Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Haramkan Bermusafir dimalam Hari?

by AURA JIHAD

PULAU PINANG, 14 April - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa semua perjalanan malam melibatkan bas ekspres diharamkan serta merta bagi menghentikan apa yang disifatkan oleh persatuan itu sebagai 'pembunuhan beramai-ramai'. Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, kemalangan ngeri berdekatan Rawang pada awal pagi semalam membuktikan semua pihak masih tidak belajar daripada kesilapan lalu. ''Memandangkan keadaan ini, CAP menggesa semua perjalanan malam membabitkan bas ekspres diharamkan segera untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. Menurutnya, siasatan terhadap kemalangan lalu telah dijalankan oleh pihak polis, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) tetapi hasil penemuannya masih menjadi misteri. ''CAP telah beberapa kali menggesa MIROS mengeluarkan hasil kajiannya supaya orang ramai dapat mengetahuinya tetapi hingga kini ia masih dinafikan atas dasar ia adalah sulit,'' katanya.
Sumber : Utusan Malaysia, 15/04/09

Kemalangan? Apa Yang Perlu Diperhatikan?

Kejadiaan kemalangan bas ekspres yang mengakibatkan kematian dalam jumlah yang ramai terus menjadi topik perbincangan banyak pihak. Tuding menuding terus berlaku dan pelbagai cadangan disyorkan oleh pelbagai pihak bagi mengatasi masalah ini dari terus berlaku. Ya, memang kita merasa sedih dengan musibah yang menimpa mangsa-mangsa yang terlibat. Sebagai seorang yang beriman kepada persoalan qadha dan qadar kita perlu menerima keadaan yang berlaku. Apa yang terjadi itu adalah ketentuan dari Allah SWT.

Sekiranya kita meneliti setiap realiti dan setiap apa yang berlaku di dunia ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa manusia itu hidup di dalam dua lingkaran ataupun wilayah. Wilayah pertama ialah wilayah yang menguasai manusia dan lingkaran kedua adalah lingkaran yang dikuasai oleh manusia. Sebagai contoh, warna kulit seseorang itu mahupun jantinanya ataupun yang seumpamanya adalah suatu yang berada di luar bidang kuasa manusia untuk menentukannya. Manusia terpaksa tunduk kepada Sunnatullah dalam perkara ini. Keadaan ini termasuklah juga yang berkaitan dengan persoalan ajal. Ini adalah kerana kepastian dari Allah SWT adalah jelas bahawa ajal itu adalah sesuatu yang tidak akan dilewatkan sesaat mahupun diawalkan sesaat.

“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan”. [TMQ al-Munaafiquun (63) : 11].

Dalam lingkaran yang kedua iaitu wilayah yang dikuasai oleh manusia, manusia mempunyai pilihan untuk memilih. Contohnya seseorang itu boleh membuat pilihan samada ingin menaiki bas AB Express atau Plusliner Express atau bas express yang lain. Atau nak naik bas ataupun kereta api. Naik bas setingkat ataupun dua tingkat. Naik di tingkat bawah atau tingkat atas. Nak duduk di depan ataupun belakang. Nak naik waktu siang ataupun malam. Dan begitulah seterusnya. Cuma kita sebagai makhluknya perlu memahami bahawa setiap perbuatan yang berlaku itu, adakah ianya berlaku didalam wilayah yang menguasai manusia atau yang dikuasai oleh manusia. Dari situ barulah kita boleh bertindak untuk mengatasinya.

Sebagai contoh, dalam persoalan kemalangan seperti di atas, kita sepatutnya perlu melihat kepada wilayah yang dikuasai oleh manusia. Apakah faktor yang perlu diperhatikan? Dalam konteks ini dua faktor utama perlu diambil kira. Yang pertama adalah faktor manusia, iaitu masalah pemandu itu sendiri dan yang kedua adalah faktor sistem yang terkait dengannya seperti kesesuaian dan keadaan bas yang digunakan, keadaan jalanraya mahupun sistem kerja yang diguna pakai. Berkenaan dengan faktor manusia, iaitu dari aspek kecuaian yang dilakukan oleh manusia, maka elemen kesedaran akan hubungan seorang hamba dengan Allah SWT (idrak sillah billah) itu amat penting ditingkatkan. Ini hanya akan dapat dilakukan apabila ketakwaan setiap individu itu dibina dan diberikan perhatian oleh negara.

Hanya negara yang menjadikan al-Quran sebagai dasar pemerintahannya sahajalah yang akan dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai ketakwaan kepada Allah SWT.

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa’. [TMQ Al Baqarah (2) :2].

Ibarat benih durian, ia akan pasti menumbuhkan pokok durian bukannya pokok rambutan. Begitu jugalah saat ini apabila pemikiran sekular yang menjadi asas kepada rakyat dan negara disubur dan dikembang biakkan, maka tidak hairanlah jika ia melahirkan rakyat yang ketakwaannya rendah. Akibatnya, masyarakat yang wujud adalah masyarakat yang nilai kesedaran akan hubungannya dengan Allah SWT adalah lemah.

Masyarakat yang ada saat ini adalah masyarakat yang tidak memperdulikan dan kurang keperihatinannya terhadap persoalan dosa dan pahala, halal dan haram. Lihat sahaja keterlibatan melampau masyarakat dengan program-program hiburan yang jelas-jelas terkait dengan maksiat kepada Allah SWT. Oleh itu adalah amat penting untuk kita menyedari bahawa setiap apa yang kita lakukan akan dipersoalkan oleh Allah SWT walaupun sebesar zarah. FirmanNya:

“maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [TMQ Al Zalzalah (99) : 7-8 ]

Lemahnya kesedaran ini menyebabkan ramai umat Islam hari ini memandang lekeh tanggungjawab yang dipikulkan ke atas mereka. Oleh kerana itu, tidak hairanlah sekiranya pemandu yang terlibat sudah memiliki banyak saman jalanraya. Sekiranya pemandu tersebut mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawabnya, sudah tentu ia akan cuba sedaya upaya berusaha untuk memastikan segala kemungkinan untuk kecuaian dan kelalaian dapat di atasi. Saman yang begitu banyak memanifestasikan sikap sambil lewa pemandu dan sikap tidak bertanggungjawab pihak pengurusan dalam memilih pemandu. Sesungguhnya manusia yang melakukan kelalaian atau kecuaian yang pada hakikatnya boleh dielakkan kelak akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Dalam aspek lain pula, jika faktor jalan raya dikenalpasti sebagai puncanya, maka sudah pasti negara perlu bertanggungjawab.

Wahai para pemimpin umat Islam! Renungilah kata-kata Khalifah Umar al-Khatab ini:

“Demi Allah andai kata ada seekor kuda yang tergelincir di Iraq, nescaya saya takut jika Allah akan meminta pertanggungjawaban daripadaku, mengapa jalan di sana tidak saya ratakan atau tidak saya perbaiki jika rosak.” Sudah sampai masanya al-Quran dijadikan dasar untuk mengatur kehidupan individu, masyarakat dan negara. Wahai manusia! “(Oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji”. [TMQ Faathir (35) : 15].

0 Ulasan: