Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

PENENTANGAN DAKWAH DARI UMAT ISLAM SENDIRI......

by AURA JIHAD

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH WARAHMAH

Melihat kepada perkembangan dakwah kearah pembentukan negara islam yang semakin memberangsangkan,menimbulkan satu rasa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.Tetapi dalam masa yang sama juga mengingatkan diri yang kerdil dan naif ini akan betapa jauhnya lagi perjuangan yang wajib diteruskan hari demi hari.Selangkah usia semakin meningkat,hari berganti bulan,bulan berganti tahun,tahun berganti tahun dan seterusnya,mengingatkan diri ini masa sedang bergerak pantas tapi perjuangan bagi menjernihkan pemikiran umat islam semasa dari cengkaman penjajahan ideologi masih banyak yang perlu diteliti,dikaji,dan disampaikan sesuai dengan langkah dakwah junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W.

Yang sedihnya dalam mengharungi,menerjah masuk ke pemikiran umat islam di Malaysia ini khususnya,masih ada lagi ramai yang terjerat dengan penafsiran islam,penubuhan negara islam dan juga method dakwah yang keseluruhannya boleh dikatakan SILAP dan SALAH!Sehinggakan apabila ada pihak yang cuba memperbetulkan ideologi yang dipegang,masing-masing cuba mempertahankan dan mengatakan aku yang sebenarnya,kau yang tak betul!!!!

MasyaAllah,cetek dan dangkalnya orang yang bersikap sebagaimana demikian.Walau apapun pegangan,ideologi dan tafsiran islam,penubuhan negara islam dan juga method dakwah ke arah penubuhan negara islam itu sendiri,hakikatnya kita haruslah balik dan berpegang kepada yang benar bukan yang batil,yakni 2 perkara,AL-QURANULKARIM dan SUNAH pengajaran NABI S.A.W.

Bila berpegang kepada dua perkara ini,InsyaAllah tafsiran islam,penubuhan negara islam dan method dakwah kearah penubuhan negara islam tidak akan terpesong jauh sebagaimana yang dilakukan oleh baginda RASULULLAH S.A.W dan yang selaras sebagaimana yang dikehendaki oleh ALLAH S.W.T.

Contoh seperti yang pernah dialami penulis sendiri,apabila datang kepada satu kumpulan dan cuba diajak berbincang tentang penubuhan negara islam,awal-awal lagi penulis dah di"attack" dengan macam-macam persoalan keraguan yang tak sepatutnya diragui seperti kewajipan mendirikan SISTEM PEMERINTAHAN KHALIFAH yang hukumnya sama dengan hukum-hukum WAJIB yang lain seperti SOLAT,PUASA,dan sebagainya,tetapi tetap juga diragui,OLEH ORANG ISLAM SENDIRI pulak tu!!!

Subhanallah....asingnya masyarakat di Malaysia dengan perkataan KHALIFAH,PEMERINTAHAN KHILAFAH,dan sebagainya yang berkaitan KHILAFAH .Ada juga yang meragui KEWAJIPAN ini dengan nada sinis,"boleh ke KHILAFAH didirikan"?,"relevan ke zaman sains dan teknologi tanpa batasan ni nak dirikan KHALIFAH"?,dan sebagainya lagi yang cukup memeritkan keluar dari mulut UMAT ISLAM sendiri.

Lihatlah,betapa cukup jauh KAUM KUFFAR(KAFIR)'melarikan' umat islam dari KHILAFAH,sehinggakan umat islam sendiri tidak kenal bahkan mengejek dengan nada sinis tentang KEDATANGAN kembali KHILAFAH untuk kembali memakmurkan dan menyinari bumi ALLAH S.W.T yang sudah lama 'dicemari' dan 'dijajah'dengan penuh 'kebusukan' dan kejahatan dari kaum-kaum KUFFAR(KAFIR).

Mari kita lihat pengertian-pengertian sebenar ISLAM,PENUBUHAN NEGARA ISLAM,dan juga METHOD KEARAH PENUBUHAN NEGARA ISLAM.InsyaAllah mudah-mudahan pengertian ini akan membawa satu pengertian yang benar-benar jitu dan kukuh kearah pemahaman yang lebih mendalam akan pengertian ketiga-tiganya.

Islam adalah agama(DEEN)yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T kepada Nabi Muhamad S.A.W untuk mengatur hubungan antara manusia dengan ALLAH S.W.T,hubungan dengan diri manusia itu sendiri,dan juga hubungan dengan manusia yang lain.

Penubuhan negara islam yang sebenarnya adalah negara islam DAULAH KHILAFAH atau PEMERINTAHAN SISTEM KHALIFAH ISLAM
.Perancangan penubuhan negara islam yang tiada bersangkut paut dengan KHILAFAH bahkan yang tidak disebut SISTEM KHILAFAH sikit pun dalam perancangan pembinaan negara islam yang sedang dirancang,tidak boleh lagi diisytiharkan atau diumumkan sebagai perancangan penubuhan negara islam yang sebenar-benarnya,sebagaimana yang dikehendaki oleh ALLAH S.W.T dan RASULNYA.

Method kearah penubuhannya pula mestilah juga berlandaskan apa yang telah digariskan panduan dan yang telah dilakukan oleh baginda RASULULLAH S.A.W.Selain dari yang pernah dilakukan oleh baginda RASULULLAH S.A.W,masih tidak boleh dianggap sebagai method atau cara kearah penubuhan sebuah negara islam.

Marilah wahai saudara-saudara seagamaku,Tentanglah kaum KUFFAR habis-habisan,tegakkanlah panji-panji LAILAHAILLALLAH,MUHAMADURRASULULLAH agar ISLAM yang maha suci kembali menyinari di segenap pelusuk alam ini,insyaAllah.Wallahuaklam.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

MUSLIHAT LAWATAN BUSH KE TIMUR TENGAH

by AURA JIHAD

Pada 8-16 Januari lalu, ketua pengganas dan pembunuh nombor 1 dunia, George Bush laknatullah telah melakukan siri lawatan ke beberapa negara pilihannya di Timur Tengah. Bush yang memulakan lawatannya di Palestin dan mengakhirinya di Mesir telah membuat banyak ucapan dan perjumpaan dengan sekutu-sekutunya yang sekali gus merupakan agen-agennya dari kalangan pemerintah Arab. Lawatan ini dilihat oleh banyak pihak sebagai langkah penting untuk menutup penggal pemerintahannya sebagai Presiden rejim Amerika Syarikat. Sebagai umat Islam, kita mesti peka bahawa lawatan Bush ke Timur Tengah yang keseluruhannya merupakan negara-negara umat Islam sudah tentu membawa seribu satu agenda, baik yang nyata mahupun terselubung. Si makhluk terkutuk ini tentunya tidak akan terbang ke sana ke mari jika tidak kerana kepentingan besar yang ingin diraihnya dari lawatan ini. Ini dari satu sisi. Dari sisi yang lain, kita melihat betapa hinanya para pemimpin umat Islam yang telah menyambut musuh Allah, musuh Rasulullah dan musuh kaum Muslimin ini dengan permaidani merah diikuti dengan acara-acara yang penuh keistimewaan. Semoga seluruh umat Islam yang beriman melihat lawatan ini sebagai salah satu dari beribu bukti sahih betapa eratnya hubungan pengkhianat-pengkhianat dari kalangan pemimpin umat Islam dengan pembunuh nombor 1 umat Islam ini. Hanya mereka yang telah tertutup hatinya (dari hidayah) sahaja yang akan menyokong lawatan seminggu si laknatullah ini ke tanah-tanah kita semua.

Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana di sebalik sambutan hangat yang diberikan oleh para pemerintah kaum Muslimin ini, kita juga mendengar banyak suara umat Islam yang membenci dan mengutuk lawatan Bush ini. Kita juga bersyukur kerana sebahagian dari umat Islam, bukan sahaja di Timur Tengah tapi di merata dunia telah keluar berdemonstrasi mengecam kedatangan musuh Allah ini ke tanah kaum Muslimin yang penuh keberkatan. Walaupun tindakan mereka disekat dan dihalang oleh pemerintah masing-masing, namun kebencian yang meluap-luap terhadap ketua pengganas dunia ini tetap tidak melunturkan semangat mereka. Kita amat sedih dan mengutuk tindakan para pemerintah kaum Muslimin yang sepatutnya melawan Bush laknatullah ini, tapi sebaliknya mereka ‘melawan’ rakyat mereka sendiri yang menyuarakan bantahan terhadap Presiden rejim AS terkutuk ini. Mereka (pemerintah) malah menunjukkan sikap yang amat hina dengan tetap meraikan kedatangan Bush dan meletakkan harapan kepada musuh Allah ini untuk menyelesaikan masalah umat Islam. Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang menadah tangan menyambut musuh Allah ini terus bersetuju sebulat suara dengan Israel untuk memulakan rundingan mengenai isu-isu penting berhubung konflik Palestin-Israel dengan mengharapkan Bush akan menghadiahkannya sebuah negara Palestin yang berdaulat. Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Mahmoud Abbas memutuskan bahawa perunding kanan mereka akan terus membincangkan isu konflik yang berusia puluhan tahun ini dan langkah itu akan diteruskan dengan kerap pada masa depan bagi menyelesaikan sebarang masalah [UM 10/01/08].

Raja Saudi Abdullah pula tanpa segan silu bersetuju mengadakan perjanjian penjualan senjata canggih yang diumumkan oleh Presiden AS kepada Arab Saudi bagi memantapkan pertahanan negaranya daripada apa yang didakwa oleh Washington sebagai ancaman daripada Iran. Pengumuman yang dibuat semasa Bush berada di Arab Saudi yang diberi sambutan hangat oleh Raja Abdullah, ketika di kalangan rakyat Saudi sendiri hanya 12 peratus yang berpandangan positif terhadap Presiden AS itu. Sepanjang lawatan dua hari Bush itu, Raja Abdullah dan tetamunya beria-ia benar cuba menonjolkan hubungan peribadi yang erat antara mereka. Raja Abdullah mengurniakan sebuah medalion emas bertatahkan batu permata putih dan hijau kepada Bush sebagai tanda penghormatan tertinggi kepada Presiden itu. “Kami ingin menganugerahkan darjah kebesaran tertinggi Kerajaan Arab Saudi iaitu Darjah Kebesaran Raja Abdul Aziz, pengasas Kerajaan Arab Saudi, kepada tuan sebagai meraikan kedatangan tuan,” kata Raja Abdullah menerusi seorang jurubahasa. Raja Saudi itu turut menjemput Bush ke ladang kudanya yang menempatkan 150 ekor kuda Arab yang begitu berharga. Kunjungan itu sebagai membalas lawatan Abdullah ke ladang Bush di Texas tahun lepas [UM 16/01/08].

Peristiwa Dan Agenda Di Sebalik Lawatan

Lawatan Bush ini dilakukan pada tahun pilihan raya AS diadakan (tahun 2008) di mana kuasa presiden untuk membuat keputusan di peringkat antarabangsa sebenarnya semakin melemah. Inilah sebabnya pada era 1950 dan 60-an, ketika Britain menjadi pesaing rapat AS di pentas antarabangsa, Britain selalunya ‘menjadi aktif’ dalam menghadapi AS ketika ia (AS) sibuk dengan urusan pilihanraya. Jarang-jarang sekali presiden AS dapat membuat suatu keputusan yang benar-benar memberi kesan di kala para pemimpin dan parti-parti di AS sibuk dengan urusan pilihanraya mereka. Lawatan ini juga dilakukan ketika Israel tidak senang hati dengan ‘tindak balas dingin’ AS terhadap isu nuklear Iran, khususnya selepas laporan oleh perisikan AS yang telah ‘membebaskan’ Iran dari dakwaan memiliki senjata nuklear. Isu nuklear Iran ini adalah satu isu kritikal bagi Israel yang selama ini menghantui mereka. Justeru, Israel telah menyediakan satu dossier khas terhadap perkara ini untuk Presiden Bush setelah satu perbincangan diadakan antara agensi keselamatan AS dengan badan politik Israel pada 6 Januari 2008. Perkara ini telah dilaporkan di dalam akhbar Israel Ye’diot Aharonot. Israel selama ini telah mengadakan kempen besar-besaran untuk mengapi-apikan isu nuklear Iran di peringkat antarabangsa, khususnya di AS sendiri, di kala AS di lihat ‘tidak ghairah’ untuk menyelesaikan isu ini secara ketenteraan. AS melihat isu ini perlu ditangani secara politik memandangkan Iran bersikap positif (dengan AS) dalam isu Afghanistan dan AS juga dalam masa yang sama perlu menjaga kepentingan rundingannya (dengan Iran) dalam masalah Iraq.

Sebelum lawatan dilakukan, berdasarkan laporan perisikannya yang terbaru, Israel sedar bahawa AS mempunyai ‘alasan selesa’ untuk tidak memanaskan atmosfera perang dengan Iran dan hal ini sebenarnya mengecewakan Israel. Reaksi dari lobi Israel di Washington jelas memperlihatkan perkara ini dan kenyataan Bush tidak begitu disenangi oleh Israel. Bush menegaskan bahawa walaupun terdapat laporan (perisikan), namun rakyat perlu sedar bahawa segala pilihan (tindakan) terhadap Iran masih terbuka (maksudnya, termasuk perang). Bush bagaimanapun menambah “Kami percaya penyelesaian diplomatik masih boleh dilakukan”

Lawatan Bush ini juga dilakukan tatkala memanasnya kempen yang dilakukan oleh Parti Demokrat yang menyerang Bush dan kegagalan Parti Republikannya berhubung polisi luar AS. Demokrat menekankan bahawa AS telah menjadi Negara yang paling dibenci di Timur Tengah, dan kedudukan ini amat berbahaya kerana Timur Tengah adalah pembekal utama petroleum kepada AS. Demokrat seterusnya mendakwa pentadbiran Bush telah banyak merisikokan nyawa tentera mereka di Iraq dan tidak mengambil peduli terhadap kepentingan mereka. Di saat berlakunya segala peristiwa inilah Bush mengadakan lawatannya ke bumi Palestin, negara-negara Teluk dan juga Mesir. Mengambil kira kepentingan Israel yang selama ini dijaganya, Bush juga sebenarnya mengadakan lawatan ini bagi ‘meredakan’ kekecewaan negara Yahudi ini yang terhasil dari laporan perisikan tersebut dan Bush seterusnya berjanji dan memberi jaminan kepada Israel bahawa AS tidak akan membiarkan Iran memiliki kekuatan nuklear. Sebagai tambahan, Bush juga berhasrat menghadiahkan persenjataan dan bantuan kewangan kepada Israel. Selain semua ini, Bush juga akan memastikan keselamatan Israel tetap terjaga dengan memastikan Mahmoud Abbas dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak akan membiarkan rakyat Palestin mengancam kepentingan Negara Zionis ini di Tebing Barat. Setelah itu, Bush akan mengamanahkan kepada Hosni Mubarak tugas untuk ‘menenangkan’ Hamas dan juga isu tahanan Ghalid Shalit (yang ditangkap pada tahun 2006).

Inilah caranya bagaimana Bush cuba meredakan ketakutan Israel terhadap isu nuklear Iran dan memastikan keselamatan Israel terus terjaga. Di satu sisi memastikan Mahmoud Abbas dan PA tidak akan membuat sebarang ancaman dan di sisi yang lain Hamas juga tidak akan menimbulkan sebarang ancaman. Ini dilakukan melalui rundingan dengan Mesir dalam isu ini dan juga isu Ghalid yang mana semua ini diharap akan mengundang reaksi positif dari warga Amerika berketurunan Yahudi di dalam melobi menjelang pilihanraya AS nanti.

Semua Agenda Adalah Busuk

Ada pun lawatannya ke negara-negara Teluk, ini adalah untuk ‘menangkis’ (counter) kempen Demokrat bahawa AS dikatakan dibenci di Timur Tengah. Melalui lawatan ini, Bush cuba sedaya upaya menunjukkan kepada rakyatnya bahawa AS sebenarnya diterima dan disambut baik oleh Timur Tengah, tidak sebagaimana yang dituduh oleh Demokrat. Sebagai tambahan, Bush telah melawat tentera-tentera Amerika yang berada di Teluk sebagai tanda prihatin beliau terhadap mereka. Walaupun ini (melawat tentera) tidak diumumkan, namun agenda ini sudah dijangkakan. Lawatan Bush ini dirangka untuk memberi sentuhan keemasan di mana ia akan terus dapat memelihara kepentingan AS di wilayah bergolak itu dan sebagai bukti bahawa negara-negara Arab masih menerima AS dengan baik. Ia juga akan dapat menjadi benteng kepada pengaruh politik Eropah dan menjadi penghalang kepada mana-mana cubaan untuk melemahkan pengaruh AS di Timur Tengah.

Sungguh malang dan mengaibkan di pihak umat Islam apabila Mahmoud Abbas seperti dijangka, teramat gembira menyambut tetamu ‘agung’ beliau ini. Apa yang Pihak Berkuasa Palestin (PA) harapkan (dari lawatan Bush) hanyalah satu ilusi bahawa Bush akan membawa segala kenikmatan untuk mereka (Palestin) dengan diberi satu negara yang berdaulat yang sempadannya ditentukan oleh AS. Harapan mereka ini adalah umpama seseorang yang dahaga menghulurkan tangannya ke dalam sebuah perigi yang sangat dalam dan mengharapkan agar dapat menikmati airnya. Walhal, kedatangan Bush adalah untuk menyejukkan kemarahan Israel dan memastikan keselamatan puak kafir Zionis sahaja (sebelum beliau berundur dari kerusi presiden), bukannya datang untuk memberi dan menjamin sebuah negara Palestin berdaulat. Mereka (Pihak Berkuasa Palestin) kononnya inginkan negara berdaulat, malah sebaliknya, isu perpindahan warga Yahudi yang mereka besar-besarkan itu pun mungkin akan dikompromikan oleh mereka sendiri, agar Yahudi boleh tinggal berjiran dengan mereka di tanah yang dipilih oleh Yahudi. Dalam hal ini, Bush dengan jelas dan lantang mengatakan bahawa, “Kita tidak boleh menghendaki Israel menerima kewujudan sebuah negara di sempadan mereka yang akan menjadi tapak untuk melancarkan aktiviti keganasan” kata Bush pada hari pertama lawatan tiga harinya ke Israel dan Tebing Barat [UM 11/01/08]. Entah di manakah letaknya maruah dan kejantanan PA apabila mereka dengan begitu jelas dan nyata diperbodohkan oleh Bush yang terang-terang bercakap bagi pihak dan demi menjaga kepentingan Israel!

Ada pun berkenaan inisiatif Bush untuk mewujudkan Negara Palestin yang merdeka, si laknatullah ini sendiri sedar sepenuhnya bahawa tahun pilihanraya bukanlah tahun yang baik untuk meneruskan ‘projek’ ini. Sebenarnya sebelum memulakan lawatannya pun, Bush yang kafir ini telah menegaskan bahawa “Even if the Palestinian and Israeli leaders do not reach an agreement before the end of the year, I am hopeful that we can lay the general broad line for a Palestinian state” (Jika pun pemimpin Palestin dan Israel tidak dapat mencapai kata sepakat sebelum akhir tahun ini, saya berharap kita akan dapat meletakkan satu garis umum untuk Negara Palestin”). Apakah maksud ‘garis umum’ jika bukan ‘proses rundingan demi rundingan’ (yang memalukan Islam) dengan Zionis yang berakhir dengan satu demi satu terlepasnya tanah Palestin ke tangan Yahudi yang terlaknat itu??

Sepanjang seminggu dia berada di Timur Tengah, telah nyata bahawa lawatan Bush ke Palestin adalah untuk memastikan keselamatan Israel yang terkenal penakut itu sekali gus untuk menenangkan mereka (Israel) dan agar mereka tetap berada bersama (menyokong) Bush dalam isu nuklear Iran. Telah nyata juga bahawa lawatan Bush ke negara-negara Teluk adalah untuk menutup mulut Demokrat yang celupar menuduh AS dibenci di negara-negara yang kaya dengan minyak itu. Manakala penutup lawatannya ke Mesir bertujuan untuk membuktikan Republikan masih mendapat sokongan, tidak sebagaimana tuduhan Demokrat.

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya Bush telah berkempen untuk pilihan raya dengan memperalatkan tanah-tanah kita. Bush telah mempergunakan tanah Palestin yang diberkati, tanah negara teluk yang penting dan penuh strategik dan juga bumi yang penuh dengan sejarah Islam, Mesir untuk kepentingan politiknya. Sejak keruntuhan Daulah Khilafah, tanah-tanah kita bukan sahaja telah dikecilkan (dijadikan nation-states) dan dijadikan matlamat ‘dasar luar’ AS, malah telah dijadikan agenda politik dalaman mereka juga. Segala aib dan penghinaan ini tidak akan berlaku jika tidak kerana pemimpin-pemimpin pengkhianat di kalangan umat Islam yang telah menjual dan mempersembahkan bukan sahaja diri/negara mereka kepada AS, namun menjadikan kita semua sebagai habuan untuk santapan AS. Semoga Allah melaknat mereka atas perbuatan keji mereka itu!

Bersangka Baik Dengan Musuh Allah?

Hanya orang yang buta, bisu dan pekak sahaja yang tidak tahu akan cita-cita Bush untuk menguasai Timur Tengah. Timur Tengah mempunyai limpahan kekayaan yang diperlukan oleh orang yang bernafsu serakah seperti Bush. Kejayaan menguasai Timur Tengah bermakna kejayaan menguasai dunia. Oleh kerana negara-negara Timur Tengah adalah diperintah oleh kaum Muslimin, justeru satu-satunya jalan untuk menguasai segala kekayaan Timur Tengah adalah dengan ‘menguasai’ para pemerintahnya. Hanya orang yang benar-benar jahil sahajalah yang tidak mengetahui bahawa Bush berkehendak (dan dia telah berjaya) menjadikan pemimpin di Timur Tengah (dan pemimpin umat Islam lainnya) berada di bawah telunjuknya. Inilah hakikat dan implikasi dari ideologi Kapitalisme yang dianut oleh Bush. Penjajahan merupakan metode baku penyebaran ideologi yang kotor dan rakus yang dikembangkannya ini. Ideologi Kapitalisme secara mendasar melekatkan sifat mementingkan diri sendiri, kebencian, permusuhan, tamak, haloba, menindas, menjajah dan memperhamba manusia lain dalam diri setiap penganutnya, apalagi negara seperti AS yang menjadi pengembang aktif dan pemimpin ideologi kufur ini di peringkat dunia.

Atas dorongan ideologi kufur Kapitalisme dengan akidah sekular yang memisahkan agama dari kehidupan, maka sifat ingin menguasai dan merampas segala kekayaan orang lain telah sebati dengan pemimpin kufur seperti Bush ini. Sebagai seorang kafir harbi pengembang ideologi yang bertentangan dengan Islam, kebenciannya terhadap Islam dan kaum Muslimin, khususnya gerakan Islam yang boleh menggugat kepentingannya, memang sudah tidak dapat diselubungkan lagi. Namun kebijakan AS dalam percaturan politik dengan melekatkan label pengganas atau ekstremis kepada umat Islam yang dibencinya, ditambah dengan kekuatan ketenteraan yang dimilikinya, telah berjaya menundukkan semua pemimpin umat Islam agar ‘bersama’ dengannya, dan ‘tidak bersama’ dengan musuhnya. Bukan setakat itu, pemimpin Islam yang telah berjaya diletakkan di bawah ketiaknya malah terus bersangka baik dengan Bush kerana Bush dianggap ketua dan ‘hero’ di dalam menangani pengganas dan ekstremis. Lebih parah, Bush bukan sahaja dianggap tidak membenci agama Islam, malah dianggap ingin membantu umat Islam!!! Justeru, para pemimpin ini berusaha untuk membina jambatan penghubung di antara dunia Islam dan dunia Barat. Pemimpin ini seolah-olah telah hilang ingatan bahawa ‘perang melawan pengganas’ yang dilancarkan oleh Bush adalah bermaksud ‘perang melawan Islam’. Begitu jelas hakikat ini di mana musuh Allah ini menyatakan tanpa bertapis bahawa war on terror adalah a new crussade (Perang Salib baru). Apalagi yang dimaksudkan dengan crusade jika bukan perang berdasarkan agama, yakni melawan agama Islam dan kaum Muslimin yang dibencinya?

Sesungguhnya kebencian dan permusuhan Bush serta pemimpin kafir Barat lainnya terhadap Islam adalah teramat nyata dan sudah terang lagi bersuluh. Beratus buah buku boleh dikarang jika mahu mengutip kata-kata dan tindakan pemimpin kafir Barat terhadap Islam dan kaum Muslimin. Namun, pemimpin kaum Muslimin yang sudah tidak tahu malu masih tetap berpelukan dengan musuh Allah dan Rasul ini. Bahkan ada di kalangan mereka yang tetap mempertahankan bahawa Barat yang kafir itu tidak membenci atau tidak sepatutnya membenci Islam dan umat Islam. Mereka seolah-olah tidak membaca dan meyakini ayat-ayat Allah bahawa,
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” [TMQ al-Baqarah:120].
“...mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu, mereka suka apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi.” [TMQ Ali Imran (3):118].
“..mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka mampu” [TMQ al-Baqarah (2):217].

Demikian jelas dan nyata apa yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran, namun kita menyaksikan ramai pemimpin Islam yang masih mengambil kafir Barat sebagai sahabat dan tidak kurang yang berjuang untuk merapatkan jurang perbezaan antara Islam dan Barat. Perdana Menteri Malaysia contohnya, beberapa hari lepas, semasa berucap di Madrid Sepanyol menyatakan bahawa, Islam tidak boleh dijadikan penyebab atau punca berlakunya perbalahan yang melanda dunia Islam dengan dunia Barat. Beliau berucap pada Forum Tahunan Pertama Perikatan Ketamadunan yang diadakan di Madrid dengan matlamat untuk merapatkan jurang antara negara dan budaya di seluruh dunia serta membentuk perkongsian baru bagi menggalakkan persefahaman sejagat. Menurut beliau, masalah yang berterusan di Afghanistan, Iraq, Bukit Golan di Syria, Lebanon dan Palestin berpunca daripada sikap menunjuk-nunjuk oleh kuasa besar dunia. “Akibatnya, masyarakat Islam berasa terhina dan ini menjadi punca utama mereka hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Barat,” tegas beliau [UM 16/01/08]. Sebagai sumbangan berterusan kepada proses membangunkan antara budaya dan tamadun, beliau berkata Malaysia akan menganjurkan persidangan antarabangsa ketiga mengenai Dunia Islam dan Barat: Merapatkan Jurang pada Jun tahun ini. “Adalah menjadi harapan kami bahawa persidangan Kuala Lumpur ini akan melengkapi dan mengukuhkan usaha- usaha lain yang sedang berjalan,” kata Abdullah [Bernama 16/01/08].

Kita terkejut dan terkedu apabila ada pemimpin Islam yang bercakap dan bertindak seolah-olah tidak memahami bahawa sememangnya sejak dulu golongan kuffar ini membenci kita kerana ‘agama’ kita (Islam), bukannya kerana perbezaan warna kulit, bangsa, adat mahupun budaya. Adat dan budaya Arab berbeza dengan Afghanistan, warna kulit orang Iran berbeza sama sekali dengan orang Afrika, adat dan budaya Afrika pula jelas berbeza dengan Bosnia dan adat serta budaya Bosnia langsung tidak sama dengan Indonesia atau Malaysia. Namun, oleh sebab kita semua adalah beragama Islam, hakikat inilah yang dibenci oleh kuffar Barat. Mereka melakukan pembunuhan demi pembunuhan, pembantaian demi pembantaian bukan kerana perbezaan bangsa kita, adat mahupun budaya kita, tetapi kerana persamaan yang wujud di antara kita (yakni) sebagai umat Islam, umat yang memiliki akidah yang satu. Inilah yang menjadi punca kebencian mereka dan Allah telah menerangkan bahawa kebencian mereka (terhadap Islam dan kaum Muslimin) ini tidak dapat dicabut dari jiwa-jiwa kotor mereka hingga kiamat.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Allah Subhanahu wa Ta’ala mengingatkan kita bahawa, “Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagi kamu” [TMQ an-Nisa’ (4):101]. Justeru, layanan yang selayaknya untuk Bush yang kafir adalah layanan sebagai seorang musuh. Tangan Bush yang dipenuhi dengan darah kaum Muslimin tidak sepatutnya dijabat oleh umat Islam. Kaki Bush yang hina tidak sepatutnya dibenar memijak tanah Palestin yang penuh berkat. Hati Bush yang busuk dan badannya yang dipenuhi najis tidak sepatutnya dibenar menghirup udara di tanah kelahiran Rasulullah. Malangnya kerana ada para pemimpin pengkhianat umat, maka tangan-tangan hina mereka dihulur untuk berjabat dan menadah dengan penuh gembira menyambut kedatangan musuh Allah ini. Bumi yang Allah berkati mereka kotorkan, bumi para Nabi mereka cemarkan, tanah tempat tinggal para Rasul mereka palitkan dengan najis dari musuh Allah dan musuh Rasul ini. Sungguh keji dan hina apa yang telah mereka lakukan. Dengan sambutan permaidani merah yang diberikan oleh pemerintah ke atas lawatan Bush laknatullah ini, para pemerintah ini nampaknya telah menggadaikan maruah mereka dan tanah kita semua kepada musuh Allah. Timur Tengah bukan milik Bush. Palestin bukanlah tanah yang mana Bush ada kata putus atasnya. Palestin bukanlah tanah yang boleh ditawar-menawar dengan puak Yahudi yang dilaknat oleh Allah. Selama mana Palestin diperintah oleh tangan-tangan yang mengkhianati Allah dan Rasul, selama itulah umat Islam akan berada dalam kehinaan. Selama mana negeri-negeri umat Islam diperintah oleh tangan-tangan pemimpin yang mengkhianati kaum Muslimin, selama itulah bumi Palestin akan terus diambil oleh Israel sedikit demi sedikit. Selama mana pemimpin yang ada tidak melancarkan jihad untuk membebaskan Palestin, selama itulah tanah yang diberkati ini akan diinjak inci demi inci oleh kaki-kaki hina Yahudi yang penuh dengan noda dan dosa.

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya satu-satunya jalan yang akan mengembalikan maruah dan kesucian tanah israk dan mikrajini adalah dengan bergeraknya kaki-kaki tentera Islam yang cintakan Allah dan Rasul dan yang tidak takut kecuali hanya kepada Allah. Hanya dengan kedatangan tentera-tentera ini sahajalah, yang akan dipimpin oleh seorang pemerintah yang juga cintakan Allah dan Rasul dan kaum Muslimin, yang mana pemerintah ini nanti akan membawa tenteranya meredah segala daratan dan lautan, merentasi segala jurang dan lurah, melintasi segala gunung dan padang pasir untuk mencari salah satu dari dua kebaikan yakni kemenangan atau pun syahid di jalan Allah. Insya Allah, inilah Khalifah – pemimpin kaum Muslimin sedunia yang akan menggerakkan tenteranya untuk mengembalikan kemuliaan umat Islam dan membebaskan tanah-tanah kaum Muslimin dari cengkaman kuffar penjajah dan juga dari para pemimpin kaum Muslimin yang khianat. Di bawah naungan Khalifah inilah kaum Muslimin akan bersatu, bergabung, berjihad dan mengebarkan bendera La ilaha illallah Muhammad Rasulullah yang mana beliau nanti akan bertindak menjadi perisai dan pelindung kepada orang di bawahnya. Demi Allah! Bumi Palestin, dengan izin Allah, akan dibebaskan dan sesungguhnya keseluruhan tanah umat Islam akan dibebaskan apabila Khilafah ala minhaj nubuwwah kembali menguasai dan memimpin umat Islam seluruh dunia! ALLAHU AKBAR!





HUKUM ISLAM DIWAJIBKAN KE ATAS SELURUH UMAT MANUSIA

by AURA JIHAD

Mukadimah tahun baru 2008 dibuka dengan berita sensasi senario politik negara yang melibatkan rakaman cakera video digital (DVD) skandal seks Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan seorang wanita. Ramai yang melihat keadaan ini sebagai suatu tamparan hebat kepada parti BN, khususnya di saat-saat pilihan raya yang semakin hampir. Naib Presiden MCA itu telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa beliau adalah orang yang terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang diakuinya sebagai ‘kawan baik’. Salinan DVD perlakuan seks itu sebelum ini diedarkan secara meluas di Johor, khususnya di Batu Pahat dan Muar. Bagaimanapun, di sebalik pengakuan terbuka tersebut, Menteri Kesihatan itu menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti [UM 01/01/08]. Namun, sehari selepas itu, Chua Soi Lek telah mengumumkan peletakan semua jawatannya sama ada di dalam kerajaan mahupun dalam MCA. Ini adalah kes yang pertama seumpamanya di Malaysia di mana seorang menteri mengaku mengadakan hubungan seks luar nikah (berzina) secara terbuka.

Kisah skandal seks di kalangan menteri atau pun orang-orang politik bukanlah suatu yang baru di Malaysia, tidak kiralah samada ia melibatkan orang Islam atau bukan Islam. Sebab itulah kisah Chua Soi Lek ini, walaupun agak menggemparkan, tidaklah memeranjatkan. Apa yang ‘baru’ di sini ialah pengakuan secara terbuka yang dibuat oleh Soi Lek. Juga, suatu yang baru apabila ramai penyokong Soi Lek yang memberikan sokongan dan dorongan kepada beliau, malah beliau dilayan sebagai seorang ‘hero’ kerana pengakuannya ini. UMNO bahagian Labis awal-awal lagi turut serta dalam memberi semangat dan sokongan padu kepada beliau, diikuti pula oleh tidak kurang ramainya ahli-ahli politik BN, termasuk menteri yang memuji tindakan berani Soi Lek ini. Masya Allah! Seorang penzina yang telah mengaku secara terang-terang melakukan perbuatan kejinya, kini dianggap dan dilayan sebagai seorang hero, hanya kerana ‘pengakuan ikhlas dan berani’ yang dibuatnya. Di manakah pertimbangan manusia, khususnya mereka yang beragama Islam di dalam masalah ini? Ada juga di kalangan umat Islam yang melihat bahawa isu ini hanyalah satu kesalahan moral atau kesalahan peribadi orang yang terlibat kerana apa yang dilakukan oleh Soi Lek (berzina) itu ‘dibolehkan’ oleh agamanya (tidak ada hukuman). Pandangan ini sejajar dengan pandangan Perdana Menteri Malaysia yang menyifatkan ‘...apa yang berlaku adalah berkaitan (hal) peribadi beliau’ [UM 02/01/08].

Pengakuan zina, tidak kiralah dilakukan oleh siapa pun, baik seorang menteri atau pun rakyat, baik lelaki ataupun perempuan, baik Muslim ataupun non-Muslim, adalah satu perkara yang wajib diperhatikan oleh setiap Muslim, apatah lagi pemerintah. Dalam pandangan Islam, zina adalah satu perbuatan yang keji dan merupakan satu kesalahan yang wajib dihukum (hudud), tidak kiralah pelakunya seorang yang berpangkat besar atau kecil atau seorang yang tidak berpangkat sekalipun. Pemerintah malah wajib memerhatikan hal ini dengan lebih serius kerana mereka adalah orang yang sepatutnya menjalankan hukum (hudud) ke atas penzina ini. Malangnya pemerintah hanya menganggap kes zina ini adalah kesalahan moral ataupun hal peribadi sahaja! Sebahagian besar umat Islam juga mempunyai tanggapan dan pemahaman yang salah tentang (hukuman) zina yang dilakukan oleh orang kafir, sehingga mereka tidak memandang kes ini wajib diselesaikan dengan hukum Islam. Sautun Nahdhah kali ini akan menjernihkan pemikiran mereka yang telah terpesong dari kefahaman yang sebenar menurut Islam.

Apakah Orang Kafir Terkena Hukum Islam?

Persoalan sama ada orang kafir terkena hukum Islam atau tidak sebenarnya tidak pernah timbul dalam benak kaum Muslimin generasi awal mahupun generasi setelahnya. Kaum Muslimin dahulu benar-benar faham bahawa satu-satunya hukuman yang wajib ke atas manusia adalah hukum Allah. Allah adalah Pencipta manusia dan Allah-lah Yang Maha Mengatur dan Maha Menghukum. Inilah yang difahami dan diterapkan oleh umat Islam berabad-abad lamanya. Namun, setelah kelemahan berfikir melanda umat Islam dan negeri-negeri kaum Muslimin satu per satu jatuh ke tangan penjajah kuffar, maka di negeri-negeri kaum Muslimin ini telah diterapkan sistem kufur/sekular penjajah. Setelah mereka memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri ini, pemimpin sekular yang telah dilantik oleh kuffar penjajah ini tetap meneruskan undang-undang kufur penjajah di samping sedikit penerapan undang-undang Islam dalam hal ibadat dan kekeluargaan sahaja. Hasilnya, kaum Muslimin, termasuklah golongan ulama telah terbiasa dan ‘terbius’ dengan kefahaman bahawa undang-undang Islam hanyalah untuk orang-orang Islam sahaja, manakala orang-orang kafir dibiarkan mengamalkan undang-undang kafir. Betapa terpesongnya pemikiran di kalangan ulama ini, sehingga ada antara mereka yang beranggapan bahawa undang-undang kufur (yang dibuat oleh negara) tetap terpakai ke atas umat Islam manakala orang kafir pula sekali-kali tidak boleh dikenakan undang-undang Islam ke atas mereka. Apatah lagi di dalam sebuah negara yang bermasyarakat majmuk, para pemimpin dan ulama yang ada terus ‘dikuasai’ oleh pemikiran kufur bahawa undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan ke atas orang-orang kafir, bukan setakat kerana ia tidak terpakai, malah tidak boleh dilaksanakan kerana perlu ‘menjaga hati’ orang kafir. Inilah di antara kejayaan kuffar Barat di dalam memasukkan racun sekular mereka ke dalam tubuh umat Islam.

Setelah sistem demokrasi-pilihan raya diperkenalkan oleh Barat ke atas negeri-negeri umat Islam dan setiap orang kafir diberi hak mengundi untuk memilih wakil rakyat, maka para pemimpin dan ulama Islam terjerat sekali lagi di mana untuk mereka meraih pemerintahan, mereka mesti mendapat sokongan/undi dari orang kafir, maka ‘hati’ orang kafir perlu dijaga agar menyokong/mengundi mereka. Oleh sebab sebahagian besar orang kafir (sekarang) tidak mahu atau tidak suka kepada undang-undang Islam, maka usaha-usaha dilakukan untuk memberi kefahaman kepada orang kafir bahawa undang-undang Islam tidak terkena ke atas mereka. Jadi, tidak hairanlah jika ramai di kalangan umat Islam yang, walaupun sayangkan Islam, namun oleh kerana sudah lama hidup dalam sistem sekular di mana racun ini sudah menjadi sebati dalam diri mereka, memahami bahawa hukum Allah ini hanyalah untuk orang Islam semata-mata, manakala orang kafir tidak terkena hukum Allah, tetapi diberi alternatif. Mereka menyatakan bahawa perlaksanaan hukum hudud, qisas dan ta'zir hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja manakala penduduk bukan Islam diberi pilihan sama ada hendak menerima hukum tersebut atau tetap berhukum dengan hukum kufur. Untuk menyokong pendapat ini, mereka beristidlal dengan firman Allah,

“Jika mereka datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah dari mereka. Jika kamu berpaling dari mereka, maka mereka tidak memberi mudharat kepadamu sedikitpun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil” [TMQ al-Maidah (5):42].

Mereka seterusnya menafsirkan ayat ini bahawa Allah memberi pilihan kepada orang kafir sama ada untuk menerima hukum hudud, qisas dan ta'zir atau memilih untuk berhukum dengan hukum mereka (hukum kufur). Lafaz “fa in ja’uka fahkum bainahum au a’ridh anhum” (jika mereka datang kepada mu, maka putuskanlah di antara mereka atau berpaling dari mereka) mereka tafsirkan sebagai ‘pilihan’ yang diberi kepada ‘orang kafir’ sama ada untuk berhukum dengan hukum Islam atau pun hukum kufur. Oleh yang demikian, mereka telah menyatakan bahawa orang kafir yang tinggal dalam negara Islam tidak terkena hukum Islam, kecuali orang kafir itu sendiri memilih untuk berhukum dengan hukum Islam.

Mengkaji dengan teliti dari aspek mafhum, mantuq dan juga asbabunuzul ayat di atas, maka kita dapati bahawa tafsiran yang dibuat adalah amat salah dan mengelirukan. Dari segi lafaz itu sendiri, kita memahami bahawa:

(i) Allah memberi pilihan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) bukannya kepada orang kafir; dan
(ii) Pilihan yang diberi itu adalah sama ada untuk menghukum orang kafir (fahkum) dengan hukum Islam atau berpaling dari mereka (a’ridh), bukannya pilihan untuk berhukum dengan hukum Islam atau berhukum dengan hukum kufur. ‘Berpaling’ maksudnya tidak menghukum (membiarkan) mereka.

Secara ringkasnya dapat kita simpulkan bahawa ayat ini ditujukan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) dan Allah memberi dua alternatif kepada Rasul sama ada ingin menghukum kesalahan mereka dengan hukuman Allah atau membiarkan mereka tanpa dihukum. Untuk menjelaskan lagi perkara ini, kita boleh melihat pandangan beberapa ulama muktabar berkenaan dengan hukum fiqh yang mereka istinbat dari ayat ini:-

Ibnu Kathir menyatakan: Jika mereka (orang kafir) datang kepada kamu (iaitu) untuk meminta pengadilan dari kamu, maka hakimilah antara mereka, atau biarkan mereka. Jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun. Maka tidak mengapa untuk kamu tidak mengadili persengketaan di antara mereka kerana sebenarnya mereka tidak berniat untuk berhukum kepada kamu berdasarkan hak, tetapi mereka inginkan apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka [Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azhim]. Qusairy menyatakan: Tidak wajib ke atas kita untuk mengadili di antara mereka bila mereka bukan kafir zimmi tetapi kita boleh mengadili mereka jika kita mahu [Imam Al-Qurthubi, Al-Jami’li Akhamil Quran]. Sa'id bin Jubair menjelaskan: Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka atau berpalinglah dari mereka. Dalam ayat ini Allah memberikan keluasan bagi seorang hakim untuk memilih antara memutuskan perkara mereka atau tidak menghukum, dan membiarkannya terkontang-kanting [Ibnu Jawzi, Nawasikhul Qur’an].

Dari aspek asbabun nuzul ayat di atas, kita akan lebih memahami maksud ayat tersebut dengan benar apabila melihat kepada sebab penurunan ayat ini di tambah dengan memahami kedudukan/aspek geo-politik orang kafir (Yahudi) yang disebutkan di dalam ayat tersebut. Imam Sayuthi menjelaskan,

“Seorang lelaki dari suku Yahudi di Fadak telah berzina, lalu orang-orang Fadak menulis surat kepada Yahudi di Madinah supaya bertanya kepada Muhammad Sallallahu ‘alihi wa Sallam tentang hukum orang yang berzina itu. Jika Muhammad memerintah untuk disebat, maka terimalah, tetapi jika Muhammad memerintah untuk direjam, maka tolaklah. Orang Yahudi bertanya dan Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam pun menjawab akan mereka, lalu sebagaimana dinyatakan di dalam hadis, turunlah ayat “Jika mereka datang kepadamu, maka hukumlah mereka atau berpaling dari mereka” [Imam Sayuthi, Tafsir Jalalain & Kitab Lubabunuqul Fi Asbabinuzul].

Kita perlu memahami bahawa Fadak adalah sebuah kota di utara Hijaz, tidak jauh dari Khaibar dan berada di luar dari Daulah Islam Madinah. Jauhnya 2-3 hari perjalanan menaiki unta dari Madinah. Kota ini sekarang telah ditukar namanya kepada Kampung Huwayyit (berkedudukan di luar Madinah). Jarak sebenar antara Madinah (24°27’U, 39°37’T) dan Huwayyit (25°35’U, 40°22’T) lebih kurang 150 km dengan pengukuran secara rentas. Berdasarkan hal ini, kita perlu faham bahawa Yahudi yang dimaksudkan dalam ayat di atas bukan Yahudi dari kafir zimmi (kafir yang tinggal dalam Daulah Islam) tetapi mereka adalah dari kelompok Yahudi yang tinggal di luar Madinah (bukan warganegara Daulah). Dengan kata lain, ayat di atas adalah khusus untuk kes kafir warga asing yang ingin berhukum dengan hukum Islam, bukannya ayat berkenaan kafir warganegara Daulah (kafir zimmi).

Di sini satu lagi kesalahan pihak yang menafsirkan ayat di atas apabila mereka tidak melihat akan fakta ini. Hukum ke atas kafir zimmi (kafir warganegara Daulah) berbeza dengan hukum ke atas kafir yang bukan warganegara Daulah. Oleh itu, adalah satu kesalahan fatal apabila menjadikan ayat ini sebagai dalil untuk menunjukkan bahawa kafir yang tinggal dalam negara (zimmi) tidak terkena hukum Allah. Kafir zimmi, sebagaimana yang akan kami terangkan nanti, adalah terikat dengan hukum Islam, tidak sebagaimana kafir yang bukan warganegara. Bagi kafir yang tinggal di luar Daulah Islam, tetapi mereka ingin berhukum dengan hukum Daulah (hukum Allah), maka Ketua Negara boleh memilih untuk menghukum mereka (dengan hukum Allah), atau membiarkan mereka (tidak menghukum). Tetapi Ketua Negara sekali-kali tidak dibenarkan menghukum mereka mengikut hukum mereka/kufur. Jika kita menghukum mereka mengikut hukum kufur, maka ini adalah satu dosa dan keharaman kerana kita telah berhukum bukan dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah. Seseorang itu boleh menjadi kafir, zalim atau fasik sekiranya tidak memutuskan hukum dengan apa yang Allah telah turunkan (lihat Surah al-Maidah [5]:44, 45 & 47).

Dalam banyak ayat lain lagi, Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan bahawa haram bagi orang Islam untuk memutuskan hukum selain dengan Kitabullah. FirmanNya, “Maka putuskanlah perkara atas mereka menurut apa yang Allah turunkan (hukum Islam), dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran (hukum Islam) yang telah datang kepadamu” [TMQ al-Maidah (5):48]. Allah juga berfirman, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” [TMQ an-Nisa (4):105]. Ayat-ayat ini berbentuk umum dan ada ayat yang mana Allah menggunakan lafaz “manusia” yang menerangkan kepada kita bahawa, dalam keadaan kita mengadili sesuatu kes atau ingin menghukum, maka hukum Allah-lah satu-satunya hukum yang wajib dilaksanakan ke atas semua manusia (bukannya ke atas orang Islam sahaja) dan langsung tidak ada kebenaran/perintah dari Allah untuk kita (orang Islam) berhukum atau menghukum manusia dengan hukum selain hukum Allah.

Kafir Zimmi Wajib Terikat Dengan Hukum Islam

Kewajiban melaksanakan hukum Islam ke atas kafir zimmi merupakan satu perkara yang teramat jelas di dalam Islam. Tidak ada khilaf di kalangan ulama tentangnya dan kafir zimmi yang telah hidup di dalam Daulah Islam selama lebih 13 abad pun mematuhi hal ini. Kita perlu memahami bahawa hukum Islam adalah hukum Negara, bukannya hukum ke atas individu Muslim sahaja. Contoh yang mudah sahaja seperti hukum potong tangan untuk si pencuri – ini adalah hukum negara di mana tidak kiralah sama ada pencuri itu Muslim atau kafir, maka wajib dipotong tangannya. Begitu jugalah dengan hukum rompak, bunuh, judi, riba, rogol, zina dan sebagainya. Hukum Islam adalah hukum yang wajib diterapkan oleh pemerintah ke atas setiap warganegara. Di dalam kehidupan Daulah Islamiyyah, orang-orang kafir zimmi (sesuai dengan akad zimmah dengan Negara Daulah) hanya dibolehkan menjalankan hukum-hakam yang berhubungan dengan akidah, ibadah, makanan, perkahwinan, kematian dan sejenisnya menurut hukum-hakam agama mereka, asalkan tidak menam¬pakkan syi'ar-syi'ar agama mereka di hadapan kaum Muslim. Namun, dalam perkara yang menyangkut hukum-hakam umum iaitu mua’malat dan uqubat (hudud, qisas, ta’zir dan mukhalafat), maka atas mereka (orang-orang kafir zimmi) diterapkan hukum¬-hakam Islam sepenuhnya. Sebenarnya kedudukan mereka sebagai warganegara Daulah Islamiyah adalah sama dengan kaum Muslimin dari aspek hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Surah al-Maidah (5):48 dan juga an-Nisa (4):105 di atas sudah cukup menunjukkan bahawa hukum-hukum Islam itu wajib dilaksanakan ke atas seluruh warga negara, sama ada Muslim mahupun kafir zimmi.

Teramat salahlah pandangan yang menyatakan bahawa kafir zimmi tidak terikat dengan hukum Islam. Sungguh jauh dari kebenaran pandangan ini dan teramat ganjil sekali. Apa tidaknya, istilah dan pengertian ‘zimmi’ itu sendiri bermaksud “perlindungan yang diberikan kepada mereka kerana ketundukan mereka kepada hukum-hakam Daulah (hukum Islam)”. Status ‘zimmi’ (perlindungan) diberikan kepada mereka sebagai balasan dari ‘jizyah’ yang mereka bayar kepada Daulah. Dan jizyah ini adalah hukum Islam, bukan hukum kufur. Jadi, bayaran jizyah yang dikenakan ke atas kafir zimmi ini adalah terlalu jelas dan nyata dan secara automatiknya menunjukkan kepada kita bahawa kafir zimmi wajib mengikut atau tunduk kepada hukum Islam. Dengan kata lain, jika kafir zimmi tidak tertakluk kepada hukum Islam, maka tidak perlulah mereka membayar jizyah. Dan hal ini demi Allah sesungguhnya tidak akan terjadi (kerana kafir zimmi wajib membayar jizyah dengan maksud mereka wajib tunduk kepada hukum Islam). Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan tunduk patuh” [TMQ at-Taubah (9):29].

Apabila orang-orang kafir zimmi menolak untuk dihukumi dengan hukum-hakam Islam, maka Khalifah wajib memaksa mereka untuk tunduk. Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam pernah menulis surat kepada penduduk Najran yang beragama Nasrani, dengan kalimat yang amat tegas sekali, di mana sabda baginda, “Sesungguhnya siapa saja di antara kalian yang melakukan transaksi (jual beli) dengan riba, maka tidak ada lagi perlindungan (zimmah) atasnya.” Kedudukan penduduk Najran waktu itu adalah sebahagian dari Daulah Islamiyyah. Selain ini, terdapat banyak hadis yang jelas menunjukkan bahawa orang-orang kafir yang hidup di dalam Daulah Islam adalah dihukum menurut hukum Islam atas kesalahan yang telah mereka lakukan. Dalam sebuah hadis riwayat dari Anas, “Seorang Yahudi telah menyepit kepala seorang perempuan dengan dua buah batu. Kemudian ditanyakan kepadanya siapakah yang melakukannya? Ia menjawab, ‘sifulan atau sifulan’ dengan menyebut nama seorang Yahudi. Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam bertanya, ‘Apakah engkau telah menyepit kepalanya?’ Yahudi itu akhirnya mengakui perbuatannya. Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam memerintahkan untuk menyepit kepala Yahudi itu dengan dua buah batu (iaitu membunuhnya)”. Dalam riwayat Muslim disebutkan, “...maka ia dibunuh lantaran ia datang kepada Nabi dengan menyerahkan jiwanya”

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, “Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam telah pun menghukum rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai persetubuhan melalui perkahwinan di dalam agamanya”. Imam Nawawi dalam Minhaj At-Thalibin menyatakan, “Dan had (hudud) untuk penzina muhsan, mukallaf yang merdeka adalah rejam. Syarbini berkomentar menjelaskan ungkapan ini, “..kerana Nabi telah merejam dua orang Yahudi sebagaimana diriwayatkan dalam Sahihain, dalam tambahan riwayat Abu Daud, ‘mereka berdua adalah muhsan’. Tambahan lagi, akad zimmah adalah syarat untuk melaksanakan hudud ke atas zimmi, bukan kerana statusnya muhsan” [Nihayat Muhtaj VII:427].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Teramat banyak dan nyata sekali dalil di dalam Al-Quran dan juga Al-Hadis yang menunjukkan bahawa hukum Islam terpakai ke atas orang kafir. Adalah wajib ke atas pemerintah menghukum pesalah ini dengan hukum Allah. Orang kafir yang berzina, mencuri, membunuh, makan riba dan sebagainya wajib dihukum dengan apa yang telah Allah turunkan. Teramat jelas juga berdasarkan Quran dan Sunnah bahawa menghukum orang kafir berdasarkan undang-undang kufur adalah haram dan berdosa dan merupakan satu kemaksiatan kepada Allah. Konsep dualisme hukum/undang-undang yang ada sekarang adalah sama sekali bercanggah dengan nas kerana Allah sama sekali tidak membenarkan umat Islam untuk memutuskan hukum dengan selain hukumNya. Hukum Allah wajib diambil dan dilaksanakan sebagaimana yang Allah perintahkan, bukannya diambil atau dilaksanakan berdasarkan kehendak atau apa yang disukai oleh orang kafir. Janganlah sekali-kali kita sebagai umat Islam terjerat dengan sistem kufur-sekular yang ada sehingga kita mengambil hukum Allah sebagai alat untuk mengambil hati orang-orang kafir. Ingatlah akan firman Allah,

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):49].




PENUTUP JENDELA 2007 : TAMATNYA RIWAYAT BENAZIR

by AURA JIHAD

Pada 27 Disember lepas, dunia telah dikejutkan dengan kejadian pembunuhan ke atas bekas Perdana Menteri Pakistan sebanyak dua kali, Benazir Bhutto. Peristiwa yang menggegarkan ini sekali gus telah menjadi penutup kepada jendela dunia tahun 2007. Benazir terbunuh dalam satu serangan berani mati yang turut mengorbankan kira-kira 20 penyokongnya selepas menyampaikan ceramah kempen pilihan raya di Rawalpindi. “Beliau meninggal dunia pada pukul 5.25 petang (8.25 malam waktu Malaysia) di Hospital Umum Rawalpindi,” kata jurucakap Parti Rakyat Pakistan (PPP), Rehman Malik. Dalam kejadian itu, Benazir, 54, dilaporkan ditembak di leher dan dada ketika sedang memasuki kenderaannya. Beliau, ketika itu baru sahaja selesai menyampaikan ceramah kepada beribu-ribu penyokongnya dan sedang berjalan ke arah kenderaannya apabila seorang lelaki menghampirinya dan melepaskan tembakan sebelum meletupkan dirinya [UM 28/12/07]. Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Pakistan kemudiannya mengesahkan yang Benazir bukan mati ditembak tetapi terhantuk pada penahan cahaya matahari di bumbung kenderaan yang dinaikinya sehingga menyebabkan tengkoraknya retak ketika serangan berlaku. Ini kerana tiada sebarang kesan tembakan pada leher dan tubuh beliau [UM 29/12/07].]

Daripada sejumlah video yang dirakamkan pada detik-detik akhir pembunuhan dan telah pun disiarkan oleh banyak stesen televisyen, semua bukti menunjukkan bahawa Benazir telah ditembak dari belakang sebanyak tiga das dan kemudian baru berlaku letupan. Ternyata (berdasarkan video), kematian Benazir adalah kerana tembakan di mana kelihatan dengan jelas rambut dan selendang beliau tersingkap (hasil tembakan) dan beliau terus jatuh. Kesan ‘darah’ yang terdapat di dalam kereta juga dengan secara automatik menafikan yang kematian beliau adalah kerana ‘terhantuk kuat’. Dengan keluarnya banyak video (sebagai bukti) yang memaparkan saat-saat akhir beliau ditembak, kemarahan rakyat khususnya terhadap rejim Musharraf terus meningkat. Penjelasan jurucakap rejim Musharraf nampaknya jelas-jelas merupakan satu ‘penipuan besar’. Tambahan lagi, dilaporkan bahawa tempat kejadian terus ‘dibersihkan’ dengan serta-merta dengan sebersih-bersihnya sehingga saksi-saksi menyatakan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku di situ. Dalam politik kotor yang penuh penipuan dan kekejaman seperti hari ini, ahli-ahli politik dan pemerintah sekular sememangnya sanggup melakukan apa sahaja cara asalkan matlamat mereka tercapai.

Apakah Reaksi Kita?

Mengulas tentang tragedi pembunuhan ini, Presiden rejim Amerika Syarikat (AS) George W. Bush yang berucap di Texas pada hari yang sama terus menyampaikan takziah dan antara lain menyatakan,

“The US strongly condemns this cowardly act by murderer extremists who are trying to undermine Pakistan’s democracy. Those who committed this crime must be brought to justice.....we stand with the people of Pakistan in their struggle against the forces of terror and extremism. We urge them to honour Benazir Bhutto’s memory by continuing with the democratic process for which she so bravely gave her life.” [http://whitehouse.gov] (AS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pembunuh ekstremis yang penakut yang cuba melumpuhkan demokrasi Pakistan. Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan ini mesti di bawa ke pengadilan.....kami berdiri bersama-sama rakyat Pakistan di dalam perjuangan mereka menentang kuasa keganasan dan ekstremisme. Kami menggesa mereka untuk memberi penghormatan bagi mengenangi Benazir Bhutto dengan meneruskan proses demokrasi yang mana Bhutto telah menyerahkan nyawanya dengan begitu berani)

Perdana Menteri UK, Gordon Brown juga turut mengutuk pembunuh Benazir dan menyifatkannya sebagai “cowards afraid of democracy” (pengecut yang takutkan demokrasi). Kata Brown,

“This is a sad day for democracy...Benazir Bhutto was a woman of immense personal courage and bravery. Knowing, as she did, the threats to her life, the previous attempt at assassination, she risked everything in her attempt to win democracy in Pakistan, and she has been assassinated by cowards afraid of democracy. Benazir Bhutto may have been killed by terrorists, but the terrorists must not be allowed to kill democracy in Pakistan. And this atrocity strengthens our resolve that terrorists will not win there, here or anywhere in the world” [http://news.bbc.co.uk]. (Ini adalah hari yang menyedihkan bagi demokrasi...Benazir Bhutto merupakan seorang wanita yang amat teguh dan berani. Walaupun beliau tahu nyawanya terancam, percubaan bunuh terhadapnya sebelum ini, namun beliau telah merisikokan segalanya untuk memenangkan demokrasi di Pakistan, dan beliau telah dibunuh oleh pengecut yang takutkan demokrasi. Benazir Bhutto mungkin telah dibunuh oleh pengganas, tetapi pengganas tidak boleh dibiarkan untuk membunuh demokrasi di Pakistan. Kekejaman ini menguatkan lagi keazaman kita yang teroris tidak akan menang di sana, di sini atau di mana sahaja di dunia)

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau amat terkejut dengan pembunuhan bekas Perdana Menteri Pakistan ini dan mengutuk perbuatan kejam tersebut yang turut membunuh ramai mangsa yang tidak bersalah. Abdullah yang mengucapkan takziah kepada keluarga Benazir dan mangsa-mangsa lain yang terbunuh mahu melihat penjenayah yang melakukan perbuatan kejam itu dibawa ke muka pengadilan. “Tragedi ini merupakan satu perkara yang sungguh menyedihkan. Perbuatan melampau dan ganas seperti itu tidak boleh diterima sama sekali walau di mana sekalipun ia berlaku, tidak kira masa dan tempat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri [UM 29/12/2007].

Sebenarnya rata-rata pemimpin, tidak kira Muslim mahu pun kafir, tidak kira Barat atau Timur akan mengulas dengan bentuk yang hampir sama – sama ada mengutuk pembunuhan, mengaitkan dengan pengganas/ekstremis, memuji Benazir dan mengembalikan demokrasi. Di dalam ucapannya sebaik sahaja mendapat berita yang Benazir dibunuh, Bush dan Brown terus menyelar pembunuh sebagai ‘ekstremis’ yang cuba melumpuhkan demokrasi di Pakistan dan antara inti pati yang penting dalam ucapan mereka adalah agar rakyat Pakistan meneruskan perjuangan Demokrasi sebagai kesinambungan perjuangan Benazir. Inilah sikap hipokrit dan pembohongan Barat yang jelas lagi nyata tentang demokrasi yang dicanangkan ke atas umat Islam, malangnya sebahagian umat Islam masih lagi tenggelam dalam dakapan demokrasi ini. Barat bercakap tentang demokrasi walhal merekalah yang memberi sokongan penuh kepada Musharraf yang diktator. Barat menyeru kepada demokrasi, walhal mereka menyokong Benazir yang (semasa menjadi PM) terkenal rasuah, merampas semua kekayaan umat Islam dan menjadikan Pakistan sebagai miliknya dan suaminya. Kesungguhan seruan Barat agar umat Islam terus memperjuangkan demokrasi ini berjaya mengheret sebilangan dari umat Islam, yang ‘terpukau’ seolah-olah seruan Barat kepada demokrasi ini adalah seruan kepada Islam. Golongan yang terpukau ini masih belum sedar bahawa demokrasi hanyalah sebuah sistem kufur yang dibawa oleh Barat dan oleh kerana itulah Barat bersungguh-sungguh menyeru agar umat Islam memperjuangkan demokrasi! Seruan untuk menerapkan ‘Sistem Demokrasi’ inilah yang Barat harapkan dapat mengalih perhatian umat Islam daripada seruan untuk menerapkan syari’ah dan ‘Sistem Khilafah’.

Walaupun kita tidak perlu menyokong pembunuhan ke atas Benazir, namun dalam masa yang sama, umat Islam tidak seharusnya bersedih atau ‘merasa kehilangan’ di atas kematian seorang diktator dan penindas yang telah menghabiskan hidupnya menggelap dan merampas kekayaan umat. Antara tahun 1999-2000 sahaja, aset Benazir dilapor berjumlah USD1.5 billion, yang terdiri dari akaun bank di seluruh dunia, hartanah, ladang-ladang, firma-firma dan sebagainya [http://www.pakistanthinktank.org/default.php/p/articles/pk/585]. Dari manakah beliau mendapat semua kekayaan ini jika tidak kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri? Tidak ada fakta yang dapat menafikan bahawa Benazir (semasa beliau memerintah Pakistan) hanyalah berkhidmat untuk kepentingan kuffar Barat dan kepentingan diri sendiri, atas nama demokrasi. Kembalinya beliau ke Pakistan sehingga menyebabkan kematiannya kini, sekali lagi adalah di dalam rangka untuk menunaikan baktinya kepada Barat. Baik Benazir, Musharraf mahu pun Nawaz Sharrif, kesemuanya merupakan diktator-diktator yang telah menunjukkan permusuhan secara terbuka terhadap Islam dan umat Islam. Kesemuanya adalah pembenci sistem Islam dan pemuja sistem kufur/sekular. Hidup mereka hanyalah dipersembahkan untuk menjadi hidangan Barat dan penghancuran Pakistan serta umat Islam.

Bunuh Sistem Bukan Bunuh Pemimpin

Kita masih tidak tahu setakat ini siapakah yang menyebabkan kematian Benazir, walaupun berdasarkan bukti ikut-keadaan (circumstancial evidence), Musharraf adalah dalang yang paling disyaki. Pihak doktor yang merawat Benazir telah diberi tekanan hebat agar tidak membuat sebarang kenyataan dan segala rekod perubatan/bedah siasat dilapor telah dirampas serta-merta oleh kerajaan. Penyokong Benazir yang sudah hilang pertimbangan memang terus menyalahkan Musharraf dan Amerika Syarikat (AS) di dalam pembunuhan ini manakala kerajaan Pakistan pula terus menuding jari kepada Al-Qaeda dan Taliban, malah mendakwa mereka kononnya mempunyai bukti mengenainya. Apa pun, Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ingin membuat analisis siapakah dalang di sebalik pembunuhan ini, tetapi apa yang lebih penting untuk diperkatakan ialah tentang hakikat ‘pembunuhan’ pemimpin sekular yang tidak akan menyelesaikan masalah dan juga ‘kesan’ pembunuhan ini ke atas umat Islam di seluruh dunia.

Memang benar ramai di kalangan umat Islam hari ini yang sudah tidak tahan melihat kekejaman dan kezaliman pemimpin sekular yang ada. Bagi umat Islam yang berjuang untuk Islam dan ingin melihat hukum Allah ditegakkan sepenuhnya di atas muka bumi ini, sistem dan pemimpin sekular yang ada sekarang cukup-cukup menyakitkan. Jadi tidak hairanlah jika ada sebahagian dari umat Islam yang benar-benar bencikan pemimpin sekular penyembah Barat ini dan berusaha untuk menghapuskan diktator-diktator ini. Jika benar sekali pun pembunuhan itu dilakukan oleh orang Islam, maka di sini kita tidak perlu dan tidak mahu membela baik si pembunuh mahupun yang dibunuh. Apa yang ingin dan perlu kita lakukan ialah melihat dari aspek ‘realiti’ dan yang lebih penting dari aspek hukum Allah terhadap apa yang berlaku, yakni apakah hal ini akan dapat menyelesaikan masalah umat Islam? Kita tidak mahu melakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri mahu pun kepentingan kelompok-kelompok tertentu. Justeru, walaupun kita teramat membenci pemimpin yang tidak menerapkan Islam, tetapi apalah gunanya jika seseorang itu berjaya membunuhnya walhal hakikatnya masalah umat Islam tetap tidak dapat diselesaikan (dengan pembunuhan tersebut)?

Sistem sekular yang ada hari ini tidak akan wujud kecuali kerana adanya pemimpin yang sekular. Sistem sekular memang sepatutnya dihapuskan kerana ia adalah sistem kufur dan umat Islam wajib menggantikannya dengan sistem Islam. Manakala pemimpin sekular pula, walaupun kita wajib ‘menghapuskannya’, tetapi bukanlah dengan cara membunuhnya. Membunuh seorang pemimpin sekular tidak akan menyelesaikan masalah, malah mungkin boleh menimbulkan banyak lagi masalah. Matinya seorang pemimpin sekular, berpuluh lagi yang lain sedang menunggu giliran mereka untuk menaiki takhta dan bermaharajalela. Pemimpin ini menjadi sekular kerana mereka dikawal oleh hawa nafsu dan dikuasai oleh syaitan, bukannya oleh keimanan dan ketakutan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Pemikiran mereka dipenuhi dengan pemikiran-pemikiran kufur, bencikan Islam, ingin berkuasa, mementingkan diri sendiri, tamakkan kekayaan, cintakan dunia dan takutkan mati. Pemikiran inilah yang perlu dihapuskan dari mereka. ‘Pemikiran kufur’ inilah yang perlu ‘dibunuh’ dan pemikiran kufur ini mesti ‘dibunuh’ dengan ‘pemikiran Islam’. Sekiranya pemikiran kufur ini berjaya dihapuskan dari mereka dan digantikan dengan pemikiran Islam, maka, Insya Allah, mereka akan berubah. Dan apabila mereka berubah (inginkan Islam), maka sistem juga akan berubah. Sistem sekular akan secara automatik mereka hapuskan dan diganti dengan sistem Islam. Pemimpin yang cintakan Islam sudah pasti akan menerapkan sistem Islam.

Nah, walaupun perasaan membuak-buak marahkan pemimpin sekular ada di setiap benak kaum Muslimin yang cintakan Islam, namun perasaan ini hendaklah dipandu mengikut Islam. Memanglah pemimpin sekular yang menerapkan sistem kufur sekarang ini dipenuhi noda dan dosa, tetapi apakah dosa mereka ini boleh dibalas dengan membunuh mereka? Sistem yang rosak inilah yang sebenarnya telah merosakkan umat Islam dan merosakkan bumi Allah ini. Jadi, sistem yang rosak inilah yang perlu ‘dibunuh’, bukannya pemimpin yang rosak. Di sinilah umat Islam perlu mengambil sikap yang benar berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Allah Subhanahu wa Ta’ala mengharamkan seorang Mukmin membunuh Mukmin yang lain. FirmanNya,

“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar” [TMQ an-Nisa’ (4):93].

Dalam berhadapan dengan pemimpin yang tidak menerapkan Islam seperti sekarang, sesungguhnya Rasulullah telah pun merentas jalan yang wajib diikuti oleh kita semua, khususnya oleh gerakan Islam yang berjuang untuk mengembalikan semula kehidupan Islam di dunia ini. Zaman kita sekarang adalah sama sebagaimana zaman Rasulullah semasa di Mekah di mana kehidupan dipenuhi dengan sistem kufur yang rosak. Rasulullah dahulu berjuang dalam sebuah , yang rosak, sebagaimana kita sekarang. Pemimpin Jahiliyyah dahulu memerintah dengan sistem kufur, sebagaimana pemimpin sekarang, meskipun para pemimpin kaum Muslimin sekarang terdiri dari orang-orang Islam. Yang perlu diperhatikan di sini adalah sistem kufur yang diterapkan, bukannya agama pemimpin yang menerapkannya. Rasulullah tidak pernah membunuh para pemimpin ini atau memerintahkan para sahabat agar membunuh mereka. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah adalah mengubah pemikiran mereka agar menerima Islam dan menerapkannya dalam kehidupan. Rasulullah dan para sahabat berdakwah membongkar segala kebatilan sistem kufur, menerangkan kerosakannya, lalu menjelaskan penyelesaian Islam kepada mereka, walaupun untuk itu, nyawa mereka pula yang sebaliknya tergadai. Af’al al-Rasul (perbuatan Nabi) ini adalah ‘Hadis’ dan ia menjadi sunnah yang wajib kita ikuti. Inilah caranya untuk kita berdakwah pada hari ini, yakni kita membongkar segala kekufuran dan kerosakan sistem yang ada sekarang dan menjelaskan kepada umat tentang penyelesaian Islam, walaupun untuk ini, nyawa kita yang menjadi taruhannya.

Berdasarkan nas yang jelas dari Al-Quran dan Sunnah, di sini kami (Hizbut Tahrir) ingin menyatakan pendirian bahawa Hizbut Tahrir tidak pernah dan tidak akan menyokong mana-mana usaha untuk membunuh pemimpin (atau siapa sahaja) dari kalangan kaum Muslimin. Perjuangan untuk menegakkan Islam wajib dijalankan secara intelektual (pemikiran) tanpa menggunakan kekerasan/keganasan. Inilah perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan inilah perjuangan yang diteladani oleh Hizbut Tahrir dan inilah satu-satunya metodologi yang wajib diikuti oleh mana-mana gerakan Islam sekalipun. Adapun bagi pemimpin kaum Muslimin yang menerapkan sistem kufur seperti sekarang, mereka ini wajib dimuhasabah, bukannya dibunuh. Jika mereka tetap berdegil dan cintakan kekufuran dan sistem kufur/sekular yang ada, maka pemimpin ini wajib diganti dengan pemimpin yang akan menerapkan sistem Islam berdasarkan Al-Kitab dan Al-Sunnah. Dan metodologi untuk menggantikan pemimpin ini juga wajib mengikuti jalan yang telah dirintis oleh Rasulullah dan para sahabat, bukannya mengikuti jalan selain itu.

Kesan Pembunuhan Ke Atas Umat Islam

Sudah agak lama kita tidak dikejutkan dengan peristiwa besar dunia yang membolehkan AS campur tangan di negara umat Islam. Agenda war on terror AS juga dilihat semakin basi, kecuali kisah Osama Bin Laden sahaja yang sentiasa diperbaharui dari masa ke semasa. Kegagalan AS di Iraq, populariti Bush yang semakin menurun terutama di negaranya sendiri dan juga gelombang kebangkitan Islam yang semakin menerpa, semua perkembangan ini sudah tidak memihak kepada AS. Jika kita perhatikan, sejak peristiwa 9/11 (sudah lebih kurang 6 tahun), tidak ada lagi peristiwa besar dunia yang AS cuba kaitkan dengan teroris kecuali apa yang berlaku di Pakistan. Pakistan nampaknya menjadi tanah yang subur untuk AS menghidupkan idea war against terrorismnya itu. Jadi, antara agenda AS untuk mengekalkan ‘kerelevanan’ war on terror adalah dengan mengembalikan semula Benazir ke Pakistan. Ini dinyatakan oleh sendiri oleh AS dan juga Benazir (dalam kesepakatan mereka) yang sama-sama bersetuju akan bekerjasama erat untuk menghapuskan pengganas. Kesedaran umat Islam dan kebencian mereka terhadap AS yang semakin ketara dari hari ke hari, telah menggusarkan AS bahawa kempen war on terrornya sudah tidak lagi relevan atau ‘berkesan’. Jadi, dengan adanya kes pembunuhan ke atas Benazir ini, ia telah memberi satu suntikan baru kepada AS untuk mempropagandakan kepada dunia bahawa war on terror masih relevan dan AS sekali gus dapat meneruskan agenda mereka untuk memerangi umat Islam yang dicapnya teroris mahu pun ekstremis.

Di samping usaha mereka di dalam sentiasa ‘menyegarkan’ war on terror, dengan tragedi pembunuhan ke atas Benazir ini juga, AS nampaknya akan mempromosikan lagi kepada dunia peri pentingnya umat Islam berpegang kepada Islam yang moderat (sederhana). Dengan tudingan yang dibuat ke atas ekstremis Islam oleh si Bush dan Brown la’natullah ini, maka para pemimpin umat Islam yang moderat dan sekular di seluruh dunia tentunya akan mengekal atau menambahbaikkan lagi ‘kemoderatan’ dan ‘kesekularan’ mereka. Inilah yang diingini oleh Bush dan Brown. Bagi kedua-dua musuh Allah ini, dan juga bagi pemimpin umat Islam yang sepemikiran dengan mereka, konsep ‘Islam moderat’ yang dilaksanakan sekarang mestilah dikekalkan, kerana jika tidak, maka dunia akan dikuasai oleh ‘Islam ekstrem/radikal’ atau ‘Islam teroris’. Mereka akan berusaha untuk menakut-nakutkan rakyat dengan ‘pelampau/ekstremis/radikal Islam’ dan inilah yang akan mereka propagandakan, bahawa dunia akan berada di dalam bahaya jika yang memerintah adalah ‘Islam ekstrem’. Yang tidak berbahaya dan selamat adalah jika ‘sekular ekstrem’ yang memerintah dunia, sebagaimana yang diamalkan oleh para pemimpin umat Islam sekarang. Justeru, bagi memastikan ‘Islam moderat’ terus memerintah, maka sistem pemerintahan demokrasi yang ada sekarang nampaknya akan terus dijaja oleh Barat, manakala sistem pemerintahan Islam (Khilafah) dan syari’ah akan terus mereka buruk-burukkan.

Antara kesan lain yang penting yang dilihat timbul dari peristiwa ini ialah ‘pemantauan’ ke atas gerakan Islam yang tentunya akan dipertingkatkan. Gerakan Islam, apatah lagi gerakan politik Islam yang tidak sehaluan dengan pemerintah yang sememangnya sentiasa dalam pemantauan tentunya tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Walaupun belum terbukti atau jika tidak dapat dibuktikan sekalipun penglibatan gerakan politik Islam di dalam apa jua aktiviti keganasan, propaganda yang di bawa oleh rejim AS (dengan pembunuhan Benazir ini) dan ketakutan yang sudah tersedia ada pada para pemimpin sekular sekarang terhadap perjuangan menegakkan Islam, sudah tentu akan menghantui pemerintah di dalam cara mereka melihat gerakan Islam. Selain ketakutan dan kebencian yang ada pada mereka, pemerintah juga tidak akan teragak-agak untuk mewujudkan ketakutan dan kebencian di kalangan rakyat terhadap gerakan politik Islam. Sikap prejudis dan aktiviti pemantauan pemerintah terhadap gerakan politik Islam, khususnya gerakan yang bergerak di peringkat antarabangsa untuk menegakkan Islam, pastinya akan dipertingkatkan lagi. Jadi, tidak mustahil yang peristiwa ini akan digunakan oleh para pemerintah umat Islam, khususnya di Pakistan sendiri, untuk menangkap ahli-ahli gerakan Islam atau pun mengkambing hitamkan mana-mana gerakan Islam yang dimusuhinya selama ini.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Kematian Benazir Bhutto tidak patut dilihat sebagai satu langkah untuk membetulkan perubahan politik di Pakistan. Masalah di Pakistan, sama juga seperti di semua negara kaum Muslimin lainnya, adalah kerana wujudnya para pemimpin sekular yang menerapkan sistem kufur yang berasal dari Barat ini. Masalah yang dihadapi oleh kaum Muslimin seluruh dunia adalah kerana tidak adanya seorang Khalifah di kalangan mereka, yang memerintah mengikut Al-Quran dan Al-Sunnah. Selama belum wujud pertukaran sistem (kufur kepada Islam), menggunakan metodologi perubahan mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka selama itulah kaum Muslimin akan terus diperintah oleh pengganas dan penjenayah seperti Musharraf (mahu pun Bhutto) yang ketaatannya hanyalah kepada Barat, bukan kepada Allah. Saudaraku, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memperlihatkan kepada kita bahawa umur pemimpin sekular ini tidak panjang dan Allah akan mencabutnya bilamana Dia kehendaki. Justeru, bagi pemimpin kaum Muslimin yang masih tinggal, yang masih berkuasa dan masih lagi bernafas dengan seizin Allah tetapi tidak menerapkan hukum Allah, ingatlah dan takutlah oleh kalian akan kekuatan dan keperkasaan Allah. Ingatlah bahawa Allah tidak akan mempercepat atau melewatkan satu saat pun dari ajal kalian. Ingatlah bahawa Allah Maha Berkuasa mencabut nyawa-nyawa kalian dengan sekelip mata sahaja, dan jika maut telah datang menjemput kalian pada ketika itu, maka jadilah kalian makhluk yang akan menghadap Allah Azza wa Jalla dengan penuh kerugian dan kekesalan yang tidak tertanggung.








KEMBALILAH KEPADA EMAS DAN PERAK

by AURA JIHAD

Utusan Malaysia melaporkan bahawa matawang tempatan secara umumnya menunjukkan prestasi memberangsangkan dari segi peningkatan nilai pada tahun ini, khususnya sejak dasar tambatan ringgit dimansuhkan oleh kerajaan pada 21 Julai 2005. Sejak awal tahun ini, nilai ringgit telah menunjukkan prestasi cemerlang berbanding matawang rizab antarabangsa iaitu dolar Amerika Syarikat (USD) selaras dengan asas ekonomi Malaysia yang terus kukuh, peningkatan tinggi pasaran ekuiti, kenaikan harga komoditi dan kejatuhan dolar AS itu sendiri. Sejak diapungkan semula pada 21 Julai 2005, nilai ringgit terus melonjak sebanyak 13 peratus daripada paras RM3.80 berbanding dolar AS. Nilai matawang tempatan jika dibandingkan dengan USD pada masa ini telah meningkat sebanyak 4.6 peratus, berbanding nilainya pada awal Januari lalu. Nilai ringgit pada 3 Januari dibuka pada kadar 3.5125 sedolar AS, melonjak dan melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun pada RM3.3122 sedolar pada 13 Disember lalu, sebelum kembali stabil pada paras 3.352 sedolar semalam. Penganalisis berkata, aliran meningkat matawang tempatan itu pada tahun ini adalah sejajar dengan peningkatan matawang negara-negara serantau, ekoran polisi dolar lemah yang diambil oleh AS. Kerajaan AS terpaksa menurunkan kadar faedah sebanyak tiga kali secara berturut-turut kepada 4.25 peratus dalam usaha merangsang semula aktiviti ekonominya, yang terjejas teruk akibat krisis gadai janji subprima. Langkah AS itu juga telah menyebabkan harga komoditi utama global yang diurusniagakan bersandarkan dolar, termasuk minyak mentah, bijirin dan minyak sawit melambung naik [UM 26/12/2007].

Dalam perkembangan yang berkaitan, lebih kurang sebulan lepas, Presiden Iran, Ahmadinejad menggesa untuk memulau Dollar Amerika (USD) sebagai alat pertukaran untuk urus niaga komoditi petroleum memandangkan USD telah jatuh secara kronik sejak 12 bulan yang lalu. Beliau berkata "They [the US] get our oil and give us a worthless piece of paper," (Amerika mengambil minyak kita dan membayar kita dengan sekeping kertas yang tidak berguna) Mengikut Ahmadinejad lagi, perolehan semakin berkurangan kerana penurunan nilai USD sebagai alat tukaran di pasaran dunia, yakni apabila petroleum dijual dengan USD. Dia juga menggesa supaya urusan jual-beli petroleum menggunakan matawang lain, bahkan dia mengatakan bahawa negara-negara OPEC bersetuju untuk mencairkan simpanan USD mereka kepada matawang lain. Jepun misalnya, telah mengorak langkah membeli petroleum dari Iran dengan matawang Yen. Dalam pada itu, Rejim Arab Saudi - sekutu rapat Rejim AS - sibuk membela penggunaan matawang USD dan menyerang pendapat Ahmadinejad. Kenyataan rasmi dari Rejim Saudi menggesa agar tidak dibangkitkan isu ini, bahkan mereka memberi amaran bahawa perkara sebegini akan menurunkan lagi nilai USD.
Penulisan Sautun Nahdhah (SN) kali ini menyentuh secara ringkas bagaimana untuk kita menukar standard matawang yang benar (hak) dan mengelak dari menggunakan matawang asing sebagai sandaran/standard nilai. Sandaran kepada matawang asing, selain bertentangan dengan hukum syarak, secara realitinya ia akan mendedahkan kita kepada ketidakstabilan matawang/ekonomi kerana selama mana ‘sekeping kertas’ digunakan sebagai sandaran nilai, maka selama itulah matawang/ekonomi akan terdedah kepada persepsi dan spekulasi. Bukti sudah sekian lama terpampang jelas di depan mata bahawa nilai matawang/kertas tersebut sentiasa terumbang-ambing jika berlaku ketidakstabilan baik dalam ekonomi mahupun politik, malah dengan ‘kata-kata/perbuatan’ seorang manusia sahaja, nilai matawang boleh merudum. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang benar (menurut Islam) perlulah diambil untuk mengelak krisis kewangan seperti tahun 1997 dari berulang dan menjatuhkan ekonomi umat Islam.

Sandaran Matawang Wajib Emas Dan Perak

Bila kita melihat kepada dua laporan di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa, greenback atau USD sebenarnya digunakan sebagai standard nilai untuk perdagangan antarabangsa, terutamanya untuk urus niaga minyak mentah, bijirin dan kelapa sawit. Senario kejatuhan USD di pasaran kewangan antarabangsa yang berterusan secara relatifnya telah menaikkan nilai ringgit. Jadi, kenaikan nilai ringgit sebenarnya bukanlah kerana kekukuhan nilai ringgit itu sendiri, tetapi kerana penurunan nilai USD. Kejatuhan nilai USD inilah yang telah menyebabkan Ahmadinejad menyarankan agar ditukar penggunaan matawang USD ke matawang lain. Pandangan ini, walaupun nampak bernas, namun teramat serong dan keliru. Ini kerana kejatuhan USD akan sebenarnya mengurangkan lagi kekayaan di dalam sesebuah negara yang memegang kuantiti besar USD, terutama di dalam rizab mereka. Lagi pula, menukar matawang USD kepada matawang lain belum tentu dapat menstabilkan pasaran matawang dan ekonomi itu sendiri. Ini kerana, jika USD yang sudah berpuluh tahun dianggap kukuh, malah menjadi sandaran matawang dunia, itu pun boleh jatuh, apatah lagi matawang lain, yang belum pernah terbukti ‘kekuatannya’ di peringkat antarabangsa dan yang mana ‘nilai kertasnya’ tidak jauh berbeza dengan ‘nilai kertas’ USD. Apakah gerenti yang ada bahawa matawang baru ini akan terus kukuh? Apa pun, aspek yang paling penting bagi kaum Muslimin dalam hal ini ialah aspek hukum syarak, maksudnya kewajipan menggunakan sandaran emas dan perak bagi penggunaan matawang. Hal inilah yang tidak pernah dipandang atau diperhitungkan oleh pemimpin umat Islam.

Semua sedia maklum bahawa wang kertas yang ada pada kita sekarang hakikatnya adalah sekeping kertas yang ‘tidak bernilai’. Ia boleh diconteng sesuka hati; mudah dikoyakkan dan apabila terkoyak, ia langsung sudah tidak bernilai; ia mudah terbakar dan akan hangus apabila dibakar. Wang kertas yang ada sekarang hanya ‘bernilai’ kerana pemerintah (melalui undang-undang) menyatakannya bernilai (legal tender) dan mereka ‘memaksa’ kita agar menerima nilai yang tertera di atas kertas tersebut. Sebab itulah, walaupun jenis kertas yang sama, saiz yang sama dan tebal nipisnya pun sama, kemudian diletakkan angka 10 di situ, maka ia akan bernilai RM10, manakala jika ditulis angka 50, maka ia akan bernilai RM50. Dan apabila kerajaan ingin mengeluarkan wang kertas yang baru dan melupuskan wang kertas yang lama, kerajaan hanya perlu ‘menyatakan’ dan memaksa kita (melalui undang-undang) bahawa wang yang lama sudah tidak boleh dipakai. Maka pada tarikh itu juga, wang kertas yang tertulis RM50 di atasnya tadi, akan terus menjadi ‘sekeping kertas’ yang langsung sudah tidak bernilai, kecuali sebagai ‘sekeping kertas’ semata-mata.

Islam dalam bentuk penyelesaian yang jelas telah menggariskan kepada kita bahawa matawang dalam Islam bukannya ‘wang fiat’ yang disandarkan kekuatannya kepada undang-undang (legal tender), tetapi Islam telah meletakkan satu ‘benda’ yang benar-benar bernilai untuk digunakan oleh manusia – emas dan perak. Seiring dengan ini, Islam telah meletakkan hukum-hakam yang khusus untuk penggunaan wang ini (emas dan perak) dan menjadikannya wajib untuk dijadikan sandaran. Sebagai seorang Muslim, kita mestilah melihat penggunaan matawang ini dari perspektif syarak, bukannya dari perspektif ekonomi semata-mata yang seolah-olah langsung tidak ada hubungan dengan agama. Kita adalah umat Islam dan kita wajib mempelajari dan melaksanakan ekonomi yang digariskan oleh Islam, bukannya belajar dan melaksanakan ekonomi dalam acuan Kapitalis yang hanya berhukum dengan hukum akal. Justeru, pengembalian kepada standard matawang emas dan perak bukanlah semata-mata untuk menyelamatkan ekonomi negara, malah yang paling utama adalah untuk menyelamatkan diri kita dari azab Allah, jika tidak berhukum dengan hukum Allah. Sandaran matawang kepada emas dan perak merupakan hukum syarak yang jelas di dalam Islam, yang wajib dilaksanakan oleh Negara [sila lihat perbincangan lanjut dalam SN072 Emas Dan Perak – Antara Manfaat Dan Tuntutan Syarak].

Bagaimana Mengubah Matawang Kepada Dinar Dan Dirham

Kita perlu sedar bahawa kita sekarang hidup di dalam realiti ekonomi/dunia Kapitalis dan kita sedang menuju kepada sebuah Negara Khilafah yang akan menerapkan semula sistem matawang sebagaimana pada zaman pemerintahan Rasul dan para sahabat dahulu. Pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (dari Bani Umawiyyah) telah dicetak dan diterbitkan matawang dinar dan dirham syarie. Keduanya berlaku sebagai matawang dan alat perantaraan pertukaran dalam semua bentuk transaksi barang mahupun perkhidmatan. Baik dinar mahupun dirham, dicetak pada standard tertentu merupakan timbangan berat (wazan) tertentu yang bersifat tetap. 1 dinar syarie setara dengan 4.25 gram emas, sedangkan 1 dirham syarie setara dengan 2.975 gram perak. Pada masa itu mata wang yang beredar hanyalah dalam bentuk logam emas (dinar) mahupun perak (dirham). Dalam keadaan di mana transaksi-transaksi yang bernilai besar terlibat dan matawang yang berbentuk logam emas atau perak tidak praktikal untuk dibawa atau dipindah-pindahkan, Negara sememangnya boleh menggantikannya dengan wang kertas, wang plastik, wang polimer atau bahan-bahan lainnya yang bersifat praktikal. Syaratnya, wang kertas atau wang polimer tersebut mestilah tergolong dalam kategori paper money (paper money adalah matawang yang dikeluarkan oleh kerajaan atau bank pusat dan merupakan kertas yang dicetak yang boleh berputar sebagai pengganti) di mana nilai nominalnya mesti dijamin oleh Negara, setara dengan nilai nominal emas atau perak yang ada di dalam simpanan negara. Dengan kata lain, emas atau perak wajib dijadikan sandaran di mana paper money yang berlegar di pasaran mestilah menyamai nilai emas atau perak yang ada dalam simpanan.

Sebagai seorang Muslim, kita mengharapkan pemerintah Muslim yang ada agar menerapkan segera sistem matawang Islam sebagaimana yang telah diterapkan oleh Rasulullah, namun harapan kita telah lama berkecai dek mereka lebih kasihkan Sistem Kapitalis yang buruk dan busuk ini. Jadi, kita hendaklah bersedia untuk menerapkan hukum Allah dari sekarang dan apabila Negara Khilafah berdiri nanti (Insya Allah dalam waktu terdekat), langkah-langkah praktikal untuk menggantikan matawang yang ada di tengah-tengah kaum Muslimin saat ini terus dapat dilaksanakan. Buat masa sekarang, beberapa perkara perlu diperhatikan. Di antaranya adalah jumlah matawang yang beredar, harga emas atau perak di dalam mahupun di pasaran luar negeri, jumlah emas dan perak yang sedia ada dan jumlah simpanan Bank Pusat (yang umumnya berbentuk dolar AS atau matawang asing yang kukuh - hard currencies - lainnya). Kesemua ini perlu diperhalusi agar kita dapat memback-up penggantian matawang kepada dinar dan dirham. Pada prinsipnya, simpanan (baik emas atau perak ataupun matawang asing) yang dimiliki Negara Khilafah pada masa berdirinya nanti harus mampu memback-up penggantian matawang yang ada di dalam masyarakat. Jika simpanan yang sedia ada ini tidak mencukupi, secara praktikalnya penggantian matawang akan sukar dilaksanakan (untuk maklumat mengenai simpanan rizab dalam Bank Negara, sila layari http://www.bnm.gov.my)

Komponen jumlah wang yang beredar di dalam masyarakat pada umumnya dinyatakan sebagai agregat kewangan yang dikenali dengan M1, M2, dan M3. M1 disebut juga dengan wang transaksi, iaitu wang yang benar-benar digunakan dalam berurus niaga, meliputi wang syiling, wang kertas dan deposit permintaan (akaun cek/akaun semasa). Jumlah syiling dan wang kertas dinamakan dengan wang dalam edaran (currency), yang biasanya meliputi seperempat atau seperlima dari jumlah M1. Mengikut laporan Bank Negara Malaysia, jumlah matawang dalam edaran adalah RM34,888 juta sedangkan jumlah M1 adalah RM159,020.80 juta. Deposit permintaan adalah wang yang disimpan di bank atau lembaga kewangan, untuk akaun cek (akaun semasa). Dengan jenis akaun ini, kita dapat membayar suatu transaksi dengan cara menulis atau menandatangani buku cek, jumlahnya adalah RM124,132.80 juta. Agregat lain yang sering mendapat perhatian adalah M2, yakni yang disebut dengan wang dalam pengertian luas (broad money). M2 ini merupakan M1 + Separuh Wang Kecil (Narrow Quasi Money - NQM), yang mana NQM ini meliputi deposit tabungan, deposit tetap, NID (Negotiable Instrument Deposit), repos (perjanjian jualan semula bond), deposit matawang asing dan lain-lain deposit. Secara umumnya NQM tidak termasuk wang transaksi, karena tidak dapat digunakan sebagai alat tukar untuk seluruh pembelian. Meskipun demikian ia boleh ditukar kepada bentuk wang tunai dengan cepat tanpa kehilangan nilainya. Oleh itu, M2 disebut juga dengan near money, karena dapat ditukarkan menjadi wang tunai dengan mudah. Mengikut laporan BNM jumlah M2 adalah RM768,323.70

Pada umumnya, M1 dan M2 inilah yang dijadikan acuan utama untuk mengetahui dan mengawal wang edaran yang berlegar di dalam masyarakat. Masalahnya sekarang, apakah Negara Khilafah akan mengganti M1 saja atau akan mengganti M1 dan M2 sekali gus (meski inilah pilihan yang paling tepat dan lebih selamat)? Kemudian, apakah rizab simpanan yang dimiliki negara saat ini mencukupi untuk menjamin jumlah nilai nominal M1 dan M2 yang ada? Apakah emas atau perak yang dimiliki negara (dalam simpanan rizab atau yang akan dibelinya di pasar emas internasional) telah cukup tersedia? Jika jawapannya ya, Negara Khilafah saat berdirinya nanti terus dapat menggantikan matawang yang ada menjadi dinar dan dirham yang syarie dengan lebih mudah Ini tentu dengan beberapa anggapan, misalnya tidak ada hutang yang harus dibayar pada waktu itu, atau tidak ada pelarian emas dan perak ke luar negeri.

Di Malaysia, jika ingin menukarkan sistem matawang kepada dinar dan dirham dan diketahui jumlah wang yang beredar (misalnya) M1 = RM159,020.80 juta, M2 (katakan 5 kali ganda) = RM768,323.70 juta, sedangkan harga emas di dalam negeri 1 gram = RM94.00, jadi Negara Khilafah paling tidak harus memiliki rizab sekurang-kurangnya menyamai dengan jumlah M1 = RM159,020.80 juta untuk menukarkan wang dalam edaran dan juga deposit permintaan. Secara umumnya, angka-angka yang disebut di atas dapat diringkaskan seperti di bawah. Nilai satu dinar syarie ialah 4.25g X RM94 = RM399.50

Agregat Kewangan Jumlah dalam juta Unit Dinar Syarie (DS)
Rizab BNM RM345,229.20 DS864.20 juta
M1 RM159,020.80 DS398.00 juta
M2 (M1 + NQM) RM768,323.70 DS1,923.20 juta

Jadual menunjukkan bahawa jika rizab Bank Negara dalam bentuk jongkong emas dan matawang asing digunakan untuk menukar matawang, ia adalah mencukupi. Jadi, secara umumnya rakyat akan dapat menukarkan semua matawang dalam edaran kepada sistem matawang Islam. Masalah cuma akan timbul sekiranya semua pendeposit NQM mengeluarkan simpanan mereka dalam jumlah yang besar untuk dicairkan kepada matawang DS, tetapi kes semacam ini sukar untuk berlaku. Namun jika ia tetap berlaku, maka Negara Khilafah boleh mengeluarkan surat jaminan untuk membayar balik dalam bentuk DS (bila Baitul Mal nanti sudah memperolehi hasil pendapatan negara) sebagaimana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah memberi jaminan untuk menggantikan hamba Bani Hawazin yang dipulangkan balik kepada kaumnya, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Sesungguhnya saudara kamu ini (Bani Hawazin) datang kepada kita setelah mereka bertaubat, aku sendiri akan memulangkan kepada mereka tawanan perang dari bangsa mereka, sesiapa daripada kamu yang suka untuk berbuat kebajikan, pulangkan tawanan masing-masing kepada mereka, barang siapa yang suka untuk mendapatkan bahagian yang pertama dari ghanimah kelak, yang bakal diberikan oleh Allah nanti kepada kita, maka hendaklah dia memulangkan tawanan” [HR Bukhari, Tabari, Baihaqi dengan jalan Ibn Ishaq]. Riwayat ini menerangkan kepada kita bahawa Rasulullah memberi jaminan untuk menggantikan hamba yang dipulangkan balik kepada Bani Hawazin, dengan hamba yang akan ditawan pada masa akan datang, ini menjadikan dalil bahawa Pemimpin Negara boleh membuat jaminan pembayaran.

Apabila semuanya sudah cukup dan tersedia, Negara Khilafah nanti hanya perlu mencetak dinar atau dirham syarie, kemudian rakyat diberi tempoh masa untuk menukar matawang mereka kepada dinar dan dirham, dengan kadar RM399.50 untuk DS1.00. Contohnya Negara Khilafah memberikan masa 3 bulan untuk semua RM ditukar kepada DS, sebagaimana BNM dahulu pernah memberi masa untuk melupuskan syiling RM1. Proses ini mirip dengan apa yang terjadi di negara Kesatuan Eropah tatkala negara-negara anggotanya secara hampir bersamaan mengubah matawang mereka kepada matawang Eurodollar. Perbezaannya adalah, dalam Negara Khilafah nanti, nilai nominal wang yang beredar (baik pada M1 mahupun M2) dijamin dan disokong (disandarkan) oleh emas atau perak yang nilainya setara dengan jumlah wang yang beredar dan jumlah ini disimpan di dalam Baitul Mal negara sebagai jaminan (guaranteed); sedangkan Eurodollar, sama dengan USD, berbentuk fiat money, iaitu sekumpulan kertas yang oleh pemerintah dianggap sebagai legal tender dan masyarakat ‘diwajibkan’ menerimanya sebagai alat pembayaran/transaksi yang memiliki nilai tertentu. Inilah yang berlaku sekarang di mana negara-negara yang ada waktu ini (termasuk Malaysia) yang menganut fiat money boleh mencetak sebanyak mana pun matawang kertasnya dan dengan nilai nominal berapa pun, tanpa diback-up oleh jaminan emas atau perak. Praktis ekonomi Kapitalis inilah, pada satu titik dan keadaan tertentu, legal tender ini pasti akan runtuh dan selonggok ringgit atau dolar sekalipun akan sama nilainya dengan setompok sampah sarap (kertas) biasa di waktu keruntuhannya.

Dengan demikian, usaha kita untuk memiliki dana yang tersedia dan mencukupi (simpanan rizab) harus dimulai dari sekarang (meski Negara Khilafah itu belum lagi berdiri), iaitu dengan mencegah pelarian emas atau perak ke luar negeri. Langkah-langkah praktikal yang mampu menjaga dan menambah emas atau perak sedia ada antara lain:-

(i) Negeri-negeri kaum Muslimin pada masa kini mestilah mengurangkan atau bahkan menghentikan import barang-barang ke luar negeri. Sebab, hal ini hanya akan mengakibatkan pelarian modal ke luar negeri;
(ii) Meningkatkan eksport ke luar negeri, dengan mengambil pembayaran dalam bentuk emas/perak atau jika kita (perlu) mengimport, kita membuat pembayaran dengan matawang asing yang ada dalam negara, khususnya USD;
(iii) Menghentikan dan mengambil alih perusahaan-perusahaan perlombongan (termasuk lombong emas dan perak) yang dikonsesikan kepada pihak asing. Dengan begitu, negaralah yang akan mengeluarkan, mengawal dan menjadikannya sebagai rizab untuk sandaran nilai penerbitan dinar dan dirham yang syarie;
(iv) Negara boleh mendesak untuk setiap urus niaga perdagangan dengan luar negeri untuk menggunakan standard dinar dan dirham (atau matawang yang berasas pada logam emas dan perak). Dalam hal ini, Negara Khilafah nanti dapat memperoleh keuntungan kapital berupa emas dan perak dari pembayaran komoditi strategik yang diperlukan oleh dunia internasional, seperti minyak.

Berdasarkan penjelasan ini, tidak mungkin suatu negara dapat menerapkan dan mengubah matawangnya menjadi dinar dan dirham yang syarie, kecuali negara tersebut mampu melawan hegemoni politik, ekonomi, dan militer negara-negara besar saat ini, terutama AS. Sebab, AS tidak akan tinggal diam terhadap keberadaan negara lain yang akan menghancurkan sistem ekonomi kapitalis yang dibangun untuk melayani kepentingan-kepentingannya di seluruh dunia. AS menghendaki seluruh negara yang ada di dunia merujuk pada greenback atau USD, karena hal ini dapat dijadikan senjata dan alat imperialisme baru AS untuk menghancurkan atau mengeksploitasi kekayaan negara-negara lain di dunia. Ini bererti, keinginan untuk mengubah matawang negeri-negeri umat Islam yang ada pada hari ini menjadi dinar dan dirham syarie yang bersandarkan emas dan perak (yang nilai nominal dan intrinsiknya sama) harus disertai dengan keinginan yang kuat umat Islam untuk memiliki Negara Khilafah yang besar dan bersatu dan akan menjadi negara super power di dunia.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sistem matawang yang syarie tidak akan berhasil diwujudkan di dalam sebuah negara yang terkongkong oleh dominasi ekonomi Kapitalis dan sangat bergantung pada kekuatan ekonomi global (terutama ekonomi negara-negara kafir Barat). Untuk itu, umat Islam mahupun para penguasa kaum Muslimin saat ini harus mula menyediakan simpanan rizab (dalam bentuk emas dan perak) agar bila berdirinya Negara Khilafah (dalam waktu yang terdekat, Insya Allah) kaum Muslimin dapat menerapkan secara kaffah seluruh hukum-hukum Islam, termasuklah hukum-hukum tentang matawang. Kalian wahai saudaraku, sekarang hanya ada dua pilihan sahaja, apakah kalian ingin terus kekal berada di bawah telapak kaki Kapitalisme yang penuh dengan kotoran dan najis ini, atau kalian bersungguh-sungguh berjuang, berkorban, dan bekerja keras untuk menerapkan hukum-hukum Allah melalui tegaknya negara Khilafah ar-Rasyidah yang mengikuti manhaj Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Buatlah pilihan yang boleh menyelamatkan kalian dari azab Allah kelak.