Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Al-kisah di sebuah negeri...

by AURA JIHAD

Sebelum kisah bermula, oleh sebab negeri ini sudah ratusan tahun lamanya dijajah dan walaupun kini ia telah merdeka, namun para pemimpinnya masih tetap lagi pengekor dan sekepala dengan penjajah, maka ada baiknya kita mendengar satu pepatah penjajah yang masih diamalkan di negeri ini. Pepatah itu berbunyi,

“The only time politicians tell the truth is when they call each other liars”
(satu-satunya masa di mana politikus bercakap benar adalah, apabila mereka memanggil sesama mereka pembohong)

Inilah gambaran politik yang ada di negeri yang akan dikisahkan ini, kerana pemimpinnya memang hebat sehebat penjajah juga dari segi putar belitnya. Oleh sebab kisahnya agak panjang, maka diringkaskanlah cerita ini hanya kepada perkembangan mutakhir sahaja, agar tidak mem‘boring’kan pembaca yang tidak setia.

Negeri ini diperintah oleh seorang Raja dan seorang Bendahara yang katanya tidak gila kuasa, cuma dengar cakap menantu sahaja. Menteri-menterinya pula adalah terdiri dari katak-katak yang suka melompat. Terdapat seorang hero di negeri tersebut yang ingin memberontak terhadap Bendahara yang dikatakan lembik lagi korup. Hero ini ternyata hebat kerana mempunyai satu kumpulan yang kuat dan penyokong-penyokong yang ramai. Hero ini juga turut di sokong oleh kumpulan-kumpulan lain yang bergelar “Yu” dan “Na” yang agak kuat juga. Dalam proses demokrasi yang diajar oleh penjajah di negeri tersebut, kumpulan mana yang mempunyai bilangan yang ramai di Dewan Persidangan, maka dialah yang memerintah.

Al-kisah, kumpulan yang memerintah negeri tersebut bergelar “Be End”. Dek kerana kumpulan hero yang kuat ini telah bergabung dengan kumpulan Yu dan Na, maka bertambah kuatlah pasukannya di dewan Persidangan, cuma kekurangan 30 kerusi sahaja untuk hero menjadi Bendahara, menggantikan Bendahara yang lembik dan korup dan dengar cakap menantu tadi. Selain penyokong yang ramai, si hero memang pandai bermain kata-kata dan inilah yang paling ditakuti oleh Bendahara. Suatu hari, si hero mengisytiharkan bahawa sebilangan menteri-menteri katak lompat telah bersetuju untuk melompat ke kumpulan hero. Kisah lompat melompat ini diulangnya setiap hari, setiap pekan dan setiap purnama. Dan hero dengan beraninya menyatakan tarikh keramat si katak akan melompat beramai-ramai ialah pada 16 September. ‘Dateline’ 16 September diletakkan oleh hero demi mencapai impiannya untuk mengambil alih singgahsana sang Bendahara. Kumpulan Yu dan Na pun tidak putus-putus memuji-memuji dan menaruh harapan kerana jika hero berjaya ke puncak singgahsana, mereka pun tentunya dapat menumpang sekaki dua.

Tarikh 16 September betul-betul telah menggamatkan suasana dan menimbulkan kekecohan di dalam negara. Para penyokong hero terus menanti dan berharap manakala kepada Bendahara, tarikh tersebut menjadi igauan ngeri sehinggakan terpaksa menghantar lebih kurang 50 orang menteri katak lompat ke Taiwan untuk mempelajari teknik-teknik menanam sayur yang terkini, bagi mengelak mereka melompat ke kumpulan hero.

Sekonyong-konyong, 16 September pun berlalulah sudah, namun tidak ada apa-apa yang berlaku. Para penyokong hero melopong dan pihak musuh keriangan. Tak apa, si hero masih tenang dan tahu apa nak buat. Si hero lalu menabur harapan lagi. Katanya, tepat jam 2 petang 16 September akan adakan satu sidang akhbar kerana ada ‘berita gempar’ akan diumumkan. Maka bertempiaranlah para pemberita sana dan sini yang tak sabar ingin tahu apakah ribut atau taufan yang bakal melanda. Rupanya, cerita basi juga yang keluar bahawa si hero telah mempunyai nama nama-nama si katak lompat yang terpaksa dirahsiakan atas alasan keselamatan.

Untuk me‘maintain’kan semangat penyokong yang semakin merudum, si hero pun terpaksa menimbulkan gimik baru pula, kali ini beliau mengajak sang Bendahara yang dahulunya ketakutan berjumpa untuk membincangkan tentang isu peralihan kuasa. ‘Perbincangan’ ini penting katanya, kerana tidak mahu mengganggu ketenteraman dan keselamatan rakyat jelata. Si Bendahara pun sudah pandai kali ini, tipu helah si hero sudah dibaca...wakenabeb! takkanlah nak biarkan si penyamun berbincang pelan menyamun dengan tuan rumah, hang ingat aku ni bodoh sangat ke?

Kepada semua penyokong yang masih terkebil-kebil, si hero berkata,

“Saya merayu kepada semua rakyat jelata, khasnya yang mahukan perubahan, agar memahami keadaan dan bersabar sedikit lagi kerana kita tidak mahu melanggar Perlembagaan, peraturan dan qanun negara”

Sang penjajah yang selama ini berminat dengan hero dan senantiasa memerhati dari jauh, terus melaporkan bahawa telah ada perbincangan antara wakil hero dan pihak Bendahara tentang peralihan kuasa. Gila sungguh!!! Marah sang Bendahara, mana ada? Ini perkara paling gila yang pernah saya dengar, ujar Bendahara dengan marahnya, apabila membaca berita tersebut. Takut dicop penipu, si hero lalu buatlah statement menjelaskan yang tak ada apa-apa perbincangan yang berlaku.

Alamak! Apa sudah jadi? Skrip sudah lari, rupanya seorang apek yang bersemangat selaku jurupenerang kepada hero kata, sudah wujud perbincangan antara kumpulan hero dengan orang tengah Bendahara mengenai peralihan kuasa. Tiba-tiba hero menafikan pulak wujudnya perbincangan...aiseyman! suey betulll!

Rupa-rupanya, bukan si apek jurupenerang sahaja yang bikin rosak itu skrip, salah seorang ahli kumpulan Yu juga sudah lari dari skrip dengan menabur berita surat sudah dihantar kepada Raja memerintah untuk mengadap dan membuktikan sikatak lompat sudah ada dalam tangan. Kumpulan hero sekali lagi menafikan telah berbuat demikian. Alamak! Sekali lagi kantoi...

Oleh sebab terdapat unsur-unsur penipuan di sini, justeru, satu mesyuarat tergempar telah diadakan yang memutuskan bahawa sesiapapun kini tidak boleh berkata-kata tentang isu katak lompat selain hero seorang sahaja. Yang belum pandai menipu, kena belajar dulu dari hero bagaimana cara nak menipu, jangan lawan tokey. Bersambung...

Sekular kepada sekular, berubahkah?

by AURA JIHAD

Semasa berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Timbalan Perdana Menteri di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu pada 4 Oktober lepas, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) perlu berubah kepada keadaan yang lebih baik agar dapat diterima semula oleh rakyat. Menurut beliau, keputusan pilihan raya lalu adalah isyarat yang paling jelas untuk menyedarkan semua peringkat kepimpinan BN bahawa perikatan itu perlu melakukan perubahan.

Gesaan untuk BN melakukan perubahan ini menjadi isu panas setelah kekalahan pakatan tersebut di dalam pilihan raya umum ke-12 lepas. Sudah terhantuk barulah BN terngadah. Selama ini mereka begitu takbur dengan kehebatan mereka memerintah negara dan merasakan mereka akan selamanya kuat dan mendapat sokongan rakyat. Kini segala-galanya telah berubah dengan hantukan kuat yang mereka hadapi.

Kata-kata Najib ini sebenarnya boleh disifatkan sebagai ‘isyarat’ agar orang-orang BN menyokongnya untuk berada di tempat tertinggi parti secepat mungkin, kerana dialah yang kononnya akan membawa perubahan itu. Dengan kata lain, perubahan mungkin tidak dapat dilakukan selagi mana Pak Lah masih berada di tempat nombor satu itu. Justeru, harapan mestilah diletakkan kepada Najib agar terus memimpin BN kepada perubahan.

Aneh! Apakah perubahan yang ingin dibawa oleh BN? Sejak lebih 50 tahun lepas, BN tidak pernah berhenti-henti bercakap dari setahun ke setahun bahawa merekalah satu-satunya parti yang telah membawa perubahan itu dan ini kepada rakyat hingga rakyat dapat mengecapi kemerdekaan negara dengan penuh nikmat saban tahun. Kini BN melaungkan perubahan pula! Ini dari satu segi. Dari segi lain, BN yang terdiri dari pelbagai parti komponen dan yang terbesar adalah UMNO, diikuti oleh MCA dan MIC, bagaimanakah parti-parti ini ingin berubah di bawah BN, kerana masing-masing mempunyai agenda yang tersendiri, khususnya untuk membela kaum masing-masing. Yang lebih penting, bagaimanakah mereka ingin berubah ke arah kebaikan walhal teras gabungan mereka adalah ‘maslahat’. dan mereka hanya akan bekerjasama selagi mana ada maslahat. Jika telah tiada maslahat, mana nescaya akan terburailahlah ikatan mereka yang rapuh ini.

Justeru, perubahan macamanakah yang BN idamkan? Mereka telah memerintah dengan sistem sekular dan undang-undang kufur selama lebih 50 tahun. Jika sekadar menukar pemimpinnya sahaja, namun sistem dan sikap pemimpinnya sama sahaja dengan pemimpin sebelumnya bahkan mungkin lebih teruk, perubahan sedemikian tidak ada maknanya langsung.

Apatah lagi jika dinilai dari sisi Islam, tidak ada satu perubahan pun yang membawa ke arah kebaikan, kecuali dengan mengambil hukum-hakam Islam untuk diterapkan. Inilah perubahan yang akan diredhai oleh Allah dan inilah satu-satunya perubahan yang bernilai di sisi Allah SWT. Ini adalah kerana apa yang penting bukan siapa yang memerintah, tetapi sistem apa yang dilaksanakan oleh si pemerintah. Dengan kata lain, jika Pak Lah sekarang ingin bertaubat dan menerapkan sistem Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunah, maka kempimpinan negara tidak perlu bertukar kepada sesiapa pun, selama mana Pak Lah menerapkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.

Malangnya BN tetap berpegang teguh dengan ajaran sekular kerana inilah dasarnya sejak dulu, dan mereka tidak pernah menunjukkan perubahan selama ini. Sistem perundangan yang ada pada hari ini contohnya telah terbukti amat bertentangan dengan syariat Islam, dan mereka tidak pernah mencuba walau sekali untuk mengubahnya kepada sistem perundangan Islam walaupun sudah 51 tahun negara merdeka. Lebih buruk lagi, sistem perundangan yang ada pada hari ini telah diperkudakan oleh kerajaan memerintah untuk menjamin penguasaan mereka secara berterusan ke atas rakyat. Sesiapa saja yang berani membongkar dan mendedahkan segala penyelewengan dan kerosakan yang diakibatkan oleh sistem yang sedang diterapkan, pasti akan ditangkap dan disumbat ke dalam penjara dengan alasan keselamatan. Tidak cukup dengan sistem perundangan yang menafikan hak menyuarakan pendapat dan memuhasabah para pemimpin, sistem ekonomi yang diterapkan pula sejak dulu menjerut leher rakyat, kerana hanya mementingkan dan mengkayakan golongan pemerintah dan kroni Kapitalis mereka sahaja.

Justeru, apakah kita mengharapkan BN boleh berubah dan akan berubah kepada Islam, walhal itulah teras pemerintahan mereka, malah parti-parti komponennya sendiri terdiri dari parti-parti yang bukan Islam. UMNO sendiri ditubuhkan atas dasar assabiyyah dan wathaiyyah yang bercanggah dengan Islam dan hingga kini mereka masih memperjuangkan perkara haram tersebut. Lantas, mereka menyeru kepada perubahan, aneh sungguh!

Jadi, jika BN mahu melakukan perubahan, silalah mula membelek kitab Al-Quran dan Hadis-hadis, agar mereka tahu bagaimanakah perubahan yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Jangan berubah mengikut pandangan akal, tetapi jadikanlah dua perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah itu sebagai petunjuk dan panduan. Barulah dinamakan perubahan dan barulah selamat pemimpin-pemimpin Islam ini dunia dan akhirat.

Filed under having 0 Ulasan  

Orang-orang Islam adalah bersaudara

by AURA JIHAD

Dalam perutusannya sempena Idul Fitri lalu, Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa manusia seluruh dunia adalah "adik-beradik sebenarnya" tidak kira bangsa sama ada Arab, Melayu, Cina, India, Amerika atau Orang Asli kerana semua mereka adalah anak cucu Adam a.s dan Hawa [lihat harakahdaily.net]

Sekali imbas kenyataan ini, kelihatannya seperti benar. Kerana bagi kita yang mengimani isi Al-Quran mempercayai asal kejadian manusia adalah dari keturunan Nabi Adam a.s dan pasangan, Hawa. Secara biologi (biologically), memanglah kita meyakini semua manusia yang wujud hari ini merupakan keturunan dari Adam, bukannya dari keluarga beruk seperti yang didakwa oleh Charles Darwin.

Wujudnya manusia dalam bentuk plural setelah mengalami proses pembiakan sepanjang sejarah alam; berbilang bangsa, warna kulit, ras, bahasa, budaya dan sebagainya merupakan bukti kekuasaan Allah SWT menciptakan makluk-Nya (manusia) dalam ruang pluraliti. Firman Allah,

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan." [TMQ ar-Rum (30):22]

Setelah berkembang biaknya manusia dengan jumlah yang begitu ramai di seluruh pelosok bumi, maka bertembung pulalah antara satu sama lain akibat perselisihan, perbezaan mahupun pertentangan akibat fitrah yang wujud dalam setiap manusia. Justeru, sebahagian menjadi musuh sebahagian yang lain.

“Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa". [TMQ al-Baqarah (2):36]

Manusia difitrahkan memiliki akal yang menjadi alat untuk mereka membuat pilihan. Ia bebas memilih tanpa dipaksa atau ditambat pada mana-mana kuasa, melainkan itulah iradah (kehendak) dari Allah, Yang Maha Perkasa. Manusia bebas (free will) untuk membuat pilihan, dan setiap perbuatan yang lahir dari pilihan tadi pasti dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Dan asas pilihan manusia itu hanyalah 2 (dua); beriman atau kufur!

Sejak pengutusan Adam lagi hinggalah setelah Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, risalah Allah yang dibawa oleh para Rasul telah membawa pelbagai persoalan yang memisahkan antara keimanan dan kekufuran. Maka lahirlah dua golongan manusia iaitu orang-orang beriman dan orang-orang kafir. Perbezaan antara mereka adalah bergantung kepada tauhid/aqidah yang mereka anuti. Biarpun, secara biologi mereka hadir dari punca yang sama, tetapi aqidah merekalah yang memisahkan mereka. Orang-orang kafir menjadi musuh kepada orang-orang beriman dan mereka wajib didakwahi (dan diperangi dalam keadaan-keadaan tertentu) oleh orang-orang beriman sehinggalah mereka memeluk Islam, atau mereka tunduk dan patuh kepada risalah Allah.

Oleh kerana itu, dari zaman Adam hingga Muhammad SAW, perpisahan dan perbezaan akidah yang memisahkan manusia kafir dan manusia Mukmin menjadi jelas, begitu juga pemisahan antara hak dan batil. Namun, oleh sebab manusia berasal dari bapa yang sama, maka, golongan kuffar tidak pernah sunyi dalam menyesatkan umat Islam dengan pemikiran-pemikiran kufur mereka. Bagi Yahudi dan Nasrani khususnya yang tidak pernah putus memerangi Islam, baik secara pemikiran mahupun fizikal, maka salah satu alat penyesatan mereka adalah konsep pluralisme (persamaan agama)! Idea ini menular di tengah-tengah masyarakat dunia sebagai alat kuffar, khususnya Barat untuk ‘mencairkan’ kekuatan akidah umat Islam agar dapat menerima mereka sebagai sahabat atau saudara, akibat kesamaan ‘bapa’ yang manusia miliki.

Setelah pemikiran/akidah Islam ini diserang, maka goyahlah akidah umat ini, walhal mereka menganut agama yang benar. Maka lahirlah golongan yang bersifat apologetik, yakni ingin membela Islam tapi dari ‘kandang’ orang salah. Seterusnya, mereka dilihat sebagai ‘pembela’ Islam, padahal mereka telah menjadi penyokong idea pluralisme, sama ada secara sedar atau tidak. Idea penyesatan Barat ini cuba menyatakan bahawa manusia adalah sama sahaja, seolah-olah mereka adalah adik-beradik atau bersaudara. Justeru, idea ini menyatakan bahawa kita perlu berbaik-baik sesama kita. Atas dasar ini, maka umat Islam pun berbaiklah dengan mereka dan menganggap mereka adik-beradik, walhal mereka sebaliknya membunuh umat Islam, merogol, menangkap, memenjara, menyeksa, malah mereka sebenarnya membenci Islam dan umatnya habis-habisan. Pembunuhan demi pembunuhan ke atas umat Islam mereka lakukan, namun dalam masa yang sama, mereka tetap mencanangkan bahawa kita semua adalah sama kerana berasal dari bapa yang sama. Sudahnya, umat Islam yang menerima konsep pluralisme ini terus-menerus berada dalam perangkap, walaupun mereka ikhlas memperkatakannya.

Walaupun secara biloginya semua manusia berasal dari sumber yang satu, namun Allah telah membezakan di antara manusia kufur dengan manusia Islam. Allah telah menjadikan kekafiran sebagai musuh kepada keIslaman dan Allah tidak pernah menyamakan antara golongan kafir dan Islam, malah keduanya dijadikan dan telah dikatakan oleh Allah sebagai musuh, bukannya saudara.

“...sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.” [TMQ an-Nisa’ (4):101]

Dan Allah menjadikan hanya orang-orang beriman sesama mereka sahaja sebagai saudara. Firman Allah,

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [TMQ al-Hujurat (49:10]

Demikianlah kedudukan manusia yang diciptakan oleh Allah di mana Allah telah membezakan keduanya, satu golongan kafir dan satu lagi beriman, walaupun mengikut logiknya semua manusia itu berasal dari Adam. Jika nak diikutkan logik juga, maka siapakah di kalangan umat Islam yang sanggup untuk mengatakan bahawa George Bush dan Tony Blair yang telah membunuh ratusan ribu umat Islam itu adalah saudaranya, atau adik-beradiknya, kerana Bush dan Blair juga berasal dari Adam. Siapakah yang sanggup mengatakan bahawa Firaun yg mengaku Tuhan dahulu adalah saudaranya kerana Firaun pun berasal dari Adam. Sanggupkah untuk kita mengatakan yang Salman Rushdie dan Geert Wilders adalah adik-beradik kita kerana keduanya berasal dari Adam? Bagaimana pula dengan Shimon Peres, Benyamin Netanyahu, Rizak Yabin, Ehud Olmert, Mustafa Kamal laknatullah dan lain-lain, sanggupkah untuk kita mengaku yang mereka ini adik-beradik kita juga, sebab semuanya berasal dari Adam...Itu belum masuk lagi Abu Jahal, Abu Lahab, Walid bin Mughirah, Utbah bin Rabiah dan sekutu-sekutu mereka yang memusuhi Rasulullah - apakah kita semua sanggup untuk mengaku yang mereka adalah adik-beradik kita?

Dan bagi umat Islam yang mempercayai adanya soalan di kubur di mana malaikat akan bertanya, “siapakah saudara kamu”? Bukankah kita dituntut untuk menjawab “orang-orang Islam adalah saudaraku...”?

Wallahu a’lam.

Filed under having 0 Ulasan  

ISU SKIRT PENDEK

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 29 Sept – Beberapa hari lepas timbul isu ‘skirt’ Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim yang hadir ke majlis berbuka puasa di perkarangan masjid Nurussaadah, Cheras Baru. Pelbagai pihak memberikan respons mengenainya. Ada yang mencemuh dan ada pula yang mempertahankannya. Seperti biasa, isu ini kemudian diperbesarkan dan digembar-gembur demi meraih kredit politik masing-masing pihak.

Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa menegur penampilan Teresa yang dikatakan tidak sopan. Dalam merespons kenyataan ini, melalui blog Teresa, Y W Yeoh. Setiausaha Akhbar kepada YB Teresa Kok mengatakan Teresa dalam keadaan tergesa kerana kesibukan hingga tidak sempat mengganti pakaiannya sejak dibebaskan dari ISA pada hari yang sama. Blog tersebut menyatakan bahawa skirt yang dipakai Teresa ketika itu adalah berpatutan, tidak melepasi lutut.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyentuh isu ini sebagai satu isu yang sensitif. Secara umum, beliau mengajak setiap dari kaum majmuk menghormati antara satu sama lain dalam menjaga sensitiviti masing-masing.

Isu ini sebenarnya merupakan secuil dari ‘akibat’ (simptom) dari perlaksanaan sekularisme di Malaysia. Undang-undang yang mengikat masyarakat yang tinggal di Malaysia secara umumnya, tidak menetapkan etika berpakaian, apatah lagi kepada yang bukan Islam. Jadi, terpulanglah kepada masing-masing. Ketidakwujudan peraturan berpakaian di Malaysia adalah sejajar dengan ideologi sekular yang dianuti oleh pemerintah yang membuka hal ini kepada multi-interpretation (penafsiran yang pelbagai), supaya ia menjadi asas kepada agenda kebebasan (freedom). Walaupun dalam banyak keadaan hal berpakaian masyarakat boleh mencetuskan ketidakselesaan bagi pihak yang lain, khususnya mereka yang beriman, namun hal ini bukanlah menjadi ukuran bagi kerajaan, kerana ia termasuk dalam kebebasan individu yang didewakan di dalam sistem demokrasi. Ini juga merupakan sebahagian dari idea-idea liberalisme yang menusuk ke dalam sistem pergaulan antara lelaki dan wanita di Malaysia sejak sekian lama.

Islam mengatur permasalahan ini dengan syariah. Undang-undang pakaian termasuk ke dalam undang-undang negara dan dijelaskan oleh syarak. Bagi wanita, sama ada Muslimah atau selainnya, menutup aurat yang sewajarnya di tempat umum adalah wajib, bukan hanya di masjid atau sekitarnya. Ini adalah kerana hukum syarak tentang undang-undang negara berkaitan aurat wanita terkena kepada semua pihak berdasarkan ketetapan dari Khalifah. Apatah lagi jika wanita tersebut adalah ahlul-zhimmah yang wajib tunduk kepada undang-undang Islam yang diterapkan di dalam negara.

Sebagai Muslim, kita tidak sepatutnya sensitif hanya apabila wanita kafir atau (wanita Muslimah sekalipun) tidak menutup aurat di kawasan masjid, namun perbuatan tidak menutup aurat di tempat awam adalah haram dan wajib dikenakan takzir. Pemerintah, yang mana kuasa penerapan hukum berada di tangannya, wajib menerapkan undang-undang dan menghukum sesiapa sahaja yang tidak menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Amat malang apabila umat Islam hanya sensitif dengan 'skirt pendek,' namun langsung tidak sensitif dengan sistem dan undang-undang kufur yang menguasai Malaysia sekarang.

Di Malaysia, wujudnya sikap toleransi yang mementingkan kesejahteraan antara kaum dalam konteks nilai-nilai sejagat (universal values) telah mengatasi kemuliaan syariah itu sendiri. Ini adalah kerana sikap lemah dan bermuka-muka para pemimpin dan juga umat Islam terhadap isu yang dikhuatiri boleh menimbulkan sensitiviti kaum yang berlaku di sekitar mereka. Sudahnya, syariat diletakkan di belakang dan ‘sensitiviti’ kaum sentiasa diutamakan. Bersikap apologetik dalam memenangkan hati orang-orang kafir pasti akan menghancurkan syariah. Jika beginilah keadaannya, sampai bila pun orang-orang kafir tidak akan dapat memahami Islam dalam keadaan mereka takut dan hormat kepada hukum-hukum Allah, dan hormat kepada umat Islam itu sendiri. Justeru, pemerintah dan umat Islam wajib mengedepankan ketinggian syariat Islam, dalam apa jua keadaan sekalipun, tanpa memerhatikan sensitiviti isu yang bercanggah dengan Islam.

[Rujuk: SN094 - Hidup Harmoni Hanya Di Bawah Naungan Islam]

Filed under having 0 Ulasan  

Berakhir drama tebusan tidak berakhirnya masalah

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Harapan 29 lagi anak kapal warga Malaysia yang dijadikan tebusan sejak 42 hari lalu menyertai rakan-rakan mereka untuk berhari raya bersama ahli keluarga masing-masing tercapai apabila lanun bersenjata Somalia membebaskan kapal MT Bunga Melati 2, pagi ini.

Berita gembira itu melegakan banyak pihak setelah anak-anak kapal MT Bunga Melati 5 yang juga milik MISC Berhad yang menjadi tebusan selama 35 hari, dibebaskan pada Jumaat lepas.

Bernama melaporkan wang tebusan berjumlah AS$2 juta (RM6.8 juta) bagi setiap kapal telah dibayar oleh MISC.

Pemangku Panglima Angkatan Tentera, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar berkata, kesemua anak kapal daripada kedua-dua kapal tangki itu berada dalam keadaan selamat kecuali seorang warga Filipina yang terbunuh akibat terkena peluru sesat pada awal drama tebusan tersebut berlaku.

‘‘Mereka (tebusan Bunga Melati 2) dibebaskan pada pukul 4.14 pagi ini (waktu tempatan) dan berada dalam keadaan gembira kerana berpeluang berhari raya bersama keluarga.

‘‘Kedua-dua kapal terbabit kini sedang menuju ke Pelabuhan Djibouti (Timur Afrika) dengan diiringi dua kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Lekiu dan KD Inderapura,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Panglima TLDM itu memberitahu, kedua-dua kapal tangki tersebut dijangka tiba di Djibouti pada 2 Oktober ini.

Katanya, sebaik sampai di Djibouti, MISC dijangka membuat pertukaran anak-anak kapal dari kedua-dua kapal tersebut.

‘‘Anak-anak kapal yang ditawan akan diterbangkan ke Malaysia bagi menyambut Aidilfitri, manakala mayat warga Filipina itu akan disimpan sebelum diterbangkan ke negara asalnya,’’ jelas beliau.

Sementara itu, Pengarah Sel Operasi Khas Markas Angkatan Bersama, Kepten Saifudin Kamarudin dari TLDM memberitahu, kedua-dua kapal milik MISC itu sebenarnya ditawan oleh dua kumpulan lanun yang berbeza.

Beliau yang bertindak sebagai salah seorang pegawai menguruskan krisis itu berkata, kumpulan lanun yang menawan kapal MT Bunga Melati 2 disifatkan lebih ‘tidak bertamadun’ berbanding kumpulan lanun yang menahan kapal MT Bunga Melati 5.

Menurutnya, kumpulan lanun yang menawan MT Bunga Melati 2 sering berdolak-dalik dengan persetujuan perbincangan dan sering berubah fikiran pada saat-saat akhir.

‘‘Justeru, perbincangan serta pembebasan kapal MT Bunga Melati 2 berlarutan dan lambat sungguhpun ia ditawan lebih dahulu daripada MT Bunga Melati 5.

‘‘Kumpulan lanun tersebut turut bertindak menyembelih kambing di dalam kapal MT Bunga Melati 2 untuk hidangan berbuka puasa mereka dan semua kekotoran terpaksa dibersihkan oleh Pasukan Khas Laut (Paskal) ’’ jelasnya.

Mengenai sebuah lagi kapal logistik TLDM di Teluk Aden, KD Mahawangsa, beliau menjelaskan, ia kini mengiringi empat lagi kapal milik MISC yang melalui teluk itu bagi mengelakkan ancaman lanun.

Pada 19 Ogos lalu, kapal milik MISC, MT Bunga Melati 2 dengan 39 anak kapal - 29 warga Malaysia dan 10 warga Filipina - dirampas oleh lanun di Teluk Aden di perairan Somalia dan Yemen.

Seorang daripada anak kapal warga Filipina itu terbunuh akibat terkena sebutir peluru yang tersasar.

Sepuluh hari kemudian, sebuah lagi kapal milik MISC, MT Bunga Melati 5, dengan 36 anak kapal warga Malaysia dan lima warga Filipina, dirampas di perairan yang sama semasa dalam perjalanan dari Yanbu, Arab Saudi ke Singapura.

Sumber: Utusan Malaysia 30/09/08

Ulasan:

Teluk Aden terletak di sebelah selatan Laut Merah dan Terusan Suez yang merupakan perairan yang merbahaya disebabkan oleh kehadiran lanun-lanun yang merompak kapal-kapal yang membawa muatan yang banyak.

Terusan Suez, Terusan Panama dan Selat Melaka merupakan perairan yang sibuk di dunia kerana perairan tersebut merupakan laluan kapal-kapal dagang yang terutama di dunia. Tidak hairanlah kenapa Amerika Syarikat mahu menguasai Selat Melaka setelah menguasai Terusan Suez dan Terusan Panama.

Pelan Amerika Syarikat menguasai Terusan Suez banyak dinyatakan dalam buku The Game of Nations karangan Miles Copeland. Amerika Syarikat pada tahun 1950an memberikan bantuan kepada Gamal Nasser untuk menggulingkan Raja Farouk yang menjadi sekutu British. AS memberikan sokongan kepada Gamal Nasser, walaupun Nasser adalah seorang Sosialis sementara AS adalah negara Kapitalis. Tetapi semata-mata mahu menamatkan pengaruh British di Mesir, maka AS sanggup menyokong Nasser dalam usahanya menguasai Terusan Suez tersebut.

Walaupun Nasser banyak mengungkapkan kata-kata kritikan terhadap AS yang merupakan sekutu Israel, tetapi hakikatnya AS-lah yang memberikan tekanan kepada Britain, Perancis dan Israel apabila ketiga-tiga negara tersebut menyerang Mesir pada tahun 1950an disebabkan Mesir menjadikan Terusan Suez sebagai milik negara Mesir (nasionalisasi ala Sosialis).

Akibat tekanan AS tersebut, Mesir dengan Nasser dilihat sebagai wira Arab yang ‘mengalahkan’ Britain, Perancis dan Israel dalam satu peperangan. Akibat daripada bantuan AS kepada Mesir dalam perang Suez dalam tahun 1950an, tamatlah riwayat pengaruh dan penguasaan British terhadap Mesir.

Perkara yang sama akan dilakukan oleh AS pada kurun ke 21 ini untuk menguasai Selat Melaka yang merupakan jalan dagang terbesar yang menghubungkan Barat dengan Timur Jauh seperti China, Jepun dan Korea. AS takut dengan kemaraan China sebagai negara kuasa ekonomi yang besar, dan perlu membuat apa sahaja untuk menyekat China daripada mengancam kepentingannya.

Anehnya, penguasaan AS terhadap Terusan Suez selama beberapa dekad selepas peperangan di terusan tersebut tidak menjadikan kawasan perairan di sekitarnya lebih selamat tetapi lebih banyak mengundang gejala rampasan kapal-kapal dagangan oleh lanun-lanun yang beroperasi berdekatan dengan perairan Terusan tersebut. Kemungkinannya adalah, AS sengaja membiarkan lanun-lanun beroperasi untuk membolehkan AS menjadi polis dunia yang mempunyai sebab untuk mendirikan lebih banyak pangkalan ketenteraan di kawasan sekitar, atas alasan untuk menjaga keselamatan rantau tersebut. Atau mungkin juga AS sengaja membiarkan lanun-lanun beroperasi di kawasan tersebut, supaya syarikat-syarikat insuran AS mendapat kontrak yang lumayan demi menjamin insuran kepada kapal-kapal yang belayar di Teluk Aden. Sebagai sebuah negara Kapitalis, hal ini langsung tidak mustahil telah dirancang rapi oleh AS.

Jika tidak, kenapa AS boleh melayarkan kapal perang (carrier) mereka daripada Laut Mediterranean ke Teluk sebelum pencerobohan Irak pada Mac 2003? Sungguh hairan kenapa AS dengan kekuatan besar yang mereka miliki tidak boleh menewaskan lanun?

Dengan kewujudan lanun-lanun sebegini, apakah jaminan yang ada kepada kapal-kapal dagang yang melalui kawasan tersebut untuk belayar dengan selamat? Kononnya dunia mempunyai undang-undang antarabangsa yang lengkap yang mesti dipatuhi oleh semua, persoalannya, siapakah pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan undang-undang ini dan ‘menghukum’ lanun-lanun ini, apabila keganasan terjadi?

Oleh sebab undang-undang antarabangsa adalah tidak lebih dari undang-undang yang hanya menjaga dan menguntungkan negara-negara besar, maka negara-negara kecil dan lemah biasanya akan tetap dan terus menjadi mangsa. Di manakah AS selaku polis dunia tatkala pengganas di lautan ini merompak mangsanya? Kenapa AS tidak berminat untuk campur tangan dan membebaskan mangsa-mangsa ini, walaupun mereka mempunyai masa lebih sebulan untuk bertindak? Sudahnya, drama ini berakhir dengan pembayaran wang tebusan berjumlah AS$2 juta (RM6.8 juta) bagi setiap kapal yang telah dibayar oleh MISC kepada pihak lanun terbabit. Walaupun kita gembira kerana nyawa telah terselamat, namun hakikatnya masalah tidak selesai. Tiada jaminan langsung bahawa perkara ini tidak akan berulang di masa akan datang.

Hukuman hirabah menurut Islam

Hirabah termasuk di dalam hudud. Di dalam Islam, sesungguhnya hukuman terhadap lanun-lanun yang melakukan rompakan bersenjata (hirabah) adalah sama seperti orang yang memerangi Allah dan RasulNya iaitu dibunuh atau disalib, dipotong kaki dan tangan mereka secara bersilang, atau dibuang negeri bergantung kepada tahap kesalahan oleh setiap lanun tersebut. Firman Allah:

“Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu suatu penghinaan untuk mereka di dunia, dan di Akhirat mereka beroleh siksaan yang besar" [TMQ al-Mai’dah (5):33]

Atas dasar itu, hukuman bagi orang yang melakukan hirabah adalah (1) dibunuh, (2) disalib, (3) dipotong tangan dan kakinya bersilangan, (4) dibuang negeri.

Daulah Islam (Khilafah) adalah sebuah Daulah yang akan menjaga warganegaranya dan akan menghukum para pesalah, apatah lagi di dalam kesalahan berat seperti hirabah ini. ‘Ulama berbeza pendapat mengenai pengertian lafadz ‘au’ (atau) pada ayat itu. Apakah kata ‘au’ pada ayat di atas bermakna takhyiir (pilihan), atau tanwi’ (perincian). Pendapat yang menyatakan, bahawa “au” pada ayat tersebut adalah takhyiir, didasarkan pada hujah, “Bahawa secara bahasa huruf au (pada ayat tersebut) berfaedah pada takhyiir, sebab, mereka tidak menjumpai dalil-dalil lain yang memperincikannya.” Pendapat ini diikuti oleh Abu Tsaur, Malik, Said bin Musayyab, ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, Muhajid, al-Dhahak, dan Nakha’iy. Berdasarkan penafsiran ini, seorang hakim boleh memilih salah satu hukuman, dari empat hukuman tersebut.

Pendapat kedua menyatakan, bahawa, lafadz ‘au’ pada ayat tersebut berfaedah kepada tanwi’ al-hukum (perincian hukum). Mereka mengetengahkan riwayat dari Ibnu ‘Abbas yang terdapat dalam musnad Syafi’e, mengenai muharibiin, “Jika mereka membunuh dan merampas harta benda, maka dibunuh dan disalib; jika mereka membunuh namun tidak merampas harta, mereka dibunuh dan tidak disalib; jika mereka merampas harta namun tidak membunuh, maka, tangan dan kakinya dipotong bersilangan; jika mereka melakukan teror dan tidak merampas harta, dibuang dari negerinya.”

Pendapat kedua adalah pendapat yang lebih tepat. Pendapat ini dipegang oleh Imam Syaifi’iy, Abu Hanifah, dan Imam Ahmad dalam satu riwayat. Perompak dan penyamun di jalan selalu melakukan dua atau lebih perbuatan jahat. Tindakan atas dua kejahatan atau lebih tidak boleh dijatuhi hukuman dengan jalan memilih (takhyiir) salah satu dari hukuman hirabah, namun harus diperincikan sesuai dengan tindak kejahatan yang mereka lakukan. Allah SWT telah berfirman:

“Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa.” [TMQ asy-Syuura : 40].

Justeru itu, cara menjatuhkan hukuman bagi muharibiin adalah dengan memperincikan dahulu tindakan kejahatan mereka, sebagaimana riwayat dari Ibnu ‘Abbas. Menyalib muharibiin dilakukan setelah dilakukan pembunuhan. Maksudnya, setelah mereka dibunuh baru disalib, agar masyarakat mengetahui bahawa ia telah mati. Mereka dijatuhi hukuman sesuai dengan kejahatan yang mereka lakukan.

Kejahatan yang menyebabkan mereka dikenai hukuman hudud, bagi muharibiin, terbatas pada tiga perkara, iaitu membunuh, merampas harta, dan membuat kerosakan di laluan. Jika mereka tidak melakukan tiga pelanggaran di atas, mereka tidak dikenai hukuman. Sebab, hukuman hudud telah ditetapkan secara sharih oleh nas. Oleh kerana itu, bila mereka tidak melakukan tiga kesalahan di atas (membunuh, merampas harta, dan membuat kejahatan di laluan), maka mereka tidak dikenai hukuman dari empat hukuman hudud di atas. Akan tetapi, mereka akan dikenai hukuman jika melakukan penganiayaan terhadap jiwa, di mana hal ini masuk dalam bab jinayat.

Insya Allah, jika Khilafah yang memerintah kita semua, maka semua perlakuan hirabah ini akan ditangani segera oleh Khalifah berdasarkan hukum Allah, tidak seperti undang-undang sekular, yang mana kewujudannya pada hari ini hanyalah akan meramaikan lagi lanun-lanun dan mewujudkan pelbagai bentuk kerosakan lainnya.

Filed under having 0 Ulasan  

Perutusan Hari Raya Idul Fitri 1429H

by AURA JIHAD


Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, LA ILAHA ILLALLAHU WALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD...

Kaum Muslimin yang dikasihi...

Ramadhan yang mulia telah pun meninggalkan kita dan kini Syawal telah menjelang tiba. Begitu cepat rasanya masa berlalu hinggakan kemanisan beribadah di bulan yang penuh berkat itu belum pun lagi puas kita nikmati, namun berlalulah sudah ia sebagai sebuah ketetapan dari Allah Azza Wa Jalla. Semoga kita akan diberi kesempatan oleh Yang Maha Kuasa untuk berjumpa lagi dengan Ramadhan yang mendatang agar kita dapat mengecapi lagi kemanisan mengabdikan diri di dalamnya.

Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, umat Islam tahun ini sekali lagi menyambut 1 Syawal di dalam hari-hari yang berbeza mengikut ketentuan pemerintah di negara masing-masing. Umat Islam masih lagi tidak mempunyai seorang Khalifah yang boleh menyatukan hari kebesaran mereka ini. Para pemerintah sekular yang masih taat menjaga batas sempadan negara-bangsa yang telah dicipta oleh penjajah sejak sekian lama, masih menjadi benteng pemisah bagi umat Islam di seluruh dunia untuk bersama-sama bertakbir membesarkan Allah pada hari yang sama.

Kaum Muslimin yang dimuliakan...

Tidak ada yang lebih indah untuk dilihat dan didengar pada 1 Syawal kecuali gema takbir kaum Muslimin bagi membesarkan dan mensucikan Tuhan mereka. Alangkah indahnya jika gema takbir itu dilaungkan secara serentak oleh kaum Muslimin di hari yang sama di seluruh dunia yang menandakan kesatuan akidah dan hukum syarak yang mereka miliki. Di pagi hari yang mulia ini, kita semua bertasbih dan bertahmid,

اللهُ اَكْبَرْ كَبِيْراً وَالْحَمْدَ ِللهِ كَثِيْراً وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَّأَصِيْلاً، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَةُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ

جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابُ وَحْدَهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ هُوَ اللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
.
"Allah Maha Besar tiada terhingga, segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan Maha Suci Allah di pagi hari dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, yang benar segala janji-janjiNya, dan yang telah menolong hambaNya, dan yang telah memuliakan tenteraNya, dan menumpaskan tentera al-Ahzab (pasukan bersekutu musyrikin dan Yahudi) dengan keEsaanNya. Tiada tuhan melainkan Allah dan Dialah Allah yang Maha Besar. Allah Maha Besar dan bagiNyalah segala pujian."

Mungkin ramai di kalangan kita yang tidak sedar atau tidak faham bahawa tasbih hari raya yang dikumandangkan itu antara lain mengandungi ucapan bahawa Allah telah memuliakan tenteranya dan memberikan kejayaan ke atas mereka dengan dikalahkan tentera Ahzab dengan keEsaanNya.

Jika kita menelusuri kisah Perang Ahzab, kita akan mendapati bahawa pihak kaum Muslimin telah terkepung dengan pasukan gabungan (ahzab) kafir Quraisy dan Yahudi dan mereka telah nekad untuk menyerang Rasulullah dan kaum Muslimin pada esok harinya secara serentak dari beberapa penjuru. Maha Perkasa Allah yang telah menurunkan ribut pada malam itu yang telah memecah dan memporak-porandakan barisan musuh dan segala kelengkapan serta peralatan mereka. Walaupun kaum Muslimin berada di dalam keadaan terkepung, namun kaum kafir telah berjaya dikalahkan semata-mata dengan kekuatan dan pertolongan Allah yang Maha Esa.

Inilah di antara janji Allah kepada kaum Muslimin yakni kemenangan kepada mereka yang menolong agamaNya. Kuat mana sekalipun golongan yang menentang agama Allah, sesungguhnya amat mudah bagi Allah untuk menghapuskan mereka. Syaratnya, kaum Muslimin itu sendiri hendaklah terlebih dahulu menolong agama Allah. FirmanNya,

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” [TMQ Muhammad (47):7].

Justeru, tanyalah diri kita sendiri adakah kita telah benar-benar menolong agama Allah? Adakah kita telah berusaha untuk menegakkan agama Allah? Adakah kita telah bergerak untuk berdakwah kepada umat Islam dan para pemimpin yang menerapkan hukum taghut sekarang? Apakah kita telah menyahut seruan Allah dan RasulNya dan berusaha untuk merubah hukum kufur yang ada sekarang dengan menggantikannya dengan hukum ciptaan Allah? Atau apakah kita hanya memilih untuk mementingkan dunia dan berdiam diri dengan sistem kufur yang mendominasi kita sekarang? Atau ada di antara kita yang memilih jalan yang lebih hina dan keji untuk bersama menyokong dan mempertahankan sistem kufur ini demi secebis habuan dunia yang diharapkan?

Kaum Muslimin yang dimuliakan...

Kita sering mendengar dan memperkatakan bahawa Idul Fitri merupakan hari kemenangan kepada mereka yang berpuasa. Benar, kita tidak menafikan kenyataan ini dilihat dari konteks pencapaian setelah berpuasa itu sendiri. Persoalannya, apakah umat Islam itu telah meraih kemenangan sebagaimana yang Allah perintahkan? Apakah umat Islam itu benar-benar telah mencapai kemenangan sebagaimana kemenangan yang telah dicapai oleh Rasulullah dan para sahabat? Apakah kemenangan setelah berpuasa sebulan (semata-mata) merupakan kemenangan hakiki umat Islam sehingga tidak ada lagi perjuangan untuk mencapai kemenangan sesudah itu? Apakah Takbir Kemenangan yang kita laungkan tidak mengingatkan kita tentang kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Rasulullah dan para Khulafa’ setelah mereka berjaya menguasai dunia dan menerapkan hukum Allah di bumiNya?

Dahulu, saban tahun Rasulullah dan para sahabat berpuasa dan menyambut Idul Fitri dengan kemenangan. Mereka tidak berhenti-henti berdakwah untuk menyebarkan agama Allah. Mereka berpuasa dan mereka berjihad untuk menyebarluaskan Islam. Mereka berhari raya dan mereka pastikan bumi ini tidak diperintah kecuali dengan hukum Allah semata. Mereka menyambut Idul Fitri dengan memastikan agama Allah adalah agama yang menakluki dunia. Rasulullah dan para sahabat meraikan Idul Fitri dengan memastikan kemenangan adalah berpihak kepada Islam dan kaum Muslimin. Inilah kemenangan hakiki umat Islam sebagaimana yang telah ditunjuk dan diperintahkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bukannya sekadar kemenangan di dalam melengkapkan 30 hari berpuasa semata-semata.

Saudaraku yang dimuliakan...

Sedarlah bahawa kita bertakbir untuk membesar dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sebahagian kita bertakbir dengan penuh perasaan di dalam masjid, tetapi apabila di luar masjid mereka takbur kepada Allah. Mereka berhukum dengan hukum selain Allah. Mereka mengambil sistem yang lain dari sistem Allah. Mereka berjuang dan mempertahankan sistem Demokrasi ciptaan kuffar, mereka masih berpegang erat dengan assabiyyah, wathaniyyah, masih memperjuangkan sekularisme, liberalisme, pluralisme dan sebagainya. Mereka mengagungkan kekayaan, kekuasaan, dan kedudukan dengan meninggalkan syariat Allah. Mereka membesarkan hawa nafsu dan kepentingan peribadi. Mereka mementingkan kehidupan dunia yang rendah berbanding akhirat. Mereka memikirkan dunia dan takut akan kehilangan kenikmatan dunia yang sedikit dan lupa akan nikmat akhirat yang tidak terbatas. Kerana semua ini, mereka memilih untuk hidup selesa di dunia dan tidak mempedulikan perjuangan untuk menegakkan syariat Allah. Islam diambil sebagai agama untuk kepentingan peribadi, bukan agama untuk diperjuangkan. Malah lebih buruk, sebahagian dari mereka memandang serong golongan yang berjuang untuk mengembalikan syariat Islam. Inilah sebahagian sikap umat Islam yang takbur walaupun mereka melaungkan takbir kepada Allah.

Bagaimana mungkin manusia boleh selamat dari azab Allah apabila mereka hanya mengambil aqidah Islam, tetapi meninggalkan syariat Islam? Ingatlah! Allah adalah Zat yang Maha Pencipta dan Maha Mengatur. Allah mencipta manusia, alam dan kehidupan dan Allah mengatur ketiga-tiganya. Allah mencipta manusia dan mengatur sistem hidup untuk manusia. Bagaimana mungkin manusia mengambil aturan selain dari aturan Allah? Kenapakah para pemerintah pada hari ini mengambil aturan ciptaan kafir penjajah, dan ciptaan tangan mereka sendiri, sekiranya mereka meyakini bahawa Allah adalah Maha Pengatur. Kenapakah manusia mengambil sistem selain sistem Allah yang Maha Sempurna? Apakah takbir yang dilaungkan hanya untuk membesarkan Allah di dalam solat walhal di luar solat menyombong dan membesarkan diri di hadapan Allah dengan mencipta hukum sendiri, yang kononnya lebih baik dari hukum Allah? Nau’uzubillah min zalik.

Saudara-saudara yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala...

Sesungguhnya Idul Fitri merupakan salah satu syiar yang menyatukan kaum Muslimin dari ufuk barat hingga ufuk timur, dan mengingatkan kita bahawa perayaan kita satu, Tuhan kita adalah satu, Rasul kita adalah satu, agama kita satu, kiblat kita satu, kitab kita satu dan negara kita adalah satu. Perpecahan umat Islam yang berlaku sekarang, khususnya dipecahkan menjadi negara bangsa melalui batas nasionalisme dan patriotisme hanyalah merupakan rekayasa penjajah kafir ke atas kita. Justeru, kita perlu mengorak langkah untuk kembali kepada fitrah dengan melakukan perubahan yang hakiki dan mendasar. Perubahan hakiki adalah yang dapat menyelesaikan secara menyeluruh persoalan umat Islam di seluruh dunia. Justeru, kita wajib membangun kekuatan politik internasional yang akan menyatukan seluruh kaum Muslimin di bawah satu payung pemerintahan. Kekuatan politik itu tidak lain adalah negara Khilafah Islamiyyah, yang akan memayungi dan memelihara setiap Muslim di dunia dengan Kitabullah dan Sunah RasulNya. Hanya dengan cara ini sahajalah, maka kemenangan hakiki umat Islam akan dapat dicapai.

Bersempena hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah Azza Wa Jalla agar pada Idul fitri yang akan datang, umat Islam di seluruh dunia akan menyambutnya dengan kesatuan dan kemenangan dan dengan penuh kemuliaan di bawah naungan seorang Khalifah yang telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNya. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

Filed under having 0 Ulasan  

Berbilion-bilion dikaut, 10 sen dipulangkan

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 25 Sept - Harga minyak turun 10 sen hari ini. Begitulah pengumuman yang dibuat oleh kerajaan. Perdana Menteri semasa mengumumkan penurunan ini berkata, harga minyak itu juga diturunkan kerana kerajaan menyedari orang ramai mula pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri bermula hujung minggu ini. Penurunan kali ini, yang hanya kurang 5 sen daripada yang sebelumnya, diharap oleh Perdana Menteri agar dapat meredakan kesusahan rakyat semasa pulang berhari raya.

Terima kasihlah kepada kerajaan yang begitu prihatin dengan kesusahan rakyat, setelah berbilion-bilion keuntungan mereka kaut dari hasil minyak yang menjadi hak umat ini, mereka lalu menurunkannya 10 sen. Alangkah gembiranya hati kami yang kini kembali menikmati hidup dengan sejahtera dan penuh nikmat dengan ‘duit raya’ 10 sen dari pemerintah ini!

Walaupun ratusan ribu bantahan telah dikemukakan oleh rakyat agar harga bahan bakar ini diturunkan sewajarnya, namun kerajaan tetap berdegil tidak mahu berbuat demikian. Kerajaan Kapitalis ini tentunya tidak rela mendapat ‘untung’ yang sedikit, sedangkan mereka boleh mengaut keuntungan yang besar dengan memperdagangkan bahan bakar ini dengan rakyatnya. Jadi, rugi dan bodohlah mereka jika mereka tunduk dengan kehendak rakyat, walhal mereka boleh hidup kaya raya dengan keuntungan dari sumber bumi ini.

Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah pun menghantar surat bantahan kepada Menteri yang berkenaan, mengingatkan mereka bahawa perbuatan mereka yang ‘menjual’ minyak kepada rakyat adalah satu keharaman. Ini kerana menurut Islam, minyak adalah hak rakyat yang wajib dikelola oleh pemerintah, dan dipulangkan hasilnya semula kepada rakyat. Kerajaan sewajibnya hanya mengenakan ‘harga kos’ sahaja kepada rakyat, bukannya mengaut keuntungan, apatah lagi berbilion-bilion jumlahnya.

Islam telah membahagikan hak milik kepada 3 kategori iaitu pemilikan individu (milikiyyah al-fardiah), pemilikan umum (milkiyyah al-ammah) dan pemilikan negara (milikiyyah al-daulah). Bahan galian atau mineral yang banyak atau tidak terbatas / tidak putus (contohnya petroleum, gas, emas, bijih timah dan seumpamanya) adalah termasuk ke dalam pemilikan umum yang haram dimiliki oleh Negara. Abu Daud meriwayatkan bahawa,

“Ia (Abyadh bin Hamal) datang kepada Rasulullah saw. meminta untuk mengelola (galian) garam. Rasul lalu memberikannya. Setelah ia pergi ada seorang lelaki yang bertanya kepada Rasul, “Wahai Rasulullah, tahukah apa yang telah engkau berikan kepadanya? Sesungguhnya engkau telah memberikannya sesuatu yang bagaikan air mengalir.” Lalu ia berkata: Kemudian Rasulullah saw. pun menarik kembali galian itu darinya.” [HR Abu Dawud].

Apabila sifat bahan galian/mineral itu adalah seperti “ma’ul idd” (air yang mengalir), maksudnya tidak terbatas, tidak kiralah sama ada ia berada di atas bumi atau di dalam bumi, sama ada dalam bentuk padat/pepejal atau cecair, maka ia adalah milik umum (milik semua orang). Dan tugas negara hanyalah mengelola kepemilikan umum ini untuk dikembalikan kepada tuannya yang berhak (rakyat).

Justeru, jika dikembali dan di bahagikan keuntungan yang telah diumumkan oleh Petronas yang berjumlah sebanyak RM67.6 billion ini kepada seluruh rakyat Malaysia yang berjumlah 26 juta, maka yang pastinya setiap orang berhak mendapat RM2,600 seorang. Ini jika dikira keuntungan terbaru yang diumumkan Petronas, belum lagi mengambil kira beratus-ratus billion keuntungan yang telah dirampas kerajaan sejak berpuluh tahun yang lepas.

Oleh kerana itu, penurunan 10 sen yang diumumkan kerajaan ini hanyalah sebuah tindakan untuk memperbodohkan rakyat dan menutup mulut mereka sedikit menjelang hari raya. Jika kerajaan benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyatnya menjelang Hari Raya Aidilfitri kali ini, kerajaan seharusnya menerapkan syariat Islam sepenuhnya dan memulangkan semula semua kekayaan rakyat yang telah dikaut sepanjang penubuhan Petronas dengan mengembalikan semula wang rakyat yang telah dirampas melalui Petronas. Yang lebih penting, hanya dengan melakukan hal ini sahajalah (menerapkan hukum syarak) yang akan membebaskan para pemerintah dari dosa besar yang mereka tanggung selama ini.

Filed under having 0 Ulasan  

Tambat tak tambat, Islam tetap dicampak

by AURA JIHAD

PUTRAJAYA 22 Sept - Tiada tambatan! Itulah keputusan kerajaan Malaysia terhadap persoalan yang timbul baru-baru ini berkaitan usul mantan PM, Tun Mahathir agar ringgit ditambat semula kepada dolar Amerika Syarikat (USD) dalam menghadapi tekanan ekonomi global yang tidak menentu. TPM selaku pemegang baru portfolio Menteri Kewangan 1 berkata, kerajaan komited untuk membenarkan pasaran menentukan nilai mata wang Negara.

Jika dulu, semasa Dr Mahathir menjadi PM dan Menteri Kewangan, cadangan tambatan ringgit yang dikemukakannya dijulang tinggi oleh orang bawah sebagai idea yang sangat 'agung'. Kini, giliran Najib pula untuk diagungkan, walaupun mempunyai idea yang bertentangan. Mungkin selepas ini akan muncullah pengampu-pengampu yang akan menjulang tinggi pandangan Menteri Kewangan baru ini.

Berikutan krisis dolar yang melanda Amerika Syarikat, kuasa terbesar dunia pada waktu ini, mengakibatkan senario politik-ekonomi global menjadi tidak menentu. Banyak negara yang mengambil langkah berjaga-jaga akibat ketidaktentuan ini, termasuklah Malaysia. Kononnya, langkah demi langkah, strategi demi strategi dipasang agar negara tidak menerima kesan gelombang krisis yang dikatakan terlalu kuat. Sehubungan ini, timbullah bermacam-macam idea di sana-sini tentangnya.

Bila direnung secara jernih, idea-idea tersebut langsung tidak lari dari kerangka berfikir Kapitalis. Ia juga tidak lari dari konsep yang senantiasa berbentuk defensif. Mata wang dan ekonomi yang Malaysia amalkan masih lagi berpaksi kepada lingkaran ekonomi Kapitalis global yang dipimpin oleh Amerika Syarikat. Ekonomi Kapitalis yang ini adalah sebuah sistem ekonomi yang sentiasa mengundang seribu satu masalah tanpa pernah memberikan penyelesaian yang sebenar dalam memenuhi keperluan asas dan sekunder manusia. Sistem ekonomi yang saban waktu memberi tekanan kepada negara-negara kecil dan membangun untuk menghadapi gelora krisis negara-negara besar dan maju. Secara langsung mahupun tidak, sistem ciptaan manusia inilah yang dijadikan asas dalam membangun ekonomi Malaysia mahupun negeri umat Islam lainnya.

Islam hadir ke atas bumi sebagai penyelesai masalah kehidupan (mu’ajalah li masyakil insan). Setiap masalah pasti mampu diselesaikan melalui syariah dan ia bukan hanya dikhususkan untuk umat Islam, bahkan sesiapa sahaja. Begitu juga masalah mata wang di mana Islam telah lama menyelesaikannya dengan tuntas. Mata wang adalah satu alat pertukaran, dan Islam ada hukum tentangnya yang wajib diambil oleh setiap orang yang mengaku Muslim.

Di dalam Islam, mata wang wajib di sandar kepada emas dan perak. Menyandar nilai mata wang pada USD atau membiarkan ia terapung di pasaran Kapitalis merupakan suatu bentuk perjudian yang membahayakan mata wang itu sendiri secara khususnya dan umat Islam secara amnya. Sejarah telah lama membuktikan bahawa selama mata wang disandar kepada emas dan perak, nescaya kestabilannya terjamin dari serangan-serangan manipulator mahupun spekulator. Namun, apa yang lebih penting ialah, ini merupakan hukum syarak yang wajib dilakukan oleh pemerintah!

Lagipun, melalui mekanisme pasaran terbuka (free market) yang didominasi oleh Barat, kedudukan mana-mana mata wang adalah sangat berisiko kerana ia dikawal oleh para Kapitalis besar ini, manakala Kapitalis kecil akan sentiasa menjadi mangsa. Hal ini turut mengakibatkan penjajahan ekonomi berlaku ke atas mana-mana negara yang menyertai pakej ‘perjudian antarabangsa’ ini.

Sampai bilakah agaknya para pemimpin umat Islam ini akan sedar agenda penjajahan Barat melalui ekonomi (dan mata wang)!? Mereka sering melaungkan agar berfikir di luar kotak untuk menyelesaikan masalah. Namun ternyata mereka sendiri masih berfikir di dalam kotak kapitalis dan fikiran mereka pula sering diperkotak-katikkan. Mereka menyangka bahawa mereka bijak, malangnya mereka sentiasa di dalam kebingungan dan berada di dalam perangkap Barat. Malah, jika kita mencadangkan agar hukum ekonomi Islam diterapkan (selaras dengan seruan mereka agar berfikir di luar kotak), mereka pastinya akan memberi seribu satu alasan. Pemikiran mereka sebenarnya telah dipenuhi oleh najis-najis Kapitalis dan sudah tidak dapat dibersihkan lagi.

Bukanlah tidak ada di kalangan mereka yang sedar bahawa mereka ini penganut ekonomi Kapitalis yang bertentangan dengan Islam, namun, oleh sebab merekalah golongan yang merampas dan mengaut paling banyak kekayaan negara, maka mereka tentunya teramat selesa dengan ekonomi Kapitalis yang mereka amalkan. Justeru, kenapa perlu mereka tukar keadaan ini? Inilah dasar Kapitalis!

Justeru, kita sebagai rakyat wajiblah meningkatkan usaha untuk menghapuskan sistem Kapitalis kejam ini dan menggantikannya dengan sistem Islam. Berapa lama lagikah kita sanggup membiarkan tangan-tangan kotor Kapitalis ini memerintah kita, walhal kita mempunyai kekuatan untuk merubahnya.

Sila rujuk:

http://mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=270:sn072-emas-dan-perak-antara-manfaat-dan-tuntutan-syara&catid=42:sautun-nahdhah&Itemid=2

http://mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=352:sn154-kembalilah-kepada-emas-dan-perak&catid=42:sautun-nahdhah&Itemid=2

Filed under having 0 Ulasan  

Khalifah tiada, lagi penghina Nabi berani muncul

by AURA JIHAD

London 5 Sept -Dunia sastera antarabangsa tidak akan pernah sunyi daripada kontroversi dan noda yang mereka percikkan kepada Islam Dulu Satanic Verses dan sekarang muncul pula The Jewel of Madena, karangan Sherry Jones. Tangan-tangan kotor ini tidak habis-habis cuba menghina Nabi Muhamad dan Isteri baginda yang menjadi Ibu kepada seluruh kaum Muslimin. [sila rujuk Berita Harian]

Penerbit novel tersebut Random House bercadang melancarkan novel tersebut pada 12 Ogos ini tetapi ditangguhkan kerana khuatir mendapat tentangan daripada umat Islam, buku terbitan Ballantine Books, berkisar pada peribadi isteri Rasulullah, Aisyah binti Abu Bakar, yang dimulakan dengan potongan prolog Aisyah yang terpisah daripada rombongan perang di tengah-tengah padang pasir dan kemudiannya difitnah melakukan hal yang tidak sepatutnya bagi seorang isteri Rasulullah dan Muslimah.

Menurut Jones, penulisan itu berdasarkan sejarah Arab yang pernah dipelajarinya. Dia menceritakan Aisyah berkahwin dengan Rasulullah saw ketika berusia enam tahun. Dan Rasulullah saw wafat dengan kepalanya terkulai di atas payudara Aisyah. Menurut Jones, “Mereka memiliki kisah cinta yang hebat. Dia (Rasulullah) meninggal dengan kepala di atas payudara Aisyah….Saya dengan sedar dan bebas menulis tentang Islam dan Muhammad dengan rasa hormat... Saya memimpikan buku saya itu akan menjadi jambatan (yakni Islam dengan Barat)."

Bagaimanapun, Jones, bermain dengan api apabila sirah nabi dan kehidupan rumah tangga baginda disuntik dengan fiksyen keterlaluan dengan menganggap Aisyah yang pada masa itu berusia 14 tahun, tidak berpuas hati dengan perkahwinannya dan kembali ke Madinah, hingga menimbulkan skandal kerana berada bersama-sama lelaki lain.

Pensyarah Sejarah Islam di Universiti Texas, Austin, Amerika Syarikat (AS), Denise Spellberg, mengkategorikan novel itu sebagai novel erotik (soft core pornography), selain bimbang terhadap tindak tanduk penerbit untuk pemasaran produk berkenaan. Tambahan Jones sendiri berbangga dengan tulisannya bahawa dia berhasil menghasilkan tulisan yang lucah walaupun tanpa adegan ranjang. Ini kerana novel itu mencampuradukkan antara sirah dan fiksyen, membandingkan novel tersebut dengan Memoirs of a Geisha.

Plot cerita pula dibuat secara biadab dengan menyebarkan fitnah jahat dengan menyimpulkan: ‘Berkahwin pada usia sembilan tahun kepada lelaki yang lebih tua, Muhammad, menggunakan kebijaksanaannya, semangatnya dan pedangnya untuk mempertahankan status isteri pertama meskipun Muhammad berkahwin lagi dan lagi sehingga 12 isteri dan gundik’. Spellberg berkata: “Saya memang tidak boleh menerima salah tafsir sejarah. Anda tidak boleh mempermain-mainkan sejarah suci dan kemudian mengubahnya kepada novel erotik.”

Jones berkata: “….Saya tentunya seorang penulis yang dahsyat kerana dapat menghasilkan buku lucah tanpa adegan seks....Buku ini adalah satu penceritaan munasabah setakat yang saya mampu ceritakan mengenai gundik Muhammad dan kehidupan peribadinya. Sudah tentu ia menyentuh seks tetapi tidak ada langsung adegan seks."

Random House membayar AS$100,000 (RM345,000) untuk The Jewel of Medina dan novel kedua Jones [Sumber: Agensi]

Bagaimanapun, Ballantine Books yang menjadi sebahagian jabatan di bawah Random House, menarik balik The Jewel of Medina dari pasaran. Random House dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mendapat nasihat daripada pakar keselamatan dan sarjana Islam bahawa novel itu menyinggung umat Islam dan “ia mungkin mencetuskan reaksi ganas daripada sebahagian kecil yang radikal…Kami berasa mempunyai tanggungjawab untuk mengambil berat hal ini secara serius.”

Namun, pengarang novel itu nampaknya tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil, lalu cuba mencari penerbit baru yang bersedia menerbitkan novelnya. Jones dengan bebal berkata, “Saya tidak menerima sebagai ugutan dan begitu juga Random House. Mereka menerima ramalan serangan pengganas (hanya) daripada Spellberg.”

Apakah Jones memandang bahawa bila tidak ada ugutan kepadanya maka hal ini merupakan perkara yang perlu dia lakukan? Inilah yang dilakukan oleh Barat, satu bangsa yang tidak pernah belajar untuk hidup bertamadun, dan menghormati agama lain. Dalam satu masa mereka bercakap tentang ‘jambatan’ timur dan Barat, dalam masa yang sama mereka melakar sejarah hitam dengan umat Islam, mereka sering menghina Nabi kita dan Ibu kita. Jika ini yang mereka inginkan (menghina Nabi) maka jihadlah jawapannya.

Suatu ketika dahulu, Perancis pernah merancang untuk mengadakan pementasan drama yang diambil dari hasil karya Voltaire. Dramanya bertemakan “Muhammad atau Kefanatikan”. Di samping mencaci Rasulullah, drama tersebut turut menghina Zaid dan juga Zainab. Ketika Khalifah Abdul Hamid mendapat tahu tentang hal tersebut, melalui dutanya di Perancis, beliau segera memberikan amaran kepada pemerintah Perancis supaya menghentikan pementasan drama tersebut serta-merta. Beliau mengingatkan bahawa Perancis bakal berhadapan dengan tindakan politik jika tetap meneruskan pementasan tersebut. Pemerintah Perancis akhirnya tunduk dan membatalkan pementasan tersebut.

Tidak berhenti di situ, perkumpulan teater tersebut kemudiannya berangkat ke Britain. Mereka merencanakan untuk mengadakan pementasan yang sama di Britain. Sekali lagi, Khalifah Abdul Hamid yang mendapat tahu akan hal itu, terus memberi amaran kepada Britain. Britain dengan angkuhnya tidak melayan amaran tersebut. Alasannya, tiket sudah habis terjual dan jika dibatalkan drama tersebut, ini bertentangan dengan prinsip kebebasan (freedom) yang dianutinya. Wakil Khilafah Uthmaniyyah di sana kemudian menegaskan kepada pemerintah Britain bahawa Perancis telah pun membatalkan acara tersebut sekalipun sama-sama mendukung kebebasan sebagaimana Britain. Pihak Britain justeru menjawab bahawa kebebasan yang dinikmati rakyatnya jauh lebih baik daripada apa yang ada di Perancis. Setelah mendengar sikap Britain yang demikian, sang Khalifah terus memberi amaran, “Aku akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengatakan bahawa Britain sedang menyerang dan menghina Rasul kita. Aku akan mengobarkan jihad al-akbar!”. Melihat keseriusan Khalifah dalam menjaga kehormatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tersebut, pemerintah Britain terus terdiam dari ‘cakap besar’nya tentang kebebasan, dan pementasan drama itu pun dibatalkan [Lihat: Majalah al-Wa‘ie, No. 31, 2003].

Jika penguasa yang ada sekarang masih beriman kepada Allah dan RasulNya, maka mereka juga mesti mengambil sikap sebagaimana Khalifah Abdul Hamid ini. Sesungguhnya telah jelas bagi umat Islam bahawa tidak ada hukuman lain bagi penghina Rasulullah kecuali mati. Imam asy-Syaukani menukil pendapat para fukaha, antara lain pendapat Imam Malik, yang mengatakan bahawa orang kafir zimmi seperti Yahudi, Nasrani dan sebagainya yang menghina Rasulullah, maka wajib dijatuhi hukuman mati, kecuali jika mereka bertaubat dan masuk Islam.

Filed under having 0 Ulasan