Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

SHORT FONT

by AURA JIHAD

I-NGIN
S-ELAMAT
L-AKSANAKAN
A-JARAN
M-UHAMMAD

SURYA-SYURGA YANG ABADI

S-EKSA
M-ENINGGALKAN
S-OLAT

HIDUP BIARLAH BERADAB,MATI BIARLAH BERKIBLAT

KATA-KATA DIATAS DITEMUI SECARA CONTENGAN DISALAH SEBUAH MASJID DALAM KEMBARA EDITOR MENJELAJAH SELURUH NEGERI TEMPAT EDITOR BERADA INI....SEKADAR RENUNGAN WALAUPUN CONTENGAN,MUNGKIN ADA MESEJ TERTENTU YANG INGIN DISAMPAIKAN...MUDAH MUDAHAN KREDIT DITUJUKAN KEPADA PENULIS CONTENGAN INI SAMPAI DAN BELIAU MEMBACANYA...TERIMA KASIH PENCETUS ASPIRASI KEPADA PENULIS DALAM PERJUANGAN KEBANGKITAN MENUJU ISLAM YANG HAQ....AMIN...




SERUAN JAHILIYYAH BERGEMA LAGI

by AURA JIHAD


Entah kenapa umat Islam di bawah panji UMNO terlalu sukar untuk membuang kelakuan Jahiliyyah yang ada pada diri mereka. Sejak diturunkan Islam, perbuatan Jahiliyyah (menyeru kepada assabiyyah) ni terus dicela dan diperangi oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menyatukan manusia dengan ikatan akidah Islam dan membuang sejauh-jauhnya ikatan assabiyyah yang rosak dan keji ini. Malangnya, sebahagian dari umat Islam kini masih lagi menyeru untuk menghidupkan semula seruan yang diharamkan Rasul ini.


Dua hari lepas, seramai 308 perwakilan UMNO Bahagian Muar menyokong sebulat suara usul memperkasakan Ketuanan Melayu pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dan perasmian berkelompok persidangan tahunan bahagian tersebut di sini hari ini. Kesemua perwakilan menyokong 12 usul yang dicadangkan untuk dibawa kepada pucuk pimpinan parti iaitu ketuanan serta hak-hak Melayu perlu dipertahankan dan dihormati kaum lain.

Apa istimewanya bangsa “Melayu”? Allah tidak pernah menjadikan bangsa Melayu dengan “hak keistimewaan” mahupun “hak ketuanan”. Tidak ada satu ayat pun di dalam al-Quran yang menyebut Malayu adalah istimewa dan mesti menjadi tuan. Juga, tidak ada di dalam mana-mana hadis pun yang menyatakan perkara yang sama. Apa yang Allah nyatakan ialah,

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu kenal-mengenali. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya” [TMQ al-Hujurat (49):13]

Allah telah menjadikan seluruh manusia di muka bumi ini, tidak kira bangsa apa pun, agar tunduk dan patuh dengan segala aturan yang telah Allah turunkan. Dan yang paling mulia di kalangan manusia itu ialah yang paling tinggi takwanya kepada Allah, bukannya kerana bangsa atau keturunannya. Berkumpul, mengusul dan menyokong dengan sebulat suara isu “ketuanan Melayu” adalah umpama berkumpul, mengusul dan menyokong sebulat suara agar berlakunya maksiat kepada Allah. Nauzubillah min zalik!!

Keputusan EGM bahagian itu merupakan yang pertama di antara 191 bahagian UMNO di negara ini mengemukakan usul Ketuanan Melayu dan menyokongnya sebulat suara dan yang turut menyokong usul itu ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Dr. Robia Kosai; Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Razali Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Kartini Selamat.

Sesungguhnya bangsa Melayu tidak akan mendapat kemuliaan tanpa Islam, tetapi Islam itu tetap mulia tanpa adanya bangsa Melayu sekalipun. UMNO tidak sepatutnya menghidupkan semula perangai Jahiliyyah yang telah Rasulullah perangi beribu-ribu tahun dahulu (assabiyyah dan wathaniyyah) dengan menjenamakan semula ia dengan perjuangan “ketuanan Melayu”. Semangat assabiyyah dan semangat ketuanan Melayu itu, merupakan satu perkara yang sama, dan mesti diperangi habis-habisan, bukannya dipertuani habis-habisan. Rasulullah telah berusaha siang dan malam untuk menghapuskan penyakit kufur ini dan kenapakah orang Melayu UMNO masih hendak menghidupkannya kembali?

Di kala orang UMNO sibuk memperjuangkan ketuanan Melayu, mereka lalai bahawa dunia hari ini dunia sedang berada di bawah “ketuanan kuffar”, di mana AS menjadi tuan kepada ramai pemimpin umat Islam. Ideologi kufur Kapitalis pula menjadi ideologi yang dianuti oleh negara-negara umat Islam. Umat Islam sepatutnya mengikatkan diri dengan ikatan aqidah Islam dan bukannya dengan ikatan yang selainnya, apatah lagi ikatan assabiyyah kemelayuan. Hanya ikatan yang muncul dari aqidah Islam sahaja yang mampu menjulang “ketuanan Islam” bagi mengatasi ketuanan kuffar yang ada sekarang. Hanya dengan Islam sahajalah yang akan membawa seluruh bangsa di muka bumi ini ke arah kemuliaan dan kemenangan. Ikatan kesamaan akidah yang lahir ini pastinya akan membawa rahmat dan redha Allah. Dengan penerapan sistem-sistem Islam secara kaffah di bawah naungan Khilafah sahajalah, seluruh umat Islam di muka bumi ini akan memperoleh “ketuanan” mereka.

Bilalah orang UMNO ingin belajar agama dan ingin sedar akan sabda Rasul mereka yang, walaupun berketurunan Arab, tidak pernah menyerukan “ketuanan Arab”. Sabda baginda,

“Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah dan bukan dari kalangan kami orang yang berjuang di atas jalan assabiyyah dan bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyyah" [HR Abu Daud].

Filed under having 0 Ulasan  

DREBAR JER BARU,BAS MASIH YANG BURUK LAGI NAK HANCUR JUGAK.....

by AURA JIHAD

‘Drebar baru, bas tetap lama’, itulah analogi yang sesuai menggambarkan isu peralihan kuasa dari Perdana Menteri Malaysia kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk seri Najib Tun Razak, yang dirancang pada 2010 nanti.

Apa guna pemimpin berubah jika sistemnya masih sama? Masih sistem kufur, masih sekular, masih Kapitalis, masih bersifat mengkayakan sekelompok tertentu dan menindas rakyat? Apa guna wajah pemimpin berubah, namun wajah duka rakyat tetap seperti dulu? Apakah gerenti atau janji yang ada yang pemimpin baru ini akan menerapkan Islam dan membuang segala sistem kufur sekular sekarang? Apakah janji yang ada bahawa pemimpin baru nanti akan mencampakkan Perlembagaan kufur yang dibuat oleh Lord Reid dan menggantikannya dengan Perlembagaan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah? Apakah gerenti yang ada bahawa hari esok akan lebih cerah dari hari ini? Atau, kemungkinan esok yang lebih gelap menanti rakyat?

Betapa seorang Perdana Menteri yang ada sekarang yang “sekepala” dengan timbalannya, tidak mampu atau lebih tepatnya, tidak mahu menyelesaikan masalah rakyat, jadi apakah janji yang ada bagi rakyat bahawa Timbalan Perdana Menteri ini nanti akan merubah nasib rakyat? Apatah lagi dalam keadaan kes pembunuhan kejam, ‘skandal’ yang melanda negara yang membabitkan orang yang akan mengambil alih kepimpinan tertinggi ini?

Bagi mereka yang telah bergelumang dengan sistem demokrasi yang penuh penipuan ini, banyak pihak melihat peralihan kuasa ini suatu yang demokratik, mulia, ‘gentleman’ dan pelbagai tanggapan positif yang lainnya. Mereka hanya melihat kepada perubahan “orang’ tanpa memperhatikan perubahan ‘sistem’. Walhal Malaysia masih lagi tetap mengamalkan sistem kufur warisan penjajah, dasar-dasar ekonomi kapitalisme, sistem pemerintahan demokrasi dan pelbagai sistem kehidupan yang lahir dari akal manusia yang serba buruk, serba kurang dan serba salah.

Berhubung dengan peralihan kuasa ini, umat Islam di Malaysia juga perlu bertanya, apakah “proses peralihan” yang berlaku ini selaras dengan Islam? Dengan kata lain, apakah dibolehkan di dalam Islam, seseorang pemimpin itu “memperturunkan” kuasanya kepada penggantinya? Dalam sistem demokrasi Kapitalis, semuanya memang boleh dijalankan kerana “hukum” itu terletak di tangan manusia, bukan di tangan Allah. Mereka tidak perlu melihat sama ada ia sesuai dengan Islam atau tidak. Mereka hanya melihat sama ada sesuai dengan “kehendak aku” atau tidak.

Di dalam struktur pemerintahan Islam, seseorang Khalifah tidak boleh mewariskan pemerintahannya kepada siapa sahaja yang diperkenan olehnya. “Jawatan tertinggi” yakni Khalifah, adalah dipilih dan dibai'at oleh Majlis Umat (Majlis Syura) yang ada di dalam Negara Islam (Daulah Khilafah). Seorang Khalifah boleh sahaja “mencalonkan” penggantinya, tetapi sekadar pencalonan sahaja. Pencalonan tidak mensahkan atau menjadikan seseorang itu berkuasa. Sahnya seseorang itu menjadi pemimpin tertinggi umat Islam (Khalifah) adalah dengan pemilihan dan bai’ah. Pemilihan itu pula hendaklah dilakukan oleh ahli halli wal aqdi, manakala syarat bai’ah pula hendaklah secara sukarela dan dengan kebebasan memilih (tanpa paksaan).

Setelah dibai’ah pula, tugas seorang ketua negara adalah untuk menerapkan hukum Allah, bukannya menerapkan hukum kufur (sebagaimana sekarang). Seorang Khalifah itu adalah pelaksana hukum syara’ yang datangnya dari Allah, bukannya pelaksana hukum kufur yang di buat oleh tangan-tangan manusia. Khalifah juga bertanggungjawab untuk mengembangkan agama Allah ke seluruh pelosok dunia dengan jalan dakwah dan jihad.

Umat Islam di Malaysia mesti sedar bahawasanya apa yang diharapkan dengan sebuah peralihan kuasa ialah perubahan dari situasi yang buruk kepada satu situasi yang lebih baik, dari sistem yang buruk kepada sistem yang baik. Dan umat Islam mesti sedar bahawa tidak akan ada situasi dan tidak akan ada sistem yang lebih baik dari situasi dan sistem Islam. Justeru, jika kita inginkan perubahan, ini bermaksud kita mahu perubahan dari situasi dan sistem kufur yang ada sekarang kepada situasi dan sistem Islam. Inilah yang kita mahukan, walaupun “pemimpin”nya masih tetap orang yang sama.

Filed under having 0 Ulasan