Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Gabungan UMNO-PAS : Bergabung Atas Asas Apa?

by AURA JIHAD


KUALA LUMPUR 15 Mac - Cadangan untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan yang menggabungkan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dan Pas merupakan impian seluruh masyarakat Melayu di negara ini. Ia adalah kerana kedua-dua parti tersebut merupakan dua parti terbesar orang Melayu yang selama ini sering bertentangan dalam apa jua isu disebabkan perbezaan ideologi dan prinsip dalam politik.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, segala usaha yang boleh menggerakkan ke arah merealisasikan impian tersebut antaranya mengadakan pertemuan di peringkat kepimpinan parti perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. "Saya pernah berjumpa dengan beberapa pemimpin Pas dan saya bercakap mengenai perkara ini. Mereka memberi reaksi yang amat positif dan mereka sendiri mengakui kerjasama UMNO-Pas adalah impian bagi seluruh masyarakat Islam terutama orang Melayu.

"Siapa tidak mahu melihat UMNO dan Pas bersatu? Apa yang penting sekarang, pihak UMNO dan Pas harus mengetepikan perbezaan fahaman politik supaya kita dapat memulakan segera usaha ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar semua parti politik di negara ini bersatu bagi mewujudkan kerajaan perpaduan dalam satu temuramah dengan sebuah portal berita baru-baru ini. Presiden Pas itu mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan iaitu semua pihak bekerjasama untuk kepentingan negara bukan lagi untuk kepentingan parti masing-masing yang sempit.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mengulas kenyataan itu berkata, kerajaan campuran antara BN dan Pas seperti mana dicadangkan oleh Abdul Hadi tidak perlu. Dalam pada itu, Mohamad Khir berkata, antara faktor utama beliau mahu kerjasama itu berjaya direalisasikan adalah disebabkan agama. Beliau berkata, gabungan antara kedua-dua parti berkenaan akan menguatkan lagi kedudukan Islam sekali gus memelihara kesuciannya dicemari oleh mana-mana pihak.

"Saya optimis hasrat ini akan tercapai pada satu hari nanti. Sebenarnya, tiada perbezaan yang ketara antara UMNO dan Pas kerana kita saudara seagama yang sentiasa menjunjung syariat Rasulullah. "Selain mengetepikan perbezaan fahaman politik, sifat dendam antara UMNO dan Pas perlu dikikiskan. Bagi saya, ini merupakan kerja agama kerana ia akhirnya bermatlamatkan untuk membela agama, bangsa dan negara kita.

"Bagi kaum lain, mereka tidak harus khuatir kerana hak mereka tetap akan terpelihara seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya. Dalam perkembangan yang sama, Mohamad Khir yakin dengan kewibawaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi sejarah yang pernah dibuat oleh bapanya yang juga Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak.

"Tun Abdul Razak pernah membawa masuk Pas untuk menyertai parti kerajaan pada tahun 1974. Walaupun usaha itu hanya bertahan setakat empat tahun, sekurang-kurangnya Tun Abdul Razak berjaya melakukannya," katanya. Nada yang sama turut disuarakan oleh Ketua Penerangan UMNO Johor, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Beliau berkata, antara langkah awal yang boleh dilaksanakan ialah mengadakan muzakarah antara UMNO dan Pas dengan menemukan pemimpin utama antara kedua-dua pihak. Kata beliau, melalui muzakarah berkenaan, UMNO dan Pas boleh mencari satu titik persamaan dalam isu-isu tertentu yang akhirnya memberi faedah kepada usaha membela agama, bangsa dan negara.
Selain itu, pembentukan kerajaan campuran di Perak juga boleh dijadikan langkah awal kerjasama antara BN atau secara khususnya UMNO dengan pihak Pas.

"Di Malaysia hanya UMNO dan Pas sahaja parti orang Melayu. Jika ini dapat direalisasikan saya percaya pihak yang paling gembira ialah orang Melayu sendiri. "Saya mengimpikan ia benar-benar terjadi dan saya akan sentiasa berdoa kepada Allah agar apa yang kita impikan akhirnya menjadi kenyataan," katanya lagi.

Sumber : Utusan Malaysia: 16/03/09

Bergabung Atas Asas Apa?

Apakah laungan gabungan antara PAS-UMNO sejak kebelakangan ini hanya suatu retorik atau sememangnya ada agenda tersembunyi yang ingin diraih dengan lontaran cetusan idea oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo? Walau apapun agendanya yang pasti ini adalah suatu lontaran pemikiran yang perlu dilihat dari kacamata Islam. Persoalannya ialah mengapa isu ini muncul tiba-tiba di saat ini? Mungkinkah untuk meraih undi populariti menjelang pemilihan agung UMNO? Ataukah mungkin untuk mengalih perhatian rakyat dari isu serangan oleh ahli dewan undangan rakyat(ADUN) dari Pakatan Rakyat baru-baru ini terhadap beliau? Hanya beliau sahaja yang ada jawapannya. Islam sebagai suatu sistem kehidupan yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mengatur dan menyelesaikan seluruh persoalan kehidupan manusia ini sememangnya mempunyai jawapan kepada persoalan di atas.

Terlampau banyak ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa adalah menjadi suatu kewajiban bagi umat Islam itu bersatu di atas dasar aqidah. Bergabung atau bersatunya bangsa Melayu itu seharusnya bukanlah atas asas bangsa tetapi adalah atas dasar aqidah Islam itu sendiri. Inilah yang sebenarnya dituntut oleh Islam. Firman Allah SWT “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara”. [TMQ al-Hujuraat (49):10]. Bersatunya umat Islam itu adalah dalam rangka mentaati perintah Allah SWT bukan selain darinya. Firman Allah SWT. “dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)”[TMQ al-Maa-idah(5):2]. Dan sudah semestinya bergabung dan bersatunya umat Islam itu adalah untuk berpegang teguh dengan Islam bukan yang selain dari.

Bukan diatas asas bangsa ashobiyyah. “dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya” [TMQ ‘ali-Imran:(3):103].

Jika inilah asas yang dijadikan dasar untuk umat Islam bersatu maka kita yakin bahawa idea yang dilontarkan itu akan pasti dapat direalisasikan sebagaimana kejayaan pemimpin politik ikutan umat Islam, Nabi Muhammad SAW yang telah berjaya menyatukan kelompok ‘Aus dan Khazraj di Madinah dan seterusnya berjaya mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Anshar. Sejarah kegemilangan sistem Khilafah yang pernah terwujud selama 1400 tahun dengan kejayaannya menyatukan pelbagai bangsa dan kaum di bawah suatu sitem pemerintahan (Khilafah) merupakan bukti kemampuan Islam untuk menyatukan seluruh umat manusia. Apa yang perlu ada untuk menghasilkan keinginan ini adalah suatu pakej idea/fikrah dan suatu sistem yang akan membumikan idea/fikrah tersebut. Tidak lain sistem tersebut adalah Khilafah. Jika Islam tidak dijadikan asas, sebaliknya manfaat dan asas 'kemelayuan' yang dijadikan tolok ukurnya bagi menggagas idea gabungan UMNO dan PAS maka sudah pasti impian untuk melihat idea ini terealisasi akan hanya menjadi mimpi fatamorgana di siang hari. Dan sejarah 1974 itu kembali berulang...

Filed under having  

0 Ulasan: