ianya bukanlah merupakan sebuah dasar baru. Hakikatnya ia hanyalah sistem kufur yang sama, cuma ‘orang’ yang menjalankannya sahaja yang bertukar. Umpama sebuah kereta buruk yang bertukar pemandu. Kereta itu pula diberi jenama baru agar ‘dilihat’ baru. Hakikatnya, kita akan melihat skrip lama yang akan dimainkan kembali seperti apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang sebelumnya. Hanya pelakonnya sahaja yang bertukar sedangkan jalan ceritanya masih tetap sama.

Bagi mereka yang masih menjadikan akal sebagai neraca ukuran keadilan yang ingin dibawa, walhal segala hukum (undang-undang) yang diteruskan adalah undang-undang kufur Jahiliyyah, maka renunglah firman Allah SWT,

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.” [TMQ al-Ma’idah(5):50]

Wahai bakal penerus dan pengganti Pak Lah! Perintah dan larangan kamu adalah sesuatu yang akan diikuti dan ditaati oleh pengampu-pengampu kamu yang jahil agama, baik dari kalangan pemimpin mahupun rakyat! Kamu boleh mendapat kebaikan dan pahala jika kamu memerintah dan melarang sebagaimana yang diperintahkan dan dilarang oleh Allah. Tetapi sebaliknya kamu akan mengundang murka Allah selaku Tuhan yang menciptakan kamu jika kamu terus mengekalkan sistem kufur yang dicipta oleh akal-akal manusia. Apakah kamu akan meneruskan sistem yang dibekalkan oleh kuffar penjajah dan yang disambung oleh pemimpin yang sebelum kamu atau kamu akan merebut peluang kekuasaan ini untuk mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat yang menyambung sistem yang dibawa Nabi SAW iaitu sistem Khilafah? Petunjuk Allah ada di depan kamu, maka pilihlah jalan kamu dan Allah akan memilih sama ada syurga atau neraka untukmu...

Filed under having 0 Ulasan  

Patutkah umat Islam gembira dengan kemenangan Obama?

by AURA JIHAD

WASHINGTON 5 Nov. – Sejarah Amerika tercipta hari ini apabila Barack Obama, memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), sebagai Presiden kulit hitam pertama di Amerika dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari kuasa Eropah. Obama, 47, yang mewakili Parti Demokrat mengetepikan pencabar kuat daripada Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi melepasi undi minimum sebanyak 270 bagi melayakkan seseorang calon untuk diisytihar menang bagi menduduki rumah berpuaka White House.

Bukan sahaja di Amerika, malah seluruh dunia, termasuk dunia Islam nampaknya bergembira dengan kemenangan Obama. Kemenangan calon kulit hitam pertama ini seperti telah memberi satu harapan baru kepada dunia sehingga pemimpin dunia Islam pun menaruh harapan yang tinggi kepada anak keturunan Kenya ini, seolah-olah seorang ‘pengaman’ dunia telah muncul. Mungkin juga kerana kebencian ramai orang kepada Bush dengan segala kemusnahan dan kekejaman yang telah dilakukannya, ini menyebabkan masyarakat dunia, termasuk umat Islam menaruh harapan yang tinggi kepada bakal presiden Amerika yang ke-44 ini.

Kita perlu ingat bahawa Obama bukanlah berkeseorangan atau berdiri sendiri dan dia bukannya ‘superman’ yang boleh merubah dunia. Amerika adalah sebuah negara yang dipimpin oleh segolongan orang-orang kuffar dengan segala hukum-hakam kufur diterapkan di dalamnya. Justeru, kita perlu ingat bahawa Barack Obama hanyalah seorang ‘ketua’ kepada semua golongan kuffar tersebut, yang mana berapa ramai di antaranya (golongan kuffar tersebut) yang bencikan agama Islam dan umat Islam.

Kita juga perlu ingat bahawa Amerika adalah negara kepala, pendokong dan pengembang Ideologi kufur Kapitalis dan Obama hanyalah sebahagian darinya. Sebagai sebuah negara Kapitalis yang hidup atas dasar manfaat, Obama yang juga seorang yang berakidahkan Kapitalis tidak akan berkuasa untuk merubah keadaan ini, malah dia tentunya hanya akan menjadi penerus kepada Ideologi kufur ini. Kita semua tahu bahawa tabiat penganut Kapitalis yang hidup hanya untuk mencapai sebanyak mungkin kemewahan dunia, mereka tidak akan berhenti berfikir bagaimana untuk menguasai dunia dengan segala sumber-sumbernya. Dan kita semua tahu bahawa kebanyakan sumber kekayaan dunia berada di negara umat Islam. Justeru, apakah kita mengharapkan bakal presiden Amerika ini hanya akan berdiam diri melihat kekayaan yang melimpah ruah yang ada di dunia Islam, walhal dia boleh menguasai semuanya? Malah dia akan dapat menguasai semuanya dengan begitu mudah kerana pemimpin-pemimpin umat Islam yang ada pada hari ini adalah para pengkhianat yang telah pun menyerahkan kekayaan negara dan nyawa umat Islam kepada golongan kuffar penjajah selama ini.

Presiden Amerika, sebagaimana Perdana Menteri Malaysia juga, ia datang dan pergi. Namun sistemnya tetap sama selama mana ideologi yang dianutnya adalah sama. Sebagai Muslim, kita hendaklah tidak menilai seseorang itu dengan warna kulit luarnya, tetapi kita mesti menilai apa yang ada di dalam pemikirannya yang dizahirkan melalui lisannya dan perbuatnnya. Kita mungkin merasakan atau mengharap bahawa yang warga Amerika yang berkulit hitam lebih baik dari yang berkulit putih, kerana telah sekian lama mereka yang berkulit hitam ditindas oleh mereka yang berkulit putih. Namun, warna kulit hakikatnya tidak mencerminkan apa-apa. Akidah dan pemikiranlah yang menjadi ukuran.

Apa yang jelas setakat ini adalah, bakal Presiden kulit hitam ini telah pun mengisytiharkan ‘kesudiannya’ untuk memperluaskan perang di Afghanistan, yang bermaksud memerangi umat Islam, saudara kita yang berada di Afghanistan. Dia juga secara terang-terangan menyokong kekejaman pencerobohan Israel ke atas Palestin. Dengan kata lain, segala malapetaka yang dibawa oleh pemimpin kuffar penganut Ideologi Kapitalis ke atas umat Islam sebelum ini nampaknya disokong dan bakal diteruskan oleh Obama.

Walaupun misi Obama ingin membawa keamanan kepada dunia, kita mesti ingat bahawa George W Bush laknatullah dulupun menyatakan perkara yang sama, sehinggalah ke saat-saat akhir kekuasaannya kini, Bush masih mengatakan bahawa dia ingin membawa keamanan kepada dunia. Dan kita semua jelas, bahawa ‘keamanan’ yang dimaksudkan oleh Bush adalah dengan membunuh dan memerangi semua umat Islam yang tidak menyokongnya. Hanya dengan pembunuhan ke atas golongan umat Islam yang ingin menerapkan Islam yang dilabelnya sebagai teroris, barulah dunia akan mengecapi keamanan, inilah tafsiran ‘keamanan’ bagi Bush. Bagaimana pula bagi Obama?

Memanglah tidak salah untuk kita meletakkan harapan kepada bakal ketua polis dunia ini, namun sebagai Muslim, apakah kita patut bergembira dengan kemenangan pengganti Bush ini? Apakah yang perlu kita gembirakan dengan kemenangan Obama ini seolah-olah dunia akan dinaungi rahmat kerana kemenangannya? Bukankah dunia hanya akan berada di bawah rahmat jika orang Islam yang memerintah dunia dengan hukum-hukum Allah? Justeru, apakah Obama yang akan meneruskan Ideologi Kapitalis dan melaksanakan hukum-hukum kufurnya ke atas dunia patut kita berasa gembira di atas kemenangannya?

Sesungguhnya kemenangan Obama tidak akan merubah landskap politik dunia. Dunia tetap tidak akan aman dan tidak akan berada di bawah naungan rahmat dan berkat dari Allah. Hanya dengan kepimpinan dunia berada di bawah tangan seorang Khalifah yang berakidahkan Islam dan dengan penerapan hukum Allah secara kaffah, maka barulah keamanan yang sebenar akan tercapai.

Perubahan sebenar yang sepatutnya diharapkan (dan diusahakan) oleh umat Islam adalah perubahan sistem dunia kepada sistem Islam (sistem Khilafah), bukannya sistem Kapitalis. Perubahan sebenar yang sepatutnya diharapkan (dan diusahakan) oleh umat Islam adalah dengan tertegaknya Daulah Khilafah, yang akan menerapkan hukum-hukam dari tujuh petala langit. Sesungguhnya dunia tidak akan berubah hanya dengan terlantiknya seorang kafir yang akan memerintah dengan hukum-hukum kufur, tetapi dunia akan berubah apabila dibaiatnya seorang Khalifah atas Kitabullah dan Sunah RasulNya.