Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Pemimpin Dunia Iktiraf 1Malaysia! Bagaimana Dengan Allah?

by AURA JIHAD

altDATUK Seri Najib Razak berkata, konsep 1Malaysia yang menjadi teras pentadbiran baru negara turut mendapat perhatian negara asing yang menyifatkannya sebagai amat bersesuaian bagi mencerminkan hasrat Malaysia untuk terus maju pada masa depan. Perdana Menteri berkata, pendekatan 'Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' yang menjadi antara teras 1Malaysia juga dilihat negara asing sebagai asas untuk Malaysia memperkukuhkan negara, khususnya dalam konteks memupuk perpaduan mantap antara kaum. "Saya berasa bangga apabila mengetahui pemimpin Brunei contohnya, amat mengikuti rapat setiap perkembangan terkini yang berlaku di Malaysia. Saya juga amat tersentuh apabila mereka juga boleh menghafal slogan "Satu Malaysia-Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan".

"Mereka juga memberitahu saya bahawa slogan itu amat bersesuaian bagi menggambarkan pelbagai usaha kerajaan untuk terus maju pada masa depan, khususnya dalam konteks hubungan antara kaum," katanya berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Malaysia di sini, pagi semalam. Majlis ramah mesra yang dihadiri kira-kira 250 rakyat Malaysia yang menetap, bekerja dan berniaga di sini adalah acara terakhir dalam program lawatan kerja dua hari Perdana Menteri ke negara ini. Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim; Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Kelmarin, Perdana Menteri yang turut diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan delegasi Malaysia diraikan dalam satu majlis santapan diraja oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman sejurus selepas kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan empat mata selama lebih sejam.

Dalam ucapannya, Najib juga memberitahu rakyat Malaysia di sini, bahawa hubungan Kuala Lumpur-Bandar Seri Begawan kini berada pada tahap yang sangat baik dan meminta mereka turut berganding bahu dengan kerajaan untuk terus memperkukuhkannya. "Jika kita mampu menunjukkan kekuatan dalaman kita, maka potensi Malaysia sebagai sebuah negara amat besar," katanya sambil menyeru sektor swasta kedua-dua negara supaya mengorak langkah membentuk kerjasama yang boleh memanfaatkan sebagai menyambut baik isyarat kerajaan yang mahu meningkatkan lagi hubungan dua hala itu. Perdana Menteri berkata, sebagai jiran akrab sesama Asean, adalah penting untuk kedua-dua negara mengekalkan hubungan baik.

Sumber : Berita Harian, 01/05/09

Pemimpim Dunia Iktiraf 1Malaysia! Bagaimana Dengan Allah?


Ya, kadang-kadang manusia suka syok sendiri. Diiktiraf kerana perjuangan ashobiyyah negara bangsa. Mereka rasa bangga dengan pengiktirafan yang diberikan oleh manusia tetapi jarang melihat adakah apa yang mereka lakukan itu mendapat redha Allah SWT ataupun tidak. Bagi seorang muslim dan yang mengaku beriman kepada Allah SWT, matlamat yang paling utama dari matlamat-matlamat yang lain adalah mendapatkan keredhaan disisiNya. Setiap apa yang dilakukan itu perlulah senantiasa mendapat redhaNya bukan murkaNya. Kerana itulah Rasulullah SAW mengingatkan setiap dari kita dengan sabdanya,

“Barang siapa yang beramal bukan di atas petunjuk kami, maka amalan tersebut tertolak.” [Muttafaqun alaihi, dari lafazh Muslim].

Justeru itu, perjuangan 1Malaysia ini perlulah dilihat dari sudut Islam. Apakah ianya sesuatu yang selari dengan perintah Allah SWT ataupun tidak. Lihatlah kepada apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika membawa Islam dan menegakkan Islam di dalam sirah kehidupan baginda SAW itu sendiri. Rasulullah SAW datang di tengah-tengah masyarakat jahiliyyah untuk menghapuskan fahaman ashobiyyah dan menyatukan manusia atas dasar aqidah Islam. Baginda menegakkan Negara Islam di Madinah di atas dasar aqidah Islam. Nabi SAW tidak memperjuangkan negara ashobiyyah, tidak sebagaimana negara-negara umat Islam saat ini yang asasnya berdiri di atas dasar ashobiyyah. Ini termasuklah seruan 1Malaysia yang pada hakikatnya adalah seruan berbentuk asobiyyah yang sepatutnya ditinggalkan oleh umat Islam walaupun ribuan pemimpin dunia mengiktirafnya. Selayaknya, Najib yang saat ini sedang memegang amanah kekuasaan mempromosikan idea 1Khilafah untuk menyatukan dunia umat Islam di bawah naungan Khilafah bagi meraih keredhaan disisiNya. Jika inilah yang dilakukan oleh Najib insyaAllah usaha-usahanya akan mendapat pengiktirafan dari Allah SWT dan juga rasulNya.

SATU KHILAFAH: SYARIAH DIDAHULUKAN MARDHATILLAH DIUTAMAKAN

by AURA JIHAD


alt


SATU KHILAFAH
SYARIAH DIDAHULUKAN MARDHATILLAH DIUTAMAKAN

[SN180] Kalau dulu cogankata ‘Cemerlang Gemilang dan Terbilang’ memenuhi setiap ceruk dan rantau tanah air, apatah lagi di jabatan-jabatan kerajaan, kini giliran cogankata ‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ pula yang bakal menghiasi landskap politik Malaysia. Walaupun pelbagai kecaman yang dilontarkan oleh banyak pihak, khususnya tentang idea ‘Satu Malaysia’, namun mahu tak mahu cogankata ini mestilah ‘ditelan’ oleh rakyat Malaysia sebagai kalimah keramat yang mesti dijunjung, setidak-tidaknya di sepanjang pemerintahan orang yang mengeluarkannya. Cogankata ini yang sekaligus menjadi gagasan baru yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Razak, pada Majlis Sambutan Kepulangan Pertama beliau sebagai Perdana Menteri ke negeri kelahirannya di Padang MPK 1 pada 18 April 2009 yang lepas. Bagi beliau, ia merupakan kesinambungan sekaligus pelengkap kepada gagasan-gagasan yang telah diusahakan oleh dua Perdana Menteri yang terdahulu. ‘Cogankata’ kini sudah menjadi semacam tradisi apabila setiap kali seorang Perdana Menteri baru dilantik, maka muncullah satu cogankata baru bagi mencerminkan prinsip, bentuk dan corak pemerintahannya. Ini adalah kerana pengamalan kontrak sosial antara rakyat dan pemerintah dalam sistem demokrasi di mana pemerintah dan jentera kerajaan adalah pihak yang dibayar oleh rakyat untuk menjalankan suatu bentuk pemerintahan yang kononnya berdasarkan ‘kemahuan rakyat’. Jadi, untuk memenangi hati rakyat, pemerintah perlu melontarkan suatu gagasan agar rakyat terpikat untuk terus menyokongnya.

Jika Benar Rakyat Didahulukan..

Dalam usaha UMNO/BN memohon semula restu dari rakyat setelah ternyata mereka ditampar hebat oleh rakyat pada pilihan raya ke-12 lalu, maka gagasan Perdana Menteri Malaysia yang baru ini memasukkan idea “Rakyat Didahulukan”. Bukan sahaja PM, malah harapan semua parti komponen BN adalah mereka akan berjaya menggula-gulakan rakyat dengan slogan baru ini yang kononnya mendahulukan kepentingan rakyat dalam pemerintahan mereka. Entah di mana silapnya, ternyata slogan ini gagal menambat hati rakyat semasa pilihan raya di dua Bukit baru-baru ini. Walau apa dan panjang mana sekalipun penjelasan diberikan, namun nampaknya rakyat tetap yakin bahawa slogan ‘Rakyat Didahulukan’ hanyalah merupakan sebuah mimpi dan ilusi, jika pun tidak satu penipuan.

Jika benarlah rakyat didahulukan dan hal ini bukan satu mainan politik, maka dengarlah suara kami wahai Najib – bahawa kami mahu kamu menerapkan Islam secara kaffah. Kami mahu kamu mencampakkan hukum kufur-sekular yang zalim dan hina ini. Di samping menerapkan hukum Allah di dalam negara, kami juga mahu kamu melancarkan dakwah dan jihad ke negara-negara kufur, khususnya negara kafir harbi yang selama ini memerangi umat Islam. Kami mahu kamu menyelamatkan saudara-saudara seIslam kita yang sedang dibunuh, dipenjara, diseksa dan dizalimi di seluruh dunia oleh sang kuffar. Kami mahu kamu menyeru negara-negara umat Islam yang lain agar bergabung dengan Malaysia dan membentuk sebuah Daulah Khilafah dan bernaung hanya di bawah kepimpinan seorang Khalifah. Inilah yang kami mahukan! Pokoknya, kami (rakyat) mahukan kamu menerapkan hukum Allah ke atas kami, bukan hukum kufur seperti yang ada sekarang. Jika benar rakyat didahulukan, maka kamu wajib melakukan semua ini, kerana inilah yang kami (rakyat) mahukan. Maka apakah kamu akan mendahulukan kehendak kami ini? Atau slogan kamu ‘Rakyat Didahulukan’ hanyalah slogan yang penuh kedustaan ke atas kami?

Ingatlah wahai pemimpin bahawa setiap patah perkataan yang kamu ucapkan dicatit oleh dua malaikat yang berada di kiri dan kananmu. Apatah lagi perkataan kamu sebagai pemimpin kepada rakyat yang wajib kamu pelihara. Ingatlah bahawa kata-katamu ini akan dipersembahkan oleh malaikat-malaikat ini di hadapan Allah Azza wa Jalla di akhirat kelak dan Allah akan bertanya kepada kamu tentangnya. Jika kamu tidak menunaikan apa yang kamu ucapkan, maka kemurkaan Allahlah yang akan menimpa kamu, sebagaimana Dia telah mengingatkan kamu,

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan” [TMQ as-Saf (61):1-2].

Pencapaian Apa Yang Ingin DiUtamakan?


Jika direnung dan ditilik tentang idea ‘Pencapaian Diutamakan’, idea ini sangatlah subjektif maksudnya. Apakah pencapaian yang ingin diraih? Ingin menjadikan Malaysia negara maju sebelum 2020? Ingin membina bangunan pencakar langit yang dua kali lebih tinggi dari KLCC? Ingin menghantar rakyat Malaysia ke bulan, ke bintang atau...? Yang pasti, apa yang kita saksikan saban hari adalah Malaysia sering menggapai pencapaian yang gilang gemilang dari segi pertambahan kadar jenayah, rasuah, penculikan, pembunuhan, perzinaan, anak luar nikah, kes buang bayi, kecurian, penyelewengan kuasa dan sebagainya. Semua jenayah ini dicapai oleh Malaysia dengan pencapaian yang amat membanggakan, hatta sejurus setelah cogankata ini ke udara, kita telah didedahkan oleh laporan akhbar mengenai statistik jenayah ragut di Kuala Lumpur tahun ini yang meningkat 100% berbanding tempoh suku pertama tahun lepas [Utusan Malaysia 17/04/09].

Lebih menarik, berapa banyak dari semua pencapaian kenaikan jenayah di Malaysia dilakukan oleh golongan yang memegang kekuasaan dan termasuk juga golongan yang memegang keselamatan negara. Semua orang tahu bahawa kes-kes rasuah di kalangan UMNO sudah mendarah daging dan sudah menjadi kanser. Siapa yang ingin menafikan? Lihat sahajalah ratusan kes rasuah yang telah dibicarakan dan diputuskan oleh Lembaga Disiplin UMNO sendiri. Namun UMNO menyebutnya dengan bahasa yang lebih lembut dan tidak menjadikannya satu jenayah, kerana ia dikategorikan sebagai ‘politik wang’, bukannya rasuah! Berapa ramai dari kalangan pemimpin, termasuk pemimpin tertinggi UMNO yang telah disabitkan kesalahan oleh Lembaga Disiplin mereka sendiri kerana terang-terang melakukan rasuah, namun tidak dibawa ke mahkamah, hanya diambil tindakan dalaman parti sahaja seperti digantung keahliannya?

Begitu pula dengan indeks jenayah lain yang dilakukan oleh pihak yang sepatutnya mencegah jenayah, PDRM sendiri. Kes rasuah yang melibatkan anggota PDRM tidak kalah dengan kes rasuah yang berlaku di dalam UMNO. Kita membaca saban hari akan ‘pencapaian’ kes rasuah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kanan PDRM yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar. Kes-kes rasuah kecil lagi tak terkira, sehingga jika sesiapa yang tidak tahu akan hal ini maka tidak sahlah dia sebagai rakyat Malaysia.

Jika benar sekalipun gagasan yang dibuat Datuk Seri Najib ini ingin mencapai kemajuan di dalam bidang industri, sains, teknologi, pendidikan, pertanian dan sebagainya, maka kita perlu bertanya lagi, apa guna semua kemajuan madaniah ini jika hadharah Islam ditinggalkan? Apa guna kita mencapai kemajuan duniawi sedangkan aspek ukhrawi di ketepikan? Apa guna kita mempunyai sistem perbankan terhebat di dunia apabila asasnya adalah riba? Apa guna kemajuan sistem pendidikan apabila hanya berjaya melahirkan semakin ramai penzina-penzina, bohsia, bohjan, mat rempit, mat fit, mat lepak dan pelbagai mat lagi? Apa gunanya pencapaian di dalam bidang ekonomi jika 90% kekayaan negara dirampas dan hanya dibolot oleh golongan Kapitalis yang memerintah? Apa guna ada lebuh raya yang termaju di dunia sedangkan perut pemerintah semakin ‘maju’ ke depan kerana terlalu banyak memakan duit rakyat?

Sesungguhnya tidak ada gunanya semua kemajuan itu apabila asasnya tetap sekular dan Islam dipinggirkan! Rasulullah SAW berjaya membangun sebuah masyarakat yang jahil dengan cahaya Islam. Begitu juga para Khulafa’ Rasyidun yang berjaya meneruskan kesinambungan pemerintahan Islam dengan berjaya membangun peradaban dunia. Namun semua kemajuan keduniaan ini tidak pernah dipisahkan dengan aspek keakhiratan oleh Sang Khalifah. Sejak Islam diturunkan dan menjadi jalan hidup (way of life) bagi umat manusia, umat Islam yang dipimpin oleh Khalifah dengan sistem pemerintahan dari wahyu berjaya membawa dunia kepada satu ketamadunan yang luar biasa. Namun mereka berjaya melakukan semua ini dengan asas Islam, di mana mereka menjadikan Islam sebagai satu-satunya mabda’ (ideologi/cara hidup). Berbeza dengan pemimpin sekarang di mana mereka telah menjadikan Kapitalisme sebagai mabda’ di dalam pemerintahan negara.

Dahulu, umat Islam meraih setinggi-tinggi pencapaian di dunia kerana mereka berada di bawah payung syariah. Kemajuan sains dan teknologi, pendidikan, fiqh, tsaqafah, perindustrian, persenjataan, ketenteraan dan sebagainya berada di tangga teratas, jauh lebih tinggi dari segenap bangsa yang ada di dunia. Semua kegemilangan ini dicapai kerana mereka menerapkan hukum Allah dan menyebarkan Islam melalui jalan dakwah dan jihad (futuhat). Kebenaran semua ini tidak perlu dibuktikan lagi kerana ia telah menjadi sejarah yang tidak mungkin dinafikan oleh sesiapa sahaja. Semua ini adalah kesan dari penerapan mabda’ Islam di dalam Daulah Khilafah. Namun, sungguh malang bagi umat Islam kini, apabila pemimpin mereka ingin mengutamakan pencapaian tetapi melalui penerapan hukum kufur-sekular manakala hukum Islam ditolak mereka sejauh-jauhnya dari kehidupan. Sejauh mana sekalipun pencapaian diutamakan, tetapi sekiranya tetap berpaksikan sistem kufur-sekular yang ada, sesungguhnya apa yang mereka akan capai hanyalah setinggi-tinggi kemurkaan dari Allah SWT. Na’uzubillah min zalik.

Satu Malaysia -vs- Satu Khilafah

Sebagaimana yang telah dijelaskan, di dalam sistem demokrasi ciptaan manusia ini, pemerintah dan jentera pemerintahan adalah pihak yang mengaut duit rakyat untuk menjalankan suatu bentuk pemerintahan yang kononnya berdasarkan ‘kehendak rakyat’. Jadi, untuk menambat hati rakyat, pemerintah perlu melontarkan suatu gagasan bertujuan memikat dan memukau rakyat untuk terus mengundi mereka. Malang sedikit bagi Najib apabila sebaik sahaja gagasan baru beliau ‘Satu Malaysia’ ini dilaungkan, ia terus dikritik hebat kerana dikatakan tidak ubah seperti konsep ‘Malaysia Malaysian’ yang diperjuangkan oleh DAP selama ini. Kritikan yang datang dari pelbagai penjuru dan ketidakjelasan dari dalam parti sendiri ternyata memanaskan punggung anak jati Pahang ini sehingga memaksa beliau memperjelaskan perbezaannya dengan bersungguh-sungguh. Sedikit sebanyak Najib nampaknya terpaksa menerima ‘padah’ dengan apa yang diucapkannya.

Apa pun penjelasan dan pengertian terhadap slogan ‘Satu Malaysia’, yang pastinya ia langsung tidak mencerminkan corak pemerintahan Islam oleh orang yang mengucapkannya. Konsep ‘Satu Malaysia’ masih berada di bawah tempurung ‘negara-bangsa’ (nation state) yang telah dicipta oleh kuffar penjajah di bumi Malaysia ini. Gagasan ini hanyalah akan menjauhkan lagi umat Islam dari kefahaman Islam yang sebenar, khususnya dari aspek sistem pemerintahan. Sesungguhnya pemerintahan Islam itu adalah Khilafah. Umat Islam wajib bergabung di bawah satu payung pemerintahan yang bergelar Khilafah dan haram bagi umat untuk berpecah belah di bawah negara-bangsa. Sedarilah wahai kaum Muslimin bahawa sistem pemerintahan Islam adalah Khilafah. Telah lebih 1400 tahun Daulah Khilafah memerintah umat Islam di seluruh dunia di bawah kepimpinan seorang Khalifah. Sungguh, Abu Bakar adalah Khalifah, Umar adalah Khalifah, Utsman dan Ali adalah Khalifah. Mereka memerintah sebagai ‘Khalifah’ kerana itulah ketetapan (hukum) Allah dan Rasul ke atas mereka dan ke atas kita. Begitu juga dengan para pemerintah Daulah Umaiyyah, Abbasiyyah dan Utsmaniyyah, kesemua mereka adalah Khalifah kaum Muslimin. Inilah hukum Allah di mana umat Islam wajib bersatu dan bernaung hanya di bawah seorang Khalifah. Umat Islam adalah umat yang satu, aqidah mereka satu, Tuhan mereka Satu, Kitab mereka satu, Kiblat mereka satu dan Negara mereka juga adalah satu. Dan negara bagi umat Islam adalah Negara Khilafah.

Ingatlah bahawa Daulah Khilafah telah memerintah hampir dua per tiga dunia. Hanya setelah serangan dan penjajahan kuffar Barat ke atas negara Islam, maka barulah Barat merobek-robek kesatuan kita dan memecahbelahkan negara kita kepada negara-bangsa yang kecil, lemah dan berseteru sesesama sendiri. Justeru, setelah Allah memberi kekuasaan kepada pemimpin yang beragama Islam, mengapakah pemimpin ini masih mengekalkan kita di bawah negara-bangsa yang kecil, lemah dan bercerai-berai? Mengapakah mereka masih berhukum dengan hukum kufur yang penjajah tinggalkan, walhal kekuasaan kini ada di tangan mereka?

Sesungguhnya apa yang patut digagaskan oleh Najib adalah konsep Satu Khilafah, bukannya Satu Malaysia. Umat Islam wajib bergabung di bawah Satu Khilafah. Setelah itu, syariatlah yang wajib beliau dahulukan kerana kedaulatan adalah di tangan syarak, bukannya di tangan rakyat. Dan apa sahaja yang beliau lakukan, maka mardhatillah (keredhaan Allah) jualah yang wajib diutamakan. Inilah yang sepatutnya diucapkan oleh Najib, dan beliau sepatutnya mengajak pemimpin Muslim dari seluruh negara umat Islam yang ada agar bergabung di bawah satu payung pemerintahan dengan memilih dan memba’iah seorang Khalifah yang akan memerintah dengan Kitabullah. Jika ketua negara ini menerapkan syariat dan Khilafah, nescaya dia dan umat Islam keseluruhannya akan meraih semula kemuliaan yang telah hilang, dan Insya Allah dia bukan sahaja akan memerintah Malaysia, malah akan memerintah seluruh dunia sebagaimana Khalifah-Khalifah sebelum ini. Apa yang penting adalah dia wajib mempersatukan umat Islam di bawah Khilafah dan bukannya sekadar mengucapkan slogan-slogan kosong yang dipenuhi penipuan dan kedustaan.

Khatimah

Wahai pemimpin kaum Muslimin! Jika kalian ingin mengeluarkan ucapan, maka ucapkanlah perkataan yang benar lagi hak di sisi Allah. Sesungguhnya ucapan-ucapan kalian bukanlah bait-bait yang perlu kalian jadikan pemanis mulut atau halwa telinga untuk rakyat semata-mata. Tetapi ucapan-ucapan kalian adalah suatu perkara yang amat berat yang kalian akan pikul dari dunia hingga ke akhirat. Ingatlah bahawa ucapan kalian akan pasti membawa kalian menuju ke dua jalan. Ia akan mengheret kalian ke neraka jika ucapan kalian penuh maksiat dan penipuan, dan ia akan memandu kalian ke syurga apabila ia diucapkan dengan baik dan benar.

Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah! Sedarlah bahawa para pemimpin kalian merupakan sebahagian dari kalian. Senantiasalah kalian bersama-sama mereka jika mereka berada di dalam kebenaran. Sebaliknya, perbetulkanlah mereka kiranya mereka telah tersasar dari jalan yang lurus. Sedarkanlah mereka bahawa tiada kemuliaan tanpa Islam. Sedarkanlah mereka bahawa kepimpinan bukan soal memenangi hati manusia dengan cogankata tetapi soal penerapan dan pelaksanaan perintah-perintah Allah sepenuhnya. Jika mereka lalai dalam menjalankan amanah besar ini, maka ucapkanlah kebenaran di hadapan mereka, dan jika mereka enggan menerima kebenaran, maka cabutlah kekuasaan mereka kerana sesungguhnya kekuasaan sebenar itu berada di tangan kalian. Tunaikanlah tanggungjawab kalian dan Allah akan pasti membantu kalian dan menunaikan hak kalian. Wallahu a’lam.

WAHAI MENTERI KABINET! TERAPKAN HUKUM ALLAH, JIKA TIDAK...

by AURA JIHAD


alt

WAHAI MENTERI KABINET! TERAPKAN HUKUM ALLAH, JIKA TIDAK...

[SN179] Sejarah Malaysia terus berulang pada 3 April lepas apabila Datuk Seri Najib Razak dinobatkan secara rasminya sebagai Perdana Menteri yang keenam. Sebagaimana Pak Lah yang telah mengambil alih pemerintahan dari Mahathir, kini giliran Najib pula mengambil alih pemerintahan dari Pak Lah, sebuah peralihan kuasa yang membuktikan bahawa Perdana Menteri Malaysia bukanlah dipilih oleh rakyat! Beberapa hari setelah Najib menduduki kerusi nombor satu negara, pembohongan demokrasi semakin nyata apabila Najib mengumumkan dan menamakan barisan kabinetnya sebagai kabinet rakyat, di mana umum mengetahui bahawa mereka yang tidak dipilih oleh rakyat pun tetap dipilih oleh Najib membarisi kabinetnya. Selain dari proses demokrasi dusta ini, ada beberapa isu lagi yang menarik perhatian sebaik sahaja Najib dilantik menjadi orang nombor satu negara. Antaranya adalah pembebasan 13 tahanan ISA yang dahulunya ditahan kerana amat membahayakan keselamatan persekutuan.

Ternyata, sebaik sahaja Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ini sudah tidak lagi berbahaya dan tidak lagi mengancam! Perdana Menteri keenam ini juga seterusnya menggula-gulakan rakyat dengan berjanji akan mengkaji semula ISA, yang mungkin sahaja kajiannya selepas ini akan menunjukkan bahawa ISA mesti dikekalkan demi keselamatan negara. Sebagaimana Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini, Najib kemudiannya terus mengisytiharkan slogan tersendiri beliau iaitu, “Satu Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” bagi menggantikan slogan lapuk yang tak habis-habis diperli rakyat sebelum ini iaitu cemerlang, gemilang dan terbilang yang dikatakan penuh dengan tembelang dan temberang. Juga, dalam ucapan sulungnya selepas dilantik menjadi Perdana Menteri beliau turut menjanjikan beberapa pembaharuan dan transformasi besar yang semua ini menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri sebelum ini tidak melakukan apa-apa transformasi pun.

Kepemimpinan Adalah Amanah

Apa pun bentuk perubahan dan transformasi yang akan dilakukan Perdana Menteri dengan kabinetalt barunya ini, yang pastinya, mereka tidak akan merubah sistem sekular yang sedia ada ini sedikit pun. Di dalam sistem sekular, jawatan ketua sesebuah negara adalah ditentukan sendiri oleh akal manusia baik ia bergelar Presiden, Raja mahupun Perdana Menteri. Dan di dalam sistem sekular, ketua negara dipilih untuk melaksanakan undang-undang taghut, yakni undang-undang yang dibuat oleh mereka sendiri yang bertentangan dengan undang-undang Allah. Sedangkan di dalam Islam, pembuat undang-undang (Asy-Syari’/Legislator) atau yang berhak membuat hukum hanyalah Allah SWT, bukan rakyat, bukan pula ketua negara dan bukan juga menteri kabinet. Ketua negara dipilih dan dibaiat oleh umat untuk melaksanakan hukum Allah, sehingga wajib baginya melaksanakan syariat Islam yang bersumber dari al-Quran dan As-Sunah untuk dijadikan undang-undang negara. Dengan undang-undang Allah inilah, seseorang ketua negara mengurus dan mengatur segala kepentingan rakyat, bukannya dengan undang-undang taghut yang diluluskan secara majoriti di kalangan mereka.

Dalam sistem Islam, ketua negara adalah ‘Khalifah’ atau Imamah atau digelar juga Amirul Mukminin. Khalifah adalah pemimpin umum bagi seluruh kaum Muslimin di dunia untuk menegakkan syariat Islam dan mengembang dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia. ‘Khalifah’ sebagai ketua negara adalah ketentuan dari Allah dan Rasul, sebagaimana hadis dituturkan oleh Abu Hurairah ra, “Dahulu Bani Israel dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi meninggal, ia digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku, akan tetapi ada Khalifah dan jumlahnya banyak.’ Para sahabat bertanya, ‘Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?’ Baginda menjawab, ‘Penuhilah baiat yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka haknya, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban mereka atas rakyat yang diurusinya.” [HR Muslim].

Tugas kepemimpinan adalah amanah yang amat berat dari Allah Azza Wa Jalla. Aspek mas’uliyat (tanggungjawab) menjadi unsur yang paling mendasar dalam kepemimpinan. Ini kerana, jawatan kepimpinan itu adalah jawatan yang bersifat dua dimensi, yakni dunia dan akhirat. Pemimpin wajib menerapkan hukum Allah di (dimensi) dunia dan amanah ini akan dipersoalkan (dihisab) oleh Allah di (dimensi) akhirat. Kerana itu, wajar jika jawatan itu dapat mengantarkan seseorang pemimpin kepada darjat yang paling tinggi dan mulia dan juga akan menjerumuskannya ke lembah kehinaan dan azab seksa. Yang dimaksud ‘amanah’ di sini adalah taklif hukum yang telah dibebankan Allah SWT ke atas pemimpin. Imam Ibnu Katsir menjelaskan, “Pada dasarnya, amanah adalah taklif (syariat Islam) yang wajib dijalankan dengan sepenuh hati, dengan cara melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Jika ia melaksanakan taklif tersebut maka ia akan mendapatkan pahala di sisi Allah. Sebaliknya, jika ia melanggar taklif tersebut maka ia akan memperoleh seksa” [Tafsir Ibnu Katsir, 3/522]. Berdasarkan penjelasan di atas, kita dapat simpulkan bahawa standard untuk menilai apakah seorang pemimpin itu amanah atau tidak adalah ‘keterikatannya’ dengan hukum-hukum Allah.

Sikap amanah seorang pemimpin dapat dilihat dari tatacaranya dalam mengurusi masyarakat, syakhsiyahnya dan juga polisi-polisi yang dikeluarkannya. Jika dia mengurus urusan umat berdasarkan aturan-aturan Allah dan menjalankannya dengan istiqamah maka dia disebut sebagai pemimpin yang amanah. Sebaliknya, tatkala dia mengurusi umat dengan sistem dan aturan kufur maka dia adalah seorang pemimpin yang khianat kepada Allah, RasulNya dan umat Islam. Atas dasar itu, seorang pemimpin yang amanah tidak akan mengatur urusan rakyatnya dengan sistem dan peraturan kufur, baik sebahagian mahupun keseluruhan. Ia tidak akan mengeluarkan polisi-polisi yang tidak berpihak kepada Islam dan kaum Muslimin. Dia juga akan berusaha keras untuk menghiasi dirinya dengan sifat takwa dan akhlak yang mulia. Seorang pemimpin yang amanah pastinya tidak akan menerapkan sistem kufur seperti demokrasi yang bertentangan dengan Islam. Dia sedar dan insaf, bahawa Allah dan Rasul telah menetapkan sistem pemerintahan yang agung bagi kaum Muslimin, yakni sistem Khilafah. Untuk itu, dia akan berjuang bersama-sama kaum Muslimin di dalam menegak dan menjaga sistem yang agung ini.

Bagi pemerintah yang mengabaikan amanah kepimpinan yang Allah letakkan di bahunya, Rasulullah SAW mengingatkan mereka bahawa, “Tidaklah seorang pemimpin yang diserahi urusan kaum Muslimin, kemudian dia mati, sedangkan dia mengabaikan/melalaikan urusan tersebut, kecuali Allah mengharamkan syurga untuknya” [HR Bukhari & Muslim]. Mengenai hadis ini, Imam Fudhail bin Iyadh mengatakan bahawa, “hadis ini merupakan ancaman kepada sesiapa sahaja yang diserahkan oleh Allah akan urusan kaum Muslimin, baik urusan agama mahupun dunia, kemudian dia berkhianat. Jika seseorang berkhianat terhadap suatu urusan yang telah diserahkan kepadanya maka ia telah terjatuh pada dosa besar dan akan dijauhkan dari syurga. Pengabaian itu boleh berbentuk sama ada tidak menjelaskan urusan-urusan agama kepada umat, tidak menjaga syariat Allah dari unsur-unsur yang boleh merosak kesuciannya, mengubah makna ayat-ayat Allah dan mengabaikan hudud (hukum-hukum Allah). Pengabaian itu juga boleh berlaku di dalam penunaian hak-hak umat, tidak menjaga keamanan mereka, tidak berjihad untuk mengusir musuh-musuh mereka, dan tidak menegakkan keadilan di tengah-tengah mereka. Setiap orang yang melakukan hal ini dipandang telah berkhianat kepada umat” [Imam an-Nawawi, Syarah Sahih Muslim].

Wahai Barisan Kabinet! Buang Sekular, Terap Islam

alt Islam sebagai sebuah mabda’ (way of life) yang datangnya dari Allah SWT telah memperincikan kepada kita bahawa negaralah satu-satunya institusi yang berkewajiban untuk menerapkan Islam secara kaffah. Atas dasar ini, menjadi suatu tuntutan kepada negara (pemerintah) untuk menerapkan hukum dan peraturan Islam di dalam seluruh aspek kehidupan sama ada yang menyangkut persoalan pemerintahan, pendidikan, ekonomi, sosial, hubungan luar negara, uqubat dan lain-lainnya. Hukum Allah tidak mungkin boleh dilaksanakan secara kaffah tanpa adanya sebuah negara. Seorang individu boleh sahaja melaksanakan sebahagian hukum seperti ibadah, makanan, pakaian, dan akhlak. Namun sebahagian besar hukum yang lain seperti perundangan, sistem pemerintahan, ekonomi, pendidikan, uqubat, polisi luar negara serta jihad, semuanya tidak boleh dilakukan oleh individu, melainkan wajib oleh negara. Berdasarkan hal ini, maka kita semua maklum bahawa Datuk Seri Najib dan barisan kabinetnya yang baru telah pun ‘menguasai’ sebuah negara. Mereka kini boleh melakukan apa sahaja ke atas negara yang mereka pegang ini, sama ada untuk tetap mengekalkannya sebagai sebuah negara kufur di bawah sistem demokrasi atau menukarnya kepada sebuah Negara Islam dengan sistem Khilafah. Mereka mempunyai pilihan seluas-luasnya sama ada untuk terus memerintah dengan undang-undang sekular yang sedia ada, atau menukarnya dengan undang-undang Allah. Pilihan mana yang mereka ambil, sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan apa yang sedang mereka lakukan!

Dan mereka yang memegang kekuasaan ini mesti ingat bahawa Allah Azza Wa Jalla sama sekali tidak memberikan mereka pilihan kecuali mereka wajib menerapkan hukumNya. “Dan tidaklah layak bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya memutuskan sesuatu perkara - (tidaklah layak mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata” [TMQ al-Ahzab(33):36]. Allah Azza wa Jalla memberi peringatan tegas kepada sesiapa sahaja yang berkuasa, “dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44], “dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45], “dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):47].

Nah, apakah barisan kepimpinan kabinet Malaysia yang baru sahaja terbentuk ini merasa besar diri dan sombong dengan kekuasaan yang ada pada mereka dan tidak mahu membaca serta mendengar ayat-ayat (perintah) Allah ke atas mereka? Apakah saf kepimpinan Malaysia yang baru ini masih mahu mengikut jejak langkah sombong yang penuh dosa dan noda pemimpin pendahulu mereka yang menerapkan undang-undang yang mereka cipta sendiri dengan mengenepikan undang-undang ciptaan Allah? Belumkah masanya untuk Najib dan barisan kabinetnya untuk tunduk kepada Islam? “Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka” [TMQ al-Hadid (57):16].

Apa Yang Perlu Dilakukan?

Sesungguhnya jika di dalam diri para pemerintah ini masih ada sedikit keimanan kepada Allah, maka nescaya mereka akan mendengar muhasabah dari rakyat dan mereka akan bersegera mencampakkan sistem sekular yang busuk ini dan menggantinya dengan sistem Islam yang penuh rahmat. Kita melihat saat ini kekuasaan (Perdana Menteri) itu ada pada seorang Islam, kekuatan yang menyokongnya seperti barisan kabinetnya juga majoritinya adalah Muslim, ketenteraan dan kepolisan juga berada ditangan orang Islam, maka apa lagi yang perlu ditunggu? Apakah yang menghalang mereka untuk menerapkan hukum Allah? Sesungguhnya pilihan ada di tangan mereka sama ada untuk terus mensucikan Perlembagaan Lord Reid atau menukarnya dengan Kitabullah. Tepuk dada tanya iman, apakah Perlembagaan Lord Reid yang mereka ingin pertahan dan pertuhankan, atau apakah Al-Quran dan As-Sunah yang ingin mereka terapkan?

Sudah lebih 50 tahun Perlembagaan ciptaan si kafir Lord Reid ini disucikan di dalam pemerintahan negara. Selagi Perlembagaan ini masih terus diletakkan lebih tinggi dari Al-Quran, maka selagi itulah transformasi yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri baru ini menjadi tak ubah seperti air liur basi. Transformasi besar yang dilaungkan oleh Najib itu sepatutnya diarahkan untuk menegakkan Khilafah bukannya untuk mempertahankan sistem kufur yang ditinggalkan oleh penjajah. Mungkin perkara ini adalah sesuatu yang dilihat sebagai amat berat dan sukar untuk dilakukan dan mungkin dianggap sebagai keterlaluan dalam suasana masyarakat majmuk. Anggapan dan andaian yang sebegini sebenarnya datang dari ketidakyakinan dan juga kejahilan serta kesombongan seseorang dengan hukum Allah. Allah adalah Pencipta manusia dan Pencipta peraturan untuk manusia dan peraturan Allah adalah sebaik-baik peraturan. Kegagalan sistem dan undang-undang ciptaan manusia saat ini merupakan bukti nyata bahawa undang-undang ciptaan manusialah yang telah selama ini membinasakan manusia itu sendiri. Apakah tidak cukup peringatan (ayat-ayat) Allah untuk menjadikan menteri-menteri kabinet Malaysia ini yakin dan melaksanakan hukumNya? “Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Ma’idah (5):50].

Justeru, apakah yang perlu ditunggu lagi oleh barisan jemaah menteri yang baru ini di dalam menggantikan hukum hina sekular ini kepada hukum suci Islam? Atau apakah mereka merasakan bahawa mereka lebih bijak dan lebih hebat dari Allah sehingga undang-undang yang mereka cipta itu lebih baik dan mesti diterapkan berbanding undang-undang ciptaan Allah? Wahai kaum Muslimin! Sekiranya hati para pemimpin ini masih sombong, berkarat dan berpenyakit, maka mereka tentu akan meneruskan sistem kufur sekular ini ke atas kita semua. Jika demikian, sikap yang seharusnya diambil oleh gerakan-gerakan Islam dan umat Islam adalah bersama-sama bergerak untuk terus memuhasabah pemimpin yang sombong dan lalai ini. Kita hendaklah bersama-sama bergerak untuk merobohkan sistem sekular ini, kemudian menggantinya dengan sistem Islam, yakni sistem Khilafah. Janganlah hendaknya ada di kalangan gerakan Islam dan individu Islam yang mendukung pemerintah di dalam perkara maksiat dan dosa ini, apatah lagi kemudian larut dan terlibat dalam pemerintahan kufur yang diharamkan Islam.

Ingatlah wahai pemimpin! Sesungguhnya kepimpinan itu adalah suatu amanah yang amat besar dan berat. Abu Dzar ra pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak berkenan mengangkat diriku sebagai pemimpin wilayah?’ Rasulullah kemudian menjawab seraya menepuk-nepuk kedua bahunya, ‘Wahai Abu Dzar, kamu adalah seorang yang lemah, sedangkan tugas itu adalah suatu amanah yang akan membuat orang menjadi hina dan menyesal pada Hari Kiamat, kecuali jika ia mampu menunaikan hak dan kewajiban yang dipikulkan kepadanya” [HR Muslim]. Justeru, kepada para pemimpin, Hizbut Tahrir ingin mengingatkan akan sabda Rasulullah SAW ini, bahawa jika kalian tidak mampu memikul amanah dari Allah ini, jika kalian tidak menerapkan hukum Allah dan jika kalian masih kekal menggunapakai hukum kufur-sekular, malah kalian masih terus ingin menggubal undang-undang dengan tangan-tangan kalian serta mengenepikan undang-undang Allah, maka ini bermakna kalian telah mengkhianati amanah, dan kalian boleh menikmati sedikit kesedapan di dunia ini, namun semua ini akan pasti menjadi penyesalan yang selama-lamanya buat kalian, di hari di mana azab Allah berada di depan mata kalian dan di kala itu tiada seorang pun rakan kabinet kalian yang dapat menolong. Dan Allah akan melupakan kalian pada hari itu, sebagaimana kalian melupakan Allah pada hari ini!

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Percayalah, walau bagaimana sombong, khianat dan berkuasa sekalipun seseorang pemimpin itu, kesudahan kepada semua ini sebenarnya adalah terpulang kepada umat Islam itu sendiri. Umatlah yang sesungguhnya membuat pilihan apakah ingin menyerahkan negeri ini untuk terus dipimpin oleh penguasa zalim yang menerapkan sekular; ataukah untuk menyerahkan kepimpinan kepada seorang pemimpin yang amanah dan menegakkan syariat Allah? Wahai kaum Muslimin! Hizbut Tahrir wujud di tengah-tengah kalian untuk membimbing kalian menegakkan sebuah negara Khilafah ala minhaj nubuwwah. Hizbut Tahrir telah lama menyiapkan sebuah Perlembagaan untuk negara Khilafah yang dirangka berdasarkan Al-Quran, As-Sunah, Ijma’ Sahabat dan Qiyas yang mana Hizbut Tahrir tawarkan kepada setiap pemimpin umat Islam untuk diterapkan. Saudaraku, selain pilihan untuk memilih pemimpin yang ada di tangan kalian semua, pilihan juga ada di tangan kalian sama ada untuk bergabung dengan Hizb dalam usaha mulia untuk mewujudkan Daulah Khilafah, atau hanya untuk berdiam diri menyaksikan apa yang berlaku. Apa pun pilihan yang kalian ambil, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Menghisab segala perbuatan kalian. Wallahu’alam.

Artis Dijulang, Guru & Doktor Dicemuh!

by AURA JIHAD

ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda. Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million. Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.

Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku. Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua. Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara. Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia. Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu. Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.

Sumber : Sebahagian petikan tulisan rencana daripada Utusan Malaysia, 06/05/09


Artis Dijulang, Guru & Doktor Dicemuh!

Penulis patut dihargai kerana cuba mencetuskan kesedaran umum tentang pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh para doktor, guru, anggota pasukan keselamatan dan polis yang seolah-olah tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya berbanding sumbangan seorang artis yang mendapat penghargaan dan ganjaran yang adakalanya mencecah nilai jutaan ringgit. Namun, penulis tidak pula menjelaskan bagaimanakah bentuk penyelesaian sebenar yang harus dilakukan. Corak kehidupan yang memberi pengiktirafan kepada industri hiburan dan sukan seperti di atas adalah satu manifestasi atau terhasil daripada penerapan sistem kapitalis. Kehidupan yang dihasilkan akibat penerapan sistem tersebut menjadikan keseronokan dan kenikmatan dunia (budaya hedonistic) sebagai tujuan hidup sehingga sanjungan dan ganjaran yang diberikan kepada golongan artis dan ahli sukan adalah keterlaluan dan sebaliknya golongan yang sepatutnya mendapat sanjungan dan ganjaran telah dicemuh dan ditohmah.

Jika dibandingkan ganjaran dan peruntukkan kepada industri hiburan dan sukan serta pembangunannya dengan peruntukkan dan dana yang disalurkan kepada sektor Kajian dan Pembangunan (Research and Development atau R&D) seperti di dalam bidang Sains, Perubatan, Kejuruteraan dan lain-lain, jumlahnya adalah tidak berbaloi. Pada satu masa peruntukan dan sumbangan samada daripada pihak kerajaan, separuh kerajaan dan swasta kepada bidang hiburan dan sukan adalah terlalu banyak. Bayangkan jika kesemuanya atau setidak-tidaknya sebahagian besar sumbangan itu disalurkan kepada bidang R&D, sudah tentu ia akan menghasilkan impak yang besar di dalam innovasi dan pembangunan yang seterusnya dapat memberikan pulangan yang besar kepada masyarakat.

Di dalam Islam, pembinaan tamadunnya amat bergantung kepada sumbangan para ilmuan, doktor, saintis, tentera, polis, qadhi, mufti, pegawai kastam dan guru. Golongan selainnya seperti artis dan ahli sukan tidak bertanggungjawab di dalam perlaksanaan, penyebaran dakwah dan perlindungan mabda Islam di dalam Daulah Islam. Disebabkan itulah kita tidak pernah mendengar para sejarawan menukilkan nama-nama artis atau ahli sukan Islam pada Zaman Keemasan dan Ketinggian Tamadun Islam dahulu berbanding nama-nama pemimpin dan saintis Islam yang mahsyur seperti Khalifah Umar ibn Aziz, Ibn Sina, Ibn Khaldun dan lain-lain lagi. Kalau ada pun, siapalah mereka jika dibandingkan dengan para pemimpin dan saintis Islam pada masa itu.

Jadi, masyarakat seharusnya bertanyakan apakah sumbangan para artis dan ahli sukan terhadap pembangunan negara? Adakah sumbangan mereka kepada pembangunan dan kemajuan negara setanding dengan sumbangan guru, pensyarah, doktor, tentera, polis, mufti, qadhi, saintis sehingga mereka boleh dijadikan idola masyarakat yang patut disanjungi? Atau apakah ada nas atau dalil yang menyatakan kerjaya artis hiburan dan ahli sukan akan dibalas pahala sehingga boleh meraih syurga di hari akhirat nanti?

Sistem sekular yang sedang diterapkan pada hari ini telah menghasilkan budaya yang hanya menjadikan keseronokan dan kenikmatan sebagai tujuan hidup telah menjadikan masyarakat leka dengan melihat dunia hiburan dan sukan itu sebagai sesuatu yang bernilai padahal ianya tidak lebih hanya sekadar mengasyikkan dan tidak mempunyai nilai apapun di dalam Islam.

Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“ Termasuk dalam kebaikan Islamnya seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak penting baginya.” [HR Tirmizi dan Ibn Majah]

JAMIL KHIR PERTAHAN 1 MALAYSIA

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeluarkan garis panduan mengenai konsep 1Malaysia sebagai panduan kepimpinan negara, bagi mengelak salah tafsiran dan tanggapan negatif masyarakat mengenainya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, kepimpinan negara memerlukan garis panduan khusus mengenai konsep itu supaya apa yang diucapkan dapat difahami rakyat. Katanya, sehingga kini rakyat belum dapat memahami konsep tersebut secara mendalam kerana matlamat dan gagasan 1Malaysia sering diputar belit pihak tertentu untuk kepentingan sendiri. "Sebelum konsep ini dipolemikkan dengan lebih parah oleh pihak berkepentingan, kita perlu menyediakan panduan supaya gagasan ini dapat diperjelaskan dengan lebih terperinci supaya ia berupaya membangunkan agama, bangsa dan negara," katanya selepas merasmikan Persidangan Meja Bulat mengenai Konsep 1Malaysia di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini. Jamil Khir berkata, garis panduan itu akan dirangka berdasarkan resolusi yang akan dihasilkan semasa persidangan meja bulat tersebut. Beliau berkata, garis panduan itu akan terkandung dalam buku kecil yang akan disebarkan ke seluruh negara agar semua pihak memahami hasrat baru kepimpinan negara. Beliau menyarankan pihak media turut memainkan peranan mereka dengan menyebarkan resolusi itu.

Persidangan sehari itu dihadiri oleh Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim; Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz; Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin; bekas penasihat, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Muhammad Uthman Al-Muhammady.

[Berita Harian 05/05/09]

Konsep 1Malaysia (One Malaysia) yang akan terus menerapkan sistem sekular kini sedang cuba dipertahankan bermati-matian oleh para ulama yang dilantik oleh kerajaan diketuai oleh Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom. Sebagai orang-orang agama yang paling dekat dengan pemimpin No.1 negara, mereka sepatutnya melakukan muhasabah kepada pemimpin negara supaya berubah dan segera melaksanakan seluruh syariat Islam bukannya terus bersekutu di dalam meneruskan agenda 1Malaysia. Sebagai seorang Islam kita dituntut untuk menyatakan kebenaran walaupun ia selalunya pahit. Konsep dan slogan 1Malaysia yang mempunyai matlamat bertentangan dengan Islam seharusnya dihapuskan dan diganti dengan Syariat Islam sepenuhnya. Kini, bukan setakat mempertahankan, malah mereka kini menjadi mata tombak untuk menyebarkannya ke seluruh negara dengan merancang untuk menerbitkan buku kecil dan diagih-agihkan ke seluruh Negara.

Jika dahulu slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang terpapar di papan-papan tanda, akhbar dan media, kini slogan 1Malaysia pula bakal menghiasi semuanya itu. Walaupun 1001 macam slogan mahupun penampilan dibuat, namun selagi ia masih berteraskan konsep sekularisme dan mewarisi perlembagaan yang dicipta dan digubal oleh manusia, semuanya itu tidak ada nilainya di sisi Allah Azza wa Jala. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang beramal satu amalan yang bukan diatas perintah kami, maka ianya tertolak”. [HR. Muslim].

Tindakan para ulama kerajaan berkumpul untuk mempertahankan 1Malaysia itu pasti akan menerima nasib yang sama dengan Islam Hadhari iaitu ia tetap akan menemui kegagalan. Firman Allah SWT:

“Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah kebatilan; sesungguhnya kebatilan itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".[TMQ al-Israa’ (17) : 81].

Ayat ini menjelaskan dengan terang dan nyata bahawa walaupun seluruh kekuatan dikumpulkan untuk mempertahankan kebatilan, nescaya ia tetap akan dilenyapkan oleh Allah SWT. Jadi perancangan dan tindakan yang dilakukan oleh para ulama kerajaan itu adalah perbuatan yang sia-sia bahkan merugikan masa, tenaga dan wang ringgit.

Ketahuilah bahawa sekiranya semua negara umat Islam termasuk Malaysia ingin berjaya sepertimana yang pernah dicapai oleh para Sahabat dan tabiin, maka Allah SWT telah memperjelaskannya di dalam Surah al-A’raaf (7), ayat ke-96 yang bermaksud:

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. Mana mungkin umat Islam ini akan dapat mencapai nilai ketakwaan jika tidak menjadikan al-Quran sebagai petunjuk di dalam kehidupan mereka. Firman Allah SWT: “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”. [TMQ al-Baqarah (2) : 2].

PM seru berbaiah?

by AURA JIHAD

PUTRAJAYA 4 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam mewujudkan satu bentuk perhubungan berasaskan ikatan janji kesetiaan dan komitmen padu bagi mengukuhkan pencapaian sektor berkenaan. Perdana Menteri berkata, perhubungan berasaskan konsep al-wa‘ad dan al-bai‘ah itu adalah lebih kukuh berbanding konsep perkongsian kerana ia mampu mewujudkan suasana kerja yang lebih baik dan tenteram. Beliau menjelaskan, konsep tersebut bukan bermaksud satu sistem pengarahan kerja bersifat satu hala iaitu ‘suruh itu dan ini’ daripada pihak atasan, sebaliknya anggota pentadbiran turut berperanan menjaga kebajikan para penjawat awam.

‘‘Di atas bahu para anggota pentadbiran untuk menjaga penjawat awam agar mendapat kepuasan kerja, skim perkhidmatan yang boleh kita perbaiki dan menentukan latihan pembangunan kerjaya dilakukan dengan tersusun dan menjaga perasaan serta hati mereka dengan mengeluarkan arahan kerja secara bersopan dan berhemah. ‘‘Apabila kita dapat mengasaskan hubungan iaitu penjawat awam membuat kerja dengan komitmen dengan kesetiaan tidak berbelah bagi dan pentadbiran kerajaan menjaga kepentingan kebajikan penjawat awam, saya percaya akan wujud satu hubungan yang sangat baik dan tenteram dalam kalangan kita,” katanya.

Beliau berucap pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana di sini hari ini. Turut hadir timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri-Menteri Di JPM, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Datuk Jamil Khir Baharom serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. Dalam ucapan pertamanya pada majlis perhimpunan bulanan JPM sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu, Najib turut mengelak daripada menggunakan istilah ‘kakitangan kerajaan’ sebaliknya lebih selesa memakai perkataan penjawat awam. Perdana Menteri berkata, tujuan mewujudkan perhubungan yang lebih kukuh dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam adalah bagi memastikan rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan awam berasaskan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan.

‘‘Rakyat yang berpuas hati dengan kerajaan itulah rakyat yang akan bersama-sama dengan kerajaan, insya-Allah,” katanya. Katanya lagi, anggota pentadbiran dan penjawat awam harus sedar bahawa penanda aras muktamad ialah sejauh mana rakyat melahirkan rasa puas hati mereka terhadap kerajaan. ‘‘Kadang kala dalam rutin kerja, kita lupa sebenarnya analisis akhir ditentukan oleh rakyat. Di sebalik KPI, saya sebenarnya mengajak anda semua untuk sentiasa ingat bahawa penanda aras muktamad ialah memberikan kepuasan hati rakyat sama ada dari segi perkhidmatan, usaha menambah kekayaan dan selesaikan masalah.

‘‘Mudah-mudahan dengan usaha ini, kita akan beri tumpuan kepada cara-cara bagaimana kita boleh menambahkan lagi indikator kepuasan hati rakyat,” katanya. Perdana Menteri juga menekankan tentang pendekatan menggabungkan nilai produktiviti, inovatif dan kreativiti bagi memastikan sektor awam mampu mencapai lonjakan berganda dalam pelbagai bidang. ‘‘Kita tidak mungkin dapat menonjolkan Malaysia sebagai negara yang berjaya kalau kita tidak dapat membudayakan pemikiran inovatif dan kreatif. ‘‘Pendekatan ini mesti bermula dari sistem persekolahan kita, saya tahu Muhyiddin sedang mengkaji perkara ini,” katanya. Katanya, inovatif dan kreativiti bukan sahaja perlu ada dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagaimana yang dilakukan sektor swasta malah ia turut membabitkan sektor awam iaitu membentuk proses kerja dan penyelesaian masalah yang lebih inovatif. ‘‘Bila adunkan produktiviti dan kreativiti, kita akan dapat lonjakan berganda dari segi prestasi dan pencapaian untuk negara,” kata beliau.

Sumber : Utusan Malaysia, 05/05/09


Apakah PM Faham Tuntutan Perkataan Bai’ah Yang Dilafazkannya Itu?

Bai’ah adalah suatu perkataan yang mempunyai makna bahasa dan juga makna syara’ dan merupakan istilah yang memiliki banyak makna. Satu kaedah penting yang mesti kita fahami adalah bahawa setiap perkataan yang datang dari Allah dan Rasul-Nya mesti kita fahami dengan makna syar’i dan bukannya dengan makna bahasa. Jika kita perhatikan Rasulullah SAW yang pernah melafazkan perkataan tersebut dan para sahabat yang pernah melakukan perbuatan bai’ah itu sendiri, maka kita akan dapati dengan jelas bahawa bai’ah itu adalah merupakan istilah yang terkait dengan makna syara’. Bai’ah itu adalah merupakan satu-satunya metode syara’ (Islam) dalam rangka memilih dan mengangkat seorang pemimpin (khalifah) yang dilakukan oleh umat. Umat memberikan bai’ahnya kepada khalifah agar menjalankan pemerintahan menurut apa yang diturunkan oleh Allah SWT iaitu menjalankan pemerintahan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Persoalan bai’ah ini telah banyak tercantum didalam al-Quran dan al-Hadis. Di antaranya ialah,

“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan perkara itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar” [TMQ Al Fath (48): 10].

Terdapat juga hadis Rasulullah SAW dari Ubadah bin Shamit yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang bermaksud,

“Kami telah membaiat Rasulullah SAW agar senantiasa mendengar dan menaatinya baik dalam keadaan yang kami senangi mahupun yang tidak kami senangi; agar kami tidak merebut kekuasaan dari orang yang berhak; dan agar kami senantiasa mengerjakan atau mengatakan yang haq dimana sahja kami berada tanpa takut kerana Allah SWT kepada celaan orang-orang yang suka mencela”.

Justeru itu, bila kita melihat PM mengeluarkan dan menggunakan perkataan bai’ah dalam menekankan persoalan hubungan di antara anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam, maka sesungguhnya ini adalah merupakan penggunaan yang tersasar dari makna yang telah ditentukan oleh syara’. Apa yang wajar adalah, sekiranya Najib ingin menggunakan istilah bai’ah itu, maka adalah wajib bagi beliau untuk mengistiharkan dirinya sebagai seorang khalifah bagi umat Islam dan meminta umat Islam untuk membai’ah dirinya dan seterusnya menjadi kewajiban bagi beliau untuk menerapkan hukum Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunah dan mencampakkan undang-undang sekular tinggalan penjajah yang selama ini masih berakar di dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara seperti apa yang kita saksikan saat ini.

Siang Kerja, Malam Pun Kerja Hanya Untuk Mu BE END!!!!

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR, 27 April - Ketua Penerangan UMNO yang baru, Ahmad Maslan berjanji akan bekerja siang dan malam demi membantu memperkukuhkan kembali UMNO. Katanya, komitmen yang jitu diperlukan bagi memastikan UMNO terus relevan di mata dan hati rakyat. "Saya berjanji untuk melakukan yang terbaik dan mahu memastikan UMNO memainkan peranan bagi membantu Barisan Nasional (BN) menang lebih dua pertiga majoriti dalam pilihan raya umum akan datang," katanya pada sidang akhbar pada hari pertama beliau memasuki pejabatnya di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

Ahmad, 43, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dilantik menjawat jawatan Ketua Penerangan menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib. Selain itu, Ahmad juga adalah Ketua Penerangan paling muda dalam sejarah UMNO. Katanya, antara usaha terpenting memperkukuhkan UMNO yang difikirkan ialah memperkenalkan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi jentera penerangan semua peringkat. "Saya cadangkan Ketua Penerangan mempunyai KPI daripada segi jumlah program penerangan yang dibuat terutamanya oleh UMNO cawangan, bahagian, negeri dan pusat," katanya. Jelas Ahmad, pihaknya akan bermesyuarat bagi menentukan jumlah aktiviti penerangan yang perlu dipenuhi oleh jentera penerangan UMNO di semua peringkat bagi memastikan ia menepati KPI yang dikehendaki. Katanya, aktiviti penerangan di negeri-negeri yang kini dikuasai oleh pembangkang akan dipertingkatkan dengan lebih banyak lagi.

Bagi mendekatkan diri dengan para ahli UMNO pula, katanya, beliau akan memikirkan beberapa kaedah yang luar biasa seperti bermalam di rumah-rumah peneroka setiap minggu. "Saya ingin membuat kaedah-kaedah yang mungkin difikirkan remeh oleh orang lain," jelas Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian itu. Namun katanya, kaedah-kaedah biasa seperti seminar, kursus, ceramah dan sebagainya tetap akan diteruskan kerana ia juga penting. Beliau juga bercadang untuk memberikan penekanan terhadap empat aspek media iaitu media bersemuka, media elektronik, bercetak dan maya. "Saya mahu menjadikan kawasan yang gelap kepada samar dan kemudiannya terang," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia, 28/04/09

Kerja Siang Malam Untuk Apa?

Biasalah bila dapat jawatan baru yang sebelum ini mungkin tidak pernah diimpikan. Seperti mendapat tenaga baru, Ketua Penerangan UMNO yang baru ini nampaknya sanggup memberikan komitmen yang agak luar biasa apabila beliau berjanji akan bekerja siang dan malam untuk UMNO. Sayangnya komitmen beliau itu diberikan untuk memperkukuhkan UMNO yang ashobiyyah. Alangkah baiknya kalau Ketua Penerangan baru itu bekerja siang dan malam untuk mengubah UMNO dari sebuah parti politik ashobiyyah kepada parti politik yang berasaskan Islam. Sewajarnya, Ketua Penerangan baru UMNO itu cuba merenungi pengajaran dari kisah dakwah nabi Nuh kepada kaumnya, di mana baginda telah melakukan dakwah siang dan malam tanpa rasa jemu untuk menyeru kaumnya agar tunduk dan taat kepada perintah Allah SWT, firmanNya,

“(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman)”. [TMQ Nuh (71): 5].

Renungilah juga komitmen dan pengorbanan yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW ketika melakukan dakwah untuk mengubah masyarakat arab jahiliyyah ketika awal Islam seorang diri hingga berjaya menzahirkan Islam mengatasi seluruh sistem kehidupan kufur saat itu. Baginda tanpa rasa jemu dan penat, siang dan malam, memikul tugas dakwah ini semata-mata untuk meraih keredhaan di sisi Allah SWT.

Miskin Tegar Hapus Tahun Depan?

by AURA JIHAD

LANGKAWI, 28 April - Perkembangan pesat ekonomi negara sejak beberapa dekad lepas telah membantu Malaysia mengurangkan kadar kemiskinan daripada 58.7 peratus pada 1970 kepada 7.1 peratus sahaja pada 2007 manakala kadar kemiskinan tegar kini hanyalah 1.4 peratus. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Malaysia berazam menghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun depan. "Cabaran utama ialah membina asas dan infrastuktur yang kukuh untuk meletakkan sosio-ekonomi golongan itu pada landasan yang betul," katanya ketika berucap pada dialog serantau mengenai pembasmian kemiskinan di luar bandar di sini hari ini. Shafie berkata, tindakan itu dilaksanakan berasaskan tiga konsep iaitu memastikan mereka mendapat pendidikan berkualiti termasuk latihan vokasional dan memperbanyakan peluang latihan semula. Konsep kedua ialah dengan melihat cara lebih inovatif bagi menggalakkan aktiviti ekonomi untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, dan ketiga, ialah memperluaskan skim bantuan termasuk bidang kecil yang sensitif khususnya berkaitan pinjaman kewangan. Shafie berkata, pelaksanaan program secara bersepadu dan mempelbagaikan bidang sosio-ekonomi untuk lebih 30,000 golongan miskin tegar menjadi pilihan kerajaan bagi menangani krisis ekonomi global. - BERNAMA

Sumber : Utusan Malaysia, 29/04/09

Yakinlah! Hanya Sistem Ekonomi Islam Sahajalah Yang Mampu Untuk Menghapuskan Kemiskinan Tegar


Azam yang ditunjukkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal untuk menghapuskan kemiskinan tegas menjelang tahun depan adalah sesuatu yang baik. Tetapi yakinlah bahawa azam ini akan hanya tinggal azam sekiranya penerapan sistem Kapitalisme seperti yang sedia ada terus diperpanjangkan. Rekod dan sejarah telah membuktikan betapa sistem Kapitalisme yang menguasai dunia saat ini tetah gagal untuk membawa kesejahteraan kepada manusia sejagat. Hatta kuasa terbesar dunia Kapitalisme saat ini, Amerika Syarikat sendiri telah gagal untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang mereka dihadapi. Justeru itu kita menyeru kepada para pemimpin umat Islam agar kembali kepada penyelesaian Islam untuk menyelesaikan apa sahaja persoalan dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam khususnya dan umat manusia umumnya. Ini termasuklah untuk menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan kemiskinan yang ada hubung kaitnya dengan sistem ekonomi. Islam sebagai suatu sistem kehidupan yang lengkap dan sempurna dari Allah SWT, Tuhan yang menciptakan manusia, alam dan kehidupan telah mempunyai bukti dan catatan yang memanifestasikan kemampuannya sebagai penyelesai kepada persoalan dan masalah yang dihadapi oleh manusia termasuklah yang berkaitan dengan masalah kemiskinan. Apakah kita lupa bagaimana di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz tidak terdapat seorang pun yang layak untuk menerima zakat.

Ini sebagaimana diungkapkan oleh Yahya bin Sa’id, seorang petugas amil zakat pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau berkata, "Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengutusku untuk mengumpulkan zakat orang Afrika. Lalu aku menariknya dan aku minta dikumpulkan orang-orang fakirnya untuk kuberi zakat. Tapi ternyata tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang mengambilnya. " [Ulwan, 1985:2, As-Siba'i, 1981:392].

Inilah kehebatan sistem Islam. Nah! Bilakah lagi para pemimpin umat Islam akan mengambil sistem Islam yang dijamin oleh Allah SWT sebagai rahmat kepada seluruh alam?

”Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. [TMQ Al Anbiyaa' (21) : 107]

CUEPACS

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 3 Mei - Isteri lari, anak terpaksa berhenti sekolah dan hutang keliling pinggang! Itu antara aduan yang diterima oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) saban hari sejak kebelakangan ini. Aduan seumpama itu diterima daripada kakitangan awam yang diberhentikan kerja atau ditamatkan kontrak sejak kegawatan ekonomi melanda dunia yang turut memberi kesan kepada majikan dalam negara. Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, ramai ahli yang kehilangan pekerjaan meminta bantuan kongres untuk membantu mengatasi masalah mereka.

Sehubungan itu, katanya, mulai minggu depan CUEPACS akan mengadakan lawatan untuk meninjau permasalahan ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan sambil menghulurkan sumbangan. Katanya lagi, mereka akan diberikan bantuan wang dan barang-barang makanan. Beliau berkata, sejak 2008, sejumlah 3,000 ahlinya yang terdiri daripada kakitangan awam di seluruh negara telah ditamatkan kontrak atas alasan kegawatan ekonomi. Daripada jumlah itu, seramai 425 orang merupakan kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan dan 113 pula petugas di JPN Terengganu.

Ulasan

Ramai telah sedia maklum, berita sebegini kerap diketengahkan tatkala sesebuah negara mengalami kemerosotan ekonomi. Statistik yang dilaporkan bukanlah suatu angka yang menyeluruh, bahkan sebenarnya mereka yang terlibat adalah lebih dari itu. Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah negara sekular yang mengamal dan menerapkan sistem ekonomi Kapitalisme yang kufur, maka terbuka luaslah lompong-lompong yang mengakibatkan kesengsaraan dan kesempitan hidup. Antara lain kelompongan ini adalah kurangnya keperihatinan negara terhadap sektor pekerjaan yang menyebabkan peningkatan pengangguran sehingga lahir pula pelbagai masalah sosial yang cukup banyak dilaporkan hari ini.

Akibat dari permasalahan ini, muncul idea yang cuba menutup kelompongan ini dengan penubuhan kesatuan kebajikan pekerja seperti CUEPACS agar kerosakan sistem itu diperbaiki. Namun apa yang berlaku adalah, konsep ‘check and balance’ seperti yang ‘dilakonkan’ oleh CUEPACS dan kerajaan Malaysia selama ini ternyata tidak banyak memihak kepada rakyat, bahkan lebih mirip kepada menampung ‘political mileage’ orang-orang tertentu sahaja.

Hakikatnya, CUEPACS hanyalah merupakan serpihan dari kumpulan rakyat yang melakukan tugas-tugas pembaikan, bukan pencegahan mahupun perawatan. Ia hanya mampu memilih dan memulihkan sebahagian kecil kesan kerosakan akibat dari sistem yang diterap, yakni Kapitalisme. Ini terbukti apabila mereka hanya memilih untuk membantu ahli yang benar-benar kronik sedangkan bilangan mereka yang kronik ini adalah jauh lebih besar dari yang ditanggapi dan merangkumi jauh lebih luas dari ahli CUEPACS..

Punca utama permasalahan ini bukanlah datang dari isu pekerjaan semata-mata, namun hakikatnya, ia berakar dari sistem ekonomi, sistem pemerintahan (politik) dan sistem-sistem kehidupan yang lainnya yang diterap dan digunapakai di Malaysia (dan di negara lain). Penerapan sistem-sistem kufur inilah yang menjadikan umat manusia sengsara, putus asa, teraba-raba dalam terang dan hilang pedoman. Umat manusia terus terlupa bahawa mereka merupakan makhluk Allah, yang diciptakan oleh Allah untuk semata-mata tunduk kepadaNya (yakni tunduk kepada sistem yang diciptakanNya – Islam).

Sistem ekonomi Islam mempunyai polisi yang amat berbeza dengan Kapitalisme (mahupun Sosialisme). Islam memastikan bahawa setiap individu (baik muslim mahupun bukan muslim) dapat memenuhi keperluan-keperluan hidupnya, termasuklah peluang-peluang pekerjaan. Negara dipertanggungjawabkan untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang sesuai bagi rakyat disamping memastikan hak mereka dalam mendapat kehidupan yang sempurna. Islam tidak membenarkan sekelompok dari umat manusia menubuhkan badan seperti CUEPACS untuk menjalankan aktiviti kebajikan kerana itu merupakan tanggungjawab hakiki negara.

Namun hari ini, kita melihat kejahilan dan kelalaian umat dalam menerapkan Islam menyebabkan berlaku kerosakan, kesengsaraan, kehinaan, kecelakaan dan kemunduran menimpa kita. Persoalannya, masihkah kita mengharapkan sistem-sistem ciptaan manusia seperti kapitalisme, sosialisme dan selainnya sedangkan kerosakan yang disebabkan oleh sistem-sistem ini jelas terpampang di hadapan kita? Masihkah kita berharap kepada sistem sekular sekarang yang terus menerus menjadikan kehidupan kita semakin buruk dari hari ke hari?

Wahai kaum muslimin, kita sudah terlalu lama tersasar dari kehidupan Islam dan kesan tragis darinya sudah terlalu lama kita alami. Ingatlah bahawa kesempurnaan sistem Islam mampu menyelamatkan kita dari malapetaka ini. Yakinlah bahawa Islamlah satu-satumya tempat untuk kita rujuk dalam menjalankan jehidupan ini. Yakinlah bahawa petunjuk dari Allah (Al-Quran) merupakan jalan keluar dari kehidupan yang penuh kesesatan dan kemaksiatan ini. Kembalikanlah kehidupan Islam dengan mengembalikan semula institusi Khilafah agar kita dapat menempa semula kegemilangan hidup serta menggapai redha Allah di atas muka bumi ini.

Pemain Judi Ditangkap! Taukey Judi? Pemberi Lesen Judi?

by AURA JIHAD

KUANTAN, 26 April - Cukup memalukan apabila melihat gelagat sekumpulan orang Melayu beragama Islam lari bertempiaran dan sanggup mengasari pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ketika ditahan kerana membeli nombor ekor di sebuah premis perjudian di sini semalam. Lebih menyedihkan apabila rata- rata yang bertempiaran lari dan diberkas pada serbuan operasi yang dilakukan pada kira-kira pukul 5.40 petang itu adalah di kalangan orang Melayu yang lanjut usia, malah ada di antaranya hampir dikategorikan sebagai warga emas. Timbalan Pengarah JAIP, Ghazali Abd. Aziz berkata, operasi itu adalah bersempena arahan yang dikeluarkan pada 30 Disember tahun lalu dan mula dikuatkuasakan pada 12 Mac 2009 iaitu melarang umat Islam terlibat dengan kegiatan judi dan mengunjungi premis perjudian di sini. ''Seramai enam lelaki ditahan oleh JAIP dalam operasi yang pertama kali diadakan di dua premis nombor ekor bagi membanteras penglibatan judi nombor ekor di kalangan orang Islam. ''Semua lelaki terbabit berumur antara 29 hingga 54 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987). ''Sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Ghazali berkata, pada serbuan sama, terdapat dua lelaki Melayu berjaya melarikan diri selepas bergelut dengan pegawai JAIP. Katanya, salah seorang yang diberkas berusia 54 tahun didapati membelanjakan hamper RM189 setiap minggu semata-mata untuk tujuan berjudi nombor ekor.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya akan terus mengadakan operasi yang sama pada masa akan datang. Katanya, ia akan diadakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk menampal notis larangan berjudi terhadap orang Islam di premis-premis nombor ekor dan lain-lain pusat judi di sini. ''Kita juga berharap pengusaha premis judi akan memberi kerjasama dalam membantu JAIP menguatkuasakan larangan ini. ''Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi JAIP di talian 09-5179346 bagi membanteras kegiatan judi di kalangan orang Islam," jelasnya. Dalam perkembangan lain, kata Ghazali, pihaknya menahan tiga lelaki berusia 30-an serta dua wanita berusia 23 dan 30 tahun kerana dipercayai melakukan maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Datuk Wong Ah Jang di sini awal pagi ini. Menurutnya, wanita berusia 23 tahun itu didapati membawa bersama bayi lelakinya yang baru berusia enam bulan dan seorang lagi wanita berumur 30 tahun membawa anak lelaki berusia enam tahun ketika serbuan itu. ''Mereka ini akan didakwa mengikut Seksyen 145 enakmen yang sama dan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,'' tegas Ghazali.

Sumber : Utusan Malaysia, 27/04/09

Pemain Judi Ditangkap! Bagaimana dengan Kedai Judi , Pusat Judi Dan Juga Pemberi Lesen Judi?

Takkan 6 orang sahaja yang dikambing hitamkan? Bagaimana pula dengan tuan punyai kedai judi, tauke besar pusat judi Genting dan mereka yang memberikan lesen kebenaran untuk kedai-kedai dan pusat judi boleh beroperasi?

Ya, judi adalah haram di sisi Islam. Keharaman ini adalah qat’i. Maka apa-apa yang menyangkut dan yang boleh membawa ke arah keharaman itu secara pasti juga adalah haram. Al Wasilah ila al haram, haram (perkara yang membawa kepada keharaman adalah haram). Oleh kerana itu, pihak yang berkenaan sewajibnya melakukan pencegahan terhadap aktiviti haram ini dari A sehingga Z, bukan seperti yang ada pada hari ini, hanya pemain-pemain kecilan sahaja yang ditangkap namun pihak yang lebih besar keterlibatannya dibiarkan begitu sahaja Realiti hari ini juga telah menyaksikan bagaimana operasi judi yang diberikan lesen oleh pihak yang berkenaan boleh beroperasi dengan bangganya dan mengaut keuntungan yang begitu besar. Inilah manifestasi kehidupan secular di mana Islam tidak ada peranan di dalam kehidupan bermasyarakat mahupun negara. Inilah wajah buruk demokrasi yang diberikan oleh Barat kepada kita umat Islam. Secara ‘demokrasi’ judi dibenarkan beroperasi dengan diberikannya lesen ‘halal’. Bagi mereka ini, keharaman judi yang ditetapkan oleh Allah boleh ‘dibeli’ dengan keuntungan jutaan ringgit dari aktiviti judi.

Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. [TMQ Al Maa-idah (5):90].

Jika pihak agama mengatakaan inilah sahaja bidang kuasa mereka iaitu hanya boleh menangkap orang Islam yang berstatus "bilis" sahaja, maka keterbatasan kuasa mereka ini seharusnya menggerakkan mereka untuk berusaha bagi mengembalikan kuasa Islam yang sebenarnya dengan tertegaknya Khilafah. Khilafah Islam akan mendaulatkan dan menzahirkan hukum Allah di dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Sampai bilakah mereka yang zalim dan jahil mahu mempermain-mainkan hukum Allah SWT?

Dalam Bas Pun Tak Selamat...

by AURA JIHAD

altKUALA LUMPUR – Kes-kes jenayah seperti ragut, seluk saku dan samun (tanpa senjata) yang melibatkan penumpang bas awam di ibu negara ini kini menunjukkan peningkatan yang agak membimbangkan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, berdasarkan statistik sepanjang Januari sehingga Disember 2008, pihaknya menerima lebih 24 kes membabitkan kejadian jenayah tersebut. “Malah dalam tempoh tiga bulan ini saja, iaitu dari Januari hingga Mac, sebanyak 12 kes yang dicatatkan dan ini menunjukkan peningkatan yang agak membimbangkan. “Pihak polis memandang serius peningkatan tersebut. Walaupun terdapat beberapa tangkapan dilakukan namun kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan kes itu dapat dikurangkan dari semasa ke semasa,’’ katanya selepas melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah dan Rakan Cop antara Polis Kuala Lumpur dan RapidKL di sini, semalam. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif RapidKL, Suffian Baharuddin dan wakil Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, William Lee. Muhammad Sabtu bagaimanapun memberitahu, kadar tersebut dapat dikurangkan jika masyarakat sentiasa menjadi `mata dan telinga’ pihak polis dengan melaporkan sesuatu kes jenayah.

Sumber : KOSMO, 29/04/09

Dalam Bas Tak Selamat

Inilah realiti yang melanda masyarakat Kuala Lumpur. Sehinggakan penumpang di dalam bas pun berada dalam keadaan yang senantiasa berisiko tinggi diragut, disamun dan seumpamanya. Di manakah keadaan yang selamat agaknya? Kadar statistik jenayah ini menunjukkan bahawa masyarakat kini semakin ganas daan jahat. Undang-undang yang ada saat ini sebenarnya tidak mampu untuk mencegah dan menghalang manusia dari melakukan kejahatan. Sebagai seorang muslim kita seharusnya nampak ini adalah suatu petanda bahawa sistem yang diterapkan hari ini adalah sistem yang gagal dan akan pasti terus gagal membawa keamanan kepada masyarakat. Dari pemerhatian ini dapat dibuat kesimpulan bahawa sistem yang ada hari ini telah gagal untuk mendisiplinkan masyarakat dan telah gagal untuk melahirkan individu dan masyarakat yang bertakwa. Apa lagi system yang benar-benar boleh melahirkan individu, masyarakat dan yegara yang mulia kalau tidak Islam? Tunduklah wahai manusia kepada sistem yang unggul ini!

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah”. [TMQ Al Maa-idah (5) : 50]

PDRM - Merawat Lebih Baik Daripada Mencegah?

by AURA JIHAD

RM362 juta biaya penambahbaikan logistik PDRM

JOHOR BAHRU 24 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan penambahbaikan logistik yang melibatkan peruntukan sejumlah RM362 juta untuk memperkukuhkan lagi organisasi berkenaan pada masa akan datang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ia melibatkan peruntukan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan baru-baru ini berjumlah RM250 juta bagi fasa pertama dan RM112 juta bagi fasa kedua. Beliau berkata, keutamaan akan diberikan kepada kerja-kerja menaik taraf balai dan berek polis di seluruh negara selain beberapa perolehan peralatan pengoperasian.

Inilah kos yang dipaksa (bukan terpaksa) untuk ditanggung oleh sistem kapitalisme kufur akibat dari segala jenayah dan kemaksiatan yang berpunca dari gaya hidup bebas dari Al-Quran. Bila syariat Islam tidak diterapkan, maka kemungkaranlah yang akan bermaharajalela. Ini bertambah buruk dengan sikap para penguasa dan pemelihara keamanan yang terus merasakan, "merawat itu lebih baik dari mencegah". Kos 'rawatan' ini merupakan alasan bagi mereka untuk terus mengenakan tekanan dan intimidasi ke atas rakyat. Pada masa yang sama, jenayah semakin menggusarkan rakyat. Kesan dari itu, usaha 'merawat, jenayah terus berkembang subur. Apa yang diharapkan adalah jangan sampai jenayah bermula dari 'dalam'. Nanti harapkan pagar, pagar makan padi.

Tukar Posisi Pemain Adalah Pembaharuan?

by AURA JIHAD

altKUALA LUMPUR, 24 April – Datuk Seri Najib Tun Razak terus komited untuk melakukan pembaharuan dalam UMNO apabila melakukan perubahan pucuk pimpinan di lapan negeri. Malah lima daripada lapan negeri terbabit menyaksikan pelantikan barisan kepimpinan tertinggi parti sebagai Pengerusi Badan Perhubungan.

Presiden UMNO itu sendiri mengetuai Badan Perhubungan UMNO Selangor manakala timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin UMNO Wilayah Persekutuan. Semua tiga Naib Presiden UMNO buat pertama kali turut diberi tanggungjawab menerajui UMNO negeri dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memimpin Terengganu bagi menggantikan Datuk Ahmad Said. Ahmad dilantik sebagai timbalan. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula mengambilalih teraju Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sementara Datuk Seri Shafie Apdal diberi tanggungjawab untuk mengemudi UMNO Kedah. Tiga lagi negeri iaitu Kelantan diterajui oleh Datuk Mustapa Mohamad, Perak oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Perlis oleh Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.

Pengumuman yang dibuat oleh Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO buat pertama kali selepas pemilihan parti Mac lalu itu sekali gus menyaksikan beberapa nama digugurkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. Mereka ialah Datuk Seri Shahidan Kassim di Perlis, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Kedah), Tan Sri Muhammad Muhd. Taib (Selangor) dan Tan Sri Annuar Musa (Kelantan).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang dikatakan akan digugurkan pula kekal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu. Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu berkata, pelantikan barisan kepimpinan tertinggi parti sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri bukan bermakna parti tersebut ketandusan pemimpin. “Naib Presiden layak jadi Pengerusi Badan Perhubungan. Kalau dia jadi Naib Presiden tak kan dia tak boleh jadi pengerusi perhubungan? “Itu ikut atas pertimbangan saya, ada keperluan dilantik Naib Presiden, kita lantiklah,” jelasnya.

Pada sidang akhbar itu, Najib turut mengumumkan pelantikan 12 ahli MT termasuk masing-masing satu wakil
daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri. Antara yang kembali dilantik menganggotai MT ialah bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz. Turut di lantik ialah Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menjadi satu-satunya Menteri Besar yang dilantik ke jawatan MT. “Menteri Besar yang tidak dilantik akan dijemput hadir sebagai antara yang turut hadir dalam mesyuarat MT,” jelas Najib.
Najib turut mengekalkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung dan melantik Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai Bendahari Agung yang baru menggantikan Datuk Seri Abdul Azim Zabidi. Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan pula dilantik Ketua Penerangan UMNO bagi menggantikan Muhammad. Mengenai pelantikan semula Rafidah dan Shahidan, Najib berkata: “Mereka boleh beri sumbangan pada parti, jadi kita ada kesinambungan dan kita ada pembaharuan.”

Sumber : Utusan Malaysia, 25/04/09

Hanya tukar posisi pemain. Itukah pembaharuan namanya?

Apakah ini dikatakan suatu pembaharuan? Hakikatnya UMNO masih sama. Akar perjalanan UMNO masih sama.Apakah rakyat boleh mengharapkan sesuatu yang baru dengan hanya pertukaran posisi pemain sahaja namun corak permainan dan sistemnya masih sama? Masyarakat yang rasional akan nampak jawapannya! Seharusnya, asas sesebuah parti politik yang dianggotai oleh orang Islam, seperti UMNO, mestilah Islam dan aktivitinya juga mestilah merupakan aktiviti yang berlandaskan kepada Islam sesuai dengan firman Allah SWT:

”Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”. [TMQ Ali 'Imran (3) : 104].

Malangnya sehingga ke hari ini UMNO yang ahlinya terdiri dari majoritinya orang Islam masih lagi menjadi parti
yang mendokong dan mempertahankan undang-undang sekular kufur Lord Reid sejak 52 tahun yang lalu di mana kita sebagai seorang Islam telah dapat menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri bagaimana undang-undang ciptaan manusia itu masih kukuh dipertahankan oleh UMNO dan sekutu-sekutunya. Kita boleh menyaksikan sendiri hasil penerapan sistem kufur ini sehingga saat ini - 1001 satu macam masalah berlaku di dalam masyarakat. Keadaan semakin kronik hari demi hari dan akan terus berkekalan selama mana sistem busuk ini masih diterapkan. Apakah para pemimpin UMNO dan para ulama yang berada di dalam UMNO itu tidak memahami perintah Allah SWT :

”Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”. [TMQ Al Baqarah (2) :208].

”Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah”. [TMQ Al Maa-idah (5) :49-50].

Terlalu banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang secara qat’i memerintahkan umat Islam khususnya para pemerintah umat Islam untuk menerapkan Islam di dalam kehidupan secara individu, masyarakat dan negara. Untuk itu UMNO akan hanya layak dikatakan melakukan pembaharuan jika asas perjuangannya ditukar kepada Islam dan asas lamanya, ashobiyyah, dicampakkan jauh-jauh.

Selepas melakukan semua ini, barulah boleh diharapkan agar pembaharuan yang diinginkan oleh UMNO itu akan benar-benar berlaku dan mereka akan termasuk ke dalam golongan yang akan mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.

FIKRATUL UMMAH APRIL 2009

by AURA JIHAD




Dari Lidah Pengarang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Senario politik tanahair nampaknya berubah lagi. Kali ini, ia bukanlah di luar dugaan. Kelazimannya setelah Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, akan muncullah wajah-wajah riang ceria dengan pelbagai janji manis penyedap kata dengan bangga berjuang dibawah panji-panji Sang Saka Bangsa, sungguhpun telah jelas perjuangan berteraskan assobiyyah dimurkai Yang Esa. Bertukarnya tampuk pemerintahan negara nampaknya masih tidak mengubah pemahaman makna politik dari perspektif sempit ala-ala Nicollo Machiavelli (1469-1527). Iklim ekonomi dunia yang terjejas dek krisis sub-prime loan di Amerika Syarikat juga menyaksikan ramai pekerja kehilangan mata pencarian di seluruh dunia termasuk wanita. Keadaan ini pastinya membebankan kaum ibu kerana rata-rata berpendapat bahawa tangan yang menghayun buaian ini mesti turut sama terjun dalam pasaran tenaga kerja.

Syukur Alhamdulillah Fikratul Ummah kali ini membawakan dua artikel. Artikel pertama bertajuk Wanita, Jadilah Ahli Politik Sejati yang mana intipatinya menjelaskan ciri-ciri ahli politik menurut dalil-dalil yang digali dari Al-Quran dan Sunnah. Harapan kami semoga ia memberi pencerahan kepada banyak pihak khususnya yang beranggapan bahawa politik hanyalah usaha yang ditempuh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama sebagaimana teori klasik Aristotle. Sempena Hari Buruh yang disambut di seluruh dunia pada 1hb Mei 2009, sebuah artikel bertajuk Sempena Hari Buruh: Perlukah Wanita Bekerja

Artikel terjemahan Adakah Islam Menindas Wanita Bahagian kedua pula adalah sambungan artikel dengan judul yang sama dalam FU edisi November 2008.

Semoga ketiga-tiga artikel akan meningkatkan kesedaran kepada kita semua bahawasanya episod dukalara berpanjangan yang melanda kita dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain adalah kerana Al-Quran yang tidak ada keraguan di dalamnya, yang menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa hanya dihormati fizikalnya semata-mata, manakala hukum-hakam yang terkandung di dalamnya tidak dilaksanakan secara keseluruhan dalam kehidupan. "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sukar (sempit) dan Kami akan menghidupkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta"
turut dihidangkan dengan tujuan menjelaskan bahawa pelaksanaan sistem ekonomi Kapitalis telah menyebabkan wanita terpaksa bekerja. Diharap ianya dapat menjelaskan bagaimana sistem ekonomi Islam mempunyai penawar paling mujarab dalam memastikan keperluan pokok seluruh warga negara dapat dipenuhi tanpa wanita perlu membanting tulang dan memerah fikiran demi sesuap nasi.
[TMQ Taaha (20): 124].
Wallahu ‘alam bisshawab.



Wanita, Jadilah Ahli Politik Sejati


Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada 24-26hb Mac 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (“PWTC”) menyaksikan persaingan sengit bagi merebut beberapa kerusi yang hebat dipertandingkan seperti kerusi Naib Presiden, Ketua Pemuda UMNO, Ketua Wanita UMNO dan Ketua Puteri UMNO. Untuk jawatan Ketua Wanita UMNO, perlawanan satu lawan satu antara dua ‘musuh tradisi’wanita besi’ di tangan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai. Bagi jawatan Ketua Puteri UMNO pula, wakil rakyat Parlimen Papar (P175). Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengungguli kerusi yang dipegang oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad. Apa yang selalu disaksikan adalah ada sahaja ‘benda baru’ dijanjikan setiap kali berlaku perubahan kepimpinan.

Sejurus selepas memenangi Kerusi Ketua Puteri, Datuk Rosnah memberi komen “Saya menerimanya dengan penuh keinsafan bahawa jawatan Ketua Puteri mempunyai tanggungjawab besar yang diamanahkan. Saya melihat cabaran mendatang adalah untuk memantapkan Puteri Umno, terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, menarik sokongan lebih ramai golongan muda dan memastikan Umno terus relevan untuk golongan muda di negara ini“ [http://puterilabuan.blogspot.com/2009/03/yb-datuk-rosnah-abdul-rashid-shirlin.html].

Komen Datuk Rosnah ini seolah-olah menjelaskan bahawa Puteri UMNO, walaupun pernah dipimpin oleh dua serikandi yang juga bekas menteri dan timbalan menteri tetap belum mantap. Selain itu, adakah ketua Puteri UMNO yang baru-baru ini menganggotai Kabinet baru Perdana Menteri Malaysia ke-6 sebagai Timbalan Menteri Kesihatan akan dapat memastikan perkhidmatan dan rawatan kesihatan dinikmati oleh seluruh warganegara dari segenap lapisan masyarakat? Selain itu, kenyataan Ketua Puteri di atas juga lebih cenderung untuk menerangkan kepada rakyat bahawa politik yang diperjuangkan oleh Puteri UMNO (dan UMNO itu sendiri) adalah untuk memenangi pilihanraya, bukan mengurusi umat dengan syariat!

Sebagai Muslimin, beberapa persoalan yang mesti dirungkai dengan baik adalah: adakah politik yang dituntut untuk umat Islam memperjuangkannya masih lagi dalam kerangka politik berbau assobiyah iaitu politik di tanahair semata-mata? Apakah pandangan Francis Fukuyama yang menganggap munculnya negara ‘champion’ demokrasi iaitu Amerika Syarikat sebagai satu-satunya negara adikuasa - sejak runtuhnya Soviet Union tahun 1991-yang memainkan peranan politik antarabangsa sebagai akhir sejarah (end of history) tidak terkait dengan politik Malaysia? Apakah pandangan Samuel Huntington yang menyebut akan terjadi pertembungan peradaban (clash of civilization) antara pelbagai bangsa yang masing-masing memiliki peradaban serta meramalkan bahawa kekuatan Islam dan kekuatan Kuning Confucius akan bersatu dalam menghadapi kekuatan Barat hanya perlu di ‘amin’ kan sahaja tanpa usaha fizikal untuk memerangi kuasa Kufur-Barat?

Seterusnya, mengapakah agaknya perjuangan politik yang dihidangkan kepada umat semata-mata untuk mengekalkan tampuk kekuasaan dan perundangan Negara yang digubal dari undang-undang dari akal manusia (man-made laws) dan undang-undang Barat mesti ditolak? Siapakah agaknya ahli politik sejati? Artikel ini akan membicarakan mengenai ciri-ciri ahli politik sejati dan apakah peranan wanita bagi mewujudkan ahli politik sejati ini.

Siapa ahli politik sejati?
Pertama: Ahli politik memperjuangkan Islam sebagai mabda’ (ideologi), iaitu memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan sistem kehidupan untuk menyelesaikan masalah umat. Allah Subhanahu Wa Taala menegaskan bahawa tugas parti/gerakan adalah memperjuangkan penerapan syariah Islam secara menyeluruh (kaffah). Allah Subhanahu Wa Taala berfirman: “Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyerukan kebaikan dan melakukan amar makruf nahi mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung”[TMQ Ali-Imran (3): 104]. Menyeru Islam Kaffah ini membawa makna bahawa perjuangan tidak hanya untuk memastikan hak dan kedudukan wanita menurut perundangan Islam yang dianggap tidak menyelesaikan isu penderaan dan penganiayaan, sebaliknya seluruh hukum-hakam terlaksana secara keseluruhan secara serentak, bukan beransur-ansur (tadaruj).

Kedua
: Ahli politik yang memberikan kemaslahatan dan berjuang bagi umat.Sisters In Islam (“SIS”) menyerang umat, dia berteriak lantang. Ketika hasil bumi umat dirampas penjajah sejak penjajahan sehinggalah kini, dia membongkarnya. Ketika gejala sosial kelahiran bayi luar nikah makin parah, dia mengajak umat membanterasnya. Begitulah seterusnya. Dia juga hanya memberikan penyelesaian yang hanya berasal daripada syariah Islam. Walhasil, dia memperjuangkan kepentingan rakyat dan menentang kezaliman penguasa.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam pernah ditanya tentang jihad apa yang paling utama. Beliau menjawab, “Kalimat yang benar di hadapan penguasa yang zalim.” [HR Ahmad).

Ketiga
: Ahli politik yang berpolitik tanpa putus asa, hanya semata-mata meraih keredhaan Allah Subhanhu wa Taala. Contoh paling tepat sebagai teladan adalah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam dan para sahabat. Mereka berjuang dan berpolitik sejak di Makkah tanpa putus asa. Dorongannya hanyalah aqidah. Ini berbeza dengan realiti politik acuan sekular-demokrasi yang mana dek kerana kemewahan, kuasa dan kemegahan duniawi jadi matlamat, melompat parti telah menjadi satu ‘trend’ apabila perjuangannya telah menyebabkan dirinya kehilangan manfaat dan membawa mudarat.

Keempat: Memperkuatkan parti ideologi. Ahli politik sejati meletakkan aktiviti politiknya sebagai perjuangan untuk memperbaiki masyarakat dengan syariah. Juga perlu disedari bahawa tidak mungkin kita mampu berjuang secara bersendirian. Perjuangan perlu dilakukan bersama-sama kelompok, dalam gerakan atau jamaah. Namun, bukan sebarangan kelompok, melainkan kelompok yang secara terbuka, sungguh-sungguh dan konsisten memperjuangkan tegaknya hukum Allah Subhanahu wa Taala demi kebaikan rakyat. Oleh itu, dia akan memperkuat barisan parti yang benar-benar memperjuangkan Islam secara menyeluruh (kaffah). Allah Subhanahu wa Taala memerintahkan adanya di antara umat Islam yang bersatu di dalam kelompok/parti seperti itu sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya: “Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyerukan kebaikan dan melakukan amar makruf nahi mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung”[TMQ Ali-Imran (3): 104]
Menurut Imam Ibnu Katsir: “Ayat ini memerintahkan agar ada sebahagian dari umat ini yang melaksanakan tugas tersebut (menyeru kebaikan (al-khair), melakukan amar makruf nahi mungkar.” Beliau juga menyatakan, ketika Rasulullah membaca ayat ini baginda menjelaskan bahawa “menyeru kebaikan (al-khair)” adalah menyeru orang untuk mengikuti al-Quran dan as-Sunnah.

Kelima
: Memperkuatkan konsistensi thariqah (method perjuangan) parti.Sallallahu Alaihi Wa Sallam yang menempuh perjuangan politik dengan dasar pembinaan (tasqif). Seterusnya baginda bersama para sahabatnya berjuang di tengah-tengah masyarakat, bukan hanya duduk-duduk di belakang meja. Mereka menyatu dengan masyarakat; berjuang bersama-sama. Akhirnya, dengan dokongan pelbagai pihak, termasuk para pemilik kekuatan (ahl al-quwwah), Allah memberikan kemenangan dan kejayaan. Begitu juga dalam perjuangannya mewujudkan masyarakat Islam, baginda memegang prinsip tanpa kekerasan fizikal serta tidak bekerjasama menerapkan dan mempertahankan sistem Kufur. Ahli politik sejati konsisten dalam berpegang kepada thariqah parti yang diambil daripada Rasulullah, bukan mengambil kaedah matlamat menghalalkan cara (al-ghayah tubarrirul wasilah) sehingga sanggup bersekongkol dengan puak Kuffar dalam sistem politik kapitalis-demokrasi.

Keenam: Membina Nafsiyah (cara bersikap)
. Selain cara berfikir, ahli politik sejati memiliki cara bersikap Islami (Nafsiyah Islamiyyah). Redha dan bencinya, senang dan susahnya didasarkan kepada Islam. Banyak disebutkan dalam pelbagai hadis bahawa tidaklah seseorang beriman hingga hawa nafsunya tunduk pada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam; lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada mencintai ibubapa, keluarga, harta bahkan diri sendiri. Dengan demikian, ahli politik susah tergiur oleh apa jua kemaksiatan termasuk rasuah dan politik wang.

Ketujuh: Memperkuat pembinaan umat tentang Syariah dan Khilafah.

Jelaslah ahli politik sejati akan terus melakukan pembinaan tentang syariah dan Khilafah di tengah-tengah umat. Kesedaran bahawa ada kesalahan dalam mengelola Negara-negara umat Islam perlu ditumbuhkan dalam jiwa masyarakat seraya memaparkan penyelesaiannya yang digali dari syariah. Semua ini dilakukan sebagai tanggungjawab besar terhadap kebaikan umat seluruhnya.

Kelapan: Perlu memiliki pengalaman dan pengetahuan politik.
Pengalaman dan pengetahuan politik bukan bererti mesti menjadi wakil rakyat sama ada ahli dewan undangan negeri (ADUN), ahli Parlimen atau terlibat dalam apa jua politik menurut perspektif Sekular-Kapitalis-Demokrasi seperti terlibat dalam pilihanraya umum yang merupakan intipati utama sistem demokrasi. Pengalaman politik ditempuh melalui terjun secara langsung di tengah masyarakat, bergaul dengan masyarakat dan turut menyelesaikan masalah mereka. Selain itu, mereka sentiasa memuhasabah penguasa jika penguasa melakukan kezaliman kepada rakyat. Namun, tentu sahaja ini semua memerlukan pengetahuan tentang konstelasi politik global, cara berfikir politik Islam dan analisisnya perlu difahami. Hal tersebut diberikan dalam proses pengkaderan (tasqif).

Jika para ahli politik termasuk Muslimah mempunyai ciri-ciri seperti di atas, InsyaAllah kemenangan hanya menunggu masa sahaja (victory is a matter of time). Dunia juga akan tahu bahawa masa depan adalah milik umat Islam.

Apa peranan wanita?

Pada pandangan Islam, pengertian politik (siyasah) tidak hanya terbatas kepada masalah kekuasaan dan legislasi sahaja, melainkan meliputi pemeliharaan seluruh urusan umat di dalam mahupun di luar negara, sama ada berkenaan aspek negara mahupun umat. Dalam hal ini, negara bertindak secara langsung mengatur dan memelihara urusan umat, sedangkan umat berperanan sebagai pengawas dan memuhasabah perlaksanaan pengaturan tersebut oleh negara. Oleh kerana itu, dalam Islam, tidak ada beza posisi seseorang sebagai penguasa atau sebagai rakyat. Keduanya memiliki kewajiban yang sama dalam memajukan Islam dan umat Islam serta memilki tanggungjawab yang sama dalam menyelesaikan seluruh masalah umat tanpa membezakan jantina.
Dalam menghasilkan ahli politik sejati, pastilah memerlukan usaha yang ampuh dari orang yang paling dekat dengannya; iaitu kita para ibu. Tanggungjawab ibu memberi pendidikan kepada anak-anak sejak dalam kandungan.

Namun pendidikan yang bagaimana?
Awalnya pendidikan dimulai dengan ibu itu sendiri. Ibu mengikuti pengkaderan dan memahami Islam secara kaffah. Kemudian melalui pengkaderan ini diberikan pencerahan politik dan dilatih kecerdasan politiknya. Seterusnya dia terjun secara langsung dalam masyarakat dan menjadi ahli politik juga. Kegiatan politik bagi wanita adalah memuhasabah penguasa, dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Bagaimana mungkin ibu yang tidak celik politik boleh mengacu pembinaan politik anak? Begitu juga semua pihak (ayah, keluarga, masyarakat dan negara) mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk sosok ahli politik ini.

Kisah sahabiyyah Asma’ binti Abu Bakar yang mendidik anaknya hingga menjadi ahli politik ulung. Beliau sabar dalam memberi motivasi pada anaknya agar tetap mempertahankan yang haq dan mengajak kepada kebenaran ketika tentera Hajjaj bertempur dengannya sungguhpun beliau menyedari bahawa nyawa anaknya menjadi taruhan dalam mempertahankan kebenaran.
Bagi remaja, walaupun belum mempunyai anak, namun bakal menjadi ibu suatu hari nanti. Persiapkan diri menjadi ahli politik dan juga penghasil ahli politik ulung!

Khatimah
Sebagai usaha memenuhi sebahagian syarat untuk menjadi golongan yang beruntung(Muflihun), menjadi ahli politik bukan satu pilihan sebaliknya ia adalah satu kewajipan. Demi menggalas tanggungjawab ini sebaik mungkin iaitu sesuai dengan hukum syarak, amatlah penting bagi Muslimah memahami ciri-ciri ahli politik sejati. Pemahaman yang mendalam akan hal ini akan dapat menjauhkan Muslimah jauh dari pemahaman politik yang salah iaitu politik yang sangat sinonim dengan pilihanraya dari perspektif Sekular-Kapitalis-Demokrasi. Pemahaman ini juga akan menjadi pendorong seorang Muslimah itu untuk melahirkan anak-anak untuk meneruskan perjuangannya dalam dunia politik. Bukan politik sebarangan, sebaliknya politik untuk mengatur urusan umat melalui penegakkan sebuah Negara Khilafah yang bakal melaksanakan Islam Kaffah. Wallahu ‘alam.
berakhir dengan cairnya ‘ Politik merupakan pengurusan urusan umat atau rakyat. Oleh itu, ahli politik ketika berkecimpung dalam dunia politik, bererti telah mengorbankan dirinya demi rakyat. Ketika fahaman feminis yang dibawa oleh Perjuangan hanya akan berhasil jika mengikuti jalan yang ditempuh oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Selain daripada mengambil gagasan/idea/penyelesaian yang digali dari syariah Islam, method perjuangannya pun mesti dicontohi. Nabi Berbicara tentang politik Islam bererti membicarakan tentang bagaimana mengatur pelbagai urusan rakyat dengan Islam. Sistem apa yang diterapkan dan siapa yang menerapkan dan menjamin perlaksanaannya? Bagaimana agar terbebas daripada cengkaman Kapitalisme global yang dipaksakan oleh Barat? Sistemnya adalah syariah Islam. Manakala institusi yang ditetapkan syariah sebagai pelaksana untuk menerapkan hukum-hukum tersebut dan menyatukan umat adalah Khilafah. Dengan ini, umat dibangkitkan hingga tidak lagi lena dalam pelukan penjajahan asing dan para pengikutnya.


Sempena Hari Buruh: Perlukah Wanita Bekerja?


Wanita berkerjaya atau “Career women” telah menjadi satu fenomena yang diterima masyarakat kerana golongan wanita dianggap perlu berganding bahu dengan kaum lelaki memasuki pasaran pekerjaan untuk sama-sama membangunkan negara. Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa, 200 juta wanita telah memasuki pasaran tenaga kerja sejak sedekad lalu, sehingga angka wanita bekerja di seluruh dunia mencecah 1.2 bilion orang [ILO, Global Employment Trend for Women, p.1]. Bidang kerjaya yang diceburi oleh kaum wanita juga pelbagai: bidang pertanian yang merupakan sumber pekerjaan utama sejak sepuluh tahun lalu kepada pelbagai sektor pekerjaan yang menggajikan wanita sebagai separuh dari tenaga kerjanya. Sebahagian tenaga kerja ini adalah Muslimah. Menurut Organisasi Buruh Antarabangsa (“ILO”) juga, golongan wanita yang aktif bekerja yang mana majoriti dari mereka adalah Muslim datang dari negara-negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Selatan Thailand mengekalkan tempat ketiga tertinggi di seluruh dunia, manakala jumlah wanita-wanita di Afrika Utara dan Timur Tengah yang bekerja adalah paling rendah.

Di Malaysia, statistik pada tahun 2007 menunjukkan bilangan pekerja di Malaysia adalah seramai 10,889,500 orang dimana 6,747,100 atau 62 peratus adalah lelaki dan 3,791,000 atau 38 peratus adalah wanita. Adalah didapati sektor-sektor dimana ramai pekerja wanita bekerja adalah di sektor pembuatan, di ikuti perdagangan borong dan runcit , pendidikan dan pertanian. Di beberapa sektor, sektor pendidikan dan kesihatan dan kerja-kerja kebajikan, adalah didapati bilangan pekerja wanita melebihi bilangan pekerja lelaki. Oleh kerana sektor-sektor yang dinyatakan tadi adalah penting, menunjukkan bahawa sumbangan wanita di dalam pembangunan negara, tidak boleh dinafikan [Sumber: Ucaptama mantan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Noraini Bt. Ahmad pada 7 Julai 2008 di PWTC, Kuala Lumpur http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=634&Itemid=480〈=ms]. Benarkah dakwaan di atas atau wanita hanya mangsa eksploitasi semata? Menurut Elson dan Pearson (1984) penggunaan tenaga kerja wanita untuk jenis-jenis pekerjaan tertentu sesungguhnya adalah strategi pengusaha untuk mendapatkan tenaga kerja yang murah. Kedua pakar tersebut dengan tegas menyatakan tidak benar apabila pembahagian kerja timbul kerana wanita dianggap paling sesuai untuk pekerjaan tertentu melainkan ianya hanya mitos belaka [bappenas.go.id/get-file-server/node/2847]

Mengapa Wanita Bekerja?

Secara umumnya, alasan wanita keluar bekerja adalah kerana wang terutamanya kepada wanita yang berasal dari keluarga miskin dan bersuamikan lelaki yang pendapatannya tidak mampu memberi keselesaan kepada golongan berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak. Tiada jalan lain bagi isterinya kecuali bekerja, untuk menambah pendapatan. Kedudukan kewangan juga menjadi punca wanita mencari nafkah untuk menanggung ibu bapanya yang telah tua dan sakit. Akan tetapi, ada juga wanita bekerja bukan kerana terlalu memerlukan wang, sebaliknya perkara-perkara berikut:

1. Meningkatkan keselesaan hidup
. Sebenarnya suaminya mampu menyediakan nafkah secukupnya, akan tetapi kerana menginginkan kualiti hidup yang lebih tinggi, maka si isteri bekerja kerana mereka mengimpikan rumah yang lebih besar, kereta baru, menghantar anak ke sekolah swasta yang mahal, dan melancong ke luar negara.

2. Desakan orang tua
. Ini adalah kerana mereka telah mengeluarkan biaya yang banyak untuk menyekolahkan anak perempuannya. Maka tiada kebahagiaan selain melihat anaknya menjawat jawatan tinggi. Ia juga dapat menaikkan imej dan status ibu bapa di hadapan kenalan dan saudara-mara mereka. Selain itu jika anaknya tidak bekerja maka dia seolah-olah menyia-nyiakan wang yang dibelanjakan dan jawatan tinggi yang mampu diraih sang anak.

3. Membayar hutang kerajaan.
Mendapatkan biasiswa memang suatu rezeki. Jika tidak mendapat biasiswa, kos pengajian dibiayai melalui pinjaman PTPTN. Kepada yang menerima biasiswa, ibu bapa menjadi lega kerana tidak perlu mengeluarkan biaya kuliah yang sangat mahal seperti kursus perubatan. Biasiswa ini bukanlah pendidikan percuma melainkan pelajar akan terikat dengan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan selama beberapa jangka waktu sehingga mencecah 10 tahun. Jika kontrak ini dilanggar, mereka terpaksa membayar balik keseluruhan biasiswa yang diberikan. Peminjam PTPTN pula mesti menjelaskan hutang ini walaupun belum bekerja yang membawa makna bekerja menjadi satu perkara yang wajib!

4. Menghilangkan ketergantungan (independent) terhadap suami.
Wanita dari kelompok ini bangga kerana mampu mencari wang sendiri dan memiliki ‘self-confident’ yang tinggi dan tidak bimbang akan kebuluran seandainya berlaku perceraian atau kematian suami. Realiti hari ini yang mana ibu-ibu tunggal membanting tulang untuk meneruskan kehidupan tanpa bekas suami mempedulikan nafkah anak menyebabkan bekerja kepada golongan ini adalah sesuatu yang sangat mendesak untuk ‘survival’ diri dan anak-anak kerana ’huluran’ dari Jabatan Kebajikan Masyarakat juga sangat minima. "Syaitan menjanjikan(menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat yang keji dan Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia; dan Allah Maha Luas (kurniaNya) dan Maha Mengetahui” [TMQ Al-Baqarah(2): 268]

5. Menaikkan imej sosial
. Ini seringkali terjadi kepada kaum wanita yang menduduki puncak hiraki dalam sektor awam ataupun swasta. Orang-orang akan melihatnya dengan perasaan takjub jika wanita itu memegang posisi penting di tempat kerjanya seperti menjadi menteri, ketua pengarah, CEO atau pengarah urusan syarikat tersenarai (public-listed companies). Wanita dari kelompok ini akan bermati-matian mengejar karier dengan bersaing dengan kaum lelaki. Anugerah seperti “CEO of the Year” atau “Women Manager of the Year” menjadikan mereka bangga hingga mendorong mereka menganjurkan program-program atau seminar-seminar untuk mengajak wanita lain mengikuti jejak mereka

6. Desakan masyarakat
. Memandangkan wanita bekerja merupakan satu fenomena biasa , maka wanita yang hanya menjaga anak di rumah akan dipandang rendah oleh masyarakat. Pertanyaan yang selalu ditanya adalah “Dimana kamu bekerja?”, “Kenapa isteri kamu tidak bekerja, bukankah dia berpendidikan tinggi?”. Lama-kelamaan wanita yang duduk di rumah juga ingin bekerja, kerana tidak tahan dengan anggapan rendah tersebut walaupun tidak ada keperluan mendesak untuk dia bekerja.

Kesan Negatif Wanita Bekerja

1. Merampas pekerjaan kaum lelaki. Bukan tidak pernah didengar kenyataan ini - Pelajar perempuan ke universiti, pelajar lelaki menjadi Mat REMP-it dan ke pusat serenti. Hal ini berlaku kerana masyarakat yang telah terbius dengan virus hedonism beranggapan apabila telah belajar tinggi, mestilah bekerja. Justeru, apabila statistik kemasukan pelajar wanita ke universiti lebih tinggi dari lelaki, secara relatifnya, wanita-wanita ini bakal ‘merampas’ jawatan-jawatan yang sepatutnya dipegang oleh lelaki. Dibawah tajuk “Fenomena penurunan jumlah pelajar lelaki di universiti dibangkitkan lagi”, laporan Kosmo Online pada 13hb April 2009 menyebut bahawa “Statistik kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menunjukkan pelajar perempuan terus mendominasi dengan kemasukan 64.5 peratus bagi sesi pengajian 2008/2009”.

2. Peningkatan Kos Operasi.
Dalam sistem Kapitalis hari ini yang mana pemerintah ‘lepas tangan’ akan kebajikan rakyat, majikan telah dibebankan dengan kos yang tinggi untuk menanggung kebajikan pekerja (staff welfare). Apabila wanita bersalin, gaji mereka tetap dibayar oleh majikan sedangkan tidak ada perkhidmatan yang diberi sepanjang tempoh cuti bersalin tersebut. “Majikan Malaysia membelanjakan kira-kira RM1.57 bilion setahun untuk cuti bersalin 60-hari kepada kakitangan wanita, demikian seminar mengenai persamaan gender di sini diberitahu hari ini. Naib presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) A.Ramadass dalam kertasnya mengenai perlindungan bersalin dan tolak ansur kerja dan tanggungjawab keluarga, berkata kajian MEF menunjukkan bahawa jumlah kos bagi setiap kakitangan adalah sekitar RM7,500 setiap kali bersalin, terdiri daripada RM3,000 gaji dan RM4,500 elaun lebih masa” [www.utusan.com.my 21hb April 2009]. Kos yang ditanggung majikan ini menyebabkan kos operasi menjadi tinggi kerana wang yang dilaburkan tidak mendapat pulangan dalam bentuk produktiviti. Pada akhirnya, apabila majikan tetap mahu mengekalkan margin keuntungan syarikat untuk memenuhi nafsu serakah pemegang saham (shareholders) dan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders), syarikat akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang mana kesannya akan ditanggung oleh seluruh anggota masyarakat.

3. Mendedahkan anak-anak pada bahaya.
Apabila wanita bekerja, mereka meletakkan anak-anak dalam jagaan pembantu rumah atau pengasuh. Ada kalangan anak-anak ini menjadi mangsa rogol, liwat dan cabul oleh ahli keluarga pengasuh. Anak-anak kecil di taman asuhan kanak-kanak (taska) juga berdepan dengan pelbagai risiko seperti mati tercekik susu, jatuh dari buaian, kecederaan yang tidak dapat dijelaskan dsb. Ibu-ibu yang bekerja syif juga meletakkan anak-anak perempuan mereka dalam keadaan bahaya yang mana mereka terdedah kepada gejala sumbang mahram. Masalah pembantu rumah warga asing juga sering mendedahkan anak-anak kecil dalam keadaan bahaya apabila mereka bertindak di luar dugaan seperti lari dari rumah dan meninggalkan anak-anak tanpa ditemani sesiapa.

4. Tidak mampu melayani suami dan anaknya dengan sempurna
.
ummun wa rabbatul bayt) adakalanya tidak dapat dilakukan dengan sempurna apabila wanita bekerja kerana kekangan masa dan wanita itu sendiri dalam keadaan keletihan untuk mengurusi rumah, anak-anak, suami dan urusan di tempat kerja.

5. Suami menjadi bergantung kepada penghasilan isteri.
Fenomena “Mr Mama” yang mana wanita menjadi tunggak utama mencari nafkah dalam keluarga dan suami pula di rumah mengurusi anak-anak adalah sesuatu yang sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam iaitu suami yang mencari rezeki, bukan isteri. Jika hanya isteri yang bekerja, seandainya berlaku penceraian pasti urusan menentukan harta sepencarian menjadikan kes penceraian memakan masa yang lama untuk diselesaikan.

Jalan Penyelesaian menurut Sekular

Sistem ekonomi Kapitalis hasil “air tangan” Adam Smith (1723-1790) yang mendominasi dunia masa kini menyebabkan sebahagian kaum Muslimin mencari penyelesaian kepada masalah mereka dalam kerangka Sekular. Masalah-masalah yang dihadapi oleh wanita bekerja diselesaikan menurut akal pemikiran mereka, bukan jalan penyelesaian yang digali dari sumber wahyu. Antara masalah yang dihadapi oleh wanita bekerja adalah terlalu bergantung kepada pembantu rumah warga asing yang seringkali menimbulkan masalah. Justeru antara jalan keluar pemerintah adalah memberi pelbagai insentif kepada majikan untuk menyediakan kemudahan penjagaan anak-anak di tempat kerja (child-care centres). Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang baru menaiki takhta pemerintahan Negara Islam Hadhari ini, kerajaan telah memberi pengurangan cukai 10 peratus setahun kepada majikan yang menyediakan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja atas kos penubuhan pusat bagi tempoh 10 tahun sebagai insentif. "Agensi-agensi kerajaan yang menyediakan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja akan diberi geran RM80,000 untuk renovasi dan kelengkapan perabot. "Saya ingin menggesa sektor swasta memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka dengan mengadakan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja untuk pekerja mereka," kata beliau [Sumber: www.bernama.com 14hb April 2009].

Insentif yang diberikan kepada majikan dalam Pakej Rangsangan ini sudah tentu memberi kelegaan kepada para majikan kerana pengurangan cukai dan geran yang diberikan akan membaiki aliran tunai syarikat dalam senario ekonomi yang merudum, selain produktivi tidak terjejas kerana kaum ibu hampir dengan anak-anak mereka. Akan tetapi adakah ia menyelesaikan persoalan pokok pertama iaitu perlukah wanita bekerja?

Apakah Hukum Wanita Bekerja?

Secara umumnya, hukum bekerja bagi wanita adalah mubah (harus) selagi mendapat keizinan daripada suami atau walinya. Bekerja juga dibolehkan selagi pekerjaannya tidak menjerumuskan dirinya kepada perkara yang haram seperti tidak boleh menutup auratnya dengan sempurna di tempat umum, pergaulan dengan lawan jenis yang boleh menimbulkan fitnah seperti seorang setiausaha wanita yang perlu menemani ketua pejabatnya seorang lelaki kemana-mana dengan menaiki kenderaan peribadi tanpa ditemani mahramnya.

Apakah Jalan Penyelesaian menurut Syarak?

Islam selaku mualajah lil masyakil insan (penyelesai permasalahan manusia) mempunyai pelbagai hukum-hakam untuk memastikan kemaslahatan manusia dengan hukum-hakam seperti berikut:
1. Jaminan Pemenuhan Keperluan Pokok (primary needs). Islam telah menetapkan keperluan pokok manusia terdiri daripada makanan, pakaian dan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, jaminan pemenuhan keperluan pokok bagi setiap individu tidak bererti negara akan membahagi-bahagikan makanan, pakaian, dan perumahan kepada sesiapa sahaja sehingga menjadikan rakyatnya malas, sebaliknya, ia dilakukan dengan mewujudkan mekanisma-mekanisma yang dapat menangani masalah kemiskinan. Mekanisma tersebut adalah:

a. Mewajibkan Lelaki Memberi Nafkah Kepada Diri dan Keluarganya
. Islam mewajibkan lelaki yang mampu dan memerlukan nafkah untuk bekerja dalam rangka memenuhi keperluannya. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman yang bermaksud:”Kewajiban ayah memberikan makan dan pakaian kepada para ibu dengan car ayang ma’ruf.” [TMQ Al-Baqarah (2): 233]. Dalil ini menunjukkan secara pasti bahawa suamilah yang perlu bekerja, dan bukan sang isteri!

b. Mewajibkan saudara terdekat untuk membantu saudaranya.
Ini bermakna kepada orang yang tidak punya pendapatan untuk menafkahi dirinya dan anak-anak seperti golongan ibu tunggal, pemenuhan nafkahnya adalah menjadi tanggungjawab kerabat terdekat yang memiliki hubungan darah untuk membantu mereka. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman yang bermaksud: “…Dan kewajiban ayah memberikan makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan seorang ayah kerana anaknya. Dan warispun berkewajipan sedemikian…” [TMQ al-Baqarah (2): 233]. Jika seseorang secara peribadi tidak mampu memenuhi keperluannya maka kewajiban memenuhi nafkah beralih ke kerabat terdekatnya sekiranya terdapat kelebihan harta. “Sebaik-baik sedekah adalah harta yang berasal dari selebihnya keperluan.” [HR. Imam Bukhari dari Abu Hurairah].

c. Mewajibkan Negara untuk Membantu Rakyat Miskin.
Jika seseorang yang miskin tidak memiliki saudara yang boleh membantunya, kewajiban memberi nafkah beralih ke Baitul Mal (kewangan negara). Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa SallamSiapa saja yang meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya, dan siapa saja yang meninggalkan ‘kalla’ (sebatang kara iaitu orang yang lemah, tidak mempunyai anak dan ibu-bapa), maka dia menjadi kewajiban kami.” [HR. Imam Muslim]. Disini kita juga melihat bahawa hukum asal bekerja tidak wajib kepada wanita kerana keperluan asasnya akan dipenuhi oleh pemerintah melalui Baitul Mal.

d. Mewajibkan Kaum Muslim untuk Membantu Rakyat Miskin.
Apabila di dalam Baitul Mal tidak ada harta sama sekali, maka kewajiban menafkahi orang miskin beralih ke kaum Muslim secara kolektif. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman: “Di dalam harta mereka, terdapat hak bagi orang miskin yang meminta-minta yang tidak mendapatkan bahagian.” [TMQ Az-Zariyat (51): 19]. Mekanisma ini dilakukan dengan dua cara. Pertama, kaum Muslim secara individu membantu orang-orang yang miskin. Kedua, negara mewajibkan dharibah (cukai) kepada orang-orang kaya, hingga mencukupi keperluan untuk membantu orang miskin. Cukai ini hanya diwajibkan ketika Baitul Mal benar-benar kehabisan sumber kewangan.

2. Pengaturan Pemilikan.
Pengaturan pemilikan yang dimaksud mencakup tiga aspek, iaitu jenis-jenis pemilikan iaitu pemilikan individu, pemilikan umum dan pemilikan negara, pengelolaan pemilikan dan pengagihan kekayaan di tengah-tengah masyarakat. Pemilikan umum menjadikan aset-aset milik masyarakat seperti emas, perang, petroleum tidak boleh dimonopoli individu atau syarikat seperti masa kini sebaliknya ia menjadi milik seluruh manusia untuk sama-sama memanfaatkannya. Pengelolaan aset-aset ini akan dapat digunakan pemerintah untuk memberi manfaat kepada rakyat sehingga kesannya menyebabkan wanita tidak perlu bekerja kerana telah ada pemerintah untuk mencukupi keperluannya melalui pengagihan kekayaan (distribution of wealth) kepada seluruh anggota masyarakat.

Khatimah

Pada hari ini, wanita yang terpaksa bekerja untuk memenuhi keperluan pokok diri dan tanggungan mereka hanyalah merupakan masalah cabang (furu') iaitu simptom atau gejala dan bukannya penyakit sebenar. Kewujudan pemerintah yang tidak melaksanakan seluruh hukum-hakam Islam menyebabkan jalan penyelesaian menurut syarak untuk mengatasi kemelut yang melanda kaum Hawa yang dikemukakan di atas kekal sebagai teori semata. Oleh kerana itu, sangatlah perlu bagi umat Islam untuk berusaha mengembalikan Islam dalam kehidupan sehingga pada akhirnya akan tertegak sebuah negara Daulah Khilafah untuk melaksanakan Islam Kaffah, termasuk di dalamnya sistem ekonomi Islam (nizamul iqtisad fil Islam) untuk mengatur urusan umat sehingga keperluan pokok mereka dapat dipenuhi. Natijah akhirnya ialah kaum wanita tidak perlu bekerja kerana seluruh hukum-hakam untuk menjaga umat ini akan memastikan kemaslahatan mereka terjamin. Sudah tentu, keadaan ini akan dapat memberi ketenangan kepada kaum wanita untuk menjalankan peranan utamanya selaku ummun wa rabbatul bayt dengan sempurna dan Islam benar-benar adalah rahmatan lil ‘alamin.
Wallahu ‘alam bisshawab.
Tanggungjawab wanita selaku ibu dan pengurus rumahtangga ( pernah bersabda: “


ADAKAH ISLAM MENINDAS WANITA? (BAHAGIAN 2)


Ketika kegagalan niqab (Veil Fiasco) Jack Straw, beberapa ahli politik dan media Barat telah berlumba-lumba menonjolkan diri untuk menjelaskan bahawa niqab atau veil muka adalah menyusahkan masyarakat British. Tessa Jowell, Setiausaha Kebudayaan ketika itu turut memberi pendapat “two pence” beliau dalam perdebatan tersebut dengan memberi komen, “ Kita telah berjuang selama beberapa generasi untuk kesetaraan bagi wanita supaya wanita mendapat . kesamaan hak dalam masyarakat.” Bukan niqab sahaja yang di lihat oleh Barat sebagai pengkhianatan Islam ke atas “Hak–hak wanita” (Women’ Rights) tetapi juga perundangan, tanggungjawab dan hak-hak yang berbeza diantara lelaki dan wanita dalam masyarakat; khimar (tudung) dan jilbab (pakaian luar); memberi keterangan, undang–undang pewarisan dan penceraian; poligami; larangan wanita menjadi ketua negara; tugas lelaki sebagai penjaga dan pencari nafkah keluarga sementara tugas wanita sebagai pengurus dan ibu rumahtangga kepada anak-anak; mematuhi suami dalam isu-isu yang berkaitan dengan hak–hak suami. Perdebatan ini sering disampaikan seolah-olah undang-undang dan tugas–tugas ini mendiskriminasi wanita, hanya dikuasai oleh kaum lelaki, membuat wanita kurang penting dari kaum lelaki dan memberikan wanita status sebagai warga kelas kedua dalam masyarakat, tidak berharga berbanding lelaki. Yang paling penting adalah dakwaan bahawa undang-undang ini menunjukkan perbuatan khianat terhadap kesetaraan gender (gender equality) yang dilihat oleh Barat sebagai satu jalan bagi wanita untuk memiliki status, penghormatan dan kebebasan dalam masyarakat. Dalam artikel ini kita akan meneliti kepercayaan berkaitan dengan kesetaraan gender dan mencabar tanggapan bahawa perundangan Islam menindas wanita hanya kerana tarafnya dikatakan jauh lebih rendah dari kesetaraan gender.

(1) Kesetaraan gender adalah dilahirkan oleh Barat, bukan dari pengalaman Islam.
Perkara pertama yang mesti kita perhatikan adalah konsep kesetaraan gender ini lahir dari pengalaman Barat akibat ketidakadilan yang dihadapi oleh wanita dalam masyarakat Barat. Ketidakupayaan untuk meninggalkan suami yang ganas, memulakan proses penceraian apabila berhadapan dengan masalah perkahwinan, tidak mendapat kemudahan dalam pendidikan dan pekerjaan, keadaan tempat kerja yang tidak memuaskan, kekurangan hak harta dalam perkahwinan dan ketiadaan hak berpolitik adalah keadaan yang dihadapi oleh wanita dalam masyarakat Barat dimana keadaan ini mencetuskan gerakan feminism yang pertama. Keadaan ini muncul dari pandangan bahawa wanita dalam masyarakat adalah kurang berharga atau bernilai daripada lelaki sebagai seorang manusia: spiritual dan intelektual. Malah, orang–orang yang dianggap sebagai yang berfikiran terbuka (enlightened thinkers) dalam sejarah Barat seperti Voltaire dan Rousseau, mengambarkan wanita sebagai seseorang yang kurang rasional dari lelaki dan oleh itu tidak sesuai untuk kehidupan umum. Mereka mengemukakan ini sebagai satu hujah mengapa lelaki mesti menjadi warga dalam masyarakat manakala wanita terhad sebagai isteri dan ibu. Wanita-wanita yang berani telah berjuang menentang norma dan pandangan yang menindas ini, sebahagiannya mengorbankan kehidupan mereka untuk membebaskan persepsi yang salah ini terhadap wanita untuk mendapatkan hak asas kewarganegaraan. Mereka telah cuba mendapatkan hak-hak ini dibawah panji “kesetaraan gender”.

Pandangan Islam:
Sebagai perbandingan, “perjuangan wanita” (women struggle) adalah asing dalam sejarah Islam atas beberapa perkara. Pertama, Islam sentiasa berpandangan bahawa lelaki dan wanita mempunyai keupayaan intelektual dan nilai kepentingan yang sama sebagai manusia kerana mereka dicipta dari satu roh yang tidak mempunyai perbezaan dari sifat manusia. Allah Subhanahu wa Taala berfirman,

Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa); dan dari keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan wanita.” [TMQ An-Nisa : 1]

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang Muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, lak-laki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.” [TMQ Al-Ahzab:35]

Kedua, banyak sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam yang mengangkat status wanita dalam masyarakat, melupuskan status rendah wanita sebagai warga kelas kedua, yang memperhambakan diri kepada laki-laki di Arab dan perkara-perkara yang lain dalam masyarakat, sebelum kedatangan Islam. Beliau Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda, “Barangsiapa yang yang mempunyai tiga orang anak perempuan dan melindungi mereka, memberikan apa yang dikehendaki mereka dan menunjukkan belas kasihan kepada mereka, akan mendapat syurga.” Seorang laki-laki diantara orang ramai bertanya, “Dan jika ada dua, wahai Rasullullah? Dan baginda berkata, “Ya, walaupun mereka ada dua”. Baginda Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda, “Seorang yang benar-benar beriman itu adalah seorang yang mempunyai pekerti yang terbaik dan yang terbaik diantara kamu adalah orang–orang yang berbuat baik kepada wanita-wanita mereka”. Beliau Sallallahu Alaihi Wa Sallam berkata, “Syurga terletak dibawah tapak kaki ibu”. Dalam khutbah terakhirnya, baginda Sallallahu Alaihi Wa Sallam berkata, “Takutlah Allah berhubungan dengan wanita kerana mereka adalah amanah ditangan kamu”. Oleh itu, inilah pandangan terhadap wanita dan rasa tanggungjawab kepada Yang Maha Pencipta adalah langkah utama untuk mencegah dari tidak menghormati, mendiskriminasi dan mencederakan wanita.

Ketiga, hak-hak seperti pendidikan, bekerja dan memberikan pekerjaan, memiliki harta, menyewa tanah, bekerja sebagai ahli perniagaan atau professional, memilih pemerintah dan menyuarakan pandangan politik mereka, memulakan proses penceraian dan memiliki kemewahan bagi seorang wanita sebagai seorang warganegara telah termaktub dalam teks-teks Islam dan telah terjamin semenjak permulaan tamadun Islam. Bulan Julai ini menandakan ulangtahun ke-80 “Equal Franchise Act” apabila wanita di Britain memenangi hak mengundi seperti lelaki, manakala bulan Disember ini pula, akan menandakan 1,430 tahun semenjak Islam memberikan wanita hak mengundi yang sama seperti lelaki. Manakala wanita di Eropah mengikat diri mereka dijeriji dan melakukan mogok lapar untuk menuntut suara berpolitik, Islam telah mewajibkan wanita untuk aktif berpolitik dalam masyarakat. Apabila akhirnya wanita yang telah berkahwin dalam banyak masyarakat Barat dibenarkan untuk menguruskan akaun bank mereka dan segala urusan kewangan mereka tinggal berasingan dari suami-suami mereka pada tahun 1960an, wanita Islam yang telah berkahwin mahupun bujang, telah pun diberikan kekuasaan mutlak keatas kekayaan dan harta benda mereka lebih dari 1400 tahun yang lalu.

(2) Dilema “Kesetaraan Gender”:
Jika kita meneliti konsep “Kesetaraan Gender”, ironinya kita akan dapati bahawa ia adalah satu konsep yang mana lelaki yang menguasai kerana ia meletakkan lelaki sebagai seorang yang menjadi ketua pada nama sahaja atau pun satu matlamat yang ingin dicapai oleh wanita. Lebih beberapa generasi, ramai feminis Barat telah mendapati bahawa ia juga menimbulkan beberapa kontradiksi dan dilema yang tersendiri, Contohnya, dilema dimana seorang wanita yang menyeru kepada kesetaraan turut menyangkal kepentingan gender dalam kehidupan umum tetapi pada masa yang sama turut menyeru kepada hak-hak kehamilan atau waktu kerja yang lebih fleksibil berdasarkan kepada perbezaan gender. Idea kesetaraan gender yang menjejaskan apresiasi perbezaan gender ditempat kerja dan masyarakat, lebih menghalang dari memudahkan pencapaian untuk hak-hak asas yang akan turut membuka pintu diskriminasi. Seruan kearah undang-undang keneutralan gender yang tidak mengiktiraf perbezaan yang ketara antara jantina, berkemungkinan akan menyebabkan ketidakadilan terhadap wanita, dimana majikan akan mengharapkan komitmen kerja yang sama berkaitan masa dan aktiviti fizikal bagi wanita yang hamil ataupun yang mempunyai anak-anak kecil. Tambahan pula, secara teorinya konsep kesetaraan gender akan melahirkan “have it all woman”, tetapi realitinya akan melahirkan “do it all woman” – seseorang yang bukan sahaja akan sentiasa dibebani dengan tanggungjawab rumahtangga tetapi juga dibebani dengan tanggungjawab kewangan keluarga dengan bersusah payah memelihara kerjaya yang mencabar. Dengan “dirantai di sinki dapur” (being chained to the kitchen sink) dengan pantasnya akan diganti dengan “dirantai di pasaran ekonomi” (being chained to the economic market).

Tambahan pula, diskriminasi gender dan kesulitan untuk meningkat maju (glass ceilings) masih wujud dalam masyarakat Barat sama seperti keganasan rumahtangga dan penderaan terhadap wanita – dua abad setelah lahirnya laungan kesetaraan gender. Jun lalu, kerajaan telah mengumumkan rang undang-undang kesetaraan (“Equalities Bill”) baru yang membahaskan isu-isu seperti perbezaan gaji dan meluluskan rang undang-undang mengenai diskriminasi terhadap wanita bagi menangani masalah diskriminasi yang berterusan terhadap wanita ditempat kerja – isu-isu dasar tentang hak-hak wanita yang berterusan melanda persekitaran tempat kerja dan kehidupan umum dalam masyarakat sekular Barat. Tambahan pula, baru-baru ini sebuah laporan dari Home Office telah mendapati lebih 650,000 kes-kes keganasan rumahtangga telah dilaporkan pada tahun lepas di United Kingdom – ini menunjukkan peningkatan tiga kali ganda dari tahun sebelumnya.

Apa yang nyata adalah dengan memperolehi kesetaraan peranan, tanggungjawab dan hak dalam perkahwinan dan masyarakat, tidak bererti secara automatik wanita mendapat jaminan tentang kehormatan, anti-diskriminasi dan perlindungan sama seperti peranan, tanggungjawab dan hak-hak lelaki dan wanita yang berbeza dalam Islam akan melahirkan penindasan, ketidakhormatan dan bahaya terhadap wanita pada umumnya. Layanan terhadap wanita bergantung kepada pandangan dan nilai-nilai yang telah dipropagandakan oleh mana-mana masyarakat sama seperti kepentingan dan penghargaan terhadap wanita. Dalam masyarakat liberal sekular, malah terdapat satu jurang antara seruan kearah memberi penghormatan dan penghargaan yang setara terhadap wanita dengan konsep kebebasan yang membolehkan lelaki untuk berpandangan dan melayan wanita seperti mana yang diingininya.

Pandangan Islam
“Kesetaraan gender” bukanlah satu konsep yang terkandung dalam Islam. Islam tidak membandingkan wanita dengan lelaki atau melihat apakah yang terbaik untuk wanita berlawanan dengan apakah yang terbaik untuk lelaki apabila menerangkan hak dan tanggungjawab dalam kehidupan berkeluarga ataupun bermasyarakat. Lebih tepat ia melihat kepada keperluan lelaki dan wanita sebagai manusia dan apakah yang terbaik untuk kehidupan keluarga dan komuniti keseluruhannya untuk mencapai kesejahteraan. Oleh itu, dalam beberapa bidang, hak-hak dan peraturan-peraturan adalah serupa, contohnya hak sebagai warganegara termasuk hak keadilan, hukuman yang serupa untuk jenayah yang serupa, hak untuk mengundi ketua negara dan suara berpolitik dalam masyarakat. Dalam beberapa bahagian, tanggungjawab adalah sama, contohnya solat, puasa, mengerjakan haji, membayar zakat, dan muhasabah pemerintah.

Walaubagaimanapun, dalam beberapa isu, hak dan peranan antara lelaki dan perempuan adalah berbeza, contohnya dalam proses penceraian, kod berpakaian, harta warisan, mahar yang diberi oleh pengantin lelaki kepada pengantin wanita dalam perkahwinan, poligami, memerlukan 2 orang saksi wanita untuk memberi saksi di mahkamah berbanding dengan hanya seorang bagi lelaki, hak penjagaan anak serta peranan dan hak dalam perkahwinan dan kehidupan berkeluarga.

Oleh itu, dalam sesetengah perkara, Allah Subhanahu wa Taala telah memberikan lelaki hak-hak tertentu yang tidak mungkin mampu dipikul oleh wanita dan dalam isu yang lain Dia Subhanahu wa Taala pula telah memberikan wanita hak-hak yang tidak mungkin mampu dipikul oleh lelaki. Islam tidak melihat perbezaan sebagai masalah atau diskriminasi kerana ia tidak melihat satu peranan atau hak dalam sesuatu perkara itu mengatasi yang lain. Contohnya, dalam kehidupan berkeluarga, Islam menerangkan bahawa tanggungjawab lelaki sebagai pencari nafkah manakala wanita sebagai pengurus dan ibu rumahtangga kepada anak-anak. Allah Subhanahu wa Taala berfirman,

Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma’aruf” [TMQ Al-Baqarah:233]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda, “Setiap kamu adalah penjaga, dan setiapnya bertanggungjawab keatas setiap orang dibawah jagaannya. Seorang pemerintah adalah penjaga; seorang lelaki adalah penjaga keluarganya; seorang wanita adalah penjaga rumah suami dan anak-anaknya. Dan setiap dari kamu adalah penjaga dan setiap kamu bertanggungjawab keatas jagaannya”. [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Satu peranan mengatasi peranan yang lain, akan tetapi kedua-duanya adalah penting untuk memastikan kelangsungan fungsi sebuah keluarga dan kemajuan masyarakat amnya. Bagi masyarakat Barat, sebarang perbezaan hak dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita dalam Islam sering ditakrifkan sebagai satu pengkhianatan kesetaraan dan oleh itu, ia serta merta dianggap tidak adil dan menindas tanpa meneliti apakah yang ingin dicapai oleh hukum-hakam Islam dalam kehidupan berkeluarga atau masyarakat. Contohnya, Islam telah menetapkan peranan penjaga dan pemimpin keluarga kepada lelaki, bukan kerana lebih tinggi kedudukannya tetapi untuk tujuan pengurusan kehidupan berkeluarga. Sesungguhnya, Mary Astell, salah seorang diantara feminis English yang awal, telah membuat kesimpulan bahawa seorang isteri mesti mematuhi suami, bukan atas dasar lebih tinggi kedudukannya tetapi untuk pengurusan kehidupan rumahtangga.

Dari segi kewangan dalam Islam, wanita sepatutnya dibiayai oleh ahli keluarganya yang lelaki, komuniti serta negaranya. Oleh itu, walaupun seorang wanita itu dibenarkan untuk bekerja, tidak harus ada tekanan masyarakat dan kewangan keatasnya jika dia memilih untuk tidak berkompromi akan tugas utamanya sebagai seorang isteri dan ibu serta mengasuh pemikiran dan tingkah laku generasi akan datang. Kekayaan yang diperolehi oleh seorang wanita dari bekerja atau warisan boleh dibelanjakan sesuka hatinya tanpa mengambil kira keperluan kewangan keluarganya. Walau bagaimanapun, lelaki bertanggungjawab untuk membelanjakan pendapatannya dan sebarang warisan bukan sahaja untuk membiayai isteri dan anak-anaknya tetapi juga saudara wanitanya jika diperlukan. Sesungguhnya ia adalah satu hujah yang aneh dimana ia menyatakan tugas dan tanggungjawab dalam kehidupan berkeluarga tidak adil keatas wanita. Walhal, ini adalah satu keringanan baginya kerana bebanan kewangan untuk keluarganya tidak lagi terletak dibahunya. Ia juga satu pandangan yang tidak rasional keatas wanita, seolah–olah buta keatas ketidakadilan yang diletakkan di bahu “superwoman” yang bertungkus-lumus setiap hari untuk mengimbangi tanggungjawab ke atas keluarga dan mencari nafkah. Wallahu ‘alam bisshawab.


Nota:Terjemahan bahagian terakhir ar
tikel ini akan bersambung pada keluaran akan datang.

Filed under having 0 Ulasan