Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

by AURA JIHAD

asssalamualaikum wbt...ahlan wasahlan ya ramadhan al mubarak...sempena bulan yang mulia dan penuh keagungan ini,saya akan mula menulis dan luahkan dan kupas tentang sesuatu isu yang dirasakan perlu untuk dibincangkan bersama pelawat2 blog ini....masa dan harinya tidak tentu..mungkin mengikut kesesuaian masa yang ada..insyaAllah....akhir kata dari lidah aurajihad,BANGKITLAH UMAT,TEGAKKAN KEMBALI KHALIFAH!!!!!HAPUSKAN KESENGSARAAN UMAT ISLAM SEDUNIA!!!!!wassalamualaikum w.b.t

RAMADHAN 1428H : MENGGAPAI HAKIKAT TAQWALLAH

by AURA JIHAD

Alhamdulillah kita telahpun memasuki bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmat, keberkatan dan pengampunan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Syukur kepada Allah yang telah memberi kesempatan sekali lagi kepada kita untuk beribadat kepadaNya di bulan yang mulia ini. Bagi mereka yang benar-benar berpuasa atas dasar keimanan dan keikhlasan kepada Allah, maka dengan izinNya, akan diampunkan dosa-dosa mereka bak bayi yang baru lahir. Begitulah Maha Penyayangnya Allah kepada hamba-hambaNya yang melakukan ibadat puasa pada bulan yang penuh pengampunan ini. Bukan itu sahaja, Allah juga menjadikan satu malam di bulan Ramadhan ini yang nilainya lebih baik dari seribu bulan, untuk umat Islam beribadah di dalamnya. Jadi, tidak hairanlah jika orang-orang Mukmin dan Mukhlis sentiasa berlumba-lumba untuk menggapai segala kebaikan yang ada di bulan ini. Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah, Allah mewajibkan atas kalian berpuasa. Dalam bulan ini dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa terlepas kebaikannya, sesungguhnya telah terlepaslah ia” [HR an-Nasa’i dan Ahmad].

Ramadhan juga merupakan satu bulan di mana pelbagai peristiwa besar berlaku di dalamnya. Antaranya adalah peristiwa yang amat penting dalam sejarah Islam iaitu turunnya Al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pada 17 Ramadhan. Peristiwa agung ini dirakamkan di dalam Al-Quran sebagai peringatan untuk kita semua sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan pembeza (di antara yang hak dan batil)” [TMQ Al-Baqarah (2):185]. Selain segala kelebihan di atas, bulan Ramadhan juga merupakan satu bulan di mana banyak peristiwa besar terjadi di dalamnya di sepanjang sejarah Islam seperti Perang Badar, Fathul Mekah, persiapan Perang Khandaq, pengepungan kota Constantinople, kota Amuriyah (Byzantium), pembebasan Andalusia, perang Ain Jalut dan banyak lagi.

Taqwa Di Bulan Ramadhan

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mewajibkan kita berpuasa agar kita menjadi hamba-hambaNya yang bertaqwa, firmanNya, “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” [TMQ al-Baqarah (2):183]. Sebagaimana dinyatakan oleh Imam Al Ghazali bahawa dengan adanya taqwa dalam dirinya, setiap Muslim memiliki perasaan takut yang amat sangat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, hanya berbakti dan tunduk kepadaNya, serta membersihkan hati dan perbuatan dari segala dosa [Minhajul ‘Abidin, halaman 121]. Taqwa bukanlah sekadar sebuah ‘pengakuan’, sebaliknya, taqwa itu adalah suatu yang dibuktikan dengan amalan. Jadi, seseorang itu tidak dikatakan bertaqwa jika hanya sekadar mengaku bahawa puasa itu wajib, tetapi tidak berpuasa. Hal yang sama bagi solat yang merupakan satu perintah Allah, maka jika sekadar ‘mengaku’ bahawa solat itu wajib, tetapi tidak mengerjakannya, maka orang itu tidak dikatakan bertaqwa. Begitu juga dengan riba, jika sekadar ‘mengaku’ bahawa riba itu haram, tetapi tetap mengambil riba, maka seseorang itu secara jelas lagi nyata tidak bertaqwa kepada Allah. Justeru, taqwa atau takut kepada Allah adalah suatu yang wajib dibuktikan dengan amalan, bukan sekadar sebuah pengakuan.

Berdasarkan pembahasan di atas, jelas bahawa taqwa merupakan ketaatan total kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan cara mengerjakan setiap perintahNya dan menjauhi setiap laranganNya. Perlu difahami bahawa taqwa bukan hanya dituntut untuk dilakukan di bulan Ramadhan sahaja, tetapi setiap manusia wajib bertaqwa kepada Allah bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja. Berpuasa di bulan Ramadhan hanyalah salah satu dari manifestasi ketaqwaan seseorang Muslim kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Suatu fenomena yang amat menyedihkan kita adalah berapa ramai dari umat Islam yang hanya ‘bertaqwa’ di bulan Ramadhan sahaja di mana bulan ini mampu mengubah persepsi dan perilaku seorang Muslim sedemikian rupa. Orang fasik menjadi malu menampakkan kefasikannya; orang munafik menjadi enggan menampakkan kemunafikannya; pelaku maksiat pun mengurangi kadar maksiatnya. Ayat-ayat suci al-Quran lebih sering kedengaran; perempuan-perempuan berpakaian lebih sopan; konsert-konsert nyanyian sudah tidak kelihatan, kelab malam dan disko kurang berpengunjung dan macam-macam perubahan lagi yang dapat kita saksikan. Media massa pun tidak ketinggalan (terutama televisyen) meyiarkan acara-acara yang bernuansa keagamaan, mengurangi tayangan-tayangan yang menjurus pada kemaksiatan. Begitulah suasana bulan Ramadhan di negeri-negeri kaum Muslimin di seluruh dunia. Pendek kata, wujud seolah-olah satu ‘magic’ yang merubah suasana dan sifat ‘ketaqwaan’ seseorang Muslim. Anehnya, hal-hal sebegini hanya terjadi di bulan Ramadhan.

Apakah mereka mengira bahawa mereka hanya dihisab di hadapan Allah untuk amal perbuatan yang dilakukan di bulan Ramadhan sahaja? Jika demikian, apakah hal itu bukan berarti sifat kemunafikan mereka sebenarnya belum lagi hilang, bahkan ditonjolkan secara jelas selama bulan Ramadhan? Ini adalah kerana bulan berikutnya, pasca Ramadhan, mereka kembali bergelumang dengan dosa; tidak takut mendemonstrasikan kefasikan, kemunafikan, dan kezaliman; tidak takut kepada (murka dan azab) Allah. Jika mereka mampu menjaga suasana keimanan selama bulan Ramadhan, mengapa suasana yang sama tidak secara sengaja dijaga/dipelihara agar tetap ada sepanjang tahun? Jika mereka mampu mengubah persepsi, perilaku, bahkan aktiviti-aktiviti keislaman di tengah-tengah masyarakat selama bulan Ramadhan, lalu mengapa mereka tidak melanjutkan suasana itu pada bulan-bulan selain Ramadhan? Wujudkah keimanan, keikhlasan dan ketaqwaan mereka kepada Allah dalam ertikata yang sebenar? Padahal ketaqwaan itu merupakan manifestasi dari ketundukan kita kepada perintah Allah dan keengganan kita untuk terjerumus ke dalam larangan Allah, tidak kira di bulan mana sekalipun kita berada.

Ini dari satu sisi. Di sisi yang lain, terdapat segolongan kaum Muslimin yang ingin meraih ketaqwaan di bulan Ramadhan dengan mempertingkatkan amal ibadat, namun dalam masa yang sama masih tidak berhenti dari amalan riba, mereka berpuasa tetapi mereka tidak merasa apa-apa (dosa) terikat dan terlibat dengan transaksi ribawi; ahli politik juga berpuasa tetapi masih tetap dengan permainan politik kotor mereka; pemerintah berpuasa tetapi kekayaan negara masih tetap dibolot mereka habis-habisan; pengamal undang-undang juga berpuasa tetapi masih tetap mempertahankan undang-undang kufur ciptaan manusia; masyarakat amnya berpuasa tetapi perasaan assabiyyah dan wathaniyyah masih menebal di jiwa mereka; malah ramai lagi yang berpuasa, tetapi dalam masa yang sama melakukan pelbagai bentuk keharaman ataupun meninggalkan pelbagai bentuk kewajiban yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.. Kalau begitu, apakah ertinya ketaqwaan di bulan Ramadhan bagi mereka?

Taqwa (Takut) Kepada Allah Atau Taqwa (Takut) Kepada Musuh Allah

Dalam persiapan kita menunaikan ibadat di bulan Ramadhan, kita sekali-kali tidak boleh leka dengan persiapan musuh yang senantiasa memerhati dan mengawasi kita. Kita jangan lalai bahawa ‘Perang Melawan Keganasan’ atau lebih tepatnya ‘Perang Melawan Islam’ masih menjadi agenda utama musuh-musuh Islam. Dalam usaha mereka untuk menghapuskan pengganas (baca: Islam), pada masa yang sama mereka cuba untuk menyuarakan sokongan kepada pemerintah dunia Islam agar pemerintah ini turut bersama-sama mereka di dalam menjayakan agenda jahat mereka ini. Semasa berucap pada sidang kemuncak ahli-ahli perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Sydney pada 7 September lepas, Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush memuji Malaysia dan lain-lain negara anggota ASEAN yang telah bersama-sama dengannya memerangi kegiatan pengganas. Presiden AS itu juga memuji usaha Abdullah yang telah memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari di Malaysia di mana melalui pendekatan ini, katanya, Perdana Menteri Malaysia telah menunjukkan bagaimana warga negara itu boleh menjadi sebuah masyarakat yang moden, demokratik, bertolak ansur dan pada masa sama berdaya saing dalam ekonomi global [UM 08/09/07].

Secara politiknya, pujian seorang Ketua Pengganas Dunia, George Bush la’natullah terhadap Islam Hadhari bukanlah satu pujian kosong, walaupun kita semua tahu bahawa si Bush ini ‘buta kayu’ dengan konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah. Justeru apakah agenda di sebaliknya?

Tak berapa lama sebelum itu (pada 28/08/07), di dalam ucapannya berkenaan ‘ekstremis’ di 89th Convention of the American Legion, Bush dengan angkuhnya menyatakan,
“We meet today at a critical time for our country. America is engaged in a great ideological struggle -- fighting Islamic extremists across the globe.....These extremists hope to impose that same dark vision across the Middle East by raising up a violent and radical caliphate that spans from Spain to Indonesia.” [http://www.whitehouse.gov/news/releases/2007/08/20070828-2.html akses pada 12/09/07].

(“Kita bertemu hari ini pada masa yang kritikal untuk negara kita. Amerika sedang berhadapan dengan pertarungan ideologi yang hebat (iaitu) memerangi ekstremis (pelampau) Islam di seluruh dunia......Ekstremis ini berharap untuk menerapkan visi yang gelap di seluruh Timur Tengah dengan cara membangkitkan kekerasan dan Khilafah yang radikal yang meliputi Sepanyol hingga Indonesia”)

Sekali lagi kita melihat si musuh Allah ini mengeluarkan kenyataan yang menzahirkan ketakutan sekaligus keyakinan beliau akan kembalinya Khilafah, institusi politik antarabangsa umat Islam yang akan menghapuskan segala kekejaman dan kezaliman mereka ke atas umat Islam seterusnya menjadi penyelamat dan pelindung umat ini dari segala kejahatan. Baru sahaja pada 13/06/07 yang lalu (sila rujuk SN127) Presiden AS ini melontarkan propaganda jahatnya yang hampir sama tentang Khilafah, kali ini beliau berkokok lagi. Nampaknya beliau telah benar-benar terdesak dan gentar dengan kembalinya Khilafah yang akan melawan segala norma-norma Barat dan akan membalas segala bentuk pembunuhan dan penyeksaan yang beliau telah lakukan ke atas umat Islam. Si Bush la’natullah ini nampaknya benar-benar faham bahawa Khilafah yang akan muncul nanti akan menggabungkan keseluruhan negeri kaum Muslimin dan menyatukannya di bawah satu kepimpinan. Beliau cukup-cukup gerun dan gentar dengan kehadiran penyelamat dan perisai umat Islam ini, sebaliknya beliau cukup berminat dan tertarik dengan Islam Hadhari yang dibawa oleh Perdana Menteri. Inilah kata-kata yang diluahkan sendiri oleh musuh Allah ini. Nah!

Apakah kata-kata ini masih belum membawa apa-apa erti bagi kita? Allah Subhanahu wa Ta’ala mengingatkan kita,
“Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi.” [TMQ Ali Imran (3):118].

Terbaru, di dalam wawancara untuk IA Malaysia yang dipetik oleh ITAR-TASS, Bush la’natullah ini menyeru semua pemimpin umat Islam untuk bersama-samanya di dalam memerangi golongan yang ingin mengembalikan Khilafah. Beliau menyatakan,
“We should open new chapter in the fight against enemies of freedom, against those who in the beginning of XXI century call Muslims to restore caliphate and to spread sharia” (“Kita mesti membuka lembaran baru di dalam peperangan terhadap musuh kebebasan, terhadap sesiapa sahaja yang pada permulaan abad ke-21 ini, menyeru kaum Muslimin untuk menegakkan semula Khilafah dan menyebarkan syariah”) [http://www.demaz.org/cgi-bin/e-cms/vis/vis.pl?s=001&p=0055&n=002632&g akses pada 12/09/07].

Inilah antara beberapa propaganda terkini Bush di dalam menghalang kembalinya Khilafah ke arena politik antarabangsa. Beliau bersungguh-sungguh cuba menakutkan umat Islam khususnya golongan pemimpin dengan melabelkan para pendakwah yang berjuang untuk menegakkan Khilafah sebagai ‘ekstremis’, radikal dan teroris. Dengan apa yang sering dilontarkan ini, Bush mengharapkan agar semua pemimpin kaum Muslimin akan takut terhadap kemunculan Khilafah, lalu para pemimpin ini akan bersama-sama dengannya untuk memerangi sesiapa sahaja yang berjuang untuk mengembalikan semula Daulah Khilafah, yang dilabelnya sebagai ‘ektremis’. Oleh itu, kita menyaksikan berapa ramai dari kalangan pemimpin dunia Islam yang, kerana takutkan Bush lebih dari takutkan Allah, lalu mereka bersalaman dengan Bush dan bersekutu dengan musuh Allah ini di dalam usaha beliau menghalang segala usaha untuk mengembalikan Islam ke muka bumi. Pemimpin ini beralasan bahawa Presiden AS sebenarnya menyeru mereka untuk membawa keamanan dunia, seolah-olah mereka (pemimipin ini) tidak membacakan ayat Allah yang menjelaskan kejahatan orang-orang kafir ini bahawa,
“Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agama kamu (kepada kekafiran) seandainya mereka mampu” [TMQ al-Baqarah (2):217].

Selain menuduh pejuang kepada Khilafah sebagai kelompok ekstremis, AS dalam masa yang sama cuba menyampaikan mesej bahawa perjuangan Islam yang dikatakan ekstrem ini adalah berasal dari Timur Tengah. Dari sini, Bush hendak mengatakan bahawa perjuangan tersebut harus ditolak karena bukan bersifat lokal atau lahir dari perjuangan lokal (tempatan). Kerananya, dalam konteks Malaysia atau Indonesia (atau lain-lain negara sekalipun), perjuangan Khilafah mesti ditolak. Perjuangan Islam yang dibenarkan atau ‘direstui’ oleh Bush hanyalah perjuangan Islam yang bersifat lokal. Justeru, di dalam tempurung kepala pemerintah, mereka akan membenarkan perjuangan Islam di peringkat lokal, tetapi jika perjuangan Islam itu mempunyai jaringan di peringkat antarabangsa, ini dianggap sebagai ekstremis yang mesti dihapuskan. Para pemerintah ini sebenarnya telah menari dengan gendang yang dipalu oleh Bush. Jadi, tidaklah menghairankan bila para penguasa dunia Islam saat ini belum dapat menerima Khilafah sebagai solusi yang digali dari al-Quran dan as-Sunnah yang mana penyebabnya bukanlah ketidaksesuaian Khilafah bagi dunia Islam itu sendiri tetapi kuatnya serangan pemikiran dan tekanan politik oleh rejim AS terhadap mereka. Ketakutan mereka kepada musuh Allah ini melebihi ketakutan mereka kepada Allah menyebabkan kata-kata musuh ditaati tetapi kata-kata Allah dilanggari.

Melihat hal-hal di atas nampak ada keselarasan antara apa yang dikehendaki oleh Bush dengan suara-suara pihak yang tidak setuju dengan Khilafah. Bezanya, jika Bush menolak Khilafah, ia adalah kerana sifat semulajadinya sebagai seorang kafir musuh Allah yang ingin memadamkan cahaya Allah di muka bumi, tetapi pemimpin atau umat Islam yang menolak Khilafah adalah kerana terpengaruh dengan pemikiran kufur yang dibawa oleh musuh Allah ini. Jadi, di manakah letaknya ketaqwaan seseorang pemimpin apabila si kafir musuh Allah ini menyeru untuk menghalang kembalinya Khilafah, maka seruan ini disahut oleh mereka? Apakah mereka dikatakan bertaqwa kepada Allah apabila menolak sistem pemerintahan Khilafah (yang diwarisi dari Ijma’ Sahabat), tetapi menerapkan sistem pemerintahan dan undang-undang yang berasal dari sistem dan undang-undang kufur? Di manakah letaknya ketaqwaan para pemimpin umat Islam apabila mereka berbaik dengan Amerika dan bersama Amerika di dalam memerangi pengganas dan ekstremis walhal jelas-jelas ‘pengganas’ dan ‘ekstremis’ yang dimaksudkan Amerika adalah golongan umat Islam yang bersungguh-sungguh ingin menerapkan Islam secara kaffah? Apakah mereka bertaqwa kepada Allah atau ‘bertaqwa’ kepada musuh Allah?

Bush Adalah Musuh Allah Dan Musuh Kita

Wahai kaum Muslimin! Kita seharusnya mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Orang yang mengenali dan memuji kita tidak semestinya seorang kawan dan orang yang membenci kita tidak semestinya seorang musuh. ‘Musuh’ kita adalah orang-orang yang dikategorikan oleh Allah sebagai musuh dan begitulah sebaliknya. Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah al-Khaliq, Pencipta manusia dan Dia Mahatahu tentang sifat-sifat semua makhluk ciptaanNya tersebut. Dia pun Mahatahu apa yang ada di dalam hati setiap manusia dan Mahatahu siapakah musuh bagi kaum Mukmin,

“Allah lebih mengetahui (daripada kamu) tentang musuh-musuh kamu. Cukuplah Allah menjadi Pelindung kamu. Cukuplah Allah menjadi Penolong kamu” [TMQ an-Nisa’ (4):45].

Dengan demikian, siapa saja yang diberitakan oleh Allah sebagai pihak-pihak yang memusuhi kaum Mukmin maka hal tersebut merupakan realiti yang benar-benar dapat disaksikan, yakni mereka ini benar-benar wujud dan menjadi musuh bagi kita. Justeru, siapakah musuh kaum Mukmin menurut Allah dalam al-Quran?

“Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagi kamu” [TMQ an-Nisa’ (4):101].

Al-Quran juga telah memberikan kepada kita petunjuk bagaimana berinteraksi dengan orang-orang kafir, melalui ayat-ayat yang sangat jelas, agar kita tidak terperosok ke dalam perangkap dan propaganda negara-negara kafir. Firman Allah,

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil musuh-Ku dan musuh kamu sebagai teman-teman setia”
[TMQ al-Mumtahanah (60):1].


“Janganlah orang-orang Mukmin menjadikan orang-orang kafir sebagai wali (teman akrab, pemimpin, pelindung, atau penolong) dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Siapa saja yang berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah” [TMQ al-‘Imran (3):28].

“Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapatkan siksaan yang pedih. Mereka adalah orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir sebagai penolong dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Apakah mereka mencari kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu? Sesungguhnya semua kemuliaan itu kepunyaan Allah” [TMQ an-Nisa (4):138-139].


Oleh kerana itu, jika kita adalah seorang yang bertaqwa, adakah kita akan mengambil musuh Allah yang jelas-jelas merupakan ‘kafir harbi’ sebagai kawan untuk kita taati dan patuhi. Bush dan sekutu-sekutunya adalah merupakan kafir harbi yang sedang memusuhi Islam dan kaum Muslimin. Si laknatullah ini telah banyak kali dan tanpa bertapis menyebut bahawa umat Islam yang ingin menerapkan Islam adalah musuh atau ‘seteru’ mereka. Malangnya para pemimpin kaum Muslimin sebaliknya menjadikan si kafir ini sebagai teman atau ‘sekutu’ mereka. Mereka menyahut seruan persahabatan dan kerjasama yang Bush lontarkan walhal ayat-ayat Allah sudah terang-terang memperingatkan sikap yang mesti kita ambil terhadap golongan musuh ini. Jadi, umat Islam tidak seharusnya terjebak dengan propaganda kotor musuh Allah ini yang ingin menyekat penerapan syariat dan kemunculan Khilafah yang tak lain adalah bertujuan untuk mengekalkan Ideologi kufur dan hegemoninya di seluruh dunia Islam. Umat Islam sebaliknya wajib berusaha bersungguh-sungguh ke arah menegakkan semula Khilafah dan melantik seorang Khalifah yang akan menyatukan semula negeri-negeri umat Islam dan memerintah dunia dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.

ika ada perbezaan pendapat sekalipun tentang Khilafah, umat Islam seharusnya duduk berbincang secara intelektual dengan penuh keimanan dan persaudaraan berpandukan nas-nas al-Quran dan al-Hadis, dan bukannya berusaha untuk membantu Bush samada secara langsung atau tak langsung di dalam usaha si la’nat ini untuk menghalang kembalinya Khilafah!

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, sukacitalah kami ingin menasihatkan kalian, saudara kami sesama Muslim agar nasihat yang diberi ini dilipatgandakan oleh Allah akan pahalanya. Jika kalian berpuasa kerana yakin ianya adalah satu kewajiban, maka bergeraklah kalian untuk menegakkan Khilafah kerana ianya juga adalah satu kewajiban. Kami ingin mengingatkan bahawa perjuangan untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan semula Khilafah adalah satu perjuangan yang mulia dan fardhu ke atas setiap kalian. Kembalinya Khilafah bukanlah satu mimpi atau khayalan, malah satu janji dan kepastian. Si Bush la’natullah dan musuh-musuh Allah lainnya sendiri benar-benar meyakini dan takut kembalinya semula Khilafah dan mereka sekarang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalangnya. Apatah lagi kita umat Islam yang mana sesungguhnya khabar gembira tentang kembalinya Khilafah telah pun disebut oleh Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Justeru, bersama-samalah kita mempertingkatkan usaha kita di bulan yang mulia ini, bergerak dan bersatu di dalam menunaikan segala kewajiban yang telah Allah tetapkan ke atas kita tanpa mengurangi sedikitpun antara satu kewajiban dengan kewajiban lainnya. Wallahu a’lam.






BENDERA KITA

by AURA JIHAD

Merdeka! Merdeka! Merdeka! - Tepat jam 12.00 malam 30 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor Bendera
Union Jack diturunkan dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh kegemilangan, melambangkan
kewujudan sebuah negara bangsa yang selama ini menjadi agenda perjuangan. Beribu-ribu rakyat dari pelbagai
lapisan masyarakat dan bangsa serta kakitangan British menyaksikan peristiwa tersebut dengan penuh kebanggaan.
Masyarakat Tanah Melayu bangga kerana mendapat sebuah ’kemerdekaan’, British pula bangga kerana dapat secara
rasminya, memecahkan sekelompok lagi dari umat Islam berdasarkan racun yang telah mereka tanam, assabiyyah dan
wathaniyyah. Bermula dari tarikh 31 Ogos 1957 hinggalah ke hari ini, saban tahun masyarakat Malaysia berpesta
menyaksikan upacara penaikan bendera, sempena mengingati tarikh keramat tersebut.

Sejarah Kewujudan Bendera Malaysia

Walaupun setiap warganegara dari anak kecil hinggalah ke warga emas umumnya mengenali bendera Malaysia, tetapi
mungkin sebahagian besar sebenarnya tidak menghayati sejarah bagaimana bendera Malaysia boleh wujud. Sejarah
penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah
jawatankuasa telah ditubuhkan pada tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan
rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Dari sini, satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan
bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera
telah terpilih ke peringkat akhir. Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi
oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah
lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih
dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai
memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk
tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar
The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada
28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai
memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah
ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Mohamad
bin Hamzah. Rekabentuk bendera tersebut dengan
beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat
Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19
April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah
meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua
Setiausaha Negara seperti berikut:

“That in the opinion of this Council the Flag of the
Federation of Malaya should be as follows:- Eleven
horizontal stripes alternately red and white in colour,
the uppermost stripe being red, having a blue quater
with a cresent and eleven-pointed star in yellow
superimposed, the standard size of the flag to be six feet
by three feet”. (Pada pandangan majlis ini, bendera
Persekutuan Tanah Melayu adalah seperti berikut:-
Sebelas jalur berbelang putih dan merah. Jalur teratas
adalah merah dengan sudut berwarna biru yang
mengandungi bulan sabit serta bintang pecah sebelas
berwarna kuning; saiz rasmi bendera adalah enam kaki
kali tiga kaki).

Samada kita sedar atau tidak, satu fakta yang tidak tertulis
(atau sengaja tidak ditulis) di dalam sejarah ialah perihal
keadaan politik di Persekutuan Tanah Melayu pada waktu
itu yang begitu ‘aman’ di bawah naungan British!! Dalam
keadaan negara sedang dijajah, pertandingan mencipta
bendera masih boleh dilakukan. Akhbar pula dengan aman
boleh melakukan pungutan suara dan masyarakat juga
secara aman boleh memberikan pandangan masingmasing.
Keadaan politik nampaknya begitu stabil. Di
manakah pejuang-pejuang kemerdekaan, di manakah
pemberontakan, di manakah peperangan? Bukankah kita
sepatutnya menyaksikan satu ’pertempuran’ sedang
berlaku demi sebuah kemerdekaan? Di manakah semua
itu? Nampaknya masyarakat sudah berada di dalam sebuah
’kenikmatan’ walaupun tanpa sebuah kemerdekaan.

Berbalik kepada sejarah bendera, tercatat secara resminya
bahawa rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu
tersebut telah mendapat kelulusan King George Vl pada
19 Mei 1950. (King George VI atau nama penuhnya Albert
Frederick Arthur George Windsor merupakan Raja yang
memerintah United Kingdom of Great Britain pada waktu
itu sehingga kematiannya pada tahun 1952). Pertama kali
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah
dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang
dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei
1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan
dihadiri oleh Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King
George Vl.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah
negara baru iaitu Malaysia. Sebelum itu, satu Persidangan
Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah
memperkenankan bahawa rekabentuk Bendera Malaysia
hendaklah mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan
Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan
jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14
buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada
9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus
dikekalkan hingga sekarang. Bendera Malaysia telah
dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk
melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September,
1963. Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari
Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka,
Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri
Malaysia pada masa itu telah memberi nama baru kepada
Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

Wahai kaum Muslimin! Itulah hakikat sejarah kewujudan
dan perkembangan bendera Malaysia. Jika rakyat
Malaysia ’dipaksa’ untuk berbangga dengan kemerdekaan
yang dikecapi setiap kali menjelang kemerdekaan, lain
halnya dengan bendera di mana rakyat dituntut untuk
berbangga dengannya pada setiap masa. Saudaraku,
pandanglah dengan pandangan Allah, berfikirlah dengan
hati yang bersih, jauh dari segala kekotoran duniawi,
adakah kalian berbangga dengan bendera Malaysia yang
’diluluskan’ pemakaiannya oleh British? Tidakkah kalian
nampak bahawa negara British yang kafir itu tidak akan
melepaskan kalian sedikit pun dari genggaman mereka?
Mereka menentukan segala-galanya untuk kita dari cara
berpakaian, bertingkah laku, bergaul, bermuamalat,
penerapan undang-undang, sistem dan sebagainya.
Sehingga persoalan bendera yang sebenarnya merupakan
salah satu syi’ar Islam pun ditentukan oleh mereka. Di
lihat dari aspek manapun, benarlah firman Allah tentang
mereka,
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha
kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti milah
mereka” [TMQ al-Baqarah (2):120].

Bendera Dan Panji-Panji Negara Islam

Sejak berkurun lamanya dan sehingga sekarang, setiap
negara di dunia akan mempunyai bendera negara masingmasing,
sebesar atau sekecil mana sekalipun negara
tersebut. Tidakkah ini akan membuatkan kita terfikir atau
tertanya-tanya – adakah Negara Islam pertama di dunia
yang telah ditegakkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wa Sallam di Madinah mempunyai bendera? Jika ya,
bagaimanakah spesifikasi bendera tersebut dan apakah
hukum pengambilannya? Jika di zaman Khilafah dulu,
anak-anak kaum Muslimin dibesarkan tanpa perlu diajar
bahawa bendera umat Islam adalah bendera Rasulullah,
kerana itulah apa yang mereka lihat. Namun di zaman ini,
anak-anak kita dibesarkan dengan diajar dan dipaksa
menerima bahawa bendera kita adalah bendera yang telah
ditentukan oleh penjajah, si kafir British. Jadi, tidak
hairanlah jika kita atau anak-anak kita tidak mengenali
bagaimanakah bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa
Sallam. Itulah di antara kejayaan si kafir penjajah. Mereka
berjaya membuatkan umat Islam lalai dan terus lupa akan
wujudnya bendera Islam yang sebenarnya.

Negara Islam sememangnya mempunyai bendera (alliwa’)
dan juga panji (ar-rayah). Inilah apa yang telah
ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam
semasa tegaknya Daulah Islamiyyah pertama di Madinah
al-Munawwarah. Secara bahasanya, bendera dan panji di
dalam bahasa Arab disebut ‘alam. Mengikut Kamus al-
Muheet, dari akar kata rawiya, ar-rayah adalah al-’alam,
yang jama’nya (plural) disebut sebagai rayaat. Juga
disebutkan dari akar kata lawiya bahawa al-liwa’ adalah
al-’alam, yang jama’nya (plural) disebut sebagai
alwiyah. Secara syar’i, syara’ telah menjelaskan bahawa
perkataan-perkataan di atas mempunyai maksud dan ciriciri
yang tertentu iaitu:-

(1) Bendera (Liwa’) adalah berwarna putih dan tertera di
atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad
Rasulullah’ dengan warna hitam. Diriwayatkan dari Ibnu
Abbas yang mengatakan, “Bahawa bendera Nabi
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berwarna hitam, sedangkan
panji beliau warnanya putih.” Riwayat Ibnu Abbas yang
lain menurut Abi Syeikh dengan lafadz, “Bahawa pada
bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis
kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’.

Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh
amir (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi
tanda serta diletakkan di lokasi amir tadi. Dalil yang
menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af ’al) Nabi
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri, di mana baginda
(sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah
membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya.
Diriwayatkan dari Jabir, “Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi
wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa
bendera (liwa’) berwarna putih.” [HR Ibnu Majah]. An-
Nasa’i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa
semasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat
Usama ibn Zaid sebagai amir (panglima) pasukan ke Rom,
baginda menyerahkan bendera (liwa’) kepada Usama ibn
Zaid dengan mengikatnya sendiri.

2) Panji (Rayah) adalah berwarna hitam, yang tertulis di
atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad
Rasulullah’ dengan warna putih. Hadis riwayat Ibnu
Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa
jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (samada Division,
Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya
adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, semasa
menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, “Aku
benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada
orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta
dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah
memberikan panji itu kepada Ali.” [HR Bukhari].
Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh
dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun
regimen.

Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang
mengatakan, “Kami datang ke Madinah, saat itu dan
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang berada
di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan
beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan
Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu
aku bertanya: “Ini panji-panjii apa?” Mereka pun
menjawab: “(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba
dari peperangan.”

Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafadz, “Aku
datang ke Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana
masjid penuh sesak dengan orang ramai, dan di situ
terdapat banyak panji hitam, sementara Bilal -ketika
itu- tangannya sedang memegang pedang dekat
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu aku
bertanya: “Ada apa dengan orang-orang itu?” Mereka
menjawab: “Beliau Sallallahu ‘alaihi wa Sallam akan
mengirim Amru Bin Ash ke suatu tempat.”

Maksud ungkapan “terdapat banyak rayah (panji)
hitam” menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji
yang dibawa oleh para tentera, walaupun amir (panglima
perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru Bin Ash. Dalam
riwayat An Nasa’i, dari Anas, “Bahawa Ibnu Ummi
Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa
pertempuran bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa
Sallam.” Hadis-hadis di atas dan banyak lagi hadis-hadis
lain menunjukkan kepada kita bahawa itulah ciri-ciri
bendera dan panji Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Nas-nas tersebut juga menunjukkan bahawa hanya
terdapat satu bendera (liwa’) di dalam satu pasukan, tetapi
boleh terdapat banyak panji (rayah) di dalam setiap unit
dalam pasukan yang sama, yang dipegang oleh ketua unit
masing-masing.

Wahai kaum Muslimin! Itulah bentuk, corak dan warna
bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hadishadis
yang diriwayatkan menggambarkan dengan jelas
akan bendera dan panji Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam
dan tidak ada spesifikasi lain selain ini. Yang tertera
padanya hanyalah satu kalimah yang Rasulullah diutus
kerananya. Kalimah yang telah dibawa dan diperjuangkan
oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat.
Kalimah yang para pendahulu kita telah syahid kerana
mempertahankannya. Dan kalimah inilah yang akan kita
ucapkan di kala Izrail datang menjemput. Inilah kalimah
tauhid yang menyatukan kita semua tanpa mengira
bangsa, warna kulit, sempadan geografi dan sebagainya.
Inilah kalimah yang akan menyelamatkan kita dari azab
Allah di akhirat nanti. Inilah kalimah yang ada pada
bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.....kalimah
LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH”!.

Bendera Sebagai Syi’ar Islam

Dulu kaum Muslimin hanya hidup untuk Allah dan mati
untuk Allah. Mereka benar-benar memahami ayat-ayat
Allah bahawa mereka dicipta hanya untuk beribadah
kepadaNya. Oleh itu, mereka tidak ragu-ragu untuk
menyerahkan nyawa mereka di jalan Allah. Mereka
menyertai peperangan demi peperangan untuk
menyebarkan risalah Allah dan rahmatNya. Mereka
membuka negeri demi negeri untuk menyatukannya ke
dalam Daulah Islam. Dalam setiap peperangan dan
pembukaan negeri-negeri, mereka tidak pernah lalai dari
membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Itulah bendera yang mereka warisi dari Nabi mereka dan
mereka sanggup mati dengan bendera di tangan.
Sebagaimana lagu dan irama, peperangan dan bendera
merupakan suatu yang tak dapat dipisahkan.

Di antara peperangan yang begitu mengguris hati kita
umat Islam ialah Perang Mu’tah yang berlaku pada bulan
Jamadil Awal tahun ke-8 H. Di dalam perang ini, Rasulullah
menghantar 3,000 pahlawan elit Islam untuk bertempur
dengan pasukan Rom. Baginda mengangkat Zaid bin
Haritsah sebagai panglima perang dan bersabda, “Jika
Zaid gugur, maka Ja’far bin Abi Thalib akan
menggantikan tempatnya, jika Ja’far gugur, maka
Abdullah bin Rawahah akan menggantikan tempatnya.”
Pasukan pun berangkat dengan disertai Khalid bin Al-
Walid yang baru memeluk Islam setelah Perjanjian
Hudaibiyyah. Di dalam perjalanan, mereka telah mendapat
maklumat bahawa Malik bin Zafilah telah mengumpulkan
100,000 tentera sementara Heraklius sendiri datang dengan
100,000 tentera. Berita ini menyebabkan pasukan Islam
berbeza pendapat samada harus terus berperang atau
mengirim utusan untuk meminta bantuan tambahan dari
Rasulullah.

Namun Abdullah bin Rawahah terus maju ke hadapan
kaum Muslimin dan berkata dengan lantang dan berani,
“Wahai sekelompok kaum! Demi Allah! Sesungguhnya
apa yang kalian benci justeru itulah yang kalian cari,
iaitu syahid! Kita keluar memerangi musuh bukan
kerana jumlah atau kekuatan atau berdasarkan
bilangan, tetapi kita memerangi mereka demi Deenul
Islam, yang Allah telah memuliakan kita dengannya.
Oleh itu berangkatlah! Sesungguhnya di tengah kita
ada dua kebaikan; menang atau syahid.” Kata-kata ini
telah membakar semangat mereka, lalu mereka pun
berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur
musuh semata-mata kerana Allah. Maka terjadilah
peperangan di tempat yang bernama Mu’tah, di mana di
tempat inilah Allah telah membeli beberapa jiwa kaum
Muslimin untuk dibayar dengan syurgaNya.

Sejumlah 3,000 pasukan Islam berjuang habis-habisan
melawan 200,000 tentera musuh. Satu nisbah yang tidak
masuk aqal jika difikirkan secara logik. Tetapi itulah hakikat
umat Islam, umat yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu
wa Ta’ala dan dibantu olehNya pada setiap peperangan.
Umat yang hidup di dunia ini hanya untuk Allah. Zaid bin
Haritsah yang merupakan panglima perang terus maju
menggempur pasukan musuh dengan membawa bendera
Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di tangan. Akhirnya
sebatang tombak menembusi tubuhnya dan beliau terus
gugur. Bendera segera diambil oleh Ja’far bin Abi Thalib,
seorang pemuda yang baru berusia 33 tahun. Ketika
musuh telah mengepung kudanya dan mencederakan
tubuhnya, Ja’far justeru turun dan terus menuju ke tengahtengah
musuh menghayunkan pedangnya. Tiba-tiba
seorang tentera Rom datang dan berhasil memukulnya
dari arah tepi. Pukulan itu menyebabkan tubuh Ja’far
terbelah dua dan beliau terus syahid menemui Tuhannya.
Bendera lalu disambar oleh Abdullah bin Rawahah dan
terus dibawa dengan menunggang kuda menuju ke tengah
musuh. Beliau juga turut syahid menyusuri kedua-dua
sahabatnya. Bendera lalu diambil oleh Tsabit bin Arqam
seraya menjerit, “Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah
disekeliling seseorang.” Lalu kaum Muslimin pun
berkumpul mengelilingi Khalid bin Al-Walid dan bendera
Nabi terus diserahkan kepada Khalid yang kemudian terus
mengetuai pasukan.

Wahai kaum Muslimin! Begitulah secebis kisah perjuangan
golongan awal yang merupakan generasi terbaik umat
Islam dengan membawa bendera Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wa Sallam. Bendera yang menjadi rebutan para
sahabat untuk memegangnya di setiap peperangan.
Bendera yang menyaksikan berapa ramai sahabat telah
syahid demi mempertahankannya. Bendera yang dipegang
erat oleh para sahabat agar ia tidak jatuh mencecah bumi.
Bendera yang benar-benar dipertahankan oleh para
pemimpin dan pejuang dari kaum Muslimin yang mulia
sebagai syi’ar Islam. Bendera yang bagi setiap orang yang
mengucap syahadah, ia sanggup mati kerananya di dalam
setiap perjuangan, semata-mata kerana Allah. Inilah
bendera kalian wahai saudaraku. Inilah bendera kita, umat
Muhammad yang dimuliakan!

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Marilah kita kembali mengibarkan
bendera kita, bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa
Sallam, bendera yang dicipta atas perintah Allah,
bukannya ciptaan aqal manusia, apatah lagi dicipta hanya
melalui satu pertandingan. Inilah bendera yang
selayaknya bagi umat Islam. Kita adalah umat Rasulullah,
maka tunjukkanlah rasa kasih dan sayang kita kepada Rasul
kita dengan kembali mengibarkan bendera Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bayangkan wahai kaum
Muslimin, jika Rasulullah ada bersama kita, sanggupkah
kalian berada di belakang Rasulullah dan mengibarkan
bendera selain dari bendera Rasulullah? Walhal dengan
bendera inilah Rasulullah telah menyatukan seluruh umat
manusia yang mengucap kalimah yang tertera padanya.
Kibaran bendera inilah yang telah membawa risalah Allah
ke seluruh pelusuk dunia. Dengan melihat bendera inilah
jantung musuh-musuh Islam berdegup kencang menanti
saat kehancuran mereka. Bendera ini telah dibawa dan
dijulang oleh para pejuang Islam di kala mengembangkan
agama Allah. Inilah satu-satunya bendera kita, bendera
Rasulullah, bendera Islam, bendera Negara Islam, bendera
Daulah Islam!!

Kita telah melihat bendera ini dikibarkan oleh kaum
Muslimin di seluruh dunia seiring dengan perjuangan
untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan
menegakkan semula Daulah Khilafah. Kita juga melihat
bendera ini berkibar di Malaysia oleh para pejuang Islam
yang berusaha ke arah yang sama. Semoga kita akan dapat
melihat bendera ini dikibarkan oleh para pemimpin kaum
Muslimin di seluruh dunia termasuk Malaysia walaupun
sebelum berdirinya Khilafah. InsyaAllah, setelah Khilafah
berjaya ditegakkan, kita akan melihat bendera ini sekali
lagi dikibarkan dengan penuh bangga dan kesyukuran.
Air mata terharu dan kegembiraan akan menitis pada hari
itu, hari di mana sistem Allah telah kembali ke muka bumi.
Bendera ciptaan Allah ini akan kembali meliuk-meliuk ditiup
angin di udara dan akan berkibar dengan megahnya. Inilah
hari kemenangan Islam, hari yang Allah menurunkan
pertolonganNya ke atas kaum Muslimin yang
bersungguh-sunguh berjuang demi menegakkan
agamaNya. Inilah hari yang kita berusaha siang dan malam
untuk menggapainya dan kita benar-benar menanti akan
kedatangannya. Inilah hari Daulah Khilafah ’ala minhaj
nubuwah yang kedua kalinya, kembali muncul menerajui
dunia untuk membawa rahmat Allah ke seluruh alam. Maha
Suci Allah yang akan mengembalikan hari tersebut kepada
kita semua. Amin ya Rabbal alamin.

ASSABIYYAH & WATHANIYYAH - Pencetus Malapetaka Dan Perpecahan

by AURA JIHAD

Di dalam suasana rakyat Malaysia berpesta meraikan ulang tahun ke-50 kemerdekaan sebuah negara-bangsa yang diberi oleh penjajah, satu peristiwa tragis yang juga terkait dengan negara-bangsa telah ‘meletus’ pada masa yang sama. Insiden seorang pengadil karate dari Indonesia yang dipukul empat orang anggota polis Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan pada 24 Ogos lepas telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak di Indonesia dari peringkat rakyat, pertubuhan-pertubuhan hinggalah ke peringkat ahli politik. Pengadil tersebut, Donald Kolopita pecah gegendang sebelah telinga dan lebam di beberapa bahagian badan termasuk kemaluan sehingga terpaksa dimasukkan ke wad. Tunjuk perasaan anti Malaysia diadakan tiga hari berturut-turut di hadapan Kedutaan Malaysia, di Jakarta dan pejabat konsul Malaysia di Medan dan Kalimantan. Perkarangan Kedutaan Malaysia dilontar dengan kayu, batu dan telur. Jalur Gemilang juga dibakar oleh para penunjuk perasaan yang sedang marah [Mingguan Malaysia 02/09/07].

Selain itu, berbagai-bagai kecaman dan sindiran dibuat oleh pelbagai pihak di Jakarta daripada artis hinggalah pemimpin politik, terhadap pemerintah dan rakyat Malaysia berhubung penganiayaan terhadap tenaga kerja dan kes pencederaan pengadil karate tersebut. Media massa di Indonesia terus menerus membakar semangat rakyat, seolah-olah tidak ada langsung yang baik tentang negara yang menjadi tempat naungan lebih 1.5 juta pedududuk Indonesia untuk mencari rezeki. Rakyat Malaysia juga dituduh angkuh dan dianggap sebagai bangsa yang biadap. Ada yang mengancam untuk bertindak balas termasuk mengusir rakyat Malaysia yang berada di sana. Walaupun pernyataan maaf telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri bagi menjaga kehamornian yang terjalin antara dua negara, masih ada nada-nada sindiran secara tidak langsung oleh penyampai stesen televisyen. Mereka tidak dapat menerima penjelasan itu sekalipun telah ditegaskan bahawa insiden seperti penderaan dan penganiayaan itu telah diberikan perhatian serius dan perbuatan itu bukan budaya rakyat Malaysia. Beberapa pihak juga telah mendesak pemimpinnya agar tidak menghadiri perayaan ulang tahun kemerdekaan dan sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia di Kuala Lumpur dan di Jakarta [Mingguan Malaysia 02/09/07].

Demikianlah seriusnya suasana ini. Perasaan marah yang membuak-buak yang ditunjukkan oleh mereka yang tidak puas hati adalah tidak lain kerana insiden ini melibatkan dua negara-bangsa yang berbeza. Dengan kata lain, hal ini sebenarnya muncul dari perasaan dan pemikiran bahawa ‘aku warganegara Indonesia dan engkau warganegara Malaysia’. Inilah perasaan assabiyyah (kebangsaan/nasionalisme) yang muncul kerana perbezaan bangsa, ditambah pula dengan rasa sayangkan tanahair/negara (wathaniyyah/patriotisme). Ketegangan dan kekecohan yang berlaku di atas adalah manifestasi dari nasionalisme dan patriotisme, yang jelas-jelas merupakan pemikiran kufur yang dijadikan ikatan oleh sebahagian kaum Muslimin, tanpa memperdulikan persamaan akidah yang mereka miliki. Analoginya cukup mudah; jika yang dipukul itu adalah pengadil karate dari Malaysia sendiri (katakan beragama Islam), maka sudah barang pasti rakyat Indonesia tidak akan terasa apa-apa. Tidak akan ada demonstrasi, tidak akan ada perasaan sakit hati, marah, dendam dan sebagainya dan yang pasti berita ini tidak akan dipandang sedikitpun, apatah lagi untuk dijadikan satu isu. Begitu juga jika yang dipukul itu adalah rakyat Mesir atau Turki (walau beragama Islam sekalipun), tentunya rakyat Indonesia akan diam membisu. Sebaliknya, rakyat Mesir atau Turki pula yang akan melenting. Inilah hakikat assabiyyah dan wathaniyyah.

Assabiyyah – Agenda Kuffar Menghancurkan Islam

Assabiyyah merupakan ikatan yang mengikat bangsa Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Mereka sering bergaduh serta berperang antara satu sama lain semata-mata kerana ingin mempertahan puak masing-masing. Setelah Rasulullah diutus, baginda terus menghapuskan ikatan ini dan menyatukan manusia di bawah satu ikatan baru yang bukan sahaja dapat mengikat bangsa Arab, malah seluruh umat manusia. Siapa sahaja yang menyahut seruan Rasulullah, maka terburailah semua ikatan bangsa atau keturunan, walau antara bapa dengan anak sekalipun dan mereka hanya bersatu di bawah ikatan yang baru ini, yakni ikatan La ilaha illallah Muhammad Rasulullah.

Ikatan akidah ini terus menjadi asas kepada hubungan antara Muslim selama beribu tahun, dari zaman Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam hinggalah ke zaman Khilafah Uthmaniyyah. Islam telah menyatukan bangsa Arab, Barbar, Rom, Parsi, India dan lain-lain dan menjadikan mereka ummatan wahidah (umat yang satu). Islam juga telah mempersatukan manusia tanpa mengira warna kulit, keturunan, bahasa mahupun status sosial. Semuanya disatukan berdasarkan kalimah yang sama dan digabungkan di bawah negara yang sama (Daulah Khilafah). Tidak diragukan lagi, kalimah tauhid inilah yang telah meruntuhkan semua sifat dan sempadan assabiyyah serta wathaniyyah yang telah membelenggu manusia selama ini. Dan ikatan suci tanpa sempadan inilah yang pihak kuffar Barat berusaha siang dan malam untuk menghapuskannya.

Dengan membelek lipatan sejarah, kita akan dapati bahawa pihak kuffar telah berusaha berabad-abad lamanya untuk menghancurkan Daulah Islam yang telah dibina dan berdiri kukuh di atas asas akidah yang telah dibawa oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Peperangan demi peperangan tak kunjung padam, bermula dari Perang Badar, Uhud, Ahzab, Mu’tah, Tabuk, Yarmuk, Qadisiyah, dan yang paling panjang, Perang Salib. Namun, semua usaha golongan kuffar untuk memadamkan cahaya Allah ini tidak mendatangkan hasil. Kekuatan Daulah Islam yang tiada taranya membuatkan musuh-musuh Islam akur bahawa Daulah Islam adalah satu kuasa yang tidak akan dapat dikalahkan. Hal ini berlaku tidak lain kerana kaum Muslimin memerangi kuffar semata-mata atas satu dasar yakni Islam. Kaum Muslimin dulunya adalah orang-orang yang hidup hanya untuk Islam dan sanggup menyerahkan jiwa dan raga demi Islam, bukannya demi assabiyyah atau wathaniyyah. Bak ungkapan Khalid Al-Walid kepada pihak musuh di dalam satu peperangan “Orang-orang yang bersamaku ini mencintai mati (syahid) sebagaimana kamu mencintai hidup.” Para mujahideen ini berjuang dengan penuh semangat, keberanian dan keimanan demi meninggikan kalimah Allah dan bukannya berperang atas dasar bangsa atau tanahair.

Setelah gagal mengalahkan Daulah Islam, sebaliknya tersungkur di dalam banyak peperangan, golongan kuffar mula mencari cara lain untuk menghancurkan Islam. Akhirnya mereka menemukan jalan bahawa satu-satunya cara untuk mengalahkan kaum Muslimin adalah dengan memisahkan mereka dari ajaran Islam yang selama ini telah sebati dengan kaum Muslimin. Mereka yakin bahawa hal ini akan dengan sendirinya meruntuhkan Daulah Islam dari dalam. Dalam satu sidang House of Commons, Perdana Menteri Britain berketurunan Yahudi, Benjamin Disraeli pernah mengatakan, “Kaum Muslimin tak akan dapat dikalahkan sampai bila-bila sehingga ini dicabut dari mereka”, sambil jarinya menunjuk kepada Al-Quran. Inilah hasrat dan cita-cita mereka dan mereka benar-benar melaksanakannya. Agenda untuk memasukkan racun assabiyyah ke tubuh kaum Muslimin telah diberi perhatian serius oleh mereka. Mereka mula mengirim para muballigh (missionaries) ke dalam Daulah Islam kononnya untuk ‘ilmu dan kemanusiaan’ walhal tujuan sebenarnya adalah untuk menanam benih perpecahan di tengah-tengah jantung Daulah. Malangnya Daulah tidak dapat menghidu perkara ini, lalu membenarkan kemasukan missionaries ini. Walaupun mengalami kesukaran di peringkat awal, namun akhirnya, benih yang ditanam mula mengakar umbi dan hidup di dalam tubuh Daulah dan terus tumbuh sebagai parasit yang menjahanamkan perumahnya sedikit demi sedikit.

Melalui gerakan missionaries inilah, golongan kuffar berjaya di dalam makar mereka untuk memecahbelahkan umat Islam dan Daulah Islam dengan api assabiyyah dan wathaniyyah yang mereka hembuskan. Kaum Muslimin benar-benar terasuk dengan pemikiran kufur, mengalami perpecahan dan terlibat dengan perbalahan serta pergaduhan sesama sendiri yang tidak pernah mereka alami sebelum ini. Mereka mula membenci sesama sendiri dan tidak dapat menerima pemerintah yang bukan dari bangsa mereka. Mereka merasa seolah-olah ditindas dan dizalimi oleh pemerintah berbangsa asing, walhal kesemuanya adalah Muslim. Mereka mula menyanjung dan memuja pemikiran-pemikiran dari Barat yang kononnya membawa kebebasan dan kemajuan. Dengan racun nasionalisme dan patriotisme yang sudah menular di badan, maka muncullah perjuangan untuk memerdekakan diri sebagai satu bangsa bagi menubuhkan negara sendiri yakni negara yang berdiri atas asas bangsa. Dari sini muncullah pejuang-pejuang kebangsaan (yang sebenarnya adalah agen British) seperti Mustafa Kamal, Syarif Hussein beserta kedua anaknya Faizal dan Abdullah yang hakikatnya ditaja dan dibiayai oleh British untuk menjatuhkan Daulah Khilafah. Akhirnya, melalui perjuangan assabiyyah dan wathaniyyah yang dilancar tanpa henti, tumbanglah sebuah Daulah Islam yang selama ini menyatukan kaum Muslimin atas dasar ‘La ilaha illallah Muhammad Rasulullah’ dan bermulalah pemerintahan negara-bangsa yang terpecah-belah dan terdiri dari pemimpin yang kebanyakannya adalah agen Barat.

Wahai kaum Muslimin! Baik dari segi sejarah mahupun apa yang sedang kita saksikan sekarang, ikatan assabiyyah dan wathaniyyah ini telah terlalu banyak membawa malapetaka dan perpecahan kepada umat Islam. Perasaan-perasaan kufur ini boleh disifatkan sebagai sebuah time-bomb (bom jangka) yang boleh meletup pada bila-bila masa sahaja apabila ianya diusik. Selagi ikatan kufur ini tidak dihapuskan ke akar umbinya, selagi itulah lingkaran kekufuran akan terus menguasai dunia Islam.

Keharaman Nasionalisme & Patriotisme

Nasionalisme adalah satu konsep yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana ia mengikat dan menyatukan manusia atas dasar bangsa atau keturunan, walhal satu-satunya cara yang benar untuk mengikat dan menyatukan umat Islam adalah berdasarkan ikatan akidah. Bersatu atas dasar jalur keturunan atau bangsa jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah”.

Terdapat banyak peristiwa di dalam sirah di mana Rasulullah mencela mereka yang cuba mempertahankan sikap assabiyyah ini. Dalam satu kejadian, sekumpulan Yahudi merancang untuk memecahkan kesatuan kaum Muslimin setelah dengki melihat bersatunya Auz dan Khazraj atas dasar Islam. Mereka menghantar beberapa orang pemuda untuk melaga-lagakan Aus dan Khazraj dengan mengungkit semula kisah Perang Bu’ath di mana golongan Aus berjaya mengalahkan Khazraj. Hasilnya terjadilah perkelahian antara Aus dan Khazraj dan hal ini kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah. Nabi dengan tegas lalu bersabda, “Wahai kaum Muslimin, ingatlah kalian kepada Allah, ingatlah kalian kepada Allah! Kenapa kalian mengikuti seruan Jahiliyyah, padahal aku masih berada di tengah-tengah kalian. Dan Allah sebelumnya telah memberi petunjuk kepada kalian dengan Islam, memuliakan kalian dengannya, memutuskan segala kejahiliyyahan dari kalian, menyelamatkan kalian dari kekafiran dan menyatukan hati kalian.” Apabila mendengar sabda Nabi ini, kaum Aus dan Khazraj terus sedar bahawa seruan Jahilliyah adalah tipuan syaitan, dan salah satu dari makar musuh Allah terhadap mereka. Mereka terus menangis dan berpelukan antara satu sama lain. Peristiwa ini merupakan asbabun nuzul Surah Ali Imran (3):102-103. [Sirah Ibn Hisyam].

At-Thabrani dan al-Hakim melaporkan bahawa pada suatu hari beberapa orang sedang berbual tentang Salman al-Farisi dengan merendah-rendahkan bangsa Parsi berbanding bangsa Arab. Apabila mendengar hal ini, Rasulullah tersu bersabda, “Salman adalah dari ahli al-bait (keluarga Rasulullah).” Kata-kata Nabi ini sebenarnya memutuskan segala bentuk ikatan berdasarkan keturunan atau bangsa. Dikisahkan juga oleh Ibn Al-Mubarak di dalam dua kitabnya, Al-Birr dan As-Salah bahawa terjadi perselisihan antara Abu Zar dan Bilal, lalu Abu Dzar berkata kepada Bilal, “Engkau anak orang hitam.” Rasulullah amat marah mendengar kata-kata Abu Zar ini lalu bersabda, “Engkau sudah melampau wahai Abu Dzar. Orang yang mempunyai ibu yang putih langsung tidak ada kelebihan di atas orang yang mempunyai ibu yang hitam.” Kata-kata Rasulullah ini memberi kesan yang mendalam ke atas Abu Dzar sehingga beliau meletakkan kepalanya ke tanah dan bersumpah tidak akan mengangkat kepalanya selagi Bilal tidak memijak kepalanya.

Peristiwa-peristiwa di atas menunjukkan kepada kita bahawa ikatan assabiyyah dan wathaniyyah langsung tidak ada tempat di dalam Islam. Kaum Muslimin diperintahkan agar bersatu atas dasar persamaan akidah dan tidak membezakan antara satu sama lain hanya disebabkan oleh perbezaan bangsa atau asal keturunan. Rasulullah mengingatkan kita bahawa kaum Muslimin adalah umpama tubuh yang satu, jika salah satu bahagian sakit maka keseluruhan tubuh akan terasa sakit. Ini bermakna setiap Muslim tidak kira Arab, Melayu, Cina, Turki, Kurdi, Pakistan dan sebagainya adalah ummatan wahidah dan kita tidak boleh dibezakan antara satu sama lain berdasarkan bangsa mahupun tanahair.

Sesetengah orang mendakwa bahawa Rasulullah membenarkan assabiyyah berdasarkan peristiwa hijrah di saat Rasulullah bersabda tentang Mekah dengan air mata membasahi pipinya, “Engkau (Mekah) adalah bumi Allah yang paling aku sayangi.” Sebenarnya kata-kata Nabi ini langsung tidak ada kena-mengena dengan assabiyyah (nasionalisme) mahupun wathaniyyah (patriotisme). Kesalahfahaman ini timbul kerana hadis ini selalunya tidak dibaca atau dipetik secara sepenuhnya, yang berbunyi, “Engkau (Mekah) adalah bumi Allah yang paling aku sayangi kerana engkau adalah bumi yang paling Allah sayangi”. Oleh itu, kecintaan Rasulullah kepada Mekah adalah kerana kedudukannya yang suci yang Allah berikan dan bukannya kerana Rasulullah dilahirkan di sana. Setiap Muslim justeru mesti cinta dan sayangkan Mekah kerana bumi ini adalah bumi yang paling Allah sayangi dan hal ini langsung tidak ada hubung-kaitnya dengan nasionalisme atau patriotisme!

Perubahan Politik Dan Kepimpinan

Walaupun nasionalisme di kalangan kaum Muslimin kini semakin terhakis, namun masih terdapat beberapa halangan untuk menghapuskan penyakit ini secara total dari dunia Islam. Halangan ini mesti dikaji dan difahami betul-betul oleh umat Islam agar usaha untuk menghapuskannya berjalan sesuai dengan tuntutan syara’. Halangan utama yang wujud adalah kerana umat Islam itu sendiri (khususnya pemerintah) yang tidak berhukum dengan hukum Islam. Ini adalah manifestasi dari sistem politik kufur yang diamalkan dan sistem pendidikan yang masih bertunjangkan kurikulum penjajah. Ini ditambah dengan kedudukan pemimpin-pemimpin dunia Islam yang rata-ratanya adalah agen Barat atau pun tunduk patuh pada kuffar Barat.

Tidak ada fakta yang dapat menafikan bahawa sistem pendidikan yang diamalkan di negeri-negeri umat Islam sekarang adalah hasil tinggalan penjajah yang telah direka sedemikian rupa oleh golongan kufur ini agar memisahkan hukum-hukum Islam dari kehidupan. Islam hanya diajar sekadar sebuah ‘agama’ sebagaimana ‘agama’ yang difahami oleh Barat, yang langsung tidak berfungsi di dalam kehidupan kecuali di dalam bidang ritual sahaja. ‘Islam’ hanya menjadi salah satu dari subjek yang langsung tidak ada kaitan dengan penyelesaian masalah manusia (mu’alajah li masyaakil insan), apatah lagi jika hendak dikaitkan Islam dengan sistem pemerintahan, politik, mua’malat, uqubat, jihad, ghanimah, jizyah, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Sistem pendidikan yang ada bukan sekadar mengembangkan lagi sekularisme sebagaimana yang Barat mahukan, malah direka dengan sebaik mungkin untuk memastikan anak-anak kaum Muslimin disemai dengan benih cintakan bangsa dan tanahair dan mesti sanggup mati demi mempertahankannya.

Namun demikian, sistem pendidikan bukanlah halangan terbesar di dalam menghapuskan assabiyyah dan wathaniyyah kerana sistem pendidikan hanyalah ‘produk’ dari sistem politik dan pemerintahan. Dengan kata lain, sekiranya sistem politik berjaya diubah, maka insya Allah sistem pendidikan juga akan turut berubah. Malangnya, sistem politik yang berjalan sejak runtuhnya Daulah Khilafah adalah tidak lebih dari apa yang telah dicorakkan oleh penjajah. Melihat kepada situasi politik pada hari ini, secara de factonya ia akan meletakkan umat Islam selamanya terpisah (melalui negara-bangsa) atas dasar assabiyyah dan wathaniyyah. Secara sedar atau tidak, pemimpin kaum Muslimin yang ada pada hari ini adalah ‘mekanisme’ utama Barat untuk memastikan kaum Muslimin tidak akan bergabung semula dari segi politik. Sesungguhnya ramai dari pemimpin kaum Muslimin yang berkuasa pada hari ini sebenarnya ‘dimahkotakan’ secara langsung oleh Barat dan tak kurang pula bilangan yang diberi lampu hijau untuk memerintah selama mana mereka mengikut telunjuk Barat. Para pemimpin inilah yang bermati-matian mempertahankan batas sempadan palsu yang Barat tetapkan hingga ada yang mengisytiharkan perang sesama Muslim atas dasar perbezaan sempadan ini, semata-mata kerana takut kehilangan takhta. Lebih dahsyat, para pemerintah ini sanggup menangkap, memenjara, menyiksa malah membunuh rakyatnya sendiri yang berjuang untuk menyatukan semula kaum Muslimin di bawah satu payung pemerintahan dengan menghapuskan segala bentuk assabiyyah dan wathaniyyah.

Manifestasi pemikiran kufur ini (nasionalisme dan patriotisme) tidak akan dapat di atasi tanpa adanya perubahan politik. Jika para pemimpin kaum Muslimin ini tidak mahu menukar pemikiran kufur yang ada pada mereka dan menggantikannya dengan pemikiran Islam, maka mereka ini pada hakikatnya wajib ditukar dan diganti dengan para pemimpin ikhlas yang akan menerapkan hukum-hukum Allah. Dengan ini, benteng penghalang terbesar dalam menghancurkan pemikiran assabiyyah dan wathaniyyah akan dapat diruntuhkan. Nasionalisme dan patriotisme yang selama ini membelenggu umat Islam, menyebabkannya terpecah belah dan bercerai berai akan pasti terhapus dengan hidupnya pemerintahan ikhlas yang benar-benar menerapkan hukum-hukum Allah dan mengikat umat hanya dengan ikatan La ilaha illallah Muhammad Rasulullah.

Sesungguhnya keharaman assabiyyah dan wathaniyyah adalah jelas dan nyata, sebagaimana jelasnya malapetaka dan perpecahan yang dibawa keduanya. Justeru, adalah menjadi kewajiban setiap Muslim untuk menghilangkan sifat dan sikap ini dari diri mereka, seterusnya bergerak dan berusaha bersungguh-sungguh ke arah melenyapkan kekufuran ini di mana jua mereka temui. Setiap Muslim juga wajib memuhasabah (bukannya bersekongkol dengan) pemimpin yang mengamalkan fahsya’ (kekejian) ini dan berusaha menyatukan kaum Muslimin di bawah bendera ‘La ilaha illallah Muhammad Rasulullah’ tanpa mengenal batas sempadan, bangsa mahupun keturunan. Dalam konteks ini, seluruh negeri kaum Muslimin (termasuk Malaysia dan Indonesia) sepatutnya bergabung membentuk satu negara dan melantik seorang Khalifah yang akan menerapkan pemerintahan berdasarkan Al-Kitab dan As-Sunnah. Jika dulu Rom dan Parsi yang asalnya negara kufur, boleh tunduk dan bergabung di bawah satu Daulah, apatah lagi kini, Malaysia dan Indonesia yang sememangnya negara kaum Muslimin, tentunya lebih mudah untuk digabungkan, Insya Allah. Pokoknya, jika dibuang jauh-jauh segala bentuk assabiyyah dan wathaniyyah yang mengikat kedua-dua negara sekarang ini, maka dengan izin Allah, Malaysia dan Indonesia akan bersatu.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Ingatlah bahawa Allah menciptakan kalian dari setitis air mani, lalu dijadikan segumpal darah dan kemudian segumpal daging. Kalian berada di dalam keadaan yang lemah selama sembilan bulan di dalam perut ibu-ibu kalian. Allah kemudian mengizinkan kalian lahir ke dunia dalam keadaan tidak berdaya dan tidak mengerti apa-apa. Kalian kemudian menyusu dan membesar dalam dakapan ibu-ibu kalian. Apakah setelah Allah menjadikan kalian sebagai seorang Muslim, kalian kemudian merasa bangga dilahirkan sebagai seorang Melayu atau Arab atau Pakistan? Dan apakah kalian merasa bangga dengan tanahair tempat kalian dilahirkan sehingga bumi itu lebih mulia di sisi kalian berbanding bumi-bumi Allah lainnya? Ingatlah wahai saudaraku bahawa setiap insan tidak pernah meminta untuk lahir ke dunia dan setiap insan juga tidak pernah meminta jenis bangsa, keturunan dan bumi tempat untuk dia dilahirkan. Allahlah Yang Maha Mencipta dan Allahlah yang menentukan segala-galanya. Tunduk dan patuhlah wahai setiap insan...



NEGARA-BANGSA YANG TERJAJAH

by AURA JIHAD

Sambutan kemerdekaan yang disambut oleh Malaysia pada 31 Ogos tahun ini mungkin merupakan sambutan terbesar yang pernah diadakan. Ini adalah kerana Malaysia akan meraikan ulangtahun ke-50 kemerdekaannya, satu angka (angka 50) yang seolah-olah seperti satu keramat dan penuh makna. Satu perayaan raksasa telah dirancang sejak berbulan lalu yang melibatkan puluhan ribu peserta dengan pelbagai acara. Entah berapa juta lagi wang rakyat yang akan dibelanjakan dengan pelbagai persiapan dan acara-acara yang telah dirancang dengan penuh meriah dan besar-besaran. Sebenarnya sambutan ulangtahun kemerdekaan bukan sahaja dirayakan oleh Malaysia, malah seluruh dunia. Pada 14 Ogos lepas, Pakistan menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke-60 dan sehari selepasnya (15 Ogos) merupakan sambutan ulangtahun kemerdekaan India yang juga ke-60. Sebagaimana Malaysia, Pakistan dan India turut mendapat ‘kemerdekaan’ dari penjajahan British. Selain itu, British turut menghadiahkan kemerdekaan kepada Lebanon (22 November 1943), Jordan (25 May 1946), Kuwait (26 Januari 1961), Qatar (3 September 1971), Brunei (1 Januari 1984) dan banyak lagi. Indonesia pula mendapat kemerdekaan dari Belanda pada 17 Ogos 1945.

Begitulah juga kedudukan negeri-negeri kaum Muslimin lainnya yang saban tahun, tarikh-tarikh kemerdekaan telah menjadi tarikh keramat bagi negara masing-masing. Setiap tahun, masing-masing sanggup menghanguskan ratusan ribu malah jutaan wang demi menyambut dan meraikan kemerdekaan yang telah dianugerahkan oleh kafir penjajah. Setiap kali sambutan kemerdekaan diadakan, kita akan diperingatkan dengan pelbagai nikmat yang telah dikecapi sejak merdeka dan kita seterusnya diseru agar bersyukur dan tetap menjaga kemerdekaan ini. Dalam menari dan menyanyi gembira dengan sambutan kemerdekaan, ramai yang terleka bahawa di luar sana masih ada banyak lagi negeri kaum Muslimin yang terjajah, yang mana tanah yang terjajah ini sebenarnya adalah tanah mereka juga. Tenggelam di dalam sifat assabiyyah (nasionalisme) dan wathaniyyah (patriotisme) yang kental menyebabkan mereka tidak merasakan bahawa Palestin adalah tanah umat Islam, Iraq adalah tanah umat Islam, begitu juga dengan Kashmir dan Somalia yang kesemuanya merupakan tanah umat Islam yang masih lagi terjajah dan kesemua tanah ini wajib dibebaskan dan disatukan. Ini belum mengambil kira bumi umat Islam lain yang, walaupun telah merdeka secara fizikal, namun pemerintah mereka adalah terdiri dari agen penjajah, bersubahat dengan penjajah dan tunduk menyembah penjajah seperti Pakistan, Afghanistan, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Jordan, Syria, Libya, Uzbekistan dan banyak lagi. Inilah realiti yang dapat kita saksikan pada hari ini di mana walaupun telah berpuluh tahun negeri-negeri ini mencapai kemerdekaan, namun hakikatnya mereka tetap terjajah!

Kemerdekaan Palsu

Sautun Nahdhah (edisi Ogos) keluaran tahun-tahun sebelum ini telah menjelaskan betapa sebenarnya kemerdekaan Malaysia dan lain-lain negara kaum Muslimin hanyalah suatu ilusi. Umat Islam telah ‘diplot’ oleh kafir penjajah dengan sebuah kemerdekaan untuk memecah belahkan mereka dan pada masa-masa berikutnya umat Islam di ajar dengan sejarah perjuangan kemerdekaan sebagaimana yang penjajah mahukan. Penjajah telah mengajar kita apakah definisi kemerdekaan dan mereka mahu kita memahami kemerdekaan dengan definisi yang diberi oleh mereka. Penjajah telah menamakan ‘hero-hero’ kemerdekaan dan mereka mahu kita hanya mengenali hero-hero yang telah mereka watakkan ini. Hasilnya, umat Islam telah memahami bahawa kemerdekaan bermaksud bebas dari ‘kehadiran fizikal’ penjajah dan wira-wira kemerdekaan adalah pejuang-pejuang kebangsaan (assabiyyah/nasionalisme) yang ingin menubuhkan negara-bangsa (nation state). Inilah erti kemerdekaan yang penjajah mahu kita fahami sampai bila-bila. Mereka mahu kita faham bahawa erti kemerdekaan adalah dengan terwujudnya pemerintahan sendiri berdasarkan sempadan-sempadan yang mereka telah lukiskan. Mereka seterusnya mahu kita memahami hakikat kemerdekaan adalah dengan mempertahankan batas sempadan ciptaan mereka ini selama-lamanya.

Jika kita mengimbas kembali sejarah kemerdekaan Malaysia, kita tidak akan dapat menafikan fakta bahawa kemerdekaan ini adalah hadiah dari pihak British. Di penghujung proses penjajahan, tiada lagi perjuangan, tiada lagi pemberontakan dan tiada lagi penumpahan darah, yang ada hanyalah sebuah proses perundingan (baca: permohonan) untuk mendapatkan kemerdekaan. Suasana aman di bawah pemerintahan British sebenarnya telah lama dikecapi. Rakyat tidak lagi menentang penjajahan British dengan nyawa dan darah sebagaimana di zaman Tok Janggut dan Mat Kilau; yang ada hanyalah demonstrasi yang diadakan secara aman membantah polisi pentadbiran British. Suasana aman ini membolehkan Tunku Abdul Rahman terbang ke London untuk membuat permohonan. Kali pertama Tunku Abdul Rahman menemui pihak British di London pada 12 April 1954, permohonannya gagal. Bagaimanapun, British tetap ‘bermurah hati’ membenarkan satu pilihan raya umum yang di adakan sekembalinya dari London. Pilihan raya umum pertama yang diadakan pada tahun 1955 menyaksikan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC, PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Onn Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, dan sebagainya bertanding. Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk dan Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada 18 Januari 1956, Tunku Abdul Rahman sekali lagi mengetuai rombongan ke London untuk memohon dan membincangkan hal-hal mengenai kemerdekaan. Rundingan ini telah memakan masa selama tiga minggu. Akhirnya Perjanjian London 1956 ditandatangani, tepatnya pada 8 Februari 1956 di mana British menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekiranya kita meneliti laporan sejarah, rata-rata laporan akan menyebut bahawa tujuan Tunku ke London adalah untuk ‘berunding’ dengan British perihal kemerdekaan. ‘Perundingan’ bermaksud adanya syarat-syarat yang akan ditetapkan dan yang perlu dipatuhi oleh pihak yang berunding, khususnya yang memohon.

Dalam kedudukan di mana Britishlah yang menjajah dan Tanah Melayu adalah negara yang terjajah, sudah tentu British adalah pihak yang mendominasi. Dan sudah pasti Tanah Melayu perlu tunduk kepada segala syarat yang British tetapkan, jika ingin merdeka. Kemerdekaan sudah tentu tidak akan diberikan jika pihak yang terjajah tidak ingin mematuhi syarat yang dikenakan oleh pihak yang menjajah. Di sinilah kita perlu memahami bahawa British bukanlah satu bangsa yang bodoh dan akan memberi kemerdekaan dengan begitu mudah. Kita perlu faham bahawa British adalah negara kafir harbi yang sedang memusuhi Islam dan sedang menyebarluaskan akidah sekular mereka ke negara umat Islam yang sedang mereka jajah. Sudah pasti mereka tidak akan keluar begitu sahaja. Ternyata, setelah dua kali ‘perbincangan’, akhirnya British bersetuju memberikan ‘kemerdekaan’ kepada Tanah Melayu.

Sekembalinya dari London pada 20 Februari 1956, Tunku disambut meriah dan beliau kemudian mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu di padang Bandar Hilir, Melaka. Semua bergembira dengan pengisytiharan ini tanpa menyedari betapa halusnya syarat-syarat kemerdekaan yang telah ditetapkan British dan betapa liciknya British dalam membuat perancangan. Bagaimana mungkin British akan meninggalkan tanah umat Islam yang dijajahnya tanpa memastikan umat Islam tetap tunduk dengan sistem dan undang-undang mereka. Bagaimana mungkin British akan mengangkat kaki selagi mereka tidak yakin pemimpin yang bakal menggantikan mereka adalah pemimpin yang sepemikiran dengan mereka yang akan meneruskan sistem sekular mereka. Bagaimana mungkin British akan berganjak dari bumi umat Islam kecuali setelah benar-benar pasti bahawa pemerintahan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah tidak akan diterapkan. Justeru, pada bulan Mac 1956, satu Suruhanjaya ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali dengan Suruhanjaya Reid yang dipengerusi sendiri oleh Lord Reid dari Britain dan beberapa orang pakar undang-undang kufur dari negara Komanwel mula merangka perlembagaan untuk Tanah Melayu, sebagai syarat untuk merdeka. Akhirnya, pada bulan Ogos 1957 siaplah sebuah dokumen yang berisi apa sahaja yang dikehendaki oleh British untuk dipatuhi oleh umat Islam.

Setelah segalanya selesai, maka kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 dengan Perlembagaan yang digubal oleh Lord Reid tadi terus menjadi undang-undang tertinggi negara mengatasi Al-Quran dan Sunnah di mana pemakaiannya terus kekal hingga ke hari ini. Dengan ini rasmilah wujudnya sebuah lagi negara-bangsa yang memisahkan kaum Muslimin antara satu dengan yang lainnya berdasarkan sempadan palsu yang ditetapkan oleh si kafir penjajah. Bermula dari sini, walaupun secara fizikalnya umat Islam telah merdeka dari penjajah, namun seluruh pemikiran umat Islam telah ‘diikat’ dengan sebuah dokumen yang dibuat oleh penjajah. Umat Islam sudah tidak dapat berfikir kecuali di dalam ruang lingkup Perlembagaan yang telah dibuat oleh Lord Reid.

Segala sistem dan undang-undang yang akan dibuat mestilah mengikut ketetapan yang tersedia di dalam Perlembagaan, dan tidak boleh terkeluar walau seincipun. Tidak ada apa yang dapat diluluskan kecuali diizinkan oleh Perlembagaan hatta undang-undang Allah sekalipun. Hudud Allah tidak akan dapat diterapkan, Qisas tidak akan dapat dilaksanakan, Ta’zir pun langsung tidak ada tempat untuknya, semata-mata kerana Perlembagaan yang digubal oleh si kafir Lord Reid tidak mengizinkannya. Begitulah bagaimana dan betapa ‘pemikiran’ kaum Muslimin telah di‘set’kan oleh British, sehingga mereka tidak boleh berfikir, kecuali sekadar yang British mahukan. Jika British tidak mahu negara kaum Muslimin bergabung, mereka telah berjaya melakukannya, jika British tidak mahu undang-undang Allah diterapkan di Malaysia, mereka telah berjaya melakukannya dan jika British inginkan sempadan Malaysia (yang diberi kemerdekaan) ini kekal, mereka juga telah berjaya melakukannya – hanya melalui Perlembagaan yang telah mereka gubal sebagai syarat untuk Malaysia merdeka.

Setelah 50 tahun merdeka dan memerintah sendiri dan mempunyai kuasa untuk menentukan nasib sendiri, anehnya Malaysia masih mematuhi syarat yang telah ditetapkan British lebih 50 tahun dahulu. Apakah jika Malaysia melanggar syarat ini sekarang, maka Malaysia terpaksa diserahkan semula (atau otomatik jatuh) ke tangan British? Atau apakah musuh Islam ini akan datang menyerang Malaysia sekali lagi jika syarat kemerdekaan tersebut dilanggar? Atau apakah Malaysia sebenarnya ‘sengaja’ mengekalkan segala yang diwarisi dari penjajah ini kerana pemikiran para pemimpin yang ada sudah sebati dengan akidah sekular yang telah dibawa oleh penjajah? Jadi, merdekakah umat ini sebenarnya, dengan hanya menyaksikan British keluar dari bumi Malaysia, walhal sistem dan undang-undang British masih bertapak kukuh? Merdekakah umat ini apabila Perlembagaan yang digubal dan ditinggalkan oleh British masih menjadi undang-undang tertinggi negara yang lebih tinggi dari Al-Quran dan As-Sunnah? Merdekakah umat ini apabila pemikiran mereka sebenarnya masih lagi terjajah? Sungguh aneh apa yang dikatakan ‘kemerdekaan’ ini; kita mohon kemerdekaan dari John kerana benci dengan apa yang dia bawa, lalu John menganugerahkan kemerdekaan. Setelah merdeka, kita melantik Johan sebagai pemimpin, yang membawa idea sama sebagaimana John, lalu kita mengatakan kita telah merdeka!

Neo-Imperialisme (Penjajahan Bentuk Baru)

Pada abad ke-19, negara-negara Eropah, khususnya Britain dan Perancis berebut-rebut untuk menjajah Negara Islam dan juga lain-lain negara di dunia. Penjajahan (imperialisme) ketenteraan menjadi salah satu cara yang ditempuh oleh negara-negara Eropah untuk menundukkan sekaligus menerapkan ideologi kufur mereka di negara-negara jajahan. Keadaan ini berlangsung terus hingga berakhirnya Perang Dunia II, yang telah memunculkan Amerika sebagai samseng baru di pentas dunia. Dengan kekuatan, kelicikan dan agenda baru, Amerika mula mengatur strategi politiknya. Dunia sudah mula bosan dan mengutuk segala bentuk penjajahan ketenteraan/fizikal. Bagaimanapun, sebagai negara penganut Ideologi Kapitalis yang mana ‘manfaat’ adalah pegangan hidupnya, Amerika semestinya tidak boleh berdiam diri dan merelakan apa sahaja yang sedang terjadi, apalagi dengan sifat permusuhan dan kebencian mereka terhadap Islam dan umatnya yang tidak pernah padam. Amerika mula merancang untuk menakluk dunia dengan satu penjajahan bentuk baru yang boleh diterima dunia. Dengan makar yang teliti dan mendalam, terbentuklah PBB yang kononnya menggabungkan negara-negara merdeka di dunia demi mencapai dan memelihara penyatuan dan keamanan sejagat. Ternyata, makar ini membuahkan hasil yang diingininya dan Amerika berjaya ‘menguasai’ dunia melalui pertubuhan kufur ini.

Dari sini juga diwujudkan beberapa badan/lembaga lainnya juga atas nama kesejahteraan dunia seperti World Bank (WB), International Monetary Fund (IMF), World Trade Organisation (WTO), International Court of Justice (ICJ) dan banyak lagi. Seterusnya dilaungkanlah slogan-slogan untuk keharmonian bersama seperti Hak Asasi Manusia (HAM), Demokrasi, Globalisasi, Hak-hak Wanita, Kebebasan dan bermacam-macam lagi. Atas alasan memberi bantuan kepada negara-negara yang lemah (yang kebanyakannya adalah negeri-negeri umat Islam), Barat akhirnya berjaya menjerat negara-negara ini dengan hutang luar yang berbilion-bilion jumlahnya. Atas alasan pasaran bebas, Barat berjaya masuk ke setiap negeri kaum Muslimin dan menjadikan negeri-negeri Muslim bergantung kepadanya. Selain itu, mereka juga berjaya mengaut segala kekayaan alam khususnya minyak dan gas yang ada di Arab Saudi, Iraq, Mesir, Kuwait, Indonesia dan lain-lain lagi. Atas nama HAM, Demokrasi dan kebebasan, Amerika berjaya ‘memerintah’ Iraq, Afghanistan dan Pakistan. Dengan ICJ, Barat berjaya menjadikan undang-undang kufur mereka sebagai undang-undang antarabangsa yang mesti dipatuhi oleh semua.

Pendek kata, percaturan kuffar Imperialis Barat dengan adanya PBB dan badan-badan di bawahnya telah memberikan kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang kepada mereka untuk menjajah umat Islam dalam bentuk penjajahan baru ini. Kesimpulannya, negara-negara yang kononnya telah mencapai kemerdekaan sebenarnya masih tetap terjajah dengan penjajahan bentuk baru ini (neo-imperialisme) oleh Barat. Seperkara lagi yang kita perlu fahami adalah Barat tidak akan berjaya menguasai negeri umat Islam jika pemerintahnya mencampakkan semua hukum dari Barat lalu menerapkan pemerintahan berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Barat pasti tidak akan berjaya mengaut segala kekayaan dari bumi umat Islam jika para pemimpin umat Islam tidak menjadi agen mereka, tidak bersubahat dengan mereka di dalam mengambil hak umat, serta tidak tunduk patuh kepada Barat. Sungguh! Barat berjaya menguasai keseluruhan negeri umat Islam kerana pemerintah umat Islam saat ini terus berhukum dengan hukum Barat. Justeru, di manakah kemerdekaan apabila undang-undang yang diterapkan adalah undang-undang Jahiliyyah Barat, sistem ekonomi adalah sistem Kapitalis bukannya sistem Islam, perbankan riba masih merajalela, gaya hidup Barat masih berleluasa, sistem pendidikan masih sekular dan yang paling penting, sistem pemerintahan masih dibelenggu dengan sistem pemerintahan negara-bangsa berdasarkan sempadan yang telah ditetapkan oleh kafir Imperalis Barat. Di manakah kemerdekaan? Sungguh malang! Malaysia berusaha mencapai kemerdekaan kerana inginkan pemerintahan sendiri, namun hakikatnya masih tetap memerintah dengan apa yang kafir penjajah tinggalkan!

Kemerdekaan Hakiki

Wahai kaum Muslimin! Kami ingin bertanya, adakah kalian akan bergembira jika Kelantan terpisah dari Malaysia, lalu menyambut kemerdekaan. Adakah kalian akan bergembira jika Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia dan mereka menyatakan bahawa mereka telah merdeka, sebagaimana Singapura mencapai kemerdekaan dari Malaya dahulu? Adakah penduduk Johor dan penduduk Malaysia lainnya akan berpesta kegembiraan jika Johor berjaya keluar dari Malaysia dan merdeka? Apakah ini yang dikatakan kemerdekaan, dan apakah kita bergembira dengan kenyataan ini, kenyataan bahawa negeri-negeri umat Islam menjadi terpecah belah, semakin lemah dan kecil dan terpisah antara satu sama lain dan mewujudkan pemerintahan sendiri-sendiri?

Jika kalian gembira dengan sambutan kemerdekaan ini, kalian sebenarnya sedang berkongsi kegembiraan dengan kafir Barat, yang setiap tahun tersenyum menyaksikan sambutan kemerdekaan yang diadakan besar-besaran di negeri kaum Muslimin. Golongan kuffar ketawa riang menyaksikan kejayaan mereka memecah-belahkan kaum Muslimin dengan negara-bangsa yang ‘merdeka’, yang dahulunya mereka berjaya pisahkan dari satu bumbung pemerintahan yakni Daulah Khilafah. Kini, semuanya terpecah belah dan ‘merdeka’ dengan berjalan mengikut ketetapan penjajah. Wahai saudaraku, bukankah kita umat yang satu dan Rasulullah telah menyatukan kita dengan kalimah syahadah yang baginda bawa, tanpa memerhatikan lagi bangsa dan negara manakah kita berada. Begitulah juga dengan para Khalifah sesudah baginda dan para pejuang-pejuang Islam yang ikhlas berjuang menyatukan umat Islam dan memerdekakan mereka dari belenggu kekufuran. Kesemua mereka ini membawa kemerdekaan yang hakiki untuk umat Islam.

Mereka membebaskan manusia dari hidup di dalam kekufuran dan kezaliman menuju rahmat Allah, membebaskan manusia dari berada di bawah telunjuk dan naungan kufur kepada petunjuk dan cahaya Islam. Firman Allah,

“Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan menuju cahaya. Adapun orang-orang kafir, pelindung-pelindung mereka adalah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya menuju kegelapan.” [TMQ al-Baqarah (2):256]

“Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan menuju cahaya. Adapun orang-orang kafir, pelindung-pelindung mereka adalah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya menuju kegelapan.” [TMQ al-Baqarah (2):256]

“Apa yang menyebabkan kalian datang ke sini?”. Mereka menjawab, “Allah telah mengutus kami untuk membebaskan/memerdekakan siapa saja dari penghambaan kepada hamba (manusia) menuju penghambaan hanya kepada Allah semata, dari kesempitan dunia menuju keluasanNya, dan dari kezaliman agama-agama selain Islam menuju keadilan Islam...” [Tarikh at-Thabari, II/401].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sukacita kami ingin mengakhiri naskhah ini dengan memetik kata-kata seorang intelektual bebas dari Jepun, yang dahulunya non-Muslim, namun Allah telah menunjuk beliau ke jalan kebenaran. Beliau adalah Prof. Dr. Hassan Ko Nakata dari Center for Interdisciplinary Study of Monotheistic Religions (CISMOR), Universiti Doshisha, Jepun (juga merupakan Presiden, Persatuan Muslim Jepun). Dalam makalahnya untuk International Khilafah Conference di Jakarta 12 Ogos lepas, beliau menyatakan bahawa [teks penuh beliau boleh didapati di http://www.hizbut-tahrir.or.id/index.php/category/kki/makalah]; “(Penjajahan) Kapitalisme global hanya mungkin boleh dilawan oleh ideologi yang juga bersifat global. Dalam konteks ini, Islamlah yang akan membebaskan manusia dari penjajahan sistem Kapitalisme global. Islam dengan sistem Khilafahnya, juga berfungsi sebagai sarana pembebasan umat manusia dari penjara negara-bangsa saat ini yang eksploitatif.

Ini karena Khilafah merupakan kepemimpinan umum bagi seluruh kaum Muslim di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syariah dan mengemban risalah Islam sebagai rahmat ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad...Sekarang semakin jelas, bahwa Khilafah bukanlah kelompok yang terdiri dari berbagai negara-bangsa, namun merupakan satu pemerintahan universal yang bertentangan dengan sistem negara-bangsa, dan juga sistem yang membebaskan bangsa-bangsa dari penjara buatan mereka. Kenyataannya, konsep negara-bangsa Barat tidak hanya bertentangan dengan ajaran Islam, namun juga bertentangan dengan premis dasar agama-agama Ibrahim yang menyatakan, bahwa Tuhan adalah penguasa sekelian alam...

Islam adalah satu-satunya agama terbesar di dunia yang memperjuangkan kemanusiaan dengan menolak sistem negara-bangsa dengan teritorialnya. Karena sistem ini sendiri jelas bertentangan dengan kemanusiaan. Sayangnya, kecuali Hizbut Tahrir, di tengah-tengah umat Islam sendiri tidak ada gerakan internasional sejati yang menentang secara terang-terangan sistem negara-bangsa (nation state), dan membela kewajiban untuk menegakkan kembali Khilafah sebagai satu-satunya sistem politik Islam yang sah. Jangankan kaum Muslimin biasa, para aktivis yang tergabung dalam gerakan Islam itu sendiri kerap tidak peduli dengan perjuangan menegakkan kembali Khilafah beserta peranan penting mendasarnya dalam membebaskan manusia.

Mereka umumnya melakukan kompromi dengan sistem negara-bangsa; apakah karena mereka terpengaruh dan disesatkan oleh pemikiran keliru tentang logika politik Barat, atau karena mereka takut akan tekanan penguasa zalim di dalam negeri mereka sendiri - yang sedang mempertahankan statusnya karena kepatuhannya kepada penjaga sistem dari Barat, atau negara super power Barat. Karena itu, menurut hemat saya, dalam konteks dunia Islam kontemporer, hanya Hizbut Tahrirlah yang boleh dikatakan sebagai “gerakan politik Islam” yang memperjuangkan terealisasinya Khilafah - yang merupakan panggilan universal; tidak hanya untuk umat Islam, tetapi lebih dari itu. Konsekuensinya, kejayaan Hizbut Tahrir tentu tidak hanya bermanfaat bagi umat Islam, tetapi juga untuk seluruh umat manusia.”