![]() di Palestin diperangi sedemikian rupa oleh Israel. Di depan Konsulat Mesir, kaum Muslimin Australia yang dipimpin oleh Hizbut Tahrir Australia menyuarakan protes atas pengkhianatan penguasa Mesir terhadap Palestin pada hari Sabtu 27/12/08. Baru beberapa hari sebelum itu Presiden Mesir, Hosni Mubarak berjabat tangan dengan Menteri Luar Israel Tzipni Livni walhal pada hari yang sama, tentera Israel laknatullah secara brutal membantai sekurang-kurangnya 140 Muslim Palestin. Aksi protes ini Hizbut Tahrir Australia ini dimulai dengan berjalan kaki dari Masjid Surry Hills menuju Konsulat Mesir. Mereka berjalan kaki dengan melaungkan takbir dan juga seruan. Liwa’ dan Rayah Rasulullah yang tertulis kalimat tauhid berkibar dengan megah di sepanjang jalan di bumi kanggaru tersebut. Di samping itu, mereka membawa poster-poster yang berisi slogan-slogan seperti, "Wahai tentera Muslim! Lindungi Gaza bukan Israel", "Bersabarlah Gaza, Kami Tak Melupakan Kalian", "Khilafah akan segera membebaskan Palestin". Setelah tiba di depan Konsulat Mesir, pemimpin demonstrasi aman tersebut, Sdr. Mustaq dengan penuh perasaan menyampaikan tujuan protes tersebut yakni agar kaum Muslimin bersatu melawan segala penindasan yang menimpa saudara mereka. Masalah Palestin bukanlah masalah orang Arab atau warga Palestin sahaja, tetapi ianya adalah masalah kaum Muslimin secara keseluruhannya yang perlu diselesaikan dengan cara Islam. "Kenyataannya, kita sebagai sebahagian kaum Muslimin perlu berjuang untuk Islam dan untuk saudara-saudara kita di luar sana. Sudah sedia maklum bahawa kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pun dari pemerintah kita," tegas Mustaq. "Mereka tidak lain hanyalah tirani yang tidak pernah mendukung umat Islam dan kita harus berhenti berharap pada mereka," tambahnya lagi. Dalam demonstrasi itu juga, Fawaz selaku yang pertama berucap, memperkatakan tentang alasan kenapa mereka hadir di hadapan Konsulat Mesir pada hari itu. Diikuti dengan pembicara lainnya, iaitu Doktor Housam yang berucap dalam bahasa Arab. Beliau menyerukan penolakan atas rejim jahat, terutama rejim Mesir yang telah bekerjasama dalam pemboikotan dan pengepungan Gaza. ![]() Muslimah Hizbut Tahrir Australia, menyampaikan pesanan ringkas di mana beliau mengungkap persekongkolan penguasa umat Islam dengan Israel. Beliau menyentuh peristiwa beberapa hari lalu di mana Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, telah bertemu dengan pegawai tertinggi Mesir pada hari Khamis, di tengah-tengah meruncingnya keganasan Israel di Gaza. Beliau juga mengingatkan kepada kaum Muslimin bahawa penguasa Mesir melakukan perbuatan yang sungguh memalukan apabila telah bertemu dengan pegawai tinggi Israel untuk membincangkan nasib Gaza, sementara mereka menolak untuk menolong saudara mereka sendiri di Palestin. Sungguh memalukan, sikap penguasa Mesir yang tidak mengendahkan panggilan anak-anak kaum Muslimin yang kelaparan serta tangisan kaum ibu, namun dalam masa yang sama mereka bertoleransi serta berkompromi dengan perbincangan perdamaian dengan ketua negara haram Israel, tegasnya. Sebagai penutup, Syeikh Abu Anas dari Hizbut Tahrir Australia, memberikan ringkasan serta menyampaikan pesanan yang sangat penting. Ia menyeru kaum Muslimin untuk bersatu dan terus berdiri untuk saudaranya yang lain, bukan hanya Gaza, tetapi juga Chechnya, Kashmir, Iraq, Somalia, Afghanistan dan semua negeri yang tertindas. Ia mengingatkan umat Islam dengan firman Allah SWT, "Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan terhadap mereka" [TMQ al-Anfal (8):72]. Demonstrasi aman tersebut akhirnya ditutup dengan doa yang ditujukan untuk kaum Muslimin di pelbagai negeri serta memohon agar kaum Muslimin diberikan kekuatan oleh Allah untuk tetap bekerja siang dan malam dalam menegakkan kembali pelindung ummah, Al-Khilafah, satu-satunya penyelesaian dan perisai untuk melindungi kaum Muslimin di seluruh dunia. Pada hari yang sama, keganasan tentera Israel kembali terungkap dengan serangan yang dilancarkan mereka yang mengakibatkan lebih dari 230 warga Palestin terkorban dan ratusan lainnya cedera. Serangan ganas Israel ini dilakukan selang beberapa hari setelah Menteri Luar Israel Tzipni Livni berjabat tangan dengan Presiden Mesir Housni Mubarak di Kairo. Jika sebahagian kecil komuniti Muslim di Australia sahaja berani untuk menentang kezaliman Israel, lalu di manakah keberanian para penguasa Muslim saat ini yang di belakang mereka terdapat jutaan tentera kaum Muslim? Sungguh menyedihkan apabila umat ini tidak mempunyai seorang Khalifah yang akan menggerakkan bala tentera ke Palestin untuk menghancurkan Israel laknatullah. ![]() ![]() ![]() |
Demonstrasi oleh Hizbut Tahrir Australia terhadap keganasan Israel laknatullah
Hijrah: Tokoh Islam masih jauh hanyut
KUALA LUMPUR 28 Dis. - Umat Islam diminta mengambil kesempatan bermuhasabah diri dengan menjadikan akhlak Nabi Muhammad SAW sebagai contoh sempena sambutan Maal Hijrah esok.
Beberapa tokoh tempatan berkata, kisah pengorbanan dan sejarah penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah untuk menyebarkan syiar Islam itu wajar dibanggakan dan dijadikan contoh oleh semua penganut agama suci itu.
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, tarikh 1 Muharam adalah sangat signifikan dengan permulaan penyebaran agama tersebut di dunia.
''Justeru, sambutan Maal Hijrah harus dibangga dan didahulukan oleh umat Islam berbanding perayaan lain di negara ini. Inilah masanya kita perlu beriltizam untuk memperbaiki diri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas sambutan tahun baru kalendar Islam yang jatuh esok.
Exco Persatuan Ulama Malaysia, Ishak Sulaiman pula memberitahu, sambutan Maal Hijrah di negara ini kurang mendapat perhatian orang ramai kerana penganjuran yang kurang kreatif.
''Saya lihat banyak sangat program stereotaip seperti ceramah di masjid-masjid sempena perayaan itu dan ini perlu segera ditukar," jelasnya.
Menurutnya, pihak-pihak berwajib perlu lebih kreatif dalam menganjurkan sambutan itu seperti mengadakan pertandingan tertentu bagi menggalakkan penyertaan orang ramai.
Dalam pada itu, pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid memberitahu, fenomena sambutan Maal Hijrah yang hambar di negara ini adalah sesuatu yang menyedihkan.
Katanya, keadaan tersebut menunjukkan seolah-olah pengaruh Islam di negara ini terlalu rendah, walaupun majoriti rakyatnya menganut agama berkenaan.
''Jadi saya menyeru umat Islam dari semua peringkat supaya memperkasakan pengetahuan sejarah Islam mereka dan membudayakan setiap perayaan dalam kalendar Islam," jelasnya.
Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pula mengajak kesemua peminat mengambil berkat sambutan tahun baru Islam itu dengan melakukan amalan seperti doa awal dan akhir tahun serta amalan sunat lain.
"Sambutan Maal Hijrah ini lebih bermakna dan istimewa daripada sambutan tahun baru Masihi jadi golongan artis kena sama-sama menyambut dan meraikannya supaya menjadi ikutan peminat," katanya.
Sementara itu, Angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed berkata, "tahun baru Hijrah ini menuntut rakyat terus melihat dengan pandangan yang lebih besar bagi membawa negara ke mercu kejayaan."
Sumber: Utusan Malaysia 29/12/08
Ulasan:
Inilah sebahagian pandangan masa kini terhadap ketibaan awal Muharram. Masing-masing cuba memperkatakannya mengikut perspektif masing-masing. Sering kali ‘bentuk sambutan’ dipersoalkan dan dicadangkan agar sambutannya dibuat dengan lebih meriah dan kreatif.
Inilah pandangan dan kesibukan beberapa tokoh di Malaysia dalam usaha mereka membincangkan dan ‘memeriahkan’ lagi sambutan awal Muharram, tatkala umat Islam di Palestin pada masa ini sedang ‘dimeriahkan’ dengan bedilan peluru dan bom Israel. Umat Islam di Malaysia masih sibuk membincangkan soal ‘perubahan diri’ dan soal memperkenalkan Malaysia di mata dunia, tatkala saudara mereka di Gaza merintih dan meraung memerlukan pertolongan.
Sesungguhnya 1 Muharram yang sering dikaitkan dengan hijrah bukanlah simbolik kepada perubahan diri, bahkan peristiwa hijrah itu sendiri perlu difahami agar ia dapat membentuk kesedaran politik kepada titik perubahan keseluruhan hidup kaum Muslimin, sama ada pada generasi tersebut mahupun generasi selepasnya. Hijrahnya Rasulullah dan para sahabat tatkala itu bukanlah hijrah ‘perubahan diri’, tetapi berhijrah dari kufur di mana umat Islam ditindas dan diperangi dengan begitu hebat oleh golongan kuffar, menuju ke Madinah bagi mewujudkan sebuah Negara Islam yang akan menyelamatkan darah dan nyawa kaum Muslimin. Inilah hakikat hijrah Nabi saw.
Negara Islam yang dibina oleh Rasulullah diteruskan lagi oleh para sahabat dan Daulah Khilafah ini terus berkembang dan ia menjaga harta, darah dan nyawa umat Islam yang bernaung di bawahnya. Setelah kejatuhan Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342 H (3 Mac 1924), Umat Islam kini sudah tidak lagi mempunyai sebuah negara. Bertambah malang, peristiwa hijrah Rasul hanya dikenang di dalam bentuk perarakan dan penganugerahan tokoh Ma’al Hijrah saban tahunnya. Apakah dengan sambutan sebegini, maka akan berubahlah nasib umat di Malaysia, atau apatah lagi nasib umat Islam di Palestin yang kini sedang diratah tentera Israel laknatullah.
Kesan yang signifikan dari peristiwa hijrah Nabi SAW adalah, umat Islam pada ketika itu keluar dari kegelapan hidup berselubungkan sistem kehidupan Jahiliyyah di bawah pemerintahan dan undang-undang kufur. Manakala kaum Muslimin di Mekah pula tidak henti-henti diperangi dan dibunuh oleh kuffar Quraisy. Justeru, hijrahnya Rasul SAW dan para sahabat dengan membentuk sebuah Negara Islam dan selepas itu barulah wujud kekuatan untuk melawan kekuatan musuh dalam bentuk ‘sebuah negara’. Kemudian, dengan Negara tersebut, Rasulullah SAW melancarkan jihad dan membebaskan kaum Muslimin dari kekejaman kuffar. Inilah hijrah Nabi SAW. Namun sayangnya saat ini di kala umat Islam diperangi oleh kuffar, sebahagian mereka yang bergelar tokoh di Malaysia masih membicarakan tentang ingin menyambut awal Muharram besar-besaran agar lebih meriah, dan lagi banyak memakan duit rakyat tentunya.
Saban tahun Ma’al Hijrah disambut dengan seruan agar umat berubah, tetapi skop perubahan hanya terangkum dalam aspek akhlak, tidak kepada perubahan total dari segi politik, ekonomi, ketenteraan, dasar luar negeri dan lain-lain lagi. Tokoh Islam di negara ini kebanyakannya hanyalah pengampu kerajaan dan langsung tidak berani membicarakan tentang perubahan total umat Islam, yakni hijrah dari sistem sekular menuju sistem Khilafah. Ini adalah kerana perubahan total itu sering dikaitkan dengan perspektif yang negatif, dan jika mereka membicarakan hal ini, maka habislah ‘periuk nasi’ mereka. Sudahnya, mereka sibuk berkokok mengampu kerajaan manakala nasib umat Islam masih sama saban tahun. Para pemimpin, tokoh dan ulama tajaan sekular ini akan memastikan ‘perubahan’ yang diserukan adalah perubahan yang sentiasa memanjangkan usia sekularisme di seluruh pelusuk negara. Ingin mengharap mereka berbicara pasal jihad...ya mereka pun akan berbicara juga, dan mereka akan berbicara secara panjang lebar...tentang jihad ekonomi, jihad diri, jihad busines, jihad pendidikan, jihad keluarga dan seumpamanya. Itulah jihad mereka!
Umat Islam sepatutnya meneladani peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai sebuah kewajipan membangun sebuah negara Islam. Tanya diri setakat manakah aku telah berusaha untuk mewujudkan sebuah Negara Islam (Daulah Khilafah) sebagai muhasabah. Perubahan diri yang hanya menyentuh aspek akhlak tidak akan membuahkan hasil yang sebenar menurut perspektif hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. Bangkitnya sebuah negara Islam (Khilafah) itulah perubahan yang sebenarnya. Dengan negaralah, seluruh kehidupan kita diatur dengan wahyu Allah SWT, nikmat Islam dapat dikecapi oleh sekalian umat yang bernaung di bawahnya dan musuh Islam akan pasti dapat dikalahkan. Ini terbukti oleh kegemilangan sejarahnya sejak 1 Muharram 1H hingga 28 Rajab 1342H. Semoga pada tahun hijrah yang akan datang, pertolongan Allah dengan wujudnya kembali Daulah Khilafah akan terealisasi.
Ayuh, bangkitlah saudaraku, mari kita sama-sama berhijrah dan menolak sistem sekular dan kita tegakkan Islam!
Ayuh tegakkan Khilafah dan berhenti berharap kepada OIC, PBB, NAM dan pemimpin sekular

Peperangan di antara Isreal dan Muslim di Palestin tidak pernah kunjung padam. Setiap kali berlaku serangan, pemimpin umat Islam hanya lebih suka memerhati dan mengutuk sahaja apa jua bentuk keganasan yang dilakukan rejim Zionis Israel terhadap umat Islam. Ada pula yang sentiasa mengharapkan PBB, OIC dan NAM agar membantu. Begitulah kisah ini berulang dan terus berulang saban waktu hingga berpuluh tahun lamanya. Bukannya mereka tidak tahu bahawa PBB adalah organisasi kufur kuda tunggangan Amerika. Bukannya mereka jahil bahawa OIC hanyalah badan yang ‘mengekalkan’ perpecahan umat Islam di bawah negara-bangsa. Dan bukanlah pemimpin ini buta bahawa NAM (dan juga OIC) hanya berminat untuk bermesyuarat dan mengeluarkan resolusi sahaja kerja mereka.
Namun, malangnya setiap kali umat Islam dibunuh oleh golongan kuffar, pemimpin umat Islam masih terpekik terlolong meminta bantuan dari PBB, OIC dan juga NAM. Pandanglah dengan hati yang jernih dan bukan dengan hati yang buta, apakah PBB, OIC dan NAM akan menyelamatkan umat Islam? Percayalah bahawa keadaan akan kekal berterusan begini sekiranya umat Islam masih mengharap badan-badan ini bagi menyelesaikan permasalahan mereka. Apakah yang boleh diharapkan dari badan kufur seperti PBB, badan berkecuali seperti NAM dan ‘badan mesyuarat’ seperti OIC, kesemua atur main badan ini telah ditetapkan oleh golongan kuffar atau pun golongan penguasa Islam yang sekular. Mereka bukan menjadi penyelamat umat, sebaliknya PBB-lah badan yang membunuh umat Islam, OIC pula menjadi pemerhati dan NAM akan sentiasa berkecuali.
Sungguh pelik dengan orang yang bergelar ulama apabila berharap kepada badan kufur seperti PBB untuk menyelamatkan umat Islam. Ramai di kalangan ulama ini dahulunya begitu menyokong dan mengharapkan Barrack Obama sebagai pembawa perubahan. Nah sekarang saksikanlah sendiri apakah tindakan Obama di dalam kes ini? Bagi yang mengalu-alukan Barrack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat yang baru yang dijangka membawa perubahan di dalam hubungan Barat dan Islam, sedarlah bahawa kalian hanya bermimpi di siang hari. Kepada umat Islam yang masih ada keimanan dan keikhlasan, sedarlah bahawa Israel dan Amerika akan terus bersekutu di dalam memerangi umat Islam. Janganlah hendaknya kalian terus hanyut di dalam khayalan yang kalian mimpikan selama ini.
Walaupun tindakan mengadakan demonstrasi bagi membantah kekejaman Israel adalah baik untuk dianjurkan, namun kita perlu ingat bahawa demonstrasi sahaja tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah umat Islam di Palestin. Demonstrasi di kedutaan semata-mata tidak akan membuatkan AS atau Israel berasa gusar atau takut. Apa yang akan menggusar dan menakutkan mereka adalah apabila umat Islam membantah kerajaan masing-masing kerana berdiam diri dan tidak mahu menggerakkan bala tentera mereka untuk berjihad menentang Israel. Apa yang akan menggusarkan kuffar Israel dan AS adalah apabila umat Islam berusaha menegakkan kembali Daulah Khilafah untuk membalas segala tindakan ganas Israel ke atas umat Islam.
Setakat ini, AS dan Israel masih boleh bernafas lega setiap kali mereka membantai umat Islam. Ini kerana, belum ada satu negara umat Islam pun yang berani dan sanggup mengisytiharkan jihad ke atas Israel. Insya Allah, usaha berterusan kita di dalam menegakkan Khilafah dan apabila berdirinya Khilafah nanti, maka Khalifah akan terus mengisytiharkan jihad ke atas negara musuh Allah ini dan pada ketika itu, ketakutan AS dan Israel tidak akan pernah reda.
Pada masa ini, sesetengah dari negara umat Islam di bawah OIC sendiri mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel seperti Turki, Jordan, Mesir dan Qatar, dan rata-rata pemimpin rejim Arab ini kesemuanya memilih untuk berdiam diri dan tunduk kepada musuh.
Sesungguhnya Israel bukanlah kuat mana. Jika kita masih ingat pada bulan Julai tahun 2006 menyaksikan bagaimana Israel gagal untuk menghancurkan kekuatan Hizbullah di Lebanon. Israel telah menceroboh Lebanon, namun ramai anggota tenteranya terkorban dan ada pegawai tinggi ketenteraan Israel meletak jawatan selepas kegagalan tersebut. Israel juga terpaksa mengundurkan tenteranya dari selatan Lebanon pada tahun 1999, juga selepas beberapa tahun gagal untuk melemahkan Hizbullah. Peristiwa ini sepatutnya memberikan pukulan hebat kepada rejim-rejim Arab Teluk dan juga Mesir di atas sikap diam mereka. Sekiranya Hizbullah yang hanyalah ‘sebuah gerakan’ berjaya mematahkan kekuatan tentera Israel yang merupakan ‘sebuah negara’, maka apatah lagi jika negara-negara kaum Muslimin lainnya bersatu menghantar tentera untuk membantu penduduk Gaza daripada serangan Israel. Kita dapat bayangkan betapa tentera Israel akan rebah menyembah bumi dengan ramainya.
Percayalah bahawa di dalam dunia Islam, terdapat ribuan atau jutaan umat Islam yang sanggup berjihad menentang kekejaman Israel, tetapi apa yang menghalang mereka daripada melakukan perkara ini adalah para pemimpin mereka sendiri. Penguasa kaum Muslimin langsung tidak menggerakkan tentera mereka untuk membantu umat Islam yang dibunuh kuffar, malah kalau ada dari rakyat mereka yang ingin berjihad akan pasti dicopnya teroris, sesuai dengan kehendak Barat.
Khalifah sebagai ketua Negara Islam sesungguhnya tidak akan sekali-kali membiarkan tentera kuffar menumpahkan darah dan kehormatan kaum Muslimin sedikit pun. Khalifah adalah perisai umat dan dia adalah penjaga umat ini, tidak sebagaimana pemimpin yang ada sekarang yang hanya menjaga perut masing-masing, dan lebih buruk, mereka menjaga golongan kuffar dari menjaga umat Islam. Justeru, ayuhlah kita bersatu dan berusaha untuk tegakkan Khilafah dan berhenti mengharap kepada pemimpin sekular dan sistem kufur yang ada untuk menyelesaikan kezaliman yang menimpa saudara-saudara kita.