Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Demonstrasi oleh Hizbut Tahrir Australia terhadap keganasan Israel laknatullah

by AURA JIHAD

Sesungguhnya Mukmin itu bersaudara, oleh sebab itulah kaum Muslimin Australia tidak rela saudaranya
di Palestin diperangi sedemikian rupa oleh Israel.
Di depan Konsulat Mesir, kaum Muslimin Australia yang
dipimpin oleh Hizbut
Tahrir Australia menyuarakan protes atas
pengkhianatan penguasa Mesir terhadap Palestin pada
hari Sabtu 27/12/08.
Baru beberapa hari sebelum itu Presiden
Mesir, Hosni Mubarak
berjabat tangan dengan Menteri Luar
Israel Tzipni Livni walhal
pada hari yang sama, tentera Israel laknatullah secara brutal
membantai sekurang-kurangnya 140
Muslim Palestin.

Aksi protes ini Hizbut Tahrir Australia
ini dimulai dengan
berjalan kaki dari Masjid Surry Hills
menuju Konsulat Mesir.
Mereka berjalan kaki dengan melaungkan
takbir dan juga seruan.
Liwa’ dan Rayah Rasulullah yang tertulis
kalimat tauhid berkibar
dengan megah di sepanjang jalan di bumi kanggaru tersebut.

Di samping itu, mereka membawa poster-poster yang
berisi slogan-slogan seperti,

"Wahai tentera Muslim! Lindungi
Gaza bukan Israel",

"Bersabarlah Gaza, Kami Tak
Melupakan Kalian",

"Khilafah akan segera
membebaskan Palestin".

Setelah tiba di depan Konsulat Mesir,
pemimpin demonstrasi aman tersebut,
Sdr. Mustaq dengan penuh perasaan menyampaikan
tujuan protes tersebut yakni agar kaum Muslimin bersatu
melawan segala penindasan yang menimpa
saudara mereka. Masalah Palestin
bukanlah masalah orang Arab atau warga Palestin sahaja,
tetapi ianya
adalah masalah kaum Muslimin
secara keseluruhannya
yang perlu diselesaikan dengan cara Islam.

"Kenyataannya, kita sebagai sebahagian
kaum Muslimin perlu berjuang untuk Islam
dan untuk saudara-saudara kita di luar sana.
Sudah sedia maklum bahawa kita tidak dapat
mengharapkan apa-apa pun dari pemerintah
kita," tegas Mustaq.

"Mereka tidak lain hanyalah tirani yang tidak
pernah mendukung umat Islam
dan kita harus berhenti
berharap pada mereka," tambahnya lagi.

Dalam demonstrasi itu juga,
Fawaz selaku yang pertama berucap,
memperkatakan tentang alasan kenapa
mereka hadir di hadapan Konsulat Mesir pada hari itu.
Diikuti dengan pembicara lainnya,
iaitu Doktor Housam yang berucap
dalam bahasa Arab.
Beliau menyerukan penolakan atas rejim jahat,
terutama rejim Mesir yang telah bekerjasama
dalam pemboikotan dan pengepungan Gaza.

Maryam, wakil daripada
Muslimah Hizbut Tahrir Australia,
menyampaikan pesanan ringkas di mana
beliau mengungkap
persekongkolan
penguasa umat Islam
dengan Israel. Beliau menyentuh peristiwa
beberapa hari lalu di mana Menteri Luar Israel, Tzipi Livni,
telah bertemu dengan pegawai tertinggi Mesir pada hari Khamis, di tengah-tengah meruncingnya keganasan Israel di Gaza.

Beliau juga mengingatkan kepada kaum
Muslimin bahawa penguasa Mesir melakukan
perbuatan yang sungguh memalukan apabila telah bertemu
dengan pegawai tinggi Israel untuk
membincangkan nasib Gaza, sementara mereka
menolak untuk menolong saudara mereka sendiri di Palestin.
Sungguh memalukan, sikap penguasa Mesir yang tidak
mengendahkan panggilan anak-anak kaum Muslimin
yang kelaparan serta tangisan kaum ibu,
namun dalam masa yang sama mereka
bertoleransi serta berkompromi dengan
perbincangan perdamaian dengan ketua
negara haram Israel, tegasnya.

Sebagai penutup, Syeikh Abu Anas dari Hizbut Tahrir Australia, memberikan ringkasan serta menyampaikan
pesanan yang sangat penting. Ia menyeru
kaum Muslimin untuk bersatu dan terus
berdiri untuk saudaranya yang lain,
bukan hanya Gaza, tetapi juga Chechnya, Kashmir, Iraq, Somalia,
Afghanistan dan semua negeri yang tertindas.
Ia mengingatkan umat Islam dengan firman Allah SWT,

"Jika mereka meminta pertolongan
kepadamu dalam (urusan) agama,
maka kamu wajib memberikan pertolongan
terhadap mereka" [TMQ al-Anfal (8):72].

Demonstrasi aman tersebut akhirnya
ditutup dengan doa yang ditujukan
untuk kaum Muslimin di pelbagai negeri
serta memohon agar kaum
Muslimin diberikan kekuatan oleh
Allah untuk tetap bekerja siang dan
malam dalam menegakkan kembali
pelindung ummah, Al-Khilafah,
satu-satunya penyelesaian dan perisai untuk
melindungi kaum Muslimin di seluruh dunia.

Pada hari yang sama, keganasan tentera
Israel kembali terungkap dengan serangan
yang dilancarkan mereka yang mengakibatkan
lebih dari 230 warga Palestin terkorban dan
ratusan lainnya cedera.
Serangan ganas Israel ini dilakukan selang
beberapa hari setelah Menteri Luar Israel
Tzipni Livni berjabat tangan dengan Presiden
Mesir Housni Mubarak di Kairo.
Jika sebahagian kecil komuniti Muslim
di Australia sahaja berani untuk menentang
kezaliman Israel, lalu di manakah keberanian
para penguasa Muslim saat ini yang
di belakang mereka terdapat jutaan
tentera kaum Muslim?
Sungguh menyedihkan apabila umat ini
tidak mempunyai seorang Khalifah yang
akan menggerakkan bala tentera ke Palestin
untuk menghancurkan Israel laknatullah.







Filed under having  

0 Ulasan: