Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

Parlimen Bubar

by AURA JIHAD

PUTRAJAYA 13 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan, iaitu 15 bulan sebelum mandat penggal sekarang berakhir pada Mei 2009.

Serentak itu, semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak turut dibubarkan.

Perdana Menteri memberitahu sidang akhbar di sini pada pukul 12.35 tengah hari bahawa beliau diiringi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk mendapat perkenan bagi membubarkan Parlimen ke-11 berkuat kuasa hari ini.

“Seri Paduka telah menandatangani Perisytiharan Pembubaran Parlimen pada hari ini. Kerajaan-kerajaan negeri juga telah dinasihati supaya membubarkan Dewan-Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa tarikh yang sama,” katanya.

Sepanjang sidang akhbar sepuluh minit itu, Abdullah berdiri di rostrum yang terletak di sebelah bendera Malaysia di Bilik Sidang Akhbar Jabatan Perdana Menteri di sini ditemani Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Parlimen telah dimaklumkan berkenaan pembubaran itu.

“SPR akan menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi,” katanya.
Pengumuman Abdullah itu sekali gus menamatkan spekulasi tarikh pilihan raya umum ke-12 yang hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.

Pada sidang akhbar yang penuh sesak dengan wartawan dan disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan, Abdullah berharap pilihan raya umum kali ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Beliau yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mendapat semula mandat dua pertiga seperti yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004.

Pada pilihan raya itu, BN menang 198 daripada 219 kerusi Parlimen dan memperoleh undi popular 64 peratus. Ia merupakan antara pencapaian terbaik BN dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak 50 tahun lalu.

Sebelum Parlimen dibubarkan hari ini, pembangkang mempunyai 20 kerusi di Dewan Rakyat iaitu DAP 12 kerusi, Pas enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas masing-masing satu kerusi.

Di peringkat DUN, BN menguasai 454 kerusi, Pas 36 kerusi manakala DAP 15 kerusi. BN memerintah di semua negeri kecuali Kelantan.

Perdana Menteri meminta pengundi memberi sokongan besar kepada BN demi manfaat mereka dan kepentingan negara.

‘‘Saya berharap pengundi faham isu-isu dalam negara, beri penilaian secara objektif dan beri undi kepada BN,” katanya.

Sejumlah 222 kerusi Parlimen akan dipertandingkan pada pilihan raya umum ke-12 manakala 505 kerusi DUN akan direbut parti-parti politik di peringkat negeri.

Pilihan raya umum kali ini turut menyaksikan pertambahan tiga kerusi baru bagi Parlimen Sarawak ekoran persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2006.

Abdullah percaya BN akan meraih kemenangan besar berdasarkan prestasi parti pemerintah itu yang melaksanakan segala janjinya.

Katanya, program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan BN telah memberi manfaat kepada rakyat.

Menjelang hari pengundian, kata beliau, jentera BN telah disusun rapi bagi menghadapi pilihan raya umum dan apa yang perlu dilakukan sekarang hanyalah untuk menggerakkannya.

Mengenai senarai calon pilihan raya BN, Abdullah berkata, ia akan menyaksikan gabungan muka lama dan muka baru.

‘‘Apabila senarai itu telah ditetapkan, maka pada waktu itu kita akan tahu berapa orang muka lama, berapa orang muka baru,” katanya.

Perdana Menteri turut ditanya mengapa beliau membubarkan Parlimen 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahun yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.

‘‘Tidak salah. Tidak ada kesalahan (bubar lebih awal). Saya fikir elok juga. Kalau kita hendak buat (pilihan raya) pada waktu ini pun tak apa.

“Saya percaya dengan kekuatan mandat nanti, insya-Allah kita akan dapat meneruskan usaha-usaha kita untuk memajukan negara dan memberi nikmat kepada rakyat,” ujarnya.

Abdullah juga yakin pembubaran Parlimen tidak akan menjejaskan perayaan dan aktiviti masyarakat Cina yang masih merayakan sambutan Tahun Baru Cina.

Ditanya mengenai keistimewaan tarikh 13 Februari sehingga beliau memilih tarikh itu bagi membubarkan Parlimen, sambil ketawa Abdullah berkata: “Tak payah ulaslah, tak payah ulaslah.”

Angka 13 diketahui umum merupakan angka kegemaran Perdana Menteri.

Malah ketika Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini, beliau yang ditemani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan menaiki kenderaan rasmi Proton Perdana bernombor pendaftaran WCH13.

Banyak pihak sebelum ini meramalkan pengundian akan diadakan pada 1 atau 8 Mac ini manakala hari penamaan calon dijangka diadakan 10 hari sebelum itu pada minggu terakhir bulan ini.

Mengikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

Dalam beberapa pilihan raya umum lepas, SPR menetapkan tempoh kempen hanya selama 10 hari. Biasanya kerajaan telah dibentuk tidak sampai tiga minggu selepas Parlimen dibubarkan.

Pada pilihan raya umum ke-11, hari pembubaran Parlimen, hari penamaan calon dan hari pengundian berlangsung dalam tempoh 17 hari.

Sumber: Utusan Malaysia 14/02/08

Ulasan:

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa pilihan raya mesti diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh Parlimen dibubarkan. Ini bermakna, rakyat boleh berada di dalam keadaan tiada pemerintah selama 60 hari. Inilah hukum yang sekarang ini dipatuhi oleh rakyat Malaysia termasuklah umat Islam. Jika kita tanya dari manakah hukum ini berasal? Tentulah semua orang tahu akan jawapannya – Lord Reid si kafir.

Tetapi jika kita tanya soalan seterusnya, apakah hukumnya bagi kita mematuhi hukum Lord Reid ini? Maka sebahagian besar dari umat Islam akan membolehkannya! Inilah kesilapan besar umat Islam. Mereka tertipu dan terpedaya malah ada yang mempertahankan hukum kufur ciptaan Lord Reid ini.

Apakah Islam tidak menyentuh soal ini. Maksudnya apakah tidak ada (hukumnya) di dalam Islam bila berlaku kekosongan pemimpin?

Sesungguhnya Islam itu sempurna dan tidak ada satu pun yang tertinggal dari Islam. Hanya umat Islam sahaja yang lalai dan jahil dari hukum Islam. Allah berfirman;

“...pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama kamu...” [TMQ Al-Maidah (5):3]

Adapun hukum Islam apabila berlaku kekosongan pemerintahan adalah di ambil dari Ijmak Sahabat iaitu mesti tidak lebih dari 3 hari 2 malam. Dengan kata lain, di dalam Islam, apabila jawatan Khalifah menjadi kosong atas apa sebab sekalipun (sama ada Khalifah meninggal, meletak jawatan, di tawan dalam tempoh yang lama dan lain-lain lagi), maka umat Islam wajiblah melantik seorang Khalifah di kalangan mereka dalam batas waktu yang tidak lebih dari 3 hari 2 malam.

Setelah kewafatan Nabi, para sahabat baginda telah mula mengadakan pertemuan di Saqifah Bani Saidah dan di situlah berlaku perdebatan di antara mereka di dalam melantik seorang Khalifah. Akhirnya Abu Bakar di bai’at oleh ahlu halli wal aqdi sebagai Khalifah dan peristiwa ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Demikian pula yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin Khattab ketika beliau merasakan ajalnya hampir tiba, lalu Umar memberikan batas waktu selama 3 hari 2 malam untuk kaum Muslimin seorang Khalifah dan beliau menegaskan jika tidak tercapai lagi kata sepakat setelah tempoh itu, maka hendaknya mereka yang tidak bersepakat itu dibunuh setelah hari ketiganya.

Inilah sedikit kisah Ijmak Sahabat yang menjadi dalil kepada kita tentang batas waktu yang dibolehkan kosongnya kepimpinan dalam Islam, yakni hanya selama 3 hari 2 malam sahaja. Malangnya umat Islam hari ini lebih ramai memilih hukum kufur yang dibuat oleh Lord Reid daripada berhukum dengan hukum Allah yang ditunjukkan oleh Ijmak Sahabat. Dari dalil ini jelas kepada kita bahawa mana-mana umat Islam yang tidak berusaha untuk menegakkan semula Khilafah setelah 3 hari 2 malam dari masa kekosongannya, maka semua mereka adalah berdosa kecuali orang-orang yang berusaha untuk menegakannya sahaja. Sejak kejatuhan Khilafah pada 3 Mac 1924, sehingga sekarang (sudah 84 tahun) kita masih belum lagi mempunyai seorang Khlifah yang memerintah umat Islam.

Filed under having  

0 Ulasan: