Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

KISAH DI SEBALIK PEMBUBARAN

by AURA JIHAD

PUTRAJAYA 13 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asalnya bercadang untuk membubarkan Parlimen minggu depan.

Namun, disebabkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin akan berlepas untuk bercuti di luar negara malam ini, cadangan itu diubah bagi membolehkan Perdana Menteri mendapatkan perkenan Seri Paduka hari ini.

Jadi malam tadi, Perdana Menteri telah mengubah fikirannya (membubarkan Parlimen hari ini), kata seorang pembantu Perdana Menteri di sini hari ini.

Semalam, ketika bercakap kepada wartawan selepas satu program di Bangi dekat sini, Abdullah menafikan desas-desus bahawa beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen pada 13 Februari.

Beliau turut menolak saranan pemberita bahawa mesyuarat Kabinet hari ini adalah yang terakhir yang akan dipengerusikan oleh beliau sebelum pilihan raya umum ke-12.

Perdana Menteri pada sidang akhbar mengumumkan pembubaran Parlimen di sini hari ini menjelaskan, ketika bercakap kepada pemberita di Bangi semalam, beliau tidak boleh memberikan sebarang bayangan mengenai tarikh pembubaran Parlimen kerana Yang di-Pertuan Agong belum membuat keputusan.

‘‘Macam mana saya nak buat kenyataan atau memberi isyarat. Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu mesti buat keputusan,’’ ujar Perdana Menteri.

Malah Perdana Menteri juga enggan mengulas mengenai angka 13 yang dikatakan merupakan kegemarannya.

‘‘Yang penting tarikh ini Yang di-Pertuan Agong telah memberi keputusan, telah berkenan supaya Parlimen dibubar,’’ jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia 14/02/08

Ulasan:

Pelik!!! Baru sehari sebelumnya Pak Lah kata Parlimen tidak akan dibubarkan esok, tiba-tiba esoknya Pak Lah terus membubarkan Parlimen. Apakah Pak Lah tersalah cakap atau beliau berbohong? Dari berita hari ini, jelas Pak Lah cuba ‘cover’ kata-katanya yang tak betul itu!

Kalau diperhatikan alasan yang diberi sungguh tidak masuk akal:-

1) Pak Lah berubah fikiran (untuk terus bubar Parlimen) setelah mendapat tahu YDPA akan bercuti ke luar negara pada malam ini. Logik atau tidak seorang Perdana Menteri dan orang nombor 1 negara yang paling dekat dengan YDPA hanya dapat tahu yang YDPA akan ke luar negara sehari sebelumnya?

2) Jika benar sekalipun Pak Lah baru dapat tahu, apakah tidak boleh bagi Pak Lah untuk tetap berjumpa YDPA semalam dan mendapat perkenan untuk mengekalkan tarikh yang Pak Lah kehendaki (yakni) minggu depan?

3) Kenapa Pak Lah tidak jawab dan asyik cuba lari sahaja apabila wartawan bertanya tentang kaitan antara tarikh 13 dan angka 13 yang diminatinya?

Bila pun tarikh pembubaran Parlimen atau pilihan raya, sebenarnya hal ini tidak membawa apa-apa kebaikan sedikit pun selama mana pemerintahan tetap berasaskan sistem demokrasi kufur ciptaan Barat ini. Bgaimana pun, siapa sahaja di kalangan umat Islam yang percaya bahawa angka 13 boleh mendatangkan keramat atau apa-apa kebaikan (atau sial), maka akidahnya telah terjerumus ke lembah kesesatan kerana mempercayai benda-benda khurafat ciptaan syaithan.

Filed under having  

0 Ulasan: