Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

PENGAKUAN CHUA SOI LEK

by AURA JIHAD

LABIS 1 Jan. – Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek membuat pengakuan terbuka hari ini bahawa beliau ialah orang yang terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang salinan cakera video digital (DVD) perlakuan itu diedarkan secara meluas di Johor sejak tiga hari lalu.

Bagaimanapun, di sebalik pengakuan terbuka tersebut, Menteri Kesihatan itu menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti.

Soi Lek yang membacakan teks kenyataan pada sidang akhbar di pejabat MCA Labis di sini petang ini menyifatkan wanita terbabit sebagai kawan baiknya.

‘‘Siapa yang terlibat dan apakah motif DVD itu dihasil dan dirakamkan tidak penting lagi.

“Yang paling mustahak bagi saya sekarang ialah keluarga, isteri dan anak-anak telah pun menerima permohonan maaf daripada saya,” katanya.

Sidang akhbar pada pukul 4.30 petang itu penuh sesak dengan kehadiran wartawan serta para penyokong Soi Lek.

Menteri Kesihatan berusia 61 tahun itu tampil membuat pengakuan tersebut bagi menjelaskan kontroversi DVD pemimpin politik Johor yang dikatakan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda di sebuah hotel.

DVD hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu diedarkan secara percuma di Muar dan Batu Pahat oleh orang yang tidak dikenali dan pertama kali dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina pada Ahad lalu.

Turut hadir bersama 200 penyokong Soi Lek pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi MCA Labis, Tan Kok Hong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok dan ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha yang juga Pengerusi BN Labis.

Menurut Soi Lek, beliau telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting untuk memohon maaf atas kontroversi itu.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan ketiga-tiga pemimpin itu bagaimanapun menegaskan tetap akan menjalankan tugas sebagai menteri Kabinet, Ahli Parlimen dan pemimpin MCA seperti biasa.

Bernama melaporkan Chua, yang akan menyambut ulang tahun ke-61 esok, diiringi isteri beliau, Datin Seri Wong Sek Hin ketika beliau menemui Abdullah di Seri Perdana, Putrajaya semalam untuk menerangkan mengenai DVD tersebut.

Pada pertemuan itu, Soi Lek mengakui bahawa beliaulah orang dalam DVD itu yang dirakam dua tahun lepas.

Berikutan pertemuan itu, diputuskan bahawa Menteri Kesihatan berkenaan hendaklah menjelaskan perkara tersebut secara terbuka.

Ketika menjawab pertanyaan pemberita, Soi Lek menerima tepukan gemuruh daripada penyokongnya apabila beliau berkata: ‘‘Menteri berkhidmat atas kepercayaan yang diberi oleh Perdana Menteri.”

Beliau yang kelihatan tenang menjawab pelbagai soalan daripada wartawan, turut menafikan beliau sendiri bertanggungjawab merakam dan menghasilkan DVD tersebut.

Menurutnya, pihak di sebalik pembikinan rakaman itu tidak penting, namun sebab mereka berbuat demikian adalah jelas tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Beliau turut merayu media supaya memberikan beliau dan keluarganya sedikit ruang ketika menghadapi saat-saat getir tersebut.

Soi Lek berkata, beliau mengetahui mengenai rakaman itu pada Ahad lalu apabila seorang rakan memberikan salinannya.

Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk membuat laporan polis, Soi Lek berkata: “Saya akan memikirkan perkara itu dengan serius.”

Beliau turut memohon maaf kepada rakan seperjuangan, penyokongnya dan rakyat Malaysia.

‘‘Saya juga berterima kasih kepada mereka yang prihatin dan mengambil berat dengan membuat panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya.

Selepas sidang akhbar itu, beberapa pengikutnya turut mengambil kesempatan untuk bersalaman dan mengucapkan simpati kepadanya.

Sementara itu, Kok Hong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air dan Komunikasi Johor berkata, pihaknya akan terus memberi sokongan kepada Soi Lek sebagai Ahli Parlimen Labis untuk mewakili kawasan Parlimen itu pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, kejujuran Soi Lek mengakui kesilapannya patut menjadi contoh kepada orang lain kerana belum ada pemimpin yang mengambil sikap berani dan sejujur beliau.

Sumber: Utusan Malaysia 02/01/08

Ulasan:

Rasanya ini adalah julung-julung kes di mana seorang menteri di Malaysia mengaku berzina secara terbuka di kaca televisyen. Berita ini agak menggemparkan walaupun tidak memeranjatkan. Berita sebegini mengingatkan kembali kisah skandal seks orang-orang kenamaan Barat, termasuk bekas Presiden Amerika sendiri, Bill Clinton dengan Monica Lewinsky. Bintang LA Lakers 'Magic' Johnson yang menghidap HIV (AIDS) turut mengaku mengadakan hubungan seks dengan lebih 1500 orang wanita dari pelbagai bangsa dan banyak lagi skandal seks lainnya.

Skandal seks bukanlah suatu yang baru di Malaysia, tidak kiralah sama ada ia melibatkan orang Islam atau bukan Islam. Cuma yang ‘baru’ di sini ialah pengakuan secara terbuka yang dibuat. Itu pun kerana dvd yang telah tersebar dengan meluas. Mungkin jika tidak ada dvd yang tersebar, maruah Chua Soi Lek masih tetap bersih. Juga, suatu yang baru apabila ramai penyokong Soi Lek yang memberikan sokongan dan dorongan kepada beliau, malah beliau dilayan sebagai seorang ‘hero’. Tak ketinggalan, UMNO bahagian Labis juga turut serta dalam memberi semangat dan sokongan padu kepada beliau. Masya Allah! Seorang penzina yang telah mengaku secara terang-terang perbuatan kejinya, kini menjadi hero kerana pengakuan yang dibuatnya. Di manakah pertimbangan manusia, khususnya orang UMNO yang beragama Islam di dalam masalah ini?

Mungkin mereka beranggapan bahawa zina dibolehkan di dalam agama kafir, maka tidak mengapalah Chua Soi Lek berzina, itu adalah perkara biasa. Namun, adakah mereka begitu jahil bahawa dalam mana-mana agama pun, zina dianggap perbuatan buruk yang tidak boleh diterima. Apakah yang sudah berlaku? Apakah kerana Soi Lek begitu berani mengaku melakukan zina, maka yang salah terus jadi betul, yang buruk terus jadi baik, dan seorang ‘penjahat’ terus menjadi hero. Di manakah letaknya pertimbangan rasional yang selama ini dipegang, bahawa pemimpin adalah contoh teladan bagi rakyat. Apakah kerana ingin membela pemimpin parti komponen, maka agama Islam digadaikan?

Sebagaimana disebutkan, walaupun hal ini menggemparkan, namun ia tidaklah memeranjatkan. Ramai orang dekat yang mengetahui skandal seks pemimpin masing-masing, tetapi selama mana pemimpin tersebut boleh memberi ‘manfaat’ kepada mereka, maka perkara-perkara ini tidak didedahkan. Namun apabila kawan sudah menjadi musuh, manfaat sudah hilang, maka di saat itulah segala vcd, dvd, kaset, mp3, mp4 dan segala-galanya akan tersebar. Jika dahulu, Anwar Ibrahim yang baru sahaja dituduh melakukan kesalahan liwat, terus dibuang dari UMNO dan kerajaan, sekarang, Soi Lek yang sudah mengaku terang-terangan melakukan zina, nampaknya tidak diperlakukan demikian.

Inilah realiti kehidupan di zaman Kapitalis dan kepimpinan sekular sekarang. Semua ini boleh berlaku kerana syari'ah tidak dijadikan peraturan hidup. Bayangkan suasana jika undang-undang syari'ah-lah yang mentadbir negara dan muka bumi ini, apakah nasib penzina seperti Chua Soi Lek dan juga penzina-penzina lainnya (yang muhsan - dah berkahwin). Nescaya hudud Allah akan dikenakan ke atas mereka sebagai balasan perbuatan keji mereka atas dunia. Dan (hudud) ini merupakan tiket segera untuk menghantar mereka ke alam barzakh, yang pastinya menjadi pengajaran kepada manusia lain. Itulah sebaik-baik hukuman, pengajaran dan teladan bagi umat manusia dari Allah swt, selaku Pencipta manusia.

Filed under having  

0 Ulasan: