Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Pulih nama UMNO : Najib

by AURA JIHAD

Siapa Yang Sakit…???

Umno perlu dipulihkan. Itulah harapan yang diharapkan oleh bakal Presiden Umno yang baru, Najib Razak. Persoalannya kini ialah:
 
1. Siapakah yang sakit?
2. Bolehkah penyakit itu dipulihkan?
3. Apakah ubat yang perlu digunakan?
4. Pusat pemulihan mana yang menjadi pilihan?
Inilah antara persoalan-persoalan yang perlu dipertimbangkan dan yang semestinya dijawab oleh mereka yang ingin memulihkan UMNO.

Mungkin inilah sebahagian dari jawapan yang dapat dilontarkan kepada pakar-pakar yang ingin memulihkan UMNO.

1.    Ya, UMNO perlu dipulihkan.Yang sakit itu sebenarnya adalah UMNO dan ahli UMNO itu sendiri. Antara penyakitnya adalah ashobiyyah dan sekularisme - “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta" [TMQ 20:124]

2.    Penyakit ini boleh dipulihkan jika puncanya diubati - dengan membuang virus sekularisme dan ashobiyyah yang menjadi asas kepada qiyadah fikriyyah UMNO itu sendiri -“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [TMQ 13:11].

3.    Hanya Islamlah satu-satunya ubat yang boleh menyembuhkan dan memulihkan penyakit ini - “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua”[TMQ 17:83]

4.    Untuk itu UMNO perlu masuk ke dalam Islam agar ia benar-benar dapat dipulihkan -“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata” [TMQ 2:208].

0 Ulasan: