Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Marahkan nyamuk kelambu dibakar-Inilah Cara Orang yang singkat akalnya berfikir!!!

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta semua pihak mengkaji secara mendalam cadangan untuk melarang motosikal memasuki bandar-bandar besar sebagai langkah mengurangkan jenayah ragut. Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, bukan semua penunggang dan pembonceng motosikal merupakan mereka yang terlibat dalam jenayah itu. Katanya, ramai penunggang motosikal yang patuh kepada undang-undang berulang-alik ke tempat kerja bagi menyara hidup. Ia menimbulkan kebimbangan kepada MCPF terhadap nasib pengguna seperti ini ketika mengulas cadangan larangan tersebut yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Khamis lalu. [Utusan Malaysia]

‘Marahkan nyamuk kelambu dibakar’, itulah pepatah yang paling sesuai menggambarkan cadangan dangkal yang dikemukakan oleh Ketua Polis Negara. Akibat jenayah ragut, yang dilakukan oleh segelintir penunggang motosikal, maka kesemua penunggang ‘dihukum’ dihukum. Seseorang yang mempunyai pemikiran yang sederhana sekalipun boleh berfikir bahawa tindakan ini langsung tidak akan menyelesaikan masalah.

Masalah yang perlu difokus adalah jenayah ragut, bukan penunggang motosikal biarpun statistik tertinggi jenayah ragut melibatkan golongan tersebut. Terlalu ramai penunggang motosikal yang tidak terlibat dengan jenayah ragut, malah berapa ramai yang menggunakan motosikal sebagai sumber rezeki mereka. Jika semua penunggang motosikal (termasuk penjenayah ragut) di halang dari memasuki bandar-bandar besar, apakah ini akan menghalang penjenayah ini dari meragut di kawasan luar bandar pula? Berapa banyak dari jenayah ragut bermotosikal yang berlaku di kawasan luar bandar, malah di kawasan perumahan sekalipun? Jadi, apakah fokus pihak polis hanya ingin menghapuskan statistik ragut di kawasan bandar sahaja dan ‘membiarkan’ penjenayah ragut ini bermaharajalela di kawasan luar bandar pula? Apakah Ketua Polis Negara tidak terfikir akan hal yang begini mudah?

Seperkara lagi, apakah nanti sekiranya larangan penggunaan motosikal di bandar berkuat kuasa, kemudian penjenayah menggunakan kaki (berjalan atau berlari) sebagai kaedah ragut yang baru, maka PDRM akan mencadangkan semua pejalan kaki tidak dibenarkan masuk ke bandar? Atau dicadangkan agar semua warga kota perlu dipotong kaki mereka supaya jenayah ragut dapat dibendung? Kenapakah begitu gelap gelita sekali pandangan dalam usaha untuk menghapuskan jenayah ini, padahal bukankah Allah SWT telah menurunkan risalahnya agar ia dijadikan petunjuk dan panduan untuk menyelesaikan seluruh masalah manusia?

Kita bukanlah tidak menghargai usaha pihak polis di dalam mencegah jenayah, tetapi biarlah cadangan yang dikemukakan itu rasional dan boleh diterima akal. Dan yang penting, jika kita ingin menghukum, maka satu-satunya hukuman yang wajib dilaksanakan adalah hukuman Islam, bukannya hukum akal. Malangnya umat Islam tidak habis-habis menggunakan akal dan terus tersesat jalan dengan cuba mengubati penyakit dengan mengubati simptomnya sahaja. Ibarat kata, jika atap sebuah rumah itu bocor dan menyebabkan air menitis setiap kali hujan melanda, umat Islam sibuk mencari penyelesaian dengan mengambil baldi atau lain-lain bekas untuk menakung air yang bocor itu. Mereka sibuk berbincang dan bertelagah sesama sendiri sama ada baldi atau besen yang lebih sesuai. Mereka juga sibuk berbincang saiz baldi dan besen yang akan digunakan. Persoalannya, apakah selesai masalah dengan pendekatan sebegini, jikapun yang diambil itu adalah baldi atau besen emas sekalipun? Kita semua tahu bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang akan menuntaskan segala masalah ialah dengan menggantikan atap yang bocor tadi dengan atap baru. Inilah penyelesaian yang hakiki.

Segala keburukan yang ada pada hari ini wujud kerana diterapkannya sistem sekular di dalam negara. Bermula dari sistem pendidikan di peringkat rendah lagi sudah sekular sehinggalah ke tahap pemerintahan, semuanya sekular. Maka wajarlah manusia yang terlahir dari sistem yang rosak akan menjadi rosak. Justeu, jika hanya ’simptom’nya sahaja yang diubati manakala puncanya dibiarkan, maka maasalah pasti tidak akan selesai, malah akan mewujudkan lebih banyak masalah lainnya. Pokoknya, sistem sekular yang melahirkan semua penjenayah dan hukuman kufur yang dilaksanakan ini wajib diganti dengan Islam, barulah ’punca’ kepada segala masalah akan terhapus.

Itulah jawapan sebenar kepada masalah jenayah yang semakin bermaharajalela sekarang. Punca ia berleluasa dengan maraknya adalah kerana sistem kehidupan ini tidak mematuhi tuntutan syarak. Atmosfera yang melingkungi kehidupan umat manusia hari ini adalah sistem sekular-kufur. Ia perlu digantikan dengan sistem Islam dan sistem Islam itu pastinya tidak akan dapat dilaksanakan kecuali dengan adanya Negara Islam, yakni Daulah Khilafah yang akan menerapkan Kitabullah dan Sunah RasulNya secara kaffah. Dan perkara ini tidak akan dapat direalisasi kecuali dengan usaha gigih dari kita semua untuk menegakkan Daulah Islam dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Justeru, mana-mana anggota PDRM yang beragama Islam, termasuklah Ketua Polis Negara sekalipun wajib berusaha untuk mengembalikan hukum Islam dengan jalan menegakkan semula Khilafah agar seluruh hukum Allah dapat dilaksanakan.

Filed under having  

0 Ulasan: