Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Aids: Seorang mati setiap hari di Malaysia

by AURA JIHAD


Ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli Dewan Rakyat dari PKR, Timbalan Menteri Kesihatan nampaknya berbangga dengan "prestasi" yang dicapai melalui kaedah "harm reduction" (mengurangkan kemudaratan) bagi penyakit AIDS di Malaysia [klpos.com]. Hakikatnya, bilangan pengidap HIV dan AIDS bertambah setiap tahun, cuma kadar pertambahannya berubah-ubah dari tahun ke tahun.Sebagai gambaran, pada tahun 1997, bilangan pengidap HIV berkurangan jika dibandingkan dengan 1996. Namun begitu, sejak 1997 bilangannya meningkat secara mendadak sehingga memuncak pada tahun 2002.

Pada tahun 2006, bilangan pesakit AIDS menunjukan peningkatan semula , setelah agak stabil sekitar tahun 2002 hingga 2005 [unaids.org]. Penurunan kes pengidap HIV yang dilaporkan di antara tahun 2002 hingga 2006 mungkin disebabkan oleh perubahan teknik penagihan dadah sejak kebelakangan ini. Golongan penagih sudah tidak lagi mengunakan teknik suntikan tetapi mengunakan dadah jenis baru, tanpa melalui suntikan [pemadam.org.my]. Dadah terbaru (polydrug) ini hakikatnya lebih merbahaya kepada individu dan mendatangkan ancaman secara langsung kepada keluarga terdekat berbanding dadah tradisional.

Kaedah mengurangkan kemudaratan (harm reduction) tidak akan dapat meyelesaikan masalah HIV dan AIDS. Punca masalah ini adalah penerapan sistem sekular yang menjadi norma hidup masyarakat hari ini. Selagi sistem yang ada membiarkan manusia hidup tanpa panduan halal dan haram dan selagi zina dan penagihan dadah tidak dilihat sebagai jenayah yang patut dihukum dengan hukum dari Allah SWT, selagi itulah isu ini tidak akan pernah selesai.

0 Ulasan: