Bayangan daulah Islam sudah semakin jelas kelihatan. Janji Allah sudah semakin dekat dan kemenangan kian menghampiri.Berjaga-jagalah wahai kaum kuffar yang menderhakai Allah,tak lupa juga kaum muslimin terutama golongan pemimpin yang masih enak dibuai ulitan tampuk kepimpinan yang penuh kebusukan,penipuan dan kotoran lain yang sewaktu dengannya,kalian tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan hukum-hukum islam yang wajib diterapkan dari Allah SWT. Justeru, bersegeralah kepada kemuliaan dan kemenangan ini wahai kaum muslimin yang masih wujud dan yakin lagi bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI!!! )

MALAYSIA BUKAN MILIK MANA-MANA INDIVIDU ATAU KAUM-PM

by AURA JIHAD

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan Malaysia bukanlah milik mana-mana individu atau kaum tetapi milik bersama setiap rakyat Malaysia.

Sehubungan itu beliau menyeru semua rakyat agar terus memupuk dan memelihara sikap bermuafakat, bertolak ansur, bersatu padu dan saling menghargai antara satu dengan lain.

Semangat perpaduan dan saling menghormati itu, katanya dalam perutusan khas sempena sambutan Tahun Baru Cina, adalah kunci keamanan dan kemakmuran negara.

Khamis rakyat Malaysia akan menyambut kedatangan Tahun Baru Cina yang merupakan tahun tikus mengikut kalendar masyarakat Cina.

Rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri bertuah kerana dapat meraikan pelbagai hari kebesaran dan perayaan masyarakat yang berbilang kaum dan agama, bersama-sama dalam suasana meriah dan harmoni.

"Jika kita lihat keadaan sekeliling, tidak banyak negara dengan rakyat berbilang kaum seumpama kita, yang mampu mengecapi apa yang kita nikmati.

"Namun kita harus insaf bahawa kestabilan yang wujud dalam negara ini tidak datang dengan mudah, bukan tanpa usaha dan pengorbanan.

"Kita harus insaf bahawa ianya berjaya kita kecapi hasil daripada perpaduan dan kebersatuan yang kita pupuk buat sekian lama," katanya.

Katanya tahun 2008 merupakan tahun yang amat bermakna kerana merupakan tahun pertama selepas meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50 tahun lalu.

Perdana Menteri berkata kerajaan amat berbangga kerana dalam tempoh hanya 50 tahun,Malaysia telah melangkah jauh dan mencipta banyak kejayaan.

Namun katanya rakyat Malaysia tidak harus berpuas hati dan leka dengan segala kejayaan dan pencapaian cemerlang selama ini untuk terus melipat gandakan usaha dalam menempuh cabaran dan persaingan dunia hari ini yang begitu kompetitif.

"Untuk terus melangkah maju ke hadapan, kita perlu cukup segala prasyaratnya agar terus mempunyai daya saing dan daya tahan yang tinggi.

"Kita perlu terus mempersiap dan memperkasakan diri dengan segala elemen yang perlu agar segala cabaran dan halangan dapat kita hadapi dengan tabah dan dengan jayanya," katanya.
Abdullah juga menyampaikan menyampaikan ucapan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia.

Sumber : mSTAR Online 6/2/2008


Ulasan:

Malaysia dan segala isi kekayaannya bukanlah milik Barisan Nasional atau milik sesiapa. Malaysia juga bukanlah dimiliki secara bersama semua kaum. Malaysia dan hasil kekayaannya adalah milik Allah Subhanahu wa Ta’ala dan jika seseorang itu ingin memiliki harta, dia mestilah mendapat keizinan syara' terlebih dahulu dalam memiliki suatu harta. Kekayaan yang dimiliki manusia bukanlah kekayaan mutlak, hia anya kekayaan yang dipertanggungjawabkan ke atas manusia.

Dalil di dalam Al Quran dengan jelas menyatakan bahawa Allah-lah yang mempunyai kepemilikan mutlak ke atas segala isi kekayaan di dunia. Firman-Nya yang bermaksud:

”dan berikanlah kepada mereka, harta dari Allah yang telah Dia berikan kepada kalian”[TMQ An Nur:33].


”Dan nafkahkanlah apa sahaja yang kalian telah dijadikan(oleh Allah) berkuasa terhadapnya” [TMQ Al Hadid: 7]

Petikan maksud daripada ayat-ayat di atas membuktikan bahawa kekayaan adalah milik Allah semata-mata sebagaimana petikan: ....”harta dari Allah”[An Nur:33]. Apa yang perlu difahami di sini adalah Allah telah menyerahkan kekayaan tersebut kepada manusia untuk diatur dan dibahagikan di kalangan mereka mengikut hukum syara'. Maksudnya di sini adalah manusia hanya diberi izin berlandaskan syariat Islam untuk memiliki dan mengelola harta tersebut. Apabila seseorang manusia itu diberikan hak untuk memiliki sesuatu harta kekayaan, hak yang ada pada dia sebenarnya bersifat ’wakil untuk menguasai/mengelola’ (istikhlaf) kekayaan tersebut dan bukan memilikinya di dalam ertikata yang sebenar (fi’liyah). Izin syarie’ untuk memiliki sesuatu harta kekayaan bermaksud perolehan dan kepemilikan sesuatu harta itu mestilah mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. [An Nidham Al Iqtishadi Fil Islam, Syeikh Taqiyuddin An Nabhani].

Disebabkan sifat tamak, kebanyakkan manusia, terutama para pemerintah dunia hari ini hanyut di dalam limpahan kekayaan yang mereka raih, lebih-lebih lagi bagi para pemimpin yang lupa kepada tanggungjawabnya kepada Allah. Sebaik sahaja dilantik menjadi pemimpin, mereka yang lupa ini menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk meraih apa sahaja kekayaan yang mereka inginkan. Kekayaan yang diraih dengan menyalahgunakan kuasa ini tidak termasuk di dalam keizinan syarie’ dan ianya dengan jelas menunjukkan satu bentuk ketidakadilan di dalam pengagihan kekayaan negara kerana hanya orang-orang yang berpolitik sahaja yang berpeluang meraih kekayaan besar manakala yang tidak berpolitik tidak berpeluang secara meluas untuk meraihnya.

Filed under having  

0 Ulasan: