Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Kerajaan mahu rakyat hidup selesa

by AURA JIHAD

SEREMBAN 4 Feb. - Kerajaan mahu semua rakyat di negeri ini mendapat kemudahan yang selesa serta tidak tercicir daripada pembangunan. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, untuk itu kerajaan menyediakan pelbagai prasarana yang baik termasuklah projek perumahan rakyat (PPR), selain meningkatkan mutu pendidikan. ''Saya mahu semua komponen parti mengenal pasti mereka yang tergolong dalam kemiskinan supaya bantuan boleh disalurkan," kata beliau sewaktu berucap pada majlis Penyampaian Angpau Sempena Tahun Baru Cina di Kuala Sawah, Rantau dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi MCA Bahagian Rembau, Senator Lee Chee Keong dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang juga pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Datuk Abd. Halim Abd. Latif. ''Kami tidak mahu kemiskinan dijadikan isu. Kita mahu perkara ini diselesaikan," ujar beliau. Pada masa yang sama, Mohamad berkata, aspek pendidikan juga diberikan keutamaan oleh kerajaan. ''Kami tidak mahu pada tahun 2020, ketika negara sedang meningkat maju, mentaliti anak-anak kita masih lagi jauh ketinggalan," kata Mohamad. Sebab itulah kata beliau, segala bantuan juga telah disalurkan bukan hanya kepada sekolah kebangsaan (SK), tetapi juga sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. ''Kami mahu semua sekolah di negeri ini mendapat kemudahan," jelas beliau.

Pada majlis tersebut Mohamad turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada SRJK (C) Sin Min, Kuala Sawah untuk meningkatkan kemudahan asas, selain turut menyampaikan angpau kepada 250 pelajar dan 100 warga emas di kawasan berkenaan. Beliau turut melancarkan bilik gerakan MCA dan Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Rantau di Dataran Taman Jade Indah.

Sumber: Utusan Malaysia 05/02/08

Ulasan:


Apakah rakyat akan dapat menjalani kehidupan yang selesa jika semua yang selayaknya menjadi hak mereka terpaksa dibayar untuk mendapatkannya dan kadarnya pula semakin meningkat? Inilah realitinya kepimpinan pada hari ini, yang mencanangkan pelbagai berita keperihatinan mereka terhadap rakyatnya sedangkan sememangnya menjadi kewajiban pemerintah di dalam pandangan Islam untuk memberikan kehidupan yang selesa kepada warganegaranya tanpa isu ini digembar-gemburkan.

Perkara ini sebenarnya tidak perlu dijadikan isu yang diperbesarkan terutamanya menjelang pilihanraya yang bahangnya semakin terasa. Apakah mereka yang memegang tampuk pemerintahan pada hari ini tidak pernah membaca mahupun mendengar hadis Rasulullah SAW? Jika belum maka di sini ingin kami mengingatkan mereka dengan sabda Rasulullah SAW ini agar ianya boleh menyedarkan dan membangunkan mana-mana pemimpin yang masih tidur dan leka akan tanggungjawab mereka yang sememangnya berkewajiban untuk mengatur dan menjaga urusan umat yang menjadi warganegara sesebuah kawasan itu. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin. Dia akan ditanya tentang rakyatnya, seorang lelaki pemimpin pada ahlinya dan dia akan ditanya tentang rakyatnya, seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya dan dia ditanya tentang rakyatnya, dan khadam itu menjadi pemimpin urusan harta tuannya dan dia akan ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan dia ditanya tentang rakyatnya, maka semua kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya."

Wahai mereka yang memegang kekuasaan pada hari ini! Ingatlah, apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW di atas, bahawasanya kalian pasti akan ditanya tentang tanggungjawab yang dibebankan oleh Allah SWT ke atas kalian untuk mengurus rakyat di bawah tanggungjawab kalian. Ketahuilah, adalah menjadi kewajiban kalian semua untuk menjamin keperluan asas setiap individu masyarakat - makanan, pakaian dan tempat tinggal secara langsung mahupun tidak langsung dengan cara menyediakan pekerjaan kepada umat yang kalian uruskan mahupun keperluan asas masyarakat seperti pendidikan, kesihatan dan keamanan secara percuma. Janganlah di saat-saat bahang pilihanraya semakin terasa kalian jadikan tanggungjawab ini sebagai isu untuk dimainkan kerana ini adalah sememangnya menjadi tanggungjawab kamu dan ianya kelak akan dipersoalkan oleh Allah SWT.

Begitu juga kepada umat Islam umumnya, ketahuilah bahawa adalah menjadi kewajiban kalian untuk melakukan muhasabah terhadapkan apa sahaja penyimpangan yang dilakukan oleh pemerintah. Wahai umat Islam ketahuilah bahawa kalian mempunyai HAK yang wajib dijaga dan ditunaikan oleh pemerintah yang menjaga urusanmu dan kalian juga mempunyai TANGGUNGJAWAB yang perlu kalian tunaikan yang kelak akan diperhitungkan oleh Rabb yang menciptakan diri kalian. .

Filed under having  

0 Ulasan: