Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

ISA untuk Raja Petra - siapa penghina Islam?

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 12 Sept - Pengendali laman web kontroversi Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin telah ditahan di bawah Seksyen 731 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari tadi di rumahnya di Sungai Buluh. Isterinya, Marina Lee Abdullah mengesahkan penahanan tersebut. Dilaporkan seramai 10 orang anggota polis hadir untuk menahan beliau serta merampas beberapa peralatan beliau seperti pita dan komputer.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Hamid Albar berkata tindakan tersebut diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh kerabat diraja Selangor itu melalui laporan polis oleh beberapa jabatan Islam antaranya Jabatan Kemajuan Islam malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengenai perkara tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, Teresa Kok, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah Akta yang sama. Ketiga-tiga mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan dalam satu operasi polis ke atas beberapa individu yang terbabit yang dikatakan mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.

Baru-baru ini, Malaysia Today menyiarkan ulasan artikel tulisan Raja Petra, 58, yang mengundang kemarahan umat Islam bertajuk "I promise to be a good, nonhypocritical Muslim" yang menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam selain membenarkan komen yang menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW) dalam artikel 'Not all Arabs are descendants of the Prophets'.

Jika betul tindakan mereka menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, maka mereka wajib dibicarakan dan jika di dapati bersalah, wajib dihukum mengikut hukum Islam. ISA bukanlah penyelesaian yang bertepatan dengan Islam, sebaliknya bertentangan sama sekali. Sebagaimana kita sedia maklum, ISA akan digunakan apabila kerajaan mentafsirkan seseorang itu adalah sebagai pengancam kepada keselamatan negara. Namun, ‘ancaman kepada keselamatan negara’ adalah hak mutlak kerajaan untuk mentafsirkannya. Negara baru sahaja kecoh dengan tindakan Datuk Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera dengan kenyataannya yang dikatakan bersifat perkauman. Walaupun penentangan datang dari anggota komponen BN sendiri yang marah akan perbuatan Ahmad Ismail, dan Pak Lah sendiri dengan keras menyatakan akan mengambil tindakan tegas terhadap orang yang mencetuskan isu perkauman, namun ternyata, ‘tindakan tegas’ yang diambil terhadap anggota UMNO ini hanyalah menggantung keahliannya selama 3 tahun. ISA langsung tidak menjadi isu. Namun, apabila ada orang lain yang memang selama ini tidak disukai oleh kerajaan menimbulkan hal yang sama, maka ISA-lah jawabnya.

Sebagai Muslim, memanglah kita akan marah apabila ada laman web atau blog yang menghina Islam, atau terhadap siapa sahaja yang menghina Islam, apatah lagi jika ia datang dari orang Islam sendiri. Namun, para pemerintah langsung tidak sedar bahawa perbuatan mereka yang tidak menerapkan Islam, jauh lebih menimbulkan kemarahan kita terhadap mereka. Yang lebih penting dan utama, perbuatan pemerintah yang tidak menerapkan Islam ini akan pasti menimbulkan kemarahan dan seksaan Allah SWT ke atas mereka.

Dalam melaksanakan Akta yang zalim ini ke atas rakyat kerana dikatakan menghina Islam, pemerintah perlu sedar bahawa tindakan mereka yang menerapkan hukum kufur sekular dan mencampakkan hukum Allah dari pemerintahan, juga merupakan satu ‘penghinaan’ kepada Islam itu sendiri! Allah memerintahkan mereka (pemerintah) memotong tangan bagi pencuri, sebat bagi penzina, ta’zir bagi pemakan riba, ta’zir bagi yang mendedahkan aurat, jihad melawan orang-orang kafir dan banyak lagi perintah Allah lainnya, hal ini langsung tidak dilakukan oleh mereka. Apakah ini bukan merupakan satu perlanggaran yang nyata kepada perintah Allah? Bahkan, menerapkan sistem demokrasi dengan membuat undang-undang di Parlimen, mengambil hak Allah di dalam pembuatan undang-undang, bukankah ini merupakan satu bentuk maksiat dan pengkhianatan kepada Allah? Bukankah semua tindakan maksiat ini patut dihukum?

Filed under having 0 Ulasan  

Selesai dulu sebuah drama, nanti akan berulang lagi...

by AURA JIHAD

Akhirnya, sketsa semasa tentang kenyataan kontroversi Dato’ Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang tiba ke penghujungnya. Pelbagai ancaman dan omok-omokan dapat kita lihat di dalam sketsa tersebut walaupun mungkin ada segelintir merasa ngeri dan seram, tetapi majoriti penonton hanya terhibur dan cuma ingin melihat siapakah yang akan ‘dimangsakan’.

Terbuktilah sangkaan para penonton kebanyakannya betul belaka, Datuk Ahmad Ismail menjadi mangsa terbaru. Dia dijatuhkan hukuman gantung hak keahlian selama 3 tahun.

Walaupun dia telah menerima keputusan tersebut dengan tenang, namun, dia masih beranggapan dirinya tidak bersalah kerana mempertahankan kenyataannya berhubung status kaum Cina di negara ini. Begitulah realiti sketsa politik yang pasti menjadikan seseorang sebagai mangsa sebagai pelengkap jalan cerita. Tidak kira apa jua faktor dan alasan yang diberikan oleh Datuk Ahmad, hukuman telah pun dijatuhkan dan ia sudah tentu bukan sebagai satu jalan penyelesaian kepada kemelut perkauman kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN)

Semua orang tahu pergaduhan sesama ketua kaum di dalam BN bukanlah perkara baru. Sketsa ini nampaknya menjadi sangat popular lebih-lebih lagi kepada Buletin Utama di TV3 dan Berita Perdana di TV1. Ia dijadikan ’isu’ utama oleh kedua-dua siaran berita dan ’isu’ ini terus dimainkan agak lama sehingga seolah-olah tiada berita lain yang lebih penting darinya. Seperti biasa Pak Lah dipotretkan oleh media sebagai seorang pelakon utama yang tenang di dalam menangani kemelut ini sambil berhadapan dengan desakan daripada ketua-ketua kaum komponen BN yang lain. Dia seolah-olahnya seperti nakhoda yang dengan tenang sedang mengemudi bahtera yang sebenarnya sudah usang dan menunggu masa untuk karam.

Sketsa pertelagahan antara pemimpin kaum di dalam BN adalah perkara biasa yang akan dimunculkan tatkala negara sedang menghadapi pelbagai isu besar yang cuba diselindungkan dari rakyat atau isu yang cuba diselindungkan demi menyelamatkan parti itu sendiri. Isu berkaitan kenaikan harga barangan kesan daripada kenaikan harga minyak yang mendadak dan besar, kadar inflasi sedang meningkat, pergaduhan dan persaingan tidak sihat sesama ahli di dalam parti-parti komponen hanya menunggu masa sahaja untuk meletup.

Pergaduhan dan pergeseran dalaman memerlukan cetusan dari luar untuk memantapkan lagi ikatan sesama ahli. Ini adalah sifat tabii ikatan assabiyyah di dalam suatu kelompok manusia. Sekiranya tidak ada ancaman dari luar, maka akan wujud persaingan dalaman sesama ahli. Justeru, isu seperti ancaman dari luar terpaksa direka agar ahli-ahli di dalam parti diharapkan kembali bersatu untuk menentang ancaman dari luar itu. Dalam kes ini, ancaman dari luar yang dimaksudkan adalah ‘kelemahan Melayu’ disebabkan adanya ‘persaingan’ dari bangsa Cina. Juga, ancaman yang muncul dari ‘kekuatan’ parti lawan yang boleh menyebabkan anggota BN/UMNO melompat ke sana. Justeru, untuk menyatukan semula sesama anggota BN/UMNO, isu perkauman perlu dimainkan, agar ahli parti Melayu bersatu semula di bawah UMNO untuk mendapatkan kekuatan, kerana kononnya UMNOlah satu-satunya parti yang akan menjaga Melayu.

Hal di atas menjadi penting apatah lagi dalam keadaan UMNO yang akan kembali ‘bergaduh’ sesama sendiri di musim pemilihan nanti. Jadi, unsur ‘ancaman’ dari luar ini memang perlu agar sentimen Melayu dan perpaduan dapat dibangkitkan dan senantiasa segar dalam ingatan, jika tidak secara terang-terangan pun, perlu dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Inilah dasar politik assabiyyah yang senantiasa memerlukan ‘ancaman’ yang direka dari luar untuk menguatkan ikatan sesama ahli.

Walhal, apalah sangat yang menghalang mereka dari menukar perjuangan assabiyyah tersebut kepada perjuangan Islam? Yang pasti, jawapannya adalah ‘manfaat’! Manfaat dunia yang sejak 50 tahun lalu yang dinikmati dalam UMNOlah yang selama ini menjadi penghalang. Manfaat dunia berupa kuasa, harta, kekayaan, pangkat, status dan sebagainya ini menjadikan mereka kasihkan dunia dan ingin hidup kekal, dengan mereka lupa bahawa hari ini ataupun esok, mereka pasti mati dan menghadap Allah!!!

Filed under having 0 Ulasan  

“Hapuskan sistem kuota!” Begitulah saranan Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan hari raya Wanita Umno

by AURA JIHAD

“Hapuskan sistem kuota!” Begitulah saranan Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan hari raya Wanita Umno kepada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia beberapa hari lepas.

Kenyataan itu dibuat sebagai menyokong saranan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen supaya sistem kuota dalam pemilihan parti dihapuskan bagi menjaga kestabilan parti daripada gejala negatif dalam dunia politik. Saranan tersebut turut mendapat sokongan beberapa tokoh UMNO termasuk seorang tokoh veterannya, Tan Sri Abdul Aziz Tapa yang sebelum ini memperjuangkan hal yang sama.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu perlu kerana sistem kuota tersebut telah menyebabkan berlakunya masalah politik wang dalam UMNO yang kini dilihat semakin berleluasa. Tegas beliau, selagi sistem berkenaan tidak dihapuskan selagi itu masalah politik wang di dalam UMNO tidak akan selesai. "Saya telah menyatakan pendirian saya beberapa kali sebelum ini iaitu sistem kuota sepatutnya telah lama dihapuskan kerana ia menjadi penyebab berlakunya rasuah politik dalam UMNO.

Sementara itu, beberapa pemimpin parti termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid sebaliknya mahu sistem kuota itu dipertahankan.

Perkelahian pendapat dalam tubuh parti politik yang berasaskan bangsa dan manfaat itu dapat disaksikan oleh semua, menandakan ketidaksefahaman dalam pemikiran dan persepsi. Apa yang dikejar hanyalah peluang dan manfaat melalui peraihan kuasa. Kedudukan dalam UMNO, seperti yang sedia maklum, merupakan platform paling penting mendapatkan pelbagai keistimewaan (privilege) terutamanya dalam bidang pangkat dan kekayaan. Di samping itu juga, kedudukan pemimpin yang memegang tampuk kuasa parti memperoleh semacam ‘kekebalan’ dari perundangan di bawah sistem demokrasi ciptaan mereka, umpama bidalan menyebut:-

“Demokrasi umpama sarang labah-labah, yang kerdil terperangkap, manakala yang besar merempuh dan memusnah”

Golongan yang berkuasa inilah yang selalunya kebal dan boleh melakukan apa sahaja atas nama demokrasi. Manakala yang lebih lemah akan menjadi ‘mangsa-mangsa’ yang tersekat dan tersepit di sarang labah-labah. Lagi besar kuasa yang mereka miliki, lagi rakus dan lagi kejam sistem yang mereka buat demi mengekalkan kekuasaan. Dan inilah yang mereka namakan sebagai keadilan, kerana ‘keadilan’ bagi mereka adalah apabila kuasa mereka tidak tergugat. Kerana itulah, peri pentingnya kuasa bagi mereka hingga mereka mengadakan suatu sekatan berupa kuota pemilihan agar kedudukan mereka sentiasa selesa. Idea ini juga akan menjadikan amalan ‘kronisme’ sesama mereka semakin kukuh.

Wujudnya ketamakan kuasa, hasad-dengki, rebut-merebut, jatuh-menjatuhkan dan fitnah memfitnah dalam dunia politik Machiavelli seperti ini adalah perkara biasa, kerana memang dasar politik Machiavelli itu sendiri. Apatah lagi bagi parti politik yang asasnya adalah sekular, yang memisahkan agama dari kehidupan. Asas yang tertulis dalam benak setiap ahlinya adalah ketuanan Melayu, yang merupakan perjuangan assobiyyah yang jelas diharamkan oleh syarak.

Namun, lama-kelamaan, dengan berlakunya evolusi politik, secara amnya, UMNO tidak lagi dilihat sebagai wadah yang memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu, dan rakyat semakin sedar bahawa UMNO tidak lebih dari parti politik yang hanya tertumpu kepada manfaat kebendaan dan kuasa. UMNO masih bertahan kerana masih ada golongan yang gilakan kuasa dan tamakkan harta benda dunia masih berada di dalamnya. Mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka ini semakin merosakkan parti dan bangsa mereka sendiri, malah ia turut merosakkan diri mereka sendiri dan menjerumuskan mereka ke neraka.

Dalam pertelagahan yang berlaku sekarang, masalah utama di sini bukanlah masalah kuota pemilihan, tetapi masalah aqidah atau dasar parti sekular itu sendiri yang perlu dirombak dan ditukar kepada aqidah Islam. Selama mana pemikiran ‘kuasa’ dan ‘manfaat’ masih membelenggu pemimpin-pemimpinnya, selama itulah UMNO sekarang di dalam proses menggali kuburnya sendiri.

Tugas parti politik dalam Islam adalah untuk menyeru kepada Islam dan melakukan amar makruf nahi mungkar, sebagaimana dijelaskan oleh Allah di dalam surah Ali Imran ayat 104. Manakala tugas pemerintah adalah untuk mendukung syariah dalam ertikata menerapkan hukum Allah dan memperjuangkan Islam semata-mata. Hukum syarak merupakan objektif yang perlu diterapkan ke atas masyarakat (melalui kuasa negara). Kuasa dalam parti politik pula tidak akan melangkaui sempadannya dalam skop parti politik sahaja kerana Islam membezakannya dari kuasa negara. Parti politik merupakan kiyan fikriy (badan pemikir) yang sentiasa mencari jalan dan berusaha agar syariah sentiasa dilaksanakan sepenuhnya oleh kiyan tanfizi (badan pertadbir yakni negara).

Pengamalan campur tangan kuasa parti politik dalam kuasa negara pasti melahirkan kepincangan dalam sistem kenegaraan itu sendiri seperti yang ada sekarang. Kezaliman dan kekusutan sebegini tidak pernah dan tidak akan berlaku sama sekali dalam dunia politik Islam yang mengambil akidah Islam sebagai asas perjuangan. Pemerintah yang mengamalkan politik Islam akan memimpin umat manusia menuju jalan taqwa bukan sebagaimana pemerintah yang mengamalkan sekular hari ini yang memimpin manusia menuju tiga ‘ta’ (harta, takhta dan wanita)..

Filed under having 0 Ulasan  

Keutamaan Ramadhan Al Mubarak

by AURA JIHAD





Ramadhan: Bulan Mengendalikan Hawa Nafsu

Sering kita mengatakan atau mendengar bahwa puasa (shaum) adalah berfungsi untuk menundukkan hawa nafsu buruk kita. Namun, yang dimaksud sekadar menahan nafsu makan dan minum, tidak berbohong, tidak bertengkar atau aktiviti lain yang bersifat moral semata- mata. Sekiranya faktanya sedemikian rupa maka sebenarnya telah terjadi penyempitan makna dari menundukkan hawa nafsu itu sendiri. Allah SWT berfirman:



Tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran dan al-Hadist) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). [TMQ An-Najm (53): 3-4) ]

Dalam ayat di atas, Allah SWT secara tegas menjelaskan bahwa hawa nafsu dan wahyu saling berbeza. Hawa nafsu adalah segala bentuk dorongan yang berasal dari dalam diri manusia. Oleh karena itu, hawa nafsu tidak hanya terbatas pada aspek moral sahaja, melainkan meliputi seluruh dorongan ada dalam diri manusia yang terwujud dalam seluruh aktiviti. Sebaliknya, wahyu adalah sesuatu yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah saw. berupa perintah dan larangan. Wahyu ini yang harus mengendalikan hawa nafsu manusia. Jika hawa nafsu manusia tidak dibimbing wahyu, ia akan cenderung pada keburukan.

Oleh itu, ketika bulan Ramadhan dikatakan sebagai bulan menundukkan hawa nafsu, maka yang seharusnya terbayang dalam fikiran kita adalah kita mencampakkan dan membuang jauh-jauh seluruh aktiviti yang dilarang oleh Allah SWT. Selain kita meninggalkan aktiviti menyakiti orang lain, kita juga harus meninggalkan amalan-amalan apatah lagi mempropagandakan sekularisma, pluralisma, feminisma, kapitalisma, pornografi, dan fahaman- fahaman sesat lainnya; kita juga harus menghentikan kezaliman terhadap rakyat seperti menaikkan harga minyak yang sepatutnya hak rakyat ini diurus menurut hukum syarak; kita juga harus meninggalkan aktiviti menghalang atau bahkan memfitnah agama dan tajassus (memata-matai) serta menghalang pendakwah Islam.

Kita juga mesti berusaha untuk tidak melakukan transaksi riba, bermuamalah secara kapitalis, berpolitik Maciaveli, bernegara tanpa undang-undang yang dilandasi al-Quran dan Hadis, mempertahankan sistem aturan manusia, berinteraksi dalam masyarakat tanpa disandarkan kepada sistem sosial kemasyarakatan yang Islamik, serta menjalani seluruh kehidupan tanpa syariat Islam. Semua itu mesti kita tinggalkan sebagaimana kita berusaha untuk meninggalkan sifat iri, dengki, sombong, takabur dan seluruh sifat buruk lainnya.

Seterusnya kita harus mengiatkan diri dan bersemangat untuk bersama-sama, tolong- menolong, dan terlibat aktif dalam menjalankan dakwah; menyeru penguasa yang zalim untuk bersegera menerapkan syariat Islam; menyeru masyarakat untuk bersegera terikat dengan syariah, tetapi bukan sebaliknya. Rakyat dinasihati supaya sabar menghadapi kesulitan hidup, sementara penguasa yang menyebabkan kesulitan hidup rakyatnya malah dibiarkan. Ramadhan mewajibkan kaum Muslim terikat dengan aturan Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:



Siapa saja yang menjadikan selain Islam sebagai dîn (agama, sistem hidup) maka tidak akan diterima apapun darinya serta dia di akhirat termasuk orang yang rugi. [TMQ Ali Imran (3): 85]
Allah SWT juga berfirman:



Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki. Siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah? [QS al-Maidah (5): 50]

Dari dua ayat di atas tampak jelas bahwa kita diminta untuk berhukum pada apa saja yang telah disyariatkan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan Hadis; bukan sebahagian sahaja, tetapi seluruhnya. Itulah hakikat sebenarnya dari usaha untuk menundukkan hawa nafsu. Apabila kita telah mampu menundukkan hawa nafsu sebagai hasil dari puasa kita, kita akan menjadi (insyaAllah) manusia yang benar-benar bertakwa, sebagaimana firman Allah:



Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa. [TMQ Al-Baqarah (2) 183]

Ramadhan Bulan Utama

Memang benar, bulan Ramadhan adalah bulan yang setiap detik, minit, jam, dan hari-harinya penuh dengan keutamaan. Keutamaan-keutamaan tersebut antara lain :

Pertama: Ramadhan membentuk peribadi Mukmin yang taat secara total kepada Allah SWT dan Rasulullah saw. dalam seluruh perkara yang diperintahkan ataupun yang dilarang-Nya. Tidak ada keraguan di dalam hatinya untuk menjalankan Islam secara kâffah (menyeluruh), baik dalam hal akidah maupun hukum-hukum yang lain seperti: hukum ibadah, makanan, minuman, pakaian, sosial, politik, ekonomi, budaya, pemerintahan, dan sebagainya. Mereka siap untuk mengikuti wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. dengan ikhlas dan tawakal.

Kedua: Di aspek lain, pada bulan Ramadhan, Allah SWT menurunkan wahyu berupa al-Quran untuk yang pertama kali. Wahyu inilah yang merupakan sumber hukum untuk dijadikan pemimpin dan panduan kehidupan. Dengan tegas, Allah SWT berfirman:



Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk (hudan) bagi manusia, penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu (bayyinat) dan pembeda (furqân) (antara haq dan batil). [TMQ al-Baqarah (2): 185]

Ayat ini menjelaskan, bahwa al-Quran diturunkan oleh Allah SWT sebagai petunjuk bagi umat manusia yang mengimaninya; dalil yang jelas dan tegas bagi mereka yang memahaminya, yang terlepas dari kebatilan dan kesesatan; juga merupakan pembeza antara yang haq dan batil, halal dan haram (Lihat: Tafsîr al-Qur’ân al-‘Azhîm, I/269).

Al-Quran bukan kumpulan pengetahuan semata, tetapi juga petunjuk bagi manusia. Al-Quran tidak hanya sekadar dibaca dan dihafalkan saja, melainkan wajib difahami dan diamalkan isinya dalam kehidupan seharian. Nabi saw. dalam berbagai hadisnya menegaskan, bahwa sesiapapun yang berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah tidak akan tersesat selama-lamanya. Allah SWT berfirman:



Apa saja yang diperintahkan oleh Rasul, ambillah; apa saja yang dilarang olehnya, tinggalkanlah! [TMQ al-Hasyr (59): 7]

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa setiap perintah yang terdapat dalam al-Quran, adalah mutlak harus dilaksanakan, dan setiap larangannya harus ditinggalkan, baik terasa berat maupun terasa ringan. Yang tertanam dalam hati dan fikiran adalah, “Kami mendengar dan kami patuhi!” Alangkah ruginya orang yang memahami al-Quran tetapi tidak mengamalkannya. Demikian juga bagi orang yang sentiasa menyerukan Islam namun tidak menjalankannya. Apalagi bagi orang yang menjadikan al-Quran sebagai ‘barang dagangan’, suka memutarbelit pemahaman di dalamnya, bahkan mengatakan al-Quran penuh dengan mitos dan buatan Muhammad. Sungguh, orang tersebut bukan hanya orang yang rugi, namun juga dilaknat oleh Allah. Jadi, pada bulan Ramadhan, Allah SWT bukan sekadar memerintahkan kita berpuasa supaya kita bertakwa, tetapi juga menurunkan al-Quran sebagai sumber aturan untuk mencapai ketakwaan .

Ketiga: Allah sungguh Maha Adil, Maha Bijaksana, dan Maha Pengasih, dan Maha Penyayang. Dalam bulan Ramadhan pintu keampunan dibuka oleh Allah seluas-luasnya, syaitan-syaitan dibelenggu agar tidak dapat menggoda manusia untuk berbuat mungkar, pintu-pintu syurga dibuka seluasr-luasnya, dan berbagai kenikmatan Allah dicurahkan. Dalam bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Itulah malam Lailatul Qadar. Pada malam tersebut untuk pertama kalinya diturunkan al-Quran kepada Rasulullah saw. sebagai petunjuk hidup bagi seluruh umat manusia; bukan hanya bagi kaum Muslim saja, tetapi juga berlaku bagi umat selain Islam. Itulah tanda rahmatan lil ‘alamin-nya Islam.

Wahai kaum Muslimin! Bulan Ramadhan adalah bulan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Sudahkah kita mentaati Allah SWT secara kaffah? Ataukah kita masih tetap membiarkan hidup kita diatur oleh hukum- hukum dari aqal dan hawa nafsu kita? Adakah Ramadhan hanya merupakan tempoh menahan lapar dan haus belaka? Wallâhu a‘lam bi ash-shawâb.
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ اْلإِسْلاَمِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي اْلآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ وَمَا ءَاتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا

Filed under having 0 Ulasan  

Pelik tapi benar: Parti perkauman seru hentikan perkauman

by AURA JIHAD


Apabila dunia hampir kiamat pelbagai kepelikan yang akan muncul. Di zaman mutakhir ini, satu lagi berita pelik telah muncul di Malaysia, yang sekarang sedang hangat diperkatakan

Bermula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, yang menyatakan bahawa berdasarkan sejarah, kaum Cina adalah kaum pendatang di Malaysia. Kenyataan ini tidaklah pelik, namun yang peliknya adalah respons yang terus bermunculan dari kalangan pemimpin UMNO yang lain.

Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan PresIden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, mengambil langkah awal menyatakan bahawa UMNO memohon maaf atas apa yang dilakukan oleh Ahmad Ismail, manakala Ketua UMNO Bukit Bendera tersebut tetap bertegas dengan keputusannya untuk tidak memohon maaf, kerana yakin beliau tidak bersalah. Najib bagaimana pun menyatakan pula bahawa pendirian Ahmad Ismail yang disokong oleh 13 Ketua UMNO Bahagian yang lain tidak mencerminkan dasar UMNO. Peliknya, kalau begitu kenapa Najib memohon maaf bagi pihak UMNO, kerana UMNO tidak melakukan sebarang kesalahan?

Ada yang lagi pelik, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan semua perbincangan yang menjurus kepada sensiviti perkauman perlu dihentikan segera. Tidakkah pelik, Hishamuddin yang terkenal lantang dengan semangat keMelayuan dan hunusan keris UMNOnya, menyeru agar dihentikan isu perkauman. Bukankah menyeru kepada bangsa dan berjuang untuk bangsa hingga sanggup menghunus keris itu adalah ‘perkauman’? Atau, tidak mengapa jika perkauman yang diseru berapi-api itu adalah perkauman Melayu semata-mata, namun yang tidak bolehnya adalah mengaitkannya dengan bangsa lain?

Pak Lah sendiri, selaku ketua parti Melayu terbesar menyeru agar menghentikan sensasi isu perkauman. Bukankah menyeru kepada Melayu itu sendiri merupakan seruan perkauman, yang sekali gus merupakan seruan Jahiliyyah? Sungguh pelik apabila mereka yang selama ini menyeru kepada kaum masing-masing, sekarang menyeru agar dihentikan seruan perkauman. Ada yang lebih pelik, bukankah UMNO itu sendiri parti perkauman. Bukankah ia untuk kaum Melayu dan bukankah perbincangan di dalam mesyuarat Agung UMNO adalah perbincangan yang senantiasa dipenuhi perkauman?

Kalau sudah UMNO adalah untuk bangsa Melayu, MCA pula untuk bangsa Cina dan MIC adalah untuk bangsa India, dan ketiga-tiga parti terbesar ini berjuang untuk kepentingan kaum masing-masing, bukankah ini semua perkauman?

Inilah hakikat apabila dunia sudah menghampiri kiamat, undang-undang dan pemikiran Jahiliyyah menyatakan bahawa, tidak mengapa untuk menyeru kepada perkauman hanya kepada kaum masing-masing, namun jangan sekali-kali dikaitkan dengan bangsa lain. Jika dikaitkan dengan bangsa lain, maka barulah dikatakan ‘perkauman’, dan hal ini tidak boleh. Namun jika tidak mengaitkannya dengan bangsa lain, maka ini bukan perkauman, dan hal ini diperbolehkan, malah mesti diperjuangkan!

Bagi sesiapa yang berjuang untuk kaum masing-masing, sama ada mengaitkannya dengan bangsa lain atau tidak, maka Hizbut Tahrir ingin mengingatkan mereka akan sabda Rasulullah SAW,

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud]

Terdapat banyak peristiwa di dalam sirah di mana Rasulullah mencela mereka yang cuba mempertahankan sikap assabiyyah ini. Dalam satu kejadian, sekumpulan Yahudi merancang untuk memecahkan kesatuan kaum Muslimin setelah dengki melihat bersatunya Auz dan Khazraj atas dasar Islam. Mereka menghantar beberapa orang pemuda untuk melaga-lagakan Aus dan Khazraj dengan mengungkit semula kisah Perang Bu’ath di mana golongan Aus berjaya mengalahkan Khazraj. Hasilnya terjadilah perkelahian antara Aus dan Khazraj dan hal ini kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah. Nabi dengan tegas lalu bersabda,

“Wahai kaum Muslimin, ingatlah kalian kepada Allah, ingatlah kalian kepada Allah! Kenapa kalian mengikuti seruan Jahiliyyah, padahal aku masih berada di tengah-tengah kalian. Dan Allah sebelumnya telah memberi petunjuk kepada kalian dengan Islam, memuliakan kalian dengannya, memutuskan segala kejahiliyyahan dari kalian, menyelamatkan kalian dari kekafiran dan menyatukan hati kalian.”

Apabila mendengar sabda Nabi ini, kaum Aus dan Khazraj terus sedar bahawa seruan Jahilliyah adalah tipuan syaitan, dan salah satu dari makar musuh Allah terhadap mereka. Mereka terus menangis dan berpelukan antara satu sama lain. Peristiwa ini merupakan asbabun nuzul Surah Ali Imran (3):102-103.

“Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (dengan Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya, supaya kamu berpetunjuk.”

Justeru, jika pemimpin Malaysia benar-benar ingin menyeru agar dihentikan seruan perkauman ini, maka merekalah yang sewajibnya terlebih dahulu menghentikan perjuangan assabiyah (perkauman) mereka. Mereka wajib berpaling dari perkauman dan wajib mengambil “Islam” sebagai perjuangan, bukannya “bangsa”. Bagi mereka yang kononnya menyeru agar ditinggalkan perkauman, walhal dalam masa yang sama masih berpegang erat kepada perkauman, menyeru dan memperjuangkannya, maka ingatlah akan firman Allah,

“Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kemurkaan di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”. [TMQ as-Saf (61):2-3].

Na’uzubillah min zalik.

Filed under having 0 Ulasan  

Kembalikan Ramadhan sebagai bulan kemenangan

by AURA JIHAD





Wahai kaum muslimin! Kembalikan semula Ramadhan sebagai bulan kemenangan dengan mengembalikan Khilafah.

Alhamdulillah keberkatan bulan Ramadhan menyapa umat Islam lagi. Ramadhan adalah bulan di mana al Quranul Kareem diturunkan dari Lauhul Mahfuz ke Baytul Izza. Ia adalah bulan di mana terdapat satu malam; Lailatul Qadar iaitu malam yang terbaik di antara seribu bulan pada yang menyaksikan keagunganNya. Dan ia juga bulan di mana Allah subhanahuwataala memerintahkan umat Islam berpuasa, mengikat syaitan-syaitan, mengunci pintu-pintu Neraka dan membuka seluas-luasnya pintu Syurga, membenarkan umat Islam meninggikan ketaatan dan kekuatan dari Tuhan mereka, Al Qawwy, Al Azeem.

Generasi terdahulu muslimin, pada ketika berhukum dengan Kitab Allah, telah dilimpahi dengan keberkatan Ramadhan untuk menikmati kemenangan terhadap kaum kuffar. Dibawah kepimpinan Rasulullah saw, Negara Islam telah berjaya mengalahkan puak terkemuka dikalangan bangsa Arab, iaitu puak kafir Quraish di dalam peperangan Badar. Meskipun pada masa itu, Negara Islam mempunyai pasukan tentera yang kecil dari segi bilangan, mempunyai kelengkapan perang yang tidak mencukupi dan berhadapan dengan musuh Allah yang tiga kali ganda bilangannya termasuk yang terkuat dan paling berpengalaman dalam peperangan.

Firman Allah :

وَلَقَدْ نَصَرَكُمْ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah ketika itu orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya." [Surah Ali Imran 3:123]

Satu lagi peristiwa Ramadhan adalah Pembukaan Kota Mekkah (Fatah Mekkah) oleh Negara Islam. Pembukaan ini telah menundukkan puak Quraish di bawah kekuasaan pemerintahan Islam sekaligus menghapuskan kekejaman mereka terhadap bangsa lain dan juga memudahkan jalan untuk perluasan Daulah Islamiyyah ke serata pelusuk dunia. Turun Firman Allah pada masa itu:

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong” [Surah An-Nasr 110:1-2]

Dan pada abad kepimpinan Islam selepas era Rasulullah saw dan Khulafa’ ar Rashidun, Daulah Islam Khilafah mencapai kemenangan yang besar ke atas musuh-musuh Islam dalam bulan Ramadhan. Kaum Muslim telah berjaya mengusir Tentera Salib dari As-Syam sepenuhnya walaupun sebahagiannya telah cuba diusir semenjak berabad lamanya. Kaum muslim juga telah mengatasi dan mengalahkan bala tentera Tartar di Ein Jaloot yang telah melakukan kerosakan dan kekejaman terhadap kaum muslimin sebelumnya.

Jadi, dapat dilihat, ketika Kaum Muslimin ditadbir dan dihukum dengan peraturan Islam, Allah swt telah memperlihatkan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan umat Islam ke atas musuh-musuhnya. Tetapi alangkah sedihnya pada Ramadhan kali ini, tanpa Daulah Khilafah, kaum Muslimin berhadapan dengan penaklukan oleh musuh-musuh Islam di setiap pelusuk ruang kehidupan mereka.

Sekali lagi pada Ramadhan kali ini, kaumMuslimin menghitung jumlah kematian saudara-saudara mereka hasil dari kerja tangan para penjajah yang menakluk tanah-tanah kaum muslimin di Afghanistan, Iraq, Palestin, Kashmir dan banyak lagi. Pada Ramadhan ini, para tentera kaum muslimin ditegah dari menghulurkan bantuan kepada saudara seIslam mereka tetapi dikerah tanpa bantahan untuk melindungi pihak penjajah kuffar dari saudara muslim mereka.

Ramadhan ini, kaum muslimin berdepan dengan penghinaan terhadap permata bernilai mereka, iaitu Deen Islam. Para penjajah kuffar barat.menanamkan pemikiran rosak mereka melalui sistem pendidikan, media-media massa dan iklan-iklan. Dan Ramadhan ini, kaum muslimin mengharungi kepayahan dan kesempitan hidup kerana sumber-sumber alamnya dikuasai dan diexploitasi oleh penjajah.

Biarpun Umat Islam mempunyai tanah yang luas, kaya sumber alamnya, jumlah penduduk yang ramai dan pasukan tentera yang gagah dan permata paling bernilai iaitu deen Islam yang benar, tetapi umat Islam dihina dan dikeji dihadapan kaum kuffar

Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana tanpa adanya Daulah Khilafah Islam, politik dan pemerintahan tidak lagi kearah menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar. Bahkan politik dan pemerintahan telah dihinakan kepada mengikut telunjuk perintah penjajah dan menghalang apa yang tidak di sukai oleh mereka. Politik bukan lagi memelihara urusan umat untuk mencapai keredhaan Allah semata. Sebaliknya politik pemimpin kaum muslim adalah agenda murahan untuk berlumba-lumba memenangi hati pihak penjajah yang sedang memerintah atau yang bakal memerintah, untuk kepentingan diri sendiri.

Wahai umat Islam!

Ramadhan ini, dengan keadaan saudara-saudara umat Islam yang sedang hebat dilanda kesengsaraan akibat kekejaman pemimpin kuffar, kalian tidak sepatutnya berpuas hati menyembahkan diri kepada Allah dengan berpuasa dan bersolat sahaja. Sebaliknya, menjadi kewajipan bagi kalian untuk bersama-sama bekerja ke arah penerapan agama Allah di muka bumi ini dan memastikan keutuhan nya dari segala macam cara hidup, tidak lain dan tidak bukan dengan mengembalikan semula Khilafah, agar Ramadhan kembali menjadi saksi ke atas kemenangan kaum muslim satu persatu. Marilah bekerja untuk menukar pemimpin kaum muslimin yang rosak ini dan mengembalikan Khilafah di tempatnya, bukan hanya kerana hidup dan mati tetapi atas Perintah dari Allah swt.

Seandainya kalian sebagai muslim tidak menjalankan kewajipan ini, adalah seperti kalian bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin yang melakukan dosa ini. Keadaan kaum muslimin akan lebih parah di dunia ini dan mereka akan di hukum di akhirat nanti Sebagaimana sabda Rasulullah saw

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَا يُعَذِّبُ الْعَامَّةَ بِعَمَلِ الْخَاصَّةِ حَتَّى يَرَوْا الْمُنْكَرَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِمْ وَهُمْ قَادِرُونَ عَلَى أَنْ يُنْكِرُوهُ فَلَا يُنْكِرُوهُ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَذَّبَ اللَّهُ الْخَاصَّةَ وَالْعَامَّةَ
“Allah tidak akan menghukum sekelompok umat di atas perbuatan sekelompok dari mereka, sehingga mereka melihat kemungkaran berlaku di tengah-tengah mereka dan mereka mampu untuk menghalangnya tetapi mereka tetap membiarkannya, dengan demikian itu, Allah akan memberi balasan ke atas semua orang.” (H.R Ahmad)

Oleh itu, ambillah peluang keberkatan Ramadhan ini. Kembalilah kepada Allah subhanahuwataala dengan meningkatkan usaha menentang pemimpin yang rosak dan mengembalikan Daulah Khilafah di tempatnya. Hanya Khilafah akan mengembalikan kedaulatan Islam yang akan memelihara kaum muslimin dan Deen mereka dan menggentarkan hati musuh-musuh Islam. Dan ketahuilah, Allah telah menjanjikan kemenangan bagi orang yang benar-benar mempercayaiNya.

Seperti Firman Allah :

وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنْتُمْ الأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
”Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.” [Surah Ali-Imran 3:139]

Filed under having 0 Ulasan  

Peristiwa-peristiwa di bulan Ramadhan

by AURA JIHAD

Peristiwa-peristiwa di bulan Ramadhan PDF Print E-mail
Selain turunnya wahyu Allah yang pertama di bulan Ramadhan, terdapat beberapa peristiwa besar yang juga berlaku dibulan yang penuh dengan barakah ini. Ketika dahulu, umat Islam yang merupakan umat yang disanjung tinggi dari timur ke barat, kerana terlimpahnya rahmat Allah kesan dari penerapan Islam dalam kehidupan mereka. Namun begitu, pada masa sekarang, setelah runtuhnya entiti penyatuan umat Islam, iaitu Khilafah pada 27 Rejab 1342H (3 Mac 1924), umat Islam dirundung penyakit yang semakin parah. Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir bagi umat Islam berpuasa tanpa Khilafah.

Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan:

17 Ramadhan 2H

Perang Badar Al-Kubra

Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

Ramadhan 5H

Persiapan Perang Khandaq

Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.

20 Ramadhan 8H

Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala

Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.

Ramadhan 9H

Perang Tabuk

Rasulullah SAW tidak mendapati tentera Rom lalu kembali ke Madinah.

Utusan Thaif

Utusan Thaif datang ke Madinah untuk masuk Islam dan pada ketika itu juga mereka terus melaksanakan kewajiban-kewajiban dan melaksanakan puasa disana.

Utusan Raja Himyar

Utusan Raja Himyar datang ke Madinah untuk menyatakan kemasukan Islam. Rombongan tersebut diterima dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW. Beliau kemudian menulis batas-batas hak dan kewajiban mereka dalam bentuk dokumen bertulis.

Ramadhan 10H

Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera dibawah pimpinan Saidina Ali Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka bersembahyang berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.

Ramadhan 53H

Kemenangan tentera Islam di pulau Rhodes.

Ramadhan 92H

Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah kekuasaan Raja Frederic of the Visigoths. Musa ibn Husair, Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Paglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Frederick. Antara peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa perang ini ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Frederick. Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Frederick, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Spanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

Ramadhan 129H

Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.

Ramadhan 584H

Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.

Ramadhan 658H

Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera- tentera Tartar yang biadap ini. Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H (6 September 1260M) di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata ”Wahai Kekasihku”. Ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan, ”Janganlah kamu berkata demikian. Kasih lagilah kamu terhadap Islam”. Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.

Filed under having 0 Ulasan  

Pengumuman berkenaan Anak Bulan(Hilal) Ramadhan dan Penetapan permulaan Ramadhan bulan keberkatan untuk umat islam

by AURA JIHAD







Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

"Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan permulaan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang hak dan yang bathil. Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu dan bukan kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." [Al-Baqarah:185]

Alhamdulillah dan selawat ke atas Junjungan Besar (SallAllahu 'Alaihi wasallam, dan ke atas keluarga baginda, para Sahabat, para Syuhada', pengikut-pengikut Baginda yang menyusuri jejak langkah baginda SAW dalam menetapkan aqidah Islam sebagai asas pemikiran mereka dan Hukum Syarak sebagai tolok ukur perbuatan dan sumber perundangan mereka.

Telah diriwayatkan oleh Sahih Al- Bukhari dari Muhammed Bin Ziyad telah berkata, "Aku mendengar Abu Hurairah (semoga Allah merahmati beliau) berkata: Rasulullahi Sallallahua'laihiwassalam bersabda: Berpuasalah apabila ia (anak bulan Ramadhan) kelihatan, dan berbukalah apabila ia kelihatan, dan sekiranya kamu tidak melihatnya, cukupkanlah 30 hari Syaaban."

Dan setelah melakukan Hilal Ramadhan pada malam Sabtu, secara syari'enya Anak Bulan TIDAK KELIHATAN dan oleh kerana itu, hari Ahad adalah genap 30 hari Syaaban, InsyaAllah. HARI ISNIN ADALAH DITETAPKAN SEBAGAI 1 RAMADHAN 1429H.

Bersempena dengan ini, Amir Hizb ut Tahrir, 'Ataa Bin Khaleel Abu Al- Rashta, (semoga Allah SWT melindungi beliau), memohon pada Allah semoga Umat Islam dimuliakan dengan kekuasaan di muka bumi ini, diperkenankan kemenangan dan kegemilangan untuk mengubati kesakitan-kesakitan di dada kaum Muslimin.
Beliau berdoa agar anak-anak umat Islam akan memperlihat dan membuktikan kepada Allah SWT apakah kebolehan mereka, berdiri sebagai lelaki dan memikul tanggungjawab dakwah ini dengan tegas dan bersungguh-sungguh, dengan penuh tekad, dedikasi dan komitmen, melaksanakan segala macam usaha, bekerja siang dan malam untuk kemenangan Deen yang hebat ini dan para pendakwahnya, untuk menegakkan semula buat kali kedua Khilafah Ar-Rashidah, InsyaAllah.

Beliau juga memohon ke hadrat Allah SWT semoga di perkenankan kita dengan Ajr (ganjaran) kerana berusaha mengembalikan Khilafah, dipenuhi mata dan dada kita dengan keberadaan Khilafah seolah-olah Ia berada di depan mata kita. Beliau memberikan Khabar gembira akan terjadinya kekhilafahan dengan matanya seakan sedang melihat kedatangan Khilafah dan kembali tertegak: Kemenangan dari Allah SWT dan pengembangan Islam secara besar-besaran, dan Keredhaan Allah adalah sebesar-besar ganjaran; serta khabar gembira untuk orang-orang yang beriman. "Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari Kiamat)" [Al Ghaafir 40:51]

Ketua kepada Pejabat Media Hizb ut Tahrir, dan juga semua yang bekerja di dalamnya, mengucapkan syabas dan berdoa sempena bulan yang diberkati Allah ini, memohon kehadrat Allah SWt semoga diterima ibadah puasa kita, ibadah malam kita (Qiyam), rukuk dan sujud kita dan segala amalan kebaikan kita. Ya Allah, izinkan kami melaksanakan Ramadhan hingga ke akhirnya dan janganlah kami dikecualikan dari ganjaran pahala didalamnya; Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang dilindungiMu dengan keampunan dan kebaikan; Ya Allah, berilah kami kesempatan menyaksikan malam LAilatulQadar dan perkenankanlah kami dengan ganjaran pahalanya; Ya Allah, Satukanlah Umat Islam dan himpunkanlah umat ini dibawah lembayung Panji-panji Al 'Uqab, Panji RasululAllah (SAW). Amin YA Allah, Amin Ya Rabbal A'lamin.

Dan sebagai penutup siaran kami pada hari ini, sukacita diumumkan bahawa kami akan bersiaran setiap hari di sepanjang bulan penuh keberkatan ini, bermula pada jam 0800 am waktu Madinah, bandar di mana Negara Islam pertama didirikan [Merujuk kepada laman web Pejabat Media Hizbut Tahrir].

Wa Salamu Alaykum wa Rahmat Allah wa Barakatuh.

Malam sebelum 30 Syaaban 1429H
30 Ogos 2008

Filed under having 0 Ulasan  

Bilakah UMNO mahu kembali ke pangkal jalan?

by AURA JIHAD

UMNO sekarang tidak ubah seperti kapal yang menunggu tenggelam, namun pemimpinnya masih yakin bahawa kapal itu masih kuat. Pelbagai pergolakan dalaman dan serangan dari luar yang sudah bertalu-talu memusnahkan kapal ini sedikit demi sedikit. Ramai yang sudah sedar dan tidak mahu lagi menaiki kapal ini. Namun bagi para pemimpin tertingginya, masih ada sisa-sisa kekayaan yang boleh dirembat yang menyebabkan mereka masih tetap bergantung pada kapal ini.

Sudah sampai masanya ahli Majlis Tertinggi UMNO memikirkan asas dan matlamat perjuangan parti yang hampir musnah ini. Perjuangan dan matlamat yang berasaskan assobiyyah yang selama ini dipertahankan UMNO telah terbukti gagal mengangkat martabat ahli dan penyokongnya. Kedudukan mereka semakin hina dari hari ke hari di mata masyarakat, kecuali bagi mereka yang sama-sama mendapat habuan. Rasullullah SAW telah lama menghina dan melaknat perjuangan assabiyyah ini. Sabda baginda,


“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Dawud]


Pergaduhan dan pertelingkahan hebat yang sedang berlaku di dalam persaingan merebut jawatan di kalangan ahli-ahli UMNO pada ketika ini amat serius sehingga ada yang didakwa oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR). Gesaan ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mahukan MT mengambil tindakan segera membendung gejala tidak sihat itu sambil mengajak semua ahli UMNO untuk mengeratkan semula silaturrahim sebenarnya umpama anjing menyalak bukit. Ini bukanlah kali pertama hal ini ditekankan, dan bukan juga kali ke seribu, sudah jutaan kali perkara yang sama diulang-ulang.


Sesungguhnya satu-satunya tali yang mengikat ahli-ahli UMNO sekarang (dan dari dulu) adalah “manfaat”. Kerana adanya “manfaat”lah menyebabkan mereka masih berpegang kepada UMNO. Ahli UMNO kebanyakannya sudah tidak lagi mempercayai barisan kepimpinan mereka, cuma “manfaatlah” yang menyebabkan sokongan diberi. Perebutan jawatan sehingga ke tahap rasuah-merasuah sudah terlalu biasa dan kini ada pula yang terbunuh. Beberapa hari lepas, Timbalan Ketua Cawangan UMNO cawangan Bukit Merah, Taib Ali, 61 telah mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan sekolah anaknya di Jalan Gunung Semanggol-Bukit Merah.


Kemewahan dan kesenangan jika dapat memegang jawatan tinggi di dalam UMNO adalah punca utama kepada pergeseran dan permusuhan hebat yang berlaku dalam UMNO. Tiada siapa pun yang dapat menafikan bahawa setiap jawatan penting di dalam UMNO menjanjikan kemewahan dan kesenangan. Kerana itulah ada yang sanggup melakukan apa sahaja. Ia antara lain adalah kerana para pemimpin mereka sendiri yang menunjukkan contoh yang tidak baik. Lihatlah kemewahan yang dikecapi oleh barisan tertinggi di dalam kepimpinan UMNO. Ahli-ahli peringkat akar umbi sudah muak dengan sikap bermuka para pemimpin mereka sendiri, disebabkan itulah ada di antara mereka yang berpandangan sudah tiba masanya untuk bertindak. Itu pun kerana mereka tidak dapat mengecapi kemewahan yang sama. Tatkala mereka dijanjikan kemewahan oleh para pemimpin, maka mereka akan terus bertempel dengan UMNO.


Tidak ada cara lain lagi untuk menyelamatkan ahli-ahli UMNO, dunia dan akhirat melainkan dengan merubah asas dan matlamat perjuangan mereka kepada perjuangan yang berlandaskan dan bermatlamatkan Islam. Bagaimanapun, “manfaat dunia” nampaknya menghalang sebahagian besar ahli-ahi UMNO dari merubah perjuangan. Mereka tidak sanggup berjuang untuk Islam kerana jika berjuang untuk Islam, segala rasuah, penyelewengan dan kesenangan hidup yang mereka perolehi di bawah UMNO selama ini mungkin akan berakhir.


Kemewahan dunia telah melupakan mereka bahawa kesemua kesenangan itu tidak akan mereka bawa ke kubur sedikit pun, apatah lagi ke akhirat. Malah dengan kemewahan itulah Allah akan mengazab mereka, namun mereka masih alpa dan terus alpa. Na’uzubillah min zalik.

Filed under having 0 Ulasan  

RM77 billion duit rakyat bakal dikaut oleh pemerintah!

by AURA JIHAD

Kuala Lumpur 3 Sept - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yakin mampu memungut cukai bersih sebanyak RM77 billion seperti yang disasarkan sebelum ini bagi tahun taksiran 2007. Ia merupakan peningkatan sebanyak 15 hingga 20 peratus kutipan cukai berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu, ujar Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarahnya, Datuk Hasmah Abdullah.

Manakala bagi taksiran tahun 2008 pula, LHDN menjangkakan mengalami pengurangan akibat penurunan kuasa membeli rakyat. Bagaimanapun cukai dari syarikat petroleum mengalami peningkatan berikutan kenaikan harga bahan bakar tersebut baru-baru ini.

Demikianlah banyaknya duit rakyat yang bakal dikaut oleh pemerintah! Cukai adalah salah satu sumber utama pendapatan negara Kapitalis. Tanpa pernah memikirkan sedikit pun bagaimana Islam menjana pendapatan negara, pemerintah yang rata-rata mengamalkan sistem ekonomi Kapitalis tetap rakus menghisap darah rakyat melalui cukai. Walhal Rasulullah SAW telah bersabda,

“Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)” [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim].

Dan dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].

Hadis ini menunjukkan bahawa cukai bukan sahaja haram untuk dijadikan pendapatan negara, malah sesiapa sahaja (termasuk individu) yang memungut cukai, maka tempatnya adalah di neraka. Namun, kerajaan Kapitalis yang tidak pernah takutkan azab Allah langsung tidak mempedulikan hadis ini.

Kerajaan Kapitalis yang ada tidak pernah ingin mengkaji bahawa sumber pendapatan Negara Islam itu telah pun ditetapkan oleh Allah dan RasulNya, antaranya Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah dan lain-lain. Sumber-sumber ini sumber yang diredhai oleh Alah dan langsung tidak menzalimi rakyat sebagaimana dalam sistem kufur Kapitalis yang bukan sahaja merampas harta rakyat, malah akan membawa pemerintah ke Neraka (berdasarkan hadis di atas). Itulah ‘hadiah’ dari Isebuah deologi Kapitalis, yang bukan sahaja akan membinasakan negara, malah diri pemimpin itu sendiri. Nah bukankah masanya untuk kita membuang segala hukum kufur ini dan menggantikannya dengan sistem Islam?

Filed under having 0 Ulasan  

Antara periuk nasi dan hukum Allah

by AURA JIHAD

PETALING JAYA: Persatuan Karyawan Malaysia menyifatkan langkah mengharamkan persembahan penyanyi wanita di negeri Kedah sebagai tidak praktil.

Sehubungan itu, Presidennya, Freddie Fernandez berkata, persatuan tersebut berharap untuk bertemu dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi membincangkan isu berkenaan.


“Kami tengah berhubung dengan Datuk Seri Azizan supaya satu pertemuan antara persatuan dengan beliau dapat diadakan untuk membincangkan semula keputusan kerajaan negeri,” katanya.


Beliau berkata, pertemuan itu perlu untuk memberikan pandangan bagi pihak seniman kepada kerajaan negeri.


“Saya bagi pihak Karyawan tidak setuju dengan pengharaman itu kerana itu akan menjejaskan periuk nasi artis-artis kita,” ujar beliau.


Menurut Freddie, pengharaman bagi penyanyi perempuan untuk mengadakan persembahan itu adalah tidak adil untuk mereka.


“Ini tidak adil bagi mereka (penyanyi) yang bergantung kepada bidang ini, mereka sepatutnya bebas untuk membuat persembahan di mana-mana negeri,” katanya.


Beliau berharap Azizan akan menimbang semula keputusan untuk mengharamkan seratus peratus persembahan penyanyi perempuan di Kedah.


Kelmarin, exco kerajaan negeri Dr Ismail Salleh menyatakan tiada kelulusan permit hiburan akan diterima di negeri berkenaan.


Freddie bertambah kenyataan Dr Ismail adalah lebih ditujukan kepada orang Islam sahaja.


“Itu lebih kepada artis (yang beragama) Islam sahaja tetapi macam mana dengan artis yang bukan Islam? Diharamkan ke dibenarkan?”



“Sebelum ini, kami banyak membuat persembahan di Kedah jika diharamkan maka kami akan mengalami kerugian yang banyak,” ujarnya.


Mengenai kenyataan PAS yang menyatakan persembahan hiburan akan memberikan kesan negatif golongan remaja adalah sangat subjektif, beliau berkata: "“Jangan copkan bidang hiburan dengan kegiatan negatif, ini adalah tidak adil".


“Kami hanya mainkan muzik sahaja dan apa salah mendengar muzik dan menghayati orang menyanyi?”katanya.


Sementara itu, artis terkenal Ziana Zain telah melahirkan perasaan sedih dengan sekatan-sekatan terhadap artis-artis yang hanya berniat untuk mencari makan.


“Masing-masing (kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan pembangkang) mempunyai cara memerintah yang berlainan, tetapi apa yang kami harap adalah berikan kelonggaran bagi kami untuk mencari rezeki,” katanya.


Ziana tidak menafikan kebenaran kenyataan Dr Ismail yang menyatakan suara juga merupakan aurat untuk wanita tetapi sebagai artis, menyanyi merupakan kerjaya mereka jika terdapat banyak sekatan dikenakan adalah susah untuk mereka menyara hidup mereka.


“Itu (suara sebagai aurat) saya akui, tetapi itu adalah antara kita dengan Allah. Duit yang kita dapat kita boleh tolong orang yang susah dan hantar mak kami pergi mengerjakan Haji,” ujarnya.


Selain Ziana, Noryn Aziz yang juga merupakan salah seorang bintang terkenal di Malaysia juga berharap agar periuk nasi mereka sebagai artis tidak disekat.


“Saya rasa ini akan menyusahkan kami untuk mencari rezeki, ini (bidang hiburan) adalah periuk nasi kami,” katanya.


Sumber: Mstar Online 03/09/08

Ulasan:

Penerapan Islam itu memerlukan kekuatan, keberanian dan political will? Kuasa telah ada di tangan mereka yang telah dipilih oleh rakyat untuk berkuasa dan memerintah. Kelak anda akan ditanya oleh Allah SWT dengan kuasa yang anda miliki. Justeru itu tindakan kerajaan negeri Kedah mengharamkan artis wanita mengadakan konsert adalah suatu tindakan yang amat di alu-alukan. Kerana bidang nyanyian sekarang adalah suatu bentuk kemaksiatan kepada Allah SWT.


Ya semakin jelas kepada kita bahawa kuasa politik itu adalah sesuatu yang perlu untuk menerapkan Islam di dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Justeru, janganlah hendaknya kita tunduk dengan desakan orang-orang yang mengikut hawa nafsunya yang hanya berfikir untuk memaksiati Allah. Firman Allah SWT,


“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya, dan adalah keadaannya itu melampaui batas” [TMQ Al-Kahf (18):28].


Sebagai peringatan kepada pemimpin, kesan negatif yang muncul dari industri nyanyian ini bukan hanya datang dari penyanyi wanita, malah penyanyi lelaki juga, tidak ada beza di antara keduanya. Suara penyanyi wanita yang dikatakan aurat itu jauh lebih ‘ringan’ berbanding ‘body’ penyanyi wanita itu sendiri yang sering dipertontonkan dengan bangganya kepada umum.


Pakaian yang ketat, menjolok mata, terdedah di sana-sini, make-up yang melampau-lampau, perbuatan melompat-lompat yang lebih hebat dari katak, goyang sana-sini yang lebih hebat lipas kudung dan sebagainya, inilah reaksi artis-artis ini bila mereka melalak di pentas. Jadi, janganlah hendaknya keharaman dilihat dari aspek aurat suaranya sahaja.


Penyanyi lelaki juga tidak kurang hebatnya dengan berseluar ketat, koyak di sana-sini yang menampilkan aurat, melakukan aksi lucah dan menyanyi seperti orang yang kerasukan serta kehidupan dan pergaulan bebas yang melampaui batas, semuanya ini tidak pernah diajar oleh Islam dan menimbulkan kesan negatif yang amat membahayakan masyarakat.


Kita sudah muak dengan alasan ‘periuk nasi’ yang dilontarkan oleh artis-artis ini, seolah-olah ini sahajalah pintu rezeki yang ada untuk mereka! Demikianlah, selagi pemimpin yang ada masih ‘menghalalkan’ segala tindak-tanduk mereka, maka selagi itulah mereka akan terus mencari periuk nasi yang haram ini.


Justeru, langkah sebaiknya dan bertepatan dengan Islam adalah, bukan sekadar mengharamkan mereka ini, bahkan mengenakan takzir yang berat jika mereka terus memaksiati Allah dengan perbuatan haram mereka ini. Dan kedua-dua jenis jantina yang melakukan maksiat ini mesti diharamkan keduanya.


Seperkara lagi, selain langkah mengharamkan kemaksiatan yang dilakukan oleh penyanyi ini, banyak lagi maksiat lainnya yang juga wajib dihapuskan. Seketika dahulu, Menteri Besar Kedah pernah memberikan tiket percuma bagi menyaksikan pertandingan bola sepak yang melibatkan pasukan Kedah, tanpa mengambil kira bahawa keseluruhan pemain sebenarnya telah memaksiati Allah dengan berseluar pendek.


Sewajibnya, mereka di arahkan memakai seluar panjang dan menutup aurat dan meninggalkan segala bentuk permainan yang melalaikan. Namun hal ini ternyata tidak berlaku. Banyak lagi kemaksiatan lainnya yang wajib dihapuskan oleh mereka yang berkuasa. Firman Allah SWT,


“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan (kaffah) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu” [TMQ Al-Baqarah(2):208]


Kepada pemimpin, rebutlah peluang yang diberikan oleh Allah SWT kepada kalian untuk membuat sebanyak mungkin kebaikan yang membolehkan kalian meraih redha disisiNya. Dan tidak ada kebaikan yang lebih utama melainkan kalian sebagai pemerintah yang berkuasa agar menerapkan Islam secara kaffah di dalam kehidupan ini, bukan hanya kepada perkara-perkara yang terpilih sahaja.


Islam adalah satu agama yang sempurna dari segenap aspek, agama yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengatur seluruh kehidupan manusia sama ada dalam persoalan hubungannya dengan Al-Khaliqnya (akidah dan ibadah), hubungan dengan dirinya sendiri (akhlak, makanan, pakaian) dan juga hubungan dirinya dengan manusia yang lain (‘uqubat dan mu’amalat). Wallahu a’lam.

Filed under having 0 Ulasan