Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Cukai Tidak Membebankan?

by AURA JIHAD

Cukai: Rakyat tidak dibeban

PUTRAJAYA 19 Mac – Rakyat dijamin tidak akan terbeban dengan pembayaran cukai pendapatan sebaliknya ia
dikurangkan dari semasa ke semasa seperti mana pengurangan cukai sehingga RM1.5 bilion yang diumumkan dalam Bajet Mini baru-baru ini.

Sumber : Utusan Malaysia 20/3/2009


Cukai Tidak Membebankan?

Apakah Islam Hadhari ketandusan ulama' ataukah mereka hanya terpacak berdiam diri ketika melihat kemungkaran di hadapan mata mereka. Ataukah mereka ini dari golongan ulama' sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah SAW sebagai ulama' " su' " yang cintakan dunia dan takutkan mati? Rasulullah SAW telah bersabda,

“Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)"
[HR Ahmad, Abu Daud & Hakim].

Dan dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka”
[HR Ahmad].

Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa cukai seperti yang dipungut di dalam sistem kapitalisme hari ini sebagai sumber pendapatan negara adalah bertentangan dengan Islam dan haram hukumnya. Di dalam Negara Islam, pendapatan negara tidak datang dari sumber cukai, namun dari sumber yang syar'i.  Malah asas ekonomi Islam jauh bertolak belakang dari asas ekonomi kapitalisme hari ini. Penerapan sistem Islam yang mulia ini PASTI akan menjana perkembangan ekonomi yang sihat dan menjamin kehidupan yang sejahtera' tanpa cukai yang membebankan!
 

0 Ulasan: