Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Laungan Assobiyyah Kufur Bergema!!!!!

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR, 15 April - Sekarang merupakan masa yang paling mendesak untuk dua parti utama Melayu, UMNO dan Pas bermuafakat serta bersatu bagi mempertahankan kepentingan orang Melayu yang dilihat terancam dengan suasana politik semasa. Majlis Muafakat Melayu (MMM) dan Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia berpendapat, kedua- dua parti itu kini sudah tidak boleh lagi meletakkan kepentingan politik semata-mata sebagai keutamaan sebaliknya perlu berbalik kepada kepentingan umat Melayu dan Islam. Setiausaha MMM, Prof. Madya, Datuk Dr. Zainal Abidin Borhan berkata, gabungan kedua-dua parti itu adalah jalan keluar terbaik kepada kemelut politik semasa yang merugikan umat Melayu pada masa ini. "Kita khuatir dengan 'jarum' yang dijalankan parti tertentu. Justeru, jangan sampai Melayu jadi pembangkang. Kita perlukan satu kematangan politik yang lebih mengutamakan muafakat untuk orang Melayu.

"Sewaktu Kongres Muafakat Melayu tahun lalu, kita ingatkan UMNO jangan layan permintaan bukan-bukan, sekarang UMNO berdepan tuntutan dari pelbagai sudut. UMNO kena tegas, kalau ada komponen ancam keluar Barisan Nasional (BN) sekalipun, UMNO jangan layan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini berhubung harapan pelbagai pihak yang mahu melihat Melayu bangkit mempertahankan kedudukan berikutan situasi politik semasa yang banyak merugikan Melayu. Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, umat Melayu negara ini pasti akan kuat sekiranya kedua-dua parti itu dapat bersatu padu.

"Sejak saya berada di Biro Tata Negara (BTN) dulu, kita dah suarakan harapan ini. Mengenai tuntutan bukan Melayu, pada saya, mana yang berpatutan itu masih boleh namun dalam kita melayannya, semangat juang jangan luntur, ini perlu kita nak tanam kepada generasi muda. Golongan tua pula jangan sesekali leka. Jadi pemikiran mesti lebih bernas dalam memperjuangkan hak kita," ujarnya.


Sumber : Utusan Malaysia, 16/4/09


Lag-lagi Laungan Assobiyyah

Kebimbangan yang disuarakan oleh pejuang-pejuang Melayu di atas sebenarnya berasal daripada naluri yang telah wujud di dalam diri seseorang manusia sejak ia dilahirkan. Naluri seperti ini dikenali sebagai gharizatul baqa’. Salah satu naluri yang termasuk di dalam gharizatul baqa’ ini adalah naluri untuk mempertahankan diri atau kaum apabila menghadapi sesuatu ancaman luar. Dari sinilah munculnya semangat ingin memperjuangkan kaum. Kerap-kali berlaku kaum yang berkuasa tidak berlaku adil kepada kaum-kaum lain yang berada di bawahnya. Disebabkan itulah perpecahan yang sedang berlaku di kalangan orang-orang melayu pada ketika ini menjadi kebimbangan para pejuang bangsa melayu kerana khuatir kekuasaan negara jatuh ke tangan bangsa lain lalu hak dan nasib mereka serta anak-cucu mereka kelak akan dinafikan. Persoalannya adalah; adakah usaha tersebut dilakukan di atas landasan yang betul?

Perasaan takut dan bimbang di kalangan para pejuang bangsa melayu tentang nasib dan hak mereka kalau-kalau kaum lain berkuasa itu muncul daripada naluri mereka sebagai seorang manusia ia bersifat tabii. Namun, perasaaan tersebut mestilah ditundukkan dengan syariat Islam. Ini adalah kerana syariat Islam diturunkan untuk mengatur pemenuhan naluri manusia. Sentimen perkauman dan perjuangan yang diasaskan kepada kaum adalah haram di sisi Islam. Bahkan, perjuangan seperti inilah yang telah dipergunakan oleh British semasa mereka meruntuhkan Daulah Khilafah dan terus menggunakannya untuk memecahbelahkan umat Islam sehingga ke saat ini. Justeru, mengapa para pejuang bangsa itu masih mahu menjadikan agenda perkauman sebagai asas perjuangan? Mengapakah mereka tidak melaungkan perjuangan untuk menegakkan Islam secara syumul? Padahal itulah perjuangan sebenar yang mesti dilaungkan. Adakah mereka jahil atau berpura-pura jahil kerana menyembunyikan sesuatu?

Para pejuang bangsa melayu mesti menjadikan Islam sebagai asas dan matlamat perjuangan mereka dan ianya bukan suatu pilihan tetapi kewajiban yang mesti dilaksanakan. Islam secara jelas mewajibkan umatnya bersatu-padu sebagai satu umat yang mempunyai kesatuan aqidah di bawah satu sistem pemerintahan. Firman Allah SWT: “dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” [TMQ Ali 'Imran (3) : 103]. Ayat ini menjadi hujah bahawa ikatan yang sah di antara umat Islam itu adalah ikatan mabda Islam. Iaitu mereka diikat oleh peraturan-peraturan Islam dan bukannya ikatan perkauman atau selainnya. Hanya apabila Islam ditegakkan, tidak akan muncul lagi perasaan bimbang atau khuatir tentang hak dan nasib setiap individu, kaum atau bangsanya.

0 Ulasan: