Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

DARUL TAQWA DAN DATUK DR JOHAR

by AURA JIHAD

>>Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa
>>yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan
>>purba?begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan
>>kertas tisu.Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.
>>
>>"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di
>>Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."
>>
>>Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa
>>berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.
>>
>>"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam
>>datang.Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan
>>serban yang melilit kepalanya.
>>
>>
>>Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku
>>sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit
>>merah,biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan.
>>Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada
>>helikopter bersimpang -siur bergerak diudara. Railbus bercerakah ke
>>sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya.
>>Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
>>
>>
>>Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana
>>aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
>>
>>
>>"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.
>>
>>
>>Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak.
>>Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki ituterus
>>menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka
>>mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta
>>jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian
>>yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.
>>
>>
>>"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan
>>membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini.
>>Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini
>>menitik beratkan iman.... Pakcik didenda, 30 kalisubhanallah, 30 kali
>>astaghfirullah dan selawat 100 kali."
>>
>>
>>Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar
>>tersentak.Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di
>>seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang.
>>Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
>>
>>
>>" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta.
>>Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? "
>>tanyanya angkuh.
>>
>>
>>"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan
>>ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan
>>matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
>>
>>
>>"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit,kenapa pakcik
>>pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya
>>pegawai itu pula.
>>
>>
>>Aku yang gila,atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia
>>berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia
>>nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja
>>dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre
>>Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih
>>unggul. Lelaki tampan,lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia
>>yang ketinggalan zaman.
>>
>>
>>"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di
>>negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
>>
>>
>>"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau.Ketika Islam belum
>>berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang
>>pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat.Sekarang,
>>kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah
>>zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian
>>macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali
>>orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah
>>negara Islam seperti darul Taqwa."
>>
>>
>>
>>Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?"
>>Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi
>>jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur.
>>Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana.Tetapi
>>itu sahaja, yang lain tak ada.
>>
>>
>>"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji
>>Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam.Diberi amanah untuk memastikan
>>kebersihan lahir batin bandar ini."
>>
>>
>>Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? JalanChow Kit
>>dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu?Apa
>>yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr.Johar.
>>
>>
>>"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi.Kalau tak boleh sekarang,
>>lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah.Demi kebaikan pakcik dunia
>>dan Akhirat..."
>>
>>
>>Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas.
>>Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.
>>
>>
>>"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat
>>pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di
>>Akhirat!" rayu lelaki itu.
>>
>>
>>Pegawai tadi berpaling kearah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu
>>diambil oleh Datuk Dr. Johar.Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka
>>tidak mengejarnya. Ia terlepas ....Lega.Dahaga, lapar mula menggigit
>>tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum.Tapi di mana?
>>Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :
>>
>>
>>"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed AlAbrar,
>>hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin
>>supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan
>>minuman.Sila datang!"
>>
>>
>>Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli
>>menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke
>>sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya
>>berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi
>>kerana lapar ia masuk juga.
>>
>>
>>"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
>>
>>
>>"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada
>>perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.
>>"Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan
>>perempuan?Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".
>>
>>Lelaki itu tersenyum."Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni
>>kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah
>>berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan.
>>Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa
>>Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama,sila masuk ke
>>sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak
>>perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
>>
>>"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis,
>>sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
>>
>>"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya
>>telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul
>>Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah
>>tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut
>>dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan
>>kepalanya.
>>
>>Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk.
>>"Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
>>
>>"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
>>
>>"Ya ! Apa peliknya?",
>>
>>"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan
>>makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.
>>
>>Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati
>>makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan
>>dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang.
>>Yek!Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan
>>ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
>>
>>
>>"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu
>>dengan sopan.
>>
>>
>>Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa
>>dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan
>>seorang diri bagai kera sumbang.
>>
>>
>>" Ya Allah,apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam
>>sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang
>>kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja
>>
>>
>>"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya
>>di sebelah.Dia nampak simpati.
>>
>>
>>Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu
>>ringgit ....malang nasib ana. Anatunggu lima jam di tepi jalan
>>tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah
>>kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka
>>patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi
>>orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di
>>dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.
>>
>>
>>�Oh...!� keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda
>>tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita
>>korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui
>>warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya.
>>Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan
>>duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur
>>habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup
>>perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.
>>
>>Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!"ujarnya kepada
>>pelayan restoran.
>>
>>"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ....berhentilah sebelum
>>kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai
>>merangkap pegawai perubatan ....," katapelayan itu lagi.
>>
>>"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar
>>negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan
>>direstoran!" bentaknya. Marah campur geram.
>>
>>"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak
>>dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang.
>>Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum
>>kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!
>>
>>"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam
>>aku ini ?leternya perlahan-lahan.
>>
>>"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan
>>edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa
>>menghidapnya....."
>>
>>"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu
>>hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
>>
>>"Di sana,tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan
>>boleh dapat apa saja hiburanyang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil.
>>Percuma.
>>
>>Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat
>>yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna
>>berkelip-kelip.Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya.
>>Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih
>>kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada
>>pakaiannya kah atau otaknya?Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam
>>ditekan . Dalam skrin timbul tajukbesar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian
>>menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG
>>PASTI,MIZAN NOKTAH PENYESALAN ,IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram
>>sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.
>>
>>Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak
>>mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.
>>
>>Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya.Tertera di
>>atas skrin komputer: RAJA'.kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu.
>>Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN
>>RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI..Kepala datuk Dr. Johar
>>makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu
>>yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di
>>sebelahnya.
>>
>>"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit
>>anak-anak muda sekarang..."
>>
>>"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada
>>sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran
>>muda-mudi daerah asing itu.
>>
>>Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"
>>
>>"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul
>>lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di
>>tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.
>>
>>Kemudian getaran suara bergema
>>
>>.... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
>>
>>mendamba kasih yang tidak berhujung
>>
>>mengutip sayang di hamparan cinta suci.
>>
>>Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
>>
>>stanza hati merindu Ilahi!"
>>
>>Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
>>
>>"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami
>>halalkan sajalah ..."
>>
>>Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan
>>kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
>>
>>"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami
>>halalkan sajalah."
>>
>>"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta
>>simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti
>>disambar pencuri."
>>
>>" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong
>>tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum dihadapan hakim kerana
>>takutkan seksa Neraka."
>>
>>"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk
>>Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua
>>pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir
>>teknologi begini tinggi.
>>
>>Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter
>>dengan tulisan 'MAKRUFAT AIRTRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di
>>seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA
>>BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ".Di papan itu terpampang gambar seorang
>>lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban,
>>berjubah dan berpurdah.
>>
>>Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum.
>>Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini?
>>Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr.
>>Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu
>>tiba-tiba meletus.
>>
>>"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
>>
>>Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya
>>hari itu.
>>
>>"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr.Johar.
>>
>>"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka
>>tak mahu pilihanraya..."
>>
>>"Habis, mereka mahu apa?"
>>
>>"Mereka mahu Islam, Datuk!"
>>
>>"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.
>>
>>"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"
>>
>>"Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah"
>>
>>p/s: rajin2 la forward ceritani.. moga jadi inspirasi dlm perjuangan
>>kita!! infiroo khifafanwathiqolan!! go2!! muslim mesti cemerlang...
>
>

Mohd Khairul Amran B. Mohd Amin
Pusat Komputer ,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kampus Kuala Lumpur.

Filed under having 0 Ulasan  

KENAPA BERBEZA EIDUL ADHA?

by AURA JIHAD

Di dalam kegembiraan umat Islam menyambut Hari Raya Haji, tahun ini menyaksikan sekali lagi kesedihan yang menimpa umat Islam di dalam mengharungi peristiwa yang penuh bermakna ini. Bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan cintakan penyatuan umat Islam, Hari Raya Haji yang baru sahaja berlalu ini disambut dengan hati yang penuh terguris dan meninggalkan luka yang amat pedih. Hal ini tidak lain tidak bukan adalah kerana perbezaan yang berlaku di kalangan umat Islam di dalam penetapan hari Eidul Adha 1428 Hijriah. Sebagaimana yang telah dimaklumi, kerajaan Malaysia dan juga beberapa kerajaan negara umat Islam yang lain, termasuk negara jiran Indonesia, telah menetapkan Eidul Adha pada tahun ini jatuh pada hari Khamis 20 Disember 2007. Terdapat juga beberapa negara kaum Muslimin lainnya yang menetapkan Hari Raya Haji 1428H pada hari Jumaat 21 Disember 2007. Ini bermakna, umat Islam di seluruh dunia telah menyambut hari kebesaran Islam ini dalam tiga hari yang berbeza. Ketetapan ini tidak sama dengan apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi yang telah mengumumkan bahawa wukuf atau Hari Arafah (9 Zulhijah) adalah pada hari Selasa, 18 Disember 2007 yang secara automatik, ketetapan ini membawa maksud bahawa Hari Raya Eidul Adha (10 Zulhijah) adalah pada hari Rabu 19 Disember 2007.

Keadaan ini sebenarnya telah mengundang banyak tanda tanya kerana ia melibatkan beberapa persoalan hukum yang lain. Contohnya, kita disunatkan berpuasa pada Hari Arafah, jadi bilakah sepatutnya kita berpuasa, adakah pada hari Selasa (18 Disember) yakni sesuai dengan hari ketika jemaah haji wukuf di Arafah, atau pada hari Rabu (19 Disember) sesuai dengan ketetapan pemerintah setempat? Jika berpuasa pada hari Rabu (19 Disember), persoalannya, betulkah hari itu adalah hari Arafah, sedangkan jamaah haji di Mekah pada hari itu justeru sedang merayakan Eidul Adha dan sudah pun wukuf di Arafah hari sebelumnya? Jadi, bukankah berpuasa pada hari Rabu bererti berpuasa pada hari yang kita diharamkan untuk berpuasa kerana bermaksud kita telah berpuasa pada Hari Raya? Bila pemerintah mengisytiharkan bahawa hari Arafah jatuh pada Rabu 18 Disember, lantas ‘Arafah’ manakah yang dimaksudkan oleh mereka, mengingat bahawa Arafah hanya ada satu sahaja, yakni satu-satunya tempat suci di mana para jemaah haji melakukan wukuf? Jika umat Islam memilih untuk puasa sunat pada hari Selasa 18 Disember, bila pula harus solat Eidul Adhanya? Rabu (19 Disember) atau Khamis (20 Disember) atau Jumaat (21 Disember)?

Sebenarnya pertanyaan-pertanyaan di atas langsung tidak perlu timbul. Namun, ia timbul tatkala pemerintah di negeri-negeri kaum Muslimin dengan kekuasaan yang dimiliki masing-masing telah menetapkan hari kebesaran kaum Muslimin ini di atas landasan yang salah. Apa yang berlaku ini sesungguhnya sesuatu yang amat memalukan dunia Islam. Kenyataan ini juga menunjukkan betapa umat Islam dewasa ini telah kehilangan penyatuan dan jatidiri, sehingga untuk hal-hal ubudiyah sekalipun mereka tetap berpecah dengan mengikut sempadan assabiyyah dan wathaniyyah masing-masing. Umum mengetahui bahawa perpecahan umat ini terjadi setelah runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada 28 Rejab 1342H (3 Mac 1924M) yang mana umat Islam telah kehilangan seorang pemimpin (Khalifah) yang selama ini telah menyatupadukan mereka di peringkat antarabangsa. Pemimpin tunggal umat Islam sedunia sudah tidak ada lagi dan umat Islam telah terpecah belah kepada lebih dari 50 buah negara yang bergerak atas dasar dan mengikut kepentingan negara masing-masing. Sehingga untuk menetapkan hari yang begini mulia untuk keseluruhan umat Islam pun, hawa nafsu dan sempadan palsu inilah yang dijadikan ukuran, bukannya hukum wahyu.

Penentuan Hari Eidul Adha Wajib Berdasarkan Penduduk Mekah

Bagi pengkaji fikih, mereka akan dapati bahawa terdapat sedikit khilaf dalam hal mengamalkan satu ru’yah untuk Eidul Fitri, namun khilaf semacam ini tidak pernah ada dalam penentuan Eidul Adha. Sesungguhnya ulama seluruh madzhab (Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali) telah sepakat mengamalkan ru’yah yang sama untuk Eidul Adha. Ru’yah yang dimaksudkan adalah ru’yatul hilal untuk menetapkan awal bulan Zulhijjah, yang dilakukan oleh penduduk Mekah dan ru’yah ini akan dirujuk di seluruh dunia. Oleh sebab itu, kaum Muslimin dalam sejarahnya senantiasa ber-eidul Adha pada hari yang sama. Fakta ini dapat dilihat sejak masa Rasulullah lagi dan dilanjutkan pada masa Khulafa’ Rasyidin, Umawiyyin, Abbasiyyin dan Uthmaniyyin. Namun meskipun penetapan Eidul Adha ini sudah menjadi perkara yang ma’lum min al-din bi al-dharurah di dalam Islam, anehnya pemerintah Malaysia dan beberapa negara umat Islam lainnya, telah begitu berani menetapkan Eidul Adha pada tarikh yang berlainan. Sedangkan kewajiban kaum Muslimin untuk menyambut Hari Raya Korban ini secara bersama-sama (serentak) telah ditunjukkan oleh banyak nas syara’. Di antaranya adalah:-

(1) Hadis A’isyah ra, dia berkata “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda, ‘Eidul Fitri adalah hari orang-orang (kaum Muslimin) berbuka (selesai Ramadhan). Dan Eidul Adha adalah hari orang-orang menyembelih korban” [HR At-Tirmidzi – lihat Imam Syaukani, Nailul Authar, Beirut : Dar Ibn Hazm, 2000, hlm 697, hadis No. 1305]. Imam At-Tirmidzi juga meriwayatkan hadis yang serupa dari Abu Hurairah ra dengan lafaz, “Bulan puasa adalah bulan mereka (kaum Muslimin) berpuasa. Eidul Fitri adalah hari mereka berbuka. Eidul Adha adalah hari mereka menyembelih korban” [Nailul Authar, hlm 697 hadis No. 1306]. Imam At-Tirmidzi berkata, “Sebahagian ahlul ‘ilmi (ulama) menafsirkan hadis ini dengan menyatakan, ‘Sesungguhnya makna puasa dan Eidul Fitri ini adalah yang dilakukan bersama jemaah (keseluruhan masyarakat Islam) dan sebahagian besar manusia” .

Hadis di atas secara jelas menunjukkan kewajiban berpuasa Ramadhan, ber-eidul Fitri, dan ber-eidul Adha bersama-sama orang ramai, iaitu maksudnya bersama kaum Muslimin keseluruhannya, dan langsung tidak timbul soal sempadan negara. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah membataskan perintah (hadis) baginda agar kaum Muslimin menyambut hari raya (berbeza) mengikut sempadan negara masing-masing. Hal ini kerana kaum Muslimin itu tidak pernah dibezakan oleh Rasulullah melalui sempadan negara, malah kaum Muslimin itu hidup di bawah naungan Daulah Islam yang sama. Justeru, atas dasar apakah pemerintah sekarang mengisytiharkan hari raya yang berbeza? Adakah mereka mengikut nas atau melawan nas, mengikut Rasulullah atau berlawanan dengan Rasulullah? Sesungguhnya berdasarkan hadis ini, mana-mana Muslim pun tidak dibenarkan berpuasa sendirian, atau berbuka (ber-eidul Fitri) bersendirian ataupun ber-eidul Adha sendirian (mengikut sempadan negara masing-masing). Yang benar adalah mereka wajib berpuasa dan berhari raya bersama-sama kaum Muslimin yang lain di seluruh dunia pada hari yang sama.

(2) Dari Husain Ibn Al-Harits Al-Jadali, dia berkata, “Sesungguhnya Amir (Wali) Mekah pernah berkhutbah dan berkata, “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengamanatkan kepada kami untuk melaksanakan manasik haji berdasarkan ru’yah. Jika kami tidak dapat meru’yah tetapi ada dua saksi adil yang berjaya meru’yah, maka kami melaksanakan manasik haji berdasarkan kesaksian keduanya” [HR Abu Dawud dan Ad-Daruquthni]. Imam Ad-Daruquthni berkata, “Isnadnya bersambung (muttashil) dan sahih” [Lihat Imam Syaukani, Nailul Authar hlm 841 hadis No. 1629]. Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa penentuan hari Arafah dan hari-hari pelaksanaan manasik haji, telah dilaksanakan pada saat adanya Daulah Islamiyyah oleh pihak Wali Mekah. Hal ini berlandaskan perintah Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada Amir (Wali) Mekah untuk menetapkan hari dimulainya manasik haji berdasarkan ru’yah. Di samping itu, Rasulullah juga telah menetapkan bahawa pelaksanaan manasik haji (seperti wukuf di Arafah, tawaf ifadhah, bermalam di Muzdalifah, melempar jamrah) harus ditetapkan berdasarkan ru’yah penduduk Mekah sendiri, bukan berdasarkan ru’yah penduduk Madinah, penduduk Najd atau penduduk negeri-negeri Islam lainnya. Dalam keadaan sekarang di mana tidak adanya Daulah Islamiyyah (Khilafah), penentuan waktu manasik haji ini pun masih tetap sama di mana ia tetap menjadi autoriti pihak yang memerintah Hijaz dari kalangan kaum Muslimin, meskipun kekuasaannya diperolehi dengan jalan paksa. Dalam keadaan ini, kaum Muslimin di seluruh dunia wajib merayakan Eidul Adha pada yaumun nahr (hari penyembelihan korban) iaitu tatkala para jemaah haji di Mekah sedang menyembelih korban pada tanggal 10 Zulhijjah (sehari selepas wukuf di Arafah), dan bukan keesokan harinya (hari pertama dari Hari Tasyriq). Ini bermakna (pada tahun ini) kaum Muslimin di seluruh dunia wajib berhari raya pada tanggal 19 Disember, bukannya 20 atau 21 Disember. Menyambut Hari Raya Haji pada selain 19 Disember adalah menyalahi nas syara’ dengan sejelas-jelasnya.

(3) Dari Abu Hurairah ra, dia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melarang puasa pada Hari Arafah, di Arafah” [HR Abu Dawud, An Nasa’i – lihat Imam Syaukani, Nailul Authar hlm 875, hadis No. 1709]. Berdasarkan hadis itu, Imam Asy-Syafi’i berkata, “Di sunatkan berpuasa pada Hari Arafah (tanggal 9 Zulhijjah) bagi mereka yang bukan jemaah haji”. Hadis di atas merupakan dalil yang jelas dan terang mengenai kewajiban merayakan Eidul Adha pada hari yang sama di atas seluruh kaum Muslimin. Sebab, jika disyari’atkan puasa bagi selain jemaah haji pada Hari Arafah (hari tatkala jemaah haji wukuf di Padang Arafah), maka artinya, Hari Arafah itu satu adanya, tidak lebih dari satu, tidak boleh lebih dari satu dan tidak akan lebih dari satu. Ini justeru bermakna, puasa sunat bagi kaum Muslimin (selain jemaah haji) juga akan berlaku pada hari yang satu. Ini kerana perbezaan titik paling jauh di antara belahan dunia ini sekalipun hanyalah 12 jam sahaja (tidak sampai pun 24 jam) dan Malaysia pula, hanya berbeza 5 jam sahaja dengan Arab Saudi. Bagaimanakah perbezaan 5 jam ini ‘tiba-tiba’ menyebabkan Hari Arafah menjadi berbeza lebih dari sehari (24 jam) sebagaimana yang ditetapkan oleh pemerintah? Sungguh tidak masuk akal dan alangkah dangkalnya pendapat dan ketetapan ini! Justeru, sungguh-sungguh menyalahi nas apabila kaum Muslimin di Malaysia, Indonesia dan lain-lainnya (yang beraya pada 20 Disember) berpuasa sunat pada hari penyembelihan korban di Mekah (10 Dzulhijjah), yang sebenar dan sesungguhnya adalah hari raya Eidul Adha. Dan bukankah berpuasa pada hari raya itu adalah perbuatan yang jelas-jelas diharamkan oleh Rasulullah? Lalu atas dasar apa pula kaum Muslimin solat Eidul Adha di luar waktunya yang mana mereka sebenarnya bersolat Eidul Adha pada tanggal 11 Zulhijjah (hari pertama dari Hari Tasyriq)? Sungguh, perbuatan ini amat-amat menyalahi nas dan tidak boleh dilakukan oleh seorang Muslim pun yang masih ada keimanan dan rasa takut kepada Allah dan Hari Akhirat!

Mengikut Nas Atau Mengikut Pemerintah?

Sebahagian dari kaum Muslimin yang membolehkan perbezaan Eidul Adha beristidlal (menggunakan dalil) dengan hadis, “Berpuasalah kalian apabila melihat (ru’yah) hilal, dan berbukalah kalian (ber-eidul Fitri) apabila melihat hilal. Dan jika mendung/awan menghalang (pandangan) kalian, maka perkirakanlah”. Beristidlal dengan hadis ini untuk membolehkan perbezaan hari raya (termasuk Eidul Adha) di antara negeri-negeri umat Islam dan untuk membolehkan penggunaan kaedah hisab adalah istidlal yang keliru. Kekeliruannya dapat ditinjau dari beberapa aspek:

Pertama, Hadis tersebut tidak menyentuh Hari Raya Eidul Adha baik secara langsung mahupun tidak langsung. Hadis itu hanya menjelaskan tentang Eidul Fitri, bukannya Eidul Adha. Maka dari itu, tidaklah tepat beristidlal dengan hadis tersebut untuk membolehkan perbezaan Eidul Adha berdasarkan perbezaan mathla’ (tempat terbit hilal), di antara negeri-negeri umat Islam. Selain itu, mathla’ hilal itu sendiri faktanya tidaklah berbeza-beza, sebab anak bulan itu terbit di langit pada satu titik waktu yang sama. Dan waktu kelahiran anak bulan ini berlaku untuk bumi seluruhnya. Yang berbeza sebenarnya hanyalah tempat dan waktu pencerapan/pengamatan (di bumi) kerana berlakunya pusingan bumi. Itu pun (pusingan bumi) masih terjadi dalam jangka waktu yang selisihnya masih terhitung pada hari yang sama, yang lamanya tidak lebih dari 12 jam. Jadi, langsung tidak timbul soal perbezaan hari (24 jam) kerana titik yang paling jauh sekalipun hanya mengalami selang masa selama 12 jam sahaja.

Kedua, hadis tersebut telah menetapkan awal puasa Ramadhan dan Eidul Fitri berdasarkan ru’yatul hilal, bukan berdasarkan kaedah hisab. Pada hadis tersebut tak terdapat sedikit pun dalalah (pemahaman) yang membolehkan kaedah hisab untuk menetapkan awal bulan Ramadhan dan hari raya Eidul Fitri. Manakala perkataan Nabi yang berbunyi, “...jika mendung/awan menghalang (pandangan) kalian, maka perkirakanlah” maksudnya bukanlah perkiraan berdasarkan kaedah hisab, tetapi bermaksud menyempurnakan bilangan (bulan) Sya’ban atau Ramadhan kepada 30 hari, (bila hilal tidak kelihatan) [sila rujuk ‘SN92 Rukyah Dan Hisab - Matla’ Syariyyah Atau Matla’ Assabiyyah’ untuk kefahaman lanjut]. Jadi, adalah teramat keliru jika menggunakan hadis ini dan menetapkan tarikh Eidul Adha berdasarkan kaedah hisab.

Ketiga, Andaikata kita terima bahawa hadis tersebut juga berlaku untuk Eidul Adha dengan jalan Qiyas (padahal Qiyas tidak berlaku dalam hal ibadah yang bersifat tauqifiyah) maka hadis tersebut justeru akan bertentangan dengan hadis dari Husain Ibn Al-Harits Al-Jadali di atas, yang bersifat khusus untuk Eidul Adha dan manasik haji. Dalam hadis penetapan Ramadhan dan Eidul Fitri, Rasulullah memberi autoriti kepada mana-mana orang Islam di seluruh dunia untuk melihat hilal. Manakala dalam hadis penetapan Eidul Adha, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam hanya memberikan autoriti kepada kaum Muslimin/Amir/wali Mekah untuk menetapkan ru’yah bagi bulan Zulhijjah dan untuk menetapkan waktu manasik haji khusus berdasarkan ru’yah penduduk Mekah (bukan ru’yah kaum Muslimin di negeri-negeri yang lain). Apabila terdapat nas khusus di dalam satu-satu perkara, maka nas yang bersifat khusus ini akan terpakai dan mesti diguna terlebih dahulu berbanding dengan nas yang bersifat am. Nas yang bersifat am pula tidak boleh digunakan bukan pada tempatnya sehingga menyalahi nas khusus yang telah sedia ada. Sesungguhnya hadis-hadis tidak akan bertentangan antara satu sama lain (kecuali dalam kes nasikh-mansuh), melainkan umat Islamlah yang (kerana kesalahfahaman mereka) menjadikannya bertentangan.

Berdasarkan penjelasan ini, atas dasar apakah lagi umat Islam ini berbeza pendapat di dalam menetapkan tarikh Hari Raya Haji? Bukankah yang sepatutnya dijadikan rujukan oleh umat Islam adalah nas, dan nas semata-mata? Ternyata, apabila nas diketepikan, maka berpecahlah umat Islam. Walaupun Rasulullah telah membuat ketetapan tentang hari Eidul Adha bagi seluruh kaum Muslimin, malangnya sebahagian besar kaum Muslimin hari ini telah mengikut ‘ketetapan’ yang dibuat oleh pemerintah negara masing-masing yang justeru bertentangan dengan apa yang Rasulullah telah tetapkan. Atas dasar wahyu, Rasulullah telah membuat ketetapan Eidul Adha dan telah menyatukan kaum Muslimin di seluruh dunia dengan ketetapan tersebut. Justeru atas dasar apakah ketetapan Eidul Adha yang dibuat oleh pemerintah sekarang? Atas dasar apakah pemerintah kaum Muslimin memecah-belah dan mencerai-beraikan kesatuan kita? Atas dasar apakah kaum Muslimin di seluruh dunia menyambut Eidul Adha pada hari yang berbeza-beza? Atas dasar apa lagi, jika bukan atas dasar assabiyyah dan wathaniyyah!!!? Atas dasar apa pula para ulama dan imam-imam yang ada hanya mengikut sahaja apa yang ditetapkan oleh pemerintah? Tidakkah mereka ini mengkaji nas dan mendengar apa yang Rasulullah tetapkan? Alasan apakah yang mereka akan berikan kepada Allah Azza wa Jalla di akhirat nanti atas perbuatan mereka yang menyalahi ketetapan RasulNya? Apakah kerana (alasan) menjaga ‘periuk nasi’ (di dunia) maka hal ini lebih penting bagi mereka, dari menjaga agama Allah atau dari menjaga diri mereka sendiri dari azab Allah (di akhirat)? Sesungguhnya mereka tidak akan ada alasan lagi di hadapan Allah kelak.

Sebahagian dari kaum Muslimin (sama ada yang jahil mahupun yang mengetahui akan nas-nas yang jelas tentang Eidul Adha), ada yang beranggapan bahawa kita wajib mengikut sahaja apa yang telah ditetapkan oleh pemerintah. Alasan mereka adalah kerana ini akan menjaga kesatuan umat Islam dan jika ia salah sekalipun, maka pemerintahlah yang akan menanggung dosa. Mereka melihat bahawa jika mana-mana individu Muslim atau gerakan Islam yang menyambut hari raya berlainan dari hari yang telah ditetapkan oleh pemerintah, maka golongan ini dikatakan memecahbelahkan kesatuan umat! Subhanallah! Betapa dangkalnya hujah ini! Tidakkah mereka sedar bahawa pemerintah yang telah menetapkan hari raya tanpa mengikut nas inilah yang merupakan pemecah kesatuan umat Islam? Tidakkah mereka sedar bahawa pemerintah inilah yang telah menyebabkan umat Islam menyambut hari raya yang tidak sama? Tidakkah mereka sedar bahawa kerana pemerintah inilah, umat Islam di seluruh dunia tidak bersatu, bukan sekadar tidak bersatu di dalam menyambut hari raya, malah tidak bersatu di dalam segala hal? Tidakkah mereka ini sedar bahawa mereka sendiri telah menyumbang kepada perpecahan umat Islam apabila mereka mentaati pemerintah yang tidak mentaati hukum Allah ini? Dan tidakkah mereka membaca ayat-ayat Allah bahawa setiap diri itu akan menanggung dosa di atas perbuatannya sendiri?

Mereka menuduh bahawa orang yang tidak berhari raya menurut ketetapan pemerintah sebagai pemecah kesatuan, tidakkah mereka ini sedar bahawa ‘kesatuan’ yang mereka maksudkan itu adalah ‘kesatuan jahiliyyah’? Ini kerana pemerintah hari ini hanya menyatukan umat Islam berdasarkan sempadan negara-bangsa (nation-state) semata-mata. Jadi, apakah mereka ingin menyahut seruan jahiliyyah (assabiyyah dan wathaniyyah) oleh pemerintah dan menyambut hari raya berdasarkan sempadan bangsa dan negara? Lalu seruan ini mereka namakan sebagai ‘penyatuan umat’? Maha Suci Allah! Apakah kesatuan jahiliyyah yang mereka serukan, bukannya kesatuan atas dasar La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah yang tidak mengenal batas sempadan, warna kulit, keturunan dan sebagainya? Alangkah jauhnya mereka dari kebenaran! Ya benar, kita wajib taat kepada pemimpin, tetapi tidakkah mereka ini mendengar sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa, “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam (perkara) memaksiati Allah” [HR Ahmad dan Hakim]. Apakah ketetapan hari raya yang bertentangan dengan ketetapan wahyu ini bukan (perkara) memaksiati Allah? Jadi, siapakah pemecah belah umat yang sebenarnya? Apakah orang yang ingin mentaati Allah dan Rasul dikatakan pemecah belah umat, manakala pemerintah yang melanggar perintah Allah dan Rasul dianggap penjaga kesatuan umat?

Justeru, Hizbut Tahrir menyeru kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan di dunia amnya untuk menarik pengajaran dari peristiwa ini, bahawa segala perpecahan yang berlaku ini adalah kerana tidak diterapkan hukum Islam di dalam kehidupan sama ada oleh individu, masyarakat mahupun negara. Demikianlah keadaan umat bila tidak kembali kepada hukum Allah. Demikianlah keadaan umat apabila tidak adanya seorang Khalifah yang memimpin mereka. Umat akan terus berpecah belah dalam berbagai hal, termasuklah dalam perkara menetapkan hari kebesaran bagi mereka sendiri. Hal ini tidak lain adalah kerana adanya batas sempadan negara-bangsa yang dicipta oleh penjajah kuffar yang dipertahankan oleh pemerintah hari ini. Jika keadaan ini terus berlangsung, bagaimana mungkin umat Islam akan mampu mewujudkan kerahmatan Islam yang telah dijanjikan Allah? Kerana itu, perpecahan ini wajib dihentikan. Caranya, umat Islam wajib bersungguh-sungguh, dengan segala daya dan upaya masing-masing, untuk berjuang ke arah penyatuan umat Islam sedunia dengan melantik seorang Khalifah yang akan menggabungkan semula keseluruhan negeri-negeri mereka dan menyatukan semula hari raya mereka. Hanya dengan cara ini sahajalah umat Islam akan kembali bersatu di dalam satu kesatuan yang utuh.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Marilah bersama-sama di dalam perjuangan menyatukan semula umat ini di bawah Daulah Khilafah. Ketahuilah oleh kalian bahawasanya perjuangan untuk menegakkan Khilafah ini sedang menghampiri kejayaannya. Penuhilah oleh kalian seruan kepada mendirikan semula Khilafah dengan bersama-sama barisan pemuda-pemuda kaum Muslimin di seluruh dunia yang pada ketika ini sedang bergerak aktif menyahut seruan Allah dan Rasul untuk menegakkan agamaNya. Pemuda-pemuda ini Insya Allah tidak akan berhenti dari seruan ini sehinggalah Allah menunaikan janjiNya kepada mereka. Seruan inilah yang akan mengakhiri segala perpecahan dan kehinaan yang membelenggu umat Islam pada ketika ini. Belenggu-belenggu jahiliyyah ini, Insya Allah, akan tertanggal satu demi satu dengan bergabungnya kalian ke dalam barisan pemuda yang berjuang menegakkan Khilafah ini. Sesungguhnya perjuangan ini memerlukan pengorbanan yang besar sebagaimana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat di dalam perjuangan dakwah mereka sehingga tertegaknya Daulah Islam di Madinah. Namun, pengorbanan ini telah dijanjikan oleh Allah dengan syurgaNya yang seluas langit dan bumi dan demi Allah, sesungguhnya tidak ada balasan yang lebih baik dari balasan ini. Justeru, bersegeralah kepada kebaikan ini wahai kaum Muslimin.

Ya Allah, saksikanlah bahawa kami telah menyampaikan!


MENAGIH HAK ASASI MANUSIA, DARI SIAPA?

by AURA JIHAD

Pada 10 Disember lepas, kira-kira 50 orang yang terdiri daripada peguam dan aktivis telah mengadakan perarakan yang bermula di hadapan kompleks membeli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman hingga ke bangunan Majlis Peguam di Jalan Raja, Kuala Lumpur. Perarakan itu diadakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang disambut pada 10 Disember setiap tahun. Perarakan itu walaupun pada awalnya telah dirancang oleh Majlis Peguam, tetapi telah dibatalkan oleh mereka di saat-saat akhir. Namun beberapa orang peguam tetap meneruskannya. Sehubungan itu, pihak polis telah menahan empat orang peguam dan empat aktivis mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis 1967 kerana berhimpun secara haram [UM 10/12/07]. Walaupun hari Hak Asasi Manusia bukanlah merupakan satu sambutan yang utama di Malaysia, malah tibanya tidak dipinta dan perginya tidak ditangisi oleh sesiapapun, tetapi bagi sesetengah kelompok di Malaysia, hari Hak Asasi Manusia ini merupakan suatu yang amat bermakna dan diraikan sebagai satu anugerah bagi manusia.

10 Disember dipilih sebagai hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa sebagai menghormati pengisytiharan ‘The Universal Declaration of Human Rights’ (UDHR) pada 10 Disember 1948 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Di Malaysia, daya usaha menubuhkan sebuah institusi HAM pada peringkat nasional bermula dengan penyertaan Malaysia yang aktif dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights - UNCHR) pada tahun 1993-95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial PBB. Sehubungan itu, pada 9 September 1999, tertubuhlah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). Seksyen 2 Akta ini menyebut bahawa: “HAM merujuk kepada kebebasan asasi sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan”. Peruntukan-peruntukan dalam UDHR ini diakui di Malaysia selama mana ianya tidak tak selaras dengan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini dinyatakan dalam seksyen 4(4) Akta 597, seperti berikut: “Bagi maksud Akta ini, perhatian hendaklah diberikan kepada Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 setakat yang perisytiharan itu tidak tak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.”

Setelah tertubuhnya SUHAKAM, maka ramailah rakyat Malaysia, termasuk gerakan-gerakan Islam sekalipun yang telah terperangkap dan terpedaya, lalu dalam banyak hal, datang menghadap SUHAKAM untuk menuntut hak dan mengharapkan badan ini agar dapat menyelesaikan tuntutan dan masalah mereka. Dari sini, istilah dan perjuangan menuntut Hak Asasi Manusia menjadi semakin popular dan mendapat tempat di hati rakyat. SN kali ini dengan ruang yang serba terhad akan menjelaskan apakah HAM yang baru dimunculkan oleh kuffar Barat ini merupakan suatu yang ‘suci’ sehingga perlu diambil dan diperjuangkan oleh umat Islam.

Sejarah Ringkas HAM

Hak Asasi Manusia yang sebelumnya dikenali sebagai ‘hak-hak tabii’ (Natural Rights) merupakan sebuah produk pemikiran yang dominan di sekitar zaman pencerahan (renaissance) di Eropah. Ia lahir sebagai suatu penentangan terhadap manipulasi pihak gereja dan Raja Eropah terhadap rakyat atas nama hak ketuhanan yang ada pada raja (divine rights of the king). Sebelum zaman pencerahan Eropah, golongan gereja dan bangsawan selalu menghisap darah rakyat dan mendakwa mereka mewarisi hak dari Tuhan di mana rakyat tidak memiliki hak selain patuh kepada institusi gereja dan raja. Kemudian, disebabkan rasa tidak puas hati kerana sering ditindas semahunya oleh gereja dan golongan bangsawan, golongan cendekiawan dan kelompok-kelompok pedagang yang terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada Institusi beraja mula bangkit. Mereka memobilisasi kelompok karyawan dan pekerja untuk mencetuskan Revolusi Perancis (1779-1789) dan dari saat inilah mereka mempopularkan idea hak asasi yang kemudiannya dijadikan slogan Revolusi Perancis. HAM kemudian dijadikan piagam dalam konstitusi Perancis yang ditetapkan tahun 1791. Sebelum itu slogan-slogan ini diangkat dalam revolusi Amerika Syarikat pada tahun 1776. Secara umum, HAM kemudian diterima pakai oleh seluruh negara Eropah pada abad ke 19, cuma pada saat itu HAM hanya menjadi urusan dalam negara masing-masing.

HAM baru menjadi peraturan antarabangsa setelah Perang Dunia Kedua dan setelah berdirinya PBB, iaitu pada saat diumumkan UDHR pada tahun 1948. Kemudian, pada tahun 1961, deklarasi ini disusuli dengan Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak Sivil dan Politik (International Covenant on Civil and Political Rights). Pada tahun 1966, diumumkan pula Perjanjian Antarabangsa Tentang HAM, Ekonomi, Budaya dan Sosial. Meskipun demikian, semua ketetapan mengenai HAM tetap kekal sebagai sebuah peraturan antarabangsa dan AS baru berjaya menjadikannya sebagai undang-undang sejagat (iaitu peraturan yang tidak hanya diterima pakai oleh negara, tapi oleh individu rakyat di dalam negara) selepas tahun 1993, atau dua tahun selepas AS mendominasi PBB secara solo di peringkat antarabangsa setelah kejatuhan Sosialisme. Untuk mengukuhkan lagi HAM sebagai undang-undang dunia, AS kemudian menjadikan HAM sebagai salah satu asas strategi polisi luar negerinya. Ini terjadi pada akhir dekad 70-an pada masa kepimpinan Presiden Jimmy Carter. Sejak dari itu, Jabatan Luar Negara rejim AS selalu mengeluarkan penilaian tahunan mengenai komitmen negara-negara dunia untuk menerapkan HAM. Penilaian tahunan itu juga menilai sejauh mana negara-negara itu memberikan toleransi kepada rakyatnya untuk menjalankan HAM.

Setelah dunia berada di dalam genggamannya, AS lalu mempropagandakan bahawa mereka adalah penjaga dan pejuang HAM. Kemudian HAM dijadikan ‘standard’ oleh AS untuk menilai negara-negara lain di mana rejim ini akan mengambil apa sahaja langkah yang perlu (termasuk perang) jika mereka mendapati negara-negara lain tidak mematuhi HAM. Penilaian ini telah dijadikan ‘justifikasi’ oleh rejim AS terhadap negara-negara, yang oleh Washington dianggap tidak mematuhi prinsip-prinsip HAM untuk mencampuri urusan dalaman negara berkenaan. Bagi yang buta politik, maka mereka akan mengagung-agungkan idea HAM yang dibawa oleh AS ini, tetapi bagi mereka yang sedar dan ikhlas, mereka akan nampak bahawa HAM hanyalah dijadikan ‘alat’ yang cukup efektif oleh AS untuk memastikan dunia terus berada di dalam genggamannya, dan yang paling utama, mereka dapat ‘mengawal dan menguasai’ pemikiran umat Islam. Justeru, kita menyaksikan bahawa atas alasan memelihara Demokrasi dan HAM, AS telah campur tangan di Haiti (1994), AS juga telah menyerang Afghanistan dan Iraq dan menyebabkan ratusan ribu nyawa melayang terutama kanak-kanak dan wanita dan jutaan lagi hidup menderita. Kita juga mendapati bahawa AS hanya menutup mata terhadap negara/pemimpin yang jelas-jelas melanggar HAM seperti Israel, India, Serbia dan sebagainya. Begitu juga terhadap pemimpin umat Islam yang terkenal diktator dan tidak pernah mempedulikan HAM seperti Musharraf, Islam Karimov, Raja Abdullah, Muammar Gadafi, Hosni Mubarak dan lain-lain; AS malah berbaik-baik dan memuji mereka. Inilah sikap ‘double standard’ AS yang jelas menunjukkan HAM hanyalah alat AS bagi menjalankan kepentingan politik mereka.

Undang-undang HAM Bertentangan Dengan Undang-undang Allah

UDHR yang dibuat oleh badan kufur PBB mengandungi 30 Fasal yang menyentuh HAM di dalam pelbagai aspek. Jika kita bandingkan kesemua 30 Fasal tersebut dengan Al-Quran dan Sunnah, maka kita akan dapati perbezaan dan pertentangan yang begitu nyata. Anehnya ada segelintir umat Islam begitu mensucikan HAM ini, malah ada yang begitu lancang menyatakan bahawa ia sesuai dengan Islam. Walaupun ingin sekali kami huraikan pertentangan UDHR ini dengan Islam satu-persatu, namun kerana keterbatasan ruang, kami hanya dapat membincangkan sedikit sahaja dari pertentangan-pertentangan ini. Cuba kita lihat Fasal 1 UDHR yang memperuntukkan, “All human beings are born free and equal in dignity and rights” (Semua manusia dilahirkan bebas dan mempunyai persamaan dari segi martabat dan hak-hak).

Sekali lalu nampak seperti tidak ada salahnya dengan peruntukan ini, namun jika dilihat hukum Islam yang datangnya dari Allah dan telah dilaksanakan sejak lebih 1,300 tahun yang lalu (jauh sebelum UDHR diluluskan) peruntukan ini terlalu banyak bercanggah dengan ajaran Islam. Di dalam Islam, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan hak kepada manusia sebelum ia lahir ke dunia lagi (dalam keadaan janin)! Setelah dilahirkan pula, seseorang manusia itu ‘tidak bebas’ dan tidak sama di dalam semua perkara hak. Manusia dilahirkan tidak bebas, yang bermaksud manusia itu ‘terikat’ dengan hukum syara’. Dari segi hak pula, manusia ada yang sama dan ada yang berbeza bergantung pada beberapa keadaan dan peringkat (i) Hak janin (yakni) bermula dari umur 40 hari hingga dilahirkan (ii) Hak manusia (kanak-kanak) yang belum mumayyiz (al-tufla) (yakni) dari saat dilahirkan hingga mumayyiz (iii) Hak manusia (kanak-kanak) yang telah mumayyiz sehingga akil baligh (al-tamyiz) (iv) Hak manusia yang telah baligh (al-bulugh) hingga mati (v) Hak manusia setelah mati (hak ke atas mayat). Selain kelima tahap ini, Islam juga membezakan beberapa hak dan tanggungjawab di antara lelaki dan wanita, seperti di dalam hal aurat, perkahwinan dan harta pusaka. Islam juga membezakan hak antara anak zina dengan anak yang dilahirkan hasil dari perkahwinan yang sah.

Menurut undang-undang HAM, semua manusia adalah sama, tidak kira lelaki atau perempuan, anak sahtaraf atau anak zina. Bagi mereka lelaki dan perempuan adalah sama, tidak ada aurat yang membezakan. Mereka membolehkan anak zina mewarisi harta bapa, mereka membolehkan perkahwinan sesama wanita dan juga sesama lelaki dan banyak lagi kekejian lainnya yang mereka bawa atas nama HAM. Adapun Islam telah merincikan hak manusia dari dalam kandungan lagi di mana adanya hukum diyat ke atas janin yang dibunuh atau terbunuh. Janin mempunyai hak untuk hidup dan haram bagi ibunya melakukan pengguguran dengan sengaja. Jika si ibu sengaja menggugurkan janinnya, maka dia wajib membayar satu per sepuluh diyat dan diyat ini dibayar kepada Negara. Namun jika si suami memukul isterinya hingga menyebabkan keguguran, diyat (yang sama jumlahnya) hendaklah dibayar kepada si isteri tadi. Dari segi pemilikan harta umum pula (milkyyahl ‘ammah) seperti hasil gas, petroleum dan bahan galian lainnya, janin mempunyai hak yang sama sebagaimana orang dewasa dan tidak boleh dikurangkan sedikit pun. Ini baru sedikit rincian hukum Islam ke atas janin, belum lagi kita membincangkan keseluruhan hukumnya dan belum masuk lagi hukum-hukum yang lain. Apakah dengan sempurnanya hukum Allah sejak lebih 1,300 tahun yang lalu (sebelum HAM diperkenalkan lagi), kita sanggup mengatakan bahawa HAM yang dibuat oleh badan kufur PBB itu selaras dengan Islam atau berasal dari Islam itu sendiri?

Di bawah HAM, seseorang wanita itu dibolehkan untuk melahirkan atau menggugurkan kandungannya (tidak kira sama ada anak itu hasil dari perkahwinan, perzinaan atau perkosaan) bergantung kepada keputusan si ibu. Isu ini telah mengundang suatu perdebatan moral yang tidak putus-putus di kalangan mereka. Mereka bergaduh dan berdebat di seputar hak janin di dalam kandungan wanita sama ada ia (janin) mempunyai hak untuk hidup atau tidak. Perdebatan sekitar hak asasi ibu dan hak asasi janin ini berlanjutan tanpa adanya kata putus [lihat wikipedia Pro-life vs Pro Choice]. Perdebatan moral yang tidak berkesudahan juga timbul di kalangan mereka apabila mereka membincangkan tentang kahwin sesama jenis di mana kelompok-kelompok gay dan lesbian akhirnya mendapat hak mereka di bawah nama HAM. Kekejian ini malah menular ke dalam institusi gereja, sehingga menyebabkan gereja berpecah kepada dua iaitu golongan liberal dan konservatif di mana gereja liberal telah menjadi tempat kelompok gay dan transeksual mendapat ‘restu’ atas perbuatan keji mereka [BBC 16 Jun 2007]. Ini baru Fasal 1, yang baru sedikit memberi gambaran tentang kejelikan dan kebobrokan idea yang di bawa oleh HAM dan bagaimana ia bertentangan dengan Islam secara nyata!

HAM – Sebuah Pemikiran Kufur

HAM yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia mahupun yang diperjuangkan oleh segelintir rakyat Malaysia sesungguhnya berakar umbi dari UDHR yang telah diumumkan oleh PBB. Sebagai sebuah badan kufur dan didominasi oleh negara-negara kufur, sudah selogiknyalah UDHR/HAM itu digubal menurut pemikiran kufur mereka. Tunjang kepada HAM adalah ‘kebebasan’ dan secara amnya, empat jenis kebebasan menjadi tunggak utamanya yang mana hal ini termanifestasi dari setiap peruntukan undang-undang atau amalan yang dipraktikkan dalam mana-mana negara pun, termasuklah Malaysia.

(1) Kebebasan Beraqidah/beragama: Kebebasan beraqidah menurut HAM ertinya ialah manusia berhak untuk menganut atau meyakini agama atau ideologi apa sekali pun dan berhak mengingkari atau menukar agama sesuka hati. Sebahagian kaum Muslimin yang tertipu oleh kaum kafir menyangka bahawa kebebasan beragama yang dipropagandakan oleh kaum kuffar itu tidaklah bertentangan dengan Islam. Mereka berhujah dengan Firman Allah Ta'ala, “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam) [TMQ Al-Baqarah (2):256] dan ayat “Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah dia beriman dan siapa sahaja yang ingin (kafir) biarlah dia kafir” [TMQ Al-Kahfi (18):29]. Mereka ini menyimpang jauh dari Islam di mana mereka tidak memahami bahawa objek pembahasan dua nas tersebut adalah berupa seruan (khitab) yang hanya ditujukan kepada orang-orang kafir. Nas tersebut menjelaskan bahawa kaum Muslimin tidak boleh memaksa orang kafir untuk masuk Islam. Kedua-dua nas ini tidak ditujukan kepada kaum Muslimin, sebab bagi seorang Muslim, ia tidak diberi pilihan lagi untuk memilih ingin kafir atau murtad. Jika seorang Muslim telah keluar dari Islam (murtad), maka dia akan diminta bertaubat dan jika dia enggan, maka hukuman hudud wajib dijatuhkan ke atasnya yakni dihukum mati. Sabda Rasulullah Salallahu ‘alaihi wa Sallam, “Barang siapa yang menukar agama (Islam)nya, maka bunuhlah dia [HR Bukhari, Muslim, Ahmad]. Jadi, kebebasan beragama langsung tidak ada dalam kamus Islam, bahkan sebaliknya, seorang Muslim wajib terus memeluk agama Islam. Jelaslah bahawa seorang Muslim tidak boleh menerima idea kebebasan beragama yang diserukan oleh HAM.

(2) Kebebasan Berpendapat/bersuara: Kebebasan berpendapat menurut HAM bererti bahawa setiap orang memiliki hak untuk menyatakan pendapat apa sahaja dalam segala perkara tanpa terikat dengan batasan apa pun. Kebebasan berpendapat ini sangat menarik perhatian sebahagian kaum Muslimin, sebab mereka selama ini hidup tertindas di bawah penguasa-penguasa yang zalim di mana mereka akan ditangkap jika bersuara menyalahi kepentingan/kehendak penguasa. Justeru, mereka melihat idea ini sesuai dengan Islam. Walhal kebebasan berpendapat yang dibawa oleh HAM ini merangkumi pendapat/pemikiran apa sahaja, walaupun pemikiran tersebut bertentangan dengan aqidah Islam seperti pemikiran tentang nasionalisme, patriotisme, pluralisme, feminisme dan sebagainya. Padahal, Islam telah memerintahkan umatnya untuk menghapuskan segala bentuk pemikiran kufur ini. Untuk mengetahui sejauh mana kebebasan ini diberikan oleh HAM, lihatlah penghinaan yang dilakukan oleh mereka terhadap Rasulullah di mana tidak ada satu tindakan pun yang diambil ke atas penghina Rasul ini kerana hal ini sememangnya dibenarkan di bawah kebebasan berpendapat yang ada dalam HAM.

Memang benar, bahawa Islam telah membolehkan seorang Muslim untuk menyatakan pendapatnya terhadap segala hal dan persoalan. Akan tetapi Islam mensyaratkan bahawa pendapat tersebut wajib terpancar dari aqidah Islam atau di bangun berasaskannya, serta tetap berada dalam lingkungan Islam. Oleh itu, seorang Muslim berhak menyatakan pendapat apa sahaja selama mana pendapat tersebut masih bersandar kepada dalil syara’ atau berada dalam batas-batas syara’. Lebih dari itu, Islam sesungguhnya telah lama (sebelum wujud HAM lagi) membenarkan, malah mewajibkan seorang Muslim untuk menyeru (berdakwah) manusia kepada Islam, melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, bersuara dengan menegur kesalahan saudaranya atau kesalahan pemerintah sekali pun. Islam bukan sekadar menjadikannya satu hak, malah merupakan tanggungjawab terhadap setiap Muslim untuk melakukan muhasabah sesama Muslim, yang mana hal ini langsung tidak ada kena mengena dengan HAM yang baru muncul pada tahun 1948 ini.

(3) Kebebasan Kepemilikan: Adapun kebebasan hak milik menurut idea HAM ini bererti manusia berhak memiliki segala sesuatu sesuka hatinya dan menggunakan segala sesuatu miliknya itu sesuka hati juga, selama hal itu tidak melanggar hak-hak orang lain. Maksudnya, selama tidak melanggar hak-hak yang diakui oleh sistem dan undang-undang yang mereka gubal. Hal ini bererti manusia berhak memiliki segala sesuatu baik yang dihalalkan oleh Allah mahupun yang diharamkanNya, kerana yang menjadi ukuran adalah undang-undang buatan manusia, bukannya undang-undang Allah. Contohnya manusia berhak memiliki harta dari wang riba atau perjudian (kerana undang-undang manusia membenarkan) dan manusia juga berhak memiliki barang-barang yang termasuk dalam pemilikan umum (public property) seperti minyak, gas, pantai dan sungai-sungai, malah mana-mana individu tidak dihalang dari memiliki harta/saham yang jelas-jelas diharamkan Allah seperti syarikat judi, bank riba, syarikat insurans, rumah pelacuran dan sebagainya. Kebebasan ini telah menimbulkan pula akumulasi kekayaan yang melimpah ruah di tangan segelintir orang yang disebut sebagai para kapitalis. Ada pun Islam menjelaskan bahawa seorang Muslim itu hanya berhak memiliki harta yang dihalalkan oleh Allah sahaja dan haram baginya memiliki apa sahaja yang diharamkan oleh syara’. Islam telah membahagi dan membezakan hak pemilikan kepada tiga kategori iaitu pemilikan individu (milkiyyah al-fardiah), pemilikan umum (milkiyyah al-‘ammah) dan pemilikan negara (milkiyyah ad-daulah) yang setiap satunya diperincikan oleh nas-nas yang jelas. Kontradiksi kebebasan kepemilikan di bawah HAM dengan pemilikan dalam Islam adalah teramat jelas, sehingga kaum Muslimin diharamkan mengamalkan idea kebebasan di dalam memiliki sesuatu kecuali wajib berpegang kepada halal dan haram.

(4) Kebebasan Bertingkah laku: Menurut HAM, kebebasan bertingkah laku bererti setiap orang berhak menjalani kehidupan peribadi semahunya, asalkan tidak melanggar kehidupan peribadi orang lain. Berdasarkan hal ini, seorang lelaki dan wanita bebas untuk berdua-duaan, bercium atau berzina sekalipun selama mana kedua-duanya redha. Tidak ada apa yang dinamakan halal atau haram di dalam HAM, yang penting, semua orang boleh melakukan setiap perbuatan di dalam ruang lingkup undang-undang yang dibuat oleh manusia. Justeru, boleh sahaja jika perempuan tidak mahu bertudung atau lelaki mahu berseluar pendek di khalayak ramai kerana tidak ada undang-undang yang menghalangnya. Praktik kebebasan bertingkah laku di bawah HAM ini telah menimbulkan kerosakan yang amat mengerikan yang sudah tidak dapat dibayangkan lagi. Konsep kebebasan ini langsung tidak ada di dalam Islam dan umat Islam langsung tidak memerlukan HAM untuk mengatur tingkah laku mereka. Setiap individu Muslim wajib ‘terikat’ dengan hukum Allah. Tingkah laku manusia justeru wajib diatur dengan hukum syara’ dan Islam telah lama mengatur hal ini sesuai dengan perintah dan larangan Allah.

Inilah empat kebebasan pokok yang dibawa oleh HAM di mana setiap inci pemikiran mahupun undang-undang yang dibawa oleh HAM adalah bertentangan dengan undang-undang Islam. Di sinilah umat Islam perlu faham dan mengambil sikap yang benar. Undang-undang Islam telah pun sempurna sejak zaman Rasulullah lagi dan tidak ada sedikit kekurangan atau cacat-cela pun dengan agama yang Allah turunkan ini. Kaum Muslimin telah lama bangkit dan mencipta ketamadunan dunia jauh sebelum ‘kewujudan’ Barat lagi. Kaum Muslimin telah lama maju dan menguasai dunia dengan hukum Allah semasa Barat masih terkial-kial ingin keluar dari kegelapan dan keterpurukan mereka. Kaum Muslimin telah lama hidup menerajui dunia dengan segala hak yang Allah dan RasulNya telah nyatakan, jauh sebelum Barat berkhayal tentang ‘teori hak asasi’ mereka.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Semua idea tentang HAM ini adalah bertentangan dengan Islam. Jadi, ia tidak boleh diterima apa lagi diperjuangkan. Malangnya idea HAM ini telah dipropagandakan dengan penuh kebanggaan oleh sebahagian penguasa kaum Muslimin dan para pendukungnya yang buta terhadap Islam, yakni para intelektual yang termakan oleh tsaqafah Barat dan terpesong dari jalan yang lurus. Sesungguhnya siapa pun dari kalangan kaum Muslimin yang mengaku Muslim tetapi menjajakan HAM, bererti dia adalah tergolong di dalam golongan yang jahil dan fasik dan mereka ini sebenarnya telah mengambil dan menjaja pemikiran Barat samada secara sedar atau tidak. Umat Islam tidak memerlukan HAM atau apa jua pemikiran kufur yang di bawa oleh Barat. Umat Islam juga tidak memerlukan ‘The Declaration of Islamic Human Righs’ atau ‘The Islamic Declaration of Human Rights’ atau apa bentuk deklarasi hak asasi manusia. Benar dan salahnya tindakan setiap Muslim cukup diukur dengan al-Quran dan Sunnah dan bukannya diukur dengan sebuah deklarasi tajaan kaum kuffar. Sesungguhnya umat Islam hanya wajib kembali semula kepada agama Islam yang benar dan sempurna yang datangnya dari Allah, tanpa perlu merujuk sedikit pun kepada pemikiran atau undang-undang kufur yang datang dari Barat. Wallahua’lam


TOL – SAMPAI BILA PEMERINTAH MAHU MENANGGUNG DOSA?

by AURA JIHAD

Bermula tahun depan, kadar tol di beberapa lebuh raya akan dinaikkan lagi. Kali ini kita mendengar alasan yang sama sekali lagi diberikan – bahawa ini adalah hak syarikat-syarikat konsesi terbabit sebagaimana termaktub di dalam perjanjian. Maksudnya, ini bukan salah kerajaan, tapi perjanjian telah pun tertulis, apa boleh buat! Sebelum ‘menyeksa’ rakyat, kerajaan akan melipur lara terlebih dahulu tentang ‘penderitaan’ yang ditanggung oleh kerajaan selama tol tidak dinaikkan di mana kerajaan telah membayar ratusan juta ringgit kepada syarikat konsesi sebagai subsidi. Sudah sekian lama kerajaan ‘menanggung sengsara’ untuk rakyat, jadi, sudah masanya rakyat berkongsi penderitaan ini dan memahami kenapa tol perlu dinaikkan. Kadar kenaikan juga sering dikatakan masih rendah berbanding perjanjian asal dan jauh lebih murah berbanding dengan negara lain. Pujukan manis seperti ‘kerajaan menjamin bahawa kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat’ sering dibisikkan untuk memuaskan halwa telinga. Apa pun, rakyat yang sudah sedia terbeban kehidupan mereka dengan kenaikan harga minyak, barang dapur, kos pengangkutan dan harga berbagai barangan keperluan lain, kini sekali lagi dipaksa menerima hakikat kenaikan tol di beberapa laluan utama di seluruh negara.

Dalam kes kali ini, kerajaan telah memaklumkan bahawa enam syarikat konsesi lebuh raya telah diberi kebenaran untuk menaikkan tarif tol lebuh raya masing-masing antara 7-50% mulai 1 Januari 2008 seperti yang termaktub di dalam perjanjian konsesi. Enam lebuh raya tersebut adalah Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah, Lebuh Raya Kulim Butterworth, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Bukit Kayu Hitam. Sehubungan dengan itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu telah mengumumkan bahawa kerajaan terpaksa menanggung bayaran pampasan kepada syarikat-syarikat yang tidak diluluskan untuk menaikkan kadar tol mereka pada tahun depan oleh kabinet. “Keseluruhan pampasan yang perlu dibayar kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya adalah sebanyak RM344 juta” , katanya [UM 28/11/07].

Sebelum itu, kerajaan telah memaklumkan bahawa pandangan semua tentang soal tol akan diambil kira dalam membuat keputusan. “Kita akan mengambil pandangan dari semua pihak” , kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak [UM 23/11/07]. Jika di tanya, semua pihak tu siapa? Adakah pandangan rakyat yang menderita disebabkan tol diambil kira? Atau semua pihak itu bermaksud pihak kerajaan dan pihak konsesi? Yang lebih penting dan satu-satunya yang paling penting, adakah pandangan syara’ telah diambil kira? Apakah ketentuan dari Allah dan Rasul telah diambil kira? Bukankah setiap tindak tanduk (perbuatan) manusia adalah tertakluk kepada hukum syara’? Bukankah hukum Allah itu sempurna dan mencakup setiap aspek kehidupan sehingga akhir zaman? Jadi, apakah soal ‘tol’ boleh ditentukan sesuka hati oleh manusia tanpa memandang hukum-hakam Islam mengenainya? Atau ada yang beranggapan bahawa agama Islam ini tidak sempurna sehingga tidak membincangkan persoalan tol? Na’uzubillah!. Inilah yang akan diperkatakan dalam Sautun Nahdhah pada kali ini.

Realiti Tol

Sebelum kita membincangkan lebih lanjut tentang hukum-hakam yang berkait dengan isu tol ini, perlu difahami dahulu apakah ‘status’ tol itu sendiri. Adakah tol ini sekadar kutipan wang, atau merupakan harga kepada perkhidmatan, atau umpama harga barang dagangan ataupun satu bentuk cukai yang dikenakan kepada rakyat? Jika diteliti dengan pemikiran yang sederhana sekalipun, setiap orang akan tahu bahawa tol adalah satu bentuk cukai yang dikenakan kepada pengguna lebuh raya dalam sesebuah negara. Ia bukan harga kepada perkhidmatan sebagaimana ‘bayaran’ kita menaiki teksi atau bas. Ia juga bukan harga barang dagangan untuk disamakan dengan harga bawang atau gula. Ternyata, tol hakikatnya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan cukai dan ia adalah bentuk cukai yang dipungut ke atas seseorang yang melalui jalanraya/jambatan. Cuma bezanya, tol ini dikutip oleh individu (syarikat swasta) dan bukannya oleh negara (pemerintah). Apa pun, ia dikutip dengan izin/persetujuan dari negara. Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan konsep tol ini tidak ada bezanya dengan cukai jalan/jambatan yang dikutip oleh kumpulan-kumpulan samseng zaman dahulu kala yang memeras wang daripada orang ramai yang melaluinya.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa syarikat-syarikat swasta tersebut telah mencurahkan modal mereka dalam membangunkan infrastruktur lebuh raya yang ada, maka sewajarnyalah mereka mengenakan bayaran sepertimana seorang pengusaha hotel yang mengenakan bayaran kepada mereka yang menginap di hotelnya. Inilah kesalahan pandangan orang yang tidak memahami hakikat tol. Di sinilah pentingnya umat Islam memahami realiti tol, dan seterusnya merujuk pula kepada dalil-dalil syara’ untuk melihat sama ada cukai jalan yang dipungut oleh ‘samseng jalanan’ ini halal atau haram.

Hukum Syara’ Tentang Kemudahan Awam

Islam telah mewajibkan ke atas negara (pemerintah) agar menyediakan segala bentuk kemudahan awam untuk kemaslahatan rakyat. Jalan raya adalah salah satu darinya. Segala infrastruktur lain seperti sistem pengangkutan, bekalan air, elektrik (sumber tenaga), hospital sekolah dan sebagainya wajib disediakan oleh negara secara percuma untuk setiap warganegara. Negara tidak boleh melarikan diri dari tanggungjawab ini atau mengalihkannya kepada individu atau pihak swasta untuk disempurnakan. Islam berbeza sama sekali dengan sistem Kapitalis yang diamalkan pada hari ini di mana sistem Kapitalis membenarkan mana-mana individu atau pun syarikat swasta untuk menyediakan infrastruktur-infrastruktur asas negara dan mengaut keuntungan darinya. Dalam sistem Islam, pemerintah itu bertugas untuk melayan rakyat dan salah satu bentuk pelayanan terhadap rakyat adalah penyediaan kemudahan-kemudahan asas ini. Perbelanjaan untuk membina dan menguruskannya diambil dari Baitul Mal. Di sinilah Baitul Mal berperanan dalam menguruskan perbelanjaan negara dalam melaksanakan semua kewajipan negara yang diperuntukkan oleh syara’.

Perlu difahami bahawa dengan mengatakan segenap keperluan ini menjadi tanggungjawab negara tidaklah bermaksud negara perlu membina semua kemudahan tersebut dengan sendiri. Negara dibenarkan mengupah syarikat-syarikat swasta untuk membina kemudahan-kemudahan tersebut bagi pihak negara dan mereka berhak untuk mendapat upah membangunkan infrastruktur tersebut. Mereka juga dibenarkan untuk mendapat upah atas kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan. Apa yang tidak dibenarkan oleh syara’ adalah syarikat-syarikat tersebut ‘memiliki’ kemudahan tersebut dan mendapat keuntungan daripada bayaran yang dipungut dari rakyat yang menggunakan kemudahan yang disediakan. Inilah yang salah (sebagaimana di amalkan sekarang). Ini kerana pada asasnya, ia menjadi kewajipan negara untuk menyediakannya dan rakyat telah diberikan hak oleh syara’ ke atas kemudahan-kemudahan untuk dinikmati secara percuma. Pemberian hak kepada syarikat swasta untuk ‘memperniagakan’ kemudahan-kemudahan ini adalah satu pencabulan ke atas ketentuan syara’. Tindakan seperti ini tidak ada bezanya dengan seorang bapa yang mengupah seorang tukang rumah membina rumah mereka, lalu mengenakan bayaran kepada anak isterinya selama mana mereka tinggal di rumah tersebut!

Di sinilah umat Islam perlu memahami dan membezakan di antara hak dan kewajipan. Menyediakan kemudahan asas adalah kewajipan/tanggungjawab pemerintah dan menikmati kemudahan tersebut adalah hak rakyat. Apabila disebut kewajipan, maka ia adalah berkait dengan soal hukum syara’ (dan wajib merujuk kepada hukum syara’) dan nas syara’ dalam hal ini menjelaskan bahawa ia wajib disediakan secara percuma oleh orang yang ditaklifkan kewajipan tersebut (pemerintah). Jadi, haram bagi pemerintah memungut apa-apa bayaran di dalam menunaikan kewajipan ini. Ia umpama kewajipan/tanggungjawab seorang bapa untuk menyediakan rumah, makan dan pakai kepada anak isterinya. Haram bagi si bapa (yang ditaklifkan kewajipan tersebut) untuk memberi makan atau membeli baju untuk anak isterinya, kemudian mengenakan bayaran terhadap mereka. Haram juga bagi bapa/suami yang tinggal sebumbung dengan anak dan isteri, kemudian mengenakan bayaran sewa rumah kepada orang yang wajib dipeliharanya. Tempat tinggal dan nafkah adalah hak anak/isteri yang wajib di beri secara percuma. Begitulah haramnya bagi kerajaan membina segala kemudahan asas, kemudian mengenakan bayaran terhadap rakyatnya, walhal itu adalah kewajipan/tanggungjawab kerajaan di dalam melayani orang yang wajib dipeliharanya (rakyatnya) dan bagi rakyat pula, ia adalah hak yang mesti dinikmati secara percuma.

Tol Dari Perspektif Syara’

Adalah teramat jelas di dalam Islam bahawa tugas dan amanah yang diletakkan oleh Allah ke atas bahu pemimpin adalah untuk menjaga/memelihara rakyat. Di dalam sektor kemudahan awam, negara bertugas untuk membina segala infrastruktur dan menyelianya dan tidak boleh sama sekali bagi negara untuk menjadikannya sebagai milik swasta/negara, apatah lagi mengambil untung darinya. Dalam sesebuah pemerintahan yang mengamalkan ideologi Kapitalis (termasuk Malaysia), kerajaan dan kroni kerap menjadi penghisap darah rakyat. Kerajaan dan kroni semakin untung dan kaya raya manakala rakyat semakin menderita dan sengsara. Kerajaan bukan lagi menjadi pemelihara rakyat, namun menjadi pihak yang menzalimi dan menindas rakyat. Ada pun di dalam Islam, hubungan kerajaan dengan rakyat bukan merupakan hubungan pengaut untung sebagaimana antara penjual dan pembeli ataupun hubungan antara pemungut cukai dengan pembayar cukai, apatah lagi hubungan ‘penghisap darah’ dengan mangsanya. Hubungan yang wujud adalah satu ikatan yang mulia yakni hubungan antara pelayan/pemelihara dengan orang yang wajib dilayan/dipelihara. Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Imam (pemimpin) itu adalah pemelihara, dan dia akan dipertanggungjawabkan dari apa yang dipeliharanya (rakyatnya)” [HR Bukhari].

Pemerintah kaum Muslimin yang zalim dan jahil cuba menjelaskan kepada rakyat bahawa mereka memungut cukai bukan untuk kepentingan mereka tetapi untuk kepentingan rakyat. Alangkah pelik dan naifnya dalih ini! Bukan setakat itu, malah pelbagai dalih lain lagi terus-menerus diberikan untuk ‘mengindahkan’ kezaliman mereka. Mereka berdalih atas alasan pembangunan dan kesejahteraan, mereka berdalih bahawa mereka tidak pernah mengambil untung, ia adalah milik syarikat konsesi. Kerajaan menyatakan bahawa mereka telah banyak memberi subsidi dan menanggung rugi. Persoalannya, jika demikian, kenapakah kerajaan menandatangani satu perjanjian yang nyata-nyata boleh merugikan mereka? Kenapakah kerajaan membuat satu perjanjian yang mereka tahu bahawa ia adalah berat sebelah dan menyengsarakan rakyat? Dalam menandatangani perjanjian tersebut, kepentingan siapakah yang dijaga oleh kerajaan, kepentingan rakyat atau kepentingan para kapitalis yang sudah sememangnya kaya? Lebih buruk, mereka menyatakan bahawa di dalam Islam tidak salah untuk memungut cukai malah dibolehkan untuk tujuan pembangunan dan sebagainya. Nampaknya mereka ini tidak pernah merujuk kepada hukum syara’ di dalam membuat perjanjian, tapi hanya mengikut hawa semata-mata.

Sesungguhnya memungut cukai adalah satu perbuatan yang jelas-jelas haram di sisi Islam dan terdapat banyak nas yang mengharamkannya. Sabda Rasul Sallalahu 'alaihi wa Sallam, “Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)” [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim]. Rasulullah juga bersabda, “Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad]. Kita mesti ingat bahawa Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam adalah orang yang paling menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat, namun tidak pernah diriwayatkan bahawa baginda memungut cukai atas alasan untuk memperoleh pendapatan negara, untuk kepentingan rakyat, untuk pembangunan negara dan sebagainya. Tidak pernah terjadi bahawa Rasulullah melakukan hal ini, malah yang berlaku adalah sebaliknya, bahawa apabila mendengar sahaja ada pungutan cukai ke atas barangan yang diimport di sempadan, Rasulullah terus melarangnya. Sabda baginda, “Sekiranya kamu mendapati pemungut usyur (cukai yang dipungut di sempadan @ cukai import-export), maka bunuhlah dia” [HR Ahmad]. Begitulah jelasnya nas yang mengharamkan cukai di dalam Islam.

Selain nas haramnya memungut cukai, terdapat nas lain yang menjelaskan bahawa tidak boleh mengambil harta kaum Muslimin tanpa izin mereka. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Harta seseorang Muslim itu tidak dihalalkan (bagi orang lain) selain dengan kerelaannya.” Rasulullah juga bersabda, “Harta, kehormatan dan darah seorang Muslim diharamkan ke atas Muslim lainnya” [HR Abu Daud & Ibnu Majah]. Di dalam al-Qur’anul Kareem, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu...” [TMQ an-Nisa’ (4):29]. Tindakan mengenakan tol (cukai) adalah jelas merupakan satu tindakan di mana harta seseorang Muslim itu diambil secara paksa dari mereka dan perbuatan ini nyata-nyata haram di dalam Islam.

Orang-orang jahil sering melontarkan pertanyaan - jika tidak dipungut cukai, dari manakah negara akan memperolehi pendapatannya? Jika mereka ini benar-benar ikhlas di dalam pertanyaan, maka mereka sepatutnya belajar Sistem Ekonomi Islam (Nizamul Iqtisad Fil Islam) dengan betul dan benar (bukan mengikut acuan Kapitalis), yang mana mereka wajib merujuk kepada sistem ekonomi yang dijalankan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin. Insya Allah mereka akan dapati bahawa Islam telah lama menyelesaikan masalah ekonomi manusia dengan tuntas dan sempurna. Mereka akan dapati bahawa dalam ekonomi Islam, pendapatan negara diperoleh dari Anfal, Ghanimah, Fai', Kharaj, Jizyah, 'Usyur, Khumus, Rikaz dan beberapa sumber lain yang diizinkan syara’ termasuk Dharibah. Selain daripada harta yang diizinkan oleh Allah untuk mengambilnya, maka secara mutlaknya harta yang lain tidak boleh diambil (haram). Ini kerana harta seseorang Muslim itu tidak boleh diambil walaupun sedikit melainkan dengan cara yang hak mengikut ketetapan syara’, sepertimana yang telah ditunjukkan oleh dalil-dalil secara terperinci. Sementara itu tidak ada satu dalil pun yang menjelaskan bolehnya mengambil cukai daripada seorang Muslim selain daripada mekanisme yang telah ditetapkan oleh syara’.

Inilah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul dalam menjelaskan bentuk harta yang boleh dipungut dan yang tidak boleh dipungut daripada rakyat. Dalam permasalahan tol ini, secara mutlak, pungutan tol (cukai) adalah satu aktiviti yang diharamkan oleh syara’ tidak kira sama ada ianya dilaksanakan oleh negara ataupun oleh pihak swasta (syarikat konsesi). Ini kerana lebuh raya, jambatan dan sebagainya adalah termasuk infrastruktur negara yang wajib disediakan oleh negara dan dinikmati oleh setiap rakyat secara percuma. Tidak timbul persoalan bahawa mereka yang tidak mahu atau tidak mampu membayar tol boleh menggunakan laluan alternatif yang tidak dikenakan tol. Ini kerana, dalam pemenuhan tanggungjawab ini, syara’ tidak membezakan kelayakan mereka yang boleh menikmati kemudahan tersebut. Kaya atau miskin, mampu atau tidak masing-masing mempunyai hak yang sama untuk menikmati prasarana ini. Malah, membezakan penyediaan infrastruktur bagi orang-orang yang mampu dan tidak mampu hanyalah satu bentuk kezaliman, penindasan dan diskriminasi, malah ia akan menyuburkan nilai kasta di dalam masyarakat.

Kedudukan Baitul Mal & Dharibah

Baitul Mal adalah sebuah autoriti yang bertanggungjawab terhadap setiap pendapatan dan perbelanjaan negara yang menjadi hak kaum Muslimin. Oleh itu, setiap harta sama ada tanah, bangunan, bahan galian, wang atau barangan apa pun yang mana kaum Muslimin berhak ke atasnya mengikut hukum syara’, maka ia menjadi hak Baitul Mal (untuk diuruskan). Apabila suatu harta telah diambil, maka dengan penerimaan ini, harta tersebut akan dikategorikan sebagai hak Baitul Mal, tidak kira sama ada harta tersebut telah dimasukkan ke dalam tempat simpanan harta ataupun tidak. Ini kerana yang dimaksudkan dengan ‘Baitul Mal’ adalah suatu ‘autoriti’, bukan sahaja sekadar sebuah ‘tempat simpanan’. Jadi, keseluruhan hak harta yang perlu diuruskan bagi kaum Muslimin merupakan hak (atau autoriti) Baitul Mal.

Sesungguhnya Islam telah menjelaskan sumber pendapatan dan perbelanjaan Baitul Mal dengan terperinci. Rasulullah dan Abu Bakar adalah orang yang senantiasa memungut dan membelanjakan harta Baitul Mal untuk kepentingan kaum Muslimin, mengikut ketentuan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab pula, apabila Daulah Islam telah semakin besar dan jumlah orang yang memasuki Islam semakin ramai, beliau telah memperkemas dan mensistematikkan lagi kedudukan Baitul Mal demi untuk mengatur kemaslahatan kaum Muslimin dengan sebaik-baiknya. Di dalam mengurus ekonomi negara, pemerintah wajib terikat dengan hukum Allah di mana segala perbelanjaan yang perlu dikeluarkan dari Baitul Mal hendaklah sesuai dengan tuntutan syara’. Dalam menguruskan keperluan rakyat, syara’ telah mengklasifikasikan perbelanjaan Baitul Mal kepada dua; Pertama, keperluan yang dituntut dari Baitul Mal (yang mana perbelanjaannya mesti diambil daripada sumber-sumber tetap Baitul Mal yang dinyatakan tadi) dan kedua, keperluan yang dituntut daripada semua orang Islam yang mana negara diberikan hak untuk memungut sebahagian daripada harta orang-orang Islam untuk pemenuhannya. Pengambilan harta (dari orang Islam) inilah yang disebut sebagai dharibah (sejenis pungutan) yang dibenarkan oleh syara’ untuk dipungut oleh negara dan menjadi tanggungjawab negara untuk membelanjakannya dengan hak.

Perlu ditegaskan bahawa dharibah bukanlah ‘cukai’ sebagaimana yang sering disalahtafsir atau yang dijadikan hujah oleh mereka yang jahil untuk membolehkan cukai. Dharibah adalah satu bentuk ‘pungutan khas’ yang dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak sahaja, itu pun hanya pada keadaan Baitul Mal mengalami defisit atau tidak cukup untuk melaksanakan apa jua kewajipan oleh negara. Tidak boleh memungut dharibah jika Baitul Mal negara masih mencukupi. Ia hanya dipungut di dalam keadaan negara yang amat terdesak (urgent) sehingga jika tidak dipungut, maka sebuah kewajipan akan terabai. Dharibah hanya boleh dipungut dalam keadaan-keadaan berikut sahaja, (i) Untuk memenuhi keperluan asas (makan/pakai/kediaman) orang-orang fakir dan miskin (ii) Untuk pembiayaan jentera pentadbiran negara agar negara tetap berfungsi sebagai pemelihara rakyat seperti gaji kakitangan dan prasarana pentadbiran (iii) Untuk penyediaan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya (iv) Untuk pemulihan situasi selepas rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan seumpamanya (v) Untuk keperluan jihad fi sabilillah.

Dharibah bukanlah seperti cukai yang ada sekarang (dalam sistem ekonomi kapitalisme) kerana (i) Ia bersumberkan wahyu dan diambil dari hadis Rasulullah Sallahu 'alaihi wa Sallam dan juga Ijmak Sahabat (ii) Ia bukan sumber tetap pendapatan negara kerana ia dikutip hanya ketika Baitul Mal mengalami defisit serta berdepan dengan situasi yang kritikal sahaja dan ia tidak dikutip secara berpanjangan (iii) Ia hanya dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak mengikut kadar yang ma’aruf sehingga mencukupi kadar yang diperlukan sahaja (iv) Ia diguna untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat/negara, bukan untuk kepentingan peribadi pemerintah ataupun kroni.

Berbalik kepada perbincangan tentang jalan raya sebagai sebuah prasarana awam, sekiranya satu lebuh raya dibina atas dasar untuk menambah jalan raya yang sedia ada sedangkan jalan raya alternatif masih boleh digunakan, maka hal ini mengikut ulama fikih, termasuk dalam kategori pertama, iaitu ia termasuk dalam kewajipan Baitul Mal yang hanya dilakukan bila tabungannya ada. Jika tabungan tidak ada atau tidak mencukupi, maka projek ini tidak akan dilaksanakan. Jika tabungan Baitul Mal tidak mencukupi dan jalan raya yang sedia ada masih boleh digunakan, namun jika negara tetap membina jalan raya yang baru dan mengenakan cukai kepada rakyat, maka negara sebenarnya telah merompak kekayaan rakyatnya dan ini adalah satu kezaliman. Jika lebuh raya yang ada tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak dan negara memandang bahawa demi kemaslahatan rakyat, rakyat perlu kepada lebuh raya baru, maka negara perlu membinanya dengan duit dari Baitul Mal. Dalam keadaan ini, jika Baitul Mal telah kehabisan wang, maka negara bolehlah memungut dharibah dari rakyat, tetapi hanya sekadar untuk mencukupkan perbelanjaan tadi sahaja, bukan untuk mengaut keuntungan atau menghisap darah rakyat. Tugas negara di sini hanyalah untuk menghilangkan kemudharatan rakyat, sesuai dengan hadis, “Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh memudharatkan” [HR Ibnu Majah dan Daruqutni]. Kewajipan ke atas negara adalah untuk mencabut/menghilangkan kemudaratan dari kaum Muslimin, bukannya ‘memudharatkan’ lagi kaum Muslimin dengan memungut cukai yang haram itu [Ringkasan dari kitab Nizhamul Iqtisad Fil Islam, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sudah sekian lama kita dizalimi oleh para pemerintah kaum Muslimin dengan peraturan dan undang-undang kufur yang mereka terapkan. Sesungguhnya tol/cukai itu adalah satu bentuk kezaliman yang dikenakan ke atas kita. Tol itu adalah cukai dan sesungguhnya cukai itu adalah haram. Justeru, tugas kita bukanlah untuk menuntut agar kerajaan tidak menaikkan harga tol atau mengurangkan kadar tol, namun kita bertugas untuk memuhasabah kerajaan agar menghapuskan terus tol dan segala bentuk cukai yang ada. Tol dan cukai wajib dihapuskan. Segala keharaman dan kezaliman wajib dihapuskan. Inilah tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim yakni memuhasabah pemerintah agar mereka menunaikan hak kita – hak untuk menikmati segala kemudahan asas, termasuk jalan raya secara percuma. Jika tidak dimuhasabah, maka nescaya pemerintah sekular yang ada sekarang akan terus menerapkan hukum buatan sendiri mengikut hawa nafsu mereka, tanpa mempedulikan lagi hukum-hukum Allah.

Wahai pemimpin kaum Muslimin! Sampai bilakah kalian akan terus menyeksa dan menindas rakyat? Kalian hidup mewah dikelilingi harta dan wang berjuta, namun rakyat terus menderita dan sengsara. Sampai bilakah kalian akan terus bergelumang dengan maksiat dan dosa mengenakan cukai ke atas rakyat yang sepatutnya kalian jaga? Sampai bilakah kalian ingin mengundang azab Allah ke atas diri kalian kerana kalian tidak berhukum dengan hukum Allah? Sampai bilakah kalian mahu sedar akan tanggungjawab kalian? Sampai bilakah kalian akan menginsafi dosa-dosa yang kalian telah lakukan? Tidakkah kalian sedar bahawa menanggung beban tanggungjawab itu adalah jauh lebih baik dan lebih mulia dari menanggung beban dosa? Sesungguhnya Allah sedang melihat kalian, sesungguhnya Allah sedang memerhatikan kalian dengan sungguh dekat dan sesungguhnya Allah akan mencabut nyawa kalian. Kalian pilihlah sama ada ingin berjumpa Allah dengan membawa segunung pahala atau menemuiNya dalam keadaan selautan dosa. Buatlah pilihan sebelum tiba hari di mana kalian tidak lagi dapat memilih!!!







POLITIK KUFUR -VS- POLITIK ISLAM

by AURA JIHAD

Mutakhir ini banyak perkembangan yang berlaku sama ada di dalam mahupun di luar negeri telah menggugat kedudukan parti pemerintah. Ia juga sekali gus telah membuka mata banyak pihak bahawa ada sesuatu yang ‘tidak kena’ telah berlaku atau sedang berlaku dengan sistem pemerintahan yang ada pada hari ini. Jika dulu rakyat hanya menutup mata dan memendam rasa dengan segala kezaliman dan ketidakadilan parti pemerintah, kini kesedaran rakyat sudah semakin meningkat dan ia telah dimanifestasikan dengan pelbagai cara. Pemerintah pula dilihat semakin tertekan dan terdesak dengan gelombang kesedaran rakyat yang semakin menerpa mereka. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pakistan, Myanmar, Indonesia dan tidak terkecuali di negeri orang-orang kafir sekalipun seperti di Amerika sendiri, United Kingdom dan Australia di mana iklim perubahan telah mula melanda. Rakyat sudah semakin nampak dan membenci pemerintah dengan kezaliman, penyelewengan yang mereka lakukan. Di Malaysia contohnya, baru sahaja perhimpunan besar-besaran di adakan pada 10 November lalu, beberapa hari lepas muncul pula perhimpunan yang dianjurkan oleh Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang menuntut keadilan kerana mendakwa mereka selama ini telah ditindas oleh parti pemerintah.

Walaupun terdapat banyak pandangan pro dan kontra dengan apa yang berlaku, namun yang pasti ialah telah muncul satu ‘kesedaran politik’ di kalangan rakyat bahawa terdapat banyak kepincangan dengan orang atau sistem yang ‘menguruskan’ mereka. Kesedaran ini mula muncul apabila rakyat mula merasa bahawa hak-hak mereka selama ini telah dirampas atau tidak ditunaikan oleh pemerintah. Justeru, tidak hairanlah jika di Myanmar, sami-sami Buddha yang selama ini tidak pernah terlibat dalam politik tiba-tiba turun padang dan bukan setakat menyertai, malah mengetuai perhimpunan besar-besaran menuntut perubahan. Jika di kalangan orang-orang kafir sekalipun telah wujud kesedaran ini, apatah lagi kita umat Islam seharusnya mempunyai ‘kesedaran’ yang jauh lebih tinggi. Ini kerana kita sepatutnya sedar bahawa kita wajib ‘diurus’ oleh pemerintah dengan Islam – dengan Al-Quran dan As-Sunah, bukannya dengan sistem taghut (selain Allah). Kita sewajibnya mengetahui apakah hak dan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim/rakyat, dan juga apakah hak dan tanggungjawab pemerintah menurut Al-Quran dan Al-Hadis. Dengan ini barulah kita tahu sama ada kita ‘diatur’ dengan betul (dengan hak) atau dengan batil oleh pemerintah yang ada, dan jika kita diatur dengan bathil, maka wajib pula bagi kita mengetahui apakah kewajipan yang Allah kenakan ke atas kita untuk membetulkan kebatilan ini. Inilah yang dinamakan ‘kesedaran politik’ dan kesedaran ini wajib ada pada umat Islam agar kita semua dapat memastikan satu sama lain hidup hanya dalam keadaan tunduk dan patuh kepada ketentuan Allah dan Rasul. Dengan itu, Insya Allah Sautun Nahdhah kali ini akan mengupas pengertian politik (siyasah) menurut Islam dan mengharapkan agar umat Islam sedar akan tanggungjawab yang wajib mereka mainkan sebagai seorang ahli politik Islam.

Kesalahfahaman Tentang Pengertian Politik

Sejak kemunduran berfikir melanda umat Islam dan setelah jatuhnya Daulah Islam pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), keseluruhan negeri umat Islam telah diperintah dengan sistem sekular yang berasal dari Barat di mana asas/tunjang pemerintahannya adalah memisahkan agama dari kehidupan (faslu din anil hayah). Bermula dari sini, kafir Barat telah berjaya menguasai dan mengawal pemikiran umat Islam bahawa agama dan politik mesti dipisahkan (sebagaimana mereka memisahkannya). Mereka seterusnya mengangkat pemimpin-pemimpin dari kalangan umat Islam yang sepemikiran dengan mereka dan melalui pemimpin-pemimpin inilah, sistem sekular telah diterap dan dipertahankan. Apabila setiap detik dan ketika, rakyat dihidangkan dan dijamu dengan pemikiran-pemikiran kufur ini, sudahnya pemikiran ini berjaya meracuni mereka. Apatah lagi, dengan adanya ‘ulama’ yang digaji oleh pemerintah untuk ‘membenarkan’ segala tindakan mereka, maka keyakinan rakyat akan politik dan agama adalah suatu yang terpisah, semakin kuat. Ulama yang diberi gaji ini akhirnya digunakan habis-habisan oleh pemerintah sekular yang ada untuk menyokong pemerintahan dan undang-undang kufur yang diterapkan. Tugas ulama hanya dipersempit untuk mengeluarkan fatwa terhadap perkara-perkara furu’ (ranting), manakala dalam bab pemerintahan, undang-undang, ekonomi, pendidikan, jihad, dasar luar dan dalam negeri, ‘tugas’ ulama ini hanyalah untuk mengangguk dan mengiyakan apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah. Akhirnya, ulama yang sepatutnya bertugas membetul dan menasihatkan pemerintah dengan Islam, telah berjaya ‘di sekularkan’ oleh pemerintah.

Racun sekular yang telah menular hingga ke urat saraf umat ini menyebabkan wujudnya umat Islam dan jemaah Islam yang tidak mahu terlibat dengan politik kerana beranggapan bahawa agama dan politik adalah dua perkara yang berlainan. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada orang bergelar ulama yang bukan sahaja tidak mahu terlibat dengan politik, malah menyalahkan individu Muslim mahupun gerakan-gerakan Islam yang terlibat dengan politik. Kecelaruan ini timbul disebabkan oleh satu perkara asas, iaitu kerana mereka tidak memahami apakah maksud politik (siyasah) menurut Islam. Hal ini timbul kerana mereka telah sebati hidup dalam lingkaran politik kufur/sekular yang ada sekarang di mana apa yang mereka lihat hanyalah kekotoran dan kejijikan politik yang diamalkan oleh ahli-ahli politik yang ada. Politik, bagi mereka adalah suatu yang kotor manakala Islam adalah suatu yang suci, justeru, bagi mereka Islam tidak sama dengan politik atau perlu dipisahkan dari politik. Memang benar, kita bersetuju jika dikatakan politik (sekarang) adalah kotor dan keji. Kenapa? Kerana politik yang ada sekarang adalah politik kufur – politik yang datangnya dari kafir Barat, politik yang dikuasai oleh orang-orang yang berkiblatkan Barat, politik yang membelakangkan al-Quran dan Sunnah, politik yang dipenuhi dengan penipuan, politik yang dilingkungi ketamakan akan kekayaan dan kerakusan untuk berkuasa, politik di mana seseorang cuba menjatuh dan mengaibkan satu sama lain, politik di mana seseorang suka memfitnah satu sama lain, politik yang dipenuhi dengan rasuah, politik yang membenarkan arak, judi, riba serta pergaulan bebas merajalela, politik yang mana sistem dan undang-undangnya dibuat oleh manusia dan pelbagai kekejian lagi yang ada. Dengan kata lain, politik yang ada sekarang sememangnya kotor dan keji kerana telah memisahkan agama dengan kehidupan.

Dengan segala kamaksiatan yang ada inilah yang menjadikan umat Islam melihat bahawa politik itu kotor dan jijik sehingga ada sebahagian umat Islam yang menolak politik. Memang benar, kita mesti menolak politik kotor ini, kerana ia adalah politik kufur. Tetapi dalam masa yang sama, kita tidak boleh menolak dan hanya membiarkan politik kotor ini terus bermaharajalela dan menguasai kita, bahkan kita wajib menggantikannya dengan politik Islam (siyasah syar’iyyah) yang bersih dan benar. Sesungguhnya inilah apa yang wajib kita lakukan sebagai seorang Muslim. Kita sedih kerana ada ulama yang tahu akan segala kekejian dan kekotoran yang ada dalam politik sekarang, bahkan menolak politik kerana kekotorannya, tetapi ada di antara mereka yang tetap ‘rela dan redha’ dilantik oleh ahli politik dan terus berkhidmat dengan pemerintah dalam sistem politik yang penuh maksiat ini. Walhal apa yang wajib dilakukan oleh para ulama ini adalah ‘membersihkan’ segala kekotoran ini dengan menasihati pemerintah atau ahli-ahli politik yang ada agar kembali mengamalkan politik Islam (siyasah syar’iyyah), bukannya hanya duduk sepejabat atau semeja (dengan pemerintah) dan bergelumang dengan sistem kufur dan politik kufur ini.

Definisi Politik

Terdapat di kalangan umat Islam yang kerana telah dibesarkan dengan sistem pemerintahan sekular yang diwarisi dari British ini, beranggapan bahawa politik adalah pilihan raya dan pilihan raya adalah politik. Pemikiran mereka telah disempitkan sehingga sudah tidak boleh keluar dari pengertian ini. Kemalasan belajar dan mengkaji fiqh Islam menyebabkan mereka ini dilanda kejumudan berfikir yang amat parah, malah lebih parah lagi, mereka sanggup belajar, mengkaji dan mengamalkan politik sekular, tapi tidak sanggup untuk belajar, memahami dan mengamalkan politik Islam. Ada yang terjerumus dengan kesalahan yang fatal bila berani mengatakan bahawa politik tidak ada di dalam Islam atau Islam perlu dipisahkan dari politik. Ada juga yang terkeliru dengan mengakui bahawa ada politik di dalam Islam, tetapi kita tidak perlu mementingkannya. Juga, ada yang bercelaru pemikirannya dengan mengakui bahawa politik adalah sebahagian dari Islam, tetapi dia sendiri tidak mahu terlibat di dalam politik. Sebagaimana dimaklumkan, segala ketidakjelasan dalam berfikir ini wujud kerana mereka tidak memahami apakah maksud siyasah (politik) menurut Islam.

Secara lughah (bahasa), siyasah (politik) berasal dari kata sasa, yasusu, siyasatan yang bererti ‘mengurus kepentingan seseorang’. Perkataan siyasatan menurut pengertian bahasa adalah ‘pemeliharaan/pengurusan’. Dalam kamus Al-Muhits dikatakan – sustu ar-ra’iyata siyasatan, ai amartuha wa nahaituha, ai ra’itu syu’naha bi al-awamir wa an-nawahi (aku memimpin rakyat dengan sungguh-sungguh, atau aku memerintah dan melarangnya, atau aku mengurusi urusan-urusan mereka dengan perintah-perintah dan larangan-larangan). Ini dari segi bahasa. Adapun maksud siyasah menurut istilah/syara’ adalah ri’ayah asy-syu’un al-ummah dakhiliyyan wa kharijiyan (mengatur/memelihara urusan umat sama ada dalam atau luar negeri) [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur]. Pengertian ini diambil dari beberapa hadis di mana Rasulullah saw menggunakan lafaz ‘siyasah’ untuk menunjukkan maksud pengurusan/pemeliharaan urusan umat, antaranya hadis riwayat Bukhari dan Muslim,

“Adalah Bani Israel dahulu yang mengatur urusan mereka adalah nabi-nabi (tasusuhum al-anbiya’). Bila wafat seorang Nabi, maka diganti dengan Nabi yang berikutnya. Sesungguhnya tidak akan ada lagi Nabi sesudahku tetapi akan ada Khulafa’ dan jumlahnya banyak. Para sahabat bertanya, ‘Lalu apa yang engkau perintahkan kepada kami?’ Nabi bersabda, ‘Penuhilah ba’iat yang pertama, yang pertama sahaja, berikanlah kepada mereka hak mereka. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban mereka atas apa saja yang mereka urus/pelihara.”

Berkenaan lafaz tasusuhum al-anbiya’, Ibn Hajar al-‘Ashqalani berkata, “Dalam hal ini terdapat isyarat bahawa harus ada bagi rakyat, orang yang mengatur urusan mereka, membimbing mereka ke jalan yang baik, dan memberikan keadilan kepada orang yang dizalimi dari orang yang zalim.” [Fath al-Bari, VI/497] Menurut Imam As-Suyuthi pula, tasusuhum bermaksud “yang menjalankan urusan mereka” [As-Suyuthi, ad-Dibaj, IV/456]. Dan menurut Imam an-Nawawi, tasusuhum bererti “yang menangani urusan mereka sebagaimana para amir dan wali menangani urusan rakyat.” [Imam an-Nawawi, Sahih Muslim bi Syarh an-Nawawi, XII/231-232]. Justeru, hadis ini menjelaskan makna as-siyasah (politik). Secara bahasa, kata sasa-yasusu-siyasah juga boleh membawa makna ra’a syu’unahu (memelihara urusan-urusannya). Dengan kata lain, as-siyasah (politik) maknanya adalah ri’ayah syu’un al-ummah (pengaturan dan pemeliharaan urusan-urusan umat). Inilah pengertian politik menurut Islam, yang mana berdasarkan hadis ini, semua nabi, termasuk Nabi Muhammad saw menjalankan peranan politik mereka sebagai pengurus, pengatur, dan pemelihara urusan umat. Dan peranan politik (mengatur urusan umat) ini dengan jelas akan diambil alih pula oleh para Khalifah yang sekali gus menjelaskan bahawa pemimpin/pengurus umat Islam (untuk seluruh dunia) setelah Rasulullah adalah Khalifah, yang akan mengurusi/memelihara kepentingan umat Islam.

Dari pengertian politik ini, tidak hairanlah jika ada ulama menekankan bahawa politik dan agama adalah ibarat dua saudara kembar [Lihat: Imam al-Ghazali, Al-Iqtishad fî al-I‘tiqad, hlm. 199]. Dikatakan juga, “Jika kekuasaan (as-sulthan) terpisah dari agama atau jika agama terpisah dari kekuasaan, nescaya keadaan manusia akan rosak” [Lihat: Ibn Taimiyah, Majmu‘ al-Fatawa, 28/394]. Ulama-ulama yang ikhlas, baik yang salaf mahupun yang khalaf memahami pengertian politik dari perspektif ini dan mereka adalah golongan yang selalu melakukan amar ma’ruf nahi mungkar terhadap pemerintah sehingga ada yang dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini jauh berbeza dengan kedudukan ulama sekarang di mana ada yang menolak politik, ada pula yang memahami dan mengambil politik ala sekular dan ada pula yang bersekongkol dengan pemerintah sekular dan menyalahkan gerakan Islam yang melakukan aktiviti politik memuhasabah pemerintah.

Berdasarkan maksud politik (siyasah) menurut Islam, maka adalah jelas bagi kita bahawa mengurus/memelihara (ambil peduli) tentang urusan umat Islam adalah tanggungjawab politik yang dibebankan oleh Allah swt ke atas bahu pemerintah. Ini sesuai dengan sabda Nabi saw bahawa, “Imam (pemimpin) itu pemelihara dan dia bertanggungjawab di atas orang yang dipelihara (rakyat)nya” [HR Muslim]. Memelihara rakyat bermaksud mengambil berat tentang kepentingan-kepentingan rakyat yakni menunaikan segala hak dan kewajipan rakyat mengikut ketentuan yang telah Allah perintahkan ke atas mereka. Bagi setiap individu Muslim dan gerakan Islam pula, mereka juga wajib berpolitik dengan maksud wajib ke atas mereka memerhatikan urusan atau kepentingan umat Islam. Wajib bagi mereka memastikan bahawa mereka ‘diatur’ (oleh pemerintah) dengan hukum-hakam Islam dan wajib pula bagi mereka memuhasabah pemerintah sekiranya pemerintah tidak menerapkan hukum Islam ataupun mengabaikan kemaslahatan kaum Muslimin. Dalam hal ini, Allah swt telah mewajibkan adanya segolongan (jemaah/gerakan) dari kalangan umat Islam agar mengajak manusia kepada Islam dan melakukan amar ma’ruf nahi mungkar. Firman Allah, “Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (Islam), dan menyuruh kepada yang ma’ruf serta mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang menang.” [TMQ Ali Imran (3):104].

Inilah tanggungjawab politik umat Islam yang telah diwajibkan oleh Allah swt. Peri pentingnya muhasabah dari rakyat kepada pemerintah yang zalim, yang tidak menerapkan Islam sehingga Allah dan RasulNya meletakkan satu darjat yang tinggi kepada mereka yang melakukan aktiviti politik (muhasabah) ini, dengan status sebagai sayid asy-syuhada (penghulu para syahid). Sabda Nabi saw, “Penghulu syuhada adalah Hamzah ibn Abi Thalib dan seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang jahat/zalim, lalu menyerunya berbuat baik dan mencegahnya berbuat mungkar, kemudian ia dibunuh (oleh penguasa tersebut)” [HR Hakim].

Rasulullah adalah Ahli Politik

Sesungguhnya amat salahlah orang yang mencontohi Rasulullah hanya dalam bidang akidah, ibadat dan akhlak semata-mata. Sesungguhnya amat naiflah pandangan orang yang tidak mahu terlibat dengan politik dan hanya mementingkan soal akidah dan ibadat sahaja. Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah uswatun hasanah bagi kita di dalam semua perkara, bukan hanya akidah, ibadat atau akhlak semata-mata? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah seorang ahli ekonomi dan ahli politik yang agung? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah merupakan seorang pemimpin sebuah kutlah (kelompok/gerakan) Islam (semasa di Mekah) dan baginda adalah Ketua Negara Islam (semasa di Madinah) dan sekali gus merupakan seorang pemimpin dunia Islam? Adakah sebagai seorang pemimpin sebuah kutlah, Rasulullah bukan ahli politik? Adakah sebagai seorang pemimpin negara dan pemimpin dunia, Rasulullah bukan ahli politik? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah mengajak manusia kepada (agama) Islam dan dalam masa yang sama melakukan aktiviti politik di dalam dakwahnya, baik di Mekah mahupun di Madinah? Tidakkah mereka sedar akan hadis Rasulullah yang masyhur (semasa Rasulullah masih di Mekah),

“Demi Allah, andaikata mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan urusan (dakwah) ini, hinggalah Allah benar-benar memenangkanku atau aku hancur bersamanya, sekali-kali tidak akan aku tinggalkan.” [HR At-Thabari].

Hadis ini sebenarnya agak panjang di mana pada awalnya orang kafir Quraisy sudah tidak tahan dengan dakwah Rasul yang meremeh-remehkan akidah dan kepercayaan mereka, mencaci sembahan-sembahan mereka dan ‘menghentam’ segala bentuk ‘sistem kufur’ yang mereka amalkan. Kafir Quraisy tahu dan memahami bahawa apa yang Rasulullah inginkan ialah sebuah kekuasaan/negara di mana sistem Islam dan hukum Allah boleh diterapkan di dalamnya. Atas sebab inilah mereka cuba menawarkan atau memberi kuasa kepada Rasulullah, cuma dengan syarat Rasulullah mesti meninggalkan dakwah baginda. Jadi, apakah dakwah Rasulullah yang ‘menghentam’ akidah, pemerintahan dan sistem kufur yang ada ini bukan dakwah yang bersifat politik? Apakah usaha Rasulullah untuk mendapatkan kekuasaan/negara (untuk menerapkan hukum Allah) ini, bukan aktiviti yang bersifat politik? Hadis ini (dan banyak lagi hadis lainnya) sebenarnya dengan jelas menunjukkan bahawa aktiviti dakwah yang Rasulullah lakukan adalah berbentuk politik. Hadis ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah tidak pernah kompromi atau tunduk kepada orang-orang kafir (apatah lagi bersekongkol dengan pemerintah dan sistem kufur) di dalam aktiviti dakwah/politik baginda. Walhal jika difikirkan secara logik, adalah lebih baik Rasulullah menerima sahaja tawaran kuasa yang diberikan oleh orang kafir Quraisy, kemudian baginda bolehlah merubah sistem yang ada setelah baginda berkuasa. Namun, hal ini samasekali tidak dilakukan oleh baginda Rasul kerana Islam wajib dimenangkan di atas kekufuran, bukannya disatukan atau dikompromikan dengan kekufuran. Di dalam dakwah dan aktiviti politik untuk mendapatkan kekuasaan, bukan maslahat/manfaat dunia yang diambil kira oleh Rasul, tetapi kepatuhan kepada perintah Allah dan keredhaanNya sahajalah yang dicari.

Mengatakan Rasulullah berdakwah hanya dari segi akidah, ibadah atau akhlak sahaja tanpa mengaitkannya dengan siyasah/politik (mengurus urusan umat) adalah menyalahi al-Quran itu sendiri. Adalah suatu yang amat dangkal apabila seseorang itu hanya mementingkan aspek akidah tetapi tidak mementingkan aspek siyasah (yang merupakan sebahagian dari hukum syara’). Ini kerana terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh tentang aspek siyasah/politik di dalam dakwah Rasul walaupun ketika itu masih di peringkat awal dakwah (di Mekah). Malah, terdapat ayat-ayat Al-Quran (semasa di Mekah) yang membincangkan (dan ada yang diturunkan kerana) hal-hal politik yang sedang berlaku (contohnya Surah ar-Rum). Ini belum lagi mengambil kira ayat-ayat Madaniyah yang begitu banyak menyentuh tentang politik. Rasulullah di peringkat awal dakwah lagi telah diperintah oleh Allah agar melakukan aktiviti siyasah dengan melaknat sistem kufur yang dipraktikkan dan membetulkan sistem tersebut. Firman Allah,

“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka minta dipenuhi dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.” [TMQ al-Muthaffifin (83):1-3].

“Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makan orang miskin.” [TMQ al-Ma’un (107):1-3].

Ayat yang pertama di atas adalah ‘menghentam’ sistem ekonomi yang diamalkan oleh kafir Quraisy yang suka menipu dan ayat yang kedua pula ‘menghentam’ (celaan Allah ke atas) pembesar/pemerintah Mekah yang suka mengherdik anak yatim dan tidak mempedulikan orang-orang miskin di kalangan mereka. Ayat-ayat ini dan banyak lagi ayat lainnya di mana Allah mengajar Rasulullah (dan orang-orang yang beriman) bagaimanakah aktiviti dakwah siyasah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pendakwah, bukan hanya dakwah dari segi akidah sahaja, walaupun di peringkat awal dakwah. Jadi, dalam keadaan sekarang pun samalah kedudukannya di mana kita sedang dilingkari oleh sistem yang rosak, maka adalah menjadi kewajipan atas kita untuk menghentam sistem yang rosak ini dan berusaha menggantikannya dengan sistem Islam.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Dalam pada kita yakin bahawa Allah itu Esa, dalam masa yang sama kita wajib menyeru (tidak memaksa) orang kafir menyembah Allah Yang Esa; dalam pada kita yakin al-Quran adalah Kalamullah, kita dalam masa yang sama wajib solat dan menegur saudara kita yang tidak bersolat, wajib meninggalkan riba dan menegur saudara kita yang mengambil riba; dalam pada kita yakin Rasulullah adalah penutup para Rasul, kita dalam masa yang sama wajib memuhasabah pemerintah yang tidak mengikut perintah Rasulullah; dalam pada kita beriman dengan qadha’ dan qadar, kita juga wajib melakukan amar ma’ruf nahi mungkar; dalam pada kita yakin adanya syaithan dan taghut, dalam masa yang sama kita diharamkan berdiam diri dengan sistem taghut yang ada; dalam pada kita yakin Daulah Khilafah akan tegak semula dengan izin Allah, kita dalam masa yang sama wajib berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan Khilafah. Saudaraku sekalian! Inilah kaitan antara akidah dan siyasah. Kesempurnaan iman itu adalah apabila kita mengambil dan mengamalkan Islam itu di dalam semua aspek dan bukannya mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian. Apabila seseorang itu telah masuk Islam melalui pintu tauhid, maka wajiblah baginya untuk menyempurnakan ajaran Islam dengan memasuki pintu ibadah, pintu politik, pintu ekonomi, pintu pendidikan, pintu uqubat, pintu jihad dan semua pintu-pintu lain yang ada. Wallahu ‘alam.