Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Islam - Mentadbir ATAU diTadbir?

by AURA JIHAD

PUTRAJAYA, 14 April - Program memperkasakan Islam perlu dielak daripada menjadi satu agenda politik kerana ia boleh mengundang perpecahan masyarakat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, agama tidak harus menjadi tempat berselisih faham dan bersaing antara satu sama lain.

''Biar berbeza fahaman politik, biar berbeza keadaan geopolitik tetapi agama Islam menjadi tempat kita mewujudkan kesatuan fikrah dan amal, oleh itu jangan asingkan para ulama sebaliknya biarkan mereka memberikan pandangan.
Islam - Mentadbir ATAU diTadbir?

Inilah persepsi sekular! Memisahkan Islam dari kehidupan. Ianya berpunca dari pengamalan politik sekular yang diceduk dari kuffar Barat. Politik yang diamalkan sekarang memanifestasikan doktrin pemisahan sebagai asas. Akibatnya Islam (yang suci) dilihat sebagai suatu elemen yang perlu diasingkan dari politik padahal politik hakiki tidak boleh berdiri dan berkembang tanpa Islam. Politik Islam halikatnya merupakan urusan penerapan syariah seratus peratus. Politik Islam juga menyeru kepada penyatuan, bukan perpecahan demi merebut kepentingan masing-masing. Lihatlah saja keberadaan Islam sejak zaman kenabian hingga keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah. Secara amnya, politik umat Islam sentiasa berputar pada paksi kesatuan dan penyatuan, tidak seperti hari ini, pecah-belah dan hina-menghina sesama sendiri menjadi lumrah demi mencapai tujuan 'politik' masing-masing. Bagaimana pula dengan Islam? Islam tetap terasing dari dunia politik. Natijahnya Islam dijabatankan, bukan dipolitikkan dalam kehidupan. Islam ditadbir bukan Islam yang mentadbir.

0 Ulasan: