Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

SPM 2008 - Ada Apa Dengan 20A?

by AURA JIHAD

altPUTRAJAYA, 12 Mac – Seramai 10,080 daripada 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di seluruh negara berjaya memperoleh kelulusan 10 A atau lebih dalam mata pelajaran yang diambil. Sebanyak 1,676 calon atau 0.43 peratus pula berjaya mendapat gred 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan seorang calon berjaya mencatat 16 1A, 15 1A (dua orang) dan 14 1A (enam orang). Mereka yang memperoleh 9 A pula seramai 5,863 calon, manakala 5,909 lagi mendapat 8 A.



Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu hari ini berkata, daripada jumlah keseluruhan calon, seramai 347,443 atau 90.8 peratus calon mendapat sijil SPM. Selain itu, katanya, seramai 6,277 calon atau 1.6 peratus berjaya dengan cemerlang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 5,060 (1.31 peratus) pada 2007.

Menurut beliau, pada keseluruhannya, pencapaian calon SPM terutama calon sekolah di bawah kementerian adalah membanggakan dan mengatasi pencapaian tahun sebelumnya.


Begitulah resam tahunan dunia akademik di Malaysia. Saban tahun pencapaian pelajar yang mengikuti peperiksaan SPM begitu membanggakan sekali secara keseluruhan. Secara rincian, tidak pula dilaporkan dengan jelas. Begitu juga dengan skim pemarkahan yang tidak didedahkan kepada umum, apakah standardnya masih ditakuk lama atau diubah demi kepentingan semasa?


Meskipun tidak dinafikan, ada rasa bangga di kalangan mereka yang berjaya, namun hakikatnya, yang seharusnya menjadi persoalan utama bukanlah masalah kebanggaan. Apakah pencapaian yang baik dalam akademik ini akan menjamin kesejahteraan hidup? Mampukah lepasan SPM yang cemerlang berhadapan dengan krisis ekonomi, sosial dan politik mutakhir ini yang semakin menekan kehidupan? Inilah persoalan yang sepatutnya menjadi fokus dalam membincangkan pencapaian para pelajar. Apakah sistem pendidikan selama ini telah berjaya membentuk syakhsiyyah (keperibadian) yang mampan, fleksibel dan berdaya maju dalam menghadapi cabaran hidup? Apakah sistem pendidikan hari ini benar-benar telah melahirkan para pemuda yang berdisiplin, istiqomah dalam kebaikan dan ketaqwaan dan beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman?


Hakikatnya, ramai yang pasti setuju bahawa jawapan yang jelas kepada persoalan ini adalah, 'nampaknya tidak'... Kadar pengangguran tetap meningkat akibat peluang pekerjaan yang semakin menipis. Krisis ekonomi yang tak kunjung reda akibat penerapan dasar pasaran terbuka ekonomi Kapitalisme terus mencengkam kesempitan hidup dalam memenuhi keperluan primer mahupun sekunder. Kebejatan moral masyarakat terus memuncak – masalah disiplin pelajar yang tak pernah reda, rasuah, seks bebas, isu gender dan isu perkauman terus muncul di tengah-tengah masyarakat. Bahkan banyak lagi masalah, cabaran dan tekanan yang terus menerus bermunculan di dalam masyarakat hari ini. Oleh itu, apakah wajar bagi kita untuk mendabik dada dengan pencapaian akademik yang nampaknya masih tidak mampu memberi sumbangan yang jelas dalam menyelesaikan masalah-masalah kehidupan ini?


Pelajar sepatutnya dididik dengan didikan yang sempurna. Mereka perlu didedahkan dengan realiti kehidupan agar setiap permasalahan diselesaikan tanpa memperpanjangkan atau menangguhkannya. Sistem pendidikan perlu diasaskan kepada suatu kepimpinan berfikir (qiyadah fikriyyah) yang mampu menyelesaikan masalah hidup serta memberikan hasil yang cemerlang dan memuaskan hati. Nyata sekali asas pendidikan yang diamalkan sekarang bukanlah diasaskan kepada kepimpinan berfikir yang cemerlang tetapi sekadar cebisan ilmu dan bukan bentuk tsaqafah (pembudayaan) yang boleh menyiapkan umat menghadapi kehidupan yang penuh cabaran. Lebih buruk lagi, pendidikan diperdagangkan pula untuk kepentingan politik ihak-pihak tertentu.


Sistem pendidikan yang berlaku dalam kehidupan kita sekarang tidak mampu membawa kecemerlangan hidup sepertimana era kekhilafahan sepanjang 13 abad sejak Nabi SAW mendirikannya di Madinah. Sistem hari ini nyata gagal membentuk syakhsiyyah Islamiyyah yang mampan, fleksibel lagi berdaya maju untuk menghadapi cabaran hidup. Sudah tiba masanya umat Islam (khasnya) sedar dan kembali kepada sistem pendidikan Islam yang berteraskan aqidah Islam agar generasi mendatang dibentuk dengan syakhsiyyah yang cemerlang dan gemilang – sepertimana syakhsiyyah yang dibentuk ketika Islam masih lagi menjadi titik rujukan penyelesaian segenap masalah manusia.

Filed under having  

0 Ulasan: