Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

UMNO dan politik wang, ibarat lagu dan irama

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ibu pejabat UMNO telah menubuhkan sebuah sekretariat untuk memantau mesyuarat cawangan dan bahagian di seluruh negara bagi memastikan tidak berlaku gejala politik wang pada pemilihan parti kali ini.

Presiden UMNO berkata, sekretariat yang mempunyai kakitangan yang mencukupi itu bertanggungjawab memantau perjalanan mesyuarat berkenaan supaya ia mematuhi etika parti.

“Langkah ini selaras dengan keputusan Jawatankuasa Pengurusan parti supaya perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian serta kempen diawasi oleh ibu pejabat UMNO,” kata Abdullah pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Wanita Bersama Pemimpin di sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam yang mendedahkan perjalanan mesyuarat cawangan UMNO bahagian itu sejak tiga minggu lalu adalah yang terburuk dalam sejarah kerana dicemari gejala politik wang, kehadiran anasir luar dan dipenuhi pelbagai ugutan serta ancaman.

UMNO sedang mengadakan pemilihan cawangan secara berperingkat dari 17 Julai hingga 24 Ogos ini yang turut menyaksikan pemilihan pelbagai jawatan di peringkat itu.

Selepas pemilihan cawangan, UMNO akan mengadakan pemilihan peringkat bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November sebelum diikuti pertandingan jawatan peringkat tertinggi parti pada Perhimpunan Agung dari 16 hingga 20 Disember.

Menurut Abdullah, ibu pejabat UMNO memberikan perhatian serius terhadap gejala politik wang kerana tidak mahu ia berterusan sehingga merosakkan parti.

Mengenai pungutan pendapat yang dilakukan oleh Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan popularitinya di kalangan rakyat semakin merosot, Abdullah berkata, ia adalah perkara normal.

“Setiap ahli politik ada masa turun dan naiknya. Apa yang penting bagi saya ialah apa yang dibuat untuk rakyat dan negara,” ujarnya.

Ditanya mengenai tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang membuat tuntutan ganti rugi RM4.7 bilion ekoran pembatalan beberapa projek mega di negeri itu, Perdana Menteri menegaskan, pihaknya tidak akan melayan desakan itu kerana Kerajaan Pusat tidak pernah berhutang apa-apa dengan kerajaan negeri itu.

“Pembatalan itu dibuat kerana kita perlu memberikan keutamaan kepada projek- projek lain yang lebih penting dan kita akan terus berpegang kepada keputusan ini,” ujar beliau.

Sumber: Utusan Malaysia 05/08/08

Ulasan:

Setiap kali berlakunya pemilihan UMNO, setiap kali itulah isu politik wang akan dapat kita saksikan. Ibarat kata, UMNO dan politik wang adalah umpama aur dan tebing, umpama irama dan lagu, jika dipisahkan keduanya, maka rosaklah irama, pincanglah lagunya. Sipa tak tahu yang UMNO dan politik wang adalah dua perkara yang berjalan seiring dan takkan dapat dipisahkan? Di mana ada ahli politik, di situlah adanya wang. Di mana ada wang, di situlah adanya tokoh-tokoh Kapitalis yang menghamburkannya. Inilah dunia politik UMNO yang penuh dengan kekotoran.

Untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh dalam dunia politik Kapitalisme sebagaimana di amalkan UMNO, seseorang itu perlu memiliki kekayaan. Kekayaan merupakan tiket kepada kekuasaan dan pengaruh. Tidak ada wang, maka tiadalah harapan seseorang itu dalam politik. Untuk terjun ke dunia politik Kapitalis ini, seseorang itu perlu mempunyai sumber kewangan yang banyak bagi menarik sokongan dari penyokong-penyokongnya. Keluhan dari Menteri Keselamatan Dalam Negeri merangkap Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi iaitu Dato Seri Syed Hamid Albar bukanlah suatu yang baru dalam amalan politik kapitalis ini. Keluhan beliau hanya memperjelaskan kepada kita betap busuk dan buruknya permainan politik yang berpaksikan idea Machiavelli di mana “matlamat menghalalkan segala cara”. Inilah kesannya apabila umat Islam itu mengambil pemikiran politik kufur untuk diamalkan saat ini. Yang dipertaruhkan adalah keuntungan dan manfaat semata-mata bukannya hukum syara’.

Islam sebagai suatu sistem hidup telah memperjelaskan dengan secara terang apakah yang dimaksudkan dengan politik itu. Politik atau siyasah itu maknanya adalah mengurusi urusan umat, sama ada di dalam atau pun di luar negeri. Sabda Rasulullah SAW,

"Siapa saja yang bangun pagi dengan gapaiannya bukan Allah maka ia bukanlah (hamba) Allah, dan siapa saja yang bangun pagi namum tidak memperhatikan urusan kaum muslimin maka ia bukan dari golongan mereka." [HR Al Hakim].

Bagi seorang ahli politik Islam mereka akan memahami bahawa politik itu adalah sesuatu yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Seorang pemimpin akan ditanya berkenaan dengan rakyat yang menjadi jagaannya. Sabda Rasulullah SAW,

“Ingatlah, setiap kamu adalah penggembala (pemelihara/penjaga) dan akan diminta pertanggungjawaban atas gembalaannya, setiap pemimpin adalah pemelihara (rakyatnya) dan akan diminta pertanggungjawaban atas pemeliharaannya, setiap laki-laki itu pemelihara ke atas ahli rumahnya dan akan dimintai pertanggungjawaban atas pemeliharaannya, perempuan itu pemelihara di dalam rumah suaminya dan dia akan ditanya, seorang hamba adalah pemelihara harta tuannya dan dia akan ditanya tentang harta itu. Ingatlah! kamu semua adalah pemelihara dan kamu semua akan ditanya tentang pemeliharaaan kamu”. [HR Tirmidzi, Juz 3, Hadits 1757].

Apa lagi yang kita harapkan dengan dunia politik Kapitalis ini? Para pemimpin ini sibuk berlumba dengan merasuah antara satu sama lain demi meraih kekuasaan, untuk mengaut lagi banyak kekayaaan yang ada. Inilah politik yang ada sekarang. Apakah pemimpin sebegini yang menjadi pilihan kita?

Filed under having 0 Ulasan  

SALAH SATU CONTOH POLITIK KUFUR BUSUK LAGI MENJIJIKKAN DARI UMNO

by AURA JIHAD

IPOH: Seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Cawangan Pernas Charter Management (PCM) Bahagian Gopeng cedera di kedua-dua belah kaki akibat dipukul dengan kayu golf selepas seorang rakannya tidak berpuas hati berhubung pencalonan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian itu, semalam.


Mangsa, Abdullah Abdul Hamid, 44, yang menyertai Umno sejak 1985, menerima rawatan sebagai pesakit luar Hospital Permaisuri Bainun.


Abdullah berkata selepas selesai mesyuarat jam 4.30 petang, beliau yang singgah di Batu Gajah didatangi seorang lelaki yang tidak berpuas hati apabila abangnya yang juga Setiausaha Umno Bahagian Gopeng tidak dicalonkan cawangan PCM untuk bertanding timbalan ketua Umno bahagian itu.

"Lelaki itu yang juga AJK Umno cawangan Kampung Pisang itu naik berang lalu mengeluarkan sebatang kayu golf dari keretanya lalu memukul Abdullah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Sidang akhbar itu turut dihadiri Ketua Umno Cawangan PCM, Hishamuddin Abdul Rahman.

Abdullah yang bekerja sebagai Eksekutif Tekun Nasional di sini kemudian berlari untuk menyelamatkan diri dan dibantu oleh orang ramai untuk mendapatkan rawatan di hospital Bainun sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu Gajah.

Jurucakap Balai Polis Batu Gajah ketika dihubungi mengesahkan laporan yang dibuat oleh Abdullah.


Empat calon dijangka bertanding bagi merebut jawatan Ketua Umno bahagian itu selepas bekas ketuanya Datuk Seri Abdul Shamsuddin mengumumkan untuk melepaskan jawatan itu, baru-baru ini. — Bernama

Filed under having 0 Ulasan  
by AURA JIHAD

Kuala Lumpur 24 Julai - Semasa berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Agama Dalam Pencarian Keamanan dan Keadilan Sejagat di Kuala Lumpur hari ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggariskan empat langkah bagi memerangi tafsiran sempit ajaran Islam yang dilakukan oleh golongan ekstremis sehingga menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan kesengsaraan kepada ummah.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata, langkah pertama ialah merombak kurikulum agama di sekolah supaya ia menekankan tafsiran agama bersifat sejagat. Langkah kedua ialah supaya golongan cendekiawan Islam mendekati masyarakat bagi menerangkan ajaran Islam sebenar dan langkah ketiga media perlu memperjuangkan nilai sejagat Islam. Tambahnya lagi, langkah keempat ialah melaksanakan nilai-nilai positif Islam dari peringkat kerajaan hingga keluarga.

Tidak habis-habis nampaknya istilah ekstremis digunakan oleh kerajaan untuk melabelkan golongan tertentu di dalam usaha menyekat mereka untuk mempengaruhi masyarakat. Siapakah golongan yang dilabelkan sebagai ekstremis itu? Apakah yang dimaksudkan dengan tafsiran sempit? Adakah golongan ekstremis ini benar-benar telah memberi tafsiran ajaran Islam yang sempit?

Sudah menjadi lumrah bagi mana-mana kerajaan atau penguasa di dunia ini untuk menentang segala bentuk pemikiran dan perjuangan yang tidak selari dan bertentangan dengan apa yang sedang dilaksanakan oleh mereka. Jadi melabel kelompok/gerakan Islam dengan istilah ekstremis, fundamentalis dan radikal adalah sebahagian daripada propaganda untuk memburukkan usaha-usaha mengembalikan kehidupan Islam secara kaffah di tengah-tengah masyarakat.

Memang kita pun tidak mahu kepada tafsiran yang sempit tantang Islam, namun apakah apakah tafsiran luas yang diinginkan kerajaan? Apakah dengan menerapkan sistem kufur warisan British sekarang merupakan satu tafsiran Islam yang luas? Apakah dengan merampas hak rakyat seperti minyak, gas, air, elektrik dan sebaginya dan menjual balik kepada rakyat dengan harga yang melambung tinggi, merupakan satu tafsiran Islam yang luas. Apakah segala konsep kebebasan Barat yang diterapkan dalam sistem sosial pada hari ni merupakan manifestasi kepada tafsiran Islam yang luas? Siapakah yang telah menyalahtafsirkan Islam di sini? Sistem kufur yang sedang diterapkan oleh kerajaan pada ketika ini yang berasaskan kepada konsep pemisahan di antara agama dan kehidupan (sekularime), apakah ini adalah ajaran Islam yang benar???

Istilah Islam ekstremis dan fundamentalis hanya merupakan istilah rekaan Barat dan menjadi alat propaganda mereka untuk menghalang pelaksanaan Islam yang sebenar. Apa yang Barat mahukan ialah “Islam Moderat”, sebagaimana yang dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin Islam yang ada hari ini, dan konsep Islam moderat ini hendaklah dikekalkan. Inilah yang Barat mahukan. Oleh kerana itu, penafsiran-penafsiran Islam yang berlawanan dengan “Islam moderat” yang dibawa oleh kerajaan, seperti yang sedang diperjuangkan oleh gerakan-gerakan Islam yang ingin menegakkan hukum Islam secara kaffah, pemikiran seperti inilah yang cuba dihalang oleh kerajaan. Walhal pemikiran inilah yang sepatutnya ada pada kerajaan, yakni pemikiran Islam yang tidak bercampur aduk dengan pemikiran Barat, pemikiran untuk menegakkan agama Allah secara kaffah. Inilah pemikiran Islam yang benar, yakni melaksanakan hukum Allah berlandaskan al-Quran dan al-Hadis sepenuhnya, dengan membuang segala hukum kufur warisan penjajah ini dari bumi umat Islam.

Filed under having 0 Ulasan  

Umat Islam semakin menyahut seruan Khilafah

by AURA JIHAD

Bertahun-tahun lamanya golongan kuffar Imperialis Barat telah melakukan serangan terhadap usaha untuk menegakkan semula Khilafah. Mereka melontarkan pelbagai kata-kata dan propaganda jahat bagi menggambarkan kepada dunia bahawa gerakan yang ingin menegakkan Khilafah adalah gerakan yang ekstrem, radikal, teroris dan pelbagai macam tohmahan lagi. Mereka berusaha untuk menakutkan dunia, termasuklah dunia Islam sendiri bahawa Khilafah merupakan sebuah kekuasaan yang penuh dengan kejahatan dan kekolotan.

George W. Bush sering melemparkan kata-kata jahatnya terhadap gerakan yang ingin mendirikan semula Khilafah, antaranya They hope to establish a violent political utopia across the Middle East, which they call caliphate, where all would be ruled according to their hateful ideology.” (“Mereka mengharapkan berdirinya sebuah entiti politik kejam yang tak masuk akal di Timur Tengah, yang mereka sebut sebagai Khilafah, di mana semuanya akan diperintah mengikut ideologi kebencian mereka”).

Mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair, semasa memberi komen setelah peristiwa pengeboman London menyifatkan pengebom sebagai ‘barbarian’. Tidak berhenti di situ. Blair kemudian menambah, “Undang-undang syariah di dunia Arab akan membawa kepada terbentuknya satu kekhilafahan untuk seluruh manusia dengan Islam.” Menteri Dalam Negerinya Charles Clark ketika itu pun turut memberikan pernyataan (dalam dialognya dengan para pemikir sayap kanan Amerika, The Heritage Foundation), “Kita tidak akan pernah bertolak ansur sedikit pun tentang penegakan Khilafah. Kita juga tidak akan bertolak ansur apa pun tentang pelaksanaan undang-undang (hukum) syariah.”

Banyak lagi pernyataan-pernyataan lain yang keluar dari mulut golongan kuffar ini tentang Khilafah. Seruan kepada Khilafah benar-benar telah digambarkan dengan gambaran yang jahat oleh mereka dan mereka sering mengaitkannya dengan keganasan. Padahal, usaha umat Islam untuk menegakkan Khilafah, sejak Khilafah dihancurkan pada 3 Mac 1924, ternyata berjalan tanpa kekerasan sedikit pun. Dan perjuangan ini tidak lain merupakan perjuangan politik semata-mata. Ia adalah perjuangan politik dalam usaha umat Islam untuk mewujudkan semula institusi politik antarabangsa yang telah runtuh ini.

.

Namun, dengan usaha yang bersungguh-sungguh dari Hizbut Tahrir dan dengan pertolongan Allah SWT, semua propaganda jahat kuffar itu dapat di atasi sedikit demi sedikit. Seruan menegakkan Khilafah yang dilaungkan oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia telah membuka mata umat Islam dari masa ke semasa. Thariqah (metode) dakwah tanpa kekerasan yang diambil Hizbut Tahrir ini telah semakin di terima di seluruh negara umat Islam mahupun negara kaum kuffar sekalipun. Hal ini sesungguhnya semakin menakutkan kuffar Barat (akan kemunculan semula Khilafah). Kaum Muslimin di seluruh dunia mulai sedar dan menganggap perjuangan ini sebagai agenda utama (vital) dan hukumnya wajib. Kaum Musliimin juga mula sedar bahawa Khilafah merupakan satu-satunya alternatif bagi atas segala kerosakan, kezaliman, penjajahan, perpecahan, kekacauan dan pembunuhan dan sebagainya yang kini sedang melanda dunia Islam.

Di sepanjang bulan Rajab yang lepas, Hizbut Tahrir telah menganjurkan banyak seruan, konferens, seminar dan demonstrasi aman di seluruh dunia, yang didukung oleh ratusan ribu kaum Muslimin yang dengan jelas menyokong tegaknya Khilafah. Hizbut Tahrir menjelaskan metode intelektual dan politik untuk menegakkan Khilafah, tanpa perlu menggunakan kekerasan. Nas-nas syarak yang jelas dan sejarah sepanjang lebih 1,400 tahun pun telah membuktikan bahawa Khilafahlah satu-satunya sistem pemerintahan yang wajib, sahih dan adil bagi umat manusia. Dengan janji dan izin Allah, Khilafahlah nanti yang akan memimpin dunia dan akan menggantikan sistem kufur Demokrasi yang penuh kebohongan dan kejahatan saat ini.

Pada bulan Rajab tahun lepas (1428H), di London, lebih dari 2,500 orang telah menghadiri Konferens Khilafah yang diadakan di Alexandria Palace, London, yang digambarkan oleh akhbar New York Times sebagai “Serangan Pertama terhadap Para Pengkritiknya”. Di kota Ramalah, Palestin, lebih dari 12,000 kaum Muslimin telah menghadiri longmarch (perarakan) yang menyerukan penegakan Khilafah. Di Sudan, ratusan ulama’ kaum Muslimin telah mengikuti dialog tentang Khilafah. Di Malaysia, Belanda, Yaman, Ukraine dan Lebanon dan lain-lain negara lagi, ribuan manusia telah berkumpul untuk menyokong, mendengar dan membicarakan tentang Khilafah. Pendek kata, kaum Muslimin telah mula sedar dan bangkit bahawa Khilafah merupakan satu-satunya jalan dan masa depan bagi umat Islam. Sementara itu, konferens Khilafah Internasional di Indonesia telah dihadiri oleh lebih kurang 100,000 umat Islam dari seluruh dunia yang menyatakan sokongan yang begitu kuat dari setiap Muslim untuk menegakkan Khilafah. Al-Jazeera, BBC, Reuters dan lain-lain media internasional melaporkan tentang himpunan terbesar umat Islam ini yang menginginkan Khilafah.

Manakala pada bulan Rajab tahun ini pula, Hizbut Tahrir di seluruh dunia sekali lagi memperingatkan kaum Muslimin akan kewajipan menegakkan kembali Khilafah. Di Palestin, Pakistan, Yaman, Bangladesh dan lain-lain, seruan untuk menegakkan kembali Khilafah bergema di jalan-jalan di seluruh negara berkenaan. Di Palestin, bukan sahaja Muslimin, ribuan Muslimah turun dan berhimpun di jalan-jalan bagi melaungkan seruan yang mulia ini. Di Malaysia, seruan dilaungkan oleh Hizbut Tahrir Malaysia dari Utara hingga ke Selatan tanah air secara serentak selepas solat Jumaat 28 Rajab yang lalu. Alhamdulillah, sambutan umat Islam di seluruh dunia kini amat memberangsangkan dan kebanyakan mereka memberi sokongan penuh kepada usaha menegakkan kembali institusi politik agung umat Islam ini.

Wahai kaum Muslim yang mulia!

Sesungguhnya Khilafah bukanlah monopoli salah satu kumpulan atau kelompok Islam. Khilafah adalah sistem politik Islam yang sama-sama kita harapkan akan tertegak satu hari nanti. Sistem tersebut merupakan satu kefardhuan yang agung, yang telah Allah SWT tetapkan. Seruan-seruan yang dikumandangkan Hizbut Tahrir di seluruh dunia, selain menjelaskan adanya kekuatan yang tengah membimbing kaum Muslimin menuju tegaknya Khilafah, juga telah berjaya meruntuhkan berbagai fitnah dan serangan yang dipenuhi kedengkian, berbagai kritikan yang keliru, serta berbagai kebohongan yang telah dihembuskan oleh musuh-musuh Islam dan kaum Muslimin selama bertahun-tahun yang lalu. Kaum Muslimin semakin sedar bahawa menjadi kewajiban bagi setiap Muslim untuk memperjuangkan penegakan semula Khilafah serta mendukung gerakan Islam yang memperjuangkannya.

Justeru, mari kita bergabung dengan saudara-saudara kita di seluruh dunia dan saling bahu-membahu dalam perjuangan mereka demi mewujudkan Daulah Khilafah, yang akan mengembalikan kemuliaan umat Islam. Firman Allah SWT,

“Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah..." [TMQ as-Saf (61):14].

Filed under having 0 Ulasan  

TEKS SERUAN DARI HIZBUT TAHRIR MALAYSIA BERSEMPENA HARI ULANGTAHUN KEJATUHAN EMPAYAR KHALIFAH

by AURA JIHAD

AL-KHILAFAH AL-KHILAFAH…WAHAI KAUM MUSLIMIN! AL-KHILAFAH MERUPAKAN KEWAJIBAN BAGI KAMU DARI TUHAN KAMU, YANG AKAN MEMBANGKITKAN KEMULIAAN KAMU, YANG AKAN MENGALAHKAN MUSUH-MUSUH KAMU DAN YANG AKAN MEMBEBASKAN BUMI KAMU. AL-KHILAFAH MERUPAKAN TONGGAK KEBAIKAN DAN KEADILAN DI SETIAP PENJURU ALAM

Wahai Kaum Muslimin! Hari ini, dalam lipatan sejarah, pada 28 Rejab 1342H bersamaan dengan 3 Mac 1924M, kaum kuffar penjajah yang diketuai oleh British, dengan bantuan penguasa pengkhianat Arab dan Turki telah berupaya menghapuskan Daulah Islam (Daulah Khilafah). Pengkhianat pada waktu itu, Mustafa Kamal laknatullah, telah mengumumkan berakhirnya Khilafah di Istanbul, mengepung Khalifah serta mengusirnya pada pagi hari tersebut. Demikianlah apa yang terjadi kira-kira 87 tahun yang lalu. Telah berlaku satu goncangan yang dahsyat di negara umat Islam dengan runtuhnya Daulah Khilafah, sebuah institusi gergasi politik umat Islam yang telah memayungi dunia selama lebih 1300 tahun. Pihak kuffar Barat benar-benar memahami bahawa kekuatan dan penyatuan umat Islam yang hakiki adalah di bawah Daulah Khilafah. Kerana itulah mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dengan menggunakan segala kekuatan, tipu daya, kelicikan dan agen-agen mereka bagi memastikan Daulah Khilafah tidak akan muncul kembali.


Sejak jatuhnya Khilafah, selain serangan pemikiran yang bertubi-tubi dilancarkan oleh Barat, Barat juga telah melakukan serangan fizikal secara besar-besaran ke atas umat Islam di seluruh dunia. Mereka menjajah, membunuh, merogol, menangkap, memenjara, menyeksa dan melakukan pelbagai bentuk kekejaman lainnya yang benar-benar tidak berperikemanusiaan. Umat Islam diperlakukan umpama binatang, malah jauh lebih buruk dari itu. Kuffar penjajah lalu mencerai-beraikan negeri-negeri umat Islam kepada lebih dari 50 buah negara yang lemah dan tidak berdaya. Mereka melantik di setiap negara tersebut seorang agen mereka, sebagai penguasa yang memerintah mengikut apa yang mereka kehendaki. Para penguasa kaum Muslimin yang jahat ini pula telah mempergunakan polis dan tentera yang ada di tangan mereka untuk mengintip, menangkap, menyeksa dan mengheret para pejuang yang ingin mengembalikan Khilafah, lalu menghumban pejuang-pejuang ini ke penjara-penjara dengan cara yang zalim. Para pejuang di jalan kebenaran dihalang, ditangkap dan diseksa, manakala para pemuja sekular dan para pelaku maksiat dibiarkan merajalela. Demikianlah secebis kisah bagaimana bermulanya segala penderitaan dan kehinaan yang menimpa umat ini, umat yang pernah satu ketika dahulu memimpin dunia dan membawa rahmat ke seluruh penjuru alam di bawah kekuasaan Khilafah.

Wahai Kaum Muslimin! Sesungguhnya menegakkan kembali Khilafah adalah wajib. Dalil dari Al-Quran, As-Sunah dan Ijmak Sahabat cukup-cukup jelas dalam hal ini. Malah seluruh imam mazhab dan para mujtahid tanpa kecuali telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah (atau Imamah) ini. Pendapat-pendapat mereka tentang kewajiban ini tertuang di dalam kitab-kitab karangan mereka yang masyhur. Syeikh Abdurrahman al-Jaziri dalam kitabnya Al-Fiqh ‘Ala Al-Madzahib Al-Arba’ah menjelaskan, “...para imam mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad) -rahimahumullah- telah sepakat bahawa Imamah (Khilafah) itu wajib adanya, dan bahawa umat Islam wajib mempunyai seorang Imam (Khalifah,) yang akan meninggikan syiar-syiar agama serta menolong orang-orang yang tertindas dari yang menindasnya....”. Menegakkan Khilafah merupakan kewajipan dari Allah ke atas kita semua. Ia adalah satu tugas yang mulia kerana hanya dengan terwujudnya Khilafahlah, maka barulah hukum-hukum Allah dapat dilaksanakan secara kaffah.

Wahai kaum Muslimin! Semenjak kejatuhan Khilafah hingga kini, kita semua hidup di dalam sistem sekular warisan penjajah kuffar. Justeru, bagaimanakah kemuliaan Allah akan tercurah ke atas kita apabila hukum kufur sekular, bukannya hukum Allah yang mengatur hidup kita? Bagaimana kemuliaan akan datang kepada umat Islam apabila Al-Quran dan As-Sunah disingkirkan dari aspek pemerintahan negara? Generasi terdahulu dari kita telah dapat mengecapi segala kebaikan dan kemuliaan di kala mereka hidup di bawah naungan Khilafah. Di kala itu, umat Islam benar-benar menjadi umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, sebagai para pengikut Nabi Muhammad saw. Nenek moyang kalian wahai saudaraku, adalah para Khulafa’ al-Rasyidun, para pemimpin yang menakluk dunia demi menegakkan agama Allah. Kalian adalah anak cucu kepada orang-orang yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Kalian adalah anak cucu penakluk Andalus dan penyebar tamadun Islam di dalamnya. Kalian adalah anak cucu al-Mu’tasim yang mengetuai bala tentera yang begitu besar hanya untuk menyelamatkan seorang wanita yang dizalimi oleh seorang lelaki Rom. Kalian adalah anak cucu al-Rasyid yang menyuarakan jawaban kepada Raja Rom di waktu beliau membatalkan perjanjiannya dengan umat Islam. Baginda menjawab dengan berkata, “Daripada Harun Amirul Mukminin kepada Nakfur anjing Rom, jawabannya adalah apa yang kamu lihat bukan apa yang kamu dengar”, maka sampailah tentera Islam ke benteng Rom sebelum sampainya surat tersebut kepada Raja mereka.

Kalian adalah anak cucu Salahuddin al-Ayubi, pejuang yang menghentak tentera Salib dan beliau dimuliakan Allah dengan menjadi pembebas Baitul Muqaddis. Kalian adalah anak cucu Sultan Qutuz dan Baybars penghancur bangsa Tartar. Kalian adalah anak cucu Muhammad al-Fatih, seorang pemimpin muda yang telah dimuliakan oleh Allah dengan pujian Rasulullah sebagai penakluk Konstantinopel. Kalian adalah anak cucu Khalifah Sulaiman al-Qanuni yang diminta bantuan oleh Perancis pada kurun ke-16 ketika Rajanya ditawan dan mereka tidak menemukan kekuatan yang setimpal yang dapat memberikan perlindungan kepadanya melainkan Khilafah Islam. Kalian adalah anak cucu Khalifah Salim ke-3 yang pada zamannya, Amerika membayar cukai tahunan kepada walinya di Algeria sebanyak 642,000 dolar emas dengan penambahan 12,000 lira emas Utsmani, sebagai ganti pembebasan para tawanan Amerika yang ada di Algeria dan memberi keizinan kepada kapal-kapal Amerika untuk belayar dengan aman di Lautan Atlantik dan Laut Mediteranean tanpa menghadapi tentera laut Utsmani di wilayah Algeria. Kalian adalah anak cucu Khalifah Abdul Hamid yang tidak dapat diperdayakan oleh jutaan wang emas yang dihamparkan oleh Yahudi laknatullah kepadanya untuk membeli tanah Palestin. Beliau menjawab dengan perkataannya yang masyhur “Simpanlah wang kamu wahai Yahudi...sesungguhnya tertancapnya pisau bedah di dadaku adalah lebih ringan buatku daripada aku melihat Palestin terpisah dari Daulah Khilafah”.

Inilah nenek moyang kalian wahai kaum Muslimin, dan demikianlah apa yang telah mereka lakukan. Maka ikutilah kebenaran yang telah mereka lalui ini. Kembalilah kepada kemuliaan yang telah mereka usahakan dan usahakanlah kemuliaan ini. Sesungguhnya Hizbut Tahrir bergerak ke arah kemuliaan ini. Hizbut Tahrir bekerja siang dan malam untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan mendirikan Daulah Khilafah ar-Rasyidah. Dalam perjuangan ini, pelbagai halangan dan rintangan yang telah dan sedang ditempuh oleh Hizbut Tahrir, bahkan hingga melibatkan kematian anggota-anggotanya kerana dibunuh oleh penguasa kejam di seluruh dunia. Pemerintah Muslim yang kejam ini tidak pernah berhenti menghalang setiap pergerakan Hizbut Tahrir dengan menggerakkan seluruh polis perisikan (SB) mereka untuk memantau dan menangkap anggota Hizbut Tahrir yang sedang berdakwah. Namun, Hizbut Tahrir tetap yakin dan mengimani janji Allah bahawa kemenangan pasti akan tiba jua dengan tertegaknya Daulah Khilafah untuk kedua kalinya. Betapa besarpun SB digerakkan oleh pemerintah yang zalim ini, usahlah kalian takut dan gentar di dalam perjuangan ini wahai saudaraku, kerana demi sesesungguhnya Special Branch (SB) ini tidak akan mampu menghalang orang-orang Mukmin dari menegakkan kebenaran. Mereka mungkin dapat menghalang tubuh badan kita, namun mereka sekali-kali tidak akan dapat menghalang agama Allah dari ditegakkan! Amat kejilah perbuatan mereka yang menghalang orang yang bersungguh-sungguh berjuang menegakkan agama Allah, dan semoga Allah menghina mereka dengan sehina-hinanya, di dunia dan akhirat.

Wahai Kaum Muslimin! Sesungguhnya kalian mempunyai kekuatan dan sesungguhnya negara kafir penjajah hanya kelihatan kuat tetapi hakikatnya mereka itu amat lemah. Mereka memiliki senjata-senjata yang hebat tetapi tentera yang takut mati. Secanggih mana sekalipun senjata tanpa pejuang yang berani akan pastinya lemah di hadapan sekelompok kaum Mukmin yang berjuang mengharapkan syahid di jalan Allah. Bukti kelemahan mereka terpampang jelas di depan mata kita. Kematian dan kekalahan saban hari menimpa tentera Amerika di Iraq, begitu juga di Afghanistan. Israel pula dengan kehebatan senjata yang mereka miliki langsung tidak dapat mengalahkan sekelompok kecil dari pejuang Islam. Hakikatnya, kecanggihan senjata fizikal semata-mata tidak dapat menentukan kejayaan dalam peperangan menentang umat Islam. Umat ini, meskipun hanya memiliki persenjataan yang sedikit, namun mereka memiliki aqidah yang benar, yang hidup, yang menggerakkan mereka dengan kekuatan yang luar biasa. Amerika dan tenteranya hanya bagaikan sebuah batu keras yang digunakan untuk memecahkan, namun ia pecah sebelum ia memecahkan. Inilah janji Allah bahawa kaum kuffar akan pasti dikalahkan!

Situasi antarabangsa pada hari ini semakin menzahirkan kelemahan dan kebinasaan musuh-musuh Allah ini. Rusia sekarang ibarat singa tua yang cuba bangkit. Di Eropah, Perancis masih berusaha mencari jalan untuk memantapkan pengaruh. Britain yang nampak seakan kuat, hanya merupakan seekor musang (cerdik tetapi jahat) yang lemah. Negara-negara kufur yang nampak kuat ini sebenarnya sudah tidak sehaluan dan tanpa persepaduan ini, mereka akan berpecah dan akan terus melemah. Manakala negara Yahudi, urusannya adalah lebih mudah. Hidupnya bergantung kepada negara lain. Jika Barat tidak membantunya dan yang lebih penting, jika tidak wujud pengkhianatan para pemerintah di negara-negara umat Islam sebagai boneka Barat, maka urusan kaum Yahudi ini telah lama selesai. Sesungguhnya negara-negara kuffar ini sedang menggali kubur masing-masing. Kehancuran mereka ini hakikatnya berada di tangan kalian wahai kaum Muslimin, kerana kalian selaku umat yang terbaik sahajalah yang paling berhak untuk menghancurkan mereka. Dengan izin Allah kita pasti akan mengalahkan Amerika dan sekutu-sekutunya ini, apabila tertegaknya Khilafah sedikit masa lagi.

Wahai kaum Muslimin! Negara-negara kufur pimpinan Amerika kelihatan kuat kerana buat masa ini, para penguasa pengkhianat di kalangan umat Islam masih mengurung tentera-tentera Islam yang mereka miliki. Jika tentera ini dilepaskan pun, mereka hanya dilepaskan untuk berkhidmat kepada organisasi kufur PBB yang hakikatnya berada di bawah telunjuk Amerika. Para tentera kaum Muslimin sebenarnya perlu sedar dan bangkit bahawa mereka sebenarnya wajib melancarkan perang terhadap musuh-musuh Allah. Mereka perlu bertanya untuk apa mereka menjadi tentera jika tidak untuk mengejar dan mengecapi kenikmatan syahid di jalan Allah dan meraih syurga Allah di akhirat kelak. Mereka perlu sedar bahawa inilah peranan dan tugas mulia mereka. Mereka perlu sedar bahawa mereka sebenarnya kuat, hanya pemimpin yang ada sahaja yang telah merantai kekuatan mereka. Sesungguhnya tentera kaum Muslimin adalah tentera-tentera Allah yang apabila mereka berjuang, Allah dan malaikat akan bersama mereka dan membantu mereka.

Demi sesungguhnya, apabila Khilafah telah tertegak nanti, maka Khalifah akan menggerakkan bala tentera ini menuju salah satu dari dua kemuliaan – kemenangan atau syahid di jalan Allah. Dengan turunnya tentera-tentera Allah ini ke medan tempur dengan diiringi oleh para malaikat, maka Insya Allah kemenangan pastinya akan berpihak kepada umat Islam. Pada ketika ini, kita akan menyaksikan kegerunan dan ketakutan menyusup masuk ke tubuh tentera-tentera kuffar, kita akan menyaksikan kemusnahan dan kebinasaan menimpa tentera-tentera kuffar dan kita akan menyaksikan kekalahan serta maut menjemput mereka satu demi satu. Dengan berperangnya tentera Islam di bawah pimpinan seorang Khalifah dan bertempurnya tentera Islam di bawah bendera dan panji-panji “La ilaha illallah Muhammad Rasulullah”, maka Insya Allah bumi umat Islam akan dibebaskan satu per satu oleh sang Khalifah. Palestin dan Iraq akan dibebaskan, begitu juga Afghanistan, Kahsmir, Selatan Thai dan lainnya. Insya Allah, seluruh dunia Islam akan diselamatkan dan disatukan di bawah satu payung pemerintahan yang diberkati Allah. Di kala ini, maka akan terbebaslah saudara-saudara kita dari belenggu negara-negara kafir penjajah, akan keluarlah saudara-saudara kita dari segala cengkaman sekular dan kekufuran. Dan akan berakhirlah segala penderitaan dan kesengsaraan umat Islam. Dengan bersatunya negara-negara kaum Muslimin di bawah Khilafah, maka akan lenyaplah segala kebatilan dan akan zahirlah agama Allah di muka bumi.

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya semua kemuliaan itu hanya akan dapat dicapai apabila kembalinya Daulah Khilafah, sebuah institusi politik agung umat Islam. Inilah yang telah dikecapi oleh orang-orang yang terdahulu dari kita di kala mereka hidup di bawah naungan Khilafah. Dan Insya Allah, inilah juga yang akan kita kecapi apabila kembalinya institusi agung pemersatu ummah ini. Tanah-tanah umat Islam akan diterapkan keadilan hukum-hukum Allah dari tujuh petala langit. Al-Quran dan As-Sunah akan kembali menjadi pengatur urusan hidup dan urusan negara. Segala kemuliaan yang hilang akan pasti kembali ke pangkuan kita. Cahaya kebaikan akan bergemerlapan, berseri dan memancarkan sinarnya menembusi alam. Bumi umat Islam akan diselimuti dengan segala macam berkat dan rahmat dari Allah Azza wa Jalla. Ya benar, semua ini akan terjadi tatkala Khilafah menaungi dunia untuk kedua kalinya. Dan kalian wahai saudaraku, di tangan-tangan kalian ada kuasa yang diberikan oleh Allah Azza wa Jalla untuk melantik dan membai’ah seorang Khalifah yang akan mengatur dunia ini dengan perintah dan larangan Allah dan seterusnya akan mengembalikan kemenangan serta kemuliaan kepada kalian. Justeru, sedarlah wahai saudaraku! Ayuh, bangkit dan bergabunglah bersama barisan pemuda Hizbut Tahrir. Sesungguhnya Hizbut Tahrir ada di kalangan kalian dan bersama dengan kalian. Hizbut Tahrir telah berjanji kepada Allah dan RasulNya untuk terus menggembeling tenaga dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengembangkan risalah Allah dan meminta nusrah (bantuan kuasa) bagi mengembalikan kehidupan Islam dengan mendirikan Daulah Khilafah al-Rasyidah atas minhaj kenabian. Kepada Allah kami memohon dan hanya kepadaNya kami berlindung.

Wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Seruan dari Hizbut Tahrir Malaysia - Khilafah Penyelamat Ummah

by AURA JIHAD

Jumaat 28 Rajab 1429H (1 Ogos 2008M) - Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) pada hari ini telah melaungkan seruan untuk menegakkan semula Khilafah di seluruh Malaysia secara serentak. Seruan dikumandangkan sebaik sahaja selesai solat Jumaat di beberapa buah masjid yang terpilih dari Perlis hinggalah ke Johor. Bacaan seruan ini dilakukan sempena memperingati tarikh 28 Rajab 1342H (bersamaan 3 Mac 1924M), iaitu tarikh kejatuhan Daulah Islam (Daulah Khilafah) di Istanbul, Turki. HTM mengingatkan umat Islam bahawa sejak jatuhnya Khilafah kira-kira 87 tahun yang lalu, umat Islam di seluruh dunia telah dilanda pelbagai kesengsaraan. Umat Islam diperangi, dibunuh, dirogol, diseksa, dipenjara dan sebagainya, tanpa ada pembelaan dari seorang pemimpin pun, walaupun hakikatnya umat Islam kini mempunyai lebih dari 50 orang pemimpin.

HTM mengingatkan nasib yang menimpa umat Islam di seluruh dunia setelah lenyapnya Khilafah dari muka bumi. Ini belum lagi mengambil kira serangan pemikiran yang tak pernah henti dari kuffar Barat untuk menghancurkan Islam dan umat Islam.

Di sepanjang 10 hari terakhir bulan Rajab tahun ini, aktiviti untuk memperingati tentang sejarah hitam umat Islam yakni jatuhnya institusi politik agung umat Islam ini (Khilafah) bukan sahaja di adakan di Malaysia, malah ia di adakan di seluruh dunia di mana sahaja Hizbut Tahrir bergerak. Apa yang penting yang ingin di sampaikan oleh Hizbut Tahrir kepada umat Islam adalah kewajipan untuk menegakkan semula Daulah Khilafah yang mana ia adalah satu kewajipan yang mulia dan terkena ke atas setiap dari kita. Mendirikan semula Khilafah adalah kewajipan ke atas umat Islam yang datangnya dari Allah Azza wa Jalla.

Hizbut Tahrir yakin hanya dengan tertegaknya Daulah Khilafah untuk kedua kalinya, maka barulah kemuliaan yang telah hilang dari umat Islam akan kembali semula kepada mereka. Hanya dengan adanya Daulah Khilafah sahajalah, maka kaum kuffar penjajah akan dapat dikalahkan. Khalifah pastinya akan melancarkan jihad dan akan menyelamatkan saudara-saudara kita yang sekarang ini berada di bawah kekuasaan penjajah. Hanya dengan Khilafah sahajalah bumi-bumi umat Islam yang sekarang ini dijajah atau diduduki oleh puak kuffar, akan dapat dibebaskan dan disatukan di bawah satu payung pemerintahan. Ya, insya Allah, hanya dengan terwujudnya Daulah Khilafah, maka segala penderitaan umat Islam akan berakhir dan kita semua akan bersatu di bawah seorang Amirul Mukminin, sebagaimana pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidun.

Dalam seruan yang dikumandangkan, Hizbut Tahrir telah menyeru dan mengajak seluruh umat Islam agar bangkit dan berjuang bersama-sama Hizbut Tahrir untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan menegakkan Daulah Khilafah ala minhaj nubuwwah. Hizbut Tahrir menyeru kepada semua kaum Muslimin agar bersatu dengan barisan pemuda Hizbut Tahrir untuk kita sama-sama bergerak menuju kemuliaan ini.

Dalam kesempatan ini, Hizbut Tahrir Malaysia ingin mengucapkan syukur dan terima kasih kepada seluruh umat Islam yang telah sanggup berdiri berpanas di bawah terik mentari semata-mata kerana ingin mendengar seruan yang dibacakan. Semoga Allah membalas segala kebaikan saudara semua dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dariNya, Insya Allah. Dan semoga selepas ini semakin ramai dari kalangan umat Islam yang akan turut bergabung dengan barisan Hizbut Tahrir untuk menegakkan semula institusi agung umat Islam ini. ALLAHU AKBAR!!!











[Gambar-gambar yang tersiar adalah di sekitar Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor]

Filed under having 0 Ulasan  

Si kafir pembunuh dijemput bercakap tentang kedaulatan undang-undang

by AURA JIHAD

Tidak lama dahulu perasaan sedih, sakit hati, geram dan marah bercampur-baur apabila menyaksikan pembunuhan dan penganiayaan tentera-tentera British ke atas rakyat Iraq. Pedihnya masih hingga kini terasa. Baik di kalangan pemimpin mahupun rakyat, menyumpah dan memaki kerajaan negara penjajah tersebut yang pada ketika itu dipimpin oleh Tony Blair. Persekongkolan Tony Blair dengan George Bush dalam pembunuhan yang mereka lakukan ke atas umat Islam masih segar dalam ingatan kita semua.

Namun, hari ini (Jumaat 1 Ogos 2008), pembunuh kejam, Tony Blair ini dijemput untuk membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Rule of Law and Good Governance" (Kedaulatan Undang-undang dan urus tadbir yang baik) di Kuliah Undang-undang Sultan Azlan Shah, Universiti Malaya. Sungguh mengejutkan! Tatkala Perdana Menteri Malaysia sendiri dahulu pernah mengutuk pencerobohan yang dilakukan oleh Blair di bumi Iraq, kini, kedatangan syaithan manusia ini disambut baik, malah diberi bercakap tentang kedaulatan undang-undang.!

Wajarkah kerajaan memberi penghormatan kepada seorang penjenayah perang seperti Blair? Wajarkah pembunuh umat Islam ini disambut dengan penuh hormat? Tony Blair – seorang pemimpin kafir yang telah membunuh dan menghina ribuan umat Islam iaitu saudara kita sesama Muslim dan seorang pembohong antarabangsa tatkala mengheret tenteranya untuk masuk ke Iraq dengan alasan WMD, kini disambut dengan penuh kehormatan di sebuah negara yang bergelar Negara Islam Hadhari! Sungguh hebat pemimpin Islam Hadhari!

Mungkin alasannya adalah, dia hadir sebagai seorang pembentang kertas kerja, apa salahnya? Butakah kerajaan bahawa fakta ini sama sekali tidak menghapus status Blair sebagai seorang pembunuh umat Islam? Butakah kerajaan terhadap tangan Blair yang masih dilumuri darah kaum Muslimin Iraq dan Afganistan? Butakah kerajaan bahawa berapa ramai lagi umat Islam yang masih mengerang kesakitan di katil-katil hospital yang serba dhaif dan kekurangan dari segi peralatan dan ubat-ubatan, hasil kerja tangan si Tony Blair laknatullah ini? Bagaimana mungkin seorang pembunuh saudara kita sesama Muslim disambut sebagai seorang tetamu istimewa?

Hebat sungguh pemimpin Islam Hadhari. Mungkin jika si syaithan besar Bush laknatullah datang ke Malaysia pun akan diberi sambutan yang lebih meriah lagi, penuh gilang-gemilang cemerlang dan terbilang.

Filed under having 0 Ulasan  

Apakah Hukum Mahkamah Syariah Untuk Qazaf Berlandaskan Islam atau Taghut?

by AURA JIHAD

Polemik Skandal Liwat Negara Malaysia, sedikit sebanyak telah mewarnai politik tanah air, juga mengundang tumpuan pemerhati politik antarabangsa khususnya Rejim AS. Rejim AS bersuara supaya Malaysia menegakkan ‘rule of law’ terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Walaupun kita tahu bahawa Rejim AS sendiri sering melanggar ‘rule of law’ dalam usahanya mendominasi dunia. Kaedah umum polisi Rejim AS adalah “The End Justifies The Mean” (matlamat menghalalkan cara). Bukanlah tujuan kami di sini untuk terlibat dengan kancah politik keji kapitalisme yang diterapkan di Malaysia dan juga di dunia amnya, namun kami berhasrat untuk menerangkan kepada umat bahawa dalam pada kita menjunjung Mahkamah Syariah, namun Mahkamah ini tetap menerapkan undang-undang ciptaan manusia.

Semalam Dato’ Seri Anwar Ibarhim telah pergi ke JAWI, untuk memberikan keterangan berkenaan dengan tuduhan Qazaf yang dilakukan ke atas beliau. Beliau mengemukakan pendapat Dr Taha Jabir Al-Ulwani untuk kes tersebut. Mengikut peruntukan Undang-undang Malaysia, sekiranya sesuatu kes itu telah ada perincian di Mahkamah Syariah ini bermakna Mahkamah Sivil mesti memberi laluan kepada Mahkamah Syariah untuk kes tersebut. Itulah sedikit sebanyak realiti politik yang berlaku mutakhir ini.

Namun marilah kita membandingkan bagaimana Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan akan berhukum, apakah Mahkamah Syariah ini hanya memerhatikan prosedur penghakiman dari Islam tapi mengabaikan jenis hukuman itu, dan apakah ianya bertepatan dengan Islam atau tidak? Marilah kita melihat perbezaannya dengan Al-Quran.

Hukum Hudud Qazaf mengikut Al-Quran adalah 80 kali sebatan. Firman Allah,

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik" [TMQ Surah An-Nur (24):3]

Manakala mengikut hukum buatan manusia Mahkamah Syariah akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, bahagian V - kesalahan pelbagai, seksyen 41. tentang qazaf, memperuntukkan bahawa:-

Kecuali dalam kes li'an, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syarak, empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Persoalannya apakah hak Parlimen dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mengubah dan melaksanakan hukum selain dari hukum Allah? Tambahan pula jika kita memasukkan perbincangan Qazaf dalam bab hudud, ini memberikan natijah bahawa seseorang itu tidak boleh meminda dan mengubah hukum tersebut, walaupun dianya adalah seorang Nabi Allah. Alangkah hebatnya ahli Parlimen dan juga Mahkamah Syariah di Malaysia!

Filed under having 0 Ulasan  

OH MERCEDES BENZ PUJAANKU!!!

by AURA JIHAD

Beri betis nak peha! Itulah agaknya pepatah Melayu yang tepat untuk ditujukan kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri Terengganu yang baru. Sudah puas memakai Perdana V6, ingin pula mencuba Mercedes Benz. Pepatah Melayu juga menyebut, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Itulah apa yang berlaku. Riuh rendah di dada akhbar mengenai isu kerajaan Terengganu ingin membeli 14 buah kereta Mercedes dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang dibeli pada tahun 2004. Kata Menteri Besar Terengganu, pertukaran ini perlu disebabkan oleh kos penyenggaraan yang tinggi bagi Perdana V6 yang mencecah hingga RM175,229.97 untuk tempoh empat tahun.

Kalau difikirkan logik, betul juga pandangan MB baru ini, tapi kalau difikirkan logik juga, apakah kos penyelenggaraan Mercedes itu nanti ‘pasti’ lebih murah dari Perdana V6. Dan kalau difikirkan logik juga, bukankah kos penyelenggaraan Proton Saga atau Proton Wira jauh lebih rendah dari Perdana V6? Kalau nak bermain dengan logik, memakai Proton Saga adalah jauh lebih murah kos penyelenggaraannya. Namun, pemimpin mana yang nak pakai Proton Saga, walau Proton Saga baru sekalipun??? Jatuh standard dibuatnya.

Tentu sekali dalam budaya pemerintahan Kapitalisme, keterampilan menjadi perkara paling utama. “Standard” seseorang adalah diukur dengan kekayaan yang mereka miliki, bukan lagi berdasarkan syakhsiyyah (keperibadian) yang mulia yang ada padanya. Bagi pemimpin yang mana “standard”nya adalah terletak pada harta, maka, memanglah naik Proton Saga akan menyebabkan standardnya jatuh. Manakala jika pemimpin itu menaiki Mercedes, maka standardnya akan mengangkasa tinggi, walaupun dia seorang kaki rasuah, kaki tipu, kaki judi, kaki botol, kaki betina dan pelbagai jenis kaki busuk lainnya. Dalam pemerintahan Kapitalis, pemimpin mesti mempunyai penampilan yang mewah, barulah kepimpinannya akan dihormati, dilihat sebagai bergaya, berwibawa dan berkarisma! Biarpun sebenarnya rakyat disedut keringat dan peluh mereka (melalui cukai) habis-habisan bagi membiayai semua kemewahan yang dimiliki pemimpin.

Dalam perjuangan MB Terengganu untuk mendapatkan Mercedes idamannya ini, fail Pekeliling Perbendaharaan telah dibuka dan dipertontonkan kepada sekalian rakyat jelata, kononnya membenarkan pembelian tersebut. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad yang menyelar tindakan kerajaan negeri Terengganu, beliau menjelaskan bahawa MB telah tersalah faham mengenai peruntukan Pekeliling tersebut. Menurutnya, kenderaan yang dimaksudkan oleh peruntukan tersebut hanyalah melibatkan kenderaan selain kereta.

Sejak seminggu lepas, begitulah drama tarik-tali yang diwayangkan di hadapan rakyat Malaysia di atas pentas politik untuk merebut sebuah kereta bernama Mercedes Benz. Duit rakyat yang dirampas bukan lagi menjadi isu, tetapi “kereta mewah” manakah yang perlu dimiliki pemimpin, itulah yang menjadi isu utamanya. Walhal isu yang sepatutnya di bawa oleh pemimpin adalah bagaimana untuk “menjaga” rakyat, ini tidak, para pemimpin membincangkan isu bagaimana nak “menjaga dan memuaskan nafsu aku”.

Inilah kekejian drama politik Kapitalisme yang sangat menyayat hati bagi orang-orang yang berfikir. Di sebalik kemewahan yang mewarnai kehidupan sang pemimpin, terpapar realiti kehidupan rakyat yang sangat daif dan penuh penderitaan. Segala kekayaan negara dibolot oleh para bangsawan (pemimpin) manakala rakyat di biar sengsara, bahkan diwayangkan pula kerakusan pemimpin tersebut merebut kemewahan ini di hadapan rakyat jelata. Para pemimpin ini sudah tidak segan silu menunjukkan aksi rakus dan gelojoh mereka melahap habuan dari keringat serta darah rakyat.

Masihkah rakyat mahu menyanjung mahupun berharap kepada para pemimpin seperti ini? Astaghfirullahal azhim. Di manakah pemimpin zuhud yang kita dambakan? Di manakah Abu Bakar as-Siddiq, di manakah Ali bin Abi Thalib, di manakah Umar bin Abdul Aziz? Di manakah kalian semua wahai Khalifah Allah yang soleh? Kami semua merindui pemimpin-pemimpin seperti kalian. Semoga Allah menggantikan pemimpin yang ada sekarang dengan seorang Khalifah yang akan disayangi oleh sekalian rakyat jelata. Amin.

Filed under having 0 Ulasan  

Rejim AS berusaha melestarikan kejayaan 3 Mac 1924

by AURA JIHAD

Tanggal 28 Rejab 1342H (3 Mac 1924M), mengingatkan kita (umat Islam) tentang kejayaan Rejim Britain dan Rejim Perancis menghancurkan Daulah Khilafah. Mereka yang dari dulu tanpa jemu-jemu berusaha untuk menghancurkan Daulah Islamiah, akhirnya dengan berbagai cara mereka telah berjaya melakukannya. Dimulai dengan perang tsaqafah (kebudayaan), diikuti dengan perang missionaries (ghazwah tabsyiriyyah), barulah diteruskan dengan perang yang sebenar-sebenarnya (fizikal), dengan memperalatkan paderi Kristian, Gerakan Zionis dan juga tali barut mereka iaitu Mustafa Kamal, maka Daulah Khilafah berjaya mereka hancurkan. Setelah berjaya menghancurkan Daulah Islam ini, mereka tidak berhenti di situ, mereka malah terus berusaha untuk memastikan kelestarian kejayaan ini dengan berbagai program pembaratan (westernisation). Hasilnya, mereka berjaya membelah masyarakat Turki kepada 3 bahagian:-

1. Golongan tentera, yang menjaga keluhuran sistem sekularnya;
2. Golongan ahli politik, yang majoriti mencintai Islam, tetapi terpaksa akur dengan pandangan umum tentang sekularisme dan terlalu ditekan oleh tentera;
3. Golongan rakyat, yang kebanyakannya sudah menyedari kemuliaan mereka hanya dapat dicapai dengan Islam bukannya dengan sekularisme, telah mula menyerahkan mandat mereka kepada ahli politik parti yang cenderung kepada Islam.

Namun begitu, peristiwa dalam negara sekular Turki tidak dapat dipisahkan secara langsung dengan peranan negara (Barat) yang menghancurkan Khilafah dahulu. Selepas perang dunia kedua, Rejim AS mendominasi dunia dan meninggalkan Rejim Great Britain di tangga kedua super-power dunia. Dari sini, tibalah giliran AS untuk mengambil alih tugas-tugas durjana membasmi kebangkitan Islam di Turki.

Akhbar berbahasa Turki menyebutkan tentang usaha Rejim AS untuk menjauhkan masyarakat Turki dari Islam dan menggantikannya dengan Kristian. Sebagaimana surat khabar berbahasa Turki, Jeims Glas, begitu juga Timbalan dan Penasihat Diplomatik Awam Rejim AS dalam sebuah ceramahnya di Yayasan Washington, mengatakan, “hingga kini Rejim AS tidak melepaskan Turki secara sepenuhnya”. Menurutnya walaupun hasil dari pungutan suara yang dilakukan oleh Yayasan Piyo menyebutkan, bahawa masyarakat Turki memiliki pandangan negatif terhadap Rejim AS, namun hal ini bukanlah bermakna Rejim AS telah meninggalkan Turki. Memang beberapa waktu yang lalu Yayasan Piyo melakukan pungutan suara yang hasilnya majoriti masyarakat Turki membenci Rejim AS dan Bush. [www.hidayatullah.com/18 July 2008]. Namun ingatlah bahawa ada gerakan Islam yang bersungguh-sungguh menyeru penyatuan semula cebisan-cebisan negara umat Islam yang telah dilakukan dengan polisi divide and rule oleh rejim penjajah dulu. Sekularisme pasti akan dihancurkan dan khilafah pasti berdiri pada satu masa nanti, sebagaimana janji Allah dan Rasulnya.

Filed under having 0 Ulasan  

Pemimpin Islam terus masuk perangkap kuffar

by AURA JIHAD

Sekali lagi pemimpin umat Islam masuk perangkap kuffar. Mereka akan melaungkan satu idea yang sememangnya datang dari Barat dan bercanggah sama sekali dengan Islam. Dalam mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-41 yang akan diadakan sehingga 24 Julai ini, delegasi Malaysia akan diketuai Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan beliau dijangka memberi penekanan kepada bentuk pengisian hak asasi manusia yang akan dimasukkan ke dalam Piagam ASEAN.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd. Isa berkata, negara-negara Timur memiliki nilai-nilai tersendiri dalam aspek menjaga hak asasi manusia dan Rais dijangka membentangkan input-input itu kepada rakan-rakan sejawatannya dalam mesyuarat AMM itu.

Hak Asasi Manusia yang sebelumnya dikenali sebagai ‘hak-hak tabii’ (Natural Rights) merupakan sebuah produk pemikiran yang dominan di sekitar zaman pencerahan (renaissance) di Eropah. Ia lahir sebagai suatu penentangan terhadap manipulasi pihak gereja dan Raja Eropah terhadap rakyat atas nama hak ketuhanan yang ada pada raja (divine rights of the king). Sebelum zaman pencerahan Eropah, golongan gereja dan bangsawan selalu menghisap darah rakyat dan mendakwa mereka mewarisi hak dari Tuhan di mana rakyat tidak memiliki hak selain patuh kepada institusi gereja dan raja. Kemudian, disebabkan rasa tidak puas hati kerana sering ditindas semahunya oleh gereja dan golongan bangsawan, golongan cendekiawan dan kelompok-kelompok pedagang yang terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada Institusi beraja mula bangkit. Mereka memobilisasi kelompok karyawan dan pekerja untuk mencetuskan Revolusi Perancis (1779-1789) dan dari saat inilah mereka mempopularkan idea hak asasi yang kemudiannya dijadikan slogan Revolusi Perancis. HAM kemudian dijadikan piagam dalam konstitusi Perancis yang ditetapkan tahun 1791. Sebelum itu slogan-slogan ini diangkat dalam revolusi Amerika Syarikat pada tahun 1776. Secara umum, HAM kemudian diterima pakai oleh seluruh negara Eropah pada abad ke 19, cuma pada saat itu HAM hanya menjadi urusan dalam negara masing-masing.

HAM baru menjadi peraturan antarabangsa setelah Perang Dunia Kedua dan setelah berdirinya PBB, iaitu pada saat diumumkan UDHR pada tahun 1948. Kemudian, pada tahun 1961, deklarasi ini disusuli dengan Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak Sivil dan Politik (International Covenant on Civil and Political Rights). Pada tahun 1966, diumumkan pula Perjanjian Antarabangsa Tentang HAM, Ekonomi, Budaya dan Sosial. Meskipun demikian, semua ketetapan mengenai HAM tetap kekal sebagai sebuah peraturan antarabangsa dan AS baru berjaya menjadikannya sebagai undang-undang sejagat (iaitu peraturan yang tidak hanya diterima pakai oleh negara, tapi oleh individu rakyat di dalam negara) selepas tahun 1993, atau dua tahun selepas AS mendominasi PBB secara solo di peringkat antarabangsa setelah kejatuhan Sosialisme. Untuk mengukuhkan lagi HAM sebagai undang-undang dunia, AS kemudian menjadikan HAM sebagai salah satu asas strategi polisi luar negerinya. Ini terjadi pada akhir dekad 70-an pada masa kepimpinan Presiden Jimmy Carter. Sejak dari itu, Jabatan Luar Negara rejim AS selalu mengeluarkan penilaian tahunan mengenai komitmen negara-negara dunia untuk menerapkan HAM. Penilaian tahunan itu juga menilai sejauh mana negara-negara itu memberikan toleransi kepada rakyatnya untuk menjalankan HAM.

HAM yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia mahupun yang diperjuangkan oleh segelintir rakyat Malaysia sesungguhnya berakar umbi dari UDHR yang telah diumumkan oleh PBB. Sebagai sebuah badan kufur dan didominasi oleh negara-negara kufur, sudah selogiknyalah UDHR/HAM itu digubal menurut pemikiran kufur mereka. Tunjang kepada HAM adalah ‘kebebasan’ dan secara amnya, empat jenis kebebasan menjadi tunggak utamanya yang mana hal ini termanifestasi dari setiap peruntukan undang-undang atau amalan yang dipraktikkan dalam mana-mana negara pun, termasuklah Malaysia.

Selama mana umat Islam masih tetap membincangkan isu HAM ini, maka selama itulah bermakna umat Islam terus terjerat dengan agenda kuffar Barat ini untuk menghancurkan lagi Islam.

Menurut undang-undang HAM, semua manusia adalah sama, tidak kira lelaki atau perempuan, anak sahtaraf atau anak zina. Bagi mereka lelaki dan perempuan adalah sama, tidak ada aurat yang membezakan. Mereka membolehkan anak zina mewarisi harta bapa, mereka membolehkan perkahwinan sesama wanita dan juga sesama lelaki dan banyak lagi kekejian lainnya yang mereka bawa atas nama HAM. Adapun Islam telah merincikan hak manusia dari dalam kandungan lagi di mana adanya hukum diyat ke atas janin yang dibunuh atau terbunuh. Janin mempunyai hak untuk hidup dan haram bagi ibunya melakukan pengguguran dengan sengaja. Jika si ibu sengaja menggugurkan janinnya, maka dia wajib membayar satu per sepuluh diyat dan diyat ini dibayar kepada Negara. Namun jika si suami memukul isterinya hingga menyebabkan keguguran, diyat (yang sama jumlahnya) hendaklah dibayar kepada si isteri tadi. Dari segi pemilikan harta umum pula (milkyyahl ‘ammah) seperti hasil gas, petroleum dan bahan galian lainnya, janin mempunyai hak yang sama sebagaimana orang dewasa dan tidak boleh dikurangkan sedikit pun. Ini baru sedikit rincian hukum Islam ke atas janin, belum lagi kita membincangkan keseluruhan hukumnya dan belum masuk lagi hukum-hukum yang lain. Apakah dengan sempurnanya hukum Allah sejak lebih 1,300 tahun yang lalu (sebelum HAM diperkenalkan lagi), kita masih sanggup ingin memperjuangkan HAM?

Di bawah HAM, seseorang wanita itu dibolehkan untuk melahirkan atau menggugurkan kandungannya (tidak kira sama ada anak itu hasil dari perkahwinan, perzinaan atau perkosaan) bergantung kepada keputusan si ibu. Isu ini telah mengundang suatu perdebatan moral yang tidak putus-putus di kalangan mereka. Mereka bergaduh dan berdebat di seputar hak janin di dalam kandungan wanita sama ada ia (janin) mempunyai hak untuk hidup atau tidak. Perdebatan sekitar hak asasi ibu dan hak asasi janin ini berlanjutan tanpa adanya kata putus [lihat wikipedia Pro-life vs Pro Choice]. Perdebatan moral yang tidak berkesudahan juga timbul di kalangan mereka apabila mereka membincangkan tentang kahwin sesama jenis di mana kelompok-kelompok gay dan lesbian akhirnya mendapat hak mereka di bawah nama HAM. Kekejian ini malah menular ke dalam institusi gereja, sehingga menyebabkan gereja berpecah kepada dua iaitu golongan liberal dan konservatif di mana gereja liberal telah menjadi tempat kelompok gay dan transeksual mendapat ‘restu’ atas perbuatan keji mereka [BBC 16 Jun 2007].

Ini baru muqaddimah HAM, yang telah pun memberi gambaran tentang kejijikan dan kebobrokan idea yang di bawa oleh HAM dan bagaimana ia bertentangan dengan Islam secara nyata, apatah lagi jika ditinjau HAM secara keseluruhan!

Filed under having 0 Ulasan  

Tol - Sampai bila rakyat akan terus diperbodohkan?

by AURA JIHAD

Pengguna jalan raya pada masa hadapan mungkin tidak perlu berhenti di pondok tol untuk membuat bayaran sebaliknya masih boleh berbuat demikian walaupun ketika sedang memandu pada kelajuan melebihi 100 kilometer sejam. Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan membuat ujian sistem pembayaran tol baru pada November ini yang dinamakan Laluan Pantas PelbagaiGuna. Beliau berkata jika sistem baru itu berkesan dan digunakan, pemandu tidak lagi perlu berhenti atau memperlahankan kenderaan untuk membayar tol seperti amalan sekarang dan sekali gus mengatasi masalah kesesakan.

Di pandang dari sudut teknologi, maka memanglah hebat cadangan Menteri Kerja Raya baru ini. Begitu juga jika dipandang dari sudut usaha kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol, maka tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah satu cadangan yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Namun, satu perkara yang juga tidak dapat dinafikan ialah, inilah pemikiran Kapitalis yang ada pada pemimpin di dunia umat Islam saat ini. Mereka berusaha untuk terus memperbodohkan umat yang berada dibawah tanggungjawab mereka dengan memberikan pelbagai penyelesaian yang kononnya seolah-olah baik untuk rakyat. Tetapi pada hakikat dan faktanya mereka terus menipu dan mengkhianati rakyat yang memberikan amanah kepada mereka.

Di dalam kes ini, punca kepada segala masalah adalah “tol” itu sendiri! Bukannya “cara” atau “masa” nak bayar tol. Kerana adanya tol-lah, rakyat menderita, kerana adanya tol-lah, berlakunya kesesakan dan kerana adanya tol-lah, pemimpin Kapitalis dan kroni mereka kaya-raya kerana dapat membolot duit rakyat. “Tol”lah yang menjadi punca kepada segala-galanya, bukannya “cara” nak bayar tol.

Selepas rakyat diperbodohkan dengan kereta elektrik dan teknologi hydrofuel untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak, kini satu lagi cadangan yang cukup jelas memperbodohkan rakyat telah cuba untuk diperkenalkan. Menteri kerja raya yang baru ini nampaknya cuba untuk menjadi jaguh bagi menandingi bekas menteri yang lama. Inilah hakikat apabila “sistem” pemerintahan tidak bertukar, tapi yang berukar hanyalah “orang”nya sahaja. Ibarat kata seperti kereta buruk yang dipandu oleh pemandu yang baru. Kalau dahulu pemandunya bernama Samy Vellu, kini pemandunya telah diambil alih oleh orang lain pula.

Isu bagi rakyat ialah tol yang dikenakan, bukanya cara atau masa pembayaran tol. Memperkenalkan teknologi canggih ini tidak lain adalah cara mengubati simptom, bukannya menyelesaikan masalah itu sendiri. Ibarat kata, jika berlaku banyak kes rogol di negara ini, maka pemimpin mencadangkan agar diperbanyakkan rumah pelacuran. Masalah tidak selesai, malah dosa pemimpin terus bertambah! Tol adalah satu bentuk cukai yang dikutip oleh kerajaan terhadap pengguna jalanraya. Cukai ini adalah jelas lagi nyata merupakan suatu yang haram di dalam Islam. Justeru, apa yang sewajibnya dilakukan oleh kerajaan adalah untuk menghapuskan tol, bukannya memodenkan “cara” pembayaran tol. Hanya dengan menghapuskan tol sahajalah (menerapkan sistem Islam), barulah penderitaan rakyat akan selesai, barulah masalah kesesakan akan selesai, dan yang paling penting, barulah menghapuskan dosa para pemimpin itu sendiri.

Wahai pemimipin umat Islam! Sedarilah bahawa jalanraya adalah milik umum (milkiyyah ‘ammah) dan haram hukumnya pemerintah berniaga dengan rakyat sama seperti minyak, gas, air, api dan lain-lainnya, semuanya adalah harta milik umum. Perlu kita sedari bahawa kewujudan tol itu adalah kesan dari penerapan sistem ekonomi kapitalisme yang diterapkan saat ini dimana akhirnya kerajaan yang ada akan terus berniaga dengan rakyat untuk membolot keuntungan. Oleh itu, selagi sistem Kapitalis yang diamalkan, maka siapa sahaja pemimpin yang naik, penderitaan rakyat akan tetap berterusan. Dengan itu, marilah kita sama-sama mencampakkan sistem ekonomi yang bobrok ini dengan kita mengembalikan semula sistem Khilafah yang sudah pasti akan menerapkan Islam secara kaffah dan akan mengembalikan segala hak rakyat. Firman Allah SWT:

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah” [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Filed under having 0 Ulasan  

Kehebatan kereta elektrik dalam menyelesaikan masalah

by AURA JIHAD

Dalam pelannya untuk membantu rakyat yang telah ditindasnya habis-habisan, kerajaan kini memperkenalkan kereta elektrik. Kerajaan telah pun mengarahkan Proton mengeluarkan kereta elektrik di Malaysia selewat-lewatnya tahun depan bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel. Itulah kata Perdana Menteri Malaysia.


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memandu uji kereta elektrik Lotus, model yang dikeluarkan oleh anak syarikat Proton di United Kingdom, berpuas hati dengan penggunaan teknologi baru itu yang langsung tidak menggunakan petrol. Kereta yang menggunakan bateri yang perlu dicas tenaga elektrik selama enam jam di rumah itu mampu dipandu sejauh 320 kilometer. Kuasanya dapat bertahan sehingga 36 jam. Kos untuk menggerakkan kereta itu hanya 18 sen sekilometer.


“Saya anggap ini satu langkah yang kreatif dan amat menepati kehendak waktu ini supaya kita terus mencari bahan tenaga baru dengan tidak hanya bergantung kepada petrol, diesel dan gas yang harganya melambung tinggi,” ujarnya.



Inilah antara rancangan hebat kerajaan untuk membantu rakyat! Kita tidak pasti sama ada pemimpin Malaysia ini sedar atau tidak bahawa yang menjadi masalah sekarang bukanlah kereta. Tidak kiralah apa jenis keretanya, kereta minyak ke, kereta air ke atau kereta elektrik ke, yang menjadi masalah sekarang ialah harga minyak yang telah dinaikkan oleh kerajaan sesuka hati, bukannya kereta. Masalah rakyat adalah harga minyak (petrol, diesel) yang mencanak ke kemuncak penderitaan yang sekali gus telah menaikkan harga barang, termasuk barang makanan, tarif elektrik dan segala macam kos sara hidup lainnya.



Kereta hanyalah sebahagian dari keperluan hidup yang tergolong dalam keperluan sekunder. Asas bagi survival manusia adalah makanan, tempat tinggal dan pakaian, bukan kereta. Tanpa kereta manusia boleh hidup, tetapi dengan harga makanan yang melambung tinggi (hasil kenaikan harga minyak) manusia menghadapi titik kritikal untuk terus hidup. Inilah kerenah pemimpin Kapitalis di dalam menyelesaikan masalah. Secara logiknya pun, apakah mereka boleh menjawab beberapa persoalan di bawah, demi untuk mengurangkan penderitaan rakyat?



1. Selesaikah masalah kenaikan harga barangan keperluan lain, termasuk barang dapur (yang timbul akibat kenaikan harga minyak), dengan kita membeli kereta elektrik?
2. Berapa banyakkah kereta elektrik ini akan dikeluarkan oleh Proton? Dianggarkan terdapat lebih kurang 10 juta pemandu kenderaan berdaftar di Malaysia, bolehkah Proton mengeluarkan 10 juta kereta elektrik? Jika 5 juta berjaya dikeluarkan sekalipun, apakah semua 5 juta pemandu mampu membelinya? Kalau 5 juta pemandu mampu membelinya sekalipun, bagaimana pula nasib 5 juta pemandu lain yang tidak mampu? Pokoknya, hanya yang mampu memiliki kereta elektrik sahajalah yang boleh mengelak dari membayar harga minyak yang tinggi. Persoalannya, berapa ramaikah golongan yang mampu ini?
3. Dengan adanya kereta elektrik ini di pasaran, tentunya bank-bank riba akan mengaut keuntungan berlipat ganda apabila setiap orang meminjam wang dari mereka untuk membeli kereta tersebut. Sudahnya, wang rakyat, walaupun tidak mengalir ke stesen minyak, akan mengalir ke bank-bank haram ini pula, dan rakyat, sudah tentu bertambah dosa dengan pinjaman riba yang di ambil. Pemimpin pula, semakin menggunung dosa yang mereka pikul hasil kerja tangan mereka yang kreatif ini. Maka bertambah lagilah statistik maksiat di Malaysia hasil ‘kebijakan’ pemimpin memperkenalkan kereta elektrik ini.
4. Dengan adanya kereta elektrik ini, kerajaan dan kroni juga tentunya akan bertambah kaya-raya, apa tidaknya, setiap kereta kena bayar road tax, kena bayar insuran dan lain-lain bayaran sampingan yang kerajaan cekup dari rakyat seperti tol, parking, saman dan lain-lain.
5. Sebagai sebuah kereta baru, jika berlaku kerosakan, siapakah yang mampu membaikinya, dan berapa banyak pula kos baiki dan kos penyelenggaraannya. Silap-silap, hanya Proton sahaja yang mempunyai kemampuan untuk baiki dan juga membekalkan spare part. Akhirnya, kerajaan juga yang untung. Kononnya kerajaan ingin mengurangkan beban rakyat!



Inilah hakikat pemikiran dan sistem Kapitalis. Pemimpin Kapitalis ini sedar, dicelah-celah rakyat yang sedang nazak sekalipun, mereka masih boleh mengaut keuntungan. Tindakan menolong rakyat diambil, kononnya dengan memperkenalkan kereta elektrik tersebut, kos sara hidup dan kesengsaraan rakyat kembali pulih. Padahal isu yang mendominasi kos hidup adalah kerana kezaliman mereka menaikkan harga minyak. Dengan kata lain, kezaliman mereka kerana tidak berhukum dengan hukum Islam.



Semua ini hanyalah penyelesaian simptom kepada masalah, bukannya menyelesaikan masalah itu sendiri. Ibarat kata, kerajaan seperti ingin menyelesaikan masalah jalan raya yang rosak dan berlubang-lubang yang selalu menyebabkan kemalangan dan kematian, dan apa yang kerajaan lakukan ialah memperbanyakkan lagi workshop/bengkel, agar setiap kereta boleh dibaiki. Lebih hebat, kerajaan juga memperbanyakkan tanah perkuburan, agar setiap orang yang mati dalam kemalangan tersebut dapat ditanam.

Filed under having 0 Ulasan  

Pergi dengan perintah Allah atau perintah selainNya?

by AURA JIHAD

Malaysia sekali lagi menghantar sekumpulan tentera ke Lebanon. Kumpulan pendahulu Kontinjen Malaysia (Malcon III) terdiri 160 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah pun berlepas ke Lebanon semalam (20 Julai), untuk bertugas di bawah Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) selama sembilan bulan. Kumpulan ini akan membuat persediaan bagi mengambil alih sepenuhnya tugas Malcon II pada 30 Ogos ini, manakala baki anggota Malcon III terdiri daripada 200 pegawai dan anggota dijangka berlepas ke Lebanon sehari sebelum itu.

Persoalannya, untuk tujuan apakah pasukan tentera ini dihantar? Menjaga keamanan? Keamanan siapakah yang akan dijaga? Keamanan Lebanon atau keamanan Israel? Keamanan orang-orang Islam atau keamanan orang-orang kafir? Dan apakah tugas tentera ini hanyalah untuk “menjaga keamanan”, bukannya untuk berperang/berjihad menghapuskan musuh Allah?

Kita semua mengetahui bahawa buat masa sekarang, perang Lebanon-Israel sudah tamat untuk sementara waktu, walaupun kemungkinan serangan atau perang boleh berlaku pada bila-bila masa. Namun, dengan kehadiran pasukan “tentera pengaman” dari Malaysia ini, sekurang-kurangnya Israel akan berasa lebih selesa dan selamat dari serangan Hizbullah atau gerakan Islam lainnya. Israel cukup-cukup yakin bahawa pasukan pengaman yang dihantar di bawah panji PBB ini tentunya akan ‘menjaga’ mereka (Israel) kerana PBB hanyalah kuda tunggangan Amerika dan Amerika pula adalah sahabat baik Israel. Justeru, Israel tentunya akan berada dalam zon yang lebih selesa.

Inilah yang amat menyedihkan kita! Pasukan tentera kita dihantar bukannya untuk berjihad menghapuskan musuh Allah, sebaliknya dihantar untuk ‘mengamankan’ dan ‘menyelamatkan’ musuh Allah!

Sesungguhnya kewajipan tentera dalam Islam adalah berjihad. Dan berjihad ini adalah di dalam rangka untuk menghapuskan musuh Allah, menjaga agama Allah dan menyebar luaskan agamaNya ke seluruh alam. Inilah tugas tentera di dalam Islam. Kewajipan tentera adalah untuk menegakkan agama Allah, “berkhidmat” kepada Allah di dalam menjaga agamaNya, bukannya berkhidmat kepada PBB. Sungguh malang dan amat mengecewakan apabila pemerintah menghantar mereka untuk berkhidmat di bawah panji kufur Unifil. Mereka kini tunduk kepada ‘arahan’ dari PBB, bukannya arahan dan perintah Allah. Apakah pemerintah kita buta bahawa PBB hanyalah sebuah organisasi kafir pembunuh umat Islam yang dikawal sepenuhnya oleh musuh Allah dan musuh kita, Amerika Syarikat dan sekutunya?

Semoga setiap anggota tentera yang berangkat ke sana tidak redha dengan perintah pemimpin ke atas mereka ini dan semoga mereka segera ‘mengubah’ niat masing-masing untuk berkhidmat kepada Allah, bukannya kepada PBB. Dan semoga Allah mengampuni dosa mereka yang ikhlas.

Kepada pemerintah yang bekerjasama dengan PBB - kenapakah kalian sanggup bernaung dan merasa bangga berada di bawah naungan PBB? Sungguh hairan dengan pemimpin-pemimpin ini, perintah Allah diketepikan, perintah Rasulullah dilanggari, perintah PBB dipatuhi! Insaflah kalian yang memegang kekuasaan, bertaqwalah kalian kepada Allah dan takutlah kalian akan azabNya yang amat pedih!

Semoga mereka yang memegang kekuatan tentera sujud menghadap Allah dan bertanya diri sendiri, apakah penghantaran pasukan pengaman ini merupakan perintah dari Allah atau perintah dari selainNya? Fikirkanlah oleh kalian apakah “hukumNya” menghantar pasukan pengaman yang bernaung di bawah panji-panji PBB! Fikirkanlah bahawa jika berlaku serangan dan tentera Islam yang dihantar terkorban di sana – apakah mati mereka mati syahid, walhal mereka berada di sana di bawah perintah PBB, bukannya perintah Allah? Mereka mati bukan kerana meninggikan kalimah Allah? Syahidkah mereka?

Demi Allah! Para pemimpin umat Islam wajib menghantar pasukan tentera untuk menyelamatkan umat Islam dari kekejaman kaum kuffar, untuk membebaskan tanah-tanah umat Islam yang ditakluki kuffar, untuk menyatukan keseluruhan negeri Islam di bawah satu payung pemerintahan, Daulah Khilafah, bukannya untuk mengamankan musuh-musuh Allah! Inilah yang diperintahkan oleh Allah kepada semua umat Islam, khasnya kepada mereka yang memegang kekuatan ketenteraan!

Filed under having 0 Ulasan  

Semoga laknat Allah menimpa pelaku maksiat!!!!!

by AURA JIHAD

Johor Bahru 19 Julai - Kecoh dan gegar seluruh negara apabila penyanyi dangdut terkenal Indonesia Inul Daratista gagal untuk mengemparkan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru dalam konsert yang dijadual berlangsung semalam. Ramai peminat maksiat yang telah lama tertunggu-tunggu akan konsert maksiat ini kecewa dengan apa yang berlaku. Inul yang paling kecewa hingga hampir pitam jadinya apabila konsert maksiatnya dibatalkan di saat akhir.

Pihak penganjur konsert maksiat tersebut juga nampaknya dua kali lima pemikirannya, dengan perasaan yang tidak memikirkan dosa dan pahala mereka tetap mencuba sehingga ke saat akhir untuk terus membuat rayuan kepada pihak berkuasa [Pejabat Daerah Johor Bahru] bagi membenarkan Inul menjayakan konsert maksiat yang mereka anjurkan itu. Walaupun gagal melangsungkan konsert Inul di JB pihak penganjur telah memberikan jaminan untuk tetap meneruskan kerja-kerja maksiat mereka itu dengan perancangan untuk mengubah tempat ke Bukit Jalil pada 27 Julai ini. Mereka nampaknya tidak putus berusaha untuk membuat pesta najis ini, tidak dapat di tempat A maka mereka tetap mencari di tempat B pula, dan jika gagal, mereka mungkin mencari di tempat C dan mungkin sampai ke tempat Z sekalipun, shinggalah mereka akhirnya dapat menikmati najis yang kotor lagi jijik ini.

Sungguh keji, tanpa rasa berdosa dan takut kepada azab Allah SWT, Inul meluahkan kekecewaannya dengan mengatakan “Saya merasakan usaha saya hanya sia-sia. Apa salah saya hingga diperlakukan seperti ini. Mungkin dugaan Tuhan untuk menguji keimanan saya. Pun begitu, saya tetap ingin mendengar penjelasan sebenar.

“Saya tidak pasti sama ada akan menerus konsert melainkan mampu berkata Insya-Allah”.

Inul bersama dengan pihak penganjur konsert maksiat itu juga memberikan komen dengan mengatakan pihak Pejabat Daerah Johor Bahru gagal memberikan alasan kenapa konsertnya tidak dibenarkan.

Beginilah haru-birunya pemikiran apabila hukum Allah dibelakangkan! Tanyalah akidah Islam yang anda miliki. Apakah Allah SWT yang anda imani itu membenarkan perbuatan maksiat yang anda lakukan? Tidak perlulah anda mengharapkan jawaban dari Pejabat Daerah JB untuk mengetahui alasannya. Renunglah firman Allah SWT,

“Dan jagalah diri kamu daripada dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Berat azab seksaNya” [TMQ al-Anfal(8):25]

Filed under having 0 Ulasan  

Tambah rebat - Penyelesaian Akal Kapitalis

by AURA JIHAD

Sidang parlimen diteruskan pada 16hb lalu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) meminta kerajaan meningkatkan jumlah rebat tunai yang dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian bagi meringankan beban rakyat akibat kenaikan harga minyak. Ini, menurut pandangan ahli-ahli Parlimen sebagai satu penyelesaian. Adakah ia benar-benar satu penyelesaian? Perkara tersebut dibangkitkan oleh Ir. Hamim Samuri (BN-Ledang), Datuk Baharum Mohamad (BN-Sekijang), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud).Menurut Hamim, polisi rebat tunai yang diperkenalkan oleh kerajaan amat baik tetapi jumlahnya tidak sesuai kerana penduduk berpendapatan rendah tidak mendapat bantuan sepenuhnya bagi menghadapi beban kenaikan harga petrol dan diesel.

Rebat sebanyak RM625 dan RM150 yang diberikan kepada pengguna kereta di bawah 2,000cc dan motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc sebagai menampung pertambahan kos minyak akibat kenaikan harga minyak mendadak baru-baru ini tidak boleh dilihat sebagai satu bentuk penyelesaian yang sebenar dan menyeluruh walaupun ia dapat meredakan sedikit kesusahan. Ini adalah kerana, kesan sampingan lain seperti kenaikan harga barang makanan, keperluan dan barang domestik lain pastinya tidak akan diberi ‘pampasan’ yang sama oleh kerajaan.

Lebih menyedihkan lagi apabila melihat wakil-wakil rakyat di Parlimen membangkitkan isu ketidakcukupan jumlah rebat yang diberikan kepada pengguna kenderaan. Para perwakilan yang duduk di dalam kerusi empuk Parlimen tidak pernah berfikir di luar daripada kepompong pemikiran kapitalis. Disebabkan itulah segala penyelesaian yang diberikan tidak pernah menyelesaikan masalah. Wakil rakyat di Parlimen seharusnya melihat apakah penyelesaian kepada isu kenaikan harga minyak dari perspektif Islam. Perkara yang menjadi masalah utama bukanlah isu rebat. Rebat ini hanyalah umpama gula-gula yang diberi oleh pemerintah sahaja, untuk menutup mulut rakyat. Isu utama di sini ialah para pemerintah Kapitalis yang telah merampas harta milik rakyat (minyak) ini dan diperlakukan sedemikian rupa untuk mengkayakan mereka. Walhal menurut Islam, minyak adalah milik umat dan segala kekayaan daripada hasil minyak wajib dikembalikan kepada umat. Inilah yang sepatutnya mereka lakukan, yakni mengembalikan kekayaan milik umat ini ke tangan umat, bukannya dengan merampas harta rakyat dan menggula-gulakan rakyat dengan rebat.

Walaupun Hamim percaya bantuan rebat tunai yang lebih tinggi kepada pemilik-pemilik kenderaan terutama motosikal akan memberi insentif kepada mereka untuk memperbaharui cukai jalan yang selama ini tidak diendahkan, ia sebenarnya tidak membantu umat secara keseluruhannya.

Baharum pula ketika mencelah memberitahu, rebat tunai perlu ditingkatkan kepada pemilik motosikal kerana mereka adalah golongan berpendapatan rendah manakala pemilik kereta merupakan golongan berpendapatan lebih tinggi.

Inilah hakikat yang dapat kita saksikan apabila yang memerintah adalah sang Kapitalis. Mereka bertengkar di Parlimen kerana masing-masing mempunyai penyelesaian yang muncul akal masing-masing, bukannya yang muncul dari Al-Quran dan Hadis. Di kala para pemimpin yang kaya-raya bertekak sesama sendiri untuk kebaikan rakyat (kononnya), rakyat jelata terus dihimpit derita dan sengsara.

Filed under having 0 Ulasan