Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Perak bertambah kusut, mengharapkan Trias Politika?

by AURA JIHAD

altDua regu politik yang sedang bercakaran di Perak kini bertambah kusut, seakan tiada kesudahannya dalam masa terdekat ini. Bermula dengan drama rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) yang terus mengheret Sultan Perak untuk ‘dipergunakan’ mereka habis-habisan, manakala Pakatan Rakyat (PR) pula terus berhujah dan berpegang teguh dengan undang-undang tubuh negeri Perak. PR mendakwa tindakan mereka adalah menurut Perlembagaan manakala UMNO/BN mendakwa PR telah menderhaka kepada Raja. Justeru, kedudukan persoalan sekarang ini sebenarnya adalah di antara “Raja dan undang-undang – siapa lebih berkuasa?”

Dalam persoalan “Raja dan undang-undang – siapa lebih berkuasa” ini, lalu penyelesaiannya dikembalikan kepada satu lagi kuasa, iaitu kuasa Judiciary (kehakiman). Nizar yang dikatakan sebagai bekas Menteri Besar kini menyaman Dr. Zambry yang dikatakan Menteri Besar, bagi memutuskan siapakah menteri besar yang sebenar dan sah. Bagi pencinta demokrasi, keputusan mahkamah sangat dinanti-nantikan di dalam kes ini.

Bagi pencinta Islam, kita dapat menyaksikan bahawa inilah natijah dari pelaksanaan sistem dan undang-undang warisan penjajah di mana umat Islam bercakaran sesama sendiri bagi merebut kuasa dan jawatan. Sistem pemerintahan Khilafah yang merupakan satu-satunya sistem Islam yang datangnya dari Allah dan Rasul tidak mereka usahakan, namun sistem Federasi yang ditinggalkan penjajah, inilah yang dijadikan bahan percakaran sesama sendiri untuk dipertahankan. Jika British menyaksikan peristiwa ini, pasti mereka akan ketawa dan tersenyum bangga kerana ternyata hingga kini, Perak (dan Malaysia) bukan sahaja masih mengamalkan undang-undang kufur yang mereka tinggalkan, malah bermati-matian mempertahankannya!!!

Sistem demokrasi berparlimen yang dicipta oleh si kafir Lord Reid di Malaysia membahagikan kekuasaan kepada tiga - 1. Legislatif (badan yang membuat undang-undang) 2. Eksekutif (badan yang memerintah) 3. Judikatif (badan kehakiman). Secara teorinya ketiga-tiga kuasa ini mempunyai kuasa yang sama, tiada yang lebih tinggi dari yang lain, dan mereka masing-masing bertindak sebagai ‘check and balance’.

Namun, uniknya Malaysia adalah kerana badan Eksekutif dan Legislatif sebahagian besarnya terdiri dan dikuasai oleh orang-orang yang sama. Manakala badan Judikatif pula hanyalah menjalankan kuasa ‘mengikut kehendak’ badan Eksekutif, atau dengan kata lain hanya bertindak sebagai ‘rubber stamp’ badan pemerintahan,

Kekusutan terbaru timbul setelah Menteri Besar dan para exco baru dari BN yang telah digantung serta merta dari menyertai persidangan DUN oleh speaker dewan dari kerajaan sebelumnya. Menteri Besar DR. Zambry Kadir telah digantung selama 18 bulan manakala para exconya telah digantung selama 12 bulan.

Kesan dari tindakan ini menyebabkan BN mempunyai 24 kerusi di DUN manakala PR mempunyai 28 kerusi. Dipercayai, jika dewan bersidang, suatu undi tidak percaya akan dihadapkan ke atas Menteri Besar dan natijahnya boleh melucutkan jawatan Menteri Besar serta merta.

Begitulah serba ringkas amalan demokrasi di Perak, dua pihak yang mendakwa masing-masing adalah ‘kerajaan yang sah’ kini menggunakan apa jua cara untuk saling menjatuhkan satu sama lain. Sesuai dengan ajaran demokrasi di bawah konsep Trias Politika, maka mahkamah sivil (mahkamah kufur, bukan mahkamah syariah) menjadi badan ketiga yang akan menjadi penentu. Walaupun dalam keadaan parti pembangkang tidak lagi percayakan kepada mahkamah, namun bagi mereka, inilah yang terbaik yang boleh mereka lakukan.

Sesungguhnya kekusutan yang berlaku di Perak ini lahir sebagai kesan dari pelaksanaan sistem demokrasi yang merosakkan itu sendiri. Sistem demokrasi tidak pernah membawa kebaikan kepada Islam, malah semakin menjauhkan umat dari sistem Islam yang sebenar.

Sistem demokrasi ini melahirkan sekumpulan manusia yang membuat undang-undang (Legislator) dan kononnya kuasa mereka akan di ‘check and balance’ kan oleh kuasa lain, walhasil mereka akan mempergunakan segala kuasa yang ada untuk terus kekal memerintah. Jika mereka perlu mempergunakan Sultan, mereka akan lakukannya, dan jika mereka perlu mempergunakan syaithan, pun mereka akan melakukannya. Dan mereka sekali-kali tidak pernah menjadikan Al-Quran dan Sunah sebagai ‘check and balance’ kuasa mereka. Inilah Trias Politica.

Di dalam Islam, kedaulatan adalah ditangan syarak (As-siyadah li asy-syar’i) Ini bermaksud kekuasaan Legislatif (menggubal undang-undang) hanyalah milik Allah semata-mata, bukan milik manusia. Maka dari itu, hanya Allah sahajalah yang menjadi Musyarri’ (Legislator) yang membuat/menetapkan hukum (undang-undang) untuk manusia dalam segala sesuatu, baik dalam masalah ibadah, mua’malah, uqubat (qisas, hudud, ta’zir dan mukhalafat) dan sebagainya. Tidak boleh (haram) sama sekali bagi manusia mana pun, baik secara individu mahupun beramai-ramai (majoriti) untuk membuat undang-undang, walau pun hanya satu undang-undang. Firman Allah,

Menetapkan hukum hanyalah hak Allah” [TMQ al-An’am (6):57].

Allah juga berfirman,

Ingatlah! Menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah” [TMQ al-A’raf (7):54].

Manakala rakyat adalah entiti yang memiliki kekuasaan (as-sulthah li al-ummah). Maksud ‘rakyat memiliki kekuasaan’ di sini adalah rakyatlah yang berhak memilih serta mengangkat penguasa (dengan bai’ah). Dan penguasa yang dimaksudkan di sini adalah ‘Khalifah’, bukan selainnya. Hadis-hadis tentang bai’ah menunjukkan bahawa kekuasaan adalah milik umat, yakni bahawa bai’ah itu berasal dari kaum Muslimin untuk Khalifah, bukan dari Khalifah untuk kaum Muslimin. Di antaranya adalah sabda Nabi,

Kami telah membai’at Rasulullah untuk didengar dan ditaati, dalam hal yang kami sukai mahupun yang tidak kami sukai” [HR Bukhari].

Dalam hal ini (bai’ah), syara’ telah menetapkan bahawa orang yang wajib dilantik dan dibai’ah

Dari segi pengqadhian (kehakiman - Judikatif), hak ini dipegang oleh Khalifah, atau orang yang dilantik oleh Khalifah untuk menjalankan kekuasaan tersebut. Dalam Islam, Khalifahlah yang mengangkat para qadhi (hakim) dan ini merupakan haknya sebagai Ketua Negara secara mutlak. Dan qadhi wajib memutuskan berdasarkan Al-Quran dan Sunah, bukannya berdasarkan undang-undang yang diluluskan secara majoriti oleh manusia di bawah sistem demokrasi berparlimen!

Apa yang jelas, sistem Islam di bawah Khilafah tidak pernah menjuzuk-juzukkan kuasa kepada tiga (Trias politica) sebagaimana di bawah sistem demokrasi. Khalifah dan segala struktur di bawah pemerintahannya adalah memerintah berdasarkan undang-undang Allah dan RasulNya, bukannya memerintah berdasarkan undang-undang ciptaan manusia sebagaimana di bawah sistem demokrasi sekarang.

Umat Islam yang bertelagah di Perak tidak sepatutnya mengembalikan persengketaan mereka kepada mahkamah kufur atau kepada Perlembagaan Perak atau kepada Perlembagaan Persekutuan, kerana undang-undang yang tertinggi dan satu-satunya undang untuk umat Islam adalah Al-Quran dan As-Sunah. Firman Allah SWT,

...kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan RasulNya (As-Sunah) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” [TMQ an-Nisa (4):59]

Umat Islam sepatutnya berusaha untuk mengembalikan undang-undang Allah dan mengembalikan sistem pemerintahan Islam yang sebenar yakni Sistem Khilafah. Kenapakah masih terus berpegang teguh dengan demokrasi walhal telah terbukti demokrasi hanyalah sistem busuk dan keji yang ditinggalkan oleh penjajah kepada kita semua. Rasulullah tidak mewarisi sistem demokrasi kepada para sahabat, tetapi Rasulullah mewarisi Sistem Khilafah kepada sahabat dan kepada umatnya. Jadi, kenapa dan sampai bila kita mahu hidup mewarisi sistem yang ditinggalkan penjajah, bukannya sistem yang ditinggalkan Rasulullah?
oleh rakyat adalah ‘Khalifah’ seorang sahaja

Filed under having  

0 Ulasan: