Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

BERTATIH MENITI SAAT KEBANGKITAN......

by AURA JIHAD

Assalamualaikum wbt

Sekian kalinya lagi lidah aurajihad "dijelirkan"lagi untuk mengisi slot yang tertinggal tatkala sibuk bertatih berjuang meniti saat kebangkitan umat islam dari segi pemikiran,politik,sosio ekonomi,budaya,dan juga seluruh kehidupan yang wajibnya hanya mengikut lunas-lunas ISLAM.Melihat kepada blog aurajihad kala ini,hati kadang-kadang boleh menjadi "panas",tak kurang juga yang"tersengih puas",dan juga tidak ketinggalan yang terus menerus menyokong perjuangan menegakkan kewajipan yang besar ini,masih ada juga yang terus mentafsir dengan akal yang dangkal mengikut pemikiran kuffur,dan juga yang separa sedar bercampur"mamai"dalam bercakap soal islam,politik islam yang agung,dan juga sistem pemerintahan islam,walhal amalan-amalan dan pegangan ideologi kuffar dan pegangan politik kuffar yang busuk lagi membusukkan untuk kita yang bergelar umat islam yang sepatutnya dibuang jauh-jauh dan dihapuskan sehabis-habisnya, masih juga dianuti dan dipegang rapi!

Apa-apa pun yang dilemparkan,dituju,dan apa pandangan sekalipun,editor paham dan editor juga barisan pengedit dan pemberi sumbangan buah fikiran serta barisan penyelaras setiap"post" mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengkritik,pengkritis,juga para pembaca setia blog aurajihad.

Bagi yang"panas" pula,editor menawarkan satu tawaran istimewa berupa rundingan"kira cara"dimana setiap ketidak puasan hati pembaca,salurkan terus kepada blog editor di aurajihad@gmail.com.untuk pengetahuan umum,slot rundingan"kira cara"ini tidak dikenakan apa-apa bayaran sekalipun.Editor menyatakan demikian kerana ada pembaca setia blog aurajihad yang tidak berpuas hati telah menyatakan secara terbuka ketidak puasan hati beliau di sudut sembang cyber bersama ana tentang salah satu "post"yang dikatakan menghina salah satu parti politik yang memperjuangkan sistem kufur di Malaysia baru-baru ini.

Untuk pengetahuan pembaca yang dirahmati Allah swt,editor dan seluruh tenaga kerja aurajihad amat-amat respons akan setiap ketidak puasan hati dikalangan pengunjung dan pembaca tetap blog aurajihad ini,dan juga ingin dijelaskan disini,setiap"post"tidak akan ditarik balik dan editor serta seluruh tenaga kerja bertanggungjawab sepenuhnya keatas setiap"post" yang disiarkan.

Walaupun kecaman demi kecaman,cacian dan herdikan bertalu-talu tak ubah bak peluru dan bom yang digunakan israel dalam membedil dan menentang palestin,penulis masih tetap bersabar dan terus bersabar menjawab segala herdikan dan cacian tersebut,kerana bagi penulis sendiri secara peribadi,sahabat-sahabat serta saudara-saudara penulis yang sedang berjihad dijalan Allah di palestin,afghanistan dan di iraq sana lebih perit dan getir lagi dari penulis di malaysia ini,dimana di luar sana,musuh-musuh Allah yakni kaum-kaum kafirin yang telah termaktub dalam kitabullah akan terus memusuhi islam hingga kiamat yang menentang dakwah kebangkitan islam,berbanding cabaran penulis yang mana penentang dakwah kebangkitan daulah khalifah islamiyyah terdiri dari orang-orang islam saudara seagama penulis sendiri!

Penulis yakin dan yakin dan terus meyakini,Janji Allah swt itu benar,kitabullah dan sunnah pengajaran Rasulullah saw itu benar,syurga dan neraka itu benar,DAN JUGA HARI SETIAP AMALAN DIDUNIA DIHITUNG,HARI PEMBALASAN DOSA DAN PAHALA ITU JUGA BENAR DAN PASTI!!!

Dan kepada umat islam yang terus bertelagah sesama umat islam diluar sana,ingatlah,kadangkala apa yang kalian bertelagah itu,tiada maknanya dan tiada hujungnya jika terus bertelagah dan berpuak-puak sebagaimana yang telah terjadi dan masih akan terjadi lagi didalam negara malaysia sekarang ini,kerana itu semuanya akan merugikan umat islam itu sendiri!!!dan yang lebih malang jika perbalahan dan perselisihan faham itu berpunca dari pegangan dan juga ideologi yang rosak seperti kapitalis,sekular demokrasi dan sebagainya yang cuba dicampur adukkan dengan islam yang maha agung lagi suci ini!!!

Akhir kata dari penulis,salam hormat,salam kebangkitan umat islam menentang sehabis-habisnya perjuangan ideologi KUFUR di malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya...

assalamualaikum wbt.

AURAJIHAD
__________
(PENGHAPUS KEBUSUKAN IDEOLOGI KUFFUR ANDA!!!)

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 2 April - Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) akan menganjurkan perhimpunan bagi membincangkan usaha-usaha mempertahankan kedaulatan ketuanan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 12 April ini.

Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar berkata, ia membabitkan kepimpinan Melayu daripada 25 pertubuhan dan badan amal Melayu/Islam yang setakat ini telah bersetuju menjayakan majlis tersebut.

Beliau berkata, ia diadakan sebagai reaksi terhadap perkembangan politik selepas pilihan raya umum bulan lalu yang menyaksikan lima negeri di Semenanjung terlepas ke tangan pembangkang.

''Lebih penting lagi ialah usaha kita untuk mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia 03/04/08

Ulasan:

Sabda Rasullullah SAW,

“Bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah" [HR Abu Dawud].

Kenapakah begitu susah untuk orang Melayu memahami hadis Rasulullah yang sebegini jelas? Atau mereka tidak mahu mengambil ajaran Islam yang di bawah oleh Rasulullah? Telah jelas haram seruan kepada ‘bangsa Melayu’ yang berupa seruan assabiyyah. Meneruskan perjuangan yang berasaskan assabiyyah bukan sahaja merupakan satu kerja yang sia-sia, malah akan terus menambahkan dosa kepada pejuangnya.

Inilah yang menjadi masalah di kalangan sesetengah dari orang-orang Melayu – ‘Melayu’ yang dijadikan agenda perjuangan, bukannya ‘Islam’. Bila dinasihatkan agar meninggalkan assabiyyah yang dilaknat oleh Rasulullah ini, para pejuang Melayu itu selalu mengatakan, “Ah kami juga berjuang untuk Islam, bukankah Melayu itu Islam?” Jawapannya, bukan!!!. Melayu bukan Islam dan Islam bukan Melayu. Islam adalah agama, manakala Melayu adalah bangsa. Seseorang boleh keluar dari Islam, tapi seseorang itu takkan boleh keluar dari Melayu. Jika dia dilahirkan Melayu, maka Melayulah bangsanya sampai dia mati dan dia tidak berdosa dan tidak pula mendapat pahala apabila dilahirkan sebagai Melayu. Tapi, jika dia dilahirkan Islam (tidak kira apa bangsanya), dia boleh memilih untuk terus menjadi seorang Muslim atau keluar dari Islam, dan dia akan mendapat pahala dan dosa dari sisi Islam, sesuai dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Pokoknya, dilihat dari sudut mana sekalipun, Melayu dan Islam adalah dua perkara yang berbeza dan sama sekali tidak serupa. Berjuang untuk Melayu akan menjerumuskan pejuangnya ke lembah hina dan ke neraka, manakala berjuang untuk Islam akan membawa kemuliaan kepada pejuangnya dan bakal dianugerahkan syurga oleh Allah.

Justeru, ana menyeru agar umat Islam yang berbangsa Melayu meninggalkan perjuangan hina dan dosa ini, dan beralihlah kepada perjuangan Islam. Jauhilah segala seruan kepada assabiyyah ini kerana ia hanya akan mendatangkan kemurkaan dari Allah. Kemuliaan seseorang itu bukan kerana bangsa Melayunya atau ‘ketuanan Melayunya’ tetapi kerana ketakwaannya kepada Allah sebagai seorang ‘Muslim’, tidak kira apa bangsanya.

Filed under having 0 Ulasan  

POLITIK PENUH KEJUTAN!!!

by AURA JIHAD

DUNIA politik memang penuh dengan drama sedih, ketawa dan pengalaman yang boleh mematangkan seseorang manusia.

Bagi bekas ahli Parlimen Baling, Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, sesuatu yang dipelajarinya dalam politik ialah sahabat tidak kekal dan boleh berubah dalam sekelip mata.

Dalam pertemuan dengannya sempena Sambutan Maulidur Rasul di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini, Dr Mashitah seperti biasa sentiasa menguntum senyuman walaupun mengakui masih dalam kejutan.

Beliau bersyukur kerana masih diterima dalam kerajaan walaupun tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU), baru-baru ini.

"Saya gembira kerana masih dapat menabur bakti kepada masyarakat terutama umat Islam apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Namun, saya banyak belajar asam garam dunia politik yang menuntut banyak pengorbanan, kesabaran dan tidak mudah mengalah," katanya.

Menurutnya, pengalaman disisih rakan karib sebaik tidak dicalonkan dalam pilihan raya baru-baru ini memang memberi pengajaran berguna.

Penyokong yang selama ini berdiri di belakangnya turut menjauhkan diri.

"Ketika itu saya kenal siapa kawan sejati kerana ada yang enggan berjumpa apabila nama saya tidak dicalonkan.

"Saya menangis bukan kerana kehilangan jawatan tetapi sikap rakan karib dan penyokong yang tidak ikhlas.

"Saya memang tertekan dengan sikap rakan-rakan dan penyokong tetapi suami banyak memberi semangat," katanya.

Dr Mashitah, 43, bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa ini berkata, pengalaman mentarbiah orang ramai menerusi kuliah dan syarahannya menjadi landasannya bermuhasabah diri sendiri.

"Ayah pernah berkata, jangan bersedih jika sudah kerja kuat dan melakukan yang terbaik selain memelihara akhlak baik.

"Allah akan ganti dengan lebih baik sebab Yang Maha Esa ada perancangan tersendiri yang kita tidak tahu hikmah di sebaliknya.

"Apabila pengumuman saya menyertai Kabinet, saya mengakui kata-kata ayah benar," katanya.

Namun, benar bahawa politik memang penuh dengan kejutan kerana selepas itu saya menerima lebih 250 Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang memberi tahniah.

"Lucunya, ada antara SMS itu daripada mereka yang menyisihkan saya sebelum ini.

"Apa pun, saya anggap itu adat dunia dan pengalaman itu mematangkan saya menjadi lebih kuat," katanya.

Beliau berkata, kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberikannya semangat untuk memberikan yang terbaik kepada agama, bangsa dan negara.

"Saya berjanji kepada Pak Lah dan diri sendiri untuk melakukan yang terbaik," katanya.

Mengenai dakwaan beliau gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Baling, Kedah, beliau berkata, itu tidak benar.

"Semua laporan sampai ke tangan Pak Lah. Masyarakat tahu saya sering turun padang tetapi perkara itu tidak perlu dihebohkan.

"Saya buat kerja kerana Allah dan bukan kerana kehendak orang. Tetapi, saya akur kita tidak boleh memuaskan semua pihak," katanya.

Dr Mashitah berkata, tugasnya selepas itu ialah memastikan program Islam Hadhari dapat dilaksanakan dengan lancar selain mengumpul golongan profesional berlatarbelakangkan agama.

"Untuk mengembalikan keyakinan rakyat, perlu ada kesungguhan daripada semua pihak. Inilah cabaran yang hebat buat saya.

"Ia memerlukan kekuatan mental dan pengalaman sepenggal sebagai ahli parlimen memudahkan tugas ini," katanya.

Tambahan lagi, katanya, bersandarkan hanya beberapa kerat barisan kepemimpinan wanita dalam kabinet, beliau merasakan tugas besar menunggunya menjulang kegemilangan Islam Hadhari satu penghormatan buat golongan wanita.

"Saya bertuah kerana bakal bekerjasama dengan 'bos' yang begitu keterbukaan sifatnya (merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi).

"Sesuatu yang saya pelajari, dalam politik saya akan lebih berhati-hati kerana kita sentiasa menjadi perhatian masyarakat.

"Apa pun yang akan berlaku selepas ini, saya serah kepada Allah kerana yang penting saya akan melakukan yang terbaik sebagai amanah yang diberikan," katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Hati/20080321220456/Article/index_html

Ulasan:


Mashitah atau lebih dikenali sebagai Ummu Hadhari ini nampaknya baru sedar dan mula mengakui betapa ‘kejinya’ politik UMNO. Walaupun bahasa yang digunakan untuk ‘menghentam’ orang UMNO masih berlapik-lapik kerana takutkan ‘big bos’nya mungkin menarik balik jawatan yang diberi, namun setiap orang yang waras akan memahami bahawa amalan politik dalam UMNO sesungguhnya penuh kekejian. Siapa lagi ‘penyokong’ yang dimaksudkan Mashitah jika bukan dari kalangan kawan-kawannya dari dalam UMNO? Takkanlah yang dimaksudkan Mashitah adalah penyokongnya dari parti PAS, atau dari parti pembangkang yang lain?

Ya, siapa tidak tahu, inilah politik kufur! Politik yang hanya berlandaskan ‘manfaat’. Jika ada manfaat, maka siapa sahaja boleh menjadi kawan, bila dah tidak ada manfaat, boleh belah! Namun, jika orang yang ‘boleh belah’ tadi boleh mendatangkan manfaat semula, maka dia boleh dijadikan kawan semula. Manfaat merupakan asas kepada segala-galanya di dalam politik kufur yang diamalkan hari ini. Namun, apa yang lebih menjengkelkan kita ialah, walaupun menyedari betapa keji dan hinanya politik yang diamalkan oleh parti pemerintah sekarang, namun Ummu Hadhari ini tetap memilih untuk bersama parti pemerintah yang sekular ini.

Apa pun kata dan perbuatan orang, namun bekas pensyarah UIA ini nampaknya tetap memilih ingin bersama UMNO dan terus menjadi pengampu kepada Islam Hadhari yang semakin tidak diterima umat Islam di Malaysia ini.

Amat menyedihkan juga adalah apabila beliau menyatakan bahawa beliau akan melakukan yang terbaik sebagai amanah yang diberikan. Amanah apa yang Dr Mashitah akan lakukan yang terbaik? Amanah jawatan (yang diberi) untuk memerintah dengan hukum kufur sekular? Sayang seribu sekali sayang apabila orang yang berpendidikan agama yang tinggi merelakan diri untuk diperkudakan oleh pemerintah sekular yang ada!

Filed under having 0 Ulasan  

Pengguna Islam digesa boikot barangan Belanda

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan bekerjasama dengan anggota Majlis Permuafakatan Antara NGO (Mapan) dan Persatuan Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menggesa pengguna Islam di negara ini melancarkan kempen boikot terpilih produk keluaran Belanda.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata pemulauan itu adalah tanda bantahan terhadap tindakan salah seorang anggota Parlimen Belanda, Greert Wilders mengeluarkan sebuah filem pendek yang secara terang-terangan menghina Islam bertajuk 'Fitna' menerusi Internet.

"Boikot terpilih ini adalah usaha kita menyuarakan bantahan secara aman terhadap perhinaan dan provokasi terhadap Islam.

"Tiada gunanya kita bersikap agresif tetapi kita perlu bangkit menyuarakan bantahan untuk mempertahankan hak dan maruah umat Islam dengan bijaksana," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Noor Nirwandy berkata produk-produk terpilih keluaran Belanda yang perlu diboikot termasuk minyak Shell, susu Dutch Lady, barangan elektrik Philips, coklat Forrero Roche, insurans ING, teh Lipton, perisa makanan Knor dan cecair mandian Dove.

Katanya, pasaraya Mydin akan bekerjasama meletakkan tanda produk keluaran Belanda yang dijual di pasar raya itu bagi membolehkan pengguna mengenal pasti produk tersebut.

"PPIM yakin boikot terpilih produk Belanda ini akan menghantar satu mesej yang jelas kepada mereka supaya tidak mempermainkan sensitiviti dan maruah umat Islam selain belajar menghormati sesama manusia," katanya. BERNAMA

Sumber: mSTAR online 31/03/08

Ulasan:


Sudah terlalu banyak penghinaan yang dilakukan oleh pihak kufar Barat kepada Islam dan umat Islam. Sudah berapa kali agama Islam dihina, Rasulullah SAW dihina dan kini al-Quran pula dihina. Kebencian orang-orang kafir kepada Islam sesungguhnya tidak akan pudar sampai bila-bila. Firman Allah,

“...Telah nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. [TMQ Ali Imran (3):118].

Malangnya umat Islam itu sendiri yang masih tidak sedar akan hakikat ini dan hanya memilih ‘jalan aman’. Walhal jalan aman ini tidak pernah berkesan dan jalan aman inilah yang menyebabkan golongan kuffar ini terus berani menghina Islam.

Memboikot barangan keluaran Belanda memanglah wajar dalam keadaan ini. Tapi apa yang umat Islam perlu fikirkan dengan lebih mendalam adalah, apakah cukup sekadar boikot? Setiap kali negara kufur menghina Islam maka barangan mereka diboikot, setelah agak lama, isu ini sepi semula dan barangan tersebut dibeli semula. Inilah yang terjadi atau dilakukan secara berulang-ulang oleh umat Islam, hakikatnya KFC masih terus wujud, McDonald masih terus beroperasi, Microsoft masih terus digunakan, handphone buatan Amerika dan Israel semakin laris dan sebagainya.

Justeru, berkesankah (untuk menghentikan penghinaan ini) dengan hanya sekadar memboikot barangan, dan yang lebih penting, apakah (cara) ini yang dituntut oleh Allah untuk dilakukan oleh kaum Muslimin apabila agamaNya dihina?

Amat melucukan juga apabila ingin memboikot, tapi hanya ditujukan kepada beberapa barangan yang terpilih sahaja. Inilah kekeliruan pemikiran yang ada pada umat Islam. Dalam memboikot barangan halal ini, sebahagian besar umat Islam tidak langsung memandang kepada produk-produk Barat yang jelas-jelas kufur seperti demokrasi, HAM, sekularisme, freedom, nation-state, pluralisme, feminisme dan seumpamanya. Produk haram inilah yang sepatutnya ditinggalkan oleh umat Islam.

Bagi penguasa umat Islam pula, apakah yang mereka lakukan? Sekadar mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan menghina Islam? Di manakah kejantanan mereka? Atau kebaculan yang mereka zahirkan? Di manakah tentera-tentera mereka? Untuk apakah mereka simpan tentera-tentera ini jika bukan untuk jihad fi sabilillah menghapuskan orang-orang kafir yang menghina Islam? Apakah tentera-tentera ini sekadar diguna untuk berkhidmat menjadi pengaman di bawah naungan badan dan bendera kufur PBB?

Bagi tentera kaum Muslimin, tidak mendidihkah darah kalian melihat agama Allah ini dihina? Tidak menggelegakkah darah kalian untuk mati di jalan Allah mempertahankan agama ini, yang mana syurga adalah balasan yang pasti bagi kalian? Kenapakah kalian masih tetap taat kepada pemerintah yang bacul yang memandulkan kalian semua dari jalan Allah?

Telitilah apa yang pernah dilakukan oleh generasi awal Islam apabila Islam dan umat Islam dihina. Lupakah kita di zaman Khilafah Abbasiyyah di mana salah seorang Khalifahnya yang bernama Muktasim telah mengerah tentera Islam agar menyerang golongan kafir yang mengkhianati seorang perempuan Muslimah. Jeritan Ya Muktasimah! Ya Muktasimah! Ya Muktasimah! yang keluar daripada mulut seorang perempuan itu disahut oleh Khalifah Muktasim dengan penghantaran tentera untuk menghapuskan kekuatan kufur yang menghina umat Islam.

Maka, belum tibakah saatnya kita pada hari ini memerlukan seorang pemimpin (Khalifah) seperti Khalifah Muktasim yang berani mempertahankan Islam dan umat Islam agama Allah ini dihina oleh musuh-musuh Islam?

Justeru, marilah kita melihat setiap isu yang berlaku terhadap Islam ini dengan pemikiran dan perasan yang Islami dan bukannya hanya dengan perasaan semata-mata. Rasa marah yang ada hendaklah disalurkan mengikut hukum syarak, bukan mengikut emosi semata-mata. Apakah hukum syarak terhadap orang yang menghina Islam, inilah yang perlu diambil oleh umat Islam. Jihad yang sewajibnya dilancarkan oleh negara adalah satu-satunya jalan untuk menutup mulut celupar sang kafir yang menghina kitab suci Al-Quran. Inilah perintah dari Allah SWT,

“Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu), dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong” [TMQ at-Taubah (9):73-74].

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri” [TMQ at-Taubah (9):29].

Filed under having 0 Ulasan  

Ahli Umno perlu muhasabah elak kuasa terhakis

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR: Ahli Umno perlu bermuhasabah dalam diri bagi memastikan kuasa politik yang dimiliki orang Melayu tidak terhakis, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

"Politik kita bersandarkan amalan demokrasi berparlimen. Jika kita (orang Melayu dan ahli Umno) sendiri menyebabkan kuasa kita terhakis, maka kita kena lihat mengapa orang Melayu tidak beri sokongan kepada kita.

"Kita juga perlu mengkaji untuk menentukan bahawa kedudukan kita sebagai tonggak Barisan Nasional (BN), dapat dipertahankan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja pertamanya ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Umno perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu sebenarnya sudah hilang kuasa dan hanya mengharapkan bantuan Sabah dan Sarawak untuk terus kekal memimpin negara.

Beliau dalam kenyataan dalam sebuah akhbar dilaporkan berkata parti itu perlu melakukan sesuatu kerana rakyat Semenanjung sudah mula hilang kepercayaan terhadap parti itu.

Syed Hamid berkata, rakyat sama ada Melayu atau bukan Melayu tidak boleh dipersalahkan atas keadaan yang berlaku kerana sistem negara ini memberi peluang rakyat membuat pilihan mereka sendiri melalui proses pilihan raya.

"Dalam soal demokrasi, sesiapapun pun boleh terhakis kuasanya jika mereka tidak mendapat penerimaan daripada rakyat.

"Pada saya, apa juga yang Umno dan parti Melayu kita mahu katakan, akhirnya kita kena bermuhasabah dari dalam untuk melihat bagaimana kita menentukan kekuatan politik kita tidak terhakis," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 01/04/08

Ulasan:

Ya memang benar UMNO perlu muhasabah diri. Tetapi bukannya muhasabah untuk terus berkuasa dan menerapkan sistem kufur sekular. UMNO wajib muhasabah diri melihat dosa-dosa besar yang mereka lakukan selama ini di sepanjang 50 tahun kemerdekaan Malaysia. UMNO terkenal dengan orang-orang yang gila kuasa, menyalahgunakan kuasa, rasuah, rakus merompak kekayaan negara, sombong, angkuh, menyekat perjuangan untuk menegakkan agama Islam secara kaffah dan banyak lagi dosa-dosa besar yang mereka lakukan.

UMNO sebagai parti pemerintah terbesar di Malaysia tidak pernah menerapkan sistem pemerintahan Islam di sepanjang kekuasaan mereka. Mereka menerapkan hukum kufur warisan dari British, mereka menerapkan hukum kufur yang mereka cipta dengan tangan-tangan mereka dan mereka berkompromi dengan orang-orang kafir di dalam menerapkan hukum kufur. Mereka sanggup menggadai hukum-hukum Allah atas nama masyarakat majmuk, mereka menolak Islam dengan mengambil demokrasi sebagai sistem pemerintahan. Mereka langsung tidak berusaha, malah menentang sistem pemerintahan Khilafah, satu-satunya sistem pemerintahan Islam yang wajib bagi seluruh umat Islam.

UMNO berdiri atas dasar assabiyyah (perkauman), menyeru kepada assabiyyah, berjuang atas dasar assabiyah serta menghunus keris di jalan assabiyyah yang kesemuanya diharamkan oleh Islam. Sabda Rasulullah saw,

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

UMNO menerapkan undang-undang kufur yang mereka cipta di Parlimen dan Dewan Undang Negeri melalui undi majoriti. UMNO menerapkan sistem kufur demokrasi yang diambil dari Barat dan UMNO tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan. Firman Allah SWT,

“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].

“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45].

“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):47].

Justeru, sudah lama UMNO sewajibnya memuhasabah diri atas dosa-dosa mereka. Muhasabah yang diperlukan UMNO adalah muhasabah diri kepada Islam, bukan muhasabah diri hanya untuk mengekalkan kekuasaan yang ada dengan terus menerapkan hukum kufur sekular. Mereka perlu ingat bahawa hidup mereka tidak lama dan mereka hanya menumpang di bumi Allah sementara menunggu hari pertemuan denganNya. UMNO perlu sedar sementara nyawa masih di badan, Allah memerintahkan manusia untuk hidup keranaNya, beribadat kepadaNya, menerapkan hukumNya, mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya kerana sesungguhnya manusia akan kembali kepadaNya...

Filed under having 0 Ulasan  

Peguam sokong suruhanjaya pilih hakim

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 30 Mac – Penubuhan suruhanjaya bebas untuk mengendalikan urusan pelantikan dan kenaikan pangkat hakim akan menjadikan badan kehakiman lebih telus dan berwibawa.

Peguam Amer Hamzah Arshad berkata, Majlis Peguam sentiasa melobi penubuhan suruhanjaya seumpama itu kerana pelantikan hakim adalah satu perkara yang penting untuk diputuskan oleh individu tertentu sahaja.

Katanya, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Malaysia, beliau mengetuai perarakan Walk of Justice pada tahun lalu untuk menyampaikan mesej yang sama.

‘‘Suruhanjaya ini menjadikan proses pelantikan hakim lebih telus dan membabitkan calon yang lebih layak serta kurang kontroversi,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu menyegerakan penubuhan suruhanjaya untuk melantik hakim.

Peguam terkemuka, Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang turut menyokong penubuhan suruhanjaya itu mencadangkan supaya pemberian kuasa kepada suruhanjaya berkenaan dibuat secara berperingkat-peringkat.

Beliau berkata, ia adalah bagi mengelakkan berlakunya kejutan kepada sistem yang sedang diamalkan sekarang.

Sumber: Utusan Malaysia 31/03/08

Ulasan:


Ekoran dari cadangan Zaid Ibrahim yang sudah mula menunjukkan ‘kuasa’ beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, nampaknya beberapa orang peguam pun turut menyokong cadangan yang bertentangan dengan Islam ini.

Memang selama ini ramai peguam yang mempertikaikan kewibawaan hakim dan sistem kehakiman yang ada, jadi tidak peliklah jika cadangan ini dipersetujui mereka. Hakim dan sistem kehakiman di Malaysia yang terkenal dengan skandal penyalahgunaan kuasa, rasuah, tiada kredibiliti, jawatan tertinggi yang merupakan ‘jawatan politik’ dan pelbagai keburukan lainnya sudah lama tidak dapat disembunyikan. Namun, oleh sebab pembesar politik senantiasa masuk campur dalam urusan ini, maka tidak ada siapa yang berani menegur. Kini dengan jawatan yang dipegangnya, Zaid Ibrahim telah mula menunjukkan taring.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib sedar bahawa sistem kehakiman yang ada adalah sistem kufur. Ia adalah sistem yang diwarisi dari British dan ia bertentangan seratus peratus dengan Islam. Sistem kehakiman kufur yang diamalkan di Malaysia sejak ratusan tahun lamanya ini sewajarnyalah mempunyai 1001 jenis keburukan dan kejahatan di dalamnya.

Sama ada hakim atau peguam yang menjadi pengamal undang-undang sekarang adalah peguam yang sekular dan berhukum dengan hukum sekular. Mereka mengambil hukum sekular yang dibuat oleh manusia dan juga yang ditinggalkan oleh kuffar Britih kepada mereka untuk diamalkan. Tidak ada satu pun undang-undang yang diamalkan sekarang kecuali sekular adanya.

Cadangan Zaid Ibrahim atau persetujuan peguam untuk menubuhkan suruhanjaya melantik hakim adalah satu lagi hukum sekular yang cuba diterapkan oleh mereka yang berpendidikan undang-undang di Malaysia. Dalam sistem pemerintahan Islam, seorang hakim itu dilantik oleh ketua negara, yakni Khalifah, bukan melalui suruhanjaya.

Rasulullah merupakan seorang Ketua Negara yang memikul secara langsung urusan kehakiman dan baginda juga melantik orang lain sebagai hakim. Perbuatan baginda ini menunjukkan bahawa ‘hak dan kuasa’ untuk melantik hakim berada di tangan Ketua Negara, tidak pada yang lain. Rasulullah melantik Ali bin Abi Thalib sebagai hakim (qadhi) di Yaman. Rasulullah juga melantik Muaz bin Jabal sebagai qadhi di daerah Janad. Rasulullah juga pernah melantik Amr bin al-Ash untuk mengurusi urusan kehakiman. Terdapat banyak sekali dalil yang menunjukkan bahawa semua pelantikan hakim ini dijalankan oleh Rasulullah sebagai Ketua Negara.

Di dalam Islam terdapat 3 jenis hakim (qadhi) yang kesemuanya mesti dilantik oleh Ketua Negara. Dalam sistem pemerintahan Islam, Qadhi al-Muhtasib, Qadhi al-Khusumat dan Qadhi Mazhalim semuanya dilantik oleh Ketua Negara (Khalifah). Tidak ada langsung khilaf di kalangan mazhab tentang hal ini.

Inilah padahnya apabila yang menjadi pemimpin adalah golongan sekular dan yang menjadi pengamal undang-undang juga adalah mereka yang mendapat pendidikan sekular, walau dari universiti yang bergelar Islam sekalipun. Mereka sudah tidak dapat lari dari koridor sistem dan pemikiran sekular yang ada di tengah-tengah masyarakat pada hari ini dan itulah yang mereka amalkan.

Filed under having 0 Ulasan  

Samy mahu anggota Hindraf tahanan ISA dibebas

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 30 Mac – MIC akan meminta kepada kerajaan agar membebaskan lima anggota pertubuhan haram Hindraf yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, pembebasan itu sepatutnya sudah boleh dibuat memandangkan pilihan raya umum sudah pun berlalu dan tidak ada apa-apa peristiwa serius selepas ini.

“Biarlah keadaan menjadi lebih aman lagi melalui pembebasan kelima-lima itu,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Penjenamaan Semula MIC di sini hari ini.

Menurut Samy, dua daripada tahanan itu boleh dibebaskan lebih awal iaitu R. Kenghadharan yang kesihatan kini terganggu dan M. Manoharan yang telah pun dipilih rakyat untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah.

Dua lagi kata beliau, V. Ganabatirau dan K. Vasantha Kumar juga sepatutnya sudah boleh dibebaskan kerana penglibatan mereka dalam Hindraf tidak terlalu serius.

“Saya akan bertemu dengan Datuk Seri Syed Hamid Albar (Menteri Dalam Negeri), kemudian saya akan bertemu dengan Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk tujuan itu,” jelasnya.

Beliau juga merancang untuk meminta agar P. Uthayakumar yang dilihat sebagai pemimpin terkuat dalam Hindraf turut sama dibebaskan.

Mengenai seorang lagi pemimpin Hindraf, Waytha Moorthy yang kini dikatakan bersembunyi di luar negara, Samy yakin dia juga boleh kembali semula ke Malaysia selepas kelima-lima rakannya yang lain dapat dibebaskan.

Tambahnya, beliau menerima banyak panggilan telefon dari pelbagai pihak dan kunjungan daripada keluarga tahanan meminta melakukan sesuatu agar kesemua yang ditahan itu dibebaskan.

Sumber: Utusan Malaysia 31/03/08

Ulasan:

Samy Vellu yang telah semakin hilang popularitinya, khususnya setelah tercetusnya kes Hindraf, kini nampaknya cuba bangkit dan ingin menjadi hero tamil yang hebat. Beliau antara orang kuat kerajaan yang dulunya bersungguh-sungguh menafikan dakwaan dan tuntutan Hindraf, kini nampaknya cuba menunjukkan sokongan kepada para pejuang Hindraf yang merengkok dalam ISA.

Apakah mainan politik yang cuba diusahakan oleh pemimpin tamil BN ini? Cuba fikirkan senario ini – Dengan berkokok meminta Hamid Albar membebaskan tahanan Hindraf, Samy Velly tentunya akan mendapat perhatian dan tempat di kalangan penyokong Hindraf. Ini dapat memulihkan imej bekas menteri kerjaraya ini di mata masyarakat India yang membencinya selama ini. Namun, Hamid Albar, yang sama-sama berada dalam kerajaan dan BN, tentunya tidak akan dengan mudah membebaskan tahanan Hindraf. Syed Hamid, sebagaimana dilaporkan tidak melayan desakan Samy Vellu ini. Sekali pandang nampak seperti tepat dan benar, namun bila dipandang kedua kali, ini sebenarnya ia seperti dirancang untuk memberi kelebihan kepada Samy Vellu untuk terus berjuang (membebaskan tahanan Hindraf). Perjuangan yang memakan masa lama biasanya akan dilihat sebagai betul-betul bersungguh-sungguh dan ‘lebih ikhlas’. Ini akan merealisasikan lagi dan memberi lebih masa kepada Samy untuk membuktikan dirinya sebagai hero.

Penyokong Hindraf pula tentunya akan terus mendesak dan ‘mengharapkan’ Samy Vellu. Apabila harapan telah diletakkan kepada si Samy ini, maka dia akan terus menjadi kuat dan menjadi ‘tempat bergantung’ kepada masyarakat India, khususnya Hindraf. Jadi, si Samy yang dibenci lama-kelamaan semakin disayangi dan diletakkan harapan. Drama yang lama ini yang membariskan Samy Vellu sebagai hero utamanya, tentunya akan berjaya menggabungkan semula masyarakat India dan MIC akan terus mendapat sokongan dan akan berjaya dipulihkan. Setelah keadaan selamat, aman dan makmur bagi MIC khususnya, dan bagi BN amnya dan Samy telah muncul sebagai hero yang hebat yang kembali mendapat tempat di hati orang India, dengan ini, justifikasi untuk membebaskan tahanan Hindraf boleh dimulakan yang lama-kelamaan akan membawa kepada pembebasan mereka. Hamid Albar dan kerajaan pun akan turut menerima pujian yang sama pada ketika ini. Akhir sekali, drama ini akan berakhir dengan happy ending bagi semua yang terlibat.

Cuba fikirkan hebat atau tidak drama di atas dan boleh atau tidak dijadikan ‘kisah benar’?

Filed under having 0 Ulasan  

Muhyiddin tegur Zaid

by AURA JIHAD

BANGI 30 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim tidak sepatutnya membuat kenyataan terbuka mengenai penubuhan suruhanjaya kehakiman kerana perkara itu belum dibincangkan di peringkat Kabinet.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai menteri, sudah sewajarnya Zaid mendapat panduan ketika mesyuarat Kabinet minggu lalu yang memutuskan supaya dibezakan antara pendapat peribadi dan pandangan rasmi.

Beliau bimbang imej dan maruah kerajaan akan terjejas sekiranya seseorang menteri terus-terusan membuat kenyataan peribadi berhubung perkara penting seperti itu tetapi kemudiannya Kabinet tidak bersetuju, yang akhirnya menyebabkan rakyat menuduh kerajaan berpatah balik.

‘‘Saya tidak hendak komen panjang, saya tak nak nanti (timbul) konflik, orang kata apa ini menteri Kabinet bercanggah.

‘‘Anggap pandangan saya ini sebagai Naib Presiden UMNO supaya hal-hal yang penting seperti ini elok dibincang dahulu dan jangan seolah-olah pandangan peribadi sudah jadi pandangan rasmi kerajaan,’’ ujarnya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Sukan Antara Agensi MITI 2008 di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas kenyataan Zaid dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia semalam bahawa pelantikan pengganti Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad yang akan tamat tempohnya Oktober ini diharap dapat dilakukan melalui sebuah suruhanjaya.

Zaid berkata, langkah itu amat mustahak untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman negara apabila pelantikan hakim dapat dilakukan melalui satu proses yang lebih telus, ketat dan meyakinkan.

Muhyiddin menjelaskan, semasa mesyuarat lalu, Kabinet bersetuju pada prinsipnya perlu ada usaha dibuat untuk menyusun semula sistem kehakiman.

‘‘Bagaimana bentuk dan formatnya, ini perlu dibawa kepada Kabinet, jangan dibincang secara terbuka macam sudah ada keputusan, tidak elok begitu.

‘‘Macam sudah setuju hendak tubuhkan suruhanjaya kehakiman. Saya fikir belum ada perbincangan apa-apa lagi.

‘‘Eloklah bawa dahulu ke Kabinet, pasal ini isu besar, saya cuma komen setakat ini, nanti orang kata saya berbalah, tidak ada,’’ katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 31/03/08

Ulasan:


Zaid Ibrahim yang baru dilantik ke kabinet nampaknya begitu ‘ghairah’ mengeluarkan pelbagai bentuk kenyataan. Bermula dari kenyataan pertama beliau meminta agar kerajaan memohon maaf kepada Tun Salleh Abbas kerana pemecatan bekas ketua hakim negara itu, kini Zaid mengeluarkan satu lagi kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Sebagai orang baru dalam kabinet sekular di Malaysia, sudah semestinya Zaid cuba mencari populariti untuk menonjol. Sebagai orang lama pula, Muhyiddin tentunya tidak senang duduk dan tidak akan membiarkan Zaid terus-menerus muncul di akhbar-akhbar. Inilah ‘open secret’ UMNO yang selalu disembunyikan – percanggahan pendapat dan pergaduhan sesama sendiri yang tidak berkesudahan serta usaha untuk naik ke atas secepat mungkin dengan mempopularkan diri melalui ‘kerjasama’ dengan wartawan-wartawan.

Hal ini sebenarnya bukan soal pendapat peribadi atau pendapat rasmi kerajaan, ia soal ‘bagaimanakah’ untuk menunjukkan kehebatan diri dan mendiscreditkan orang lain yang merupakan satu lagi tradisi dalam UMNO. Semoga percanggahan pendapat yang berdasarkan hukum sekular ini akan terus berlaku di dalam kerajaan yang membolehkan rakyat menilai betapa jauhnya mereka dari mengambil Islam sebagai penyelesaian kepada peraturan hidup.

Filed under having 0 Ulasan  

Pemulihan Badan Kehakiman Perlu Diberi Keutamaan Khusus, Kata Koh

by AURA JIHAD

PULAU PINANG, 26 Mac (Bernama) -- Pemulihan badan kehakiman perlu diberi keutamaan khusus berbanding pelbagai perubahan lain yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha memulihkan keyakinan orang ramai terhadap institusi keadilan, kata Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata dalam mengenal pasti dan memenuhi hasrat serta harapan rakyat Malaysia seperti yang mereka zahirkan melalui pilihan raya umum 2008, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempamerkan diri beliau sebagai seorang pemimpin yang responsif dan bertanggungjawab terhadap semua rakyat.

"Memohon maaf kepada hakim-hakim yang telah digantung atau dipecat 20 tahun lepas merupakan langkah yang baik sebagai permulaan, seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru Datuk Zaid Ibrahim.

"Tapi, apa yang lebih penting ialah langkah konkrit perlu diambil dengan secepat mungkin dan dilihat dilaksanakan ke arah memulihkan kewibawaan, integriti dan kredibiliti badan kehakiman di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari Rabu.

Koh berkata demikian bagi mengalu-alukan ikrar Perdana Menteri sebelum ini untuk mempercepatkan pelaksanaan pelbagai perubahan yang dijanjikan pada pilihan raya umum 2004, tetapi belum dilaksanakan sepenuhnya.

Beliau juga menyambut baik dan menyokong cadangan Zaid tentang penubuhan sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab bagi pelantikan anggota badan kehakiman.

Selain bidang kehakiman, prestasi pasukan polis dalam tugas pencegahan jenayah dan pendakwaan juga perlu dipertingkatkan, kata beliau.

"Langkah memperkenalkan pakaian seragam baru bagi anggota polis hanya merupakan perubahan daripada segi luaran. Apa yang diperlukan ialah semangat baru dan pembaharuan komitmen untuk meningkatkan keselamatan bagi semua pihak.

"Badan kehakiman yang berwibawa serta keselamatan yang terjamin merupakan dua faktor asas paling penting bagi menarik keyakinan rakyat serta pelabur agar kita dapat terus menikmati keamanan dan kemakmuran," kata beliau.

Sumber: BERNAMA 26/03/2008

Ulasan:

Pemecatan Tun Salleh Abbas adalah bukti bahawa institusi kehakiman tidak dapat berfungsi dengan berkecuali. Setiap hakim yang tidak ‘menurut kata’ kerajaan di dalam sesuatu perbicaraan harus bersedia untuk menerima akibat buruk sesudah itu. Ini menyebabkan mana-mana hakim yang tinggal akan takut kehilangan jawatan dan akan memberi keputusan sesuai dengan ‘kehendak’ kerajaan.

Namun, kita haruslah ingat bahawa isu yang ditimbulkan sebenarnya bukanlah sesuatu yang datangnya kerana kesedaran Islam bahawa kerajaan telah banyak melakukan selama ini, tapi ia hanya dicetuskan sekadar sebagai usaha untuk memulihkan reputasi kerajaan yang telah lama tercemar dan sebagai usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada mereka. Ia juga hanyalah sekadar usaha untuk memulihkan badan kehakiman sekular yang sudah pun hancur berkecai dan tidak dipercayai rakyat lagi dengan pelbagai skandal yang berlaku selama ini. Sejak sekian lama badan kehakiman di Malaysia adalah badan yang menjunjung tinggi undang-undang kufur ciptaan manusia yang jelas-jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Cadangan Zaid Ibrahim agar kerajaan meminta maaf kepada Tun Salleh Abbas berhubung pemecatannya dahulu boleh mengundang pelbagai soalan. Kenapa permohonan maaf hanya ditujukan kepada Salleh Abbas, sedangkan ramai lagi hakim lain yang dipecat selama ini kerana ‘tidak sehaluan’ dengan kerajaan. Kerajaan juga bukan sahaja berdosa kepada Salleh Abbas, malah kerajaan berdosa dengan seluruh umat Islam kerana tidak menerapkan hukum Allah di dalam pemerintahan. Kerajaan bukan sahaja mesti memohon maaf, malah mesti dihukum kerana tidak berhukum dengan hukum Allah dan Rasul sejak 50 tahun lepas.

Kegagalan kerajaan menerapkan syariat Islam walaupun sudah 50 tahun merdeka merupakan dosa terbesar kerajaan yang belum tentu diampunkan oleh Allah SWT. Jadi, sudah masanya kerajaan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah Azza wa Jalla, dan berusaha menerapkan hukum Allah secara kaffah agar mereka selamat di akhirat kelak dari azabNya.

Filed under having 0 Ulasan  

Hanif Basree dibebaskan

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 28 Mac - Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan yang melepas dan membebaskan jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Haniff Basree Abdul Rahman, 40, daripada tuduhan membunuh Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Noritta Samsudin, 22, lima tahun lalu.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi yang mengetuai panel lima hakim memutuskan demikian dengan sebulat suara semasa menolak rayuan pihak pendakwaan bagi mengetepikan keputusan mahkamah rayuan yang mengekalkan keputusan membebaskan Hanif Basree yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sumber: UtusanOnline 28/03/08

Ulasan:

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, yang merupakan mahkamah tertinggi dalam negara ini, maka bebaslah sepenuhnya Hanif Basree dari tuduhan membunuh Noritta, lima tahun lalu.

Dahulu, Hanif Basree di sambut umpama hero apabila Mahkamah Tinggi melepaskannya dari tuduhan tersebut. Haniff Basree yang mengaku mengadakan hubungan seks (berzina) dengan Noritta, tidak pun dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan tersebut kerana pendakwa gagal membuktikan kesnya. Kes ini menggegarkan tanah air lima tahun lepas kerana dikatakan ramai lagi yang terlibat melakukan hubungan seks dengan Noritta.

Bagaimanapun, oleh sebab perbicaraan ini adalah kes bunuh, maka masyarakat sudah tidak memfokuskan kes zina yang diakui sendiri oleh Hanif Basree. Jika mengikut undang-undang Islam sebenar (bukan undang-undang Islam Malaysia), maka telah lama nyawa Hanif Basree melayang kerana beliau merupakan seorang penzina muhsan (penzina yang telah berkahwin). Pengakuan beliau sendiri bahawa beliau telah berzina merupakan tsabit kepada hukum rejam ke atasnya. Rasulullah saw telah merejam Maiz yang berzina, seperti yang diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah,

“Bahawa seorang lelaki berzina dengan seorang perempuan. Nabi saw memerintahkan untuk menyebatnya, kemudia dikhabarkan bahawa dia adalah muhsan, maka Nabi saw memerintahkan untuk merejamnya”.

Banyak lagi riwayat lain yang menerangkan bahawa penzina muhsan wajiblah direjam hingga mati. Inilah hukum Islam. Dan hukuman rejam ini hendaklah dijalankan di hadapan khalayak ramai. Inilah hukuman yang akan menakutkan orang dari memaksiati Allah khususnya dalam kes perzinaan. Siapa sahaja yang menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri bahawa dia akan direjam jika berzina, dan juga orang lain yang tahu (walaupun tidak menyaksikan) tentang hukuman tersebut, maka hal ini sudah pasti akan menjadi zawajir (pencegah) baginya agar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Bagi yang direjam pula, ia akan menjadi jawabir (penebus) kepada dosa zinanya di akhirat kelak. Inilah indahnya hukum Allah swt.

Segala hukum yang wajib ini tentunya tidak akan terlaksana dengan adanya pemerintah sekular yang membuat undang-undang sendiri dengan suara majoriti. Pemerintah sekular yang ada lebih kasihkan azab Allah dari rahmatNya, kerana itulah mereka menerapkan hukum yang bukan hukum Allah dan pasti akan mengundang azabNya di akhirat nanti. Hanya dengan terwujudnya seorang Daulah Khilafah, barulah segala hukum Islam itu dilaksanakan sepenuhnya kerana Khalifah yang dilantik nanti adalah di bai’at untuk menerapkan hukum Qur’an dan Sunah.


Filed under having 0 Ulasan  

Kaji cara lantik pemimpin negeri

by AURA JIHAD

PUTRAJAYA: Undang-undang yang ketinggalan zaman, khususnya berkaitan pelantikan pemimpin kerajaan negeri, wajar dikaji semula supaya tidak timbul masalah pada masa depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau berkata, kajian semula itu perlu kerana ada antara undang-undang negeri itu digubal pada awal 1900-an dan sudah tidak lagi sesuai pada zaman ini.

"Ada kalanya sesuatu perkara itu menjadi rumit kerana kita ada undang-undang yang ketinggalan zaman dan lapuk. Walaupun ia undang-undang lama, ia perlu dipatuhi kerana masih wujud. Jika ada keperluan memindanya atau jika ia tidak sesuai pada zaman ini, ia mesti dipinda," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu pelantikan Menteri Besar Terengganu yang menyaksikan istana dan parti pemerintah tidak sepakat berhubung pilihan penjawat dan kuasa untuk melantik seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negeri.

Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, sebagai Menteri Besar Terengganu manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menamakan semula Datuk Seri Idris Jusoh untuk jawatan itu.

Berikutan itu, Perdana Menteri menyatakan pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru menggantikan Idris, tidak kena dari segi Perlembagaan.

Ditanya apakah beliau sedang meneliti perkara itu, Zaid berkata: "Ya, sudah tentu... sebilangan Perlembagaan negeri digubal pada 1911, 1920... Saya percaya Peguam Negara juga sedang meneliti perkara itu, begitu juga beberapa kementerian. Kita perlu beri tumpuan kepada isu ini bagi mengelak konflik".

Bagaimanapun, Zaid menegaskan, perkara itu perlu diselesaikan secara rundingan bagi mencapai kesepakatan antara kerajaan yang memerintah dan pihak istana.

"Kita kena bincang perkara ini dan dapatkan kesepakatan bagaimana kita mengharmonikan harapan kerajaan demokratik dengan pihak istana. Jika ada konflik, ia perlu diselesaikan secara rundingan dan itulah yang perlu kita lakukan," katanya.

Mengenai perubahan terhadap badan kehakiman negara, Zaid berkata, Jemaah Menteri semalam mengulangi komitmen untuk melaksanakan cadangan itu dan beliau akan menyediakan Kertas Kabinet selepas kajian teliti, termasuk mengambil kira laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kesahihan klip video yang didakwa membabitkan peguam Datuk VK Lingam,

Beliau berkata, perubahan yang dicadangkan beliau itu bukan sekadar kosmetik tetapi secara dasar bagi memperkukuhkan badan kehakiman negara.

"Saya mahu melihat badan kehakiman diperkasakan dengan mereka yang layak dan memiliki strategi. Saya mahu melihat permulaan yang baru," katanya.

Ditanya apakah Kabinet sudah membuat keputusan berhubung saranan beliau supaya kerajaan memohon maaf kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, berhubung pemecatannya daripada jawatan itu pada 1988, Zaid berkata, pandangan beliau belum dipertimbangkan.

"Ramai lagi (menteri) yang lebih berpengalaman dan bijak daripada saya, kita kena tunggu keputusan," katanya.

Merujuk permohonan maaf Kerajaan Australia kepada penduduk pribumi negara itu dan permohonan maaf kerajaan Afrika Selatan kepada penduduk kulit hitam berhubung dasar aparteid, beliau berkata, ia bukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan kerajaan.

"Ia adalah sesuatu yang boleh kita (kerajaan) lakukan, terpulang kepada pemimpin," katanya.

Ditanya apakah pentadbiran Abdullah atau Tun Dr Mahathir Mohamad yang wajar membuat permohonan maaf itu, Zaid berkata: "Anda tidak boleh mengharapkan Dr Mahathir untuk memohon maaf... pentadbiran itu sudah tiada lagi."

Mengenai Undang-Undang Antilompat Parti yang dicadangkannya, Zaid berkata, beliau belum mengemukakan cadangan terperinci kepada Kabinet.

Zaid juga berkata, beliau tidak berminat untuk memegang atau bertanding merebut sebarang jawatan dalam Umno.

"Saya menyertai kerajaan kerana saya mahu membantu. Saya hanya mahu tumpukan kepada tugas ini," katanya sambil menambah beliau sedar ada pihak yang tidak suka dengan pandangan beliau.

Sumber: Berita Harian 27/03/08

Ulasan:

Bila dah berlaku konflik, khususnya yang menjejaskan kepentingan UMNO, barulah timbul isu undang-undang sudah lapuk dan perlu diganti. Selama ini, undang-undang lapuk inilah yang diagung-agungkan dan Malaysia sering didakwa UMNO sebagai sebuah model negara demokrasi dan negara Islam terbaik, dengan undang-undang lapuk ini. Inilah pemikiran kelompok-kelompok sekular di dalam UMNO yang hanya hidup untuk meraih manfaat dunia tanpa mempertimbangkan dosa dan pahala. Mereka tidak pernah terfikir untuk menukar undang-undang lapuk ini dengan undang-undang Islam, namun mereka pastinya akan tukar dengan undang-undang yang akan memberi manfaat kepada UMNO.

Krisis yang belum berkesudahan di antara kerajaan persekutuan dan juga pihak istana negeri ini tidak lain adalah berpunca dari undang-undang warisan penjajahan British. Perlembagaan yang digubal oleh British antara lain menetapkan bidang kuasa di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Memang sudah menjadi dasar British yang kufur dan musuh Islam, undang-undang yang mereka ‘tinggalkan’ ini adalah bagi memastikan sistem kufur mereka terus dianuti oleh umat Islam. Bezanya, dulu merekalah yang menerapkannya secara langsung, kini, lebih buruk, ia diterap dan dipertahankan oleh pemimpin Muslim yang ada. Semasa pemerintahannya, British telah pun menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu sebatas menjaga agama dan upacara keagamaan sahaja. Hukum Islam hanya dibenar diamal dalam kes nikah kahwin, cerai, harta pusaka, penjagaan anak dan seumpamanya. Itu sahaja. Selebihnya undang-undang hendaklah dibuat sendiri mengikut suara majoriti, tidak perlu mengikut undang-undang Islam.

Begitulah natijahnya apabila berhukum dengan hukum buatan manusia, lompang dan keburukannya ada di mana-mana. Di dalam kes terbaru ini pertikaian berlaku apabila pihak istana mengguna pakai perlembagaan negeri Terengganu tahun 1919 untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai menteri Besar Terengganu yang baru. Manakala Perdana Menteri pula melalui bidang kuasanya sebagai ‘penasihat’ telah menyerahkan watikah pelantikan kepada Menteri Besar yang lama. Situasi ini sebenarnya saling tak tumpah sewaktu pesuruhjaya British memerintah dahulu, di mana British (sebagai pemerintah) selalunya akan mengenepikan istana dalam soal pemerintahan.

Selama mana umat Islam itu masih berhukum dengan hukum Jahiliyyah, membuat hukum sendiri dan tidak kembali kepada Al-Quran dan Sunah, maka selama itulah perpecahan dan murka Allah akan tertimpa ke atas mereka. Firman Allah SWT,

“Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah akannya, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalanNya" [TMQ Al-An'aam (6):153].

Filed under having 0 Ulasan  

AL-QURAN DIHINA JIHAD JAWABNYA!!!

by AURA JIHAD

Dunia Islam sekali lagi digemparkan dengan sebuah penghinaan. Pada hari Sabtu lepas seorang ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders telah menerbitkan sebuah filem pendeknya yang menghina Islam dengan tajuk Fitna. Filem itu, yang mula ditayangkan secara online pada 27 Mac lepas memaparkan penghinaan kepada Rasulullah dan juga Al-Quran yang didakwa oleh sikafir Wilders ini sebagai penganjur keganasan. Perbuatan biadab Wilders ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Beberapa demonstrasi di luar negara diadakan di hadapan kedutaan Belanda atas sikap kurang ajar Geert Wilders itu. Di Malaysia, Dewan Pemuda PAS telah menghantar memorandum kepada kedutaan Belanda yang mengecam tindakan tersebut. Pemuda UMNO yang selama ini memperjuangkan agenda Melayu, juga turut menghantar memorandum bantahan kepada Duta Belanda, Lody Embrechts di kediaman rasmi duta tersebut di Jalan Langgak Golf.

Kebiadaban Geert Wilders ini sebenarnya bukanlah kali pertama. Pada November 2007, semasa menyatakan hasrat jahatnya untuk membuat sebuah filem pendek, beliau menyatakan “I will make the film and see what reaction it creates” (saya akan membuat satu filem dan melihat apakah reaksi yang bakal muncul) [http://www.iht.com/articles/ap/2007/11/28/europe/EU-GEN-Netherlands-Anti-Quran-Film.php]. Antara kata-kata keji beliau yang lain adalah, “Ban this wretched book (Qur'an) just like Mein Kampf is banned” (Sekat buku bedebah ini (Qur’an) seperti mana Mein Kampf disekat – ‘Mein Kampf” adalah sebuah buku karangan Hitler yang memicu kekejaman dan kezaliman). “Muslims living in the Netherlands should tear out half of the Koran” (Muslim yang tinggal di Belanda harus mengoyak separuh dari Quran). “If Mohammad lived here today, I would propose chasing him out of the country with peck and fetters.” (Jika Muhammad hidup/tinggal di sini hari ini, saya akan mencadangkan dia dihalau dari negara ini)

Belanda Hirsi Ali dan Geert Wilders

Belanda adalah sebuah negara Kapitalis Imperialis pada zaman penjajahan di mana Indonesia adalah antara sebuah negara umat Islam yang menjadi jajahannya. Di zaman neokolonialisme ini Belanda menjadi antara negara paling liberal di Eropah yang memegang erat konsep persamaan (equality), tolak-ansur (tolerance) dan keadilan (justice). Namun, apabila berhadapan dengan kaum Muslimin, semua nilai-nilai ini akan sirna, sebaliknya penghinaan, seksaan, penculikan pembunuhan dan tahanan tanpa perbicaraan adalah sesuatu yang mereka boleh terima. Tindakan seorang Muslim atau gerakan Islam yang mempertahankan diri mereka dari serangan dan penjajahan kejam AS telah dianggap sebagai ‘perlawanan haram’. Tidak ada lagi equality, tolerance mahupun justice dan ‘Konvensyen Geneva’ yang mereka agung-agungkan juga terus dipersetankan, kerana apabila menghadapi umat Islam, “rules of the game changes” (peraturan permainan bertukar).

Sebenarnya sebelum Geert Wilders telah ada pendahulunya dalam melakukan serangan terhadap Islam, iaitu seorang perempuan, Ayaan Hirsi Ali, yang telah murtad dan mendapat suaka politik di Belanda atas penentangan terbukanya kepada Islam. Dia kemudian muncul menjadi ahli politik penting atas tiket ‘bekas Muslim’nya dan dijulang oleh Belanda serta tidak putus-putus dijemput ke seminar dan kuliah untuk menghentam Islam, khususnya berkenaan kedudukan ‘perempuan dalam Islam’. Dia juga diberi peluang untuk menulis buku dan skrip filem ‘Submission’ yang menggambarkan bahawa Al-Quran menggalakkan keganasan dan pencabulan perempuan dalam keluarga!

Hirsi Ali kemudian telah dihalau keluar dari Belanda apabila dia dikritik secara terbuka kerana telah melakukan penipuan dalam borang permohonan suaka politiknya. Semasa tiba di Belanda pada tahun 1992, dia mendakwa berjaya melarikan diri dari dikahwini secara paksa oleh keluarganya di Somalia, yang sedang bergolak ketika itu. Hal inilah yang menyebabkan Belanda membenarkan suaka politik kepadanya, kerana dia ‘berjaya’ membuktikan yang Islam menindas wanita, sebagaimana yang dialaminya sendiri. Bagaimanapun, sebuah rancangan televisyen Belanda telah mendedahkan penipuan Hirsi apabila ahli keluarganya menyatakan mereka langsung tidak tahu menahu tentang ‘perkahwinan paksa’ tersebut, bahkan dia selama ini tinggal dan hidup mewah di Kenya selama 12 tahun. Meskipun pembohongannya terdedah secara besar-besaran, namun si murtad ini tetap saja diusung sebagai juara oleh Barat, bahkan diberi autoriti untuk menerangkan Islam dalam banyak siri kuliah. Selepas dihalau keluar dari Belanda, si sampah ini kemudian dikitar semula oleh regim AS dengan memberikan kerusi penyelidik di AEI (American Enterprise Isntitute). Ini menunjukkan dengan jelas bahawa antara ‘kelayakan’ untuk memasuki dunia intelektual Barat dan boleh dijadikan autoriti untuk bercakap tentang Islam adalah ‘kebencian’ terhadap Islam, bukannya kredibiliti atau kebolehpercayaan, seperti mana kes Geert Wilders yang celaka ini.

Geert Wilders adalah anggota parlimen Belanda semenjak 1998. Sebagaimana Hirsi Ali, Geert mencapai kejayaan apabila menunjukkan sikap permusuhan terbuka terhadap Islam. Dalam bulan September 2004 beliau telah meninggalkan People's Party for Freedom and Democracy dan menubuhkan partinya sendiri iaitu Party for Freedom. Ketika itu dialah satu-satunya wakil parti baru ini di parlimen. Dalam undian yang dikeluarkan setelah pembunuhan Theo Van Gogh (pengarah filem anti-Islam ‘Submission’), parti ini dijangka memenangi 29 (daripada 150 kerusi), namun apabila isu pembunuhan Van Gogh telah reda, pada Oktober 2005, jumlah undi (jangkaan kerusi yang akan dimenangi) tersebut turun hanya kepada satu undi sahaja. Bagaimanapun, setelah akhbar Denmark, Jyllands-Posten menyiarkan kartun menghina Rasulullah dalam bulan Februari 2006, populariti parti ini meningkat semula kepada 3 kerusi, dan akhirnya sekarang Party for Freedom ini memenangi 9 kerusi, menjadikannya parti pembangkang ketiga terkuat di Belanda. Modalnya untuk mencapai populariti mudah sahaja iaitu sikap anti-Islam. Sikap anti-Islam ini bukannya hanya terhad kepada orang-orang macam Geert Wilders sahaja, bahkan kerajaan Belanda sendiri pernah mengemukakan satu rang undang-undang untuk mengharamkan pemakaian purdah (niqab) di tempat awam yang menjadikannya negara pertama di Eropah yang menguatkuasakannya, namun menemui kegagalan. Wilders pula tidak puas-puas menaikkan balik isu pengharaman niqab ini, di samping banyak lagi perkara lain yang beliau tuntut agar diharamkan seperti Al-Quran dan juga kewarganegaraan Belanda untuk Muslim.

Sinopsis Filem Fitna & Tafsiran Songsang Geert

Pada permulaan filem pendek Fitna keluaran Geert ini, ia memaparkan lukisan kartun Rasulullah yang dikeluarkan Denmark pada 30 September 2005, yang sedang memakai serban bom jangka, di mana detik pengiraan masa bermula pada kiraan 15:00. Kemudian dipaparkan bacaan al-Quran, Surah 8:60 yang bermaksud, “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh) kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)” [TMQ Al-Anfaal (8):60]. Sebagai seorang kafir yang jahat dan jahil tentang ayat-ayat Allah, Geert menjelaskan bahawa kedudukan ayat ini adalah untuk membenarkan aktiviti ‘keganasan’ terhadap orang awam. Geert mengambarkan bahawa umat Islam diajar untuk menjadi pengganas kerana Al-Quran sendiri menyeru untuk menggerunkan musuh Allah. Geert memasukkan latar belakang peristiwa 9/11 dan beberapa deretan mayat serta khutbah yang berapi-rapi dalam bahasa Arab yang menuntut supaya semua orang kafir dibunuh, dan pembunuhan mereka dikira sebagai kebaikan oleh Allah.

Walhal di dalam ayat yang mulia ini, Allah memerintahkan untuk mempersiapkan kelengkapan perang yang mampu menakutkan musuh, bukannya perintah dari Allah untuk membunuh orang awam, sebagaimana tafsiran menyeleweng Geert. Tuntutan dalam ayat ini adalah untuk ‘pemerintah’ kaum Muslimin agar menyediakan kekuatan semampu-mampunya untuk menggerunkan musuh Allah, yang merupakan pendekatan pro-aktif yang diperintah Allah dalam menghadapi kekuatan musuh. Ayat ini langsung tidak ada kaitan dengan aktiviti pengeboman dalam peristiwa 9/11 atau apa-apa pembunuhan ke atas orang awam (yang tidak pernah terbukti pun dilakukan oleh orang Islam). Ini antara perkara penting yang langsung tidak disentuh oleh Geert mala’un ini. Bahkan kajian menunjukkan bahawa hanya 50% dari penduduk New York itu sendiri yang mempercayai ia dilakukan oleh orang Islam, itu pun kerana mereka tidak ada maklumat sekunder selain dari hanya membaca media massa kerajaan. Ternyata setelah video bertajuk ‘Re-open 9/11’ dikeluarkan, yang membuktikan dengan jelas bahawa peristiwa 9/11 adalah perancangan licik pentadbiran Bush, para intelektual dan profesional AS sendiri telah meragui tentang kesahihan tuduhan Bush ke atas umat Islam, malah ramai yang meyakini ia dilakukan oleh pentadbiran White House sendiri. Hal ini langsung tidak disebut oleh Geert.

Sesungguhnya kerana pemimpin umat Islam hari ini melalaikan tuntutan ayat inilah yang menyebabkan kegerunan dalam dada musuh-musuh Islam tercabut, dan Fitna adalah manifestasinya.

Dalam slot seterusnya, Geert memaparkan Surah 4:56, “Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” [TMQ Al-Nisa’ (4):56]. Berlatar-belakangkan satu khutbah dalam bahasa Arab yang menunjukkan seorang khatib membacakan hadis bahawa pada akhir zaman kelak kaum Yahudi akan dibunuh kerana sikap permusuhan mereka terhadap Islam. Meskipun mereka bersembunyi di balik batu, batu itu akan memberitahu kaum Muslimin bahawa ada Yahudi di belakangnya. Dengan penuh bersemangat, khatib tersebut mencabut pedangnya menunjukkan aksi untuk membunuh Yahudi. Dalam slot ini, Geert cuba mengaitkan Islam dengan sikap seperti Hitler yang kejam dan anti-Yahudi. Walaupun kita tidak menafikan kisah pembunuhan/peperangan ke atas Yahudi yang telah disebut oleh hadis Rasulullah, namun ayat yang dipaparkan oleh Geert yang jahil ini langsung tidak ada kena-mengena dengan mesej yang cuba dibawanya. Ayat ini adalah berbentuk ikhbar (pemberitahuan) yang mana Allah menceritakan sifat/bentuk seksaan yang bakal menimpa orang-orang kafir dalam neraka kelak. Ia tidak mengandungi apa-apa thalab (tuntutan) untuk melakukan sesuatu perbuatan seperti membunuh Yahudi atau lain-lain. Ayat ini tidak memerintahkan apa-apa perbuatan yang perlu kita lakukan ke atas orang kafir, tetapi ayat ini adalah sebahagian dari persoalan aqidah yang wajib diyakini oleh kaum Muslimin bahawa orang-orang yang kufur kepada ayat-ayat Allah akan diseksa dengan pedih di neraka (semoga Geert adalah salah seorang darinya).

Menurut satu sumber [sila lihat http://youtube.com/watch?v=qadPcR4fyzg&feature=related] kejahatan Geert terserlah apabila dia hanya memetik satu khutbah yang sebenarnya bukan merupakan ‘cara biasa’ khutbah disampaikan oleh seseorang khatib (yang diketahui umum oleh umat Islam) dan sumber tersebut menjelaskan bahawa khutbah tersebut disampaikan di Baghdad sejurus setelah tentera Amerika memasuki Baghdad dan melakukan pembunuhan ke atas umat Islam.

Dalam slot berikutnya, ayat jihad dalam Surah 47:4 ditafsir membabi buta oleh Geert sebagai memberi lesen kepada Muslim untuk membunuh orang kafir secara sembarangan. Isu Van Gogh (yang menerbitkan filem Submission) di manipulasi sedemikian rupa oleh Geert di mana Van Gogh telah dijadikan hero kerana dikatakan menjadi mangsa kepada kekejaman orang Islam. Gambar Mohamad B (pembunuh Van Gogh) dan kata-katanya telah dijadikan modal oleh Geert untuk menunjukkan sikap ganas umat Islam. Walhal sikap biadab Van Gogh menghina Islam dibiarkan atas nama ‘freedom’. Ayat dalam surah ini berbunyi, “Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka pancunglah batang leher mereka, sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berakhir. Demikianlah apabila Allah menghendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain, dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka” [TMQ Muhammad (47):4].

Ayat ini bukanlah memberi ‘lesen membunuh’ kepada Muslim sesuka hati, tetapi ia menerangkan dengan jelas apa yang perlu dilakukan oleh Muslim apabila berhadapan dengan orang kafir di medan perang. Ayat ini langsung tidak boleh dikaitkan dengan perbuatan Mohammad B yang membunuh Van Gogh. Ia (ayat ini) adalah berupa perintah Allah kepada kaum Muslimin untuk membunuh orang kafir semasa di medan perang. Kita semua jelas bahawa dalam keadaan biasa (tiada peperangan), Islam melarang membunuh orang-orang kafir tanpa hak. Islam bahkan dengan jelas mengharamkan pembunuhan kafir zimmi, kafir musta’man mahupun kafir mu’ahid. Inilah yang tidak difahami atau dikaji oleh Geert.

Terdapat beberapa lagi ayat lain yang diselewengkan oleh si kafir Geert ini yang tak dapat kami perjelaskan kerana keterbatasan ruang. Si hina ini, tanpa memahami makna Al-Quran dan tanpa merujuk kepada asbabun nuzul ayat, melakukan tafsiran ayat-ayat Allah yang sebenarnya dibaluti dengan sifat keji dan bencinya terhadap Islam. Menghampiri penghujung video pendeknya, Geert cuba menggambarkan apa yang akan terjadi kepada Belanda jika Islam memerintah di mana golongan murtad akan dibunuh, suami/isteri yang berzina akan dibunuh, begitu juga dengan golongan homoseksual (gay). Ditunjukkan kepala seorang wanita bertudung yang terpotong (dari badan) dan juga gambar beberapa orang gay yang ditutup mata, diikat tangannya dan digantung. Keratan akhbar yang menunjukkan tuntutan agar Salman Rushdie dan Hirsi Ali dihukum bunuh turut dipaparkan. Inilah antara usaha Geert untuk menyusupkan rasa takut dan benci orang-orang kafir terhadap Islam, dengan menggambarkan Al-Quran sebagai sebuah kitab yang memerintah kepada pembunuhan dan keganasan serta menyekat segala bentuk kebebasan (freedom) yang diagung-agungkan dan diamalkan oleh mereka selama ini. Geert jahil bahawa urusan Salman Rushdie, Ayaan Hirsi Ali dan lain-lain orang yang murtad serta melakukan kemaksiatan kepada Allah adalah urusan dalaman umat Islam yang mana hukumannya telah ditentukan oleh Allah, Zat Yang Maha Mengetahui tentang makhluk ciptaanNya. Namun, atas nama kebebasan dalam sistem demokrasi, Geert berpeluang menzahirkan permusuhannya kepada kaum Muslimin dengan mengamalkan konsep ‘the enemy of my enemy is my friend’ (musuh kepada musuhku adalah sahabatku).

Akhir sekali di dalam filem ini, kita melihat bagaimana Al-Quran dikoyak, dengan diikuti gambar Nabi Muhammad yang memakai bom di kepala kemudian meletup. Inilah secara ringkas tentang filem rekaan Geert Wilders ini (semoga Allah melaknatnya).

Sikap Penguasa Sekarang vs Khalifah

Dengan penghinaan yang berkali-kali yang dilakukan golongan kuffar ke atas Rasulullah, Al-Quran dan juga Islam, anehnya, sebahagian besar penguasa dan ulama di dunia Islam saat ini hanya diam terpaku dan masih nyenyak beradu. Jika ada pun tindakan yang diambil, hanya sekadar melahirkan rasa kesal, mengecam, mengutuk, menghantar memorandum bantahan, gesaan agar memboikot barangan keluaran negara berkenaan dan gesaan agar penghina berkenaan memohon maaf. Inilah tindakan ‘paling berani’ yang diambil oleh pemerintah dan ulama yang ada, termasuklah di Malaysia. Jika baru-baru ini pemerintah menganjurkan perarakan maulid ar-rasul secara besar-besaran, kononnya atas rasa cinta kepada Rasulullah, namun ternyata, apabila Rasulullah dan Al-Quran dihina secara terang-terangan, ‘rasa cinta’ hanyalah terbukti di mulut, di televisyen, di radio dan di akhbar-akhbar sahaja. Jika pada zaman para sahabat, rasa cinta mereka benar-benar dimanifestasikan dengan tergadainya nyawa mereka demi mempertahankan Rasulullah, kini, ‘rasa cinta’ pemerintah sekarang (yang menyambut hari kelahiran Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam besar-besaran) dimanifestasikan hanya dengan mulut dan juga sekeping ‘kertas bantahan’. Alangkah ‘cintanya’ mereka kepada Rasulullah!

Bandingkanlah, jika mereka sendiri (pemerintah sekarang, baik Perdana Menteri atau mana-mana Menteri) dihina dengan dilukiskan gambar mereka dengan berserbankan bom dan dilabel sebagai pengganas, atau dilukiskan gambar mereka dan dicampakkan ke lubang tandas, apakah reaksi mereka agaknya? Namun apabila Rasulullah yang merupakan semulia-mulia makhluk Allah, dihina, mereka hanya justeru berpeluk tubuh dan hanya mengeluarkan kata-kata lembut yang tidak bermakna kepada penghina Rasul. Wajarkah tindakan mereka ini? Jika Al-Quran yang suci lagi mulia dimasukkan ke lubang tandas mereka boleh berdiam diri, dan jika Rasulullah kekasih Allah, dihina, mereka juga tetap berdiam diri, di manakah letaknya kecintaan mereka kepada Al-Quran dan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam? Bukankah Rasulullah wajib lebih kita cintai daripada diri kita sendiri, keluarga kita dan harta kita seperti yang ditegaskan dalam banyak hadis? Seperti inikah sikap seorang penguasa Muslim yang Allah kehendaki atau yang kita semua kehendaki? Alangkah jauhnya mereka dari ajaran Islam dan jauhnya mereka berbanding sikap para Khalifah kaum Muslimin yang mempertahankan Rasulullah dengan darah dan nyawa mereka.

Suatu ketika dahulu, Perancis pernah merancang untuk mengadakan pementasan drama yang diambil dari hasil karya Voltaire. Dramanya bertemakan “Muhammad atau Kefanatikan”. Di samping mencaci Rasulullah, drama tersebut turut menghina Zaid dan juga Zainab. Ketika Khalifah Abdul Hamid mendapat tahu tentang hal tersebut, melalui dutanya di Perancis, beliau segera memberikan amaran kepada pemerintah Perancis supaya menghentikan pementasan drama tersebut serta-merta. Beliau mengingatkan bahawa Perancis bakal berhadapan dengan tindakan politik jika tetap meneruskan pementasan tersebut. Pemerintah Perancis akhirnya tunduk dan membatalkan pementasan tersebut. Tidak berhenti di situ, perkumpulan teater tersebut kemudiannya berangkat ke Britain. Mereka merencanakan untuk mengadakan pementasan yang sama di Britain. Sekali lagi, Khalifah Abdul Hamid yang mendapat tahu akan hal itu, terus memberi amaran kepada Britain. Britain dengan angkuhnya tidak melayan amaran tersebut. Alasannya, tiket sudah habis terjual dan jika dibatalkan drama tersebut, ini bertentangan dengan prinsip kebebasan (freedom) yang dianutinya. Wakil Khilafah Uthmaniyyah di sana kemudian menegaskan kepada pemerintah Britain bahawa Perancis telah pun membatalkan acara tersebut sekalipun sama-sama mendukung kebebasan sebagaimana Britain. Pihak Britain justeru menjawab bahawa kebebasan yang dinikmati rakyatnya jauh lebih baik daripada apa yang ada di Perancis. Setelah mendengar sikap Britain yang demikian, sang Khalifah terus memberi amaran, “Aku akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengatakan bahawa Britain sedang menyerang dan menghina Rasul kita. Aku akan mengobarkan jihad al-akbar!”. Melihat keseriusan Khalifah dalam menjaga kehormatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tersebut, pemerintah Britain terus terdiam dari ‘cakap besar’nya tentang kebebasan, dan pementasan drama itu pun dibatalkan [Lihat: Majalah al-Wa‘ie, No. 31, 2003].

Jika penguasa yang ada sekarang masih beriman kepada Allah dan RasulNya, maka mereka juga mesti mengambil sikap sebagaimana Khalifah Abdul Hamid ini. Sesungguhnya telah jelas bagi umat Islam bahawa tidak ada hukuman lain bagi penghina Rasulullah kecuali mati. Imam asy-Syaukani menukil pendapat para fukaha, antara lain pendapat Imam Malik, yang mengatakan bahawa orang kafir zimmi seperti Yahudi, Nasrani dan sebagainya yang menghina Rasulullah, maka wajib dijatuhi hukuman mati, kecuali jika mereka bertaubat dan masuk Islam. Adapun jika pelakunya seorang Muslim, ia wajib dihukum tanpa diterima taubatnya. Imam asy-Syaukani mengatakan bahawa pendapat tersebut sama dengan pendapat Imam Syafii dan juga Imam Hanbali [sila rujuk SN056 – Karikatur Menghina Rasulullah Adalah Bukti Kebencian Kaum Kuffar Terhadap Islam untuk penjelasan lanjut].

Khatimah

Wahai umat Muhammad! Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “...telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi...” [TMQ Ali-Imran (3):118]. Inilah peringatan Allah kepada kita tentang kedudukan orang kafir yang akan membenci kita hingga hari Kiamat. Justeru, penghinaan mereka terhadap Islam ini akan terus berlaku dan berulang. Kebiadaban mereka terhadap Islam bukannya lantaran mereka itu kuat, tetapi yang sebenarnya umat Islamlah yang lemah. Pemerintah yang ada pula hanya sibuk mengejar dunia, bacul, pengkhianat, tunduk patuh kepada golongan kuffar dan mereka langsung tidak berani bersuara, walaupun sekadar untuk ‘mengancam’ penghina Islam. Pemerintah yang tidak berhukum dengan hukum Allah ini hanya berani ‘memenjarakan’ semua tentera yang mereka miliki. Apabila diseru untuk berkhidmat kepada badan kufur PBB, maka tentera-tentera ini ‘dilepaskan’, namun apabila menyaksikan Rasulullah dan Al-Quran dihina oleh golongan kuffar, maka tentera ini dipastikan tidak keluar dari kandang masing-masing, walaupun seorang. Seandainya pada hari ini Khalifahlah yang memerintah kita yang menerapkan hukum dari langit, nescaya kebiadaban kaum kuffar ini dijawab dengan kobaran jihad oleh sang Khalifah. Dengan Khalifah, nescaya Allah akan memperkuat, meneguh dan memuliakan kedudukan kita Insya Allah, sebagaimana Dia telah meneguh dan memuliakan generasi sebelum kita. Kerana itulah, Hizbut Tahrir di seluruh dunia sekali-kali tidak akan berhenti berjuang dan tidak akan berhenti menyeru agar kalian semua wahai kaum Muslimin, bersama-sama berusaha untuk menegakkan semula Daulah Khilafah yang akan melancarkan dakwah dan jihad ke atas golongan kuffar agar kitab suci kita dan Junjungan Besar kita, tidak lagi berani ‘disentuh’ oleh musuh-musuh Allah ini, walaupun sedikit. ALLAHU AKBAR!

SEMALAM DAN HARI INI YANG SAMA

by AURA JIHAD

Setelah mencapai kemenangan dengan majoriti mudah dalam pilihan raya umum baru-baru ini, maka berdasarkan Perlembagaan Malaysia, Barisan Nasional (BN) secara automatik dapat membentuk sebuah kerajaan. Pengerusi BN yang juga presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri dan seterusnya, dengan kuasa penuh yang ada pada beliau, telah melantik barisan kabinet yang bakal menerajui pemerintahan negara ini. Dalam kabinet baru ini, Abdullah telah menggabungkan muka baru dan lama dan menggugurkan beberapa orang menteri lama yang sudah tidak dikehendakinya, manakala bilangan jemaah menteri dikurangkan kepada 68 berbanding 90 sebelum ini. Selain kejutan ini, UMNO juga dilanda dengan kejutan lain apabila dua orang pemimpin tertingginya meletak jawatan dan setakat ini tiga orang timbalan menteri yang baru dilantik tidak mahu menerima (menolak) jawatan yang diberi Abdullah. Barisan kabinet baru ini juga dibidas pembangkang sebagai pro-Pak Lah di mana dikatakan semua orang kuat Najib diketepikan. Bukan sahaja di peringkat persekutuan, malah di peringkat negeri juga UMNO dilanda kemelut politik yang hebat, khususnya perbalahan dan pergaduhan sesama sendiri bagi merebut jawatan Menteri Besar. UMNO yang sebelum ini cuba melaga-lagakan pembangkang dengan krisis pelantikan Menteri Besar Perak, ternyata mengata dulang paku serpih. Begitu juga dengan tuduhan yang dilemparkan kepada pembangkang sebagai tidak menghormati institusi istana, kini dengan perebutan jawatan Menteri Besar Terengganu, UMNO sekali lagi dilihat tidak lebih dari mengata dulang paku serpih juga.

Selain pelantikan menteri di peringkat pusat, jentera pemerintahan di peringkat negeri juga menyaksikan pelantikan Menteri Besar/Ketua Menteri dan Exco kerajaan negeri masing-masing, termasuklah di negeri-negeri yang dimenangi BA. Walaupun kedua-dua belah pihak masih dalam suasana tergamam dengan kemenangan dan kekalahan masing-masing, namun keghairahan untuk memerintah negara dan negeri yang berjaya ditawan tetap mengatasi segala perasaan lain yang ada. Kuasa telah ada di tangan, apa yang penting sekarang adalah untuk membentuk jentera eksekutif secepat mungkin untuk memulakan pemerintahan. Walaupun ada beberapa orang Menteri, Menteri Besar dan juga Exco yang dipertikaikan kredibilitinya oleh banyak pihak, namun yang pasti, mereka semua telah dilantik sesuai dengan peruntukan undang-undang yang ada. Mahu tidak mahu, semua pihak terpaksa akur dengan hakikat bahawa BA telah berjaya membentuk pemerintahan di lima buah negeri manakala BN pula masih lagi berkuasa di peringkat persekutuan. Inilah perbincangan yang akan di bawa oleh Sautun Nahdhah kali ini di mana dalam hilai tawa dan tangis sendu atas perubahan yang telah melanda negara, umat Islam langsung tidak sedar bahawa yang berubah itu hanyalah beberapa ‘orang’nya, bukan ‘sistem’nya. Hakikatnya, Perlembagaan Persekutuan masih sama, Perlembagaan Negeri masih sama, segala undang-undang dan peraturan yang ada masih sama dan sistem yang diamalkan pun masih sama. Semoga risalah kecil ini dapat membuka pintu hati kaum Muslimin yang ikhlas yang masih lagi berjuang mencari kebenaran dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam mengembalikan kehidupan Islam secara kaffah di bumiNya ini.

Jenis-jenis Sistem Pemerintahan Di Dunia

Di dalam Sautun Nahdhah (SN)111 “Menegakkan Daulah Khilafah Adalah Wajib” dan juga SN161 “Struktur Daulah Khilafah”, kami telah pun menerangkan dengan nas-nas yang qath’i bahawa sistem Pemerintahan Islam yang diwajibkan oleh Tuhan semesta alam ke atas manusia adalah sistem Khilafah. Di dalam sistem Khilafah ini, Khalifah diangkat melalui bai’at berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya untuk memerintah sesuai dengan apa yang Allah kehendaki. Dalil-dalil tentang perkara ini amat banyak yang diistinbath (digali) dari Al-Quran, Al-Hadis dan juga dari Ijmak Sahabat. Amat naiflah pandangan mereka yang menyatakan bahawa Islam tidak merincikan bab pemerintahan sehingga manusia boleh mengambil atau memilih mana-mana sistem pemerintahan yang mereka suka atau yang mereka fikirkan sesuai. Pandangan seperti ini hanyalah dikeluarkan oleh mereka yang jahil sahaja atau oleh mereka yang telah terbius dengan pemikiran kufur-Barat atau pun oleh mereka yang sombong, bongkak dan angkuh dari kebenaran. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyempurnakan agama ini melalui RasulNya sehingga tidak ada satu perkara pun yang tidak disempurna dan dirincikan oleh Islam, apatah lagi di dalam bab pemerintahan.

Sistem pemerintahan Islam (Khilafah) berbeza dengan seluruh bentuk pemerintahan yang ada di seluruh dunia ketika ini, baik dari segi akidah sebagai asas yang mendasarinya, dari segi pemikiran, pemahaman, maqayis (standard/piawai) mahu pun hukum-hakam yang mengatur berbagai urusan. Berdasarkan perlembagaan dan undang-undang yang ada di seluruh dunia Islam saat ini, ia sama sekali berbeza dengan sistem pemerintahan Islam (sistem Khilafah) dan tidak ada satu negara pun di dunia ketika ini yang boleh mencerminkan Daulah Islam, walaupun pemerintah beberapa negara mendakwa negara mereka adalah negara Islam.

Sistem pemerintahan Islam bukan sistem kerajaan (monarki). Islam bukan sekadar tidak mengakui sistem monarki, malah sistem pemerintahan Islam juga sememangnya tidak menyerupai sistem monarki. Hal ini kerana dalam sistem monarki, seorang anak raja (putera mahkota) akan menjadi raja/pemerintah kerana perwarisan. Manakala umat Islam pula langsung tidak memiliki kekuasaan di dalam pengangkatan raja. Adapun dalam sistem Khilafah, tidak ada soal pewarisan. Akan tetapi, bai’at dari umatlah yang menjadi tariqah (metode) untuk pengangkatan Khalifah. Sistem monarki juga memberikan keistimewaan dan hak-hak khusus kepada raja yang tidak dimiliki oleh seorang pun dari individu rakyat. Hal ini menjadikan raja berada di atas undang-undang. Di sesetengah negara, raja hanya menjadi simbol bagi rakyat, yakni ia menjawat sebagai raja tetapi tidak memerintah. Dalam sesetengah negara pula ia menduduki jabatan raja sekali gus memerintah untuk mengatur negeri dan penduduknya sesuai dengan keinginan dan kehendak hawa nafsunya (monarki mutlak). Raja tetap tidak boleh disentuh oleh undang-undang meskipun ia jelas-jelas melakukan kesalahan dan kezaliman. Sebaliknya dalam sistem Khilafah, Khalifah tidak diberi kekhususan dengan keistimewaan yang menjadikannya berada di atas undang-undang sebagaimana seorang raja. Khalifah juga bukanlah simbol bagi umat dalam pengertian seperti raja dalam sistem kerajaan. Akan tetapi, Khalifah merupakan wakil umat dalam menjalankan pemerintahan dan kekuasaan menurut Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Ia dipilih dan dibai’at oleh umat untuk menerapkan hukum-hukum syariah atas mereka. Khalifah sendiri terikat dengan hukum-hukum syariah sebagaimana rakyatnya.

Sistem pemerintahan Islam juga bukan sistem imperium (kekaisaran/caesar)
. Sesungguhnya sistem kekaisaran itu sangat jauh dari Islam. Sistem Khilafah, meskipun rakyatnya berlainan bangsa dan warna kulitnya, dan pemerintahannya dikembalikan kepada satu pusat, ia adalah amat berlawanan dengan sistem kekaisaran. Ini adalah kerana sistem kekaisaran tidak menyamakan pemerintahan di antara bangsa-bangsa di wilayah-wilayah dalam kekaisaran tersebut. Akan tetapi, sistem kekaisaran memberikan keistimewaan kepada pemerintahan pusat kekaisaran, baik dalam hal pemerintahan, harta, mahupun perekonomian. Tariqah Islam dalam memerintah adalah menyamakan seluruh rakyat yang diperintah di kesemua wilayah di dalam Negara. Islam menolak berbagai sentimen primordial (kebangsaan). Islam memberikan pelbagai hak pelayanan dan kewajiban kepada non-Muslim yang memiliki kewarganegaraan sesuai dengan hukum syariat. Mereka memiliki hak dan kewajiban yang sama dengan kaum Muslimin secara adil. Bahkan lebih dari itu, Islam tidak menetapkan bagi seorang pun di antara rakyat di hadapan pengadilan (tidak kira apa pun mazhabnya) sejumlah hak istimewa yang tidak diberikan kepada orang lain, meskipun ia seorang Muslim. Sistem pemerintahan Islam, dengan adanya kesamarataan ini, jelas berbeza dari kekaisaran. Dengan sistemnya yang tersendiri, Islam tidak menjadikan berbagai wilayah kekuasaan dalam Negara sebagai wilayah jajahan, bukan juga sebagai wilayah yang dieksploitasi, dan bukan pula sebagai ‘lembu perah’ yang diperas untuk kepentingan pusat sahaja. Akan tetapi, Islam menjadikan semua wilayah kekuasaan Negara sebagai satu kesatuan meskipun jaraknya berjauhan dan penduduknya berbeza-beza bangsa dan keturunan. Semua wilayah dianggap sebagai bahagian integral dari tubuh Negara. Seluruh penduduk wilayah memiliki hak seperti penduduk pusat atau wilayah lainnya. Islam menetapkan kekuasaan, sistem dan peraturan pemerintahan adalah satu/sama untuk semua wilayah.

Sistem pemerintahan Islam bukan sistem federasi
. Dalam sistem federasi, wilayah-wilayah dalam negara terpisah antara satu sama lain dengan memiliki kuasa yang tersendiri, dan mereka dipersatukan dalam masalah pemerintahan (undang-undang) yang bersifat umum. Malaysia merupakan contoh terbaik dalam model ini. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan bersifat federasi. Malaysia terbentuk dari 13 buah negeri dan sebuah wilayah persekutuan (Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya). Dari segi sejarahnya, Malaysia merupakan gabungan dari negeri-negeri Melayu Bersekutu, negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan negeri-negeri Selat. Walaupun telah berlaku penggabungan, namun setiap negeri mempunyai kuasa autonomi dalam beberapa bidang tertentu dan mereka menjalankan aktiviti kenegeriannya tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Maksudnya, semua peraturan atau undang-undang yang berlaku di dalam negeri tidak boleh melangkaui kuasa atau undang-undang persekutuan [Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan]. Dari aspek pemerintahan berparlimen, Malaysia sebagai negara bekas jajahan kuffar British (dan ahli Commonwealth) menerima pakai sistem pentadbiran yang dikenali sebagai sistem Westminster. Ia merupakan sistem pentadbiran yang diguna pakai oleh parlimen di United Kingdom. Sistem Westminster menggariskan beberapa siri kuasa yang juga berkonsepkan ‘kuasa kolektif’ di mana ketua Eksekutif (Perdana Menteri) berkuasa mengagih kekuasaannya kepada beberapa ahli jemaah menteri di peringkat nasional, manakala di peringkat negeri atau sub-nasional, kuasanya diagihkan kepada ketua eksekutif negeri yang dikenali sebagai Menteri Besar/Ketua Menteri. Berdasarkan sistem Westminster inilah (bukan berdasarkan sistem Islam), Malaysia mempunyai dua dewan Parlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang mana segala perbincangan, perbuatan dan perkataan yang berlaku dalam Parlimen adalah ‘kebal’ dari sebarang tindakan undang-undang.

Sistem federasi bukan dari Islam. Sistem pemerintahan Islam adalah sistem kesatuan di mana tidak ada perbezaan dari apa jua segi, khususnya undang-undang, di antara pusat dan negeri dan mana-mana wilayah kekuasaan Islam sekalipun. Administrasi kewangan seluruh wilayah dianggap sebagai satu kesatuan dan bajetnya juga satu, yang diambil dan dibelanjakan untuk kemaslahatan seluruh rakyat tanpa memandang wilayahnya. Seandainya satu wilayah pendapatannya tidak mencukupi keperluannya, maka wilayah itu akan dibiayai sesuai dengan keperluannya (bukannya menurut pendapatan dari wilayahnya).

Sistem Pemerintahan Islam bukan sistem republik.
Sistem republik pertama kali muncul sebagai reaksi terhadap penindasan sistem kerajaan (monarki). Ini adalah kerana raja memiliki kedaulatan dan kekuasaan sehingga ia memerintah dan bertindak atas negeri dan penduduknya menurut hawa nafsunya semata-mata. Hasil ketidakpuasan hati rakyat, lalu muncul sistem republik, kemudian kedaulatan dan kekuasaan dipindahkan kepada rakyat dalam apa yang disebut dengan demokrasi. Rakyatlah yang kemudian membuat undang-undang, bukan lagi raja, rakyatlah yang menetapkan halal dan haram, terpuji dan tercela, baik dan buruk. Di bawah sistem pemerintahan ini, pemerintahan berada di tangan presiden dan para menterinya, dalam sistem presidential republic dan di tangan kabinet dalam sistem parlimentary republic. Contoh pemerintahan di tangan kabinet juga wujud dalam sistem monarki yang kekuasaan pemerintahannya dicabut dari tangan raja di mana raja tinggal menjadi simbol (wujud institusi raja, tetapi tidak memerintah). Dalam sistem presidential republic, seorang presiden memiliki bidang kuasa sebagai seorang ketua negara sekali gus sebagai seorang Perdana Menteri manakala dalam sistem parlimentary republic, bidang kuasa pemerintahan berada di tangan Perdana Menterinya, bukan di tangan presiden.

Islam berbeza sama sekali dengan sistem republik demokrasi di mana dalam Islam, kekuasaan untuk membuat hukum (udang-undang) bukan berada di tangan rakyat, tetapi ada pada Allah Azza wa Jalla. Tidak ada seorang manusia pun dibenarkan menentukan halal dan haram. Islam memandang bahawa memberi kuasa untuk membuat udang-undang kepada manusia merupakan kemaksiatan dan dosa yang besar. Allah berfirman, “Mereka telah menjadikan para pembesar mereka dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah” [TMQ at-Taubah (9):31]. Ketika turun ayat ini, Rasulullah menjelaskan bahawa sesungguhnya para pembesar dan para rahib telah membuat hukum, kerana mereka telah menetapkan status halal dan haram bagi masyarakat, lalu masyarakat mentaati mereka. Sikap demikian dianggap sama dengan menjadikan para pembesar dan para rahib itu sebagai tuhan-tuhan selain Allah. Ini adalah sebagaimana penjelasan Rasulullah kepada Adi Bin Hatim dalam menjelaskan ayat tersebut, “...Benar, mereka tidak menyembah para pembesar dan para rahib itu. Akan tetapi, ketika para pembesar dan para rahib itu menghalalkan sesuatu bagi mereka, mereka pun menghalalkannya, dan jika para pembesar dan para rahib itu mengharamkan sesuatu, mereka pun mengharamkannya” [HR Tarmizi].

Pemerintahan dalam Islam juga bukan dengan model kabinet, yang mana setiap kementerian memiliki kekuasaan dan kewangannya yang tersendiri. Keuntungan satu kementerian/jabatan tidak akan dipindahkan ke kementerian/jabatan yang lain kecuali dengan mekanisme yang panjang. Hal ini mengakibatkan banyaknya halangan untuk menyelesaikan pelbagai kepentingan rakyat, kerana banyaknya campur tangan dan birokrasi yang meletihkan, walaupun untuk mengurus satu kepentingan rakyat sahaja. Padahal seharusnya berbagai kepentingan rakyat itu dapat ditangani oleh satu struktur administrasi yang mudah sahaja. Dalam Islam tidak terdapat kementerian/jabatan yang memiliki autoriti tersendiri atau mempunyai kekuasaan pemerintahan secara keseluruhan (menurut bentuk demokrasi). Akan tetapi, segala autoriti terpusat kepada Khalifah yang akan diagih-agihkan kepada struktur-struktur pemerintahan yang lain, tanpa adanya autonomi penuh pada struktur tersebut.

Sistem pemerintahan Islam bukan sistem Demokrasi. Menurut pengertian hakiki demokrasi, kekuasaan membuat hukum (undang-undang), menetapkan halal dan haram, terpuji dan tercela ada di tangan rakyat. Rakyat juga bebas berbuat apa sahaja (selama mana tidak mengganggu orang lain) tanpa adanya keterikatan dengan hukum-hukum syariat, atas nama kebebasan. Inilah pengertian hakiki demokrasi. Orang-orang kafir benar-benar memahami bahawa kaum Muslimin tidak akan pernah menerima demokrasi dengan pengertiannya yang hakiki ini. Kerana itu, negara-negara kafir penjajah (khususnya AS) berusaha memasarkan demokrasi ke negeri-negeri kaum Muslim dalam versi yang boleh diterima oleh umat Islam. Mereka bersungguh-sungguh berusaha memasukkan demokrasi itu ke tengah-tengah kaum Muslimin melalui jalan penyesatan (tadhlil) dengan menyatakan bahawa demokrasi merupakan alat untuk memilih pemimpin/penguasa. Inilah yang mereka war-warkan. Kita boleh melihat bahawa mereka mampu melembutkan, memukau dan menghancurkan perasaan kaum Muslimin dengan seruan demokrasi ini, dengan memfokuskan kefahaman bahawa demokrasi hanyalah sekadar alat untuk memilih pemimpin. Tujuannya adalah untuk memberikan gambaran yang menyesatkan kepada kaum Muslimin, yakni seakan-akan perkara yang paling mendasar dalam demokrasi adalah pemilihan pemimpin/penguasa. Orang kafir berjaya mengambil peluang ini disebabkan kedudukan di negeri-negeri kaum Muslimin sendiri saat ini yang sedang ditimpa pelbagai penindasan, kezaliman, tekanan dan tindakan ganas, termasuk pembunuhan yang dilakukan oleh penguasa diktator yang sekular, baik mereka yang berada dalam sistem yang disebut kerajaan mahupun republik. Sekali lagi kami katakan, oleh kerana negeri-negeri umat Islam sekarang ini (setelah jatuhnya Khilafah) mengalami semua kesengsaraan tersebut, maka kaum kafir dengan mudah memasarkan idea demokrasi di tengah-tengah negeri kaum Muslimin dan memperbesar-besarkan (demokrasi) hanya sebagai satu alat atau aktiviti memilih penguasa.

Golongan kuffar ini berusaha menutup dan menyembunyikan bahagian mendasar dari demokrasi itu sendiri, yakni sebuah sistem yang menjadikan kekuasaan untuk membuat hukum (undang-undang) serta menetapkan halal dan haram berada di tangan manusia, bukan di tangan Tuhan manusia. Inilah hakikat sebenar demokrasi yang kufur ini. Bahkan sebahagian besar aktivis Islam, termasuk di antaranya adalah para ulama dan syeikhul kabir, terpukau, termakan dan menerima tipuan ini, baik dengan niat yang baik mahupun buruk. Bagi mereka yang berniat baik, jika kita bertanya kepada mereka tentang demokrasi, mereka akan menjawab bahawa demokrasi hukumnya boleh dengan anggapan bahawa demokrasi adalah alat untuk memilih penguasa dengan cara majoriti. Adapun mereka yang memiliki niat buruk yang sudah lari dari Islam dan kasihkan sekular, mereka hanyalah pengekor Barat yang sudah terkontaminasi pemikirannya dengan pemikiran Barat, maka mereka cukup mengagumi sistem demokrasi ini dan mengambilnya sebagaimana yang diambil dan dikehendaki oleh Barat. Bagi mereka, demokrasi bermakna kedaulatan ada di tangan rakyat (malah mereka berbangga dengannya) yang berkuasa membuat hukum sesuai dengan kehendak mereka berdasarkan suara majoriti, menghalalkan dan mengharamkan serta menetapkan status terpuji dan tercela. Dalam demokrasi, setiap individu memiliki beberapa kebebasan dalam segala perilakunya, bebas berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendaknya, bebas meminum khamar, berjudi, berzina, murtad, mengambil riba, membuka aurat, berdua-duaan dan pelbagai lagi dengan dalih kebebasan individu. Inilah realiti, makna dan pengertian hakiki demokrasi. Lalu bagaimana mungkin seorang Muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul mengatakan bahawa demokrasi hukumnya boleh atau bahawa demokrasi itu berasal dari Islam?

Adapun cara (kaifiyat) umat Islam memilih penguasa/pemimpin, hal ini merupakan perkara yang telah lama selesai dalam Islam dan dinyatakan dengan jelas di dalam nas-nas syarak. Bai’at dari rakyat kepada Khalifahlah yang merupakan satu-satunya tariqah (metode) untuk menjadikan atau mensahkan seseorang sebagai Khalifah. Sungguh, pemilihan pemimpin (Khalifah) telah dilaksanakan secara praktis di dalam Islam di waktu sebahagian besar negara di dunia masih hidup dalam kegelapan, kediktatoran dan kezaliman para raja. Sesiapa yang mendalami tatacara pemilihan Khulafa’ Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali), maka ia akan dapat melihat dengan jelas bagaimana sejak dahulu lagi telah sempurna pembaiatan kepada para khalifah tersebut oleh ahlul halli wa al-‘aqdi dan para wakil kaum Muslimin. Dengan bai’at itu, masing-masing dari mereka menjadi Khalifah yang ditaati oleh kaum Muslimin. Ijmak Sahabat di dalam memilih pemimpin inilah yang wajib kita ikuti (dan merupakan satu-satunya hukum syarak yang benar) dan haram bagi umat Islam mengikut yang selainnya (dalam memilih pemimpin), apatah lagi mengikut sistem demokrasi yang di bawa oleh kafir Barat. Ringkasnya, demokrasi adalah sistem kufur yang wajib dijauhi oleh umat Islam. Demokrasi bukanlah alat untuk memilih penguasa (sebagaimana dilaungkan oleh Barat), tetapi hakikat sebenar demokrasi atau perkara yang mendasar dalam demokrasi adalah ianya merupakan sebuah sistem pemerintahan yang menjadikan kekuasaan membuat hukum (undang-undang) berada di tangan manusia, bukan di tangan Allah, Tuhan alam semesta. Firman Allah, “Menetapkan hukum itu hanyalah milik Allah” [TMQ Yusuf (10):40].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Tsunami politik yang melanda Malaysia dengan keputusan pilihan raya lalu nampaknya telah membuka mata banyak pihak. Ada pihak yang selama ini begitu angkuh dengan kekuasaan dan kekuatan yang dimiliki kini sudah mengaku kelemahan dan cuba membaikinya. Ada pula pihak yang diberi oleh Allah peluang untuk memerintah beberapa negeri dan kita masih tidak tahu sama ada mereka akan memikul amanah ini sebagaimana yang dikehendaki Allah atau tidak. Tidak kurang juga sejumlah pihak yang cuba menangguk di air keruh untuk menuju puncak kekuasaan. Namun, apa yang kami ingin ingatkan dan tegaskan kepada kalian semua adalah segala perubahan yang kalian nampak berlaku pada hari ini hakikatnya sama sahaja dengan hari semalam. Kita masih diperintah oleh ‘sistem’ yang sama, walaupun memang terdapat beberapa ‘orang’ baru dalam pemerintahan. Sebagaimana kami nyatakan di awal kalam, Perlembagaan Malaysia masih yang itu, yang itu juga, begitu juga dengan undang-undang yang diterapkan atau yang bakal diterapkan, masih undang-undang yang sama, masih melalui proses yang sama, masih berdasarkan sistem demokrasi-kufur yang mana undang-undangnya dibuat dan diluluskan oleh manusia dengan suara majoriti. Satu hal yang juga langsung tidak berubah dari hari semalam adalah ‘sistem pemerintahan’ yang diterapkan. Sistem Federasi yang bukan dari Islam masih dikekalkan dan baik kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri, pemerintah yang baru juga masih mempertahankan bentuk sistem pemerintahan yang sedia ada dan tetap tidak berubah kepada sistem pemerintahan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Sedarlah wahai kaum Muslimin, hanya dengan kembali kepada Sistem Pemerintahan Khilafah sahajalah, perubahan yang benar-benar dituntut oleh Islam akan terealisasi, dan sistem ini boleh diwujudkan jika pemerintah yang sedia ada menginginkannya. Namun, jika mereka tidak menginginkannya, maka Allah Maha Berkuasa untuk menggantikannya dengan kepimpinan lain di mana Allah akan mengangkat dan memuliakan pemerintah ini dengan kekuasaanNya.