Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Baik Bush mahupun Obama, dasar luar AS adalah penjajahan

by AURA JIHAD

Barack Obama kini telah secara rasminya menjadi Presiden Amerika Syarikat, walaupun belum memulakan perkhidmatan sepenuhnya. Kejayaan beliau telah digambarkan dunia sebagai kejayaan untuk suatu perubahan. Ramai di kalangan umat Islam telah menjangka bahawa akan ada perubahan dalam polisi luar Amerika Syarikat iaitu polisi yang menjadikan Amerika Syarikat lebih akrab kepada umat Islam di dunia ini. Kita telah pun melihat bagaimana pendirian Obama yang saling tak tumpah dengan Bush dalam mempertahankan Isreal dan juga dalam menangani war on terror (war on Islam). Selepas ini, kita akan terus melihat sejauh manakah Obama akan bertindak sebagai 'orang terkuat dunia' apabila Obama mengutarakan idea-ideanya dalam beberapa minggu ini. Kita semua tahu bahawa polisi luar Amerika Syarikat sejak dulu (sejak selepas perang dunia kedua) adalah kolonial atau penjajahan, yakni colonialism adalah polisi yang tak akan diubah oleh Amerika Syarikat. Apa yang akan berubah adalah pendekatan yang berbeza yang mungkin diambil oleh Obama, yakni Obama mungkin memilih pendekatan multilateral berbeza dengan Bush yang mempunyai pendekatan unilateral.

Berikut adalah secebis sedutan dari buku “Mafahim Siyasah Li Hizbit Tahrir” (Konsep-konsep Politik Hizbut Tahrir) yang dikarang oleh Taqiuddin an-Nabhani pada tahun 1969 yang membincangkan latar-belakang dan sikap Amerika Syarikat. Ia boleh dijadikan panduan untuk memberikan analisis kepada polisi-polisi di bawah pentadbiran Presiden Obama.

Perkembangan Amerika Syarikat sebagai kuasa dunia

Selama beberapa dekad Amerika Syarikat telah dijajah oleh Eropah khususnya Britain dan dibahagikan kepada beberapa negeri. AS mulanya memberontak berperang menentang kolonialisasi Britain dan berjaya menghalau keluar penjajah Britain dari negaranya. Wilayah-wilayah Amerika Syarikat telah bersatu membentuk suatu kesatuan yang besar. Negara baru ini kemudiannya menakluki beberapa wilayah dan membentuk negara yang lebih besar daripada dahulu sebagaimana sekarang ini. Amerika Syarikat mempunyai 51 buah wilayah kecil dan mempunyai kedudukan yang kuat di dunia dan berupaya melindungi kedua-dua benua Amerika daripada penjajahan Eropah, dan menjadi dunia yang lain yang dikenali sebagai dunia baru.

AS dibina melalui suatu sistem yang cekap dan aktif. Mereka merangka suatu sistem pemerintahan demokratik tetapi unik, yang berakar umbikan kepada kefahaman undang-undang untuk manusia dan dilaksanakan oleh manusia. Mereka tidak merangka pemerintahan yang sesuai secara logik tetapi secara praktik dan realistik dan ini dapat dilihat melalui cara pemilihan Presiden dan kuasa yang diberikan kepadanya, peranannya di dalam merangka kuasa di dalam wilayah yang lain.

Kefahaman terhadap sistem pemerintahan tersebut dapat dilihat dalam adanya kesatuan yang kuat terhadap negara yang didasarkan kepada sistem tersebut, walaupun sistem AS adalah sistem kesatuan. Juga kefahaman tersebut adalah jelas dalam pemilihan calon Presiden mereka dan pemilihan kerajaan negeri. Kesemua ini menjadikan AS negara yang kuat dalam masa yang singkat. Sebelum Perang Dunia Kedua, AS kekal mengasingkan diri mereka daripada keadaan politik dunia luar dan berpuas hati dengan kehidupan di negara mereka sendiri. Tetapi selepas Perang Dunia Kedua, AS mula mengorak langkah keluar daripada pengasingan tersebut dan mula mencorakkan politik dunia dan mengehadkan kuasa-kuasa negara lain di dunia ini.

Di AS, terdapat dua parti politik besar iaitu Demokrat dan Republikan. Polisi bertulis dan juga polisi yang diikuti oleh kedua parti adalah tidak banyak berbeza di antara satu sama lain. Kedua parti ini mengikut satu program, dan tidak banyak perubahan berlaku ketika berlaku perpindahan kekuasaan dari parti yang pertama kepada parti yang kedua tersebut, sama ada polisi luar atau polisi dalam negara. Sekiranya ada perubahan yang berlaku, ianya adalah disebabkan oleh keadaan sekeliling dan bukan pertukaran dalam program parti masing-masing. Parti Demokrat adalah parti yang ulung dan merupakan parti untuk rakyat sebab mempunyai sokongan majoriti penduduk AS. Oleh itu sokongan majoriti Kongres adalah sentiasa berpihak kepada parti Demokrat. Manakala Parti Republikan adalah parti yang lebih muda usianya dan adalah parti yang terdiri oleh golongan kaya-raya, yakni majoriti ahli-ahli mereka terdiri daripada golongan yang mempunyai aset yang besar dan memiliki industri dan syarikat yang besar. Parti tersebut juga mempunyai golongan elit dan tidak berminat untuk mendapatkan sokongan daripada orang biasa. Sekiranya sistem pilihan raya AS adalah berlainan, maka parti tersebut tidak mempunyai peluang untuk memenangi pilihan raya disebabkan oleh ianya adalah parti minoriti.

AS sepertimana negara Kapitalis yang lain adalah dikuasai oleh pemilik-pemilik modal yang besar dan ahli perniagaan yang kaya raya. Mereka mempunyai kesan terhadap polisi AS. Oleh kerana setiap orang mempunyai hak menjadi rakyat AS dan mempunyai kesan terhadap pemerintahan, sama ada melalui pilihan raya atau kritikan, sistem pemerintahan di AS kelihatan seolah-olah sistem pemerintahan yang dihasilkan oleh setiap orang individu rakyat AS dan ini adalah menjangkau melebihi mana-mana negara Kapitalis lain di dunia. Disebabkan oleh kekayaan yang banyak, modal insan yang ramai dan ahli pemikir yang ramai, dan diiringi oleh suasana kebebasan yang aktif, kekuatan AS adalah kekuatan yang benar dan bukan khayalan atau imaginasi.

Walaupun AS bukan berasaskan kepada suatu golongan tertentu, tetapi golongan masyarakat dari tempat berlainan, kerakyatan adalah menjadi penghubung kepada masyarakat majmuk di AS. Sekiranya seorang pendatang tinggal di AS selama beberapa tahun dan mengambil kerakyatan AS, ia menjadi lebih prihatin kepada negara AS daripada prihatin kepada negara asalnya. Ini disebabkan oleh kekuatan yang terdapat dalam individu masing-masing sebagai rakyat AS dan perhubungan di antara mereka.

Polisi luar AS adalah polisi golongan kaya raya yang mempunyai monopoli dalam perindustrian dan sektor kewangan, yakni polisi luar adalah polisi penjajahan yang tidak mempunyai nilai-nilai luhur dan mulia. Walaupun ramai ahli politik Amerika selalu kelihatan terlalu ‘simple’ dan kadangkala bodoh, tetapi secara amnya mempunyai pemikiran mendalam melebihi daripada ahli politik lain di dunia ini.

Mereka berupaya untuk membawakan perubahan secara cepat dan berupaya menyelesaikan masalah dengan cekap. Kemungkinan dengan adanya keperluan untuk menjajah, taraf pendidikan yang tinggi dan kepintaran telah mempengaruhi aktiviti politik mereka. Mereka melihat dunia luar sebagai suatu ladang yang besar yang dimiliki oleh mereka dan melihat negara-negara yang tidak mempunyai sebarang pengaruh sepatutnya akur kepada AS yang merupakan negara terkuat dan berpengaruh.

Ini adalah ringkasan terhadap realiti AS sebagai negara penjajah dan mestilah dilayan sebagai penjajah. Walau bagaimanapun kita mestilah sentiasa awas bahawa AS mempunyai kekuatan sebagai sebuah negara, bangsa dan mempunyai pengaruh yang kuat. Langkah pertama untuk berhadapan dengan AS adalah melakukan pendedahan tentang sikap penjajahan AS dan memaksanya supaya balik ke zaman pengasingan mereka, kepada Dunia Baru mereka. Senjata ideologi dan juga senjata politik adalah berguna untuk tujuan tersebut. Juga adalah bermakna sekiranya mempengaruhi idea mereka secara dalaman di samping menghalang tindak-tanduk politik dan polisi luar mereka.

[Mafahim Siyazah, Taqiuddin an-Nabhani, 1969]

Filed under having  

0 Ulasan: