Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Bank Negara Malaysia Yang Rendah???Beginilah Pemikiran Sang Kufur Kapitalisme...

by AURA JIHAD

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata langkah menetapkan “kadar faedah yang terlalu rendah” adalah tidak konstruktif dan isu sekarang ialah menyediakan akses lebih kepada pembiayaan.

“Taksiran kami ialah bahawa adalah tidak konstruktif mempunyai kadar terlalu rendah, walau pun pada masa ini ia bukan satu isu. Isunya ialah lebih akses kepada pembiayaan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Peringkat Tinggi BNM 2009 di Kuala Lumpur pada 11 Februari lepas.

Sebagai sebuah negara Kapitalis, isu riba sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam pemerintahan di Malaysia. Para Kapitalis ini dengan begitu mudah memperkatakan dan menetapkan kadar riba dengan langsung tidak merasakan sedikit dosa pun dari tindakan mereka. Walaupun istilah “kadar faedah” digunakan, semua orang tahu bahawa ia adalah riba yang diharamkan sejelas-jelasnya oleh Islam.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Gabenor Bank Negara ini hanyalah satu dari sejuta bukti bahawa sistem ekonomi yang diterap dan diamalkan di Malaysia merupakan sistem ribawi di mana setiap produk kewangan diasaskan pada riba. Sungguh malang apabila penjanaan pendapatan negara melalui institusi kewangan yang dikawal-selia oleh BNM adalah jelas berdasarkan larangan Allah SWT kepada kaum Muslimin (riba).

Kita perlu fahami bahawa sistem ekonomi Kapitalisme mengamalkan dasar kebebasan kepemilikan yang membawa erti ‘apa sahaja boleh dilakukan untuk memperoleh apa sahaja yang diinginkan’ sesuai dengan undang-undang yang ada. Dan undang-undang yang ada di Malaysia adalah undang-undang yang menghalalkan riba untuk diamalkan dalam kehidupan. Justeru, sama ada untuk menjana pendapatan negara mahupun menjana sistem perekonomian dalam negara, maka riba adalah suatu transaksi yang dibolehkan atau dihalalkan.

Riba merupakan mekanisme meraih keuntungan yang diharamkan secara mutlak oleh syarak. Sesungguhnya tiada satu dalil pun yang membolehkan kita terlibat dengan riba atas alasan apa sekalipun. Sepertimana firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud,

“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba..” [TMQ Al-Baqarah (2):275]

Dengan larangan yang sebegini tegas dari Allah SWT pun, namun nampaknya pemerintah kita yang terdiri dari puak Kapitalis ini langsung tidak mengendahkannya. Mereka benar-benar berani mencabar Allah dengan melaksanakan apa yang Allah haramkan secara qat’ie di dalam Al-Quran. Dengan apa yang mereka lakukan sekarang, mereka boleh selamat di dunia dan mencapai apa yang mereka inginkan, namun di akhirat nanti, tahulah mereka betapa Hebatnya Allah membalas perbuatan mereka. Na’uzubillah min zalik.

Filed under having  

0 Ulasan: