Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Perak bertambah kusut, mengharapkan Trias Politika?

by AURA JIHAD

altDua regu politik yang sedang bercakaran di Perak kini bertambah kusut, seakan tiada kesudahannya dalam masa terdekat ini. Bermula dengan drama rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) yang terus mengheret Sultan Perak untuk ‘dipergunakan’ mereka habis-habisan, manakala Pakatan Rakyat (PR) pula terus berhujah dan berpegang teguh dengan undang-undang tubuh negeri Perak. PR mendakwa tindakan mereka adalah menurut Perlembagaan manakala UMNO/BN mendakwa PR telah menderhaka kepada Raja. Justeru, kedudukan persoalan sekarang ini sebenarnya adalah di antara “Raja dan undang-undang – siapa lebih berkuasa?”

Dalam persoalan “Raja dan undang-undang – siapa lebih berkuasa” ini, lalu penyelesaiannya dikembalikan kepada satu lagi kuasa, iaitu kuasa Judiciary (kehakiman). Nizar yang dikatakan sebagai bekas Menteri Besar kini menyaman Dr. Zambry yang dikatakan Menteri Besar, bagi memutuskan siapakah menteri besar yang sebenar dan sah. Bagi pencinta demokrasi, keputusan mahkamah sangat dinanti-nantikan di dalam kes ini.

Bagi pencinta Islam, kita dapat menyaksikan bahawa inilah natijah dari pelaksanaan sistem dan undang-undang warisan penjajah di mana umat Islam bercakaran sesama sendiri bagi merebut kuasa dan jawatan. Sistem pemerintahan Khilafah yang merupakan satu-satunya sistem Islam yang datangnya dari Allah dan Rasul tidak mereka usahakan, namun sistem Federasi yang ditinggalkan penjajah, inilah yang dijadikan bahan percakaran sesama sendiri untuk dipertahankan. Jika British menyaksikan peristiwa ini, pasti mereka akan ketawa dan tersenyum bangga kerana ternyata hingga kini, Perak (dan Malaysia) bukan sahaja masih mengamalkan undang-undang kufur yang mereka tinggalkan, malah bermati-matian mempertahankannya!!!

Sistem demokrasi berparlimen yang dicipta oleh si kafir Lord Reid di Malaysia membahagikan kekuasaan kepada tiga - 1. Legislatif (badan yang membuat undang-undang) 2. Eksekutif (badan yang memerintah) 3. Judikatif (badan kehakiman). Secara teorinya ketiga-tiga kuasa ini mempunyai kuasa yang sama, tiada yang lebih tinggi dari yang lain, dan mereka masing-masing bertindak sebagai ‘check and balance’.

Namun, uniknya Malaysia adalah kerana badan Eksekutif dan Legislatif sebahagian besarnya terdiri dan dikuasai oleh orang-orang yang sama. Manakala badan Judikatif pula hanyalah menjalankan kuasa ‘mengikut kehendak’ badan Eksekutif, atau dengan kata lain hanya bertindak sebagai ‘rubber stamp’ badan pemerintahan,

Kekusutan terbaru timbul setelah Menteri Besar dan para exco baru dari BN yang telah digantung serta merta dari menyertai persidangan DUN oleh speaker dewan dari kerajaan sebelumnya. Menteri Besar DR. Zambry Kadir telah digantung selama 18 bulan manakala para exconya telah digantung selama 12 bulan.

Kesan dari tindakan ini menyebabkan BN mempunyai 24 kerusi di DUN manakala PR mempunyai 28 kerusi. Dipercayai, jika dewan bersidang, suatu undi tidak percaya akan dihadapkan ke atas Menteri Besar dan natijahnya boleh melucutkan jawatan Menteri Besar serta merta.

Begitulah serba ringkas amalan demokrasi di Perak, dua pihak yang mendakwa masing-masing adalah ‘kerajaan yang sah’ kini menggunakan apa jua cara untuk saling menjatuhkan satu sama lain. Sesuai dengan ajaran demokrasi di bawah konsep Trias Politika, maka mahkamah sivil (mahkamah kufur, bukan mahkamah syariah) menjadi badan ketiga yang akan menjadi penentu. Walaupun dalam keadaan parti pembangkang tidak lagi percayakan kepada mahkamah, namun bagi mereka, inilah yang terbaik yang boleh mereka lakukan.

Sesungguhnya kekusutan yang berlaku di Perak ini lahir sebagai kesan dari pelaksanaan sistem demokrasi yang merosakkan itu sendiri. Sistem demokrasi tidak pernah membawa kebaikan kepada Islam, malah semakin menjauhkan umat dari sistem Islam yang sebenar.

Sistem demokrasi ini melahirkan sekumpulan manusia yang membuat undang-undang (Legislator) dan kononnya kuasa mereka akan di ‘check and balance’ kan oleh kuasa lain, walhasil mereka akan mempergunakan segala kuasa yang ada untuk terus kekal memerintah. Jika mereka perlu mempergunakan Sultan, mereka akan lakukannya, dan jika mereka perlu mempergunakan syaithan, pun mereka akan melakukannya. Dan mereka sekali-kali tidak pernah menjadikan Al-Quran dan Sunah sebagai ‘check and balance’ kuasa mereka. Inilah Trias Politica.

Di dalam Islam, kedaulatan adalah ditangan syarak (As-siyadah li asy-syar’i) Ini bermaksud kekuasaan Legislatif (menggubal undang-undang) hanyalah milik Allah semata-mata, bukan milik manusia. Maka dari itu, hanya Allah sahajalah yang menjadi Musyarri’ (Legislator) yang membuat/menetapkan hukum (undang-undang) untuk manusia dalam segala sesuatu, baik dalam masalah ibadah, mua’malah, uqubat (qisas, hudud, ta’zir dan mukhalafat) dan sebagainya. Tidak boleh (haram) sama sekali bagi manusia mana pun, baik secara individu mahupun beramai-ramai (majoriti) untuk membuat undang-undang, walau pun hanya satu undang-undang. Firman Allah,

Menetapkan hukum hanyalah hak Allah” [TMQ al-An’am (6):57].

Allah juga berfirman,

Ingatlah! Menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah” [TMQ al-A’raf (7):54].

Manakala rakyat adalah entiti yang memiliki kekuasaan (as-sulthah li al-ummah). Maksud ‘rakyat memiliki kekuasaan’ di sini adalah rakyatlah yang berhak memilih serta mengangkat penguasa (dengan bai’ah). Dan penguasa yang dimaksudkan di sini adalah ‘Khalifah’, bukan selainnya. Hadis-hadis tentang bai’ah menunjukkan bahawa kekuasaan adalah milik umat, yakni bahawa bai’ah itu berasal dari kaum Muslimin untuk Khalifah, bukan dari Khalifah untuk kaum Muslimin. Di antaranya adalah sabda Nabi,

Kami telah membai’at Rasulullah untuk didengar dan ditaati, dalam hal yang kami sukai mahupun yang tidak kami sukai” [HR Bukhari].

Dalam hal ini (bai’ah), syara’ telah menetapkan bahawa orang yang wajib dilantik dan dibai’ah

Dari segi pengqadhian (kehakiman - Judikatif), hak ini dipegang oleh Khalifah, atau orang yang dilantik oleh Khalifah untuk menjalankan kekuasaan tersebut. Dalam Islam, Khalifahlah yang mengangkat para qadhi (hakim) dan ini merupakan haknya sebagai Ketua Negara secara mutlak. Dan qadhi wajib memutuskan berdasarkan Al-Quran dan Sunah, bukannya berdasarkan undang-undang yang diluluskan secara majoriti oleh manusia di bawah sistem demokrasi berparlimen!

Apa yang jelas, sistem Islam di bawah Khilafah tidak pernah menjuzuk-juzukkan kuasa kepada tiga (Trias politica) sebagaimana di bawah sistem demokrasi. Khalifah dan segala struktur di bawah pemerintahannya adalah memerintah berdasarkan undang-undang Allah dan RasulNya, bukannya memerintah berdasarkan undang-undang ciptaan manusia sebagaimana di bawah sistem demokrasi sekarang.

Umat Islam yang bertelagah di Perak tidak sepatutnya mengembalikan persengketaan mereka kepada mahkamah kufur atau kepada Perlembagaan Perak atau kepada Perlembagaan Persekutuan, kerana undang-undang yang tertinggi dan satu-satunya undang untuk umat Islam adalah Al-Quran dan As-Sunah. Firman Allah SWT,

...kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan RasulNya (As-Sunah) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” [TMQ an-Nisa (4):59]

Umat Islam sepatutnya berusaha untuk mengembalikan undang-undang Allah dan mengembalikan sistem pemerintahan Islam yang sebenar yakni Sistem Khilafah. Kenapakah masih terus berpegang teguh dengan demokrasi walhal telah terbukti demokrasi hanyalah sistem busuk dan keji yang ditinggalkan oleh penjajah kepada kita semua. Rasulullah tidak mewarisi sistem demokrasi kepada para sahabat, tetapi Rasulullah mewarisi Sistem Khilafah kepada sahabat dan kepada umatnya. Jadi, kenapa dan sampai bila kita mahu hidup mewarisi sistem yang ditinggalkan penjajah, bukannya sistem yang ditinggalkan Rasulullah?
oleh rakyat adalah ‘Khalifah’ seorang sahaja

Filed under having 0 Ulasan  

Perak: Bukti nyata kebohongan demokrasi Kuffur!!!!

by AURA JIHAD

alt Mengikut lunasnya, demokrasi adalah sistem pemerintahan dari, oleh dan untuk rakyat. Walau bagaimanapun amat mustahil sesebuah negara itu dapat mengumpulkan seluruh rakyatnya untuk bermesyuarat, seterusnya menggubal hukum untuk mereka semua.
Oleh itu, secara praktiknya rakyat akan memilih wakil (bukan memilih pemimpin) untuk mewakili mereka di dewan persidangan baik dikenali sebagai parlimen mahupun dewan undangan negeri. Wakil ini dipilih tidak lain kecuali untuk membuat atau menggubal undang-undang yang akan diterapkan oleh mereka. Inilah antara konsep asas dalam sistem demokrasi, yang sebenarnya cuba mengabui mata rakyat dengan 'kebaikan' yang dibawanya.

Perkembangan terkini di Malaysia selepas pilihan raya umum ke 12 pada 8 Mac 2008 telah menyingkapkan pembohongan sistem demokrasi, malah ia turut menyingkapkan lagi keburukan dan kekejian yang terdapat di dalam sistem demokrasi. Masing-masing dilihat berebut untuk mendapatkan kekuasaan bagi memerintah negara atas nama demokrasi. Yang jahat bercakap tentang demokrasi, yang baik pun bercakap tentang demokrasi, seolah-olah demokrasi ini suatu yang suci yang perlu diperjuangkan baik oleh golongan sekular atau Islami. Bermula dengan harapan pengambil alihan kuasa pada 16 September yang tidak kunjung tiba walaupun cukup menggegarkan kestabilan negara, kemudian timbul pula isu ahli parlimen lompat parti, khususnya di Sabah dan Sarawak. Isu lompat si katak lompat ini ‘diperjuangkan’ buat seketika kerana ingin mengambil alih kuasa yang dikatakan secara demokratik.

Kini, si katak bukan sahaja memang hebat melompat, tetapi telah pandai melakukan ‘u-turn’. Bagaimanapun, u-turn ini juga adalah demokratik dan tak sepatutnya menimbulkan kemarahan sesiapa. Kalau si katak boleh melompat ke seberang dan ini dikatakan demokratik, maka jika si katak tadi melompat balik ke tempat asal, ini juga adalah demokratik. Tidak perlu kecoh. Lompat-melompat begini sudah teramat biasa dengan sistem demokrasi yang ‘suci’ ini. Jadi, sepatutnya ‘kesucian’ demokrasi ini tetap dijaga oleh pihak-pihak yang memperjuangkannya. Dan si katak yang melompat yang hanya mengamalkan demokrasi ini, sepatutnya tidak dicemuh, dimarahi, dikutuk atau dihentam.

Politik Perak bergolak setelah Adun Bota, Datuk Nasharudin Hasim dari BN melompat ke PR. Situasi ini mencemaskan BN di Perak sehinggakan Pengerusi Umno Perak terpaksa melepaskan jawatan dan digantikan oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak. Sebaik sahaja teraju UMNO di Perak dipegang oleh Najib pendirian Nasharudin goyah semula. Apbila ditanya, beliau dipetik sebagai berkata:

"Tengok dulu, tengok dulu... apa yang akan berlaku... tengok keadaan," [Mstar 30 Jan].

Perkembangan hari Ahad 1 Februari lebih mengkucar-kacirkan keadaan, apabila dua Adun yang merupakan Exco kerajaan negeri Perak telah ‘hilang’. Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar pada pukul 5.55pm 1 Februari mendakwa telah menerima surat peletakan jawatan dari dua Exco terbabit melalui faksimili yang seterusnya berlakulah pembubaran dewan undangan negeri dan pilihan raya sepatutnya berjalan di seluruh Perak. Walau bagaimanapun kedua dua exco terbabit menafikan menghantar peletakan jawatan tersebut. Nasaharudin pula telah melompat balik ke pangkuan UMNO.

Begitulah serba ringkas bagaimana bermulanya kekecohan di Perak. Wakil yang dipilih oleh rakyat dengan harapan mewakili mereka, akhirnya menjadi bahan sepak terajang dalam perebutan kuasa yang tidak ada kena mengena langsung dengan aspirasi rakyat.

Islam vs Demokrasi

Idea suci demokrasi yang mengatakan kedaulatan di tangan rakyat telah nyata dihapuskan oleh pihak-pihak yang memperjuangkan demokrasi itu sendiri. Apa yang berlaku di Perak sebenarnya menunjukkan bahawa ‘kedaulatan’ adalah di tangan pihak yang berkuasa, bukannya di tangan rakyat. Kedaulatan juga sekarang ini telah jatuh terus di tangan Raja, setelah istana terheret secara langsung ke dalam kemelut ini. Jadi, di manakah idea suci murni demokrasi kononnya ‘kedaulatan di tangan rakyat’? Sesungguhnya rakyat hanyalah menjadi mangsa kepada kerakusan parti-parti politik yang ingin berkuasa.

Dalam pergaduhan ini, kedua-dua pihak mendakwa bahawa tindakan mereka adalah demokratik dan menuduh pihak lain tidak demokratik. Yang pasti, tidak ada satu pihak pun yang menyatakan bahawa tindakan mereka adalah bersesuaian dengan Islam. Justeru, ‘standard kebenaran’ telah diletakkan kepada demokrasi, bukannya kepada Islam atau hukum syarak. Walhal yang bergaduh majoritinya adalah sesama Islam. Mereka langsung tidak merujuk kepada firman Allah,

...kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” [TMQ an-Nisa’ (4):59]

Jika mereka merujuk kepada Allah dan Rasul, nescaya mereka tidak akan mengembalikan persengketaan mereka kepada ‘demokrasi’. Jika merujuk kepada Allah dan Rasul, nescaya mereka akan sedar bahawa Islam meletakan kedaulatan di tangan syarak, bukannya di tangan rakyat, yakni manusia wajib tunduk patuh kepada ketetapan syara’. Wajib bagi pihak-pihak yang bertelagah untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunah, bukannya kembali kepada Perlembagaan Malaysia atau Perlembagaan Perak yang diciptakan oleh manusia di bawah sistem demokrasi. Hukum Allah SWT sebagai Asy-Syari’ adalah yang satu-satunya hukum yang wajib dipatuhi oleh manusia, bukannya hukum demokrasi. Allah SWT berfirman,

.....menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah” [TMQ Al An’aam:57]

Sekiranya mereka kembali kepada Allah dan Rasul, nescaya mereka akan tahu bahawa sistem pemerintahan Islam adalah sistem Khilafah, tidak sebagaimana sistem demokrasi yang ada sekarang yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara federasi yang membahagi-bahagikan antara kuasa Pusat dan kuasa Negeri. Oleh sebab sistem demokrasi yang mewujudkan federasi inilah yang menyebabkan timbulnya kekecohan dan pergaduhan sesama umat Islam di Perak amnya dan di Malaysia amnya. Kedua-dua pihak sudah tidak dapat keluar dari cara berfikiran yang telah sikafir Lord Reid letakkan di dalam perlembagaan Malaysia, yang mana Malaysia mesti ada kuasa Pusat dan kuasa Negeri. Jadi mereka cuba mempertahankannya habis-habisan. Walhal pembahagian kuasa pusat dan kuasa negeri ini langsung tidak ada di dalam Al-Quran, As-Sunah, Ijmak Sahabat mahupun Qiyas. Oleh sebab tidak kembali kepada Al-Quran dan Sunnahlah yang menyebabkan mereka ini selamanya terperangkap dengan kekejian demokrasi yang memecah belahkan sesama umat Islam, khususnya di dalam hal perebutan kuasa untuk memerintah.

Islam telah meletakkan peranan seorang Khalifah untuk mendaulatkan hukum-hukum Islam di tengah-tengah masyarakat. Seorang Khalifah itu dibaiat untuk melaksanakan hukum-hukum Allah ke atas manusia dan bukan seperti demokrasi iaitu melaksanakan hukum-hukum ciptaan manusia ke atas manusia.

Dalam demokrasi, yang diterapkan adalah hawa nafsu manusia, manusia tidak dipimpin kecuali dengan hukum buatan manusia yang senantiasa menimbulkan ketidakpuasan dan pertelingkahan. Undang-undang yang dicipta bukan untuk mengatur kehidupan manusia tetapi untuk menjamin kepuasan hawa nafsu manusia yang memerintah. Para pemimpin dan wakil rakyat hanya melampiaskan hawa nafsu untuk kepentingan masing-masing, bukannya untuk kepentingan Islam, dan rakyat hanyalah menjadi mangsa mainan politik kotor mereka.

Filed under having 0 Ulasan  

Usah Lagi Di"Anuti" Demokrasi, sistem kufur yang membawa padah kepada Islam

by AURA JIHAD

Rentetan fenomena politik di Perak, kini meninggalkan seribu satu kesan yang pastinya tidak akan memihak kepada kebaikan Islam mahupun umatnya. Pergelutan merebut kuasa memaparkan sikap pihak yang bergelut, masing-masing menggunakan hujah, teknik bagi memenangkan diri agar meraih apa yang dihajati. Salah satunya, political hijack. Teknik ini diguna bagi menjatuhkan lawan dengan ‘membeli’ ahli yang juga pemimpin parti lawan agar parti itu mengalami kejatuhan dan kekalahan. Teknik lama ini menjadi semakin panas di Malaysia setelah lahirnya impian ‘16 September’.

Dalam kes di Perak, nampaknya apabila pihak musuh telah terlebih dahulu menggunakan ‘modal’ yang lebih besar, maka ‘hijacking’ terkena pada pihak yang ingin meng’hijack’. Akhirnya, terjadilah apa yang kita saksikan di Perak sekarang.

Selain memerhatikan perkembangan yang berlaku, persoalan ‘kesan’ ke atas apa yang berlaku ini perlu dilihat oleh kita semua sebagai satu impak yang penting, khususnya kepada umat Islam. Setelah semua ini, pastinya wujud satu persepsi yang buruk di kalangan umat Islam terhadap ‘politik’ dan asas perjuangan kedua-dua pihak terbabit. Memerhatikan mereka sedang berusaha menjatuhkan lawan masing-masing dengan cara yang kotor dan menyimpang dari kebenaran (syarak), hal ini ternyata telah menghinakan pihak-pihak yang terbabit itu sendiri. Semua sedar bahawa dalam politik demokrasi sekarang, ada pihak yang sanggup menjadikan pihak lain sebagai mangsa percaturan politik, tanpa memikirkan kesannya kepada Islam, dan tanpa memikirkan persoalan dosa dan pahala.

Pihak-pihak yang bergaduh sebenarnya telah terperangkap di dalam sistem kotor demokrasi yang memecah-belahkan sesama umat Islam dan melemahkan lagi ikatan persaudaraan mereka. Kuffar Barat sedang tertawa melihat gelagat umat Islam yang bergaduh sesama sendiri dek sistem demokrasi yang mereka (Barat) ciptakan. Agenda (demokrasi) Barat sekali lagi berjaya, dan hal ini langsung tidak disedari oleh pihak-pihak yang bertelagah. Malah mereka masih berpegang teguh membicarakan demokrasi di saat-saat segenting ini untuk mempertahankannya.

Dengan apa yang berlaku, golongan umat Islam yang sudah sedia bencikan politik akan bertambah kebencian mereka kepada politik, kerana bagi mereka, politik tidak menambah kecuali perbalahan sesama umat Islam. Mereka yang kecewa dengan politik pula akan semakin bertambah kecewa melihat kekotoran politik yang diamalkan sekarang. Dan hal ini tentunya akan melahirkan lebih ramai golongan yang berkecuali dari politik, dan akan semakin menjauhkan umat Islam dari kefahaman sebenar politik menurut Islam.

Puak sekular sememangnya jahat dan bencikan Islam. Mereka akan menggunakan segala taktik keji dan kotor untuk menjamin kuasa mereka. Menasihati mereka kepada Islam tidak lebih seumpama mencurah air ke daun keladi. Justeru, menasihati dan menyedarkan parti Islam jauh lebih baik dari menjadi anjing menyalak bukit kepada puak sekular.

Gerakan Islam seharusnya sedar bahawa mereka sebenarnya ‘terperangkap’ dengan kekotoran politik di bawah nama sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan. Akhirnya, agama Islam yang mereka perjuangkan terpaksa akur dengan kehendak demokrasi yang dibawa oleh puak sekular yang lebih berkuasa. Islam tidak didaulatkan sebaliknya demokrasi pula yang dijulang dan didaulatkan.

Akibat terlibat secara langsung dengan pemerintahan demokrasi, setiap kali berlaku kemelut, tidak terkecuali seperti di Perak ini, parti Islam tidak lagi bercakap tentang Islam, tetapi bercakap tentang demokrasi sebagai ‘standard kebenaran’ di dalam menilai apa yang berlaku. Di dalam mengembalikan kebenaran, seluruh percakapan mereka adalah berkisar tentang mengembalikan demokrasi, bukannya lagi tentang mengembalikan Islam sebagai satu-satunya hukum untuk manusia. Semua ini berlaku akibat mereka terjebak dan terbius dengan racun demokrasi!

Kita semua harus sedar bahawa hakikat permasalahan umat Islam sekarang adalah kerana hidup mereka tidak dinaungi oleh syariah. Mereka dinaungi oleh demokrasi. Kehidupan mereka bukan lagi kehidupan Islam. Mereka mengembalikan segala penyelesaian kepada demokrasi, bukannya kepada Islam. Walaupun ada yang mendakwa bahawa mereka hanya ‘mempergunakan’ demokrasi untuk menegakkan Islam, tetapi apa yang berlaku dari dulu hingga sekarang adalah sebaliknya (iaitu) mereka hanya ‘dipergunakan’ oleh demokrasi. Malah mereka sering dipermainkan dan diperbodohkan atas nama demokrasi. Mereka mendakwa mereka sah berkuasa kerana demokrasi, kemudian ternyata kuasa mereka digulingkan sedemikian rupa, pun atas nama demokrasi. Dan mereka kini dikatakan tidak sah berkuasa, pun kerana demokrasi. Mereka masih mengatakan mereka sah berkuasa atas nama demokrasi, dan dalam masa yang sama puak sekular yang merampas kuasa juga mendakwa merekalah pemimpin yang sah menurut demokrasi! Siapakah yang menang dan siapakah yang benar? Apa jadi dengan Islam?

Demokrasi yang mereka perjuangkan hanyalah memakan diri sendiri sejak dahulu lagi. Ini kerana demokrasi tidak akan menguntungkan Islam sedikit pun, melainkan ia hanya memberi keuntungan kepada golongan kuffar dan puak sekular. Hinanya demokrasi adalah sehinanya golongan sekular yang memperjuangkannya dan ia (demokrasi) tidak layak diperjuangkan oleh golongan umat Islam yang mulia, khususnya yang berada di dalam parti-parti Islam.

Sesungguhnya standard kebenaran ada pada Islam, tidak pada demokrasi. Dan sebagai pengubat/penawar dari masalah ini, Islam perlu diletakkan semula posisinya dalam kehidupan secara menyeluruh dan nalar. Maka perlu ada usaha dan perjuangan ke arah merealisasikan tujuan mengembalikan kehidupan Islam dalam kehidupan umat di kala ini, bukannya perjuangan untuk memulihkan demokrasi. Itulah yang sepatutnya dan itulah yang sewajibnya diperjuangkan oleh kelompok politik Islam, bukannya terus menerus membiarkan diri terjebak dengan perangkap demokrasi yang hina lagi menghinakan. Rasulullah SAW menunjukkan kepada kita erti politik Islam yang jauh berbeza bahkan bertentangan asas, konsep, prinsip dan sebagainya dengan sistem demokrasi yang ada sekarang. Sesungguhnya umat Islam tidak memerlukan demokrasi sedikit pun!

Filed under having 0 Ulasan  

Apa guna ilmu dan teknologi jika tidak digunakan?Adakah Sebagai Persiapan Untuk Kepentingan Pemerintah Sistem Kuffar Di Malaysia?

by AURA JIHAD

PEKAN 24 Jan. – Kemunduran umat Islam pada masa ini berpunca daripada kegagalan mereka dalam menguasai ilmu dan teknologi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tegas beliau, umat Islam akan digeruni jika mampu menguasai ilmu dan teknologi kerana status seseorang itu berkait rapat dengan tahap penguasaan pendidikan yang dimiliki.

‘‘Untuk menyelesaikan masalah kebuntuan ummah ini, senjata yang paling berkesan adalah penguasaan ilmu dan pendidikan tinggi,” katanya di sini hari ini.

Najib berkata, kegagalan pemerintah di sesetengah negara Islam dalam membangunkan sistem pendidikan menyebabkan tidak berlaku perubahan besar terhadap rakyat mereka.

‘‘Kerana gagal menguasai ilmu dan pendidikan, 1.4 bilion umat Islam di seluruh dunia tewas kepada hanya 14 juta orang Yahudi,” katanya.

Berbeza dengan Malaysia, jelas beliau, kerajaan berjaya mewujudkan sistem pendidikan yang membolehkan semua golongan memperbaiki taraf hidup masing-masing.

Sumber: Utusan Malaysia

Ulasan:

Apakah terdapat kaitan antara ‘kegagalan’ umat Islam menangani isu Gaza dengan ‘kurangnya ilmu’ yang dikatakan menjadi penyebab kepada kegagalan tersebut? Di akhir kenyataan, Najib mengatakan bahawa Malaysia telah ‘berjaya’ mewujudkan sistem pendidikan yang efektif. Jadi, jika Malaysia sudah berjaya (sudah banyak ilmu), kenapa pula Malaysia gagal menyelamatkan Gaza? Aneh sungguh kenyataan ini!!!

Inilah satu kenyataan yang menunjukkan kejahilan dan kecelaruan di dalam berfikir. Kekalahan umat Islam ke atas Yahudi bukanlah kerana kekurangan penguasaan ilmu dan teknologi, tetapi kerana ilmu dan teknologi yang sedia ada, tidak digunakan untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin (atau di mana-mana), sebaliknya ilmu dan teknologi yang ada, digunakan untuk membantu Yahudi membunuh umat Islam.

Dewasa ini sudah banyak negeri-negeri umat Islam yang menguasai ilmu dan teknologi yang tinggi seperti Pakistan yang berjaya memiliki senjata nuklear, Iran juga mempunyai kepakaran dan kelengkapan untuk membangun senjata nuklear. Arab Saudi, Iraq, Mesir dan lain-lain mempunyai teknologi dan sumber minyak yang begitu banyak. Namun sayangnya, mereka menggunakan kesemua kepakaran dan teknologi yang ada untuk mempertahankan pemerintah yang sekular, bukannya untuk mempertahankan umat Islam yang dibunuh Yahudi.

Justeru, merupakan satu pernyataan yang ternyata tidak berpijak di bumi nyata, jika dikatakan umat Islam tewas kepada Yahudi kerana kita tidak menguasai ilmu dan teknologi. Selama lebih kurang sebulan umat Islam di Gaza dibom dan dibedil Israel, di manakah Malaysia yang kononnya telah mencapai tahap penguasaan ilmu dan teknologi yang tinggi melalui sistem pendidikannya? Di manakah Malaysia di dalam membantu mengalahkan Yahudi dan membebaskan bumi Palestin?

Yang pasti, Malaysia tetap dengan sempadannya, sebagaimana Mesir dan Jordan yang tetap menutup sempadannya, dari menghantar tentera membantu kaum Muslimin di Gaza. Puak Yahudi laknatullah ini sedikit pun tidak ‘kecut perut’ dengan penguasaan ilmu dan teknologi yang dimiliki Malaysia, sebaliknya hanya menjadikan kaum Yahudi ini ‘pecah perut’ kerana ketawakan kejahilan dan pengkhianatan yang ditunjukkan oleh pemimpin Muslim.

Apa guna ada ilmu dan teknologi yang tinggi jika hanya untuk disimpan? Apa guna tentera dan senjata-senjata yang ada jika tetap tersimpan, malah hanya digunakan untuk tujuan perhiasan dan pertunjukan? Setelah disimpan rapi segala teknologi persenjataan yang ada, kemudian kita mengatakan, jika kita menguasai ilmu dan teknologi, maka kita boleh mengalahkan Yahudi???

Jika beginilah cara berfikir seorang pemimpin, maka tidak hairanlah kenapa umat Islam di Palestin dan di seluruh dunia terus-terusan dibantai dan dibunuh habis-habisan oleh golongan kuffar.

Islam telah mengajar kita bahawa, untuk kita digeruni oleh musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kita, maka pemerintah wajib menyediakan kekuatan ketenteraan semampu-mampunya untuk berjihad (bukan untuk disimpan) bagi mengalahkan musuh. Firman Allah SWT,

Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh) kekuatan apa saja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya...” (TMQ al-Anfal (8):60].

Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita bahawa dengan jumlah tentera dan persiapan yang jauh lebih kecil dari pihak musuh, tetapi kita tetap dapat mengalahkan musuh. Perang Badar yang menyaksikan hanya lebih kurang 300 tentera Muslim berjaya mengalahkan 1000 tentera musuh, walaupun dengan kelengkapan pihak musuh jauh lebih hebat.

Pokoknya, tentera mesti digerakkan (bukan disimpan), barulah musuh dapat dikalahkan. Soal penguasaan teknologi bukannya faktor kemenangan. Kita diperintah oleh Allah menyediakan kekuatan semampu kita dan kemudian berjihad.

Bukan sahaja Badar, malah Rasulullah SAW juga menunjukkan kepada kita bahawa di dalam banyak peperangan lainnya, walaupun bilangan dan teknologi persenjataan kaum Muslimin jauh lebih rendah dari pihak musuh, namun umat Islam ternyata tetap memperoleh kemenangan. Dalam keadaan umat Islam di Madinah cuba diserang dari pelbagai penjuru oleh tentera Yahudi dan musyrikin, Rasulullah dan para sahabat tetap berperang dengan segala kelengkapan yang ada. Dalam keadaan umat Islam berperang atau diperangi, Rasulullah tidak pernah bermesyuarat untuk mengeluarkan resolusi untuk ‘mengutuk’ serangan yang dilakukan pasukan kuffar, sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin Muslim sekarang.

Rasulullah SAW sebaliknya bertindak menghantar ketumbukan tentera menentang Yahudi Bani Qainuqa' hanya kerana mereka membunuh seorang Muslim dan melakukan penghinaan ke atas seorang Muslimah. Sebaliknya pemimpin hari ini hanya membiarkan Yahudi membunuh ribuan umat Islam dengan rakusnya, tanpa menghantar seorang askar pun!!!

Sesungguhnya tidak ada cara lain bagi mengalahkan Yahudi dan mengambil balik bumi umat Islam yang dirampas, kecuali dengan jihad dan Khilafah. Pemerintah kini langsung tidak boleh diharap, justeru, harapan kaum Muslimin hanya satu sahaja iaitu dengan berusaha menegakkan Khilafah yang akan memimpin dan menghantar tentera-tentera ke mana sahaja bumi umat Islam yang dirampas kuffar. Dengan Khilafah ini jualah kemunduran umat Islam akan dapat di atasi dan Yahudi akan dikalahkan sepenuhnya.

Filed under having 0 Ulasan  

Bank Negara Malaysia Yang Rendah???Beginilah Pemikiran Sang Kufur Kapitalisme...

by AURA JIHAD

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata langkah menetapkan “kadar faedah yang terlalu rendah” adalah tidak konstruktif dan isu sekarang ialah menyediakan akses lebih kepada pembiayaan.

“Taksiran kami ialah bahawa adalah tidak konstruktif mempunyai kadar terlalu rendah, walau pun pada masa ini ia bukan satu isu. Isunya ialah lebih akses kepada pembiayaan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Peringkat Tinggi BNM 2009 di Kuala Lumpur pada 11 Februari lepas.

Sebagai sebuah negara Kapitalis, isu riba sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam pemerintahan di Malaysia. Para Kapitalis ini dengan begitu mudah memperkatakan dan menetapkan kadar riba dengan langsung tidak merasakan sedikit dosa pun dari tindakan mereka. Walaupun istilah “kadar faedah” digunakan, semua orang tahu bahawa ia adalah riba yang diharamkan sejelas-jelasnya oleh Islam.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Gabenor Bank Negara ini hanyalah satu dari sejuta bukti bahawa sistem ekonomi yang diterap dan diamalkan di Malaysia merupakan sistem ribawi di mana setiap produk kewangan diasaskan pada riba. Sungguh malang apabila penjanaan pendapatan negara melalui institusi kewangan yang dikawal-selia oleh BNM adalah jelas berdasarkan larangan Allah SWT kepada kaum Muslimin (riba).

Kita perlu fahami bahawa sistem ekonomi Kapitalisme mengamalkan dasar kebebasan kepemilikan yang membawa erti ‘apa sahaja boleh dilakukan untuk memperoleh apa sahaja yang diinginkan’ sesuai dengan undang-undang yang ada. Dan undang-undang yang ada di Malaysia adalah undang-undang yang menghalalkan riba untuk diamalkan dalam kehidupan. Justeru, sama ada untuk menjana pendapatan negara mahupun menjana sistem perekonomian dalam negara, maka riba adalah suatu transaksi yang dibolehkan atau dihalalkan.

Riba merupakan mekanisme meraih keuntungan yang diharamkan secara mutlak oleh syarak. Sesungguhnya tiada satu dalil pun yang membolehkan kita terlibat dengan riba atas alasan apa sekalipun. Sepertimana firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud,

“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba..” [TMQ Al-Baqarah (2):275]

Dengan larangan yang sebegini tegas dari Allah SWT pun, namun nampaknya pemerintah kita yang terdiri dari puak Kapitalis ini langsung tidak mengendahkannya. Mereka benar-benar berani mencabar Allah dengan melaksanakan apa yang Allah haramkan secara qat’ie di dalam Al-Quran. Dengan apa yang mereka lakukan sekarang, mereka boleh selamat di dunia dan mencapai apa yang mereka inginkan, namun di akhirat nanti, tahulah mereka betapa Hebatnya Allah membalas perbuatan mereka. Na’uzubillah min zalik.

Filed under having 0 Ulasan  

Kemiskinan terus bertambah di dalam negara Islam Hadhari Ciptaan Kufur Kapitalisme

by AURA JIHAD

Pakej rangsangan sudah pun dilancarkan untuk memulihkan ekonomi negara, namun, masalah kemiskinan terus bermunculan. Terbaru, sebanyak 60,000 kes baru yang memerlukan bantuan telah berjaya dikesan dan didaftarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara setakat ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, berkata, daripada jumlah itu pula sebanyak 26,000 kes telah diluluskan bantuannya. "Mereka yang benar-benar layak sahaja yang akan diberikan bantuan tersebut iaitu yang pendapatan seisi keluarga berada di bawah garis kemiskinan iaitu di bawah RM720 sebulan," katanya. [Utusan Malaysia Online, 8/2/09].

Ini gambaran kemiskinan yang ada di Malaysia, itu pun yang dilaporkan dan tidak termasuk entah berapa ribu lagi kes-kes yang tercicir. Jika pun “negara” berjaya menyelamatkan dirinya daripada kemelut ekonomi global semasa, namun masalah kemiskinan yang melanda “individu” akan terus wujud bahkan ia akan terus bertambah kerana berpunca daripada sifat-sifat ekonomi kufur Kapitalis yang diamalkan oleh pemerintah itu sendiri.

Walaupun JKM berperanan membantu keluarga yang miskin, namun ia hanya memberi bantuan dengan bergantung kepada peruntukkan terhad yang ada, dan itu pun hanya beberapa kerat sahaja yang menikmatinya. Kerana itulah bantuan yang diberikan bersifat purata dan tidak sepenuhnya berjaya mengeluarkan sesebuah keluarga itu daripada belenggu kemiskinan.

Sedangkan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan, setiap keluarga perlu diberikan bantuan mengikut keperluan sebenar isi rumah, bukannya hanya diberi bantuan purata dengan meluluskan sejumlah wang bantuan kepada keluarga tersebut. Setiap keluarga mempunyai keperluan hidup yang berbeza-beza. Setiap keluarga mesti diberikan bantuan sehingga ke tahap mencukupi, bukannya sekadar ‘bermain dengan angka’ berapa ribukah yang telah diberi bantuan.

Amat malang tatkala para pemimpin dan kroni mereka hidup di dalam keadaan yang mewah tetapi rakyat masih hidup di dalam kemiskinan. Namun inilah realiti kehidupan di dalam pemerintahan negara yang dikawal sepenuhnya oleh puak Kapitalis.

Di dalam Islam, keperluan setiap keluarga tidak sekadar dipenuhi dengan memberikan bantuan wang secara purata, tetapi jumlah ahli keluarga dan keperluan setiap orang dicatitkan dan kemudian bantuan akan diberikan. Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Khalifah Umar di mana ketika beliau memerintah, setiap keluarga miskin diberikan bantuan berdasarkan bilangan ahli keluarga dan bukannya memberikan jumlah yang sama untuk setiap keluarga.

Ketidakcukupan wang peruntukan bukanlah kerana ketiadaan wang di dalam negara atau kerana negara ini miskin atau kerana kemelesetan ekonomi, tetapi kerana wang dan kekayaan yang ada di negara ini telah dikuasai dan diagihkan melalui mekanisme ekonomi kufur yang tidak adil. Inilah ekonomi Kapitalis di mana para pemerintah dan kroni “wajib” kaya raya, tetapi masyarakat hidup dalam penuh kemiskinan kerana sember kekayaan negara “wajib” dikaut mereka habis-habisan. Inilah antara 'keajaiban' yang wujud di dalam negara Islam Hadhari, yang kononnya menjadikan Islam sebagai asas kemajuan.

Kebebasan kepemilikan individu, penyelewengan kuasa, rasuah dan pelbagai kejahatan lain lagi sudah menjadi lumrah yang diamalkan di dalam sistem pemerintahan demokrasi kufur ini. Adanya pemerintah yang langsung tidak takutkan Allah dengan apa yang mereka lakukan, inilah yang menjadi punca sebenar kepada segala permasalahan yang wujud. Jika mereka ada sedikit ketakutan kepada Allah, nescaya mereka akan memerintah dengan penuh jujur dan amanah, sebagaimana para Khalifah yang telah berjaya membawa kemakmuran ekonomi kepada umat Islam selama lebih 13 abad yang lampau. Justeru, untuk mengubah sistem ekonomi kufur yang ada pada hari hanyalah dengan kita kembali kepada sistem ekonomi Islam yang bernaung di bawah Sistem Khilafah, yang Insya Allah akan mengembalikan semula kekayaan negara dan mengagihkannya kepada setiap individu yang berhak.

Filed under having 0 Ulasan  

Dakwah Hanyalah Sebagai Kerja Part Time???Sungguh Celaka Orang-Orang Mukmin Yang Beranggapan Sedemikian!!!!!!

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Penganjuran semula Bulan Dakwah dengan format baru selepas 30 tahun tidak disambut, mampu membentuk kefahaman mengenai agama Islam dalam kalangan masyarakat negara ini. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad berkata, penekanan terhadap aspek kefahaman sangat penting demi mengekalkan keharmonian antara kaum seterusnya membentuk pemikiran umat yang progresif. ''Malah, dakwah tidak memerlukan tindakan yang ekstrem, cuma amalan biasa yang dilakukan seperti bersedekah dan bantu-membantu yang jelas memberikan mesej bahawa Islam itu indah," jelas beliau.

Sekali baca, mungkin ramai yang tidak tahu di mana silapnya kenyataan di atas. Juga, mungkin ramai yang akan memuji langkah yang disarankan, yakni menghidupkan semula “Bulan Dakwah"

Bagi pembaca yang prihatin, mereka akan terfikir apakah amalan dakwah ini hanya perlu dilakukan di dalam bulan-bulan tertentu sahaja, sepertimana amalan puasa di bulan Ramadhan? Juga, apakah dakwah ini hanya perlu dijalankan di dalam bentuk seperti kempen sehingga perlu dianjurkan “Bulan Dakwah”? Apakah cukup hanya dengan menganjurkan bulan dakwah, maka kewajipan seseorang di dalam berdakwah sudah dikira terlaksana?

Sesungguhnya dakwah adalah suatu kewajipan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT tanpa masa-masa atau minggu-minggu atau bulan-bulan tertentu. Dakwah wajib dilakukan sepanjang masa tanpa henti. Dakwah merupakan ‘sebahagian dari kehidupan’ kaum Muslimin. Ia tidak boleh berhenti atau hanya di amalkan di dalam bulan-bulan tertentu sahaja. Menghentikan dakwah bererti telah menghentikan satu kewajipan di dalam agama dan hal ini adalah haram. Dakwah bermaksud menyeru kepada kebaikan, menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan ia sesungguhnya meliputi setiap perkara. Firman Allah,

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang mungkar (buruk dan keji). Dan mereka inilah orang-orang yang beruntuang.” [TMQ Ali Imran (3):104]

Firman Allah lagi,

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." [TMQ Al-‘Imran (3):110]

Dengan begitu banyak ayat yang mana Allah menyeru agar kita berdakwah secara menyeluruh dan tanpa masa-masa tertentu, apakah logik untuk kita melakukan dakwah hanya di dalam bulan-bulan tertentu sahaja, bahkan Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita bahawa baginda berdakwah siang dan malam tanpa henti dan tanpa cuti. Begitu jugalah yang telah ditunjukkan oleh para sahabat di mana mereka berdakwah sehingga nyawa mereka menjadi taruhan. Dan berapa ramaikah di kalangan sahabat yang telah berdakwah di jalan Allah sehingga mereka syahid, hanya semata-mata kerana berdakwah menyampaikan Islam.

Apakah orang yang bergelar ulama masih buta dengan semua ini dan hanya mahu berdakwah dengan bersedekah dan bantu-membantu sahaja? Sungguh jauh mereka dari dakwah Rasulullah dan para sahabat!!! Rasulullah SAW dan para sahabat menggadaikan harta dan nyawa kerana berdakwah di jalan Allah, manakala orang yang bergelar ulama pada hari ini hanya berdakwah kerana inginkan harta dan kehidupan yang mewah.

Sesungguhnya dakwah Islam wajib bersifat menyeluruh, yakni menyentuh seluruh aspek kehidupan, ibadah mahupun politik. Bagi mereka yang mementingkan pangkat, kedudukan, harta dan nyawa, maka mereka hanya menyeru berdakwah di bidang ibadat semata-mata, itu pun di dalam ruang lingkup yang sangat terbatas. Bidang politik langsung mereka tinggalkan, malah mereka memisahkannya dari kehidupan sesuai dengan ajaran sekular dan sesuai dengan kehendak pemerintah yang membayar mereka sedikit gaji dan memberikan mereka sedikit pangkat.

Dakwah Islam sesungguhnya perlu ditampilkan dalam pemikiran yang menyeluruh sebagai muajalah li masyakil insan (penyelesaian kepada segala masalah manusia) kerana itulah hakikatnya. Islam adalah agama yang sempurna, dan kesempurnaan Islam itu mencakup aspek spiritual dan juga politik.

Namun oleh kerana terlalu lama dibendung sekularisme, maka Islam dan dakwah tidak lagi ditonjolkan dalam wajah dan sifat sebenar. Apatah lagi dengan adanya ulama upahan murahan yang hanya membawa dakwah sekadar apa yang diinginkan oleh Barat dan sekadar memenuhi kehendak pemerintah mereka yang sekular.

Bagi pemerhati yang cermat, mereka pasti bersetuju bahawa masalah umat Islam hari ini adalah kerana tidak diterapkan syariah dalam kehidupan mereka. Syariah merupakan satu-satunya cara hidup yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada umat Islam. Kehidupan syariah merangkumi semua aspek kehidupan yang menepati fitrah manusia. Namun, sayangnya institusi pemelihara syariah, Daulah Khilafah telah diruntuhkan oleh Mustafa Kamal Attartuk laknatullahi pada 3 Mac 1924. Kini, yang tinggal hanyalah institusi ‘Daulah Demokrasi’ yang memerintah dengan undang-undang yang mereka buat berdasarkan hawa nafsu mereka sendiri.

Sejak dari itu, umat Islam hidup dalam perpecahan, tertindas, terasing dari persatuan dan kesatuan dan terperosok jauh ke lembah kehinaan. Sejak dari itu juga, muncullah ulama-ulama yang hanya tahu menjaga kepentingan pemerintah, dan bukannya menjaga kepentingan Islam. Muncul banyak kerajaan yang zalim yang mengatasnamakan demokrasi, dan mereka ini hanya menjaga kepentingan Barat dan kepentingan perut masing-masing.

Apabila muncul gerakan-gerakan Islam yang berusaha berdakwah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dan menegakkan semula Daulah Khilafah, maka gerakan ini akan dicop sebagai ekstrem dan berbahaya. Dan gerakan ini akan diperangi oleh pemerintah dan mereka cuba menghindarkan masyarakat dari menyertai gerakan seumpama ini.

Jika ada gerakan yang hanya bergerak di bidang ibadah seperti menyeru kepada solat, sedekah dan amalan-amalan sunat yang lainnya, maka gerakan ini dibolehkan.

Apabila muncul gerakan Islam yang moderate dan liberal, maka gerakan-gerakan ini disokong dan dibantu.

Inilah kedudukan pemerintah sekarang, dan bertambah malang bagi umat Islam, pemerintah ini di topang oleh golongan-golongan yang bergelar ulama, yang diberi sedikit habuan dunia kepada mereka agar sentiasa berperilaku menyokong pemerintah yang zalim ini. Dan mereka ini menyeru agar kita berdakwah di dalam ruang lingkup yang amat sempit dan hanya perlu dilakukan secara part time sahaja!!!

Filed under having 0 Ulasan  

257,411 anak zina - hadiah dari sistem sekular untuk rakyat Malaysia

by AURA JIHAD

altMengikut laporan yang disiarkan harakahdaily, jumlah anak luar nikah (anak zina) di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selesema burung atau aedes, kata Senator Muntaz Mohd Nawi.

Statistik di atas menunjukkan dengan jelas bahawa inilah ‘hadiah’ dari sebuah kebebasan (freedom) yang diperjuangkan, didakyahkan dan diterapkan di Malaysia oleh pemerintah sekular. Kebebasan yang berasal dari Barat memandang setiap individu perlu diberikan kebebasan untuk melakukan apa jua tindakan termasuklah perzinaan.

Amalan zina tidak lagi menjadi satu perkara besar dalam masyarakat sekular di Malaysia. Kita telah mendengar ada pemimpin terpaksa meletak jawatan kerana aktiviti zinanya dirakam oleh musuh politiknya. Kita juga pernah mendengar ada pihak yang menggunakan perzinaan untuk menangkap perasuah (semoga laknat Allah terkena kepada mereka) yang menjadi musuh politik mereka. Bahkan kita pernah mendengar ada ahli politik mengatakan pemberian perempuan untuk dizinainya sebagai sedekah. Beginilah parahnya kes yang terjadi dan cara berfikir mereka.

Dengan angka zina mencecah ratusan ribu, ironinya pemimpin-pemimpin sekular pada hari ini hanya melihat statistik ini dengan sebelah mata, dan mungkin ada yang langsung tidak melihatnya. Daripada melihat angka zina, mereka lebih berminat melihat kepada pertumbuhan ekonomi, iaitu KNK negara. Mereka lebih berminat untuk membincangkan kenaikan dan kejatuhan indeks di BSKL. Mereka langsung tidak berminat untuk campurtangan dan menyelesaikan masalah selain dari masalah perut mereka. Inilah pemikiran Kapitalis sejati.

Sesungguhnya dosa zina amat berat di dalam Islam dan Rasululllah SAW amat memandang berat perkara ini dan meletakkan isu ini di antara isu-isu yang penting dalam masyarakat. Perzinaan individu dalam sebuah komuniti sebenarnya menjadi unsur pemusnah komuniti ini. Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila zina dizahirkan dalam sebuah negeri, sesungguhnya mereka telah menghalalkan bagi diri mereka (penduduk negeri itu) dengan azab Allah." [HR at-Tabrani].

Kes perzinaan ini semakin lama semakin menjadi perkara biasa dalam kehidupan masyarakat. Kita sering terserempak dengan pemandangan keji di mana lelaki dan perempuan berdua-duaan, malah terlalu banyak kita melihat sekumpulan remaja lelaki dan perempuan duduk bersama-sama bercampur gaul tanpa batas. Di samping kekejian yang mereka lakukan, nampaknya pihak ibubapa juga tidak mempedulikan lagi tentang pergaulan bebas anak lelaki atau anak perempuan mereka. Mereka tidak lagi bertindak sebagai 'wali' (penaung/penjaga) kepada anak-anak perempuan mereka, bahkan mereka banyak memberikan turut memberikan sumbangan kepada kemaksiatan anak-anak mereka, membenarkan anak lelaki atau perempuan mereka menjalinkan hubungan cinta sebelum nikah. Keluar rumah dengan tidak menutup aurat telah dianggap perkara biasa. Terlalu sedikit kita mendengar ibubapa yang menyuruh anak perempuan mereka keluar berjubah dan bertudung sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak.

Apa pun, aspek penerapan hukum oleh pemerintah menjadi punca utama kepada segala kemaksiatan ini. Hukum Allah tidak diterapkan, namun hukum kufur sekularlah yang menjadi pilihan pemerintah untuk diterapkan. Pemerintah bekerja siang dan malam untuk mengekalkan jawatan mereka bagi meneruskan undang-undang sekular yang sebenarnya bakal membawa azab kepada mereka sendiri di hari kiamat nanti.

Kita melihat bagaimana pemerintah yang tamakkan kuasa berusaha mengekalkan kuasa masing-masing. Jika tidak berjaya melalui pilihan raya demokrasi, mereka akan menggunakan institusi raja-raja, pokoknya mereka tetap mahu berkuasa. Mereka langsung tidak mahu berfikir masalah sosial anak luar nikah yang begitu parah ini. Dalam cara hidup Kapitalis yang mereka amalkan, amalan zina, arak, judi, rasuah dan sebagainya bukanlah masalah besar negara.

Malah mereka sendiri tidak pernah menghalang isteri mereka bersosial mengikut kehendak kebebasan isteri mereka. Jadilah isteri-isteri mereka orang-orang yang rambutnya menggerbang macam puntianak pun tidak mengapa bagi mereka, malah mungkin mereka menganggap dan menjadikan isteri mereka sebagai orang yang memperagakan 'fesyen Islam'. Jadi, tidak hairanlah kalau di kalangan pemimpin negara sekular hari ini yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi isteri mereka bisa sahaja berpeluk-pelukan dengan aktor Bollywood. Juga, tidak hairan kalau pemimpin Negara Islam Hadhari bisa sahaja memegang bahu seorang aktres Hong Kong kelahiran negeri Perak.

Dari aspek perundangan, kita juga sudah jijik melihat hakim Syarie yang kononnya bekerja untuk Islam, berhukum dengan hukum Kufur, undang-undang Hudud telah ditukar dengan undang-undang bikinan manusia, iaitu 365 (bilangan hari setahun) iaitu maksima 3 tahun penjara, 6 sebatan maksima dan RM5000 denda. Inilah hukuman maksimum yang boleh dikenakan ke atas pelaku maksiat di dalam negara Islam Hadhari!

Pemimpin yang ada memang tidak pernah merasa berdosa bila menggantikan hukuman Allah ini dengan hukuman thaghut ini, malah hakim syarie pula menyokong melaksanakan undang-undang taghut ini! Bahkan bila hukuman hudud cuba diketengahkan oleh pihak-pihak tertentu untuk dilaksanakan, merekalah orang yang pertama akan menentang hukuman ini, kemudian barulah diikuti oleh Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Sesungguhnya permasalahan anak luar nikah ini hanyalah simptom daripada penerapan sistem kapitalis yang menjadikan kebebasan sebagai asas akidah mereka. Inilah hadiah Barat kepada Islam yang diambil oleh kelompok-kelompok sekular yang cintakan neraka.

Jadi untuk membuang simptom ini kita perlu melakukan rombakan secara menyeluruh, bukannya mengubati simptom itu sahaja. Sistem pemerintahan demokrasi kufur yang ada ini wajib diganti dengan sistem pemerintah Khilafah. Hanya dengan menggantikan sistem yang rosak ini dengan sistem yang datangnya dari Rabbul Alamin, barulah segala masalah yang timbul darinya akan dapat diselesaikan.

Filed under having 0 Ulasan  

Gaza: Kempen jualan emosi diteruskan

by AURA JIHAD

altDi saat umat Islam di Palestin menangis kerana saudara-mara dan rakan-rakan mereka terbunuh diperangi Israel, sebahagian umat Islam di Malaysia pula menangis kerana ‘disajaki’ dan ‘dipuisi’ oleh mereka yang ‘prihatin’. Sudah berapa banyak malam puisi sebegini di adakan di seluruh Malaysia, dan setiap kali diadakan, ia mendapat sambutan yang agak besar dan dihadiri oleh orang-orang kenamaan yang cuba menunjukkan ‘keprihatinan’ mereka terhadap nasib rakyat Palestin.

“Sedih, sayu dan hiba melihat kesengsaraan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Zionis, Israel diluahkan menerusi Malam Puisi di Bawah Langit Gaza yang berlangsung di Dataran Sungai Melaka” – lapor Utusan Malaysia. Meskipun tidak banyak yang dapat mereka lakukan, di kalangan penyajak meluahkan rasa hati yang terhiris menerusi deklamasi sajak yang mengutuk kekejaman Israel di Gaza. Itulah gambaran tepat yang dapat dilihat pada wajah kira-kira 1,000 penonton yang hadir serta diserikan lagi dengan penyertaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam – lapor akhbar pengampu kerajaan ini lagi.

Hampir saban hari umat Islam di Malaysia diperdaya dengan jual-beli emosi! Seolah-olah mereka begitu bersimpati dengan apa yang berlaku. ‘Simpati’ mereka itu ditunjukkan dengan persembahan yang memakan tidak sedikit wang dengan segala persediaan yang dilakukan dan mungkin juga mereka yang terlibat turut diberikan bayaran yang agak lumayan, wallahu’alam.

Pokoknya, isu Gaza ini terus dijadikan modal paparan agar mempertaut emosi-emosi rakyat yang ‘terjerat’ dengan perangkap kapitalisme. Tipu daya ‘hidup-hidup’ ini terus dimainkan oleh sekalian pemimpin menerusi kempen-kempen ‘jualan emosi’ yang sebenarnya cuba menunjukkan kepada rakyat betapa prihatinnya mereka kepada nasib warga Palestin!!!

Isu Gaza adalah isu peperangan, bukan isu kewangan dan bukan juga isu makanan. Isu utama di Gaza sekarang adalah peperangan, yang perlu diselesaikan dengan peperangan. Tentera perlu dilawan dengan tentera, bukannya dilawan dengan sajak dan puisi!!! Alangkah jahilnya mereka dan alangkah jauhnya mereka dari menyelesaikan masalah Palestin. Ali Rustam sebagai salah seorang pemimpin sepatutnya mencadangkan kepada pucuk pimpinan Islam Hadhari bahawa saudara-saudara kita di Palestin memerlukan tentera, bukannya memerlukan ‘air mata’ penduduk Malaysia!!!

Para esktremis penyajak dan pemuisi ini pula sepatutnya sudah terhantuk dan keluar dari tempurung hidup mereka. Apakah semua masalah akan mereka selesaikan melalui sajak dan puisi, sehingga masalah perang di Gaza pun mereka akan tetap berpuisi bagi menyelesaikanya? Apakah jika ibu-ibu, anak-anak dan saudara-saudara mereka dibunuh di depan mata mereka, maka mereka akan terus bersajak dan berpuisi, dari melawan musuh yang masih memegang senapang di tangan mereka??? Penyajak dan pemuisi ini sepatutnya sedar bahawa mereka perlu mendesak kerajaan untuk menghantar tentera ke Palestin bagi menyelamatkan Gaza, dan puisi serta sajak mereka langsung tidak diperlukan oleh rakyat Palestin. Sesungguhnya rakyat Palestin memerlukan kehadiran tentera kaum Muslimin, bukannya sajak dan puisi. Jika mereka tetap ingin bersajak dan berpusi sekalipun, karanglah sajak dan puisi yang menyeru agar pemerintah menghantar pasukan tentera ke Gaza bagi menyelamatkan saudara-saudara kita di sana. Karanglah puisi dan sajak yang menggambarkan betapa besarnya dosa-dosa pemerintah apabila mereka tidak menghantar tentera ke sana. Inilah mesej yang perlu mereka sampaikan kepada pemerintah.

Sejak dari pencerobohan dan pendudukan kaum Yahudi di bumi Palestin, umat Islam terus diperangi habis-habisan. Kaum terlaknat Zionis ini tidak akan pernah berhenti dari memerangi kaum Muslimin kecuali mereka dilawan habis-habisan dengan jihad dari tentera kaum Muslimin. Tentera lawan tentera, perang lawan perang, barulah bertemu buku dengan ruas. Namun malangnya, para pemimpin termasuk panglima tentera kaum Muslimin lebih memihak kepada musuh, lebih memihak kepada Yahudi itu sendiri. Buktinya, mereka langsung tidak menghantar tentera untuk berjihad melawan Yahudi, namun jika mereka dikerah oleh PBB (untuk menjaga keselamatan Israel), mereka akan terus bergerak, sedangkan PBB adalah di bawah telunjuk Amerika dan Amerika pula adalah sekutu kuat Israel. Jadi, dengan kata lain, pemimpin dan tentera kaum Muslimin sebenarnya hanyalah mengikut telunjuk Yahudi!!!

Puisi dan sajak yang dideklamasikan langsung tidak akan sampai kepada umat Islam di Gaza. Jika sampai pun, apakah faedahnya??? Begitu juga dengan jutaan derma yang dikutip, yang tentunya terpaksa ‘disimpan’ dengan agak lama terlebih dahulu di bank-bank tempatan. Jadi, sebelum wang jutaan tersebut sampai ke pintu masuk Palestin, tidakkah bank-bank yang Kapitalis ini tergiur dengan manfaat yang berlonggok di depan mata mereka? Paling tidak, bank-bank ini berpeluang menukar-nukar nilai mata wang agar setidak-tidaknya mereka bersama-sama kerajaan kapitalisme memperoleh keuntungan dalam usahasama tersebut?

Inilah hakikatnya dari apa yang mereka sangat-sangat ingin lakukan. Di samping terhibur dan 'berhibur' melihat persembahan, mereka sebenarnya telah menolong para Kapitalis, sebelum menolong saudara mereka yang menderita di Palestin. Tatkala umat Islam masih terus menderita di Palestin, para Kapitalis telah terlebih dahulu berjaya mengaut keuntungan dan Yahudi tertawa lebar melihat semua ini.

Biar apa pun yang berlaku sekarang, Hizbut Tahrir ingin menyedarkan kesemua pihak bahawa semakin hari kebangkitan umat Islam kepada Khilafah adalah semakin marak. Ketahuilah janji Allah tentang Khilafah pasti benar. Kebangkitan semula Khilafah atas manhaj kenabian adalah suatu fenomena yang tak mampu lagi dihalang oleh sesiapa. Dengan kebangkitan itu, kaum kuffar termasuklah pemimpin Muslim yang sekular yang bersahabat dengan mereka pasti menerima kehinaan dan kenistaan hidup.

Khalifah pasti tidak akan membiarkan kezaliman dan kekejaman para pemimpin kaum Muslimin yang tidak menjalankan jihad tatkala Palestin, Afghanistan, Pakistan, Chechnya, Selatan Thai, Bosnia dan lain-lain diserang! Kemungkaran yang mereka lakukan pasti akan dibalas dengan hukuman yang setimpal agar keadilan Islam terus dizahirkan di atas muka bumi ini.

Filed under having 0 Ulasan