Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

KHILAFAH AKAN KEMBALI DENGAN IZIN ALLAH

by AURA JIHAD

Laungan ALLAHU AKBAR oleh 100,000 manusia menggamatkan Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada Ahad lepas (28 Rejab 1428H / 12 Ogos 2007M) di mana telah berlangsung International Khilafah Conference (Persidangan Khilafah Antarabangsa) 2007 dengan tema “Saatnya Khilafah Memimpin Dunia” yang diselenggarakan oleh Hizbut Tahrir Indonesia (HTI). Tidak ada daya dan kekuatan kecuali milik Allah jua. Tidak ada apa yang dapat menyekat kuasa Allah Subhanahu wa Ta’ala apabila Dia menghendaki sesuatu untuk berlaku. Rejim-rejim kufur di seluruh dunia yang cuba menghalang suara kebenaran dari dikumandangkan ternyata gagal di dalam usaha mereka. Kejayaan Hizbut Tahrir Indonesia di dalam menganjurkan Muktamar Khilafah Antarabangsa Ahad lalu memberi mesej yang jelas kepada seluruh dunia bahawa kebangkitan umat Islam sudah tidak dapat dibendung lagi dan Khilafah akan kembali semula dengan izin Allah di dalam waktu yang terdekat, InsyaAllah.

Segala puji bagi Allah yang telah menyempurnakan muktamar tersebut dari awal hingga akhir dan menjadikannya muktamar terbesar di dunia semenjak jatuhnya Khilafah pada 28 Rejab 1342H. Dalam perkembangan yang berkaitan, Muktamar Khilafah oleh Hizbut Tahrir Malaysia yang sepatutnya diadakan di Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor telah di pindahkan pada waktu-waktu terakhir ke Pusat Perkembangan Dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Dengan izin Allah, muktamar telah berjalan dengan baik, meskipun berlaku sedikit masalah melibatkan pihak berkuasa. Suara kebenaran sesungguhnya akan pasti menyerlah walau apa jua halangan dan hambatan yang dilontarkan kepadanya.

Hizbut Tahrir Malaysia dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Masjid Negeri Shah Alam dan juga pihak CITU khususnya yang telah memberi kerjasama penuh sehingga muktamar dapat berjalan dengan baik hingga ke penghujungnya. Kepada Allah kami memohon agar segala kerjasama dan kebaikan yang diberikan diganjari olehNya. Kami juga sekali lagi ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada lebih kurang 500 orang hadirin yang datang dari seluruh negara yang terpaksa membanjiri Dewan Muktamar yang hanya dapat menampung 200 orang peserta. Selain Indonesia dan Malaysia, pada hari yang sama, Muktamar Khilafah turut diadakan oleh Hizbut Tahrir Lebanon dan Hizbut Tahrir Belanda. Sehari sebelumnya, ia diadakan oleh Hizbut Tahrir Palestin (di Tebing Barat) yang dihadiri oleh lebih 10,000 orang. Terdahulu, Hizbut Tahrir Britain telahpun mengadakan Khilafah Conference yang sama pada 4 Ogos 2007 yang menyaksikan kehadiran peserta lebih kurang 3,000 orang dan pada awal tahun ini iaitu pada 28 Januari 2007, Hizbut Tahrir Australia telah berjaya menyelenggarakan Persidangan Khilafah yang julung-julung kali diadakan di Sydney, Australia. InsyaAllah di dalam masa lebih kurang seminggu lagi, Khilafah Conference akan diadakan oleh Hizbut Tahrir di Yemen, Pakistan dan juga Denmark. Semoga Allah bersama dengan mereka yang bersungguh-sungguh dan ikhlas menyampaikan kebenaran.

Di antara mereka yang berucap di International Khilafah Conference 2007 Jakarta ialah Ustaz Muhammad Ismail Yusanto (jurucakap rasmi HTI), Ustaz Hafidz Abdurrahman (Ketua, Dewan Pimpinan Pusat HTI), Dr. Salim Fredericks (HT Denmark) dan Syeikh Usman Ibrahim (HT Sudan). Selain dari anggota Hizbut Tahrir, mereka yang turut berucap adalah Ketua Umum Muhammadiyah, Din Syamsuddin, Ketua Umum Syarikat Islam, Amrullah Ahmad, Ketua Majlis Ulama Islam (MUI) Sumatera Selatan, Tholan Abdul Rauf, dan tokoh Nahdiyin (NU) dari Nusa Tenggara Barat, Tuan Guru Turmudzi Badhuli. Dua orang pembicara lainnya yang sepatutnya berucap iaitu Ustadz Abu Bakar Basyir dan Habieb Rizieq Shihab telah dihalang lebih awal oleh Pihak Berkuasa Indonesia dari menghadiri persidangan tersebut. Selain ulama dari Indonesia, Profesor Hassan Ko Nakata dari Jepun turut menjadi pembicara undangan.

Dr. Imran Waheed dari Hizbut Tahrir Britain, yang sepatutnya menjadi salah seorang pembicara, telah dihalang dari memasuki Indonesia sebaik sahaja memijakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta. Tiada sebarang sebab diberikan samada oleh Pihak Imigresen mahupun kerajaan Indonesia tentang halangan tersebut. Beliau seterusnya diiringi sehingga menaiki semula kapal terbang untuk membawa beliau keluar dari Indonesia.

Turut menerima nasib yang sama adalah Ismail Wah Wah dari Hizbut Tahrir Australia apabila beliau turut dihalang memasuki Indonesia di lapangan terbang yang sama. Lebih mendukacitakan, Syeikh Issam Amirah dari Hizbut Tahrir Palestin dihalang semasa beliau masih di Palestin dan tidak dibenar meninggalkan Palestin, tanpa apa-apa sebab diberikan. Persidangan Antarabangsa Khilafah di Jakarta ini telah mendapat liputan media di seluruh dunia. Di Malaysia, liputan turut dimuatkan oleh pihak TV3 dalam Bulletin Utama pada malam itu juga. Antara agensi berita asing yang membuat liputan segera adalah Reuters, Euronews, Al-Jazeera, BBC World, Independent, Fox News dan banyak lagi.

Para pembaca yang dihormati bolehlah menonton berita-berita yang disiarkan dengan melayari www.khilafah.com atau laman web Hizbut Tahrir Indonesia (atau HT Britain) bagi mendapat gambaran sebenar dan menyeluruh. Beberapa perkembangan juga telah dimuat naik (uploaded) di www.youtube.com. Sesungguhnya International Khilafah Conference 2007 di Jakarta telah berjaya menghimpunkan umat Islam di seluruh Indonesia khasnya dan seluruh dunia amnya di dalam membawa satu mesej dan aspirasi bahawa kaum Muslimin memerlukan Khilafah yang akan menyatukan mereka dan mengembalikan semula kemuliaan dan kegemilangan mereka dan seterusnya mengalahkan musuh-musuh mereka. Gelombang perubahan dan angin rahmat kini bertiup kencang untuk menghilangkan segala rintangan dan debu-debu kotor yang menyelimuti umat Islam. Ketakutan dan kegerunan Barat kepada kemunculan semula Khilafah semakin jelas kelihatan. Suara kebenaran dilaungkan oleh seluruh umat Islam dan bergema dari seluruh pelusuk dunia tanpa mengira sempadan, bangsa, bahasa dan keturunan.

Panji-panji dan bendera Rasulullah berkibar megah tanda bersatunya kaum Muslimin di bawah satu kalimah La ilaha illallah Muhammad Rasulullah. Pertolongan Allah terasa semakin dekat dan kemenangan semakin hampir. Inilah janji Allah kepada mereka yang beriman dan beramal soleh bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi sebagaimana Allah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa. Bersempena dengan Khilafah Conference yang diadakan hampir serentak di seluruh dunia, Amir Hizbut Tahrir sedunia (Hizbut Tahrir Pusat), Syeikh Atha’ Abu Rusytah telah membuat satu perutusan yang telah dibacakan di permulaan muktamar-muktamar tersebut (watikah asal adalah di dalam Bahasa Arab) dan kami paparkan di sini perutusan tersebut agar dapat dijadikan peringatan kepada semua kaum Muslimin dan kami memohon kepada Allah agar dibukakan pintu hati mereka yang masih tertutup, semoga cahaya kebenaran memasuki dan menyinari hati-hati mereka...

KALIMAH IFTITAH

Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin, wassalatu was salamu ‘ala Rasulillah, wa ‘ala alihi wa sahbihi wa min walah...

Saudara-saudaraku yang mulia! Assalamu‘alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah meletakkan keutamaan kepada bani Adam berbanding penciptaanNya yang lain.

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah benarkan mereka menggunakan berbagai kenderaan di darat dan di lautan dan Kami telah memberi rezeki kepada mereka dari yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan” [TMQ al-Isra’ (17):70]

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan manusia lebih tinggi kerana akal dan pemikiran mereka, agar manusia dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa hebat yang berlaku di sepanjang zaman, tidak kira samada peristiwa tersebut adalah peristiwa yang baik mahupun yang buruk. Kesemua ini berlaku agar manusia dapat belajar dari perisiwa-peristiwa ini, agar manusia dapat belajar dari yang baik dan membuang yang buruk, tanpa membiarkan sahaja peristiwa-peristiwa tersebut berlalu seolah-olah ia tidak pernah berlaku. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memilih tempat dan masa bagi sesuatu peristiwa untuk berlaku dan Allah juga memilih beberapa peristiwa yang lebih utama untuk diperhatikan pada waktu dan tempat tertentu lebih dari yang lainnya. Sebagai contoh, kezaliman merupakan sesuatu yang haram dan ia merupakan suatu dosa tidak kira di mana juga ia berlaku. Walaubagaimanapun, sekiranya kezaliman berlaku di Baitul Haram, ia merupakan satu keharaman yang besar dan dosanya juga adalah lebih besar.

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi manusia dari jalan Allah dan Masjid al-Haram yang telah Kami jadikan untuk semua manusia, baik yang bermukim di situ mahupun di padang pasir, dan sesiapa yang bermaksud melakukan kejahatan secara zalim di dalamnya, nescaya Kami azab mereka itu dengan azab yang pedih” [TMQ al-Hajj (22):25].

Kezaliman juga adalah haram dan satu perbuatan yang berdosa tidak kira dilakukan pada bila-bila masa sekalipun. Walaubagaimanapun, kezaliman membawa keharaman dan dosa yang lebih besar sekiranya ia dilakukan pada bulan-bulan haram.

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi diri kamu dalam bulan yang empat itu...” [TMQ at-Taubah (9):36].

Apa saja peristiwa yang berlaku, baik atau buruk, di dalam bulan-bulan haram, adalah lebih wajar diperhatikan berbanding peristiwa yang sama berlaku di bulan-bulan lainnya. Hari ini, kita berkumpul di dalam bulan haram, iaitu bulan Rejab dan Allah menjadikan bulan ini bulan yang mulia dan penuh kerahmatan. Kerana itu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat juga menjadikan bulan ini bulan yang mulia dan penuh keberkatan. Ingin kami mengambil kesempatan bersama kalian, pada hari yang mulia ini untuk memperingati tiga peristiwa penting yang berlaku pada bulan ini agar kita sama-sama dapat mengambil iktibar darinya; mengkajinya dan mengambil teladan darinya; semoga kita dapat mengambil yang baik darinya dan menghalang keburukan yang kita perhatikan melalui peristiwa–peristiwa tersebut dari berulang. Ini bermakna bahawa kita harus benar-benar mengambil iktibar darinya, dan berusaha agar tidak mengulangi pembacaan mengenai peristiwa-peristiwa ini, ibarat kata kita membuang masa membaca sebuah kisah, tanpa mengambil sebarang pelajaran darinya.

Peristiwa pertama adalah peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Ia berlaku pada 27hb Rejab berdasarkan riwayat yang paling sahih. Peristiwa ini berlaku selepas Ummul Mukminin, Khadijah RadiAllahu’anha dan bapa saudara Rasulullah, Abu Thalib, meninggal dunia. Sejak pemergian mereka berdua, kaum Quraish memperhebatkan lagi gangguan dan penyiksaan ke atas Rasulullah dan para sahabat. Masyarakat Mekah mula tidak memperdulikan seruan Rasulullah. Namun Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengurniakan kepada baginda kemuliaan melalui peristiwa Isra’ di mana baginda dibawa dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa. Setelah itu, di dalam peristiwa Mi’raj, Allah telah mengangkat baginda ke langit yang tertinggi. Melalui peristiwa ini Allah telah menunjukkan kepada kekasihNya ini berbagai penciptaanNya yang agung. Peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini dengan jelas sekali meletakkan Islam dan RasulNya di tempat yang mulia serta memberikan ketenangan kepada baginda Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Ia merupakan petanda bahawa kekufuran akan lenyap dan kemenangan adalah semakin hampir. Wahai saudara-saudaraku! Di sini kita perlu berfikir sejenak untuk menghayati kepentingan peristiwa ini. Ramai antara kita yang tidak sedar akan hakikat peri pentingnya peristiwa Isra’ dan Mi’raj ketika kita membacanya atau mendengar ceramah mengenainya. Apa yang harus kita sedari adalah, bersamaan dengan peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini, terdapat satu lagi perkara yang amat penting – iaitu peristiwa thalabun nusrah (mendapatkan sokongan bagi mencapai kemenangan untuk Islam). Allah Yang Maha Pemurah telah memuliakan Rasulullah dengan dua perkara ini (Isra’ Mi’raj dan thalabun nusrah) ketika gangguan dan penyiksaan kaum Quraish ke atas baginda semakin menjadi-jadi. Pemahaman akan hakikat ini memanifestasikan kepada kita hubungan antara peristiwa bai’ah Aqabah serta usaha-usaha ke arah kemenangan yang lainnya dengan peristiwa Isra’ Mi’raj dan thalabun nusrah. Dalam kita belajar, mengambil iktibar dan beramal bersandarkan peristiwa Isra’ Mi’raj ini serta bersyukur kepada Allah akan kebaikan yang diperoleh darinya, kita juga haruslah berusaha siang dan malam untuk melakukan thalabun nusrah dari mereka yang memiliki kekuasaan dengan kebenaran dan keikhlasan. Kita juga yakin bahawa kemenangan dari Allah ini akan tiba melalui mereka yang akan membantu (al-Ansar), sama seperti kaum al-Ansar (Auz dan Khazraj) dahulu yang beriman, ketika mana mereka membantu Rasulullah memperolehi kemenangan bagi Islam. Selepas bantuan (nusrah) ini, dengan izin Allah, Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah (Khilafah atas jalan kenabian) akan kembali dan pada hari tersebut, kaum Muslimin akan bergembira dengan kemenangan agung dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Peristiwa kedua yang perlu kita sama-sama ingati di dalam bulan haram ini adalah peristiwa pembebasan Baitul Maqdis yang berlaku pada 27hb Rejab 583H. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, dalam peristiwa Isra’ Mi’raj, ramai antara kita yang tidak menyedari tentang thalabun nusrah ; begitulah juga, ramai tidak menyedari akan satu hal penting yang seharusnya kita ambil perhatian ketika kita membaca mengenai pembebasan Baitul Maqdis. Hal yang penting ini adalah bahawa pembebasan ini berlaku pada bulan Rejab 583H, selepas Mesir kembali disatukan ke dalam Daulah Khilafah pada 567H. Mesir pada suatu ketika telah terpisah dari Daulah Khilafah apabila golongan Fathimiyyin memisahkan diri dari Khilafah pada tahun 359H.

Apa yang dapat kita perhatikan adalah bahawa Salahuddin dan Nuruddin sebelumnya tidak dapat membebaskan Palestin sehinggalah mereka dapat menyatukan kembali Mesir ke dalam Daulah. Ketika Al-Nasir menjadi Khalifah Abbasiyyah dan Salahuddin merupakan wali di Mesir dan Sham, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan kemenangan kepada kaum Muslimin melalui pembebasan Masjid Al-Aqsa. Salahuddin telah mengirimkan berita gembira ini kepada Al-Nasir dan mendengarkan berita kemenangan yang agung ini, kaum Muslimin telah bertakbir dan bertahmid, bersyukur kepada Allah atas nikmat ini. Perkara ini, yakni mengenai pembebasan Baitul Maqdis ini, haruslah disedari dengan akal dan intelek yang telah Allah kurniakan kepada kita. Justeru, bagi mereka yang mencintai Al-Aqsa dan ingin melihat pembebasannya, maka seharusnyalah ia memulakan perjuangan dengan ikhlas untuk menegakkan sebuah Negara bagi seluruh kaum Muslimin (iaitu) Khilafah Rashidah ‘ala minhaj nubuwwah.

Negara ini kemudiannya akan menghancurkan Negara Yahudi dari akar umbinya dan mengembalikan Palestin kepada Daulah Islam, tanpa sebarang perundingan atau perdamaian dengan mereka. Sekiranya kaum Muslimin tidak dapat melakukannya hari ini, kita akan terus berada dalam suasana perang dengan entiti Yahudi ini sehinggalah seseorang yang mendapat bantuan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala tiba dan membebaskannya. Sesungguhnya amat agunglah kemenangan ini baginya.

Peristiwa ketiga yang harus kita ingati di bulan haram ini adalah mengenai tragedi kehancuran Khilafah apabila golongan kolonial kuffar, diketuai oleh Britain dengan bantuan para pengkhianat Arab dan Turki, telah berjaya meruntuhkan tahkta kemuliaan Islam dan kaum Muslimin, dengan mendeklarasi keruntuhannya pada 28hb Rejab 1342H bersamaan 3hb Mac 1924M. Selepas peristiwa kehancuran ini, berbagai tragedi telah menimpa kaum Muslimin. Tanah mereka dikecai-kecai dan dibahagi-bahagikan kepada lebih 50 buah negara. Golongan kolonial kuffar meletakkan di setiap Negara tersebut pemerintah yang saling memusuhi antara satu sama lain. Mereka bertelagah atas perkara kebaikan dan sekiranya mereka bersetuju sekalipun, ia kerapkali diselubungi keburukan. Setiap kali mereka bertemu, ia hanya akan membawa kemudharatan kepada umat. Kali terakhir, lihatlah sahaja pertemuan di Riyadh di mana mereka bersepakat untuk menjual Palestin kepada Yahudi.

Mereka ini telah mencapai tahap kehinaan yang amat rendah, sehingga Amerika sendiri memanipulasi kehinaan ini dengan mempergunakan nyawa kaum Muslimin untuk menyelamatkan tenteranya di Iraq, sepertimana yang dilihat di Persidangan Baghdad dan Sharm al-Sheikh. Semakin tenggelamlah mereka, yakni para pemimpin ini di dalam kehinaan – begitu sombong sekali mereka menggunakan kekuasaan mereka! Semua kehinaan ini berlaku kerana mereka telah membelakangi kefardhuan yang telah Allah tetapkan ke atas mereka, yakni mengembalikan Daulah Khilafah; menyebabkan mereka ditimpa keaiban dan kehinaan dari semua pihak. Kita pada hari ini wahai saudara-saudaraku, diwajibkan untuk bekerja ke arah menegakkan semula kefardhuan ini dan kita yakin bahawa ia pasti akan berlaku, bertepatan dengan hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang bermaksud, “...kemudian akan kembali khilafah ‘ala minhaj nubuwwah” [HR Ahmad].

Pada ketika itu, kita akan dimuliakan seperti mana mereka yang terdahulu dari kita telah dimuliakan dengan iman dan kita akan mencapai kemenangan yang agung seperti mana mereka yang terdahulu dari kita mencapainya. Dan yang lebih utama, kita akan bertemu dengan Allah pada hari Kiamat dalam keadaan Allah redha kepada kita. Kita sebagai kaum Muslimin seharusnya bertemu dengan Allah dalam keadaan kita meletakkan bai’ah kepada seorang Khalifah yang memerintah dengan Islam, sehingga kebaikan bai’ah yang ada pada pundak kita ini akan menjadi saksi bagi kita ketika bertemu denganNya. Janganlah kita menemui Allah dalam keadaan mati jahiliyyah sekiranya kita tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas kepada Allah dan RasulNya untuk mengembalikan kefardhuan ini.

Wahai saudaraku! Cukuplah kita meneliti tiga peristiwa tersebut di bulan haram, bulan Rajab yang mulia ini, yakni:-

(1) Isra’ dan Mi’raj dan hubungannya dengan peristiwa thalabun nusrah yang akhirnya membawa kemenangan kepada kaum Muslimin;

(2) Pembebasan Baitul Maqdis setelah penyatuan Mesir ke dalam Daulah Khilafah; dan

(3) Tragedi penghancuran Khilafah, di mana kita wajib bekerja untuk mengembalikannya semula dengan penuh keikhlasan.

Dengan menyingkapkan peristiwa-peristiwa tersebut yang penuh dengan pengajaran, ingin saya akhiri Kalimah Iftitah (kata-kata pembukaan) ini dengan memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menjadikan mujtama’ (perhimpunan) ini penuh dengan kebaikan, dengan pandangan-pandangan yang bijaksana, amal yang benar, ilmu yang memberikan kesan dan dengannya Allah memberikan kebaikan, keberkatan dan kemenangan yang agung.

Insya Allah.

Wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

MENYONGSONG DAULAH KHILAFAH

by AURA JIHAD

Dua hari lagi, yakni pada tanggal 28 Rejab 1428H, maka genaplah 86 tahun (kalender hijrah) kehilangan Daulah Khilafah dari atas muka bumi ini selepas kira-kira 1342 tahun menaungi dunia. Ketiadaan Khilafah yang sepatutnya amat dikesali oleh umat Islam sedunia mungkin langsung tidak disedari oleh sebilangan dari kaum Muslimin, apatah lagi untuk diratapi peristiwa hitam yang telah terpalit dalam lembaran sejarah Islam. Dari sebuah institusi yang menjadi manifestasi keagungan sistem kehidupan Islam yang kaffah, Daulah Khilafah telah dihancurkan oleh musuh-musuh Islam dan mereka setelah itu berusaha bersungguh-sungguh agar institusi ini dilupakan dari pemikiran arus politik umat Islam serta mereka ‘mengajar’ kaum Muslimin secara halus bahawa Khilafah hanyalah sekadar sebuah catatan sejarah tinggalan silam. Runtuhnya Khilafah sesungguhnya merupakan keruntuhan sebuah Negara yang berideologi Islam yang selama ini dipertahankan mati-matian oleh para Khalifah dari pihak musuh-musuh Islam. Hakikat ini adalah sebagaimana runtuhnya USSR satu ketika dulu, yang menandakan runtuhnya sebuah negara yang berideologi Komunis.

Mengingati 28 Rejab bukanlah bermaksud merayakan ulang tahun kejatuhan Khilafah, tetapi ia sebagai peringatan kepada umat Islam bahawa pada tanggal tersebut, satu institusi pembawa rahmat dan pencetus peradaban dunia telah hilang. Ia juga bertujuan untuk mengingatkan keseluruhan kaum Muslimin akan kewajipan mereka untuk mendirikan semula Daulah Islam yang selama lebih 1300 tahun berjaya meletakkan mereka sebagai umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Kita mengingati tarikh ini kerana tidak mahu memperpanjangkan lagi kesedihan dan penderitaan yang dialami oleh umat Muhammad dan kita ingin menyedar dan membangkitkan kaum Muslimin dari lena mereka. Kita juga ingin menunjukkan kepada kaum kuffar musuh-musuh Islam bahawa umat Islam adalah umat yang satu dan umat ini akan bangkit dan bersatu kembali untuk mengalahkan mereka, sebagaimana umat ini telah berjaya mengalahkan mereka di ketika wujudnya Daulah Khilafah dahulu. Sesungguhnya sejarah pasti akan berulang dan kita pasti akan mengalahkan mereka sekali lagi dengan terwujudnya Daulah Khilafah yang kedua kalinya! Insya Allah. Mengingati 28 Rejab bukanlah bermaksud merayakan ulang tahun kejatuhan Khilafah, tetapi ia sebagai peringatan kepada umat Islam bahawa pada tanggal tersebut, satu institusi pembawa rahmat dan pencetus peradaban dunia telah hilang. Ia juga bertujuan untuk mengingatkan keseluruhan kaum Muslimin akan kewajipan mereka untuk mendirikan semula Daulah Islam yang selama lebih 1300 tahun berjaya meletakkan mereka sebagai umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Kita mengingati tarikh ini kerana tidak mahu memperpanjangkan lagi kesedihan dan penderitaan yang dialami oleh umat Muhammad dan kita ingin menyedar dan membangkitkan kaum Muslimin dari lena mereka. Kita juga ingin menunjukkan kepada kaum kuffar musuh-musuh Islam bahawa umat Islam adalah umat yang satu dan umat ini akan bangkit dan bersatu kembali untuk mengalahkan mereka, sebagaimana umat ini telah berjaya mengalahkan mereka di ketika wujudnya Daulah Khilafah dahulu. Sesungguhnya sejarah pasti akan berulang dan kita pasti akan mengalahkan mereka sekali lagi dengan terwujudnya Daulah Khilafah yang kedua kalinya! Insya Allah.

Ranjau Di Awal Perjalanan Menuju Daulah

Ash-hadu an la ilaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammadu Rasulullah! Dengan kalimah tauhid inilah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mula menyeru manusia kepada Allah, mengajak isterinya Khadijah kepada Islam, lalu Khadijah pun beriman. Baginda kemudiannya mengajak Ali bin Abi Thalib dan Zaid, lalu Ali dan Zaid pun beriman, kemudian mengajak sahabat karibnya Abu Bakar, lalu Abu Bakar pun beriman. Begitulah setiap kali berjumpa orang, maka Rasulullah akan menawarkan Islam kepada mereka di mana akhirnya baginda berjaya mewujudkan satu kutlah (kelompok) manusia yang berdiri semata-mata di atas asas Islam. Pada awalnya kewujudan kelompok ini masih dirahsiakan. Baginda kemudiannya menetapkan sebuah rumah untuk dijadikan pusat bertemu dan mengajar kaum Muslimin iaitu rumah Arqam bin Abi al-Arqam, yang dijadikan markaz oleh Rasulullah untuk membaca dan menjelaskan Al-Quran kepada mereka yang telah memeluk Islam. Baginda memusatkan aktiviti dakwah di sini selama tiga tahun dan membina tsaqafah sahabat, solat berjemaah dan tahajjud bersama mereka. Di tengah-tengah mereka dibangkitkan aktiviti untuk berfikir tentang ayat-ayat Allah dan merenungkan makhluk-makhlukNya. Baginda membina para sahabat dengan memantapkan akidah dan syakhsiyah mereka dengan Islam, seterusnya mempersiapkan mereka untuk berdakwah kepada agama Allah dan sabar menghadapi segala ujian dan penderitaan yang bakal menimpa, ikhlas dan redha dengan apa jua yang Allah tetapkan.

Selang 3 hari selepas Islamnya Hamzah, maka agama Allah ini telah diperkuatkan lagi dengan Islamnya Umar bin Al-Khattab. Pada ketika ini, kutlah atau kelompok yang telah bersama Nabi berjumlah 40 orang. Setelah itu, turunlah firman Allah, “Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan dan berpalinglah kamu dari orang-orang musyrik” [TMQ Al-Hijr (15):94].

Setelah turun ayat ini, Rasulullah kemudian segera mematuhi perintah Allah dengan menampakkan kewujudan kutlah ini secara terang-terangan. Cara yang digunakan oleh Rasulullah untuk menzahirkan kewujudan kelompok ini adalah dengan keluar bersama-sama mereka dalam dua barisan. Satu barisan dipimpin oleh Hamzah dan satu barisan lagi dipimpin oleh Umar. Mereka bersama-sama menuju ke Kaabah dengan barisan yang rapi, satu cara dan bentuk penyatuan yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh bangsa Arab. Bermula dari sini, Rasulullah telah memasuki tahapan kedua di dalam dakwah yakni Marhalah Tafa’ul wal kiffah (tahap interaksi dan perjuangan).

Sejak saat ini, terjadilah pertentangan pemikiran yang sangat dahsyat di antara pemikiran Islam dan pemikiran kufur. Ternyata, kebenaran pemikiran Islam yang berasal dari wahyu berjaya mengalahkan pemikiran kufur Jahiliyyah. Hal ini telah menimbulkan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Jahiliyyah khususnya para pemimpin dan pembesar mereka. Di sinilah bermulanya satu episod yang menyayat hati di dalam perjuangan Rasulullah dan sahabat di dalam mengembangkan agama Allah di mana mereka telah diperangi habis-habisan oleh pembesar Jahiliyyah yang ingin mempertahankan status quo mereka. Kafir Quraish, yang menjadi pemimpin Mekah waktu itu menggunakan pelbagai cara untuk menyekat dan menghapuskan dakwah Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Cara pertama yang mereka gunakan ialah penganiayaan atau penyiksaan. Bilal al-Habsyi ditindih dengan batu besar dan dijemur di tengah padang pasir di bawah terik mentari dan dipaksa untuk meninggalkan Islam. Keluarga Yasir telah disiksa dengan amat pedih dan Sumaiyah dibunuh dengan kejam, hanya semata-mata kerana mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. Beberapa orang sahabat lain juga turut disiksa oleh kafir Quraish. Penyiksaan yang berterusan ke atas kaum Muslimin, menyebabkan Rasulullah memerintahkan sebahagian dari sahabat agar berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan di sana. Lalu berangkatlah sekelompok dari kaum Muslimin dengan dipimpin oleh Jaafar bin Abi Thalib. Hal ini membangkitkan kemarahan pemimpin Quraish di mana mereka kemudian mengutus Amru bin Aas dan Abdullah bin Rabi’ah untuk berjumpa Raja Najasyi dan membawa kaum Muslimin balik ke Mekah. Ternyata, kebenaran Islam yang disampaikan oleh Jaafar bin Abi Thalib telah diterima oleh Raja Najasyi dan membuatkan Raja Najasyi menghalau kedua-dua utusan Quraish tersebut.

Kafir Quraish menyedari bahawa perlawanan terhadap dakwah Rasulullah dengan cara penyiksaan ini tidak membawa hasil, malah membuatkan Muhammad dan sahabat-sahabatnya semakin teguh dengan Islam. Oleh itu, mereka menoleh kepada cara lain iaitu senjata propaganda. Mereka melakukan propaganda ini samada di dalam mahupun diluar Mekah, terutamanya di musim haji. Para pemimpin Quraish bermesyuarat dan bersepakat untuk melancarkan propaganda untuk menuduh Muhammad samada sebagai orang gila, dukun atau seorang ahli sihir walaupun mereka tahu bahawa Muhammad tidaklah sedemikian. Setelah buntu di dalam mesyuarat, mereka akhirnya menetapkan juga agar dihebahkan kepada umum bahawa Muhammad adalah seorang ahli sihir yang mana bila dia bercakap, dia akan menyihir orang dan sihirnya ini dapat memisahkan seseorang itu dari keluarga mereka. Tujuan mereka tidak lain kecuali untuk menakutkan orang ramai dengan dakwah Islam yang diserukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Bagaimanapun, cara ini juga tetap menemui kegagalan. Kekuatan dan kebenaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah dapat melawan segala bentuk propaganda busuk yang kafir Quraish lontarkan ini. Cahaya Islam yang baru terbit ini adalah terlalu terang sehingga dapat menembusi apa jua yang merintanginya. Kafir Quraish justeru beralih kepada senjata ketiga iaitu pemboikotan. Mereka sepakat untuk memboikot Rasulullah dan kerabat baginda. Mereka membuat perjanjian bertulis yang memboikot Bani Hashim dan Bani Abdul Muthalib. Mereka mengharapkan dengan pemboikotan ini maka kaum Muslimin akan meninggalkan Muhammad dan Muhammad akan terkucil sendirian. Dengan ini, mereka yakin Muhammad akan meninggalkan dakwahnya. Proses pemboikotan ini berlangsung lebih dari dua tahun dan pengaruhnya amat dirasakan oleh kaum Muslimin.

Selama pemboikotan, Rasulullah dan kerabat baginda terpaksa berlindung di bukit-bukit. Kelaparan, penderitaan, penyakit dan segala kekurangan serta kesusahan membelenggu mereka. Hampir-hampir mereka tidak menemui jalan untuk mengakhiri pemboikotan ini. Bagaimanapun, kes pemboikotan ini telah membangkitkan simpati bangsa-bangsa Arab terhadap Rasulullah, sehingga ada di kalangan mereka yang mengirimkan makanan dan minuman secara sembunyi-sembunyi. Demikianlah kaum Muslimin hidup di dalam penderitaan selama lebih kurang tiga tahun sehinggalah dengan kuasa Allah, lima orang pemuda Quraish mula mempertikaikan pemboikotan ini dan seterusnya mereka berhadapan dengan pemimpin Quraish dengan beraninya dan menuntut untuk ditamatkan pemboikotan tersebut. Ternyata, tindakan mereka telah mendapat sokongan dan akhirnya pemboikotan berjaya ditamatkan. Bagaimanapun, kejahatan kafir Quraish terhadap Rasulullah dan para sahabat tidak berhenti di situ, malah kejahatan mereka semakin bertambah, terutamanya setelah kematian Khadijah dan Abu Thalib, bapa saudaranya yang sentiasa melindungi baginda selama ini.

Bagaimanapun, Rasulullah tetap teguh di dalam dakwah baginda dan meneruskan dakwah dengan melakukan satu aktiviti yang dikenali sebagai Thalabun Nusrah iaitu mencari pertolongan untuk mendapatkan kekuasaan. Rasulullah mula mendatangi kabilah-kabilah yang kuat dan mengajak mereka memeluk Islam dan menolong baginda dengan mencurahkan kekuatan dan memberikan kekuasaan yang ada pada mereka kepada baginda. Rasulullah pergi ke Thaif tetapi ditolak dan diusir dengan begitu memedihkan. Namun, baginda tetap tidak putus asa dan meneruskan proses thalabun nusrah dengan kabilah-kabilah yang lain untuk mengajak mereka kepada Islam dan menolong baginda; antaranya adalah Bani Kindah, Kalb, Bani Hanifah, Amir Bin Sa’sa’ah dan banyak lagi.

Akhirnya, pertolongan Allah pun tiba. Kedatangan Bani Auz dan Khazraj ke kota Mekah menjadi benih kepada titik perubahan di dalam sejarah Islam. Auz dan Khazraj didatangi oleh Nabi dan mereka menyatakan kesanggupan untuk memberikan nusrah (pertolongan) kepada Rasulullah tanpa apa-apa syarat. Hasilnya, terjadilah Bai’ah Aqabah Pertama dan disusuli dengan Bai’ah Aqabah Kedua yang merupakan akad kepimpinan yang mereka berikan kepada Rasulullah untuk menjadikan baginda sebagai seorang ketua negara atau dengan kata lain pemerintah sebuah Negara Islam yang bakal berdiri di Madinah. Dengan nusrah yang diberi inilah, maka Allah telah memberi gelaran yang mulia, Al-Ansar, kepada mereka (Auz dan Khazraj).

Setelah berlangsungnya proses Bai’ah Aqabah yang kedua, maka bermulalah titik perubahan kepada perjuangan Nabi yang sekaligus merupakan titik perubahan kepada sejarah Islam dan titik perubahan kepada kepimpinan dunia serta titik perubahan kepada tamadun manusia - Hijrah. Rasulullah memerintahkan para sahabat untuk terlebih dahulu berhijrah ke Madinah sementara baginda dan Abu Bakar masih lagi berada di Mekah, sehinggalah turunnya wahyu mengarahkan baginda agar berhijrah. Proses hijrah kaum Muslimin ini telah disedari oleh kafir Quraish dan mereka mula mempertimbangkan bahaya yang bakal menimpa mereka jika Muhammad turut berhijrah. Mereka sedar bahawa telah wujud satu sokongan yang kuat untuk Islam di Madinah dan jika Muhammad berjaya sampai di sana, maka Muhammad akan mendapat satu kekuatan baru, yakni kekuatan di dalam bentuk sebuah Negara. Sebab itu, sejurus sebelum hijrah, kafir Quraish cuba membunuh Nabi, tetapi gagal. Quraish tetap tidak berdiam diri dan cuba mengekori Rasul untuk membunuh baginda, namun Allah tetap melindungi kekasihNya ini. Selepas lebih kurang dua minggu perjalanan yang penuh dengan kesulitan, maka sampailah kedua sahabat karib ini ke tempat yang telah dijanjikan Allah. Jejak Rasulullah di bumi Madinah adalah jejak seorang Ketua Negara yang bakal merubah dunia dengan cahaya Islam. Inilah hakikat dari hijrah Rasul, iaitu berhijrah dari darul Kufur menuju Darul Islam, dari kedudukan Rasulullah hanya sebagai seorang ketua sebuah kutlah Islam kepada kedudukan baginda sebagai seorang Ketua Negara. Dengan ini, rasmilah wujudnya sebuah Negara Islam yang pertama di dunia yang dipimpin oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Khalifah Penyambung Legasi Daulah Islam

Melalui hadisnya, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengingatkan kaum Muslimin bahawa baginda adalah Nabi yang terakhir dan setelah baginda, urusan pemerintahan kaum Muslimin akan diambil alih oleh para Khalifah. Keberadaan institusi Khilafah sebagai kesinambungan kepada Daulah Islam yang telah diasaskan oleh Rasulullah bermula dengan terlantiknya Abu Bakar sebagai Khalifah pertama kaum Muslimin. Kemudian disusuli pula oleh Khalifah Umar bin Al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib yang kesemua mereka merupakan Khulafa’ Rasyidin. Kemudian, kesinambungan Daulah Khilafah diteruskan lagi oleh Khulafa’ Umawiyyah di mana di bawahnya, wilayah Islam menjadi semakin luas. Seterusnya umat Islam mencapai kegemilangan di zaman pemerintahan Khilafah Abbasiyyah. Daulah Islam juga semakin meluas dan melebar. Usaha pengembangan dakwah ke wilayah-wilayah bersempadanan dengan Daulah telah diteruskan lagi di zaman Khilafah Uthmaniyyah sehingga Daulah Islam terus berkembang dan mencapai tahap yang tidak pernah dapat dicapai oleh mana-mana kuasa yang pernah wujud di dunia. Islam telah tersebar dan diterima kawasan-kawasan Balkan, Afrika, India, Eropah dan juga tidak terkecuali, di bahagian Nusantara. Sistem pemerintahan yang sama, undang-undang yang sama, bahasa yang sama (bahasa Arab) telah digunakan di kesemua wilayah yang berada di bawah pemerintahan Daulah Islam tanpa mengira kawasan geografi, adat-istiadat, bangsa mahupun warna kulit. Umat Islam di seluruh dunia benar-benar bersatu dan disatukan dibawah satu bumbung pemerintahan. Darah, harta dan kehormatan mereka terjaga rapi. Khalifah benar-benar menjadi perisai yang melindungi umat Islam.

Kepesatan perkembangan tamadun Islam dirasakan di seluruh penjuru dunia. Daulah Islam menjadi lampu yang menerangi dunia yang hidup di dalam kegelapan. Daulah menjadi pusat penyelidikan dan ilmu dunia apabila manusia dari seluruh pelusuk dunia berpusu-pusu datang ke Daulah Islam untuk menimba ilmu. Tamadun Rom, Yunani, Parsi, Mesir dan sebagainya telah ditenggelamkan oleh Islam sehingga meletakkan Islam sebagai sebuah peradaban dunia yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negara sekalipun. Bermula dengan tegaknya Daulah Islam di Madinah, kemudian diteruskan oleh Khilafah Bani Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah, Negara Islam menjadi sebuah super power yang digeruni oleh lawan dan dihormati oleh kawan. Kekuatan Daulah Islam tidak dapat dibayangkan. Kaum Muslimin benar-benar hidup di dalam rahmat dan kemuliaan. Semua ini dinikmati oleh umat Islam disepanjang pemerintahan Khilafah yang menerapkan hukum berdasarkan kitab Allah dan sunnah RasulNya.

Runtuhnya Sebuah Peradaban

Dendam musuh-musuh Islam terhadap kejayaan Islam tidak pernah pudar, terutamanya sejak kekalahan mereka di dalam Perang Salib. Mereka senantiasa mencari ruang untuk menjatuhkan Daulah Islam dan menjauhkan umat dari pemikiran Islam. Setelah kekalahan mereka, pasukan Salib menyadari bahawa kekuatan Islam terletak pada kekuatan akidah yang dianut oleh umat Islam dan selama mana kaum Muslimin berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah, maka Khilafah tidak akan dapat dihancurkan. Inilah sebabnya di akhir abad ke 16, mereka mendirikan pusat misionari pertama di Malta dan menjadikannya sebagai markaz untuk melancarkan serangan misionari terhadap Dunia Islam. Inilah awal masuknya kebudayaan Barat ke Dunia Islam yang dilakukan para misionaris. Barat seterusnya meniupkan api nasionalisme dan patriotisme ke dalam tubuh umat sehingga pada tahun 1916, British berjaya memperalatkan agennya Sharif Hussein dari Mekah untuk melancarkan Pemberontakan Arab terhadap Khilafah Uthmaniyyah. Pemberontakan ini berjaya dalam memisahkan tanah Arab dari Khilafah lalu menempatkan tanah itu di bawah mandat British dan Perancis.

Pemecahan wilayah Khilafah sebenarnya telah dirancang oleh golongan kuffar lebih awal melalui sebuah perjanjian rahsia antara British dan Perancis iaitu Perjanjian Sykes-Picot. Di bawah perjanjian itu, kaum kuffar telah membahagi-bahagikan tanah umat Islam dengan sewenang-wenangnya di mana Jordan, sebahagian Iraq dan wilayah kecil sekitar Haifa dibahagikan kepada British sementara Perancis diberikan kawalan ke atas Turki wilayah Selatan-Timur, utara Iraq, Syria dan Lebanon. Hingga kini, peta Timur Tengah yang ada pada kita masih berdasarkan garis sempadan yang dibuat pada perjanjian Sykes-Picot ini. Walaupun British dan Perancis sudah keluar dari bumi Timur Tengah, namun mereka telah memastikan agen-agen mereka dari pemimpin kaum Muslimin tetap menjaga batas sempadan palsu ini. Tahun-tahun berikutnya yang menghampiri kehancuran Khilafah, British memainkan peranan utama dengan cara memastikan agennya Mustafa Kamal la’natullah menyempurnakan hasrat mereka. Dengan bantuan British, Mustafa Kamal berjaya menjadikan dirinya berkuasa di Turki, lalu dia mengobarkan perjuangan nasionalisme untuk ‘memerdekakan’ Turki dari Khilafah. Pada ahun 1922, Persidangan Lausanne diadakan oleh Menteri Luar British, Lord Curzon untuk membincangkan ‘kemerdekaan’ Turki. Turki ketika itu telah berada di bawah pendudukan pasukan sekutu dengan institusi Khilafah hanya tinggal nama sahaja. Selama persidangan, Lord Curzon menetapkan empat syarat sebelum mengakui kemerdekaan Turki iaitu (1) Penghapusan Khilafah secara total (2) Pengusiran Khalifah ke luar perbatasan (3) Perampasan asset-aset Khilafah (4) Pengisytiharan bahawa Turki menjadi sebuah Negara Sekular.

Pada hari Isnin tanggal 28 Rejab 1342H (3 Mac 1924), dunia telah dikejutkan dengan berita bahawa Mustafa Kamal secara rasminya telah menghapuskan Khilafah dan menggantikannya dengan sebuah republik Turki Sekular. Pada malam itu Sultan Abdul Majid II, Khalifah terakhir kaum Muslimin, dipaksa untuk mengemas barangnya dan beliau dikepung untuk masuk ke dalam kendaraannya serta dihalau keluar dari Turki pada pagi hari tersebut. Dengan cara ini, maka berakhirlah sebuah Daulah Islam yang telah memayungi dunia selama 1342 tahun. Sebuah Daulah yang kewujudannya dahulu telah dirintis oleh Rasulullah dan para sahabat dengan jiwa dan raga, dengan darah dan airmata. Pada tarikh inilah, lenyapnya sebuah Negara Islam yang asasnya dibangunkan oleh Rasulullah berdasarkan wahyu, runtuhnya sebuah peradaban dunia yang selama ini menyebarkan cahaya Allah di dunia dan membawa rahmat ke seluruh alam. Tanggal 28 Rejab inilah, kaum Muslimin telah kehilangan ibu yang selama ini menjaga mereka, perisai yang selama ini melindungi mereka. Bermula dari sini, maka kita menyaksikan darah dan airmata kaum Muslimin belum pernah kering membasahi bumi dek penderitaan dan kesengsaraan yang mereka alami.

Khatimah


Wahai kaum Muslimin! Daulah Khilafah telahpun lenyap. Kita tidak mahu selamanya meratapi kehilangan ini dan kita samasekali tidak dituntut untuk hanya berdiam diri dan membiarkan pemergian ini. Sebaliknya kita mahu melakar kembali sejarah dunia dengan mengembalikan semula institusi politik agung umat Islam ini. Ingatlah bahawa adalah menjadi kewajiban setiap dari kita untuk mengikuti jejak langkah Rasulullah dan para sahabat yang telah menyerahkan hidup mereka berdakwah di jalan Allah dan berkorban jiwa dan raga mereka di dalam menubuhkan sebuah Daulah Islam. Inilah tanggungjawab yang Allah telah letakkan di atas bahu setiap Muslim, yakni kewajiban untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah. Perjuangan menegakkan kembali Daulah Islam ini pastinya menuntut keikhlasan hati dan pengorbanan yang tinggi oleh setiap pengembang dakwah. Kita pastinya akan melalui segala ranjau dan liku yang dahulunya dilalui oleh para pendahulu kita. Perjuangan ini sudah barang pasti memerlukan pengorbanan masa, harta dan jiwa setiap Muslim.

Namun, beban berat perjuangan penegakkan kembali Daulah Khilafah ini tentunya akan menjadi ringan dan akan terasa semakin ringan jika dilakukan secara bersama-sama. Justeru, Hizbut Tahrir menyeru kalian wahai kaum Muslimin! Bersegeralah kepada perjuangan menegakkan semula Daulah Islam yang akan mengembalikan kemuliaan kalian. Bersegeralah kepada kebaikan ini. Marilah kita tunjukkan kepada musuh-musuh Islam bahawa kita adalah umat yang satu dan kita akan bersatu di bawah satu perjuangan. Biar apapun yang akan melanda, ingatlah, bahawa kejayaan kita dalam menegakkan kembali Khilafah bukan satu angan-angan kosong tetapi satu janji yang telahpun dikhabarkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.. “...kemudian akan kembali semula zaman Khilafah di atas manhaj kenabian” [HR Ahmad]

KEGANASAN PEMIMPIN TERHADAP RAKYAT

by AURA JIHAD

Sejak ‘Perang Melawan Pengganas’ dilancarkan oleh rejim Amerika, mereka telah berjaya membunuh ratusan ribu umat Islam di seluruh dunia. AS sebenarnya tidak akan meraih kejayaan ini kecuali kerana adanya pengkhianatan oleh pemimpin umat Islam sendiri. AS tidak akan dapat menyerang Afghanistan jika tidak dibantu oleh negara-negara umat Islam yang ada di sekitar Afghanistan. AS juga tidak akan berjaya memasuki ruang udara atau tanah Iraq kecuali kerana mereka dibenarkan membina pengkalan-pengkalan tentera di Arab Saudi, Mesir, Kuwait dan lain-lain. Pendek kata segala kejayaan rejim AS dalam membunuh umat Islam adalah kerana adanya sokongan dan kerjasama erat yang diberikan oleh para pengkhianat ini. Yang lebih menyedihkan, walaupun AS telah ‘berhenti sejenak’ dari membunuh umat Islam, namun pemimpin-pemimpin ini nampaknya tidak pernah berhenti ‘mengganas’ dengan membunuh rakyat mereka sendiri khususnya dari kalangan umat Islam, untuk kepentingan AS.

Istilah ‘pengganas’ telah dipropagandakan oleh AS agar menjadi sinonim dengan kaum Muslimin, khususnya terhadap mereka yang berjuang untuk menegakkan syariat Islam di muka bumi. AS seterusnya berjaya ‘memprogramkan’ pemikiran pemimpin dunia Islam bahawa golongan ini adalah merbahaya dan ‘wajib’ diperangi. Justeru, siapa sahaja yang didapati berusaha untuk mengembalikan Islam atau Daulah Islam, maka mereka akan dipantau, ditangkap, dipenjara bahkan dibunuh. Walaupun golongan ini jelas tidak mempunyai senjata dan hanya berdakwah dengan pemikiran, namun, bagi pemerintah yang telah ‘terprogram’ ini, asalkan para pendakwah ini adalah golongan yang tidak sepemikiran dengan mereka, maka golongan ini mesti diperangi. Istilah ‘pengganas’ telah dipropagandakan oleh AS agar menjadi sinonim dengan kaum Muslimin, khususnya terhadap mereka yang berjuang untuk menegakkan syariat Islam di muka bumi. AS seterusnya berjaya ‘memprogramkan’ pemikiran pemimpin dunia Islam bahawa golongan ini adalah merbahaya dan ‘wajib’ diperangi. Justeru, siapa sahaja yang didapati berusaha untuk mengembalikan Islam atau Daulah Islam, maka mereka akan dipantau, ditangkap, dipenjara bahkan dibunuh. Walaupun golongan ini jelas tidak mempunyai senjata dan hanya berdakwah dengan pemikiran, namun, bagi pemerintah yang telah ‘terprogram’ ini, asalkan para pendakwah ini adalah golongan yang tidak sepemikiran dengan mereka, maka golongan ini mesti diperangi. Istilah ‘pengganas’ telah dipropagandakan oleh AS agar menjadi sinonim dengan kaum Muslimin, khususnya terhadap mereka yang berjuang untuk menegakkan syariat Islam di muka bumi. AS seterusnya berjaya ‘memprogramkan’ pemikiran pemimpin dunia Islam bahawa golongan ini adalah merbahaya dan ‘wajib’ diperangi. Justeru, siapa sahaja yang didapati berusaha untuk mengembalikan Islam atau Daulah Islam, maka mereka akan dipantau, ditangkap, dipenjara bahkan dibunuh. Walaupun golongan ini jelas tidak mempunyai senjata dan hanya berdakwah dengan pemikiran, namun, bagi pemerintah yang telah ‘terprogram’ ini, asalkan para pendakwah ini adalah golongan yang tidak sepemikiran dengan mereka, maka golongan ini mesti diperangi. Istilah ‘pengganas’ telah dipropagandakan oleh AS agar menjadi sinonim dengan kaum Muslimin, khususnya terhadap mereka yang berjuang untuk menegakkan syariat Islam di muka bumi. AS seterusnya berjaya ‘memprogramkan’ pemikiran pemimpin dunia Islam bahawa golongan ini adalah merbahaya dan ‘wajib’ diperangi. Justeru, siapa sahaja yang didapati berusaha untuk mengembalikan Islam atau Daulah Islam, maka mereka akan dipantau, ditangkap, dipenjara bahkan dibunuh. Walaupun golongan ini jelas tidak mempunyai senjata dan hanya berdakwah dengan pemikiran, namun, bagi pemerintah yang telah ‘terprogram’ ini, asalkan para pendakwah ini adalah golongan yang tidak sepemikiran dengan mereka, maka golongan ini mesti diperangi.

Umat Islam rata-rata telah menyedari bahawa pengganas sebenar di dunia ini adalah AS dan sekutu mereka. Cuma satu hal yang jarang terlintas pada pemikiran umat Islam adalah bahawasanya sebahagian dari pemimpin mereka juga adalah‘pengganas’ sebagaimana AS. Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Mahmoud Abbas(Palestin), Muammar Gaddafi (Libya), Hosni Mubarak (Mesir), Islam Karimov(Uzbekistan), Perves Musharraf (Pakistan) dan banyak lagi pemimpin kaum Muslimin lainnya. Ini belum masuk lagi pemimpin yang telah dicabut nyawanya oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Mereka ini adalah para pemimpin yang terkenal suka membunuh rakyat sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka, khususnya dari gerakan-gerakan Islam yang ingin menegakkan semula Islam. Para pemimpin ini menggunakan pasukan keselamatan yang ada pada mereka bukan untuk meninggikan agama Allah, tetapi untuk menangkap, memenjara, menyiksa dan membunuh rakyat mereka sendiri yang dianggap musuh atau mengancam pemerintahan mereka. Mereka ini dikatakan salah dan merbahaya hanya kerana mereka berjuang untuk menegakkan agama Allah, walaupun si pemimpin tadi sedar bahawa perjuangan mereka tidak melibatkan sebutir peluru pun. Kebanyakan mereka dibunuh dengan kejam oleh sang pemimpin tanpa sedikit pun rasa belas kasihan. Inilah keganasan pemimpin terhadap rakyatnya sendiri. Anehnya, para pemimpin ini menuduh bahawa rakyat mereka adalah pengganas!

Peristiwa yang berlaku di Masjid Lal (Masjid Merah) di Pakistan merupakan antara siri keganasan terbaru yang dilakukan oleh salah seorang pemimpin umat Islam (Musharraf) ke atas rakyatnya sendiri (yang kesemuanya terdiri dari kaum Muslimin). Isu ini bermula apabila Musharraf memusnahkan enam buah masjid yang didakwanya dibina secara tidak sah di atas tanah kerajaan. Ini menyebabkan pelajar perempuan dari Jami’ah Hafsa terpaksa menginap di perpustakaan sejak awal tahun lalu. Bagi peneliti, tidaklah begitu sukar untuk memahami kenapa hal ini terjadi. Musharraf sebenarnya memerlukan satu ‘tarikan politik’ kerana pihak pembangkang secara berterusan telah membina momentum bagi menghalang beliau dilantik semula sebagai Presiden melalui National and Provincial Assemblies yang dijangka berlangsung akhir tahun ini. Musharraf dilihat terdesak untuk mempertahankan jawatan Presiden dan Ketua Staf Tentera, yang merupakan sumber kuasanya sekarang. Daripada menghadapi risiko dengan bergantung nasib kepada assemblies (perhimpunan) baru, Musharraf sedang berusaha untuk mendapatkan ‘rubber stamp’ untuk memerintah lima tahun lagi, dengan menggunakan assemblies yang ada sekarang. AS menyedari bahawa agen peliharaannya ini tidak akan kekal lama di kerusi pemerintahan. Oleh itu, AS mula memberi tekanan bagi memastikan Musharraf terus setia dan dapat menurut segala arahan.

Bagi mendapat ‘tarikan’ untuk mengekalkan kuasanya, sekaligus untuk membuktikan kesetiaan kepada tuannya (AS), Musharraf telah melakukan serangan dan pembantaian di luar batas kemanusiaan ke atas pelajar yang ada di Masjid Lal. Seperti biasa, serangan dilakukan dengan menuduh bahawa pelajar yang berlindung di Masjid Lal sebagai pelampau agama (ekstremis) dan pengganas. Anehnya, bagaimanakah rejim Musharraf boleh tidak menyedari kewujudan hal ini dari awal sedangkan Istana Presiden terletak berdekatan dengan masjid ini? Bagaimanakah pelajar di masjid ini mampu membina sebuah ‘gudang senjata’ (sebagaimana didakwa) tanpa dapat dikesan selama ini? Musharraf kononnya cuba untuk menjustifikasi operasinya dengan mengatakan bahawa dia mahukan penyelesaian damai dan ingin mengelak kemusnahan besar-besaran, khususnya kerana ia melibatkan ramai wanita dan kanak-kanak. Bagaimanapun, niat sebenar Musharraf terdedah apabila dia berkata kepada wartawan, “Can you guarantee that blood of any dead or injured will not be screened on television channels during the operation?” (Bolehkah kamu memberi jaminan bahawa darah orang-orang yang terbunuh atau tercedera tidak akan tersiar di kaca televisyen semasa operasi dijalankan?).

Jika benar Musharraf mahukan penyelesaian damai dan ingin mengelak kemusnahan, apa yang sepatutnya dia lakukan ialah memotong semua bekalan elektrik, gas dan makanan ke dalam kawasan sekitar masjid. Tapi ini bukanlah ‘style’ Musharraf. Musharraf dari dahulu memang terkenal dengan menggunakan kuasa ketenteraan dan kekerasan (senjata) terhadap lawannya. Dahulu, beliau pernah menyatakan,

“Jika seseorang kebetulan berada dekat dengan sasaran, seseorang itu adalah bersubahat dan mereka akan menanggung rugi. Kadang-kadang terdapat wanita dan kanak-kanak yang terbunuh kerana mereka berada dekat disekeliling. Hal ini bukan kerana serangan yang dilancarkan tidak tepat, tetapi (kerana) mereka kebetulan berada di sana. Oleh itu, mereka ini semuanya adalah penyokong dan bersubahahat dengan pengganas, jadi mereka harus menanggung akibatnya. Ini adalah nasib malang.”

Dalam kes di Masjid Lal, rejim Musharraf berulang kali menegaskan bahawa terdapat ‘ratusan’ pejuang termasuk pengebom bunuh diri yang lengkap dengan segala senjata di dalamnya. Musharraf selanjutnya mendakwa terdapat pengganas luar yang sangat-sangat dikehendaki di kalangan mereka. Rejim membuat pengakuan bahawa kesemua 80 orang yang didakwa sebagai pejuang telah dibunuh. Namun begitu, masih tidak dapat dipastikan berapa ramaikah sebenarnya jumlah wanita dan kanak-kanak yang terkorban. Tambahan pula, tidak ada mayat yang dikeluarkan (ditunjukkan) setakat ini yang membuktikan bahawa terdapat pengganas luar sebagaimana didakwa. Sebaliknya, ada laporan yang menyebut bahawa terdapat lubang besar yang digali untuk menanam mayat dengan secepatnya. Pihak media bagaimanapun dilarang memasuki kawasan tersebut, walaupun setelah kejadian. Ini dengan sendirinya menimbulkan anggapan bahawa terdapat sesuatu yang ingin dirahsiakan khususnya siapa dan berapa jumlah yang terkorban. Walaupun ternyata terdapat wanita, kanak-kanak dan pelajar-pelajar di dalam kawasan masjid, yang pasti, operasi yang dilancarkan adalah operasi untuk ‘membunuh’, bukan operasi untuk ‘menyelamat’.

Ketidakselesaan Amerika terhadap situasi di Afghanistan telah diperparah lagi dengan satu ‘pakatan damai’ yang ditandatangani oleh Musharraf dengan pihak pemberontak di Waziristan lebih kurang dua tahun lepas. Pakatan ini tidak henti-henti diapi-apikan oleh politikus Barat sebagai tanda yang Musharraf telah ‘berlembut’ dengan pengganas. Musharraf yang menghadapi tekanan dari pasukan tenteranya mempunyai sebab tersendiri untuk menandatangani pakatan ini kerana pasukan ini telah mengalami penderitaan yang hebat pada waktu itu di mana lebih 700 orang telah terbunuh. Sebagaimana dijangkakan, pihak pemberontak di Waziristan kini (setelah kejadian di Masjid Merah) mengisytiharkan bahawa pakatan dulu tidak lagi wujud. Musharraf nampaknya telah memainkan orkestra Masjid Merah ini akibat tekanan dari Washington. Beberapa hari sebelum serangan ke atas Masjid Merah, New York Times menceritakan bahawa satu operasi besar-besaran oleh Amerika untuk mensasarkan kawasan pemberontak di Waziristan dibatalkan pada tahun 2005 kerana Musharraf tidak bersetuju dengannya disebabkan oleh perbalahan politik dalaman yang tidak dapat dielakkan. Mesej yang ingin disampaikan adalah jelas iaitu, ‘kelemahan’ Musharraf tidak lagi dapat diterima dan beliau mesti mengatasinya di masa hadapan untuk terus kekal berkuasa. Hampir pasti, Amerika telah mengetahui terlebih dahulu bahawa serangan akan dilakukan ke atas Masjid Merah oleh Musharraf sebagai satu ‘pembuktian’ bahawa dia (Musharraf) masih perlu mendapat dokongan AS bagi mengekalkan kekuasaannya.

Dengan ‘mencipta’ kejadian di Masjid Merah, maka Musharraf sekarang bolehlah menjustifikasi kemasukan Amerika dan NATO ke Pakistan atas alasan untuk memerangi ‘ekstremis Islam’. Hal ini (berada di Pakistan) amat penting bagi Amerika untuk kepentingan perangnya yang tak berkesudahan terhadap Afghanistan (Taliban). Sebab itulah Amerika tidak putus-putus memberikan segala bentuk bantuan kepada Musharraf dan rejimnya. Sejak September 2001, Amerika telah memberikan USD10 billion kepada Pakistan. Sebelum serangan ke atas Masjid Merah, Amerika telah menyerahkan dua jet pejuang F-16 kepada Pakistan yang diterbangkan oleh Jeneral Udara AS secara peribadi. Sebelum melancarkan keganasan di Masjid Merah, Musharraf mengisytiharkan bahawa, “Extremism and terrorism will be defeated in every corner of the country” (golongan pelampau dan pengganas akan diperangi di setiap penjuru negara ini).

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya kejadian yang berlaku di Masjid Merah akan kekal menjadi sebuah lagi sejarah pilu umat Islam. Ia memahat bukti akan keganasan dan pengkhianatan seorang pemimpin yang zalim ke atas umat Islam. Kalian wahai saudaraku, boleh memilih samada untuk terus berdiam diri dan melihat sahaja apa yang menimpa saudara-saudara kalian atau kalian boleh memilih untuk berusaha mendirikan semula Khilafah, sebuah Daulah Islam yang akan menyelamatkan umat ini dari segala kesengsaraan. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Membalas akan mana-mana pilihan yang kalian ambil dan sesungguhnya kaki kalian tidak akan melangkah samada ke neraka atau ke syurga Allah, sehinggalah Allah menanyai dan menghisab atas pilihan yang telah kalian buat. Untuk perhatian dan tatapan kalian, kami paparkan di sini seruan dari Hizbut Tahrir Pakistan terhadap kaum Muslimin dan tentera mereka berkenaan apa yang berlaku di Masjid Merah [terjemahan dari naskhah berbahasa Inggeris] dan kami menasihatkan kepada sesiapa jua yang masih mempunyai keimanan agar segera bergerak kepada kewajiban untuk menegakkan semula Khilafah sebelum tiba masa jasad kalian tidak lagi dapat bergerak, walau kelipan mata sekalipun. Firman Allah,


“Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (di mukanya) begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)Nya...” [TMQ Ali-Imran (3):30].

Musharraf Menumpahkan Darah Kaum Muslimin Untuk Memberikan Jalan Kepada Amerika Menguasai Mereka

Pada 12hb Julai 2007, Presiden Jeneral Pervez Musharraf telah menyampaikan sebuah ucapan kepada kaum Muslimin Pakistan mengenai keganasan yang berlaku di Masjid Merah dan Jami’ah Hafsa. Ketika dia memberikan ucapan tersebut, ratusan bilangan mereka yang telah terbunuh, termasuk wanita dan kanak-kanak, anggota tentera dan para penghafal Al-Quran sedang dikira dan diuruskan. Malahan, beberapa hari selepas ucapan tersebut, ramai lagi yang terbunuh apabila Musharraf menempatkan ribuan anggota tentera tambahan di kawasan-kawasan kabilah, meningkatkan lagi ketegangan dan konfrontasi di sana.

Menariknya, ucapan Musharraf kali ini amat berhati-hati dan hanya mengambil masa 30 minit sahaja, jauh lebih singkat berbanding ucapan-ucapan beliau sebelum ini. Kegelisahan beliau bukan sahaja disebabkan oleh kesedihan dan kemarahan yang meluas di kalangan umat, tetapi Musharraf juga gelisah kerana ketika masih berucap, arahan beliau untuk ‘merahsiakan’ kekejamannya di Masjid Merah sedang berjalan dan persediaan untuk pertumpahan darah di kawasan-kawasan kabilah sedang diusahakan. Dan dalam ucapannya inilah, beliau menjustifikasi kehilangan ratusan nyawa ini dengan mengatakan,


“there was a great pressure on me from Pakistanis to take action and establish the writ of the government that was repeatedly being challenged.”(sudah terlalu banyak tekanan yang saya terima dari rakyat Pakistan untuk mengambil tindakan bagi memastikan undang-undang kerajaan yang terlalu kerap dicabar ini dapat di tegakkan).

Namun hakikatnya, tekanan yang beliau benar-benar ambil peduli adalah tekanan dari rejim Amerika yang melihat darah kaum Muslimin tanpa sebarang nilai. Lama sebelum kepungan ke atas Masjid Merah berlaku, para pegawai atasan dan ketenteraan Amerika telah mengadakan beberapa lawatan ke Pakistan. Rejim Amerika membawa tuntutan yang sama agar Musharraf menghancurkan ‘ekstremisme’ dan penentangan dari kabilah-kabilah Pakistan terhadap penjajahan Amerika ke atas Afghanistan. Hanya selepas Musharraf selesai menumpahkan darah di Masjid Lal dan selepas beliau mempersiapkan penumpahan darah seterusnya di kawasan-kawasan kabilah, barulah Amerika memuji Musharraf. Pada 12hb Julai 2007, Pembantu Setiausaha Negara AS untuk Urusan Asia Tengah dan Selatan, Richard Boucher telah mendeklarasi,

“This is the vision for Pakistan that President Musharraf has articulated and demonstrated by reiterating his resolve to stop Talibanization in the frontier areas as well as extremism within urban areas such as the Red Mosque compound. It is strongly in the US national interest that Pakistan succeeds in realizing this vision.” (Inilah visi untuk Pakistan seperti yang telah diperkata dan dipersembahkan oleh Presiden Musharraf dalam usahanya untuk menghentikan proses ‘Talibanisasi’ di kawasan sempadan serta ekstremisme di kawasan bandar seperti yang berlaku di Masjid Merah. Adalah merupakan satu kepentingan bagi AS sekiranya Pakistan berjaya merealisasi visi ini).

Apakah sebenarnya realiti ‘kepentingan AS’ ini sehingga Musharraf sanggup menumpahkan darah kaum Muslimin untuk merealisasikannya?

Mengenai ‘ekstremisme’, istilah ini merupakan ciptaan Barat yang digunakan untuk melabel sebarang penentangan terhadap norma-norma yang cuba dipaksakan ke atas umat Islam – seperti menjajah tanah kaum Muslimin dan menghalang penerapan Islam ke atasnya. Sesiapa sahaja yang menyeru agar Islam diterapkan atau menyeru kepada pembebasan tanah-tanah yang dijajah samada di Iraq, Palestin, Kashmir atau Afghanistan, ia akan digelar sebagai ‘ekstremis’. Kerana inilah, Amerika sanggup menghabiskan ratusan juta dolar untuk memastikan agar Islam dikeluarkan dari buku-buku teks kanak-kanak dan menghukum sesiapa saja yang menyeru kepada penubuhan sebuah Negara Islam.

Adapun mengenai usaha untuk menghancurkan penentangan kabilah-kabilah terhadap penjajahan Amerika di Afghanistan, AS amat memahami berdasarkan pengalaman mereka di Somalia dan Iraq bahawa kaum Muslimin yang dimotivasi oleh keinginan untuk syahid adalah merupakan musuh yang hebat meskipun bilangan mereka sedikit dan meskipun senjata mereka tidak sehebat mana. Oleh kerana itu, Amerika, dengan tenteranya yang terkenal dengan sikap pengecut telah meminta tentera Muslim Pakistan untuk berperang bagi pihak mereka. Sesungguhnya Musharraf telahpun mengorbankan ratusan tentera Pakistan bagi memastikan penjajahan Amerika di Afghanistan. Hakikatnya, Amerika sudahpun mendesak agar lebih banyak darah kaum Muslimin ditumpahkan demi kepentingan mereka. Pada 15hb Julai, Penasihat Keselamatan Presiden Bush, Stephen Hadley telah mengisytiharkan bahawa Musharraf sudahpun ‘melakukan yang lebih’ dan ‘kami akan memintanya untuk melakukan lebih lagi’, dan ‘kami akan memberikan sokongan penuh ke atas apa yang sedang dirancangnya’.

Jelaslah bahawa apa yang diinginkan Musharraf sebenarnya adalah untuk menjaga kepentingan Amerika di Pakistan. Kerana inilah Musharraf sanggup melagakan Muslim dengan Muslim apabila Amerika menginginkannya, namun tidak mempedulikan kaum Muslimin ketika mereka (kaum Muslimin) memerlukan perlindungan. Inilah sebabnya ketika Karachi meratapi mereka yang terkorban pada 12hb Mei 2007 atau ketika tentera Amerika berkali-kali membunuh kaum Muslimin di kawasan kabilah, seperti yang telah berlaku di Bajaur, kerajaan Pakistan langsung tidak menggunakan kekuasaannya untuk berbuat sesuatu.

Wahai kaum Muslimin di Pakistan! Dengan alasan ‘menangani ekstremisme’, AS berusaha untuk menghancurkan perjuangan kalian untuk menerapkan Islam. Dengan alasan ‘menentang keganasan’ Amerika menuntut agar anak-anak kalian di dalam tentera menggadaikan nyawa mereka demi menjaga kepentingan penjajah Afghanistan ini. Dan Musharraf begitu ghairah membantu AS dalam setiap langkah yang diambil – menyediakan jalan bagi Amerika untuk menguasai kalian! Oleh itu, tidakkah kalian sedar kewajiban untuk menyuarakan bantahan kalian atas jenayah keji ini? Tidakkah kalian ingin bersama dengan syabab (pemuda-pemuda) Hizbut Tahrir ketika mereka menyatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim? Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Jihad yang paling afdhal adalah mengatakan yang hak di hadapan pemimpin yang zalim” [HR Ahmad].

Wahai tentera kaum Muslimin! Kalian adalah pelindung kaum Muslimin, pembela tanah kaum Muslimin dan Muslim di kawasan kabilah itu merupakan saudara-saudara kalian. Musharraf menghantar kalian untuk menentang saudara kalian bagi memastikan kepentingan Amerika di Afghanistan terjaga. Ketahuilah, membunuh sesama Muslim tanpa hak adalah suatu dosa yang besar di dalam Islam. Rasulullah bersabda, “Menghina seorang Muslim adalah fasiq dan membunuhnya adalah kufur” [HR Bukhari]. Dan ingatlah bahawa Islam mengharamkan kaum Muslimin dari memaksiati atau mengingkari Allah untuk sesiapa jua. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Tiada ketaatan kepada makhluk di dalam memaksiati Allah” [HR Ahmad].

Wahai mereka yang memegang kekuasaan! Urusan sekarang ini berada di tangan kalian. Kalian mampu untuk menyingkirkan pemerintah yang zalim dan memberikan kepada rakyat apa yang mereka inginkan dalam kehidupan ini, iaitu pemerintahan Islam. Hizbut Tahrir menyeru kalian untuk mengambilalih Musharraf dan meletakkan Khilafah di tempatnya. Ketahuilah bahawa Allah telah menjanjikan kepada mereka yang beriman dan melakukan amal soleh bahawa mereka akan diberikan kekuasaan dan pemerintahan, yang dengannya wujudlah keamanan selepas waktu-waktu ketakutan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh, bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka sesudah mereka berada di dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun denganKu. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq” [TMQ an-Nur (24):55